Sijil Pengajian Ugama Al-Zuhri
TAMADUN ISLAM Ekonomi Islam Sesi Ke-Tujuh
1
SUMBER BAITUL MAL
HARTA MASYARAKAT
1234-
ZAKAT FITRAH ZAKAT HARTA SEDEKAH WAKAF
HARTA NEGARA
HARTA UMUM
1- HARTA RAMPASAN: (Ghanimah & Fay’ ) 2- CUKAI: ( Kharaj, Jizyah,Usyur ) 3- HARTA TANPA WARIS 4- HARTA KARUN.
1- PERLOMBONGAN 2- PERUSAHAAN 3- PERNIAGAAN 4- PERTANIAN DAN LAIN-LAIN. 2
BAITUL MAL • SEJARAH PENUBUHAN & • PERLAKSANAANNYA
3
BAITUL MAL PADA ZAMAN KHULAFA’ ALRASYIDIN • Bermula sejak zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar tapi masih di peringkat awal dan tidak menyeluruh. • Penubuhan rasmi Baitul Mal ialah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. • Khalifah Umar telah menyediakan buku kira-kira negara untuk mengetahui wang keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. • Perlaksanaan Baitul Mal telah dibuat secara sistematik. 4
BAITUL MAL DI ZAMAN BANI UMAYYAH • PENGEMASKINIAN SISTEM PUNGUTAN CUKAI. – Kadar Jizyah bagi orang yahudi diturunkan. – Jizyah juga dikenakan ke atas orang Islam bukan berketurunan Arab ( Kaum Mawali ). • Telah Menyebabkan ramai orang Islam memberi sokongan kuat kepada Revolusi Abbasiyah. – Kharaj ( Cukai Tanah ) - turut dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah orang Islam.
5
PERLAKSANAAN BAITUL MAL DI SEPANYOL • Setelah ditakluki oleh kerajaan Bani Umayyah, Pentadbiran secara Islam telah dilaksanakan. • Perlaksanaan Baitul Mal lebih teratur & teliti. • Sumber pendapatan bertambah – terutama daripada hasil pertanian, perlombongan & perdagangan. • Tidak berlaku penyelewengan dalam pengendalian atau pengagihan wang Baitul Mal. 6
PERLAKSANAAN BAITUL MAL DI ZAMAN ‘ABBASIYYAH
• MENGALAMI TIGA ZAMAN: –1- Zaman Pembinaan –2- Zaman Kegemilangan –3- Zaman Kegelapan – Berlaku Pemborosan.
–Menghadapi masalah kewangan. 7
PERLAKSANAAN BAITUL MAL DI CHINA SEBELUM 1800M • Jenis cukai yang dilaksanakan: – 1- Cukai Tanah – 2- Cukai Kepala – 3- Cukai Perdagangan • Membentuk Jabatan Urusan Perdagangan (Department For Trade) – Fungsinya: • 1- Menyelia atau mengawasi kelancaran perdagangan (import – eksport) • 2- Menguruskan pemungutan cukai dan pemeriksaan 8 ke atas barangan perdagangan.
ZAKAT • PENGERTIAN ZAKAT: • Zakat Dari segi bahasa zakat bererti "bersih", "suci", "subur", "berkat" "berkembang dan “kedamaiaan ". Pengertian "bersih“ dan "suci" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat tercela terhadap harta. 9
• Zakat dari segi syara' ialah mengeluarkan sebahgian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh syara'. • Zakat terbahagi 2: –1- Zakat Harta –2- zakat Fitrah 10
• ALLAH BERFIRMAN: • Bermaksud: “ Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka ”. – (Surah al-Taubah ayat 103)
• Dalam Al-Quran perkataan Zakat diberi 7 makna: – 1- Shahadah – 2- Zakat – 3- Kebaikan – 4- Zakat Fitrah – 5- Suci – 6- Halal – 7- Sadaqah 11
HIKMAH ZAKAT UNTUK DIRI SENDIRI: • Menyuci dan mengembangkan harta; • Lahir rasa bersyukur dengan pemberian Allah; • Membawa suatu rasa keamanan dan kesejahteraan. 12
UNTUK MASYARAKAT: Mengurangkan perasaan iri hati diantara mereka yang kurang berkemampuan;
Memberi satu panduan Islam dalam menguruskan ekonomi dan kewangan;
Membolehkan pembahagian sebahagian kekayaan orang-orang yang kaya kepada orangorang yang miskin.
13
JENIS HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT 1- Binatang Ternakan ( unta,lembu,kerbau,kambing) 2- Biji-bijian dan Buah-buahan 3- Harta Perniagaan/Perdagangan 4- Emas ,Perak dan termasuk matawang. 5- Harta Galian *** Jenis Zakat di Singapura: Wang Simpanan, wang CPF, Perniagaan, Saham dan Emas. 14
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT • • • •
Muslim. Hak milik penuh harta. Cukup nisab. Cukup haul. (1 Hijrah = 354.5 hari) .
15
ZAKAT FITRAH • Zakat fitrah merupakan suatu amalan yang menyucikan diri manusia dari sudut ibadat. • Kewajipan zakat fitrah • Ketua Keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga tanggungannya. • Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah. 16
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri keluarga atau tanggungannya ialah
• Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari • Memeluk Islam sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan masih Islam selepas terbenam matahari. 17
WAKTU MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5: 1- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. 2- Waktu yang paling afdhal: Sebelum sembahyang Hari raya 3- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan 4- Waktu makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal 5- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal. *** Rujukan: Panduan Ilmu Fiqh – Syeikh Omar Al-Khatib 18
ZAKAT PERNIAGAAN • Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan samada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan, atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan samada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat koperasi atau saham perniagaan atau sebagainya. 19
SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN ***Apabila cukup nisab dan haul 2.5 % zakat dikenakan ke atas harta (perniagaan).
• Islam - Hanya orang Muslims yang perlu membayar zakat. Didalam perniagaan dimana hak milik terbahagi kepada orang Muslim dan orang bukan Muslim, hanya hak milik orang Muslim dikenakan zakat. 20
• Hak milik penuh - Zakat dikenakan ke atas 'shared capital' atau saham syarikat yang dimiliki pemilik syarikat tersebut setelah ditolak sebarang wang yang dipinjam untuk membeli saham-saham tersebut. • Niat untuk membuat perniagaan. • Niat untuk membayar zakat. • Cukup haul. • Cukup nisab. 21
ZAKAT EMAS • Emas merupakan logam yang berharga. Manusia menjadikannya nilai tukaran wang. Sementara syariat pulamenjadikan emas sebagai kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat telah mewajibkan zakat ke atas pemilik kedua jenis barangan tersebut apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun. 22
Dalil Wajib Zakat Emas: Firman Allah S.W.T: Maksudnya: "Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab siksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Taubah: 34).
23
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi, dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada suatu hari yang lamanya 50 ribu tahun, sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya". (Riwayat Muslim). 24
Jenis-jenis emas yang wajib dikenakan zakat: • Emas yang tidak digunakan atau dipakai bermakna emas yang tidak pernah digunakan atau dipakai selama setahun. Jika jumlah emas itu melebihi 86 grams (nisab), mesti lah dikenakan zakat sebanyak 2.5%. Kadar nisab untuk emas adalah sama dengan 86 grams emas.
• Emas yang dipakai. Jika berat emas itu lebih dari uruf, mesti lah dikenakan zakat keatas jumlah yang melebihi uruf. Sebagai contoh, uruf ditetapkan kepada $5,000 atau sekitar 120 gram. 25
ZAKAT WANG SIMPANAN Simpanan bermakna duit yang disimpan di:
• • • •
Simpanan semasa Simpanan tetap Duit ditangan Insuran
26
Cara Pengiraan Zakat Simpanan Boleh dikira dengan menggunakan salah satu cara- cara berikut: • 2.5% zakat dikenakan ke atas jumlah tahunan terendah jika jumlah tersebut adalah sama atau melebihi nisab dan cukup haul nya. • 2.5% zakat dikenakan ke atas jumlah bulanan terendah jika jumlah tersebut adalah sama atau melebihi nisab dan cukup haul nya. • 2.5% zakat dikenakan ke atas baki terakhir jika jumlah tersebut adalah sama atau melebihi nisab dan cukup haul nya. 27
ZAKAT CPF Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam kumpulan Wang Simpanan dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Terbahagi 2: 1- Medisave Account 2- Ordinary Account 28
•
Medisave Account
Wang dari Mediasave account tidak boleh dikeluarkan dan pengunaannya hanya terbatas pada apa yang tetapkan oleh CPF Board. Ia tidak dikenakan zakat kerana ia adalah milik yang tidak sempurna. • Ordinary Account
Wang dari Ordinary account dikenakan zakat apabila ia cukup nisab dan haul. Ini bermakna ia wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya. Walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung CPF. 29
• Keputusan Fatwa Wang CPF bagi pekerja-pekerja Islam wajib dikeluarkan zakat bila cukup nisab dan haulnya. ***Cara Pengiraan Zakat CPF: Hanya simpanan semasa dikira dan diberikan tunggakkan sehingga pekerja tersebut boleh mengeluarkan wang CPF nya. Zakat diatas 'special account' mesti dibayar apabila wang CPF boleh dikeluarkan. Wang yang ada di dalam 'medisave account' tidak dikenakan. • Zakat dikenakan sebanyak 2.5% daripada baki wang CPF pada setiap tahun apabila cukup nisab dan haul. 30
31
ZAKAT SAHAM • Saham disini bermaksud wang yang dilaburkan didalam perniagaan. Zakat dikenakan keatas saham yang dibeli dengan wang seseorang. Saham yang dibeli dengan wang pinjaman (contoh; menggunakan 'loan') mesti lah ditolak daripada jumlah keseluruhan saham sebelum zakat dikira. 32
33
KHARAJ • Kharaj pada asalnya merupakan Cukai yang dikenakan ke atas pemilik sesuatu bidang tanah yang ditakluki oleh tentera Islam, sama ada melalui peperangan atau secara aman. • Kadar yang dikenakan 10% • Kharaj al-Muqasamah – diurus oleh kerajaan • Kharaj Wazifah – Kharaj Kawasan. • Kharaj al-Ihtizam – diurus oleh pemilik tanah 34
Perbezaan Antara Tanah Kharaj & Tanah Zakat. • Secara umum tanah yang dimiliki oleh orang Islam dinamakan Tanah Zakat • Tanah yang dimiliki oleh bukan Islam dinamakan – Tanah Kharaj. • Tanah rampasan perang yang tidak bertuan – Secara Mutlak menjadi - Tanah Kharaj *** sama ada diusahakan oleh orang Islam atau bukan Islam.
35
ORANG YANG DIKENAKAN KHARAJ • Cukai Kharaj dikenakan ke atas Tanah yang telah ditentukan tidak kira sama ada pemiliknya: – Merdeka / Hamba – Islam / Bukan Islam. *Jika pemiliknya Zimmi telah memeluk Islam dan tanahnya dibeli oleh orang Islam, Maka tanah tersebut tetap dikenakan cukai Kharaj.
36
JIZYAH & PERLAKSANAANNYA • Jizyah dalam bahasa Arab bererti cukai perlindungan • Berasal dari perkataan Jaza’ – Ganti rugi tau Balasan terhadap kebaikan dan keburukan. • Menurut Kamus Dewan – JIZYAH merupakan suatu pemberian UFTI yang dibayar oleh individu atau negara bukan Islam kepada negara Islam yang memerintahnya. • Jizyah juga didefinasikan sebagai – Cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan Islam (Zimmi) yang menetap atau bernaung di bawah pemerintahan Islam yang diberikan perlindungan oleh negara Islam ke atas keselamatan Jiwa dan harta benda mereka. 37
TUJUAN JIZYAH • Merupakan balasan terhadap usaha dan penat lelah yang dicurahkan oleh orang Islam bagi melindungi mereka. • Menguntungkan mereka yang membayar Jizyah kerana - mendapat perlindungan keselamatan dan diberikan kebebasan beragama dan dikecualikan daripada bertugas dalam tentera. 38
SYARAT JIZYAH • Orang bukan Islam (Zimmi) yang diwajibkan membayar Jizyah mestilah mempunyai syarat-syarat tertentu: – Sihat dari segi fizikal & mental – Akil Baligh – Lelaki – Berkemampuan – Sihat – Selamat dari bencana – Merdeka 39
Kategori Jizyah • JIZYAH SECARA BAIK – Dibuat di atas dasar kerelaan dan persetujuan bersama terhadap perjanjian dan kadar Kharaj tersebut. • JIZYAH SECARA PAKSA – Pihak pemerintah sendiri yang menentukan kadarnya. 40