Transkrip Wawancara Bersama Pegawai Warren 1 (WOl) Omar Bin Hj. Osman, Mengenai Pengalaman Beliau Dalam Peristiwa Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah Pada Tahun 1963
Oleh Arlina binti Rosli
2002385570
Norhasma Reseli
2002658638
Projek dimajukan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bagi memenuhi keperluan kursus IMR603 - Documenting Oral Tradition
ISIKANDUNGAN 1 2 3 4
PENGHARGAAN PENGENALAN TRANSKRIP LAMPIRAN 4.1-SOALAN 4.2-LATARBELAKANG TOKOH 4.3-SURAT
MUKASURAT • i
1-10 11-58
59-67 68
Pertamanya kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnia Nya berjaya kami siapkan tugasan yang diberi pada waktu yang ditetapkan. Jutaan terhutang budi buat keluarga Omar bin Haji Osman kerana banyak meluangkan masa dan tenaga melayan segala keperluan dan keinginan kami. Tidak lupa juga buat Encik Nazir bin Ahmad pensyarah tersayang yang banyak memberi dorongan dan teguran kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.Sesungguhnya tugasan ini banyak mengajar kami erti kesabaran. Setinggi-tinggi penghargaan buat kedua ibubapa kami yang memahami segala keperluan kami dalam menjalam segala urusan untuk kursus ini. Tidak lupa juga buat teman sekuliah, Saad Nordin yang membantu kami menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kami merakamkan rasa jutaan terima kasih tidak terhingga. ARLINA ROSLI-2002385570 NORHASMA RESELI-2002658638
^
IMR603
KONFRONTASIMALAYSIA-INDONESIA PI TAWAU, SABAH1963 Konirontasi Malaysia - Indonesia terjadi ekoran daripada persetujuan Tunku dengan MacMillan untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Indonesia menganggap penubuhan Malaysia sebagai helah kuasa barat untuk memencil, mengepung dan memecah Indonesia. Justeru, Penubuhan Malaysia dibantah dan konrrontasi dilancarkan. Turut menentang penubuhan Malaysia ialah Filipina, rakan sekutu dalam ASA. Namun begitu, kebijaksanaan barisan pimpinan negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah berjaya menyelamatkan negara daripada bencana perang dengan bangsa serumpun. Hasil rundingan cemerlang antara Tun Abdul Razak dan Tan Sri Ghazalie Shafie dengan Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia dan Jeneral Ali Moertopo di Bangkok dan Jakarta, konrrontasi Malaysia-Indonesia telah tamat. Namun bagi Indonesia, tahun 1963 Indonesia melakukan konrrontasi dengan Malaysia kerana awalnya adalah kemerdekaan Indonesia. Dalam sejarah setelah Perang Dunia II ada dua bangsa Asia yang memelopori kemerdekaan bagi bangsanya. Dua bangsa itu yaitu Vietnam 15 Ogos 1945 dan Indonesia 17 Ogos 1945 jadi hanya selisih dua hari. Kerana kedua bangsa ini akibatnya Asia Arrika bergejolak kerana ingin merdeka. Hal ini berlaku kerana Malaysia sendiri wakru itu bergolak dan mereka malah pro Indonesia sebagai guru untuk merdeka. Kerana Inggeris bimbang life-line-nya dari London sampai Australia, jadi tidak boleh terputus oleh gejolak di Semenanjung Malaya.
Konjrontasi Malaysia-lndonesia di Tawau, Sabah 1963
1
IMR603
Sehingga mereka membentuk Malaya melalui upaya memberikan kemerdekaan kepada Malaysia dan tidak mengherankan jika Indonesia bersimpati terhadap Malaysia. Indonesia menentang pembentukan British Malaysia karena jika dibiarkan maka live-imperialism Inggris akan mengganggu Indonesia. Tetapi oleh pers asing, konrrontasi tersebut dianggap sebagai taktik Soekarno untuk melupakan kesulitan dalam negeri. Kesulitan tersebut berupa pemboikotan bangsa barat terhadap Indonesia, karena dalam sejarahnya, Barat selamanya menghisap kaum kulit berwarna. Itu terjadi sejak adanya pelayaran sampai sekarang. Konrrontasi ini semakin membahayakan Inggris, pertempuran terjadi
antara Inggris bersama
persekutuannya ANZUS dengan Indonesia di sepanjang perbatasan Kalimantan Utara. Pertempuran itu dilakukan baik meJalui darat, laut maupun udara. G30S merupakan kelanjutan masalah konrrontasi Malaysia.
Kebetulan
kepentingan Inggris terhadap Malaysia dalam hal live-imperialism bertemu dengan kepentingan-kepentingan AS. Sebab strategi global AS yang menjadikan negara-negara lain menjadi pasar dia. Sebagaimana AS memusuhi negeri komunis karena menolak dijadikan pasar bagi barangnya Sehingga pemberontakan G30S tidak merupakan masalah ideologi.
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
IMR603
Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai persetujuan untuk membentuk badan perunding^ Persetujuan ini dibuat bagi memudahkan usaha-usaha menyelesaikan sengketa dua buah negara mengenai gagasan Malaysia. Selain dari itu, pembentukan badan ini juga diharapkan akan dapat mengeratkan kerjasama kedua buah negara dalam bidang-bidang keselamatan, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Persidangan selama 4 hari ini adalah ekoran dari pertemuan Menteri Tunku Abdul Rahman dan Presiden Sukarno di Tokyo. Persidangan ini merupakan langkah pertama untuk memenuhi usul menyatukan borneo dan Malaysia di Asia Tenggara ke arah kehidupan yang lebih bersefahaman. Dalam persidangan ini, Menteri-menteri Luar Tanah, Indonesia dan Filipina iaitu Tun Abdul Razak, Dr. Subandrio dan Emmanuel Palaez telah berbincang secara serius mengenai soal-soal pokok yang menjadi punca sengketa. Sempena persidangan ini beberapa persetujuan lain turut dicapai. Antaranya ialah Filipina dan Indonesia bersetuju menarik balik tentangan mereka terhadap penubuhan Malaysia jika Perdana Melayu Tanah Melayu sanggup memaruhi syarat yang ditetapkan. Tanah Melayu pula bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan Filipina terhadap Sabah secepat mungkin. Kedua-dua buah negara juga telah mencapai persetujuan untuk sama-sama menjaga kestabilan, keamanan dan keselamatan rantau ini dari sebarang ancaman musuh Kesemua persetujuan di sidang Menteri-menteri Luar ini telah mendapat pengesahan dan ditandatangani oleh dua buah negara, Tunku Abd. Rahman Putra dan Presiden Sukamo.
cV Kon/rontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
q
IMR603
Sewaktu di Tawau, menurut laporan, seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kaiimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan Disember 1963. Pasukan ini singgah di Serudong dalam perjalanan menuju ke Selimpopon dengan melewati Tarakan untuk ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan. Mereka bermalam di situ pada 28 Disember. Mejar ZainoI Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakka ke penempatan Platun 1 Kompeni A di Kalabakan pada 29 Disember bagi memperkuatkan subunit berkenaan. Tiga buah kubu, setiap satu untuk tiga orang, dibina untuk tujuan pertahanan, Kubu berkenaan terletak di kiri dan kanan serta di Sebelah kanan belakang rumah atap dan digunakan untuk menenmpatkan senjata RISLB. Rumah berkenaan diberikan oleh Mr. Ress Pengurus Bombay Burma Timber Company Limited. Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin menyatakan, beliau ada menerima maklumat yang menyatakan saru kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke kawasan Malaysia Mereka dilaporkan telah merampas barang-barang dr sebuah kedai kepunyaan seorang peniaga Cina di kawasan Serudong Laut. Mereka dikatakan sedang bergerak ke arah kawasan Kalabakan. Tidak lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah keheningan malam dan kemudiannya diikuti pula oleh tembakan yang bertubi-tubi. Ketika saya dan sebilangan anggota keluar dari rumah untuk 'stand to', anggota TNI telah pun mula melepasakn tembakan dan melemaprkan bom tangan ke kedudukan kami, cerita Lettenan Kolonel (bersara) Raja Shaharudin. Semua anggota bertempiaran keluar dari rumah mencari perlindungan. Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
4
^____
MR603
berada bersama ketua platun serta dua anggota lagi. Kami membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota TNI, saya kemudiannya memerintahkan anggota agar mengambil perlindungan dan tidak melepaskan tembakan kecuali mereka melihat anggota TNI. Tembak-menembak berhenti kira-kira pukul 11.00 malam, terang Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin. Mr. Ress, besama seorang lalaki datang menemui Leftenan Muda Raja Shaharudin sejurus selepas pertempuran berhenti. Pada lebih kurang pukul 3.30 pagi 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin bnin Wan Mohammad (12176) sampai ke lokasi platun di Kalabakan. Anggotanya diarah mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberikan rawatan sekadar terdaya. Apabila matahari pagi 30 Disember 1063 mula menampakkan sinarnya, anggota mula melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalion. Lapan anggota termasuk ketua kompeni disahkan terkorban, manakala 18 anggota lagi tercedera.
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
5
IMR603
Anggota 3 RAMD yang itercedera ialah: 1. Pegawai Warren Dua Awalludin 2. Sarjan Abdul Aziz 3. Las Koperal Osman 4. Las Koperal Isa 5. Prebet Che Amat 6. Prebet Abdul Ghani 7. Prebet Shukri. 8. PrebetMohdNafiah 9. PrebetYaakob 10.PrebetMohdArfah ll.PrebetAriffin 12.PrebetAbdWahab 13. Prebet Yahya 14. Prebet Mat Sa'at 15. Prebet Abdul Karim 16. PrebetBidin 17. Prebet Mat Saad 18. Prebet Mohd Nor
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
IMR603
Mengikut Lettenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin, beliau menahan Sulaiman yang datang pada lebih kurang pukul 8.00 pagi itu. Beliau mendapati tiga kelongsong peluru terselit di pinggangnya, ketika memeriksa laras senjatanya, beliau mendapati laras senjara tersebut masih berbau serta ada kesan yang menunjukkan senjata tersebut telah digunakan. Sulaiman diserahkan kepada pihak Polis Kalabakan. Sebelum itu, beliau telahpun menahan seorang lelaki yang beliau jumpai berjalan di hadapan pejabat Burma Timber Company pada pukul 4.oo pagi itu. Sebuah helikopter tiba ke tempat kejadian pada pukul 11.00 pagi dan 30 Disember bagi mengeluarkan anggota yang tercedera dan terkorban. Anggota tercedera diterbangkan ke Hospital Tawau, manakala yang terkorban diterbangkan pula dari Tawau ke Labuan dengan Pesawat Dakota. Pesawat Dakota sampai ke Labuan pada waktu malam. Penduduk tempatan di labuan telah membantu memandi dan menyempurnakan jenazah sebelum jenazah diterbangkan balik ke Semenangjung keesokan paginya. Ketibaan jenazah di Lapangan Terbang sungai Besi disambut oleh para Menteri Kabinet dan Pegawai tinggi Tentera juga para pembesar negara. Dari Kuala Lumpur jenazah dibawa pula ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan. Pasukan 1/10 Gurkha pimpinan Lieutenant Colonel Burnett dikejarkan ke Kalabakan bagi membantu 3 RAMD membuat penggeledahan Kalabakan. Berikutan itu, pada 12 Januari 1964, seramai 22 orang Tentera Indonesia berjaya dibunuh disamping banyak yang telah ditangkap. Batalion ini berjaya menangkap 3 orang anggota TNI. Walaupun bilangan yang ditawan itu agak kecil jumlahnya, tetapi ia telah membantu pasukan dalam operasi selepas itu. Beberapa kawasan di Tawau telah diisytiharkan
Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
7
MR603
sebagai kawasan terhad bagi memudahkan operasi pasukan keselamatan. Pada 27 Januari, satu kumpulan ronda dari Kompeni B di bawah pimpinan Leftenan Muda Ishar bin Sham (12221) menjumpai satu perkhemahan anggota TNI dan pertempuran berlaku. Seorang anggota TNI berjaya clibunuh, dua pucuk senapang, 12 butir bom tangan dan sejumlah peluru berjaya dijumpai. Platun 6 di bawah pimpinan Leftenan Muda Abdul Aziz bin Shaari (12178) ketika membuat serang hendap di Merotai Estet pada 28 Januari berjaya membunuh tiga orang anggota TNI, selepas mengalami satu pertempuran sengit dengan mereka. Sehingga 10 Februari, seramai 29 anggota TNI berjaya dibunuh, 33 ditawan, manakala 22 menyerah diri. Selain itu, operasi di Pulau Sebatik terus dilakukan. Pada 25 Januari, Presiden Soekarnao bersetuju mengisytiharkan gencatan senjata. Walau bagaimanapun, anggota pasukan Keselamatan diperingatkan agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemberhentian pertempuran telah dipersetujui di majlis perdamaian yang diadakan di Bangkok antara Mgilaysia dan Indonesia. Ketika operasi Malaysia secara haram.
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
8
MR603
Oleh kerana kegagalan persidangan damai di Bangkok, keadaan menjadi tegang semula dan perhatian penuh mula ditumpukan semula di perbatasan. Penyusupan dan tembakan anggota TNI di Pulau Sebatik menyebabkan Kompeni A dihantar membantu Kompeni C di situ. Kampung Sungai limau merupakan salah satu tempat yang menjadi pusat pergerakan anggota TNI. Pada 19 April seorang anggota TNI berjaya dibunuh oleh satu seksyen yang membuat serang hendap. Penyusup telah cuba menawan kedudukan satu platun yang ditugaskan di situ pada 20 April, tetapi gagal kerana platun terlibat
telah
membuat
psrtahanan
yang
teguh
di
kedudukan
mereka.
Batalion kemudiannya kembali semula ke Alor Setar selepas lebih kurang lima bulan berkhidmat di Sabah. Sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang batalion ketika konfrontasi dua warga 3 RAMD, Pegawai Waran Dua Awaludin dan Prebet Mohamed Nafiah dikurniakan kepujian Perutusan Keberanian (KPK) sepanjang penglibatannya dalam era konttontasi, 3 RAMD, beroperasi dua kali di Tawau dan sekali di Sibu. Seramai lapan warganya terkorban, manakala 18 mengalami kecederaan. Dalam operasi bersama 1/10 Gurkha dan Trup 2 Peninjau sekitar Tawau, seramai 29 TNI berjaya dibunuh, 33 orang ditawan, manakala 22 lagi menyerah diri.
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
9
IMR603
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawalc Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum pada 1969.
Kon/rontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
10
MR603
Transkrip wawancara bersama Pegawai Warrein 1 (WOl) Omar Bin Hj. Osman, Mengenai pengalaman beliau dalam peristiwakonirontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah pada tahun 1963
TAPE 1 SIDE A Arlina: Siapakah nama atuk? Omar: Nama atuk Omar bin Hj Osman. Arlina : Siapakah nama panggiilan atuk? Omar: Panggilan atuk sekarang orang panggil atuk Omar atau Pak Omar. Arlina : Apakah nama gelaran atuk disini? Omar : Gelaran atuktidakader gelaran melainkan biasa lazim orang panggil pak omar atau atuk tidak ada gelaran yang lain-lain. Arlina : Bagaimana atuk dapat panggilan itu? Omar : Kerana ialah dah lama orang lama katakan orang biasa panggillah pak Omar atau Omar tu kerana kerana cucu memanggil jadi mereka yang lain ikut memanggil atuk, atuk Omar. Arlina : Berapakah umur atuk sekarang? Omar : Umur atuk enam puluh lapan tahun(68 tahun). Arlina : Berapakah tarikh lahir atuk? Omar : Tarikh lahir atuk, atuk dilahirkan dua puluh dua haribulan dua belas seribu sembilan ratus tiga puluh tujuh. (22hb 12 1937) Arlina: Dimanakah atuk dilahirkan? Omar : Atuk dilahirklan di Tapah Road, Perak. Arlina : Siapakah nanua ibu atuk? Omar : Nama ibu atuk adialah Maimunah Binti Mat Noor. Arlina: Siapakah nama Ayah atuk?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
11
MR603
Omar : Ayah atuk nama Hj Osman. Arlina : Berapa orangkah adik beradik atuk? Omar : Adik beradik atuk enam orang, empat lelaki, dua perempuan. Arlina : Adakah atuk seorang pesara? Omar : Ya, sekarang atiik pesara anggota tentera Arlina : Apakah pekerjaan atuk sebelum menjadi pesara? Omar
: Pekerjaan atuk sebelum sebelum pesara ialah atuk bekerja sebagai seorang tentera.
Arlina: Apakah aktmti atuk lakukan pada masa lapang? Omar : Waktu lapang sekarang atuk dah besara, atuk tidak ada mempunyai satusatu akitiviti yang tetaplah melainkan beriadah dengan satu family. Arlina: Bagaimana tahap kesihatan atuk sekarang? Omar : Alhamdullilah, kesihatan atuk nampaknya hingga kini sihat tidak ada masalah. Arlina : Siapakah nama isteri atuk? Omar: Nama isteri atuk ialah Maimunah, Munah, Munah Binti Ismail. Arlina : Bilakah atuk melangsungkan perkahwinan? Omar : Atuk melangsungkan perkahwinan ialah pada seribu sembilan ratus enam puluh lima. Arlina : Berapakah umur atuk pada ketika itu? Omar : Umur atuk pada ketika itu ialah dua puluh tujuh tahun. Arlina: Berapa orangkah anak-anak atuk sekarang? Omar : Anak-anak ialah semuanya lima orang, seorang lelaki dan empat orang perempuan. Arlina : Adakah atuk tinggal bersama mereka? Omar : Buat masa kini mereka telah dewasa dan berumahtangga, atuk hanya tinggal dengan isteri atuk sahaja
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
12
IMR603
Arlina: Apakah tahap pendidr kan atuk? Omar : Pendidikan atuk tidak lah begitu tinggi, maksudnya dizaman ya selepas perang
atuk bersekolah di sekolah melayu setakat darjah enam dan
inggeris tiga, maksud atuk darjalTMga lah sekolah inggeris. Arlina : Penglibatan atuk dalain tentera, adakah dengan kerelaan atuk? Omar : Ya, penglibatan tentera atuk, adalah pilihan atuk sendiri, maksudnya ia kerjaya yang atuk pilih. Arlina: Apakah pekerjaan pertama atuk? Omar : Pekerjaan sebelum memasuki tentera adalah pekerjaan kerja sebagai kerja di kampung, maksudnya kerja kampung lah itu saja. Arlina: Pada tahun berapakah atuk melibatkan diri denagan askar melayu? Omar : Selepas mendapat latihan iaitu di PD itu memasuki rejimen askar melayu iaitu askar melayu diraja sekarang pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh enam (1956). Arlina : Berapakah umur atuk pada ketika itu? Omar : Ya selepas masa itu, ialah pada selepas latihan iaitu lapan belas tahun, lapan belas tahun (18 tahun). Arlina : Apakah misi atuk sebagai seorang askar? Omar : Ya misi sebagai seorang askar ialah untuk menjaga kententeraman dan keselamatan negara. Arlina : Adakah atuk ditugaskan ketempat lain? Omar : Ditempatkan didalam negeri iaitu, diseluruh Malaysia dan di selain daripada itu, di Sabah dan Sarawak. Arlina : Siapakah idola atuk didalam bidang ini?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawan, Sabah 1963
13
IMR603
Omar : Idola tidak ada idola ( ketawa) yang tertentu melainkan hanya minat atau melihat
gambair-gambar
ataupun
cerita-cerita
peperangan
itulah
mendorong atuk menjadi seorang tentera. Arlina : Apakab prinsip atnk nnenjadi seorang askar? Omar : Ya sebagai seorang askar, semestinya memerlukan keyakinan diri, taat iaitu taat setia daripada pemerintaha atau ketua itu sahaja yang atuk, prinsip atuk selama berkhidmat dalam tentera. Arlina : Adakah atuk pernah nienerima apa-apa penganugerahan? Omar : Ya ada tidak secara istimewa maksudnya anugerah pingat-pingat yang biasa sahaja iaitu adalah lima ^ ) pingat yang atuk telah terima. Ariina: Apakah nama penganmgerahan itu? Omar : Ya, lima ^3X pingat itu ialah pingat pengkhidmatan setia, pingat perkhidmatan Malaysia, dan ada lebih tentera British yang iaitu general services medal dari dua lagi tidak berapa pasti ada dalam simpanan. Arlina : Apakah pandanagan atuk terhadap kerjaya seorang askar? Omar : Ya pandangan atuk sebagai askar adalah baik semestinya ya kalau ada minat maknanya mereka akan berjaya. Arlina: Adakah atuk benar-benar faham tenatang konfrontasi yang diiancarkan oieh Indonesia terhadap Malaysia? Omar:
Bagi atuk, atuk faham bermakna pertentangan iaitu pemerintahan Indonesia terhadap pemerintah Malaysia tetapi Iebih detail tentang politik atau tidak pasti, atuk hanya boleh satu, dua paham tentang apa politik tetap lebih Ianjut atauk tidak pasti.
Ariina : Pada pandangan atuk tentang politik tu contohnya? Omar
: Maksud, contohnya tentang pemerintahan, tentang mana kontlik antara pertentangan peristiwa pihak pemerintah Indonesia ni melibatkan siasah iaitu pemerintahn Indonesia dan pemerinatahan kita, pemerintahan maksudnya Malaysia itu, maksud atuk tentang penglibatan politik atauk kurangarifla.
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
14
IMR603
Arlina: Pada tahun berapakah konfrontasi dilancarkan? Omar
: Yang atuk ingat, seingat atuk konfrontasi dilancarkan seawal seribu sembilan ratus enam puluh tiga (1963), tapi tarikhlah tidak pasti, yang seinagt atuklah.
Arlina: Apakah pandangan atnk tentang konirontasi yang dilancarkan? Omar : Dari segi pandangan, ialah maksudnya kita nya sebagai seorang tentera, apa jua diarah ataupun diperintah kita hanya ikut jadi sebenarnay selepas apa yang telah berlaku setelah atuk diarahkan bertugas di Sabah, masa tu lah tahu sebanyak sedikit tentanag apa-apa sebenarnyakonirontasi. Masa itupun kita tidak taham apa maksudnya konrrontasi ini yang dikatakan oleh Ganyang Malaysia, sebagai nya Jadi itu masa tentera kita hanya ikut perintah suruh dijaga, suruh dikawal atau suruh dilaksanakan kita laksanakan itu yang fahaman atuk. Arlina
: Mengapakah koiitrontasi itu dilancarkan? Omar : Ya yang apa yagng telah diberitahu pada kami maksudnya pihak Indonesia mengatakan Malaysia kini telah melaksanakan satu apa melaksanakan satu pencerobohan atau pun menakluk, takluk, menakluk Negara cara barulah itu maksudnya yang kononnya cara Malaysia ni telah menakluk Sabah dan Sarawak. Jadi Sukarno masa itu Presiden tentang jadi selepas itu kami barulah faham bahawa yang, yang menetang itu sebenarnya bukanlaJi Sukarno sendiri, bersendirian iaitu ada hasutan dari pihak PKI atau (Parti Komunis Indonesia)
Arlina: Pada pandangan atuk mengapakah Indonesia merasakan penubuhan Malaysia baru itu merupakan ancaman bagi mereka? Omar .Bermakna paharnan atuk Indonesia telah menganggap kita telah menakluk lagi senuah Negara atau negeri-negeri Sabah dan Sarawak itu sepatutnya merekalah yang berhak kerana Kalimantan kerana Sabah dan Sarawak itu didalam Kalimantan di ukuran Kalimantan jadi kita Malaysia, Sabah, Sarawak hanya sebahagian tanah Kalimantan. Jadi seandainya kalo
Kon/rontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
\5
IMR603
Indonesia
seboleh-boleh anggapan atoklah kalau boleh mereka nak
mendapatkan lebih banyak lagi tanah ataupun negeri itu pahaman atok lah. Arlina : Tidak mereka sedar bahawa pennbuhan Malaysia akan memberi kebaikan pada mereka? Omar. Ini perkara atulc pun tidak berani nak kata lah sebenarnya politik dan siasah ini iaitu pemerintahan-pemerintahan ini kalau sebolehnya mereka dulukan pada kita sebelum kita dulukan pada mereka maksud atukkalo diaorang dapat memerintah dulu mereka kata baik tapi kalau kita dahulu seolah-olah berebutlah, berebutkan tanah berebutkan negeri jadi tentulah mereka kata kita tidak baikkan itu pandangan yang tidak jelaslah pada atuk. Arlina: Adakah Indonesia mempunyai agenda tersembunyi di sebalik tersebut?
konfrontasi
Omar : Ye agenda yang kita paham ialah ada disebutkan tadi seperti PKI kan maksudnya merekalah yang menghasut supaya Sukarno menentang agar mereka berjaya dalam memerintah cara lain maksud mungkin cara Ideologi komunis ataupun Ideologi sosialis ditempat-tempat yang mereka kehendakilah maksudnya seperti macam tadi Sabah dan Sarawak seboiehbolehnya. Arlina : Kenapa PKI menentaug? Omar komunis
:
PKI ialah sebuah parti yang kita faham sekarang ini iaitu satu parti
(suara kanak-kanak menjerit) satu parti siasah mereka apa cara pun sebagaimana pun seperti kita juaga memenuhi agenda (suara azan) a p a jua pasal pemerintahan. Arlina : Adakah atuk tahu tahun bilakah Malaysia ditubuhkan? Omar : Secara umum atuk tahu Malaysia ditubuhkan? Arlina : Pada pandangan atuk perlukah Malaysia ditubuhkan? Omar : Pada pandangan atuk masa tu tidaklah pasti apa tentang hal poiitik tapi selepas itu baru atok dapat dengar dan pahaman apa maksudnya Malaysia dan barulah pandangan atuk memanglah patut sebab sabah dan Sarawak
KonjrontasiMalaysia-Indonesiadi Tawau, Sabah 1963
16
• _ _ _
IMR603
juga kira-kira yang hampir serumpun maksudnya daripada selain Indonesia jadi Malaysia itu adalah sebahagian pemerintah bersama itu pahaman atuk lah. Arlina : Mengapakab atuk berkata demikian? Omar : Yalah maksudnya masa tu kita selepas British kita hanya dikenal sebagai semenanjung Tanah Melayu dan kita mempunyai populasi ataupun kependudukan atau penduduk tidak ramai. Jadi selepas kita merdeka dan yang mana disyarat oleh Tungku Abdul Rahman masa tu kita selepas diberi kemerdekaan Sabah pun memerlukan kemerdekaan dan Serawak pun menuntut kemerdekaan jadi cadangan digabungkan jadi penduduk yang lebih ramai dalam persekutuan maksud dalam negeri Malaysia. Arlina : Siapakab Perdana Menteri Malaysia ketika penubuhan tersebut? Omar: Iaitu Perdana Menteri yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman. Arlina:Adakah Perdana Menteri kita tahu bahawa penububan Malaysia membawa kemarahan kepada Indonesia? Omar: Ini ialah pandangan atuk macam Tunku lebih arif tentang pemerintahan dan siasah dan politik mereka semestinya ada. Apa ini maksudnya mempunyai pandangan sesuatu pahaman itu mesti ada satu-satu yang akan timbul iaitu apa-apa juga tindakan mereka lakukan melibatkan negara semestinya ada sesuatu yang akan dihadapi. Arlina: Pada masa itu apakah tindakan Perdana Menteri apabila Indonesia mengemukakan Konfrontasi terbadap Malaysia? Omar :Ye masa tu yang atuk dengar ataupun atuk paham kita hanya mempertahankan maksudnya mempertahankan ancaman-ancaman daripada Indonesia iaitu Sukamo tindakan yang ada didengar pada masa itu ialah " Ganyang Malaysia" jadi semestinya sebagai satu negara yang merdeka, kita juga mesti mempertahankan negara kita daripada maksudnya yang diganyang itu maknanya diserang maksud kalau kita paham diganyang itu akan dilumatkan atau dimusnahkan. Jadi tindakan kita mempertahankan yang pertama yang penting ialah mempertahankan negara kita dulu. Arlina: Siapa presiden Indonesia ketika berlakunya Konfrontasi?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
17
MR603
Omar : Ya, Presiden Indonesia semasa beriaku Konfrontasi terhadap Malaysia ialah Presiden Sukarno. Arlina: Siapakah yang menjadi dalang dalam melancarkan Konfrontasi tersebut? Omar: Yang apa atuk dengar yang ialah menjadi dalang itu adalah sebuah parti iaitu Indonesia iaitu sebuah Parti Indonesia iaitu Parti Komunis Indonesia atau maksudnya PKI.
Arlina : Tidakkah parti tersebut sedar bahawa tindakan tersebut hanya sia-sia? Omar: Sebagai sebuah parti apa jua mereka melaksana mereka lakukan mereka paharo dan mereka tahu apa akan berlaku dan apa mereka akibat mereka terima semestinya mereka tahu. Arlina: Selain Indonesia adakah negara lain turut telibat dalam Konfrontasi tersebut? Omar: Setahu atau pahamam atuk tidak ada negara yang bersengkongkol dengan Indonesia seperti paiti mereka sendiri iaitu PKI yang dimaksudkan tadi. Arlina: Pada pandangan atuk adakah Indonesia mendapat apa-apa faedah daripada Konfrontasi itiii? Omar
: Yang setahu atuk tidak ada apa-apa taedah dan tidak ada kepercayaan kerana Kontrontasi itu berakhir dengan kekalahan ataupun kesedaran mereka sendiri.
Arlina:
Di
manakah
tempat
mula
berlakunya
penentangan
terhadap
penubuhanMalaysia? Omar : Atuk tak pasti di mana mula tetapi apabila Indonesia menunjukkan penentangan Konrromtasinya mereka telah menurunkan tentera mereka di sebahagian dari daersih di Johor. Mereka telah menggugurkan maksudnya tentera payung terjun mereka di Labis, Johor. Arlina : Bagaimana kemuncak kepada penentangan tersebut?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
18
MR603
Omar: Kemuncak penentngan mereka tidak, tidak, tidak ada ke maksudnya tak sampai ke kemuncak mereka telah disedarkan oleh pegawai ataupun tentera-tentera mereka ataupun ahli politik mereka sendiri, dia tidak ada sampai mana maksudnya tidak ada kemuncaknya mereka makna gagal dalam misi ataupun ada yang PKI harapkan untuk Malaysia atau Semenanjung Tanah Melayu masa tu tidak bergabung mereka tidak berjaya, hajat mereka untuk menentang kita tidak berjaya setengah atau separuh jalan juga kerana mereka digagalkan oleh pihak mereka sendiri maksudnya pihak pemenntahan mereka sendiri bagaimana Sukarno telah digulingkan
dan jeneral-jeneral
mereka
telah
mengambil
alih
pemerintahan
I
Kon/rontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
19
IMR603
Arlina: Pada tarikh Konfrontasi adakah Malaysia mengalami masalah-masalah lain? Omar: Dalam masa yang sama, rasanya tidak ada selain daripada menghadapi penentangan iaitu parti komunis juga parti komunis malaya selain daripada parti komunis Indonesia dalam yang mana telah digunakan oleh Sukarno kita pula telah menghadapi Parti Komunis Malaya. Arlina : Berapa lamakah jangka masa Konfrontasi berlaku? Omar: Kalau tak silap atulc dalam jangka masa lebih kurang dua tahun kalau tak silap atuk lebih kurang begitulah. Arlina: Selain daripada askar, adakah unit keselamatan lain terlibat dalam misi ini? Omar
: Ya, masa itu kita baru maksudnya merdeka dan kita mempunyai perjanjian
iaitu perjajian pertahanan lima negara misalnya daiam negara
komanwel selain daripada tentera-tentera kita banyak lagi tentera komanwel yang bersama menetang menghadapi konrrontasi. Arlina : Adakah misi kerajaan berjalan Iancar? Omar : Ya, misi-misi yang telah dilaksanakan atau dirancang oleh kerajaan semuanya nampaknya berjalan lancer. Kerana apa-apa juga rancangan dan misi yang kita laksanakan telah berjaya menghapuskan atau mereda atau telah memberhentikan Konrrontasi keduanya akhirnya PKI itu maksud atuk PKM juga terhapus. Arlina: Sehingga tarikh Konfromtasi adakah Indonesia sebuah negara yabg benarbenar kukuh? Omar : Ya, maksudnya kukuh atuk tidak pasti mereka terlebih dahulu merdeka daripada kita kemungkinan mereka juga satu kuasa yang besar di Asia Tenggara, tentangan yang Iain atuk tidak pasti sama ada ekonomi masa itu atuk pun tidak paham tapi tentang pertahanan tentang politik mereka memang kukuh.
Kon/rontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
20
IMR603
Arlina: Kenapa Indonesia benninat dengan Sabah? Omar : Pahaman atuk ini sebagai satu perkara pentadbiran negara ini sebolehnya Indonesia memeirlukan lebih iaitu Sabah dan Sarawak itu adalah sebahagian atau terletak di bumi Kalimantan iaitu keselamatan Indonesia. Seboleh-boleh mereka dapatkan lagi tanah itu atau Sabah dan Sarawak diperintah oleh Indonesia. Arlina: Kenapa Malaysia juga berminat dengan Sabah dan Sarawak? Omar : Ya, sebagaimana yang ada disebutkan tadi ini adalah perkara siasah. Kalau Semenanjung masa tu tidaklah sebesar mana jadi dengan pengabungan atau digabungkan dua atau tiga negeri melayu semestinya lebih kuat atau banyak boleh dimantaatkan. Arlina : Selain daripada daerah Tawau adakah kawasan-kawasan yang terlibat dengan Konfrontasi? Omar : Tawau adalah sebuah pekan iaitu pekan yang sebahagian Pantai Timur Sabah ia sebahagian pekan yang kecil yang berhampir sempadan dengan Sabah. Keseluruhannya Konrrontasi tidak dapat maksudnya melarat atau lebih jauh ke peda.laman yang nampak atau yang paling berkesan adalah yang hampir dengan Malaysia ialah Tawau pekan Tawau. Arlina: Bagaimanakah kelengkapan tentera pada waktu itu? Omar : Kelengkapan tentera kita sedia maklum kita baru merdeka kita banyak bergantung kepada British, iaitu tentera British yang lama memerintah atau British kita tidak lama memerintah kita. Kita pun bergantung apa jua persenjataan adalah dibekalkan olah British atau pemerintah British jadi kebanyakan tidaklah yang ada bercanggih-canggih maksudnya tentang kapal terbang dan persenjataan yang digunakan pada masa perang dunia ke-dua. Arlina: Adakah tentera di setiap negeri dikerah dari Semenanjung dikerah ke Tawau?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawatt, Sabah 1963
21
IMR603
Omar: Tidak, tidak semua dikerah tidak semua tentera maksudnya tentera-tentera ini dibahagikan mengikut tempat yang strategik sahaja seperti keperluan seperti di Tawau atuk bersama satu batalion tentera askar melayu yang lain belum banyak ataupun selain daripada tentera British kita mempunyai pasukan-pasukan pembantu iaitu seperti logistik, pembantu logistik, pengangkutan, dan sedikit dalam bahagian workshop. Ariina: Apakah criteria pemilihan angkatan tentera untuk mewakiii Malaysia dalam Konfrontasi ini? Omar : Tidak ada, tidak ada criteria atau keistimewaan pada tentera-tentera hanya tentera terlatih sahaja seperti tentera darat, tentera laut masa itu tentera udara kita tidak sampai ke Tawau lagi setakat Labuan sahaja Arlina : Adakah misi ke Konirontasi ini adalah misi utama Malaysia? Omar: Seingat atuk misi yang kedua iaitu selain daripada Congo, misi PBB yang ini tidak PBB bukan maksudnya inilah tugas tentera damana berlakunya kekacauan atau untuk mententeramkan sesuatu tempat kita dihantar. Arlina : Berapa Menteri yang terlibat dalam menangani isu ini? Omar: Selain daripada Menteri Pertahanan, menteri-menteri masa itu selain daripada Perdana Menteri, semua menteri kemungkinan terlibat maksudnya penentangan ini adalah satu perkara ancaman masuk pada negara kita. Arlina : Bagaimanakah ekonomi negara pada waktu itu? Omar : Kita hanya baru merdeka. Bermaknanya ekonomi kemudian tidak ada langsung apa jua kita masih bergantung pada bekas penjajah kita iaitu British. Arlina : Adakah keadaan itu memberi kesan kepada rakyat? Omar: Keadaan tegang itu tidak sampai ke semenanjung hanya yang terasa hanya sebahagian di Sabah sahaja. TAPE 1 SIDE B Arlina : Bagaimana pula reaksi penduduk tempatan di Tawau pada waktu itu?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
22
IMR603
Ornar Ya setahu kami dii Tawau mereka ada yang faham apa makna Konfontasi ada juga mereka tidak faham apa itu konlrontasi dan juga apa itu pertentangan keranai mereka adalah kebanyakan ialah kebanyakan yang atuk tahu rakyat Indonesia yang berada di Kalimantan bermakna di Tawau itu kebanyakkan bahasa mereka bahasa Indonesia dan mereka pun ada tidak mengenali siapa itu Presiden Sukarno.
Arlina : Adakah rakyat tempatan di sana menyebelahi Malaysia? Omar: Ya,mereka kerana mereka tidak faham apa tentang siasah atau politik mereka apa yang ada kami yang datang itu mereka faham ialah untuk kebaikan iaitu sebagai dipanggil kami pemerintah iaitu pemerintah Malaysia mereka tidak ada apa-apa tentangan dan kebencian atau tunjukkan apa-apa juga kepercayaan mereka kapada Sukarno kerana mereka sendiri tidak tahu apa itu erti Konrrontasi. Arlina : Bagaimanakah reaksi penduduk tempatan yang mereka memihak kepada Malaysia? Omar: Reaksi mereka mereka suka dan genmbira dan mengalu-alu kedatangan pertama kedatangan tentera-tentera Malaysia, tentera Malaya makna tentera Malaysia pada masa waktu itu demi untuk kebaikan mereka kami sebenarnya didatang kesana misi yang sebenar itu ialah untuk mempertahanlan apa-apa juga keadaan yang berlaku di daerah Sabah tetapi disamping itu kita juga ada membuat kalau nak dikatakan didalam bahasa Inggeris Heart and Mind Campaign maknanya kita membuat kerjakerja amal kerja-kerja kemasyarakatan kita juga ada mengembangkan agama kepada mereka menjaga kesihatan mereka membaiki kampungkampung mereka dan lain-lainlah. Kerja-kerja kemasyarakatan jadi mereka gembira mereka tidak faham apa yang kita katakan Konfrontasi berperang mereka gembira kedatangan kami kebaikan untuk mereka
Konfrontasi Malaysia-lndonesia di Tawau, Sabah 1963
23
IMR603
kerana dulu itu penjajah British sekarang ialah penjajah orang kita maksud orang Malaysia Arlina: Apakah Ketua Menteri Sabah pada waktn itu? Omar: Ketua Menteri Sabah pada waktu itu Tun Datu Mustapha. Arlina: Adakah sebarang latihan khas diberikan kepada askar terlibat di sana di Tawau?
Omar : Kerana tentera telali terlatih mereka tentang peperangan tentang apa yang diarah mereka telah faham da latihan tertentu tidak ada kecuali latihanlatihan bagaimana untuk tentera kita mengambil ye mengambil hati maksudnya Heart and Mind Campaign yang atuk ceritakan tadi. Kita diberi penerangan tentang adat budaya cara hidup mereka dan peraturanperaturan pantang larang mereka itu ada secara tapi latihan ketenteraan tidak ada maksud kita telah sendiri berhadapan dengan apa juga perkaraperkara yang kemungkinan berlaku maksud atuk jadi latihan dah ada hanya cuma atuk kata tadi macam tambahan untuk mengenal satu-satu bangsa adat budaya itu yang ada. Arlina: Berapa lamakah atuk di Tawau? Omar : Atuk yang kira-kira kerana yang pertama atuk dihantar ke sana atuk berada di asana lebih kurang setahun semasa Konrrontasi dan selepas itu ada lagi atuk datang ketiga kali selepas aman maksudnya selepas Konlrontasi Arlina: Secara tidak langsung adakah negara lain yang menghantar tentera di Tawau? Omar : Tentera lain maksud tentera lain tidak ada selain atuk katakana tadi iaitu kita berada dibawah masih lagi dibawah British atau tentera British, tentera British selain dari tentera British ada Australia, New Zealand, Fiji dan juga kalau tak silap atuk juga yang terlibat sama seperti tentera Gurkha sebenar tentera Gurkha itu seperti tentera British juga selain
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
24
_MR603
daripada Australia New Zealand, Fiji tadi kerana mereka berada di bawah negara Komenwel pada masa itu. Arlina: Apakah negara-negara IKomenwel yang memberi bantuan? Omar: Itu tidak pasti kerana British adalah yang utama bagi kita ialah kita masih bergantung keperluan kepakaran ketenteraan ada juga kelengkapan adalah daripada British yang setahu atuk tidak ada tidak ada tentera lain yang memberi bantuan. Arlina: Apakah contoh bantuan yang diberikan oleh British? Omar: Banyak contohnya kerana kita mempunyai kelengkapan yang mana lengkap ataupun sepenuhnya pada masa itu kita hanya baru merdeka jadi British adalah boleh dikatakan seratus peratus adalah kelengkapan British daripada alat-alat kelengkapan British maksud daripada persenjataan maksudnya persenjataan peralatan yang Iain kapal terbang dan kapal kapal laut adalah masih lagi British tentera British yang memberi bantuan. Arlina: Sebelum atuk berangkat adakah atuk benar-benar jelas perbincangan kedua belah pihak? Omar: Tidak, atuk tidak tidak jelas tantang apa perbincangan berkenaan masalah pemerintah masa itu, Arlina: Adakah negara lain juga berminat dengan Sabah dan Sarawak selain daripada Indonesia daiti Malaysia? Omar : Ya, yang atuk dengar memang ada sebahagian iaiah negara Filipina yang juga ada mambuat tuntutan terhadap Sabah. Arlina : Apakah istimewanya Sabah dan Sarawak? Omar : Ya, maksud Sabah dan Sarawak adalah negara atau negeri yang masih belum dimajukan banyak potensi yang terdapat di, atau hasil-hasil yang hasil bumi atau pun yang lain-lain seperti perairan yang luas mereka banyak potensi membangunkan ekonomi, itu fahaman atuk sebab apa sebahagian Sarawak, Brunei banyak mengeluarkan pada masa sekarang gas dan petrol dan juga termasuk kayu balak. Konjrontasi Malaysta-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
25
JMR603 Arlina: Adakah badan-badan dunia yang menghulurkan bantuan? Omar: Kemungkinan iya setahu atuk tidak ada masih kemampuan British masih mampu memberikan apa segala-gala keperluan badan dunia tidak ada kerana kita tidak melibatkan peperangan yang besar maksudnya tidak ada peperangan terbuka jadi cuma hanya penentangan dari sebuah negara lain itu sahaja. Arlina : Bagaimanakah hubungan Malysia dengan negara-negara lain waktu itu? Omar : Ya, setahu atuk riegara kita baru merdeka sedang membuat jalinan atau perhubungan keamanan negara antara satu negara yang lain Arlina: Di manakah tempat atuk bertugas pada waktu itu? Omar : Iaitu yang pertama di Tawau masa di Tawau itu ada satu pecan yang ada di Pantai Timur Sabah.
Arlina : Adakah atuk ditempatkan dipejabat? Omar : Sebenarnya atuk adalah mempunyai tugas atau peranan tersendiri iaitu atuk sebenarnya adalah bahagian logistic ataupun support unit atau memberi perkhidmatan kepada tentera-tentera dimana atuk kendalikan bahan atau equipment atau kelengkapan yang datang dari Semenanjung sama ada dari laut, udara yang ada pada masa itu dan udara sahaja tidak ada, cara lain yang kita terima peralatan sama ada dari Singapura atau direct dari Semenanjung. Atuk adalah berperanan mengendalikan tugas logistic ini. Arlina : Apakah tugas khusus atuk di situ? Omar: Tugas khusus atuk ialah menentukan kelengkapan yang diperlukan oleh unit-unit yang ada di kawasan Tawau maksud atuk di Tawau adalah tanggungjawab atuk mendapatakan segala apa juga keperluan daripada persenjataan seperti unirbrm, alat-alat persenjataan dan lain-lain.
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
26
MR603
Arlina: Ketika Konfrontasi siapakah yang memberi sebarang arahan ontuk melakukan sesuatu tugas? Omar: Ini kita tentera kita mempunyai peringkat -peringkat atasan umpama arahan pertama kita terima dari kemeterian pertahanan, pertahanan yang macam disitulah dia membuat perancangan dan segala strategi mereka salurkan kepada di satu bahagian am daerah division-division maknanya dibawah pemerintah division bermakna kami berada disalurkan pulak di bahagian satu lagi kawasan yang hampir dengan kita berada di bawah pemerintahan satu
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
27
IMR603
Arlina: Berapakah jarak dari Pulau Labuan ke Tawau? Omar : Kalau jarak lautnyaraengambilmasa secepat mungkinlah yang atuk ingat lebih kurang dalam tiga atau empat hari tetapi kalau dari udara, udara dalam dua jam ke dua jam setengah. Arlina: Semasa atuk di beri arahan untuk ke Sabah, dimanakah tempat atuk berkhidmat pada masa itu? Omar : Sebelum atuk ke Tav/au maksud sabah tadi atuk bertugas di maknanya di Kuala Lumpur iaitu di Batu Hartaman atau Batu Garisson. Arlina : Berapa orang yang terlibait sama dengan atuk untuk ke misi itu? Omar : Misi sebagai atuk ada sebutkan tadi, atuk adalah sebagai pasukan kecil, pasukan logistik atau hanya mempunyai enam orang anggota atuk sendiri, enam orang sahaja tapi atok telah di tumpangkan ke batalion askar melayu diraja ke tiga waktu itu bersama-sama menaiki kapal maksudnya dari Singapura ke Tawau. Arlina: Adakah yang dihantar ke Sabah battalion atuk daripada battalion atuk atau batalion lain? Omar: Batalion ini telah ditetapkan oleh kementerian pertahanan iaitu mana-mana juga battalion apa jua batalion apa juga rejimen maknanya yang ditentukan oleh kementerian itu adalah batalion askar melayu yang berasingan dari battalion atuk, atuk bukan dari batalion askar melayu atuk sebenarnya dari pasukan Kor, Kor Ordinan kelengkapan atau logistik. Atuk hanya ditumpangkan kepada batalion yang ditugaskan oleh kementerian pertahanan tadi iaitu askar melayu di raja tadi. Arlina: Sebelum berangkat, adakah atuk diberi penerangan tentang konfrontasi di Sabah? Omar : Tidak secara langsimg ada sebagaimana misi-misi sebelum misi-misi di Iaksanakan ada sebanyak sedikit di terangkan yang misi iaitu akan ke
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
28
JMR603
Sabah yang di Sabah m kita tentera Indonesia itu sahaja merekatidaklebih daripada apa yang patut ketahui tentang hal-hal lain tidak ada. Arlina: Apakah jawatan yang atuk sandang ketika ke Konfrontasi? Omar: Masa ke Konrrontasi aruk baru berpangkat Kopral. Arlina: Berapa umur atuk ketika itu? Omar: Lebih kurang dua puluh tiga tahun ja Arlina : Apakah misi utama atuk dihantar ke Sabah? Omar : Misi atuk yang tadi ialah untuk mengendalikan sebuah Kor logistik atau pasukan logistik jadi atuk yang bertanggungjawab untuk mengendalikan segala apa juga apa kelengkapan itu yang misi atuk selain daripada tentera tentera darat tentera askar melayu tadi ialah untuk mempertahankan apa jugaancaman. Arlina : Di Tawau apakah kaum-kaum yang terlibat dalam peperangan? Omar : Kaum yang terlibat kaum yang terlibat kaum peribumi maksudnya tidak ada yang terlibat tidak ada rasanya tidak ada terlibat kecuali tentera upahan macam umpama seperti mana pihak Indonesia kerana Tawau ada hampir dengan negeri, negara Indonesia. Arlina : Apakah yang dimaksudkan dengan tentera upahan? Omar : Maksud tentera upahan ini tentera Indonesia ini juga memperalatkan misi mereka atau nak menyerang kita dengan memperdayakan kita jadi ia tidak menggunakan tentera mereka sendiri jadi penduduk tempatan itu maksud atuk tadi ialah menggunakan tentera upahan bukan tentera tetapi sebagai seorang upahan yang membuat mission ataupun misi merek Arlina: Apakah perasaan atuk ketika dimaklumkan yang atuk akan bertugas ke Sabah? Omar: Sebenarnya atuk ni nak bercakap pun mungkin (ketawa) tidak kata orang percaya atai tidak sebenarnya atuk ni dalam misi-misi bukan mereka yang menghantar atuk, atuk yang meminta. Arlina: Bagaimana pula perasaan isteri dan anak-anak atuk pada ketika itu?
Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
29
IMR603
Omar: Masa itu atuk masih bujang jadi tidak ada satu-satu yang mengetahui apaapa jua perasaan atuk atau tugas-tugas atuk. Atuk suka dan berminat sebagaimana telah atuk ceritakan atuk minat dengan kerjaya atuk. Atuk rela ke mana jua atuk dihantar atau atuk sendiri minta satu-satu misi itu kalautidakdihantar atuk sendiri rnintak. Arlina : Berapa kalikah atuk dihantar oleh negara untuk berkhidmat? Omar : Itu adalah yang kedua yang pertama tidak sampai tidak kesampaian itu atuk minta pergi ke Airika ke Congo tetapi selepas kita di tentang atau konrrontasi di Sabah oleh Indonesia atuk misi ini di teruskan selain dari Congo. Ariina : Siapakah yang mengetuai misi ke Sabah? Omar : Sebenarnya battalion itu atuk kalu tidak silap seorang major yang dia juga arwah yang sudah meninggal, ya sudah jadi di Kalabakan iaitu Major Zainal dia
beliau juga terkorban setelah bertempur dengan tentera
Indonesia. Arlina: Siapakah yang punya pangkat tertinggi yang turut mengikuti misi ke Sabah? Omar: Selain daripada pemerintahan Briget pemerintahan division pada masa waktu itu ada, ada juga pemerintahan briget iaitu atuk tidak ingat iaitu seorang berpangkat kerja dia jeneral. Arlina : Berapa banyakkah berapa banyak battalion untuk ke sana? Omar : Seingat atuk battalion yang dihantar di sabah hanya satu maksudnya di Tawau satu batalion dan di daerah lain, di Sandakan satu battalion dan di daerah mungkin di daerah Labuan ada lagi satu battalion itu tentera darat tentera-tentera sama ada masa itu ada lagi renjer, hanya askar melayu. Arlina: Adakah layanan yang diterima disana setaraf dengan jawatan yang disandang? Omar: Maksudnya layanan daripada mana ni? Layanan Arlina : Daripada tentera yang bersama?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
30
MR603
Omar : Layanan maknanya kebajikan yang kami atuk ingin maksudkan bukanla layanan. Layanan tentera ini tidaklah semestinya dapat layanan istimewa. Tapi kebajikan Allhamdulillah masa itu masa zaman darurat seperti mana sekadamya memang memuaskan. Arlina: Adakah mereka yang bersama atuk mempunyai misi yang sama dengan atuk? Omar : Atuk misi yang sama dalam tugas yang sama tapi di tempat-tempat kan berlain-lain maksud atuk seperti mana tentera tadi dipecah-pecahkan kebahagian-bahagian yang penting atau pun dari segi mempertahankan Sabah mereka tidak setempat atuk mungkin tugas yang berasingan. Arlina : Bagaimanakah perjalan atuk kesana? Omar : Perjalanan atuk adalah sebenamya melalui laut iaitu menaiki kapal dari Singapura menuju ke Tawau selama lebih kurang dalam empat belas hari. Arlina : Apakah nama kapal yang atuk naiki? Omar: Ya kapal yang atuk naiki ialah kapal dagang bukan kapal perang, bukan kapal penumpang iaitu kapal ianya kalau tidak silap atuk ia dinamakan NMD- Keningau, Keningau Keningau adalah sebagai satu tempat di Sabah Keningau
Arlina : Dimanakah pengkalan kapal itu? Omar: Pengkalan kapal itu ialah di Singapura. Arlina: Adakah atuk dan rakan-rakan mengalami sebarang kesulitan ketika hendak kesana? Omar : Ya..KaIau untuk menceritakan kesulitan memang banyak kesulitan itu adalah setelah di takdirkan kita menghadapi tapi segala itu telah dapat kita hadapi dengan ialah dengan tenanglah kerana kapal bukanlah kapal penumpang kapal dagang mengambil satu battalion atau seramai kurang-
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
31
I •
'
JMR603 '
.
• -
kurang yang adalima ratus orang pun tidak ada tempat untuk berehat tidak ada tempat untuk tidur naiklah atas geladak kapal sehinggalah empat belas hari baru sampai ke Tawau. Itulah kesulitan yang atuk tidak dapat lupakan, tapi itulah satu cabaran bagi atuk. Atuk tidak rasa kesallah, ralatlah di atas apa-apa yang telah berlaku. Arlina: Bagaimana perasaan atuk ketika menghadapi masalah-masalah? Omar: Pada waktu itu atuk sentiasa gembira tidak ada satu-satu apa-apa atuk rasa itu satu sengsara ataupun satu beban atuk hadapi dengan tenang. Atuk suka diatas kejayaan atuk menghadapi segala masalah apa jua. Ariina: Bagaimana atuk menghadapi dan menangani masaiah ketika diatas kapal? Omar : Ini terpulanglah pada keadaan apa yang sepatutnya mesti seperti katalah cerita kapal berlabuh, kapal dagang berlabuh menurunkan barang kita tidak ada tempat untuk maksudnya tempat untuk berehat melainkan di tengah panas kita diturunkan ke darat kita buat aktiviti lain seperti buat senaman buat kawad ataupun beriadah lah sementara kapal di pelabuhan. Arlina : Berapa lamakah jangka masa kapai untuk berhenti? Omar :ada kapal in bertolak daripada Singapura dan pertama-tama dia singgah pertama-tama setelah mengharungi Lautan China.Lebih kurang dua hari dua malam tiga malam sampai Kuching. Pelabuhan Kuching singgah kerana ikut keadaan barang-barang nya ada yang berat yang banyak kerana ada sampai dua hari dua malam atau satu hari semalam ikut tempat-tempat yang barang-barang yang dipunggah atau di naikkan atau dirurunkan. Arlina : Jadi berapakah jangka masa perjaianan dari Singapura ke Tawau? Omar : Itu Atuk sebut tacli ialah lebih kurang empat belas (14) hari kerana kapal ni tidak bukan kapal perang, bukan kapal penumpang, bukan kapal persiaran ,kapal clagang bersinggah semua perlabuhan di Serawak. Di Miri, di Brunei hingga terus ke pantai Timur iaitu pada Sandakan samaLahat Daru ke Tawau selama empat belas (14) hari. Arlina : Adakah ini kaii pertama atuk menaiki kapal?
Kon/rontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
32
IMR603
Omar : Kalau mengikut kapal maknanya kapal banyak kapal atuk tidaklah kali pertama dengan segala kapal ada yang kapal perang ada kapal kecil ada kapal besar kapal («rsiaran ini ialah pertama kali kapal dagang (ketawa) yang atuk naiki. Arlina: Berapa kalikah atuk menaiki kapal perang sebelum itu? Omar: Menaiki kapal terbang hanya sekadar di persekitaran yang hampir seperti di Singapura di Perlabuhan Klang atau di masa itu KO Malaya iaitu di Singapura dan dilaut sahaja. Arlina: Bagaimanakah dengan Ibekalan yang disediakan diatas kapal? Omar: Bekealan tidak kalau menceritakan segala-gala nak kata kesedihan atau kesengsaraan tu memanglah ada kesedihan dan ada kesengsaraan tidak ada bekalan apa-apa kecuali apa jua di masak itulah bekalan kami.seperti makanan-makanan makanan-makanan harian seperti nasi adalah makanan ada buah-buahan biasa makanan biasa tidak ada istimewa ini bukan kapal mewah ini adalah kapal dagang, kapal barang yang kapal barang. Arlina : Adakah apa yang disediakan itu mencukupi? Omar : Persediaan memang mencukupi tapi tahap kepuasan tidak sampai apa sekadar yang boleh kita makan, kita makan apa sekadar yang apa yang ada kitamakan
TAPE 2 SIDE A Arlina: Dalam masa perjalanan di atas kapal, apakah pengalaman yang atuk tak dapat lupakan? Omar: Pengalaman dalam masa perjalanan daripada Singapura, Tawau mengambil
masa empat belas (14) hari tu, banyaklah pengalaman-
pengalaman yang rasa (men'chup') kira boleh katakan pahit, maksud atuk
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
33
MR603
tadi ialah pertama-tama atuk dah katakan kita menumpang sebuah kapal dagang, yang membawa barang-barang, atuk kami maksudnya tidak ada satu tempat khas untuk, tidur atau untuk makan dimana ada kesempatan diselitkan di bawah lori, atas lori bawah, dalam sama kerbau ke, atau pun sebelah (men'chup') bercampur juga penumpang-penumpang yang mana datang dari Sarawak, ada juga tidur diatas hac atau pun atas keladak atau atas kapal tu, itulah pengalaman pengalaman-pengalaman yang tak dapat atuk lupakan lah tapi itu adalah satu tugas, atuk ada rasa gembira tapi pengalaman itulah pengalaman yang tak dapat atuk lupakan. Arlina: Bagaimanakah dengan kesihatan atuk? Omar : Alhamdullilah, kesihatan atuk masa tu, tidak ada apa-apa mabuk laut pun tidak, tak ada, tidak ada apa-apa yang terganggu. Arlina: Apakah perasaan atuk ketika mula-mula sampai di Tawau? Omar: Ya, perasaan gembira kerana kita telah kira selamat sampai tu pertamatama, keduanya gembira kerana dapat menjejak kaki ke satu negara atau pun satu negeri yang asing pada kita masa itu atuk pun tidak tahu di mana kedudukan Sabah atau bagaimana orang Sabah atau di mana Sabah, jadi gembira kerana selamat kerana sebelum itu (men'chup') terdengarlah beberapa cerita yang dulunya menaiki kapal ni menempuh gelombang, ribut ada yang karam ada yang tenggelam dan kita masa tu amat gembiralah kerana walaupun dengan dalam keadaan tidak sempurna kita sampailah selamat, selamat sampai dan jejaki ke kaki ke tanah Sabah. Arlina: Bagaimana keadaan tempat atuk, di sana? Omar: Ya, amat ehem amat amatlah sedih dan kalau di kenangkan amat dukacita tapi kerana semangat ketenteraan dan semangat atuk yang suka, kerjaya atuk yang ultra tu beberapa kali dikatakan, kami tidak ambil kira kami tidak ada rumah atau pun tidak ada satu tempat khas yang telah sedia melainkan kedatangan kami tu berjalan kaki bermaknanya dari pelabuhan ke tempat yang nak ditempatkan kami tu, (men'chup') berjalan kaki
Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
34
IMR603
pasukan-pasukan biasalah mengawal cuma tidak ada apa-apa, tragedi lagi selepas itu. ^rlina : Tidak ada lagi tragedi?
Omar: Tak ada Arlina :Pertumpahan darah? Omar: Tidak ada maknanya Arlina: Banyak ke unit ke sana selepas atuk? Omar: Oh ya selepas masa atuk tu hanya dua, tiga unit sahaja tetapi selepas konirontasi mana yang mana yang mana negeri Sabah pun telah mula di bangunkan dan unit-unit kita pun bertambah, bertambah disana seperti pasukan Tentera Udara, Tentera Laut dan Kor-kor atau jurutera macam jurutera-jurutera
ni yang mana untuk membangunkan-bangunkan
kampung atau pun membuat misi yang diteruskan juga misi Heart and Mind tadi seperti mendirikan surau, masjid, jalan bertambah dari masa ke semasa unit bertambah dan sekarang mereka pun telah ada apa kem yang sempurna makna kem yang proper kem lah selain daripada macam atuk dulu tidur dalam khemah mereka sekarang sudah ada berek walaupun berek itu tidak sempurna berek yang diperbuat daripada kayu tapi ada dengan kemudahan asas yang lengkap, air bersih, elekterik dan komunikasi yang Iengkap yang mana airport juga telah cantik dan ada ditutup dengan menggunakan apa turap yang landasan yang sempurna lah. Arlina: Sepanjang tempoh konirontasi itu, adakah atuk mendengar berita-berita dari pihak tentera Indonesia yang mereka akan menang ke? Omar: Tak ada, selepas tu atuk ada mendengarkan bahawasanya konfrontasi yang dilancarkan atau diarahkan oleh Sukarno tu adalah sia-sia bukan sebenarnya satu kebaikan tapi mereka telah diperdaya. Arlina : Apa yang dikatakan dengan sia-sia? Omar: Sia-sia hanya perjuangan yang dihasut oleh PKI tadi iaitu Parti Komunis Indonesia yang mana kemudiannya juga Parti Komunis Indonesia juga
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
5]
MR603
tersingkir dan sebagaiinana Sukarno juga tersingkir dan maknanya bukan Sukarno yang punya idea untuk kebaikan hanya mereka pun sedar, rakyat Indonesia sendiri pun sedar itu hanya hasutan atau perancangan PKI. Arlina: Adakah Malaysia dapat menawan Sabah dan rakyatnya menerima dengan baik? Omar: Kalau katakan menawan tu tidak maksudnya bukan kita menawan, menawan ni dalam peperangan kita boleh katakan menawan tapi menawan hati rakyat Sabah Alhamdulillah, menawan hati kita telah membuatkan dasar-dasar kita untuk memperelok atau memajukan rakyat dan negeri Sabah tu tercapai. Arlina: Setelah ke Pulau Labuan bagaimana atuk kembali ke Tanah Air? Omar: Setelah disana atuk telah diberi seolah macam kerehatan atau pun segala tugas ringan maksudnya kadang kala rehat kira dalam tentera juga dalam unit aruk yang sebenar unit kor, kor ornant tadi atau pun kor kelengkapan tadi yang berada di Labuan atuk bertugas di sana selepas lebih kurang enam bulan atuk telah ditukarkan ke Semenanjung baliklah ke Kuala Lumpur. Arlina : Adakah atuk menaiki kapal yang sama sewaktu atuk datang? Omar: Tidak, masa itu sudah selepas satu tahun kemudahan dan kelengkapan yang dibantu maksudnya disediakan oleh British bandar pengkalan Iagi pun Pengkalan Udara British yang ada di Sabah adalah di Labuan jadi segala kemudahan balik menaiki kapal terbang tidak Iagi kapal Iaut, jadi barang-barang kecuali barang-barang masa itu ada juga yang dihantar melalui kapal Iaut tapi masa tu kitatidakada mempunyai kapal yang Iebih baik daripada yang atuk ceritakan tadi mana kapal dagang kita dah ada mempunyai diikat kontrak oleh kerajaan dengan kapal syarikat yang Iebih baik jadi maksud atuk tadi atuk balik ke Semenanjung adalah menaiki kapal terbang, kapal terbang Tentera Udara British.
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
52
IMR603
Arlina: Selain daripada pasukan atuk adakah pasukan lain yang menaiki kapal terbang dengan atuk? Omar: Ya, kapal terbang pengangkutan British ini adalah khas untuk membawa membawa pasukan-pasukan kemana-mana jua makna ia khas untuk kapal terbang yang membawa barang dan penumpang maknanya kapal terbang yang boleh terbang yang biasa ulang alik dari Singapura ke Labuan. Arlina: Adakah atuk membawa pulang rakan-rakan yang tercedera atau pun yang terkorban? Omar: Tak ada masa tu atuk dah tidak ada berlaku apa-apa maksud kemalangan tidak ada hanya orang yang biasa bertukar. Arlina: Berapa Iamakah waktu perjalanan pulang? Omar : Dari Labuan ke Singapura, kapal terbang masa tu tidak juga tidak ada kapal terbang penumpang macam sekarang kapal terbang jet ia hanya menggunakan kipas kapal terbangnya performancenya atau prestasinya amat slow amat perlahan terbang walaupun ia mempunyai empat kipas jenis itu tak perlulah atuk ceritakan kalau nak jenis-jenis ni banyak tapi mengambil masa lebih kurang enam jam ke Singapura daripada Labuan kalau tak silap begitulah empat ke enam jam amat perlahan kapal terbang tentera. Arlina : Berapa lamakah jangka imasa konfrontasi itu berakhir? Omar: Tak silap, silap atuk dalam lebih kurang dalam hampir dua tahun. Arlina : Pada pendapat atukapakah kesan kepada peperangan ini? Omar: Iya kita dapat banyak memperolehi pengajaran daripada apa cara pemerintahan atau pun pandangan macam juga kita tahu apa erti peperangan kalau tidak ada penentangan daripada mana-mana kita juga tidak ada mungkin tidak dapat menempuh apa-apa jua perjuangan atau peperangan atau cara-cara berperang menghadapi pihak-pihak luar ya. Arlina : Apakah warna uniform atuk ketika balik dan pergi dulu sama ke?
Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
53
IMR603
Omar: Masa tu yang atuk katakan kita mendapat bekalan segala-galanya bekalan ketenteraan ini adalah daripada British jadi uniform yang digunakan masa itu adalah standaid maknanya sama seperti British juga makna dia panggilkan green ya atau unirrorm hijau lah ya yang dibekalkan oleh tentera British pergi dan balik serupa, masa tu kita tidak ada Iagi yang canggih seperti uniform sekarang iaitu celoreng ya jadi kita hanya ada satu uniform sahaja. Arlina : Selepas atuk ke Pulau Labuan adakah atuk menerima sebarang kenaikan pangkat? Omar: Ya, selepas disana atuk berpangkat Koperal di Tawau selepas di Labuan atuk di naikkan pangkat Sarjan. Arlina : Adakah sewaktu di Tawau adakah Parti Komunis Malaysia bersengkokol dengan PKI Indonesiia? Omar : Di Labuan adalah sebuah pulau jadi pulau ni kebanyakannya station atau baseTentera Udara, Udara British dan juga pasukan-pasukan Tentera Laut ya Navy jadi disana tidak ada ancaman, walaupun tidak ada ancaman tetapi kita sentiasa waspada juga sentiasa juga mengawal di mana-mana merata kawasan diutama di lapangan terbang atau pun air base British ni tadi yang terdapat di laut kerana kita duduk di sebuah pulau, Pulau Labuan. Arlina : Adakah sebarangan serangan persendirian daripada PKI? Omar: Di maksudnya di.mana?
Arlina: Di Tawau Omar: Di Tawau di Tauk memang serangan tu bukan, bukan PKI maksud maksud atuk bukan daripada PKI sebaliknya PKI ini hanya menghasut ya tentera menghasut pemerintah Indonesia, Indonesia menghantar tenteranya ialah tentera Indonesia bukan PKI ya mereka PKI tidak ada tentera PKI
Konjrontasi Malaysia-lndonesia di Tawau, Sabah 1963
54
IMR603
adalah sebuah paiti, parti ni lah yang menghasut untuk mengayang atau menentang perlaksanaan atau gagasan Malaysia tadi, itu saja. Arlina: Jadi PKI hanya sekadar dalang Omar: Dalang kepada untuk pemerintah Indonesia. Arlina: Okey apakah pandangan atuk terhadap Negara Indonesia sekarang? Omar: Ya Alahamdulillah Indonesia sekarang mempunyai makna rakyat yang banyak kemajuan dan ekonomi mereka sendiri mereka tidak ada nampaknya bersengketa lagi dengan kita kerana mereka juga dalam satu gagasan yang lain iaitu Asean kita bersepakat mempunyai apa strategistrategi untuk mambangun yang membangun demi keamanan di rantau Asia. Arlina: Secara peribadi apa yang dapat atuk ceritakan tentang pengalaman atuk sebagai tentera kepada generasi muda pada hari ni? Omar: Ya semestinya ya generasi muda semestinya juga walaupun di masa ni yang aman yang makmur yang banyak kemudahan kepada generasigenerasi muda jangan lupa kita juga bertanggungjawab kepada Negara untuk mempertahankan Negara kita sendiri makna daripada kita sendiri bangsa kita sendiri atau rakyat Malaysia sendiri bersama-sama kita berjuang berkorban atau menceburi bidang ketenteraan kerana dalam bidang ketenteraan di masa aman bukanlah kata berperang sahaja kita banyak mempunyai pelajaran pendidikan segala-galanya ada didalam tentera kecuali kita ada minat kalau tidak ada minat memang lah kita tidak ada kejayaan maksudnya dalam tentera juga ada berbagai-bagai bidang boleh diceburi bukan setakat peperangan atau mempertahankan Negara itulah harapan atuk pada generasi sekarang jangan ingat remeh kepada kerjaya ketenteraan ni kententeraan sekarang amat canggih dah dikatakan global lah maksudnya keseluruhan dunia kita dapat mengetahui apa juga kemajuan kententeraan, kemajuan peralatan, pendidikan dan juga bila memasuki bidang tentera di zaman sekarang ni banyak peluang kita dapat melawat seluruh dunia maksudnya bukan negara-negara yang dekat sahaja
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
55
IMR603
itu harapan atuk yang generasi muda juga menganbil peranan sebagaimana atuk dulu suka dan ada minat untuk menceburi kerjaya ini. Arlina: Apakah pengalaman atuk yang generasi hari ini tak dapat rasa? Oman Apa ulang sekali lagi Arlina
: Apakah pengalaman atuk yang generasi hari ini tak dapat Omar: Merasa sebagaimana zaman ya banyak sekarang ni zaman ini banyak banyaklah keistemawaan yang diperolehi oleh generasi kita generasi rnuda terutamanya tidak seperti zaman atuk dulu banyak menghadapi ialah kesusahan ya maklumlah selepas peperangan Jepun kita menghadapi ancaman komunis pula jadi Negara pun baru orang kata baru, baru nak merdeka selepas tu dapat merdeka selepas merdeka pula kita tidak pula merasa dapat senang sebagaimana yang kita nikmati hari ini jadi generasi dulu telah banyak memberikan jasa-jasa atau pun pengorbanan juga pemerintah-pemerintah yang juga berkorban dapatkan kemerdekaan jangan kita lupakan jadi harap apa yang kita nikmati sekarang kita bersyukur dan kita majukan negara kita, itu harapan atuklah.
Arlina : Selepas bersara adakah atuk berjumpa dengan teman seangkatan sewaktu di Tawau? Omar: Selepas bersara atuk pun telah memasuki banyak unit, unit tentera yang ya persatuan sekarang yang menggunakan dinamakan tu persatuan veteran atau dua-duanya boleh persatuan bekas tentera atau pun pasukan pertahanan ya tapi banyakan yang seangkatan atuk telah banyak yang tak telah meninggal ya telah meninggal ada, ada pun mungkin di jauh-jauh di tempat jauhlah ada berjumpa seorang dua yang seangkatan sama masuk seperti yang atuk ada sebut tadi yang berkerja di Muzium Angkatan Tentera ada yang masih hidup ada yang telah dah meninggal. Arlina: Pada pendapat atuk apakah yang perlu seseorang itu miliki untuk menjadi seorang tentera yang berkualiti?
Konfrontasi Malaysia-lndonesia di Tawau, Sabah 1963
56
IMR603
Omar: Ya pertama sekarang ni memerlukan pendidikan selain daripada macam zaman atuk tidak banyak dapat pendidikan jadi zaman ini memerlukan pendidikan yang canggih jadi sebagai seorang nak kerjaya yang berjaya dalam kerjaya tentera ni mestilah dia maknanya ada minat dan juga mahu menjayakan diri mereka dengan mempelajari segala bidang ketenteraan apa jua bidang kelenteraan yang canggih sekarang hendakiah diikuti baru dapat seseorang berjaya segala apa juga pelajaran atau pun krusus-krusus diberi mesti bersimgguh-sungguh barulah mendapat kejayaan. Arlina: Adakah atuk masih lagi terlibat dengan aktiviti tentera sekarang ini? Omar: Tidak., tidak ada terlibat banyak aktiviti tentera tapi kita pergi untuk mengikuti dalam persatuan atau persatuan veteran ni perlu juga atuk ikuti dan mendapat maklumat-maklumat daripada mereka. Arlina : Apakah pengajaran yang dapat atuk berikan kepada generasi muda maksudnya pengalaman sewaktu atuk di Sabah? Omar: Ya kita dimana juga kita bertugas ya bukan semestinya di Sabah sahaja dimana jua Negara sekarang secara global maksudnya sekarang kita tanpa sempadan kita akan ditugaskan di merata-rata dunia pertama kita ada terlibat dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu yang pentingnya kita mestilah maknanya pertama-tama kita dengan rahsia ada pada tentera ada pada ketua-ketua kita dan apa juga mission yang kita yang akan laksana atau kita berada dimana-mana juga kita tidak menunjukkan sebagai satu musuh sebagai seorang musuh tapi sebagai seorang sahabat.
TAPE 3 SDDE A Arlina : Selepas atok di Tawau, adakah atuk ditempatkan diluar negara?
Kon/rontasi Malaysia-Indomsia di Tawau, Sabah 1963
57
MR603
Omar : Selepas di Tawau masa tu atuk tidak lagi ditugaskan sebagai jurulatih disebuah sekolah tentera untuk melatih dalam bidang kemahiran yang atuk buatlah maksudnya dalam Kor Ordinan ataupun ketenteraan, sehingga bersara atuk adalah jadi seorang jurulatih Arlina: Apakah pengalaman paling berharga sepanjang menjadi askar? Omar: Ya banyak pengalan yang berharga buat atuk sebagai seorang yang kurang pendidikan seperti yang atok katakana atuk tidak dapat belajar pelajaran dizaman atuk, apa juga kursus, apa juga pelajaran dan (anu) atuk pergi, apa juga diajar banyak pengetahuan dan pelajaran pada atok katakana di zaman kini lagi banyak yang canggih yang perlu dipelajari jadi alhamdulillah atuk juga dapat pelajaran dan ajaran tentera. Arlina: Apakah harapan atuk terhadap Indonesia dan Malaysia? Omar: Ya (anu) sebagaimana kita dikatakan serumpun kita berharapkan tidak ada sengketa lagi seperti mana di zaman Presiden Sukarao yang menentang gagasan kita seperti tahun yang kita katakan tentang seribu sembilan ratus enam puluh tiga (1963), itu adalah satu kesilapan jadi sekarang pandangan atuk Alhamdulillah Indonesia sebagai serumpun nampaknya tidak ada reaksi apa-apa lagi yang ditunjukkan menentang penentangan ataupun sebagainya. Arlina : Pesanan atuk pada gencrasi muda? Omar : Pesanan atok pada generasi muda yang sekarang mendapat rahmat ye limpah rahmat, kemudahan, kesenangan, kemakmuran jagalah bersamasama ya. Walaupun tidak dalam tentera jagalah bersama-samalah kita menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita selamaIamanya. Itulah harapan atok yang man yang telah dilalui yang menikmati mengecap kenikmatan teruskan dengan keharmonian juga keamanan, keselamatan itu adalah zaman dulu ya zaman sekarang ini zaman kemajuan jadi teruskan menikmati segala apa juga kemakmuran yang ada.
Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
58
MR603
Transkrip Wawancara Bersama Pegawai Warren 1 (WOl) Omar Bin Hj. Osman, Mengenai Pengalaman Beliau Dalam Peristiwa Konfrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah Pada Tahun 1963
TAPEISIDEA 1. Siapakah nama atuk? 2. Siapakah nama panggilan atuk? 3. Apakah nama gelaran atuk disini? 4. Bagaimana atuk dapat panggilan itu? 5. Berapakah umur atuk sekarang? 6. Berapakah tarikh lahir atuk? 7. Dimanakah atuk dilahirkan? 8. Siapakah nama ibu atuk? 9. Siapakah nama Ayah atuk? 10. Berapa orangkah adik beradik atuk? 11. Adakah atuk seorang pesara? 12. Apakah pekerjaan atuk sebelum menjadi pesara? 13. Apakah aktiviti atuk lakukan pada masa lapang? 14. Bagaimana tahap kesihatan atuk sekarang? 15. Siapakah nama isteri atuk? 16. Bilakah atuk melangsungkan perkahwinan? 17. Berapakah umur atuk pada ketika itu? 18. Berapa orangkah anak-anak atuk sekarang? 19. Adakah atuk tinggal bersama mereka? 20. Apakah tahap pendidikan atuk? 21. Penglibatan atuk dalam tentera, adakah dengan kerelaan atuk? 22. Apakah pekerjaan pertama atuk? 23. Pada tahun berapakah atuk melibatkan diri denagan askar melayu? 24. Berapakah umur atuk pada ketika itu?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
59
MR603
25. Apakah misi atuk sebagai seorang askar? 26. Adakah atuk ditugaskan ketempat lain? 27. Siapakah idola atuk didalam bidang ini? 28. Apakah prinsip atuk menjadi seorang askar? 29. Adakah atuk pernah menerima apa-apa penganugerahan? 30. Apakah nama penganugerahan itu? 31. Apakah pandanagan atuk terhadap kerjaya seorang askar? 32. Adakah atuk benar-benar faham tenatang konfrontasi yang dilancarkan oleh Indonesia terhadap Malaysia? 33. Pada pandangan atuk tentang politik tu contohnya? 34. Pada tahun berapakah konirontasi dilancarkan? 35. Apakah pandangan atuk tentang kontrontasi yang dilancarkan? 36. Mengapakah konrrontasi itu dilancarkan? 37. Pada pandangan atuk mengapakah mdonesia merasakan penubuhan Malaysia baru itu merupakan ancaman bagi mereka? 38. Tidak mereka sedar bahawa penubuhan Malaysia akan memberi kebaikan pada mereka? 39. Adakah Indonesia mempunyai agenda tersembunyi di sebalik
konfrontasi
tersebut? 40. Kenapa PKI menentang? 41. Adakah atuk tahu tahun bilakah Malaysia ditubuhkan? 42. Pada pandangan atuk perlukah Malaysia ditubuhkan? 43. Mengapakah atuk berkata demikian? 44. Siapakah Perdana Menteri Malaysia ketika penubuhan tersebut? 45. Adakah Perdana Menteri kita tahu bahawa penubuhan Malaysia membawa kemarahan kepada Indonesia? 46. Pada masa itu apakah tindakan Perdana Menteri apabila Indonesia mengemukakan Konfrontasi terhadap Malaysia? 47. Siapa presiden Indonesia ketika berlakunya Konfirontasi? 48. Siapakah yang menjadi dalang dalam melancarkan Konrrontasi tersebut? 49. Tidakkah parti tersebut sedar bahawa tindakan tersebut hanya sia-sia?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
60
MR603
50. Selain Indonesia adakah negara lain turut telibat dalam Konrrontasi tersebut? 51.Pada pandangan atuk adakah Indonesia mendapat apa-apa faedah
daripada
Kontrontasi itu? 52. Di manakah tempat mula berlakunya penentangan terhadap penubuhanMalaysia? 53. Bagaimana kemuncak kepada penentangan tersebut? 54. Pada tarikh Konrrontasi adakah Malaysia mengalami masalah-masalah lain? 55. Berapa lamakah jangka masa Konrrontasi berlaku? 56. Selain daripada askar, adakah unit keselamatan lain terlibat dalam misi ini? 57. Adakah misi kerajaan berjalan lancar? 58. Sehingga tarikh Konfrontasi adakah Indonesia sebuah negara yabg benar-benar kukuh? 59. Kenapa Indonesia berminat dengan Sabah? 60. Kenapa Malaysia juga berminat dengan Sabah dan Sarawak? 61. Selain daripada daerah Tawau adakah kawasan-kawasan yang terlibat dengan Konrrontasi? 62. Bagaimanakah kelengkapan tentera pada waktu itu? 63. Adakah tentera di setiap negeri dikerah dari Semenanjung dikerah ke Tawau? 64. Apakah criteria pemilihan angkatan tentera untuk mewakili Malaysia dalam Konrrontasi ini? 65. Adakah misi ke Konrrontasi ini adalah misi utama Malaysia? 66. Berapa Menteri yang terlibat dalam menangani isu ini? 67. Bagaimankah ekonomi negara pada waktu itu? 68. Adakah keadaan itu memberi kesan kepada rakyat? 69. Bagaimana pula reaksi penduduk tempatan di Tawau pada waktu itu? 70. Adakah rakyat tempatan di sana menyebelahi Malaysia? 71. Bagaimanakah reaksi penduduk tempatan yang mereka memihak kepada Malaysia? 72. Apakah Ketua Menteri Sabah pada waktu itu? 73. Adakah sebarang latihan khas diberikan kepada askar terlibat di sana di Tawau? 74. Berapa lamakah atuk di Tawau? 75. Secara tidak langsung adakah negara lain yang menghantar tentera di Tawau?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1965
61
MR603
76. Apakah negara-negara Komenwel yang memberi bantuan? 77. Apakah contoh bantuan yang diberikan oleh British? 78. Sebelum atuk berangkat adakah atuk benar-benar jelas perbincangan kedua belah pihak? 79. Adakah negara lain juga berminat dengan Sabah dan Sarawak selain daripada Indonesia dan Malaysia? 80. Apakah istimewanya Sabah dan Sarawak? 81. Adakah badan-badan dunia yang menghulurkan bantuan? 82. Bagaimanakah hubungan Malysia dengan negara-negara lain waktu itu? 83. Di manakah tempat atuk bertugas pada waktu itu? 84. Adakah atuk ditempatkan dipejabat? 85. Apakah tugas khusus atuk: di situ? 86. Ketika Kontrontasi siapakah yang memberi sebarang arahan untuk melakukan sesuatu tugas? 87. Adakah setiap keperluan yang diperlukan oleh tentera dipenuhi oleh seperti kelengkapan berperang dan juga makanan? 88. Bagaimanakah keperluan itu disalurkan? 89. Berapakah jarak dari Pulau Labuan ke Tawau? 90. Semasa atuk di beri arahan untuk ke Sabah, dimanakah tempat atuk berkhidmat pada masa itu? 91. Berapa orang yang terlibat sama dengan atuk untuk ke misi itu? 92. Adakah yang dihantar ke Sabah battalion atuk daripada battalion atuk atau batalion lain? 93. Sebelum berangkat, adakah atuk diberi penerangan tentang konrrontasi di Sabah? 94. Apakah jawatan yang atuk sandang ketika ke Konrrontasi? 95. Berapa umur atuk ketika itu? 96. Apakah misi utama atuk dihantar ke Sabah? 97. Di Tawau apakah kaum-kaum yang terlibat dalam peperangan? 98. Apakah yang dimaksudkan dengan tentera upahan? 99. Apakah perasaan atuk ketika dimaklumkan yang atuk akan bertugas ke Sabah? 100.
Bagaimana pula perasaan isteri dan anak-anak atuk pada ketika itu?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah /963
62
MR603
101.
Berapa kalikah atuk dihantar oleh negara untuk berkhidmat?
102.
Siapakah yang mengetuai misi ke Sabah?
103.
Siapakah yang punya pangkat tertinggi yang turut mengikuti misi ke Sabah
104.
Berapa banyakkah berapa banyak battalion untuk ke sana?
105.
Adakah layanan yang diterima disana setaraf dengan jawatan yang disandang?
106.
Daripada tentera yang bersama?
107.
Adakah mereka yang bersama atuk mempunyai misi yang sama dengan atuk?
108.
Bagaimanakah perjalan atuk kesana?
109.
Apakah nama kapal yang atuk naiki?
110.
Dimanakah pengkalan kapal itu?
111.
Adakah atuk dan rakan-rakan mengalami sebarang kesulitan ketika hendak kesana?
112.
Bagaimana perasaan atuk ketika menghadapi masalah-masalah?
113.
Bagaunana atuk menghadapi dan menangani masalah ketika diatas kapal?
114.
Berapa lamakah jangka masa kapal untuk berhenti?
115.
Jadi berapakah jangka masa perjalanan dari Singapura ke Tawau?
116.
Adakah ini kali pertama atuk menaiki kapal?
117.
Berapa kalikah atuk menaiki kapal perang sebelum itu?
118.
Bagaimanakah dengan bekalan yang disediakan diatas kapal?
119.
Adakah apa yang disediakan itu mencukupi?
120.
Dalam masa perjalanan di atas kapal, apakah pengalaman yang atuk tak dapat Iupakan?
121.
Bagaimanakah dengan kesihatan atuk?
122.
Apakah perasaan atuk ketika mula-mula sampai di.. Tawau?
123.
Bagaimana keadaan tempat atuk, di sana?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
63
MR603
124.
Sewaktuatuktibaa^pantaituadakahserangano^pihaklawan?
125.
Apakah nama rasnni pasukan atuk?
126.
Sewaktu disana baigaimanakah keadaan atuk?
127.
Setibanya atuk disana apakah tugas pertama atuk?
128.
Sewaktu disana dapatkah atuk berhubung dengan keluarga atau pun rakanrakan di Semenanjung?
129.
Bagaimanakah serangan bermula?
130.
Berapa buah kapal terbang yang melintasi?
131.
Adakah mereka melepaskan tembakan?
132.
Bagaimanakah keadaan masa tu?
133.
Panik?
134.
Berapa lamakah atuk di kubu atau pun atuk memang kekal disitu?
135.
Berapakah jumlah orang tentera di headquaters pada mula-mula?
136.
Adakah atuk dihantar ke tempat lain untuk mengawal contohnya tepi pantai?
137.
Apakah bentuk komunakasi wujud ketika itu contohnya antara tentera dan tentera?
138.
Bagaimanakah untuk menghubungi headquaters di Semenanjung untuk mendapatkan maklumat
139.
Adakah itu dilakukan kor semboyan semata-mata?
140.
Adakah misi ini ada melibatkan orang awam disana?
141.
Contoh penglibatan orang awam?
142.
Bagaimana atuk berdepan dengan orang awam di Tawau?
143.
Adakah orang di Tawau menganut agama Islam?
144.
Adakah mereka berminat untuk belajar
145.
Tentang Islam?
146.
Jika tidak terlibat dengan sebarang misi bagaimana atuk meluangkan masa lapang disana?
147.
Adakah sebarang serangan hendap dari pihak lawan?
148.
Adakah atuk menyaksikan sebarang pertempuran disitu?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
64
IMR603
149.
Bolehkah atuk cerita pengalaman pertempuran yang dialami oleh rakan tentera atuk?
150.
Siapakah?
151.
Siapakah teman yang rapat dengan atuk terselamat daripada serangan hendap?
152.
Bagaimana cuaca di Tawau, ketika itu?
153.
Adakah atuk dapat sesuaikan diri dengan cuaca yang macam ni?
154.
Adakah atuk mengalami gangguan kesihatan?
155.
Bolehkah atuk cerita sedikit cara kehidupan rakyat di Sabah?
156.
Siapa yang menguasai balak?
157.
Dari segi cara kehidupan rakyat di Sabah apa yang paling menarik minat atuk?
158.
Bagaimana dengan kemudahan asas yang mereka terima pada waktu itu?
159.
Apakah peristiwa yang paiing tak dapat atuk lupakan sepanjang bersama dengan rakyat Sabah?
160.
Adakah bekalan perubatan mencukupi untuk mereka?
161.
Bagaimanakah sokongan penduduk setempat adakah mereka menyokong Malaysia atau pun lebih pro kepada Indonesia?
162.
Jadi masa atuk tak ada lah orang tempatan di situ pro Indonesia?
163.
Jadi tidak adatindakanyang diambil oleh kumpulan tu lah?
164.
Jika ada sebarang serangan siapakah yang selalu menjadi punca memulakan serangan?
165.
Berapa kalikah pertempuran yang melibatkan pertumpahan darah berlaku?
166.
Jika dibandingkan dengan pihak lawan tentera manakah yang paling ramai terkorban?
167.
Adakah terdapat tahanan dari pihak lawan?
168.
Jika ada tentera Indonesia yang dijadikan tawanan apa yang dilakukan kepada mereka?
169.
Adakah tawanan menentang atau pun berlaku agresif?
170.
Berapa ramaikah tentera yang terkorban?
Kon/rontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
65
IMR603
171.
Apa yang atuk dapatkan katakan tentang misi konrrontasi di Tawau sepanjang atuk disana?
172.
Setelah misi tamat adakah misi itu dirasakan berjaya?
173.
Bagaimanakah kesudahan konrrontasi disana adakah secara aman atau pun
174.
Pernahkah atuk terserempak atau pun berjumpa dengan tentera dari Indonesia?
175.
Berapa?
176.
Berapa lamakah jangka masa atuk disana, adakah sampai selesai konrrontasi atau pun atuk balik.
177.
Berapa lama jangka masa atuk di Tawau dan bila tarikh atuk balik?
178.
Arlina: Setelah tamat misi adakah atuk berasa berat hati untuk meninggalkan Sabah?
179.
Selepas atuk bertukar dari misi pertama adakah atuk mendengar sebarang berita yang tidak baik daripada rakan-rakan di Tawau?
180.
Tidak ada lagi tragedi?
181.
Pertumpahan darah?
182.
Banyak ke unit ke sana selepas atuk?
183.
Sepanjang tempoh konfrontasi itu, adakah atuk mendengar berita-berita dari pihak tentera Indonesia yang mereka akan menang ke?
184.
Apa yang dikatakan dengan sia-sia?
185.
Adakah Malaysia dapat menawan Sabah dan rakyatnya menerima dengan baik?
186.
Setelah ke Pulau Labuan bagaimana atuk kembali ke Tanah Air?
187.
Adakah atuk menaiki kapal yang sama sewaktu atuk datang?
188.
Selain daripada pasukan atuk adakah pasukan lain yang menaiki kapal terbang dengan atuk?
189.
Adakah atuk membawa pulang rakan-rakan yang tercedera atau pun yang terkorban?
190.
Berapa lamakah waktu perjalanan pulang?
191.
Berapa lamakah jangka masa konfrontasi itu berakhir?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
66
IMR603
192.
Pada pendapat atuk apakah kesan kepada peperangan ini?
193.
Apakah warna uniform atuk ketika balik dan pergi dulu sama ke?
194.
Selepas atuk ke Pulau Labuan adakah atuk menerima sebarang kenaikan pangkat?
195.
Adakah sewaktu <0i Tawau adakah Parti Komunis Malaysia bersengkokol dengan PKI Indonesia?
196.
Adakah sebarangan serangan persendirian daripada PKI?
197.
Di Tawau?
198.
Jadi PKI hanya sekadar dalang
199.
Okey apakah pandangan atuk terhadap Negara Indonesia sekarang?
200.
Secara peribadi apa yang dapat atuk ceritakan tentang pengalaman atuk sebagai tentera kepada generasi muda pada hari ni?
201.
Apakah pengalaman atuk yang generasi hari ini tak dapat rasa?
202.
Apakah pengalaman atuk yang generasi hari ini tak dapat
203.
Selepas bersara adlakah atuk berjumpa dengan teman seangkatan sewaktu di Tawau?
204.
Pada pendapat atuk apakah yang perlu seseorang itu miliki untuk menjadi seorang tentera yang berkualiti?
205.
Adakah atuk masih lagi terlibat dengan aktiviti tentera sekarang ini?
206.
Apakah pengajaran yang dapat atuk berikan kepada generasi muda maksudnya pengalaman sewaktu atuk di Sabah?
207.
Selepas atok di Tawau, adakah atuk ditempatkan diluar negara?
208.
Apakah pengalaman paling berharga sepanjang menjadi askar?
209.
Apakah harapan atuk terhadap Indonesia dan Malaysia?
210.
Pesanan atuk pada generasi muda?
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
67
Biodata
Nama Penuh: Omar b Hj. Osman Nama Panggilan: Pak Omar Umur: 68 Tarikh Lahir: 27 Ogos 1936 Tempat Lahir: Tapah Perak Agama: Islam Status:Berkahwin Pekerjaan sekarang: Pesara Adik-beradik: Anak kedua dari 5 beradik Nama Isteri: Maimunah Asal: Kelantan Bilangan Anak: 4 orang
Konjrontasi Malaysia-Indonesia di Tawau, Sabah 1963
ARKIB NEGARA MALAYSI A NATIONAL ARCHIVES 0F MALAYSIA Jalan Outa, Kuala Lumpur
PERJANJIAN MENGENAI SEJARAH LISAN Syarat-syarat mengenai wawancara yang telah diadakan antara Arkib Negara Malaysia dengan ..j?mcȣ
J?;....^..^."*!»^
•
Pada 2&.;..$.;...9^f.
1.
Pita rakaman hasil wawancara yang tersebut di atas adalah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia untuk disimpan buat selama-lamanya.
2.
Ketua Pengarah Arkib Negara akan mengambil apa-apa tindakan yang dirikirkannya perlu untuk memelihara pita rakaman ini.
3.
Ketua Pengarah Arkib Negara boleh membuat transkrip pita rakaman dan transkrip-transkrip ini perlu/tidak perlu disemak oleh pengkisah (interviewee).
4.
Pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada semua penyelidik sama ada dari Malaysia atau luar negeri yang bertujuan hendak membuat penyelidikan yang sah tanpa syarat-syarat/dengan syarat:-
Apabila petikan diambil dari pita rakaman/transkrip ini untuk digunakan di dalam penerbitan, tesis dll., sumbernya hendaklah diakui oleh penyelidik-penyelidik. 5.
Adalah dipersetujui bahawa pita rakaman/transkrip ini akan dibuka kepada penyelidikpenyelidik dalam dan luar negeri mulai dari Dipersetujui pada
Pengkisah (interviewee)
(tarikh). oleh kedua pihak yang berkenaan.
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia
PENDAHULUAN BERTKUT
ADALAH
RAKAMAN
WAWANCARA
MENGENAI
SEJARAH
LISAN
;
DENGAN Y. BHG / Y. BRS YANG MERUPAKAN SEORANG TOKOH
RAKAMAN INIDIJALANKAN DI
PADA
JAM
WA W ANCARA INIDDKENDALDKAN OLEH DAN DD3ANTU OLEH DENGAN SEGALA HORMATNYA KTTA MULAKAN RAKAMAN BVL ASSALAMUALAHCUM WR.WB. / SALAM SEJAHTERA
PENUTUP DEMTKIAN TADIWAWANCARA MENGENAI . SAYA BAGI PIHAK KETUA PENGARAH ANM, MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASE3 DIATAS KESUDIAN DALAM MEMBERJKAN PENGALAMAN DAN MAKLUMATNYA. SEMOGA HASDL RAKAMAN INI AKAN MEMBERHCAN MANAEAAT KEPADA PENDENGAR DAN PENYELDDK SERTA SETERUSNYA GENERASI AKAN DATANG. SAYA SUDABJ DENGAN UCAPAN RTBUAN TEREYIA KASD3 DAN WASALLAMMUALATKUM WR. WB.