Transkrip Temubual Dengan Special Constable Haji Othman Bin Jamil Mengenai Peristiwa Darurat Di Bekok, Segamat, Johor Pada Tahun 1948
Norhazura Binti Hamzah 2003659786
Hazlin Binti Ibrahim Khan 2003659779
Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Perdana, Shah Alam Bagi Memenuhi Keperluan Kursus Imr 603- Sejarah Lisan Nov-Mac 2004/2005
ISI KANDUNGAN Isi Kandungan
Muka Surat
1.0 Penghargaan
i
2.0 Abstrak
ii
3.0 Pengenalan
1-10
4.0 Transkrip
12-65
5.0 Log Temubual
66-70
6.0 Lampiran 6.1 Biodata Tokoh
72
6.2 Senarai Soalan
73-86
6.3 Surat Perjanjian
86
6.4 Indeks
88-90
7.0 Lain-Lain
91
IMR 603-Sejarah Lisan
1.0 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kami, Encik Mohd Nazir Bin Ahmad yang banyak memberi panduan, tunjuk ajar dan sabar dengan pelbagai kerenah kami sepanjang proses pembelajaran dan menyelesaikan tugasan Sejarah Lisan ini. Tanpa bantuan dan sokongan dari beliau, maka tidak mampu kami menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Ucapan terima kasih kepada tokoh yang terlibat dalam rakaman wawancara ini, Tuan Haji Othman Bin Jamil. Budi dan jasa baik beliau sekeluarga memberikan kerjasama semasa sesi temubual dirakamkan dan melayan kami tidak ubah seperti anak sendiri akan kami kenang dan sanjung sehingga ke akhir hayat. Kepada rakan-rakan sekelas yang turut menyumbangkan idea dan membantu kami, terima kasih di atas segalanya. Semoga transkrip temubual dengan bekas Special Constable Haji Othman Bin Jamil mengenai peristiwa darurat di Bekok, Segamat, Johor pada tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan (1948) ini memberi manafaat kepada pembaca. Terima kasih.
IMR 603-Sejarah Lisan
3.0 PENGENALAN
Projek Sejarah Lisan ini merupakan satu kursus wajib kepada semua pelajar yang mengambil kursus IMR 603 Documenting Oral Tradition. Projek ini dimajukan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shall Alam bagi memenuhi keperluan kursus. Projek ini dijalankan selama dua jam bagi setiap kumpulan yang mengandungi dua orang ahli. Projek ini telah dijalankan oleh Norhazura Hamzah dan Hazlin Ibrahim Khan, pelajar tahun akhir bahagian empat, program Pengurusan Pusat Sumber Maklumat. Tujuan projek ini dijalankan bagi menyingkap dan menyungkil segala pengalaman serta kisah yang lalu bagi pemeliharaan serta mengekalkan projek tersebut untuk tatapan dan pengetahuan generasi akan datang. Selain itu juga ia bertujuan untuk memahami kepentingan sejarah lisan sebagai dokumentasi, kajian serta sejarah dan budaya kita. Kursus ini juga memberi kefahaman kepada pelajar bagaimana proses dan prosedur dalam mengendalikan sejarah lisan dijalankan. Di sini kami telah memfokuskan berkenaan dengan peristiwa bersejarah yang membawa kepada zaman darurat di Tanah Melayu. Zaman darurat merupakan satu titik hi tarn dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu di mana berlakunya peperangan terbuka di antara pihak kerajaan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut melibatkan semua lapisan rakyat Tanah Melayu. Banyak penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan dan luar negeri mengenai zaman darurat di Tanah Melayu yang berlaku selama dua belas tahun.
1
IMR 603-Sejarah Lisan
Secara rasminya, zaman darurat di Tanah Melayu bermula pada tahun pertengahan seribu sembilan ratus empat puluh lapan (1948) dan berakhir pada tahun seribu sembilan ratus enam puluh (1960). Tetapi pada hakikatnya, sebelum tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan (1948) beberapa peristiwa kacau-bilau telah pun dilancarkan oleh pengganas-pengganas komunis. Begitu juga, kekerapan dan ketegangan pertempuran kerajaan dengan pihak komunis telah pun reda lebih kurang pada penghujung tahun seribu sembilan ratus lima puluh empat (1954). Pada awal tahun seribu sembilan ratus empat puluh tujuh (1947) pucuk pimpinan PKM telah diambil alih oleh Chin Peng. Setahun kemudian Jawatankuasa Pusat PKM telah mengambil keputusan untuk berjuang melalui ketenteraan bagi membentuk Republik Komunis Malaya. Keputusan ini adalah dipengaruhi oleh komunis antarabangsa yang melaungkan tindakan kekerasan. Akibat tekanan British terhadap perjuangan mereka, PKM menubuhkan unit gerila dan masuk ke dalam hutan. Pasukan ini dikenali dengan nama Malayan Races Liberation Army (MRLA). Keganasan komunis mula berlaku di ladang-ladang getah, lombong bijih timah, dan di kilang-kilang. Pembunuhan tiga orang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh komunis pada enam belas haribulan enam tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan (16.6.1948) telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent di beberapa kawasan di Perak dan Johor. Pada lapan belas haribulan enam tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan (18.6.1948), setelah keganasan PKM menjadijadi, darurat telah diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu apabila PKM melancarkan pemberontakan bersenjata. Seterusnya, PKM diharamkan secara rasmi pada dua puluh tiga haribulan tujuh tahun sembilan belas empat puluh lapan (23.7.1948).
2
MR 603-Sejarah Lisan Pada masa darurat kira-kira empat puluh ribu orang tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan alat-alat kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang dan kapal laut. Selain itu bantuan telah diperolehi daripada kira-kira tujuh puluh ribu anggota polis dan dua ratus lima puluh ribu home guard di peringkat kampung. Bagi mengawal keselamatan pengurus-pengurus ladang pula, seramai dua puluh sembilan ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh Special Constables (SC) telah diambil berkhidmat. Askar-askar asing juga didatangkan dari Australia, New Zealand, Fiji, Afrika Timur dan juga askar Gurkha bagi membantu gerakan membanteras komunis. Meskipun pasukan keselamatan kita telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini adalah kerana kumpulan pengganas tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara perang gerila. Mereka berlindung didalam hutan dan muncul di tempat-tempat yang tidak terkawal untuk membuat serangan hendap. Antara taktik pasukan keselamatan yang paling berjaya ialah membuat serangan hendap dengan menunggu pengganas keluar dari hutan semasa mendapatkan bekalan. Setelah gagal melalui perjuangan bersenjata, PKM di Tanah Melayu mengubah taktik perjuangan dengan memenangi hati rakyat. PKM meminta rundingan pendamaian bagi mencari jalan supaya PKM dibenarkan bergiat dalam politik negara secara sah. Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, undang-undang darurat masih belum tamat .PKM telah menerima pukulan teruk yang memaksa mereka berundur ke selatan Thailand untuk mencari perlindungan. Dengan berkurangnya ancaman komunis, satu
3
1MB 603-Sejarah Lisan
'kawasan putih'. Pada tiga puluh satu haribulan tujuh tahun seribu sembilan ratus enam puluh (3.7.1960), undang-undang darurat telah ditamatkan.
Strategi-strategi Parti Komunis Malaya (PKM) Strategi-strategi PKM untuk mengambil alih kuasa di Tanah Melayu diusahakan melalui tiga peringkat: Peringkat pertama, PKM bergiat untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan memusnahkan estet-estet getah dan lombong-lombong bijih timah yang merupakan dua industri penting di Tanah Melayu. Peringkat kedua, menawan dan menguasai kawasan-kawasan dan bandar-bandar terpencil bagi digunakan sebagai markas untuk menyerang pihak kerajaan. Peringkat terakhir, dari markas-markas tersebut PKM akan cuba menghalau serta mengusir pihak British dari Tanah Melayu dan kemudiannya menguasai seluruh Tanah Melayu. Justeru itu, sebuah kerajaan Republik Komunis Tanah Melayu akan dibentuk untuk memerintah Semenanjung Tanah Melayu. Dalam pemberontakan bersenjatanya, PKM menggunakan taktik-taktik perang gerila di mana pengganas-pengganas komunis beroperasi melalui unit-unit yang kecil di antara dua ratus hingga empat ratus orang dengan menggunakan senjata-senjata yang berjaya disorokkan semasa pendudukan Jepun yang telah dibekalkan oleh tentera British. PKM juga telah menubuhkan satu unit bekalan dan pengintipan awam iaitu Min Yuen. Min Yuen memainkan dua peranan penting iaitu mendapatkan bekalan makanan dan perubatan serta memperolehi maklumat-maklumat mengenai kegiatan-kegiatan kerajaan dalam usahanya menentang PKM.
4
IMR 603-Sejarah Lisan PKM telah melancarkan serangan-serangan yang hebat ke atas estet-estet getah, lombong-lombong bijih timah, balai-balai polis dan orang awam antara tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan hingga seribu sembilan ratus lima puluh satu (19481951). Kejayaan paling besar PKM ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di jalan ke Bukit Fraser pada enam haribulan sepuluh tahun seribu sembilan ratus lima puluh satu (6.10.1951).
Faktor PKM melancarkan pemberontakan bersenjata Terdapat banyak faktor yang mendorong PKM melancarkan pemberontakan bersenjata pada tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan (1948). Salah satu faktor ialah kegagalan polisi perdamaian Barisan Bersatu di mana PKM telah gagal mencapai cita-citanya melalui cara-cara perlembagaan atau perdamaian di antara tahun seribu sembilan ratus empat puluh lima hingga seribu sembilan ratus empat puluh lapan (19451948). Dalam tempoh tersebut, PKM melalui kesatuan-kesatuan sekerja yang dikuasainya telah melancarkan pemogokan bagi melemahkan dan menjatuhkan kerajaan British di Tanah Melayu. Menjelang tahun seribu sembilan ratus empat puluh tujuh (1947), pengaruh PKM ke atas gerakan buruh telah merosot dan oleh yang demikian, PKM terpaksa menggunakan cara kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan British di Tanah Melayu. Seterusnya, perubahan pucuk pimpinan dan krisis dalam PKM turut mengakibatkan pemberontakan komunis. Setiausaha PKM, Lai Teck yang didapati menjadi ejen Jepun dan British telah menghilangkan diri dengan wang parti pada bulan tiga tahun seribu sembilan ratus empat puluh tujuh (Mac 1947) menyebabkan ahli-ahli PKM tergoncang
5
IMR 603-Sejarah Lisan keyakinan mereka. Untuk memulihkan semangat perjuangan komunis, pemimpin baru, Chin Peng berpendapat perlunya dasar yang lebih aktif dan dramatik untuk menggerakkan PKM ke hadapan supaya kerajaan British dapat dijatuhkan dan kerajaan komunis ditubulikan. Selain itu, PKM juga dipengaruhi oleh pihak luar seperti Kongres Pemuda Komunis Asia di Calcutta pada bulan dua tahun seribu sembilan ratus empat puluh lapan (Februari 1948) yang mengarahkan parti-parti komunis untuk melancarkan pemberontakan bersenjata demi mencapai matlamat masing-masing. Kemudiannya, PKM juga telah digesa oleh Parti Komunis China untuk memulakan revolusi di Tanah Melayu. Seterusnya, kejayaan-kejayaan pihak komunis di negara China, Greece dan Indo-China telah memberi inspirasi kepada PKM untuk melancarkan pemberontakan di Tanah Melayu yang pada pendapat mereka akan berjaya.
Langkah-langkah ke arah membanteras pemberontakan bersenjata PKM Untuk mengatasi pemberontakan bersenjata PKM, kerajaan British di Tanah Melayu telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Darurat telah diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan pertubuhan PKM telah diharamkan. Di bawah Peraturan-Peraturan Darurat 1949, kerajaan boleh menahan sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara. Selain itu, perintah berkurung dan pemeriksaan tanpa waran serta pengawalan pergerakan lalulintas dan makanan dijalankan untuk melemahkan PKM. Kerajaan juga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan di mana semua penduduk Tanah Melayu yang berumur dua belas tahun ke atas mesti mendaftarkan diri dan membawa kad pengenalan untuk memudahkan pengesanan anasir-anasir komunis.
6
IMR 603-Sejarah Lisan Ini menyebabkan ramai pemimpin komunis melarikan diri ke hutan akibat takut diberkas oleh pihak kerajaan. Rancangan Briggs telah dilaksanakan oleh Pengarah Gerakan yang baru iaitu Leftenan-Jeneral Sir Harold Briggs di negeri Johor pada satu haribulan enam tahun seribu sembilan ratus lima puluh (1.6.1950) dan seterusnya di seluruh Tanah Melayu. Rancangan Briggs bertujuan menempatkan semula setinggan-setinggan cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung baru untuk melindungi mereka yang dipaksa membantu PKM dan lebih penting lagi bagi menghapuskan sistem bekalan komunis. Menjelang tahun seribu sembilan ratus lima puluh dua (1952), seramai empat ratus ribu orang setinggan cina telah ditempatkan semula di lebih kurang empat ratus buah kampung baru. Penempatan semula ini telah berjaya melemahkan PKM yang terpaksa keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera kerajaan. Ini telah memudahkan usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis. Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa Kerja Perang telah ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri melalui Arahan No. 1 bertarikh enam belas haribulan empat tahun seribu sembilan ratus lima puluh (16.4.1950). Majlis Perang Persekutuan dianggotai oleh pegawai-pegawai atasan, polis, tentera udara dan darat bertujuan merancang dasar perang umum manakala Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri dan daerah berperanan mengkoordinasikan rancangan-rancangan operasi dalam menentang pengganas-pengganas komunis. Perluasan pasukan tentera di mana mata-mata khas melayu seramai dua puluh empat ribu orang telah dilatih dengan segera untuk mengawasi ladang, lombong dan
7
IMR 603-Sejarah Lisan
kawasan-kawasan terpencil. Pasukan Polis Persekutuan diperbesarkan menjadi enam puluh tujuh ribu orang menjelang tahun seribu sembilan ratus lima puluh dua (1952). Antara tahun seribu sembilan ratus lima puluh satu hingga seribu sembilan ratus lima puluh tiga (1951-1953), sejumlah dua ratus lima puluh ribu hingga tiga ratus lima puluh ribu Pengawal Kampung (Home Guards) telah diwujudkan untuk membantu memperkukuhkan pertahanan menentang revolusi bersenjata PKM. Dalam pada itu, sebanyak dua puluh tiga batalion askar telah dihantar dari Britain dan negara-negara Komanwel untuk membantu dalam serangan yang lebih agresif terhadap komunis di hutan. Dalam pada itu, pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh satu (1951), kerajaan Tanah Melayu telah mengadakan langkah pengerahan masuk tentera ke atas rakyatnya yang sihat dan kuat untuk bersama-sama berjuang menentang pengganas-pengganas komunis. Menurut rancangan pengerahan, mereka yang dikerah diwajibkan melaporkan diri di antara tujuh hingga sepuluh hari di kem latihan dan seterusnya akan dihantar ke pusat latihan selama tiga bulan untuk latihan ketenteraan asas. Namun demikian, rancangan pengerahan tidak berjaya kerana tidak mendapat sambutan baik rakyat terutamanya kaum cina. Tambahan dalam kekuatan tentera telah berjaya melemahkan dan melumpuhkan gerila-gerila komunis samaada dalam bentuk serang balas atau mempertahankan keselamatan negara. Perang saraf atau perang psikologi telah digunakan oleh Jeneral Sir Gerald Templer yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu pada bulan satu tahun seribu sembilan ratus lima puluh dua (Januari 1952). Dalam menjalankan perang psikologi, Jeneral Templer berharap dapat memenangi hati dan fikiran rakyat untuk
8
IMR 603-Sejarah Lisan bekerjasama dengan kerajaan dalam usahanya menghapuskan komunis-komunis. Antara langkah-langkah perang psikologi yang telah dijalankan ialah pindaan peraturanperaturan kewarganegaraan yang membolehkan lebih ramai orang bukan melayu menjadi warganegara dan proses pilihanraya majlis-majlis tempatan bagi mewujudkan rasa tanggungjawab rakyat terhadap negara mereka dan membawa mereka ke arah berkerajaan sendiri. Dengan itu, rakyat digalakkan untuk memberi maklumat-maklumat untuk membolehkan penangkapan gerila-gerila komunis selain daripada mendapat hadiah wang tunai yang diberikan kerajaan. Hadiah wang tunai yang paling tinggi ditawarkan ialah dua ratus lima puluh ribu ringgit untuk penangkapan Chin Peng. Gerila-gerila komunis juga digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke dalam hutan di mana mereka akan diampunkan dan dibantu menyesuaikan diri semula dalam penghidupan baru mereka. Kemudiannya, Jeneral Templer telah mewujudkan kawasankawasan putih dan hi tarn di mana kawasan-kawasan putih yang bebas daripada kegiatan komunis dilonggarkan peraturan-peraturan darurat manakala kawasan-kawasan hitam yang masih aktif komunis diperketatkan lagi kawalannya. Dengan itu, berjayalah perang psikologi Templer dalam menentang pemberontakan bersenjata komunis menjelang tahun seribu sembilan ratus lima puluh lima (1955).
Perkembaogan sosio-ekonomi zaman Darurat Ketika zaman darurat pada awal tahun seribu sembilan ratus empat puluh (1940) dan awal tahun seribu sembilan ratus lima puluh (1950), kehidupan di bandar-bandar besar terutamanya tidak terjejas di mana berbagai-bagai hiburan dan pertandingan sukan
9
IMR 603-Sejarah Lisan telah dijalankan. Misalnya, joget, pertunjukan bangsawan, cabaret dan opera cina telah dinikmati penduduk-penduduk bandar besar pada masa itu manakala pertandinganpertandingan sukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, kriket, badminton dan olahraga telah disertai orang ramai terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan orang dewasa dengan penuh semangat dan penuh kegembiraan. Dalam arena badminton pula, ahli-ahli sukan negara kita telah mencapai kejayaan gemilang dengan memenangi Piala Thomas pada masa itu. Begitu juga dalam sukan hoki, pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh enam (1956) negara kita telah layak ke peringkat Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Selain daripada itu, dalam sukan angkat berat, dalam British Empire Games di Auckland, peserta-peserta angkat berat negara telah memenangi dua pingat era« catu pingat perak dan satu pingat gangsa. Kejayaan dalam arena sukan antarabangsa menunjukkan rakyat Tanah Melayu tidak memberi perhatian yang berat kepada perjuangan komunis. Yang menghairankan ialah tiada terdapat apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku dalam mensabotaj perkembangan sukan negara ketika itu oleh agen-agen komunis. Namun demikian, darurat telah melambatkan pembangunan kerana kerajaan British Tanah Melayu terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mematahkan revolusi bersenjata PKM yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrastruktur negara.
Faktor-faktor kegagalan PKM merampas kuasa Pada tiga puluh satu haribulan tujuh tahun sembilan ratus enam puluh (31.7.1960), kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan tamatnya darurat yang membawa maksud kegagalan PKM dalam pemberontakan bersenjatanya.
10
IMR 603-Sejarah Lisan
Kegagalan PKM dalam merampas kuasa disebabkan keberkesanan langkah-langkah offensif kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menangani PKM seperti perkembangan pasukan bersenjata, rancangan Briggs, Majlis Perang Persekutuan dan perang psikologi Templer. Selain itu, PKM juga kekurangan sokongan meluas rakyat Tanah Melayu terhadap cita-cita PKM terutamanya daripada kaum bukan cina kerana ideologi komunis yang anti-agama dan ketiadaan bantuan dari negara-negara komunis lain seperti Rusia dan negara China. Seterusnya, taktik-taktik PKM dalam menggulingkan kerajaan seperti serangan pukul lari ke atas pelombong, peladang, balai polis, jalan keretapi dan orang awam menyebabkan penderitaan dan kesusahan telah menimbulkan perasaan benci terhadap PKM. Dengan itu, menjelang tahun seribu sembilan ratus lima puluh empat (1954) pemberontakan bersenjata PKM sudah tertekan dan kelihatan kegagalan PKM yang mulai merosot dan lumpuh. Kegagalan PKM ialah kemenangan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
11
IMR 603-Sejarah Lisan
Kegagalan PKM dalam merampas kuasa disebabkan keberkesanan langkah-langkah offensif kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menangani PKM seperti perkembangan pasukan bersenjata, rancangan Briggs, Majlis Perang Persekutuan dan perang psikologi Templer. Selain itu, PKM juga kekurangan sokongan meluas rakyat Tanah Melayu terhadap cita-cita PKM terutamanya daripada kaum bukan cina kerana ideologi komunis yang anti-agama dan ketiadaan bantuan dari negara-negara komunis lain seperti Rusia dan negara China. Seterusnya, taktik-taktik PKM dalam menggulingkan kerajaan seperti serangan pukul lari ke atas pelombong, peladang, balai polis, jalan keretapi dan orang awam menyebabkan penderitaan dan kesusahan telah menimbulkan perasaan benci terhadap PKM. Dengan itu, menjelang tahun seribu sembilan ratus lima puluh empat (1954) pemberontakan bersenjata PKM sudah tertekan dan kelihatan kegagalan PKM yang mulai merosot dan lumpuh. Kegagalan PKM ialah kemenangan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
11
MR 603-Sejarah Lisan
4.0 TRANSKRIP TAPE 1 SIDE A Berikut adalah rakaman wawancara sejarah lisan mengenai zaman darurat di Bekok, Segamat Johor dengan Tuan Haji Othman B. Jamil yang merupakan seorang Bekas Special Constable. Rakaman ini dijalankan di rumah beliau di Kampung Pancha Jaya, Bekok Johor pada hari Ahad jam satu tiga puluh petang (1.30). Wawancara ini dikendalikan oleh Norhazura Hamzah dan dibantu oleh Hazlin Ibrahim Khan dengan segala hormatnya kita mulakan rakaman ini. Zura: Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh, atuk. Atuk: Waalaikumsalam. Zura: Soalan pertama, siapakah nama penuh atuk? Atuk: Haji Othman B. Jamil. Zura: Bilakah atuk dilahirkan? Atuk: Enam haribulan sepuluh tahun seribu sembilan ratus dua puluh sembilan (6.10.1929). [Word deleted] Zura: Dimanakah atuk dilahirkan? Atuk: Di Muar. Zura: Berapa lamakah atuk tinggal di kampung ini? Atuk: Lebih kurang tiga puluh tahun. Zura: Apakah pekerjaan atuk sekarang? Atuk: Kerja menoreh getah, usahakan tanah sendiri. [Word deleted] (gangguan suara kanak-kanak)
12
IMR 603-Sejarah Lisan
Zura: Berapakah bilangan adik beradik atuk? Atuk: Lima, adik beradik atuk lima orang. (Gangguan suara kanak-kanak dan motosikal yang ialu) Zura: Siapakah nama isteri atuk? Atuk: Hura Bt. Bachik. Zura: Berapakah bilangan anak atuk? Atuk: Enam. Zura: Siapakah nama penuh kedua ibu bapa atuk? Atuk: Jamil B. Truno. Zura: Ibunya? Atuk: Yam Bt. Haji Mustape. Zura: Bolehkah atuk ceritakan dimanakah atuk mendapat pendidikan awal? Atuk: Kampung Parit Raja, Muar. Zura: Bilakah atuk mula berkhidmat di dalam pasukan Special Constable? Atuk: Tahun seribu sembilan ratus lima puluh (1950). Zura: Berapa lamakah atuk berkhidmat sebagai Special Constable? Atuk: Mula-mula atuk kerja tiga tahun, lepas itu sambung lagi tiga tahun. Zura: Apakah yang mendorong atuk masuk Special Constable? Atuk: Kawan-kawan, masuk kerja ini kerana kawan-kawan. Zura: Siapakah di kalangan saudara mara yang turut masuk Special Constable bersama atuk? Atuk: Nombor satu abang, Mahat B. Kerman, di Kampung Parit Raja.
13
IMR 603-Sejarah Lisan
Zura: Bolehkah atuk ceritakan kenangan manis dan pahit sepanjang atuk berkhidmat dengan Special Constable? (gangguan bunyi motor) Atuk: Atuk itu jam [pada masa itu] duduk di Bekok lepas itu kena jaga, satu hari kena empat jam, empat jam jaga lepas itu habis empat jam kita relax [rehat] tidur, tiada apa-apa benda nanti sudah sampai time [masa] lagi kena panggil lagi, jaga itu sahaja. Zura: Agak-agak atuk bilakah darurat di Tanah Melayu berlaku? Atuk: Time [masa] berlaku seribu sembilan ratus empat puluh lapan (1948), darurat. Zura: Di manakah tempat permulaan darurat diisytiharkan? Atuk: Kawasan Johor, seluruh Johor. Zura: Kawasan Johor itu dekat (di) mana? Atuk: Kawasan Segamat, Bekok. (sambil ketawa) Zura: Siapakah yang mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu? Atuk: Tengku, Perdana Menteri. Zura: Apakah yang dilakukan oleh komunis semasa darurat? Atuk: Komunis memang dia nak cari orang putih, dia selalu suka nak kenakan orang putih, jadi orang kita sini ascot [mengawal] itu sahaja, darurat. Zura: Adakah rakyat Tanah Melayu membangkang pengisytiharaan darurat? Atuk: Tidak membangkang, ikut sahaja. Zura: Siapakah Perdana Menteri Malaysia pada masa itu? Atuk: Tengku Abdul Rahman.
14
IMR 603-Sejarah Lisan
Zura: Di manakah tempat atuk mula bertugas sebagai Special Constable? Atuk: Di Bekok, Balai Polis Bekok. Zura: Apakah tugas pertama atuk sebaik sahaja bergelar Special Constable? Atuk: Atukjadi jaga, round [meronda] kawasan Bekok. Zura: Adakah peristiwa darurat mendapat liputan meluas dari pihak akhbar? Atuk: Tiada, itu jam [pada masa itu] tiada. Zura: Di manakah atuk menerima latihan semasa berkhidmat di dalam Special Constable? Atuk: Nombor satu di Kulai sana sebulan, lepas itu pergi Tanjung Keling sebulan, jadi atuk kena dua bulan pergi krusus training [latihan]. Zura: Bagaimakah tahap disiplin Special Constable di Tanah Melayu pada masa darurat itu? Atuk: Disiplin memang kuat mahu jaga, nombor satu nyawa kita nak jaga jangan sampai kena tembak komunis, jadi kita jaga sama jaga [kita sama-sama menjaga] disiplin memang kuat hendak jaga. Zura: Pernahkah atuk dikenakan tindakan disiplin? Atuk: Tidak. Zura: Siapakah nama ketua misi atuk semasa berkhidmat ketika darurat? Atuk: Itu jam [pada masa itu] Sarjan Dollah B. Abdul Malik. Zura: Apakah nama operasi atuk? Atuk: Itu jam [pada masa itu] nama orang putih USA, Jungle Scott. Zura: Adakah perangkap samar dipasang oleh musuh semasa darurat? Atuk: Itu sudah memang tentu dipasang, pasal [sebab] apa dia pasang kita dekat dia mesti meletup, benda jerangkap samar dia ada pasang. (Word deleted)
15
IMR 603-Sejarah Lisan
Zura: Banyak tak jerangkap samar yang dipasang? Atuk: Banyak, kalau dekat dalam hutan memang banyak, jadi kita hendak dekat mesti hendak jaga-jaga, kalau tidak kena, dia pasang bom itu. Zura: Adakah alat-alat yang tertentu untuk mengesan jerangkap samar? Atuk: Alat itu memang susah sedikit, tapi kita tidak ada bawa, yang kita tahu tengok bekas ditokek kayu, itu benda ada mesti hendak jaga masa masuk hutan. Zura: Adakah masyarakat di situ bersubahat dengan musuh? Atuk: Macam atuk jaga kelmarin [dahulu] tiada, tiada bersubahat apa, kira orang asli pula ada bagitahu kalau ada macam komunis round [meronda] dekat tempat dia, dia bagitahu kita pergi ambush [serang]. Zura: Adakah rondaan dibuat setiap hari? Atuk: Tidak ada, macam seminggu dua kali, sebulan empat kali mesti ada round [meronda tempat rumah orang asli]. Zura: Bagaimanakah atuk membezakan musuh dengan kawan sendiri semasa bertugas? Atuk: Bezanya? Bezanya kita nak jaga-jaga, sama-sama kita jaga, jangan sampai kita lalai, kalau kita lalai kita kena nanti. Zura: Pernahkah anggota Special Constable di Tanah Melayu tertembak rakan sepasukan yang disangkakan pihak musuh? Atuk: Tak ada, itu tak pemah terjadi, di kawasan Bekok, ada orang pergi sembahyang Jumaat, Sungai Bekok ada lapan orang mati komunis tembak balik sembahyang Jumaat pukul dua.
16
IMR 603-Sejarah Lisan Zura: Selain Special Constable adakah pertubuhan lain yang mengawal keselamatan Tanah Melayu semasa darurat? Atuk: Ada, nombor satu Fiji dia memang handal Fiji itu, nombor dua Guruha [Gurkha] ada stand by [bersedia] sama. Zura: Boleh atuk terangkan nama penuh Fiji itu? Atuk: Nama Fiji itu atuk tak faham tapi gelaran yang datang panggil Fiji atuk pun panggil Fiji. (Sambil ketawa) Zura: Apakah kesan terhadap Tanah Melayu selepas darurat? Atuk: Kesan tak ada apa-apa benda, kira sudah baik, sudah habis darurat sudah baik. Zura: Adakah tekanan perasaan atau ketakutan di kalangan penduduk Tanah Melayu ketika itu? Atuk: Masa darurat takut, tapi sekarang sudah habis sudah kawasan putih sudah tak takut lagi. Lin: Bilakah darurat di Bekok berlaku? Atuk: Darurat di Bekok berlaku tahun empat puluh lapan (1948) sudah berlaku. Lin: Apakah yang berlaku di Bekok semasa darurat? Atuk: Semasa darurat nombor satu komunis banyak simpang siur, komunis dia nak can makan dia sanggup pergi dekat area [kawasan] pagar. Lin: Berapa lamakah tempoh darurat berjalan? Atuk: Tempoh darurat berjalan berapa tahun, sini saya ingat setahun lebih darurat. (Gangguan bunyi motosikal)
17
IMR 603-Sejarah Lisan Lin: Apakah sebab utama darurat berlaku? Atuk: Pasal [sebab] nombor satunya ada komunis banyak, ada nak cari makan, itu sahaja. Lin: Apakah yang dilakukan oleh masyarakat Bekok semasa darurat? Atuk: Memang tak ada apa benda yang menjaga, nombor satu kira polis yang jaga mengamankan, askar itu tadi Fiji yang membantu kita. Lin: Adakah masyarakat Bekok keluar bekerja juga semasa darurat? Atuk: Kerja ada, nombor satu orang menoreh cina dia kerja tapi tidak ada bawa apa-apa, dia tak boleh bawa rokok, boleh bawa tapi lima batang rokok, makan pun tidak boleh bawa itu jam [pada masa itu] masa darurat. Lin: Adakah masyarakat di Bekok mengikut arahan pemerintahnya? Atuk: Ikut
nombor satu makan nasi kawah, ikut.
Lin: Adakah terdapat masyarakat di Bekok yang melawan polis atau komunis? Atuk: Yang melawan polis ini komunis sahaja, yang masyarakat kita tidak, tak ada melawan apa polis, nombor satu komunis sahaja. Lin: Apakah yang dilakukan oleh komunis terhadap masyarakat yang melawan? Atuk: Itu kalau dia dapat tahu orang yang bersubahat bersama polis dia hukum tembak sahaja, dia jumpa tangkap tembak. Lin: Apakah masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat Bekok sepanjang tempoh darurat? Atuk: Masalah dia memang banyak, pasal [sebabjnombor satu kita nak keluar pun tak bebas, pasal [sebab] darurat bukan, masa nak keluar malam tak boleh
18
IMR 603-Sejaralt Lisan
Lin: Adakah masyarakat Bekok yang dipaksa oleh komunis masuk pasukan mereka? Atuk: Tapi yang menjaga ini tiada nampaknya, ada pun orang yang seorang dua orang dia, tapi nyorok-nyorok dia, tak ada heboh-heboh kiranya. Lin: Adakah diantara masyarakat Bekok yang menghasut rakan mereka untuk bekerjasama dengan pihak musuh? Atuk: Itu tiada, memang tak ada. Lin: Adakah anggota Special Constable yang mengawal Bekok mencukupi? Atuk: Memang cukup dia beri, menjaga. Lin: Adakah pihak Special Constable membuat sekatan di jalan-jalan utama bagi mengawal kemasukan pihak musuh? Atuk: Itu pendeknya hari-hari ada, dia dekat gate [pagar] macam ada road block [sekatan jalan] apa, kita tahan, macam nak keluar nak masuk naik kereta kah, basikal kah, motor kah periksa semua, agak dia bawa makan kah tiada bawa makan kah. kita periksa, tapi yang sudah sudah ada juga bawa makan sikit-sikit kita beri, pasal [sebab] nak kerja lapar kan, dia makan kasi, tapi kalau beras belum masak memang tak boleh bawak keluar, itu jam [pada masa itu]. (Ganguan bunyi motorsikal lalu) Lin: Siapakah ketua kampung Bekok pada masa itu? Atuk: Itu jam [pada masa itu] Haji Muniran B. Kroto. Lin: Apakah perasaan atuk ketika darurat berlaku? Atuk: Atuk itu jam [pada masa itu] tiada perasaan apa-apa, memang makan gaji kerja sahaja cukup bulan ambil duit. (Sambil ketawa)
19
MR 603-Sejarah Lisan
Lin: Bagaimanakah atuk pergi bertugas semasa darurat? Atuk: Atuk time [masa]
ada jaga atuk pergi time [masa] diberi nombor-
nombor sekian pergi jaga. Lin: Bagaimananya cara atuk pergi bertugas? Atuk: Cara ramai dua orang tiga orang tengok nombor itu naik atuk pergi, kerja. Lin: Bolehkah atuk ceritakan dari mula bagaimana darurat berlaku? Atuk: Dari mula darurat ini nombor satu dalam kawasan Bekok ini memang ada komunis kalau kira tiada bukan nama darurat, jadi nak makan nak apa nak belanja orang memang susah tak boleh keluar dari pagar melainkan masuk dalam ada ascot [pengawal], itu jam [pada masa itu] convoy [beramairamai] ada skuad polis baru barang
dalam, itu pun tak boleh buat
malam, siang, itu sahaja yang atuk tahu. Lin: Siapakah yang bertanggungjawab memberi arahan kepada atuk untuk bertugas semasa darurat? Atuk: Itu ketua atuk, Sarjan Dollah yang beri arahan itu, nombor satu area [kawasan] semua siap pagar apa, ini memang tak boleh kira-kira komunis tak boleh masuk dua lapis area [kawasan] itu pagar, masa itu. Lin: Apakah nama khas bagi pasukan atuk? Atuk: Nama khas kira SC. Lin: Berapa ramai anggota Special Constable dalam setiap pasukan? Atuk: Itu lebih kurang dalam tempat atuk seratus orang adalah, dalam Balai Polis Bekok, lebih kurang itu, seratus orang. Lin: Berapa jam setiap pasukan bertugas? Atuk: Dia empat jam, empat jam.
20
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Di manakah pusat kawalan Special Constable di Bekok pada zaman darurat? Atuk: Itu kira [macam] dalam Balai Pol is, headquarters [ibu pejabat] dia Balai Polis. Lin: Adakah pihak musuh berjaya menawan pusat kawalan polis ini? Atuk: Tak ada, selama atuk bekerja tak ada, nombor satu macam kita ada area [kawasan] masak nasi kawah, itu beras mahu sebiji pun tidak boleh keluar, kita makan nasi kawah semua baik cina kah, baik melayu kah, baik India kah, apa bangsa pun sama ada, area [kawasan] itu tak boleh keluar beras. Lin: Kenapa beras itu tak boleh keluar? Atuk: Pasal [sebab] takut komunis dapat nanti, jadi kita masak dulu baru kasi [beri] nasi, sesiapa pun SC pun macam itu, kita tak boleh bawa balik beras masak, tak boleh. Lin: Semasa zaman darurat apakah jawatan atuk ketika itu? Atuk: Itu jam [pada masa itu] atuk prebet [orang bawahan], prebet [orang bawahan] rua. (sambil bergurau dan ketawa) Lin: Berapakah umur atuk ketika darurat berlaku? Atuk: Lebih kurang dalam dua puluh lima lebih umur atuk. [Word deleted] Lin: Berapakah gaji yang atuk terima dalam sebulan ketika itu? Atuk: Baru seratus tiga ringgit. Lin: Selain Special Constable Tanah Melayu, adakah atuk maksudnya Special Constable dari negara-negara lain yang bertugas bersama dengan atuk sepanjang darurat di Bekok? Atuk: Itu tak ada, itu yang atuk cakap Fiji, Guruha [Gurkha] yang ada bantu, askar melayu ada.
21
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Apakah tugas-tugas Special Constable daripada negara lain di Bekok? Atuk: Itu tak ada datang, di kawasan Bekok, Bekok, macam Labis, Labis, macam Yong Peng, Yong Peng, Batu Pahat, Batu Pahat, Muar, Muar dia ada sudah dikhaskan untuk bantu. Lin: Adakah bantuan diterima daripada pihak-pihak Iuar negara? Atuk: Itu tak ada, yang ada itu Fiji sama Guruha [Gurkha] bantuan dia orang yang kira ada komunis apa dia yang rush [bergegas], dalam hutan. Lin: Adakah polis Tanah Melayu yang bertugas di Bekok terdiri dari kaum bukan Melayu? Atuk: Itu jam [pada masa itu] cina tak banyak seorang dua sahaja, India pun tak banyak seorang dua juga, yang banyakkan sernua orang melayu yang kerja itu (sambil sedawa kecil) bangsa lain kurang.
Lin: Adakah Special Constable Tanah Melayu di Bekok yang tercedera atau meninggal dunia? Atuk: Itu memang banyak kena tembak dalam kawasan mi Bekok, Changweng ada hari itu kena sebelas orang mati tembak komunis, orang dia seorang pun tak kena, orang kita sahaja pergi petrol OagaJ n a k tolong baik kan telefon itu, dia bomnya itu mati sebelas orang, nasib, itu kira campur orang Labis, polis pun ada itu jam [pada masa itu]. Lin: Adakah atuk pernah mengalami sebarang kecederaan? Atuk: Atuk itu jam [pada masa itu] tiada benda, atuk pakai ascot [keselamatan diri] pakai tank lori besi itu atuk duduk dalam itu sahaja, jaga brand [sejenis senjata] kalau ada urusan orang minta bantu kah apa atuk pergi, tapi bukan atuk sorang empat orang, driver [pemandu], dalam itu ada spear [simpanan] dua lagi, atuk duduk dekat tengah-tengah yang boleh pusing (sambil mengayakan keadaan) GMC. itu atuk dapat duduk situ.
22
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Apakah yang pertolongan yang selalu diminta oleh masyarakat daripada pihak atuk dan pasukan? Atuk: Itu macam komunis menahan orang kadang orang tengah [sedang] kerja menoreh, dia ugut minta barang, suruh beli barang, jadi dia tak berani beli barang dia bagi report [laporan] kita pergi hendap dekat tempat dia, tapi dia sudah tahu komunis dia tak mahu datang lagi, dia orang [mereka] sudah tahu orang kita ada ambush [serang hendap] dia tak berani lagi datang dekat, jadi kita sudah stand by [bersedia] bukan satu hari sampai tiga empat hari tunggu itu, dia pun tak mahu datang lagi, sudah lepas itu baru dia datang, itu orang yang beritahu hukum dia tembak sahaja, ada orang kita yang bekerja itu mati dua tiga pun ada dia tembak sahaja tak ada tanya apa-apa, habis kita nak kejar dalam hutan, ini marin [dahulu] tempat kawasan atuk ini semua hutan ini, ini tempat j in komunis ini marin [dahulu], tepi sungai semua tempat masak, iya betul bekas-bekasnya ada marin [dahulu], periuk-periuk, kuali dia tinggalkan, tempat bertapak, kawasan Kampung Pancha Jaya ini tempat komunis marin [dahulu] asalnya, tepi sungai tapi. Lin: Siapakah pegawai-pegawai atasan yang berkerjasama dengan atuk semasa itu? Atuk: Itu jam [pada masa itu] lagi [dari] Segamat OSPD, inspektor, semua datang kalau ada tempat tahu ada komunis ini bukan, kita buat mesyuarat dia orang mesyuarat datang mesyuarat runding apa ini macam kita mana hendak ambush [serang hendap] balik dia beri aturan dia atur, kita dengar, kawasan ini sini orang pergi di beri arahan OSPD, kita dengar sahaja mana tempat, bukan dua tiga hari sampai sebulan kadang duduk dalam hutan tiada pun apa benda tapi arahan sudah suruh terasa la kita duduk tepi sungai, tepi sungai
kawasan itu.
23
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Dimanakah kawasan yang terlalu ramai komunis? Atuk: Di kawasan yang terlalu ramai dekat sini Bantang, dekat hutan ini Bantang, sempadan dia Paloh, Paloh itu kawasan dia itu jam [pada masa itu] memang banyak, nombor satu Paloh, nombor dua Yong Peng kira dekat hutan, Yong Peng dekat bandar tiada, kira dalam hutan, Yong Peng, Paloh, ini kawasan dia ini, ikut sebelah sana Kluang, Kluang itu ada satu estet nama Nyur itu pun kawasan komunis semua itu yang pakcik [atuk] ada masa jaga marin [dahulu], kawasan itu, itu jam [pada masa itu] sesiapa naik kereta api pun kadang ada kena tembak, lagi [dari] Kluang nak pergi Bekok ini kan, komunis tembak tapi tak kena, tot tot tot (sambil membunyi dan mengayakan tembakan berlaku) dia tembaknya habis ada orang ada ascot [pengawal] juga tembak juga, tembak angin, bukan tembak orang mana ada orang tahu keretapi tengah laju itu pun ada kena tembak keretapi, kalau celah itu marin [dahulu] reil [jalan keretapi] kena buka, reil [jalan keretapi] buka habis la, terjongket dia, keretapi terjongket tapi dia ada ascot [pengawal] juga, beritahu la, itu yang askar-askar datang ramai, tahan, sampai sudah tiada komunis, yang ada keretapi yang terbalik orang itu yang terjongket-jongket, itu sahaja yang atuk tahu. Lin: Adakah komunis menembak sesiapa sahaja masyarakat tanah melayu semasa itu? Atuk: Memang dia
sudah tak kira siapa dia orang pun tembak sahaja
kawasan dia pasal [sebab] dapat tahu cara orang naik keretapi kira cina ada, ini dia ada, melayu ada kan dia tiba tembak sahaja, tiada nak tanyatanya apa, pap pap pap (sambil membunyi dan mengayakan tembakan berlaku) dia tembak.
24
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Apakah tujuan komunis berbuat demikian? Atuk: Dia yang nombor satu, yang atuk tahu dia ingat dia nak memerintah tapi dia tak boleh kawal nak ambil ingat
tak boleh dapat, tapi dia
dia nak memerintah.
Lin: Apakah nama persatuan komunis pada masa itu? Atuk: Atuk pun tak berapa faham nama dia itu, dia parti komunis apa namanya pun ada dia punya nama itu pakcik [atuk] sudah lupa sudah, sudah lama apa parti dia ada. Lin: Dari manakah asalnya anggota-anggota komunis itu? Atuk: Asalnya dia campur, Labis lima orang, Bekok lima orang, Kluang lima orang, dia kumpul-kumpulkan sahaja dan satukan dia jadi kuat, cari duit kah, cari makan kah?. Kawasan-kawasan mana ada Labis ada, Segamat ada, dia ambil tak banyak, lima-lima orang kumpul, lepas itu kira yang jadi komunis macam itu la, yang atuk tahu dia menembak pun tak faham, dia tak belajar, pakai kadang-kadang ami [tembak] sedikit sahaja, dia mana nak ada belajar tiada tempat padang nak belajar tembak ini, yang SC belajar pun banyak tumbang, macam polis apa, itu sahaja la yang atuk tahu. Lin: Dari manakah pihak komunis mendapatkan senjata mereka? Atuk: Itu atuk tak tahu, entah mana dia beli tak tahu, saya ingat masa darurat itu Jepun marin [dahulu] bergasak sama orang putih kan?. Barang yang itu tertinggal dia simpan, tapi ada komunis mati itu senapang dia baik-baik semua, senapang itu yang kadang orang putih punya pun ada, Jepun punya pun ada, yang komunis yang mati kita dapat senjata dia itu kan, bukan barang baru kira barang sudah second hand [pakai untuk kali kedua] juga la.
25
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Adakah atuk ingat jenis-jenis senapang itu? Atuk: Itu ingat, senapang yang bulat besar itu panggil mat poh, yang meluncup itu mat pai, itu yang atuk tahu dua itu nama senapang yang pendek itu string gun, yang berkaki itu breng gun, lagi apa, yang kecil lagi cobain, kecil lagi pistol (sambil ketawa) itu sahaja yang atuk tahu senjata dia, bom, bom tangan macam telur itu, dia ada fius kalau dia nak mengebom masuk fius dia pegang lepas meletup, dia ada second [masa] satu, dua, tiga lepas, kalau nak bom ikan, ada banyak ikan, baling bom (sambil mengayakan) mati terperanjat ikan (sambil ketawa) itu bom, itu senjata dia. Lin: Adakah atuk di tempatkan di markas atau di dalam hutan? Atuk: Atuk bebas, dalam hutan pun ada kena pergi, di pekan dalam balai polis pun ada, atuk bebas. Lin: Dimanakah tempat tinggal atuk semasa —? Atuk: Asal?. Atuk asal marin [dahulu] orang Muar, Kampung Muar, Parti Raja Muar, asal. Lepas itu masuk SC pergi hantar ke kena Bekok ini, asalnya macam itu. Lin: Pada pendapat atuk bagaimanakah taraf hidup penduduk di Bekok? Atuk: Itu jam [pada masa itu] memang taraf dia kurang, tak berapa maju pasal [sebab] apa yang banyak cina. cwia berani ceroboh tanah, dia hentam sahaja dahulu, orang meiayu nanti minta mohon macam ini baru dapat, dia tidak, dia belasah sahaja dulu, kemudian itu baru dia mohon, itu sahaja yang atuk tahu, habis?. Lin: Bagaimana dengan keadaan ekonomi masyarakat di Bekok? Atuk: Meiayu, itu jam [pada masa itu] memang merosot kurang, mana gaji kecil, semua kecil, yang atuk tahu yang kerja dekat estet ini baru gaji dua ringgit lebih, dua ringgit sembilan puluh sen satu hari kerja, kongsi kong [kuli] itu
26
MR 603-Sejarah Lisan
jam [pada masa itu] (sambil ketawa) dua ringgit sembilan puluh sen itu jam [pada masa itu] bayar orang bekerja, yang itu getah itu jam [pada masa itu] mahal orang kampung yang banyak dapat duit, kalau estet orang yang kerja menoreh ada duit, kalau yang kongsi kong [kuli] itu la gajinya, tiada lagi. Lin: Apakah makanan utama masyarakat Bekok pada masa itu? Atuk: Macam itu nombor satu nasi, makan, sungguh pun nasi apa ini masak kawah pun dia ada bagi entah setengah kilo ke?. Setengah kati satu orang kalau enam orang tiga kati diberi, satu hari itu sekali makan, karang [nanti] petang macam itu juga makan itu, itu jam [pada masa] masa darurat, tak boleh bawa apa. Lin: Adakah pembahagian makanan itu mencukupi bagi setiap semua orang? Atuk: Cukup, kenyang tak berapa kenyang, lapar tak lapar sederhana boleh la dikatakan. Lin: Adakah terdapat sebarang undang-undang ataupun pantang larang tertentu yang dikenakan ke atas Special Constable Tanah Melayu di Bekok? Atuk: Itu tiada, kalau kita macam pula bawakan beras apa, itu salah langgar undang-undang kita tolong orang bawa tak boleh, itu kalau dapat tahu kena tangkap kita, yang kita membawa itu, bersubahat, tak usah kasi [beri] komunis, kasi [beri] orang kita sahaja pun tak boleh. Lin: Dari manakah bekalan makanan diperolehi? Atuk: Ambil beras apa itu?. Itu lagi [dari] beli dekat Segamat dia masuk ambil dekat gudang beras, gula apa semua berbelanja dekat kedai besar, dia bawa Bekok, itu pun ada bawa pakai ascot [pengawal], bukan boleh dia bawa lori anu [merujuk kepada sesuatu] sahaja, tak boleh.
27
IMR 603-Sejarah Lisan
END OF TAPE 1 SIDE A: TAPE 1 SIDE B Lin: Bagaimanakah komunis mendapat bekalan makanan? Atuk: Bekalan itu memang dia susah hendak dapat, tapi dia minta sama orang dia sama dia, kira cina sama cina, dia merayu minta tolong, barang-barang itu hendak makan, dia pun kasi [beri] duit kasi [beri] pada kaki dia, jadi kaki dia ini kadang ada bantulah menolong, kasi beli kira sorok-sorok, tapi sekali lepas, dua kali lepas, tiga kali mesti kena tembak punya. Itu kita ada jaga dalam kawasan itu sudah tahu, petang-petang dia keluar bawa sikitsikit, dia ingat tak tahu lama-lama dapat tahu, itu dia sudah buat begitu kita tiada beri tempoh apa lagi pakai tembak sahaja, pasal dia ada senjata bukan, komunis ada senjata kita tak boleh tak tembak, kita tak tembak orang yang bawa itu, kita tembak komunis kalau dia ada tunggu dulu la, kadang komunis ini, pandai dia apa, dia pakai preman [orang yang menyamar] juga, dia tak pakai uniform bucu tiga tak pakai, jadi serba salah mana satu kita tembak ini. Kita ingat nak tembak komunis kadang orang yang bawa kena tembak (sambil ketawa) tertonggeng dia kena, itu sahaja la (gangguan bunyi telefon) telefon mana? Lin: Siapakah preman [orang yang menyamar] dikalangan orang komunis? Atuk: Preman [orang yang menyamar] ini pendeknya macam orang yang menolong dia, kira [macam] orang itu preman [orang yang menyamar], yang komunis ini komunis juga, yang cakap preman [orang yang menyamar] itu orang kira [macam] orang dia jug4 oina juga tapi dia kira [macam] preman [orang yang menyamar], cakap begitu. Lin: Adakah pihak musuh merampas bekalan makanan daripada masyarakat Bekok? Atuk: Itu dia tak ada merampas, dia suruh beli barang-barang itu, tapi dia cari kaki orang dia, yang atuk tahu orang dia orang cina juga, orang kita tak ada, orang melayu tak ada menolong dia tak ada.
28
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Adakah atuk dan rakan-rakan dijangkiti sebarang penyakit semasa bertugas? Atuk: Itu jam [pada masa itu] atuk tak ada sakit tak apa, kadang ada sakit peningpening sikit sahajalah time [masa] bekerja itu, tapi sakit terus itu tak ada. Lin: Adakah Special Constable yang tercedera mendapat bantuan perubatan dengan segera? Atuk: Itu kalau kita kena ambush [serang] kena apa, itu bantuan mesti datang serta merta, bawa ke Hospital Segamat, kalau kita luka kah?. Apa?. Kena tembak, pendek memang lekas benda [anggota yang tercedera] itu tak ada lama dekat [di] Bekok, dia bawa dengan segera,yang kena, tapi kalau yang tak kena tembak apa kena sikit-sikit sahaja situ luka dekat situ, ubat situ sahaja tak payah hantar Segamat, hantar ke klinik sahaja, itu yang kena sikit-sikit. Lin: Dari manakah bantuan perubatan diperolehi? Atuk: Yang atuk tahu ubatan itu daripada Hospital Segamat, dia memang bawa bekal itu. Lin: Bagaimanakah cara bantuan perubatan diperolehi? Atuk: Cara dia tengok kita macam beri tahu sama itu jam [pada masa itu] main wireless berapa orang cedera berapa orang mati kita beri laporan dulu ke sana, dari Bekok kah, Segamat, jadi bila Segamat sahaja terima dia lekas [cepat-cepat] sahaja hantar ubatan, apa semua alat-alat semua siap, serta merta dia datang, bantuan ubat itu, dia tak ada tunggu-tunggu lagi, tak ada sudah.
29
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Adakah atuk pernah ternampak anak-anak kecil atau kaum wanita yang diseksa oleh musuh?
Atuk: Itu tak ada, atuk yang tahu orang yang tua-tua, mana yang dia sudah besar apa kira dia boikot dia tak nak tolong itu dia dapat tangkap memang dia seksakan, dia kerat jari dia, dia ketuk tangan dia, tapi dia tak lama dua tiga jam itu pun sudah lama, satu jam lebih, dia lepas balik orang itu, dia tak bunuh, tapi kalau sudah berat perkara itu dia beritahu dia hukuman tembak sahaja dia, komunis itu datang sampai tembak sahaja, macam itu sekali hukuman dia, dia tak ada tunggu-tunggu lagi tanya-tanya tak ada terus tembak sahaja. Lin: Apakah tindakan atuk jika mengetahui keadaan sedemikian berlaku? Atuk: Itu jam [pada masa itu] atuk kalau ada orang report [melapor] apa, kita tak boleh pergi serta merta. Kita nak kumpulkan orang kita semua dulu, yang boleh kumpulkan itu sarjan, kopral, berapa orang plantun mana hendak dihantar, sekurang-kurangnya habis tak ada sepuluh orang, itu habis sikit la, kalau tidak dua puluh orang, tiga puluh orang, bergegas pergi tempat yang ada itu, tapi selalu bila sudah sampai sana tak ada apa benda bekas pun, kadang tak nampak mana satu duduk, itu yang susah itu, tapi laporan dia orang ada bagi tahu sini tempat sini tempat, kita pun pergi lekas [cepat-cepat], pergi-pergi tak ada, kalau tengok tepi sungai apa, bekas air berkocak-kocak, kotor, itu bekas ikan, itu sahaja nampaknya. Adakah atuk pernah melihat sendiri rakan-rakan seperjuangan atuk terkorban? Atuk: Itu memang ada, yang atuk tahu yang bergasak itu lebih kurang tiga orang, orang kita kawan-kawan atuk mati, komunis tembak itu jam [pada masa itu] atuk tiada pergi, atuk stand by [bersedia] dekat [di] kira dalam balai polis tunggu, bila kawan sudah kena tembak dentam dentum sudah dengar.
30
IMR 603-Sejarah Lisan
wireless sudah sampai, atuk pun pergi. Pergi pun bukan kereta besi yang pergi tepi jalan sahaja bukan masuk tepi jalan round [pusing-pusing] tengok, sampai sana orang kita sahaja yang mati, atuk pun buang sahaja embak atas, jauhkan dia [komunis] lagi, sudah dekat tembak-tembak pungut orang mana yang sudah meninggal, atuk tak pungut lain kereta ambil, ramai, atuk stand by [bersedia] jaga takut orang dia tembak lagi, itu sahaja, atuk yang kerja selalu atuk buat macam itu, ascot [mengawal], kadang kalau tak ada apa benda atuk petrol [jaga]. Jalan pusing macam hutan ini, pusing ada jalan tapi bukan masuk dalam hutan, kira [macam] jalan petrol [jaga] begitu, tapi dia sudah tahu tak ada pun dia menembak. Lin: Apakah yang dilakukan ke atas mayat-mayat tersebut? Atuk:
kita orang kita ambil pungut, pungut kita masuk bawa ke balai dia beritahu siapa yang kena, beritahu kalau dia ada isteri dia beritahu isteri dia, kalau tak ada beritahu mak bapa dia, kalau macam kata orang Segamat hantar Segamat, hantar orang Muar hantar orang Muar, dia yang mana ada, yang kawasan Johor ini kita hantar, kalau kata misal [andai] kata Pahang kita bawa balik sana Pahang, kita hantar dekat [di] Pahang, ini sekian-sekian nama hantar JMC sini, yang besi itu hantar bukan keretakereta anu [biasa] kereta besi ,yang atuk tahu dahulu macam itu caranya, tak ada simpan-simpan lama, tak ada, dia siap-siapkan kapan apa sini naikkan dekat masjid, hantar mana ada.
Lin: Agak-agak atuk berapa ramaikah rakan sepasukan atuk yang terkorban pada masa itu? Atuk: Masa atuk sama-sama anu [bekerja] ini?. Yang atuk tahu lapan orang sekali, sebelas sekali, lagi dua, dua sama satu itu sahaja, lebih kurang berapa itu?. Lapan, sebelas, sembilan belas ya, sembilan belas campur tiga, dua puluh dua orang selama atuk menjaga sama-sama itu. Itu jam [pada masa itu] pun atuk sama ada pergi itu ascot [mengawal] atuk pun kereta besi dia tembak, tat tat tat (sambil membunyikan tembakkan)
31
IMR 603-Sejarah Lisan
tembak pakai stain gun [sejenis senapang] atuk sorok [sembunyi] tak membalas tengok mana satu berasap, dia bekas tembak itu berasap jadi atuk sudah tentu [tahu] atuk pun tarik tot tot tot (sambil membunyikan tembakkan) brand [sejenis senapang] tot tot tot (sambil membunyikan tembakkan) melenting dia lari (sambil ketawa), itu tapi tak ada kena apaapa tembak angin sahaja, dia pun tembak angin, kereta besi pun tak kena, kalau kena berbunyi tang tang tang (sambil membunyikan tembakkan) ini tak ada, tak kena dia tembak pun tembak takut, kita tembak pun tembak takut juga (sambil ketawa) sama-sama nak jaga nyawa kan?. Itu sahaja. Lin: Agak-agak atuk berapa ramaikah pihak komunis di Bekok? Atuk: Kawasan Bekok ini, itu jam (pada masa itu) tak salah atuk banyak, dia sekurang-kurangnya pasukan dia habis-habis tak ada tiga puluh orang satu group (kumpulan) di kawasan Bekok, Labis, mana tempat yang banyak Paloh, Kluang, Yong Peng, itu tiga puluh orang kurang-kurang, dia tak boleh banyak lima puluh orang enam puluh orang. Pasal [sebab] apa kalau dia ramai kalau askar jumpa apa kita, ini dia kena banyak nanti orang mati, kalau dia sedikit-sedikit dia senang hilang dia lagi cekap, dia tak mahu ramai-ramai, tapi sedikit-sedikit pun kira [macam] dia orang pandai juga, yang ada bodoh juga menembak tak tahu tinggal bawa senjata saha; tolong, yang ada tak ada senjata tapi atuk tak nampak tak jumpa la, tak nampak mana betul sah mana komunis, kalau nampak dia tembak atuk dahulu (sambil ketawa), itu dia yang atuk tahu. Lin: Apakah alat senjata yang digunakan oleh atuk untuk mempertahankan dir ketika itu? Atuk: Itu jam [pada masa itu] atuk ada senjata brand [sejenis senjata] ada, kalau naik kereta skuad car [kereta] jip itu jam [pada masa itu] bawa brand [sejenis senjata] itu atas itu memang ada brand [sejenis senjata], atuk senjata sendiri itu cobain [sejenis senjata], pasal dia ada satu berat satu ringan jadi ada atuk cobain [sejenis senjata], kecil sahaja. Pendek lagi atuk
32
IMR 603-Sejarah Lisan
ada pistol tembak hijau, merah bagi signal [tanda], itu bukan atuk yang bawa tapi kira [macam] dalam kereta itu ada, kalau bahaya tembak merah, tempat komunis jadi dia orang semua sudah tahu, kalau hijau dia sudah cabut, macam itu cara dia, marin [dahulu] yang atuk masa bertugas. Lin: Dari manakah bekalan senjata untuk Special Constable Tanah Melayu diperolehi? Atuk: Atuk yang tahu lagi [dari] pada Segamat dihantar ke Bekok, senjata-senjata itu saya ingat [rasa] dari Kuala Lumpur dihantar ke Segamat, berapa banyak orang dulu baru dia hantar senjata. Lin: Siapakah yang menghantar senjata tersebut? Atuk: Yang hantar kira askar la, dia pakai lori besi punya semua, tak ada mainmain ascot [pengawal] taruh [letak] begitu, ini pasal senjata kan?. Peluru, bom, dia semua kira peralatan semua askar yang hantar, macam peruntukkan Bekok ini berapa nak banyak, Labis berapa banyak, Yong Peng berapa banyak, dia hantar senjata itu, sampai-sampai dia bagi senjata itu dia sudah tahu orang ini nak pakai, dia beri sampai habis, besok kalau ada lagi orang baru macam itu juga, wireless lagi minta senjata, peluru, nombor satu peluru, selalu main tembak-tembak habis dia ganti baru. Lin: Adakah atuk pernah bertembung dengan pihak musuh? Atuk: Itu jam [pada masa itu] atuk masa kerja memang tak ada, sekali-sekala ada dia tembak besi kereta tank [besi] itu, tapi jauh dia tembak, yang atuk pun diam sahaja, mana lama-lama atuk buang peluru, buang hangus sahaja, tak ada nampak mana satu dia asap, lepas tembak ada asap, macam asap dia tembak, jadi kata orang tembak asap (sambil ketawa), bukan tembak komunis.
3.3
IMR 603-Sejarah Lisan Lin: Apakah tujuan tembak asap itu? Atuk: Tujuan dia beri semangat, beri orang kita ini kalau sudah mula tembak orang-orang ini semua berani, kalau tak tembak dia semua takut sahaja, yang kawan jiran-jiran kita yang pergi empat lima orang takut, bila tembak dia pun semangat, dia buang semangat dia tembak satu dua ke atas, jadi sudah berani, macam itu cara dia, ada semangat. Lin: Berapa ramaikah kekuatan angkatan musuh ketika bertembung dengan atuk? Atuk: Itu kita tak boleh tahu pasal [sebab] apa dia berjalan dalam hutan kita tak nampak, tapi kalau tengok tembak dia itu memang tak banyak sikit sahaja, tot tot tot (sambil membunyikan tembakan) dia tembak, kalau dia banyak dia bunyinya banyak bukan?. Ini tak banyak, dia macam sambil takut kan kita sahaja, itu sahaja yang atuk tahu. Lin: Waktu atuk bertembung dengan musuh itu, pada waktu siang atau malam? Atuk: Siang, itu jam [pada waktu itu] macam petrol [jaga] pukul dua tiga tengahari kita jalan, siang, tak ada malam, kita pun petrol [jaga] tak ada malam
, pasal [sebab] apa kalau malam kita bahaya, takut dia
pasang bom tengah jalan itu kan?. Jadi kita tak boleh jalan malam, melainkan dapat beri tahu baru kita pergi, itu pun jalan malam nak jagajaga jalan, itu tengok ada pokok tumbang kah apa?. Kadang dia tumbangkan pokok itu dia ambush [serang hendap] kita pulak dekat [di] situ, ada juga kena macam itu, tapi kalau kereta-kereta besi kita tak takut, kita redah yang menimbun itu go stand [patah balik] balik boleh lari dia pun takut, kalau kita sudah bubuh-bubuh letak brand [sejenis senapang] bunyi depan dia, dia pun cicit lari juga, siapa nak mati kata dia, itu yang atuk tahu. L»n: Bagaimanakah perasaaan atuk semasa bertembung dengan pihak musuh? Atuk: Itu jam atuk memang tak ada takut apa-apa, pasal [sebab] itu jam [pada masa itu] atuk bujang lagi, itu jam [pada masa itu] time [masa] kerja
34
IMR 603-Sejarah Lisan
belum kahwin lagi, jadi atuk tak tahu takut, suka sahaja, mati pun tak tahu macam mana kena mati (sambil ketawa), atuk suka sahaja tak ada susah hatinya, itu. Lin: Pada waktu itu atuk sudah berkahwin? Atuk: Itu jam [pada masa itu] atuk mula-mula belum berkahwin lagi, masa atuk kerja SC itu kan baru-baru bujang, sudah lepas kerja dalam lebih kurang dua tahun baru atuk kahwin, itu pun kahwin tahun lima puluh tiga (1953), lima puluh lima dapat yang anak sulung, Nor. Lin: Semasa atuk berkahwin adakah darurat masih berlangsung? Atuk: Itu jam [pada masa itu] darurat lagi, tapi atuk itu jam [pada masa itu] dalam kawasan Melaka dia bebas, sana senang, jadi atuk tinggal dekat [di] Melaka sana, Jasin Melaka bukan town [bandar] Melaka, dekat [di] Jasin, itu sahaja. Lin: Selain latihan yang diterima semasa jadi Special Constable, adakah atuk mengamalkan ilmu-ilmu lain untuk mempertahankan diri dari musuh? Atuk: Tapi atuk tak ada ilmu-ilmu lain melainkan kita sudah kursus pergi training [latihan] itu sahaja atuk jaga diri, tak ada apa-apa ilmu tak ada taruh [pakai], sahaja. Lin: Pihak manakah yang memberikan atuk latihan? Atuk: Pihak itu kira [macam] orang atas-atasan, dia beritahu sekian nombor nama pergi training [latihan], atuk pergi, training [latihan]. Lin: Di manakah atuk mendapatkan latihan tersebut? Atuk: Latihan itu pendek dalam training [latihan], dekat [di] Kulai Johor, sebulan sana, nombor dua dekat [di] Sungai Udang, Melaka itu training [latihan] atuk.
35
IMR 603-Sejarali Lisan
Lin: Adakah semua Special Constable dikenakan hadir dalam training [latihan] tersebut? Atuk: Itu yang atuk difahamkan semua kena, tapi bukan sekali harung semua pergi, dia gilir-gilir macam plantun yang pertama A, kata satu ribu orang pergi, besok plantun B tiga puluh orang, plantun C seribu orang, dia macam itu dia pusing sampai seribu, jadi semua orang tahu, sebulan, training [latihan] sebulan tapi hendak kira macam tiga bulan kena kerja, terus training [latihan], enam pagi sampai enam petang baru habis, malam baru dapat rehat tidur, tiga puluh hari itu terus dia tak tahu hari Jumaat, tak tahu hari minggu belasah sahaja lanyaknya, itu jam [pada masa itu]. Lin: Adakah rakan-rakan atuk yang lari daripada latihan itu? Atuk: Cuma yang atuk tahu dalam seribu tak ada lagi, semua ketawa sahaja, tahan lasak itu jam [pada masa itu] semua banyak bujang yang tua-tua jarang ada, kalau macam atuk sekarang yang sudah tua ini lari, tak tahan itu jam [pada masa itu] bujang, umur dua puluh lebih, dua puluh lima, dua puluh enam semua itu, dua puluh empat. Lin: Adakah atuk pernah ditawan oleh pihak musuh? Atuk: Masa itu atuk sudah ada nak kena juga, orang sudah beritahu itu ambush [serang hendap] kata dekat [di] Mersing Endau Rompin sana. Jadi group [kumpulan] atuk pergi lima puluh orang hendak menjaga orang asli ini, [gangguan bunyi kucing] jadi atuk pergi tepi hutan sana, habis sebelah sana ada information [maklumat] orang asli juga, entah betul tak betul tak tahu, kata dia nak ambush [serang hendap], jangan lalu dekat [di] sungai. Maka atuk naik marin polis ini dekat sungai, lagi pada Endau nak pergi Rompin itu, Pahang sempadan nak jaga orang apa ini Johor Pahang, nak jaga orang asli dekat [di] tepi sungai sana. Jadi dapat information [maklumat] itu dari wireless, jadi itu pegawai atuk itu sarjan, leftanan itu tahan kita tak boleh pergi sekarang ini, kita naik atas bukit semua sorok,
36
MR 603-Sejarah Lisan
perahu taruh [letak] tepi tambat, jadi tak pergi. Tunggu sampai dua hari tiga tapi rest [rehat] makan semua cukup, habis lega tak ada pergi satu, satu, begitu, dia ada hari itu merin polis ada lima, tapi takjalan rapat-rapat lepaskan satu, sudah jauh lepas lagi satu, macam itu tapi semua merin itu ada wireless sudah tahu,
dia ada juga komunis yang tahu tapi dia
tak berani menentang. Dia tahu banyak orang merin polis ini, tapi merin polis bukan ada besi tak ada besi, kayu juga, tapi itulah yang atuk dapat tahu dari anu [polis] tapi lepas itu tak ada benda, lepas itu atuk jaga sana lebih kurang empat bulan lebih, jaga orang-orang asli ini, nombor satu dia cari getah ipuh yang putih itu, kalau tak tahu getahnya putih, itu tujuan Singapore itu, itu kita jaga dia sana jadi kita nak makan ikan kah apa, tukar, kita kasi [beri] dia sardin. Dia pun belasah sardin, kita ambil ikan dia, ikan-ikan sungai dia pasang, itu sahaja atuk yang tahu. Lin: Apakah kegunaan getah ipuh tadi? Atuk: Getah itu untuk dijual buat hasil dia hantar Singapore, tapi getah itu tak ada kena mengena kita, kita takut asli ini pakat dengan komunis pasal [sebab] dia barang makan ada, jadi paksa kita kena jaga dia, sana buat kem, rumah dia macam tepi sungai ini, askar punya macam atuk punya anu [kem] ini atas, atas rumah dia jaga jangan sampai komunis datang tempat dia ambil makan, celah-celah [kadang-kadang] itu orang asli ini muka dua yang ada dia sokong komunis, yang ada sokong askar sokong orang kita, tapi banyak sokong orang kita. Jadi dia tak berani datang, tak berani ambush [serang hendap], yang atuk ada situ empat bulan lebih, atuk duduk dekat [di] dalam hutan, itu seksa atuk tak ada buka baju tak apa, mandi ceiup dalam sungai, senapang ada tepi sahaja, kita mandi sorang, kawan jaga, melainkan buka seluar itu nak berak [buang air besar], baju itu kering sini. Handal itu jam [pada masa itu] tak kena sakit (sambil ketawa), pil malaria ada sahaja kasi [beri], itu jam [pada masa itu] nak mandi celup sungai sejuk sikit itu tak ada kisah nak sembahyang nak apa tak ada, sudah tak tahu apa benda lagi sudah, asal panas celup masuk, sorang ada jaga atas
37
IMR 603-Sejarah Lisan
gilir-gilir jalan tak boleh sorang mesti dua orang, senjata-senjata load [tambahan] boleh angkat boleh tembak macam itu tak ada kuncinya. angkat load [senjata tambahan] bom (sambil mengayakan bunyi bom) lebih macam itu susahnya jaga hutan, macam itu jaga orang dia. Lin: Bagaimanakah atuk mengenal pasti orang asli yang bekerjasama dengan pihak musuh? Atuk: Itu kita tak pastikan. pasal [sebab] dia orang serupa, cakap serupa mana satu kita pun tak tahu, kadang yang baik-baik sama kita kadang itu kaki juga rupanya, ada orang lain yang bagi tahu, kita ambil perhati. Dia pandai, bila kita
dia hilang orang asli ini hilang entah pergi mana
dia soroknya, tak akan kita nak can
mampus la dia, tak boleh
orang dia kadang ada yang subahat juga, nombor satu apa pasal [sebab] duit, komunis kasi [beri] duit, itu yang dia suka duit sahaja, benda makan. Lin: Di manakah kubu kuat pihak musuh? Atuk: Kubu kuat dia yang atuk tahu sempadan marin (dahulu), Pahang sama Johor, Endau Rompin, Endau sama Rompin itu, dia bertegang dua itu, macam kita sebelah sini ada papan besi dinding Johor, sebelah sini Pahang memang ada tulis dekat [di] dalam hutan itu, Pahang ada Johor ada tapi tak ada dekat, sana jauh-jauh sini cuma Pahang, orang dia turun sungai sini, ini kira dia duduk sungai Pahang kita Johor di sini, tapi komunis dari Pahang datang, memang sudah tempat dia, tapi yang atuk tahu situ lama atuk balik sudah empat bulan ganti orang empat bulan, atuk ingat sampai tiga tahun lebih baru habis tak ada jaga lagi, sudah kira aman dekat sana itu jam [pada masa itu]. Lin: Adakah atuk ingat nama hutan itu? Atuk: Hutan itu atuk yang tahu tulis besi itu, sebelah sempadan sini tulis Pahang balik kita pusing ke mari Johor, itu sahaja atuk yang tahu, tapi yang atuk tahu hutan itu dia lepas Rompin Endau, Endau Rompin ya?. Apa nama
38
IMR 603-Sejarali Lisan
kata aur, hujung dia itu ada nama aur, atuk tahu aur-aur itu sahaja (sambil ketawa). Ada nama dia itu, kalau bayang-bayang dekat
itu pun
tempat sarang komunis sudah nak raya kita kena punya, dulu trip [kumpulan] yang sebelum atuk pergi yang trip [kumpulan] dulu pergi ada kena, sampai berapa orang mati, tapi orang dia pun mati bergasak betul lawan, dam duum dum [sambil mengayakan bunyi tembakan] dia ingat kita sikit, dia pun ingat orang dia sikit, orang dia pun mati orang kita pun mati, habis orang kita sempat bantuan datang, naik kapal terbang jatuhkan orang terjun satu-satu cari tempat yang baik, itu yang dia takut itu, itu yang atuk tahu. Lin: Dari manakah bantuan itu diperolehi? Atuk: Itu dari Johor kita wireless, cakap di kawasan ini sudah kena, dia datang lekas [cepat-cepat] kapal terbang, apa nama?. Helikoptar [kapal terbang], pusing-pusing round [pusing] ada orang dia sudah dengar kapal terbang dia takut bawah
gugur dia bagi tahu kita bawah ini nak kena jaga
kena tembak pula orang pakai pelecup [paying terjun] itu,
(sambil
ketawa). Lin: Adakah askar-askar Tanah Melayu juga terlibat dalam mem beri kan bantuan? Atuk: Ada, memang selalu dia yang anu [beri bantuan] dia yang datang, dari kota dia yang anu [beri bantuan] dia yang datang, hijau itu [askar] dia yang pantas, sekejap dia sudah sampai round tempat kita itu, pusing-pusing gugur orang itu, kalau hantar makan pun memang dia pakai pelucup [paying terjun], dia tahu terjun dekat [di] situ, top top top (sambil membunyikan) tapi sudah wireless, bawah wireless, atas wireless, itu tembak signal [isyarat] yang pakai pistol bagi signal [isyarat] hijau, dia tahu orang kita ada dekat [di] sini, dia jatuh dekat [di] situ sahaja, kalau dekat [di] sungai, sungai la, kalau kita tembak hijau itu ke mana?. Dia ikut itu sahaja arahanya, tus tus tus (sambil membunyikan) hijau, situ dia jatuhkan, kita terima sahajalah bawah ambil, (sambil ketawa). Pasal
39
IMR 603-Sejarah Lisan
[sebab] makan itu jam [pada masa itu] memang tak ada susah, special [istimewa] punya duduk dalam hutan, hantar ikan merah, siapa nak anu [merujuk pada sesuatu] kepala kasi [beri] orang asli kita tak nak makan (sambil ketawa), daging kita ambil. Lin: Dari manakah bekalan ikan-ikan itu diperolehi? Atuk: Dari Johor, pendek Johor sudah dibekalkan berapa ramai orang sana ke mari, benda itu sudah dikhas, sudah ada tinggal di hantar stand by [sedia] sudah ada, sudah siap bubuh air batu, sudah apa semua siap dia pakai tong-tong itu, jadi dia gugurkan, time [masa] yang kita minta itu. Lin: Siapakah yang memasak bekalan makanan itu? Atuk: Yang masak itu khas memang ada empat orang tukang masak dalam planum kita itu, dia gilir-gilir empat orang tukang masak, tapi orang pandai masak juga. Macam atuk ini tak pandai, tak dapat tak boleh orang pandai masak nasi, lauk, kira masak punya itu boleh. Sudah siap masak dia panggil makan, bedal [makan] sahaja (sambil ketawa), tak habis kasi [beri] orang asli panggil itu yang dia suka, besen [mangkuk yang besar] terlebih-lebih kita beri dari buang ya tak?. Kasi dia pun suka dapat makan kita ada stand by [sedia] sahaja, tak ada order [minta], tukang order [minta] ada wireless belakang tot tet tet tet (sambil membunyikan) itu jam [pada masa itu] bukan bercakap, pakai tekan, wireless dulu sana pun dapat macam itu cara dia, sekarang pakai cakap kan?. Dulu tak, huruf A apa, sudah barang apa hendak main tekan sana terima Johor, sekejap sudah hantar, sudah sampai, punya pantasnya. Lin: Dalam sehari berapa kali atuk makan? Atuk: Dalam sehari dua kali, tengahari petang, pagi minum air teh, siap roti apa roti bantal, siap culit [roti yang diletak perisa] dia kaya apa semua siap dia, sampai tak boleh makan tak nak makan, habis sudah selalu kena seminggu itu, lain minta tukar, minta apa semua dapat dalam hutan istimewa. Itu jam
40
IMR 603-Sejarah Lisan
[pada masa itu] dia kasi [beri] hantar, daging fresh [segar] dalam tin itu daging entah siapa yang buat itu
orang putih dia hantar daging
lembu satu pot [satu tin susu] seorang mana boleh habis muak minyak. END OF TAPE 1 SIDE B: TAPE 2 SIDE A Lin: Bagaimanakah isyarat daripada pelecut diberikan? Atuk: Nombor satu kita beri signal [isyarat]. Tembak pistol signal [isyarat] itu, hijau. Pungg (sambil membunyikan tembakan pistol) tembak atas. Habis atas ini kapal terbang nampak ini hijau. Dia jatuh dekat kawasan itu, yang hijau ini. Lebar lebu lebar lebu (sambil membunyikan bunyi peluru yang banyak) kalau macam dia tak kena tepat sini, kita balas merah pula, cakap ini salah. Salah dia, kita balas lagi yang hijau dekat mana ikut arahan, sini lagi [dari] bawah arahan ini bukan atas lagi [dari] bawah. Jadi dia tengok lagi [dari] bawah ini sini, dia jatuh hijau sini semua, sampai berapa tong berapa bekas lagi ada, lima ke sepuluh situ sahaja dia jatuhkan. Lepas sudah habis dia atas bagi signal [isyarat] tembak ke bawah, merah sudah habis. Macam itu cara dia, kita terima sini, dia wireless balik kata kita semua barang sudah cukup, sudah terima. Dia cabut balik kapal terbang itu. Barang itu kita kumpul, ambil pikul. Itu sahaja hantar barang. Lin: Bagaimana dengan bekalan makanan yang salah diturunkan? Atuk: Itu yang salah itu kira sudah kadang excident [kemalangan], benda itu dia jatuhkan itu salah tempat jadi kita yang bawah ini cari, sampai dapat. Benda itu jangan ambil orang lain pula atau pun komunis atau pun orang asli. Jadi bila kita sudah dapat itu kita orang bawah wireless balik dengan dia atas, cakap barang ini kita sudah ada dapat. Jangan khuatir jangan takut, benda ini sudah kita terima, jadi orang atas sudah tahu, dia diam la. Lin: Adakah pihak komunis merampas makanan tersebut? Atuk: Tapi yang sudah, trip [rombongan] atuk pergi sana tiada. Semua selamat. Tapi yang Iain-lain marin [dahulu] pun ada dengar juga terlepas tempat dia
41
/MR 603-Sejarah Lisan
pun ada pasal [sebab] itu la, jatuh lain tempat. Jadi dia dapat tapi tak banyak, satu bungkus sahaja ada dengar cerita marin [dahulu] begitu. Itu pun dia sembunyikan benda itu. Tapi yang masa atuk pergi ini kira beres [selamat], semua dapat, tiada orang dia dapat. Lin: Apakah perasaan atuk terhadap pihak komunis? Atuk: Perasaan atuk tiada benda tapi dia panas la pasal dia tak dapat. Dia ingat dia nak satu bahagian juga. Benda sudah berdebam berdebum dia tahu benda ini benda makan kan. Dia kadang dia dengar ada angin dia ada ngempit [datang] juga, ramai dia datang tapi dia tak berani serbu. Pasal [sebab] apa, orang kita sini keliling sudah jaga. Yang memungut memungut gek [juga] yang keliling ini orang kita sudah ada jaga. Tiga orang tiga orang tiga orang nyorok [sembunyi]. Itu dia takut nak rapat. Kalau rapat kita hukum tembak sahaja. Tiada tunggu lagi nanti siapa, tiada, nampak beri la. Memang sudah beri signal [isyarat] macam itu. Lin: Adakah pihak komunis terdiri daripada golongan cina sahaja? Atuk: Tapi atuk tahu marin [dulu] orang kita tiada. Tidak banyak, ada orang yang Pahang marin [dulu] ada tiga empat orang, orang Melayu. Itu memang dia ada masuk. Orang India pun ada seorang dua, yang atuk tahu. Kebanyakkan orang dia, cina. Orang asli pun ada. Orang asli ini orang dia kaki jalan dalam hutan dia tahu melintas-melintas kan, itu orang dia tiga empat orang ada. Itu
orang tua orang muda itu rakyat asli. Pasal
[sebab] dia raky [pengintip], kira jalan depan dia tahu ini keluar sini ke luar sini macam itu. Yang atuk tahu la dahulu ada cerita macam itu. Orang dia pun ada. Memang komunis la, dia ada pistol ada apa, memang ada senjata punya. Jarang yang tak ada senjata kalau komunis.
42
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Adakah dikalangan pihak komunis terdiri daripada rakan-rakan atuk sendiri? Atuk: Itu tiada. Rakan atuk sendiri tiada. Yang atuk tahu, yang sudah mesti dia orang itu lagi [dari] kawan dia lagi orang jahat itu la. Tiada lagi [dari] bekas-bekas polis ke SC tiada (tokoh berdehem). Bekas askar pun tiada. Semua orang dia la kira. Lin: Bagaimanakah atuk menanamkan rasa berani untuk menghadapi pihak musuh? Atuk: Atuk tiada benda, pasal apa ini kira kewajipan jaga. Dah kena hukum jaga kawasan yang tempat atuk ada beri dia beri arahan. Jadi atuk ikut perintah sahaja, jaga. Bukan atuk seorang yang jaga nya ramai. Bergilir-gilir atuk jaga sana. Itu sahaja. Lin: Apakah atuk ada menerima tawaran berdamai dari pihak komunis? Atuk: Itu jam [pada masa itu] tidak ada. Tiada minta damai dia apa tiada. Samasama tiada. Kita jumpa kita tembak, dia jumpa dia tembak kita. Itu sahaja datang. Tapi dia jarang nak rapat tempat kem atuk, dia tak berani datang. Pasal satu tahu senjata nombor satu cukup. Nombor dua dia tahu mesti tidak boleh menang punya. Kalu dia boleh menang dia rush [serbu]. Ini tak boleh menang punya. Pasal [sebab] apa, bila kena sahaja tempat atuk, kita dah teras [lekas] sahaja hantar wireless, jadi kapal terbang sudah hantar serbu. Sudah round [pusing] depan itu nyooong nyoong nyoong dia takut la (sambil mengawangkan tangan). Contohnya pasal kita hantar barang . Hantar barang, dia hantar barang jadi kapal terbang ini bukan satu, dua tiga sudah keliling dekat kem kita. Macam mana dia nak rapat?. Kalau dia tidak ada kita jaga kawal ketat mesti dia boleh bolos masuk. Dia tahu boleh masuk dia masuk. Dia pun ada senjata juga.
43
MR 603-Sejarah Lisan
Lin: Dari manakaii pihak komunis dapat kapal terbang itu? Atuk: Komunis tiada kapal terbang. Yang ada kita askar kita sahaja yang ada, tapi dia dengar sahaja la atas lalu, syarr syurr syarr syurr (tokoh menggambarkan seperti bunyi kapal terbang), dia dengar sahaja. Dia tak ada kapal terbang, dia dengar sahaja. Yang dia tahu ini askar punya. Dia tahu askar punya, askar Melayu punya dia tahu. Dia yang ingat yang bawah pun baju hijau ini, dia ingat askar gek [juga] bukan polis macam atuk kata polis kah apa tidak. Dia ingat askar juga pasal [sebab] pakai baju hijau gek [juga] (sambil ketwa). Ada
kah ada apa,
serupa pakai. Topi besi pun ada. (sambil ketawa). Pergi hutan ada topi besi, takut kayu kena hempap. Lin: Adakah baju pihak komunis dengan Tanah Melayu sama? Atuk: Lain. Dia kuning. Lagi kita hijau semua. Pasal [sebab] hijau askar. Kita SC pun pakai hijau semua hijau masa dalam hutannya. Yang bezanya dia, dia kuning. Lagi dia ada bucu tiga, ini merah. Satu dua tiga, dia tiga, songkok dia mesti ada bucu tiga. Kita orang topi. Kadang beli
nya putih.
Anu [merujuk pada sesuatu] ada putih itu, ini nama dia Janggal Scot [Jungle Scot]. Itu, tapi dia tiada tulis Janggal Scot [Jungle Scot], dia tulis putih sini macam telur itu. Jadi dari jauh ada depan belakang taruh [letak] itu topi itu. Dari jauh kawan kita sudah nampak, aa geng. Geng dia tanda macam itu sahaja. Jadi kita tiada kawan sama kawan tembak sendiri, tiada. Lin: Adakah pihak Special Constabel Tanah Melayu berjaya dalam misi ini? Atuk: Yang atuk tahu, yang dah anu [merujuk kepada yang sudah lepas] memang pendek tak ada apa benda. Dah habis darurat sahaja kita orang semua time [masa] itu apa ini habis kerja berhenti. Ikut berhenti la. Erkkkk (sendawa). Awak sudah habis tempoh, jadi ikut berhenti tempoh. Tidak berapa lama itu kawasan putih. Habis la. Tang [apabila] bila kawasan putih sahaja SC sudah tiada. Benda darurat sudah habis, ok.
44
IMR 603-Sejaralt Lisan
Lin: Bagaimanakah Special Constabel menentukan kawasan itu selamat? Atuk: Yang menentukan itu bukan daripada kita polis, yang menentukan itu askar. Dia yang round [pusing] dulu tahu mana tempat kawasan mana kawasan mana. Macam kawasan kata Bekok, dia pergi masuk, ini sudah tidak ada kata komunis. Kawasan sana Paloh, tidak ada. Kawasan ada Kluang dia tengok round [pusing], tidak ada. Dia polis siarkan kawasan ini putih. Tapi dalam banyak kawasan atuk tahu kawasan Bekok memang marin [dulu] orang sudah putih putih dia hitam lagi. Pasal [sebab] kawasan itu ada lagi benda itu. Itu lagi [dari] kem Melaka datang berapa ribu itu hari. Kalau tidak salah atuk dua ribu askar Melayu betul masuk dalam. Dua bulan tunggu. Seekor pun tidak ada. Lepas itu keluar, itu kawasan putih balik. Tidak dia orang heboh ada komunis ada komunis. Dua bulan dia tunggu, dua ribu. Bayangkan dua ribu bukan dua ratus (sambil ketawa), duduk dalam sana. Yang kata tempat yang cikgu yang hantar Ali [anak atuk nombor dua] ini kan, itu amuk. Di Bantang sana, dua puluh kira batu dua puluh batu masuk dalam. Tempat Ali mengajar itu gawang lagi sana, hutan. Ini nanti kamu nak pergi ini nanti pun ada hutan. Emm, tengok air terjun sekejap. Lin: Siapakah yang menghebohkan kawasan yang selamat itu ada komunis semula? Atuk: Itu yang banyakkan orang dia juga. Pasal [sebab] dia ada menoreh ini jumpa, ada komunis kata dia. Tapi ini ada orang ini kata dia subahat kan. Entah macam mana, dia nak buat gangster [samseng] apa, dia kata dia komunis, tidak dia gangster [samseng]. Dia paling tadah begitu. Yang dapat tahu macam itu cara dia. Tapi bila askar masuk yang pakcik tahu tidak ada apa benda pun. Bukan dua tiga hari, dua bulan simpan sana dua ribu. Bukan sedikit, dua ribu manusia (sambil ketawa), duduk tepi sungai sana. Tidak ada. Tidak ada apa-apa lagi sana.
45
MR 603-Sejarah Lisan Lin: Adakah kawasan yang lain yang diistiharkan selamat tetapi diduki semula oleh komunis? Atuk: Tapi yang atuk tahu, bila kawasan Bekok ini sudah tidak ada lain tempat semua sudah tidak ada. Sebelum dia pergi kawasan Bekok ini, dia pergi Paloh, pergi Kluang, Labis, Segamat, dia dah round [pusingj dulu askar. Punca-punca sempadan Pahang. Sini mana, Mersing Endau dia hutan lagi dia dah pergi round [pusing] dulu. Kawasan sana betul sudah tidak ada, baru dia siarkan kawasan putih, termasuk Bekok. Bekok itu sebab kata pakcik dua tahun lagi orang sudah putih dia belum lagi. Bila askar ini masuk, baru dikatakan kawasan putih. Tidak hitam sahaja lagi. Lin: Adakah diantara pasukan musuh dan juga Special Constabel Tanah Melayu terdiri daripada golongan wanita? Atuk: Yang atuk tahu wanita ini kurang . Komunis ada juga la. Yang atuk tahu seorang dua sahaja, tidak banyak. Tapi kebanyakkan SC ini kan, polis banyak perempuan ada juga jadi anu [merujuk kepada sesuatu]. Tu jam [pada masa itu] nama apa ini WAC. Perempuan dia panggil apa ini, polis juga tapi polis bantuan macam periksa-periksa ini perempuan . Orang lelaki mana boleh raba orang perempuan. Orang cina ada complaint [mengadu], jadi pasang orang perempuan tukang periksa macam itu. WAC aa WAC ke, itu perempuannya. Itu sahaja atuk tahu. Lin : Bagaimanakah dengan syarat-syarat pemilihan untuk menjadi Special Constabel ini? Atuk: Itu senang sahaja. Asal mata ini tidak buta, jalan tidak dengkot [tempang], sampai segak sihat kan, terima sahaja. Dia tidak ada apa benda, kau tahu menulis ke tidak tahu tidak tanya. Yang tengok semua sihat, ambil. Hari ini ambil esok kasi [beri] senapang. Belajar la kocok, cok cok cok (tokoh menggambarkan bunyi senapang). Senang, SC senang. Lepas itu baru
46
IMR 603-Sejarah Lisan hantar training [latihan]. Macam ini tidak ada susah-susah nak tengok jalan apa tidak ada, itujam [pada masa itu] (bunyi ayam berkokok).
Lin: Apakah atuk mendapat sebarang anugerah atau imbuhan sebaik sahaja darurat tamat? Atuk: Itujam [pada masa itu] atuk dapat. Itujam [pada masa itu] berapa, ada bagi tawaran pergi rancangan atuk, atuk tidak hendak. Habis dia kasi duit entah berapa ribu itu hari ada dapai gek [juga] atuk bonus. Lepas baru-baru ini dapat seribu. Tahun berapa yang ada dalam buku itu ala (mengingat sesuatu), saya ingat tahun dua kosong satu ke dua kosong dua kosong dapat seribu lagi dia kasi itu, duit. Siap dia beri surat akuan, atuk kerja ini. Lagi tahun empat puluh lapan sampai tahun enam puluh. Ya tidak ada tulis itu? (tokoh merujuk pada surat akuan). Itu sahaja. Habis? Lin: Siapakah yang memberi atuk wang seribu? Atuk: Itu kerajaan, dari Kuala Lumpur yang beri. Dia beri tahu sekian nombor sekian nombor, ada lagi tidak. Habis atuk sostep [photostat] anu (merujuk kepada sesuatu) dia punya bekas berhenti kerja itu, hantar. Persatuan atuk ada dekat Batu Pahat, atuk hantar sana, habis dia hantar Kuala Lumpur, dia tengok, ada. Ada tunggu. Lebih kurang setengah bulan, dapat duit itu. Itu pun atas nama dia beri cek, dia tak ada bagi duit cash [tunai]. Beri cek sahaja.
Lin: Adakah semua bekas Special Constabel yang berkhidmat semasa darurat mendapat wang tersebut? Atuk: Semua dapat. Mana semua itu semua dapat. Melainkan dia sudah meninggal, isteri dia dapat. Yang atuk tahu la. Tapi kita hendak ada masuk persatuan. Macam kita persatuan dekat Batu Pahat, Muar, Kluang semua ada bekas-bekas pasukan itu, dapat bantuan semua. Yang sudah meninggal
47
IMR 603-Sejarah Lisan
laki [suami] dia, bini [isteri] dia dapat. Kalau laki [suami] sudah mati, bini [isteri] sudah mati tidak dapat. Anak dakwa tidak dapat minta.
Lin: Kenapa atuk tidak ingin pergi ke rancangan? Atuk: Atuk itu jam [pada masa itu], atuk pasal [sebab] sudah berhenti, atuk tengok sahaja rancangan ada susah sikit pasal [sebab] apa, ya la tanam pokok getah apa itu susah, jadi atuk kata tak payah la atuk pergi. Atuk tak nak. Itu sahaja alasan atuk. Lin: Apakah tekanan dan cabaran yang paling hebat atuk terima semasa bertugas di zaman darurat? Atuk: Tugas atuk? Itu jam [pada masa itu] atuk pendeknya tengah bekerja kadang banyak macam-macam la. Kadang takut ada, kadang ada berani. Sudah baru kahwin ini macam-macam cerita. Marin [dahulu] tak kahwin tak takut. Sekarang sudah ada anak bini, anak itu jam [pada masa itu] sudah ada dua tiga, baru rasa takut sedikit. Lin: Bagaimanakah atuk mengurangkan perasan takut itu? Atuk: Mengurangkan itu atuk pergi leka main anu [merujuk kepada sesuatu], bekerja la. Sikit-sikit [sedikit] bekerja, apa ada kerja, jadi itu hilang, pada atuk. Lin: Adakah dikalangan keluarga atuk pernah diancam oleh pihak komunis? Atuk: Yang atuk dapat tahu semua tak ada. Semua baik, semua tak ada. Lin: Adakah atuk pernah merasa saat-saat seperti nyawa ibarat telur dihujung tanduk? Atuk: Tapi atuk tak kena macam itu. Atuk pendeknya belum ada lagi kena macam itu.
48
[MR 603-Sejarali Lisan
Lin: Apakah saat-saat yang paling tertekan dalam hidup atuk sepanjang darurat berlaku? Atuk: Tekan itu banyak tekan. Nombor satu, pasal [sebab] kita kadang tengah berkerja itu, kadang ada takut kadang ada berani. Kadang ya la, kadang orang ini orang manusia, dia tengok senang kita kerja ini dia ingat senang. Apa yang kita pegang ini, jaga ini memang rasa takut juga, begitu. Lin: Pada pendapat atuk adakah atuk berpuas hati dengan pengorbanan atuk selama berkhidmat sebagai Special Constabel? Atuk: Atuk banyak puas hati, pasal [sebab] sudah lebih kurang enam tahun lebih atuk bekerja, berkhidmat itu, jadi atuk puas hati, dia berhenti
bukan
atuk minta berhenti, dia yang cakap sudah habis, dia cakap berhenti. Jadi ikut, atuk ikut sahaja, berhenti. Lin: Sewaktu atuk berhenti, berapakah umur atuk? Atuk: Itu jam [pada masa itu] lebih kurang empat puluh lebih. Empat puluh lima kah empat puluh enam begitu, umur atuk. Emm, belum pencen lagi. Lin: Kenapa pihak atasan memberhentikan perkhidmatan atuk? Atuk: Dia darurat sudah tak ada, sudah kawasan putih semua. Dalam negeri Johor semua sudah putih. Jadi nak di taruh [letak] demat [penyelamat] lagi nak taruh dekat mana?. Bila semuanya sudah baik, komunis pun sudah tiada. Itu sebab semua orang bukan atuk seorang, semua orang diberi notis cakap awak semua sudah boleh berhenti. Kata kita nak sambung lagi, tengok layak badan kita. Kalau kira umur dalam tiga puluh lima ke empat puluh masuk polis betul-betul, itu polis apa ini, polis biasa punya itu.Pergi training [latihan] dekat Kuala Lumpur enam bulan. Itu atuk ada banyak atuk yang ada despa-despa polis. Mula dia SC, lepas itu masuk polis betul. Training [latihan] enam bulan, tapi kalau umur sudah lanjut empat puluh
49
IMR 603-Sejarah Lisan
lima ke atas, sudah tak dapat. Sudah kira kata dia sudah tua (sambil ketawa). Empat puluh lima ke bawah boleh lagi, boleh kuat lagi boleh dapat training [latihan]. Lin: Pernah tak atuk menerima sebarang tawaran kenaikan pangkat? Atuk: Ada. Itu pergi training [latihan] Tanjung Keling. Habis atuk sudah pergi training-training [latihan], habis orang rumah hendak bersalin, entah anak yang mana entah bersalin, jadi atuk minta cuti. Minta cuti dua hari hentam empat hari, absent [tidak datang] dua hari, itu gugur, koperal gugur (sambil ketawa) dua
. Gaji atuk lagi tak [tidak] dapat, potong. Habis
atuk baran [geram]
dia itu sarjan potong semua la, saya
pun tak apa tak makan. Nanti makan duit saya kata melambung perut. Dia pun takut tak jadi potong (sambil ketawa). Kata saya, buncit nanti perut makan duit, dia tak berani, tidak jadi potong. Yang betul atuk gertak sahaja (sambil ketawa).
Lin : Siapakah yang mengistiharkan kawasan putih? Atuk: Yang mengistiharkan kawasan (sambil berdehem) putih ini kira dekat Segamat ini OSPD. Itu jam [pada masa itu] OSPD orang putih. Ini sudah kawasan putih, dia bagi tahu. Kalau macam kawasan Batu Pahat OSPD Batu Pahat, macam Kluang, Kluang kasi OSPD, bukan DO. Dia OSPD, polisnya. Itu jam [pada masa itu] OSPD semua orang putih, mana ada orang Melayu, pasal [sebab] belum merdeka lagi, semua orang putih. Lin: Apakah nama penuh OSPD? Atuk: Nama dia OSPD ini, apa nama nya (sambil mengerutkan dahi) atuk pun sudah lupa OSPD ini. ASP dia tulis situ ASP kah apa, pada surat berhenti atuk itu ada tulis, bawah itu tengok (sambil menunjukkan surat berhenti). apa nama dia tidak tahu, tapi sudah lupa atuk, tidak tahu.
50
MR 603-Sejarah Lisan
Lin: Siapakah yang menghantar OSPD ke Tanah Melayu? Atuk: Itu semua calonan daripada orang dia, orang putih. Dia sama dia. Mula marin [dahulu] dia baru leftenan muda sahaja orang putih itu. Habis selama-lama dia hendak pangkat panggil tuan, dia naikkan OSPD. Lin: Adakah kedatangan OSPD diterima baik oleh masyarakat Bekok? Atuk: Jadi kita orang mengikut, ke semua suka ikut, terima baik. Kalau tak suka kita seorang dua nanti tangkap nya. "pasal [sebab] apa tak suka aku perintah?". Ikut la. Lin: Adakah masyarakat Bekok yang melawan OSPD? Atuk: Tapi atuk yang sudah tahu
yang lepas tiada, tiada melawan, pend
tak ada. Dia macam mana kalau sakit had kah apa pun diam sahaja. Tidak ada melawan. Lin: Pernahkah pihak OSPD menyeksa masyarakat Bekok? Atuk: Yang dapat tahu atuk tak ada. Dia tak ada menyeksa apa, melainkan kita kerja tak betul, baru dia beritahu macam ini macam ini kata tak betul. Itu sahaja yang atuk tahu. Lin: Dari negara manakah OSPD datang? Atuk: Daripada negeri England, orang putih. Yang atuk tahu, semua orang putih England. Lin: Sepanjang berkhidmat sebagai Special Constabel apakah jawatan dan juga pingat tertinggi yang atuk terima?
Atuk: Dulu
atuk ada dengar nak kasi pingat. Ada King apa putihnya itu.
Tapi entah kenapa atuk marin [dahulu] masa panggil ke balai polis Bekok, atuk masa itu tak ada.
atuk tak pergi ambil. Ada dia ada pingat
putih itu macam duit seringgit itu, bulat itu siap dia punya cengkok itu.
51
IMR 603-Sejarah Lisan
Apa nama tidak tahu. Habis atuk tidak pergi ambil, hilang begitu sahaja, habis atuk
kata sudah pulang dekat Segamat. Ah malas nak
minta bukan ada atuk kata ada pencen.
tak ada pencen kalau ada
pencen atuk berebut gek [juga] pergi ambil (sambil ketawa). Lin: Berapakah gaji terakhir yang atuk terima? Atuk: Yang last [akhir] sekali itu seratus enam tambah lagi sepuluh (sambil mengira jari), seratus enam belas ringgit. Itu prebet (orang bawahan) la. Lin: Adakah sekarang atuk ada menerima sebarang bantuan sebagai bekas ataupun pesara? Atuk: Tidak ada. Tidak ada, pendek sekarang tidak ada. Tiada pun orang tanya. Lin: Adakah atuk ada memberikan bantuan atau berkhidmat di tempat lain selain dari Bekok? Atuk: Tu jam [pada masa itu] atuk tiada apa benda tapi dapat tahu kira polis ada bagi tahu, yang dekat Bukit Changweng ini ada kena ambush [serang]. Jadi terpaksa atuk tolong bantuan, round [membuat rondaan] situ (gangguan dari suara isteri tokoh). Lin: Boleh tidak atuk beritahu bagaimana atuk menjalankan tugas di Bukit— Atuk: Changweng itu? Lin: Changweng Atuk: Atuk itu jam [pada masa itu] pergi petrol [jaga] dekat itu mayat-mayat itu. Jadi tolong mayat-mayat itu angkat naik ke atas lori. Mayat itu, yang kena ambush [serang]. Apa lagi? (mengingati sesuatu). Sudah angkat lori, jadi lori angkat itu lori polis, dari Labis datang. Itu sudah ramai. Kira sudah lima enam puluh orang, polis punya sudah ada situ. Jadi komunis pun sudah cabut lari, dalam masa itu, dia sudah lari. Itu sahaja.
52
[MR 603-Sejarah Lisan
Lin: Adakah Bukit Changweng itu kawasan hutan atau bandar? Atuk: Itu kawasannya pokok getah, semak pokok getah. Kalau ikut jalan, jalan estet kira. Tapi dia bukit, turun bukit begitu. Itu nama Bukit Lonceng, Changweng. Semak, hutan. Kita semak belukar kira, tepi jalan itu. Itu sebab dia buat ambush [serang] situ, nombor satu. Nombor dua telifon putus. Jadi orang kerja telifon itu minta ascot [iring]. Jadi bantuan ascot [iring] ini, itu sebelas orang habis semua, ditembaknya. Dipasang bom bawah anu itu (mengawangkan tangan membayangkan sesuatu), lori terbalik. Itu sahaja.
Lin: Dimanakah Bukit Changweng itu? Atuk: Kawasan dia? Bukit Changweng kawasan dia dekat kawasan apa ini (mengerutkan dahi untuk mengingati sesuatu) Paloh. Kawasan dia, antara Paloh sama Bekok, tengah-tengah dia, kawasan dia. Habis?. Lin: Bagaimanakah caranya atuk mengesan kedatangan komunis? Atuk: Atuk, kira sudah bagi tahu, jadi atuk pergi. Yang bawa itu atas itu ketua atuk, Sarjan Dolah. Dia pergi bawa, arahan pergi sana. Jadi ikut pergi. Sampai sana itu la, kita bantuan tolong angkat mayat-mayat itu, yang sudah ada bergelimpang itu tapi tak boleh turun semua, pasal [sebab] dalam sport car [kereta lasak] itu ada, kita ada
. Jadi terpaksa nak
kena jaga seorang, jadi atuk kena jaga. Yang lain turun bawah. Itu sahaja. Lin: Semasa di Bukit Changweng itu, atuk tinggal dimana? Atuk: Masa atuk pergi bergasak itu? Atuk ada dekat Bekok. Jadi minta bantuan dia orang minta bantuan la, suruh datang pasal dekat kan. Dia kata awak pergi, bantuan dekat Bukit Lonceng, Changweng.
53
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Siapakah yang menguruskan perjalanan atuk ke Bukit Changweng? Atuk: Yang menguruskan itu sarjan, Sarjan Dolah yang menguruskan itu pergi sana. Dia pun sesama ada, pergi tempat itu tengok betul tidak betul mayat itu. Itu sahaja. Lin: Berapa ramaikah anggota yang terlibat ke Changweng? Atuk: Itu trip [rombongan] atuk tidak ramai, empat orang lima orang sahaja. Yang lain lagi ramai sudah datang bantuan. Dia pakai lori besar, lori polis kira datang ke Changweng (gangguan dari soalan penemuramah). Yang datang semua lori besi, lori tank [besi]. Kalau lori kayu-kayu ini, habis kena tembak nanti. Lin: Bantuan itu dari pihak mana? Atuk: Pihak kita stand by [bersedia] sini, Bekok. Memang ada stand by [bersedia]. Orang yang stand by [bersedia] itu panggil, jadi orang stand by [bersedia] ini pergi. Habis orang stand by [bersedia] ini beri tahu, dari quarters [kuaters] (memegang dahi untuk mengingati sesuatu) Segamat, Segamat bagi arahan Labis, mana-mana ada kereta tank [besi] ini semua pergi situ, serbu. Tapi pergi sana tinggal asap sahaja, dia sudah cabut lari. Senjata pun dia sudah ambil semua. Senjata yang kena tembak orangorang kita ini semua sudah diangkat, tiada apa-apa lagi senjata. Semua dia sudah ambil (ganguan dari bunyi motor). Lin: Apakah yang diiakukan keatas mayat-mayat di Changweng? Atuk: Itu dia angkat bawa ke Labis. Dia anak bini [isteri] dia tengok, yang laki [suami] dia sudah kena ini. Anak-anak dia apa, itu memang sedih, menangis semua. Macam atuk sudah pergi hantar sana ascot [iring] atuk pusing balik. Balik ke Bekok balik. Tiada apa lagi tapi dia sudah terima bawa ke Labis ini, kira dia dah terima, anak bini [isteri] dia pun ada, anak bini-anak bini [anak dan isteri], yang ada bujang. Tapi kebanyakkan yang
54
IMR 603-Sejarah Lisan
ada anak bini [isteri]. Yang ada koperal, sarjan itu semua ada anak bini
[isteri]. Lin: Ramaikah Special Constabel Tanah Melayu yang terkorban di Changweng? Atuk: Changweng lebih kurang dalam tujuh lapan orang, yang meninggal. Diserang Bekok yang balik sembahyang jumaat itu kan, itu ada tujuh orang, satu kereta itu habis dia tembak. Itu balik pergi sembahyang, pukul dua ingat-ingat tapi berapa bulan haribulan tiada tulis, tiada rekod. Itu yang dia kena itu tembak, ambush [serang], itu nama ambush [serang]. Lagi yang ada orang askot [iring] tuan-tuan ini kadang kena tembak, Changweng, Sungai Bekok, lagi sana satu nama Tong Li, nama cina itu (gangguan suara isteri dan tokoh ketawa). Lin: Pernahkah komunis melakukan serang hendap? Atuk: Ada, serang hendap tapi banyak serang hendap ini itu orang yang tiada senjata dia hendap. Yang macam SC [Special Constabel] ini tiada dia hendap nya. Yang hendap nak pergi sembahyang tak ada bawa senjata, itu dia tembaknya, dia buang geram. Kalau orang dia satu kena, dia ingat nak balas orang SC ini lebih kurang lima enam orang nak ditembaknya.
Lin: Dimanakah biasanya serang hendap itu dilakukan? Atuk: Dimana-mana sahaja. Suka hati dia, dia bila hendak sahaja anu [merujuk kepada serang hendap], dia hentam kita, tapi kita itu sebab mahu jagajaga. Macam pos jaga pun ada sampai tiga orang, siap ada apa ini wireless [talian] ada masing-masing semua ada. Kalau dia tembak lekas [cepat] kita beri tahu, pegawai-pegawai yang atas, yang menerima. Jadi ada lekas dapat bantuan. Itu yang dia takut tiba nak serang-serang tidak tentu. Jarang dia dapat masuk di dalam kawasan pos kita kan, dia jarang dapat masuk.
55
MR 603-Sejarah Lisan
END OF TAPE 2 SIDE A: TAPE 2 SIDE B Lin : Adakah serang hendap itu dilakukan pada waktu siang ataupun malam? Atuk: Itu tidak tentu. Kadang kita, pukul lapan malam sudah mula ronda, ronda tepi pagar itu kan, aa pusing la. Seluas-luas pagar area [kawasan] Bekok itu round [ronda]. Kalau tiada benda, kita pusing itu balik. Nanti karang satu jam, setengah jam lagi, round [ronda] lagi, pusing situ. Itu sampai sepuluh orang. Kita pun tidak boleh dekat tepi pagar itu, dia nanti dia tembak kita. Kita jauh pada area [kawasan] pagar itu sedikit. Jadi jalan tempat gelap, bukan jalan yang ada lampu. tempat terang kita tidak mahu. Jadi merbahaya pada orang yang petrol [jaga] itu. Komunis kalau ada senang dia tembak, kalau dia nampak ada orang jalan-jalan itu kan, tapi siang dia tiada, semua malam punya kerja itu. Pagi petrol [jaga], lagi pukul empat sampai pukul enam pagi, dua jam ada macam itu, dia ambush [serang]. Lin : Pernahkah atuk kehabisan peluru? Atuk: Tidak pernah. Jarang berlawan sampai habis. Ada tidak ada, tembak angin sahaja kebanyakkan. Tembak betul-betul komunis tiada, dia acah-acah sahaja tembak, atuk pun tembak begitu. Lin: Seingat atuk tahun berapakah komunis kalah? Atuk: Surrender [mengalah]?. Lebih kurang tahun enam puluh, sini (merujuk pada Bekok) lebih kurang enam puluh. Dia tiada kacau lagi sampai tahun enam puluh. Lagi tahun empat puluh lapan sampai tahun enam puluh. Sijil atuk ada macam itu dia tulis. Tahun empat puluh lapan sampai tahun enam puluh, dua belas tahun, dia surrender [mengalah], tiada. Lin: Selepas tahun sembiian belas enam puluh adakah komunis datang balik? Atuk: Lepas itu tiada. Dia yang ada dia pergi jauh ke Pahang, tinggal sedikit itu. Dia pergi Pahang, pergi Sabah Sarawak dia menghala pergi tempat sana.
56
MR 603-Sejarah Lisan
Dekat sini dekat kawasan Malaysia punya sudah tiada lagi. Kawasan Sabah Sarawak, dia pergi sana. Yang atuk tahu, itu sahaja, selepas tahun enam puluhnya. Lin: Apakah puncanya komunis kalah? Atuk: Puncanya pasal [sebab] kitorang [kami] ada — makan dia tidak dapat, banyak orang dia yang mati dalam tidak makan. Pasal benda itu tiada siapa yang nak beri. Jadi dia kena control [kawal], benda makan payah [susah] nak dapat. Jadi dia satu-satu, dia cabut (ganguan suara dari isteri tokoh). Lin: Apakah puncanya komunis kalah? Atuk: Itu kalau ada pun satu dua, tidak banyak. Itu pun dia kalau ada pun orang lain tak nak bagi tahu. Kalau bagi tahu kena tangkap. Lin: Tiadakah tindakan undang-undang yang diambil terhadap bekas komunis ini?
Atuk: Itu pasal [sebab] tiada bukti, jadi kita tidak boleh ambil undang-undang, tidak boleh tangkap dia. Tiada bukti betul tidak betul itu tiada (ganguan dari suara burung). Orang cerita sahaja kata ada.
Lin: Sebaik sahaja darurat diisytiharkan adakah masyarakat Bekok membuat tun juk perasaan? Atuk: Tiada. Itu tunjuk perasaan, kita tiada. Lin: Sehingga sekarang adakah rakan seperjuangan atuk yang masih hidup lagi? Atuk: Banyak yang sudah meninggal. Separuh barang kali [mungkin] sudah ada yang meninggal, yang kawan- kawan atuk yang bekerja, separuh ada lagi.
57
IMR 603-Sejarah Lisan Lin: Siapakah yang boleh dianggap sebagai wira darurat di Bekok? Atuk:
. Saya ingat orang yang muda-muda. Macam atuk ini, tiada, sudah tua. Jadi yang muda-muda, yang ada itu tidak ramai, yang Bekok mi dalam empat orang lima orang itu sahaja, tidak ramai. Pasal [sebab] penduduk sini tidak berapa ramai yang penduduk orang Melayu. Orang Melayu duduk Bekok ini orang mendatang. Semua lagi [dari] Batu Pahat, Muar, man [dari] Yong Peng, bukan orang Bekok menetap, tiada, sedikit (ganguan dari bunyi cicak). Sini kawasan Bekok ini, baru sahaja kampung ini lepas perang
Kampung Pancar Jaya ini, itu pun bukan orang
Bekok betul, cuma orang dari luar. Orang Batu Pahat, Muar
,
Ayer Hitam yang duduk sini ini. Lin: Apakah tujuan orang luar datang ke Bekok pada masa itu? Atuk : Tujuan tiada apa-apa. Asalnya mula-mula dia duduk, kerja dekat estet. Kerja ladang estet ini, jadi kerja dekat situ la, Sawah Bekok, Kempas. Jadi bila sudah darurat, sudah tiada, kawasan putih, orang bebas, boleh manamana minta kerja. Lin: Semasa di dalam hutan bagaimanakab sumber air diperolehi? Atuk: Air kita cari. Nombor satu air dekat kalau ada kita jumpa sungai, kita ambil air dekat sungai. Mana khas kita bawa ada botol itu, kita isi. Air itu baik. Tapi kalau dekat atas bukit, kita makan air akar kayu. Itu mana kita potong akar itu ada air tapi tidak boleh dapat masuk dalam tabung [botol air], pasal dia tidak berapa banyak. Itu untuk minum, rasa menahan sahaja, air itu [air dari akar kayu]. Lin: Pernah tidak atuk keputusan makanan bila di dalam hutan? (suara azan) Atuk: Keputusan?. Keputusan makan pendeknya memang tiada. Makan mesti stand by [sedia] ada sahaja kita. Kita untuk nak seminggu, seminggu ada barang itu, kita bawa.
58
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Pernahkah atuk terjumpa binatang buas di dalam hutan? Atuk: Memang jarang jumpa, tapi sesekali ada. Harimau, macam gajah, tapi dia dengar atuk ramai-ramai dia pergi jalan sahaja, dia tiada kacau sama kita. Jadi kita pun tidak mahu kacau sama dia. Tidak tembak pun, tidak apa. Dia jalan sendiri, jalan terus sahaja, macam itu. Tapi kita ada yoo la. hoo hoo hoo [bunyi untuk menakutkan binatang buas] macam itu, dia lari la. Itu sahaja. Lin: Pernahkah atuk diserang binatang buas itu? Atuk: Tidak pernah. Tidak pernah jadi semua itu. Lin: Pernahkah atuk berjumpa benda-benda yang pelik dan ganjil di dalam hutan? Atuk: Itu tidak pernah, tiada jumpa. Lin: Adakah maklumat-maklumat yang diberikan oleh orang awam berkenaan dengan kedatangan pihak komunis boleh dipercayai? Atuk: Itu pendeknya yang ada dia beri laporan itu tidak betul, yang ada betul. Yang betul kita sampai bekas masak-masak apa, semua ada. Tapi komunis sudah tiada. Tinggal bekas sahaja. Itu sahaja. Lin: Adakah maklumat-maklumat yang diberikan oleh orang awam berkenaan dengan kedatangan pihak komunis boleh dipercayai? Atuk: Itu hendak kita tetap kan itu kita ada pegawai yang atas lagi dia dapat maklum kan pada yang lain. Jadi kata dia, ada ke tiada dia mesti nak round [pusing] dulu. Dia pergi pusing round [pusing] tengok dulu, yang pegawai ini. Dia kesan, tiada. Bila ada baru kita ini, orang kita yang ramai ini ikut dia, belakang dekat dia. Itu sahaja nak cakap. Lin: Adakah pihak komunis yang berani menceroboh kawasan polis? Atuk: Tapi yang tempat kawasan Bekok ini tiada. Tiada ceroboh dia. Ada tidak ada yang selalu yang kena itu dekat jalan estet-estet yang kena ambush
59
IMR 603-Sejarah Lisan [serang] situ sahaja ada. Ceroboh balai polis tiada. Semasa atuk kerja la, tiada dalam itu. Lin: Adakah pihak berkuasa mempunyai pengintip mereka yang tersendiri? Atuk: Ada. Itu memang ada. Pegawai yang polis ini, dia memang ada pengintip dia sendiri. Ada. Jadi orang macam orang polis pun tidak tahu, siapa dia siapa dia tidak tahu. Tapi dia orang mengintip ada. Memang taruh [letak] dua tiga orang mesti ada. Kadang orang Melayu, kadang orang India, kadang orang Cina, dia pasang. Dia apa nama itu (mengerut dahi mengingati sesuatu), entah atuk pun dan lupa la (sambil ketawa). Lin: Adakah pengintip ini terdiri daripada orang awam ataupun pihak polis? Atuk: Dia dari pihak polis. Yang orang yang mengintip ini orang pangkatpangkat (ganguan bunyi cicak). Dia tiada anu [merujuk pada sesuatu] apa nya, kurang-kurang paling tiada pun koperal atau pun sarjan. Kalau tidak pun inspektor yang mengintip ini. Bukan orang yang bawah-bawah, tapi dia pakai dia hodoh. Rambut panjang, muka gorang-goreng [kotor], baju rebek-rebek [koyak], dia buat macam orang susah. Lin: Adakah pihak komunis pernah memberikan rasuah kepada Special Constabel Tanah Melayu? Atuk: Tapi yang atuk tahu memang tiada, yang hendak beri tiada. Pasal [sebab] apa, dia hendak jumpa kita pun susah. Sesama ada senjata. Kalau dia hendak datang jumpa kita, kita ada senjata, dia ada senjata macam mana hendak jumpa?. Payah [susah], memang kita tiada itu [rnerujuk pada rasuah].
60
IMR 603-Sejarah Lisan Lin: Adakah dikalangan Special Constabel yang membelot dengan memberikan maklumat atau bantuan lain kepada komunis? Atuk: Itu pada atuk memang tiada. Semua tiada buat macam ini, tidak. Nak membelot itu apa nak menyebelah pada komunis kan, memang tiada. Lin: Bagaimanakah atuk menentukan arah ketika di dalam hutan? Atuk: Yang beri mengarah [arahan] itu pegawai. Kira yang pangkat sarjan ataupun leftenan, itu yang beri pengarah [tunjuk arah]. Pada dia semua ada map [peta] dan ada kompas. Kalau mana arahan hendak pergi, dia beri arahan. Yang orang bawah macam atuk ini mengikut sahaja. Awak pergi sini, kita ikut pergi sini, awak pergi sana, ikut sana. Itu sahaja, pengarahnya [arahan]. Lin: Apakah alat-alat yang penting yang perlu ada pada Special Constabel sebaik saja ditugaskan masuk ke dalam hutan? Atuk: Itu semua senjata hendak ada cukup. Senjata, peluru, makan, kalau makan kata pergi seminggu, seminggu punya lesen itu, kita bawa. Mesti angkat masuk dalam beg semua makanan itu. Bekalan itu makan beras ada, sardin, macam susu, itu semua dia ada pot kecil-kecil itu untuk makan seorang nya. Dalam dia memang ada khas. Kalau dua puluh empat jam makan itu, dia ada khas, satu hari satu malam itu ada. Macam-macam makan, coklat ada, apa ada, sedap-sedap (sambil ketawa). Rokok ada. Lin: Apakah saat paling menarik yang atuk tidak boleh Iupakan sepanjang bertugas di zaman darurat? Atuk: Nombor satu, time [masa] kita bekerja itu, jadi kita periksa orang keluar masuk. Jadi kadang-kadang telatah orang ramai. kadang-kadang kita tanya dia hendak marah, kita pun kadang hendak marah juga, jadi sama-sama la. Jadi kita minta dia kerjasama jangan ada bawa apa-apa. Habis ya la kadang dia sudah terlewat, aaa periksa periksa periksa. Jadi kita periksa
61
IMR 603-Sejarah Lisan
juga, tapi orang lelaki sahaja. Kalau untuk orang perempuan, orang perempuan yang periksa. Lelaki tidak boleh pegang badan perempuan. Yang atuk tahu masa atuk jaga marin [dulu] dalam pos. Itu sahaja. Lin: Apakah kenangan pahit yang memberi kesan kepada atuk sehingga ke hari ini? Atuk: Kenangan pahit itu nombor satu nak ikut kan memang gaji murah, macam tidak cukup duit itu kita hendak bagi-bagi. Tapi tidak cukup pun kita kira cukup, tahan sahaja, sudah kita sanggup kerja kan. Jadi duit itu pendeknya memang— seratus lebih sebulan, tapi barang itu jam [pada masa itu] murah. Rokok (sambil terbatuk) baru dua puluh lima sen sahaja satu bungkus, sepuluh batang. Lin: Apakah atuk berbangga dengan sumbangan yang atuk berikan terhadap Tanah Melayu ketika itu? Atuk: Bangga. Pasal [sebab] apa kita ramai yang ada kawan atuk semua ikut, apa arahan yang pegawai atas kita ikut, ikut macam mana kehendak dia, suruh petrol pergi petrol, suruh jaga, jaga, aa macam itu. Lin: Adakah peristiwa yang membuatkan atuk terkilan sepanjang bertugas di Bekok? Atuk: Atuk tiada. Pendek mana dia hantar atuk ikut arahan, daripada yang bagi arahan awak tukar sini, atuk pergi, tiada kira punya. Lin: Apakah kenangan manis sepanjang atuk bergelar Special Constabel? Atuk: Kenangan manis itu pendeknya kita kerja, kadang-kadang susah, ada jam [ada masa] senang, tidak tentu, kadang tengah tidur kena kejut, macammacam ada. Itu sahaja.
62
MR 603-Sejarah Lisan
Lin: Pada pendapat atuk apakah bezanya Special Constabel dulu dengan polis-polis sekarang? Atuk: Bezanya, pendek nama itu kita SC kira bawah sedikit. Polis ini kira atas sikit. Jadi dia tiada serupa macam polis. SC ini kalau berhenti pun tiada apa, pencen tiada, bonus tiada kasi [beri], ada pun beri sedikit saguhati, itu sahaja. Lin: Apakah harapan atuk kepada polis-polis di Malaysia sekarang? Atuk: Atuk? Jadi sekarang pendek semua yang kerja ini sudah senang, sudah aman tiada apa-apa, darurat sudah tiada. Ada tidak ada yang dia cari orang bersalah. Motor tiada bercukai, naik bertiga, itu sahaja. Dia sekarang, lain ada tiada kira macam perompak ada kuasa dia lagi, polis. Lin: Apakah pesanan atuk kepada anak muda Malaysia sekarang? Atuk: Pesanan atuk, pendek nya siapa yang hendak masuk, masuk la kerja polis. Tapi memang displin kuat, bukan duduk macam kampung, kampung boleh lebih kurang tapi kalau dalam polis, memang ada ikut disiplin, ikut arahan. Itu sahaja. Lin: Boleh tidak atuk rumuskan perjalanan hidup atuk sehingga ke hari ini? Atuk: Mula-mula atuk dekat lagi [dari] kampung Parit Raja, Muar, jadi dengar cerita kata siapa hendak masuk SC. Jadi siapa hendak masuk pergi ke pejabat Muar daftar nama sana. Jadi atuk pun ikut kawan pergi daftar dekat Muar, minta SC, habis dia terima, jadi ambil atuk jadi SC. Habis kurang itu, dia kasi jenipong, kasi senapang, habis tukar ke Bakri, Batu Enam, atuk. Habis tukar Bakri, Batu Enam pusing balik hantar ke Bekok, orang Bekok kurang, jadi atuk lebih kurang dua tiga puluh orang pergi hantar Bekok. Jadi lagi [dari] Muar hantar Bakri itu hantar Bekok [dari Muar dihantar ke Bakri dan kemudian dihantar ke Bekok]. Jadi atuk di Bekok, sampai tiga tahun atuk kerja SC. Atuk itu jam [pada masa itu]
63
IMR 603-Sejarah Lisan
bujang. Lepas itu atuk lebih kurang dalam dua tahun kerja baru kahwin, kahwin la. Itu sahaja. Lagi apa?. Eh, ketawa pula. Lin: Selepas atuk bergelar Special Constabel dan juga selepas atuk bersara apa yang atuk buat? Atuk: Atuk pendeknya berhenti itu duduk dekat estet, minta kerja. Jadi tuan pengurus itu dia kata apa hendak kerja? Dia kasi [beri] kerja jaga pula, jaga estet. Lebih kurang lima enam bulan atuk jaga dekat estet itu, habis dia kata tak nak kerja jaga awak jadi itu mando [ketua], jaga orang. Jadi atuk ikut la, mando [ketua]. Lepas itu ada kosong kontrak atuk pun masuk kerja kontrak. Lepas itu berhenti, berhenti pindah ke kampung ini, Kampung Pancar Jaya, atuk anak beranak la. Jadi sekolah hantar la pakai naik motor. Kalau duduk dekat dalam estet marin [duhulu] budak-budak sekolah naik atas lori, pergi Bekok, Labis tunggu Labis la budak, duduk asrama. Itu la. Lin: Jika diberi peluang dan keadaan kesihatan mengizinkan adakah atuk ingin bergelar Special Constabel semula? Atuk: Atuk memang sudah ini macam mana? Sudah semput. Jadi atuk ingat sudah tidak payah lagi, beri chance [peluang] orang yang muda-muda. Atuk pun anak-anak atuk, cucu kah, siapa yang hendak. Tapi kalau hendak masuk, mesti masuk polis, jadi ada pencen ada apa. Nombor satu kalau dapat masuk pegawai. Inspektor ke apa, tapi hendak sekolah tinggi sikit. Kalau masuk ini capuk [merujuk kepada pelajaran rendah], pendek gaji murah (sambil ketawa). Aa itu. Sudah?
64
IMR 603-Sejarah Lisan
Lin: Baiklah atuk, terima kasih diatas kesudian atuk memberikan kami maklumatmakiumat tadi. Atuk: Sama-sama. Atuk pun begitu juga tiada apa benda. Yang engkau tanya itu atuk mana yang atuk tahu itu sahaja atuk jawab. Sudah cukup?
Demikian tadi wawancara mengenai zaman darurat di Bekok, Segamat, Johor. Saya bagi pihak ketua pengarah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian Tuan Haji Othman bin Jamil dalam memberikan pengalaman dan maklumatnya. Semoga hasil rakaman ini akan memberikan manfaat kepada pendengar dan penyelidik serta seterusnya generasi yang akan datang. Saya sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih dan waalaikum salam warahmatullahhiwabarakatu. END OF TAPE
65
IMR 603-Sejarah Lisan
5.0 LOG TEMUBUAL TAPE 1 SIDE A 00:00
-Haji Othman B. Jamil.
Biodata
-Muar -Hura Bt. Bachik -Jamil B. Truno -Yam Bt. Haji Mustape
02:21
Sejarah pekerjaan
-Special Constable -Mahat B. Kerman
03:35
Zaman darurat
-Johor -Segamat, Bekok -Tengku Abdul Rahman
05:34
Latihan
-Kulai -Tanjung Keling
06:24
Pasukan Special Constable
-Sarjan Dollah B. Abdul Malik -USA, Jungle Scott
08:42
Pertubuhan lain yang membantu semasa darurat
-Fiji -Gurkha
10:39
Keadaan masyarakat Bekok
24:22
Asal anggota komunis
66
IMR 603-Sejarah Lisan
29:35
Bekalan makanan kepada Special Constable
TAPE1 SIDEB 00:00
Bekalan makanan kepada Komunis
03:35
Bantuan perubatan
-Hospital Segamat
-Pahang
22:49 Kubu kuat pasukan musuh
-Johor -Endau Rompin
67
IMR 603-Sejarah Lisan
TAPE 2 SIDE A 0:00:00
Cara memberikan isyarat mengunakan pelecut
0:01:05
Bekalan makanan
0:04:58
Tawaran berdamai
0:06:50
Baju pihak komunis
0:12:27
Syarat-syarat pemilihan untuk menjadi Special Constabel
0:13:05
Anugerah dan imbuhan yang diperolehi selepas darurat tamat
0:15:41
Tekanan dan cabaran yang paling hebat diterima
0:17:50
Berhenti menjadi Special Constabel
0:19:14
Kenaikan pangkat
0:20:05
Pengistiharaan kawasan putih
-Segamat -Kluang -OSPD -DO
0:21:31
Kedatanagn OSPD
0:22:42
Jawatan dan pingat tertinggi yang Diterima
-King
0:24:00
Memberikan bantuan dan perkhidmatan
-Bukit Chang Weeng -Bukit Lonceng
68
IMR 603-Sejarah Lisan
-Paloh 0:26:15
Perjalanan ke Bukit Chang Weeng
-Sarjan Dollah
0:29:15
Special Constabel Tanah Melayu yang terkorban di Chang Weeng
-Chang Weng -Sungai Bekok -Tong Li
0:30:00
Serang hendap oleh komunis
TAPE 2 SIDE B
0:00:00
Masa serangan
0:01:25
Komunis kalah
0:04:02
Wira darurat di Bekok
-Ayer Hitam -Batu Pahat, Muar -Yong Peng -Kampung Pancar Jaya
0:05:07
Tujuan kedatangan orang luar ke Bekok
0:05:35
Sumber air
0:08:54
Pengintip polis
0:10:53
Cara tentukan arah dalam hutan
0:11:26
Alat-alat yang mesti ada sebelum masuk hutan
69
-Sawah Bekok, Kempas
IMR 603-Sejarah Lisan
0:12:15
Saat-saat yang paling menarik
0:13:10
Kenangan pahit
0:14:37
Kenangan manis
0:15:33
Harapan kepada polis-polis sekarang
0:16:10
Pesanan
0:16:33
Rumusan perjalanan hidup tokoh
-Parit Raja, Muar -SC -Bakri, Batu Enam
END OF TAPE
70
IMR 603-Sejarah Lisan
Lampiran
71
IMR 603-Sejarah Lisan
6.0 LAMPIRAN 6.1 BIODATA TOKOH Nama penuh: Haji Othman B. Jamil Nama panggilan: Seman Tarikh lahir: 6.10.1929 Tempat lahir: Muar Status: Berkahwin Nama isteri: Hura Bt. Bachik Bilangan anak: Enam Nama bapa: Jamil B. Truno Nama ibu: Yam Bt. Haji Mustape Nama datuk: (tokoh sudah lupa) Agama: Islam Bangsa: Melayu Pekerjaan sekarang: Menoreh getah Tahun menjawatjawatan: 1950 Tahun tamat perkhidmatan: 1958 Tempoh berkhidmat: 8 tahun Alamat terkini: Kampung Pancha Jaya, Bekok, 86500 Segamat Johor Nombor telefon: 07-9221687
72
IMR 603-Sejarah Lisan
6.2 SENARAI SO ALAN Orientation question 1) Siapakah nama penuh atuk? 2) Bilakan atuk dilahirkan? 3) Di manakah atuk dilahirkan? 4) Berapa lamakah atuk tinggal di kampung ini? 5) Apakah pekerjaan atuk sekarang? 6) Berapakah bilangan adik beradik atuk? 7) Siapakah nama isteri atuk? 8) Berapakah bilangan anak atuk? 9) Siapakah nama penuh kedua ibu bapa atuk? 10)Ibunya? 11) Bolehkah atuk ceritakan dimanakah atuk mendapat pendidikan awal? 12) Bolehkah atuk ceritakan dimanakah atuk mendapat pendidikan awal? 13) Bilakah atuk mula berkhidmat di dalam pasukan Special Constable? 14) Berapa lamakah atuk berkhidmat sebagai Special Constable? 15) Apakah yang mendorong atuk masuk Special Constable? 16) Siapakah di kalangan saudara mara yang turut masuk Special Constable bersama atuk? 17) Bolehkah atuk ceritakan kenangan manis dan pahit sepanjang atuk berkhidmat dengan Special Constables?
73
[MR '603-Sejarah Lisan
Common question 1) Agak-agak atuk bilakah darurat di Tanah Melayu berlaku? 2) Di manakah tempat permulaan darurat diistiharkan? 3) Kawasan Johor itu dekat (di) mana? 4) Siapakah yang mengistiharkan darurat di Tanah Melayu? 5) Apakah yang dilakukan oleh komunis semasa darurat? 6) Adakah rakyat Tanah Melayu membangkang pengistiharaan darurat? 7) Siapakah Perdana Menteri Malaysia pada masa itu? 8) Di manakah tempat atuk mula bertugas sebagai Special Constable? 9) Apakah tugas pertama atuk sebaik sahaja bergelar Special Constable? 10) Adakah peristiwa darurat mendapat liputan meluas dari pihak akhbar? 11) Di manakah atuk menerima latihan semasa berkhidmat di dalam Special Constable? 12) Bagaimakah tahap disiplin Special Constable di Tanah Melayu pada masa darurat itu? 13) Pernahkah atuk dikenakan tindakan disiplin? 14) Siapakah nama ketua misi atuk semasa berkhidmat ketika darurat? 15) Apakah nama operasi atuk? 16) Adakah perangkap samar dipasang oleh musuh semasa darurat? 17) Banyak tak jerangkap samar yang dipasang? 18) Adakah alat-alat yang tertentu untuk mengesan jerangkap samar? 19) Adakah masyarakat di situ bersubahat dengan musuh? 20) Adakah rondaan dibuat setiap hari?
74
1MR 603-Sejarah Lisan
21) Bagaimanakah atuk membezakan musuh dengan kawan sendiri semasa bertugas? 22)Pernahkah anggota Special Constable di Tanah Melayu tertembak rakan sepasukan yang disangkakan pihak musuh? 23)Selain
Special
Constable
adakah
pertubuhan
lain yang
mengawal
keselamatan Tanah Melayu semasa darurat? 24) Boleh atuk terangkan nama penuh Fiji itu? 25) Apakah kesan terhadap Tanah Melayu selepas darurat? 26) Adakah tekanan perasaan atau ketakutan di kalangan penduduk Tanah Melayu ketika itu?
75
MR 603-Sejarah Lisan
Specific question 1) Bilakah darurat di Bekok berlaku? 2) Apakah yang berlaku di Bekok semasa darurat? 3) Berapa lamakah tempoh darurat berjalan? A) Apakah sebab utama darurat berlaku? 5) Apakah yang dilakukan oleh masyarakat Bekok semasa darurat? 6) Adakah masyarakat Bekok keluar bekerja juga semasa darurat? 7) Adakah masyarakat di Bekok mengikut arahan pemerintahnya? 8) Adakah terdapat masyarakat di Bekok yang melawan polis atau komunis? 9) Apakah yang dilakukan oleh komunis terhadap masyarakat yang melawan? 10) Apakah masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat Bekok sepanjang tempoh darurat? 11) Adakah masyarakat Bekok yang dipaksa oleh komunis masuk pasukan mereka? 12) Adakah diantara masyarakat Bekok yang menghasut rakan mereka untuk bekerjasama dengan pihak musuh? 13) Adakah anggota Special Constable yang mengawal Bekok mencukupi? 14) Adakah pihak Special Constable membuat sekatan di jalan-jalan utama bagi mengawal kemasukan pihak musuh? 15) Siapakah ketua kampung Bekok pada masa itu? 16) Apakah perasaan atuk ketika darurat berlaku? 17) Bagaimanakah atuk pergi bertugas semasa darurat? 18) Bagaimananya cara atuk pergi bertugas?
76
IMR 603-Sejarah Lisan
19) Bolehkah atuk ceritakan dari mula bagaimana darurat berlaku? 20)Siapakah yang bertanggungjawab memberi arahan kepada atuk untuk bertugas semasa darurat? 21) Apakah nama khas bagi pasukan atuk? 22} Berapa ramai anggota Special Constable dalam setiap pasukan? 23) Berapa jam setiap pasukan bertugas? 24) Di manakah pusat kawalan Special Constable di Bekok pada zaman darurat? 25) Adakah pihak musuh berjaya menawan pusat kawalan polis ini? 26) Kenapa beras itu tak boleh keluar? 27) Semasa zaman darurat apakah jawatan atuk ketika itu? 28) Berapakah umur atuk ketika darurat berlaku? 29) Berapa kali gaji yang atuk terima dalam sebulan ketika itu? 30) Selain Special Constable Tanah Melayu, adakah atuk maksudnya Special Constable dari negara-negara lain yang bertugas bersama dengan atuk sepanjang darurat di Bekok? 31) Apakah tugas-tugas Special Constable daripada negara lain di Bekok? 32) Adakah bantuan diterima daripada pihak-pihak luar negara? 33) Adakah polis Tanah Melayu yang bertugas di Bekok terdiri dari kaum bukan Melayu? 34) Adakah Special Constable Tanah Melayu di Bekok yang tercedera atau meninggal dunia? 35) Adakah atuk pernah mengalami sebarang kecederaan?
77
IMR 603-Sejarah Lisan
36)Apakah yang pertolongan yang selalu diminta oleh masyarakat daripada pihak atuk dan pasukan? 37)Siapakah pegawai-pegawai atasan yang berkerjasama dengan atuk semasa itu? 38) Dimanakah kawasan yang terlalu ramai komunis? 39) Adakah komunis menembak sesiapa sahaja masyarakat tanah melayu semasa itu? 40) Apakah tujuan komunis berbuat demikian? 41) Apakah nama persatuan komunis pada masa itu? 42) Dari manakah asalnya angota-angota komunis itu? 43) Dari manakah pihak komunis mendapatkan senjata mereka? 44) Adakah atuk ingat jenis-jenis senapang itu? 45) Adakah atuk di tempatkan di markas atau di dalam hutan? 46) Dimanakah tempat tinggal atuk semasa...? 47) Pada pendapat atuk bagaimanakah taraf hidup penduduk di Boko k'.' 48) Bagaimana degan keadaan ekonomi masyarakat di Bekok? 49) Apakah makanan utama masyarakat Bekok pada masa itu? 50) Adakah pembahagian makanan itu mencukupi bagi setiap semua orang? 51) Adakah terdapat sebarang undang-undang ataupun pantang larang tertentu yang dikenakan ke atas Special Constable Tanah Melayu di Bekok? 52) Dari manakah bekalan makanan diperolehi? 53) Bagaimanakah komunis mendapat bekalan makanan? 54) Siapakah preman [orang yang menyamar] dikalangan orang komunis?
78
MR 603-Sejarah Lisan
55) Adakah pihak musuh merampas bekalan makanan daripada masyarakat Bekok? 56) Adakah atuk dan rakan-rakan dijagkiti sebarang penyakit semasa bertugas? 57) Adakah Special Constable yang tercedera mendapat bantuan perubatan dengan segera? 58) Dari manakah bantuan perubatan diperolehi? 59) Bagaimanakah cara bantuan perubatan diperolehi? 60) Adakah atuk pernah ternampak anak-anak kecil atau kaum wanita yang diseksa oleh musuh? 61) Apakah tindakan atuk jika mengetahui keadaan sedemikian berlaku? 62) Adakah atuk pernah melihat sendiri rakan-rakan seperjuangan atuk terkorban? 63) Apakah yang dilakukan ke atas mayat-mayat tersebut? 64)Agak-agak atuk berapa ramaikah rakan sepasukan atuk yang terkorban pada masa itu? 65) Agak-agak atuk berapa ramaikah pihak komunis di Bekok? 66) Apakah alat senjata yang digunakan oleh atuk untuk mempertahankan diri ketika itu? 67) Dari manakah bekalan senjata Untuk Special Constable Tanah Melayu diperolehi? 68) Siapakah yang menghantar senjata tersebut? 69) Adakah atuk pernah bertembung dengan pihak musuh?
79
IMR 603-Sejarah Lisan
70) Apakah tujuan tembak asap itu? 71)Berapa ramaikah kekuatan angkatan musuh ketika bertembung dengan atuk? 72) Waktu atuk bertembung dengan musush itu, pada waktu siang atau malam? Bagaimanakah perasaaan atuk semasa bertembung dengan pihak musuh? 73) Pada waktu itu atuk sudah berkahwin? 74) Semasa atuk berkahwin adakah darurat masih berlangsung? 75)Selain latihan yang di terima semasa jadi Special Constable, adakah atuk mengamalkan ilmu-ilmu lain untuk mempertahankan diri dari musuh? 76) Pihak manakah yang memberikan atuk latihan? 77) Di manakah atuk mendapatkan latihan tersebut? 78) Adakah semua Special Constable di kenakan hadir dalam training [latihan] tersebut? 79) Adakah rakan-rakan atuk yang lari daripada latihan itu? 80) Adakah atuk pernah ditawan oleh pihak musuh? 81) Apakah kegunaan getah ipuh tadi? 82) Bagaimanakah atuk mengenal pasti orang asli yang bekerjasama dengan pihak musuh?
80
IMR 603-Sejarah Lisan
83) Di manakah kubu kuat pihak musuh? 84) Adakah atuk ingat nama hutan itu? 85) Dari manakah bantuan itu diperolehi? 86) Adakah askar-askar tanah melayu juga terlibat dalam memberikan bantuan? 87) Dari manakah bekalan ikan-ikan itu diperolehi? 88) Siapakah yang memasak bekalan makanan itu? 89) Dalam sehari berapa kali atuk makan? 90) Bagaimanakah isyarat daripada pelecut diberikan? 91) Bagaimana dengan bekalan makanan yang salah diturunkan? 92) Adakah pihak komunis merampas makanan tersebut? 93) Apakah perasaan atuk terhadap pihak komunis? 94) Adakah pihak komunis terdiri daripada golongan cina sahaja? 95) Adakah dikalangan pihak komunis terdiri daripada rakan-rakan atuk sendiri? 96) Bagaimanakah atuk menanamkan rasa berani untuk menghadapi pihak musuh? 97) Apakah atuk ada menerima tawaran berdamai dari pihak komunis? 98) Dari manakah pihak komunis dapat kapal terbang itu? 99) Adakah baju pihak komunis dengan Tanah Melayu sama? 100) Adakah pihak Special Constabel Tanah Melayu berjaya dalam misi ini? 101) Bagaimanakah Special Constabel menentukan kawasan itu selamat? 102) Siapakah yang menghebohkan kawasan yang selamat itu ada komunis
81
IMR 603-Sejarah Lisan
semula? 101) Adakah kawasan yang lain yang diistiharkan selamat tetapi diduki semula oleh komunis? 102) Adakah diantara pasukan musuh dan juga Special Constabel Tanah Melayu terdiri daripada golongan wanita? 103) Bagaimanakah dengan syarat-syarat pemilihan untuk menjadi Special Constabel ini? 104) Apakah atuk mendapat sebarang anugerah atau imbuhan sebaik sahaja darurat tamat? 105) Siapakah yang memberi atuk wang seribu? 108) Adakah semua bekas Special Constabel yang berkhidmat semasa darurat mendapat wang tersebut? 106) Kenapa atuk tidak ingin pergi ke rancangan? 107) Apakah tekanan dan cabaran yang paling hebat atuk terima semasa bertugas di zaman darurat? 108) Bagaimanakah atuk mengurangkan perasan takut itu? 109) Adakah dikalangan keluarga atuk pernah diancam oleh pihak komunis? 110) Adakah atuk pernah merasa saat-saat seperti nyawa ibarat telur dihujung tanduk? 111) Apakah saat-saat yang paling tertekan dalam hidup atuk sepanjang darurat berlaku? 112) Pada pendapat atuk adakah atuk berpuas hati dengan pengorbanan atuk selama berkhidmat sebagai Special Constabel?
82
IMR 603-Sejarah Lisan
113) Sewaktu atuk berhenti, berapakah umur atuk? 114) Kenapa pihak atasan memberhentikan perkhidmatan atuk? 115) Pernah tak atuk menerima sebarang tawaran kenaikan pangkat? 116) Siapakah yang mengistiharkan kawasan putih? 117) Apakah nama penuh OSPD? 118) Siapakah yang menghantar OSPD ke Tanah Melayu? 119) Adakah kedatangan OSPD diterima baik oleh masyarakat Bekok? 120) Adakah masyarakat Bekok yang melawan OSPD? 121) Pernahkah pihak OSPD menyeksa masyarakat Bekok? 122) Dari negara manakah OSPD datang? 123) Sepanjang berkhidmat sebagai Special Constabel apakah jawatan dan juga pingat tertinggi yang atuk terima? 124) Berapakah gaji terakhir yang atuk terima? 125) Adakah sekarang atuk ada menerima sebarang bantuan sebagai bekas ataupun pesara? 126) Adakah atuk ada memberikan bantuan atau berkhidmat di tempat lain selain dari Bekok? 127) Boleh tidak atuk beritahu bagaimana atuk menjalankan tugas di Bukit— 128) Changweng 129) Adakah Bukit Changweng itu kawasan hutan atau bandar? 130) Dimanakah Bukit Changweng itu? 131) Bagaimanakah caranya atuk mengesan kedatangan komunis? 132) Semasa di Bukit Changweng itu, atuk tinggal dimana?
83
IMR 603-Sejarah Lisan
133) Siapakah yang menguruskan perjalanan atuk ke Bukit Changweng? 134) Berapa ramaikah anggota yang terlibat ke Changweng? 135) Bantuan itu dari pihak mana? 136) Apakah yang dilakukan keatas mayat-mayat di Changweng? 137) Ramai kah Special Constabel Tanah Melayu yang terkorban di Changweng? 138) Pernahkah komunis melakukan serang hendap? 139) Dimanakah biasanya serang hendap itu dilakukan? 140) Adakah serang hendap itu dilakukan pada waktu siang ataupun malam? 141) Pernahkah atuk kehabisan peluru? 142) Seingat atuk tahun berapakah komunis kalah? 143) Selepas tahun sembilan belas enam puluh adakah komunis datang balik? 144) Apakah puncanya komunis kalah? 145) Apakah puncanya komunis kalah? 146) Tiadakah tindakan undang-undang yang diambil terhadap bekas komunis ini? 147) Sebaik sahaja darurat diistiharkan adakah masyarakat Bekok membuat tunjuk perasaan?
84
IMR 603-Sejarah Lisan
148) Sehingga sekarang adakah rakan seperjuangan atukyang masih hidup lagi? 149) Siapakah yang boleh dianggap sebagai wira darurat di Bekok? 150) Apakah tujuan orang luar datang ke Bekok pada masa itu? 151) Semasa di dalani hutan bagaimanakah sumber air diperolehi? 152) Pernah tidak atuk keputusan makanan bila didalam hutan? 153) Pernahkah atuk terjumpa binatang buas didalam hutan? 154) Pernahkah atuk diserang binatang buas itu? 155) Pernah kah atuk berjumpa benda-benda yang pelik dan ganjil didalam hutan? 156) Adakah maklumat-maklumat yang diberikan oleh orang awam berkenaan dengan kedatangan pihak komunis boleh dipercayai? 157) Adakah maklumat-maklumat yang diberikan oleh orang awam berkenaan dengan kedatangan pihak komunis boleh dipercayai? 158) Adakah pihak komunis yang berani menceroboh kawasan polis? 159) Adakah pihak berkuasa mempunyai pen gin tip mereka yang tersendiri? 160) Adakah pengintip ini terdiri daripada orang awam ataupun pihak polis? 161) Adakah pihak komunis pernah memberikan rasuah kepada Special Constabel Tanah Melayu? 162) Adakah dikalangan Special Constabel yang membeiot dengan memberikan maklumat atau bantuan lain kepada komunis? 163) Bagaimanakah atuk menentukan arah ketika di dalam hutan? 164) Apakah alat-alat yang penting yang perlu ada pada Special Constabel
85
IMR 603-SejaM Lisan
sebaik saja ditugaskan masuk ke dalam hutan? 165) Apakah saat paling menarik yang atuk tidak boleh lupakan sepanjang bertugas di zaman darurat? 166) Apakah kenangan pahit yang memberi kesan kepada atuk sehingga ke hari ini? 167) Apakah atuk berbangga dengan sumbangan yang atuk berikan terhadap Tanah Melayu ketika itu? 168) Adakah peristiwa yang membuatkan atuk terkilan sepanjang bertugas di Bekok? 169) Apakah kenangan manis sepanjang atuk bergelar Special Constabel? 170) Pada pendapat atuk apakah bezanya Special Constabel dulu dengan polispolis sekarang? 171) Apakah harapan atuk kepada polis-polis di Malaysia sekarang? 172) Apakah pesanan atuk kepada anak muda Malaysia sekarang? 173) Boleh tidak atuk rumuskan perjalanan hidup atuk sehingga ke hari ini? 174) Selepas atuk bergelar Special Constabel dan juga selepas atuk bersara apa yang atuk buat? 175) Jika diberi peluang dan keadaan kesihatan mengizinkan adakah atuk ingin bergelar Special Constabel semula?
86
ARKIB NEGARA MALAYSIA NATIONAL ARCHIVES OF MALAYSIA Jalan Duta, Kuala Lumpur
PERJANJIAN MENGENAI SEJARAH LISAN Svarat-svarat menoanai wawancara vang telah diadakan antara Arkib Negara Malaysia dengan pada
ARKIB NEGARA MALAYSIA NATIONAL ARCHIVES OF MALAYSIA Jalan Duta, Kuala Lumpur PERJANJIAN MENGENAI SEJARAH LISAN Syarat-syarat mengenai wawancara yang telah diadakan antara Arkib Negara Malaysia dengan
T^^._.T^K...M^.^.. / y...£:.3—
1. 2. 3. 4.
5.
\t
pada
)±/..Z\l.^£
Pita rakaman hasil wawancara yang tersebut di atas adalah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia untuk disimpan buat selama-lamanya. Ketua Pengarah Arkib Negara akan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya perlu untuk memelihara pita rakaman ini. Ketua Pengarah Arkib Negara boleh membuat transkrip pita rakaman dan transkrip-transkrip ini perlu/tidak perlu disemak oleh pengkisah (interviewee). Pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada semua penyelidik sama ada dari Malaysia atau luar negeri yang bertujuan hendak membuat penyelidikan yang sah tanpa syarat-syarat/dengan syarat:- petikan diambil dari pita rakaman/transkrip ini untuk digunakan di dalam penerbitan, Apabila tesis dll., sumbernya hendaklah diakui oleh penyelidik-penyelidik. Adalah dipersetujui bahawa pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada penyelidikpenyelidik dalam dan luar negeri mulai dari Dipersetujui pada
Pengkisah (interviewee)
(tarikh). oleh kedua pihak yang berkenaan.
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia
MR 603-Sejarah Lisan
6.3 INDEKS INDEKS TEMP AT
A Ayer Hitam 55 Bakri, Batu Enam 61 B BatuPahat, Muar2l
Bekok 11 Bukit Chang Weng 50 Bukit Lonceng 51 C Chang Weng 21 E Endau Rompin 35 H Hospital Segamat 28 J Johor11 K Kampung Pancar Jaya 11 Kluang 23 Kulai 14 M Muar 11 P Pahang 37 Paloh 23 Parit Raja, Muar 12 S Sawah Bekok, Kempas 56 Segamat 11 Sungai Bekok 53
88
MR 603-Sejarah Lisan
T Tanjung K.eling 14 Y YongPengl2
INDEKS NAMA D DO 48 F Fiji 3 G Gurkha 3 H Haji Othman B. Jamil 11 Hura Bt. Bachik 11 J Jamil B. Truno 12 K King 50 M Mahat B. Kerman 12 O OSPD 22 S Sarjan Dollah B. Abdul Malik 14 T Tengku Abdul Rahman 13 Tong Li 53 U USA, Jungle Scott 14
89
IMR 603-Sejarah Lisan Y Yam Bt. Haji Mustape 12
INDEKS NAMA SENJATA B Bom 24 Breng gun 24 C Cobain 24 M Mat pai 24 Mat poh 24 P Pistol 24 S String gun 24
90
IMR 603-Sejarah Lisaii
LAIN-LAIN
91
Norhazura bt Hamzah Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Perdana 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Melalui: En. Mohd Nazir Ahmad Pensyarah Penasihat Fakulti Pengurusan Maklumat Tuan Hj. Othman B. Jamil Kampung Pancha Jaya Bekok, Segamat Johor Tuan, MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT KAJIAN Berhubung kepada perkara di atas, kami dari Fakulti Pengurusan Pusat Sumber Maklumat semester 04 (IS 223) akan mengadakan satu menemurahah bersama En. Muhammad bin Abd Rahman. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, program ini adalah syarat bagi pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran "Documenting Oral Tradition" (IMR603).Untuk matapelajaran ini, para pelajar perlu menjalankan satu tugasan yang memerlukan untuk menemuramah seseorang yang terlibat dengan peristiwa-peristiwa kenegaraan atau ketokohan. 3. Tujuan projek ini dijalankan bagi menyingkap dan menyungkil segala pengalaman serta kisah yang lalu bagi pemeliharaan serta mengekalkan projek tersebut untuk tatapan dan pengetahuan generasi akan datang
Akhir sekali, kami amat menghargai segala kerjasama dari tuan untuk melaksanakan tugasan ini.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
(NORHAZURA BT HAMZAH) Fakulti Pengurusan MakJumat Universiti Teknologi MARA
Fakulti Pengurusan Maklumat Kampus Puncak Perdana Universiti Teknologi MARA SeksyenUlO 40150 Shah Alam SelangorDarulEhsan
SuratKami: Tarikh:
Tel:
03-79622004 013 3614665 Faks: 03-79622007
660-UiTM (FPM-5/3) / 2004
Kepada Sesiapa Yang Berkenaan Tuan/Puan, MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT PENYELIDIKAN Adalah dimaklumkan bahawa pelajar semester program Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) Pengurusan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam seperti nama di bawah: K.P. UiTM
Nama Nama 2*
"NOVl^Aio^"" 'frAwHAH
*'"
!!§^2?.®Slf*"......
3 4 5 ingin: a. b. c. d.
Membuat rujukan di organisasi tuan/puan Menggunakan/meminjam bahan-bahan di organisasi tuan/puan Mengambil gambar slaid di organisasi tuan/puan Membuat kajian/temubual di bahagian
untuk membantu mereka di dalam projek penyelidikan ilmiah. Diharapkan pihak tuan/puan dapat berurusan terus dengan pelajar berkenaan. Kerjasama dari tuan/puan dalam membantu beliau mendapatkan maklumat yang diperlukan amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar,
(MOHD NAZIR AHMAD) Pensyarah Pengawas b/p Dekan
IMR 603-Sejarah Lisan
GAMBAR BALAI POLIS BEKOK (Ibu pejabat polis semasa zaman darurat)
GAMBAR LANDASAN KERETAPI (Pada zaman darurat komunis pernah menyerang penduduk di kawasan ini)
99
MR 603-Sejarah Lisan
GAMBAR KAWASAN HUTAN (Hutan ini dipercayai tempat tinggal komunis pada zaman darurat)
GAMBAR HUTAN AIR TERJUN BANTANG, BEKOK (Kawasan air terjun ini juga dipercayai tempat tinggal komunis pada zaman darurat)
IMR 603-Sejarah Lisan
GAMBAR PENEMURAMAH ZURA DAN ATUK
GAMBAR PENEMURAMAH HAZLIN DAN ATUK
101