KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KLUANG KE-49, 2016 PERATURAN PERTANDINGAN 1. Undang-Undang Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2014/2015 dan Peraturan-Peraturan Am MSSJ Edisi 2015 dan Peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Johor Tahun 2016. 2. Jenis Pertandingan 2.1 Kejohanan Berpasukan dan Individu. 2.2 Jenis acara untuk kejohanan adalah seperti berikut:
BAHAGIAN LELAKI 18 Tahun 15 Tahun 13 Tahun
BIL ACARA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
100 m 200 m 400 m 800 m 1500 m 3000 m 5000 m 5000 m Jalan Kaki 10,000 m Jalan Kaki 80 m Lari Berpagar 110 m Lari Berpagar 200 m Lari Berpagar 400 m Lari Berpagar 4 x 100 m 4 x 200 m 4 x 400 m Lompat Tinggi Lompat Jauh Lompat Kijang Lontar Peluru Lempar Cakera Merejam Lembing Jumlah
X X X X X
X X X X X X
X X X
12 Tahun
10 Tahun
X X
X X
X
X X X X (0.762 m) X (0.99 m)
X (0.914 m) X (0.914 m)
X (0.84 m) X (0.84 m)
X (0.914 m) X
X
X
X X X X X (5.00 kg) X (1.5 kg) X (700 gm)
X X X X X (4.00 kg) X (1.0 kg) X (600 gm)
X X X X (4.00 kg) X (1.0 kg) X (600 gm)
X (600 gm)
17
17
13
9
80 m Lari Berpagar :
Jumlah pagar Tinggi Pagar Jarak permulaan ke pagar 1 Jarak antara pagar Jarak pagar ke garisan penamat
Acara 4 x 200 m :
Pelari Pertama Pelari Kedua
-
X X
X X
X X
X X
X (2.72 kg)
6
8 buah 0.762 meter 12 meter 8 meter 12 meter
Gunakan lorong sendiri dan mula di garisan 1 1/2 stagger (seperti pelari pertama 4 x 400 m). - Akan bersedia di garisan 1 stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 x 400 m ).
Pelari Ketiga
Pelari Akhir
BIL
ACARA
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
100 m 200 m 400 m 800 m 1500 m 3000 m 3000 m Jalan Kaki 5000 m Jalan Kaki 80 m Lari Berpagar 100 m Lari Berpagar 200 m Lari Berpagar 400 m Lari Berpagar 4 x 100 m 4 x 200 m 4 x 400 m Lompat Tinggi Lompat Jauh Lompat Kijang Lontar Peluru Lempar Cakera Merejam Lembing Jumlah 80 m Lari Berpagar :
Acara 4 x 200 m :
-
(Selepas menerima baton dari pelari kedua), peserta ketiga mesti berlari di lorong masingmasing sehingga selekoh pertama dan kemudian ia boleh memotong masuk ke lorong pertama. - Akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang dan menerima baton dengan syarat ia tidak menghalang dan menolak peserta lain.
BAHAGIAN PEREMPUAN 18 Tahun 15 Tahun 13 Tahun X X X X X X
X X X X X
X X X
12 Tahun
10 Tahun
X X
X X
X
X X X (0.762 m) X (0.84 m)
X (0.762 m) X (0.762 m) X (0.762 m) X (0.762 m)
X (0.762 m) X
X
X
X X X X X (4.0 kg) X (1.0 kg) X (600 gm)
X X X X X (3.0 kg) X (1.0 kg) X (600 gm)
X X X X (3.00 kg) X (1.0 kg) X (600 gm)
X (600 gm)
17
16
13
9
X X
X X
X X
X X
X (2.72 kg)
6
Jumlah pagar 8 buah Jarak permulaan ke pagar 1 12 buah Jarak antara pagar 8 meter Jarak pagar ke garisan penamat 12 meter Pelari Pertama - Gunakan lorong sendiri dan mula di garisan 1 1/2 stagger (seperti pelari pertama 4 x 400m). Pelari Kedua - Akan bersedia di garisan 1 stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 x 400 m ). Pelari Ketiga - (Selepas menerima baton dari pelari kedua), peserta ketiga mesti berlari di lorong masingmasing sehingga selekoh pertama dan kemudian ia boleh memotong masuk ke lorong pertama. Pelari Akhir - Akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang dan menerima baton dengan syarat ia tidak menghalang dan menolak peserta lain.
3. Cara Pertandingan 3.1 Setiap sekolah dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 2 orang peserta bagi tiaptiap acara individu dan satu pasukan sahaja bagi setiap acara lari berganti-berganti. 3.2 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut: Kumpulan Umur
Individu
Relay
3 3 3 2 2
2 2 2 2 2
18 tahun & ke bawah 15 tahun & ke bawah 13 tahun & ke bawah 12 tahun & ke bawah 10 tahun & ke bawah 4. Pendaftaran Peserta-Peserta
4.1 Pendaftaran peserta perlu dilakukan secara 'online' Laman web : www.mssj.edu.my/daftar/mssdkg 4.2 Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut : 4.2.1 Nama 4.2.2 No. Kad Pengenalan 4.2.3 Tarikh Lahir 4.2.4 No. Peserta 4.2.5 Acara yang didaftarkan 4.3 Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 1 MAC 2016 (SELASA)
5. Penarikan dan Penggantian 5.1 Mesyuarat Pengundian: 5.1.1 Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola 7 hari sebelum kejohanan. 5.2 Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan: Semasa taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dijalankan, hanya perkara-perkara berikut tentang senarai peserta boleh dilakukan: 5.2.1 Penarikan diri peserta-peserta dengan tidak ada pengganti. 5.2.2 Pengesahan peserta-peserta dalam acara lari berganti-ganti. 5.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan 5.3.1 Jika didapati seseorang peserta yang telah mendaftarkan diri tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acara, maka peserta itu dianggap sebagai menarik diri tanpa sebab Oleh yang demikian, peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi acara-acara yang didaftarkan atas namanya. 5.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. 5.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai
Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam acara-acara yang didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan. 5.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-Ganti: 5.4.1 Penggantian bagi acara lari berganti-ganti dihadkan kepada dua (2) orang peserta yang didaftarkan dalam borang Masuk Rasmi. Peraturan ini melibatkan juga peringkat saringan (jika ada) hingga ke peringkat akhir. 6. Melaporkan Diri 6.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum masa yang dijadualkan. Selepas itu, mereka akan dihantar ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta. 6.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. 6.3 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap; nombor sebagaimana dalam daftar dan disemat dengan pin pada tiap-tiap sudut kain nombor itu. 6.4 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri lebih daripada 10 minit bagi acara balapan dan 15 minit bagi acara padang sebelum acara mereka dimulakan, tidak dibenarkan mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri. 7. Aturcara Masuk dan Keluar Arena Pertandingan 7.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditetapkan dan bukan di gelanggang. 7.2 Semua peserta dan pegawai hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar gelanggang. 7.3 Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian TIDAK SESIAPAPUN dibenarkan masuk ke dalam arena.
8. Blok Permulaaan (Stating Block) 8.1 Bagi acara-acara bawah 18, 15, 13 tahun lelaki dan perempuan yang tersebut di bawah, mulaan dekam (crouch start), blok permulaan (starting block) hendaklah digunakan. 8.1.1 100m, 200m, 400m, 100m/ 110m/ 400m Berpagar, 4x100m, 4x400m. 8.2 Bagi acara sebagaimana (8.1) untuk bawah 12 tahun lelaki dan perempuan, mulaan dekam (crouch start) mesti digunakan, tetapi penggunaan blok permulaan (starting block) adalah atas pilihan peserta itu sendiri. 9. Ukuran Tinggi Permulaan 9.1 Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:
18 tahun 15 tahun
Lelaki 1.40 meter 1.30 meter
Perempuan 1.15 meter 1.19 meter
13 tahun 12 tahun 10 tahun
1.20 meter 1.10 meter 1.00 meter
1.00 meter 1.00 meter 0.90 meter
10. Cara Membuat Keputusan dan Penentuan Kedudukan 10.1 Mata akan diberi kepada sekolah yang pesertanya mendapat tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat dalam pertandingan akhir acara perseorangan serta acara berpasukan seperti berikut: Pertama Kedua Ketiga Keempat
5 mata 3 mata 2 mata 1 mata
10.2 Jika berlaku kedudukan yang sama (seri) dalam sesuatu acara, maka pemberian mata akan dibuat mengikut sistem seperti yang berikut: 10.2.1 Dua (2) peserta/pasukan yang mendapat kedudukan yang sama, iaitu kedudukan kedua, jumlah mata bagi kedudukan kedua dan ketiga akan dicampur dan kemudian dibahagikan. Contoh: ( 3 + 2 ) / 2 = 2.5 mata seorang peserta/pasukan. Peserta/Pasukan berikutnya akan diberi kedudukan tempat keempat iaitu (1) mata. 10.2.2 Tiga (3) peserta/pasukan yang mendapat kedudukan yang sama iaitu kedudukan kedua, jumlah mata bagi kedudukan kedua, ketiga dan keemapt akan dicampur dan kemudian dibahagikan. Contoh: ( 3 + 2 + 1 ) / 2 = 2 mata seorang peserta/ pasukan. Peserta/Pasukan yang berikutnya akan diberi kedudukan kelima iaitu tanpa sebarang mata.
11. Saringan dan Separuh Akhir 11.1 4 saringan (Jika ada)
1 peserta daripada setiap separuh akhir dan 4 lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada keempat-empat separuh akhir layak memasuki peringkat akhir.
11.2 3 separuh akhir
2 peserta daripada setiap separuh akhir dan 2 lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada ketigatiga separuh akhir layak memasuki peringkat akhir.
11.3 2 separuh akhir
3 peserta daripada setiap separuh akhir dan 2 lagi peserta yang mencatat masa terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak memasuki peringkat akhir.
12. Bantahan 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut undang-undang (147) K.O.M. dan Peraturan Am (10) MSSM kecuali perkara-perkara berikut: 12.1.1 Jika masalah bantahan berkenaan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSD kelak. 12.1.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendak-
lah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada: a) 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara pusingan awal. b) 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat akhir. 12.1.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia: DUA RATUS SAHAJA ). 13. Hak-Hak Jawatankuasa Pengelola 13.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSSD Kluang berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan, PengurusPengurus Pasukan akan diberitahu. 13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam Peraturan-Peraturan AM MSSJ atau Undang-Undang K.O.M. 14. Pakaian Sila rujuk undang-undang K.O.M. 14.1 Nombor peserta :
14.2 Ukuran Kain :
Setaip sekolah/zon dikehendaki menyediakan kain nombor dan huruf untuk peserta masing-masing. 26 sm x 15 sm
14.3 Ukuran Nombor : Tinggi Huruf / Nombor Lebar Huruf / Nombor Tebal Huruf / Nombor
14 sm 4.5 sm - 5.0 sm 1.5 sm
14.3.1 Nombor yang dipakai itu hendaklah sama dengan nombornya dalam Borang Masuk dan buku susunan acara.
14.4 Warna Kain :
L/P 18 L/P 15 L/P 13 L/P 12 L/P 10
Putih Kuning Hijau Muda (light green) Merah Jambu (pink) Biru Muda (light blue)
14.5 Penentuan nombor dan huruf (rujuk lampiran). 14.6 Warna tulisan mestilah warna HITAM.
15. Hal-Hal Lain 15.1 Tempat khas hendaklah disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. 15.2 Selain pegawai-pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE DALAM ARENA
PERTANDINGAN. 15.3 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang kepunyaan pegawai atau peserta dalam atau dekat stadium atau di tempat pertandingan, sungguhpun begitu beberapa persediaan akan diadakan untuk mengelakkan sebarang kejadian tersebut di atas.