PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR
TONG LEK KEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR SESI PENGAJIAN: 2010/2012
Saya
TONG LEK KEE (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: 10 Jalan Nagasari 4, Segamat Baru 85000 Segamat, Johor Tarikh:__________________
CATATAN:
* ** *
__________________________ (TANDATANGAN PENYELIA). TN. HAJI HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh: ___________________
Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada Pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
1
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
Tandatangan :
………………………………..
Nama Penyelia :
TN. HAJI HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh :
………………………………..
2
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR
TONG LEK KEE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JANUARI 2013
3
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………………. Nama Penulis : TONG LEK KEE Tarikh
: …….….………………………
4 PENGHARGAAN
Dengan bersyukur saya berjaya menyempurnakan kajian ini. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Hassan Bin Hushin yang telah bersusah payah membantu, membimbing dan member tunjuk ajar yang cukup berguna di dalam usaha menyiapkan laporan penyelidikan ini. Sesungguhnya apa yang beliau lakukan tidak dapat penulis membalasnya.
Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar sekolah A, Guru Besar sekolah B, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah A dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah C, guru-guru dan ibu bapa daerah Segamat, Johor yang terlibat dalam penyelidikan ini atas segala kerjasama dan bantuan sepanjang penyelidik ini dijalankan.
Penghargaan juga diberi kepada ayah, suami, anak-anak serta rakan-rakan yang memberi bantuan dan sesiapa juga yang telah memberi sumbangan kepada penyelidikan ini secara langsung atau pun tidak langsung.
Sekian Terima kasih.
ABSTRAK
5
Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan ke atas 4 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Zon Bandar Segamat, Johor. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru-guru dan ibu bapa terhadap peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C). Kajian ini juga melihat hubungan antara Guru Besar dan Lembaga Pengelola sekolah di SJK (C) dan untuk mengenal pasti sumbangan-sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C). Sebanyak 92 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di SJK (C) Zon Bandar, Segamat Johor dan 80 set soal selidik juga diedarkan kepada ibu bapa yang terdapat di Zon Bandar, Segamat Johor. Kajian rintis telah dijalankan dengan menggunakan kaedah Alpha Cranbach bagi menentukan kebolehpercayaan instrument kajian. Data dikumpul secara kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif akan dianalisa dengan menggunakan perisian “ Statistical Package For Social Sciences” (SPSS version 15.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi data kualitatif pula, penyelidik telah menemu ramah dengan Guru Besar dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan hubungan antara Guru Besar dengan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C). Kesimpulan dalam kajian ini adalah Lembaga Pengelola Sekolah amat penting dalam sekolah Cina untuk membantu dalam pembangunan sekolah. Hubungan di antara pihak sekolah dan Lembaga Pengelola Sekolah akan mempengaruhi pembangunan sekolah jika mengalami perselisihan di antaranya.
1
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PERHARGAAN
BAB 1
i HALAMAN iv
ABSTRAK
v
KANDUNGAN
vi
SENARAI JADUAL
vii
SENARAI LAMPIRAN
ix
PENDAHULUAN 1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar Belakang Masalah
2
1.3
Pernyataan Masalah
3
1.4
Objektif Kajian
4
1.5
Persoalan Kajian
4
1.6
Rasional Kajian
5
1.7
Kepentingan Kajian
5
1.8
Skop Kajian
6
1.9
Batasan Kajian
6
1.10
Definisi Kajian
7
1.10.1 Guru Besar
7
1.10.2 Lembaga Pengelola Sekolah
7
1.10.3 Guru
8
1.10.4 Masyarakat
9
1.10.5 Hubungan
10
1.10.6 Sekolah Jenis Kebangsaan
10
1.10.7 Bantuan Kerajaan
10
1.10.8 Modal Bantuan 11
2
1.11
Kesimpulan
12
BAB 2
SOROTAN KAJIAN 2.1
Pengenalan
13 2.2
Peranan Lembaga Pengelola Sekolah Di sekolah Cina
13 2.2.1 Tugas Lembaga Pengelola Sekolah 15 2.3
2.4
2.5 2.6
Hubungan antara Guru Besar dengan Pengelola Sekolah di sekolah Cina
16
2.3.1 Hubungan ibu bapa dengan sekolah
17
2.3.2 Hubungan pendidikan dengan komuniti
17
Sokongan Lembaga Pengelola 2.4.1 Sokongan bersama
18
2.4.2 Sokongan ibu bapa
18
Kerjasama
19
2.5.1 Mengapa Kerjasama penting
20
Sumbangan-sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di sekolah Cina
2.7
Penutup 23
BAB 3
BAB KHAS
21
3
3.1
Perkembangan Pendidikan Cina Di Malaysia
24 3.2
Peranan Dong Zong 27
3.3
Peranan Jiao Zong 28
3.4 Penubuhan Lembaga Pengelola (Dong Jiao Zong) 3.5
Kesimpulan
33 BAB 4
METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan 34 4.2
Reka Bentuk Kajian 34
4.3
Populasi dan Sampel Kajian 35
4.4
Instrumen Kajian 36
4.5
Kajian Rintis 38
4.6
Prosedur Kajian 39
4.7
Analisis Data 39
BAB 5
DAPATAN KAJIAN 5.1 Pengenalan 41 5.2
Latar Belakang Responden
31
4
42 5.3
Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 5.3.1
Persoalan Kajian 1: Apakah persepsi guru-guru
47 47
Terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C)? 5.3.2
Persoalan Kajian 2: Apakah persepsi ibu bapa
51
Terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C)? 5.3.3
Persoalan Kajian 3: Untuk mengenal pasti hubungan
53
antara Guru Besar dengan Lembaga Pengelola di SJK (C)? 5.3.3.1 Temu bual dengan Guru Besar sekolah A
54
5.3.3.2 Temu bual dengan Guru Besar sekolah B
60
5.3.3.3 Temu bual dengan Pengerusi Lembaga
68
Pengelola sekolah A 5.3.3.4 Temu bual dengan Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah C 5.3.3.5
Rumusan Analisis Temubual
76 5.3.4
Persoalan Kajian 4: Untuk mengenal pasti sumbangan -81 sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C)?
BAB 6
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan 82 6.2 Objektif 82 6.3 Perbincangan Hasil Kajian 83 6.3.1 Objektif 1:Untuk mengenalpasti persepsi 83 guru-guru terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C).
71
5
6.3.2 Objektif 2:Untuk mengenalpasti persepsi 86 ibu bapa terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C). 6.3.3 Objektif 3:Untuk mengenal pasti hubungan
87
antara Guru Besar dengan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C) 6.3.4 Objektif 4:Untuk mengenalpasti sumbangan-
89
Sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C) 6.4 Rumusan Kajian 90 6.5 Cadangan Kajian 92 6.6 Cadangan Kajian Lanjutan 92 6.7 Penutup 92
RUJUKAN 94 LAMPIRAN 98
6
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
TAJUK MUKA SURAT
4.1
Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejeic dan Morgan (1970)
36
4.2
Skala Likert Lima Markat
37
5.1
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut Jantina
42
5.2
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(ibu bapa) Mengikut Jantina 43
5.3
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut Bangsa
5.4
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(ibu bapa) Mengikut Bangsa 44
5.5
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut Lokasi
5.6
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(ibu bapa) Mengikut Lokasi 45
5.7
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut
43 44 45
Taraf Pendidikan 5.8
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(ibu bapa) Mengikut
46
Taraf Pendidikan 5.9
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut
46
Pengalaman Mengajar 5.10
Taburan Responden Mengikut Peratus, Sisihan Piawai dan Min
47
Bagi persepsi guru-guru terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C). 5.11
Taburan Responden Mengikut Peratus, Sisihan Piawai dan Min
51
Bagi persepsi ibu bapa terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C). 5.12
Rumusan Analisis Temu Bual
76
7
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
MUKA SURAT
A
Borang Soal Selidik (guru)
98
B
Borang Soal Selidik (ibu bapa)
101
C
Soalan Temu bual
104
D
Data-data SPSS
105
E
Contoh senarai nama Lembaga Pengelola Sekolah SJK(C) 116
F
Surat Kebenaran Kajian
117
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Oleh itu, negara kita amat mementingkan sistem pendidikan dalam negara. Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidikan membawa maksud perihal mendidik, ilmu dan didikan, latihan dan ajaran. Secara umumnya, sekolah adalah tempat yang disediakan untuk murid-murid belajar pelbagai kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan seseorang.
Di Malaysia, terdapat sebanyak seribu dua ratus buah sekolah rendah Cina adalah dibina oleh masyarakat Cina sendiri. Setiap sekolah rendah Cina ini mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Cina sendiri. Masyarakat Cina telah mengamanahkan Lembaga Pengelola Sekolah untuk mengekalkan dan mengembangkan sekolah-sekolah Cina. Jadi, Lembaga Pengelola ini amat memainkan peranan sebagai badan pengurusan sekolah di bawah Undang-Undang pendidikan. Jadi, tugas ahli Lembaga Pengelola Sekolah pada masa kini adalah bertanggungjawab untuk menyediakan tempat asas belajar bagi murid untuk belajar dan membantu murid mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
2
Sebagai kesimpulannya, tugas utama bagi Lembaga Pengelola Sekolah adalah menguruskan sekolah ini mengikut cara yang tidak tak konsisten dengan Akta Pendidikan dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta Pendidikan dan hendaklah memastikan semua harta sekolah dijaga dengan cermat.
Pelaksanaan Lembaga Pengelola Sekolah di setiap sekolah adalah untuk memberi sumbangan kepada pelajar dan merapatkan kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa dengan Lembaga Pengelola Sekolah adalah penting dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar dan pembangunan sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa dahulu, masyarakat Cina telah mula berusaha mengumpul wang daripada masyarakat untuk mendirikan sekolah-sekolah Cina. Ini adalah kerana mereka mengimpikan generasi muda boleh mendapat pendidikan Cina sejak kecil lagi. Sehinggalah hari ini, masyarakat Cina juga tidak menukar matlamatnya dan mereka bukan sahaja menyumbang tenaga tetapi mereka juga menyumbang banyak usaha dalam mencari wang untuk membangunkan sekolah-sekolah Cina. Walaupun kerajaan Malaysia akan memberi bantuan kewangan kepada SJK (C) pada setiap tahun tetapi wang tersebut adalah tidak mencukupi untuk memperkembangkan sekolah-sekolah Cina pada masa sekarang.
Dalam kes ini, pemimpin Dong Jiao Zong menganggap klasifikasi sekolah rendah kepada sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan modal adalah suatu dasar yang tidak adil. Mereka mendesak Kementerian Pendidikan supaya menarik balik klasifikasi sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan modal dan digantikan dengan polisi layanan yang sama terhadap semua sekolah tanpa mengambil kira hak milik tanah. Dong Jiao Zong dan Lembaga Pengelola SJK(C) bantuan modal bertegas untuk mendapat layanan yang sama dengan sekolah bantuan penuh milik kerajaan, di samping ingin mengekalkan kuasa autonominya terutama ke atas hak milik tanah.
3
Tuntutan tersebut telah mendapat sokongan ahli parlimen Malaysian Chinese Association (MCA). Sehingga kini, Kementerian Pendidikan menolak sebarang cadangan untuk menukar taraf sekolah bantuan modal ke taraf sekolah yang dimiliki penuh oleh kerajaan selagi status tanah sekolah bantuan modal bukan dimiliki oleh kerajaan.
Di samping itu, lembaga ini juga bertanggungjawab menyatupadukan kuasa daripada pelbagai peringkat masyarakat, mengawasi dan membantu kerajaan untuk menguruskan sekolah. Peranan utama Lembaga Pengelola ialah membela dan melindungi hak pendidikan Cina di bawah undang-undang negara untuk mengenal pasti sekolah rendah Cina tidak mengalami sebarang perubahan yang tidak bersesuaian dengan permintaan masyarakat Cina terhadapnya. Lembaga Pengelola ini juga banyak berusaha dalam mengumpulkan wang dan membuat rancangan dalam pembinaan serta perkembangan sekolah. Walau bagaimanapun, perkembangan dasar penggunaan sejenis bahasa sebagai bahasa pengantar dianggap menyebabkan kerajaan semakin mengetepikan kuasa Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) melalui administrasi. Segala surat pengumuman dan dokumen yang diedarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan kepada sesebuah SJK (C) sepatutnya harus diketahui oleh Lembaga Pengelola sekolah tersebut tetapi disebabkan identiti pengetua sebagai kakitangan kerajaan, maka kebanyakan Guru Besar telah menyimpan maklumat-maklumat yang berkaitan dan tidak memberitahu Lembaga Pengelola. Oleh itu, Lembaga Pengelola dilihat semakin dipisahkan daripada pengurusan sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah di atas, didapati ramai warga sekolah rendah Cina tidak mengetahui dan memahami peranan Lembaga Pengelola Sekolah. Ini termasuklah guru-guru dan ibu bapa murid. Ini akan menjadi satu masalah dalam pengurusan dan pembangunan sesuatu sekolah. Selain daripada itu, kajian mengenai hubungan Guru Besar setiap sekolah dengan Lembaga Pengelola sekolah juga sangat
4
penting. Masalah hubungan antara Guru Besar dan Lembaga Pengelola Sekolah adalah penting dan ini akan menjejaskan pembangunan sesebuah sekolah. Akhirnya, sekolah-sekolah ini akan menghadapi kekangan apabila dalam memperkembangkan sekolah.
1.4 Objektif Kajian
1. Untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C). 2. Untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C). 3. Untuk mengenal pasti hubungan antara Guru Besar dengan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C) . 4. Untuk mengenal pasti sumbangan-sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C).
1.5
Persoalan kajian
1. Apakah persepsi guru-guru terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C)? 2. Apakah persepsi ibu bapa terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C)? 3. Apakah hubungan antara Guru Besar dengan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C)? 4. Apakah sumbangan-sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C)?
5
1.6 Rasional Kajian
Pada masa kini, terdapat masalah yang sangat serius di sekolah iaitu murid tidak menyiapkan kerja sekolah. Masalah ini yang melanda murid pada masa kini amatlah membimbangkan dan ia adalah satu halangan proses penerapan ilmu. Oleh kerana murid-murid adalah pewaris kepada kepimpinan negara, jadi masa depan negara akan terjejas. Dengan ini, tingkah laku murid dan masalah ini haruslah dibendung dari peringkat awal lagi.
Oleh itu, penyelidik hendak mengetahui peranan Lembaga Pengelola Sekolah. Kajian ini juga dijadikan sebagai panduan untuk memberitahu dan kaji tentang peranan atau tanggugjawab Lembaga Pengelola Sekolah dalam sekolah Cina. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan agar dapat menyedarkan kepada semua guru dan masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk masyarakat, guru-guru dan Lembaga Pengelola Sekolah. Hasil daripada kajian ini, penyelidik berharap dapat membantu guru-guru, pihak Lembaga Pengelola Sekolah, masyarakat menyedari peranan mereka dalam membantu sekolah dan memperkembangkan sekolah.
Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu sekolah dapat mencapai ke matlamat yang lebih tinggi. Lembaga Pengelolaan dapat membantu sekolah membuat perubahan yang lebih baik supaya sekolah dapat mendidik generasi muda dengan berjaya. Tambahan pula, Lembaga Pengelola Sekolah dapat menguruskan kewangan sekolah dengan lebih cekap.
6
Adalah amat penting untuk mengetahui peranan-peranan dan tanggungjawab pihak Lembaga Pengelola Sekolah sebenar yang membantu dan memperkembang sesebuah sekolah.
1.8 Skop kajian
Skop ini adalah meninjau peranan Lembaga Pengelola Sekolah, perubahan yang telah dibuat oleh Lembaga Pengelola Sekolah dan pengurusan kewangan yang diuruskan oleh Lembaga Pengelola Sekolah. Kajian ini dijalankan bagi pelajar di empat buah sekolah yang dipilih oleh penyelidik di sekolah Cina Zon Bandar, Segamat .
1.9 Batasan kajian
Kajian ini hanya menumpukan kepada guru-guru yang berada di empat buah sekolah di daerah Segamat. Oleh itu, dapatan kajian hanya merujuk kepada populasi yang dikaji.
Data yang dikumpul adalah melalui soal selidik dan temu duga rawak. Sehubungan dengan itu, penyelidik membuat andaian bahawa responden memahami soal selidik dan menjawab soal selidik dengan jujur dan ikhlas. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini berdasarkan andaian tersebut.
Selain itu, pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam analisis bagi menjawab persoalan kajian adalah terhad kepada apa yang dinyatakan di dalam instrumen kajian sahaja.
7
1.10 Definisi Kajian
Beberapa istilah yang digunakan akan dijelaskan maksudnya mengikut konteks kajian ini.
1.10.1 Guru Besar
Guru Besar Sekolah adalah pengasas dan penyokong inovasi (Jones, 1990:27). Beliau adalah orang yang memulakan projek dan menentukan projek yang dirancang oleh mereka apat dijalankan dengan lancar (Datnow & Castellano, 2001:278). Guru Besar Sekolah adalah merancang, menyusun, memimpin dan mengawal semua aktiviti termasuk pengurusan sumber manusia (Daresh, 2001:105). Beliau adalah ketua sekolah, orang yang bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di dalam dan sekitar sekolah. (Saxe, 1980:195).
Beliau adalah pengurus sekolah yang berkenaan dengan membantu kakitangan sekolah untuk mencapai individu, hubungan sekolah serta objektif sekolah (Bryant, 1998:8); (Bush, 1986:2). Beliau adalah orang yang dengan pihak berkuasa tertinggi di sebuah sekolah (Crowther (ed.)1995:918).
Dalam kajian ini, Guru Besar adalah ketua pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Segamat.
1.10.2 Lembaga Pengelola Sekolah
Dalam kajian ini,
Lembaga Pengelola Sekolah adalah
bermaksud
pentadbiran, tadbir urus, badan pentadbiran, penubuhan lembaga, pihak organisasi (atau jawatankuasa atau jabatan dan lain-lain) yang membentuk sebuah badan untuk tujuan mentadbir sesuatu organisasi.
8
Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996, membolehkan Lembaga Pengelola Sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka. Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan kerana masih diperlukan.
Dalam Akta Pelajaran 1961, semua kategori sekolah termasuk sekolah kerajaan perlu menubuhkan lembaga pengelola.
1.10.3 Guru
Rata-rata kita mengakui bahawa guru merujuk kepada sesuatu kerjaya yang berperanan menyampaikan ilmu. Guru dianggap sebagai agen perubah kepada masyarakat. Peranan mereka bukan sahaja kepada menyampaikan ilmu tetapi mereka juga tidak terlepas dari tugas mendidik.
Menurut Kamus Dewan, guru merujuk kepada pendidik, pengajar dan pengasuh. Manakala keguruan pula ialah perkara yang berkaitan dengan guru, peranan (tugas, kelayakan) sebagai guru.
Guru (dari bahasa Sanskrit
) ataupun dikenali juga sebagai pengajar,
pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.
9
1.10.4 Masyarakat
Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat atau tidak dibuat oleh kumpulan orang itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.
Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahliahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.
Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
10
1.10.5 Hubungan
Perhubungan adalah suatu perkongsian yang bergantung kepada semangat saling mempercayai (Houle, 1989:19-20). Dalam hubungan adalah semua pihak yang terlibat dapat berkomunikasi berterusan antara satu sama lain.
Dalam kajian ini, hubungan yang hendak dikaji adalah hubungan di antara Guru Besar dan Lembaga Pengelola Sekolah Cina.
1.10.6 Sekolah Jenis Kebangsaan
“ Sekolah Jenis Kebangsaan ” ertinya sekolah rendah kerajaan sekolah rendah bantuan kerajaan: a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dan umur enam tahun; b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama; dan c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib.
1.10.7 Bantuan Kerajaan
‘Sekolah Bantuan Kerajaan’ atau ‘Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan’ ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh.
‘Sumbangan modal’ ertinya bayaran daripada wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi : 1. Mengadakan bangunan;
11
2. Mengubah atau menambah premis yang sedia ada; 3. Mengadakan perabot atau kelengakapan bagi premis yang baru, diubah atau ditambah; atau 4. Apa-apa maksud lain yang ditetapkan.
Manakala ‘Sumbangan bantuan’ ertinya apa-apa bayaran daripada wang awam, selain daripada sumbangan modal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan. Berhubung dengan perkara tersebut, ‘bantuan’ yang dimaksudkan tidak melibatkan apa-apa bantuan bagi tujuan pembayaran yuran serta pembelian bukubuku tambahan.
Untuk makluman, penetapan bayaran-bayaran tambahan sekolah adalah di bawah bidang kuasa sekolah berkenaan setelah mendapat persetujuan sepenuhnya daripada ibu bapa dan penjaga melalui keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah. Sekolah bantuan kerajaan atau bantuan modal adalah sekolah-sekolah di mana urusan pentadbiran di bawah kelolaan lembaga pentadbiran sendiri manakala kerajaan hanya memberi subsidi peruntukan pengurusan murid sahaja. Semua polisi sekolah ditadbirkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah manakala perlantikan guru dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.10.8 Bantuan Modal
Sekolah bantuan modal pula menerima pembiayaan dari segi emolumen dan geran per kapita murid, tetapi perlu mencari dana sendiri untuk pembangunan fizikal sekolah.
12
1.11 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, peranan Lembaga Pengelola Sekolah amat penting dalam setiap sekolah. Selain daripada itu, hubungan antara Guru Besar dan Lembaga Pengelola Sekolah juga sangat penting dalam sekolah. Ini adalah kerana hubungan Lembaga Pengelola Sekolah dan peranan Lembaga Pengelola Sekolah akan mempengaruhi perkembangan sekolah tersebut.