TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
.
TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HJ. AZHARI BIN OTHMAN MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN.
OLEH: MOHD NAIM BIN MOHD NASFI NIK AQIL NIK ARIFF
2006133745 2006133761
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM APRIL 2009 – NOVEMBER 2009
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
7
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
PENGHARGAAN Assalamulaikum w.b.t Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allahamdullilah, akhirnya dapatlah juga kami menyiapkan transkrip temubual bersama dengan Ustaz Hj. Azhari bin Othman ini dengan jayanya. Projek ini dimajukan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Perdana bagi tujuan memenuhi keperluan kursus IMR 603 – Dokumentasi Sejarah Lisan. Kejayaan kami dalam menyempurnakan projek ini adalah di atas bantuan, sokongan dan juga hasil kerjasama daripada pelbagai pihak. Pertama sekali, kami berasa bersyukur kehadrat Allah S.W.t kerana dengan limpah kurnia-NYA dan keizinan-NYA, maka projek ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kami kepada pensyarah kami, iaitu Puan Hajjah Aliza Binti Ismail kerana telah banyak member garis panduan dan segala tunjuk ajar kepada kami daripada bermulanya projek ini sehinggalah ke titik noktah yang terakhir. Ucapan jutaan terima kasih ini juga kami tujukan khas kepada Ustaz Hj. Azhari Bin Othman di atas kesudiaan beliau memberikan kerjasama dan meluangkan masa untuk ditemualbual bagi memenuhi keperluan subjek ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang telah banyak menyokong dan member bantuan kepada kami terutamanya dari segi nasihat, pandangan dan kewangan, jutaan terima kasih diucapkan. Di samping itu, penghargaan ini ditujukan khas kepada rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama dan pendapat yang dicurahkan kepada kami. Sesunnguhnya jasa kalian akan kami kenang hingga akhir hayat. Tidak lupa juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini, kami ucapkan terima kasih dan hanya Allah sahaja yang dapat menbalas jasa baik anda kepada kami. Sekian, Wasalam.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
8
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
ISI KANDUNGAN
i. PENGHARGAAN
i
ii. ISI KANDUNGAN
ii
iii. ABSTRAK
iii
1.0
PENGENALAN
1-6 1.1
Sejarah Tahfiz Al Quran di Malaysia
1.2
Sejarah Darul Quran JAKIM
1.3
Pencapaian Darul Quran JAKIM
2.0
TRANSKRIP
7-47
3.0
PERKARA BERBANGKIT
48
4.0
LOG TEMUBUAL
49-53
5.0
SENARAI SOALAN
54-59
6.0
BIODATA TOKOH
60
iv.
INDEKS
v.
LAMPIRAN
Gambar
Sijil
Rujukan
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
9
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
ABSTRAK
Transkrip temubual bersama Ustaz Hj. Azhari Bin Othman mengenai pengalaman beliau sebagai Ketua Jabatan Pengajian Al Quran dan pensyarah di Darul Quran.
Abstrak: Transkrip temubual Bersama Ustaz Hj. Azhari Bin Othman ini adalah mengenai pengalaman dan tugas beliau sebagai Ketua Jabatan Al Quran dan pensyarah di Darul Quran. Ini adalah merupakan satu sejarah lisan yang penting sebagai salah satu sumber kajian bagi para pengkaji ataupun penyelidik. Kepentingan sejarah lisan ini adalah bertujuan untuk megabadikan kehidupan beliau sebagai Ketua Jabatan Al Quran dan pensyarah di Darul Quran yang berkebolehan tinggi dalam bidang tahfiz Al Quran agar dapat menjadi salah satu sumber sejarah negara kita yabg akan dikenangdan disanjung oleh masyarakat yang kurang mengenali atau tidak sempat mengenali beliau. Transkrip ini dengan jelas menerangkan bagaimana beliau mula menceburi diri sebagai pensyarah dalam bidang tahfiz Al Quran sehingga menjadi Ketua Pengajian Al Quran di Darul Quran dan juga sebagai penyemak Al Quran di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Suka duka dan pengalaman beliau ketika menjadi pensyarah, Ketua Pengajian Al Quran dan penyemak Al Quran di ceritakan dengan panjang lebar yang boleh menjadi panduan kepada masyarakat umum.
Kata Kunci: Pensyarah, Ketua Jabatan Al Quran, Darul Quran, tahfiz, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
10
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
PENGENALAN 1.1
SEJARAH TAHFIZ AL QURAN DI MALAYSIA
Mengenang kembali sejarah tahfiz Al-Quran di negara ini, ia bermula pada tahun 1966, dengan kewujudan Kelas Pengajian Menghafaz Al-Quran dan Ilmu Qiraat di Masjid Negara. Daripada pembelajaran dalam bentuk sebuah kelas pengajian, kini ia terus mengalami peningkatan di mana ia dinaiktarafkan sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran.
Kebanggaan Maahad Tahfiz bukan sahaja atas kejayaannya melahirkan para graduan pengajian Al-Quran (huffaz) yang berketerampilan, malahan pembangunan dari segi infrastrukturnya. Maahad Tahfiz telah berpindah secara rasmi ke Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu bermula dengan sesi pengajian akademik 1998/1999 dengan nama baru Darul Quran. Ia menerima perjawatan yang paling ramai pada tahun ini bagi menampung keperluan pengajian yang semakin berkembang.
Pengajian Al-Quran terus mendapat tempat di hati masyarakat hari ini. Menyedari
betapa
perlunya
peranan
profesional-profesional
Islam
membangunkan negara dan ummah mengikut acuan kita sendiri sepertimana yang seringkali diingatkan oleh pucuk pimpinan negara, maka tercetus idea dikalangan kita akan perlunya diintegrasikan ilmu dalam bidang-bidang profesional seperti kejuruteraan, ekonomi, kewangan dan sains dengan ilmu-ilmu islam, khususnya al-Quran.
Akhirnya hasrat murni tersebut telah berjaya direalisasikan pada tahun 2000 dengan memperkenalkan program Persijilan Tahfiz Al-Quran. Dalam program sulung secara kerjasama JAKIM - UIAM, seramai 7 orang pelajar aliran sains yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM telah dipilih bagi IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
11
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
mengikuti pengajian tersebut.
Bermula
pada
tahun
2008
tersebut
(2000)
sehingga 2004, seramai 218 orang graduan telah berjaya mendapat Sijil Tahfiz Al-Quran JAKIM-UIAM ini. Dari peringkat ia mula diperkenalkan sehingga ke tahun 2005, program ini menerima jumlah pelajar yang meningkat dari tahun ke tahun. Bermula dengan 7 orang, pelajar bertambah kepada 14 orang pada tahun 2001, 23 orang pada tahun 2002, 59 orang pada tahun 2003 dan 115 orang pada tahun 2004. Pertambahan sebanyak 49.54% dalam jangka masa 5 tahun adalah sesuatu yang membanggakan.
Jabatan Kemajuan Islam Malysia (JAKIM) akan terus melebarkan program seumpama ini di masa-masa akan datang dengan melibatkan beberapa institusi pengajian tinggi yang lain melalui hubungan persefahaman (MoU) yang diadakan dari masa ke semasa. Ini juga merupakan salah satu strategi untuk meneruskan kesinambungan usaha mengekal huffaz di negara ini, selain untuk melahirkan para professional yang beriman yang mampu mengadaptasikan ilmu berpandukan ajaran Islam.
1.2
SEJARAH DARUL QURAN JAKIM
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
12
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
Darul Quran JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ialah sebuah institusi pendidikan tahfiz al-Quran yang unggul di negara Malaysia. Pada tahun 1966 Penubuhan Darul Quran bermula bermula apabila
Perdana Menteri
Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Sewaktu perasmian Masjid Negara hasrat ini telah dinyatakan di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat di tubuhkan sebagai unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur untuk permulaan.
Pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran bermula apabila tertubuhnya Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia. Pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dari tahun 1966 hingga tahun 1978. Pada tahun 1972 dan ianya diberi nama ―Maahad Tahfiz AlQuran Wal-Qiraat‖.
Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dari awal tahun 1979 sehingga tahun 1980.
Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan
Chenderasari, Kuala Lumpur selepas itu dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
13
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
Sehinggalah Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri pada tahun 1984. Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 1992 bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor pada tahun 1994.
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf pada tahun 1997 sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran. Pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.
1.3
PENCAPAIAN DARUL QURAN JAKIM
Sejak penubuhan Darul Quran hinggalah sekarang terdapat banyak pencapaian dan kejayaan yang telah di kecapi. Antaranya, pada 16 April 1983 kelayakan sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) bagi membolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
Program di Darul Quran JAKIM bagi Diploma Tahfiz Al-Quran dan AlQiraat juga telah diiktiraf oleh universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
14
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Darul Quran juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul Quran. Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul Quran. Selepas tamat pengajian mereka akan terus ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan,
senibina, ekonomi dan sains
pengurusan. Cadangan program berkembar ini tercetus apabila Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk ―Perancangan Masa depan Program Akademik Darul Quran‖ di dalam Muzakarah Masa depan Darul Quran pada 21-22 Februari 2000.
Beliau telah turut mencadangkan agar Darul Quran memainkan peranan bukan sahaja melahirkan Hafiz dan Hafizah yang berketrampilan dalam bidang agama, malah layak menjadi ahli sains dan professional yang berwibawa. Hasilnya, Darul Quran telah mengambil 7 orang pelajar yang telah mendaftarkan diri sebagai perantis program persijilan
Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan agama bangsa dan negara di mata dunia. Selain daripada itu, program ini akan menjana qari dan qariah yang berkemampuan tinggi dan sekaligus mampu memikul cabaran yang diamanahkan oleh negara.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
15
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
Cadangan pelaksanaan program ini adalah idea Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato’ Dr. Abdullah Bin Md Zin yang mahukan umat Islam di Malaysia benar-benar mendalami seni bacaan al-Quran. Beliau berharap agar Malaysia tidak akan kepupusan generasi yang mahir dalam bidang al-Quran amnya dan bidang Tarannum khasnya. Program ini dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran. Program yang bakal diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini akan meliputi kaedah pengajian secara kuliah,tutorial, latihan praktikal dan perbincangan.
Darul Quran terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang tahfiz al-Quran dengan melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Program yang diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah hasil daripada perbincangan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran yang diadakan pada 15 Julai 2006. Bagi peringkat permulaan, program ini akan ditawarkan kepada 50 orang pelajar Darul Quran dan pelajar Maahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN). Jangka masa pengajian bagi program ini adalah 3 tahun dan dijangka dapat dimulakan pada November tahun ini.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
16
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
TAPE 1 SIDE A Berikut adalah rakaman temubual sejarah lisan bersama Ustaz Hj. Azhari Bin Othman mengenai pengalaman beliau sebagai Ketua Jabatan Pengajian Al Quran dan pensyarah di Darul Quran serta sumbangan beliau dalam bidang keagamaan. Temuramah ini dijalankan di rumah beliau di Taman Nirwana, Ampang pada 15 Mac 2008 jam 3.30 petang. Temubual ini dikendalikan oleh Mohd Naim Bin Mohd Nasfi dan Nik Aqil bin Nik Ariff.
MN:
Assalamualaikum Ustaz.
UA:
MN:
Apa khabar? UA:
MN:
Nama penuh saya Ustaz Hj.Azhari Hj Othman.Berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Bilakah ustaz dilahirkan? UA: .
MN:
Baik.Alhamdulillah.
Boleh saya tahu siapakah nama penuh ustaz? UA:
MN:
Waalaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh.
Dilahirkan pada tiga puluh haribulan lima sembilan belas lima puluh tiga (30hb Mei 1953)
Jadi berapakah umur Ustaz sekarang? UA:
Umur sekarang nak [hendak] masuk lima puluh lima (55) tahun.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
17
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
Boleh saya tahu dimanakah ustaz dibesarkan? UA:
MN:
Ya,tiga(3) lelaki dan tiga(3) perempuan.
Ustaz anak ke berapa? UA:
MN:
Adik beradik enam,enam(6) orang adik beradik.
Boleh ustaz jelaskan berapa ramai lelaki dan berapa orang perempuan? UA:
MN:
Dibesarkan di Melor, Kota Bharu ,Kelantan.
Ustaz ada berapa orang adik beradik? UA:
MN:
2008
Saya anak yang pertama lah,anak sulung lah orang kata kan.
Adik-adik lain menetap di mana Ustaz? (gangguan frekuensi telefon bimbit) UA:
MN:
Adik-adik lain semuanya sekarang menetap di Kota Bharu, Kelantan.
Ustaz ada,ada ke,Ustaz ada ke nama timang-timangan dalam keluarga? UA:
Dalam
keluarga
takde[tiada],keluarga
panggil
(gangguan
bunyi)
nama,anak- anak dia panggil baba saja lah, dalam kawan-kawan ada lah, kawan-kawan tu [itu] ramai, banyak nama kawan-kawan masa belajar dulu[dahulu], ada yang kawan-kawan panggil Abdul Jamal, yang itu nama mahsyur
la
tu
[itu],
Selangor,Melaka,Johor,
pas[lepas] Kelantan
sekarang pun
ada
kawan-kawan
sama.Dalam
keluarga
takde[tiada],keluarga memang(menggeleng kepala) anak-anak panggil baba saja tapi[tetapi] kalau kampung memang ado la[ada la] abe rie[abang ri] (ketawa)._____di kampong terkenal walau kecil,walau besar,tua muda
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
18
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
panggil abe rie[abang ri],tak[tidak] kira budak kecik pun abe rie [abang ri]..
MN:
Boleh ustaz nyatakan nama kesemua adik beradik ustaz? UA:
Nama saya-- saya tak payah sebut nama, yang adik bawah pada saya nama nya Haji Rozali Haji Othman, yang kedua Ustaz Mohd Nazir bin Othman, yang adik yang ketiga Siti Aishah binti Othman, yang kelima Safinah binti Othman, dan yang bongsu, yang ini nombor enam[6] lah, Ustazah Zunaidah binti Othman.
MN:
Bilakah ustaz berkahwin dan ustaz sudah mempunyai berapa ramai orang cahaya mata? UA:
Saya berkahwin pada tahun sembilan belas tujuh puluh lapan (1978), dan sekarang mempunyai semua enam (6) cahaya mata.
MN:
Boleh ustaz nyatakan nama isteri ustaz dan juga anak-anak? UA:
Nama Isteri saya Hajah Rosnani binti Haji Tumijo dan anak-anak, anak yang Pertama (1) Raihani binti Azhari, yang kedua (2) Hanan binti Azhari, yang ketiga (3) Siti Marahaini binti Azhari, yang keempat (4) Ruhi Najiha binti Azhari, yang kelima (5) Ismahazirah binti Azhari, dan yang bongsu yang keenam (6) Nur Aqilah Azra binti Azhari.
MN:
Berapakah umur isteri ustaz sekarang? UA:
Umur sekarang---48 tahun.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
19
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Apakah pekerjaan isteri ustaz? UA:
Dia---suri rumah sepenuhnya.takda [tiada] kerja kerajaan, takda [tiada] kerja swasta, kerja di rumah sahaja.
MN:
Apakah hobi ustaz di masa lapang? UA:
Masa lapang---saya suka membaca Quran [Al-Quran], membaca tafsir AlQuran dan membaca Akhbar-akhbar yang memberi pengetahuan, ____ dan juga suka tengok berita, di radio dengar berita lah, dalam TV [televisyen] suka menonton berita lah.Dengar dan menonton berita lah.
MN:
Siapakah nama ibu dan bapa ustaz? UA: Nama ibu Hajah Fatimah binti Ismail dan nama bapa Hajah [Haji] Othman bin Dollah.
MN:
Apakah pekerjaan ibu dan bapa ustaz? UA:
Kedua-duanya adalah pekerjaan sebagai---kerja kampunglah, pesawah ataupun petani.
MN:
Bolehkah Ustaz ceritakan latar belakang pendidikan ustaz dari sekolah rendah sehingga universiti? UA:
Latar belakang sekolah rendah dari tamat darjah enam (6) masuk ke sekolah agama di beberapa buah sekolah agama di Kota Bharu, Kelantan, sekolah agama _____ Ketereh,juga di Kota Bharu, Sekolah Agama Sheikh Maarof di Machang, Sekolah Agama Menengah Maahad Muhammadi Kota Bharu Kelantan manakala pergi kepada Diploma Tahfiz Al-Quran (bunyi batuk) ketika itu berada di Pusat Islam pada tahun tujuh puluh tiga (1973) sampai tujuh puluh enam (1976).Kemudian tujuh puluh tujuh IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
20
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
(1977) sampai lapan puluh empat (1984) melanjut pelajaran ke Al-Azhar, Universiti Al-Azhar di bidang Tafsir dan Qira’at Al-Quran NurQarim.
MN: Apakah cita-cita Ustaz semasa di sekolah dahulu?
UA:
Cita-cita masa sekolah---untuk jadi Imam sahaja sama ada imam di masjid-masjid daerah, ataupun masjid di balai ataupun di masjid misalnya di Kota Bharu lah dia panggil Masjid Negeri.
MN: Apakah status pendidikan tertinggi Ustaz?
UA: Pendidikan tertinggi ialah Ijazah bahagian BA [bachelor] dalam bidang Tahasus Al-Quran dan Tafsir serta Ulum Al-Quran.
MN: Adakah keluarga Ustaz memberikan sokongan terhadap Ustaz untuk meneruskan pengajian di peringat tertinggi?
UA:
Yang memberi sokongan, yang paling utama sekali ialah bapa dan mak saya sendiri lah, disamping keluarga lain iaitu adik beradik, mak sedara [saudara] bapak sedara [saudara] dan kebanyakkan keluarga lah yang terus menyokong melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi.
MN: Siapakah yang menjadi pendorong kepada Ustaz untuk meneruskan pelajaran sehingga peringkat tertinggi?
UA:
Seperti yang saya sebut tadi yang mendorong ialah bapa saya sendirisekarang dia dah arwah,arwah bapa saya sendiri,dia lah yang bersungguh masa tu[itu] memberi semangat kepada saya supaya teruskan belajar sampai Universiti Al-Azhar sebab dia nak tengok anak dia yang sulung ini sampai ke Universiti Al-Azhar di Mesir iaitu di Timur Tengah.Moga dia IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
21
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
kata kali ini adik-adik akan ikut dia.Dia lah,arwah bapa lah yang betulbetul memberi dorongan.
MN: Bagaimana reaksi keluarga Ustaz apabila mereka mula-mula tahu hasrat Ustaz melanjutkan pelajaran ke luar negara ?
UA:
Reaksi keluarga memang mereka sangat gembira lah dan mereka memang-- - boleh katakan semua daripada ayah,mak, adik beradik dan saudara-saudara di kampong memang bersetuju semua lah, sangat gembira lah
kerana saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Timur
Tengah.
MN:
Apabila Ustaz meneruskan pengajian di luar negara, sudah tentu memerlukan kos yang tinggi. Jadi bagaimana Ustaz menguruskan dan menampung perbelanjaan ustaz sendiri?
UA:
Terima Kasih. Kerana pada masa itu awal tahun tujuh puluhan (1970an),awal tujuh puluhan (1970-an) memang masa itu biasiswa dia cukup banyak iaitu siapa nak pergi ke Timur Tengah bidang agama iaitu mengambil bidang Al-Quran dan tafsir memang di taja oleh biasiswa JPA [Jabatan Perkhidmatan Awam] jadi tiada masalah lah, masalah kewangan tiada dan apabila mohon JPA [Jabatan Perkhidmatan Awam],JPA [Jabatan Perkhidmatan Awam]
lulus dan semua JPA [Jabatan Perkhidmatan
Awam] tanggung,tambang pergi balik tambang pergi,pakaian semua dan sepanjang berada disana hampir tujuh (7) tahun dapat biasiswa JPA [Jabatan Perkhidmatan Awam].Daripada empat ratus lima puluh (450) sebulan dia naik sampai tujuh ratus lima puluh (750), iaitu dari tahun lapan puluh (1980) sampai lapan puluh empat (1984) dapat tujuh ratus lima puluh ringgit (RM750) satu bulan daripada JPA [Jabatan Perkhidmatan Awam] jadi tiada masalah lah biasiswa. IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
22
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Bolehkan Ustaz ceritakan sedikit pengalaman semasa menuntut di luar negara dan terpaksa berjauhan dengan keluarga dan tanah air?
UA: Semasa berada di luar negara memang rasa, mula-mula sampai tu memang rasa---rasa sunyi lah sebelum kita kenal kawan-kawan yang berada di sana, rasa memang lah rasa seperti nak balik, nak balik ke tanah air nak jumpa keluarga tapi lama-lama lepas [selepas] itu kita dah kenal mesra kawankawan, kita_____suasana Hari raya lebih,lebih gembira lah.Hari kita raya sana sampai hampir sepuluh hari raya puasa iaitu hari raya pertama di rumah kedutaan, pas tu [lepas itu] rumah pegawai kedutaan,kemudian rumah pelajar-pelajar seluruh Malaysia yang berada di sana,daripada Perlis, Kedah sampai lah kepada Sabah, Sarawak dan semua lah yang berasal dari seluruh Malaysia ini,ada rumah terbuka iaitu hari rumah terbuka keluarga negeri-negeri. Jadi rasa tak [tidak] sunyi walaupun berjauhan dengan keluarga.
MN:
Bagaimanakah keadaan semasa ustaz meneruskan pengajian di Malaysia dan luar negara? Maksud saya persekitaran dan juga sistem pembelajaran.
UA:
Dari segi persekitaran macam pelajaran keadaan yang dapat dilihat memang disini katalah Ustaz ni di bidang bahasa Al-Quran makna perlu bahasa Arab yang tinggi, kita belajar di Malaysia hanya bahasa Arab yang kita bercakap sepatah dua,disana baru kita tahu maknanya perlu lagi kita mendalami bidang bahasa Arab, untuk kita mencungkil apa ni ilmu-ilmu Al-Quran itu banyak sekali ilmu Tawasir, ilmu Ruslan,selain daripada ilmu Tafsir.Makna perlu kita betul-betul mahir dalam bidang bahasa Arab.Berbeza lah,kita perlu berjumpa dengan guru-guru pakar sheikhsheikh Arab dimana kita terpaksa berjumpa dia bertanya bagaiman memahami Al-Quran,memahami Tafsir Al-Quran, Tafsir itu semua dalam bahasa Arab, dalam bahasa Arab semua, jadi kita katakan disana itu IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
23
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
Alhamdulillah takda[tiada] apa, berbeza disini kita belajar takda [tiada] masalah kita boleh tengok Tafsir Melayu, disana Tafsir semua bahasa Arab.Jadi kalu kita di Malaysia belajar di UKM[Universiti Kebangsaan Malaysia], UM [Universiti Malaya] jadi tiada masalah belajar tafsir kan kita ada rujukan bahasa Melayu, disana tidak ada, Tafsir pun belajar dalam bahasa Arab, berbeza lah. Suasana-suasana kita di Malaysia lain semuanya Melayu disana ada keturunan Arab yang kita bertemu yang kasar pun ada tapi yang lembut, yang baik pun ada sama hampir orang kita, itu yang berbeza dari segi suasana, cara bercakap, sopan santun lemah lembut memang kita kata orang kita lah lebih lagi lebih halus tapi walau bagaimana Arab yang kasar ada juga Arab yang lembut, yang halus lebih pada [daripada] orang kita.
MN:
Pada pendapat Ustaz, apakah perbezaan antara pelajar dahulu dan sekarang? Maksud saya, bagaimana keadaan Ustaz semasa masih belajar dahulu dibandingkan keadaan pelajar sekarang yang telah mendapat pelbagai kemudahan untuk mencari maklumat? Contohnya penggunaan Komputer.
UA:
Memang pada zaman Ustaz belajar dulu tahun tujuh puluhan (1970-an) memang masa itu komputer takda [tiada]. Hanya dengan kebanyakan masa itu kita nak buat kertas kerja dengan tulis tangan sahaja, kena taip, itu sahaja yang ada,(terbatuk) sekarang begitu mudah sekali para pelajar dengan komputer ada, laptop[komputer riba] ada dan sebagainya, nak buat sesuatu projek atau kerja memang cepat mereka.Tapi kita dahulu, pelajar dahulu payah nak buat sesuatu kerja, dibantu oleh kawan-kawan yang memang suka kepada tolong-menolong ni,kita rasa tidak masalah lah, ada kawan-kawan yang membantu kita tak faham, ada satu kawan tu dia sanggup mengajar perkara yang kita tak faham, ada kawan saya tu sekarang berada di – berada di Brunei Darussalam, dia lah yang membantu IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
24
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
semasa Ustaz berada selama di sana, tahun pertama, tahun kedua kalau tak faham bahasa Arab dia lah yang membantu dari segi segala-galanya, jadi pelajar dulu tak ada, awal tujuh puluhan (1970-an), lapan puluhan (1980an) tak ada kemudahan tapi takda[tiada] masalah itu boleh belajar dengan baik tapi mungkin pelajar sekarang bagi dia memang istimewa lah mungkin perlu kepada hanya ada duit saja lah, sekarang ni nak beli alat yang tadi perlu ada duit. Kalau dulu duit banyak, kita nak beli barang takda [tiada], dulu biasiswa besar lah-Ustaz sampai boleh beli kitab banyak hasil dari biasiswa itu lebih dari belanja makan, sewa rumah dan sebagainya boleh beli buku-buku dan kitab-kitab dan sebagainya.
MN:
Seperti yang Ustaz nyatakan tadi tentang penggunaan mesin taip, adakah ia disediakan oleh pihak Universiti atau pun Ustaz sendiri perlu membeli?
UA:
Takda,masa tu[itu] kita kawan-kawan, kita kongsi beli dan membuat persatuan di tempat duduk, satu tempat duduk itu namanya Syugra, kita kongsi,kita beli, kalau pihak universiti pun ada menyediakan tetapi maklumlah Universiti al-Azhar, university terbesar di dunia dan tertua, dia alat tak[tidak] cukup dengan pelajar yang ratus ribu jadi pada semasa jadi terpaksa kita kongsi para pelajar melayu beli dua,tiga (2, 3) alat kita pakai _____ para pelajar habis Quran dan Qiraat di semua pada rumah persatuan.
MN:
Apakah jenis buku yang Ustaz suka baca?
UA:
Buku masa[semasa] di Azhar [Universiti Al-Azhar] dulu[dahulu] masa [semasa] belajar buku Sirah Nabi, Sirah Nabawi, sejarah-sejarah sahabatsahabat dan buku falsafah Tauhid dan yang pertama tadi yang disebut iaitu tafsir Al-Quran dan juga apa ni buku untuk mendalami ilmu Feqah .
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
25
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Adakah buku-buku itu dalam Bahasa Arab ataupun Bahasa lain?
UA:
Boleh kata semua dalam Bahasa Arab.
MN: Mengapa suka baca buku-buku seperti itu?
UA:
Sebab buku-buku itu pertama menambah ilmu pengatahuan kepada kita yang berguna pada masa akan datang di dunia dan akhirat jadi itu kita boleh sebagai modal kita untuk kita pulang ke Malaysia kita boleh mengajar di surau-surau, masjid sebagai kita balik ke negara kita sebagai pendidik—untuk orang rujuk kepada kita dari segi ilmu Feqah, ilmu Tauhid,ilmu_____dan sebagainya. Sebab itu Ustaz pilih buku-buku tersebut sebagai bahan-bahan bacaan pada masa hari—hari cuti lah, hari cuti persekolahan.
MN:
Boleh ustaz ceritakan bagaimana keadaan Ustaz dan adik beradik lain semasa kecil dahulu ?
UA:
Semasa Ustaz dan adik beradik yang lain semasa kecil memang di didik oleh dua ibu bapak [bapa] ,bapak [bapa] saya seorang guru Al-Quran dan mak saya juga dia guru Al-Quran, dia didik anak-anak dia sebelum— dia mesti khatam Al-Quran masa sekolah rendah lagi. Jadi, Ustaz ingat adikberadik Ustaz dalam darjah dua (2), darjah tiga (3) khatam Al-Quran kerana dia didik macam tu [itu]. Pastu [lepas itu] dia hantar pada[kepada] guru lain pula untuk mendalami ilmu Tajwid ,untuk mendalami apa—dari segi paham [faham] makna Al-Quran, tafsir dan sebagainya dia ada guru lain pulak[pula]. Kalau di rumah memang di ajar supaya--- dahulu tiada Iqra’ ,belajar Muqaddam , Muqaddam mesti habis sebelum,sebelum masuk sekolah lah dalam empat (4) ,lima (5) tahun kemudian masuk Quran[Al-Quran] besar kemudian darjah satu (1) darjah dua (2) darjah IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
26
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
tiga (3) khatam. jadi begitu lah (bunyi batuk) didikan ibu bapa memang, ibu bapa Ustaz ni [ini] mengambil berat pasal anak-anak dia pada pendidikan Al-Quran selain itu tidak abaikan jugak [juga] mata pelajaran lain lah seperti---kemudian—sekolah itu, apabila sekolah kebangsaan ada dia sampai adik beradik saya sampai darjah lima (5) terus berhenti terus masuk sekolah agama, ada sampai darjah empat (4) sekolah kebangsaan dia berhenti terus masuk sekolah agama. Kerana bapak [bapa], arwah bapak [bapa] sangat minat (bunyi batuk) pada pelajaran agama.
MN:
Bagaimana pencapaian ustaz, maksud saya pencapaian akademik ustaz semasa sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu ?
UA:
Masa sekolah rendah memang apa ni, masa sekolah dulu[dahulu] takda[tiada] yang dapat A,A macam sekarang ni[ini] kan,cuma kita lulus kita dapat tahu masa periksa[peperiksaan] lulus saja[sahaja] naik kelas, dapat tahu, kalau dapat tahu pun nombor satu (1), dua (2) , tiga (3) itu sahaja, Ustaz ingat pernah dapat juga satu-satu[suatu] ketika dapat juga nombor tiga (3), ada dapat nombor dua (2) dan gilir-gilir dengan kawan lah kerana takda tiada] dulu keputusan keluar A ke, A1 ke pada masa itu. Pencapaian (bunyi batuk) biasa saja [biasa] lah maknanya apabila katakan lulus sekolah darjah enam (6) makna lulus lah, makna layak boleh masuk mana sekolah agama seluruh Kelantan dan nak masuk dimana sekolah pun boleh.
MN:
Adakah Ustaz pernah terlibat dalam mewakili sekolah ataupun universiti dalam apa-apa pertandingan samada dalam bidang akademik mahupun sukan?
UA:
Sukan masa
kecik [kecil] ada sekejap, tapi masuk sekolah menengah
berhenti( ketawa), masa sekolah rendah memang perasan ada main sukan IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
27
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
bola sepak, pernah mewakili sekolah lawan sama-sama[sesama] sekolah di daerah Kota Bharu pastu[selepas itu] bila masuk sekolah menengah minat kepada tilawah Al-Quran pernah menjadi johan pada umur tiga belas (13) tahun, pada umur dua belas (12) tahun.Dan menjadi johan Al-Quran kanakkanak seluruh Kelantan, tu [itu] mula-mula masuk dapat nombor tiga (3), tahun kedua masuk dapat naib johan seluruh Kelantan dan akhir tahun ketiga masuk dapat johan seluruh Kelantan. Pada tahun Sembilan belas (19)—enam puluh empat (1964), enam puluh enam (1966) macam tu[itu] lah dapat johan seluruh Kelantan.
MN:
Semasa sekolah rendah dan menengah dahulu, apakah bahasa pengantar yang digunakan?
UA:
Bahasa,bahasa sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Malaysia lah, masa itu di Kelantan dia pakai bahasa Malaysia ,tapi apabila di sekolah Arab masa_____sekolah agama bahasa penghantar dua (2) ada setengah guru mengajar dalam bahasa Arab, ada yang setengah guru mengajar dalam bahasa Malaysia, jadi telah didedah oleh guru masa umur tiga belas (13) tahun empat belas (14) tahun, dilatih bercakap Arabdiwajib bercakap Arab, pasal di sekolah Arab mesti bercakap bahasa Arab tak dibenar bercakap bahasa Malaysia.
MN:
(Bunyi helaian kertas diselak) Adakah kawan-kawan ustaz semasa sekolah rendah,
menengah
mahupun
universiti
dahulu
yang
ustaz
masih
berhubungan lagi sampai sekarang?
UA:
Saya yang sekolah rendah masih berhubung—sama-sama sekolah rendah ada lah juga masih di kampung satu sekolah darjah dua (2), darjah tiga (3), darjah empat (4) masih berhubung tapi tak ramai satu (1) orang sahaja (ketawa), yang sekolah menengah, sekolah agama masa tingkatan satu (1), IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
28
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
dua (2) ,tiga (3) masih ramai lagi berhubung tapi diorang[mereka] semua dah hampir-hampir nak pencen [bersara] semua lah. Ada dah pencen sebab dulu sekolah Arab, masuk sekolah Arab tak [tidak] sama, ada yang diaorang[mereka] yang masuk tingkatan satu (1) umur dia enam belas (16) tahun, jadi Ustaz masa tu [itu] baru umur dua belas (12) tahun sebab diorang kawan-kawan ramai pergi ke sekolah Inggeris, sekolah di sebut _____dulu. Yang lepasan sekolah kebangsaan yang darjah enam (6) dia masuk sekolah Inggeris, dia tamat sekolah Inggeris tiga (3) tahun dia boleh masuk sekolah Arab balik, jadi diorang masa tu[itu] dah empat belas (14), lima belas (15) tahun dia masuk sekolah Arab ,jadi dia tak [tidak] sama, ada kawan-kawan yang sama-sama belajar sekolah Arab satu kelas sekarang dah pencen ramai. Sebab dia masuk sekolah agama lewat.Ada,masih ada lagi yang berhubung beberapa orang kawan yang sekolah menengah dan sama-sama universiti Azhar [Al-Azhar] ada juga bertemu di KL [Kuala Lumpur] ini, di KL [Kuala Lumpur], di Kuala Kubu [Kuala Kubu Bharu] Selangor pun ada ketika sama-sama di Azhar [Universiti Al-Azhar] dulu [dahulu].
MN:
Siapakah teman Ustaz yang paling rapat?
UA:
Maksud teman tu, maksud kawan lah? Bukan isteri ya? (Ustaz Azhari bertanya) (penemuramah mengangguk). Masa [semasa] tu [itu] kawan yang paling rapat, kawan yang sekolah rendah memang tak ada[tiada] lah, dah lupa dah, sekolah menengah ada, sekarang berada di Kota Bharu Kelantan dan masa di Azhar [Universiti Al-Azhar] yang paling rapat ialah yang selalu kemana-mana lah bersama berdua belajar, naik bas (bunyi jeritan), naik keretapi,naik apa ialah (bunyi frekuensi talian bimbit) salah seorang pelajar daripada Perak, sekarang dia buka sekolah swasta iaitu di _____dia teman yang paling rapat lah.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
29
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Apakah aktiviti yang ustaz selalu lakukan di luar waktu kerja ustaz?
UA:
Luar waktu kerja ialah banyak waktu itu memberi kuliah-kuliah, mengajar, ceramah dan juga mengajar di surau, di masjid dan kadang-kadang orang jemput menjadi hakim-hakim tilawah, apa ni[ini] tahfiz Al-Quran, Musabaqah Al-Quran, cara Taranum dan sebagainya.
MN:
Secara peribadi, siapakah yang menjadi idola ustaz dalam hidup?
UA:
Dalam hidup Ustaz yang pertama, yang—guru Ustaz salah seorang guru di semasa sekolah menengah iaitu sudah meninggal, kembali ke rahmatullah, masa [semasa] tu [itu], Tuan Guru Haji Idris_____Ustaz lihat dia sentiasa dalam keadaan—sentiasa membaca buku,masa lapang dia (gangguan bunyi) baca buku dan semasa dia memberi nasihat kepada para pelajar di mana sahaja dia berada dia nasihat pelajar supaya menjadi orang baik, nasihat kami jadi orang baik,jadi Ustaz sentiasa ingat kepada dia.sekarang pun Ustaz sentiasa berdoa setiap kali sembahyang, sebut nama dia Tuan Guru Haji Idris dan juga Tuan Guru masa di Kuala Lumpur semasa di Tahfiz iaitu Tuan Guru Haji Hassan Mukhri, salah seorang guru yang_____idola Ustaz kerana dia lah yang banyak memberi tunjuk ajar ,bimbingan dalam bidang Al-Quran dan dalam bidang ilmu Qiraat dan ilmu tafsir dan sebagainya. Guru ini lah yang sentiasa banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan sebagainya, dan jugak [juga] telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas (2007), nama dia Haji Hassan Mukhri.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
30
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
END OF TAPE 1 SIDE A: TAPE 1 SIDE B
MN:
Seterusnya kita pergi soalan mengenai pengalaman ustaz sebagai seorang pensyarah. Sejak bilakah ustaz mula bertugas sebagai pensyarah di Darul Quran?
UA:
Mula bersya---jadi sebagai pensyarah di Darul Quran tahun—bulan tiga (3) tahun seribu sembilan ratus sembilan puluh (1990). sembilan belas sembilan
puluh
(1990)
ye
dak
[tidak]?(Ustaz
Azhari
bertanya)(penemuramah mengangguk).
MN:
Apakah pekerjaan Ustaz sebelum menjadi pensyarah di Darul Quran? Jika ada bolehkah Ustaz nyatakan?
UA:
Ada, sebelum menjadi pensyarah di Darul Quran, pernah bertugas di ITM [Universiti Teknologi Mara] Shah Alam sebagai Pegawai Penasihat Agama iaitu tahun lapan puluh lima (1985) sampai sembilan puluh (1990) bulan dua sembilan puluh (Februari 1990), makna akhir bulan dua [Februari] letak jawatan—sambung tugas di---bulan tiga Sembilan puluh itu (Mac 1990) bertugas di JAKIM [Jabatan Kemajuan Islam Malaysia]. Itu sebagai penasihat agama dan juga mengajar bimbingan Al-Quran dan tajwid untuk pelajar-pelajar UiTM [Universiti Teknologi Mara] Shah Alam.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
31
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Berapakah umur Ustaz semasa mula-mula menjadi pensyarah di Darul Quran?
UA:
Semasa menjadi pensyarah di Darul Quran tak [tidak] silap Ustaz lah— empat puluh (40) tahun.
MN:
Bagaimanakah perasaan ustaz semasa mula-mula menjadi pensyarah?
UA:
Memang ber—perasaan rasa ada sikit rasa macam tidak yakin lah sebabnya kita daripada sana dia penasihat saja [sahaja] bukan pensyarah di ITM [Universiti Teknologi Mara] Shah Alam dulu.(suara kanak-kanak) penasihat ni [ini] (Mengurut dada) merangkumi pegawai dan juga pelajar di Unit Agama (sendawa) penasihat agama, nasihat para pelajar yang dia nak---kelemahan dia dari segi akhlak dia, dari segi nak belajar Quran[AlQuran] apa semua, disini kita mengajar, mensyarah maknanya mula-mula datang rasa kekok lah, tapi lama kelamaan dalam tak sampai setahun dapat mengajar dengan baik kerana setiap mata pelajaran kita nak itu kita kena study [ulangkaji] dulu lah, kata nak mengajar Tafsir pada jam sepuluh setengah (10.30) sampai (11.30) kena sempat lihat dulu, ada pagi kata nak mengajar nak syarah Qira’at, Qira’at ni [ini] kena baca berbagai-bagai contohnya (ustaz Azhari membaca Waddhuha) tu [itu] nak kena ceramah kenapa nak baca begitu dan kita study [ulangkaji] dulu setengah jam sebelum itu lagi tak [tidak] jadi masalah sampai sekarang Alhamdulillah, biasa saja [sahaja] lah. Maknanya pensyarah ni [ini] bermula _____ apabila lama kita jadi pensyarah rasa memang sebati. Itu kerja yang paling mudah bagi kita pula.Ya (mengangguk kepala).
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
32
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Adakah rakan-rakan pensyarah yang lain banyak membantu Ustaz dalam memulakan tugas sebagai seorang Pensyarah ini?
UA:
Memang pada mula-mula bertugas, semua rakan-rakan yang sudah lama bertugas lima (5) tahun, sepuluh (10) tahun membantu dari segi penyediaan nota-nota untuk mengajar anak-anak murid dan memberi galakan bagaimana nak berhadapan dengan pelajar, dan mereka memberi tunjuk ajar juga bagaimana cara nak menyampai bagi supaya pelajar tu [itu] menarik dengar apa yang kita syarah itu. Memang kawan-kawan adalah pembantu sebagai pembantu utama lah yang apabila kita baru masuk nak jadi pensyarah jadi rakan-rakan sama ada yang baru dan lama memang bersedia lah membantu.Ya terima kasih.(tersenyum).
MN:
Selain Ustaz, adakah sesiapa di dalam keluarga Ustaz yang juga menjadi pensyarah?
UA:
Dalam keluarga Ustaz tak ada [tiada] guru ada, guru agama adik pada [kepada] Ustaz yang nombor dua (2) iaitu yang bawah pada Ustaz sorang [seorang] takda [tiada], dia itu jadi Jabatan---Pusat Bandar Kota Bharu iaitu yang adik yang nombor dua (2) lah yang lepasan Azhar [Universiti Al-Azhar] juga dia guru agama di sekolah menengah
dulu Maahad
Muhammadi, kemudian Sekolah Menengah Falahiyyah, Pasir Pekan. Kemudian dia bertukar-tukar lah sekarang ni [ini] di Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bharu. Dia guru agama, dia mengajar tingkatan (3) sampai tingkatan lima (5) lah, sekarang kata dia di tingkatan enam (6).
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
33
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Apakah jawatan ustaz di Darul Quran?
UA:
Darul Quran dia sembilan puluh (1990) sampai akhir dua ribu dua (2002) sebagai pensyarah biasa saja [sahaja] dinaik, dua ribu dua (2002) naik pensyarah kanan kemudian dua ribu empat (2004) naik Ketua Jabatan AlQuran jadi bawah Ustaz itu adalah dalam lima puluh (50) orang pensyarah yang Ustaz kena jaga dia lah.(Membetulkan songkok). Jadi Ketua Jabatan ni adalah mempastikan [memastikan] setiap hari guru-guru, pensyarah masuk kelas jadi Ustaz kena pusing lah, round [meronda] kuliah-kuliah bilik-bilik kuliah (gangguan bunyi),
memastikan guru hadir yang tak
[tidak] hadir, kalau guru tak[tidak] hadir mungkin kalau jika Ustaz ada masa Ustaz kena ambil alih lah, sebab dia orang [mereka].
MN:
Apakah program atau kursus yang di tawarkan di Darul Quran?
UA:
Darul Quran dia ada dua (2) program sahaja, (memejamkan mata) tiga (3) program, pertama Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qira’at. Kedua Diploma Tahfiz Al-Quran dan Syaria, ketiga Persijilan iaitu hafal Quran [Al-Quran] dia tak [tidak] ambil Qira’at, dia tak [tidak] ambil Dakwah dia tak [tidak] ambil Feqah. Persijilan ini untuk para pelajar yang ambil kedoktoran [PhD] iaitu bersama dengan UIA [Universiti Islam Antarabangsa] dia ambil perubatan, ambil engineer [kejuruteraan] apa ni jurutera, ambil farmasi dan sebagainya. Jadi di panggil Persijilan sahaja.Untuk mereka yang ambil doctor [ perubatan] iaitu perubatan, farmasi dan jurutera. Ada tiga lah, kita ada tiga program di Darul Quran ni.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
34
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Boleh Ustaz nyatakan, apakah tujuan utama Darul Quran di tubuhkan?
UA:
Tujuan utama Darul Quran ditubuhkan untuk menjadikan satu masa generasi di Malaysia ni bahawa dia doktor dia hafal Al-Quran, dia kerja mahkamah syariah bahawa dia Qadhi [kadi], dia hafal Al-Quran. Jadi Imam, Imam yang hafal Al-Quran tiga puluh (30) juzuk. Jurutera , jurutera yang hafal Al-Quran tiga puluh (30) juzuk dan tafsir. Apa saja bidang yang dia kerja, kerjayanya bermakna dia hafal Al-Quran. Itu lah niat, hasrat JPA [Jabatan Perkhidmatan Awam] dan kerajaan bernaung bawah JAKIM [Jabatan Kemajuan Islam Malaysia] untuk melahirkan seberapa banyak nya _____ generasi Al-Quran pada masa hadapan makna nya selain daripada kerja berbagai jawatan tape dia boleh, dia telah menghafal Al-Quran sebanyak tiga puluh (30) juzuk masa hadapan, InsyaAllah, moga-moga. (tersenyum).
MN:
Adakah graduan Darul Quran ini banyak menyumbang tenaga kepada negara?
UA:
Buat masa ini pelajar tidak berapa ramai lagi, mungkin dalam sudah dua ribu (2000) lebih ada dah graduan Darul Quran memang banyak menyumbang tenaga kepada negara lah, seperti pegawai agama jabatanjabatan agama setiap negeri, ada pegawai-pegawai lepasan Darul Quran, diploma Darul Quran dan dia pergi melanjutkan pelajaran ke Mesir, ke UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia], UIA [Universiti Islam Antarabangsa] dan ada yang kerja swasta seperti di kewangan _____ iaitu kerja di takaful, syarikat-syarikat takaful Islam dan ada yang kerja dengan syarikat swasta betul-betul syarikat swasta yang di sebut tadi PERWAJA [Perwaja Steel Corporation] yang jual kereta termaju Malaysia tu [ itu] Perodua pun ada budak-budak tahfiz Al-Quran, pelajar-pelajar tahfiz AlQuran kerja dia sana dan juga di kebanyakkan di sekolah-sekolah agama IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
35
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
lah selain dari pejabat agama, sekolah agama dan ada juga di sekolahsekolah kebangsaan. Seperti, sekolah kebangsaan ini mereka membantu guru agama yang sedia ada jadi buat guru yang sedia ada hanya boleh mengajar tajwid, sejarah, tamadun Islam sebagainya tapi pelajar, graduan diploma ini dia boleh membawa pelajar itu, mengajar pelajar itu supaya menghafal Al-Quran. Dia buat kelas hafazan Al-Quran. Walaupun tidak tiga puluh (30) juzuk, dia hafal surah-surah tertentu sahaja. Mungkin juzuk tiga puluh (30) ayat pendek-pendek, mungkin juzuk yang ke dua puluh sembilan (29) bila surah-surah yang seperti orang awam boleh hafal iaitu Surah Yaa’sin, Suratul Kahfi, Surah Al-Waqi’ah, Surah Al-Muqh dan sebagainya. Inilah yang biasa para pelajar kita graduan lepasan Darul Quran apabila mereka berada di sekolah-sekolah sama ada sekolah kerajaan atau pun sekolah swasta.
MN:
Di manakah letaknya kampus Darul Quran?
UA:
Kampus Darul Quran sekarang, kampus tetap (terbatuk) ialah di Kuala Kubu, di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu sebelum ini dia adalah menumpang saja [sahaja], pertama dulu di Masjid Negara, pada tahun enam puluh enam (1966) bermula zaman Tunku Abdul Rahman bermula _____ Masjid Negara sampai zaman tujuh puluh lima (1975) di Masjid Negara. Kemudian berpindah ke Jalan Cenderasari, kemudian berpindah ke Kampung Baru, kemudian berpindah ke Cheras, kemudian berpindah ke tahun sembilan belas lapan puluh (1980) ---sembilan belas sembilan puluh empat (1994) berpindah ke Taman Tun Dr. Ismail kemudian sembilan belas sembilan puluh lapan (1998) (menggeleng kepala) sembilan belas sembilan puluh sembilan (1999) berpindah ke Kuala Kubu Bharu. Kampus tetap lah yang di sediakan oleh JPA [ Jabatan Pengajian Awam]
dan sekarang telah JPA [ Jabatan Pengajian Awam] telah
menyediakan dua (2)
fasa, fasa pertama dulu Asrama Bani, Asrama IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
36
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
Bana’, asrama siswa dan siswi, tempat kuliah, bilik kuliah, surau kemudian fasa kedua ni [ini] akan tambah asrama untuk pelajar kerana tidak cukup pelajar makin bertambah ramai lah, dulu daripada empat ratus (400) lima ratus (500) sekarang dah hampir satu ribu (1000) mungkin tahun hadapan satu ribu (1000) lebih.
MN:
Selain daripada menjadi pensyarah di Darul Quran adakah jawatan lain yang ustaz pegang samada di dalam atau pun di luar Darul Quran?
UA:
Di
Darul
Quran
(menggelengkan
kepala),
iaitu
Ketua
Jabatan
merangkap— pensyarah dan juga pernah memegang jawatan KPP [Ketua Pengawas Peperiksaan] peperiksaan iaitu di Darul Quran. Di luar ialah jawatan sekarang ialah pernah tahun sembilan puluh empat (1994) hingga dua ribu dua (2002) Ustaz dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lajnah Semakan Al-Quran KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri]. Daripada sembilan puluh empat (1994) sampai dua ribu dua (2002) Pengerusi Ahli Lajnah Tafsir Al-Quran Nur Qarim Kementerian Keselamatan Dalam Negeri juga di sebut KKDN.
MN:
Bagaimanakah ustaz membahagikan masa sebagai pensyarah, menghadiri seminar, dan juga menjalankan tugas di JAKIM?
UA:
Sebab dia (batuk) masa kelas ini kerana Ketua Jabatan dia tak [tidak] banyak program luar lah, masa pensyarah memang banyak kelas sampai satu (1) minggu dua puluh (20) jam, dua puluh empat jam (24), apabila Ketua Jabatan hanya perlu memasuki kelas --- dua (2) jam kredit sahaja pada satu (1) minggu makna tak [tidak] banyak lah, jadi itu lah boleh luangkan masa tapi banyak nya kerja pejabat lah macam --- itulah dan ada masa boleh pergi ke JAKIM [Jabatan Kemajuan Islam] jika ada seminar, boleh pergi JAKIM [Jabatan Kemajuan Islam] jika ada mesyuarat dan IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
37
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
boleh hadir, boleh pergi apabila ada jemputan-jemputan untuk menjadi hakim di beberapa negeri, hakim di peringkat tahfiz Wilayah Persekutuan, hakim peringkat tahfiz di Perak nak pergi pada hari Isnin ini, hakim peringkat tahfiz Melaka dan hakim peringkat Kebangsaan tahfiz yang akan diadakan pada pertengahan bulan empat [April] .
MN:
Bagaimana pula ustaz membahagikan masa untuk keluarga?
UA:
Untuk keluarga biasanya pada khususnya ialah pada malam, pada malam lah, siang hari dipenuhi dengan waktu pejabat dan sebagainya lah, pada malam hari mungkin selepas Isya’ lah kalau malam tak [tiada] ada kelas, jika ada kelas
pun
maknanya pada khususnya pada hari-hari
minggulah.Hari minggu, itu pun jika ada (menggelengkan kepala) tidak ada jemputan, jika ada jemputan maka kita lihat pada masa kosong lah, pada masa kosong iaini Ustaz – tumpu terus kepada keluarga lah pada masa kosong. Jika ada kesibukan di jemput keluar selain daripada JAKIM [Jabatan Kemajuan Islam], ada juga jabatan lain menjemput seperti Tentera menjemput jadi hakim, Polis, _____ dia, TNB [Tenaga Nasional berhad] hari tilawah kebangsaan dia. Jadi Ustaz tumpu, betul-betul ambil perhatian sepenuhnya pada keluarga pada masa cuti lah, cuti persekolahan ataupun cuti umum ataupun cuti rehat, Ustaz ambil cuti rehat, cuti rehat yang ada setiap tahun dia bagi cuti rehat tiga puluh lima (35) hari, selain daripada cuti-cuti umum cuti rehat ada tiga puluh lima (35) hari pada satu (1) tahun untuk Ustaz berehat lah selain daripada Sabtu dan Ahad dan selain daripada cuti umum. Itu lah, masa itulah Ustaz tumpu perhatian kepada keluarga, isteri dan anak-anak.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
38
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Adakah isteri dan anak-anak Ustaz memahami dengan kesibukan tugas Ustaz?
UA: Memang isteri daripada dulu dia memahami dan juga anak-anak sebab dia tahu sentiasa nak [hendak] bersama pada masa berada kecik-kecik [kecilkecil] lagi, semasa berada di Taman Tun Dr. Ismail, masa itu Ustaz berada di asrama sebagai warden asrama jadi diorang [mereka] faham lah, semasa itu anak-anak masih kecil, ada yang paling besar pun masa itu pada tahun ada di Taman Tun sembilan belas sembilan puluh dua (1992), anak-anak pada masa itu hanya yang baru masuk menengah, yang sulung baru tingkatan satu (1) jadi yang lain baru rendah-rendah, kecil-kecil lagi lah, belum sekolah pun ada (tersenyum), jadi diorang [mereka] paham [faham] lah dari segi suasana, keadaan Ustaz yang memang sentiasa keluar bertugas sama ada secara rasmi kerajaan ataupun dengan swasta-swasta.
MN:
Bagaimana ustaz boleh menjadi pensyarah di Darul Quran?
UA:
Itu pun memang kebanyakan apabila balik daripada Azhar [Universiti AlAzhar] pada ketika itu tahun lapan puluh empat (1984) kebanyakan kawan Ustaz ni [ini] menjadi pensyarah Darul Quran ataupun di Pejabat Agama, cuma Ustaz dan seorang, dua (1,2) sahaja yang pergi kepada ITM [Institut Teknologi Mara], masa tu [itu] belum lagi UiTM [Universiti Teknologi Mara], jadi oleh kerana di sana ada dia nak [hendak] _____ pegawai unit agama, dia nak [hendak] seorang hafiz jadi Ustaz mintak [minta] lah pada akhir lapan puluh empat (1984) Alhamdulillah, dapat, terus dapat dan pada mula memang nak cendurung terus nak [hendak] minta pada jawatan pensyarah Darul Quran pada masa itu di Pusat Islam.Ok (mengangguk kepala dan senyum).
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
39
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Apakah pandangan keluarga Ustaz terhadap kerjaya Ustaz sebagai seorang pensyarah?
UA:
Pandangannya biasa saja [sahaja] sebagaimana – seorang guru, dalam keluarga memang dia paham [faham] bahawa tanggungjawab pensyarah ini sama lah mungkin guru, hampir sama lah, makna guru ni dia kena berat kepada titik berat kepada pelajar macam mereka yang di sebut sebagai sangat perlu kepada bimbingan maknanya sama ada siswa ataupun siswi di Darul Quran maka keluarga memang paham [faham] tentang kerjaya Ustaz.( bunyi telefon dan orang berbual di telefon).
MN:
Selain daripada Ustaz, berapa ramai lagi pensyarah yang sama-sama mengajar di Darul Quran?
UA:
Selain dari Ustaz, ( bunyi orang bercakap di telefon) pensyarah tetap dan campur dengan guru pensyarah jemputan (memejamkan mata) tujuh puluh (70), tujuh puluh (70) pensyarah semua, tujuh puluh (70) orang pensyarah.
MN:
Apakah kursus-kursus yang diajar oleh Ustaz di Darul Quran?
UA:
Kursus pertama kursus hafazan Al-Quran, dia ada kod dia tu [itu], Ustaz tak [tidak] ingat (tersenyum) kod berapa, D berapa-berapa gitu [begitu] lah dia ada kod dia lah, jadi kursus hafazan Al-Quran, kursus Qira’at Amali, kursus Qira’at Ilmi, amali ni [ini] secara praktikal lah, cara baca, Ilmi ni [ini] cara bentuk ceramah kemudian kursus – sebelum itu banyak Ustaz ambik [ambil] sampai enam (6) kursus Tawasir, _____, bila naik Ketua Jabatan maka siapa yang naik Ketua Jabatan memang pihak Darul Quran kurang kan apa ni [ini] jadi sebagai pensyarah tu [itu] macam di berat kepada pejabat, makna sekarang ni Ustaz tinggal nya dua (2) kursus saja [sahaja] ambil, kursus hafazan Al-Quran dan kursus Ilmu Qira’at Amali. IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
40
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
MN:
2008
Adakah kursus-kursus yang ustaz ajar di Darul Quran ini boleh didapati di mana-mana universiti tempatan lain di seluruh negara?
UA:
Kursus-kursus ini memang tak [tidak] ada di university tempatan, yang adanya, mungkin baru nak [hendak] tubuh ialah di USIM [Universiti Sains Islam Malaysia], dia akan buat kursus hafazan dan kursus Ilmu Qira’at, university lain belum ada lagi, pelajar-pelajar kita yang nak sambung Qira’at, nak sambung Tawasir kena sambung ke Timur Tengah, Universiti Al-Azhar , pelajar-pelajar yang pergi kepada UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia], UM [Universiti Malaya] dia terpaksa ambil kursus lain terpaksa ambil Usuluddin, terpaksa ambil Syariah, terpaksa ambil Lurah iaitu belajar bahasa Arab, terpaksa belajar bahasa Arab sahaja, kalau dia nak betul-betul kursus yang Ustaz ajar tadi Qira’at,amali apa semua dia kena pergi ke Universiti Al-Azhar cawangan Subra’ di Kaherah.
MN:
(Gangguan frekuensi telefon bimbit) Adakah Darul Quran ada menjalinkan hubungan dengan mana-mana instutusi pengajian di Malaysia ataupun luar negara?
UA:
Ya, memang ada, pertama sekali Darul Quran menjalin hubungan dengan UM [Universiti Malaya] iaitu di dekat dengan apa tu [itu] Bangsar, itu lah universiti pertama iaitu pada tahun sembilan belas (19) berapa entah, Ustaz lupa dah itulah hubungan pertama sembilan belas sembilan puluh tujuh (1997), sembilan belas sembilan puluh enam (1996) lagi menjalin hubungan dengan UM [Universiti Malaya], kemudian dengan UIA [Universiti Islam Antarabangsa], sembilan belas sembilan puluh lapan (1998) dengan UIA [Universiti Islam Antarabangsa], kemudian lepas [selepas] itu dengan UKM [Universiti Kebangsaan Malaysia], USIM [Universiti Sains Islam Malaysia], UPSI [Universiti Perguruan Sultan IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
41
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
Idris] dekat apa ni [ini] sempadan dengan – Tanjung Malim (mengangguk kepala). Ada beberapa universiti telah memberi – membuka jalan supaya pelajar-pelajar ini boleh --- pernah UiTM [Universiti Teknologi Mara] --pihak _____ menyebut untuk berjumpa dengan naib canselor UiTM [Universiti Teknologi Mara] supaya dapat para pelajar kita pun masuk di sana bidang yang sesuai dengan pelajar Darul Quran (gangguan frekuensi telefon bimbit) dan yang di sebut-sebut itu UiTM [Universiti Teknologi Mara] dan sekarang di Malaysia ni [ini] dalam negara sudah enam (6) buah universiti yang ada hubungan ada (gangguan frekuensi telefon bimbit) kerjasama dengan Darul Quran. Di Timur Tengah memang seluruh universiti seluruh Timur Tengah iaitu di Universiti Al-Azhar, Universiti Kaherah, di Syria, di Jordan dan Universiti Madinah dan Universiti Umul Qura’ di Mekah. Memang ada hubungan dengan --pengiktirafan pelajar kita apabila masuk ke sana .
MN:
Bolehkan ustaz ceritakan tentang pengalaman semasa mula-mula mengajar di Darul Quran?
UA:
Pengalaman masa mula-mula mengajar di Darul Quran memang ada yang boleh dikatakan pengalaman yang cukup cantik sekali, pertama memang seperti mana yang Ustaz pernah sebut tadi memang pertama kali mengajar, pensyarah rasa lain sebelum itu kerja sebagai penasihat, penasihat ni [ini] tertumpu kepada berapa pelajar, mungkin dua (2) pelajar masuk dua (2) orang, tiga (3) orang jadi di sana mengajar, pelajar di hadapan tutorial [kuliah] begitu ramai tiga (3) puluh, empat (4) puluh, kadang-kadang sampai seratus (100), jadi memang terasa (gangguan frekuensi telefon bimbit), pengalaman masa mula memang terasa macam rasa tak [tidak] puas, menyampai tu [itu] rasa macam tak [tidak] puas, rasa macam ada sahaja yang salah bila mana kita tak [tidak] tahu kelemahan kita, kelemahan demi kelemahan kita bertanya kawan, bertanya apa ni IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
42
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
[ini] rujuk kepada kawan-kawan, rujuk pada buku akhirnya Alhamdulillah boleh jadi pensyarah, boleh dapat bersyarah dengan baik untuk para pelajar Darul Quran.
MN:
Berapa ramaikah jumlah pelajar ustaz semasa mula-mula mengajar dahulu?
UA:
Pada mula-mula mengajar memang tak [tidak] ramai, pada masa itu pelajar Darul Quran dalam lingkungan empat puluh (40) pelajar sahaja tahun lapan puluh (1980) (menggelengkan kepala), tahun sembilan belas sembilan puluh (1990) dalam empat puluh (40) pelajar sahaja yang Ustaz kawal makna yang lain-lain ada lagi lah, lebih kurang hampir seratus (100) orang. Tapi yang betul-betul Ustaz kawal yang ambil cara Tasmir AlQuran lebih kurang empat puluh (40) pelajar sahaja.
MN:
Dari empat puluh (40) pelajar itu, kebanyakan datang dari mana Ustaz?
UA:
Seluruh Malaysia lah, ada seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, semua seluruh Malaysia ini, semua negeri dalam Malaysia dalam empat belas (14) semua ada hingga kan pelajar Thailand pun ada, pelajar Thailand masa itu ada tiga (3) pelajar Thailand, Singapore [Singapura] ada tiga (3) pelajar Singapore [Singapura], Brunei ada dua (2) orang pelajar dan Indonesia pun ada masa itu dalam dua (2) orang pelajar Indonesia. Boleh kata Asia, Asean ada dua (2) tiga (3) pelajar setiap negara Singapore [Singapura], Thailand, Brunei Darussalam, Indonesia dan ada juga pelajar daripada Kemboja, Kemboja pun ada.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
43
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
TAPE 2 SIDE A NA:
Adakah Ustaz menggunakan buku teks ataupun sebarang alat bantuan pengajaran dalam kuliah yang ustaz jalankan?
UA: Pertama memang Ustaz pakai atau guna buku-buku teks yang di - (batuk) silibus ikut sukatan university Al-Azhar, buku teks dan di bantu dengan alat-alat seperti yang alat tulis, whiteboard [papan putih] dan sebagainya supaya faham, supaya pelajar cepat faham.
NA:
Adakah buku-buku teks mengenai kursus dan subjek yang ustaz kendalikan boleh didapati di Malaysia. Ataupun Ustaz terpaksa mendapatkan bukubuku tersebut di luar negara?
UA:
Memang pada masa peringkat perrmulaan pada tahun enam puluhan (60an), sembilan puluhan (90-an) terpaksa dapat buku-buku teks ini di luar negara iaitu di Al-Azhar iatu timur tengah, Syria dan sebagainya tetapi sekarang allahamdullilah buku-buku ini adalah buku-buku yang daripada dari timur tengah tadi di izin cetak oleh - tuan punya sana, cetak disini, jadi sekarang boleh di - dapat buku ini, satu terdapat di Darul Fikri, ustaz rasa itulah, cetak di Malaysia, maknanya sudah cetak di Malaysia, di izin oleh pihak pencetak sana, boleh cetak di Malaysia.
NA:
Adakah buku-buku rujukan ini cukup di perpustakaan Darul Quran buat setakat ini?
UA:
Buat setakat ini – buku-buku rujukan tentang ilmiah tentang kajian yang dalam kelas memang cukup untuk pembelajaran seharian ataupun semester cukup tetapi untuk rujukan dan berbagai-bagai memang belum cukup lagi ----- rujukan misalnya nak buku feqah yang tebal-tebal, buku IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
44
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
tafsir yang tebal-tebal yang berbagai-bagai tasfir itu belum lagi tetapi untuk buku untuk kegunaan kelas memang cukup.
NA:
Adakah Ustaz menyediakan nota ataupun apa-apa rujukan kepada pelajarpelajar Ustaz?
UA:
Nota pun ada, nota ringkas dan juga buku rujukan pun ada _______ dan apabila mengajar saya beritahu rujuk buku ini buku ini _______ bukubuku karangan-karangan syeikh-syeikh yang mahsyur di Negara Arab contoh kata Qira’at dalam merujuk kepada ulama’ dia dan berbagai-bagai nama, Syeikh Ali Mutaba’ dan sebagainya dan buku dia Qira’at a- Syaro’, Qira’at empat belas (14) dan sebagainya.
NA:
Bagaimana Ustaz menjalankan pengajaran kepada pelajar-pelajar Ustaz? Adakah lebih menjurus kepada teori ataupun praktikal?
UA:
Ustaz lebih kepada dua-dua jalan, teori ada pratikal ada tetapi praktikal yang lebih berkesan, adalah ustaz tekankan lebih kepada pratikal kerana ini yang lebih, yang boleh menangkap kefahaman mereka ataupun cepat menangkap kefahaman mereka apabila di buat secara pratikal.
NA:
Adakah Ustaz terlibat secara langsung dalam merangka silibus ataupun ukatan mata pelajaran untuk kursus-kursus dan subjek yang ustaz kendalikan?
UA:
Pada masa peringkat awal dulu memang terlibat sama oleh kerana silibus ini adalah silibus yang ditetapkan oleh - pihak Al -Azhar, maka senang bagi Darul Quran kerana Darul Quran sebut saja [sahaja] nak [hendak] ini (mengetuk meja) semester pertama ini, ini, ini. (mengetuk meja), semester kedua ini, ini, ini, maknanya, maknaya sudah di tentukan oleh Al-Azhar IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
45
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
dah [sudah] cuma kita susun je [sahaja] pihak Darul Quran, pihak Darul quran menyusun, semester pertama katakan _____ berapa-berapa, semester kedua _____ berapa, dia ada nombor kod dia la [tersendiri]. Memang terlibat sama la dalam menggubal sukatan di Darul Quran.
NA:
Bolehkah Ustaz ulas sedikit tentang isu pelajar universiti pada masa kini yang dikatakan kurang berdikari dan ada kalanya hanya menunggu diberikan nota oleh pensyarah tanpa berusaha mendapatkannya sendiri dari sumber lain?
UA:
Ini mungkin tidak semua mungkin berlaku pada sesetengah - beberapa tempat universiti, Darul Quran pun memang sesetengah pelajar bersungguh [bersungguh-sungguh] tetapi mungkin ada, mungkin tidak ramai, mereka sangat mengharap kepada dapat [mendapat] nota daripada guru, kalau tiada nota daripada guru mereka merasa macam susah hendak menghadapi exam [peperiksaan] atau peperiksaan dan sebagainya. Jadi bagi sesetengah pelajar yang bersungguh [bersungguh-sungguh] apabila kita ada ________, kita ada ceramah, kita muzakarah dan kita apa, dia boleh ambil [mengambil] daripada pensyarah-pensyarah ceramah buat syarahan itu dia boleh ambil dia buat nota-nota sendiri dan apabila dia tunjuk kepada pensyarah dan ini adalah betul, apa yang kamu buat betul tetapi ada beberapa pelajar, segelintir kecil sahaja yang sangat mengharap nak [hendak] nota ustaz serah kepada dia yang dari ________ memang ada.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
46
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
NA:
2008
Apakah cabaran paling besar yang pernah Ustaz hadapi semasa mula menjadi pensyarah sehinggalah sekarang?
UA:
Cabaran paling besar apabila - (terbatuk) apabila pelajar-pelajar ini, pelajar yang bermasalah, pelajar yang kurang paham [faham], apabila kita cakap dia tidak paham [faham], ini susah kita ceramah dalam satu(1) jam, dia masih bertanya lagi yang kita ulang dua(2) tiga(3) empat(4) kali, dia tanya lagi dan ini la masalah dari awal hingga akhir kalau ada perlajar yang macam [seperti] ini(mengetuk meja) rasa macam nak pindah dari sesuatu tajuk ini memang terasa berat. Berapa ramai pelajar yang dah [sudah] paham [faham] hurai ceramah tajuk _________ katakanlah bacaan masyur di negara Kufah di negara Iraq sekarang, begini-begini --- dah [sudah] pergi dah nak masuk Syria, nak masuk pe [apa] ada tiba-tiba pelajar tanya lagi yang Kufah tadi, saya tak faham, ustaz bagaimana yang inilah masalah kepada saya sendiri ataupun kepada guru-guru lain kerana ada di antara beberapa orang pelajar itu tidak pick up [cepat] dalam penangkapan dia. Inilah masalah dia, yang lain tidak ada masalah.
NA:
Jadi bagaimana ustaz menangani masalah ini?
UA:
Menangani ialah mengajak pelajar-pelajar tersebut tidak dia cukup amik [mengambil] pelajaran di kelas terpaksa kita bimbing dia sama ada selepas solat isyak, wadin hasanah berhak memanggil pelajar tersebut, kita serah [menyerahkan] nama, wadin hasanah mengambil nama-nama yang di serah oleh guru-guru, pelajar ini lemah (mengetuk meja) bermakna guru asrama ataupun warden yang bertugas di asrama menberi ataupun meluangkan masa malam lepas isyak [solat isyak] dalam pukul sembilan (9) sampai pukul sepuluh (10) mendidik anak-anak yang lemah tadi.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
47
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
NA:
2008
Pada pendapat ustaz, apakah kelebihan dan sifat yang perlu ada pada seorang pensyarah?
UA:
Pensyarah kena ada sifat sobar [sabar] _____ dan sifat apa ni – sifat keberanian ada tapi dengan cara lemah lembut dengan dia lemah saja nanti lembut sahaja tapi tak ada sifat keberanian menyebabkan tak boleh juga kerana pelajar sekarang berbeza dengan pelajar dahulu, pelajar yang di serah oleh ibubapa dulu masuk satu (1) sekolah betul-betul di serah pada cikgu tu [itu] tetapi sekarang takde [tiada] pelajar yang begitu, pelajar yang suka melawan guru-guru pun ada _____ mungkin bukan maksud lawan, ajak bertumbuk tak ada, suka bertanya banyak sampai bertanya benda yang tidak sesuai dengan perlajaran pun dia bertanya, itu pun ada jugak.
NA:
Selain menjadi pensyarah di Darul Quran, pernahkan ustaz dijemput untuk membuat syarahan umum di persidangan ataupun di universiti-universiti lain?
UA:
Di persidangan tak ada tetapi university lain memang banyak kali, ustaz pernah buat ceramah di University Islam Antarabangsa Malaysia [UIA], semasa berada di PJ [petaling Jaya] (tersilap), di Gombak _____ dan pernah di jemput ke Maktab Pengajian Islam Bangi beberapa kali ceramah tentang bidang Qira’at dan sebagainya dan kelebihanya dan saya pernah di jemput – apa ini Persatuan Guru-Guru Agama satu(1) Malaysia dan di buat di berbagai-bagai tempat, kadang-kadang di Pahang, buat di bagunan MARA [Majilis Amanah Rakyat] dan pernah pergi ke Sabah, Persatuan Guru-Guru Agama Sabah – supaya ustaz menberi huraian tentang Qira’at dan kaedah-kaedah yang hendak semak Al Quran.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
48
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
NA:
2008
Sehingga hari ini, sudah berapa banyakkan persidangan yang ustaz hadiri?
UA:
Persidangan yang hadiri [di hadiri] (batuk) yang dalam negara,yang dalam negara belum _____ sebagai ketua rombongan tahfiz Al Quran peringkat antarabangsa, dua ribu tiga(2003) di negara Mesir, ustaz sebagai ketua rombongan lah, bawa pelajar dan persidangan yang besar pernah ustaz ikuti ada beberapa lagi la, ada persidangan muktamar sedunia Al Quran, pernah di buat muktamar sedunia tentang Al Quran dan masa depan generasi Al Quran di buat pada tahun sembilan belas sembilan puluh lima(1995) di pusat islam.
NA:
Seterusnya kita beralih kepada soalan mengenai pengalaman Ustaz sendiri sebagai seorang pakar. Bolehkah Ustaz terangkan mengenai bidang kepakaran Ustaz?
UA:
Kepakaran ustaz dalam khusus di dalam bidang Qira’at, ilmu Qira’at ini tidak ada di sekolah-sekolah biasa kerana ilmu ini boleh didapati (batuk) disekolah-sekolah tahfiz sahaja ada pun di sekolah-sekolah biasa misalnya sekolah menengah agama ada itu pun asas Qira’at sahaja, jadi bidang inilah ustaz pakar dan bidang Qira’at dan – selalu di jemput untuk ceramah di sekolah menengah agama, sekolah apa ni sekolah asram penuh dan beberapa tempat di universiti yang pernah ustaz beri ceramah dan tentang kelebihan-kelebihan ilmu Qira’at td.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
49
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
NA:
2008
Pada pendapat ustaz bagaimana tahap kesedaran orang Islam di Malaysia untuk mendalami Al Quran?
UA:
(Batuk) tahap kesedaran bagi – penduduk di Malaysia lah apa ini ataupun _____ berbeza dari satu tempat satu tempat,sekarang pertambahan Al Quran dulu tahun lima puluh an (50-an) awal merdeka dulu, di kampungkampung lah lebih hebat, mereka mendalami - mengaji Al Quran tapi sekarang terbalik, akhir-akhir ini di kampung tak [tidak] berapa ada tetapi di bandar banyak di bandar kesedaran orang awam di bandar, mereka di pejabat mereka singgah di kelas-kelas agama, kelas-kelas Al Quran khususnya di masjid Negara, di masjid Bukit Aman, masjid Wilayah [Wilayah Persekutuan] dan kebanyakan surau-surau di Wilayah [Wilayah Persekutuan] dan Selangor mengadakan kelas-kelas bimbingan bacaan Al Quran dari jam lapan (8) malam sampai lepas isyak lapan (8) malam berhenti selepas solat isyak sambung lepas isyak [solat isyak] sampai pukul sebelas(11) malam, kesedaran ini memang ada lah mengalakan di bandar berbanding di luar bandar, kesedaran orang ramai untuk sudi mempelajari supaya boleh baca al-qutan dengan cara betul, di sebut cara taf’til.
NA:
Pernahkan ustaz menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan sebagai pensyarah sepanjang pembabitan ustaz dalam bidang yang ustaz ceburi?
UA:
Bintang-bintang dari sultan-sultan tak ada [tiada] lah, maknanya anugerahanugerah dari jabatan tu [itu] ada lah, jabatan menberi penghormatan, ini banyak sijil-sijil kursus ustaz dapat yang di beri oleh – sebagai terima kasih di atas apa ni kerjasama ataupun samada dari swasta ataupun JAKIM [Jabatan Kemajuan Islam Malaysia] sendiri, itu memang ada lah.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
50
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
NA:
2008
Pernahkan ustaz menulis buku, artikel ataupun jurnal berkaitan bidang yang ustaz ceburi?
UA:
Saya pernah menulis artikel, memang pernah menulis pada tahun awal sembilan puluhan (90-an), artikel mengenai ilmu Qira’at – jurnal pun ada, jurnal mengenai ilmu Qira’at pada begitulah lah awal, buku ada lah buku tajwid ustaz pernah buat buku tajwid dan Qira’at memang ada dan ada cetak di jual di kebanyakan kedai buku di sekitar KL [Kuala Lumpur] dan Selangor.
NA:
Apakah kejayaan yang paling manis yang di kecapi oleh ustaz semasa di Darul Quran?
UA:
Semasa di Darul Quran (batuk) apabila (batuk) _____ di lantik sebagai ketua jabatan Al Quran, memang rasa di hargai oleh pihak atasan dan pihak-pihak Darul Quran.
NA:
Sebagai seorang pensyarah, apakah nasihat ustaz kepada pelajar hari ini agar mereka berjaya dalam hidup dan mencapai cita-cita yang mereka inginkan?
UA:
Sebagai (batuk) ustaz yang telah berapa lama hampir lebih dua puluh (20) tahun berkhidmat, di mana nasihat ustaz kepada pelajar khususnya pelajar Darul Quran hendaklah belajar betul-betul dan hormat kepada guru samada guru yang baru - guru yang lama dan hendaklan sentiasa hati kita sentiasa kepada Allah dan serah kepada Lilahi Taala [kerana Allah] kena niat Lilahi Taala [kerana Allah] ni kata nak belajar untuk dapat segulung ijazah untuk menerimanya tak ada kerana Lilahi Taala, insyaalah akan dapat ilmu itu dengan baik dan dapat keberkatan daripada Allah Subhanawata’ala. IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
51
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
NA:
Saya
difahamkan
juga
yang
Ustaz
terlibat
dengan
2008
Kementerian
Kesalamatan Dalam Negeri. Apakah jawatan Ustaz dalam Kementerian tersebut?
UA:
Memang ustaz terlibat dari tahun sembilan belas sembilan puluh dua (1992) sampai sekarang, mula ustaz sebagai ahli biasa masa tahun sembilan puluh dua (92), lapan (8) tahun jadi jadi pengerusi lembaga _____ kemudian dua (2) tahun – tidak di sambung kontrak, tidak di sambung ahli daripada tahun --- maknanya dua (2) tahun la, dua ribu dua (2002) sampai dua ribu empat (2004), dua ribu lima (2005) masuk kembali, sekarang jawatan di pengerusi di pegang oleh yang
bawah
daripada ustaz dulu, jadi apabila ustaz masuk, masuk semula dan orang lantik timbalan pengerusi, pada asalnya dulu pengerusi - selama sepuluh(9) tahun dan sekarang daripada dua ribu lima sampai sekarang timbalan pengerusi lagi la _____ .
NA:
Boleh Ustaz nyatakan peranan dan bidang tugas dalam kementerian tersebut?
UA:
Bidang tugas dalam KKDN [Kementerian Keselamtan Dalam Negeri] adalah pertama pada asalnya menyemak teks Al Quran yang datang dari seluruh negara, negara Islam daripada Mesir, Syria, Lubnan dan Saudi [Arab Saudi] menyemak dahulu, sebelum di salur dan di jual di kedaikedai buku. Sekarang digital pun ada semak, digital adalah melalui jam tangan, dan melalui pen, menlalui handphone [telefon bimbit], semua ada Al quran Nur Karim tiga puluh (30) juzuk dan hadis-hadis iaitulah tugas ustaz menyemak dulu menyemak _____ sahaja, bentuk tulisan Al Quran. Sekarang bentuk digital, bentuk CD [Compact Disc] [cakera padat] dan juga VCD [Video Compact Disc] [cakera padat video] dan juga bentuk
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
52
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
digital, sekarang digital lah paling banyak yang kebanyakan digital tu [itu] datangnya daripada negara China dan Korea.
NA:
Apakah yang di lakukan jika terdapat kerosakan teks dalam Al Quran itu?
UA:
(Befikir) apabila tugas kita sebagai penyemak, buat tanda bulat dengan dakwat merah dan tiap satu (1) perkataan Al Quran itu di bawah huruf itu di letak merah-merah, ada salah buat bulat dan buat di situ kesalahan dia tak [tidak] cukup baris, baris tak kemas, misalnya baris hadapan tiada kepala dia ada ekor, baris atas sedikit sahaja, nampak macam titik sahaja _____ kita bagi tahu di tulis, huruf Jim baris atas dia tidak sempurna, huruf ro baris hadapan dia tidak sempurna. Buat laporan ini kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri [KKDN] dan di hantar kepda pengedar misalan [misalnya] pengedar terbesar di Kuala Lumpur, iaitu Darul Fikri itu adalah pengedar yang paling besar sekarang dan juga pengedar yang paling besar juga di Shah Alam pun ada iaitu syarikat - dah lupa dah lupa dah ustaz, maknanya ada beberapa syarikat yang terbesar di Kuala Lumpur ini dapat sah dari KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri] dan KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri] sah kepada pengedar-pengedar tersebut supaya pengedar tersebut lah yang serah kepada negara-negara asal supaya betulkan yang salah ini (mengetuk meja).
NA:
Sejak bila Ustaz terlibat dalam kementerian tersebut?
UA:
Kemeneterian tersebut sejak dari tahun dua ribu dua (2002) (tersilap) tahun sembilan belas sembilan puluh dua (1992) terlibat hinggalah sekarang.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
53
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
NA:
2008
Bagaimanakah Ustaz boleh terlibat dengan kementerian tersebut?
UA:
Kementerian tersebut memang, dia ada dua (2) unit dalam kementerian, satu (1) unit semakan teks Al Quran dan bahan-bahan yang ada Al Quran dalam tu [itu], satu (1) unit lagi semakan filem dan buku-buku yang bahasa inggeris, pe (apa) semuanya jadi diorang [orang-orang] ni la mencari, KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri] diorang [orang-orang]
tiada kakitangan, jadi dia tanya di JAKIM [Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia], mana, siapa-siapa fasih Al Quran dan balik dari Al-Azhar memang akan di lantik sebagai ahli _____ dan ada surat pelantikan, ada, tinggal kat pejabat surat pelantikan dia dan ada tandatangan, dan surat perlantikan di bawa sampai ke parlimen, akta dia, tertubuhnya_____dia bawa ke parlimen, parlimen akan lulus, maknanya KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri] memang perlu kerana dia ada unit di sana, unit semakan Al Quran dan digital dan satu (1) lagi unit semakan filem jadi memang orang di dalam Darul Quran memang di pilih, ustaz boleh di katakan kumpulan awal dahulu di sebabkan KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri] pilih sampai sekarang cuma berhenti dahulu, dua (2) tahun berhenti sekejap kemudian di sambung balik, kontrak ustaz di KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri].
NA:
Adakah bidang tugas ini memerlukan Ustaz berurusan hingga ke luar Negara?
UA:
Memang bidang ni [ini] perlu (batuk) pergi ke luar negara, kumpulan ustaz telah pergi ke dua (2) negara, pertama tahun dua ribu tiga (2003) ustaz pergi ke Mesir pergi lihat kilang-kilang di sana dan berjumpa dengan tahfiz Al Quran di sana di Mesir dan selepas itu (bunyi jeritan suara kanak-kanak) dua ribu lima (2005) melawat ke Syria dan pada tahun ini bulan lapan (8) akan melawat pula ke China kerana China lah tempat IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
54
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
paling banyak keluar [mengeluarkan] digital dan digital tentang Al Quran di sini semua daripada China dan korea, mungkin akan melawat China selama sepuluh (10) hari pada pertengahan Mei dua ribu lapan (2008) ini.
NA:
Sepanjang Ustaz berada disana, apakah pengalaman yang Ustaz alami? Boleh Ustaz ceritakan?
UA:
Semasa berada di KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri] memang dahulu tidak terpikir untuk --- ingat di Darul Quran sebagai pensyarah di bidang Al Quran saja bidang Qira’at tidak terpikir satu masa lagi untuk kerja semak semua bahan-bahan ini dalam bentuk digital, jam, satu juzuk dia dua juzuk terpaksa semak satu ayat bukan satu ayat (tersilap) (bunyi suara kanak-kanak) tapi tiap perkataan kena semak habis masa itu ada kesalahan kena buat laporan juzuk berapa ayat berapa juzuk berapa surah apa di sebut, jadi dalam bentuk jam, bentuk handphone [telefon bimbit], bentuk pen dan sebagainya, bentuk TV [Television] [televisyen], TV yang besar itu keluar ayat Al Quran _____ jadi dulu memang tidak tergambar terpikir _____ ingatkan semak pergi ke KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri] semak Al Quran sahaja, timbul berbagai-bagai, masa depan tidak tahu apa lagi kita akan tengok kecanggihan masa sekarang.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
55
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
NA:
2008
Apakah saat paling mencabar bagi Ustaz sepanjang teribat dalam kementerian ini?
UA:
Saat yang paling mencabar ialah apabila datang bahan yang pelik-pelik kita tidak tahu nak pakai, buka _____ terpaksa ada orang yang pakar di bidang itu, bidang ICT [teknologi maklumat komunikasi] bagaimana hendak buka CD [Compact Disc] [cakera padat] ni digital ni dan nasib baik allhamdullilah bersama kita – KKDN [Kementerian Keselamatan Dalam Negeri] bekalkan dua (2) tiga (3) orang ahli yang pandai dalam ICT [Information Communication Technology] [teknologi maklumat telekomunikasi] ini jadi diorang [orang] lah tolong membantu kita hendak buka hendak ini cari Al Quran bagaimana dan dalam bentuk jam dan dia lah yang menbantu kita.
NA:
Pada pendapat ustaz adakah Al Quran dalam format digital ini menbawa kebaikan?
UA:
Boleh di katakan pada permulaannya peringkat pertama kita memang rasa macam risau apabila di atas kita ada satu (1) lagi kuasa satu (1) lembaga yang di sebut Lembaga Pentasfsiran Al Quran maknanya apabila kita semak dia akan tafsir pula dan lembaga ini mengatakan harus Al Quran digital boleh menbantu anak-anak bangsa kita menbaca Al Quran boleh pergi sana sini, boleh bawa dalam poket sahaja, kita musykil dulu apabila bagaimana dia bawa masuk benda yang kecil, masuk dalam tandas masuk ayat Al Quran haram tetapi ahli fatwa ,mengatakan takpe [boleh] bahan bawa masuk tak ada [tiada] ayat Al Quran apabila di buka sahaja baru ada ayat Al Quran masa masuk tandas jangan buka benda besar ini (menujukan dengan tangan), ada besar sepanjang ini (menujukan dengan tangan) tiga puluh (30) juzuk ada di situ dengan tafsir dia dengan huraian dia semua ada _____ jadi dia fatwa mengatakan jangan bawa masuk IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
56
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
dalam tandas dan jangan bawa atau jangan buka, tak ada,alat kosong sahaja apabila di buka baru dia ada, maknanya dia bermula kita masalah juga _____ tetapi sekarang allahamdullilah, saya boleh menjalankan tugas dengan baik.
NA:
Apakah pesanan dan harapan ustaz di masa depan?
UA:
Pesanan daripada (batuk) ustaz kepada para pelajar yang akan datang ini apabila orang yang lama yang menarik diri ini, mengundur diri, pencen, harap orang baru lah yang akan mengambil alih, pelajar-pelajar Darul Quran yang melanjutkan pelajaran ke timur tengah samada ke beberapa negara Arab dan mereka ini akan balik dan menyambung tugas-tugas ustaz buat ini yang kawan-kawan ustaz seramai tiga puluh (30) orang ini, jadi harapan ustaz ialah mereka akan balik dan jalankan tugas-tugas yang mulia ini.
NA:
Akhir sekali kami mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hj. Azhari Bin Othman kerana sudi di temuramah.
UA:
Ya, terima kasih kembali kepada semua yang hadir pada hari ini.
Demikian tadi temubual mengenai pengalaman Ustaz Hj. Azhari Bin Othman sebagai Ketua Jabatan Pengajian Al Quran dan pensyarah di Darul Quran serta sumbangan beliau dalam bidang keagamaan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Ustaz Hj. Azhari Bin Othman dalam member maklumat mengenai peristiwa yang berlaku. Semoga hasil rakaman ini akan member manfaat kepada pendgar, pendidik dan generasi akan datang. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih.
END OF TAPE 2 SIDE A
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
57
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
PERKARA BERBANGKIT Semasa sesi temubual dijalankan bersama Ustaz Hj. Azhari b. Hj. Othman, terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Masalah yang pertama di hadapi ialah kesulitan dari segi bahasa, disebabkan Ustaz Hj. Azhari berasal dari Kelantan, perkataan serta tutur kata yang digunakan agak kurang jelas dan sukar di fahami. Suaranya juga ada ketika tidak dapat didengari dengan sempurna. Faktor jarak perakam dengan Ustaz Hj. Azhari juga memainkan peranan. Selain itu, terdapat beberapa jawapan yang kurang menepati kehendak soalan. Ini mungkin disebabkan kekeliruan terhadap soalan yang diajukan.
Masalah lain yang timbul ketika sesi temubual ini seperti gangguan frekuensi telefon bimbit , suara kanak-kanak (cucu dan anak-anak Ustaz Azhari) yang berada di rumah pada ketika itu. Terdapat juga bunyi seperti benda jatuh, orang bercakap di telefon. Ini menimbulkan sedikit gangguan ketika proses rakaman di lakukan. Disebabkan Ustaz Azhari agak sibuk dengan tugasan rasmi, sesi temubual hanya dapat dijalankan dalam masa satu jam setengah sahaja tetapi Ustaz Azhari memberikan sepenuh kerjasama menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik.
Namun, semua itu secara
langsung tidak lah mengganggu sesi temubual yang kami jalankan. Alhamdulillah, sesi temubual dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya .
Walaupun terdapat beberapa gangguan yang dihadapi, ia nyata tidak melemahkan semangat kami untuk menjalankan sesi temubual ini dengan baik sekali. Secara keseluruhan kamai amat berpuas hati dengan sesi temubual ini. Keikhlasan serta kesungguhan Ustaz Azhari dalam sesi temubual ini amat kami hargai. Beliau serta keluarga mengalukan kedatangan kami dan menunjukkan beberapa seleksi buku tulisan beliau, foto-foto dan sebagainya. Segala jasa baik beliau serta pengorbanan beliau meluangkan masa amat kami hargai serta kami kenang hingga ke akhir hayat. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas beliau dan keluarga. Amin.
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
58
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
LOG TEMUBUAL TAPE 1 SIDE A 0.18
Latar belakang peribadi
- Ustaz Hj.Azhari bin Hj Othman - Kota Bharu - Kelantan - Melor - Abdul Jamal - Selangor - Johor - Melaka
2.23
Latar belakang keluarga
- Hj. Rozali bin Hj Othman - Ustaz Mohd Nazir bin Othman - Siti Aishah binti Othman - Safinah binti Othman - Ustazah Zunaidah binti Othman - Hajah Rosnani binti Haji Tumijo - Raihani binti Azhari - Hanan binti Azhari - Siti Marahaini binti Azhari - Ruhi Najiha binti Azhari - Ismahazirah binti Azhari - Nur Aqilah Azra binti Azhari - Hajah Fatimah binti Ismail - Hj. Othman bin Dollah
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
59
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
5.08
Latar belakang pendidikan
2008
- Ketereh - Sekolah Agama Sheikh Maarof - Sekolah Agama Menengah Maahad Muhammadi - Machang - Universiti Al-Azhar - Mesir - JPA - Malaysia - Perlis - Kedah - Sabah - Sarawak - UKM - UM - KL
25.57
Idola hidup
- Tuan Guru Haji Idris - Tuan Guru Haji Hassan Mukhri
TAPE 1 SIDE B 0.25
Pengalaman sebagai pensyarah
- Darul Quran - ITM - Shah Alam - JAKIM - UiTM - Unit Agama
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
60
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
- Pusat Bandar Kota Bharu - Sekolah Menengah Falahiyyah - Pasir Pekan - Sekolah Menengah Kebangsaan Melor - UIA
8.06
Darul Quran
- PERWAJA - Perodua - Ampang Pecah - Kuala Kubu Bharu - Tunku Abdul Rahman - Taman Tun Dr. Ismail - Jalan Cenderasari - Cheras - Masjid Negara - KKDN - Pengerusi Ahli Lajnah Semakan Al-Quran - Wilayah Persekutuan - TNB
19.30
Tugas sebagai pensyarah
- Kursus Hafazan Al-Quran - Kursus Ilmu Qira’at Amali. - USIM - Kaherah - UPSI - Universiti Kaherah - Syria - Jordan - Universiti Madinah
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
61
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
- Universiti Umul Qura’ - Thailand - Singapura - Brunei Darussalam - Indonesia - Kemboja
TAPE 2 SIDE A 0.10
Bidang kerja pensyarah
- Darul Fikri - Syeikh Ali Mutaba’ - Kufah - Iraq
7.07
Penglibatan luar
- PJ - Gombak - Maktab Pengajian Islam Bangi - Persatuan Guru-Guru Agama - MARA - Persatuan Guru-Guru Agama Sabah - Bukit Aman
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
62
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
15.00
Penglibatan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008
- Lubnan - Arab Saudi - CD - VCD - China
- Korea - Darul Fikri - TV - ICT - Lembaga Pentasfsiran Al Quran
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
63
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
SENARAI SOALAN A. Latar Belakang Diri 1. Boleh saya tahu siapakah nama penuh ustaz? 2. Bilakah ustaz dilahirkan? 3. Jadi berapakah umur Ustaz sekarang? 4. Boleh saya tahu dimanakah ustaz dibesarkan? 5. Ustaz ada berapa orang adik beradik? 6. Boleh ustaz jelaskan berapa ramai lelaki dan berapa orang perempuan? 7. Ustaz anak ke berapa? 8. Adik-adik lain menetap di mana Ustaz? 9. Ustaz ada,ada ke,Ustaz ada ke nama timang-timangan dalam keluarga? 10. Boleh ustaz nyatakan nama kesemua adik beradik ustaz? 11. Bilakah ustaz berkahwin dan ustaz sudah mempunyai berapa ramai orang cahaya mata? 12. Boleh ustaz nyatakan nama isteri ustaz dan juga anak-anak? 13. Berapakah umur isteri ustaz sekarang? 14. Apakah pekerjaan isteri ustaz? 15. Apakah hobi ustaz di masa lapang? 16. Siapakah nama ibu dan bapa ustaz? 17. Apakah pekerjaan ibu dan bapa ustaz?
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
64
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
B. Latar Belakang Pendidikan 1. Bolehkah Ustaz ceritakan latar belakang pendidikan ustaz dari sekolah rendah sehingga universiti? 2. Apakah cita-cita Ustaz semasa di sekolah dahulu? 3. Apakah status pendidikan tertinggi Ustaz? 4. Adakah keluarga Ustaz memberikan sokongan terhadap Ustaz untuk meneruskan pengajian di peringat tertinggi? 5. Siapakah yang menjadi pendorong kepada Ustaz untuk meneruskan pelajaran sehingga peringkat tertinggi? 6. Bagaimana reaksi keluarga Ustaz apabila mereka mula-mula tahu hasrat Ustaz melanjutkan pelajaran ke luar negara ? 7. Apabila Ustaz meneruskan pengajian di luar negara, sudah tentu memerlukan kos yang tinggi. Jadi bagaimana Ustaz menguruskan dan menampung perbelanjaan ustaz sendiri? 8. Bolehkan Ustaz ceritakan sedikit pengalaman semasa menuntut di luar negara dan terpaksa berjauhan dengan keluarga dan tanah air? 9. Bagaimanakah keadaan semasa ustaz meneruskan pengajian di Malaysia dan luar negara? Maksud saya persekitaran dan juga sistem pembelajaran.
10. Pada pendapat Ustaz, apakah perbezaan antara pelajar dahulu dan sekarang? Maksud saya, bagaimana keadaan Ustaz semasa masih belajar dahulu dibandingkan keadaan pelajar sekarang yang telah mendapat pelbagai kemudahan untuk mencari maklumat? Contohnya penggunaan Komputer. 11. Seperti yang Ustaz nyatakan tadi tentang penggunaan mesin taip, adakah ia disediakan oleh pihak Universiti atau pun Ustaz sendiri perlu membeli? 12. Apakah jenis buku yang Ustaz suka baca? 13. Adakah buku-buku itu dalam Bahasa Arab ataupun Bahasa lain? 14. Mengapa suka baca buku-buku seperti itu?
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
65
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
15. Boleh ustaz ceritakan bagaimana keadaan Ustaz dan adik beradik lain semasa kecil dahulu ? 16. Bagaimana pencapaian ustaz, maksud saya pencapaian akademik ustaz semasa sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu ? 17. Adakah Ustaz pernah terlibat dalam mewakili sekolah ataupun universiti dalam apa-apa pertandingan samada dalam bidang akademik mahupun sukan? 18. Semasa sekolah rendah dan menengah dahulu, apakah bahasa pengantar yang digunakan? 19. Adakah kawan-kawan ustaz semasa sekolah rendah, menengah mahupun universiti dahulu yang ustaz masih berhubungan lagi sampai sekarang? 20. Siapakah teman Ustaz yang paling rapat? 21. Apakah aktiviti yang ustaz selalu lakukan di luar waktu kerja ustaz? 22. Secara peribadi, siapakah yang menjadi idola ustaz dalam hidup?
C. Bidang pensyarah 1. Seterusnya kita pergi soalan mengenai pengalaman ustaz sebagai seorang pensyarah. Sejak bilakah ustaz mula bertugas sebagai pensyarah di Darul Quran? 2. Apakah pekerjaan Ustaz sebelum menjadi pensyarah di Darul Quran?Jika ada bolehkah Ustaz nyatakan? 3. Berapakah umur Ustaz semasa mula-mula menjadi pensyarah di Darul Quran? 4. Bagaimanakah perasaan ustaz semasa mula-mula menjadi pensyarah? 5. Adakah rakan-rakan pensyarah yang lain banyak membantu Ustaz dalam memulakan tugas sebagai seorang Pensyarah ini? 6. Selain Ustaz, adakah sesiapa di dalam keluarga Ustaz yang juga menjadi pensyarah? 7. Apakah jawatan ustaz di Darul Quran? 8. Apakah program atau kursus yang di tawarkan di Darul Quran? 9. Boleh Ustaz nyatakan, apakah tujuan utama Darul Quran di tubuhkan? IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
66
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
10. Adakah graduan Darul Quran ini banyak menyumbang tenaga kepada negara? 11. Di manakah letaknya kampus Darul Quran? 12. Selain daripada menjadi pensyarah di Darul Quran adakah jawatan lain yang ustaz pegang samada di dalam atau pun di luar Darul Quran? 13. Bagaimanakah ustaz membahagikan masa sebagai pensyarah, menghadiri seminar, dan juga menjalankan tugas di JAKIM? 14. Bagaimana pula ustaz membahagikan masa untuk keluarga? 15. Adakah isteri dan anak-anak Ustaz memahami dengan kesibukan tugas Ustaz? 16. Bagaimana ustaz boleh menjadi pensyarah di Darul Quran? 17. Apakah pandangan keluarga Ustaz terhadap kerjaya Ustaz sebagai seorang pensyarah? 18. Selain daripada Ustaz, berapa ramai lagi pensyarah yang sama-sama mengajar di Darul Quran? 19. Apakah kursus-kursus yang diajar oleh Ustaz di Darul Quran? 20. Adakah kursus-kursus yang ustaz ajar di Darul Quran ini boleh didapati di manamana universiti tempatan lain di seluruh negara? 21. Adakah Darul Quran ada menjalinkan hubungan dengan mana-mana instutusi pengajian di Malaysia ataupun luar negara? 22. Bolehkan ustaz ceritakan tentang pengalaman semasa mula-mula mengajar di Darul Quran? 23. Berapa ramaikah jumlah pelajar ustaz semasa mula-mula mengajar dahulu? 24. Dari empat puluh (40) pelajar itu, kebanyakan datang dari mana Ustaz? 25. Adakah Ustaz menggunakan buku teks ataupun sebarang alat bantuan pengajaran dalam kuliah yang ustaz jalankan? 26. Adakah buku-buku teks mengenai kursus dan subjek yang ustaz kendalikan boleh didapati di Malaysia. Ataupun Ustaz terpaksa mendapatkan buku-buku tersebut di luar negara?
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
67
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
27. Adakah buku-buku rujukan ini cukup di perpustakaan Darul Quran buat setakat ini? 28. Adakah Ustaz menyediakan nota ataupun apa-apa rujukan kepada pelajar-pelajar Ustaz? 29. Bagaimana Ustaz menjalankan pengajaran kepada pelajar-pelajar Ustaz? Adakah lebih menjurus kepada teori ataupun praktikal? 30. Adakah Ustaz terlibat secara langsung dalam merangka silibus ataupun ukatan mata pelajaran untuk kursus-kursus dan subjek yang ustaz kendalikan? 31. Bolehkah Ustaz ulas sedikit tentang isu pelajar universiti pada masa kini yang dikatakan kurang berdikari dan ada kalanya hanya menunggu diberikan nota oleh pensyarah tanpa berusaha mendapatkannya sendiri dari sumber lain? 32. Apakah cabaran paling besar yang pernah Ustaz hadapi semasa mula menjadi pensyarah sehinggalah sekarang? 33. Jadi bagaimana ustaz menangani masalah ini? 34. Pada pendapat ustaz, apakah kelebihan dan sifat yang perlu ada pada seorang pensyarah? 35. Selain menjadi pensyarah di Darul Quran, pernahkan ustaz dijemput untuk membuat syarahan umum di persidangan ataupun di universiti-universiti lain? 36. Sehingga hari ini, sudah berapa banyakkan persidangan yang ustaz hadiri? 37. Seterusnya kita beralih kepada soalan mengenai pengalaman Ustaz sendiri sebagai seorang pakar. Bolehkah Ustaz terangkan mengenai bidang kepakaran Ustaz? 38. Pada pendapat ustaz bagaimana tahap kesedaran orang Islam di Malaysia untuk mendalami Al Quran? 39. Pernahkan ustaz menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan sebagai pensyarah sepanjang pembabitan ustaz dalam bidang yang ustaz ceburi? 40. Pernahkan ustaz menulis buku, artikel ataupun jurnal berkaitan bidang yang ustaz ceburi? 41. Apakah kejayaan yang paling manis yang di kecapi oleh ustaz semasa di Darul Quran?
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
68
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
42. Sebagai seorang pensyarah, apakah nasihat ustaz kepada pelajar hari ini agar mereka berjaya dalam hidup dan mencapai cita-cita yang mereka inginkan?
D. Bidang Semakan Al-Quran 1. Saya difahamkan juga yang Ustaz terlibat dengan Kementerian Kesalamatan Dalam Negeri. Apakah jawatan Ustaz dalam Kementerian tersebut? 2. Boleh Ustaz nyatakan peranan dan bidang tugas dalam kementerian tersebut? 3. Apakah yang di lakukan jika terdapat kerosakan teks dalam Al Quran itu? 4. Sejak bila Ustaz terlibat dalam kementerian tersebut? 5. Bagaimanakah Ustaz boleh terlibat dengan kementerian tersebut? 6. Adakah bidang tugas ini memerlukan Ustaz berurusan hingga ke luar Negara? . 7. Sepanjang Ustaz berada disana, apakah pengalaman yang Ustaz alami? Boleh Ustaz ceritakan? 8. Apakah saat paling mencabar bagi Ustaz sepanjang teribat dalam kementerian ini? 9. Pada pendapat ustaz adakah Al Quran dalam format digital ini menbawa kebaikan? 10. Apakah pesanan dan harapan ustaz di masa depan?
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
69
TEMUBUAL BERSAMA USTAZ HAJI AZHARI BIN OTHMAN TENTANG PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI KETUA JABATAN PENGAJIAN AL QURAN DAN PENSYARAH DI DARUL QURAN
2008
BIODATA TOKOH
Nama Penuh
:
Ustaz Hj.Azhari Hj Othman
Nama Samaran
:
Abd Jamal, Abe Rie
Asal
:
Melor, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir
:
30hb Mei 1953
Umur
:
55 Tahun
Anak Ke
:
1
Nama Ayahanda
:
Haji Othman bin Dollah
Nama Ibunda
:
Hajah Fatimah binti Ismail
Nama Isteri
:
Hajah Rosnani binti Haji Tumijo
Bilangan Anak
:
6
Kerjaya
:
Ketua Pengajian Al Quran dan Pensyarah di Darul Quran dan penyemak Al Quran di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
IMR 603- DOKUMENTASI SEJARAH LISAN
70