Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah
FCPO
Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah
Didagangkan di Bursa Malaysia
ANDA JENIS PELABUR YANG MANA SATU?
FCPO NIAGA HADAPAN MINYAK SAWIT MENTAH MALAYSIA KINI TERSENARAI DI CME GLOBEX ® • • • • •
Akses Global Pendedahan kepada minyak makan dan lemak yang paling banyak dikeluarkan dan dieksport Tanda aras harga global untuk minyak makan Kontrak Komoditi Niaga Hadapan yang diiktiraf dan boleh dagang di seluruh dunia Pengguna kontrak yang pelbagai
KOD TIK FCPO Setiap pelabur mempunyai matlamat yang berbeza, dan pendekatan anda untuk mencapai matlamat tersebut bergantung kepada keinginan risiko/pulangan pelaburan anda. Anda boleh mengenal pasti anda jenis pelabur yang mana satu dalam carta ini dan di samping produk yang terdapat dalam brosur ini, anda juga boleh mempertimbangkan produk-produk lain untuk dimasukkan dalam portfolio anda.
PELBAGAIPILIHANKHUSUSUNTUK
SETIAPPELABUR DIBURSAMALAYSIA
•
CME Globex® Contoh
: BMD\FCPO\kod bulan kontrak yang relevan : BMD\FCPO\MAR14
•
Bloomberg
: KOA Comdty CT (Go)
•
Thomson Reuters :
+ + Contoh : Kontrak DEC3
•
Interactive Data Contoh
: F:FCPO\Mnn, yang M ialah kod bulan dan nn ialah nombor tahun : F:FCPO\F14
1
1
2
APAKAH FCPO?
MENGAPA BERDAGANG DALAM FCPO?
FCPO ialah kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah dalam Ringgit Malaysia (“RM”) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives, memberi peserta pasaran tanda aras harga global bagi Pasaran Minyak Sawit Mentah sejak Oktober 1980 dalam Bursa Niaga Hadapan Komoditi. Dengan rekod prestasi yang mengagumkan selama lebih daripada 30 tahun, harga FCPO di Bursa Malaysia Derivatives telah menjadi titik rujukan bagi pemain pasaran dalam industri minyak makan dan lemak.
1. Akses Global
Saiz Kontrak: Setiap kontrak FCPO adalah bersamaan dengan 25 tan metrik Penyelesaian: Kontrak ini adalah kontrak boleh serah secara fizikal
FCPO didagangkan secara elektronik melalui CME GLOBEX®, sebuah platform dagangan elektronik global. Akses kepada CME Globex® adalah mudah dan membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia untuk mengakses kesemua produk Bursa Malaysia Derivatives. 2. Mengurus Risiko Harga Syarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang boleh menggunakan FCPO untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada risiko pergerakan harga MSM yang tidak menentu dalam pasaran fizikal. 3. Membuat Spekulasi Pergerakan Harga Pedagang boleh menggunakan FCPO untuk mendapatkan pendedahan leveraj kepada pergerakan harga MSM. 4. Dapatkan pendedahan segera kepada Pasaran Komoditi Melalui FCPO, pengurus dana global, penasihat dagangan komoditi dan pedagang perusahaan boleh menjadi sebahagian daripada pasaran komoditi yang aktif.
2
3
3
4
SERAHAN FIZIKAL DAN PROSES TENDER
Pemberitahuan Tender • Peserta dengan pemegang jualan bulan terkini boleh menghantar Pemberitahuan Tender untuk serahan MSM semasa tempoh tender (1hb – 20hb bulan terkini). • Pemberitahuan Tender hendaklah diserahkan kepada Pusat Penjelasan sebelum 12:00 tengah hari untuk pemprosesan pada hari yang sama Resit Simpanan e-Negotiable (e-NSR) • Penjual yang berhasrat untuk mendapatkan penilaian MSM untuk serahan kepada pasaran mestilah menyerahkan MSM ke Pepasangan Tangki Pelabuhan yang diluluskan oleh Bursa. • Selepas penilaian MSM, pemilik Pepasangan Tangki Pelabuhan hendaklah mengeluarkan e-NSR.
MARGIN DAN MATA WANG DILULUSKAN
Margin Permulaan hendaklah didepositkan dengan Broker Niaga Hadapan berlesen anda sebelum memulakan dagangan. Semua deposit mata wang untuk Margin Permulaan adalah tertakluk pada kadar potongan seperti yang ditentukan oleh Bursa Malaysia Derivatives Clearing dari semasa ke semasa. Walaupun, Margin Perubahan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM), Margin Permulaan diterima dalam bentuk mata wang lain seperti yang tersenarai di bawah: •
Ringgit Malaysia (RM)
•
Dolar AS (USD)
•
Pound British (GBP)
Nasihat Tender dan Peruntukan Serahan • Pusat Penjelasan akan memperuntukkan e-NSR kepada Peserta Penjelasan Pembelian masing-masing pada asas berkadar dan seterusnya memperuntukkan e-NSR pada asas rawak di peringkat pelanggan.
•
Euro (EUR)
•
Dolar Hong Kong (HKD)
•
Yen Jepun (JPY)
•
Renminbi China (RMB)
Tempoh Sekatan Tender • Sekatan untuk penutupan kedudukan kontrak bulan terkini dijalankan satu hari perniagaan sebelum Tempoh Tender bermula dan berlanjutan hingga Tempoh Tender berakhir.
•
Dolar Singapura (SGD)
•
Dolar Australia (AUD)
Kitaran Tender dan Pembayaran • Fi tender akan dipaparkan dalam akaun penjual dan pembeli pada Hujung Hari tender. • Kitaran serahan tender FCPO ialah dua hari perniagaan. Peserta Pembeli akan membayar jumlah tender dan Peserta Penjual akan menerima bayaran dua hari perniagaan selepas tender. • e-NSR akan dikeluarkan kepada Pembeli selepas bayaran diterima.
4
Sila rujuk kepada Broker Niaga Hadapan berlesen anda mengenai bentuk cagaran lain yang diluluskan.
5
5
CONTOH DAGANGAN
Senario 1 – Perlindungan Nilai Syarikat Perladangan
Senario 2 – Perlindungan Nilai Penapisan
Sebuah syarikat perladangan menghasilkan 20,000 TM sebulan (240,000 TM setahun). Disebabkan oleh kelembapan ekonomi global, syarikat perladangan menjangkakan permintaan MSM yang lebih rendah. Kontrak FCPO Bursa Malaysia Derivatives membenarkan syarikat perladangan melindung nilai sehingga 2 tahun ke hadapan dengan menjual kontrak niaga hadapan.
Sebuah syarikat penapisan MSM Malaysia menerima tempahan untuk menghantar 10,000 tan metrik minyak sawit diproses. Walau bagaimanapun, ia hanya mempunyai MSM yang mencukupi untuk memenuhi 80% daripada transaksi ini dan menghadapi kekurangan 2,000 tan metrik. Ia ke pasaran fizikal untuk menampung kekurangan ini tetapi tidak dapat mencari penjual dalam pasaran menaik. Oleh sebab pasaran menjangkakan harga yang lebih tinggi, beliau mengutamakan pembelian pada harga semasa untuk melindungi margin keuntungan beliau.
Syarikat perladangan membuat keputusan untuk melindung nilai 50% daripada pengeluarannya sehingga 6 bulan ke hadapan pada FCPO Bursa Malaysia Derivatives. Pada 13hb April 2012, pedagang menjual 400 kontrak atau 10,000 TM setiap bulan sehingga Sept 2012.
Bulan
Apr 12 Mei 12 Jun 12 Jul 12 Ogos 12 Sep 12
Harga Jualan
U/R U/R bersih untuk (per 400 tan kontrak metrik)
(RM/TM)
Harga selepas tamat tempoh untuk serahan fizikal (RM/TM)
3,568 3,517 3,510 3,497 3,477 3,459
3,510 3,225 2,848 3,065 2,862 2,936
58 292 662 432 615 523
Untung / (Rugi) Bersih
(RM)
(RM) 580 ribu 2.92 juta 6.62 juta 4.32 juta 6.15 juta 5.23 juta
Syarikat ke Bursa Malaysia Derivatives dan membeli 80 kontrak FCPO (80 kontrak x 25 tan metrik per kontrak = 2,000 tan metrik) pada harga lazim. Beliau kini telah mengunci harga belian dengan berkesan dan akan menunggu proses tender untuk menerima serahan MSM.
Senario 3 – Mengarbitraj Pusat perdagangan melihat korelasi harga minyak sawit fizikal dan pasaran FCPO telah melencong daripada spread biasanya, dan FCPO didagangkan pada premium kepada pasaran fizikal. Ia memutuskan untuk menjual FCPO dan membeli MSM fizikal untuk mengarbitraj. Kedudukan akan dicairkan kemudian apabila spread harga antara keduadua pasaran kembali normal.
25.82 juta
Syarikat perladangan memperoleh RM 25.82 juta daripada jualan niaga hadapan 6 bulan ke hadapan dengan menggunakan kontrak FCPO Bursa Malaysia Derivatives.
6
7
6
APAKAH PRODUK LAIN YANG KAMI TAWARKAN?
Senario 4 - Manfaat daripada Pasaran Menurun Merujuk kepada pengeluaran buah sawit yang tinggi tahun ini, Fairuz menjangkakan harga MSM akan jatuh. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menurun, beliau boleh menggunakan kontrak Niaga Hadapan FCPO dengan cara berikut: Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) didagangkan pada RM2,360 Senario: FCPO dijangka JATUH Langkah 1: Jual satu kontrak FCPO pada RM2,360 Dengan andaian FCPO menurun ke RM2,340 Langkah 2: Beli satu kontrak FCPO pada RM2,340 Untung kasar FCPO: RM500 (RM 25 x 20) Beliau juga boleh menggunakan strategi yang sama (jualan singkat) untuk mana-mana petunjuk lain semasa pasaran menurun.
Derivatif Ekuiti •
Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI)
•
Opsyen atas Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (OKLI)
•
Niaga Hadapan Saham Tunggal (SSFs)
Derivatif Kewangan •
Niaga Hadapan Kadar Ditawarkan Antara Bank KL 3-Bulan
(KLIBOR) (FKB3)
•
Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 3-Tahun (FMG3)
•
Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 5-Tahun (FMG5)
Senario 5 – Manfaat daripada Pasaran Menaik
Derivatif Komoditi •
Niaga Hadapan Emas (FGLD)
Anda melihat peningkatan harga Minyak Mentah lazimnya dicerminkan dalam peningkatan harga MSM. Beliau menjangkakan harga Minyak Mentah akan meningkat. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menaik, beliau boleh menggunakan kontrak FCPO dengan cara berikut:
•
Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)
•
Opsyen atas Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (OCPO)
•
Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)
•
Niaga Hadapan Minyak Sawit Isirung Mentah (FPKO)
Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) didagangkan pada RM2,360 Senario: FCPO dijangka MENINGKAT Langkah 1: Beli satu kontrak FCPO pada RM2,360 Dengan andaian FCPO meningkat ke RM2,400 Langkah 2: Jual satu kontrak FCPO pada RM2,400 Untung kasar FCPO: RM1,000 (RM25 x 40) Beliau juga boleh menggunakan strategi yang sama untuk mana-mana penunjuk lain semasa pasaran menaik.
8
9
7
MEMULAKAN PERDAGANGAN
Langkah 1 Buka Akaun Dagangan Niaga Hadapan dengan Broker Niaga Hadapan berlesen di Bursa Malaysia Derivatives.
Langkah 2 Deposit Margin Permulaan dengan Broker Niaga Hadapan anda.
Langkah 3 Mula berdagang FKLI.
Bagaimanakah saya ketahui lebih lanjut? Sila hubungi Broker Niaga Hadapan pilihan anda yang akan menasihati dan memberikan maklumat terkini kepada anda dengan sewajarnya. Anda juga boleh menghadiri pelbagai seminar pendidikan yang tersenarai di laman web Bursa Malaysia.
10
Penafian Brosur ini telah disediakan bertujuan untuk memberikan maklumat umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalam brosur ini bukan merupakan nasihat undang-undang, kewangan atau pelaburan ataupun membuat sebarang cadangan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang disebut di sini. Walaupun segala usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat dalam brosur ini, Bursa Malaysia tidak menjamin atau mewakili, sama ada secara nyata atau tersirat tentang ketepatan atau kelengkapan maklumat di sini. Bursa Malaysia tidak menerima sebarang liabiliti terhadap apa jua keputusan pelaburan atau dagangan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat bebas untuk setiap pelaburan dan/atau dagangan.
BURSA MALAYSIA BERHAD Exchange Square Bukit Kewangan 50200 Kuala Lumpur Malaysia Tel: +(603) 2034 7000 Fax: +(603) 2026 3584 Email: [email protected]
www.bursamalaysia.com