TAJUK 7: TEKNIK-TEKNIK MEMBACA
NordinTahir IPG Kampus Ipoh
TEKNIK-TEKNIK MEMBACA Teknik membaca SQ3R Teknik membaca KWLH
Teknik Directed Reading (DR-TA)
2
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
i. Teknik Membaca SQ3R Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik
dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941).
3
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
S-SURVEY (Tinjau) Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan
gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning. 4
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
Q-QUESTION (Penyoalan / Pertanyaan) • Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks. Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks. Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar. Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan – peramalan jawapan yang paling relavan. 5
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
R1-READ (Baca) Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi
6
tumpuan kepada teks yang dibaca. Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi. Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan. Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan. Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini bererti pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks. Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
R2-RECITE (Imbas Kembali) Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada
7
peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks. Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka. Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
R3- REVIEW (Baca Semula) Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula
8
soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat. Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas. Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question / pertanyaan. Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan. Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
ii. Teknik Membaca KWLH Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan / teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi. Noin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
9
K W L H Bermaksud: (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan. W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan. L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca. H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut. K
10
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
Tujuan Teknik KWLH Diterapkan Dalam Pengajaran Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iii. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan. iv. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa). i.
11
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
Contoh Teknik KWLH
12
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
iii. Teknik Directed Reading (DR-TA) ( Aktiviti Membaca Berfikir Terarah) Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer,
(1969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej, simbol, grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan mengesahkan sari pati / isi maklumat yang dibaca.
13
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
Pendekatan Yang Digunakan Ialah Dengan Cara Guru Membimbing Pelajar: Menggerakkan pemikiran pelajar: “Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...:” ii. Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: “Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ...” iii. Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka. i.
14
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
Tujuan Teknik DR-TA: Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/teks secara kritis dan reflektif. ii. Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks. iii. Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca. iv. Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca. v. Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca. vi. Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar. vii. Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca. Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh. i.
15
Fasa I ialah hasilan / produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid.
Langkah-langkah dalam Fasa 1: Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca. i. Guru menggalakkan pelajar membuat ramalan teks/hipotesis tentang judul cerita, melalui perbincangan kelas. ii. Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar. Ramalan yang tidak tepat disanggah. iii. Mencatat segala ramalan.
16
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
Soalan Guru: Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah ditunjukkan, atau ii. Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang dipaparkan/tayangkan. iii. Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafsirkan. iv. Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi? v. Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat anda ramalan yang paling baik / benar. Hujahkah / berikan sebab. i.
17
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu
Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan
membuat poster, laporan, berdrama, dan menjalankan aktiviti yang sesuai. Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepas pembacaan, dan kecekapan-kecekapan yang diperoleh untuk melihat perkembangan dan pencapaian.
18
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
Kelebihan Teknik DR-TA Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan
pengajaran bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. i. Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai. ii. Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan membuat ramalan. iii. Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi makna. iv. Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna dalam frasa atau perkataan. v. DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian yang dikehendaki. 19
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.
RUJUKAN 1. Ramlan Bin Hamzah, Lily Mastura Binti Harun, Phd.(2008).Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 3. Khalid Mohamad Noor. (2005). Belajar Teknik Belajar. Bentong : PTS Publication Sdn. Bhd.
4. Noran Fauziah Yaacob dan Ahmad Mahzan Ayub. (1993). Guru Dan Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
20
Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus Ipoh.