1 - 15 Januari 2017 / Bil.18 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma /
[email protected]
Jauhar
Suara Hati Bangsa Johor
KPRJ Cipta Nama Laksana Projek Bertaraf Antarabangsa > 5
Azmi Rohani Setiausaha K’jaan Yang Baharu
CERITA PENUH DI MUKA 2 Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin (tengah) menyaksikan penyerahan surat terima tugas daripada mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Ismail Karim (kanan) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor baharu, Azmi Rohani pada majlis serah terima tugas di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada 2 Januari lalu.
LAPORAN DI MUKA 10 & 11 7 BERITA
8 AKTIVITI SOSIAL
9 BERSAMA WAKIL RAKYAT
14 BERITA
345 Premis Makanan Di Johor Diberikan Pensijilan MeSTI
Ahli Lembaga Pelawat Jabatan Kebajikan Masyarakat Dibentuk Memantau Kanak-Kanak
Saipolbahari Didik Masyarakat Jadi Usahawan
RM5 Juta Untuk Penjenamaan “Persiaran Muafakat Bangsa Johor”
2 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Masa Depan Rakyat Bergantung Kepada Kecekapan Perkhidmatan Awam - MB
Azmi Rohani Dilantik Setiausaha Kerajaan Johor
KOTA ISKANDAR - Perkhidmatan awam tidak seharusnya dilihat sebagai sekadar satu struktur dan organ pentadbiran, sebaliknya ia mewakili perkara yang jauh lebih penting dan besar daripada itu. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, perkhidmatan awam Johor sangat penting kerana masa depan rakyat dan hala tuju negeri banyak bergantung kepada kecekapan dan keupayaan mereka untuk melaksanakan peranan dengan cekap dan baik. Katanya, terdapat beberapa sebab utama mengapa insititusi itu harus sentiasa memainkan peranan dengan berkesan, responsif, kreatif dan inovatif demi memartabatkan mutu perkhidmatan awam di negeri ini. “Pertama, kecekapan perkhidmatan awam membolehkan lebih banyak dasar dan agenda pembangunan diperkenal dan ditransformasikan secara radikal. “Kedua, kecekapan perkhidmatan awam boleh menjadi instrumen yang menutup segala ruang ketirisan, korupsi dan penyalahgunaan kuasa,” katanya pada Majlis Perpisahan dan Serah Tugas Setiausaha Kerajaan Johor di Dewan Negeri Johor di sini, pada 2 Januari lalu. Tambah Mohamed Khaled, kecekapan perkhidmatan awam juga boleh menjadi satu imej yang positif dan identiti yang baik kepada sesebuah negara. “Lihat sahaja apa yang diperkatakan tentang negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan serta negara-negara Skandinavia seperti Norway dan Sweden. “Kecemerlangan perkhidmatan awam mereka bukan sahaja memanfaatkan rakyat. Tetapi menjadi teladan seluruh masyarakat dunia. Malah menjadi identiti yang baik kepada mereka sebagai sebuah bangsa dan negara,” katanya. Jelas beliau lagi, kecemerlangan perkhidmatan awam juga boleh menyebabkan berlakunya penjimatan sumber, sama ada sumber kewangan dan sumber manusia serta boleh meningkatkan keyakinan dan kerjasama masyarakat untuk bersama-sama menyokong dan menjayakan pelan dan agenda yang dicadangkan oleh Kerajaan.
Mohamed Khaled Nordin menyaksikan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Ismail Karim (kanan) bersalaman dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor baharu, Azmi Rohani di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada 2 Januari lalu.
“Akhirnya, perkhidmatan awam ini sebenarnya, bukan sahaja satu amanah dan tugas rasmi yang sangat besar yang mesti dilunaskan dengan sebaik mungkin, tetapi ia juga adalah satu tanggungjawab moral yang mesti dipikul dengan penuh rasa bangga dan semangat yang patriotik serta merupakan ruang dan peluang kepada kita sebagai anak-anak Johor untuk memberikan khidmat bakti kepada tempat asal kita. “Jadi, marilah kita semua meletakkan peranan perkhidmatan awam di Johor di tempat yang sewajar dengan peranannya dan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan dan kecemerlangannya,” jelas beliau. Pada majlis itu, beliau turut mengalu-alukan pelantikan Azmi Rohani sebagai Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu. “Saya amat berbesar hati dengan perlantikan ini dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang ke-24. “Saya yakin, beliau bukan sahaja orang yang sangat layak dan berpengalaman luas untuk menjawat jawatan penting ini, tetapi saya percaya, beliau pastinya diselimuti keterujaan dan semangat yang berkobar-kobar untuk bersama-sama memberikan yang terbaik kepada Johor,” katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim atas segala jasa sepanjang perkhidmatan beliau. “Kepimpinan dan kewibawaan Datuk Ismail telah memastikan perkhidmatan awam di Johor berjalan dengan lancar dan cekap. “Beliau telah berjaya mewujudkan keseimbangan yang diperlukan, antara perkhidmatan awam dengan peranan istana, eksekutif dan legislatif. “Justeru, pada kesempatan ini, saya secara peribadi dan mewakili seluruh kakitangan dan jentera Kerajaan Negeri, ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Datuk Ismail di atas perkhidmatan cemerlang beliau selama ini,” katanya.
JOHOR BAHRU – Bekas Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Azmi Rohani mengangkat sumpah selaku Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu, pada 1 Januari lalu. Beliau menggantikan Datuk Ismail Karim yang bersara pada 31 Disember 2016. Istiadat pelantikan Azmi disempurnakan di Istana Bukit Serene, dengan kurniaan watikah pelantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sutan Iskandar. Turut berangkat hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin; Speaker Dewan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz; Yang Dipertua Majlis Jumaah DiRaja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli serta
barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. Azmi yang berusia 49 tahun, sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor. Beliau, yang berkelulusan dalam bidang pembangunan ekonomi dan pengurusan serta pembangunan sumber manusia, memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada tahun 1992. Beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan lain termasuk Pejabat Tanah Kluang, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor serta Pejabat Tanah Kota Tinggi. Isteri beliau ialah Dr. Noor Azizah Abdul Latiff dan mereka mempunyai empat orang cahaya mata.
PROFIL SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR YANG BARU AZMI ROHANI KELULUSAN • Sarjana Muda Sains Pembangunan (Ekonomi & Pengurusan) (Kepuji an) Universiti Kebangsaan Malay sia. • Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Universiti Te knologi Malaysia JABATAN PERNAH BERTUGAS • Penolong Pegawai Daerah Peja bat Daerah Muar ( 1 Mac 1992 – 31 Mei 1995) • Penolong Pentadbir Tanah Peja bat Tanah Kluang ( 1 Jun 1995 – 31 Julai 1997) • Pegawai Tadbir Jabatan Pengairan dan Saliran Johor ( 1 Ogos 1997 – 15 Januari 2002 ) • Penolong Pentadbir Tanah 1 Peja bat Tanah Kota Tinggi ( 16 Januari 2002 – 30 Jun 2002 ) • Jawatan Cadang (Cuti Belajar) Pejabat SUKJ (Caw. Pentadbiran) ( 1 Julai 2002 – 31 Mei 2004 ) • Penolong Pengarah (Pendaftaran
Hak Milik) Pejabat Tanah dan Ga lian Johor ( 1 Jun 2004 – 31 Ogos 2004 ) • Penolong Pengarah (Pengurus Seksyen Bank Data) Pejabat Tanah dan Galian Johor ( 1 Septermber 2004 – 31 Januari 2006 ) • Pengarah Landskap Negeri Johor ( 1 Februari 2006 – 31 Januari 2007 ) • Ketua Penolong Pengarah (Pelupu san, Penguatkuasaan & Teknikal) Pejabat Tanah dan Galian Johor ( 1 Februari 2007 – 15 Januari 2008 ) • Pentadbir Tanah Pejabat Tanah Kota Tinggi (16 Januari 2008 – 31 Mei 2011 ) • Timbalan Pengarah II Pejabat Tanah dan Galian Johor ( 1 Jun 2011 – 28 Februari 2012 ) • Timbalan Pengarah I Pejabat Tanah dan Galian Johor ( 1 Mac 2012 – 30 November 2014 ) • Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor ( 1 December 2014 – 31 Decem ber 2016 )
GALERI 3
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Sultan Serah Watikah Pelantikan
SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar, pada 1 Januari baru-baru ini telah memperkenan pelantikan Haji Azmi Rohani sebagai Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu. Istiadat pelantikan beliau telah disempurnakan di Istana Bukit Serene dengan kurniaan watikah oleh Tuanku Sultan. Yang turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Azmi mengambil-alih jawatan Setiausaha Kerajaan Johor daripada Dato’ Ismail Karim, yang bersara. Beli-
au mengangkat sumpah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin dengan penuh integriti mengikut ajaran agama Islam, serta memastikan kebajikan rakyat Johor sentiasa diutamakan. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato’ Rahim Ramli serta para ahli Jumaah, barisan Exco Kerajaan Negeri, Mufti Johor serta pegawai Majlis Agama Islam Johor juga turut hadir pada majlis berkenaan.
Semua foto ihsan : Official Sultan Ibrahim
4 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
KPRJ Cipta Nama Laksana Projek Bertaraf Antarabangsa OLEH NUR SAKINAH ROSHAN NUSAJAYA - Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang berkepentingan dalam pembangunan di negeri Johor kini melebar luas nama bersama syarikat besar di peringkat antarabangsa dengan pembinaan salah satu taman tema di Legoland. Pihak Legoland telah menyerahkan kontrak pembinaan selepas pihak KPRJ terpilih dalam tender pembinaan bangunan LEGO NINJAGO The Ride yang pertama di Asia dan ketiga di dunia. Bangunan yang dibina dengan nilai pelaburan sebanyak RM9 juta itu telah mengambil masa selama sembilan bulan untuk disiapkan dan dirasmikan pada 28 Oktober lalu. KPRJ berjaya menyiapkan pembinaan projek tersebut tepat pada masanya. LEGO NINJAGO The Ride ialah permainan pengembaraan 4D yang diilhamkan dari mainan dan rancangan TV NINJAGO LEGO yang sangat popular di kalangan kanak-kanak. Tarikan utama permainan ini ialah teknologi gerak isyarat tangan dan pengunjung boleh menikmati taman tema ini dalam 3D yang membawakan kesan seperti haba, asap dan angin sepanjang pengembaraan tersebut. Lukisan reka bentuk bangunan LEGO NINJAGO The Ride ini telah di-
ubah suai agar bersesuaian dan memenuhi kriteria ditetapkan serta segala pemasangan alatan pembinaan yang dibawa terus dari Denmark telah dipasang oleh pekerja KPRJ sendiri. Menurut Pengurus Eksekutif KPRJ Builders Sdn Bhd, Zainal Abidin Zakaria, (kiri) bangunan tersebut dibina mengikut piawaian yang ditetapkan oleh LEGO NINJAGO. Zainal Abidin (kiri) berkata, mereka telah melawat The Ride di Billund, Denmark di mana ‘LEGO’ dilahirkan di daerah ini dan tujuan lawatan itu bagi memastikan KPRJ dapat membuat sedikit kajian sebelum memulakan pembinaan. “Pada April lalu saya bersama beberapa pegawai lain telah berkunjung ke tiga buah negara seperti Denmark, Jerman dan Amerika Syarikat bagi melihat dan mempelajari secara langsung tentang reka bentuk taman tema ini. “Untuk merekabentuk dan membina atau ‘Design And Build’ memerlukan ketelitian yang menyeluruh agar pihak KPRJ tidak melakukan kesilapan dalam projek yang bertaraf antarabangsa ini ,” ujar beliau ketika di temu ramah Jauhar baru-baru ini. Manakala, Ketua Projek Pembinaan LEGO NINJAGO The Ride, Zakaria Mohd Zain, (kiri) menambah, projek ini adalah untuk merekabentuk, membina dan menyiapkan tiga aspek utama di LEGO NINJAGO The Ride seperti
Pengunjung juga boleh menyiapkan permainan LEGO dalam NINJAGO.
Bangunan NINJAGO.
‘Ninjago Training Camp’, ‘Dark Ride’ dan kerja-kerja infrastruktur yang lain. “Kami memulakan proses pembinaan selama 38 minggu iaitu dari 6 Februari hingga 28 Oktober 2016 dan berjaya menyiapkannya pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak Legoland,” tambah beliau. Pihak Jauhar juga berkesempatan melihat sendiri bangunan tersebut dan merasai keseronokan permainan 4D dan 3D yang disediakan di LEGO NINJAGO The Ride. Seorang pengunjung yang ditemui, Muhammad Adam Haikal, 13, berkata, taman tema baru ini sangat menarik kerana Ia mempunyai pelbagai permainan berteknologi canggih. “Di LEGO NINJAGO The Ride, saya dapat merasai pengalaman yang sangat mengujakan melalui permainan 4D dan 3D seperti membolehkan kita berlagak seperti ninja dan melemparkan bola api, petir, gelombang renjatan atau ais dengan mengesan pergerakan tangan,” ujar Muhammad Adam. Selain itu, Ong Zi Xuan, 14, (kanan) berkongsi pengalaman yang sangat seronok dan tidak dapat dilupakan dengan bermain permainan bersama rakan-rakan sekolah sewaktu berkunjung di LEGO NINJAGO The Ride baru-baru ini. “Kami dibawa oleh kenderaan permainan dengan menyusuri pelbagai babak seperti berlawan dengan penjahat melalui peluru maya dalam situ-
Sudut Karakter NINJAGO.
asi yang mencabar dan mengejutkan sepanjang pengembaraan,” katanya. Bagi Aishah Adam, 35 (kiri) yang membawa pelajar-pelajar membuat lawatan di Legoland berkata, LEGO NINJAGO The Ride bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga dapat menarik minat pelajarnya untuk melihat kecanggihan teknologi masa kini. “Dengan daya tarikan interaktif berasaskan media, teknologi, pelajar saya bukan sahaja dapat berseronok malahan dapat menimba ilmu dalam bidang teknologi dengan lebih meluas di depan mata sendiri,” ujar Aishah yang membawa seramai 40 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara 2, Kulai. Pengunjung juga turut dapat memainkan watak kegemaran mereka dan menewaskan musuh seperti segerombolan ular, hantu, jerangkung dan ular raksasa semasa bermain. Di akhir pengembaraan, pengunjung boleh melihat markah individu mereka yang dipaparkan menerusi skrin televisyen ketika keluar dari bilik permainan tersebut dan mereka boleh membeli cenderahati atau permainan di Sensei’s Shop. LEGO NINJAGO The Ride merupakan salah satu taman tema yang paling menarik yang terdapat di Legoland dan mula dibuka kepada orang ramai pada 4 November lalu.
BERITA 5
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Pelajar Diberi Pendedahan Bagaimana Penduduk Kampung Kitar Semula Bahan Terpakai Untuk Jaga Alam Sekitar
‘Seedball’ yang telah disiap.
OLEH NUR SAKINAH ROSHAN SKUDAI - Bertemakan maritim dan alam sekitar para pelajar dari tiga buah institusi iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT) serta anak-anak kakitangan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) berkampung selama tiga hari dua malam di UTM di sini untuk belajar tentang alam sekitar terutamanya pembangunan sektor maritim dan usaha-usaha mengatasi ancaman-ancaman terhadap alam sekitar marin. Program ini yang dijalankan dengan kerjasama EcoKnight bertemakan ‘MHB knights of Nature Sustainability Camp’ melibatkan 25 peserta. Menurut Pengurus Besar Perkhidmatan Fasiliti dan Aset MHB, Ab Haris Mohmat Md Jaffri, objektif lain program ini juga adalah untuk memastikan para peserta sentiasa bertanggungjawab dalam kelestarian ekologi pada masa akan datang. “Kami mengharapkan pe-
Nur Zafirah Zahida bersama peserta lain mencuba membuat ‘seedball’.
serta yang menyertai program ini akan dapat mengaplikasikan pembelajaran dan pengetahuan mereka bagi usaha-usaha pembangunan maritim untuk masa akan datang,” ujar beliau. Perkhemahan tersebut berlangsung pada 24 November lalu. Sementara itu, Presiden Ecoknights, Yasmin Rasyid, menegaskan, kem seperti ini sangat penting kerana perserta turut didedahkan dengan isuisu pencemaran semasa seperti melibatkan pencemaran air di Malaysia. “Dalam program ini pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah tentang pembangunan maritim dan lawatan lapangan seperti aktiviti menguji tahap pencemaran air di anak Sungai Sebulong dan melawat Taman Herba, Kampung Melayu Majidee. “Aktiviti yang dijalankan telah mendedahkan para peserta kepada isu semasa manakala penglibatan masyarakat da-
Orang kampung yang membantu Mohd Isa dalam demostrasi beliau.
lam memberi peluang untuk berbincang sesama mereka dalam mencari penyelesaian alternatif kepada pelbagai ancaman terhadap alam sekitar dan tahap pencemaran air dan cara mengatasinya turut diselitkan untuk manfaat para peserta,” ujar Yasmin. Tambah Yasmin lagi, kem ini mencabar peserta dalam berfikir secara kritikal untuk mencari keseimbangan di antara penggunaan dan perlindungan laut, terutama keperluan dan mengekalkan tadbir urus lautan dan sumber air bersih. ‘Knights of Nature Sustainablity Camp’ telah diperkenalkan sejak 2013 dan kini menjadi program tahunan serta penganjuran program yang dijalankan melibatkan pelbagai persatuan, syarikat dan pertubuhan NGO. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Herba, Kampung Melayu Majidee Johor Bahru, Mohd Isa Ahmad berkata, (kiri) peserta kem yang menyertai ak-
tiviti di kampung mereka telah didedahkan dengan ilmu seperti cara mengitar semula bahan sisa buangan daripada lebihan makanan serta membuat ‘seedball’ iaitu benih dan lumpur dicampur bagi mengurangkan penggunaan tanah dan pembajaan. “Di kampung kami, rata-rata penduduk mengitar semula sisa baki makanan untuk dijadikan pelbagai produk seperti pencuci lantai dan baja tanaman sebagai salah satu usaha untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar. “Jadi, kami mengambil peluang untuk mengajar peserta kem yang hadir supaya mereka dapat mengetahui bahawa kitar semula dapat dipelbagaikan dengan bermacam-macam cara,” kata Mohd Isa. Peserta ‘Knights of Nature Sustainablity Camp’, Nur Zafirah Zahida Omar, (bawah) seorang pelajar jurusan Pen-
gurusan Pengangkutan Maritim di NMIT ketika ditemui berkata, kem ini amat bersesuaian dengan subjek yang dipelajari kerana modul yang dilaksanakan dapat mengembangkan pengetahuan dirinya terhadap dunia maritim. Bagi Khairul Asraf Hisham, (bawah)peserta dari jurusan Kejuruteraan Awam di UTM, kem ini sangat membantu dirinya dengan membuka mata seorang bakal jurutera tentang pembangunan yang seimbang dan kesannya kepada alam sekitar. “Di kem ini saya diberi pendedahan tentang pembangunan yang dilakukan perlulah seimbang dengan persekitaran kerana jika alam sekitar tercemar, kemajuan yang dikecapi tidak memberi kesan yang baik kepada masyarakat,” ujar Khairul Asraf.
( LAGI CERITA DI MUKA 10-11 )
Peserta MHB knights of Nature Sustainability Camp bergambar selepas aktiviti di Taman Herba.
6 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Masyarakat Sejahtera Dan Penyayang Misi Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor OLEH NUR SAKINAH ROSHAN STULANG - Lebih 300 orang hadir ke Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Peringkat Negeri Johor 2016 di Hotel Berjaya Waterfront pada 8 Disember lalu. Program yang dijalankan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ) ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada kumpulan sasar. Kumpulan sasar yang dimaksudkan itu adalah golongan kanak-kanak, warga emas, OKU dan keluarga yang kurang berkemampuan di mana mereka telah dikenal pasti dan mempunyai rekod dalam simpanan JKM. Tujuan lain adalah untuk merealisasikan misi JKMNJ ke arah masyarakat sejahtera dan penyayang serta salah satu usaha membangunkan masyarakat menuju kesejahteraan sosial terutama kepada kumpulan sasar. Timbalan Pengarah JKMNJ, Dato’ Daud Arbah berkata, majlis ini mempunyai pelbagai program yang disatukan pada hari dan masa yang sama bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama PDK dan pegawai JKM serta pelatih-pelatih di bawah naungan JKMNJ. “Malah, program yang dijalankan dapat memangkin semangat pelatih-pelatih kumpulan sasar agar terus bersaing bersama-sama masyarakat dengan menjalankan pelbagai inisiatif untuk kemajuan diri sendiri. “Di majlis ini, kita juga memberikan penghargaan kepada Sukarelawan JKM kerana mereka telah banyak meluangkan masa dan berhabis tenaga untuk berkhidmat kepada komu-
niti kumpulan sasar ini,” kata Daud ketika berucap di majlis tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail yang turut hadir berkata, majlis ini telah memberi peluang kepadanya untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), JKMNJ dan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor untuk berkongsi maklumat bagi membantu kumpulan sasar mencari kemahiran yang bersesuaian dengan mereka. Majlis sambutan juga dimeriahkan lagi dengan Pertandingan Talentime terdiri daripada golongan OKU dari 10 PDK dari daerah masing-masing. Muhammad Fiqry Mohd Fahmy (atas) muncul sebagai juara dengan mendendangkan lagu ‘Derita Cinta’ yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah. Pemenang tempat kedua pula jatuh kepada Shirah Mohd Bosuni (kanan) dengan nyayian lagu ‘Angan-angan’ oleh Raja Emma dan Mohamad Izawan Ibrahim memenangi tempat ketiga dengan persembahan ‘Lepaskanmu Kerna Terpaksa’ yang dipopularkan oleh UKAYS. Di majlis tersebut pelbagai gerai jualan dibuka seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Johor Bahru dengan mempromosikan persembahan dari Kumpulan Permata Nilam sebagai fokus utama menjana pendapatan warga emas. Menurut Penyelia PAWE Johor Bahru, Nur-
farahin Jaafar, warga emas di sini juga digalakkan terlibat dalam bidang pertanian. Selain PAWE Johor Bahru, terdapat juga gerai Bengkel Sampul Surat Batu Pahat di bawah seliaan Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia yang menempatkan 65 orang pelatih OKU untuk menjana pendapatan di pusat ini. Menur ut P e n g u r u s Bengkel Sampul Surat Batu Pahat, P. Murity, (kiri) bengkel ini menyediakan peluang kepada OKU yang tidak diterima dalam pekerjaan untuk mencari rezeki di sini dengan mudah serta selesa. “B e n g k e l ini memb e k a l k a n sampul surat kerajaan persekutuan di seluruh Semenanjung Malaysia yang dibuat secara manual oleh pelatih-pelatih OKU sendiri. “Kami juga menyediakan tempat tinggal serta menanggung semua makan dan minum pelatih sepanjang mereka di sini sehingga pelatih mampu berdikari sendiri,” katanya lagi. Manakala, Penyelia PDK Segamat, Norliza Musa menambah, pihaknya pula bergiat mempromosikan kraftangan dan jahitan yang dihasilkan oleh ahli komuniti kumpulan sasar dengan lebih meluas di Negeri Johor. “Kita menjual produk kraftangan dan jahitan yang dibuat sendiri oleh ahli PDK Segamat bukan sahaja untuk mencari pendapatan lebih tetapi menonjolkan kemahiran luar biasa mereka kepada orang ramai,” ujar Norliza.
Ahli-ahli Kumpulan Permata Nilam.
Sampul surat yang dibuat pelatih.
Produk kraftangan dari PDK Segamat.
Produk PDK Segamat.
BERITA 7
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Orang ramai yang hadir ke majlis Perasmian Karnival Keselamatan Makanan di Pasaraya Besar Giant Tampoi.
345 Premis Makanan Di Johor Diberikan Pensijilan MeSTI OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD
Dr Rooshaimi Merican (kiri) memberikan sijil MeSTI kepada penerima premis makanan.
Zalilah Nasir (kiri) memberikan cenderahati kepada Dr Rooshaimi Merican.
Orang ramai mengunjungi tapak pameran.
JOHOR BAHRU - Sebanyak 345 premis makanan diberikan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri Makanan (MeSTI) sehingga Oktober lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Rooshaimi Merican A. Rahim Merican berkata, semua pensijilan yang diberikan di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) adalah untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan sepanjang rantaiannya, sama ada di premis makanan mahupun di rumah terjamin. “Makanan yang dihasil dan dipasarkan untuk orang ramai haruslah dimasak serta dijamin bebas daripada sebarang pencemaran atau jangkitan bakteria berbahaya. “Kemestian pihak premis makanan mematuhi peraturan tersebut adalah bersebab kerana ramai yang jatuh sakit setiap tahun akibat pengambilan makanan yang tidak selamat dan tercemar,” katanya.
Tambah beliau, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemilik premis makanan akan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Dr. Rooshaimi berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Keselamatan Makanan 2016 di Pasaraya Besar Giant Tampoi. Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Zalilah Nasir yang turut ditemui pada majlis sama berkata, sehingga bulan November, terdapat 18,730 premis makanan di Johor telah didaftarkan dalam Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM). “Semua jenis premis makanan perlu mendaftarkan premis mereka dalam sistem FoSIM dan sekiranya pemilik premis gagal berbuat demikian,
mereka dikira melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan boleh didenda. “Terdapat empat kategori dalam FoSIM iaitu premis pengilangan makanan, premis makanan katering, premis gerai makanan serta premis kenderaan yang menyediakan makanan dan sijil pendaftaran ini wajib dipamerkan di setiap premis masing-masing,” jelasnya. Objektif utama karnival yang bertemakan ‘Makanan Selamat Bermula Dari Anda’ tersebut adalah untuk memberi pengetahuan dan mewujudkan kesedaran pengguna serta industri mengenai keselamatan makanan sekaligus dapat mengelakkan penyakit seperti keracunan makanan daripada berlaku. Dalam pada itu, sebanyak 81 premis makanan di Johor turut mendapat pengiktirafan Sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) manakala 43 lagi dianugerahkan Sijil Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
8 AKTIVITI SOSIAL
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Ahli Lembaga Pelawat Jabatan Kebajikan Masyarakat Dibentuk Memantau Perkembangan Kanak-Kanak Terabai
Daud Arbah (sembilan dari kiri) bergambar kenangan di pintu masuk Rumah Kanak-kanak Mini Ulu Tiram bersama ahli lembaga pelawat JKM.
OLEH NUR SAKINAH ROSHAN ULU TIRAM - Ahli Lembaga Pelawat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melaksanakan pelbagai program amal bagi membantu kanak-kanak yang terabai dan teraniaya di sekitar Johor Bahru memahami tentang dunia luar. Kanak-kanak ini akan diberi pendedahan menerusi pelbagai pengisian program seperti pemeliharaan dan perlindungan, bimbingan dan kaunseling, pendidikan akademik, didikan agama dan moral, aktiviti riadah dan rekreasi serta kemudahan rawatan serta perubatan. Program ini akan membantu kanak-kanak berkenaan membentuk semula keyakinan diri, kasih sayang dan menolong mereka dari segi emosi agar tidak lagi trauma dengan peristiwa hitam yang pernah mereka alami sebelum ini. Dan hasil daripada inisiat-
Rumah Kanak-kanak Mini Ulu Tiram.
if Persatuan Memperkasakan Intelek Wanita Johor (JEiWA), ahli Lembaga Pelawat Jabatan Kebajikan Masyarakat telah berkunjung ke Rumah Kanak-Kanak (RKK) Mini Ulu Tiram sekaligus membantu kanak-kanak serta pihak pengurusan rumah tersebut untuk mempergiatkan lagi aktiviti dan memperkemaskan pengawasan agar lebih teratur. Ahli Lembaga Pelawat JKM dibentuk bagi membantu pentadbiran dan pengurusan institusi pemulihan kanak-kanak yang terdiri daripada pemimpin tempatan, swasta dan individu. Mereka terdiri daripada anggota komuniti yang berpengalaman, berkemahiran serta berpengetahuan tinggi yang boleh menyumbang perkhidmatan secara sukarela untuk kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Menurut Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Dato’ Daud Arbah, kumpulan profesional ini akan dapat membantu kanak-kanak yang terabai pulih dari kisah pahit dan silam mereka untuk meneruskan hidup sama seperti anakanak yang lain. Beliau ditemui bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM Negeri Johor, Hashim Kidam dan Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM Negeri Johor, Nurkhairunnisa Zolkipli ketika menyempurnakan Majlis Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Pelawat di RKK Mini Ulu Tiram pada 21 Disember lalu. Ahli Lembaga Pelawat JKM yang dilantik mempunyai enam orang anggota dan akan memikul tanggungjawab ini selama dua tahun. Menurut Pengerusi Ahli
Lembaga Pelawat JKM RKK Mini Ulu Tiram, Nor Fadillah Mohammad Nizar, (kiri) tanggungjawab ahli lembaga bukan sekadar merancang pelbagai program dan aktivti tetapi juga membantu pihak JKM memantau kebajikan kanak-kanak di sini. “Ahli lembaga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan mengawasi kawasan ini sebagai ‘rumah selamat’ bagi kanak-kanak yang dibawah kes mahkamah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Sementara itu, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Nor Hasmah Akup (kanan) berkata; “Majoriti kanak-kanak di sini adalah dari kes mahkamah yang melibatkan pengabaian dan penderaan terhadap diri mereka, jadi mereka perlu diberi banyak pendedahan tentang dun-
ia luar agar dapat membina keyakinan diri semula untuk bergaul dengan masyarakat.” Rumah tiga tingkat yang berkeluasan dua ekar ini kini menempatkan 30 orang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ke bawah yang terdiri daripada warganegara dan juga bukan warganegara seperti dari Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Myanmar yang diselamatkan oleh pihak JKM di bawah Akta KanakKanak. Kanak-kanak ini diawasi dengan 12 orang penjaga mengikut syif yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Konsep penjagaan berasaskan kekeluargaan ini diamalkan di rumah mini tersebut adalah sebagai pendekatan baharu supaya kanak-kanak dapat mengalami proses tumbesaran yang lebih sihat dan sempurna melalui persekitaran kekeluargaan.
Nor Fadilah Mohamed Nizar menyampaikan cenderahati kepada Daud Arbah.
BERSAMA WAKIL RAKYAT ANDA
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
9
SAIPOLBAHARI Didik Masyarakat Jadi Usahawan OLEH AFANDY YUSOF BUKIT NANING merupakan sebuah pekan besar di Daerah Muar dan terletak dalam Parlimen Bakri. Mempunyai kepadatan penduduk hampir 21,000 orang dan jumlah pengundi berdaftar baru lebih 17,000 orang - melebihi jumlah pengundi pada pilihan raya yang lalu. Dalam pilihan raya lalu kesemua kerusi DUN termasuk Parlimen dimenangi oleh parti pembangkang kecuali Dun Bukit Naning. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Dato’ Seri Saipolbahari Suib,55, merupakan seorang usahawan yang berjaya sebelum menceburi bidang politik. Menurut Saipolbahari, beliau sentiasa meletakkan dirinya sebagai seorang ‘bapa’ apabila melaksanakan tugas sebagai ADUN. “Saya mengambil pendekatan memudahkan tugas dan tidak ada perbezaan atau pilih kasih terhadap sesiapa juga yang berada dalam DUN Bukit Naning dan saya akan membantu secepat yang termampu dalam apa juga masalah yang
dihadapi oleh masyarakat dalam kawasan saya. “KPI saya adalah mudah, menyelesaikan masalah sesegera yang mungkin terutama melibatkan kepentingan penduduk atau pun masyarakat dan saya sendiri akan turun padang untuk menyelesaikannya dalam kadar yang segera,” ujar beliau. Saipolbahari juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang dimenangi untuk penggal ketiga. Walaupun sibuk dengan jawatan yang disandang dan tanggungjawab besar yang membuatkan beliau sibuk keseluruh negara dalam memastikan NAFAS juga berperanan secara efektif membantu para peladang di seluruh pelusuk negara namun Bukit Naning tidak pernah beliau abaikan. Ramai usahawan bumiputera dari kalangan belia dan masyarakat dalam Dun Bukit Naning telah berjaya sebagai pengusaha lebah kelulut, usahawan sejuk beku, usahawan pertanian dan banyak lagi yang dilahirkan atas daya usa-
ha Saipolbahari. Saipolbahari turut menyatakan bahawa apa yang penting bagi masyarakat adalah mempunyai pendapatan tetap tetapi yang membolehkan mereka lebih berjaya adalah dalam bidang keusahawanan. Dengan adanya pendapatan tetap atau pendapatan tambahan akan menjadikan masyarakat lebih maju dan hidup senang malahan. Atas sebab itulah beliau berusaha melahirkan usahawan baru dari generasi muda seramai yang mungkin. Menurutnya, sudah lebih 100 orang telah dilahirkan sebagai usahawan lebah kelulut yang purata pendapat bersih mereka melebihi RM3,500 sebulan dan pendapatan itu akan bertambah apabila mereka semakin mahir dalam menternak dan mengembangkan ternakan lebah kelulut untuk mendapatkan madunya. “Usahawan yang dilahirkan ini tidak mempunyai risiko besar kerana hasil yang dikeluarkan sudah ada pembelinya terutama dari PPNJ dan juga agensi lain yang telah kita sediakan. “Banyak bidang lain yang
Melawat dan membantu anak OKU.
BIODATA YB DATO’ SRI HAJI SAIPOLBAHARI HAJI SUIB
berteraskan pertanian yang membolehkan masyarakat Dun Bukit Naning laksanakan,” ujar Saipolbahari lagi. Untuk masyarakat yang memerlukan surat sokongan atau pun tandatangan beliau, Saipolbahari tidak memilih tempat untuk membantu dalam melaksakan tanggungjawabnya. Warung kopi, tepi jalan atau atas bonet kereta dan di mana saja rakyat perlukan bantuan dan pertolongan beliau tidak pernah menolak. Selain dari melahirkan usahawan, menyelesaikan masalah masyarakat, mendengar pandangan orang-orang kampung beliau juga turut mengutamakan keperluan asas yang lain untuk keselesaan rakyat. Semangat muafakat juga disematkan bersama masyarakat dan Kg Parit Tengah dalam DUN Bukit Naning tiga tahun berturut-turut memenangi beberapa anugerah peringkat kebangsaan dari tahun 2014 sehingga tahun 2916. Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan FM kampung yang diberi nama Radio Air Hitam Naning FM bagi menyalurkan apa juga mak-
lumat kepada seluruh warga Bukit Naning khasnya. Apa yang melucukan ialah apabila beliau bertolak pulang dari pejabat ke kediamannya di Batu 18, Air Hitam, yang pada logiknya hanya memakan masa tidak sampai 20 minit tetapi hakikatnya akan berakhir sehingga tiga atau empat jam kerana penduduk akan menelefon atau menahan keretanya bagi memohon tandatangan atau menerangkan permasalahan mereka. Bagi masalah luar jangka seperti kebakaran, bencana alam, kematian atau kemalangan Saipolbahari akan memastikan masalah itu diselesaikan secepat yang mungkin iaitu dalam tempoh 24 jam walaupun beliau tidak berada di dalam kawasan ketika kejadian berlaku. Pegawai di pusat khidmatnya akan bertugas pada setiap masa dan sekiranya pada waktu itu beliau berada dalam kawasan atau di kediamannya maka beliau sendiri akan turun padang tanpa mengira waktu. Bagi Saipolbahari, Bukit Naning adalah sebahagian daripada dirinya.
Program Maulidur Rasul.
TEMPAT LAHIR: POS 160, BATU 18, AIR HITAM, 84050 MUAR, JOHOR.
ISTERI: NORHAYATI BINTI MOHD NOOR
BIL. ANAK: 5 ORANG
ALAMAT RUMAH: POS 160, BATU 18, AIR HITAM,84050 MUAR, JOHOR.
PEKERJAAN: AKAUNTAN, USAHAWAN & ADUN BT NANING
TEL. BIMBIT: 013-7253487
PENDIDIKAN: 1982-1986 - BACHELOR SAINS PERNIAGAAN TANI - UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
TARIKH LAHIR: 23 APRIL 1962
10 FOKUS
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Dari Kawasan Tercemar Kini Jadi Tempat Kunjungan Ramai Bagaimana penduduk Taman Herba Kampung Melayu Majidee menukar imej menerusi kitar semula bahan buangan dan sisa makanan dan membersihkan anak Sungai Sebulong
Mohd Isa Ahmad (kiri) menyembur air baja untuk menyegarkan lagi pokok cendol.
Buah Mahkota Dewa tumbuh segar di Taman Herba Sungai Sebulong.
OLEH NUR SAKINAH ROSHAN
akhirnya berjaya diatasi. Pelbagai program dan aktiviti yang berterusan dijalankan bagi menanam sifat kesedaran tentang pentingnya kebersihan sungai dijaga dan pada masa yang sama dapat mengubah pemikiran dan sikap penduduk serta menghakis sikap tidak mengambil tahu terhadap pencemaran yang berlaku di kampung mereka. Kini, kawasan penempatan setinggan itu telah bertukar menjadi Taman Herba Sungai Sebulong dan merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang datang melihat sendiri keunikan tanaman herba yang dibaja dengan bahan organik semata-mata dan cara mereka memulihara
JOHOR BAHRU - Penjagaan dan pemuliharaan semula anak Sungai Sebulong di Kampung Melayu Majidee selama 12 tahun menerusi kaedah organik bukan sahaja telah membersihkan air sungai berkenaan malah kini menjadikan kampong berkenaan sebagai salah satu daya tarikan orang ramai. Bukan itu sahaja malah penduduk kampung berkenaan telah berusaha mempelajari cara mengitar semula sisa bahan makanan dan air basuhan beras untuk menghasilkan baja organik kepada tanaman. Pada awalnya, kawasan ini mengalami masalah pencemaran air sungai yang teruk disebabkan sikap sambil lewa masyarakat sekitar membuang
sampah serta sisa bahan makanan ke dalam sungai tersebut. Bagaimanapun segala-galanya berubah pada tahun 2005 apabila langkah pertama yang diambil oleh para penduduk persisiran Sungai Sebulong untuk merancang pemuliharaan dan pemeliharaan dengan mengelakkan pembuangan sisa makanan ke dalam sungai daripada terus berlarutan. Dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dana berjumlah RM2 juta kepada wakil penduduk untuk digunakan bagi menjalankan pelbagai program dan aktiviti yang bersesuaian, masalah tersebut
Pokok herba yang hidup subur sepanjang Taman Herba Sungai Sebulong.
Sungai Sebulong. Tinjauan Jauhar mendapati terdapat pelbagai jenis herba dan bunga ditanam di sepanjang persisiran anak Sungai Sebulong antaranya mas cotek, tanduk rusa, cili, halia dan mahkota dewa. Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Taman Herba Sungai Sebulong, Mohd Isa Ahmad, 53, (gambar) ketika ditemui Jauhar berkata, setiap rumah telah dibekalkan dengan tong kitar semula bertujuan untuk memproses sisa bahan makanan kepada baja organik dan boleh digunakan selepas sebulan dengan kaedah bioteknologi ‘Effective Microorganism’(EM) atau cecair nutrisi. “Ketika kami mula-mula melancarkan projek ini, setiap hari saya bersama
FOKUS 11
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Bunga Raya yang tumbuh segar Taman Herba Sungai Sebulong.
ahli jawatankuasa yang dilantik oleh MBJB mengadakan program dengan menunjukkan kaedah-kaedah mengitar semula sisa makanan ini kepada penduduk. “Hasil daripada campuran bahan-bahan tersebut boleh digunakan untuk dijadikan baja bagi tanaman pokok herba dan salah satu cara juga mengelakkan penggunaan bahan kimia,” ujar Mohd Isa ketika menunjukkan demonstrasi proses menukar sisa bahan makanan kepada baja organik. Tambah Mohd Isa, air basuhan beras juga boleh dijadikan alternatif lain bagi kegunaan seperti penyembur untuk menghalau serangga perosak, menjadi bahan cuci lantai dan sinki yang
Anak Sungai Sebulong.
tersumbat serta mengurangkan bau busuk najis di kandang haiwan ternakan. Air basuhan beras dicampurkan dengan EM1 dan air gula Melaka atau molases yang akan disimpan selama lapan hari dan setiap hari dibuka penutupnya agar gas yang terkandung dikeluarkan. Menariknya, penduduk di sini mengambil langkah menanam menggunakan sabut kelapa dan serbuk papan untuk mengurangkan penggunaan tanah untuk tanaman bunga. Menurut salah seorang penduduk yang ditemui, Ismail Kailan, 63, (gambar) sejak menggunakan baja organik
yang diproses sendiri, tanaman di kawasan rumahnya menjadi lebih sihat. “Tanaman saya seperti cili dan halia kini tumbuh dengan lebih segar dan daunnya lebih hijau tanpa dijangkiti sebarang serangga dan buah yang terhasil juga lebih banyak tanpa penggunaan penyembur daripada bahan kimia,” katanya. Seorang lagi penduduk yang ditemui, Haripah Othman, 69, berkata, dia kini dapat menanam lebih banyak pokok bunga tanpa menggunakan tanah dan memudahkan dirinya untuk mengalihkan tanaman tersebut ke tempat lain. Halijah Omar, 55, pula menambah,
sisa makanan yang dahulunya dianggap bahan buangan kini telah banyak membantu untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti. “Saya mendapati tanah yang menggunakan baja organik menjadi lebih lembut, subur, boleh digunakan dalam masa yang panjang serta membaiki tanah yang rosak,” kata Halijah. Selain itu, penduduk di sini juga membantu dalam merawat air sungai dengan kaedah ‘mudball’, iaitu campuran tanah bersama molases (sirap gula melaka) dan bahan EM Bio Recycle yang dicampak ke dalam sungai setelah digaul untuk menjadikan air sungai tidak berbau serta mengelakkan jentik-jentik bagi usaha menghapuskan Aedes.
Bahan-bahan ‘Effective Mikroorganism’ (cecair nutrisi) yang digunakan Mohd Isa Ahmad untuk membaja pokok.
12 PENDIDIKAN
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Prof Dr Wahid Omar bergambar bersama para peserta sebaik sahaja selesai majlis pelancaran program ‘Car Free Day’ yang julung kalinya diadakan di Negeri Johor.
Sehari Dalam Sebulan Sehingga Jun Untuk ‘Hari Tanpa Kenderaan’ Di Kampus UTM OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) buat julung kalinya akan memperkenalkan program Hari Tanpa Kenderaan sehari dalam sebulan sehingga pertengahan tahun ini sebagai inisiatif untuk mengurangkan pencemaran udara dalam kawasan kampus. Naib Canselornya, Dato’ Profesor Dr Wahid Omar (gambar) berkata, pelaksanaan program berkenaan dapat memberi impak besar kepada warga universiti khususnya bagi mengurangkan pencemaran asap kenderaan yang semakin meningkat.
Menurutnya, program ‘Hari Tanpa Kenderaan’ ini akan dilaksanakan sekali dalam sebulan dengan pemilihan tarikh ditentukan oleh beberapa unit penting UTM yang telah ditugaskan untuk menyelaraskan semua aspek berkaitan pelaksanaannya. “Saya percaya pelaksanaan program seperti ini bukan sesuatu yang mudah dan tentunya ada pelbagai pandangan berbeza serta polemik dalaman,” jelasnya ketika sidang media di Laman Menanti UTM pada 20 Disember lalu. Yang turut hadir sama ialah Pengarah UTM Kampus Lestari, Profesor
Madya Ir. Dr. Mohd. Fadhil Md. Din. Tambah beliau, cadangan pelaksanaan program ini merupakan kaedah pertama diamalkan di bawah inisiatif Kampus Rendah Karbon dalam usaha mengurangkan pencemaran karbon di sekitar kampus. “Pihak kami akan menghimpunkan semua cadangan dan pendapat dari semasa ke semasa berhubung program ini untuk tujuan penambahbaikan bagi memastikan kelancarannya pada masa depan. “Jika aktiviti kelestarian seperti ini tidak diadakan secara agresif, ia tidak
akan mampu memberi kesan sewajarnya dalam mengurangkan jejak karbon khususnya dalam kawasan kampus,” katanya lagi. Pelaksanaan program ini akan membabitkan kawasan sekitar Lingkaran Ilmu merangkumi perimeter bulatan sepanjang 2.2 kilometer dengan semua kenderaan bermotor menggunakan bahan api petrol atau diesel dilarang memasuki kawasan diwartakan bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Hanya basikal dan kenderaan menggunakan kuasa elektrik, selain warga kampus digalakkan berjalan kaki atau berbasikal ketika hari program berlangsung.
50 Tahun PPJ OLEH MOHD KHATIM OTHMAN PERSATUAN Penulis Johor (PPJ) bukanlah satu nama yang asing lagi kepada para peminat dan penggiat bahasa, sastera, budaya dan para penulis sama ada cerpen, novel mahupun puisi sekitar Negeri Johor. Malah tidak salah jika dikatakan PPJ begitu dikenali dan mempunyai rangkaian persahabatannya di seluruh Malaysia dan nusantara terutamanya di kepulauan Riau Indonesia, Singapura, Brunai, Thailand dan juga Kemboja. Sebelum tertubuhnya PPJ pada 29 Mei 1966, kebanyakkan penulis tersohor Johor seperti Usman Awang, Masud Abd. Rahman, Ismail Zainuddin dan beberapa nama lagi telah menganggotai ASAS’50 di Singapura. Penubuhan PPJ selain daripada perjuangannya memartabatkan Bahasa Melayu, juga menjadi medan melahir dan memupuk bakat-bakat penulis muda di Johor. Selain menjadi jambatan menyalurkan maklumat-maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan melalui berbagai bentuk penulisan terutamanya puisi dan rencana. PPJ mempunyai hubungan yang erat dengan badan-badan penulis lain
seperti GAPENA, PENA dan berbagai lagi, termasuklan persatuan-persatuan penulis di sekitar Nusantara. Malah sejak PPJ menjadi anggota gabungan GAPENA yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, telah banyak diberi kepercayaan untuk menganjurkan pelbagai program peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Seminar Kritikan Sastera (1973), Pertemuan Sasterawan Nusantara (1980), Dialog Selatan (1993), Hari Puisi Nasional (1995) malah setiap tahun PPJ telah diberi tanggungjawab untuk menjadi penganjur bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wilayah selatan mengadakan Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Kebangsaan sehingga kini. Tidak hairanlah jika PPJ begitu dikenali bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh Nusantara dengan penganjuran program dwitahunannya seperti Seminar Persuratan Melayu Nusantara dan Seminar Persuratan Melayu Johor, yang mana pemakalah-pemakalah yang terdiri daripada sasterawan-sasterawan terkenal dari seluruh pelusuk dunia dijemput membentangkan kertas kerja masing-masing. Keanggotaan keahlian PPJ yang
terdiri daripada berbagai golongan seperti wartawan, guru, pensyarah, penggiat seni, mahasiswa dan sesiapa sahaja yang mempunyai minat dalam penulisan dan pengkajian bahasa, telah menjadikan PPJ sebuah persatuan yang kuat dan disegani. Bermula dengan Ismail Zamzam yang telah diberi kepercayaan untuk mengetaui bahtera PPJ sebagai Ketua 1 (1967-1969), bertanggungjawab mengumpulkan semua para penulis Johor ke dalam PPJ dengan berbagai kegiatannya. Kemudian diikuti oleh Wan Mus Ahmad (1970-71) dan Ismail Zamzam telah dipilih semula sebagai ketua 1 PPJ (1971-1987). Beliau telah meneruskan segala perancangan PPJ termasuklah mengadakan kerjasama yang akrab dan aktif dengan badan-badan lain di Johor termasuklah Yayasan Warisan Johor (YWJ). Hubungan PPJ dan YWJ ketika itu ibarat aur dengan tebing, saling bekerjasama dalam menjayakan berbagai-bagai kegiatan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Setelah menunjukkan kerjasama dan perjuangan yang mantap dan bersungguh-sungguh, mulai tahun 1973, Kerajaan Johor telah mem-
berikan geran peruntukan kepada PPJ sebanyak RM5,000 setiap tahun. Dengan dana yang ada, PPJ berjaya menerbitkan majalah PITA yang lebih kepada berita-berita sekitar kegiatan PPJ dan informasi-informasi terkini dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan. PPJ juga telah menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Johor untuk menubuhkan Kompleks Kebudayaan Negeri Johor dengan tujuan memelihara segala khazanah budaya Johor agar terus terpelihara dan menjadi sumber rujukan generasi akan datang. Setelah 17 tahun mengetuai PPJ, Ismail Zamzam telah menyerahkan baton perjuangan PPJ kepada Mohd Ropi Jais (1988-1993) yang ketika itu merupakan seorang Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru. Sekitar akhir tahun 80an, PPJ telah mencadangkan kepada kerajaan untuk penubuhan Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia tentang Pembentukan Kurikulum Matapelajaran Kesusasteraan Melayu untuk sekolah menengah.
(Bersambung Dalam Edisi Akan Datang)
AGAMA 13
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Karnival Usahawan Asnaf Buka Ruang Tingkatkan Produk Golongan Asnaf OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Karnival Usahawan Asnaf (KUA) yang berlangsung di sini baru-baru ini menjadi pembuka ruang kepada para usahawan terutamanya dari golongan asnaf untuk mempromosikan serta memasarkan produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan luas. Penyelia Syarikat Warisan Gobek Sdn Bhd yang bertapak di Batu Pahat, Saiful Bahrin Md Isa, 35, (gambat) berkata, KUA menjadi medan kepada mereka untuk meningkatkan kadar pasaran serta jualan produk dengan lebih menyeluruh. “Seperti yang kita tahu, karnival ini melibatkan penyertaan dari seluruh negeri di Malaysia. “Jadi, ini adalah ruang terbaik dalam mempromosikan serta komersialkan produk secara meluas lebih-lebih lagi dengan kehadiran pengunjung yang ramai. “Orang ramai yang hadir juga dapat
melihat dengan lebih dekat produk yang dihasilkan oleh pihak kami iaitu produk ukiran berasaskan kayu seperti perabot,” ujarnya sambil berpendapat setiap usahawan berpeluang untuk menjual apa sahaja produk menerusi KUA. Pengusaha perniagaan Daging Dendeng Pak Lan, Roslan salleh, 58, berkata, karnival yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ini adalah merupakan platform terbaik dalam mempromosikan produknya termasuk usahawan asnaf lain. “Ini adalah kali pertama saya menyertai karnival seperti ini dan sejujurnya saya berasa gembira kerana sambutan yang diberikan oleh masyarakat Johor sangat luar biasa. “Malahan, menerusi program seperti ini, saya sendiri berpeluang untuk meningkatkan pendapatan sebanyak dua kali ganda berbanding dengan pemasaran secara dalam talian (online). “Selain itu, saya juga berharap agar
Demonstrasi ukiran kayu oleh salah seorang pekerja di Syarikat Warisan Gobek.
Siti Sarah, 49, (kiri) bergambar bersama salah seorang usahawan asnaf lain sambil menunjukkan produk yang dijual semasa Karnival Usahawan Asnaf 2016.
lebih banyak pihak dari pelbagai sektor terus menganjurkan program seperti ini kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan bagi para usahawan terutamanya dari golongan asnaf,” katanya yang mendapat bantuan modal kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memulakan perniagaan. Pemilik perniagaan Kek Lapis Sarana Enterprise, Siti Sarah Shaikh Moha-
mad Said, 49, bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menjalankan program yang melibatkan golongan asnaf dari seluruh negara. “Seperti usahawan asnaf lain, saya juga ingin menyeru agar lebih banyak program seperti ini diadakan kerana ia membantu kami mempromosikan hasil produk kami,” jelas Siti yang menetap di Kuala Lumpur, dan memberitahu menerima bantuan modal perniagaan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dalam pada itu, KUA yang julung kalinya diadakan di Johor merupakan anjuran MAINJ dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 1 hingga 3 Disember lalu. Karnival tersebut disertai lebih 100 asnaf dari seluruh negara termasuk 60 asnaf Johor membabitkan lebih 30 acara termasuk pertandingan fotografi bertemakan Zakat Dari Perspektif Lensa, Gerbang Rabiul Awal (pakej perkahwinan beramai-ramai) dan pertandingan seni kaligrafi.
9 Fakta Ringkas Mengenai Tabung Wakaf Rakyat Johor 3. Akan menjadi instrumen penting dalam membangun ekonomi, membuka ruang pendidikan serta melebarkan sistem kebajikan Johor dan masyarakatnya. 4. Menjadikan Johor sebagai negeri pertama di Malaysia yang mewujudkan tabung wakaf sendiri. Ia telah dilancarkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru pada 8 November lalu. 5. Tabung berkenaan terbuka kepada semua golongan manakala hasilnya akan dilaburkan untuk kemudahan dan keperluan hampir dua juta umat Islam di Negeri Johor termasuklah dalam membangunkan sektor hartanah serta aset berkaitan Wakaf PIJ seperti Taman Perbadanan Islam, rumah kedai, pusat sukan, pusat pendidikan, inkubator dan pusat perniagaan. 6. Merupakan salah satu langkah untuk mengukuhkan muafakat Bangsa Johor dengan membantu kerajaan serta bekerjasama mengatasi pelbagai masalah kemaslahatan umum yang mendepani masyarakat dan sebagai ikhtiar dalam menggunakan pelbagai model Islam demi menyuburkan kebaikan di bumi Johor. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika majlis pelancaran Tabung Wakaf Rakyat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru.
7. Lebih 10 organisasi dan badan korporat tempatan menyumbang dana awal untuk tabung berkenaan yang berjaya mencatatkan kutipan permulaannya berjumlah lebih RM12 juta dan diuruskan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ).
1. Berfungsi sebagai wadah amal jariah bagi seluruh umat Islam di Johor dan mengumpul dana wakaf melalui wakaf tunai dari individu, muafakat wakaf korporat, skim potongan gaji serta pelaburan.
8. Tiga projek khas kini dalam perancangan untuk dibangunkan menerusi Tabung Wakaf Rakyat Johor adalah Kompleks Perubatan Pakar di Bandar Baru Uda, Dewan Besar Larkin dan ‘Food Truck’ Muafakat Bangsa Johor.
2. Merangka program kebajikan sosio-ekonomi dan kemasyarakatan menjadi manfaat serta faedah kepada rakyat disamping membuat pelaburan yang dibenarkan oleh syarak untuk kepentingan ekonomi khususnya bagi umat Islam negeri ini.
9. PIJ dilantik sebagai Nazir Khas Pembangunan Wakaf Negeri Johor serta tabung berkenaan, manakala Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) masih lagi berfungsi sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf negeri ini.
14 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
RM5 Juta Untuk Penjenamaan “Persiaran Muafakat Bangsa Johor” Bahagian hadapan Kuil Sri Raja Mariamman yang terletak di dalam kawasan Persiaran Muafakat Bangsa Johor.
OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Sejumlah RM5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi penjenamaan semula empat jalan di kawasan pusat bandar, kini dikenali sebagai ‘Persiaran Muafakat Bangsa Johor’ yang juga menempatkan lima buah rumah ibadat. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Dato’ Tee Siew Kiong berkata penjenamaan tersebut selaras hasrat pihak kerajaan yang mahu melahirkan masyarakat Bangsa Johor yang stabil, disamping dapat menanam integrasi nasional serta sikap toleransi dalam aspek agama dan kepercayaan. “Pada pembentangan Bajet Johor 2017, Kerajaan Negeri mengumumkan
peruntukan sebanyak RM5 juta bagi memantapkan agenda Muafakat Bangsa Johor dengan mewujudkan penjenamaan semula ‘Street of Harmony Johor Bahru’ sebagai ‘Persiaran Muafakat Bangsa Johor’ di pusat bandar. “Persiaran ini melibatkan lima rumah ibadat yang mewakili lima kepercayaan dan merupakan warisan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar. “Juga, merupakan hasil kurniaan tanah dan pengiktirafan daripada kerabat diraja Johor,” katanya sambil menambah kelima-lima rumah ibadat tersebut terhubung dengan laluan sepanjang dua kilometer yang terdiri daripada Jalan Trus, Persiaran Duke, Jalan Abdullah Ibrahim dan Jalan Ungku Puan.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Persiaran Muafakat Bangsa Johor di persiaran Sungai Segget pada 31 Disember lalu. Yang turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Bandar Johor Bahru, A. Rahim Nin dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Ismail Ibrahim. Tambahnya, kewujudan lima rumah ibadat dalam satu kawasan yang sama membuktikan Johor memiliki ciri permuafakatan yang kuat seperti toleransi beragama dan budaya, kecintaan terhadap warisan serta semangat nasionalisme yang tinggi. “Persiaran ini juga berperanan sebagai produk pelancongan warisan dan sejarah unik, sebagai sebahagian daripada projek transformasi Johor Bahru
dan selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor (2014-2023) yang menekankan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan warisan,” jelasnya lagi. Lima pusat ibadat berkenaan adalah Masjid India Dato’ Ahmad Awang yang dianggarkan berusia 100 tahun, Kuil Sri Raja Mariamman, Sikh Gudwara Sahib, tokong lama kaum Cina berusia 146 tahun dan Gereja The Vicar Of Immaculate Conception. Penjenamaan semula persiaran tersebut merupakan hasil inisiatif Kerajaan Negeri menerusi MBJB dengan kerjasama Tourism Johor, Yayasan Warisan Johor, IRDA serta Think City sebagai badan yang melakukan kajian keberkesanan dan kerja-kerja penyelidikan bersama komuniti setempat.
Tee bersama A. Rahim Nin (tiga dari kanan) ketika gimik Pelancaran Persiaran Muafakat Bangsa Johor berlangsung.
Masjid India Dato’ Ahmad Awang.
Pandangan hadapan Kuil Sikh Gudwara Sahib .
Tokong lama kaum Cina di Persiaran Muafakat Bangsa Johor yang berusia hampir 146 tahun.
FOKUS 15
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Sumbangan Rakyat Penting Demi Pembangunan Inklusif PEMBANGUNAN inklusif merupakan satu perkara yang amat dititik beratkan dalam pentadbiran saya. Bagi menjayakan gagasan Johor Berkemajuan, setiap peringkat masyarakat mempunyai peranan tersendiri untuk memastikan ianya terlaksana dengan jayanya. Zaman di mana hanya kerajaan semata-mata menentukan segala hala tuju bagi rakyatnya sudah lama berakhir. Menjelang tahun ke-60 kemerdekaan tanahair, masyarakat hari ini merangkumi generasi bijak pandai, gigih berdikari dan sarat dengan rencam idea pembangunan tersendiri. Ini sudah tentu akan mempelbagaikan lagi cabaran serta tuntutan kepada kesiapsiagaan kita merencana masa depan negara. Atas sebab itulah, sempena permulaan 2017 ini, saya gelarkan tahun ini “tahun pecutan” bagi Johor. Dan telahpun saya mulakan gerak kerja tahun ini dengan sekali lagi melangkah turun ke segenap ceruk rantau negeri. Bersama-sama saya, para barisan kepimpinan negeri serta agensi-agensi berkaitan di setiap kawasan parlimen,
bagi meninjau prestasi setiap program pembangunan untuk rakyat. Siri tinjauan kali ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawabnya memimpin dan mengurus tadbir negeri secara inklusif. Pelbagai dasar dan rancangan yang telah dirancang dan dilaksanakan sebelum ini, dilihat kembali keberkesanan serta limpahan manfaatnya kepada rakyat. Agar segalanya benar-benar berkesan dan menguntungkan Bangsa Johor. Ia sebahagian dari saluran bagi mendapatkan maklum balas secara langsung dan melihat sendiri hasil yang terbit dari setiap usaha yang kita lakukan selama ini. Ianya juga memaparkan gambaran sebenar yang sudah tentu memudahkan proses pe-
nilaian serta timbang tara setiap cadangan dan saranan yang diutarakan oleh masyarakat setempat. Lawatan pertama telah saya lakukan 3 Januari lalu di Parlimen Johor. Dan saya benar-benar terkesan dengan segala usaha penduduk Kampung Bakar Batu yang masih kuat mengekalkan ciri-ciri kehidupan sebuah kampung sekalipun dikelilingi kepesatan Bandaraya Johor Bahru. Dalam kerancakan pembangunan yang sedang berlaku, usaha dan perhatian juga harus ditumpukan kepada soal mengekal dan mempertahankan ciri-ciri masyarakat termasuklah kampung-kampung tradisional yang terdapat di kawasan-kawasan lain. Tahniah saya ucapkan kepada para penduduk kampung, serta Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul
Mohamed Khaled Nordin berbincang tentang projek jambatan menghubungkan Kg Bakar Batu dengan Desa Dato’ Hjh Hasnah.
Samad di atas usaha yang berterusan untuk mengekal dan menaik taraf Kampung Bakar Batu. Kerajaan Negeri bersetuju dengan beberapa cadangan penambahbaikan yang disuarakan oleh penduduk. Antaranya pembinaan sebuah masjid dan sekolah agama yang baharu, pembinaan jambatan bagi menghubungkan Desa Dato’ Hajah Hasnah dengan Majidee Baru serta menyediakan sebuah Dewan Muafakat Johor dan padang bola sepak bagi penduduk setempat. Persetujuan itu hasil terhasil berkat permuafakatan yang terjalin erat di antara masyarakat setempat dan pimpinan agensi-agensi berkaitan serta Kerajaan Negeri. Saya menaruh harapan agar lawatan-lawatan seterusnya akan memberikan banyak saranan-saranan bernas kepada saya serta barisan pentadbiran untuk terus menambah baik perkhidmatan kami kepada rakyat. Hanya melalui kerjasama yang erat di setiap peringkat yang membolehkan manfaat terus terhasil dan dikongsi demi kepentingan bersama Sebagai contoh, dua bulan yang lalu penduduk Taman Sri Intan, Johor Bahru berjaya
membina sebuah Laman Muafakat Johor di satu tapak yang dahulunya terbiar dan menjadi sarang nyamuk serta tempat buangan sampah sarap. Kini, ia menjadi tempat yang kondusif untuk mereka beriadah, berkelah, malah bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Ini membuktikan, hanya penglibatan rakyat secara langsung akan memastikan pembangunan mampu dilaksanakan secara lebih inklusif. Kejayaan seperti di Kampung Bakar Batu dan Taman Sri Intan itu wajar menjadi suri teladan kepada semua, bahawa melalui inisiatif setempat dan jalinan kerjasama bersama pemimpin dan pihak berkuasa tempatan, segalanya mampu membuahkan kesejahteraan yang menyeluruh buat semua. Masyarakat sendiri mesti terus dihakupayakan dan mereka juga harus terus tampil menyumbang demi rasa kepunyaan dan tanggungjawab untuk Johor Berkemajuan. Kerajaan Negeri akan sentiasa menyediakan ruang serta peluang untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Dan ini kami lakukan sepanjang masa. Tidak sedetik pun berlalu tanpa memikirkan soal kehidupan rakyat.
Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa bersama murid Tabika Kemas Kampung Kurnia.
Menteri Besar Lakukan Lawatan Kerja Ke Parlimen Johor Bahru OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Dalam memastikan segala perancangan dan kemajuan di negeri ini akan terus berkembang maju, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa sehari mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Johor Bahru untuk mengenalpasti kawasan yang perlu dibangunkan serta dinaiktaraf bermula dari peringkat akar umbi. Dalam lawatan kerja pada 3 Januari lalu itu, Mohamed Khaled berkesem-
patan menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Sekolah Agama bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dan Tanjung Puteri di Dewan Raya, Kampung Bakar Batu. Selain itu, beberapa kawasan lain turut dilawati beliau termasuk tapak cadangan laluan keluar Kampung Bakar Batu dari Jalan Dewasa ke Jalan Pasir Pelangi dan tapak pembinaan Dewan Muafakat Johor di Jalan Jambatan yang diperuntukkan dalam Bajet Johor 2017. Kawasan jeti di Jalan Bayu Puteri
turut menjadi salah satu lokasi lawatan kerja Mohamed Khaled di mana cadangan penyediaan tapak baharu untuk Kelab Nelayan Kampung Bakar Batu bagi menggantikan tempat asal yang telah dijadikan kawasan penempatan. Beliau turut melawat tapak pembangunan Taman Perbadanan Islam Stulang Baru yang akan menyaksikan pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), selain lawatan ke kawasan rancangan penempatan semula penduduk Taman Sinaran Kempas. Antara kawasan lain yang turut
dikunjungi beliau itu ialah Jambatan Hajah Hasnah, Balai Raya Kampung Setanggi, Dewan Raya Kampung Kurnia, Taman Sutera dan Taman Suria. Lawatan yang bermula seawal jam 9.00 pagi itu berakhir sehingga lewat petang. Yang turut hadir mengiringi beliau sepanjang lawatan tersebut ialah ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.
( LAGI LAPORAN DI MUKA 18 )
16 KEUSAHAWANAN JOHOR
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Resepi Turun Temurun Nasi Lemak Pak Din Jadi Punca Utama Rezeki Keluarga OLEH NUR SAKINAH ROSHAN KULAI - Popular dengan nama Nasi Lemak Pak Din, resepi nasi lemak turun temurun keluarga telah menjadi punca pendapatan selama lebih dari 15 tahun sehingga kini yang terletak di Bandar Putri . Menu Nasi Lemak Pak Din yang paling laris dijual setiap hari adalah Nasi Lemak Ayam Berempah dan terdapat lebih daripada 10 jenis lauk-pauk yang boleh dimakan dengan nasi lemak seperti pelbagai jenis masakan ayam dan daging serta sayur bergoreng. Nasi Lemak Pak Din diambil sempena nama bapa pemilik, Safudin Abdullah Sani, yang menjadi inspirasi dirinya untuk terus menyambung perniagaan milik ibu bapanya agar terus dikenali di kalangan masyarakat Johor. Legasi itu kini diwarisi oleh Muhammad Firdaus Shah Safudin, 24, (atas) yang mengambil alih perniagaan bapanya sejak dua tahun lepas.
Kedai Nasi Lemak Pak Din dibuka setiap hari Ahad hingga Khamis mulai dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. “Kami mula berniaga pada waktu petang kerana melihat keadaan di kawasan ini akan mulai ramai orang selepas pulang dari waktu bekerja dan ingin memudahkan orang ramai yang ingin mencari juadah di waktu-waktu sebegini”, ujar Muhammad Firdaus Shah ketika ditemui. Ibu kepada Muhammad Firdaus, Rohani Razak, 58, (atas) yang merupakan tukang masak utama resepi Pak Din ketika ditemui berkata, mereka menyiapkan masakan sekitar jam 2 petang. “Saya mula berniaga nasi lemak selepas berkahwin kerana suami saya seorang tukang masak dan dalam pada masa yang sama melihat perniagaan ini boleh dijadikan punca utama rezeki keluarga kami.
“Sehingga sekarang saya mengekalkan resepi turun temurun ini sebagai salah satu cara untuk menarik pelanggan datang kembali dan bahan-bahan yang kita gunakan masih dengan kuantiti yang sama walaupun dengan peningkatan kos sekarang,” kata Rohani. Salah seorang pengunjung tetap Nasi Lemak Pak Din, Mohd Izzuan Jummaat, 27, (bawah) berkata setiap hari dia akan ke gerai ini untuk menikmati nasi lemak. “Dibanding dengan kebiasaan nasi lemak, Nasi Lemak Pak Din mempunyai kelemakan yang tersendiri dan paling istimewa sebenarnya ialah sambal tumisnya. “Sambal tumis yang dimasak cukup dari segi kepedasan dan kemanisannya malahan rasanya masih lagi sama sehingga hari ini selepas berbelas tahun berniaga,” ujar Mohd Izzuan.
Pemilik Nasi Lemak Pak Din bersama keluarganya yang juga membantu menjalankan perniagaan tersebut.
Menu utama, Nasi Lemak Ayam Rempah.
Seorang lagi pelanggan tetap nasi lemak ini, Muhammad Muzir Murad, 26, (bawah) berkata gerai ini bukan sahaja menjual nasi lemak tetapi juga mempunyai nasi campur yang jarang sekali dijual pada sebelah petang dan malam. “Hidangannya juga banyak dan saya boleh memilih pelbagai jenis lauk-pauk dengan harga yang berpatutan serta boleh menikmati juadah nasi campur di malam hari,” kata Muhammad Muzir pada Jauhar. Bagi Nurul Aslina Bachok, 37, yang pertama kali mencuba makanan di gerai Nasi Lemak Pak Din tidak menyangka bahawa gerai ini sebenarnya sudah lama bertapak di Bandar Putri. “Di gerai Pak Din paling menarik adalah kami dapat menikmati lontong kering yang selalunya santapan di waktu pagi tetapi boleh dimakan pada sebelah malam di
Rohani menyusun lauk pauk.
sini. “Sambal nasi lemak Pak Din juga istimewa dari segi rasanya, walau pertama kali saya menikmati nasi lemak di sini rasanya memang sedap dengan harga berpatutan,” ujar Nurul Aslina. Nasi Lemak Pak Din diusahakan bersama-sama ahli keluarga mereka sendiri dengan seorang pembantu masakan dan perniagaan ini juga turut menjual pelbagai jenis juadah lain seperti masakan bergoreng dan nasi ambeng sebagai juadah tambahan. Hidangan nasi lemak yang dijual bermula dengan harga RM4 sehingga RM6 mengikut jenis lauk yang dipilih oleh pelanggan. Muhammad Firdaus Shah juga menyatakan hasratnya untuk memperluaskan perniagaan mereka dengan membuka cawangan kecil di sekitar Johor Bahru agar nama Nasi Lemak Pak Din terus popular dan dikenali ramai di serata Johor.
SENI DAN BUDAYA 17
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Shobana International Dance Academy Hidupkan Tarian Klasik & Tradisional India Di Johor OLEH AFANDY YUSOF PASIR GUDANG - Tarian klasik dan tradisional India terus hidup segar di Negeri Johor atas inisiatif dan daya usaha beberapa pertubuhan dan individu tertentu termasuklah sebuah persatuan yang dikenali sebagai Shobana International Dance Academy. Akademi ini ditubuhkan lebih 21 tahun yang lalu oleh pengasasnya yang juga seorang penari dan merupakan guru tarian tradisional India yang bertauliah. Shobana International Dance Academy juga sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan dikuil-kuil dan juga majlis-majlis terbuka serta keramaian dan yang terbaru adalah membuat persembahan tarian dihadapan Sultan Johor di majlis ‘Himpunan Bangsa Johor’ yang diadakan pada 3 November lalu. Pengasas akademi tersebut, Shobana Lakshmanan, 52, (atas) yang memegang diploma dalam bidang tarian dari Bharatha Kalanjali, Ipoh telah bergiat aktif dalam bidang tarian ini sejak berusia 12 tahun. Nama akademi diambil sempena nama beliau sendiri dan beliau kini mempunyai tiga premis kelas seperti di kuil Ulu Tiram, kuil Bandar Dato’ Onn dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Per-
mas Jaya Selepas menamatkan pengajian dalam bidang tarian dan berjaya memperolehi diploma pada tahun 1985, Shobana meneruskan pembelajaran bagi mendalami seni tarian klasik di India selama setahun sehingga Disember 1986 sebelum menjadi tenaga pengajar sepenuh masa pada tahun 1987 sehingga kini. “Selepas kembali ke Malaysia, saya memulakan sekolah ini dengan hanya empat orang pelajar dan menggunakan segala wang simpanan sendiri serta bantuan daripada keluarga bagi menubuhkan Shobana International Dance Academy. “Banyak manfaat yang pelajar perolehi bukan hanya semata-mata untuk pertandingan dan pertunjukkan antaranya adalah seperti meningkatkan disiplin diri, kesetiaan kepada agama serta sebagai salah satu bantuan perubatan fisioterapi malahan dapat menguatkan minda mereka. “Kami mempunyai pelajar yang tidak mampu berjalan dengan baik tetapi setelah menyertai dan mempelajari tarian ini, dia telah mula berjalan seperti biasa,” ujar Shobana ketika ditemui Jauhar. Akademi itu kini mempu-
Naghanadhini dengan salah satu pergerakan tarian klasik India.
nyai lebih 100 orang pelajar dari pelbagai lapisan usia dan kelas tarian diadakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 7.30 malam. Menurut salah seorang ahli Lembaga Pengarah Shobana International Dance Academy, Nur Preama Zetti Abdullah, 56, (atas) sekolah ini tidak tertakluk untuk bangsa India sahaja tetapi terbuka kepada semua kaum dan agama. “Sekolah tarian tersebut amat menggalakkan pelajar dari umur empat tahun dan jika ada peringkat yang lebih dewasa seperti 30 tahun ke atas yang berminat kita juga mengalu-alukan penyertaan mereka,” katanya. Persembahan tarian tradisional India mempunyai definisi tersendiri seperti pergerakan tangan yang mempunyai mesej serta lagu-lagunya ada cerita yang ingin disampaikan. Kelas tarian pula mempunyai tiga jenis tarian yang boleh dipelajari seperti tarian rakyat, tarian semi klasik dan tulen klasik serta lebih daripada 30 pergerakan untuk menari. Shobana juga menambah yang pelajar akan betul-betul mahir dan boleh menjadi penari bertaraf profesional da-
lam tarian ini jika mereka rajin serta hadir ke kelas secara konsisten dalam tempoh dua tahun sahaja. Yuran yang dikenakan bagi setiap pelajar adalah RM50 sahaja sebulan dan dengan wang tersebut, Shobana akan memperuntukkan untuk membeli kain sari, barang kemas serta alat perhiasan untuk mereka mengadakan pertunjukkan. Pada Januari 2018 nanti, sekolah ini akan mengadakan majlis graduasi yang pertama dan penganugerahan tersebut mengambil masa yang lama untuk dilakukan kerana kekangan kos yang berjumlah RM12,000 atau lebih. Kos graduasi amat mahal kerana setiap pelajar yang bergraduasi perlu mencari penyanyi dan pemuzik serta bajet untuk mencari kostum dan barang kemas yang boleh mencecah sehingga ratusan ringgit. Seorang pelajar dari akedemi tersebut dan merupakan seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Masai, Sharmilla Sinivashom, 25, (kiri) merupakan seorang penari dan pelajar kanan di akademi tersebut. “Saya belajar tarian seawal usia lima tahun dan sudah 20 tahun saya menceburi bidang
tarian ini kerana minat dan sayangkan budaya tradisional India. Saya kini berada pada tahap tarian tertinggi dan akan mengambil peperiksaan untuk menjadi seorang guru tarian yang bertauliah,” ujar Sharmilla. Manakala seorang jurutera dalam bidang perisian komputer, Naghanadhini Thoyanagil, 27, (kiri) berkata, dia terlibat dalam bidang tarian sejak berusia 11 tahun di bawah bimbingan Shobana sehingga kini. “Tarian klasik dan tradisional India adalah sebahagian daripada jiwa saya dan saya dapat mendisiplinkan diri saya dengan cara ini. Setiap pergerakan dalam tarian ini mempunyai makna tertentu dan penghayatan kepada gerakan menjadikan minda saya sangat kuat. “Saya juga sedang berusaha untuk mencapai tahap tertinggi tarian sebelum melalui proses ‘Final Performance”, menari tujuh gaya tarian dalam satu masa di hadapan guru-guru profesional untuk melayakkan saya menjadi seorang guru tarian,” terang Naghanadhini lagi. Seorang guru yang bertauliah akan diberikan kayu dan pemukul yang di panggil ‘Phattu Kali’ dan kayu tersebut tidak boleh disentuh atau dimainkan oleh mana-mana pelajar.
Sharmilla membuat pergerakan yang mempunyai makna dalam masyarakat India.
18 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Peruntukan RM14 Juta Untuk Kampung Bakar Batu JAUHAR mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tan Sri Shahrir Abdul Samad, ahli Parlimen Johor Bahru di atas pelantikan beliau sebagai pengerusi FELDA yang baharu
Mohamed Khaled menyerahkan replika kunci rumah baharu kepada Lamah Abd. Aziz yang merupakan penerima Program Bantuan Rumah (PBR) di Kampung Bakar Batu.
JOHOR BAHRU - Kampung Bakar Batu, dekat sini, menerima ‘durian runtuh’ apabila Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengumumkan beberapa projek yang akan dibangunkan di kawasan itu dengan peruntukan kira-kira RM14 juta. Projek itu antaranya melibatkan sebuah padang bola dengan peruntukan RM1 juta, dewan muafakat RM5 juta, manakala RM8 juta untuk pembinaan sekolah agama baharu. “Kampung Bakar Batu memerlukan sebuah sekolah agama baharu dan ia akan dibangunkan dengan kos RM8 juta oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Pembinaanya termasuk dalam fasa kelima projek sekolah agama Negeri Johor. “Sebuah masjid baharu juga akan dibina di tanah seluas kira-kira 3.72 ekar, yang diberi kepada Kerajaan Negeri oleh Koperasi Pembangunan Daerah Johor Bahru. Kosnya 70 peratus akan ditampung kerajaan Pusat dan 30 peratus lagi kerajaan negeri,” katan-
ya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan kerja sehari ke Parlimen Johor Bahru yang turut melibatkan tinjauan ke Kampung Kurnia dan Kampung Melayu Majidee. Lawatan kerja dengan menaiki Bas Muafakat Johor itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong, Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad merangkap Pengerusi Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Datuk Bandar JB, A. Rahim Nin. Sementara itu, pembinaan jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan di Desa Dato’ Hajah Hasnah dan Majidee Baru juga bakal dimulakan dan dijangka menelan belanja RM900,000. Mohamed Khaled berkata, keperluan seperti jambatan dan laluan keluar menghubungkan Bakar Batu akan diselesaikan dan penempatan itu juga akan dikekalkan sebagai kampung tradisi.
“Dalam kerancakan pembangunan yang sedang berlaku di Johor Bahru, usaha dan perhatian juga harus ditumpukan kepada soal mengekal dan mempertahankan ciri-ciri masyarakat termasuklah kampung - kampung tradisional yang terdapat di kawasan Johor Bahru. “Tahniah saya ucapkan khususnya kepada penduduk dan Tan Sri Shahrir Samad atas usaha yang berterusan untuk mengekal dan menaik taraf Kampung Bakar Batu. Kami mengambil keputusan ke atas beberapa perkara yang telah diutarakan kepada Kerajaan Negeri untuk kampung ini,” katannya. Sementara itu, beliau memberitahu, kerja-kerja tapak bagi projek Taman Perbadanan Islam Larkin dan Stulang Baru serta Perumahan Komuniti Taman Aman Larkin akan dimulakan pada 1 Februari ini. Kedua-dua projek tersebut akan dikendalikan oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) manakala perumahan komuniti oleh KPRJ.
Jawatankuasa Khas Dibentuk Atasi Masalah Banjir Kilat Di JB JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca dan langkah untuk mengatasi masalah banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Daerah Johor Bahru. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Halim Hasbullah. “Jika ia berlaku di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, maka mereka yang harus ambil peranan itu dan jika ia melibatkan Kerajaan Negeri, kita akan beri perhatian terhadap perkara tersebut. “Hujan lebat yang berlaku di Jalan Wong Ah Fook memang tidak dapat dinafikan, tetapi ia memerlukan kajian secara mendalam daripada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mencari puncanya kerana kita tidak mahu perkara seperti ini berulang,” katanya. Beliau berkata demikian pada si-
dang media ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Parlimen Johor Bahru, baru-baru ini. Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong; Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad merangkap Pengerusi Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Datuk Bandar, A. Rahim Nin. Hujan lebat selama kira-kira tiga jam bermula pukul 3.30 petang pada 2 Januari lalu mengakibatkan lima kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat hingga menyebabkan aliran trafik terganggu. Antara kawasan terlibat ialah Jalan Wong Ah Fook, Bakar Batu, Jalan Tebrau berhampiran Wisma Daiman, Pasar Raya Kipmart Tampoi dan Kampung Permatang, Kempas. Sementara itu, pihak IRDA dalam satu kenyataannya menafikan punca banjir kilat di Jalan Wong Ah Fook disebabkan limpahan Sungai Segget, sebaliknya berpunca daripada saliran di Jalan Meldrum yang tersumbat akibat pembuangan sampah dan sisa makanan.
SUKAN 19
JAUHAR | 1 - 15 Januari 2017
Piala MB: Mampukah JMF FC Hampiri Ramalan Ke Final
Pertemuan antara pasukan JMF FC dan Ledang MAS FC.
OLEH AFANDY YUSOF JOHOR BAHRU - Pertandingan Liga Bolasepak Piala Menteri Besar Johor 2016 semakin sengit dan mendebarkan apabila telah menghampiri ke peringkat suku akhir pada 14 Januari. Sebanyak lapan dari dua puluh pasukan akan terpilih untuk layak ke peringkat suku akhir dan masing-masing adalah juara dan naib juara bagi setiap kumpulan A, B, C dan D yang dibahagikan kepada lima pasukan setiap kumpulan. Juara bertahan empat tahun berturut-turut Johor Military Force Football Club (JMF FC) yang juga pasukan pilihan bagi kejohanan ini menduduki
tangga teratas bagi kumpulan A. JMF FC yang memenangi tiga perlawanan kumpulan dan sekali seri menepati ramalan para peminat bolasepak Johor untuk layak ke peringkat suku akhir tanpa sebarang masalah. Pada perlawanan suku akhir JMF FC selaku juara kumpulan A akan berdepan naib juara kumpulan C, di antara Dobee XI FC atau Kejora FC yang masing-masing berkongsi 6 mata. Kejora FC yang juga merupakan Naib Juara Kejohanan pada 2015 akan berdepan laluan sukar bertemu Juara kumpulan C, MBJB FC di perlawanan akhir peringkat kumpulan pada 6 Januari. Sementara itu Dobee XI FC akan ber-
Pemain dari pasukan JMF FC melakukan percubaan ke gawang Ledang MAS FC.
depan dengan pasukan Kilat FC pada 7 Januari dan keseimbangan kekuatan kedua pasukan juga menyukarkan pasukan Dobee XI FC. Sebanyak 12 pasukan masih berpeluang untuk menempah tiket ke peringkat suku akhir kerana setiap pasukan masih ada satu lagi perlawanan akhir kumpulan selain JMF FC yang telah layak setelah mendapat markah tertinggi dari empat perlawanan peringkat kumpulan A. Kejohanan kali ini memperlihatkan kebangkitan membanggakan antaranya Pasukan Stadium Rangers FC, TNB FC, IOI FC, Dobee XI FC, Putra FC dan Bara FC. Keseimbangan kekuatan setiap pasukan merancakkan lagi setiap perla-
wanan dan menjadi teka-teki kepada peminat tentang pasukan mana yang akan menempah tiket ke peringkat seterusnya. Walaupun selaku juara bertahan JMF FC tidak boleh terlalu selesa apabila mara ke peringkat suku akhir kerana pasukan yang akan berdepan dengan mereka dalam peringkat seterusnya sukar diduga kekuatannya. Setelah melepasi pusingan suku akhir pada 14 Januari, empat pasukan yang menang akan layak untuk ke peringkat separuh akhir pada 21 Januari nanti. Perlawanan akhir Liga Piala Menteri Besar Johor 2016 dijadualkan berlangsung pada 28 Januari nanti.
Penjaga gawang TNB Kluang menangkap bola yang ditanduk oleh pemain Ledang Warrior FC.
1 - 15 Januari 2017 / Bil.18 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma
Jauhar Sukan
Piala MB : Mampukah JMF FC Hampiri Ramalan Ke Final > 19
Farkhan Cipta Sejarah Muncul Juara Kategori Light Heavyweight WBC Asia
Muhammad Farkhan Haron melepaskan tumbukan TKO ke atas Sheikh Kaseba dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk merangkul juara WBC Asia.
OLEH MOHD AZIZI MOHAMAD JOHOR BAHRU - Peninju profesional negara dengan rekod tanpa kalah, Muhammad Farkhan Haron cipta sejarah baharu merangkul gelaran Juara Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia kategori Light Heavyweight pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor selepas menumbangkan peninju dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pukulan TKO. Farkhan, 26, menewaskan Sheikh Kaseba pada minit kedua pusingan keempat sehingga menyebabkan kesukaran untuk Kaseba meneruskan perlawanan dan diberhentikan oleh pengadil dengan serta merta. Apa yang menarik adalah semangat Farkhan yang tidak pernah luntur, malah semakin membuak-buak sele-
pas menerima sorakan dan sokongan padu daripada hampir 3,000 penyokong walaupun pada mulanya diasak teruk oleh Kaseba pada pusingan pertama dan kedua. Kemenangan tersebut telah menjadikan anak kelahiran Johor itu sebagai satu-satunya peninju negara yang memenangi dua tali pinggang bagi kategori berat berbeza iaitu ‘cruiserweight’ dan ‘light heavyweight’, sekaligus mempertahankan maruah sebagai penganjur dan juga tuan rumah untuk kejohanan tersebut. Selain memenangi perlawanan di tempat sendiri, Farkhan berkata kemenangan tersebut merupakan hadiah untuk rakyat Malaysia dan Johor khususnya. “Terima kasih di atas sokongan dan semangat yang telah diberikan kepada
saya sehingga ke hari ini. Kemenangan ini adalah satu pencapaian baharu buat saya dan cukup membanggakan,” jelasnya ketika ditemui selepas tamat perlawanan pada 7 Januari baru-baru ini. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana telah banyak membantu dan menaja dirinya sehingga memperolehi kejayaan besar dalam sukan ini. Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke gelanggang untuk bersama meraikan dan menyaksikan perlawanan tersebut dan seterusnya menyampaikan tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia kategori Light Heavyweight (87 kilogram) kepada Muhammad Farkhan. Kejohanan yang julung kalinya di-
adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada adalah anjuran FH Promotions. Ia diiktiraf Majlis Tinju Dunia (WBC). Seramai 10 peninju profesional dari seluruh dunia seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Uzbezkistan dan Singapura bersaing dalam beberapa kategori yang dipertandingkan bagi merebut gelaran juara WBC Asia. Kejohanan yang diadakan pada kali ini juga menyasarkan sasaran untuk menjadikan Johor sebagai salah satu hab sukan tinju di rantau ini serta memperkenalkan Farkhan sebagai ikon peninju profesional negara. Muhamad Farkhan yang juga mempunyai impian untuk bergelar juara tinju dunia memperoleh kemenangan sulung WBC Asia di Singapura, Julai lalu.