Pertandingan Melukis Tarikh penyertaan : 25 Mac 2015 Tarikh penyerahan : 25 April 2015 Hanya terbuka kepada pelajar-palajar yang tinggal di PPR Seri Pantai, PPR Kg Limau, PPR Pantai Ria, PPR Chempaka dan Kg Dato’ Tatah sahaja
Kategori
Sekolah Rendah : 10-12 tahun Sekolah Menengah : 13-17 tahun
Hadiah
Kategori Sekolah Rendah Tempat Pertama-RM750 Tempat Kedua-RM500 Tempat Ketiga-RM250
Kategori Sekolah Menengah Tempat Pertama-RM1000 Tempat Kedua-RM750 Tempat Ketiga-RM500 Kepada sesiapa yang berminat sila ke Pusat Informasi Awam. P2STP untuk mendapat borang dan syarat-syarat penyertaan. Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi Cik Hazyra, 012-9151 233 atau layari laman web kami di www.pantai2stp.com.my
PERADUAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER LOJI KUMBAHAN PANTAI 2 (P2STP) DENGAN TEMA TRANSFORMASI HIJAU LEMBAH PANTAI MELALUI PROJEK P2STP . 25 Mac – 31 Mei 2015 ___________________________________________________________________________
A. PENGENALAN Pihak P2STP bagi tahun 2015 akan mengadakan peraduan melukis poster dan membuka pertandingan ini kepada penuntut-penuntut sekolah yang tinggal di alamat PPR Chempaka, PPR Kg Limau, PPR Pantai Ria, PPR Seri Pantai dan Kg Dato Tatah. Peraduan melukis ini terbuka hanya kepada penuntut-penuntut yang tinggal di PPR seperti yang tertera di atas. Pengumuman peraduan dan pertandingan akan bermula pada 25 Mac 2015 dan hasil lukisan yang siap perlu dikembalikan ke Pusat Sumber Info, P2STP sebelum hari Sabtu, 25 April 2015 jam 1 tengahari. Nama para pemenang akan diumumkan pada 30 Mei 2015.
B. TEMA Tema peraduan melukis ini adalah 'Transformasi Hijau Lembah Pantai Melalui Projek P2STP'.
Definisi Teknologi Hijau Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Kriteria Teknologi Hijau Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: • Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran; • pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; • selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
1
C. PERADUAN MELUKIS SAIZ LUKISAN Saiz lukisan adalah seperti berikut : Lukisan Bersaiz A3 KATEGORI Hanya penuntut pada tahap seperti di bawah boleh mengambil bahagian dalam pertandingan melukis ini. i. ii.
KATEGORI 1 : Pelajar Sekolah Rendah (Darjah 4-6 ) KATEGORI 2 : Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)
SYARAT-SYARAT PERADUAN Syarat-syarat peraduan melukis adalah seperti berikut:i. Peserta bebas menggunakan apa-apa jenis peralatan dan bahan pewarna; ii. Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan; iii. Lukisan dan idea lukisan dan poster hendaklah hasil ciptaan sendiri; iv. Lukisan dan poster hendaklah dihasilkan atas kertas berukuran A3; v. Peserta boleh memilih untuk menghasilkan poster dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris; vi. Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam satu lukisan; vii. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syaratsyarat yang telah ditetapkan; viii. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang lukisan dan poster; dan ix. Tidak ada yuran penyertaan akan dikenakan. x. Dengan menyertai peraduan ini, bererti peserta dengan sendirinya memberi hak / kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan mana-mana hasil seni atau imej hasil seni yang ikut penyertaan bagi tujuan pameran, penerbitan dan promosi tanpa memberikan pambayaran / royalty kepada peserta. xi. Ke-semua karya seni yang di hantar akan menjadi milik penganjur. xii. xii. Jawatankuasa penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan karya seni yang dihantar untuk dipertandingkan di sepanjang penyimpanan.
2
PENGHAKIMAN i. ii. iii. iv. v.
Hakim-hakim peraduan melukis dan melukis poster akan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Komunikasi P2STP. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati kehendak peraduan sebelum ianya dihakimkan. Keputusan akan dimaklumkan kepada pemenang oleh pihak penganjur. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Nama pemenang akan diumumkan pada 30 Mei 2015.
KRITERIA PENGHAKIMAN 1. Memahami Tema Peserta amat faham tema 'transformasi hijau', 'mesra-eko' dan menerapkan tema itu ke dalam hasil lukisan. Contoh aplikasi hijau yang digunapakai di Loji Kumbahan P2 (P2STP) adalah pengunaan sistem tenaga solar, teknologi penuaian air hujan, pengunaan biogas dari hasil kumbahan untuk menjana tenaga elektrik, sistem pengunaan kitar semula efluen bagi tujuan menyiram pokok/penyaman udara serta pengunaan cahaya semulajadi melalui rekaan bumbung akuatik . 2. Memahami Dan Menggunakan Kesan Seni Peserta memahami dan menggunakan elemen kesenian dari segi bentuk, garisan, komposisi dan warna untuk menghidupkan tema 'transformasi hijau'. 3. Kreativiti Peserta menunjukkan kreativiti dari segi cara persembahan, menggunakan idea yang asli dan menarik, serta menunjukkan kajian dari segi menggunakan elemen-elemen mesra-eko atau teknologi hijau di dalam komposisi lukisan. 4. Hasil Kesenian Peserta menghasilkan satu lukisan dan mempersembahkannya secara profesional. Tanpa ada kesan koyak atau kerosakan pada kertas serta tidak kotor dengan kesankesan yang mencacatkan hasil karya mereka.
3
HADIAH-HADIAH Hadiah-hadiah bagi peraduan melukis ini adalah berbentuk wang tunai dan trofi yang akan disediakan oleh pihak Jawatankuasa Kerja Komunikasi P2STP.
KATEGORI 1 : Pelajar Sekolah Rendah (Darjah 4-6) Pertama: RM 750 Kedua: RM 500 Ketiga: RM 250 KATEGORI 2 : Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5) Pertama: RM 1000 Kedua: RM 750 Ketiga: RM 500
BORANG PENYERTAAN Borang penyertaan peraduan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Info P2STP. Maklumat lanjut mengenai transformasi hijau serta aplikasi teknologi hijau yang di guna pakai di dalam projek P2STP boleh di dapati di laman web P2STP pada alamat : www.pantai2stp.com.my
4