FORMAT PERTANDINGAN KALAM JAMA’IE KATEGORI
: LELAKI/PEREMPUAN
PENYERTAAN
: 25 ORANG TERMASUK KONDUKTOR ( Kesemua pelajar hendaklah sama jantina samada semua lelaki atau semua perempuan)
Pendahuluan Kalam Jami’ie diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi /prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor. Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan /pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.
1.0. Peraturan Penyertaan - Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar MRSM - Setiap kumpulan / pasukan mestilah terdiri daripada maktab yang sama - Setiap kumpulan hanya terdiri daripada satu jantina sahaja
Pakaian peserta -
Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat Pakaian peserta tidak boleh melambangkan negeri yang diwakili Hiasan dan solekan adalah sederhana dan tidak melampau serta bersesuaian Semua peserta mesti memakai pakaian seragam yang mengikut tema pertandingan yang ditetapkan. Peserta dibenarkan memakai sarung tangan putih.
Masa -
Setiap kumpulan diberikan masa persembahan selama 10 minit sahaja. Masa akan dikira apabila kalam bermula semasa persembahan. Markah akan dipotong sekiranya persembahan kurang daripada 8 minit atau melebihi 10 minit.
Tema -
Tema yang ditetapkan bagi pertandingan ini adalah a. b. c.
Bahasa -
Penggunaan Bahasa arab fushah yang terang dan jelas serta makhraj huruf yang betul Penggunaan dialek ammiyah atau bahasa pasar adalah TIDAK DIBENARKAN. Istilah khas bukan Bahasa Arab dibenarkan tidak melebihi 10 patah perkataan.
Teks/Skrip -
Skrip adalah bertema, sama ada dalam puisi atau prosa Skrip mestilah dikarang/ direka sendiri dan autentik Setiap pasukan tidak dibenarkan membaca atau merujuk nota/ teks/ bahan bercetak dan bertulis semasa membuat persembahan Skrip yang dikarang/direka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bersama-sama dengan CD video rakaman persembahan dalam bentuk soft copy dan hard copy. Empat (4) Salinan skrip hard copy hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia pertandingan bersama dengan CD yang mengandungi rakaman video persembahan. Soft copy terjemahan skrip Skrip hendaklah bertaip komputer sebagaimana kriteria berikut : a. Huruf Traditional Arabic b. Bersaiz 22 c. Jarak langkau dua baris (Double Spacing) d. Berbaris e. Muka depan hanya perlu dinyatakan tema, tajuk dan nama kumpulan sahaja. f. Isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa, politik, kebudayaan atau menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. g. Sumber rujukan sekiranya perlu dinyatakan.
Penyampaian -
Peserta tidak dibenarkan membaca teks atau nota semasa persembahan Cara persembahan : 1. Diketuai oleh seorang konduktor 2. Kedudukan konduktor adalah bersesuaian dan tidak menghalang rakaman persembahan 3. Konduktor tidak dibenarkan bersuara sepanjang persembahan 4. Mementingkan aspek pertuturan dan percakapan 5. Penggunaan elemen kesan seperti nasyid, qasidah, zikir, selawat dan syair hanya dibenarkan 3 kali sahaja dalam persembahan. 6. Panjang setiap eleman tersebut tidak boleh mendominasi keseluruhan persembahan. 7. Mimik muka dan intonasi suara yang baik. 8. Pergerakan sopan yang dibenarkan hanyalah daripada paras pinggang sahaja. 9. Kaki :Tidak boleh diangkat tetapi boleh dijengketkan tanpa mengubah kedudukan. 10. Badan :Dibenarkan memusingkan badan kekiri dan ke kanan tanpa menggerakkan kaki atau tunduk melebihi rukuk. 11. Tangan : Bebas digerakkan tetapi tidak melebihi paras kepala 12. Kepala :Pergerakan dibenarkan.
Format rakaman persembahan -
-
Setiap penyertaan mesti dibuat melalui rakaman persembahan berbentuk video berdasarkan durasi yang telah ditetapkan Video yang dihasil mestilah asli, bebas daripada sebarang editing atau cut atau cantuman dengan mana-mana video yang lain Spesifikasi video yang ditetapkan adalah sepertiberikut : a. Format saiz video 16:9 b. Kualiti yang tinggi Rakaman dibuat menggunakan video kamera, DSLR atau yang setaraf dengannya. Audio yang ditetapkan adalah ‘best quality’ Rakaman video yang hasilkan hendaklah dimuatnaik ke alamat yang akan dinyatakan atau dimasukkan ke dalam CD yang berlabel bersama-sama dengan skrip persembahan.
Alatan -
Penggunaan mikrofon semasa proses rakaman persembahan adalah dibenarkan. Mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.
Sokongan -
-
Sebarang alatan/ sokongan seperti nyanyian, lakonan, berdrama. Prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis adalah tidak dibenarkan. Muzik minus one sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan.
Susunan -
Susunan pasukan semasa persembahan adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masingmasing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga (3) baris.
Pembatalan penyertaan -
Pengerusi atau jawatan kuasa penyelaras pertandingan berhak membatalkan penyertaan mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan pertandingan.
5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN Suara( Markah) -
Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan ritma yang sesuai. Keharmonian dan kesepaduan suara Lontaran suara yang jelas dan difahami Tempo yang bersesuaian Intonasi dan tekanan sebutan
Persembahan( Markah) -
Disiplinpeserta Kelancaran Isyarat atau pergerakan yang sesuai Ekspresi mimik muka dan Bahasa tubuh badan Ketepatan masa Formasi berbentuk objek dan pergerakan setempat
Kreativiti -
Kesesuaian, kepelbagaian, keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta muzik minus one yang sesuai.
Kesanbunyi -
Bunyi gerakan fizikan seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain yang dibenarkan.
Tempo dan ritma -
Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, jeda antara segmen, ad-Lib (sahut menyahut) antara suara solo dan suara ramai.
Konduktor -
Keselarasan gerak tangan, ekspresi mimik muka, tempo dan kepimpinan.
Penalti (tolak 15 markah) -
Sekiranya menyentuh isu-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa.
Skrip Tema/ Mesej( Markah) -
Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikuti tema da nmencapai kehendak audiens
Bahasa ( Markah) -
-
Uslub yang baik dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan bahasa arab ammiyah tidak dibenarkan. Tatabahasa yang tepat
Cerita( Markah) -
Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita yang jelas dan menampakkan keaslian. Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami. Idea yang tersusun Pengolahan isi yang baik
Watak( markah) -
Mempunyai watak suara solo dan suara ramai. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.
Kreativiti( markah) -
Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita. Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.
Pasukan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan pertandingan, seterusnya kedua dan ketiga. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah suara seterusnya markah persembahan dan jika masih berlaku persamaan, dirujuk kepada markah isi dan seterusnya markah bahasa. Sekiranya masih berlaku persamaan, barisan jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan pemenang. Hal-hal lain -
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan, pihak jawatankuasa penyelaras pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.
PERINGATAN
1. Keputusan hakim adalah muktamad. 2. Sebarang pertanyaan berkaitan Pertandingan Kalam Jamaie boleh menghubungi Penyelaras Pertandingan iaitu Ustaz Aminuddin Bin Sulaiman Maghribi di talian 019-5172179. 3. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan (secara atas talian) : 16 Jun 2017 (Jumaat). 4. Rakaman video yang dihasilkan hendaklah dimuatnaik selewat-lewatnya pada 11 Julai 2017 ke alamat emel @ melalui Google drive
[email protected] 5. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, CD hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia pendaftaran pada hari pendaftaran penginapan. 6. Semua hasil karya adalah menjadi hak milik Bahagian Pendidikan Menengah Mara (BPM). 7. Peserta yang menyertai pertandingan yang melibatkan video sahaja TIDAK DIBENARKAN HADIR.