Siri Rujukan Cepat Tarbiyah
Diringkas & disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKIDAH Siri #1
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
2
KATA PENGANTAR
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian. Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Ilmu Tauhid & Ma’rifatullah” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca. Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertama daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid az-Zindani. Kitab Tauhid Az-Zindani Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani ini memang sesuai dijadikan bahan asas dalam memahami ilmu tauhid (merangkumi akidah dan Rukun Iman) di tahap pemulaan Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah Made Easy!!
3
Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid: • Jilid 1 terdapat 16 Fasal • Jilid 2 terdapat 17 Fasal • Jilid 3 terdapat 14 Fasal Pendekatan Kitab ini. Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan dalam mengarang Kitab ini: • Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab dalam membahaskan topik-topiknya. • Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir dan merenung penciptaan alam dan diri manusia (dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah (dalil naqli). • Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim (pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing untuk memahami kaedah-kaedah ke arah kesimpulan tersebut. Contoh;Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran atau Hadis. Tarbiyah Made Easy!!
4
Ini dilihat selari dengan firman Allah SWT:
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fushilat 41: 53) Kenapa Ebook ini Ditulis? Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan. Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.
Tarbiyah Made Easy!!
5
Konsep Istimewa Ebook Ini Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini: • Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja. • Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran. • Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu, kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasalfasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu Tauhid, Ma’rifatullah dll. • Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal. Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah: Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.”
Tarbiyah Made Easy!!
6
• Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi setiap tajuk. • Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor. • Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya. • Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam. Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda dengan gambar-gambar yang sesuai. Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca. Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Disember 2014
Tarbiyah Made Easy!!
7
ISI KANDUNGAN Akad Pembelian (#2) Kata Pengantar (#3) Isi Kandungan (#8)
ILMU TAUHID: (#9)
1. Pengenalan Ilmu Tauhid (#11) 2. Kedudukan Ilmu Tauhid dalam Islam (#21) 3. Kedudukan Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia (#34)
MA’RIFATULLAH: (#44)
1. Kepentingan Mengenal Allah & Beriman kepada-Nya (#46) 2. Bagaimana Kita Mengenal Allah? (#56) 3. Manusia Dipermudahkan Menerima Ilmu Pengetahuan (#69) 4. Boleh Dilihat Bukan Syarat untuk Beriman (#84) Sekian (#93) Akad Pembelian (#94) p/s: # ialah mukasurat
Tarbiyah Made Easy!!
8
ILMU TAUHID TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
PENGENALAN ILMU TAUHID Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. Menyatakan definisi iIlmu Tauhid ii. Menjelaskan bidang perbahasan Ilmu Tauhid iii. Menentukan kedudukan Ilmu Tauhid di antara ilmuilmu lain iv. Menjelaskan hukum mempelajari iIlmu Tauhid v. Menggambarkan keperihatinan Al-Quran kepada Ilmu Tauhid vi. Menjelaskan kesan penumpuan dan pengabaian umat Islam terhadap Ilmu Tauhid
2.
KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM ISLAM Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan hubungan di antara Iman dan penerimaan amal oleh Allah Taala ii. Mengeluarkan dalil-dalil penolakan amalan orang Kafir oleh Allah Taala iii. Menjelaskan erti Dua Kalimah Syahadah sebagai Rukun Islam pertama iv. Mengaitkan di antara Syahadah dengan tuntutan Tauhid Tarbiyah Made Easy!!
9
3.
KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan kesan buruk kejahilan umat Islam terhadap ilmu Tauhid. ii. Menjelaskan implikasi ilmu Tauhid dalam memperbaiki kehidupan manusia.
Tarbiyah Made Easy!!
10
* PENGENALAN ILMU TAUHID
TOPIK PERBAHASAN
MULA
5. AL-QURAN: KITAB TAUHID TERAGUNG
6. PERHATIAN UMAT ISLAM TERHADAP ILMU TAUHID
1. DEFINISI ILMU TAUHID
4. HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID
TAMAT
2. BIDANG PERBAHASAN ILMU TAUHID
3. KEDUDUKAN ILMU TAUHID
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Pertama (1) Tarbiyah Made Easy!!
11
1. DEFINISI ILMU TAUHID
ِ ِ ﺚ ِﻓﻲ إِﺛْـﺒ ﺎت اﻟ َْﻌ َﻘﺎﺋِﺪ اﻟ ﱢﺪﻳْﻨِﻴﱠ ِﺔ ﺤ ﺒ ـ ﻳ ْﻢ ﻠ ﻋ ُ َ َْ ُ َ
“Ilmu yang membahaskan pengukuhan keyakinan-keyakinan (akidah) agama Islam…
ﺑِ ْﺎﻷَ ِدﻟﱠ ِﺔ اﻟْﻴَ ِﻘ ْﻴﻨِﻴﱠ ِﺔ اﻟ َْﻌ ْﻘ ِﻠﻴﱠ ِﺔ َواﻟﻨﱠـ ْﻘ ِﻠﻴﱠﺔ
…dengan dalil-dalil yang diyakini, aqli (akal) dan naqli (AlQuran dan Sunnah)…
ٍ اﻟﱠﺘِﻲ ﺗُ ِﺰﻳْﻞ ُﻛ ﱠﻞ َﺷ ﻚ ُ
…yang dapat menghapuskan segala keraguan.”
Daripada definisi ini, Ilmu Tauhid mendedahkan segala: i. ii.
kebatilan orang kafir; keraguan dan pendustaan yang mereka lakukan.
Memahami Ilmu Tauhid juga akan membuahkan: i. ketenangan jiwa ii. kelapangan hati iii. ketetapan iman Ilmu ini dinamakan Ilmu Tauhid kerana perbahasan utamanya ialah untuk mentauhidkan Allah Taala. Tarbiyah Made Easy!!
12
Firman Allah Taala:
. -, + * ) ( ' & % $ # " 210 /
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa alQuran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra’d 13: 19)
Tarbiyah Made Easy!!
13
2. BIDANG PERBAHASAN ILMU TAUHID RUKUN IMAN • ALLAH • RASUL • KITAB • MALAIKAT • HARI AKHIRAT • TAKDIR
BIDANG PERBAHASAN ILMU TAUHID
Bidang perbahasan Ilmu Tauhid ialah Rukun Iman: 1. Keimanan kepada Allah, pengesaan-Nya, pengikhlasan diri dalam ibadah dan menjauhkan diri daripada syirik. 2. Keimanan kepada para Rasul yang membawa petunjuk Ilahi, sifat yang wajib dan mustahil bagi mereka, mukjizat serta bukti kebenaran risalah mereka. 3. Keimanan kepada semua Kitab Allah yang diturunkan kepada para Rasul-Nya sebagai petunjuk buat manusia di muka bumi sejak dulu, kini dan selamanya. 4. Keimanan kepada para Malaikat, tugas-tugas mereka dan hubungan mereka dengan kita di dunia dan di akhirat. 5. Keimanan kepada Hari Akhirat serta balasan yang dijanjikan kepada orang beriman dan orang kafir, iaitu syurga dan neraka. Tarbiyah Made Easy!!
14
6. Keimanan kepada takdir (qadar) yang telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Bijaksana. Takdir inilah yang menentukan pergerakan semua benda yang wujud di alam ini. Firman Allah Taala:
p on m l k j i h g yxwvu tsrq |{ z
Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya dan rasul-rasul-Nya. (Al Baqarah 2: 285) Sabda Rasulullah SAW:
ِ ورﺳﻠِ ِﻪ واﻟﻴـﻮِم اﻵﺧ ِﺮ َْ َ ُ َُ
ِ ِأَ ْن ﺗُـ ْﺆِﻣﻦ ﺑ ﺎﷲ َوَﻣﻼَﺋِ َﻜﺘِ ِﻪ َوُﻛﺘُﺒِ ِﻪ َ َوﺗُـ ْﺆِﻣ َﻦ ﺑِﺎﻟ َﻘ َﺪ ِر َﺧ ْﻴ ِﺮِﻩ َو َﺷ ﱢﺮِﻩ
“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikatmalaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhirat, dan beriman dengan ketentuan (qadar) baik dan buruk daripada-Nya.” (Riwayat Muslim)
Tarbiyah Made Easy!!
15
3. KEDUDUKAN ILMU TAUHID DI ANTARA ILMU-ILMU LAIN Lumrahnya, kemuliaan sesuatu ilmu terletak pada topik dan bidang perbahasannya. Contohnya, ilmu kedoktoran dikatakan lebih mulia daripada ilmu pertukangan, kerana ilmu pertukangan membahaskan tentang seni kayu kayan, sementara ilmu perubatan membahaskan tentang fungsi tubuh badan manusia.
Oleh demikian, ilmu Tauhid merupakan ilmu yang paling penting dan mulia kerana topik perbahasannya adalah: i. Allah Taala, Tuhan Yang Mencipta Semesta Alam. ii. Para Rasul yang suci dan mulia. iii. Hakikat, hikmah dan tujuan kewujudan manusia di bumi. iv. Kesudahan yang menanti manusia selepas kematian. Ilmu Tauhid adalah sumber bagi semua ilmu keislaman, sekaligus ilmu yang terpenting dan paling utama. Tarbiyah Made Easy!!
16
4. HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID
FARDHU ‘AIN BELAJAR ILMU TAUHID FARDHU KIFAYAH
Fardu ‘Ain bagi setiap muslim (lelaki dan perempuan) hingga benar-benar: i. Teguh hatinya ii. Tenang akalnya iii. Yakin berada di atas agama yang benar. Perbincangan secara mendalam adalah Fardhu Kifayah. Jika sudah ada sekumpulan muslim mempelajarinya, muslim lain tidak lagi diwajibkan. Firman Allah Taala:
á à ß Þ ÝÜ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah… (Muhammad 47: 19) Tarbiyah Made Easy!!
17
5. AL-QURAN ADALAH KITAB TAUHID TERAGUNG Topik asasi di dalam Al-Quran ialah ilmu Tauhid. Setiap helaiannya sentiasa menyebut dan menyerukan: • • • • • •
Keimanan kepada Allah Taala Keimanan kepada para Rasul-Nya Keimanan kepada Hari Akhirat Keimanan kepada para malaikat Keimanan kepada kitab-kitab samawi Keimanan kepada takdir (ketentuan-ketentuan Allah untuk perjalanan alam ini)
Selama 13 tahun, ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Makkah, hampir keseluruhannya berkisar mengenai ilmu Tauhid dan peneguhan akidah.
Tarbiyah Made Easy!!
18
6. PERHATIAN UMAT ISLAM TERHADAP ILMU TAUHID Perhatian Umat Islam pada Ilmu Tauhid didasari oleh perhatian Al-Quran terhadapnya: i.
Kita perlu memahami ilmu Tauhid agar dapat menyeru manusia lain ke jalan Allah SWT dengan berhikmah dan peringatan yang baik.
ii.
Kefahaman yang mendalam tentang ilmu Tauhid, akan membekalkan kita dengan dalil dan bukti dalam mengukuhkan akidah dan mendakwahkannya.
iii. Umat Islam terdahulu sangat prihatin dan menitikberatkan ilmu ini dalam kehidupan mereka, lalu mereka dimuliakan dan dijadikan pemimpin dunia. Wallahu a’lam…
Tarbiyah Made Easy!!
19
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Apakah yang bakal menimpa masyarakat yang mencuaikan Ilmu Tauhid (akidah & keimanan) dalam kehidupan mereka? (Akidah goyah & mudah diserang, amalan rosak, lemah & akhirnya dijajah musuh)
ii. Sebutkan contoh-contoh kemusyrikan yang wujud akibat kecuaian terhadap Ilmu Tauhid? (Perkara-perkara khurafat & Syirik) iii. Apakah peranan kita dalam membimbing masyarakat agar kembali memahami Ilmu Tauhid? (Mantapkan kefahaman dan keyakinan diri, berhujah dengan dalil-dalil aqli & naqli)
Tarbiyah Made Easy!!
20
* KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM ISLAM TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. IMAN ADALAH ASAS DITERIMA AMAL
4. DUA KALIMAH SYAHADAH & TAUHID
2. DALIL-DALIL AMALAN ORANG KAFIR DITOLAK
3. PINTU MASUK ISLAM: DUA KALIMAH SYAHADAH
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Kedua (2)
Tarbiyah Made Easy!!
21
1. IMAN ADALAH ASAS DITERIMA AMAL Di antara syarat diterima sesuatu amalan ialah Iman dan Islam. IMAN ANTARA SYARAT DITERIMA AMAL ISLAM
Soalan: Mengapa Allah SWT hanya menerima amalan orang yang beriman sahaja? Bukankah ramai orang bukan Islam yang baik peribadinya, sering membantu sesama manusia dan malah memperjuangkan keadilan bagi yang tertindas.
Apakah hanya kerana mereka tidak beriman, semua amalan baik itu sia-sia dan tidak bermakna? Adilkah perkara ini?
Tarbiyah Made Easy!!
22
Analogi: Kisah Dua Orang Lelaki yang Masuk ke Kebun Lelaki pertama: Dia masuk dan terus memakan buah-buahan yang ada sehingga kenyang. Kemudian dia pun melakukan kerjakerja di dalam kebun tersebut. Ada pokok yang ditanam dan yang dicabut sesuka hatinya. Malah, tidak diendahkan langsung teguran wakil pemilik kebun itu. Lelaki kedua pula, Dia tidak berbuat apa-apa. Dia menunggu pemilik kebun atau wakilnya datang terlebih dahulu. Kemudian, dia mendengar segala arahan wakil pemilik kebun dan bekerja mengikutnya.
Soalan: Siapakah di antara kedua lelaki tadi akan lebih dihargai dan layak diberi upah oleh pemilik kebun? Mengapa begitu?
Tarbiyah Made Easy!!
23
Cuba kita kaitkan analogi ini dengan kewujudan manusia di muka bumi: i.
Bukankah seluruh alam ini dan makhluk yang di dalamnya dicipta dan dimiliki oleh Allah SWT?
ii.
Kemudian, Allah mengutuskan para Rasul sebagai wakil-Nya di bumi ini untuk mengenalkan manusia kepada Allah, beriman dengan segala tuntutan dan larangan-Nya, serta menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
iii. Orang-orang beriman menyambut risalah para Rasul dan hidup di bumi ini berpandukan pentunjuk Ilahi. Sedangkan orang-orang kafir engkar dan memusuhi para Rasul-Nya. Mereka berbuat sesuka hati tanpa mengendahkan perintah dan larangan Allah SWT.
ﷲ
Tarbiyah Made Easy!!
?
?
24
Oleh itu, antara sebab utama amalan orangorang Kafir tidak diterima adalah kerana mereka: Beramal bukan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah SWT.
Tidak takut pada azab-Nya dan mengabaikan halal dan haram.
Tidak berusaha mencari Ad-Deen Allah, iaitu Islam.
Tidak berusaha mendengar keterangan para Rasul.
Mengejek dan mentertawakan wahyu Allah yang dibacakan kepada mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
25
Firman Allah Taala:
. -, + * ) ( ' & % $ # " 210 /
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa alQuran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang yang berakal sempurna. (Ar-Ra’d 13: 19)
Tarbiyah Made Easy!!
26
2. DALIL-DALIL AMALAN ORANG KAFIR DITOLAK
IBARAT DEBU YANG BERTERBANGAN (Al-Furqan 25: 23)
IBARAT ABU YANG DITERBANGKAN ANGIN PADA HARI RIBUT YANG KENCANG (Ibrahim 14: 18)
IBARAT FATAMORGANA DI TANAH RATA (An-Nur 24: 39)
Tarbiyah Made Easy!!
27
i. Ibarat debu yang berterbangan. Firman Allah Taala:
JI HGFED CB
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. (Al-Furqan 25: 23) ii. Ibarat abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang. Firman Allah Taala:
½ ¼ » º¹ ¸ ¶ µ È Ç Æ Å Ä Ã Á À ¿ ¾ Ï Î Í Ì Ë ÊÉ
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedahpun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. (Ibrahim 14: 18) Tarbiyah Made Easy!!
28
iii. Ibarat fatamorangana di tanah rata. Firman Allah Taala:
LK J I HGF VUT SRQP ONM ] \ [ Z YX W
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama fatamorgana di tanah rata yang disangkakannya air oleh orang yang dahaga, (lalu dia menuju ke arahnya) sehingga apabila dia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkakannya) dan dia tetapi mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (An-Nur 24: 39)
Tarbiyah Made Easy!!
29
3. PINTU MASUK ISLAM: DUA KALIMAH SYAHADAH AL-ISLAM Mengucap Dua Kalimah Syahadah merupakan Rukun Islam yang pertama, dan merupakan pintu masuk ke dalam Islam. Oleh sebab itu, ia bukanlah suatu ucapan di mulut sahaja tanpa erti yang bermakna.
Kalimah syahadah pertama (اﷲ
)أﺷﻬﺪ أن ﻻ إﻟﻪ إﻻ
mengandungi erti bahawa kamu mengakui dan mempercayai bahawa: i.
Alam ini ada Tuhan yang mencipta, membuat, mengatur dan memerintahnya.
ii.
Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
iii. Kamu pula adalah sebahagian daripada ciptaanNya.
Tarbiyah Made Easy!!
30
Kalimah syahadah kedua (اﷲ
)وأﺷﻬﺪ أن ﻣﺤﻤﺪ رﺳﻮل
pula mengandungi erti bahawa kamu beriman, percaya dan yakin bahawa: i.
Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah Taala.
ii.
Baginda diutuskan untuk membawa hidayah dan keterangan tentang perkara halal yang diredhai Allah dan perkara haram yang dimurkai-Nya.
iii. Hanya dengan mengikuti (ittiba’) Nabi Muhammad SAW, kamu dapat melaksanakan ketaatan kepada Allah dengan cara yang benar.
Tarbiyah Made Easy!!
31
4. DUA KALIMAH SYAHADAH & TAUHID Syahadah yang dilafazkan itu adalah batil dan tidak sempurna jika seseorang itu tidak melaksanakan Tauhid. Kita mestilah mempelajari ilmu Tauhid agar syahadah, keislaman dan amalan benar-benar diterima. Begitulah kedudukan Tauhid di dalam Islam, sangat mulia dan penting sehingga segalanya akan rosak binasa tanpanya. Firman Allah SWT:
>=<;: 9 8 7 65 4 G F E D C B A @?
Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran 3: 18) Wallahu a’lam… Tarbiyah Made Easy!!
32
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah mengubah STATUS seseorang kepada Muslim (Beriman). Apakah kepentingan status dalam kehidupan manusia? (Agar diiktiraf & mendapat hak-haknya; contoh status kewarganegaraan atau kemahasiswaan di Universiti)
ii. Amalan orang-orang kafir ditolak oleh Allah, namun bolehkah amalan orang-orang beriman ditolak? Contohnya? (Jika tidak ikhlas kerana Allah, bid’ah yang sesat) iii. Bagaimana cara terbaik menerangkan Syahadah kepada orang bukan Islam?
konsep
(Bincangkan contoh selain analogi 2 pemuda dan kebun)
Tarbiyah Made Easy!!
33
* KEPENTINGAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. KESAN KEJAHILAN ILMU TAUHID
2. PENGARUH ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Ketiga (3)
Tarbiyah Made Easy!!
34
1. KESAN KEJAHILAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
KESAN KEJAHILAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
• BUTA HAKIKAT KEHIDUPAN • MATERIALISTIK & INDIVIDUALISTIK • BERLELUASA KEROSAKAN
i. Buta Hakikat Kehidupan: Orang yang tidak kenal Penciptanya akan hidup seperti orang buta. Dia tidak tahu tujuan penciptaan dan hikmah kewujudannya di muka bumi ini. Kehidupannya di bumi akan tamat, tanpa dia sendiri ketahui kenapa ia bermula. Dia bakal keluar dari dunia, tanpa mengetahui tujuan sebenar dia dimasukkan ke dalamnya.
Tarbiyah Made Easy!!
35
Firman Allah Taala:
5 43 2 10 /. 876
…Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad 47: 12) ii. Materialistik dan Individualistik:
Orang yang tidak beriman dengan Hari Akhirat akan terpedaya dengan kehidupan sementara di dunia. Dia akan menjadikan segala amal kerjanya hanyalah untuk mengejar kesenangan dunia sepuas hatinya sebelum mati. Dia akan berlumba-lumba kerana tamakkan habuan dunia dan mencari kemewahan dunia tanpa mengenal halal dan haram. Dia tidak menghiraukan bencana yang menimpa orang lain akibat tindakannya, bersifat individualistik dan hanya mengejar kepentingan diri sendiri. Tarbiyah Made Easy!!
36
Sikap individualistik ini akan memecah-belahkan masyarakat, merosakkan hubungan dan mencetuskan peperangan di antara satu sama lain. Hal ini sangat berbeza dengan masyarakat yang beriman teguh dengan akidah Islam. iii. Berleluasanya Kerosakan: Apabila kejahilan tentang ilmu Tauhid semakin meluas, maka akidah dan amalan manusia juga akan rosak binasa. Manusia tidak kenal lagi sempadan halal dan haram, pahala dan dosa. Akibatnya maksiat dan perbuatan keji akan bermaharajalela tanpa batasan. Tatkala itu, dibimbangi Allah Taala akan menurunkan azab ke atas umat Islam yang telah mengabaikan dan mensia-siakan agama mereka. Firman Allah Taala:
Ø× ÖÕÔ ÓÒ ÑÐ ßÞÝÜ ÛÚ Ù
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum 30: 41) Tarbiyah Made Easy!!
37
2. PENGARUH ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
PENGARUH ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
• JELAS HAKIKAT KEHIDUPAN • KESATUAN & KEHARMONIAN • KEBERKATAN & KEMENANGAN
i. Jelas Hakikat Kehidupan: Orang yang beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya akan mengetahui hakikat penciptaan dan tujuan kehidupannya di dunia. Dia akan menjalani kehidupan di dunia di atas jalan yang lurus. Dia jelas akan permulaan dan pengakhiran hidupnya. Dia akan sentiasa jauh daripada kegelapan dan kesesatan.
Tarbiyah Made Easy!!
38
Firman Allah Taala:
Å Ä Ã Â ÁÀ¿¾½ ¼» ÇÆ
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul), yang menyebabkan dia selalu jatuh) tertumus di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (Al-Mulk 67: 22) ii. Kesatuan dan Keharmonian: Tauhid menyatukan hati manusia di bawah naungan Tuhan yang satu, kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat yang satu. Iman telah menjadikan manusia berkasihsayang dan bersaudara. Firman Allah Taala:
µ ´ ³² ± ° ¯ ® ¬ ¹¸¶
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujuraat 49: 10) Tarbiyah Made Easy!!
39
Masyarakat yang beriman sentiasa tolong menolong dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan. Mereka saling menasihati, menegah kemungkaran dan mendamaikan permusuhan. Setiap individu bekerja/beramal demi mendapatkan kejayaan dan keredhaan di sisi Allah Taala. Mereka sentiasa berhati-hati agar tidak menzalimi dan menganiayai hak orang lain. Mereka menjauhi segala perbuatan keji seperti mencuri, membunuh, menipu, berzina, rasuah, berdusta, hasad dengki, mengaibkan dan menyakiti orang lain. Ini semua adalah hasil keimanan mereka kepada Allah Taala dan takut untuk berdepan dengan-Nya di akhirat kelak. Firman Allah SWT:
43210/. :9 8 7 6 5
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)… (Ali Imraan 3: 110) Tarbiyah Made Easy!!
40
iii. Keberkatan dan Kemenangan: Apabila iman berkembang dalam masyarakat manusia, ia akan membuahkan pelbagai amal soleh yang diredhai Allah Taala. Dengan itu, pintu kebaikan akan dibuka dan dilimpahkan keberkatan dalam kehidupan mereka. Firman Allah Taala:
)('&% $#" ! ,+*
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi… (Al-A’raaf 7: 96)
Masyarakat yang beriman dan beramal soleh juga akan dikurniakan kekuatan dalam berhadapan dengan musuh mereka. Begitulah yang berlaku kepada generasi awal Islam. Asalnya mereka adalah golongan yang lemah dan fakir, namun dikurniakan kemenangan besar terhadap musuhmusuh mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
41
Firman Allah Taala:
®¬«ª©¨§ ¦¥
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad 47: 7) Wallahu a’lam…
Tarbiyah Made Easy!!
42
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Sebutkan pelbagai isu semasa yang melambangkan kurangnya kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap Ilmu Tauhid. (Kaitkan isu-isu tersebut dengan kecuaian terhadap Ilmu Tauhid)
ii.
Jika kemantapan Akidah & Tauhid memberikan begitu banyak faedah, mengapa umat Islam masih mengabaikannya? (Belajar akidah untuk peperiksaan sahaja, dihafal tanpa penghayatan, sibuk dengan ilmu dunia)
iii. Bagaimana kita dapat menggerakkan perubahan melalui Akidah & Tauhid? (Membentuk individu, keluarga & masyarakat yang benar akidahnya melalui Tarbiyah Islamiyah yang syumul)
Tarbiyah Made Easy!!
43
MA’RIFATULLAH
(Mengenal Allah Taala) TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
KEPENTINGAN MENGENAL ALLAH & BERIMAN KEPADA-NYA Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. ii.
Menjelaskan kewajipan pertama bagi manusia Menggambarkan kehidupan manusia yang tidak mengenal Tuhan di dunia. iii. Menyatakan balasan yang menanti orang-orang yang tidak mengenal Allah Taala dan tidak beriman dengan-Nya.
2.
BAGAIMANA KITA MENGENAL ALLAH TAALA? Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan cara untuk mengetahui kewujudan Allah Taala. ii. Menjelaskan cara mengetahui sifat-sifat Allah melalui tafakur pada makhluk-Nya. iii. Menyatakan peranan Rasul dalam mengajar manusia tentang Allah Taala.
Tarbiyah Made Easy!!
44
3.
MANUSIA DIPERMUDAHKAN UNTUK MENERIMA ILMU PENGETAHUAN Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menentukan bahawa keistimewaan terpenting manusia adalah ilmu pengetahuan. ii. Menjelaskan peranan pancaindera yang lima (rasa, sentuh, bau, lihat & dengar) sebagai pintu kepada akal untuk menerima pelbagai ilmu pengetahuan. iii. Menjelaskan keterbatasan akal dan peranan wahyu dalam memjelaskan persoalan-persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia.
4.
BOLEH DILIHAT BUKAN SYARAT UNTUK BERIMAN Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Membuktikan bahawa tidak semua perkara yang wujud dapat dilihat. ii. Menjelaskan dalil beriman kepada Allah Taala walaupun tanpa melihat-Nya. iii. Menyatakan kisah umat terdahulu yang ingin melihat Allah Taala sebelum beriman.
Tarbiyah Made Easy!!
45
* KEPENTINGAN MENGENAL ALLAH & BERIMAN KEPADA-NYA TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. KEWAJIPAN PERTAMA MANUSIA
TAMAT
2. AKIBAT TIDAK MENGENAL ALLAH & BERIMAN PADA-NYA
3. BALASAN DI AKHIRAT KELAK
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Pertama (1) Tarbiyah Made Easy!!
46
1. KEWAJIPAN PERTAMA MANUSIA Kewajipan pertama manusia ialah mengenali Allah Taala (ma’rifatullah) dan beriman dengan-Nya.
2. AKIBAT TIDAK MENGENAL ALLAH & BERIMAN KEPADA-NYA Jika manusia tidak mengenali Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Pemerintah dirinya, mereka akan: i. HIDUP DI DUNIA SEPERTI BINATANG
ii. MELAKUKAN KEROSAKAN DI DUNIA DENGAN PERBUATAN BURUK
iii. MATI TANPA KETAHUI TUJUAN HIDUPNYA
iv. DIHARAMKAN MENDAPAT PERTOLONGAN & REDHA ALLAH
Tarbiyah Made Easy!!
47
i. Hidup di Dunia seperti Haiwan. Manusia yang tidak tahu siapa penciptanya dan tujuan kehidupan di dunia seakan-akan haiwan. Dia makan, minum, tidur, bangun dan menghabiskan umur tanpa tahu kenapa dia hidup, dan kenapa dia wujud… Firman Allah Taala:
5 432 10 /. 876
…Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad 47: 12)
ii. Melakukan Kerosakan di Dunia dengan Perbuatan yang Buruk. Ini kerana dia tidak dapat membezakan di antara amal soleh dan amal buruk, perbuatan yang diredhai dan perbuatan yang dimurkai. Analogi: Kita tidak tahu cara yang betul untuk menggunakan sesuatu peralatan (mesin, kereta, software) kecuali dengan tunjuk ajar dari pembuatnya. Tarbiyah Made Easy!!
48
Begitu jugalah manusia tidak akan dapat mengetahui cara yang betul untuk menggunakan seluruh alam ciptaan Allah ini, tanpa tunjuk ajar daripada Penciptanya, iaitu Allah Taala. Orang-orang yang tidak mendapat petunjuk ini, akan berbuat sesuka hati mereka, akhirnya mereka hanya merosakkan alam dan mengundang bencana.
Firman Allah Taala:
~}|{zy xwv © ¨§ ¦ ¥ ¤ £ ¢ ¡ ﮯ ¬«ª
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang sungguh rugi. (Al-Baqarah 2: 27) Tarbiyah Made Easy!!
49
iii. Mati Tanpa Ketahui Tujuan Hidupnya Kehidupannya di dunia ini berakhir, sedangkan dia tidak tahu kenapa ia bermula? Dia bakal meninggalkan dunia, tanpa ketahui kenapa dia memasukinya? Hatinya keluh kesah mengingatkan kematian, sehingga dia tidak mahu berfikir lagi tentangnya. Namun, sudah pasti kematian itu bakal menemuinya juga. Firman Allah Taala:
¼» º ¹ ¸ ¶ µ ´ ³ ÅÄÃÂÁÀ¿ ¾ ½ ÇÆ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”. (Al-Jum’ah 62: 8) Tarbiyah Made Easy!!
50
iv. Diharamkan Mendapat Pertolongan & Redha Allah Mereka diharamkan daripada mendapat keredhaan, pertolongan dan bantuan Allah Taala, kerana Dia hanya redha dan menolong orang-orang beriman yang teguh dengan agama-Nya. Firman Allah Taala:
NM L K J
…Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya… (Al-Hajj 22: 40)
Tarbiyah Made Easy!!
51
3. BALASAN DI AKHIRAT KELAK
Diharamkan daripada keredhaan-Nya & Nikmat Syurga
Terdedah kepada Kehancuran di Neraka
i. Diharamkan daripada keredhaan Allah Taala & menikmati syurga-Nya. Keduanya hanyalah khusus buat orang-orang beriman, beramal soleh dan taat kepada-Nya.
yang
Firman Allah Taala:
£¢¡ }~ﮯ
(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. Tarbiyah Made Easy!!
52
©¨ §¦¥¤
(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”.
³ ² ±° ¯ ® ¬ « ª » º ¹¸ ¶ µ ´ ½¼
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka):”Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”.
ÅÄÃÂÁÀ¿¾
Dan (dikatakan lagi kepada mereka): “Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan. (Az-Zukhruf 43: 69-72)
Tarbiyah Made Easy!!
53
ii. Terdedah dengan Kehancuran di Neraka Diri mereka terdedah kepada kesia-siaan dan kehancuran dalam nereka yang disediakan buat orang kafir. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Firman Allah Taala:
w v uts rq
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): “Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya. (Qaf 50: 24) Firman Allah Taala lagi:
²±°¯ ®¬ ¾ ½¼ » º¹ ¸ ¶µ ´ ³ ÁÀ¿
Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi azab seksa yang kekal. (At-Taubah 9: 68) Wallahu a’lam… Tarbiyah Made Easy!!
54
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Adakah ramai manusia sedar tentang kewajipan mengenal Allah (ma’rifatullah)? Mengapa begitu? (Realiti semasa menunjukkan kurang kesedaran ini; Banyak belajar teori dan falsafah, tapi kurang aspek penghayatan & praktikal)
ii.
Apakah perasaan anda tatkala melihat rakan-rakan kita dari bukan Islam yang menyembah selain Allah? Apakah sepatutnya tugas kita sebagai Muslim kepada mereka? (Umar al-Khattab RA menangisi para paderi & Rahib sambil membaca Surah al-Ghasiyah ayat 3-4; pentingnya Dakwah Non-Muslim)
Tarbiyah Made Easy!!
55
* BAGAIMANA KITA MENGENAL ALLAH TAALA? TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. BAGAIMANA MENGETAHUI KEWUJUDAN ALLAH?
TAMAT
2. BAGAIMANA MENGETAHUI SIFATSIFAT ALLAH?
3. BERFIKIR TENTANG PENCIPTAAN MAKHLUK SAHAJA TIDAK CUKUP
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Keempat (4) & Jilid 2: Fasal Kelima (5) Tarbiyah Made Easy!!
56
1. BAGAIMANA KITA TAHU KEWUJUDAN ALLAH TAALA? Cuba lihat jam di tangan, telefon bimbit ataupun kerusi meja. Percayakah anda jika diberitahu bahawa alat-alat ini tiada siapapun yang menciptanya?
Percayakah anda jika ada orang yang mengatakan bahawa secara kebetulan pokok-pokok di hutan tumbang, kemudian kebetulan ada lori yang mengangkutnya ke kilang, dan kebetulan gergaji bergerak sendiri memotong batang-batang kayu itu, paku-paku pula secara sendiri membenam ke dalam kayu dan mencantumkannya, lalu terbentuklah sebuah kerusi yang cantik lagi kukuh. Jika anda percayakan cerita ini, pasti anda tidak waras. Ini kerana, bagi… • Setiap perbuatan, mesti ada pelakunya. • Setiap rekaan, mesti ada perekanya. • Setiap ciptaan, mesti ada penciptanya.
Tarbiyah Made Easy!!
57
Bayangkan pula anda melihat… • Sebuah kereta yang sedang bergerak dari tempat yang jauh. Tentu anda yakin bahawa ada pemandu yang menggerakkannya. • Sebuah kapal terbang yang sedang terbang tinggi di udara. Tentu anda yakin bahawa ada juruterbang yang mengendalikannya.
Soalan: Kenapa anda begitu yakin bahawa kereta dan kapal terbang itu mempunyai pemandunya? Mustahilkah ia bergerak sendiri? Baiklah, mari kita renungkan pula mengenai… • Matahari, bulan, bintang dan planet yang bergerak di orbit masing-masing tanpa berlaku pelanggaran. • Malam dan siang yang silih berganti, bergilir-giliran tanpa mendahului antara satu sama lain. • Alam ini yang dipenuhi pelbagai makhluk hidup yang sentiasa membiak dan menghuni di habitat masingmasing. Tarbiyah Made Easy!!
58
Soalan: Logikkah sistem makro dan mikro yang kompleks ini wujud secara sendiri, kebetulan dan mengatur perjalanannya sendiri?
Sistem Solar yang Makro
Sistem Zarah yang Mikro
Bukankah ini menunjukkan bahawa di sebaliknya terdapat Tuhan yang mencipta dan mengatur segala yang berlaku? Iaitu Allah Taala! Baiklah, cuba bayangkan jika tiada kekuasaan yang mencipta dan mengatur segala makhluk tersebut. Apakah yang bakal terjadi? • Tentu matahari, bulan, bintang dan planet akan berhenti bergerak atau terkeluar dari paksinya, lalu saling berlanggar. • Siang dan malam berhenti dari bergilir dengan teratur. • Alam ini dan semua makhluk akan hancur binasa. • Jika Pencipta makhluk tiada, sudah tentu makhluk pun tidak wujud. Tarbiyah Made Easy!!
59
Oleh demikian, amat mustahil Allah Taala tidak wujud, kerana sesuatu yang tiada, tidak mungkin mampu melakukan sesuatu! Firman Allah Taala:
DCBA@?>= <;: K J I H GF E
(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak,) Bahkan mereka adalah orangorang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (At-Thur 52: 35-36)
Tarbiyah Made Easy!!
60
2. BAGAIMANA KITA TAHU SIFAT-SIFAT ALLAH TAALA? Dengan berfikir tentang penciptaan sebuah kereta, kita akan mendapati bahawa:
• Badannya daripada logam: Jadi pembuatnya pasti memiliki logam dan mampu membentuknya menjadi komponen kereta. • Cerminnya daripada kaca: Jadi pembuatnya pasti memiliki kaca dan mampu membentuknya menjadi cermin, tingkap dan lampu. • Enjin dan Litar Elektrik: Jadi pembuatnya pasti memiliki wayar dan komponen elektronik yang boleh menyalurkan arus elektrik. Lebih dari itu, pembuat kereta itu juga pasti memiliki: • Kepakaran untuk membuat setiap komponen kereta. • Kepakaran dalam teknologi kejuruteraan automotif. • Kehendak untuk menghasilkan sebuah kereta berdasarkan bahan yang ada padanya. Begitulah caranya kita mampu mengenali serba sedikit tentang sifat pembuat kereta tersebut. Tarbiyah Made Easy!!
61
Seperti analogi di atas, maka kita juga boleh mengetahui sebahagian sifat-sifat Allah Taala dengan berfikir tentang makhluk ciptaan-Nya. Pada masa dahulu, seorang Arab Badwi berkata untuk membuktikan imannya:
“Sekiranya tahi unta menunjukkan adanya unta, tapak kaki di jalanan menunjukkan adanya orang yang melaluinya. Maka bumi yang bergunung-ganang dan langit yang berbintang, tidakkah ia menunjukkan wujudnya Tuhan Yang Maha Lembut lagi Amat Mendalam Pengetahuan-Nya? Firman Allah Taala:
3 210/.- ,+* :9 8 7654
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tandatanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. (Al-Jaathiyah 45: 3-4) Tarbiyah Made Easy!!
62
Firman Allah Taala:
('&%$#"! 3210/. -,+*) >=<;:987654 EDCBA@? LKJIHGF
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapalkapal yang belayar di laut dengan membawa bendabenda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Jaathiyah 2: 164)
Tarbiyah Made Easy!!
63
Dengan berfikir dan merenung hakikat makhluk-makhluk Allah, kita dapati:
penciptaan
• Hikmah pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Bijaksana (Al-Haakim).
• Kepakaran pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Mendalam PengetahuanNya (Al-Khaabir).
• Kekuatan pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Perkasa (Al-Qawiy).
• Kecantikan pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Membentuk Rupa lagi Cantik Ciptaan-Nya (Al-Musawwar Al-Badi').
Tarbiyah Made Easy!!
64
• Petunjuk pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Memberi Petunjuk (Al-Haadi).
• Kehidupan pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Menghidupkan (Al-Muhyi).
• Pengetahuan pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Mengetahui (Al-'Aalim).
• Pemeliharaan pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Memelihara (Al-Haafiz).
Tarbiyah Made Easy!!
65
• Pengurusan rezeki pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Memberi Rezeki (Al-Razzaaq).
• Sistem yang bersepadu dan konsisten pada setiap makhluk, maka Allah itu pasti Maha Esa (Al-Wahiid).
Tarbiyah Made Easy!!
66
3. BERFIKIR TENTANG MAKHLUK SAHAJA TIDAK CUKUP Dengan berfikir tentang ciptaan Allah sahaja, kita masih belum mampu ketahui kesemua sifat-sifat Allah Taala. Jika melihat pada sebuah kereta, kita belum tahu semua sifat pembuat atau pemiliknya: • Adakah dia seorang pemurah atau bakhil? • Tinggi atau rendah? • Baik atau jahat? Begitulah juga bagi Allah Taala, masih banyak lagi sifatNya yang belum diketahui, melainkan dikhabarkan olehNya sendiri. Oleh sebab itulah, diutuskan para Rasul kepada manusia. Melalui perantaraan mereka, Allah Taala mengajar kita tentang hakikat sebenar diri-Nya. Firman Allah Taala:
ÃÂ Á À ¿ ¾ ½ ¼ »
…sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberi tahu kepadanya)… (Al-Baqarah 2: 255) Wallahu a’lam… Tarbiyah Made Easy!!
67
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Kejadian alam semesta ini sudah cukup membuktikan kewujudan Tuhan. Namun, kenapa masih ada golongan yang menafikannya? (Terpedaya dengan teori kebetulan dan evolusi, tidak menerima Tuhan yang tidak dapat dilihat, tidak saintifik. Namun, mereka tidak dapat menolak terdapat suatu kuasa “nature” yang dikatakan mengatur alam ini)
ii.
Terdapat ramai manusia yang percaya kewujudan Tuhan Semesta Alam (Rububiyah), namun kenapa mereka masih tidak beriman kepada Allah Taala (Uluhiyah)? (Tidak beriman dengan para Rasul-Nya yang mengenalkan manusia dengan Allah Taala; kepentingan Rasul kepada manusia)
Tarbiyah Made Easy!!
68
* MANUSIA DIPERMUDAHKAN UNTUK MENERIMA ILMU PENGETAHUAN
TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. KEISTIMEWAAN MANUSIA
TAMAT
2. BAGAIMANA MANUSIA MENDAPATKAN ILMU?
3. PERANAN WAHYU
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Kedua (2) Tarbiyah Made Easy!!
69
1. KEISTIMEWAAN MANUSIA Soalan: Apakah keistimewaan hidupan yang lain?
manusia
berbanding
Terlalu banyak keistimewaan manusia berbanding hidupan lain. Dan mungkin keistimewaan yang paling penting bagi manusia adalah Ilmu Pengetahuan.
Ilmu Pengetahuan merupakan ciri istimewa bagi manusia. 2. BAGAIMANA MANUSIA MENDAPATKAN ILMU? Sebagai makhluk istimewa, Allah SWT mengurniakan manusia dengan pelbagai keupayaan untuk mendapatkan Ilmu Pengetahuan. Keupayaan-keupayaan ini dianugerahkan Allah Taala kepada manusia melalui organ-organ yang begitu kompleks, hebat dan indah penciptaannya, sehingga memudahkan kita menerima pelbagai Ilmu pengetahuan. Tarbiyah Made Easy!!
70
Soalan: Apakah keupayaan-keupayaan tersebut?
Keupayaan Merasai Rasa yang Berbeza
Keupayaan Mengetahui Berat dan Keadaan Permukaan
Keupayaan Mengesan Bau
Keupayaan Melihat Bentuk, Warna dan Gambar
Keupayaan Mengesan Bunyi
Kekuatan Memahami dan Berfikir
i. Keupayaan Merasai Rasa yang Berbeza Sebuah organ unik bernama lidah dicipta oleh Allah SWT untuk membezakan antara rasa manis, pahit, masam, masin dan pelbagai jenis peringkat rasa. Allah SWT telah melengkapkan lidah dengan sel-sel rasa, iaitu sel-sel kecil yang dicipta untuk mengesan rasa dan membezakan tahap rasa sesuatu. Tarbiyah Made Easy!!
71
Jika Allah yang Maha Pencipta tidak mencipta sel rasa ini, manusia tidak dapat menikmati sebarang kesedapan makanan. Fungsi deria rasa ini hanya melibatkan makanan yang sampai ke lidah kita. Apabila makanan meresap dalam air liur, barulah kita dapat merasai makanan tersebut. ii. Keupayaan Mengetahui Berat dan Keadaan Permukaan Sebuah organ seni, teliti penciptaannya dan tersusun rapi bernama kulit telah dicipta oleh Allah SWT untuk tujuan di atas. Kulit mengandungi sel-sel hidup. Melaluinya manusia dapat merasai berat sesuatu jisim yang diletakkan di atas kulit. Juga dapat mengetahui keadaan permukaan sesuatu jisim samada tajam, licin, kasar, keras, lembut atau cair.
Tarbiyah Made Easy!!
72
Allah SWT menjadikan sel-sel ini agar dapat mengesan perkara tersebut sepertimana sel-sel lidah dapat merasa. Sedangkan, asalnya kejadian manusia daripada sel yang sama dan dari makanan yang sama. Fungsi deria ini hanya melibatkan benda yang disentuh oleh kulit, iaitu dengan sentuhan yang memadai. Jika Allah yang Maha Pencipta tidak mencipta sel-sel ini, kita tentu terdedah kepada bahaya terbakar, terluka atau terpotongnya anggota badan tanpa disedari. iii. Keupayaan Mengesan Bau
Organ deria bau membolehkan manusia menghidu pelbagai bauan daripada pelbagai bahan. Organ yang unik dan seni penciptaannya ini wujud pada dinding hidung sebelah dalam. Ia mengandungi jaringan besar sel bau yang berupaya mengesan pelbagi bauan wangi dan busuk. Tarbiyah Made Easy!!
73
Tanpa kehendak Yang Maha Mencipta untuk mencipta sel bau, kita selama-lamanya tidak akan mengetahui kewujudan bauan wangi dan busuk. Kita juga tidak akan tahu kepelbagaian bahan dan jenisnya. Tanpanya kita tidak dapat menikmati kelazatan bau-bauan makanan yang membuka selera. Fungsi deria ini bagaimanapun terhad dalam lingkungan 10 meter, dan hanya dapat mengesan benda yang mempunyai bau. iv.
Keupayaan Melihat Bentuk, Warna & Gambar
Deria penglihatan, iaitu pada organ mata terdiri daripada beberapa bahagian yang Allah SWT ciptakan dengan penuh kesempurnaan, teliti dan tertib. Melaluinya kita dapat melihat pelbagai bentuk, warna dan imej. Antara bahagian yang terpenting ialah retina yang salah satu lapisannya terdiri daripada 30 juta saraf dan 3 juta kon. Ia berfungsi menerima pelbagai imej. Tarbiyah Made Easy!!
74
Tanpa kehendak Yang Maha Mencipta untuk menjadikan saraf mata dan kon ini, tentu kita akan buta, tidak dapat melihat apa-apa. Walaupun kecil, mata kita dapat melihat sesuatu objek pada jarak ratusan kilometer. Kita juga dapat melihat kilauan bintang-bintang di langit secara kasar. Namun, tahap penglihatan kita terhad kepada jenis cahaya (pancaran) tertentu. Contohnya, kita tidak mampu melihat gelombang radio. Manusia menggunakan akal telah mencipta peralatan canggih seperti mikroskop yang dapat melihat objek kecil, tapi skop penglihatannya masih terbatas kemampuannya. Penglihatan manusia terbatas, kita memerlukan alat bantuan untuk melihat sesuatu yang tidak mampu dicerap oleh mata kasar.
Manusia juga masih belum mampu melihat objek yang berada di sebalik tabir atau dinding secara terus, kecuali menggunakan kamera yang dipancarkan dari tempat tersebut. Tarbiyah Made Easy!!
75
v.
Keupayaan Mengesan Bunyi Deria pendengaran membolehkan manusia mengenal bunyi-bunyian serta tahap kekuatan dan kenyaringannya. Untuk tujuan tersebut, Allah SWT telah menciptakan organ yang sempurna, tertatur dan sistematik, iaitu telinga. Dengan telinga kita dapat mengesan benda yang tidak dapat dilihat atau dirasai.
Walaupun terbatas pada jarak yang dekat, namun telinga merupakan pintu penting kepada pengetahuan manusia. Kita dapat mengetahui pelbagai perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata atau dikesan oleh pancaindera yang lain. Melalui telinga kita dapat mengetahui perkhabaran dari negara lain, mendengar hasil penemuan cerdik pandai, mengetahui perkara ghaib. Tarbiyah Made Easy!!
76
Tanpa kehendak Yang Maha Mencipta untuk mencipta telinga ini, manusia tidak akan dapat bercakap-cakap antara mereka dan sifat tolong-menolong tidak akan wujud. Negara dan masyarakat juga tidak akan terbentuk dengan sempurna. v.
Keupayaan Memahami & Berfikir Akal berfungsi membezakan antara kebenaran dan kebatilan, kemudaratan dan kebaikan. Ia juga membezakan antara manusia dan haiwan.
Walaupun haiwan juga mempunyai lima pancaindera seperti manusia, malah lebih kuat seperti deria bau anjing atau deria penglihatan helang, namaun akal manusia lebih istimewa. Dengan menggunakan akal, manusia dapat menggunakan segala kebaikan yang ada di bumi. Mereka dapat terbang di udara, menyelam di dalam air dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dengan bantuan oleh lima pancaindera. Tarbiyah Made Easy!!
77
3. BATASAN AKAL MANUSIA Soalan: Apakah terdapat batasan terhadap akal manusia? Walau sehebat manapun akal manusia, namun fungsinya tetap terbatas kepada pancaindera dan kekuatan imaginasinya. Manusia hanya mampu memikirkan perkara yang dapat dicapai oleh pancainderanya sahaja. Bayangkan seorang yang tidak memiliki deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa, sentuhan dan tidak dapat berkhayal tentang sesuatu, mampukah dia mengetahui keadaan sekelilingnya atau mendapatkan pengetahuan?
Ketika itu, dia sama seperti benda yang tidak bernyawa. Walaupun mempunyai akal yang dapat berfikir dan mentadbir, tapi akal tidak mampu berfungsi kerana segala pintu ilmu pengetahuan telah tertutup. Tarbiyah Made Easy!!
78
Oleh itu, akal tidak dapat mengetahui secara mutlak (dengar berfikir sendiri): i. Permulaan kewujudan manusia ii. Kenapakah kita diciptakan di dunia ini? iii. Siapakah Pencipta manusia dan alam ini? Apakah perkara yang diredhai dan dimurkai oleh-Nya? iv. Kenapa manusia dimatikan? Ke manakah kita akan pergi selepas kematian? v. Apakah jalan atau sistem kehidupan terbaik yang mampu menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat? Soalan: Mengapa begitu? Ini kerana semua perkara tersebut berada di luar kemampuan pancaindera manusia…
Tarbiyah Made Easy!!
79
4. PERANAN WAHYU Soalan: Jadi, bagaimana manusia mampu menjawab persoalan-persoalan tersebut? Memandangkan akal manusia terbatas, sedangkan Allah Yang Maha Mencipta ingin menyempurnakan ilmu manusia agar berguna kepada kehidupan dan kewujudannya. Maka, Allah SWT menurunkan wahyu dan mengutuskan para Rasul AS kepada sekalian alam untuk menunjukkan mereka ke arah Jalan-Nya. Firman Allah SWT:
ÑÐ Ï Î Í Ì Ë Ê É È ÕÔÓÒ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (untuk kamu bersyukur, tapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” (Al-Mulk 67: 23) Allah SWT menggunakan perkataan “hati” untuk menunjukkan “kekuatan kesedaran”. Dari ayat ini juga kita dapati bahawa pendengaran, penglihatan dan hati adalah wadah terpenting untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Tarbiyah Made Easy!!
80
543210/.-, @ ? > = <; : 9 8 7 6 DCBA
Katakanlah (wahai Muhammad): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Dia pula memeterai atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?” Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling – engkar. (Al-An’am 6: 46)
¯®¬ «ª©¨§ ´³ ²±° º¹¸¶µ
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (daripada amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah Kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah 2: 151) Tarbiyah Made Easy!!
81
8765 432 10 :9
Maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat secara lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2: 239)
Wallahu a’lam…
Tarbiyah Made Easy!!
82
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Apakah yang dapat difahami daripada tadabbur terhadap ayat di bawah? Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A’raf 7: 179)
ii.
Mengapakah berilmu diutamakan sebelum beramal? (Memulai sesuatu amal dengan Ilmu dapat membangkitkan keyakinan; menghindarkan keraguan & menuntun kepada benarnya amalan)
Tarbiyah Made Easy!!
83
* BOLEH DILIHAT BUKAN SYARAT UNTUK BERIMAN
TOPIK PERBAHASAN 1. MATA MANUSIA TIDAK BOLEH MELIHAT SEMUA BENDA
2. BAGAIMANA YAKINI SESUATU YANG BERLAKU DI LUAR PENGLIHATAN
TAMAT
3. BAGAIMANA BERIMAN DENGAN TUHAN YANG TIDAK DAPAT DILIHAT?
4. KAUM TERDAHULU YANG INGIN MELIHAT ALLAH
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Ketiga (3) Tarbiyah Made Easy!!
84
1. MATA MANUSIA TIDAK BOLEH MELIHAT SEMUA BENDA Soalan: Adakah mata kita dapat melihat semua benda? Tidak! Kemampuan mata manusia untuk melihat dan menyaksikan sesuatu sangat terbatas, contohnya: • Mata tidak mampu melihat benda di sebalik objek legap (seperti dinding dll). • Mata tidak mampu melihat udara yang meliputi kita. • Mata tidak dapat melihat graviti bumi. • Mata tidak mampu melihat melihat atom-atom dan strukturnya.
02
02
C02
C02 02
C02
Apa yang terdapat di sebalik kotak ini?
02 Graviti
Kesimpulannya, banyak benda yang tidak dapat dilihat dengan mata, tapi sebenarnya wujud di sekeliling kita
Tarbiyah Made Easy!!
85
2. BAGAIMANA KITA MEYAKINI SESUATU YANG BERLAKU DI LUAR PENGLIHATAN? i. Kita mengetahui kewujudan perkara itu melalui kesan yang berlaku: • Objek yang dilemparkan ke atas pasti jatuh ke bawah. Ini membuktikan wujudnya tarikan graviti bumi.
• Daun-daun pokok bergerak melambai-lambai, pasti ada angin yang bertiup. Rumah pun boleh roboh disebabkan ribut kencang. • Wujudnya akal memberi kewarasan kepada manusia, dengannya kita dapat menilai dan berfikir secara rasional. Orang gila pula telah hilang akalnya, sebab itu dia melakukan perkara yang tidak masuk akal. Kita percaya kewujudan semua perkara ini, walau tiada seorangpun yang pernah melihat bagaimana rupa bentuk graviti, angin dan akal itu. Tarbiyah Made Easy!!
86
ii. Kita yakin kewujudan sesuatu dengan mendengar dari sumber yang dipercayai. • Guru geografi menceritakan tentang wujudnya tempattempat bernama Amerika, Russia, India, Australia dan lain-lain. Sedangkan, dia sendiri belum pernah pergi ke sana dan melihatnya. • Seorang doktor mengesyorkan sejenis ubat untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Kita terus percayakannya, tanpa meminta bukti bahawa ubat itu pernah menyembuhkan penyakit tersebut.
Begitulah sikap kita kepada cerdik pandai dan pakar yang memberitahu kita tentang sesuatu yang mereka ketahui, tetapi kita tidak pernah melihatnya. Kita yakin mereka telah merujuk sumber yang benar dan boleh dipercayai. Soalan: Bagaimana pula perihal ketuhanan? Siapakah pula rujukan yang dipercayai? Tarbiyah Made Easy!!
87
3. BAGAIMANA BERIMAN DENGAN TUHAN YANG TIDAK DAPAT DILIHAT? Keimanan kepada Allah Taala dapat dicapai menggunakan cara yang sama seperti yang disebutkan sebelum ini: i.
Melalui kesan keagungan Allah dan makhluk ciptaanNya yang menjadi cerminan kepada kekuasaan Allah Taala. Kesan tersebut memenuhi langit dan bumi ini.
ii.
Melalui perantaraan risalah Allah yang diturunkan sepanjang sejarah manusia. Risalah ini disampaikan kepada manusia melalui para Rasul yang suci dan wahyu-Nya yang agung.
Firman Allah Taala:
ÕÔÓÒ ÑÐÏÎ Í ÌË à ß ÞÝ Ü Û Ú Ù Ø × Ö âá
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampai wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. (As-Syura 42: 51) Tarbiyah Made Easy!!
88
4. KAUM TERDAHULU YANG INGIN MELIHAT ALLAH Soalan: Adakah terdapat kaum terdahulu yang meletakkan syarat untuk beriman kepada Allah dengan melihat-Nya? Ada, iaitu kaum Nabi Musa AS. Firman Allah Taala:
¤£¢¡{|}~ﮯz © ¨§¦¥
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (Al-Baqarah 2: 55)
Bahkan Nabi Musa AS sendiri pernah meminta untuk melihat Allah Taala. Hal ini diceritakan dalam Al-Quran. Firman Allah Taala:
¨§¦¥ ¤£¢¡ﮯ ´ ³ ² ± ° ¯ ® ¬ «ª © ¾ ½ ¼ » º¹ ¸ ¶ µ Tarbiyah Made Easy!!
89
Ç Æ Å ÄÃ Â Á À ¿ ÎÍÌË ÊÉÈ
Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perhatikanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku”. Setelah Tuhannya “Tajalli” (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan-Ku) aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku). (Al-A’raaf 7: 143)
Tarbiyah Made Easy!!
90
Begitu lemah mata manusia yang tidak mampu melihat terus kepada pancaran matahari walau hanya seminit, bagaimana ia mampu menanggung cahaya (nur) Allah sekiranya dizahirkan Dzat-Nya yang Maha Agung?
Nabi Musa AS yang seorang Rasul sahaja tidak berupaya menanggung kesan tajalli Allah ke atas bukit, apatah lagi manusia lain? Wallahu a’lam…
Tarbiyah Made Easy!!
91
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Terbukti bahawa tidak semua fenomena yang wujud di alam ini dapat dilihat oleh mata. Selain contohcontoh yang diberikan, senaraikan fenomena lain. (Kuasa eletrik, daya – tarikan, tolakan, inertia, geseran dll)
ii. Apakah kesimpulan daripada perbincangan tajuk ini? (Itulah Iman; iaitu meyakini & mempercayai sesuatu yang ghaib/tidak dapat dicerap dengan pancaindera seperti Allah Taala, Malaikat, Azab Kubur, Hari Akhirat, Syurga, Neraka dll)
Tarbiyah Made Easy!!
92
SEKIAN Nantikan siri kedua ebook ini yang bakal membimbing anda secara praktikal kaedah ma’rifatullah melalui tafakkur dan tadabbur alam. Terima kasih. EbookTarbiyah.Com “Tarbiyah Made Easy!!”
Tarbiyah Made Easy!!
93
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
94