16 - 28 Februari 2017 / Bil.21 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma /
[email protected]
Jauhar
Suara Hati Bangsa Johor
rm 26 juta untuk pelbagai pembangunan di parlimen sembrong >8
LEBIH RM 20 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN PARLIMEN LEDANG
>6
IPD JB SELATAN IBU PEJABAT POLIS TERBAIK SELURUH JOHOR > 5
Bersama wakil rakyat anda, dr. adham baba > 13
BERHENTI SEBAGAI JURUTERA UNTUK JADI USAHAWAN SENI MUZIK & DRAMA > 17
JAB. IMIGRESEN TIDAK KOMPROMI JIKA BABITKAN PATI > 14
KPRJ FOKUS PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT JOHOR & SAKJ FASA 5 TAHUN INI OLEH AFANDY YUSOF JOHOR BAHRU - Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) kini melangkah ke hadapan dengan mengambil tanggungjawab untuk membangunkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ). Empat lokasi telah dikenalpasti untuk pembinaan awal adalah di Tangkak, Mersing, Senibung dan Kampung Masai, Kong Kong. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPRJ, Abdul Razak Mohd Yusoff, pembinaan rumah mampu milik Johor ini akan dibina dalam tiga kategori iaitu mengikut kesesuaian serta kemampuan rakyat. Misalnya bagi Perumahan Kerajaan Johor Jenis A (PKJA) adalah berharga RM42,000; Perumahaan Kerajaan Johor Jenis B (PKJB) RM80,000 dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berharga RM150,000. “Kita menjangkakan majlis pecah tanah bagi projek ini pada bulan Mac sehingga bulan Jun tahun ini di kesemua lokasi yang telah saya sebut tadi. “Pembinaan rumah untuk rakyat Johor akan kita laksanakan selepas selesai majlis pecah tanah dan KPRJ mengambil tanggungjawab untuk membina rumah yang berkualiti dan selesa untuk rakyat Johor,” kata Abdul Razak.
Wartawan Jauhar sedang menemuramah Abdul Razak.
Menurut beliau lagi, sebanyak 147 unit rumah akan dibina di Sagil, Tangkak di atas tanah seluas 8.67 ekar sementara di Kampung Tanglu, Mersing sebanyak 320 unit rumah di atas tanah seluas 20 ekar. Kerajaan Negeri komited untuk mengutamakan perkara paling asas kepada rakyat iaitu sebuah rumah, terutama bagi mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak. Selain itu, KPRJ juga masih meneruskan usaha menyiapkan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) yang berbaki
15 buah lagi yang dijangka siap sebelum bulan Jun tahun ini. 61 buah dari 76 buah SAKJ telah siap dibina pada 2016 dan disiapkan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan malah pembinaannya dalam keadaan yang benar-benar berkualiti. KPRJ yakin mampu menyiapkan baki SAKJ lebih awal dari jangkaan sebenar sebelum meneruskan fasa baru seperti yang disarankan oleh Menteri Besar iaitu SAKJ Fasa 5, kata Abdul Razak. SAKJ bagi Fasa 5 berjumlah
30 buah akan dibina di seluruh Negeri Johor selepas selesai KPRJ menyiapkan baki 15 buah lagi sebelum Jun ini. Fasa 5 adalah pembinaan bangunan SAKJ yang baru dan KPRJ akan melaksanakan pembinaan mengikut jadual serta akan mengekalkan konsep yang sedia ada. Walaupun KPRJ menumpukan usaha pembinaan rumah mampu milik Johor dan SAKJ yang sedia ada serta yang baru bagi Fasa 5 namun KPRJ juga tetap melaksanakan prasarana lain untuk kemudahan rakyat
Johor. Misalnya pembinaan prasarana penempatan semula penduduk Kampung Sinaran Kempas sedang giat diusahakan untuk keselesaan dan kemudahan penduduk kampung tersebut. Abdul Razak juga menyebut bahawa KPRJ akan memberikan komitmen penuh dalam usaha membina prasarana untuk rakyat Negeri Johor dan akan sentiasa memberikan keselesaan kepada setiap pembangunan terutama melibatkan perumahan yang dibina.
2 BERITA
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
JAMBATAN KG TELOK RIMBA YANG HANYUT DIGANTI BARU
Mohamed Khaled ketika meninjau tapak lama jambatan yang runtuh.
OLEH AFANDY YUSOF TANGKAK - Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang meninjau keadaan jambatan lalulintas sederhana (Medium Traffic Bridge - MTB) yang mengalami kerosakan teruk akibat hujan lebat pada 19 Januari lalu mengarahkan pembinaan jambatan baru dilaksanakan dengan serta merta. Mohamed Khaled yang mengadakan lawatan kerja ke Tangkak dan Parlimen Ledang pada 6 Februari lalu, mengambil masa hampir 30 minit untuk meninjau sendiri keadaan jambatan yang rosak dan sebahagiannya telah dihanyutkan arus.
Jambatan sepanjang 60 meter dengan lebar 4.1 meter itu menghubungkan Kg Telok Rimba ke Kg Parit Penghulu, Sungai Rambai di dalam Mukim Kundang adalah juga laluan bagi kenderaan ringan menuju ke Melaka. Runtuhan di bahagian tengah tiang dan jambatan yang menjadi penghubung antara dua kampung dan negeri ini telah menyebabkan kesukaran bagi penduduk yang menggunakan laluan ini untuk rutin harian mereka. Segala aktiviti harian penduduk setempat terjejas sejak 19 Januari lalu akibat tiada lagi jambatan penghubung darat yang berdekatan.
Penduduk dan orang ramai yang menggunakan jambatan ini terpaksa mengambil jalan lain untuk ke kampung seberang dan menambah jarak dari 60 meter kepada 25 kilometer dan memakan masa lebih 30 minit. Mohamed Khaled dalam ucapannya selepas melakukan tinjauan itu memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan memberikan keutamaan kepada permasalahan tersebut. “Kerajaan Negeri sentiasa peka kepada masalah rakyat negeri ini dan apa juga yang melibatkan kemudahan awam, kita akan bertindak dengan segera. Kerajaan telah memperuntukkan
lebih RM1.2 juta untuk membina jambatan baru bagi menggantikan MTB yang telah rosak dan berusia hampir 30 tahun itu,” ujarnya. Seorang penduduk tempatan, Razali Ahmad dari Kg Telok Rimba ketika ditemui Jauhar berkata; “Saya sebagai penduduk dan pengguna jambatan ini sebagai laluan untuk ke negeri Melaka tentunya gembira apabila Kerajaan Negeri membina jambatan baru serta merta apabila jambatan lama dihanyutkan arus. “Jambatan ini amat penting kepada kami para penduduk dan keperihatinan Kerajaan Negeri membina jambatan baru meng-
gantikan jambatan lama adalah tepat pada masanya,” ujar Razali. Mohamed Khaled juga mengambil kesempatan untuk turut minum petang bersama penduduk setempat selepas selesai melakukan lawatan dan tinjauan ke tapak pembinaan jambatan baru tersebut. Jambatan baru yang akan dibina adalah bersebelahan dengan jambatan lama tetapi pembinaan jambatan baru ini bakal memiliki stuktur yang lebih kukuh. Pembinaan jambatan baru ini akan mengambil masa tiga bulan dan dijangka siap sepenuhnya pada awal bulan Mei nanti sebelum dapat digunakan oleh orang ramai.
YAYASAN SULTANAH FATIMAH UNTUK BANTU ANAK MUDA KAUM TIONG HUA BERNIAGA PERLU DIMANFAATKAN OLEH NUR SHIQAH HASNGADON JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Yayasan Sultanah Fatimah yang ditubuhkan khusus untuk membantu anak-anak muda dari keturunan Tiong Hua yang berhasrat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tetapi tidak mempunyai modal yang cukup perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Majlis sambutan Tahun Baru Cina di Taman Molek, Johor Bahru.
Sejumlah RM1 juta telah diperuntukkan untuk membantu dari segi pelbagai aspek terutamanya dalam sektor perniagaan. “Bagi kaum Tiong Hua, kita telah ada Yayasan Sultanah Fatimah dengan bertujuan untuk membantu anak-anak muda yang berhasrat untuk melibat-
kan dan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tetapi tidak mempunyai modal yang cukup bagi memulakan perniagaan mereka. “Selain itu, dana ini juga akan disalurkan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka meringankan kos hidup,” ujar Mohamed Khaled dalam ucapan ketika hadir pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Molek, di sini pada 5 Februari baru-baru ini. Tambah Mohamed Khaled lagi, jika yayasan ini dapat
melaksanakan segala perkara yang dirancang dengan sebaik-baiknya maka peluang untuk mendapatkan dana dari pelbagai pihak adalah sangat cerah. Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Johor, Dato’ Teo Kok Chee telah dilantik sebagai pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah. “Penubuhan yayasan ini telah memberikan satu jalan penyelesaian kepada anak muda yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang cukup.
“Saya berharap matlamat penubuhan yayasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa yang lain agar rakyat sentiasa bersama dan bersatu. “Saya dan seluruh kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian akan berusaha untuk turun padang memberi perkhidmatan kepada rakyat di tempat masing-masing untuk memastikan kesejahteraan bersama,” tambah Teo ketika di temui Jauhar. Teo turut memaklum-
kan Yayasan Sultanah Fatimah akan mula bergerak secara menyeluruh setelah ahli jawatankuasa yayasan dilantik dan dipenuhi untuk keberkesanan gerak kerja dan perkara itu akan dibincangkan dengan Mohamed Khaled terlebih dahulu. Pengumuman mengenai yayasan ini dibuat pada 27 April 2015 sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor dan penubuhannya sudah mendapat perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang memberi sumbangan sebanyak RM1 juta sebagai dana permulaan. Penubuhan yayasan tersebut diumumkan baginda dalam Majlis Santapan Malam Bersama Masyarakat Tiong Hua Negeri Johor sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini. “Sempena dengan sambutan Kemahkotaan, saya bersetuju supaya ditubuhkan satu yayasan kebajikan untuk masyarakat Tiong Hua di Negeri Johor dengan diberi nama Yayasan Sultanah Fatimah dan sebagai modal permulaan, saya akan memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM1 juta kepada yayasan tersebut,” titah baginda.
BERITA 3
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
MUAR : KERJASAMA ERAT BAWA KEBAIKAN UNTUK RAKYAT Lebih RM20 juta telah diperuntukan untuk pembangunan di sekitar kawasan Parlimen Muar sempena lawatan kerja MB
Mohamed Khaled meninjau projek pembersihan dan pengindahan Sungai Muar di Muar Waterfront.
MUAR – Kerjasama erat antara semua agensi, jabatan negeri dan persekutuan merupakan penyumbang besar kepada penyelesaian pelbagai isu setempat di kawasan Parlimen Muar. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika lawatan kerja seharinya ke kawasan itu, memuji kerja-kerja yang dilaksanakan oleh semua pihak dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. “Saya percaya pengiktirafan Muar sebagai Bandar Diraja tidak akan disia-siakan oleh semua dan usaha berterusan akan dilakukan agar ia membangun dan maju sesuai dengan tarafnya.
“Saya bersyukur dan senang hati dengan lawatan ke Muar ini kerana memang tiada mana-mana masalah besar yang dihadapi. Tahniah kepada Ahli Parlimen Datuk Razali Ibrahim, Pegawai Daerah dan semua agensi serta jabatan yang terbabit,” kata beliau. Lebih RM20 juta telah diperuntukan untuk pembangunan di sekitar kawasan Parlimen Muar sempena lawatan kerja beliau kali ini. Peruntukan itu adalah bagi pelaksanaaan pelbagai projek pembangunan seperti jalan kampung, sekolah agama dan pelbagai projek kecil lain. Selain pelbagai peruntu-
kan yang diumumkan itu, lawatan kerja itu berjaya menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang lain seperti pemilikan tanah. Mengenai tuntutan hak milik tanah Sungai Pulai yang terletak di DUN Sungai Balang, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu sebelum akhir tahun ini. “Kita telah buat keputusan, walaupun jumlah permohonan yang dikemukanan lebih ramai daripada jumlah tanah yang ada, Kerajaan Negeri bersetuju sebelum akhir tahun ini untuk adakan pemilihan untuk menentukan siapa yang dapat hak milik tersebut,” katanya.
LEBIH RM50 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN PARIT SULONG
Mohamed Khaled ketika sesi ‘walkabout’ yang diadakan di Pasar Pagi Jalan Ibrahim, Batu Pahat sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Parit Sulong.
BATU PAHAT – Lebih RM50 juta peruntukan diumumkan untuk pelbagai projek pembangunan di kawasan Parlimen Parit Sulong, sempena Lawatan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ke kawasan itu pada 23 Januari lalu. Ia termasuk peruntukan untuk sekolah agama, sistem perparitan, jalan raya, jambatan, masjid dan kemudahan peniaga. Dalam ucapannya, Mohamed Khaled mengumumkan peruntukan RM50,000 bagi menambah baik infrastruktur di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Mampan. Bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan sistem saliran, perparitan dan jeti, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor memperuntukkan RM5 juta bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Mesra Alam Batu Pahat Fasa 1 (Skim Saliran Peserai). JPS juga akan melakukan kerja-kerja naik taraf parit tanah kepada longkang u-drain di Kampung Parit Raja Ahmad, Mukim 4 dengan peruntukan RM500,000. Sejumlah RM700,000 juga diperuntukkan untuk projek
menambak dan membina jeti baru di kawasan Pantai Wawasan Simpang 5. Daripada jumlah itu, RM350,000 masing-masing adalah bagi kerja-kerja penambakan dan pembinaan jeti berkenaan. Kerajaan Negeri turut bersetuju memperuntukkan sejumlah RM200,000 untuk membina jeti baru di kawasan sungai Nibong Laut, Mukim 4 bagi kemudahan nelayan di situ. Mengenai kemudahan jalan raya di kawasan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM37 juta untuk projek penyelenggaraan, naik taraf dan pelebaran jalan kampung di kawasan parlimen berkenaan. Kerajaan Negeri juga meluluskan peruntukan sejumlah RM100,000 bagi menurap jalan masuk ke Madrasah Baitul Bayan, Simpang 5. Mengenai kemudahan peniaga dan golongan usahawan di kawasan parlimen itu, Kerajaan Negeri juga mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi projek membaik pulih kerosakan Bazar Niaga Parit Sulong dan RM500,000 un-
tuk menaik taraf dataran dan membina kiosk penjaja di pekan Sri Medan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membina semula pasar buah-buahan di Pasar Awam Batu Pahat dengan kos RM600,000. Berkenaan pembinaan masjid di kawasan parlimen itu, Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sejumlah RM7.8 juta untuk membina empat buah masjid iaitu Masjid Jamek Kampung Bintang, Peserai (RM2.20 juta), Masjid Jamek Parit Baru Mukim 18 Seri Medan (RM2 juta), Masjid Taman Industri Seri Sulong (RM2.15 juta) dan Masjid Pt Singgahan 4 Seri Medan (RM1.48 juta). Selain itu, sejumlah RM200,000 diperuntukkan oleh Kerjaan Negeri untuk membaik pulih Masjid Gambut, Mukim 2 Bagan. Yang turut hadir sama pada lawatan kerja itu ialah Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani.
4 BERITA
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
144 UNIT RUMAH MAMPU MILIK DI TANGKAK OLEH NUR SAKINAH ROSHAN TANGKAK - Sebanyak 144 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) akan mula dibina di sini mulai Julai ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan dari sekarang. Ini membuka harapan kepada masyarakat setempat untuk memiliki rumah mampu milik yang bakal dijual pada harga RM150,000 dan RM80,000 seunit. Projek dengan kos lebih RM20 juta itu bakal dibangunkan di atas tanah seluas lapan ekar di Sagil, Mukim Tangkak. Ia akan dikenali sebagai Perumahan Komuniti Johor (PKJ) Pakej A dengan harga RM150,000 dan PKJ B bernilai RM80,000 seunit. Majlis Pecah Tanah RMMJ di Sagil telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di sini pada 6 Februari lalu sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Ledang. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Abd Razak Mohd Yusoff berkata, walaupun projek pembinaan masih belum bermula tetapi KPRJ telah menerima banyak permohonan. “Permohonan RMMJ di sini kami fokuskan untuk penduduk di sekitar Tangkak agar masyarakat setempat dapat merasai pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri,” kata Abd Razak ketika ditemui Jauhar. Dalam pada itu, Menteri Besar turut menyumbang barangan keperluan dapur dan wang tunai kepada 21 orang anak yatim, 20 golongan asnaf dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan 20 lagi di kalangan penduduk sekitar Tangkak.
Mohamed Khaled menghulurkan bantuan kepada warga emas di Sagil, Tangkak.
TERMINAL BAS DAN TEKSI DI BANDAR BARU BUKIT GAMBIR, TANGKAK
Chua Tee Yong (empat dari kanan) menyerahkan cenderahati kepada Mohamed Khaled pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Meninggikan Akhlak Che Thai Khor.
PERUNTUKAN RM92.5 JUTA BAGI BAIK PULIH DAN NAIK TARAF JALAN YONG PENG-SEGAMAT Replika Gambir Square yang bakal dibina bersama Hentian Bas dan Teksi Bandar Baru Bukit Gambir.
OLEH NUR SHIQAH HASNGADON BUKIT GAMBIR (TANGKAK) - Penduduk setempat bakal menerima sebuah terminal bas dan teksi yang lebih selesa sebagai pusat kemudahan pengangkutan awam tidak lama lagi. Acara pecah tanah tapak pembinaan terminal itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada 6 Februari lalu. Projek itu merangkumi pelbagai kemudahan termasuk pusat komersial, kiosk jualan dan medan selera untuk melengkapkan lagi aktiviti awam. “Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk koskos pembinaan dan kemajuan projek ini sehingga siap dibina. Saya berharap semua penduduk di kawasan ini dapat menggunakan dan menjaga kemuda-
han ini sebaik-baiknya untuk dikongsi bersama,” ujar Mohamed Khaled. Pembinaan projek ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan tersebut serta memudahkan masyarakat setempat menggunakan pengangkutan awam terutamanya pengangkutan seperti bas dan teksi. Projek Terminal Bas dan Teksi Bukit Gambir ini terdiri daripada 10 unit parkir bas, 10 unit parkir teksi, ruang menunggu, tiga unit kaunter tiket serta bilik pemandu. Turut bakal dibina adalah empat unit kedai, lapan unit kedai makan, medan selera, surau dan tandas. Selain itu, pondok pengawal dan polis turut disediakan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman kawasan terminal sepanjang masa.
LABIS – Kerajaan Persekutuan memperuntukan RM92.5 juta bagi menaik taraf dan baik pulih laluan sepanjang 40 kilometer Jalan Yong Peng-Segamat. Ini akan meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk sekitar kawasan ini selepas ia siap dibina kelak. Ahli Parlimen Labis, Dato’ Chua Tee Yong ketika mengumumkan demikian berkata, kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan tersebut dapat memberi manfaat kepada rakyat dalam meningkatkan ekonomi serta pembangunan di kawasan Parlimen Labis apabila siap kelak. “Sebenarnya kita menyedari kekurangan dari segi perhubungan jalan raya sebelum ini memberi kesan terhadap pembangunan kawasan Parlimen Labis yang kaya dengan hasil pertanian serta tempat-tempat menarik dan turut boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang berpotensi. “Ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap sebarang masalah dihadapi oleh rakyat dan mereka perlulah merebut
setiap peluang yang ada untuk meningkatkan ekonomi mereka untuk kehidupan lebih baik,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Labis yang diadakan sempena lawatan kerja Menteri Besar di Pusat Meninggikan Akhlak Che Thai Khor di sini pada 2 Februari lalu. Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd Azhar Ibrahim dan Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad. Usaha mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf jalan tersebut dibuat empat tahun lalu dan diluluskan pada pertengahan 2016. Projek tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat bermula awal tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Pengguna jalan raya berkemungkinan akan mengalami beberapa gangguan serta kesulitan sepanjang tempoh penambahbaikan dijalankan.
BERITA 5
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
KONSEP 3K CIPTA KEJAYAAN IPDJBS telah menerima pengiktirafan sebagai ‘Ibu Pejabat Polis Terbaik’ bagi seluruh Negeri Johor mengalahkan 13 IPD yang lain setelah memperolehi mata tertinggi iaitu melebihi 92%
OLEH AFANDY YUSOF JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (IPDJBS) berjaya membuktikan konsep 3K yang menjadi amalan wajib para anggotanya telah membuahkan hasil yang membanggakan. Konsep 3K yang diamalkan telah menjadikan IPDJBS antara yang terbaik dalam negara dan menerima banyak anugerah serta pengiktirafan daripada ketua polis negara. Maksud 3K itu adalah (i) Kualiti Modal Insan, (ii) Kualiti Sistem Kerja dan (iii) Kualiti Perkhidmatan agar pihak polis sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan serta suasana di samping menjadi pendamping kepada masyarakat dalam membantu mengikut lunas-lunas yang ditetapkan. Falsafah yang pertama, ‘Kualiti Modal Insan’ menuntut agar anggota dan pegawai polis mestilah menjadi tenaga kerja yang mempunyai kualiti yang tinggi sentiasa bersikap positif, berintegriti, amanah, jujur, berakhlak mulia dan mempunyai ciri-ciri insan yang dihormati. Anggota dan pegawai juga harus menjadi seorang yang berilmu tentang undang-undang, kemanusiaan, kemasyarakatan serta sentiasa sensitif dengan persekitarannya.
Untuk falsafah yang kedua, ‘Kualiti Sistem Kerja’ sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP), melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, mengikut undang-undang dalam apa juga tindakan dari segi tangkapan, siasatan sehingga kepada pertuduhan termasuk penyusunan maklumat serta sistem penyimpanan fail-fail penting. Falsafah yang ketiga adalah ‘Kualiti Perkhidmatan’, iaitu apabila falsafah yang pertama dan kedua diamalkan maka akan terhasil perkhidmatan yang terbaik serta berkualiti kepada masyarakat dan komuniti di samping mengharumkan nama pasukan. Dengan amalan sistem 3K kepada semua pegawai, anggota dan kakitangan di bawah pentadbiran IPDJBS telah membuktikan keberkesanan sistem itu sehingga mengharumkan nama ibu pejabat polis daerah tersebut. Pada Februari tahun lalu, IPDJBS telah menerima anugerah ‘Ibu Pejabat Polis Daerah Terbaik’ seluruh Malaysia sempena ‘Ops Selamat tahun Baru Cina’ mengatasi 157 IPD yang lain. Dalam Laporan Pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis
Negara (KPN) dan dilakukan audit oleh Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah bersama pegawai dari Bukit Aman pada 7 November hingga 10 November 2016 ke seluruh IPD di Negeri Johor telah menjadikan IPDJBS sekali lagi menempa sejarah. Pemeriksaan dan audit dari pelbagai sudut serta bahagian, sistem pengurusan fail, kertas siasatan, senjata api, laporan aktiviti dan semua yang melibatkan perkara di bawah pentadbiran IPDJBS termasuk balai-balai polis, IPDJBS telah menerima pengiktirafan sebagai ‘Ibu Pejabat Polis Terbaik’ bagi seluruh Negeri Johor mengalahkan 13 IPD yang lain setelah memperolehi mata tertinggi iaitu melebihi 92%. Lebih menarik lagi, Balai Polis Pelangi Indah di bawah pentadbiran IPDJBS juga telah menerima anugerah ‘Balai Polis Terbaik Keseluruhan’ dengan mendapat markah sebanyak 98% dan mengalahkan lebih 100 buah balai polis dalam Negeri Johor. Bagi Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Komisioner Polis (ACP) Sulaiman Salleh, (gambar) konsep 3K yang
Surat dan piala yang diterima.
diperkenalkan oleh beliau adalah selari dengan misi dan visi PDRM itu sendiri. “Saya bawa dan perkenalkan Konsep 3K ini adalah untuk memastikan bahawa setiap pegawai, anggota dan kakitangan di bawah pentadbiran saya mengamalkan sistem ini untuk menjadi seorang yang benar-benar komited dalam tugas,” ujar Sulaiman. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan, aktiviti kesedaran membanteras jenayah, kesedaran bahaya dadah dan menjadikan masyarakat sebagai rakan dan sahabat polis telah dilaksanakan oleh IPDJBS. Sulaiman juga tegas dalam
melaksanakan tugas termasuk meletakkan papan tanda peringatan dalam premis IPDJBS sendiri yang berbunyi “Jadilah seorang pegawai POLIS dalam ertikata sebenar-benarnya POLIS, kita tidak memerlukan adanya PENJENAYAH dalam Pasukan Polis (PDRM). Kesungguhan beliau selaku ketua polis daerah dalam memastikan jenayah dapat dibendung, trafik menjadi lancar, gejaga dadah dapat dibanteras, jenayah perdagangan dapat dikawal dan pelbagai lagi perkara yang menjadi tanggungjawabnya telah mendapat pengiktirafan sewajarnya.
TRAGEDI SATU PENGAJARAN KEPADA IBU BAPA DAN SEMUA JOHOR BAHRU – Tragedi yang meragut nyawa lapan orang remaja dalam kemalangan pada awal pagi 18 Februari lalu ketika mereka sedang berbasikal di tengah-tengah Jalan Lingkaran Dalam, bukan sahaja satu pengajaran untuk ibu bapa tetapi membuka mata semua pihak. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dalam reaksi segeranya turut meminta semua ibu bapa dan semua pihak berusaha memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang lagi. “Saya mewakili pentadbiran kerajaan negeri Johor menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga dan waris mangsa kemalangan jalan raya yang meragut nyawa lapan orang remaja. Semoga roh mereka yang pergi dalam kejadian tragis itu ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi Allah. Saya berharap seluruh keluarga dan waris mangsa yang terbabit agar bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. “Saya juga mendoakan agar mereka yang tercedera dalam kejadian itu segera kembali pulih. Kejadian ini mendukacitakan dan saya menyeru semua pihak termasuk ibu bapa dan
Asiah menziarahi keluarga arwah Mohamad Azrie Danish Zulkefli di Taman Sinaran Kempas
agensi berkaitan agar berusaha memastikannya tidak berulang kembali, ” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi itu, lapan remaja maut, manakala lapan lagi cedera termasuk dua dalam keadaan kritikal selepas sekumpulan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun dirempuh sebuah kereta. Ekoran insiden tersebut, ramai yang bertanya apakah yang dilakukan oleh remaja-remaja
berkenaan berbasikal di kawasan bandar pada awal pagi. Ramai juga yang menyeru agar ibu bapa lebih perihatin dan mencegah anak mereka berkeliaran pada lewat malam atau pada waktu yang tidak sepatutnya. Malah ada yang mendesak supaya pihak berkuasa memperkenalkan undang-undang menghalang remaja di bawah umur daripada berkeliaran di
luar rumah tanpa ditemani ibu bapa atau orang dewasa pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Asiah Md Ariff berkata, kesesuaian masa dan tempat aktiviti berbasikal melibatkan remaja bakal dibincangkan di peringkat Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan tragedi yang menimpa lapan pelajar sekolah yang dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam, tidak berulang. Asiah berkata, tragedi yang berlaku memberi pengajaran kepada semua pihak dalam mengendalikan anak-anak yang sedang meningkat remaja supaya tidak terlepas pandang. Menurutnya, isu berkenaan akan terus diberikan perhatian pihaknya di bawah portfolio Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Kita akan membincangkannya di peringkat Mesyuarat Kerajaan Negeri khususnya membabitkan isu kesesuaian masa dan tempat untuk golongan remaja berbasikal. “Jika kita lihat tragedi yang meragut nyawa lapan remaja ini, masa kejadian adalah pada awal pagi dan lokasi kemalangan
berlaku juga tidak sesuai untuk mereka menunggang basikal,” katanya ketika ditemui media di sini pada 20 Februari lalu selepas menziarahi kediaman keluarga dua remaja yang maut iaitu arwah Mohamad Azrie Danish Zulkefli,14, di Taman Sinaran Kempas. Asiah kemudiannya menziarahi keluarga arwah Muhammad Shahrul Nizam Maruddin di Flat Desa Mutiara, Bandar Dato’ Onn. Kedua-dua mangsa merupakan rakan sekelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Mohamed Rahmat, Kempas. “Apa pun yang berlaku jadikan ia sebagai pengajaran kepada ibu bapa. Hubungan dua hala dengan anak-anak perlu dijaga supaya kita dapat mengawasi pergerakan mereka dan anakanak juga perlu memaklumkan kepada keluarga jika ingin ke mana-mana. “Berdasarkan makluman ibu bapa mereka tidak diberitahu oleh anak-anak yang mahu berbasikal bersama rakan-rakan malah lokasi kejadian itu juga jauh daripada kediaman mereka. Ini bukan masanya untuk mencari kesalahan dan masyarakat juga perlu memainkan peranan,” katanya.
6 BERITA
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
LEBIH RM20 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN PARLIMEN LEDANG TANGKAK – Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan lebih RM20 juta bagi tujuan pembangunan di Parlimen Ledang. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan demikian berkata, antara perkara-perkara yang dipertimbangkan dalam peruntukan tersebut adalah soal keperluan rakyat untuk memiliki rumah. “Untuk tujuan tersebut, sebanyak 144 unit rumah mampu milik akan dibina di Sagil yang merangkumi komponen kedai, Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berharga RM150,000 dan RM80,000 seunit. “Selain itu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi pembinaan RMMJ di Jalan Payamas melibatkan kerja-kerja Pengambilan Balik Tanah (PBT) di kawasan seluas 25 ekar,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina sempena lawatan kerjanya ke
Parlimen Ledang, di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim, di sini pada 6 Februari lalu. Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Tangkak, Abdul Alim Abd. Shukor; Ahli Parlimen Ledang, Datuk Dr. Ir. Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gambir, Datuk M. Asojan, ketua-ketua jabatan dan wakil pelbagai agensi kerajaan negeri dan juga persekutuan. Ledang merupakan kawasan Parlimen ke-7 dalam rangka lawatan Menteri Besar sejak awal tahun ini. Sebelum ini beliau telah melakukan lawatan kerja ke Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar dan Labis. Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan;
JOHOR KEMUKAKAN SEMULA PERMOHONAN BINA HSA II DI BAWAH RMK11 PASIR GUDANG - Kerajaan Negeri akan mengemukakan semula permohonan bagi membina Hospital Sultanah Aminah (HSA) II di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi menampung peningkatan jumlah pesakit di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dato’ Ayub Rahmat berkata, permohonan tersebut dibuat berdasarkan pertambahan pesakit, selain mengekang pengaliran keluar doktor pakar daripada hospital kerajaan. “Kerajaan Negeri juga menyimpan hasrat untuk mewu-
judkan wad swasta di HSA 2 sekiranya diluluskan untuk pembinaan. Cadangan ini juga akan membolehkan pesakit mendapat rawatan kelas pertama seperti di hospital swasta lain dengan kadar lebih murah,” jelasnya dalam sidang media selepas melancarkan Seminar ‘Komunikasi Perubahan Tingkah Laku’ (COMBI) di Dewan Serbaguna Taman Mawar pada 7 Februari lalu.
Pada masa sama, keadaan ini akan mewujudkan peluang kepada doktor pakar tanpa perlu berpindah atau meletak jawatan. “Mungkin ada yang mendapat tawaran daripada hospital swasta, lebih-lebih lagi gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi berbanding gaji normal (basic) oleh kerajaan, jadi mereka pilih untuk berhenti. “Tetapi menerusi wad swas-
ta ini, kita beri peluang untuk mereka guna kepakaran di wad swasta. Ini merupakan situasi menang-menang buat mereka kerana masih berkhidmat dengan kerajaan dan mampu meningkatkan pendapatan,” ujarnya. Sebelum ini, permohonan untuk membina HSA 2 pernah dibuat pada 2015, juga di bawah RMK11 tetapi tidak mendapat kelulusan. Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim berkata, seminar yang diadakan ini adalah untuk
memberikan kesedaran dan menggerakkan masyarakat dalam bersama-sama membasmi gejala yang memudaratkan kesihatan seperti penyakit denggi. “MPPG selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kawasan Pasir Gudang akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kesedaran ini untuk memastikan pencegahan yang dilaksanakan akhirnya akan mendatangkan kesan serta hasil yang positif,” katanya. Seminar COMBI yang diadakan merupakan anjuran MPPG dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.
KETUA MASYARAKAT SABAH PERTAMA DI NEGERI JOHOR OLEH NUR SHIQAH HASNGADON PASIR GUDANG - Kerajaan Negeri Johor telah mewujudkan satu jawatan baru iaitu Ketua Masyarakat Sabah - yang pertama seumpamanya di negeri ini. Penyandang pertamanya ialah, Ibrahim Taib, 39, yang akan berkhidmat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas yang juga merupakan kawasan petempatan masyarakat Sabah paling besar di Johor. Pelantikan jawatan Ketua Masyarakat Sabah itu bertujuan sebagai perantara dan rujukan berhubung perihal masyarakat Sabah, disamping untuk menjaga kebajikan mereka dalam aspek pendidikan, keagamaan dan adat tradisi pelbagai kaum Sabah yang bermastautin di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan ini adalah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan kerjasama dan persefahaman bersama masyarakat Sabah yang mene-
tap di Negeri Johor akan terus terjalin secara positif. “Kewujudan jawatan ini juga salah satu lambang kesepakatan, penerimaan dan kerjasama Kerajaan Negeri Johor sendiri terhadap masyarakat Sabah yang menetap di sini. “Di Negeri Johor sendiri, kerajaan sangat mengambil berat tentang keadaan dan kedudukan masyarakat Sabah serta memastikan hubungan itu akan terus erat demi kesejahteraan semua,” tambah Khaled dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Pasar Muafakat Sabah@Johor dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Masyarakat Sabah Johor di sini pada 4 Februari lalu. Pelantikan ini adalah satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul sebaik-baiknya oleh Ibrahim untuk membantu masyarakat Sabah di sini dari segi penerimaan budaya, sistem masyarakat tempatan, pendidikan dan juga ekonomi mereka. “Di sini saya juga mengambil tang-
gungjawab mencari langkah bagaimana untuk membantu masyarakat Sabah dari segi perniagaan terutamanya dalam mempromosikan produk-produk dari negeri di bawah bayu itu sendiri. “Saya juga berharap agar masyarakat Sabah dapat meningkatkan taraf hidup mereka di sini dengan inisiatif yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri,” ujar Ibrahim ketika di temui Jauhar. Pelantikan ini adalah atas persetujuan semua Jawatankuasa Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) di Negeri Johor dan watikah pelantikan telah disampaikan oleh Mohamed Khaled sendiri. Kerajaan Negeri juga akan membuat pelantikan kedua bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada masa akan datang. Kini jumlah keseluruhan masyarakat Sabah yang menetap di Negeri Johor adalah kira-kira 20,000 orang dan di Pasir Gudang sendiri telah mencecah hampir 13,000 orang.
BERITA 7
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
HANYA SULTAN BERKUASA MUTLAK DALAM MEMBERI KURNIAAN DARJAH KEBESARAN Semenjak pemerintahan Sultan Abu Bakar sehingga Sultan Ibrahim bermula dari tahun 1886 hingga kini, hanya 763 individu sahaja yang dikurniakan pangkat Dato’ daripada Sultan Johor JOHOR BAHRU - Pihak Istana Johor menegaskan tiada pihak atau mana-mana individu yang boleh memberi sokongan atau mencalonkan sesiapa untuk mendapatkan kurniaan darjah kebesaran daripada Sultan Johor termasuklah Kerajaan Negeri mahupun Jumaah Diraja Johor. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli berkata demikian apabila pihak Istana Johor telah menerima surat daripada seorang individu mencadangkan satu nama sebagai penerima darjah kebesaran tersebut pada 8 Februari lalu. “Gelaran Dato’ Johor adalah tertakluk di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan menjadi kuasa mutlak Sultan untuk memilih siapa yang berhak menerimanya tanpa melibatkan orang tengah. “Calon yang dipilih juga tertakluk kepada individu yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dalam memberi perkhidmatan berguna kepada Raja, negara serta rakyat. “Selain itu, seseorang yang dipilih juga haruslah mempunyai kepandaian, kesetiaan dan integriti yang tinggi serta bakal melalui saringan seperti semakan daripada polis serta mah-
kamah untuk rekod jenayah atau memastikan tidak diisytiharkan muflis,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan pada 15 Februari lalu. Malah menurut beliau, calon turut perlu melalui semakan mahkamah syariah bagi memastikan tiada kesalahan berkaitan hal ehwal agama dan bakal penerima kurniaan juga tiada kesalahan melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Selepas proses saringan, Jumaah Majlis Diraja Johor akan memaklumkan kepada penerima secara bertulis sehari atau dua hari sebelum majlis penerimaan darjah kebesaran tersebut. Abdul Rahim menasihatkan orang awam serta seluruh rakyat negeri ini agar tidak terpedaya dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang mencalonkan nama untuk menerima darjah kebesaran sempena Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor. Menurut beliau lagi, kurniaan yang diberikan adalah satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh penerima kerana individu tersebut menjadi orang yang memilih dan mengesahkan pengganti apabila raja mangkat.
Abdul Rahim menerangkan tentang Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dalam sidang media yang berlangsung.
Semenjak pemerintahan Sultan Abu Bakar sehingga Sultan Ibrahim bermula tahun 1886 hingga kini, hanya 763 individu sahaja yang dikurniakan pangkat Dato’ daripada Sultan Johor. Dalam pada itu, Abdul Rahim turut mengumumkan enakmen baharu iaitu Rang Undang-undang Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggu-
naan Tidak Wajar) Negeri Johor 2017 bertujuan untuk memartabatkan institusi Diraja Johor daripada dieksploitasi oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang bakal dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri hujung Mac ini. Enakmen tersebut bakal membendung dan mencegah penyalahgunaan lambang, jata,
gelaran dan anugerah serta penggunaan nama yang berkaitan dengan institusi Diraja Johor. Malah, penggunaanya perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri atau Sultan Johor antaranya seperti nama perumahan, taman, bangunan yang tidak boleh sama sekali menggunakan nama yang berkaitan dengan insitusi Diraja Johor.
UNIT BERKUDA POLIS DIPERKENALKAN DI JOHOR OLEH NUR SAKINAH ROSHAN JOHOR BAHRU - Polis Johor telah memperkenalkan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) pada 8 Februari lalu sekaligus bukan sahaja menarik perhatian ramai malah memudahkan lagi rondaan dibuat di laluan-laluan sempit dan terpencil yang kerap menjadi tumpuan aktiviti jenayah ragut atau curi motosikal. Unit berkuda ini menggunakan baka Polo melakukan rondaan di kawasan seluas 15 kilometer persegi di sekitar Jalan Wong Ah Fook dan bandar raya Johor Bahru. Unit tersebut mula diperkenalkan pada 2015 di Kuala Lumpur dan sehingga kini mempunyai 63 ekor kuda terlatih di seluruh negara. Rondaan berkala akan dilakukan bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PSP Bukit Aman, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Fadhli Daud (atas) berkata, semua kuda yang dibawa ke sini sudah dilatih selama setahun untuk membiasakan dengan
bunyi letupan dan tembakan. “Pada permulaan kita sudah menghantar empat ekor kuda dan setiap pasukan menjalankan rondaan yang dianggotai oleh tiga orang anggota polis wanita dan seorang lelaki. “Khidmat kuda digunakan kerana mempunyai kelebihan ‘high visibility’ dan anggota boleh melihat pandangan lebih jauh iaitu sejauh 200 meter jika dibandingkan rondaan menggunakan motosikal atau pasukan polis peronda (MPV),” katanya lagi. Tambah Mohd Fadhli lagi, sekiranya anggota unit berkuda melihat aktiviti yang mencurigakan mereka akan memaklumkan kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (IPD-JBS), Superintenden (Supt.) M.Kumar (atas kanan) berkata, Unit Berkuda ini adalah satu inisiatif Polis Diraja Malaysia untuk menarik dan
mendampingi masyarakat dalam usaha menjaga keselamatan awam. “Rondaan dengan unit berkuda ini sekaligus dapat menjadi tarikan pengunjung yang datang ke sini,” ujar beliau ketika ditemui. Majlis Pelepasan Unit Berkuda PSP bagi IPD JBS disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah I, IPD-JBS, Supt. Rapeah Abdul Wahid di Jalan Wong Ah Fook. Kini, Unit Berkuda PSP di Johor Bahru berada di tiga kawasan antaranya Johor Bahru Utara (JBU), JBS dan Iskandar Puteri serta akan datang di Bandar Seri Alam. Anggota yang menunggang kuda turut mendapat latiha intensif seperti menembak dan melompat di atas kuda serta mengawal keadaan haiwan itu sewaktu menangkap atau mengejar penjenayah. Malah, anggota yang dipilih untuk menjadi anggota unit berkuda ini perlu sihat tubuh badan, mempunyai rekod disiplin yang baik serta berpenampilan menarik bagi tujuan pelancongan.
Unit Berkuda PSP yang melakukan rondaan di sekitar Bandaraya Johor Bahru.
Unit Berkuda PSP memulakan rondaan di sekitar Bandaraya Johor Bahru.
8 BERITA
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
333 ORANG TERIMA GERAN HAK MILIK TANAH DI SEMBRONG OLEH NUR SHIQAH HASNGADON SEMBRONG - Setelah sekian lama menanti permohonan memiliki tanah yang diusahakan, seramai 333 orang penduduk di sini ini berjaya menerima geran hakmilik tanah seluas tiga ekar yang terletak di Sungai Jebong, Kahang. Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah ini disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada 14 Februari yang lalu. Penyerahan hakmilik tanah ini merupakan salah satu tanda
penghargaan dari Kerajaan Negeri kepada rakyat. Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata, ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri memenuhi kehendak serta keperluan rakyat yang berhasrat memiliki tanah yang mereka usahakan sendiri untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan. “Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri benar-benar mengambil berat soal milikan tanah untuk masyarakat dengan harapan ini akan membantu mereka dari segi ekonomi,” jelas Mohamed Khaled.
Abdul Halim Ahmad menerima geran hakmilik tanah dari Mohamed Khaled.
Mohamed Khaled sedang beramah mesra bersama para penerima geran hakmilik tanah.
Salah seorang penerima, Bustani Sapir, 73, berkata, permohonan untuk memiliki tanah ini telah dibuat olehnya sejak tahun 1983 lagi.
“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor kerana telah memberi hakmilik tanah seluas tiga ekar di Sungai Jebong kepada saya serta penantian saya selama ini akhirnya terjawab,” tambah Bustani ketika di temui Jauhar. Abdul Halim Ahmad, 57, yang juga salah seorang penerima hakmilik tanah tersebut memberitahu bahawa permohonan untuk mendapatkan tanah ini telah dihantar pada tahun 1985. “Berkat kesabaran saya selama ini membawa berkat dan ini menunjukkan Menteri Besar Johor adalah seorang yang sangat prihatin serta mengutamakan rakyat,” ujar Abdul Halim. Seorang lagi penerima, Husain Remen, 59, (atas) yang kini menetap di Kampung Seri Cahaya berkata, dia membuat permohonan hampir 30 tahun yang lalu dan ada beberapa orang rakannya lagi yang turut memohon telah meninggal dunia. “Penyerahan hakmilik tanah ini telah memberikan satu sinar serta harapan baru kepada masa
depan saya dan keluarga. “Ada daripada pemohon yang telah meninggal dunia kerana lama menunggu dan saya hanya mampu memanjatkan rasa syukur dengan keperihatinan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Dato’ Mohamed Khaled Nordin,” tambah Husain Remen dengan linangan airmata. Keseluruhan tanah yang telah diberikan kepada penerima akan diusahakan dan dimajukan sepenuhnya oleh pihak Felcra. Seramai 20 orang dari 333 penerima telah hadir pada Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah pada hari tersebut.
RM26 JUTA UNTUK PELBAGAI PROJEK PEMBANGUNAN DI PARLIMEN SEMBRONG Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Tun Hussein mengiringi Menteri Besar, Mohamed Khaled Nordin dalam lawatan kerja sehari ke Parlimen Sembrong.
Kerajaan Negeri juga mengumumkan pembinaan 690 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Mukim Niyor yang akan mula dibina tahun ini dan satu lagi projek RMMJ di atas tapak seluas 50 ekar di kawasan Paloh. Projek yang akan dilaksanakan oleh KPRJ itu akan bermula tahun ini.
SEMBRONG – Sejumlah RM26 juta peruntukan pembangunan telah diumumkan untuk kawasan Parlimen Sembrong sempena lawatan Menteri Besar pada 14 Februari lalu. Ini termasuklah:
BERITA 9
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
TMJ, MENTERI BESAR HADIR MERIAHKAN SAMBUTAN THAIPUSAM
Tunku Ismail menerima cenderahati daripada pihak kuil selepas berkenan berangkat ke sambutan Thaipusam pada tahun ini sambil diperhatikan Mohamed Khaled dan Vidyananthan.
PASIR GUDANG - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri di Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba, Masai baru-baru ini disamping meluangkan masa bersama masyarakat India menyambut perayaan tersebut. Tunku Ismail berangkat tiba pada jam 12.30 tengah bersama isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam dan puteri sulungnya, Tunku Kalsom Aminah Sofiah. Yang turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Kuil Sri Subramaniar Paribalana Saba, M. Elan Ko. Sejurus berangkat tiba, Tunku Ismail disambut lebih 3,000 penganut Hindu yang meraikan perayaan itu dan sempat beramah mesra bersama tetamu yang hadir sebelum ke majlis santapan.
Keluarga diraja kemudian berkenan meluangkan masa kira-kira sejam menyertai majlis santapan tengah hari yang diiringi persembahan kebudayaan. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, R. Vidyananthan berkata, ini merupakan kali kedua sambutan berkenaan diserikan dengan kehadiran kerabat diraja selepas kehadiran Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada sambutan Thaipusam serta bersantap tengah hari di Kuil Hindu Samajam Sri Murugan, Renggam, tahun lalu. “Saya amat bersyukur dengan keberangkatan Kerabat Diraja selama dua tahun berturut-turut menghadiri sambutan Thaipusam sekali gus menunjukkan semangat Permaufakatan Bangsa Johor. “Johor sebuah negeri bertuah
kerana mempunyai Sultan yang cukup prihatin dan mengasihi rakyatnya, Baginda sekeluarga sentiasa menunjukkan sifat prihatin terhadap masyarakat India di seluruh Johor,” katanya dalam ucapan pada majlis tersebut pada 9 Februari lalu. Vidyananthan kemudiannya turut melancarkan Tabung Amanah Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba bagi kebajikan masyarakat setempat dengan dana permulaan terkumpul sebanyak RM150,000. Menurutnya, tabung berkenaan adalah inisiatif pengerusi kuil tersebut bersama keluarga dan beberapa rakan sebagai salah satu usaha dalam membantu dari segi kebajikan, pendidikan serta kesihatan golongan yang memerlukan.
Sekitar perarakan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri di Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba, Masai pada 9 Februari lalu.
Masyarakat India yang hadir mencukurkan kepala semasa sambutan hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba pada 9 Februari lalu.
64 UNIT RUMAH PERUMAHAN KOMUNITI JOHOR BAKAL DI BINA DI LENGA OLEH NUR SHIQAH HASNGADON MUAR - Penduduk di kawasan Lenga dalam Parlimen Pagoh terutamanya golongan berpendapatan rendah dan generasi muda kini berpeluang memiliki rumah melalui pembinaan Perumahan Komuniti Johor. Majlis Pecah Tanah tapak pembinaan Perumahan Komuniti Johor telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada 12 Februari lalu. Sebanyak 64 unit rumah bakal dibangunkan di kawasan Dewan undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang, Lenga di atas tanah seluas 6.5 ekar merangkumi 54 unit PKJ A dan 10 unit PKJ B yang akan dijual dengan harga RM42,000 dan RM80,000 seunit. Projek perumahan ini menelan kos pembangunan berjumlah RM14 juta dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir 2019. Johor Corporation (JCorp) menerusi Johor Land Berhad (JLand), selaku ejen pemban-
gunan negeri telah menyahut aspirasi dan dasar Kerajaan Negeri dalam usaha membantu memperbanyakkan pembinaan dan pembangunan perumahan rakyat di seluruh daerah di Negeri Johor. Projek perumahan komuniti Johor ini merupakan salah satu daripada sebelas titik sentuhan yang melibatkan JCorp dalam Bajet Johor 2017. Justeru itu, projek ini adalah antara projek yang diberi keutamaan penuh oleh JCorp dalam melaksanakannya dengan sempurna dan tepat pada waktu. Projek Perumahan Komuniti Johor ini dilihat sebagai satu pembangunan yang penting dalam memenuhi kehendak dan keperluan penduduk setempat serta menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi luar bandar. Melalui projek pembinaan perumahan rakyat seperti ini, tanah-tanah milik kerajaan dapat dibangunkan dan dimanfaatkan oleh masyarakat dengan lebih berkesan. Jcorp melalui JLand akan
Mohamed Khaled menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perumahan Komuniti Johor.
terus komited membantu membangunkan projek-projek pembangunan yang berkonsepkan prorakyat dan bukan sahaja memberi fokus di kawasan pusat bandar atau Kota Iskandar sahaja malah turut memberi keutamaan di kawasan luar bandar. Mohamed Khaled menyatakan bahawa penyediaan perumahan rakyat di kawasan luar bandar merupakan antara inisiatif pembangunan prorakyat
bagi mengimbangi kesan peningkatan kos sara hidup dalam kehidupan seharian. “Projek ini turut menggalakkan pemilikan hartanah oleh Bumiputera di samping memperbanyakkan pembinaan perumahan yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas. “Rumah adalah kunci kesejahteraan sesebuah keluarga dan juga kehidupan kerana di sinilah proses kehidupan yang lebih baik akan bermula,” tambah Mo-
hamed Khaled. Rumah komuniti ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta ruang tamu yang selesa. Selain lokasi yang strategik kerana terletak di laluan utama Pagoh-Bukit Kepong, pelbagai kemudahan awam seperti Klinik Kesihatan Desa, Balai Serbaguna, Balai Polis, Pusat Internet 1Malaysia dan masjid telah tersedia berhampiran kawasan perumahan.
10 GALERI
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Majlis Perarakan Chingay di Johor Bahru pada 17 Februari lalu.
Majlis Perarakan Chingay yang dihadiri ribuan pengunjung bermula dengan persembahan paluan gendang tradisional Cina.
Lebih 200,000 pengunjung hadir menyaksikan Perarakan Chingay bersama Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail.
Orang ramai melambai tangan kepada Sultan Ibrahim semasa keberangkatan pulang Baginda selepas selesai menyaksikan Perarakan Chingay 2017 di Johor Bahru.
Semua foto ihsan : Official Sultan Ibrahim
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
“Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak terutama di waktu malam. Biar kita tegur dan bising sekarang daripada menyesal di kemudian hari,” titah Sultan Ibrahim selepas menziarahi keluarga mangsa kemalangan yang meragut 8 nyawa remaja pada 18 Februari lalu.
GALERI 11 foto ihsan : Official Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluangkan masa menziarahi keluarga yang terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Tengah Sungai Terap, Muar pada 20 Februari lalu.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ditemani isteri Baginda, Che’ Puan Khaleeda Bustamam serta puteri mereka, Tunku Khalsom Aminah Sofiah bersama ahli jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Paripalana Saba semasa Majlis Sambutan Perayaan Thaipusam Peringkat Negeri Johor pada 9 Februari lalu. Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin (lima dari kiri).
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman (kanan sekali) beramah mesra bersama keluarga Rosli Jerani di kediamannya di Kundang Ulu, Tangkak pada 12 Februari lalu ketika melawat mangsa-mangsa banjir.
Che’ Puan Khaleeda Bustamam bersama puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah tidak ketinggalan menghadiri Majlis Sambutan Thaipusam Peringkat Negeri Johor 9 Februari lalu.
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin (tengah) bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan tetamu kehormat lain menunjukkan tulisan khat Cina di Majlis Muafakat MCA sempena Sambutan Tahun Baru Cina pada 6 Februari.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Tee Siew Kiong (dua dari kanan) menyaksikan proses membuat wau yang bakal beraksi di Festival Layang-Layang Sedunia dari 22 hingga 26 Februari ini.
12 FOKUS
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
KEPUNYAAN YANG SAMA - SEBAGAI TEAM JOHOR TIADA seharinya yang berlalu tanpa kita memikirkan tentang pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor. Dan ia hanya dapat dilakukan dengan jalinan muafakat serta usaha bersama semua pihak, sebagai satu pasukan. Sebagai TEAM Johor. Sejak terdirinya kerajaan negeri lebih seabad yang lalu, ia terus menikmati kemajuan dan pembangunan. Ekonominya terus pesat berkembang. Segalanya dicapai hasil muafakat Bangsa Johor yang terkenal dengan sikap toleransi di kalangan rencam latar masyarakatnya dan kegigihan usaha rakyatnya bagi mensejahterakan negeri. Justeru, usaha memupuk dan memastikan segalanya terus kekal dan berkembang, dilaksanakan di atas landasan Muafakat Johor. Menerusi semangat permuafakatan, saling fa-
ham-memahami di antara satu sama lain dan meraikan perbezaan dalam semangat harmoni serta tanpa kecenderungan polarisasi. Pada masa yang sama, kita juga mahu negeri ini terus mengecapi kejayaan dan kemajuan. Kejayaan dan kemajuan yang tidak sekadar berlatarkan bangunan dan prasarana serba canggih tetapi Johor Berkemajuan dengan acuannya yang tersendiri. Ini kerana, tiada maknanya segala kemajuan itu tanpa
kita lengkapi Bangsa Johor dengan identiti masyarakat yang maju sudut pandang serta pemikirannya. Atas sebab itu jugalah, kita wajar melontarkan pertanyaan berikut, siapakah akan menjayakan cita-cita murni sebuah Johor Berkemajuan berlandaskan semangat Muafakat Johor? Menyandarkan segalanya itu kepada bahu kerajaan semata-mata tidak akan memungkinkan impian itu tercapai. Ia memerlukan penggem-
blengan tenaga, usaha dan kudrat setiap lapisan masyarakat, yang mendukung aspirasi Johor Berkemajuan. Ia menuntut kita semua untuk mengambil sikap dan peranan aktif dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah memajukan Johor. Ia memupuk rasa kepunyaan kepada sekeping tanah yang bertuah dan satu-satunya Jauhar kepunyaan kita. Agar kita jadi masyarakat dan negeri yang terbaik lagi berjaya. Maka atas sebab itulah, kita semua berkongsi tanggungjawab dan kepunyaan yang sama, sebagai sebuah TEAM Johor. TEAM Johor yang tiada menunjangi perbezaan status kehidupan, kedudukan sosial dan taraf pendidikan. Kerana walau di mana sekalipun kita selaku Bangsa Johor berada, kita tetap berpeluang menyumbang kepada
kemajuan negeri dan seluruh isinya. Sebagai sebuah pasukan yang sama, setiap seorang dari kita mesti bertindak dan menjalankan peranan masing-masing demi kebaikan semua. Kitalah pencipta, pendukung, penggerak dan pemain dalam pasukan ini. Kitalah nadi dan jiwa kepada TEAM Johor. Bersamalah kita bulatkan tekad serta iltizam, terus gigih berusaha dan bingkas memberikan sebanyak-banyaknya kebaikan dan kemakmuran kepada tanah bernama Johor ini. Agar ia lebih makmur dan harmoni. Menjadi kuasa ekonomi unggul hari ini dan berdekad-dekad lagi. Menjadi negeri yang terus disegani dan dihormati Ayuh TEAM Johor! Bersama-sama kita tempa kejayaan ini.
MENGENALI HAB SKILLS JOHOR DENGAN LEBIH MENDALAM hiran ‘upskilling’ yang bakal ditawarkan nanti. “Dalam bidang TVET terpilih yang mereka ikuti akan memberikan mereka peluang lebih baik untuk mendapat gaji yang tinggi serta peluang pekerjaan yang lebih terjamin kerana mereka telah memiliki pengiktirafan TVET bertaraf antarabangsa,” ujarnya. Hab Skills Johor juga membuka peluang kepada anak Johor yang diberhentikan kerja oleh majikan melalui Skim Pemberhentian Kerja Secara Sukarela (VSS) untuk memohon mendapatkan latihan kemahiran yang ditawarkan serta mendapat peluang kerja yang kedua dalam bidang kemahiran yang baru. Hab Skills Johor akan melahirkan pelajar dan pekerja yang berkemahiran tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa setanding dengan rakan sekerja yang berkelulusan daripada Institusi Pengajian Tinggi.
OLEH AFANDY YUSOF KOTA TINGGI - Kerajaan Negeri Johor telah menempa satu lagi sejarah dengan pembinaan sebuah Hab Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dikenali sebagai ‘Hab Skills Johor’. Hab Skills Johor akan dibina di atas tanah berkeluasan 40 hektar di Bandar Akademik Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dalam Daerah Kota Tinggi dan berdekatan dengan Daerah Kulai. Inisiatif ini adalah untuk membantu rakyat terutamanya pelajar dan golongan belia, keluar dari bebanan peningkatan kos sara hidup dengan mendalami kemahiran individu secara profesional. Hab Skills Johor ini akan mula dibina pada awal tahun ini dan di jangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2018 sebelum menawarkan pelbagai kursus kemahiran kepada para pelajar tempatan khususnya. Pelbagai bidang berteraskan TVET disediakan untuk pelajar mengasah kemahiran diri. Selepas tamat pengajian mereka sudah bersedia untuk menyertai pasaran kerja dengan skil yang tinggi. Hab Skills Johor yang telah dirasmikan pelancaran pembinaannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 18 Oktober tahun lalu mendapat pujian bukan sahaja kerana ia menempa sejarah sebagai negeri pertama membina Hab Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional secara besar-besaran tetapi juga kerana iltizam Kerajaan Negeri untuk melihat warganya dibekalkan dengan skil berkemahiran tinggi sesuai dengan tuntutan semasa. “Pemerkasaan bidang TVET mampu memenuhi pelbagai tuntutan ekonomi dan sosial sekaligus menggalakkan per-
Omar Shariff Mydeen menerangkan tentang Hab Skills Johor kepada Ahmad Zahid Hamidi.
tumbuhan ekonomi yang adil, inklusif dan mampam. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan Mohamed Khaled Nordin kerana menjadi negeri pertama membina kampus seperti ini dalam negara kita,” tegas beliau semasa ucapan perasmian pelancaran tersebut. Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya turut menyentuh tentang betapa pentingnya kemahiran sesuatu bidang itu diasah dan diberikan pengiktirafan yang tinggi. “Aspirasi Kerajaan Negeri adalah untuk melahirkan Bangsa Johor yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi menampung keperluan industri serta menjadikan mereka sebagai tenaga ma-
hir yang bertaraf global. “Pelancaran Hab Skills Johor adalah bertepatan dengan hasrat dan cita-cita Kerajaan Negeri untuk meningkatkan potensi bidang TVET agar pendidikan teknikal dan kemahiran diiktiraf sama penting dengan pendidikan berorientasikan akademik,” ujar Mohamed Khaled. Ketua Pegawai Eksekutif Skills Johor, Omar Shariff Mydeen ketika ditemui Jauhar berkata, Hab Skills Johor ini bakal membuka peluang bukan sahaja kepada pelajar malahan turut menawarkan kaedah kemahiran kepada mereka yang sudah bergelar pekerja. “Peluang turut menanti mereka yang sudah bekerja tetapi mahu meningkatkan kemahiran dengan mengikuti kema-
Omar Shariff Mydeen.
BERSAMA WAKIL RAKYAT ANDA
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
Program Booster Tenggara (Johor Berkemajuan) bersama belia-belia Tenggara.
13
Program Memancing dan Pemeliharaan Sungai Johor.
ADHAM BABA JELASKAN KENAPA PASIR RAJA PENTING LAHIRKAN MASYARAKAT BERPENGETAHUAN KENAPA melahirkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan menjadi tumpuan utama pentadbiran di kawasan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) Pasir Raja? Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba menjelaskan kenapa. Terletak dalam Daerah Kota Tinggi, DUN Pasir Raja merupakan salah sebuah kawasan yang istimewa kerana kedudukannya bersebelahan dengan koridor Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor. Menurut Dr. Adham, pembangunan pesat yang sedang berlaku di wilayah berdekatan menuntut masyarakatnya turut bersedia dalam menerima limpahan manfaat yang ada. “Pasir Raja ini sangat istimewa kerana ia bersempadan dengan Iskandar Malaysia. Di bahagian barat, Pasir Raja terletak bersebelahan dengan Kulai dan di bahagian selatan ia bersempadan dengan Tebrau. “Manakala di bahagian Kota Tinggi pula ia bersempadan dengan Pengerang. Jadi Pasir Raja ini betul-betul kawasan yang menjadi pinggir kepada pembangunan koridor ekonomi selatan,” katanya kepada Jauhar. Menurut beliau, dengan keistimewaan itu, maka penekanan terhadap masyarakat supaya memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang adalah penting agar mereka tidak ketinggalan dalam merebut peluang yang tersedia. Tambah beliau, perkara itu dilakukan menerusi inisiatif galakan kepada anak-anak muda atau golongan belia agar mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi sama ada di Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta, politeknik dan juga pusat kemahiran yang sedia ada. “Inisiatif ini turut disokong dengan pembangunan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) oleh Kerajaan Negeri di DUN Pasir Raja yang menawarkan pelbagai program kemahiran di peringkat diploma pada masa ini dan akan datang peringkat ijazah. “Maka saya sering mengin-
gatkan masyarakat bahawa mereka mempunyai peluang baik di Iskandar Malaysia dan RAPID Pengerang, yang mana pasaran kerja tidak jauh dari DUN Pasir Raja,” katanya. Menurut Dr. Adham, perkembangan kemajuan yang berlaku di DUN Pasir Raja pada masa kini memerlukan kepakaran dalam bidang tertentu dan dengan adanya ilmu pengetahuan, mereka tidak akan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada penggerak kepada kemajuan tersebut. “Saya berusaha menyedarkan masyarakat betapa mereka perlu berdaya saing termasuk dari segi ekonomi kerana tidak boleh tidak mereka terpaksa lakukannya berikutan pemodenan yang sedang berlaku di Iskandar Malaysia akhirnya akan sampai di DUN Pasir Raja,” jelasnya. DUN Pasir Raja memiliki dua Mukim iaitu Mukim Ulu Sungai Johor dan Mukim Kota Tinggi, yang menempatkan lapan buah kampung dan empat buah petempatan FELDA.
“Di peringkat lain pula, bidang baharu yang diselaraskan ialah peluang berniaga dalam konteks produk hiliran dengan galakan bantuan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Program Galakan Usahawan (PGU) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ia bagi membantu menaik taraf perniagaan mereka dalam sektor masing-masing,” katanya lagi. Jelas beliau, antara sektor utama itu ialah produk sejuk beku hasil daripada masyarakat setempat yang kini telah dipasarkan ke pasar-pasar raya besar di Iskandar Malaysia dan Pengerang. Selaras dengan perkembangan itu, Dr. Adham berkata pihaknya kini dalam usaha menyediakan rumah-rumah kedai yang akan dibina di kawasan tertentu bertujuan membantu usahawan tempatan memiliki premis perniagaan sendiri untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik secara sepenuh masa.
Bidang Baharu
Bercakap mengenai potensi dalam sektor pelancongan pula, beliau dengan kerjasama masyarakat dan pelbagai agensi terlibat sedang mempergiat usaha memelihara Sungai Johor yang terletak di bahagian utara DUN Pasir Raja. “Kami sentiasa menitik beratkan limpahan ekonomi daripada Sungai Johor sebagai pusat pelancongan dengan pembinaan homestay, memperkenalkan aktiviti-aktiviti sukan air dan taman rekreasi di kawasan tersebut. “Ia merupakan potensi baharu yang boleh diketengahkan dan inilah tumpuan pembangunan pada masa akan datang,” katanya. Malah, program menyelamatkan Sungai Johor daripada sebarang pencemaran berikutan potensinya yang begitu penting kepada ekonomi negeri, kini juga sedang digerakkan dengan kerjasama pelbagai pihak. “Saya akan memastikan bahawa pencemaran dapat di atasi. Johor memerlukan Sungai Johor.
Dr. Adham berkata, pihaknya juga kini telah mengenal pasti pelbagai bidang baharu yang perlu diwujudkan di kawasan DUN Pasir Raja hasil daripada maklum balas daripada masyarakat setempat. Antaranya ialah pertanian moden di peringkat kampung tradisional dan peluang perniagaan produk-produk hiliran. “Saya telah mengenal pasti perkembangan kemajuan di kawasan DUN Pasir Raja. Kebanyakkan masyarakat meminta diberi peluang dalam meneroka bidang-bidang baharu contohnya pertanian moden di peringkat kampung tradisional, yang mana hasil yang dikeluarkan perlu menggunakan teknologi terkini. “Perkara ini juga menuntut supaya mereka bersedia dan memiliki ilmu pengetahuan bagi menggerakkan potensi yang ada, sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
Sebagai wakil rakyat saya ada impian untuk menjaga kelestarian Sungai Johor agar tidak tercemar,” katanya sambil menambah usaha itu juga dilakukan dengan menggalakkan aktiviti memancing di sungai tersebut. Jelas beliau, melalui aktiviti tersebut, laporan mengenai keadaan Sungai Johor boleh terus diperoleh daripada para pemancing dan tindakan susulan dapat diambil dengan lebih cepat. Sifar Miskin tegar Mengenai kebajikan masyarakat setempat pula, Dr. Adham berkata selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada Kerajaan Persekutuan, pihak Kerajaan Negeri juga meneliti peranan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam memas-
Potensi Pelancongan
Dr. Adham Baba.
tikan golongan yang memerlukan dapat dibantu dengan sebaiknya. “Di DUN Pasir Raja, kami telah berjaya menghapuskan golongan miskin tegar. Usaha itu dilakukan dengan kerjasama JKM dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) termasuk menerusi bantuan Baitulmal,” katanya. Mengulas mengenai sebarang perancangan bagi tahun 2017 di DUN Pasir Raja, beliau berkata tumpuan adalah bagi mengatasi isu-isu peningkatan kos sara hidup. Untuk itu, pihaknya kini sedang merancang mewujudkan bantuan-bantuan awal dengan memperbanyakkan pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor (ImCoop), Kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik Rakyat 1Malaysia.
14 LAPORAN KHAS
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
TIADA KOMPROMI JIKA BABITKAN PATI - PENGARAH IMIGRESEN JOHOR Pada tahun 2016 sebanyak 1,185 operasi penguatkuasaan dan tangkapan PATI serta lain-lain kesalahan di bawah akta imigresen telah dilakukan di seluruh Negeri Johor. Daripada operasi itu, 5,634 PATI telah ditahan dan 197 tangkapan majikan atau ejen yang mengaji PATI OLEH AFANDY YUSOF JABATAN Imigresen Johor adalah yang terbesar dan mempunyai jumlah anggota serta pegawai yang paling ramai berbanding jabatan imigresen di negeri-negeri lain dalam negara. Johor juga adalah antara negeri yang mempunyai pintu masuk kepada pelancong dari semua arah termasuk laut, darat dan udara. Pengarah Imigresen Negeri Johor, Dato’ Rohaizi Bahari, 42, ketika ditemui berkata, Jabatan Imigresen adalah ‘duta’ dalam menerima pelancong atau pelawat yang memasuki negara ini kerana pihak imigresen bertanggungjawab di pintu masuk dan keluar sempadan negara. “Pada masa yang sama pihak Imigresen juga bertanggungjawab dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan melakukan penguatkuasaan secara berterusan,” ujar Rohaizi. Jabatan Imigresen Johor tidak pernah berhenti melakukan serbuan dan operasi bersepadu dalam membanteras kemasukan PATI dan juga mereka yang menyalahgunakan ‘Pas lawatan sosial’. Pada tahun 2016 sebanyak 1,185 operasi penguatkuasaan dan tangkapan PATI serta lainlain kesalahan dibawah akta imigresen telah dilakukan di seluruh Negeri Johor. Sebanyak 5,634 tangkapan PATI telah dibuat dan 197 tangkapan majikan atau ejen yang mengaji PATI serta 33 warganegara asing yang membolos masuk dan keluar tanpa dokumen dipintu masuk negeri ini. Daripada 197 orang majikan yang ditangkap, 105 orang telah didakwa di bawah Seksyen 55B kesalahan mengaji PATI yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak lebih enam rotan jika mengaji lebih dari lima orang PATI. Bagi kesalahan mengaji PATI yang kurang dari lima orang, majikan akan didenda sebanyak RM5,000 bagi setiap pekerja yang digajikan atau penjara tidak lebih setahun. Katanya, Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana majikan atau individu yang mengaji, membantu atau melindungi Pati kerana tindakan mereka itu adalah satu jenayah di bawah Akta Imigresen. Beliau menegaskan, tugas pihak imigresen bukanlah semudah yang disangkakan kerana selain menjaga pintu masuk dan keluar negara, melaksanakan perkhidmatan pasport dan visa, penguatkuasaan, serbuan dan
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali bersama Rohaizi Bahari memeriksa dokumen pekerja asing yang ditahan dalam satu operasi tahun lalu.
Seorang PATI warga Bangladesh yang bersembunyi di bawah rumah kongsi mereka.
Pendatang asing wanita dari pelbagai negara yang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen tahun lalu.
tangkapan serta pendakwaan ke atas PATI, warganegara serta majikan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen. Apa yang dilakukan adalah satu tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dalam negara terjamin, kepentingan rakyat serta mengekang dan mengawal kemasukan pengganas serta penjenayah ke dalam negara. Dalam pada itu Rohaizi turut menyatakan bahawa PATI yang telah didakwa dan selesai menjalani hukuman penjara akan dihantar kembali ke Depoh Tahanan Jabatan Imigresen untuk proses dokumentasi serta tindakan pengusiran. Imigresen Johor juga mengambil pendekatan menghantar anggota dan pegawai ke mana-mana agensi, jabatan atau pun badan berkanun yang menerima pengiktirafan untuk mempelajari sistem atau konsep yang digunakan bagi diamalkan di Jabatan Imigresen Johor. Rohaizi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Bahagian di Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Imigresen), Atase Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Penasihat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New
persembunyian, perlindungan atau syarikat yang mengambil PATI bekerja. “Rakyat Malaysia terutamanya warga Johor semakin dekat dengan Jabatan Imigresen apabila menjadi mata dan telinga kepada pihak kami. “Banyak aduan yang diterima dan serbuan atau operasi yang dilakukan berdasarkan mak-
Delhi dan Pengarah Imigresen KLIA sebelum menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan awam di Singapura. Beliau turut menyebut bahawa masyarakat dan orang awam kini lebih sedar tentang tanggungjawab terhadap negara apabila semakin ramai yang tampil membuat aduan berkenaan tempat
Rohaizi Bahari ditemuramah oleh wartawan JAUHAR.
lumat awam dan risikan adalah tepat. “Jabatan Imigresen mengalu-alukan sebarang aduan dari masyarakat, orang awam, badan bukan kerajaan, orang perseorangan atau sesiapa juga bagi memastikan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini dapat kita banteras habis-habisan,” pinta Rohaizi.
AGAMA 15
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
Sesi bergambar selepas Program Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) di Dewan Institut Kemahiran Mara.
PROGRAM TRANSFORMASI PEMIKIRAN ISLAM (TRAPI) FOKUS GENERASI MUDA OLEH NUR SHIQAH HASNGADON JOHOR BAHRU - Pemikiran ekstrem dalam kalangan rakyat Malaysia kini kian berleluasa serta pelbagai maklumat yang tidak sahih telah tersebar luas di laman sosial untuk mempengaruhi minda terutamanya generasi muda. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggung Ibrahim telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru melaksanakan Program Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI) yang berlangsung di Dewan IKM Johor Bahru pada 18 Februari lalu. Dengan tema ‘Transformasi Pemikiran Islam Wadah Kegemilangan Umah’ program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penghayatan Islam. Program ini juga mengajar peserta menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang diterjemahkan dalam setiap aspek kehidupan dari segi individu, keluarga, masyarakat serta negara. Selain itu, penganjuran program ini turut memberi fokus dalam pengetahuan dan kefahaman di kalangan peserta men-
genai kedudukan sebenar agama Islam dalam konteks kenegaraan Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan. Pengarah IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Rubiah Ahmad (kanan) dalam temubual dengan Jauhar berkata, program seperti ini sangat membantu para peserta untuk meningkatkan jati diri mereka lebih-lebih lagi dengan mengamalkan lima prinsip Rukun Negara. “Pengisian program TRAPI yang lebih cenderung dalam membentuk pembangunan rohani ini secara tidak langsung dapat membentuk jasmani yang lebih baik,” tambah Rubiah. Khalil Mohamad, (kiri) Pengarah IKM Johor Bahru, menjelaskan bahawa program seperti ini adalah penting sebagai bekalan kepada para peserta untuk memastikan mereka lebih peka dalam menjaga kesucian agama Islam. “Pendedahan dalam kuliah mengenai perkara ini tidak menyeluruh, jadi program seperti ini diadakan untuk mengisi
Para peserta Program Transformasi Pemikiran Islam di Dewan Institut Kemahiran Mara Johor Bahru.
ruang-ruang di dalam jiwa mereka mengenai Islam,” tambah Khalil. Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid, Pengurus Komunikasi dan Jaringan Strategik, IKSIM, dalam ceramahnya bertajuk ‘Ancaman Terhadap Kedaulatan Islam’ menggesa agar masalah tersebut dapat diatasi dan diberi perhatian untuk mengelakkan perkara ini dari terus berleluasa. “Agenda penting yang ditekankan adalah transformasi pemikiran Islam dan kedudukan Islam dalam negara ini,” ujar Mahmud. Salah seorang peserta program tersebut, Amanuddin Asyraf Abdul Hal, 21, (kiri) pelajar jurusan Bimbingan dan Kaunseling, IPG Kampus Temenggung Ibrahim, berpendapat program seperti ini sangat berkesan dalam membentuk peribadi serta banyak perkara baru dapat dipelajari supaya dapat melatih diri untuk sentiasa berpegang pada agama. “Sebagai bakal pendidik saya harus
mempersiapkan diri dari segi rohani khasnya untuk menjadikan saya sebagai seorang guru yang boleh menjadi contoh kepada pelajar saya pada masa akan datang,” tambah Amanuddin. Seorang lagi mahasiswa dari IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Nur Farah Aqilah Rozuki, 21, (kiri) pelajar jurusan Reka Bentuk dan Teknologi, menyatakan bahawa program seperti ini sangat penting untuk memberi kesedaran kepada generasi muda yang mudah percaya kepada maklumat yang sering di kongsikan di internet. “Banyak perkara yang telah dikongsi dalam program ini dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana ancaman terhadap kedaulatan Islam boleh memberi kesan buruk terhadap pembangunan modal insan lebih-lebih lagi di kalangan remaja khasnya,” ujarnya. Pelaksanaan program ini dapat memantapkan dan mendaulatkan agama Islam serta memberi impak yang positif kepada kemajuan pendidikan negara dalam meningkatkan profesionalisme para guru serta pelajar. IPG Kampus Temenggung Ibrahim akan bekerjasama dengan pelbagai institusi lain untuk melaksanakan program seperti ini secara berterusan.
16 KEUSAHAWANAN JOHOR
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
KEDAI KOPERASI PUSAT PEMASARAN PRODUK TEMPATAN GOLONGAN WANITA
Mohamed Khaled Nordin (tengah) bersama YDP MPPG, Hasrin Kamal dan usahawanita Kedai Koperasi Sri Cempaka.
OLEH NUR SAKINAH ROSHAN PASIR GUDANG- Kedai Koperasi Sri Cempaka kini menyediakan ruang perniagaan kepada 57 usahawanita sekitar bandar ini untuk menjual serta memasarkan pelbagai produk antaranya bahan makanan, produk kesihatan dan perhiasan. Usahawanita-usahawanita yang berjaya mendapatkan ruang perniagaan adalah terdiri daripada peniaga Kelab Usahawanita P159 dengan keahlian seramai 267 orang sekitar Pasir Gudang. Koperasi ini diinspirasikan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Normala Abdul Samad sebagai membantu golongan wanita dalam program keusahawanan untuk menjana pendapatan berdasarkan produk yang mereka hasilkan terus dari rumah. Menurut Normala, kedai koperasi dapat menyediakan ruang perniagaan untuk peniaga kecil berniaga sebagai salah satu alternatif bagi mencari pendapatan lebih serta menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. “Kadar sewa yang dikenakan ke atas peniaga yang meletakkan barang perniagaan mereka hanyalah RM3.50 sehari dan percaya bahawa jumlah tersebut tidaklah membebankan usahawan yang berniaga di kedai koperasi ini. “Sejak September lalu, 57 usahawanita telah mula menikmati hasil dari pelaksanaan kedai koperasi ini dari RM50 sehari kini mencecah RM200 melalui penjualan produk makanan kering dan pelbagai lagi,” katanya. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, pembukaan Kedai Koperasi Sri Cempaka juga berperanan sebagai pusat bagi memasarkan produk tempatan yang dihasilkan oleh usahawanita terutamanya dari Pasir Gudang. “Saya berharap kedai koperasi ini dapat membantu usahawanita Pasir Gudang kerana produk mereka ini mampu memberi pu-
langan yang besar jika koperasi bergerak secara aktif. “Koperasi juga disarankan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian atau ‘online’ untuk meningkatkan jualan,” katanya semasa merasmikan Kedai Koperasi Sri Cempaka dan Mesyuarat Agung Koperasi Sri Cempaka pada 14 Januari lalu di Dataran Al-Hamra, di sini. Salah seorang usahawanita Kedai Koperasi Sri Cempaka, Azlina Mazli, 41 yang menjual sarapan pagi di Kedai Koperasi Sri Cempaka berkata, dengan adanya ruang perniagaan seperti ini akan dapat membantu memperluaskan penjualannya. “Lokasi kedai juga sangat strategik kerana sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang untuk membeli belah di sini,” ujar Azalina. Seorang lagi usahawanita, Zaliha Abdullah, (gambar) 44, yang menjual produk sejuk beku berkata, dia percaya bahawa kedai koperasi ini akan dapat meningkatkan lagi penjualan produknya ke serata Pasir Gudang. “Sejak menjadi ahli Koperasi Sri Cempaka, jualan saya semakin meluas dan keuntungan dari hasil kedai juga sangat menggalakkan,” katanya kepada Jauhar. Menurut Rasidah Mohamad, 47, kedai koperasi ini bukan sahaja membantu menjana pendapatan para ahlinya tetapi juga membuka peluang kepada mereka untuk bertapak dengan lebih kukuh dalam bidang keusahawanan. “Hampir lima bulan beroperasi di kedai ini, produk saya semakin mendapat sambut baik daripada orang ramai dan saya berazam untuk terus meningkatkan kuantiti produk pada masa akan datang,” katanya. Bakal menyusul selain kedai koperasi adalah Pasarnita yang terletak di Johor Jaya, Laman Tasek, Taman Cendana dan Bandar Seri Alam serta ruang niaga ‘Flea Market’ yang beroperasi di Bukit Layang-layang.
Mohamed Khaled Nordin bersama tetamu kehormat lain mendengar penerangan mengenai produk makanan usahawanita Pasir Gudang.
Usahawanita yang berniaga di Kedai Koperasi Sri Cempaka.
SENI DAN BUDAYA
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
17
BERHENTI SEBAGAI SEORANG JURUTERA UNTUK MENJADI USAHAWAN SENI MUZIK & DRAMA
Peralatan alat muzik di studio.
Syaq sedang membuat suntingan klip video.
Studio rakaman lagu.
OLEH AFANDY YUSOF SKUDAI - Minat yang mendalam kepada seni muzik akhirnya telah mendorong seorang jurutera elektronik, Syafizal Baharom meninggalkan kerjayanya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang keusahawanan muzik dan drama sejak tahun 2007. Beliau mempunyai segulung ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik dan menjadi jurutera selama 10 tahun di sebuah syarikat elektronik sebelum mengambil keputusan menumpukan sepenuh masa dalam kerja seni muzik. Dengan sedikit pengetahuan bermain alat muzik seperti gitar dan piano, Syafizal mula menulis lirik dan mengubah lagu. Kerjaya seni muziknya bermula sebagai seorang komposer bagi kumpulan baru dari Johor antaranya Kumpulan Gotodiwa dan D’Meynez, antara lagu yang popular di corong-corong radio seperti ‘Cukup Sampai Di Sini’ dan ‘Penantian Cinta’. Pada mulanya hanya menumpang pada satu ruang kecil di pejabat kenalan selama hampir lebih empat tahun sebelum Shaq berjaya mempunyai pejabat sendiri dengan kelengkapan sebuah studio termasuk perakam video dan beberapa orang kakitangan tetap. Kini studio miliknya mempunyai bilik rakaman, studio suntingan dan set penggambaran serta alat muzik yang lengkap bagi melakukan rakaman nyayian dan apa juga yang melibatkan seni. Syafizal atau lebih mesra dengan panggilan Syaq, terus melangkah jauh daripada seorang komposer menjadi pengarah dra-
ma, orang di belakang tabir, mencipta lagu tema, membuat video klip dan video korporat. “Saya terlalu meminati seni muzik walaupun saya tidak pernah belajar seni ini dan tidak ada kelulusan dalam bidang seni. “Kerana minat dan kesungguhan, semua itu saya belajar sendiri melalui laman YouTube, juga dengan mereka yang berpengalaman serta buku-buku tentang seni muzik. “Saya ingin buktikan minat yang mendalam dengan semangat untuk terus belajar akan menjadikan saya seorang usahawan seni muzik yang berjaya,” cerita Shaq tentang pengalaman serta cita-citanya. Setelah mencebur diri dalam kerja seni muzik dan kerap mencipta lagu tema drama-drama yang membuat pengambaran di dalam Negeri Johor, Shaq mula diberi kepercayaan mengarah sebuah drama yang bertajuk ‘Penantian Cinta’. Penerbit Datuk Helmi Wara dari Global Lagend Film Productions telah memberikan kepercayaan kepada Shaq untuk mengarahkan sebuah drama yang memilih Negeri Johor sebagai lokasi pengambaran. Drama kisah percintaan itu telah selesai pengambarannya pada tahun lalu dan juga suntingan dan kini hanya menunggu masa untuk ditayangkan di kaca televisyen. Apa yang paling menarik tentang drama ‘Penantian Cinta’ yang diarahkan oleh Syaq adalah seratus peratus pengambaran dilakukan di Johor termasuk suntingan oleh beliau sendiri di studionya di sini. Menurut Syaq lagi, pengambaran dan sutingan keseluru-
hannya mengambil masa hampir sebulan sebelum dibawa ke stesen television. Syaq amat yakin telefilem sepanjang 90 minit ini bakal menarik minat semua golongan penonton kerana ceritanya yang berkisar tentang perjalanan kehidupan dan percintaan yang menarik. Dalam pada itu, beliau bertekad menjadi seorang usahawan seni muzik dan drama yang berjaya berkat kesungguhan dan keinginan yang tinggi selain berusaha untuk mempelajari bidang seni dengan lebih mendalam. “Saya yakin dengan pepatah “Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Kejayaan” dan kesungguhan serta iltizam untuk berjaya sebagai seorang usahawan seni,” ujarnya. Beliau juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor dan juga Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Johor (GMB). Dalam masa yang sama beliau berhasrat menjadi salah seorang usahawan di bawah bimbingan Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) dan akan mendaftarkan nama dalam masa terdekat. Sebelum mengakhiri perbualan Syaq juga menyatakan bahawa beliau sentiasa mengharapkan lebih ramai anak Johor berani menceburkan diri sebagai usahawan bersesuaian dengan minat mereka. Studio beliau yang beralamat di no 17A, Jalan Pulai 21, Taman Pulai Utama, Skudai sedia untuk menerima usahawan remaja untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang usahawan dan boleh hubungi beliau di talian 017-207204106.
Antara koleksi album dan terbitan akhbar dalam simpanan.
18 SANTAI DAN RIADAH
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
ASAM PEDAS IKAN AIR TAWAR EMPANGAN MAHKOTA TAWAR SATU KELAINAN OLEH NUR SHIQAH HASNGADON AYER HITAM - Kita semua sudah biasa dengar dan merasa pelbagai jenis masakan asam pedas tetapi kita jarang-jarang dengar orang menghidangkan masakan asam pedas ikan air tawar. Inilah menu istimewa yang terdapat di Restoran Selera Best Istana Asam Pedas Ikan Air Tawar (Empangan Mahkota) yang terletak di Manong, dekat sini. ‘Terbaik dan Termurah’ Itulah motto yang memberi tuah kepada pemilik restoran ini Norariffin Othman, 51. Nama Selera Best Istana Asam Pedas Ikan Air Tawar (Empangan Mahkota) ini telah di inspirasikan daripada dua perkara. Perkataan ‘Istana’ digunakan kerana Norariffin berasal dari Kampung Istana, Batu Pahat serta ‘Empangan Mahkota’ dipilih disebabkan keseluruhan empangan di Negeri Johor adalah sumber bekalan ikan air tawar untuk restoran ini. Mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak tahun 1986 bersama keluarganya, kini Norariffin mempunyai perniagaan sendiri yang dibina sejak tahun 2006. Idea untuk membuka sebuah restoran yang berasaskan ikan air tawar bermula apabila Norariffin melihat masih belum ada lagi restoran asam pedas yang menggunakan 100 peratus ikan air tawar sebagai menu utama. Melihat kepada sumber ikan air tawar yang tinggi dan tidak pernah putus dari seluruh empangan di sekitar Negeri Johor, Norariffin mula mengorak langkah. Selain daripada tarikan ikan air tawar, resepi asam pedas yang digunakan adalah sangat istimewa dan merupakan resepi turun-temurun yang dipelajari dari nenek Norariffin sendiri. Norariffin berkata, sebagai anak jati Negeri Johor, beliau
Asam pedas ikan baung.
sangat mementingkan keaslian resepi dan hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dalam setiap hidangan masakannya. “Ikan-ikan air tawar dari empangan di sekitar Johor ditangkap setiap hari untuk memastikan kesegaran dan keenakannya. “Kualiti dan rasa ikan itu sangat penting bagi saya kerana itulah yang menjadi tarikan untuk orang ramai mencuba serta menjadikan restoran ini sebagai pilihan mereka,” ujar Norariffin lagi. Menurut seorang pelanggan di restoran ini, Mohd Radhi Sijat, 47, ikan air tawar yang dihidangkan di restoran ini adalah segar dan rasa kuah asam pedasnya agak menonjol dan amat menarik perhatian serta harga yang sangat berpatutan menyebabkan Radhi dan keluarga gemar makan di sini. “Bukan sahaja saya, malah rakan-rakan dari luar Negeri Johor seperti Pulau Pinang dan Kedah juga sanggup datang ke sini untuk merasai sendiri asam pedas ikan air tawar apabila mengetahui mengenainya,” tambah Radhi ketika ditemuramah Jauhar. Seorang lagi pelanggan tetap di restoran ini, Hazaha Mustapha, 44, berkata dia sering berkunjung ke restoran ini sejak lima tahun yang lalu. “Antara ikan yang selalu menjadi pilihan saya ketika makan di sini ialah ikan patin kerana rasa ikannya sangat sedap serta isi ikan yang lembut sangat memuaskan hati,” kata Hazaha. Sebagai seorang pelajar, Nurul Nabihah Md Fauzi, 20, berkata harga yang berpatutan di sini menjadi daya penarik bagi orang sepertinya. Antara spesis ikan yang di-
gunakan untuk memasak asam pedas disini adalah ikan patin, lampam, baung dan talapia. Sumber kesemua ikan air tawar ini antaranya datang dari Empangan Sembrong, Kahang dan Machap yang dijamin kebersihan dan kesegarannya. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan bermula dari RM3 sehingga RM10 untuk sepotong ikan. Di restoran ini juga pelanggan ditawarkan harga minuman yang termurah dan tak mungkin dapat ditempat lain seperti ‘Teh O ais’ dengan harga RM1 serta ais kosong dan air suam diberikan percuma. Antara menu lain yang dihidangkan adalah masak lemak cili api ikan air tawar, telur masin, sayur campur dan ulam-ulaman. Waktu perniagaan bagi restoran ini bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 5 petang dan tutup pada setiap hari Jumaat. Kini, restoran ini telah membuka cawangan kedua yang terletak di Jalan Syahbandar, Batu Pahat, Johor.
Restoran Selera Best Istana Asam Pedas Ikan Air Tawar (Empangan Mahkota).
Asam pedas kepala ikan talapia antara hidangan di restoran Norariffin.
Asam pedas ikan lampam.
Antara lauk yang terdapat di Restoran Selera Best Istana Asam Pedas Ikan Air Tawar (Empangan Mahkota.
RENCANA 19
JAUHAR | 16 - 28 Februari 2017
SEHARI DI BAZAR JALAN JOHOR... OLEH AFANDY YUSOF BANDAR AYER HITAM adalah sebuah mukim di Daerah Batu Pahat dan merupakan kawasan perhentian dan persinggahan bagi semua bas ekspres satu ketika dulu sebelum Lebuhraya Utara-Selatan dibina. Bandar ini merupakan laluan persimpangan utama menuju ke Melaka dan Kuala Lumpur ke arah Utara, Johor Bahru dan Singapura arah Selatan serta Kluang dan Mersing arah ke Timur. Dulunya Ayer Hitam adalah satu perhentian rehat popular untuk kebanyakan bas ekspres atau bas pelancongan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan dari Utara menuju ke Johor Bahru atau Singapura. Kini segalanya cuma menjadi sebuah cerita lama dan Bandar Ayer Hitam kini lebih dikenali sebagai Bandar Ceramik kerana pelbagai barangan ceramik dihasilkan di bandar ini. Disebalik mercu tanda ‘Ayer Hitam Bandar Ceramik’ tersembunyi satu lagi tempat paling menarik yang menjadi tumpuan pengunjung apabila melalui jalan ini. Kawasan yang dimaksudkan adalah sebuah bangunan lama yang dikenali sebagai Bazar Jalan Johor yang jaraknya cuma satu kilometer dari Bandar Ayer Hitam.
Apa yang paling mengujakan bila berada di Bazar Jalan Johor di sini adalah seperti kita berada di negeri seperti Wakaf Che Yeh,Kelantan atau Padang Besar, Perlis mahu pun Bukit Kayu Hitam, Kedah. Hanya di tempat-tempat tersebut sahaja kita akan dapat melihat suasana seperti ini dengan kepelbagaian serta aneka ragam penjual yang ramah dan juga keunikan barang dagangan itu sendiri. Pelbagai barangan keperluan seharian, barangan kraftangan traditional, makanan kering dan ringan, buah-buahan, pelbagai jenis kerepek, dodol, aneka jenis sayur-sayuran, pakaian sehinggalah barangan hiasan termasuklah perkakasan lain dijual di sini. Di sini juga terdapat makanan yang terkenal di Negeri Melaka, Negeri Sembilan malahan makanan yang popular di Utara tanahair termasuk makanan dari Pantai Timur. Begitulah uniknya Bazar Jalan Johor ini. Keunikan dan kepelbagaian jualan ini yang berjaya menarik pelncong dan pembeli sehingga lewat pagi kerana bazar seperti ini hanya terdapat di Ayer Hitam. Deretan kedai lama yang
Papan Tanda yang menarik
berbumbung zink dan berdindingkan papan hanya dipenuhi dengan barang dagangan pemilik-pemilik kedai di sepanjang bazar tersebut. Seorang pemilik salah satu gerai di bazar tersebut yang berniaga 24 jam sehari tanpa henti, Nor Azizah Kaliman, 45, (kiri) yang juga telah berniaga di situ lebih 25 tahun berkata; “Bazar Jalan Johor ini memang sudah cukup terkenal di kalangan pelancong luar terutama dari Singapura dan juga dari negeri-negeri lain. Bazar ini akan dipenuhi pengunjung pada setiap hujung minggu.” “Kepelbagaian jualan terma-
suk kuih tradisional, pelbagai jenis kerepek serta buah-buahan termasuk pisang salai istimewa adalah punca tarikan pengunjung ke sini,” ujar Nor Azizah. Menurut Nor Azizah lagi, semua daerah di Negeri Johor turut membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan juga aneka jenis kerepek yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pembeli. Sementera itu, seorang pengunjung yang kebetulan sedang memilih kerepek dan buah-buahan di bazar tersebut, Nor Asmah Shafie, 29 (atas) dari Skudai ketika ditemui berkata; “Jika saya
melalui jalan berdekatan dengan bazar ini adalah menjadi kemestian untuk saya singgah kerana pelbagai barangan termasuk makanan yang tiada di tempat lain boleh didapati di sini. “Bazar Jalan Johor, Ayer Hitam adalah salah satu destinasi yang tidak dapat ditemui di mana-mana daerah lain dalam Negeri Johor,” kata Nor Asmah lagi. Kebanyakan gerai di sini akan mula beroperasi seawal pukul 4.00 petang tetapi ada juga gerai yang beroperasi 24 jam tanpa henti kerana masih ada pengunjung atau pembeli yang datang membeli barangan pada lewat tengah malam.
Seorang pengunjung memilih buah mangga untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.
Pelbagai jenis buah-buahan tempatan menjadi pilihan pengunjung.
Gerai jualan aneka jenis bunga buatan.
Kerepek pisang manis pedas.
16 - 28 Februari 2017 / Bil.21 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma
Jauhar Sukan
Keunikan Asam pedas air tawar > 18
ANAK JOHOR TAK KETINGGALAN HARUMKAN NAMA NEGARA DI NEW DELHI
23 atlet lumba basikal negara bersama pegawai di New Delhi, India.
OLEH AFANDY YUSOF JOHOR BAHRU - Dua atlet sukan basikal kelahiran Johor telah mengharumkan nama negara di Asian Cycling Championships 2017 yang berlangsung di New Delhi dari 1 hingga 10 Februari lalu. Muhammad Shah Firdaus Sharom, 21, anak kelahiran Muar telah mendapat tempat ketiga dalam acara ‘keirin’ dengan mencatat masa ketiga terpantas iaitu 10.580 saat dan membawa pulang satu pingat gangsa. Peserta dari Jepun, Yuta Wakimoto di tempat pertama dengan masa terpantas 10.019 saat dan pemenang tempat kedua juga dari negara Jepun, Kazunari Watanabe dengan masa 10.505 saat. Shah Firdaus melepasi tiga pusingan saringan dan berentap bersama pelumba profesional dari 9 buah negara yang lain termasuk Jepun , Korea, Indonesia Dia juga adalah salah seorang atlet SUKMA dari Johor dan
telah menyumbang dua pingat emas bagi sukan basikal ketika SUKMA berlangsung di Sarawak tahun lalu. Muhammad Shah Firdaus kini berada di Columbia bagi mewakili negara dalam kejuaraan basikal Piala Dunia yang telah bermula pada 18 Februari lalu. Seorang lagi peserta negara yang juga anak Johor kelahiran Tangkak, Muhammad Nur Aiman Rosli, 18 juga berjaya menduduki tempat ketiga dan memenangi pingat gangsa bagi acara ‘Men Juniors’. Nur Aiman yang berlumba dengan peserta dari 11 buah negara termasuk Hong Kong, Jepun, Korea, Indonesia dan Kazakhstan berjaya mengumpul 111 mata iaitu ketiga tertinggi. Ketika dihubungi Nur Aiman mensasarkan untuk menjadi atlet basikal profesional negara dan mampu mengharumkan nama negara dalam sukan lumba basikal di peringkat antarabangsa. “Saya akan berlatih dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat sebagai seorang pelumba basikal negara profesional yang disegani. “Cita-cita saya adalah untuk mengharumkan nama negara dalam sukan ini dan mencipta nama sebagai atlet sukan lumba basikal yang berjaya dan dikenali,” ujar Nur Aiman. Nur Aiman kini mengadakan latihan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil dan melakukan latihan selama empat jam setiap hari dalam jarak kayuhan sejauh lebih 120 kilometer. Malaysia menghantar 23 orang pelumba untuk menyertai 20 acara yang dipertandingkan dalam Asian Cycling Championships 2017 ini. Pasukan negara telah mendapat satu pingat emas melalui Azizul Hasni Awang dalam acara 200 meter sprints dan dua pingat gangsa melalui Muhammad Shah Firdaus Sharom dan Muhammad Nur Aiman Rosli.
Muhammad Shah Firdaus tersenyum di atas podium.
Aksi Muhammad Shah Firdaus di litar perlumbaan.
Shah Firdaus berbaju kuning dalam pusingan akhir.
Muhammad Nur Aiman Rosli ketika menerima pingat gangsa.