1 - 15 April 2017 / Bil.24 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma /
[email protected]
Jauhar
Suara Hati Bangsa Johor
Bersama wakil rakyat anda, norshida ibrahim > 13
LAPORAN penuh DI MUKA 5
GERABAK WAK WAGIMAN CURI PERHATIAN RAMAI
perkhidmatan bas muafakat johor kini diperluaskan ke semua 10 daerah > 7
2 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
RM67 JUTA UNTUK MAJUKAN PARLIMEN TEBRAU
Mohamed Khaled melancarkan projek menaik taraf Jalan Kg. Bukit Dagang ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Tebrau pada 7 Mac lalu.
JOHOR BAHRU – Sebanyak RM67 juta peruntukan pembangunan diumumkan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Tebrau pada 7 Mac lalu. Ia meliputi aspek-aspek infrastruktur seperti jalan raya, sistem perparitan, sekolah dan lain-lain. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut: INFRASTRUKTUR
• Naik taraf infrastruktur kedai kepada gerai makan di Taman Bukit Mutiara (RM1.2 juta) • Projek perumahan terbengkalai untuk golongan termiskin di Taman Setia Indah (RM4.8 juta) • Bagi menangani isu banjir di Taman Bukit Mutiara (RM700,000) • Dua buah Sekolah Agama baharu akan dibina di bawah Fasa 5 oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) - Taman Bukit Mutiara (RM7 juta) dan Kong-Kong Laut (RM5 juta)
• Permohonan pembinaan Dataran Muafakat Tiram Kg. Baru Ulu Tiram (RM200,000) Naik taraf sistem perparitan Kg Bukit Dagang (RM200,000)
Tebrau (RM200,000) • Baik pulih Masjid Puteri Wangsa (RM100,000)
MASJID
• Membina jalan baharu tapak rumah generasi kedua Kg. Pemuda Jaya (RM670,000) • Membina jalan baharu tapak rumah generasi kedua Felda Ulu Tebrau (RM670,000) • Infrastruktur Kg. Sentosa meliputi naik taraf jalan raya dan
• Naik taraf Masjid Bukit Tiram (RM300,000) • Bina Surau Kg Bukit Dagang (RM200,000) • Peruntukan tambahan membina Masjid Baharu Kg. Felda Ulu
JALAN RAYA
sistem perparitan (RM600,000) • Pelebaran jalan raya Kota Masai-Pasir Putih (RM8 juta) • Menurap, naik taraf jalan ke Kg Pasir Salam (RM200,000) • Penyelenggaraan jalan kampung dan negeri di bawah syarikat konsesi, pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan (RM21 juta) • Pembinaan jalan masuk dan menggantikan jambatan Kampung Perigi Acheh (RM16.5 juta)
BERITA 3
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
PUSAT INFORMASI DAN PELANCONGAN KOTA TINGGI KINI DIBUKA KEPADA RAMAI OLEH NUR SHIQAH HASNGADON KOTA TINGGI - Pelan Transformasi Kota Tinggi di bawah Program Kembara Wangsa adalah usaha untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke daerah ini. Pusat Informasi dan Pelancongan Kota Tinggi (TIC) adalah salah satu projek di bawah pelan ini, sebagai pusat sehenti bagi pelancongan. Bangunan TIC ini dahulunya adalah sebuah Balai Polis yang mula dinaiktaraf menjadi TIC pada 25 April 2016 dan siap sepenuhnya pada 26 Januari lalu. Menurut Timbalan Pengurus Besar JLand, Faizal Hussin, TIC ini dibina dibawah Fasa 1A, Plan Tranformasi Kota Tinggi. “TIC ini adalah pusat hentian pertama bagi para pelancong sebelum memulakan perjalanan mereka di daerah ini. “Pelbagai info serta maklumat berkenaan tempat-tempat
menarik seperti sejarah Kota Tinggi, makam-makam yang terkenal dan informasi pusat-pusat pelancongan boleh didapati di sini,” jelas Faizal. Kos yang telah dibelanjakan bagi menaiktaraf dan membaikpulih bangunan ini adalah sebanyak RM 2.5 juta. TIC ini dilengkapi dengan tempat letak kereta untuk kemudahan pengunjung, kaunter pertanyaan, tempat pameran, kawasan jualan serta kemudahan asas lain seperti tandas dan surau. Terdapat tujuh lagi projek yang bakal dilaksanakan oleh JLand dalam jangka masa lima tahun ini. Fasa 1B meliputi pembinaan kawasan lapang untuk aktiviti awam, gerai-gerai jualan, taman permainan, gazebo, serta jeti terapung di kawasan sekitar TIC. Seterusnya, JLand juga akan menaiktaraf Pusat Pameran Makam Laksamana Bentan serta
Pusat informasi dan Pelancongan Kota Tinggi.
mengubahsuai Jeti Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) untuk dijadikan sebagai pasar terapung. Projek lain yang akan dijalankan oleh JLand adalah membina jambatan gantung di
Lubok Kota, menaiktaraf Dataran Astaka Budaya serta Boardwalk Hutan Bakau di Kampung Makam. TIC akan mula dibuka kepada orang awam pada bulan April ini.
Majlis Penyerahan Pusat Informasi dan Pelancongan Kota Tinggi daripada Johor Corporation (JCorp) kepada Pejabat Daerah Kota Tinggi telah berlangsung pada 13 Mac lalu.
81 TERIMA SURAT TAWARAN HAK MILIK TANAH SUNGAI AMBOK OLEH NUR SHIQAH HASNGADON PENGERANG - Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan hak milik tanah 81 orang penduduk kampung di Sungai Ambok, Kota Tinggi baru-baru ini. Majlis Penyerahan surat hak milik tanah itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Dewan Serbaguna FELDA Papan Timur pada 16 Mac lalu. Mohamed Khaled dalam ucapannya di majlis itu berkata, apa yang dilakukan ini adalah satu cara untuk menzahirkan komitmen dan tumpuan Kerajaan Negeri terhadap masalah dan isu-isu yang berlaku di kawasan FELDA. “Untuk memenuhi hasrat masyarakat, Kerajaan Negeri akan mempercepatkan proses meluluskan lebih banyak lagi permohonan-permohonan hak milik tanah khasnya di FELDA ini. “Kesemua hak milik tanah yang diberikan ini hendaklah dijaga dan diusahakan dengan baik supaya hasilnya kelak dapat memberi pulangan semula kepada masyarakat yang benar-benar bersungguh untuk mengubah taraf hidup mereka. “Apabila ekonomi rakyat
semakin meningkat, tentunya ia akan memberi impak positif terhadap pembangunan dan kemajuan negeri ini,” tambah Mohamed Khaled. Setelah hampir 23 tahun membuat permohonan untuk mendapatkan sebidang tanah, Anuar Abu Bakar, 57, menarik nafas lega selepas Kerajaan Negeri meluluskan permintaan mereka. “Saya berasa sangat terharu dan gembira apabila impian untuk memiliki tanah sendiri telah tercapai,” ujar Anuar. Bagi Ibrahim Ayob, 57, (atas) tanah yang diusahakan selama hampir 20 tahun ini akhirnya telah menjadi hak miliknya. “Apa yang diperolehi ini ibarat durian runtuh buat saya kerana usaha dan penat lelah selama ini mendatangkan hasil,” tambah Ibrahim. Seorang lagi penerima, Norzakiah Abdul Aziz, 48, (kiri) menjelaskan bahawa sebagai anak jati FELDA sememangnya keinginan memilki tanah sendiri untuk diusahakan telah lama diimpikannya. “Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meluluskan permohonan saya dan saya berjanji akan menjaga amanah ini dengan sebaik-baiknya,” ujar Norzakiah.
Mohamed Khaled bergambar bersama sebahagian daripada 81 penerima Geran Hak Milik Tanah Kampung Sungai Ambok di Dewan Serbaguna Felda Papan Timur.
Mohamed Khaled menyerahkan Geran Hak Milik Tanah kepada Anuar Abu Bakar di Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Kapung Sungai Ambok.
4 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
PEMBELI RMMJ SYUKUR IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SENDIRI TERCAPAI OLEH SITI NOOR SEPEE MUAR – Inisiatif Kerajaan Negeri mewujudkan skim Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berjaya membantu rakyat merealisasikan impian untuk memiliki kediaman sendiri dengan harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Lebih bermakna, apabila sijil pemilikan RMMJ disampaikan sendiri Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin kepada penerima yang layak dalam satu majlis yang berlangsung di Dataran Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Kampung Kenangan Tun Dr Ismail Sungai Abong, sempena lawatan kerja ke Parlimen Bakri pada 30 Mac lalu. Bakri adalah kawasan parlimen yang ke-19 yang dilawati Mohamed Khaled dalam siri lawatan kerjanya ke kawasan-kawasan parlimen di seluruh Negeri Johor sejak awal tahun ini. Dan sempena majlis berkenaan, seramai tujuh pembeli menerima sijil masing-masing sekali gus melayakkan mereka membeli kediaman jenis strata berharga RM42,000 di Taman Bakri Setia yang kini 90 peratus sudah siap dibina dan dijangka boleh diduduki pada pertengahan tahun ini. Mohamed Khaled berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk pembinaan RMMJ supaya lebih banyak rumah jenis itu dapat dibina di Parlimen Bakri sesuai dengan permintaan tinggi
Mohamed Khaled bergambar bersama penerima Sijil Rumah Mampu Milik Johor.
para penduduk. Penerima sijil pemilikan RMMJ bagi Parlimen Bakri juga melahirkan rasa gembira apabila impian untuk tinggal di rumah sendiri bakal menjadi satu kenyataan. Salah seorang penerima, Zalina Mohamad, 41, (kiri) yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang dekat sini berasa syukur kerana akan memiliki kediaman pertamanya sendiri. Dia dan suami, Azlan Khamis, 41, dan empat anak mereka masing-masing berumur empat hingga 13 tahun kini tinggal di rumah keluarga Zalina di Kampung Parit Besar, Jalan Haji Kosai, Sungai Abong sejak mendirikan rumah tangga. “Saya telah mengemukakan permohonan untuk membeli ru-
mah mampu milik ini setahun lalu. Tidak dinafikan harga kediaman semasa membuatkan kami tidak mampu untuk membeli rumah sendiri,” ujarnya. Zalina juga mengakui berasa terkejut selepas dimaklumkan yang permohonannya telah berjaya dan akan mendapatkan sijil tawaran RMMJ yang disampaikan oleh Menteri Besar sendiri pada majlis berkenaan. Katanya, jika tiada skim seperti RMMJ yang menawarkan harga kediaman jauh lebih rendah sesuai dengan kemampuan rakyat, dia akan terus tinggal di rumah keluarganya disebabkan kesukaran membeli kediaman disebabkan faktor pendapatan. Seorang suri rumah, Sim Mui Kee, 46 (atas) berkata, pendapatan suaminya sebagai pekerja
kilang juga menyukarkan mereka untuk membeli rumah sendiri dan terpaksa menyewa di Taman Bakri Jaya dengan bayaran sebanyak RM300 sebulan. “Kami telah membuat permohonan untuk membeli rumah pangsa dalam skim RMMJ pada November tahun lalu selepas memikirkan keadaan saya dan suami yang masih menyewa sejak berkahwin malah tiga anak kami juga telah dewasa seringkali menyuarakan impian mereka untuk tinggal di rumah sendiri. “Disebabkan hanya suami saya sahaja yang bekerja, saya telah menerangkan kepada anakanak bahawa kami tidak mampu
untuk membeli rumah sendiri disebabkan harga yang mahal dan sukar untuk mendapat pembiayaan kerana pendapatan dan komitmen bulanan yang tinggi. “Anak sulung saya telah mencadangkan supaya kami mengemukakan permohonan untuk membeli rumah mampu milik pada November tahun lalu. Saya tidak menyangka permohonan yang dibuat secara atas talian juga akhirnya diluluskan tidak sampai lima bulan,” katanya dalam nada yang sebak. Bagi S. Thilak Anand, 30, (bawah) pula, dia kini membuat keputusan untuk kembali ke kampung halamannya di sini selepas menerima tawaran untuk membeli rumah RMMJ. Thilak yang kini bekerja di Cheras, Kuala Lumpur sebagai pembantu pejabat di sebuah syarikat swasta akan kembali menetap semula di Johor selepas rumah yang dibelinya itu siap sepenuhnya memandangkan kawasan itu berhampiran dengan kediaman ibu bapanya di Taman Cenderawasih Bakri. “Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya menteri besar kerana memikirkan masalah yang dihadapi rakyat yang tidak dapat membeli rumah disebabkan faktor harga dan kelayakan pinjaman. Dengan skim RMMJ saya kini berpeluang memiliki rumah sendiri dengan harga lebih rendah dan selesa,” katanya.
PARA PENERIMA GERAN TANAH DI PARLIMEN BAKRI ZAHIR KEGEMBIRAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI OLEH SITI NOOR SEPEE MUAR – Seramai 11 penerima geran hak milik tanah di Parlimen Bakri menzahirkan rasa gembira dan terima kasih mereka kepada Kerajaan Negeri apabila penantian mereka selama ini berakhir. Geran bagi tanah pertanian dan kediaman yang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dalam satu majlis di Dataran Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC), Kampung Kenangan Sungai Abong, di sini, sempena lawatan kerja beliau ke parlimen berkenaan pada 30 Mac lalu melibatkan pemohon dari Mukim Bandar, Mukim Bakri dan Mukim Ayer Hitam. Salah seorang penerima, Mohd Jamri Hasran, 50, yang bertugas sebagai anggota polis men-
yatakan rasa syukurnya apabila tanah seluas lebih 0.4 hektar di Mukim Ayer Hitam telah mempunyai geran selepas mengemukan permohonan pada Mei tahun lepas. “Tanah berkenaan sebelum ini telah lama diusahakan oleh arwah abang ipar saya dengan tanaman kelapa sawit namun arwah tidak sempat untuk membuat permohonan bagi membolehkan geran dikeluarkan untuk mendapatkan hak milik. “Selepas beliau meninggal dunia, tanah itu diserahkan kepada saya untuk diusahakan, disebabkan ia masih belum mempunyai geran, saya cuba mengemukakan permohonan. Saya juga berasa lega kerana ia tidak mengambil masa yang lama,” katanya ketika ditemui Jauhar. Ros (gambar) berkata, kedia-
Mohamed Khaled memberi Geran Hak Milik Tanah kepada Mohd Jamri Hasran.
man itu dibeli pada tahun 1993 kini didiami bersama suami dan anak sulung mereka manakala tiga anaknya yang lain telah berhijrah kerana bekerja diluar daerah dan telah berkahwin. Seorang lagi penerima adalah
Rahimah Abdul, 60, kerana permohonan untuk mendapatkan geran bagi tanah lot kediaman keluarganya di Jalan Cenderawasih, Sungai Abong di sini, diluluskan. “Rumah berkenaan adalah
milik keluarga dan saya telah tinggal di situ sejak 30 tahun lalu. Saya amat bersyukur permohonan untuk mendapatkan geran diluluskan malah ia diserahkan sendiri oleh Menteri Besar,” katannya.
BERITA 5
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
LAPORAN MUKA depan
INILAH DIA ‘MACGYVER MUAR’... Wak Wagiman perkenal Inovasi Suai Padan Cipta Gerabak Ayer Hitam guna barang terpakai
Wak Wagiman (kiri) menunjukkan model gerabak yang dihasilkannya kepada Mohamed Khaled.
Wak Wagiman bergambar bersama gerabak yang dihasilkannya.
OLEH SITI NOOR SEPEE MUAR - Bermula dengan mencipta gerabak untuk kegunaan sendiri khusus bagi membawa hasil tanaman kelapa sawit di kebun miliknya, kini Pengurus Wah Gah Enterprise , Wagiman Dulahabedi, 65, bukan sahaja dikenali ramai dengan hasil ciptaannya itu malah dia diberi gelaran MacGyver Muar. Mengakui tidak bersekolah tinggi malah jauh sekali mengikuti pendidikan secara formal dalam bidang automatif, namun Wak Wagiman mempunyai kepakaran dan kemahiran tersendiri kerana mampu mencipta gerabak yang bukan sahaja membawa hasil tanaman petani malah ada model gerabak turut berfungsi sebagai kren dan memindahkan jentera berat. Kemampuannya dan reka cipta luar biasa oleh Wak Wagiman menyebabkan anak jati Kampung Parit Hassan Ahmad 2, Batu 19 Ayer Hitam, dekat sini digelar ‘MacGyver Muar’ dan pernah diberi penghormatan untuk menghadiri Konvensyen World Inovation Kuala Lumpur 2013. Malah Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika dalam lawatan kerja beliau ke Parlimen Bakri baru-baru turut terpegun dengan inovasi dan hasil ciptaan Wak Wagiman ini. Kini gerabak Wak Wagiman menjadi mercu tanda bagi Mukim Ayer Hitam apabila replika gerabak turut diletakkan di pinggir jalan utama Kampung Parit Tengah, di sini, sekali gus menjadi kebanggaan dan ikon buat komuniti di kawasan itu. “Saya tidak bersekolah tinggi, jadi idea untuk mencipta gerabak adalah daripada ilham sendiri tanpa lakaran di atas kertas. Segalanya bermula apabila saya berdepan dengan masalah untuk membawa hasil tanaman disebabkan lokasi kebun kelapa sawit saya yang agak jauh. “Di sebabkan kesusahan yang dialami inilah, akhirnya saya mencuba pelbagai cara, namun ia tidak dapat dihasilkan dengan
percubaan pertama. Walaupun beberapa percubaan telah gagal saya teruskan usaha demi memudahkan pekerjaan harian. “Bermula mengangkat tandan kelapa sawit menggunakan kereta sorong kemudian disambungkan dengan motosikal namun ia tidak mampu membawa hasil tanam dalam kapasiti yang besar sehinggalah tercetusnya ilham untuk mencipta gerabak dengan mengadaptasi fungsi jentera berat,” katanya ketika ditemui Jauhar. Bapa kepada sembilan anak ini memaklumkan bahawa gerabak pertama berjaya dihasilkan
ponen yang digunakan. Warga emas ini sentiasa berusaha menambah inovasi pada gerabak ciptaannya dan dia kini telah mula menghasilkan model gerabak yang menggunakan alat kawalan jauh bagi memudahkan proses memungggah hasil tanaman. ASAL USUL NAMA WAH GAH Selepas reka cipta Wak Wagiman mula mendapat sambutan ramai dan menerima pelanggan daripada orang ramai, beliau mengambil keputusan untuk menjadikan hasil inovasinya itu sebagai pun-
Wak Wagiman menunjukkan model gerabak hasil ciptaannya.
siapkan. “Apabila sudah mula menerima tempahan daripada pelanggan, saya mula terfikir untuk menjadikan usaha ini sebagai punca menambahkan pendapatan. Dari situ saya berhasrat untuk memulakan syarikat sendiri
Gerabak yang dihasilkan Wak Wagiman mampu berfungsi sebagai kren.
adalah pada tahun 1994 menggunakan enjin motor jenis vespa lama dan strukturnya menggunakan besi terpakai yang disambung,” kata Wak Wagiman. Ada juga gerabak menggunakan enjin generator, kereta lama dan motosikal manakala yang dibeli di kedai ‘kenderaan potong’ ataupun daripada penduduk kampung sendiri. Wak Wagiman berkata, setiap gerabak yang dihasilkannya itu berbeza-beza mengikuti kreativitinya dan permintaan pelanggan malah harga setiap satu bermula daripada RM6,000 sehinggalah mencecah RM13,000 bergantung kepada kesukaran dan kom-
ca pendapatan menyara keluarga. Sejak itu, Wak Wagiman memulakan syarikatnya sendiri yang dinamakan Wah Gah Enterprise yang turut mempunyai nostalgia tersendiri sebelum nama syarikatnya itu didaftarkan malah sehingga kini ia mampu bertahan dan semakin berkembang dengan menerima pelbagai tempahan. Malah dua anak lelakinya turut membantu Wak Wagiman apabila dia mula tidak ‘menang tangan’ untuk menyiapkan tempahan gerabak daripada pelanggan memandangkan setiap satu unit perlu mengambil masa sehingga tiga minggu untuk di-
secara kecil-kecilan bagi memudahkan urusan perniagaan dijalankan. “Jadi saya namakan syarikat saya Wah Gah Enterprise yang ideanya saya dapat secara spontan, nama itu adalah diambil daripada usikan seorang wakil rakyat iaitu Datuk Dollah Ali yang berkata ‘Wah Gah’ iaitu merujuk kepada gerabak yang saya siapkan,” katanya sambil ketawa kecil. MAHU PATENKAN GERABAK Enjin dan komponen gerabak yang dihasilkan oleh Wah Gah Enterprise ini juga berbeza yang datang daripada idea spontan
Wak Wagiman sendiri. Gerabak berkenaan mampu bergerak dengan kelajuan 40 kilometer sejam. Gerabak ini menggunakan diesel atau petrol mengikut kehendak dan keperluan pelanggan. Beliau juga akan menerapkan identiti Johor pada gerabaknya. Ketika ditemubual wartawan Jauhar pada 30 Mac lalu, ada gerabak yang dipandu menggunakan stereng di sebelah kiri dan menggunakan ‘tayar itik’ iaitu sesuai digunakan di ladang yang becak dan berair. “Niat saya menghasilkan gerabak adalah ingin membantu petani supaya kerja mereka lebih mudah dengan harapan pendapatan mereka akan turut meningkat. Saya bersyukur kerana diberi bakat untuk menghasilkan gerabak tanpa pendidikan formal dan setiap idea juga adalah secara spontan. “Bagaimanapun selepas mengikuti pelbagai kursus dan melalui Pusat Inovasi Gerabak Ayeh Hitam, saya disaran untuk melakar setiap idea supaya reka cipta ini dipatenkan bagi mengelakkan ia ditiru selain sebagai pengiktirafan kepada saya sebagai perintis mencipta gerabak di sini,” katanya. Wak Wagiman menambah, dia juga berhasrat untuk mengkomersilkan gerabaknya bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah ke luar negara jika boleh. Namun beliau mengakui perlu mengambil masa untuk merealisasikan cita-citanya itu kerana beberapa aspek dan paten perlu diseragamkan terlebih dahulu. Ternyata di sebalik saiznya yang kecil itu, MacGyver Muar ini bercita-cita besar. Beliau adalah inovator sejati Team Johor...
6 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
RM43 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN PARLIMEN AYER HITAM BATU PAHAT – Parlimen Ayer Hitam menerima peruntukan berjumlah RM43 juta bagi melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan untuk membantu menyelesaikan masalah setempat dan juga bagi memenuhi kehendak serta keperluan masyarakat di situ. Pengagihan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri itu turut melibatkan pelaksanaan projek-projek baharu yang sedang berjalan. Ia turut melibatkan usaha bagi menaik taraf jalan dan baik pulih kemudahan serta pembinaan rumah mampu milik. Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika berucap di SJK (C) Yong Peng 2, dekat sini, sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Ayer Hitam, di sini pada 26 Mac lalu.
SASARAN TAHUN INI : PERLUASKAN BINA RUMAH MAMPU MILIK DI LUAR BANDAR - MB Beberapa projek rumah mampu milik di luar bandar termasuk di Lenga, Segamat, Tanjong Piai dan Labis antara yang bakal dibangunkan sebagai permulaan BATU PAHAT – Kerajaan Negeri akan menerus dan memperluaskan lagi pembinaan rumah mampu milik di kawasan luar bandar bagi memberi peluang kepada masyarakat memiliki rumah sendiri. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu penting bagi meningkatkan pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan masyarakat di luar bandar sebagaimana yang telah dilakukan di kawasan bandar terutamanya di Johor Bahru. Beliau berkata, beberapa projek rumah mampu milik di luar bandar termasuk di Lenga, Segamat, Tanjong Piai dan Labis antara yang bakal dibangunkan sebagai permulaan. “Sebelum ini, pembinaan rumah mampu milik banyak dibina di kawasan Johor Bahru berikutan permintaan yang tinggi daripada masyarakat di kawasan berkenaan. Justeru, bermula tahun ini Kerajaan
Negeri akan memperluaskan pembinaannya di kawasan luar bandar bagi memberi peluang kepada masyarakat di kawasan berkenaan turut memiliki rumah sendiri,” kata beliau kepada para pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Ayer Hitam, dekat sini, pada 26 Mac lalu. Yang turut hadir dalam siri lawatan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali. Menurut Mohamed Khaled, pembinaan rumah mampu milik di kawasan luar bandar akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sendiri menerusi Syarikat Milik Kerajaan (GLC) Johor dan dibangunkan di tanah milik kerajaan. Katanya lagi, sebagai usaha alternatif, Kerajaan Negeri juga akan berusaha membeli tanah bagi membina rumah mampu
Mohamed Khaled beramah mesra bersama peniaga ketika mengadakan ‘walkabout’ kira-kira 30 minit di Gerai Lama, Jalan Johor ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Ayer Hitam.
milik sekiranya terdapat masalah ketiadaan tanah di kawasan tertentu. Sempena lawatan ke Parlimen Ayer Hitam, Mohamed Khaled turut mengumumkan kelulusan pembinaan rumah mampu milik dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng. Ia melibatkan pembinaan di atas tanah seluas 33 ekar, yang akan dibangunkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), merangkumi Pakej A bernilai
RM42,000 seunit dan Pakej B (RM80,000) seunit. Sementara di DUN Semarang, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk melakukan proses pengambilan balik tanah seluas lima ekar di Parit Sumarto, dekat sini, bagi tujuan pelaksanaan projek perumahan yang sesuai di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri sebelum ini menyasarkan pembinaan 60,000 rumah mampu milik menjelang 2019.
BERITA 7
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
PERKHIDMATAN BAS MUAFAKAT JOHOR KINI DIPERLUASKAN KE SEMUA 10 DAERAH
Mohamed Khaled menunjukkan Kad Muafakat Johor.
LAPORAN MUKA depan MUAR - Sejumlah RM19.7 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi digunakan di bawah program memperluaskan Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) ke 10 daerah di negeri ini. Daerah-daerah tersebut ialah Muar, Pontian, Segamat, Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi, Simpang Renggam, Yong Peng dan Mersing dengan jumlah 20 laluan kesemuanya. Sebelum ini perkhidmatan BMJ hanya meliputi 15 laluan di sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai. Sebelas laluan baru BMJ di Wilayah Iskandar melibatkan empat PBT termasuk Majlis Ban-
daraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Perbandaran Kulai. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah pengguna BMJ telah meningkat dari 1.34 juta kepada 2.43 juta orang tahun ini. “Ini telah menunjukkan bahawa usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat dari segi perkhidmatan pengangkutan awam disokong dan disambut baik oleh masyarakat. “Perkhidmatan BMJ ini benar-benar menepati kehendak dan keperluan masyarakat untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam yang selesa, mudah serta mutu perkhidmatan yang memuaskan.
“Selain itu, ia selari dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri supaya sentiasa mendahulukan kesejahteraan rakyat dalam arus pembangunan negeri yang semakin pesat ini. “Perkhidmatan bas percuma ini dihadkan kepada warganegara Malaysia khususnya Bangsa Johor untuk menyelesaikan masalah seperti ruang tempat letak kereta yang terhad, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebagainya selain dapat menjimatkan kos pengangkutan,” jelas Mohamed Khaled dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Perluasan Bas Muafakat Johor di Terminal Bas Maharani di sini pada 30 Mac lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Abdul Rahman Salleh pula memberitahu, perkhidmatan BMJ merupakan satu bentuk titik sentuhan oleh Kerajaan Negeri untuk memberikan kemudahan bas percuma bagi mengurangkan kos serta meningkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini. Sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri, PAJ sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan negeri terutamanya soal pengangkutan awam yang terancang dan bersepadu. “Selain dari perkhidmatan bas secara percuma, BMJ juga
RM1.225 JUTA BANTUAN KEPADA 245 MAHASISWA DI BAWAH PROGRAM TABUNG PENDIDIKAN SARJANA PDT
Mohamed Khaled bergambar Bersama penerima cek Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Takzim (PDT).
OLEH NUR SHIQAH HASNGADON MUAR - Seramai 245 mahasiswa program Ijazah Sarjana telah menerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Takzim (PDT) 2017 berjumlah RM1.225 juta bagi membantu mereka menampung kos pengajian di universiti awam tahun ini. Permodalan Darul Takzim (PDT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Yayasan Raja Zarith telah memberikan bantuan melalui Tabung Pendidikan Sarjana PDT 2017 kepada calon program Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kurang berkemampuan. PDT telah menyumbang dana sebanyak RM725,000 manakala YPJ pula memberi sumbangan berjumlah RM500,000 bagi
pelaksanaan bantuan ini. Lebih 500 pelajar memohon untuk mendapatkan bantuan tahunan ini. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang hadir untuk menyerahkan dana bantuan ini di sini berkata, program ini mula dijalankan tahun lalu dan akan dilaksanakan setiap tahun untuk membantu mahasiswa anak Johor yang layak. “Ini merupakan satu lagi inisiatif oleh Kerajaan Negeri melalui Bajet 2017 dalam usaha membangunkan modal insan di negeri ini. “Tahun lalu seramai 50 orang pelajar telah menerima bantuan ini dan pada tahun ini jumlah penerima telah meningkat kepada 245 orang seluruh Negeri
Johor. “Setiap penerima menerima wang tunai bernilai RM5,000 untuk membantu mereka menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat setiap tahun,” jelas Mohamed Khaled dalam sidang media yang dijalankan di Dataran Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (RSCC) Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail, Sungai Abong, dekat sini 30 Mac lalu. Sementara itu, Ketua Eksekutif Permodalan Darul Takzim, Lukman Abu Bakar (kiri) menjelaskan pemilihan bagi penerima bantuan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri dari wakil-wakil YPJ, Yayasan Raja Zarith serta pihak PDT sendiri. “Terdapat beberapa syarat
Bas muafakat Johor.
menyediakan kemudahan lain seperti kemudahan jalur lebar (Wifi) dan sistem kamera litar tertutup (CCTV), serta sebuah pusat kawalan untuk mengesan pergerakan bas. “Selain itu, pengguna juga boleh memuat turut aplikasi mudah alih ‘Transit For Johor’ di telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat lanjut perjalanan BMJ di seluruh kawasan terlibat. “Jumlah keseluruhan akses BMJ adalah 46 laluan yang melibatkan 80 buah bas. Perkhidmatan BMJ di laluan-laluan baru boleh dinikmati oleh masyarakat bermula 1 April,” tambah Abdul utama yang harus diambil kira semasa membuat keputusan untuk meluluskan permohonan. Pertama, ia terbuka kepada pelajar peringkat pengajian ijazah Sarjana yang berbaki lebih dari dua semester sama ada melalui kerja kursus atau penyelidikan secara sepenuh atau separuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja. “Kedua, pemohon juga mestilah menetap di Negeri Johor dan keutamaan diberikan kepada mereka yang lahir di negeri ini. Tiada had umur yang disyaratkan tetapi pelajar yang pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT ini tidak layak memohon,” jelas Abu Bakar. Abu Bakar menambah, permohonan tersebut telah dijalankan melalui atas talian yang dibuka bermula 1 Februari sehingga 14 Februari lalu. Salah seorang penerima bantuan tabung pendidikan ini, Nur ‘Aqilah Huda Mahadi, 25, pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam berkata, bantuan ini telah meringankan bebanan keluarganya untuk menampung kos perbel-
Rahman. Laluan perkhidmatan bas percuma ini tertumpu di kawasan-kawasan pejabat kerajaan, sekolah, pasar awam, kawasan perumahan dan pusat membeli belah serta beberapa tempat awam yang lain. Pecahan akses BMJ di daerah luar Wilayah Iskandar terdiri dari satu laluan di Tangkak dan Yong Peng, dua di Batu Pahat, Kluang, Segamat serta Kota Tinggi. Selain itu, perkhidmatan BMJ juga dilaksanakan di tiga laluan di Daerah Muar, Pontian dan Simpang Renggam manakala lima lagi laluan di Mersing. anjaannya di universiti. “Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mewujudkan skim bantuan seperti ini kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana seperti saya,” tambah ‘Aqilah. Seorang lagi mahasiswa, Lim Sheng Zheng, 25, pelajar Ijazah Sarjana dalam jurusan Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan bahawa dia mempunyai lima lagi adik yang masih bersekolah dan bantuan ini benar-benar telah membantu menampung perbelanjaan semasa pengajian. Nur Farhana Atikah Amir Hafidz, 27, pelajar Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai berkata, bantuan pendidikan berjumlah RM5,000 yang diterimanya ini akan digunakan sebaik mungkin ketika menjalankan projek amali sepanjang tempoh pengajian. “Kebiasaannya projek- projek tersebut akan menelan belanja yang tinggi lebih-lebih lagi untuk memastikan hasil kerja yang terbaik dan berkualiti,” kata Farhana ketika ditemui Jauhar.
8 BERITA
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
RM80 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PARLIMEN SEKIJANG SEGAMAT – Kira-kira RM80 juta peruntukan diumumkan untuk pelbagai projek pembangunan di kawasan Parlimen Sekijang sempena lawatan kerja Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, pada 20 Mac lalu. Kesemua peruntukan itu adalah
daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Selain itu, dua buah sekolah agama baharu akan dibina tahun hadapan iaitu Sekolah Agama Segamat Baru dan Sekolah Agama Kampung Tengah.
Mohamed Khaled melihat tayangan video berkenaan Projek Pembinaan Jambatan Plentong dan Projek Pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 2A.
PROJEK NAIK TARAF LEBUH RAYA PASIR GUDANG DITERUSKAN KE FASA 2A BERNILAI RM164 JUTA DIJANGKA SIAP SEPTEMBER 2018 OLEH SITI NOOR SEPEE PASIR GUDANG - Projek menaiktaraf lebuh raya Pasir Gudang diteruskan kepada fasa kedua membabitkan peruntukan RM164 juta dijangka siap sepenuhnya pada 6 September 2018. Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengakui berpuas hati dengan perkembangan projek fasa 2A membabitkan laluan Plentong ke Pasir Gudang sejauh 7.7 kilometer itu kerana telah bermula lebih awal daripada jadual ditetapkan. Katanya, projek menaiktaraf lebuh raya Pasir Gudang kepada enam lorong mempunyai empat fasa dimana fasa pertama di laluan Kangkar Tebrau-Plentong sepanjang lapan kilometer (km) melibatkan perbelanjaan kira-kira RM600 juta yang telah siap sepenuhnya itu telah berjaya mengatasi kesesakan trafik. “Projek melebarkan laluan lebuh raya Pasir Gudang daripada empat kepada enam lorong diteruskan kepada fasa 2A membabitkan peruntukkan sebanyak RM164 juta daripada Kerajaan Persekutuan. “Projek ini, telah memasuki fasa kedua di mana selepas Fasa 2A ia akan diteruskan apabila mendapat kelulusan bagi
fasa 2B iaitu di laluan Seri Alam-Pasir Gudang sejauh empat km manakala fasa tiga sejauh tujuh kilometer bagi laluan PlentongKangkar Tebrau. “Saya berharap pengguna lebuh raya dapat bersabar dan memberi kerjasama supaya projek ini dapat berjalan dengan lancar. Saya juga berpuashati dengan perkembangan projek fasa kedua terbabit yang bermula lebih awal daripada jadual,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media Program Penerangan Mengenai Projek Pembinaan Jambatan Plentong dan Projek Pelebaran lebuh raya Pasir Gudang Fasa 2 di Kampung China Plentong, di sini 6 April lalu. Hadir sama, Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, Ir. Mohamad Salleh Abu Bakar. Mohamed Khaled berkata, bagi empat fasa projek berkenaan menelan kos kira-kira RM1 bilion bagaimanapun ia tidak dijalankan secara serentak bagi mengelakkan berlaku kesesakan teruk. Selain memaklumkan mengenai perkembangan projek menaiktaaf lebuh raya Pasir Gudang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sedang menjalankan perbincangan bagi mengatasi isu banjir khususnya di persimpangan Jalan Seri Alam-Taman Rinting. Sempena kunjungan singkatnya di DUN Johor Jaya itu, Mohamed Khaled berkata, satu lagi projek di kawasan berkenaan adalah pembinaan jambatan Sungai Plentong, di Jalan Masai lama yang baharu bernilai RM22 juta telah bermula. “Projek melibatkan tiga fasa ini telah bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018. Selain menggantikan jambatan, laluan di kawasan terbabit turut dinaiktaraf kepada enam lorong untuk melancarkan lalulintas “Ia disebabkan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan terbabit khsusunya penduduk di kawasan Seri Alam dan Permas semakin meningkat kesan daripada pembangunan pesat,” katanya. Mohamed Khaled juga akan menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) jenis townhouse sebanyak 686 unit yang dibina berhampiran Kampung Desa Makmur, Plentong, di sini, dengan keluasan tanah kira-kira 4.96 hektar sempena lawatannya di Parlimen Pasir Gudang.
FOKUS 9
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
JOHOR BAHRU - Gerak Usahawan Johor 2017 yang akan berlangsung dari 5 hingga 6 Mei di Johor Circuit Pasir Gudang menjanjikan program yang jauh lebih menarik dengan pelbagai acara untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai peluang keusahawanan kepada Usahawan Johor. Program yang akan bermula seawal pukul 10 pagi sehingga 12 tengah malam adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Johor, Perbadanan Usahawan Johor (EDC), SME Corp dan Johor Circuit. Sejajar dengan wawasan Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, yang mahu menjadikan usahawan muda di antara teras utama pembangunan
ekonomi dan Johor sebagai kuasa ekonomi baru negara Gerak Usahawan juga bertujuan untuk menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat usahawan. Seminar keusahawanan, peluang menjadi usahawan makanan, peruncitan dan banyak lagi menanti mereka yang berminat menjadi seorang usahawan. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat untuk menjadi seorang usahawan melalui maklumat secara terus, pameran, usahawan sedia ada dan juga padanan perniagaan. Gerak Usahawan 2017 juga mencari sukarelawan dari kalangan Bangsa Johor.
GERAK USAHAWAN JOHOR 2017 BUKA PELBAGAI RUANG DAN PELUANG
gerak usahawan : segala yang anda perlu ketahui 1.Gerak Usahawan Sempena Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Johor melibatkan penyertaan lebih 30 agensi kerajaan berkaitan keusahawanan yang terdiri dari Majlis Amanah Rakyat (MARA),SME Corp Malaysia, Perbadanan Islam Johor (PIJ), Johor Corporation, PUNB, PNS dan pelbagai agensi lain. 2.Gerak Usahawan Sempena Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Johor memasuki edisi kali ke-4 pada tahun ini menjanjikan kelainan dan sentuhan menerusi konsep dan pengisian yang berfokus kepada golongan belia dan komuniti. Dengan penganjuran pertama kali di litar Pasir Gudang akan menjanjikan kelainan. 3.Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan kuat dari SME Corp Malaysia Sempena Penganjuran Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Johor. 4.Gerak Usahawan sempena Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Johor turut diadakan majlis pertukaran dokumen antara JBIOTECH, EDC Dan UTM Dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda terutama dalam bidang bioteknologi. 5.Objektif kerjasama untuk memastikan dan mempraktikan Jalinan kerjasama Strategi lautan Biru (NBOS) dan bekerjasama membangunkan usahawan menerusi pelaksanaan pelbagai program. 6.Gerak Usahawan Sempena Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Johor disertai lebih 120 usahawan dari pelbagai kluster atau bidang iaitu •Lifestyle : Pakaian, Aksesori, F&B, Perabot Dan Berkaitan Kehidupan •Wellness : Produk Kecantikan, Fitness, Ubat-Ubatan, Spa, Perkhidmatan Salon •Kreatif & ICT: Apps, Kraftangan, Gadjet, perkhidmatan, Lukisan dan yang berkaitan •IAT : produk berasaskan industri asas tani 7.Elemen keusahawanan turut diberi penekanan dalam penganjuran kali ini. Antaranya slot padanan perniagaan yang mana beberapa pasaraya besar akan turut terlibat bagi memberi peluang kepada usahawan untuk meluaskan pasaran perniagaan mereka. 8.Sesi Breakfast with CEOs University memberi peluang ke-
pada pelajar untuk mengenali tokoh CEOs dan pengalaman mereka dalam menguruskan perniagaan. Slot ini semestinya memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari asas keusahawanan. Program ini merupakan anjuran penuh SME Corp Malaysia. 9.Di bahagian Bangunan Tower akan berlangsung Program Business Matching diantara Pasaraya terkenal iaitu Tesco dan Giant. Usahawan berpeluang mengetahui SOP, Terma dan syarat sekiranya berminat untuk menempatkan produk ke dalam pasaraya. 10.Turut diadakan slot bersama usahawan dengan tema Young and Rich. Seminar ini yang dibawakan khas oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Slot ini membawakan tiga tokoh anak muda yang berjaya dalam perniagaan masing-masing dan memberi tunjuk ajar serta ilmu dalam memajukan perniagaan. 11.Pertunjukan fesyen yang akan dijayakan oleh MARA dengan konsep Johor Millenium Fashion Circuit 2017 akan menyerikan lagi pada malam Majlis Perasmian Gerak Usahawan Sempena Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Johor yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. 12.Turut diadakan persemba-
han- persembahan artis terkenal seperti Alleycats, Aizat Amdan, dan lain-lain lagi. Selain dari itu, terdapat Hot Air Ballon, Mini Zoo dan Poney Rides. 13.Keistimewaan paling utama edisi kali ini adalah dengan penganjuran Larian Laksamana yang diadakan pada 6 Mei (Sab-
tu) bermula jam 7.00 pagi di Johor Circuit, Pasir Gudang dijangka seramai 2500 orang akan menyertai larian ini. Yuran penyertaan
dikenakan sebanyak RM50 dan akan disalurkan terus ke Tabung Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
10 ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
SULTAN JOHOR UCAP TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan bertitah pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda. Foto : Jabatan Penerangan Negeri Johor.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya mengekalkan kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial masyarakat di negeri ini. Sultan Ibrahim bertitah, baginda percaya kejayaan yang telah dicapai adalah hasil daripada kesungguhan semua pemimpin dan anggota perkhidmatan awam, selain sokongan masyarakat yang sentiasa bermuafakat. “Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana telah berjaya mengekalkan kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial masyarakat di Negeri Johor ini. “Saya percaya, segala kejayaan yang telah dicapai adalah hasil usaha semua
pemimpin dan anggota perkhidmatan awam yang bersungguh-sungguh memikul tanggungjawab serta disokong oleh masyarakat yang hidup bersatu-padu dan bermuafakat. “Walau apa juga rintangan atau masalah yang timbul, janganlah kita mengalah atau patah semangat. Carilah punca dan penyelesainya. Bak kata pepatah ‘kusut di hujung, balik ke pangkal’,” titah Sultan Johor. Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Tahun 2017 di Istana Besar Johor Bahru, pada 23 Mac lalu. Sempena Majlis Istiadat tersebut, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran Negeri Johor kepada individu yang layak berdasarkan
merit dan taat setia. “Pada tahun ini, saya telah berkenan untuk mengurniakan darjah dan pingat kebesaran Negeri Johor kepada beberapa individu yang saya fikirkan layak berdasarkan kepada merit dan taat setia individu berkenaan kepada saya dan Kerajaan Johor. “Darjah kebesaran Negeri Johor ini amat tinggi nilainya dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi cadangan nama, kecuali atas titah perkenan saya sendiri. “Oleh itu, suka saya ingatkan, terutama kepada orang di luar Johor, supaya jangan tertipu jika ada orang yang mengatakan darjah Negeri Johor boleh dibeli dengan bayaran wang ringgit. Tetapi jika masih ada yang sanggup ditipu, terpulanglah, jangan salahkan saya,” titah baginda lagi.
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mendahului senarai 102 penerima darjah kebesaran dan pingat pada Majlis Istiadat berkenaan. Baginda dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ), manakala Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (PSI I) dianugerahkan kepada semua lima anakanda pasangan diraja berkenaan. Penerima lain PSI I ialah Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, manakala Raja Dihilir Perak, Datuk Seri Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah menerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II).
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedang memeriksa barisan kehormat diraja ketika menghadiri Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda. Foto : Jabatan Penerangan Negeri Johor.
ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN 11
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
JOHOR TERUS MAJU DI BAWAH PEMERINTAHAN SULTAN IBRAHIM
Mohamed Khaled menyampaikan ucapan pada Majlis Penganugerahan Darjah dan Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 23 Mac lalu. Foto : Jabatan Penerangan Negeri Johor.
JOHOR BAHRU – Di bawah naungan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Negeri Johor terus aman, tenteram dan makmur, tegas Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, Sultan Ibrahim dan keluarga diraja telah mempamerkan kewibawaan dan sentuhan yang sangat luar biasa dalam pelbagai agenda seperti ekonomi, sukan dan kemasyarakatan, termasuk menyediakan Rumah Impian Bangsa Johor, Yayasan Sultan Ibrahim. “Kesungguhan Tuanku dalam mengukuhkan konsep keren-
caman budaya dan kesepaduan Bangsa Johor amat disegani sehinggakan keeratan muafakat jelas terlihat dalam segenap ruang kehidupan rakyat. “Malah, Tuanku juga memainkan peranan yang sangat besar dalam memberi pencerahan kepada rencam politik semasa, dengan kewibawaan tulen, sebagai pemerintah yang adil dan berperlembagaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika persembahan ucapan pada Majlis Penganugerahan Darjah dan Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor di
Istana Besar, dekat sini, pada 23 Mac lalu. Tambah Mohamed Khaled, pencapaian baik Negeri Johor sehingga kini adalah berasaskan penekanan yang khusus kepada keseimbangan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kesejahteraan sosial. “Kerajaan Negeri amat menyedari amanah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan negeri ini bukan sahaja dari segi ekonomi, malah mencakupi bidang-bidang lain kehidupan rakyat. “Keseimbangan ini amat kriti-
kal dan penting untuk diteruskan kerana pembangunan yang tidak seimbang tidak akan membantu Negeri Johor untuk terus cemerlang dan menjadi negeri terbaik,” katanya. Menurut beliau, salah satu perkara yang menjadi petunjuk penting dalam mengukur pencapaian Negeri Johor termasuk kedudukannya di tangga pertama dalam jumlah pelaburan yang diterima di Malaysia bagi tahun 2016, iaitu sebanyak RM26.41 bilion. Sejak tahun 2010 hingga 2015 juga, kadar pertumbuhan
ekonomi Johor telah melepasi kadar yang direkodkan Malaysia secara konsisten, dengan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.9 peratus berbanding 5.3 peratus bagi negara. “Johor juga antara negeri di Malaysia yang mempunyai bacaan pekali Gini yang terendah pada 0.324. Bacaan ini penting kerana ia menunjukkan bukan sahaja wujudnya keseimbangan yang baik dalam proses pembangunan Johor, malah pengagihan kemakmurannya turut dilakukan secara adil dan berkesan,” ujar beliau.
RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR : LEMBAGA PEMILIHAN YANG TENTUKAN, BUKAN SAYA - SULTAN
Sultan Ibrahim sedang bertitah pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda. Foto : Jabatan Penerangan Negeri Johor.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, sebuah Lembaga Pemilihan akan ditubuhkan untuk membuat tapisan dan penilaian terhadap setiap permohonan Rumah Impian Bangsa Johor
Yayasan Sultan Ibrahim yang baharu dilancarkan pada 22 Mac lalu. “Rumah ini akan ditawarkan kepada golongan yang betul-betul layak sahaja, dengan syaratsyarat pemilihan yang amat
ketat. Satu Lembaga Pemilihan akan ditubuhkan untuk membuat tapisan dan penilaian terhadap setiap permohonan. “Oleh itu, jangan melobi saya untuk dapat rumah tersebut. Saya akan pastikan projek ini
berjaya demi memberikan peluang kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah rumah yang selesa. “Inilah hadiah daripada saya untuk membantu rakyat Johor
yang betul-betul susah,” titah baginda pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Tahun 2017 di Istana Besar Johor Bahru, pada 23 Mac lalu. Menurut baginda, projek Rumah Impian Bangsa Johor yang dilancarkan di Galeria@Kotaraya pada 22 Mac merupakan sebuah projek perumahan istimewa bagi membantu rakyat di negeri ini yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah kediaman yang selesa. “Yang paling istimewa, harga jualan rumah tersebut adalah di bawah RM100,000 dan bayaran deposit pembeliannya pula hanya sebanyak RM1, dengan pembiayaan 100% daripada Bank Rakyat,” titah Sultan Ibrahim. Pembangunan projek Rumah Impian Bangsa Johor itu akan dilaksanakan di bawah Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Johor Corporation dan Bank Rakyat. Projek pertama akan dibangunkan di kawasan Bandar Dato’ Onn, dekat sini, melibatkan sebanyak 500 unit rumah teres, semi-D dan banglo yang dilengkapi peralatan penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk dan beberapa perabot asas.
12 FOKUS
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
ZAHIRKAN TAAT SETIA MELALUI BAKTI BULAN Mac yang lalu merupakan bulan di mana kita meraikan hari yang bersejarah dan penuh bermakna, iaitu ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pelbagai acara telah disusun di seluruh Negeri Johor bagi meraikan hari keputeraan rasmi baginda. Mana mungkin rakyat Johor melupakan 23 Mac 2015 apabila mereka menyaksikan kemahkotaan Sultan Ibrahim, yang pertama diadakan sejak kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada tahun 1960. Istiadat kemahkotaan Sultan Ibrahim menjadi lebih bernilai kerana ia juga memberi nafas baharu kepada Bangsa Johor dari segi perasaan patriotik dan cinta kepada negeri kita. Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai sejarah dan ketamadunan yang tersendiri dan panjang.
Tunggak naungan sekalian rakyat tidak lain dan tidak bukan adalah kepada Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk ini. Oleh sebab itu, hari keputeraan Sultan Ibrahim adalah sambutan yang harus dibanggakan dan diraikan oleh segenap lapisan rakyat Johor. Saya mengambil kesempatan di ruang ini untuk sekali lagi menyeru kepada Bangsa Johor
agar memberikan sepenuh taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintahan Baginda Tuanku serta menanam azam dan tekad untuk memberikan yang terbaik untuk negeri kita. Tiada yang lebih besar dan mulia untuk kita lakukan melainkan menggembleng segala kudrat dan akal fikiran untuk mencari jalan yang paling ampuh demi membawa kemakmuran serta kesejahteraan kepada negeri
yang menjadi asal usul kita. Itulah tanggungjawab setiap warga Bangsa Johor tanpa mengira apa pun kapasiti dan kedudukan. Ini kerana, keunggulan sebuah bangsa dapat dilihat daripada keupayaannya untuk tahu berterima kasih dan memberikan taat setia. Sejarah dan ketamadunan bukan sahaja mempamerkan kekuatan dan kemegahan pemerintahan yang bijaksana. Tetapi juga ketinggian budi dan keunggulan sistem nilai baik yang menjadi pegangan rakyatnya. Kita tidak boleh menjadi bangsa yang hanya mahu mengecap segala nikmat dan kebaikan yang ditawarkan oleh negeri ini tetapi tidak mengambil kesempatan dan ruang ada untuk membalas segala kebaikan dan manfaat tersebut. Dalam melakukan ikhtiar besar ini, saya memerlukan sekalian
bangsa Johor untuk hadir dan tampil bersama-sama sebagai satu pasukan. Tiada cara yang lebih baik untuk kita berterima kasih kepada negeri kita melainkan memberi taat setia kepada Sultan dan berbakti kepada negeri dengan sebaik mungkin. Seperti yang sering diperingatkan oleh Baginda Tuanku, janganlah Bangsa Johor hiraukan campur tangan dan tindakan orang luar yang cuba membuat onar di negeri ini, seolah-olah tidak mahu kita berjaya. Teruskan usaha murni kita untuk mengecapi kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan agar ia menjadi legasi yang baik untuk diwariskan kepada generasi seterusnya. Semoga negeri kita terus terpelihara daripada anasir-anasir tidak baik yang hendak menggagalkan pembangunan dan kemajuan yang ingin kita bawa demi kesejahteraan bangsanya.
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN LAKSANA STRATEGI BARU BASMI MUSUH NOMBOR SATU NEGARA OLEH NUR SHIQAH HASNGADON KLUANG - Melalui Program Perangi Dadah Habis-habisan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah membangunkan beberapa pendekatan baru antaranya ‘Pendayaupayaan Komuniti’. Melalui pendekatan ini, AADK memberi penekanan utama terhadap penglibatan komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat dalam mengambil tanggungjawab bersama mencegah serta membantu proses pengekalan pemulihan atau penjagaan lanjutan. Mengangkat tema Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017 (HADK 2017), “Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah”, ia merupakan penekanan terhadap peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti yang perlu diperkasa dan diperkukuhkan. Menurut Ketua Pengarah AADK, Dato’ Dr. Abd. Halim Mohd Hussin, bagi merealisasikan konsep ini, pihaknya telah memperkenalkan pendekatan yang mempunyai unsur “Feel Good Factor” iaitu Program Sentuhan kasih yang berkonsepkan “Mendatangi Kepada Yang Memerlukan”. “Program yang bersifat inisiatif dan mesra rakyat ini akan memberi tumpuan kepada kumpulan rapuh agar mereka didekati dan diberi pencerahan awal terhadap risiko yang mereka hadapi. “Selain itu, pendekatan
Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) turut dijalankan bersama pelbagai agensi dan badan kerajaan terutamanya Jabatan Penjara Malaysia dalam menyumbang kepada pencegahan najis dadah. Ketua Penolong Peng-
arah (Pendidikan Pencegahan) AADK, Dr. Nor Azmi Ahmad (gambar) berkata, pencegahan awal harus dilakukan dan ia perlulah bermula dari rumah. “Pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk memerangi ancaman dadah dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat terutamanya
Pameran Anti Dadah yang berlangsung di Kluang, baru-baru ini.
apabila di tambah lagi dengan pengaruh sosial media yang menjadi ikut-ikutan masa kini. “Risiko bagi mereka yang pernah terlibat dalam najis dadah ini adalah tinggi jika tidak terus diberi perhatian dan keutamaan berkaitan kehidupan selepas melalui proses pemulihan. Jelasnya, untuk memastikan tahap k berkesanan segala usa-
ha yang dijalankan, masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan penting bekerjasama dalam membantu golongan ini melalui aktiviti formal mahupun tidak formal seperti kempen, program-program kerohanian, latihan berkumpulan dan sebagainya. “Sokongan dan dorongan dari masyarakat dari segi fizikal dan mental akan menyumbang kepada kekuatan serta keyakinan yang membolehkan golongan ini meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik,” katanya. Secara tuntasnya, semua pihak harus bergerak sederap dan senada untuk membasmi kemelut ini hingga ke akar umbi. Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan yang berlangsung di Kluang pada 18 Mac lalu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Dato’ Mohamed khaled Nordin.
BERSAMA WAKIL RAKYAT ANDA 13
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
MENYELESAIKAN MASALAH DAN KEPERLUAN MASYARAKAT VISI NORSHIDA DI DUN BULOH KASAP OLEH AFANDY YUSOF BULOH KASAP adalah sebuah pekan dan nama sebuah mukim dalam Daerah Segamat, Johor. Majoriti penduduk Buloh Kasap adalah Melayu dan hasil tani merupakan pendapatan utama penduduk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim, 42, yeng menggalas amanah rakyat dan masyarakat Buloh Kasap meletakkan Misi ‘Sentiasa Berkhidmat Untuk Rakyat’. “Saya sentiasa turun melawat kawasan dan bertemu dengan penduduk serta masyarakat bagi meninjau permasalahan mereka dan apa yang perlu saya bantu dalam kadar segera. “Dalam masa yang sama beberapa perkara yang melibatkan penambahan ekonomi penduduk terutama keluarga yang berpendapatan rendah dibincangkan juga termasuk menjadikan mereka usahawan kecil yang berpendapatan lumayan,”ujar Norshida. Norshida sering mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua kampung bagi mendapatkan maklumat terutama permasalahan kawasan mereka yang melibatkan kemudahan asas seperti jalan kampung dan lampu jalan. Keperluan asas penduduk terutama melibatkan rumah juga menjadi satu agenda utama beliau apabila membantu lebih 40 orang penduduk Buloh Kasap menerima Rumah Mesra Rakyat melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Bagi ibu tunggal yang didapati layak menerima bantuan kerana faktor kesihatan atau anak-anak yang ramai serta pendapatan yang terlalu rendah bagi menyara keluarga akan menjadi keutamaan Norshida membantu mendapatkan bantuan bulanan. Melalui Pusat Khidmat
ADUN Buloh Kasap, beliau akan mendapatkan bantuan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk membantu golongan ibu tunggal yang layak. Manakala petani akan dibantu melalui peruntukan Jabatan Pertanian bagi menambah hasil pertanian serta menghadiri kursus untuk menjadi petani moden yang berpotensi. Dalam masa yang sama ADUN Buloh Kasap ini tidak pernah mengabaikan keperluan asas lain termasuk rumah-rumah ibadat dan sekolah serta kebajikan murid-murid terutama mereka yang mempunyai potensi sebagai pelajar harapan. Pusat Khidmat beliau sentiasa dibuka untuk masyarakat pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu namun pegawai-pegawai beliau akan berkhidmat setiap hari tanpa mengira waktu. Seorang Pegawai Norshida, Mohd Nazirul Ramli, 30, yang ditemui berkata; “YB berpesan kepada saya, apabila terjadi sesuatu bencana alam seperti ribut, jangan biarkan penduduk tidur berbumbungkan bulan dan bintang. “Walau kejadian berlaku pada pukul 3 pagi saya mesti memastikan bumbung dipasang pada malam itu juga agar penduduk dapat berteduh,” ujar Nazirul. Norshida Ibrahim melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau oleh pengundi Dun Buloh Kasap dengan penuh rasa tanggung jawab dan segala keperluan asas penduduk termasuk dewan orang ramai, kemudahan lampu jalan serta jalan kampung sentiasa dipastikan dalam keadaan yang memuaskan. Sesuai dengan ‘Visi’ beliau, Sentiasa Mendekati Dan Menyelesaikan Masalah Serta Keperluan Asas Masyarakat Dun Buloh Kasap.
PROFIL YB NORSHIDA IBRAHIM
Norshida (kanan) memasak bersama masyarakat Buloh Kasap dalam satu majlis.
Dalam satu majlis bersama masyarakat setempat.
No.16 Jalan Astakajaya 6, Taman Astakajaya, 85000 Segamat Johor Darul Takzim Status Perkahwinan : Berkahwin
BUTIRAN KELUARGA
Nama Suami : Mohd Tajuddin Al-Fajri (46 Tahun) Nama Anak-Anak : 1. Muhammad Khirullah Bin Mohd Tajuddin Al-Fajri - 18 Tahun 2. Aisyah Khumairah Binti Mohd Tajuddin Al-Fajri - 15 Tahun 3. Muhammad Saeffullah Bin Mohd Tajuddin Al-Fajri - 10 Tahun
AKADEMIK Tarikh lahir : 01 April 1975 Tempat Lahir : Segamat Johor Umur : 42 Tahun No. Telefon Bimbit : 012 - 7343776 No. Telefon Pejabat : 07 - 9444505 Faksimili : 07 - 9443979 E-mail :
[email protected] Alamat : Pusat Khidmat Masyarakat Adun Buloh Kasap
• Sijil Bahasa Arab, Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (1992 - 1993) • Bachelor Of Art, University Of Arabic Jordan
BUTIRAN KERJAYA&JAWATAN (TERKINI) Dun : Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Buloh Kasap Parti : Ahli Jawatankuasa UMNO Baha
gian Segamat Pertubuhan : Ahli Lembaga Perpustakaan Negeri Johor Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan Sungai Skudai Leftenan Kolonel Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pengerusi PDK Sayangku Segamat Pengerusi PDK Sayangku Palong Timor Pengerusi PDK Sayangku Taman Yayasan Penaung Hal Ehwal Wanita Masjid Buloh Kasap Penaung Pertubuhan Muafakat Tentera Tidak Berpencen Penaung Persatuan Sosial dan Rekreasi Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas Daerah Segamat Penaung Peniaga Car Boot Sale Daerah Segamat Penaung Kelab Usahawan AIM Daerah Segamat
JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG/ TEMPOH
Dalam Kerajaan : Ahli Majlis Daerah Segamat
(2008-2013) Dalam Parti : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor (2011-2013) Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segamat Penolong Setiausaha Biro Penerangan Puteri UMNO Malaysia (2010-2013) Bendahari Biro Ekonomi Puteri UMNO Malaysia (2004-2008) Ahli Jawatankuasa Biro Pelajaran Puteri UMNO Malaysia (2010-2013) Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor (2004-2008) Dalam Syarikat : Pemilik&Pengarah Syarikat Ni Stable Construction (2007-2013) Pemilik&Pengurus Mawa De Village (2010-hingga kini) Pengalaman Kerja : Guru Bahasa dan Sains, Sekolah Menengah Port Dickson (2001-2002)
MEDIA SOSIAL
Facebook : Norshida Ibrahim Norshida Ibrahim II Instagram : NorshidaIbrahim Twitter : shida5050
GAJET 15
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
OLEH ROZ ARIFFIN ROZAID BAGI kebanyakkan pengguna telefon pintar di luar sana, telefon pintar siri-S daripada Samsung masih lagi menjadi salah satu pengukur aras telefon pintar jika dibandingkan dengan pesaing terdekat iaitu Apple – sekaligus memacu industri pengeluaran telefon pintar di seluruh dunia. Untuk siri Galaxy S8 kali ini, Samsung menawarkan dua variasi utama, iaitu Samsung Galaxy S8 dengan skrin bersaiz 5.8-inci, dan Samsung Galaxy S8+ dengan skrin bersaiz 6.2-inci. Penjenamaan “Edge” tidak lagi digunakan memandangkan skrin tepi telah menjadi ciri utama dan tiada lagi penawaran telefon pintar siri-S dengan skrin mendatar jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Samsung Galaxy S8 adalah telefon pintar pertama Samsung yang dilengkapi dengan cip pemprosesan teknologi 10nm yang menawarkan kuasa pemprosesan yang berkuasa tinggi tetapi efisyen dalam penggunaan tenaga. Ciri Infinity Display merupakan ciri utama di mana pengguna mempunyai lebih banyak ruangan untuk melakukan tugasan mahupun menikmati media seperti video, musik dan aplikasi permainan. Infinity Display membolehkan pengguna dapat membuat pelbagai pengunaaan aplikasi pada masa yang sama seperti menonton video, melihat jalur mesej teks dan masih masih lagi mempunyai papan kekunci pada keseluruhan skrin. Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan di samping Samsung Galaxy S8 dan S8+ ialah pembantu digital Samsung sendi-
PANDANG PERTAMA : SAMSUNG GALAXY S8
ri iaitu Bixby. Samsung menjanjikan bahawa arahan suara Bixby boleh melakukan apa jua perkara yang anda lakukan seperti mana anda menyentuh dan menggunakan telefon pintar anda. Terdapat juga peranti baru iaitu Samsung DeX, dok yang membolehkan anda menggunakan telefon pintar S8 dan S8+ ke dalam desktop skrin komputer, seolah-olah anda membawa komputer riba anda. Melalui penyambungan Samsung Dex ke skrin desktop, anda bakal mengalami pengalaman komputer peribadi anda seperti menyemak pesanan teks mesej mahupun emel, kalendar, nota, melayari laman web, menonton video mahupun membuat dokumen dan penyampaian grafik
melalui aplikasi Microsoft Office seperti Word, Excel, Powerpoint. Ciri kedua-dua peranti Galaxy S8 dan S8+ termasuk 4GB RAM, 64GB penyimpanan data, slot kad mikroSD, 12MP dwi-pixel kamera belakang, 8MP kamera hadapan dengan ciri autofocus, dan penilaian IP68. Dari segi keselamatan, Galaxy S8 dan S8+ dilengkapi dengan biometrik mata iris, pengecaman wajah dan sensor jap cari di belakang peranti yang terletak bersebelahan dengan lensa kamera. Dari segi kapasiti bateri, Galaxy S8 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, sementara Galaxy S8+ mempunyai 3500mAh, kurang berbanding dengan model S7 pada tahun lepas iaitu 3600mAh.
Sebab utama Samsung mengurangkan kapasiti bateri ialah Samsung mengambil pendekatan praktikal dengan menawarkan kapasiti bateri lebih rendah sekaligus mengelakkan insiden bateri Samsung Note 7 daripada berulang. Di samping itu, Samsung telah meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada pengenalan pemprosesan baru 10nm yang bakal menggunakan tenaga peranti dengan lebih efisyen dan stabil jika dibandingkan dengan model Note 7. Butang fizikal Home Button juga tidak lagi digunakan pada model generasi S8 dan digantikan dengan Pressure Sensor pada skrin, membolehkan anda menekan butang maya skrin seperti mana anda menekan butang
Home fizikal sebelum ini. Secara keseluruhan, Samsung Galaxy S8 dan S8+ telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri terbaru di samping ciri-ciri sedia ada yang menjadikan Galaxy S8 dan S8+ pilihan utama bagi pengguna yang mencari kelainan dan kepuasan dalam memiliki telefon pintar terkini. Samsung Galaxy S8 dan S8+ merupakan telefon pintar paling menarik pernah dikeluarkan oleh Samsung dan boleh didapati dalam lima warna iaitu Midnight Black, Orchid Gray, Arctic Silver, Maple Gold, dan Coral Blue. Pra-pesanan untuk Samsung S8 dan S8+ dijangkan bermula dari 11-13 April dan boleh didapati di seluruh pengedar sah Samsung di seluruh negara mulai 21 April 2017.
16 AKTIVITI SOSIAL
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
Kumpulan Kelab Karate JBS Tigers IPD JBS.
IPD JBS TUBUHKAN KELAB KARATE UNTUK ANGGOTA DAN KELUARGA OLEH NUR SHIQAH HASNGADON JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (IPDJBS) mencatat satu lagi rekod tersendiri dengan menjadi pasukan polis pertama menubuhkan kelab seni pertahankan diri, yang melibatkan kesemua anggota polis di daerah tersebut. Kelab Karate IPDJBS Tigers ini juga membuka peluang kepada orang awam yang berminat untuk turut sama menyertai aktiviti tersebut. Kelab ini telah ditubuhkan pada 4 Februari tahun lalu oleh Ketua Polis IPDJBS, ACP Sulaiman Salleh yang juga merupakan ahli Exco Karate Ke-
bangsaan (MAKAF). Menurut ACP Sulaiman, tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk menyahut seruan Program ‘Trim and Fit’ yang telah dilancarkan tahun lalu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tahap kesihatan pegawai dan anggotanya menjadi lebih baik serta mencapai tahap Body Mass Index (BMI) yang normal. Sulaiman turut menyatakan bahawa sejak penubuhan kelab ini, ramai anggota dan pegawai di IPDJBS dapat menurunkan berat badan mereka dengan drastik. Sebagai Exco Karate Malaysia (MAKAF), ACP Sulaiman juga ingin mendedahkan dan
Aksi ahli-ahli Kelab Karate JBS Tigers IPD JBS.
menyeru setiap anggota polis di bawah pimpinannya supaya melibatkan diri dalam seni pertahankan diri ini dengan lebih mendalam. “Ia sangat penting sebagai persediaan ketika berada di lapangan terutamanya apabila berhadapan dengan penjenayah yang bertindak kasar. Selain itu, karate juga adalah salah satu latihan jasmani untuk mengekalkan tahap kecergasan, ketangkasan dan juga kesihatan bagi setiap anggota polis di daerah ini khasnya. “Seni pertahankan diri ini
juga dapat mengurangkan penggunaan senjata api ketika berhadapan dengan penjenayah dengan menggunakan teknikteknik tangkapan yang lebih berkesan dan cekap,” jelas ACP Sulaiman kepada Jauhar. Jurulatih karate IPDJBS Tigers, Khamarul Putit berkata, sebagai anggota polis, mereka sekurang-kurangnya perlu mengetahui pergerakan asas karate untuk mempertahankan serta memastikan keselamatan diri ketika bertugas. “Asas latihan karate yang
diajar kepada para anggota dan pegawai polis di IPDJBS terbahagi kepada tiga peringkat iaitu ‘Kihon’, ‘Kata’ dan ‘Kumite’. “Kihon adalah latihan teknik asas karate seperti menumbuk, menendang, menangkis dan mengelak. Kata pula latihan jurus atau bunga karate manakala Kumite adalah teknik bela diri atau seni tempur. “Setakat ini seramai 148 orang anggota polis dan 48 anakanak anggota telah melibatkan diri dalam kelab ini,” tambah Khamarul. Latihan dua kali setiap minggu diadakan di Dewan Bukit Cagar dan tiada bayaran dikenakan bagi sesiapa yang ingin mengikutinya.
Persembahan karate individu dari salah seorang anak pegawai polis IPD JBS.
AKTIVITI SOSIAL 17
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
OLEH NUR SHIQAH HASNGADON JOHOR BAHRU - Bertemakan ‘Membudaya Kesukarelawanan’, program Rapat Sukarelawanan (RASUK) Johor 2017 menghimpunkan sukarelawan-sukarelawan dari seluruh Negeri Johor yang menjadi penggerak komuniti di peringkat akar umbi. RASUK Johor 2017 juga menjadi satu platform bagi Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan sukarelawan dalam pembangunan dan berkongsi agenda pembangunan utama Gagasan Johor Berkemajuan. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Hotel Holiday Villa pada 19 Mac lalu. Program ini memberi penerangan tentang dasar-dasar pembangunan Kerajaan Negeri bagi memastikan sukarelawan dapat sama-sama menyumbang ke arah aspirasi Johor Berkemajuan. Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata, beliau ingin melihat lebih ramai lagi rakyat di negeri ini bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. “Kerajaan Negeri menghargai setiap titik peluh dan usaha yang dilakukan oleh semua sukarelawan terhadap sumbangan yang diberikan selama ini. “Peranan sukarelawan yang ada di Negeri Johor juga diiktiraf supaya ia dapat mendorong lebih ramai masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti sosial ini. “Segala bakti yang telah dicurahkan oleh mereka yang terlibat turut menyumbang kepada pembangunan negeri dan juga negara dalam aspek sosial dan kemasyarakatan. “Mereka yang melibatkan diri dalam kesukarelawanan merupakan insan-insan yang sangat istimewa dengan sifat keperihatinan yang tinggi terhadap masyarakat sekeliling,” katanya. Mohamed Khaled turut menyatakan bahawa selain membentuk modal insan berkualiti dan cemerlang, kesukarelawanan juga dapat memupuk semangat patriotisme yang mendalam dalam diri mereka. Tambahnya lagi, aktiviti kemasyarakatan ini mampu memberikan perubahan dan transformasi dalam diri masyarakat tidak mengira kedudukan mahupun pangkat. Menurut Penyelaras Sukare-
Program Rapat Sukarelawan (RASUK) Johor 2017 di Hotel Holiday Villa.
KERAJAAN NEGERI MENGIKTIRAF PERANAN SUKARELAWAN - MB Mengikut data yang direkodkan, sehingga kini seramai 18,000 sukarelawan telah berdaftar di negeri ini lawan Darul Takzim, Tunaim Satiman, salah satu aktiviti yang dijalankan bagi menggalakkan lebih ramai sukarelawan adalah Program Johor Future yang telah mula dilaksanakan tahun lalu. “Program tersebut bertujuan untuk membudayakan aktiviti kesukarelawanan dalam Negeri Johor dengan lebih efektif. “Kira-kira 500 unit rumah warga asnaf dibaiki oleh rakan-rakan sukarelawan yang melibatkan skuad Sukarelawan Darul Takzim sekolah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di setiap kawasan. “Bantuan bagi pesakit yang mengalami penyakit kronik dari segi rawatan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat turut dijalankan,” jelas Tunaim.
Exco kanan Kerajaan Negeri, Md Jais Sarday menyampaikan cenderahati kepada Mohamed Khaled.
“Sebagai Team Johor, aktiviti kesukarelaan adalah salah satu platform untuk membina modal insan generasi muda yang mampu menyumbang kepada mereka yang memerlukan tanpa disuruh atau dipaksa. Salah seorang sukarelawan dari Politeknik Ibrahim Sultan, Nur Hazimah Hairuddin, 21, (gambar) berkata, walaupun penglibatannya dalam aktiviti kesukarelawanan ini masih baru, namun semangatnya berkobar-kobar. “Setiap keringat yang kita sumbangkan kepada mereka pastinya mendapat ganjaran walaupun bukan dalam nilai wang ringgit,” tambah Hazimah. Sementara itu, penglibatan dalam kesukarelawanan selama empat tahun telah mengubah jati
Mohamed Khaled beramah mesra bersama Ahli Sukarelawan yang hadir pada Program Rapat Sukarelawan (RASUK) Johor 2017.
diri Muhd Suhairi Yusof, 23, kepada yang lebih baik. “Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan, ia sedikit-sebanyak dapat menyedarkan kita agar bersyukur dengan segala nikmat yang telah kita perolehi dalam hidup. Saya
Tunaim Satiman (tiga dari kiri) bergambar bersama Sukarelawan Batu Pahat.
mengajak rakan-rakan yang lain supaya turut serta dalam program-program kesukarelawanan,” ujar Suhairi. Mengikut data yang direkodkan, sehingga kini seramai 18,000 sukarelawan telah berdaftar di negeri ini.
18 PENDIDIKAN
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
INSTITUT DARI SURABAYA RANGKUL ANUGERAH PERTANDINGAN ANTARABANGSA ANJURAN UTM OLEH SITI NOOR SEPEE JOHOR BAHRU - Garapan idea penuntut kejuruteraan awam infrastruktur, Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Indonesia yang mengetengahkan identiti tempatan berjaya memikat juri apabila dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan International UTMBridge Model Competition 2017. Menggunakan nama “Suroboyo Team”, kumpulan yang dianggotai penuntut tahun akhir masing-masing, Shelvy Elvina Santoso dan Abdul Karim Yasin selain penuntut tahun dua, Muhammad Anas Asshiddiqi di institut yang terletak di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia itu akhirnya membawa pulang wang tunai RM2,500 serta trofi dan sijil. Model yang mengambil ilham daripada Jambatan Gunung Sari turut diberi penambahbaikan melalui bahagian kabel jambatan itu dengan menampilkan identiti asal usul Surabaya turut memenangi kategori kekuatan dan keringanan struktur. Menurut Shelvy Elvina, kumpulannya mengambil masa hampir lima bulan untuk menyiapkan
model jambatan yang menampilkan gabungan bentuk haiwan yang dikaitkan dengan asal usul Surabaya iaitu Sura (ikan jerung) dan baya (buaya). “Kami bermula sejak November tahun lepas untuk menghasilkan model jambatan ini malah percubaan kali ketiga barulah terhasil model seperti ini hasil kerja keras ahli kumpulan dengan bantuan pensyarah. “Model ini diambil sempena Jambatan Gunung Sari yang telah kami tambah baik. Jambatan sepanjang 100 meter itu sebenarnya tidak mempunyai kabel tetapi ia diberikan penambahan pada model kami yang menampilkan ciri asal-usul Surabaya,” katanya. Shelvy Elvina berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah International UTMBridge Model Competition 2017 yang disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Ir. Dr Wahid Omar, di Dewan Sultan Iskandar, UTM, pada 29 Mac lalu. Pertandingan berkenaan yang memasuki tahun ke-10 penganjurannya menyaksikan sebanyak 80 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan selain negara Ase-
Shelvy Elvina (kanan), Muhammad Anas (tengah) dan Abdul Karim bergambar bersama model jambatan yang mereka cipta.
an masing-masing dari Indonesia, Filipina dan Thailand berentap. Sebanyak 152 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan dwi tahunan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu IPT dan Sekolah anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Setiap model dinilai berdasarkan tiga kategori iaitu kekuatan dan keringanan struktur, kreativ-
iti dan kebolehbinaan, persembahan multimedia dan secara keseluruhan. Bagi kategori sekolah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakong, Miri, Sarawak dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan selain mengungguli kategori kekuatan dan keringanan struktur sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang
tunai RM2,500, piala iringan dan sijil. Model jambatan yang menampilkan konsep Rumah Panjang Baluru itu turut mengekalkan ciri tradisional hasil inovasi lima murid sekolah berkenaan yang dianggotai Emmrick Lucas, Alexender Ishek, Freddy Baking, Daniel Majang dan Alvin Ambas Francis.
28 PROJEK BERIMPAK TINGGI OLEH MAHASISWA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR OLEH NUR SHIQAH HASNGADON JOHOR BAHRU - Dua puluh lapan projek Keusahawanan Sosial yang melibatkan 420 penuntut dari 24 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diiktiraf oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) melalui Majlis Kongres Duta Jauhar 3.0. Majlis ini merupakan satu penghargaan untuk mahasiswa yang terlibat dalam menjayakan dan melaksanakan Program Duta Jauhar yang telah memberi impak dan manfaat kepada masyarakat. Duta Jauhar merupakan program cetusan idea Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan mahasiswa Johor dari pelbagai universiti awam di seluruh negara. Bagi Projek Duta Jauhar 3.0, setiap projek yang dijalankan memberi sasaran dan manfaat kepada golongan seperti pelajar, belia, usahawan Industri kecil dan Sederhana (IKS), rakyat berpendapatan rendah dan miskin tegar, masyarakat orang asli, ibu tunggal terutamanya dari segi pendapatan bulanan mereka. Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh yang turut hadir berkata, projek-projek yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi telah membuktikan kemampuan mereka dalam meningkatkan sosio ekonomi serta mensejahterakan kehidupan rakyat. “Objektif projek-projek yang dijalankan ini adalah untuk
Menteri Pendidikan Tinggi , Dato’ Seri Idris Jusoh merasmikan Duta Jauhar 4.0.
membantu orang kurang berkemampuan, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan rakyat yang kurang bernasib baik untuk meningkatkan taraf hidup mereka. “Perlaksanaan progam ini cukup bernas kerana dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk mencetuskan idea dan gerak kerja bagi membantu masyarakat. Kerajaan di negeri-negeri lain patut mencontohi usaha dan langkah yang dicetuskan oleh Kerajaan Negeri Johor ini. “Selain itu, ia juga merupakan ruang bagi siswa dan siswi menjana kreativiti dan inovasi serta memberi pendedahan kepada mereka tentang kerja-kerja kesukarelawanan dan membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka,” jelas Idris dalam ucapannya di Majlis Kongres Duta Jauhar 3.0
yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) MITEC di sini pada 26 Mac lalu. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, Program Jauhar ini adalah usaha atau langkah yang terbaik untuk menilai sejauh mana kemampuan mahasiswa bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga penglibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan. “Pengiktirafan ini adalah untuk menghargai sumbangan mahasiswa yang telah membantu golongan sasaran dengan mededahkan pelbagai kemahiran serta kaedah baru untuk meneruskan hidup mereka ke arah yang lebih baik. “Penerima manfaat dapat
mempelajari kemahiran baru yang boleh meningkatkan jumlah pendapatan mereka sehingga 20 ke 30 peratus setiap bulan melalui projek-projek di bawah Duta Jauhar 3.0 yang dijalankan. “Projek yang mengambil masa hampir 10 bulan ini telah diserahkan kepada masyarakat setempat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pihak koperasi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya,” tambah Ayub. Dalam pada itu, ‘RLE-Mobile Carwash’ oleh pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), telah diangkat sebagai Pemenang Anugerah Permata Duta Jauhar 3.0. Penyelia Duta Jauhar USM, Muhammad Syukri Sa’adon berkata, kejayaan yang diperolehi ini adalah bukti komitmen setiap
pelajar dalam memastikan projek yang dijalankan ini berjaya. “RLE-Mobile Carwash’ memberi perkhidmatan servis cucian kereta dari rumah ke rumah dengan harga yang sangat rendah. “Projek ini membuka peluang kepada anak-anak muda yang masih belum bekerja untuk menceburi bidang perkhidmatan yang boleh mendatangkan keuntungan. “Selain itu, ia juga dapat melatih para peserta dalam aktiviti pemasaran projek melalui promosi yang dijalankan dari rumah ke rumah serta melalui media sosial,” ujar Syukri. Penilaian telah dilakukan berdasarkan gerak kerja dan keberkesanan projek bermula dari Mac 2016 dan berakhir pada Januari 2017. Antara universiti yang terlibat dalam Duta Jauhar 3.0 adalah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan beberapa lagi institut pengajian tinggi yang lain. Tujuh lagi anugerah yang turut diberikan iaitu Anugerah Emas Terbaik, Anugerah Emas, Anugerah Gangsa, Anugerah Perak, Anugerah Projek Keusahawanan Sosial Terbaik, Anugerah Komitmen Universiti Terbaik serta Anugerah VIVA terbaik. Pelancaran sesi baharu Duta Jauhar 4.0 telah disempurnakan oleh Idris Jusoh dalam majlis tersebut.
SUKAN 19
JAUHAR | 1 - 15 April 2017
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin (tengah) meraikan kemenangan kedua kelas CP150 bersama pemenang kedua Md Adib Rosley (kiri) dan ketiga, Norizman Ismail pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan kedua yang berlangsung pada 24-25 Mac lalu di Tangkak Racing Track dekat Grisek, Tangkak. - FOTO IHSAN CUB PRIX MALAYSIA
OLEH KHAIRUN HANEFFA
KEJUARAAN CUB PRIX AAM MALAYSIA PETRONAS PUSINGAN KEDUA DI TANGKAK RACING TRACK
TANGKAK - Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin meraih keyakinan untuk membuat penampilan pertama di pentas Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia setelah berjaya mencatat kemenangan kedua dalam kelas CP150 pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan kedua yang berlangsung pada 24-25 Mac lalu di Tangkak Racing Track, Grisek, di sini. Bintang yang sedang meningkat naik berusia 17 tahun itu mudah melepasi garisan penamat dengan catatan masa keseluruhan 15 min 14.809 saat mendahului tujuh saat di depan pemenang kedua, Md Adib Rosley, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang yang menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 15 min 20.996 saat. Norizman Ismail (Onexox TKKR Racing) meraih podium pertama buat pasukannya yang beraksi buat pertama kali dalam kelas perdana dengan masa 15 min 24.089 saat selepas bersaing sengit hingga ke garisan penamat bersama Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ) dan rakan sepasukan Kasma Daniel, Abd Muhaimin Roslan. Kasma Daniel berkata, perlumbaan pusingan ini tidak semudah yang disangka walaupun berada dalam keadaan selesa di hadapan. “Saya terpaksa bekerja keras untuk mengawal tayar disebabkan permukaan litar yang licin dan cuaca yang panas. Tayar tidak begitu mencengkam menyebabkan ia agak mencabar untuk saya mengekalkan kelajuan,” katanya. Md Adib yang berada di tempat kedua pula mengakui agak sukar untuk beliau mengejar Kasma Daniel yang jauh di hadapan. “Saya tidak berani untuk cuba merapatkan jurang dengan Kasma Daniel berikutan terdapat permukaan litar yang sudah rosak. “Keadaannya semakin lama semakin teruk. Menyedari pelumba lain jauh di belakang, saya hanya mengekalkan kedudukan hingga ke garisan penamat,” katanya. Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor meneruskan penguasaan
KASMA DANIEL RAIH KEMENANGAN KEDUA KELAS CP150 dalam saingan CP115 apabila Mohd Akid Aziz turut meraih kemenangan kedua berturut-turut manakala Mohd Haziq Fairues di kedudukan ketiga selepas perlumbaan tamat. Mohd Akid mempamerkan aksi menakjubkan apabila muncul juara dengan masa keseluruhan 11 min 54.34 saat walaupun sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan selepas terjatuh pada pusingan kedua. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ, Ahmad Syukran Aizat muncul naib juara bagi kategori itu dengan masa 11 min 56.690 saat mendahului Mohd Haziq dengan masa 11 min 56.787 saat. Kedudukan juara dan naib juara bagi perlumbaan kelas Wira menjadi milik pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech, Md Aiman Tahiruddin yang mencatat masa 9 min 40.633 saat diikuti rakannya Md Khairi Asyraf Mahmood dengan catatan masa 9 min 42.552 saat. Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, Md Syarifuddin Azman menduduki tempat ketiga dengan masa 9 min 46.410 saat setelah masing-masing menamatkan 15 pusingan dalam perlumbaan itu. Sebahagian pelumba kebangsaan beraksi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Pasir Gudang pada 1 dan 2 April manakala Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 akan berlangsung di Kemaman, Terengganu pada 5 dan 6 Mei akan datang.
Mohd Akid Aziz (tengah) pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menjuarai perlumbaan kelas CP115 manakala rakan sepasukannya, Mohd Haziq Fairues (kanan) di tempat ketiga bersama naib juara, Ahmad Syukran Aizat pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan kedua yang berlangsung pada 24-25 Mac lalu di Tangkak Racing Track dekat Grisek, Tangkak. FOTO IHSAN CUB PRIX MALAYSIA
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin (depan) ketika beraksi dalam perlumbaan kelas CP150 pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan kedua yang berlangsung pada 24-25 Mac lalu di Tangkak Racing Track dekat Grisek, Tangkak. - FOTO IHSAN CUB PRIX MALAYSIA
1 - 15 April 2017 / Bil.24 / Tahun Ke-2 / Edaran Percuma
Jauhar Sukan
Kasma daniel raih kemenangan > 19
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada sidang media di Bukit Timbalan Johor Bahru.
PRESIDEN FAM SEDIA TERIMA KRITIKAN, BERSIKAP TERBUKA DAN TELUS KEPADA PIHAK MEDIA DEMI KEMAJUAN ARENA BOLA SEPAK TANAH AIR OLEH SITI NOOR SEPEE JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sentiasa bersikap terbuka malah bersedia menerima sebarang kritikan termasuk daripada pihak media selepas mengambil alih jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu. Bagaimanapun, TMJ mengingatkan media supaya menjalankan tanggungjawab secara profesional bagi memudahkan beliau menggalas tanggungjawab untuk mengubah struktur organisasi badan induk bola sepak negara kepada tahap lebih baik. Dikenali sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara, TMJ bersedia menerima apa sahaja pandangan atau kritikan bagi memajukan bola sepak negara ke tahap lebih baik sejajar dengan hasratnya sebelum bertanding pada Kongres FAM ke-53. Setiap laporan media akan
menjadi perhatian pelbagai pihak bukan sahaja oleh penyokong tempatan malah pihak luar khususnya negara rantau ini sedang memberi perhatian terhadap perubahan dalam organisasi itu. Tanpa berselindung, Tunku Ismail mendedahkan kepada media cabaran dihadapi selepas mengambil alih ‘kerusi panas’ itu terutamanya isu terbesar membabitkan krisis kewangan sebanyak RM40 juta selain pemberhentian 20 kakitangan pentadbiran dan teknikal FAM yang turut disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Tindakan pemberhentian kakitangan terlibat bukan bertujuan penganiayaan atau menutup periuk nasi sesiapa tetapi FAM perlu realistik berkaitan jumlah kakitangan. “Saya mahu pengamal media menjalankan tanggungjawab secara profesional dalam membuat liputan berita. Jika anda semua faham dan berada di landasan yang betul, ia akan memudahkan
tugas saya sebagai Presiden FAM. Perjumpaan ini bertujuan untuk berkongsi apakah hasrat dan agenda saya dalam organisasi ini. Malah saya juga akan bersikap terbuka dan ‘transparent’ kepada media dan bersedia menerima apa sahaja pandangan termasuk kritikan. “Tidak dinafikan ada pihak yang akan berasa kurang senang dengan tindakan saya kerana berkongsi apa sahaja dengan pihak media. Saya tidak peduli apa sahaja tanggapan mana-mana pihak, tetapi apa yang membuat saya bimbang mengenai persepsi oleh negara jiran kerana mereka sedang memerhati sebaik sahaja perubahan dilaksanakan dalam FAM,“ katanya. Tunku Ismail berkata, demikian pada sidang media sempena perjumpaan bersama kira-kira 40 pengamal media termasuk ketua pengarang dan pengarang sukan pelbagai organisasi di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini, 4 April lalu. Enggan melayan isu remeh,
TMJ memaklumkan beliau perlu menggalas tugasan lebih berat termasuk mencari sumber kewangan sambil mendedahkan FAM mengalami kekurangan dana sebanyak RM40 juta. Keutamaan buat TMJ pada masa terdekat untuk mengukuhkan semula kewangan FAM termasuk mendapatkan penajaan bersama Zenith dan Fox Sport bagi siaran rasmi perlawanan membabitkan pasukan negara. UTAMAKAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK AKAR UMBI Pada sidang media berkenaan, Tunku Ismail turut menegur pengurusan kelab atau persatuan bola sepak negeri kerana mengutamakan pemain luar sehingga sanggup berbelanja mewah sedangkan kebajikan pemain tempatan diketepikan termasuk lewat membayar gaji. Beliau tertarik dengan dasar diamalkan kelab dan persatuan bola sepak Thailand yang memberi fokus terhadap pembangu-
nan bola sepak akar umbi dalam melahirkan bakat bola sepak anak tempatan. Saya tertarik dengan polisi diamalkan kelab bola sepak di Thailand yang mengutamakan pembangunan akar umbi selain pemain tempatan berbanding bintang import. Berbeza dengan kita di sini, ada pasukan yang masih berhutang dengan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) tetapi sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar semata-mata membeli pemain import. Ada juga lampu stadium yang rosak tidak dapat diganti sebab wang telah dibelanjakan untuk pemain luar, katanya. Ketika ditanya media apakah rancangan jangka panjang selepas 10 hari sebagai Presiden FAM baharu, Tunku Ismail memaklumkan salah satu perancangan jangka panjang buat bola sepak negara adalah pembangunan akar umbi termasuk bola sepak pantai, futsal dan pasukan wanita.