Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 1. Soalan : Apakah perkara yang membatalkan 2 kalimah syahadah atau yang membatalkan iman? Jawapan : Terdapat 3 perkara yang boleh membatalkan iman. i.
ii.
iii.
Melalui Iktikad. Melalui iktikad iman boleh rosak dengan sebab-sebab berikut: a. Kurang yakin atau ragu-ragu dengan salah satu atau lebih dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah S.W.T. Contohnya ragu dengan kekuasaan Tuhan. Sebalinya dia yakin ada kuasa lain yang boleh memberi kesan selain daripada Allah S.W.T. b. Ragu dengan perkara-perkara yang ghaib seperti wujudnya malaikat, hari kiamat, alam barzah dan sebagainya. c. Ragu dengan satu atau lebih daripada sifat-sifat Rasul. d. Ragu tentang mampunya al-Quran sebagai pembawa keselamatan. Melalui Perkataan. Iman juga boleh rosak melalui perkataan. Ini berlaku samada disedari ataupun tidak. Antaranya ialah: a. Mengatakan Allah itu kejam, zalim, tidak adil dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah S.W.T. b. Mengata dan mencaci Nabi s.a.w samada tentang perkataan, perbuatan dan ajarannya. c. Mengatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Hanya sesuai untuk zaman unta‟. Melalui Perbuatan. Kerosakan iman juga boleh berlaku kerana perbuatan kita. Diantaranya ialah: a. Sujud pada selain Allah S.W.T. samada patung, pokok kayu, matahari, bulan dan lain-lain. b. Meraikan dan membesarkan hari keramaian agama lain. Seseorang yang melakukan salah satu daripada tiga cara ini dalam sedar dan yakin maka rosaklah imannya. Dengan kata lain dia telah murtad. Ini adalah dosa terbesar. Dosa yang tidak terampun. Seseorang yang telah murtad wajiblah bertaubat. Syarat-syarat taubat apabila murtad ada dua: i. Mengucap dua kalimah syahadah. ii. Memperbaharui dan membetulkan keyakinan tentang apa yang telah diragukan, dikatakan dan dilakukan.
1
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 2. Soalan : Rakan sekerja saya tidak solat. Adakah saya akan ditanya diakhirat? Iman saya lemah tak mampu nak beri nasihat. Jawapan : “Sembahyang adalah tiang agama. Barangsiapa yang menegakkannya bererti ia telah menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti ia telah meruntuhkan agama”. Dalam sebuah hadis ada disebutkan, jika kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan ataupun kekuatan, jika tidak mampu cegahlah dengan mulut, jika itupun tidak mampu cegahlah dengan hati, yang demikian itu selemahlemah iman. Berusahalah untuk menasihatinya, kerana jika anda membiarkannya samalah anda setuju dengan kemungkaran itu dan anda juga menanggung dosa yang dilakukan oleh teman anda itu. Moga-moga dengan nasihat dan usaha itu kita tidak akan dipertanggung-jawabkan diakhirat kelak. Dari sisi Islam anda tergolong orang yang mampu membuat yang makruf dan mengikut segala perintah Allah tetapi tidak mampu mencegah kemungkaran di depan mata. Alangkah ruginya jika kita tergolong insan semacam ini.
2
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 3. Soalan : Saya baru mendirikan rumahtangga dan tinggal bersama keluarga saya. Apakah batas aurat antara isteri saya dengan adik lelaki saya?
Jawapan : Hubungan abang/kakak ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai) Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.
3
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 4. Soalan : Apakah hukumnya sekiranya kawan-kawan saya telah menyalah gunakan kemudahan internet untuk menyelusuri gambargambar lucah. Jawapan : Menurut Imam Al Ghazali dalam bukunya "Bimbingan Mukmin", mata harus dipelihara dari memandang wajah atau aurat seorang wanita, atau memandang kepada aurat seseorang muslim. Sebaliknya pandanglah sesuatu yang bermanfaat, kerana mata itu diciptakan hanya untuk melihat kepada keajaiban-keajaiban ciptaan Allah dengan pandangan yang penuh iktibar dan insaf. Dalam surah An Nur ayat 24 dijelaskan maksudnya: "Katakanlah kepada orangorang mukmin lelaki, hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kerana yang demikian itu lebih bersih bagi mereka". Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi ada dijelaskan bahawa: "Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, begitu juga seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan yang lain". Jadi jika melihat aurat sesama lelaki dilarang, apakah lagi seorang lelaki melihat aurat wanita, maka jelaslah hukumnya haram, tak kiralah baik dalam bentuk tubuh sebenar mahupun gambar atau filem. 4
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 5. Soalan : Ditempat kerja saya ada melakukan program-program luaran seperti perkelahan di dalam hutan dan rombongan yang melibatkan semua pekerja lelaki dan perempuan dan berbeza pegangan agama. Adakah sebarang garis panduan dalam berekreasi supaya aktiviti yang dilakukan menepati kehendak Islam dan mendapat faedah.
Jawapan : Aktiviti reakreasi seperti perkelahan, mendaki gunung dan sebagainya adalah sesuatu yang baik pada pandangan Islam kerana ia boleh melatih minda umat Islam dan melatih mereka tahan sabar, selain berpeluang menyaksikan berbagai flora dan fauna ciptaan Allah SWT. Dengan memerhatikan kesemua ini akan bertambahlah iman seseorang. Inilah antara tujuan sesuatu program dan aktiviti yang digalakkan oleh Islam. Jika aktiviti yang dilakukan sepanjang program itu tiada yang boleh dijadikan tauladan dan iktibar, ianya tidak digalakkan, kerana ianya hanya menghabiskan tenaga, wang dan membazir masa. Apalagi jika ia merupakan peluang baik untuk memenuhi dorongan nafsu syaitan, dan tercetusnya maksiat. Ini lagi ditegah oleh Islam. Elakkan peserta lelaki bercampur baur dengan peserta perempuan. Jauhkan peserta dari membuka aurat di hadapan perempuan asing yang halal berkahwin dengannya. Penuhkan pengisian dengan perkara yang boleh membina minda dan rohani peserta sekaligus. Ikutlah sunnah Rasulullah SAW dalam pergaulan seharian. Wallahu A'lam. 5
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 6. Soalan : Apakah hukumnya saya keluar pada waktu kerja untuk
urusan peribadi saya. Contohnya menguruskan urusan sekolah anak, urusan bank, pejabat Pos, bayar bill dan lain? Jawapan : Bekerja dinilai sebagai suatu ibadah jika didalam melakukannya dimulai dengan niat yang baik, disamping itu pekerjaan itu sendiri tidak menyalahi dari segi syarak. Biasanya jika kita bekerja pada tempat-tempat tertentu, sebelum memulainya kita telah dimaklumkan bahawa imbuhan atau gaji yang akan kita perolehi itu sesuai dengan kerja yang diberikan oleh pihak syarikat. Oleh sebab itu kita berkewajipan mengisi masa bekerja itu dengan kadar yang seefektif mungkin, sebab setiap masa-masa yang kita tempuh itu akan dibayar sesuai dengan kadar yang ditetapkan. Bayangkan jika kita mengambil kesempatan dengan membuat aktiviti lain untuk kepentingan diri sendiri, bererti kita telah menyalahgunakan waktu bekerja, sudah tentu diantara jumlah gaji yang kita perolehi ada yang bukan hak kita. Jika ini terjadi, maka hukumnya berdosa, kerana kita tergolong dalam orang yang tidak amanah. Biasanya hasil yang kita perolehi dari titik peluh dan usaha kita itu akan kita gunakan untuk menyara kehidupan kita dan keluarga. Tentu kita tidak rela melihat keluarga kita menikmati makanan yang bercampur di dalamnya sesuatu yang bukan hak milik kita. Namun jika aktiviti yang kita lakukan itu telah diizin oleh pihak majikan atau dikerjakan pada masa berehat, maka dibolehkan. Yang paling penting tanamkan dan terapkan sifat amanah ini dalam diri agar tidak tergolong ke dalam insan yang derhaka pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga kepada Allah SWT. 6
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 7. Soalan : Ustaz, saya ingin mendapatkan pendapat tuan bagaimana ingin menasihatkan isteri supaya menutup aurat dengan sempurna. Isteri saya bekerja dan memakai tudung. Kadang-kala berbaju kurung dan kadang-kala berpakaian casual, tetapi saya masih tidak berpuas hati kerana pakaiannya masih lagi menampakkan bentuk badan.
Jawapan : Isteri yang solehah adalah isteri yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai di kalangan wanita pada zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas. Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26) Seorang suami adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya tersebut. Jika suami merasakan bahawa isteri masih lagi belum melaksanakan syariat sepenuhnya, berusahalah membimbingnya dengan cara yang baik. Berilah nasihat dengan lemah lembut tapi tegas agar isteri faham bahawa menutup aurat dengan betul dan sempurna itu bukanlah perkara remeh, tetapi ianya merupakan perkara wajib. Jika suami masih membiarkan isterinya menampakkan bentuk tubuhnya, maka suami tetap berdosa kerana tidak mengendahkan tuntutan syarak. 7
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 8. Soalan : Saya keliru dengan bacaan AMIN selepas Al-Fatihah. Apakah
hukumnya? Jawapan : Selepas membaca Al Fatihah, kita disunatkan membaca "Amin yang bermakna "Perkenankanlah ya Allah...". Ia bukan sebahagian dari ayat Al Fatihah. Dalam hal ini Abu Hurairah meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dan Daruquthni dengan sanad yang sahih sebagai berikut: "Adalah Rasulullah SAW apabila telah selesai membaca Ummul Quran (Al fatihah) ditinggikan suaranya, lalu baginda membaca amin". Adapun berkenaan dengan ucapan "amin" makmum dalam solat berjemaah, abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi SAW: "Apabila imam membaca "amin" hendaklah engkau membaca "amin", kerana sesungguhnya para malaikat membaca amin bersama dengan bacaan imam. Sesiapa yang bersamaan bacaan "amin"nya dengan ucapan amin para malaikat, sesungguhnya akan diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu". 8
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 9. Soalan : Apakah hukum membaca doa qunut, kalau tertinggal adakah
wajib melakukan sujud sahwi. Jawapan : Qunut termasuk ke dalam sunat Ab'ad. Ini bererti orang yang tertinggal melakukannya hendaklah sujud sahwi di akhir solatnya. Jika ia sengaja tidak membaca qunut dan sengaja pula tidak sujud sahwi di akhir solatnya, hukum solatnya tidaklah terbatal. Dalam mazhab Syafii qunut merupakan sunat yang mempunyai dalil yang kuat seperti mana yang dijelaskan oleh An-Nawawi di dalam syarah muhadhdhabnya. 10. Soalan : Apakah hukumnya mengambil harta benda syarikat yang
telah dibuang- contohnya mengambil dari tong sampah atau dari tempat buangan. Jawapan : Barang-barang yang terdapat terdapat ditempat buangan samada didalam tong sampah dan sebagainya adalah masih dikira harta benda syarikat maka kita dilarang mengambilnya tanpa kebenaran dan izin pihak syarikat. 9
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 11. Soalan : Akhir-akhir ini heboh diperkatakan mengenai liwat. Apakah
sebenarnya liwat pada pandangan Islam. Jawapan : Liwat (homosexual) hubungan sanggama sejenis, ialah perbuatan menyetubuhi lelaki pada duburnya pada lelaki yang lain. Para ulama Islam telah sepakat bahawa perbuatan ini adalah dosa besar yang diharamkan oleh Allah S.W.T. melakukannya. Nabi s.a.w. juga melaknati orang yang mengerjakan perbuatan ini sampai tiga kali, dengan mengatakan: “Allah mengutuk siapa yang membuat perbuatan kaum (Nabi) Luth. Allah mengutuk siapa yang membuat perbuatan kaum (Nabi) Luth. Allah mengutuk siapa yang membuat perbuatan kaum (Nabi) Luth.” (Riwayat Thabrani) Menurut sebuah riwayat mengatakan, bahawa apabila lelaki menunggang lelaki yang lain (liwat), maka akan bergoncanglah Arasy Tuhan Maha Pengasih, kerana terlalu khuatir dan bimbang akan turunnya kemurkaan Allah Taa‟la, dan hampir-hampir langit akan rebah jatuh ke atas bumi, lalu para malaikat segera menahan dengan hujung-hujung jarinya, seraya membaca berulang kali surah al-Ikhlas, hingga bertenang dan berhentilah kemurkaan Allah itu. Berkata Ibnu Abbas r.a. : Hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan ini ialah dengan dicari dahulu rumah yang tinggi ditempat itu, lalu dibuangkan mereka yang melakukan perbuatan itu dari atas rumah itu, kemudian barulah dilontarkan pula dengan batu (sampai mati), iaitu sebagaimana yang dilakukan terhadap kaum Nabi Luth itu. Wallahu „alam.
10
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 12. Soalan : Apakah hukumnya merokok, dalam kajian sains ia boleh
merosakkan kesihatan. Sesetengah mufti mengatakan haram. Ramai orang mengatakan makruh? Jawapan : Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang pengharaman merokok dan ia wajib diikuti oleh setiap muslim. 13. Soalan : Saya bekerja disebuah kilang dimana salah satu produknya
ialah membuat sejenis kerusi yang diguna untuk mesin perjudian di casino terutama untuk negara Jepun. Adakah saya turut bersubahat dengan sesuatu yang haram dan bagaimanakah dengan hasil pendapatan saya.. Jawapan : Anda dikira bersubahat sekiranya bekerja disebuah kilang dimana salah satu produknya ialah membuat sejenis kerusi yang diguna untuk mesin perjudian di casino kerana perbuatan berjudi jelas haram hukumnya sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran. 11
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 14. Soalan : Apakah hukumnya mengambil air sembahyang di dalam
tandas? Jawapan : Sah mengambil wuduk di dalam tandas tetapi makruh.
15. Soalan : Apakah hukumnya jika seorang Islam memelihara dan
menjual lintah dimana lintah ini digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik.. Jawapan : Harus menjual lintah untuk tujuan perubatan mahupun kosmetik.
12
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 16. Soalan : Apakah hukumnya membuang air kecil (kencing) dengan
dengan menggunakan tandas duduk?
Jawapan : Cara betul untuk buang air kecil ialah dengan duduk mencangkung. Membuang air secara duduk adalah sunnah Nabi s.a.w. Harus menggunakan tandas duduk namun perkara penting yang perlu diperhatikan ialah memastikan tiada percikan kepada pakaian dan juga memastikan kencing kita itu betul-betul lawas. 17. Soalan : Apakah hukumnya saya mengambil buah-buahan jiran yang
jatuh dihalaman rumah saya, tak ambil membazir? Jawapan : Buah yang anda kutip hasil dari tanaman orang lain adalah haram, anda dinasihatkan supaya menjauhi daripada mengambil makanan sumber yang syubhah. Sebaliknya mintalah izin dari tuannya dahulu sebelum mengambilnya. 13
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 18. Soalan : Apakah pandangan Islam mengenai gejala bertindik dan
memakai anting-anting pada mata, hidung, lidah, pusat dan sebagainya bagi perempuan dan lelaki. Jawapan : Pada kebiasaannya bertindik dilakukan oleh kaum wanita bagi tujuan menghias diri dengan memakai subang. Harus bertindik di telinga dan ia menjadi adab yang tidak bertentangan dengan syarak dan budaya Melayu. Manakala bertindik selain dari pada itu bukan dari budaya Melayu. Bagi lelaki, bertindik diharamkan kerana ia menyerupai kaum wanita. Rasulullah saw melarang orang lelaki berbuat demikan sebagaimana sabadaNya yang bermaksud: "Allah s.w.t melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki " Justeru itu lelaki yang bertindik tergolong dalam golongan orang fasiq.
14
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2
19. Soalan : Apakah hukum bagi seorang lelaki memakai cincin suasa?. Jawapan : Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud: "Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas". Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram. 15
Suara dari surau SMM – Kemusykilan Agama siri 2 20. Soalan : Bagaimanakah niat menggantikan sembahyang yang tertinggal? Jawapan : Kaifiat sembahyang kada (tertinggal) tidak berbeza dengan kaifiat sembahyang tunai, hanya untuk sembahyang kada anda perlu menyertakan nait kada pada sembahyang yang tertinggal itu. Misalnya anda mahu mengkadakan sembahyang Subuh, maka anda boleh meniatkan begini: “Usalli fardus-Subhi rakaataini kadaan lillahi Taala.” Ertinya : Sahaja aku sembahyang fardu Subuh dua rakaat kada kerana Allah Taala. Sementara bacaan untuk sembahyang kada sama seperti sembahyang tunai juga. Anda bebas memilih mana-mana surah dan ayat-ayat al-Quran untuk sembahyang tersebut.
16