PERATURAN PERMAINAN BOLA SEPAK 1. PENGENALAN 1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Bola Sepak“Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017”. 2. PENGELOLA 2.1 Kejohanan Pertandingan Bolasepak “Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017” ini dikelolakan oleh Kelab Bola Sepak UPSI. 3. UNDANG-UNDANG / PERATURAN 3.1 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka undang-undang permainan dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah diikuti. 4. KELAYAKAN 4.1 Penyertaan adalah terhad kepada kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris mengikut kontinjen sukan yang telah ditetapkan termasuk kakitangan sementara, kontrak, sambilan dan pembantu penyelidik yang dibayar gaji oleh Unversiti, PALAPES dan SUKSIS. 4.2 Kelayakan umur pemain-pemain kategori veteran ialah 40 tahun ke atas pada tahun 2016. 5. YURAN PENYERTAAN 5.1 TIADA yuran penyertaan untuk Pertandingan ini. 6. PERATURAN KEJOHANAN 6.1 Undang-undang a) Pertandingan dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. 6.2
Tarikh, Masa dan Tempat b) Tarikh dan tempat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh Jawatankuasa Pertandingan “Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016”.
7. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN 7.1 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih 15 pemain serta 1 pengawai (Pengurus / Jurulatih). 7.2 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan kepada Pengadil Bertugas 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 7.3 Setiap pasukan diwajibkan mendaftar sekurang-kurangnya 1 orang pemain berumur 40 tahun keatas pada tahun 2016 (Lahir sebelum atau pada tahun 1976) dan sekurang-kurangnya 1 orang pemain veteran tersebut Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
hendaklah bermain sepenuh masa dan pertukaran pemain ini hanya boleh dibuat di antara pemain veteran sahaja. 7.4 Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang pemain (termasuk seorang pemain Veteran) sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. 7.5 Pasukan yang bermain kurang daripada 7 orang pemain (termasuk seorang pemain Veteran) dalam sesuatu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan dikira kalah. Pasukan lawan yang memp unyai cukup pemain di atas padang akan diberikan kemenangan percuma dengan jumlah jaringan 2-0. 7.6 Pemain gantian dibenarkan untuk ditukarkan pada bila -bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan (jika ada). Pemain yang masuk ke padang hendaklah dari kawasan tengah padang. Pemain yang telah diganti tidak boleh bermain semula di dalam permainan yang sama KECUALI bagi kategori Veteran, pemain yang telah diganti dibenarkan bermain semula di dalam perlawanan yang sama (rolling subtitute). 7.7 Pemain-pemain yang telah pernah terlibat dalam kes ‘rasuah bola sepak’ tidak dibenarkan di daftar di dalam kejohanan ini. 7.8 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain dengan pasukan. 7.9 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan bermain. Nama merek a hendaklah didaftar juga dalam senarai pemain sebagai pemain. 7.10 Setiap pasukan DILARANG mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan. Pengambilan pemain dari kontinjen yang lain hanya boleh dibuat melalui permohonan kepada pengurus kontinjen lain tersebut dengan mengisi borang permohonan pendaftaran pemain dari pasukan rumah yang lain. 7.11 Pengambilan pemain dari kontinjen lain tanpa kelulusan kontinjen tersebut, penyertaan pasukan berkenaan bagi permainan tersebut akan terbatal dan pasukan lawan akan memenangi perlawanan 2-0.
8. PENGADIL PERLAWANAN 8.1 Jawatankuasa Pertandingan dan Pengelola akan menyediakan seorang pengadil dan dua orang penjaga garisan bagi setiap perlawanan. 8.2 Pengadil yang mengadili perlawanan adalah yang bertauliah dan berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 8.3 Pihak Jawatankuasa Pertandingan dan Pengelola akan menyediakan Pegawai Teknikal sepanjang kejohanan. 8.4 Setiap keputusan pengadil adalah muktamad. 9. PERATURAN PERTANDINGAN 9.1 Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak Antarabangsa dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta pihak penganjur kejohanan;
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
9.2
PUSINGAN PERTAMA Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B dan pertandingan dijalankan secara liga. Johan tahun lepas akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan Naib Johan dalam Kumpulan B.
9.3
PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR Dua pasukan yang teratas setiap kumpulan akan memasuki pusingan separuh akhir seperti berikut: Johan A akan bertemu Naib Johan B Johan B akan bertemu Naib Johan A Pemenang Separuh Akhir akan bertemu untuk menentukan Johan
9.4
Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:Jumlah Pasukan Dalam Kumpulan Jumlah Pasukan
9.5
Kumpulan
Format
3,4,5
Liga 1 Kumpulan
Liga
6
2
3,3
7
2
3,4
8
2
4,4
Pemberian Mata:Menang
-3
Seri
-1
Kalah
-0
10. ‘OFFSIDE’ DAN SEPAKAN PENJURU 10.1 Peraturan ‘offside’ tidak akan digunakan bagi kejohanan ini. Walau bagaimanapun , peraturan sepakan penjuru dikekalkan.
11. PERALATAN DAN PAKAIAN PEMAIN 11.1 Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan dalam undang-undang permainan berkenaan dan menutup aurat bagi muslim. 11.2 Pemain dilarang menggunakan atau memakai sebarang peralatan berbahaya kepada dirinya atau pemain-pemain lain termasuk sebarang barangbarangan kemas.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
11.3 Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-mula tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar kepada pakaian yang lain warnanya. 11.4 Penjaga gol hendaklah memakai jersi warna yang berbeza daripada pemainpemain yang lain dan juga pengadil. 11.5 Semua Ketua Pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersi nya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan yang tersebut hendaklah diserahkan pula kepada pema in yang mengambil alih sebagai Ketua Pasukan. 11.6 Pihak penganjur tidak menyediakan jersi untuk pasukan yang bertanding. 11.7 Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan atau pasukan tidak mempunyai jersi maka perlu memakai BIP yang disediakan oleh penganjur. 11.8 Alatan asas yang diwajibkan ialah: 11.8.1 Jersi atau baju bernombor dan berlengan 11.8.2 Seluar 11.8.3 Stoking 11.8.4 “Shin Guard” 11.8.5 Alas kaki yang bersesuaian 12. MASA PERTANDINGAN 12.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. 12.2 Setiap perlawanan mempunyai 2 separuh masa. 12.3 Masa permainan adalah 15 minitbagi keseluruhan permainan dengan 5 minit masa rehat (7 x 1 x 7). 12.4 Masa permainan pusingan separuh akhir dan akhir adalah 22 minit bagi keseluruhan permainan dengan 5 minit masa rehat (10 x 2 x 10). 12.5 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 12.6 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 5 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka ia dianggap telah memberi kemenangan percuma (Jumlah jaringan 2-0) 12.7 WALAU BAGAIMANAPUN, TIADA SEBAB BAGI PASUKAN-PASUKAN MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA PASUKAN LAWAN ATAU MENARIK DIRI SEMASA KEJOHANAN.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
13. CARA MEMUTUSKAN PERLAWANAN 13.1 Secara Liga Hanya dua pasukan daripada setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya (separuh akhir). Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: 13.1.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang. 13.1.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira menang. 13.1.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan lawannya dikira menang. 13.1.4 Jika masih seri, maka pemenang akan ditentukan melalui balingan wang siling (Toss of Coin), sehingga pemenang di perolehi. Cara dan peraturan akan ditentukan oleh pengadil yang dilantik oleh penganjur. 13.2 Perlawanan Separuh Akhir, tempat ketiga dan Akhir Bagi Perlawanan Separuh Akhir, tempat ketiga dan Akhir, jika seri pemenang akan ditentukan dengan cara berikut:13.2.1 Jika masih seri, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang. 13.2.2 Tendangan penalti dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) / Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 13.3 Sistem Sepakan Penalti 13.3.1 Tiap-tiap pasukan akan mengambil 3 sepakan dari tanda penalti dengan cara sepakan berselang-seli. 13.3.2 Jika masih seri selepas 3 sepakan, maka sepakan penalti akan diteruskan oleh pemain yang berlainan secara selang -seli dengan sistem ‘SUDDEN DEATH’. 13.3.3 Pengadil akan memutuskan gol sepakan penalti dijalankan. 13.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat sepakan penalti dahulu. 13.3.5 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa sepakan penalti dengan syarat pasukannya belum menggunakan penganti penjaga gol simpanan. 14. PENANGGUHAN 14.1 Jika permainan diberhentikan oleh pengadil atas sebab pergaduhan atau campurtangan penonton, maka kedudukan keputusan perlawanan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tatatertib, begitu juga tindakan ke atas Pegawai dan Pemain yang terlibat.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
15. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH 15.1 Semua pemain/pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan percuma. 15.2 Sekiranya pasukan berkenaan menarik diri atau menyerah kalah setelah perlawanan pertama dijalankan maka semua rekod pertemuan pasukan berkenaan akan dibatalkan. 16. BANTAHAN 16.1 Rujuk Peraturan Am Perkara 15.0 17. TINDAKAN TATATERTIB PERMAINAN 17.1 Mengenakan penggantungan automatik (1) satu perlawanan bagi pe main yang dikenakan (2) dua kad kuning. 17.2 Mengenakan penggantungan automatik (2) dua perlawanan bagi pemain yang dikenakan kad merah atau buang padang. 17.3 Penggantungan pemain yang mendapat kad kuning sahaja secara automatik akan terbatal apabila pasukan mereka layak memasuki peringkat Separuh Akhir. 18. DISIPLIN DAN TATATERTIB 18.1 Setiap pasukan dan pemain DILARANG sama sekali membawa minuman keras, memakai baju yang mempunyai logo atau ayat minuman keras dan mengunakan dadah yang terlarang oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). 18.2 Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semasa berlangsungnya kejohanan ini. 18.3 Jika didapati pasukan atau pemain yang melakukan kekacauan dalam pertandingan yang berlangsung akan di ambil tindakan tatatert ib mengikut peraturan Universiti Pendidikan Sultan Idris. 18.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan harta benda UPSI.
19. KECEDERAAN 19.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangsung. 19.2 Walau bagaimanapun pihak penganjur akan menyediakan perkhidmatan daripada Pusat Kesihatan UPSI bagi membantu pemain yang mengalami kecederaan untuk di hantar ke hospital yang berdekatan.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
20. HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN / PENGANJUR / PENGELOLA 20.1 Jawatankuasa Pertandingan / Penganjur / Pengelola adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad. 21. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN Jawatankuasa Kecil Pertandingan adalah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut: Pengerusi Permainan Timbalan Pengerusi Setiausaha Ahli-ahli
: En. Ahmad Tarmizi Al Shaari : En. Saiful Lizan bin Mohd Lajis : En. Mohd Diahidayat Idris : En. Mohd Rahim Iderus : En. Mohd Azmin Abu Hasan : En. Mohd Sukor Basiron : En. Muhammad Farid Rahimi Bin Heder
22. PERCANGGAHAN 22.1 Sebarang percanggahan yang tidak disebutkan dalam peraturan ini akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dan keputusan adalah muktamad.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017