Siri Rujukan Cepat Tarbiyah
(Bab 1 hingga Bab 7)
Diringkas & disaring daripada Kitab Himpunan Hadis Al-Adab Penyusun: EbookTarbiyah.Com
HADIS Siri #1
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
2
KATA PENGANTAR
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian. Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurniaNya jua ebook “Kitab al-Adab: Bab 1 hingga Bab 7” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca. Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertama daripada beberapa lagi siri ringkasan dan saringan terhadap Kitab Al-Adab. Kitab Al-Adab Kitab Al-Adab ini merupakan himpunan hadis-hadis adab dalam Islam yang dipetik dan disusun daripada Kitab Muntakhab Min as-Sunnah, Juzuk ke-11. Kitab ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan dalam membentuk budi pekerti dan adab mulia di peringkat awal proses Tarbiyah Islamiyah.
Tarbiyah Made Easy!!
3
Kitab Al-Adab ini mempunyai 26 Bab. Dalam siri pertama ebook ini, kita akan membahaskan 7 bab daripadanya. Menurut pengarang kitab ini, Adab didefinisikan sebagai: 1. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia, atau 2. Menggunakan percakapan dan perbuatan yang terpuji, atau 3. Menurut perkara-perkara yang dikira baik dan elok. Di antara contoh-contoh Adab termasuklah: 1. Memuliakan orang yang lebih tinggi daripada kita (usia, ilmu dsb.) 2. Berlemah lembut dengan orang yang lebih rendah daripada kita (usia, ilmu dsb.)
Kenapa Ebook ini Ditulis? Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Al-Adab yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan. Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.
Tarbiyah Made Easy!!
4
Konsep Istimewa Ebook Ini Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini: • Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja. • Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran. • Meringkaskan Perbahasan. Dalam ebook ini, kami membuang hadis-hadis yang digunakan secara berulang di dalam pendahuluan bab dan huraian bab. Begitu juga dengan huraian tentang tanda-tanda bacaan kalimah, disebabkan semua kalimah arab telah diberikan baris. • Objektif Bab dan Hadis. Di awal setiap tema, dijelaskan objektif-objektif (biasanya aspek kognitif) bagi setiap bab dan hadis. • Pengajaran dan Saranan Tarbawi. Di akhir setiap tajuk, diletakkan pengajaran hadis dan beberapa saranan tarbawi. Ia sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor.
Tarbiyah Made Easy!!
5
• Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya. Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca. Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Mac 2015
Tarbiyah Made Easy!!
6
ISI KANDUNGAN Akad Pembelian (#2) Kata Pengantar (#3) Isi Kandungan (#7) 1. Bab 1: 2. Bab 2: 3. Bab 3: 4. Bab 4: 5. Bab 5: 6. Bab 6: 7. Bab 7:
Berbakti kepada Ibubapa (#8) Larangan Berjihad Tanpa Izin Ibubapa (#19) Larangan Melaknat Kedua Ibubapa (#25) Penerimaan Doa Orang Berbakti pada Ibubapa (#32) Derhaka Ibubapa antara Dosa-dosa Besar (#44) Silaturrahim (#63) Silaturrahim (II) (#76)
Sekian (#100) Akad Pembelian (#101) p/s: # ialah mukasurat
Tarbiyah Made Easy!!
7
BAB 1:
“BERBAKTI KEPADA IBUBAPA” Objektif Hadis: Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini. 2. Menyatakan amalan-amalan mulia yang disebutkan oleh hadis ini. 3. Menjawab persoalan tentang perbezaan riwayat berkenaan amalan terbaik. 4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.
Teks Hadis
ِ اﷲ ﺑْ ِﻦ ﻣﺴﻌﻮٍد ر ِ َﻋﻦ َﻋ ْﺒ ِﺪ :ﺎل َ َﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪُ ﻗ ْ َ ُْ ْ َ
Daripada Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠﻪُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ُ َﺳﺄَﻟ َ ْﺖ اﻟﻨﱠﺒِ ﱠﻲ
:
Aku telah bertanya kepada Nabi SAW: .
ﺼﻼَةُ َﻋﻠَﻰ َوﻗْﺘِ َﻬﺎ َ َﺐ إِﻟَﻰ اﻟﻠﱠ ِﻪ؟ ﻗ اﻟ ﱠ:ﺎل أَ ﱡ َﺣ ﱡ َ ي اﻟ َْﻌ َﻤ ِﻞ أ
“Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?” Baginda menjawab, “Solat pada waktunya.”
ﺑِﱡﺮ اﻟ َْﻮاﻟِ َﺪﻳْ ِﻦ:ﺎل َ َي؟ ﻗ َ َﻗ ﺛُ ﱠﻢ أَ ﱞ:ﺎل
.
Beliau bertanya lagi, “Kemudian amalan apa pula?” Baginda menjawab, “Berbakti kepada ibubapa.”
ِ اﻟ:ﺎل ِ ِﺎد ﻓِﻲ َﺳﺒ ﻴﻞ اﻟﻠﱠ ِﻪ َ َي؟ ﻗ َ َﻗ ﺛُ ﱠﻢ أَ ﱞ:ﺎل ُ ْﺠ َﻬ
.
Beliau bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda bersabda, “Berjihad di jalan Allah.”
ِ ِ ِ ِ .ادﻧِﻲ ﻮ ﻟ و ﻦ ﻬ ﺑ ﻲ َﺣ ﱠﺪﺛَﻨ:ﺎل َ َﻗ َ ﱠ َ اﺳﺘَـ َﺰ ْدﺗُﻪُ ﻟََﺰ ْ َ
Beliau berkata lagi, “Baginda telah berbicara kepadaku tentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku.”
ي َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
(Riwayat Bukhari).
Periwayat Hadis:
Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu merupakan seorang ulama Fiqh di kalangan para Sahabat. Beliau menyertai Perang Badar dan semua perang bersama Rasulullah SAW.
Huraian Hadis: 1. Solat pada Waktunya Maksudnya mengerjakan solat dalam waktunya secara tunai, bukan secara qadha’ di luar waktu. Namun begitu, solat pada awal waktunya lebih baik dan lebih mulia. Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Farwah radhiallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ِ ﻀﻞ اْﻷَ ْﻋﻤ ﺼ َﻼ ةُ ﻓِﻲ أَ ﱠو ِل َوﻗْﺘِ َﻬﺎ ﺎل اﻟ ﱠ َ ُ َ ْأَﻓ
“Amalan yang terbaik ialah solat pada awal waktunya.” (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi & Al-Hakim)
2. Berbakti kepada Ibubapa Berbakti kepada ibubapa, iaitu dengan cara berbuat baik, melakukan perkara yang elok serta menggembirakan mereka. Seperti firman Allah SWT:
5 4 3 21 0 / . >= < ; : 9 8 7 6
“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…” (Al-Ankabut 29: 8) Sebab turunnya ayat di atas ialah: Ibu kepada Saad bin Abi Waqas RA (iaitu Hamnah binti Sufyan bin Umayyah, sepupu Abu Sufyan) telah bersumpah tidak akan bercakap kepada Saad selama-lamanya, sehingga beliau kufur dengan agama (Islam yang baru dianuti)nya. Ibunya berkata; “Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada dua ibubapa kamu. Aku ini adalah ibumu! Aku menyuruh kamu dengan perkara ini (keluar dari Islam)!”
Lalu turunlah ayat, “Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…” (Riwayat Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi) Ayat ini berpesan tentang hak kedua ibubapa, dan perintah agar kita mentaati keduanya walaupun mereka masih kafir. Tetapi ketaatan tersebut bersyarat, iaitu bukan dalam suruhan mensyirikkan Allah SWT seperti tindakan ibu Saad RA itu. Ini selari dengan Sabda Rasulullah SAW:
ِ ﺎﻋﺔَ ِﻷَﺣ ٍﺪ ﻓِﻲ ﻣ ْﻌﺼﻴ ِﺔ .اﷲ ََ َ َ َ ََﻻ ﻃ ِ إَﻧﱠﻤﺎ اﻟﻄﱠﺎﻋﺔُ ﻓِﻲ اﻟْﻤﻌﺮ وف َ َ ُْ َ
“Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam menderhakai Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melakukan perkara yang baik.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa’i)
ِ ﻮق ﻓِﻲ ﻣ ْﻌ ٍ ُﺎﻋﺔَ ﻟِﻤ ْﺨﻠ ﺼﻴَ ِﺔ اﻟْ َﺨﺎﻟِ ِﻖ َ َ َ ََﻻ ﻃ
“Tiada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam menderhakai Tuhan yang Maha Pencipta.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim) Berbuat baik kepada ibubapa juga merangkumi berbuat baik kepada rakan-rakan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam Sohih Bukhari dan Sohih Muslim. Seorang penyair Arab telah berkata; “Muliakanlah kawan bapamu di mana jua kamu menemuinya. Demi Allah, sesungguhnya kamu telah menderhakai bapamu jika kamu tidak berbuat demikian.” Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:
T SR Q
“… bahawa bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu…” (Luqman 31: 14) Mengenai ayat ini, Sufyan bin ‘Uyainah telah berkata; “Sesiapa yang menunaikan solat 5 waktu, maka dia…
…telah bersyukur kepada Allah Taala. Sesiapa yang berdoa untuk kedua ibubapanya selepas solat, maka dia telah berterima kasih kepada mereka.” 3. Berjihad di Jalan Allah Antara bentuk-bentuk jihad di jalan Allah adalah berjihad bagi mempertahankan tanah air dan tempat tinggal, sehingga kita dapat beribadah kepada Allah SWT dalam keadaan selamat (diri, keluarga, maruah dan harta kita). Dalam hadis ini, berbuat baik kepada ibubapa disebut sebelum jihad, kerana jihad itu bergantung kepada berbuat baik kepada ibubapa. Ini kerana di antara tuntutan berbuat baik kepada ibubapa adalah meminta keizinan mereka untuk berjihad. Biasanya orang berpandangan berbuat baik baik kepada ibubapa adalah lumrah, iaitu sebagai membalas budi ibubapa yang membesarkan mereka sejak kecil. Namun, dengan mendahului berbuat baik kepada ibubapa berbanding jihad, Rasulullah SAW telah memperingatkan kita tentang fadhilat yang besar dalam perbuatan tersebut.
Kelebihan jihad di jalan Allah SWT seperti firman-Nya dalam Al-Qur’an:
z yxwv ut srq po
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
¥¤ £ ¢ ¡ { | } ~ ﮯ ¬« ª ©¨ § ¦
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,
¸ ¶µ´³²±°¯ ® Á À ¿ ¾ ½¼ » º ¹
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Í Ì Ë ÊÉ È Ç Æ Å ÄÃ Â
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (As-Saff 61: 10-13)
Kenapa terdapat perbezaan amalan yang disukai oleh Allah SWT dalam beberapa hadis Nabi SAW? Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa memberi makan adalah sebaik-baik amalan, amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan yang berterusan dan sebagainya. Ini berlainan dengan apa yang disebut dalam hadis ini bahawa amalan yang paling baik dan yang paling disukai Allah SWT ialah menunaikan solat dalam waktunya. Jawapan Nabi SAW berbeza kerana: Mengikut perbezaan keadaan orang yang bertanya. Maka, baginda menjawab berdasarkan keperluan, keinginan dan kesesuaian bagi mereka. Atau disebabkan perbezaan waktu, di mana amalan berkenaan pada waktu itu adalah lebih baik daripada amalan yang sama di masa yang lain. Ketika awal Islam, jihad merupakan amalan terbaik, kerana ia adalah jalan kepada melaksanakan amalan-amalan lain. Ia juga membolehkan pelaksanaan amalan-amalan tersebut.
Banyak nas juga yang menunjukkan bahawa solat lebih baik daripada sedekah. Walaupun begitu, pada ketika berkongsi kesusahan dengan orang yang terdesak, sedekah adalah lebih baik daripada solat. Atau sebab lain adalah, kerana perkataan afdhal bukanlah dimaksudkan sebagai amalan yang terbaik, tetapi bermaksud kelebihan secara umum, iaitu antara amalan-amalan terbaik. Jenis amalan yang disebutkan dalam hadis ini ialah amalan-amalan badaniyyah (yang dilakukan oleh anggota badan seperti solat, zakat, haji dan sebagainya). Oleh itu, tiada percanggahan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah SAW telah ditanya, “Amalan manakah yang paling baik?” Lalu Baginda SAW menjawab: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Ada orang bertanya lagi, “Kemudian amalan apa?” Baginda menjawab, “Berjihad di jalan Allah.” Ada orang bertanya lagi, “Kemudian amalan manakah pula?” Baginda SAW menjawab, “Haji yang mabrur.” (Riwayat Bukhari)
Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Menunaikan solat dalam waktunya, khususnya solat fardu Subuh. 2. Berbuat baik dan berbakti kepada kepada kedua ibubapa. 3. Berniat untuk berjihad di jalan Allah Taala dan melakukan persediaan mental, pemikiran dan fizikal untuk tujuan murni ini. Wallahu a’lam. Selamat beramal!
BAB 2:
“LARANGAN BERJIHAD TANPA IZIN IBUBAPA” Objektif Hadis: Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini. 2. Menjelaskan sebab keperluan meminta izin dua ibubapa terlebih dahulu sebelum berjihad. 3. Menjelaskan jenis jihad yang perlu mendapat keizinan dua ibubapa sebelum menyertainya. 4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.
Teks Hadis
ِ ِ ﺎص ر ِ ِ ِ ِ ِ :ﺎل ْﻌ ﻟ ا ﻦ ﺑ و ﺮ ﻤ ﻋ ﻦ ﺑ اﷲ ﺪ َﻋ ْﻦ َﻋ ْﺒ َ َ ﻗ،ﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨـ ُﻬ َﻤﺎ َ َ ْ َْ ْ Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu ‘anhuma katanya:
ِ أُﺟ:ﺎل رﺟﻞ ﻟِﻠﻨﱠﺒِﻰ ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠﻪ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ ﺎﻫ ُﺪ؟ َ ﻗَ َ َ ُ ٌ ﱢ َ َ ََ َْ ُ
Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW, katanya, “Bolehkah aku pergi berjihad?”
ِ ﻚ أَﺑـﻮ . ﻧَـ َﻌ ْﻢ:ﺎل َ َان؟ ﻗ َ َﻗ َ َ َ َ أَﻟ:ﺎل
Baginda SAW bertanya kembali, “Adakah kamu masih mempunyai kedua ibubapa?” Dia menjawab, “Ya.”
. ﻓَِﻔ ْﻴ ِﻬ َﻤﺎ ﻓَ َﺠ ِﻬ ُﺪ:ﺎل َ َﻗ
Lalu Baginda SAW bersabda, “Oleh itu, berjihadlah pada mereka berdua sahaja (dengan melawan nafsu kamu dalam berkhidmat dan meredhakan mereka).”
ي َوُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Tarbiyah Made Easy!!
20
Periwayat Hadis:
Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma, anak-beranak ini merupakan dua orang sahabat Rasulullah SAW.
Huraian Hadis: 1. Bolehkah Aku Pergi Berjihad? Dalam satu riwayat lain bahawa Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash RA berkata, “Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW bagi meminta izin Baginda SAW untuk berjihad.” Lelaki ini tidak dinyatakan namanya. Ada pendapat mengatakan beliau adalah Jahimah bin al-‘Abbas asSalami radhiallahu ‘anhu. 2. Adakah Kamu Masih Mempunyai Dua Orang Tua? Dalam satu riwayat, Baginda SAW bertanya kembali kepada lelaki itu, “Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup?” Lelaki itu menjawab bahawa kedua ibubapanya masih hidup. Tarbiyah Made Easy!!
21
3. Berjihadlah Pada Mereka Sahaja Maksud Baginda SAW, jika kamu masih mempunyai kedua ibubapa, maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk berbakti dan berbuat baik kepada mereka berdua, kerana sesungguhnya perbuatan itu menyamai kelebihan berperang menentang musuh. Hadis ini menunjukkan perkara yang sama seperti hadis daripada Abu Said radhiallahu ‘anhu katanya: Seorang lelaki telah berhijrah (dari Yaman ke Madinah, dan meminta izin untuk berjihad). Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya, “Adakah ibubapa kamu masih ada di Yaman?” Dia menjawab, “Ya.” Baginda SAW bertanya lagi, “Adakah mereka telah mengizinkan kamu (untuk berjihad)?” Dia menjawab, “Belum.” Baginda SAW bersabda, “Pulanglah, lalu minta izin kepada mereka. Jika mereka mengizinkan, berjihadlah. Jika tidak, berbuat baiklah kepada mereka (dan jangan keluar berjihad).” (Riwayat Ahmad)
Tarbiyah Made Easy!!
22
Mengapa Rasulullah SAW mensyaratkan keizinan kedua ibubapa lelaki itu untuk berjihad? Kerana perasaan bimbangkan si anak yang mungkin terbunuh atau tercedera akan menyusahkan kedua ibubapanya. Oleh demikian, hadis ini adalah satu dalil bahawa: Berbuat baik kepada ibubapa lebih diutamakan berbanding jihad. Seseorang anak tidak boleh berjihad melainkan dengan izin ibubapanya.
Tarbiyah Made Easy!!
23
Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Wajib meminta keizinan ibubapa untuk menyertai jihad yang hukumnya Fardu Kifayah. 2. Seseorang itu tidak wajib meminta keizinan untuk menyertai jihad yang hukumnya Fardu ‘Ain. 3. Berbakti kepada ibubapa dan melayan mereka dengan cara yang baik, sekalipun mereka berada dalam maksiat atau kufur. Wallahu a’lam. Selamat beramal!
Tarbiyah Made Easy!!
24
BAB 3:
“LARANGAN MELAKNAT KEDUA IBUBAPA” Objektif Hadis: Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini. 2. Menjelaskan dosa besar yang terdapat di dalam hadis ini. 3. Menjelaskan kepentingan menutup segala jalan yang boleh membawa kepada dosa besar. 4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.
Teks Hadis
ِ ﺎص ر ِ ِ :ﺎل َ َ ﻗ،ﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨـ ُﻬ َﻤﺎ َ ِ َﻋ ْﻦ َﻋ ْﺒﺪ اﷲ ﺑْ ِﻦ َﻋ ْﻤ ِﺮو ﺑْ ِﻦ اﻟ َْﻌ Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu ‘anhuma katanya:
ِ :ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َ َﻗ َ ﺎل َر ُﺳ ْﻮ ُل اﷲ Rasulullah SAW bersabda:
إِ ﱠن ِﻣ ْﻦ أَ ْﻛﺒَ ِﺮ اﻟْ َﻜﺒَﺎﺋِ ِﺮ أَ ْن ﻳَـﻠ َْﻌ َﻦ اﻟ ﱠﺮ ُﺟ ُﻞ َواﻟِ َﺪﻳْ ِﻪ
“Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri.”
ِﻗ ﻒ ﻳَـﻠ َْﻌ ُﻦ اﻟ ﱠﺮ ُﺟ ُﻞ َواﻟِ َﺪﻳْ ِﻪ؟ َ ﻳَﺎ َر ُﺳ:ﻴﻞ َ ﻮل اﻟﻠﱠ ِﻪ َوَﻛ ْﻴ َ
Lantas seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibubapanya sendiri?”
.ُﺐ أُﱠﻣﻪ َ َﻗ ﺴﱡ ﺴﱡ ﺴﱡ ُ َﺐ أَﺑَﺎﻩُ َوﻳ ُ َﺐ اﻟ ﱠﺮ ُﺟ ُﻞ أَﺑَﺎ اﻟ ﱠﺮ ُﺟ ِﻞ ﻓَـﻴ ُ َ ﻳ:ﺎل
Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya.”
ي ي َوُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ َوأَﺑُـ ْﻮ َد ُاو َد َواﻟﺘﱢـ ْﺮِﻣ ِﺬ ﱡ َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi
Tarbiyah Made Easy!!
26
Periwayat Hadis:
Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma, anak-beranak ini merupakan dua orang sahabat Rasulullah SAW.
Huraian Hadis: 1. Dosa Besar Melaknat Ibubapa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri.” Lafaz ini menunjukkan bahawa dosa-dosa besar itu mempunyai tahap-tahap yang berbeza dan sabahagiannya lebih besar daripada yang lain. Ini merupakan pandangan majoriti para ulama. Melaknat, memaki dan mencaci ibubapa merupakan antara dosa-dosa besar atau antara sebesar-besar dosa besar, kerana perbuatan tersebut adalah satu bentuk penderhakaan. Ia juga merupakan perbuatan buruk dalam membalas jasa kedua ibubapa kita. Malah, satu tindakan tidak berterima kasih dan mengingkari hak mereka berdua. Tarbiyah Made Easy!!
27
2. Bagaimana Seorang Anak Melaknat Ibubapanya? Lantas seseorang bertanya, bagaimanakah seseorang itu ibubapanya sendiri?”
“Ya Rasulullah, boleh melaknat
Orang yang bertanya tersebut berasa pelik dan tidak munasabah bahawa seseorang anak akan melakukan perbuatan tersebut kepada ibubapanya sendiri. Ini kerana sifat semulajadi manusia yang normal enggan melakukannya. Lalu Nabi SAW menjawab sambil menerangkan bahawa biasanya si anak itulah yang menjadi punca kepada kedua ibubapanya dicaci, sekalipun dia tidak mencacinya mereka dengan mulutnya sendiri. 3. Memaki Ibubapa Orang Lain Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya.” Apabila telah dimaklumi bahawa menjadi punca kepada ibubapa dilaknat dan dimaki sahaja merupakan antara sebesar-besar dosa besar, maka melaknat dan memaki mereka sendiri secara jelas adalah lebih berat.
Tarbiyah Made Easy!!
28
Dalam Fathu al-Bari, al-Hafiz Ibnu Hajr menyebut bahawa Ibnu Batthol berkata; “Hadis ini merupakan dalil asas tentang kaedah Saddu az-Zara’I (iaitu menghalang jalan atau punca yang boleh membawa kepada perkara haram).”
Bagaimanakah kita dapat mengaplikasi kaedah hadis ini dalam hukum-hakam agama?
Setiap perbuatan yang boleh membawa kepada sesuatu perkara yang haram, adalah haram dilakukan, sekalipun pembuatnya tidak berniat untuk melakukan perkara haram. Dalil asal kepada hadis ini ialah firman Allah SWT:
¦¥¤£¢¡|}~ ﮯ ¨§
“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain daripada Allah. (Jika kamu mencercanya), mereka akan mencerca Allah secara melampui batas tanpa sebarang pengetahuan…” (Al-An’am 6: 108) Tarbiyah Made Easy!!
29
Al-Mawardi mengeluarkan hukum dilarang menjual pakaian sutera kepada lelaki yang diyakini akan memakainya. Begitu juga haram menjual jus anggur atau lainnya kepada orang yang diyakini akan menggunakannya untuk membuat arak. Berhubung pengajaran hadis ini, Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Dalam hadis ini terdapat dalil betapa besarnya hak kedua ibubapa. Sesiapa yang memaki bapa orang lain, maka orang itu boleh memaki bapanya. Boleh juga dia tidak membalas, tetapi biasanya dia akan membalas seumpama kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Pelajar boleh meminta penjelasan gurunya mengenai kata-kata yang tidak jelas baginya, seperti pertanyaan Sahabat RA tersebut. Hadis ini mengesahkan kewujudan dosa-dosa besar. Asal (ibubapa dan ke atas) mengatasi cabangnya (anak dan ke bawah) berdasarkan kedudukan asal, sekalipun cabang itu mengatasi asalnya dengan beberapa sifat. Menderhakai ibubapa adalah salah satu daripada sebesar-besar dosa besar, sekalipun anak itu lebih hebat kerana memiliki sifat-sifat mulia yang tidak dimiliki oleh ibubapanya. Tarbiyah Made Easy!!
30
Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Hendaklah kita menutup segala punca yang boleh membawa kepada perkara yang menyakiti ibubapa, sekalipun kita tidak berniat begitu. 2. Orang yang memiliki sifat semulajadi yang normal, fitrahnya pasti enggan memaki ibubapanya. Sememangnya, tiada sesiapapun yang sanggup memaki ibubapanya sendiri. Wallahu a’lam. Selamat beramal!
Tarbiyah Made Easy!!
31
BAB 4:
“PENERIMAAN DOA ANAK YANG BERBAKTI KEPADA IBUBAPA” Objektif Hadis: Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini. 2. Menjelaskan bahawa keikhlasan kepada Allah SWT dapat melepaskan seseorang daripada segala kesusahan dunia. 3. Menjelaskan bahawa takut dan gerun kepada Allah SWT dapat menghalang seseorang daripada melakukan maksiat. 4. Menyebutkan tentang keberkatan berbuat baik kepada ibubapa yang diperoleh oleh seseorang di dunia dan di akhirat. 5. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.
Teks Hadis
ِ ِ ِ ﺿﻲ اﷲ َﻋ ْﻨـ ُﻬﻤﺎ َﻋﻦ رﺳ ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠﻪُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َ ﻮل اﷲ ُ َ ْ َ ُ َ َﻋ ْﻦ اﺑْ ِﻦ ﻋُ َﻤ َﺮ َر :ﺎل َ ََو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗ Daripada Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma, daripada Rasulullah SAW, sabdanya:
. أَ َﺧ َﺬ ُﻫ ُﻢ اﻟ َْﻤﻄَُﺮ،ﺑَـ ْﻴـﻨَ َﻤﺎ ﺛَﻼَﺛَﺔُ ﻧَـ َﻔ ٍﺮ ﻳَـﺘَ َﻤﺎ َﺷ ْﻮ َن
Ketika tiga orang orang lelaki sedang berjalan bersamasama, mereka telah ditimpa hujan.
ِ ِ ٌﺻ ْﺨ َﺮة ْ ﻓَﺎﻧْ َﺤﻄﱠ،ْﺠﺒَ ِﻞ َ ﺖ َﻋﻠَﻰ ﻓَ ِﻢ ﻏَﺎ ِرﻫ ْﻢ َ ﻓَﺄ ََوْوا إِﻟَﻰ ﻏَﺎ ٍر ﻓﻲ اﻟ ِ .ﺖ َﻋﻠَْﻴ ِﻬ ْﻢ ﻟ ا ﻦ ﻣ ْ ﻓَﺄَﻃْﺒَـ َﻘ،ْﺠﺒَ ِﻞ َ ْ
Lalu mereka berlindung di dalam sebuah gua di sebuah bukit. Tiba-tiba sebiji batu besar daripada bukit itu jatuh menghempap mulut gua tempat mereka berlindung, lalu batu itu memerangkap mereka.
ِﻀﻬﻢ ﻟ ِ اُﻧْﻈُﺮوا أَ ْﻋﻤ ًﺎﻻ َﻋ ِﻤﻠْﺘُﻤﻮﻫﺎ ﻟِﻠﱠ:ﺾ ٍ ،ًﺻﺎﻟِ َﺤﺔ ﻪ ﻌ ـ ﺒ َ ﻓَـ َﻘ َ ُ ْ َ ْ ُ ُ ﺎل ﺑَـ ْﻌ َ َ ُ . ﻟَ َﻌﻠﱠﻪُ ﻳَـ ْﻔ ُﺮ ُﺟ َﻬﺎ َﻋ ْﻨ ُﻜ ْﻢ،ﻓَﺎ ْدﻋُﻮا اﻟﻠﱠﻪَ ﺑِ َﻬﺎ
Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain, “Renungkanlah tentang amalan-amalan soleh yang telah kamu lakukan kerana Allah. Seterusnya berdoalah dengan menyebut amalan-amalan itu. Semoga Allah akan mengalihkan batu ini daripada kamu.” Tarbiyah Made Easy!!
33
ِ ﺎن َﻛﺒِﻴﺮ ِ ان َﺷ ْﻴ َﺨ ِ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِﻧﱠﻪُ َﻛﺎ َن ﻟِﻲ واﻟِ َﺪ:ﺎل أَﺣ ُﺪ ُﻫﻢ .ان َو ْاﻣ َﺮأَﺗِﻲ ْ َ َ ﻓَـ َﻘ َ َ Salah seorang daripada mereka pun berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai dua orang ibubapa yang sangat tua dan isteriku.”
ِ ٌﺻ ْﺒـﻴﺔ ِ وﻟِﻲ .ﺖ أ َْر َﻋﻰ َﻋﻠَْﻴ ِﻬ ْﻢ ﻐ ﺻ َ ُ ُﻛ ْﻨ،ﺎر ٌ َ َ
“Aku juga mempunyai anak-anak yang masih kecil. Aku juga membela haiwan ternakan untuk menyara mereka.”
ِت ﺑِﻮاﻟ .َﺳ ِﻘﻴ ِﻬ َﻤﺎ ﻗَـ ْﺒ َﻞ ﺑَﻨِ ﱠﻲ أ ي ﺪ ﱠ َ ُ ﺖ َﻋﻠَْﻴ ِﻬ ْﻢ ﻓَ َﺤﻠَْﺒ ُ ﻓَِﺈ َذا ُر ْﺣ ْ َ ُ ْ ﺑَ َﺪأ،ﺖ
“Apabila aku pulang pada waktu petang membawa haiwan ternakan kepada mereka lalu aku memerah susu, aku mulakan dengan ibubapaku. Aku memberi mereka minum dahulu sebelum anak-anakku.”
ٍوإِﻧﱠﻪ ﻧﺄَى ﺑِﻲ ذَات ﻳـﻮ ﱠ َ ،ﺖ ﻴ ﺴ َﻣ أ ﱠﻰ ﺘ ﺣ ﺖ ﻴ ـ ﺗ أ ﺎ ﻤ ﻓ . ﺮ ﺠ ﺸ اﻟ م َ ُ ْ َ ْ َ ُ َْ َ ُ َ َْ َ ْ َ ُ َ .ﻓَـ َﻮ َﺟ ْﺪﺗُـ ُﻬ َﻤﺎ ﻗَ ْﺪ ﻧَ َﺎﻣﺎ
“Pada suatu hari, aku pergi jauh kerana mencari pokok dan tumbuhan (untuk ternakan). Aku tidak pulang, sehinggalah waktu petang. Lalu aku dapati ibubapaku telah tidur.”
ِ ﺖ ﺑِﺎﻟ ِ ْﺤ َﻼ ﺖ ِﻋ ْﻨ َﺪ ُ ﻓَـ ُﻘ ْﻤ،ب ُ ﻓَ ِﺠ ْﺌ.ﺐ ُ ﺖ َﻛ َﻤﺎ ُﻛ ْﻨ ُ ﻓَ َﺤﻠَْﺒ ْﺖأ ُ َُﺣﻠ ِ رء . أَ ْﻛ َﺮﻩُ أَ ْن أُوﻗِﻈَ ُﻬ َﻤﺎ ِﻣ ْﻦ ﻧَـ ْﻮِﻣ ِﻬ َﻤﺎ،وﺳ ِﻬ َﻤﺎ ُُ
“Aku pun memerah susu seperti biasa. Aku membawa susu yang diperah itu, lalu aku berdiri di sisi mereka berdua, tetapi aku tidak suka mengejutkan mereka dari tidur.” Tarbiyah Made Easy!!
34
.ﻀﺎﻏَ ْﻮ َن ِﻋ ْﻨ َﺪ ﻗَ َﺪ َﻣ ﱠﻲ َواﻟ ﱢ،ﺼ ْﺒـﻴَﺔَ ﻗَـ ْﺒـﻠَ ُﻬ َﻤﺎ َوأَ ْﻛ َﺮﻩُ أَ ْن أَ ْﺷ ِﻘ َﻲ اﻟ ﱢ َ َﺼ ْﺒـﻴَﺔُ ﻳَـﺘ .ﻚ َدأْﺑِﻲ َو َدأْﺑَـ ُﻬ ْﻢ َﺣﺘﱠﻰ ﻃَﻠَ َﻊ اﻟْ َﻔ ْﺠ ُﺮ َ ِﻓَـﻠَ ْﻢ ﻳَـ َﺰ ْل ذَﻟ
“Aku juga tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum ibubapaku, sedangkan anak-anakku meraung-raung kelaparan di sisi kedua belah kakiku. Itulah keadaanku dan keadaan mereka sehingga terbit fajar.”
ِْﺖ َذﻟ ِﻚ اﺑْﺘ ِ ﱢ َ ﻐ ﻠ ﻌ ـ ﻓ ﻲ ﻧ أ ﻢ ﻠ ﻌ ـ ﺗ ﺖ ﻨ ﻛ ن ﺈ َ َ َﻓ ْ ُ ً ﻓَﺎﻓْـ ُﺮ ْج ﻟَﻨَﺎ ﻓُـ ْﺮ َﺟﺔ،ﻚ َ َ ْ َ ﺎء َو ْﺟ ِﻬ َ ُ َ ْ َ َ ُ ِ ﻧَـﺮى .ﺎء ﻤ ﺴ اﻟ ﺎ ﻬ ـ ﻨ ﻣ ﱠ ْ َ َ ََ “Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku melakukan semua itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka bukakanlah untuk kami satu bukaan yang melaluinya kami boleh melihat langit.”
ِ ﻓَـ َﻔﺮج اﻟﻠﱠﻪ ﻟَﻬﻢ ﻓُـﺮﺟﺔً ﺣﺘﱠﻰ ﻳـﺮو َن .ﺎء ﻤ ﺴ اﻟ ﺎ ﻬ ـ ﻨ ﻣ ﱠ ْ َ ْ ََ َ َ ْ ْ ُ ُ َ َ ََ
Lalu Allah membukan untuk mereka satu bukaan, sehingga mereka boleh melihat langit melalui bukaan itu. …………………………………………
ِ َﺣﺒَْﺒﺘُـ َﻬﺎ َﻛﺄَ َﺷ ﱢﺪ َﻣﺎ أ ، ﻢ ﻋ ﺔ ﻨ ـ ﺑ ا ﻲ َ ََوﻗ ُ ﱟ ْ َ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِﻧﱠﻪُ َﻛﺎﻧ:ﺎل اﻟﺜﱠﺎﻧِﻲ ْ َ َْ ﺖ ﻟ ِﻳ ،َﱢﺴﺎء ﻨ اﻟ ﺎل ﺟ ﺮ اﻟ ﺐ ﺤ ُ ﱡ ﱢ َ ُ َ
Lelaki yang kedua pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku ada seorang sepupu perempuan yang aku cintai, seperti seperti sekuat-kuat cinta lelaki kepada perempuan.”
Tarbiyah Made Easy!!
35
ِﺖ إ .ﺖ َﺣﺘﱠﻰ آﺗِﻴَـ َﻬﺎ ﺑِ ِﻤﺎﺋَ ِﺔ ِدﻳﻨَﺎ ٍر ﻔ ـ ﻧ ﺎ ﻬ ـ ﻴ ﻟ َ ْ َ ْ َ ﻓَﺄَﺑ،ﺴ َﻬﺎ ُ ﻓَﻄَﻠَْﺒ َ ْ َ
“Aku telah menggodanya supaya menyerahkan dirinya kepadaku (untuk berzina), tetapi dia enggan kecuali aku membawa seratus dinar kepadanya.”
. ﻓَ ِﺠ ْﺌﺘُـ َﻬﺎ ﺑِ َﻬﺎ،ﺖ ِﻣﺎﺋَﺔَ ِدﻳﻨَﺎ ٍر ُ ﺖ َﺣﺘﱠﻰ َﺟ َﻤ ْﻌ ُ ﺴ َﻌ ْﻴ َ َﻓ
“Lalu aku berusaha, sehingga aku dapat mengumpul seratus dinar, lalu aku datang kepadanya membawa duit itu.”
،َ اِﺗﱠ ِﻖ اﻟﻠﱠﻪ، ﻳَﺎ َﻋ ْﺒ َﺪ اﻟﻠﱠ ِﻪ:ﺖ ْ َ ﻗَﺎﻟ،ﺖ ﺑَـ ْﻴ َﻦ ِر ْﺟﻠَْﻴـ َﻬﺎ ُ ﻓَـﻠَ ﱠﻤﺎ َوﻗَـ ْﻌ
Tatkala aku berada di antara dua belah kakinya (bersedia untuk menjimaknya), dia berkata: “Wahai hamba Allah, bertaqwalah kepada Allah!”
.ﺖ َﻋ ْﻨـ َﻬﺎ ُ ﻓَـ ُﻘ ْﻤ.َوَﻻ ﺗَـ ْﻔﺘَ ِﺢ اﻟْ َﺨﺎﺗَ َﻢ إِﱠﻻ ﺑِ َﺤ ﱢﻘ َﻬﺎ
“Janganlah kamu membuka cincin (memecahkan selaput dara) melainkan dengan haknya (perkahwinan yang sah).”
ِْﺖ َذﻟ ِﻚ اﺑْﺘ ﻓَﺎﻓْـ ُﺮ ْج ﻟَﻨَﺎ،ﻚ ﻐ َ َ ﺎء َو ْﺟ ِﻬ َ ُ ﺖ ﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻢ أَﻧﱢﻲ ﻗَ ْﺪ ﻓَـ َﻌﻠ َ ﻓَِﺈ ْن ُﻛ ْﻨ َ .ًِﻣ ْﻨـ َﻬﺎ ﻓُـ ْﺮ َﺟﺔ “Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku melakukan perbuatan itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka bukalah satu bukaan untuk kami.”
.ًج ﻟَ ُﻬ ْﻢ ﻓُـ ْﺮ َﺟﺔ َ ﻓَـ َﻔ َﺮ
Lalu Allah membuka satu bukaan untuk mereka. Tarbiyah Made Easy!!
36
ِت أ ٍ.َﺟ ًﻴﺮا ﺑَِﻔ َﺮ ِق أ َُرّز َ ََوﻗ ُ اﺳﺘَﺄْ َﺟ ْﺮ ُ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِﻧﱢﻲ ُﻛ ْﻨ:ﺎل ْاﻵ َﺧ ُﺮ ْ ﺖ
Lelaki terakhir pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku pernah mengupah seorang pekerja dengan upah sebanyak satu faraq (bersamaan tiga gantang) padi.”
،ُﺖ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ ﻓَـ ْﺮﻗَﺔ َ َ ﻗ،ﻀﻰ َﻋ َﻤﻠَ ُﻪ ْ ﻓَـ َﻌ َﺮ. أَ ْﻋ ِﻄﻨِﻲ َﺣ ﱢﻘﻲ:ﺎل ﻟِ ْﻲ َ َﻓَـﻠَ ﱠﻤﺎ ﻗ ُ ﺿ ِ ور .ُﺐ َﻋ ْﻨﻪ ﻏ َ ََ
“Tatkala dia selesai melakukan kerjanya, dia berkata kepadaku: “Berikanlah kepada aku akan hak aku.” Lalu aku tawarkan kepadanya satu faraqnya itu. Tetapi dia tidak menyukainya (dan terus pergi tanpa mengambil upahnya).”
.ﺖ ِﻣ ْﻨﻪُ ﺑَـ َﻘ ًﺮا َوِر َﻋﺎﺋَـ َﻬﺎ ُ ﻓَـﻠَ ْﻢ أ ََز ْل أَ ْزَرﻋُﻪُ َﺣﺘﱠﻰ َﺟ َﻤ ْﻌ
“Aku sentiasa menanam benih padi yang menjadi upahnya itu sehingga aku telah menghimpunkan banyak lembu dan pengembalanya hasil padi itu.” .
َوَﻻ ﺗَﻈْﻠِ ْﻤﻨِﻲ َﺣ ﱢﻘﻲ،َ اِﺗﱠ ِﻖ اﻟﻠﱠﻪ:ﺎل َ ﺎءﻧِﻲ ﻓَـ َﻘ َ ﻓَ َﺠ
Tiba-tiba dia datang kepadaku, lalu berkata: “Bertaqwalah kepada Allah. Janganlah kamu menzalimi aku dan hak aku.”
ِ ا:ﻓَـ ُﻘﻠْﺖ .ْﻚ اﻟْﺒَـ َﻘ ِﺮ َوِر َﻋﺎﺋِ َﻬﺎ ﻓَ ُﺨ ْﺬ َﻫﺎ ﻫ ذ ْ َ ﺐ إِﻟَﻰ ﺗِﻠ ُ َ ْ
Aku pun berkata: “Pergilah ambil lembu-lembu itu dan pengembala-pengembalanya.”
Tarbiyah Made Easy!!
37
ِ ا:ﺎل ﱠ ِ ِ ﱠ .ئ ﺑِﻲ ﺰ ﻬ ـ ﺘ ﺴ ﺗ ﻻ و ، ﻪ ﻠ اﻟ ﻖ ﺗ َ ﻓَـ َﻘ َ َ ُ ْ َْ َ َ
Lalu dia berkata lagi: “Bertaqwalah kepada Allah. Janganlah mempersendakan aku.”
.ﻚ اﻟْﺒَـ َﻘ َﺮ َوِر َﻋﺎﺋَـ َﻬﺎ َ ِ ُﺧ ْﺬ َذﻟ.ﻚ َ ِئ ﺑ ُ ﻓَـ ُﻘﻠ ُ َﺳﺘَـ ْﻬ ِﺰ ْ إِﻧﱢﻲ َﻻ أ:ْﺖ .ﺐ ﺑِ ِﻪ َ ﻓَﺄَ َﺧ َﺬﻩُ ﻓَ َﺬ َﻫ
Lalu aku berkata: “Sesungguhnya aku tidak mempersendakan kamu. Ambillah semua lembu dan pengembalanya.” Dia pun mengambil semua harta itu, lalu membawanya pergi.
ِْﺖ َذﻟ ِﻚ اﺑْﺘ .ﻚ ﻓَﺎﻓْـ ُﺮ ْج َﻣﺎ ﺑَِﻘ َﻲ ﻐ َ َ ﺎء َو ْﺟ ِﻬ َ ُ ﺖ ﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻢ أَﻧﱢﻲ ﻓَـ َﻌﻠ َ ﻓَِﺈ ْن ُﻛ ْﻨ َ
Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku telah melakukan semua itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka bukakanlah apa yang masih berbaki.”
.ج اﻟﻠﱠﻪُ َﻣﺎ ﺑَِﻘ َﻲ َ ﻓَـ َﻔ َﺮ
Lalu Allah membuka apa yang masih berbaki.
ي َوُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari dan Muslim
Tarbiyah Made Easy!!
38
Huraian Hadis:
1. Tiga Lelaki yang Terperangkap di dalam Gua Tiga orang lelaki tersebut adalah dari kalangan umat sebelum Nabi Muhammad SAW, iaitu daripada Bani Israel. Nama mereka tidak pula diketahui. Mereka berhenti dan singgah di sebuah gua akibat kehujanan. Tiba-tiba sebuah batu menghempap mulut gua dan memerangkap mereka di dalamnya. 2. Berdoa Menggunakan Amalan-amalan Soleh Mereka Yakni mereka bertawassul dengan amalan-amalan yang ikhlas kerana Allah SWT, tanpa sebarang perasaan riya’ (menunjuk-nunjuk kepada manusia) atau sum’ah (untuk mendengar pujian orang). 3. Tawassul Lelaki Pertama Lelaki pertama berdoa dengan budi baik kepada kedua ibubapanya, lalu doanya itu dimakbulkan oleh Allah SWT. Tarbiyah Made Easy!!
39
Marilah sama-sama kita merenung penderitaan lelaki itu kerana melihat anak-anaknya meraung-raung menangis di sisi dua belah kakinya lantaran kelaparan. Tatkala dia memandang kepada ibubapanya dengan pandangan kebaikan, demi menuntut keredhaanNya, Allah SWT telah memandang kepadanya dengan pandangan rahmat. Lantaran itu, dibukakan satu bukaan untuk mereka. 4. Tawassul Lelaki Kedua Lelaki kedua berdoa dengan keinsafannya di saat ingin melakukan persetubuhan luar nikah, akibat terkesan dengan peringatan sepupu perempuannya. Ini satu kelebihan daripada Allah SWT yang dikurniakan kepada perempuan itu, kerana dia tidak mahu melakukan perbuatan keji dan maksiat. Sebenarnya, dia hanya bersetuju dengan lelaki itu kerana lelaki itu enggan menolongnya, padahal dia telah merayu bantuan bersungguh-sungguh akibat kesusahan di musim kemarau. Sila rujuk hadis ke-12 dalam Riadush Sholihin oleh Imam Nawawi. Di samping itu, perempuan tersebut bimbang dirinya akan mati kelaparan, dan sampai ke tahap terdesak yang mendorongnya terjebak dengan perkara yang tidak disukainya sendiri. Tarbiyah Made Easy!!
40
Lantaran Allah mengetahui kebenaran perempuan itu, Dia telah menjauhkannya daripada kejahatan dan memeliharanya daripada melakukan maksiat. Lelaki itu pula memang benar-benar bersifat taqwa, kerana dia bangun meninggalkan perempuan itu dan tidak melakukan zina, sedangkan dia mampu melakukannya tanpa sebarang halangan. Jalan untuk berzina juga telah terbentang luas kepadanya, namun dia bangun tanpa meneruskan niat jahatnya itu kerana takut kepada Allah SWT. Sedangkan ketika itu, dia telahpun duduk di celah kedua belah kaki perempuan itu, dalam keadaan syahwatnya memuncak. Tambahan pula, syahwat kemaluan merupakan syahwat yang paling banyak ada pada manusia dan paling degil terhadap akal fikiran ketika ia sedang bergelora. Lantaran tindakan tersebut, lelaki diperkenankan doanya oleh Allah SWT.
itu
layak
5. Tawassul Lelaki Ketiga Lelaki ketiga berdoa pula dengan pelaksanaan amanah dengan cara yang baik terhadap bekas pekerjanya. Tarbiyah Made Easy!!
41
Dia telah memberikan kepada pekerja itu akan haknya, bahkan dengan lebihan yang banyak. Sedangkan upah yang wajib diberikan sekadar kerjanya sahaja. Tetapi dia telah menambah lebih daripada itu sebagai satu sumbangan daripadanya, kerana menuntut keredhaan Allah SWT. Maka doanya pun dimakbulkan.
Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadis ini? Allah SWT memakbulkan doa: Orang yang berbuat baik kepada ibubapanya Orang yang menjaga diri daripada perkara haram Orang yang memberikan kepada orang yang berhak akan haknya. Orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT dan sentiasa mencari keredhaan-Nya akan diberikan jalan keluar dari segala kesusahan. Firman Allah SWT:
po nml kj
“… Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan untuknya jalan keluar (daripada kesusahan dunia dan akhirat) Tarbiyah Made Easy!!
42
vu t s r q
dan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak dia sangkakan…” (Al-Thalaq 65: 2-3) Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Hendaklah mengikhlaskan segala amal untuk Allah SWT. 2. Hendaklah berbuat baik dan berbakti kepada ibubapa. 3. Tidak mengambil peluang atas kesempitan & kesulitan orang lain bagi mendorongnya melakukan maksiat. 4. Memberikan kepada orang yang berhak akan haknya, di samping berbudi kepadanya. Wallahu a’lam. Selamat beramal!
Tarbiyah Made Easy!!
43
BAB 5:
“DERHAKA IBUBAPA ANTARA DOSA-DOSA BESAR” Objektif Bab: Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis-hadis yang mulia ini. 2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis-hadis ini. Objektif Hadis 1 & 2: 1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatan menderhakai ibubapa. 2. Menjelaskan maksud menanam anak perempuan; siapa melakukannya & mengapa. 3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hak yang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukan hak kamu”. 4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukai banyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar, banyak bertanya & membazirkan harta. 5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangi peringatan tentang penyaksian palsu sebanyak tiga kali.
Teks Hadis 1
ِ َﻋ ِﻦ اﻟْﻤ ِﻐ ْﻴـﺮِة ﺑْ ِﻦ ُﺷ ْﻌﺒﺔَ ر :ُﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪ َ َ َ ُ
Daripada al-Mughirah bin Syu’bah radhiallahu ‘anhu:
:ﺎل َ َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗ َ َﻋ ِﻦ اﻟﻨﱠﺒِ ﱠﻲ
Daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
ِ إِ ﱠن اﷲ ﺣ ﱠﺮم َﻋﻠَْﻴ ُﻜﻢ ﻋُ ُﻘﻮ َق اْﻷُﱠﻣ َﻬ ،ﺎت َ َ َ ْ
“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhakai ibu,” Kalimah
اﻟﻌُ ُﻘﻮق- اﻟﻌ ﱡﻖ َ ﺎت ُ اَﻷُﱠﻣ َﻬ- ٌأُﱠﻣ َﻬﺔ أُمﱞ
Maksud Memotong dan membelah. Maksudnya memutuskan silaturrahim dengan ibubapa dan enggan taat kepada mereka. Ibu. Merujuk kepada yang berakal, iaitu ibu manusia. Ibu. Merujuk kepada umum, samada manusia atau bukan.
ِ و َﻫ، وﻣ ْﻨـﻌﺎ،ﺎت ِ ،ﺎت َ ً َ َ ََوَوأْ َد اﻟْﺒَـﻨ
“menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberikan hak yang wajib, dan menuntut sesuatu yang bukan hak kamu.” Tarbiyah Made Easy!!
45
ِوَﻛ ِﺮَﻩ ﻟَ ْﻜﻢ ﻗ ِ ﺎﻋﺔَ اﻟْﻤ ِ ﺴ َﺆ ِ ﺎل ﺿ إ و ، ال اﻟ ة ﺮ ـ ﺜ ﻛ و ، ﺎل ﻗ و ﻴﻞ َ َ َ َ ﱡ ْ َ َ َ َ ََ ْ َ َ َ
“Allah juga membenci bagi kamu perbuatan bercakap (perkara sia-sia dan munkar), banyak bertanya dan membazirkan harta.” Kalimah
ِﻗ ﺎل َ َﻴﻞ َوﻗ َ
Maksud Dikatakan dan si fulan berkata. Iaitu kata-kata yang sia-sia yang dibualkan di pelbagai majlis dan tempat. Contohnya: “Ada orang berkata begitu begini…” Sedangkan perkara itu tidak benar dan tidak diketahui hakikatnya. Sehingga boleh membawa kepada mengumpat dan mengadu domba. Allah SWT membenci bagi kamu ungkapan sedemikian.
ي َوُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Tarbiyah Made Easy!!
46
Huraian Hadis 1:
1. Allah Mengharamkan ke atas Kamu Menderhakai Ibu Nabi SAW hanya menyebut menderhakai ibu (tanpa menyebut bapa), sedangkan menderhakai bapa adalah sama dengan menderhakai ibu, di mana kedua-duanya adalah antara dosa-dosa besar. Namun, mungkin disebut ibu kerana menderhakainya adalah lebih keji, atau kerana mereka lebih lemah dari bapa. Menderhakai ibubapa, iaitu menyakiti mereka dengan apa jua bentuk tindakan yang boleh menyakiti mereka: i.
samada sikit atau banyak.
ii.
samada mereka melarang atau tidak.
iii. sekalipun dengan melawan mereka dalam apa yang mereka suruh atau larang, dengan syarat tidak ada unsur maksiat dalam suruhan atau larangan itu. Tarbiyah Made Easy!!
47
2. Menanam Anak Perempuan Hidup-hidup Allah SWT juga telah mengharamkan perbuatan menanam anak perempuan hidup-hidup. Diceritakan bahawa orang yang pertama sekali melakukannya adalah Qois bin ‘Ashim at-Tamimi. Kejadian bermula apabila salah seorang musuhnya telah menyerangnya lalu menawan seorang anak perempuannya. Kemudian, musuh tersebut telah memperisterikan anak perempuan Qois. Selepas itu, berlaku perdamaian antara Qois dan musuhnya, lalu Qois memberi pilihan kepada anaknya samada kembali kepada bapanya atau kekal bersama suaminya. Anak perempuan Qois memilih untuk terus bersama suaminya. Lantaran itu, Qois telah bersumpah akan menanam hidup-hidup setiap anak perempuannya yang bakal dilahirkan. Kemudian, perbuatan ini telah diikuti oleh orang Arab. Di kalangan orang Arab, terdapat satu kelompok lain yang membunuh anak-anak mereka secara mutlak, iaitu samada: i.
kerana terlalu sayang dan kedekutkan harta yang akan berkurangan disebabkan anak-anak itu. ii. atau kerana mereka tidak mempunyai harta untuk menyara anak-anak mereka. Tarbiyah Made Easy!!
48
Tindakan mereka telah disebut dalam beberapa firman Allah SWT:
» º ¹¸ ¶ µ ´ ³ ½¼
“… dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana (bimbangkan) kefakiran. Kami-lah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka semua…” (Al-An’am 6: 151)
J IHGFEDC BA
“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka tentang kelahiran anak perempuannya, mukanya berubah kehitaman (seperti muka orang yang berdukacita), dalam keadaan susah hati sepenuhnya.
V U T SR Q P O N M L K ` _ ^ ] \ [Z Y X W
Dia bersembunyi daripada kaumnya kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya itu (sambil berfikir) adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan menanggung kehinaan, atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah, sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (An-Nahl 16: 58-59) Tarbiyah Made Easy!!
49
DCBA @? > =
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hiduphidup ditanya: “Dengan dosa apakah dia telah dibunuh?” (At-Takwir 81: 8-9) Sho’sho’ah bin Najiah at-Tamimi (datuk kepada alFaradzaq, Hamam bin Gholib bin Sho’sho’ah, seorang penyair yang terkenal) merupakan orang pertama yang menebus anak perempuan yang hendak ditanam hidup-hidup. Beliau pergi menemui orang yang hendak melakukan perbuatan itu, lalu menebus anak berkenaan dengan harta yang dibelanjakan untuknya. Al-Faradzaq merujuk kepada perkara ini dalam syair beliau yang berbunyi: Datukku yang telah menghalang perempuanperempuan yang mahu menanam anak mereka hidup-hidup. Dia juga telah menyebabkan anak yang hendak ditanam itu terus hidup, lalu tidak ditanam hiduphidup. Qois dan Sho’sho’ah terus hidup sehingga mereka sempat memeluk Islam dan mendapat status sebagai sahabat Nabi SAW. Tarbiyah Made Easy!!
50
Dalam menanam anak hidup-hidup, terdapat dua cara yang pernah dilakukan orang Arab Jahiliyah: i. Apabila si isteri hampir melahirkan anak, dia disuruh oleh suaminya supaya melahirkan anak dan menanggung kesakitan proses itu, di tepi sebuah lubang. Apabila si isteri melahirkan anak lelaki, isteri itu akan membiarkannya hidup tanpa dibunuh. Tetapi jika jika dia melahirkan anak perempuan, dia terus mencapakkan anak itu ke dalam lubang. ii. Antara orang Arab, ada yang berkata kepada isterinya apabila anak perempuannya sudah berusia enam tahun; “Pakaikannya wangi-wangian dan hiaskanlah dia, kerana mahu membawanya pergi menziarahi kaum kerabatnya.” Kemudian si ayah membawa anak perempuannya pergi jauh ke padang pasir sehingga sampai ke sebuah perigi. Lalu si ayah berkata kepada anak perempuannya; “Lihatlah ke dalam.” Dia pun menolak anak itu dari belakangnya dan menimbus telaga tersebut.
Tarbiyah Made Easy!!
51
3. Enggan Memberikan Hak yang Wajib Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamu perbuatan menghalang atau enggan memberikan apa yang wajib diberikan kepada orang yang berhak. 4. Menuntut Sesuatu yang Bukan Hak Kamu Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamu perbuatan menuntut sesuatu yang tidak harus kamu mengambilnya. 5. Perbuatan Bercakap Perkara Sia-sia dan Mungkar Adapun orang yang berkata benar, dan menyandarkannya daripada ungkapan seorang yang dipercayai dan bersifat benar, tanpa membawa kepada seasuatu yang dilarang, maka tiada sebab untuk melarang kata-katanya itu. 6. Banyak Bertanya Allah SWT juga membenci perbutan: i. ii.
Banyak bertanya tanpa sebarang keperluan. Banyak bertanya mengenai persoalan-persoalan yang tidak perlu ditanya. iii. Banyak bertanya tentang sesuatu ilmu; untuk menguji, bertengkar dan berdebat. iv. Banyak bertanya tentang hal ehwal orang lain, tanpa mempedulikan sensitiviti mereka. Tarbiyah Made Easy!!
52
7. Membazirkan Harta Allah SWT juga membenci perbuatan membazirkan harta, dengan membelanjakan pada perkara yang tidak diizinkan pada syarak. Ini kerana Allah SWT menjadikan harta sebagai alat untuk mencapai segala kebaikan hamba. Oleh itu, pembaziran harta boleh mensia-siakan matlamat tersebut. Ath-Thibi pernah berkata: “Hadis ini merupakan satu dalil asas untuk mengetahui akhlak yang baik. Iaitu dengan mengikut semua akhlak yang dipuji dan sifat yang cantik.” (Fathul Bari)
Tarbiyah Made Easy!!
53
Teks Hadis 2
ِ َﻋﻦ أَﺑِﻲ ﺑ ْﻜﺮَة ر :ﺎل َ َﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪُ ﻗ َ َ َ ْ
Daripada Abu Bakrah (Nufai’ bin ats-Tsaqafi) radhiallahu ‘anhu katanya:
:ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ُ ﺎل َر ُﺳ َ َﻗ َ ﻮل اﷲ Rasulullah SAW bersabda:
أ ََﻻ أُﻧَـﺒﱢﺌُ ُﻜ ْﻢ ﺑِﺄَ ْﻛﺒَ ِﺮ اﻟْ َﻜﺒَﺎﺋِْﺮ؟ ﺛََﻼﺛًﺎ
“Tidakkah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang dosa-dosa besar yang paling besar?” Baginda mengulangi sebanyak tiga kali. Kalimah
أ ََﻻ
اَﻟْ َﻜﺒَﺎﺋِْﺮ- ٌَﻛﺒِْﻴـ َﺮة
Maksud Tidakkah – ingatlah - ketahuilah. Huruf yang disebut di awal ayat bagi menyerlahkan pendengar tentang apa yang akan disebut selepasnya, supaya pendengar berpegang dengannya. Dosa besar. Iaitu setiap dosa yang ada amaran yang keras, daripada AlQuran atau sunnah, sekalipun tidak dikenakan hukum hudud. Dosa dikira besar berdasarkan kekuatan kesan buruknya & keberatan hukumannya.
Tarbiyah Made Easy!!
54
ﺑِﺄَ ْﻛﺒَ ِﺮ اﻟْ َﻜﺒَﺎﺋِْﺮ
Tentang dosa besar yang paling besar. Tidaklah dimaksudkan pengkhususan bahawa dosa-dosa yang disebut dalam hadis ini sahaja merupakan dosa besar yang paling besar. Sebaliknya, bermaksud: “tentang beberapa perkara daripada dosa besar yang paling besar.”
ِ ﻳﺎ رﺳﻮ َل، ﺑـﻠَﻰ:ﻗُـﻠْﻨَﺎ اﷲ ُْ َ َ َ
Kami pun berkata: “Ya (beritahulah kami) wahai Rasulullah.”
ِ ِاك ﺑ ِْ :ﺎل ، َوﻋُ ُﻘﻮ ُق اﻟ َْﻮاﻟِ َﺪﻳْ ِﻦ،ﺎﷲ َ َﻗ ُ اﻹ ْﺷ َﺮ
Baginda bersabda: “Iaitu menyekutukan sesuatu dengan Allah, dan menderhakai ibubapa.”
ِ وَﻛﺎ َن ﻣﺘ :ﺎل ﻠ ﺠ ﻓ ﺎ ﺌ ﱠﻜ َ ﺲ ﻓَـ َﻘ َ َ ً َ ُ َ َ
Asalnya baginda sedang bersandar, lalu baginda duduk dan bersabda:
،ﺎدةُ اﻟ ﱡﺰوِر َ َو َﺷ َﻬ،أ ََﻻ َوﻗَـ ْﻮ ُل اﻟ ﱡﺰوِر
“Ketahuilah, begitu juga bercakap dusta, dan bersaksi dusta.”
Tarbiyah Made Easy!!
55
Kalimah
Maksud Menyifatkan sesuatu bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Ini termasuklah pendustaan, kebatilan, penyaksian dusta dan perbuatan dusta.
اﻟ ﱡﺰوِر
ﺎدةُ اﻟ ﱡﺰوِر َ َﺷ َﻬ
Contoh perbuatan dusta adalah seperti perbuatan baik yang dilakukan oleh orang riya’ dan orang munafik. Penyaksian secara dusta. Menurut pendapat Al-Qurthubi ialah penyaksian secara dusta untuk mencapai tujuan yang salah; seperti membunuh, mengambil harta, menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal.
ﺖ َ ﻓَ َﻤﺎ َز ُ َﻻ ﻳَ ْﺴ ُﻜ:ْﺖ ُ ال ﻳَـ ُﻘﻮﻟُ َﻬﺎ َﺣﺘﱠﻰ ﻗُـﻠ
Baginda terus menerus berkata demikian sehingga aku berkata: “Baginda tidak akan diam.”
ي َوُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Tarbiyah Made Easy!!
56
Huraian Hadis 2:
1. Dosa-dosa Besar yang Paling Besar Telah sahih bahawa beberapa perkara lain yang tidak disebutkan dalam hadis ini, merupakan antara dosa-dosa besar yang paling besar, seperti: i.
Membunuh orang yang Allah SWT haramkan pembunuhannya melainkan dengan sebab yang dibenarkan. ii. Berzina dengan isteri jiran. iii. Buruk sangka terhadap Allah SWT. Seperti kebiasaannya, baginda SAW mengulangi sesuatu sebanyak tiga kali untuk menguatkan apa yang hendak disampaikan. Ini bertujuan untuk menyedarkan pendengar agar menghadirkan hati dan kefahamannya kepada hal yang akan disebutkan.
Tarbiyah Made Easy!!
57
2. Menyekutukan Sesuatu dengan Allah SWT Maksudnya: Menyekutukan sesuatu dengan Allah Azza wajalla dalam ketuhanan dan ibadah. ii. Atau kekufuran secara mutlak, dalam apa jua bentuk samada syirik, murtad atau lainnya. Inilah maksud hadis ini. i.
Seandainya yang dimaksudkan ialah makna yang pertama, maka syirik dihukum sebagai jenis kufur yang paling besar. Tidak diragui bahawa at-Ta’thil (menafikan kewujudan Allah atau Tuhan secara keseluruhannya seperti golongan Ateis) itu lebih buruk dan lebih teruk daripada syirik. Ini kerana at-Ta’thil merupakan penafian secara mutlak, sedangkan syirik pula masih ada penyabitkan dan pengakuan tentang kewujudan Allah SWT. Firman Allah SWT:
}| {zy xwv utsr ¨ § ¦ ¥ ¤ £ ¢ ¡ ~ﮯ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Dia mengampunkan dosa-dosa yang lain daripada dosa… Tarbiyah Made Easy!!
58
…syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.” (An-Nisa’ 4: 48) 3. Menderhakai Ibubapa Perbuatan ‘Uququl Waalidain (menderhakai ibubapa) adalah lawan kepada Birrul Waalidain (mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibubapa). Tindakan menderhakai ibubapa (yang bukan dengan sebab mentaati Allah SWT) begitu juga tindakan menyakiti mereka, dikira satu penderhakaan kepada ibubapa. 4. Bercakap Dusta dan Bersaksi Dusta Selain syirik kepada Allah SWT, tidak ada mana-mana dosa besar lain yang lebih besar bahayanya dan lebih banyak kerosakannya berbanding penyaksian dusta tersebut. Kerana inilah baginda SAW terus menerus menyebut kata-kata ini; “Ketahuilah begitu juga bercakap dusta dan bersaksi dusta.” Sehingga para Sahabat RA yang sedang mendengar sabda baginda berkata, “Semoga baginda diam (berhenti daripada mengulanginya).” Tarbiyah Made Easy!!
59
Mereka berharap Rasulullah SAW diam, mungkin kerana kasihan kepada baginda disebabkan ketidakselesaan yang mereka lihat pada baginda semasa mengulangi kata-kata itu. Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi SAW memandang berat kepada tindakan bersaksi secara dusta. Baginda juga menampakkan keburukan tindakan itu melalui tiga perkara: i.
Duduk. Sebelum itu, baginda SAW bersandar.
ii. Memulakan ayat dengan perkataan ( )أَ َﻻyang menyedarkan dan memberi peringatan kepada pendengar. Ia juga menunjukkan orang yang bercakap itu memberi tumpuan kepada para pendengarnya. iii. Mengulangi ayat yang sama sebanyak dua kali, bahkan dalam riwayat lain sebanyak tiga kali. Nabi SAW mengambil berat tentang penyaksian dusta, dan menimbulkan kebencian manusia kepadanya supaya manusia berusaha dengan penuh kesedaran untuk menjauhi dan mengelakkannya, agar mereka selamat. Ini kerana ia lebih mudah dilakukan oleh manusia berbanding dua dosa lain tersebut, iaitu mensyirikkan Allah SWT dan menderhakai ibubapa. Tarbiyah Made Easy!!
60
Selain itu, manusia lebih banyak bersikap ambil mudah dengannya. Kesan buruk daripadanya juga lebih mudah berlaku. Sementara bercakap dusta pula, terdapat banyak dorongan untuk melakukannya. Lantaran itu, elok sangatlah diambil berat tentang memberi amaran kepada manusia mengenai perbuatan ini supaya mereka menjauhinya.
Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadis ini? Disunatkan mengulangi peringatan sebanyak tiga kali agar ia dapat difahami, seperti yang diteladankan oleh Rasulullah SAW. Pemberi peringatan digalakkan menunjukkan reaksi semasa menyampaikan peringatan supaya ia lebih berkesan untuk difahami dan lebih berkesan dalam melarang sesuatu perkara. Betapa besarnya dosa penyaksian secara dusta, ekoran pelbagai keburukan yang timbul daripadanya. Menyekutukan Allah SWT merupakan daripada dosa-dosa besar yang terbesar.
salah
satu
Menderhakai kedua ibubapa juga merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar yang terbesar. Tarbiyah Made Easy!!
61
Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Tidak menderhakai kedua ibubapa. 2. Bertawakkal kepada Allah SWT dalam mencari rezeki, khususnya bagi menyara kehidupan anak-anak. 3. Tidak menuntut sesuatu yang bukan hak kita, dan tidak menghalang orang lain daripada mendapatkan haknya. 4. Tidak bertanya soalan-soalan yang tidak berfaedah. 5. Tidak membelanjakan harta kepada perkara yang tidak bermanfaat. 6. Menjaga diri daripada menyekutukan Allah SWT. 7. Tidak menceritakan tentang suatu perbuatan atau kata-kata melainkan setelah ia boleh dipercayai. Wallahu a’lam. Selamat beramal!
Tarbiyah Made Easy!!
62
BAB 6:
“SILATURRAHIM” Objektif Bab: Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis-hadis yang mulia ini. 2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis-hadis ini. Objektif Hadis 1 & 2: 1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatan menderhakai ibubapa. 2. Menjelaskan maksud menanam anak perempuan; siapa melakukannya & mengapa. 3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hak yang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukan hak kamu”. 4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukai banyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar, banyak bertanya & membazirkan harta. 5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangi peringatan tentang penyaksian palsu sebanyak tiga kali.
Teks Hadis 1: Amalan Membawa ke Syurga
ِير .ُﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪ َ ْﻮب ْاﻷَﻧ َ َﻋ ْﻦ أَﺑِﻲ أَﻳﱡ َ ﺼﺎ ِر ﱢ
Daripada Abu Ayyub al-Ansori (nama sebenar beliau Khalid bin Zaid) radhiallahu ‘anhu,
ِ ِ ِ ِ َ َأَ ﱠن َر ُﺟ ًﻼ ﻗ َْﺠﻨﱠﺔ َ أَ ْﺧﺒِ ْﺮﻧﻲ ﺑِ َﻌ َﻤ ٍﻞ ﻳُ ْﺪﺧﻠُﻨﻲ اﻟ، ﻳَﺎ َر ُﺳ ْﻮ َل اﷲ:ﺎل
Bahawa seorang lelaki telah berkata, “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang amalan yang akan memasukkan aku ke dalam syurga.”
َﻣﺎ ﻟَﻪُ ؟ َﻣﺎ ﻟَﻪُ ؟:ﺎل اﻟْ َﻘ ْﻮ ُم َ ﻓَـ َﻘ
Lalu orang ramai pun berkata, “Apakah halnya? Apakah halnya?”
ِ ِ .ُب َﻣﺎ ﻟَﻪ َ ﻓَـ َﻘ ٌ أ ََر:ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َ ﺎل َر ُﺳ ْﻮ ُل اﷲ
Rasulullah SAW pun bersabda, “Dia ada satu hajat yang besar.”
، ﺗَـ ْﻌﺒُ ُﺪ اﷲَ َﻻ ﺗُ ْﺸ ِﺮ ُك ﺑِ ِﻪ َﺷ ْﻴﺌًﺎ:ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َ ﻓَـ َﻘ َ ﺎل اﻟﻨﱠﺒِ ﱡﻲ Nabi SAW bersabda lagi, “Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya,”
ِ ِ َ وﺗ، وﺗُـ ْﺆﺗِﻲ اﻟ ﱠﺰَﻛﺎ َة،ﺼ َﻼ َة .ﺼ ُﻞ اﻟ ﱠﺮِﺣ َﻢ َ َ َوﺗُﻘ ْﻴ ُﻢ اﻟ ﱠ
“Kamu mendirikan solat, menunaikan zakat dan menghubung silaturrahim.”
ي َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari Tarbiyah Made Easy!!
64
Huraian Hadis 1:
1. Seorang Lelaki Bertanya Dikatakan bahawa Abu Ayyub radhiallahu ‘anhu, iaitu periwayat hadis ini sendiri yang bertanya. Tindakan tidak menyatakan dirinya tidaklah salah, mungkin beliau ada tujuan tertentu. Ada juga yang berkata lelaki tersebut ialah Ibnu alMuntafiq , atau nama sebenarnya ialah Laqith bin Shobirah radhiallahu ‘anhu. 2. Apakah Halnya? Apakah Halnya? Orang ramai mengulang pertanyaan tersebut sebanyak dua kali untuk menguatkan persoalan tersebut. Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa lelaki tersebut mempunyai suatu hajat. Kemudian baginda SAW bersabda kepada lelaki tersebut untuk memberitahu tentang amalan-amalan yang dipinta. Tarbiyah Made Easy!!
65
3. Menyembah Allah SWT Tanpa Menyekutukan-Nya 4. Mendirikan Solat ‘Athof (penggandingan) solat dan amalan-amalan yang disebut selepasnya kepada perkara yang disebutkan sebelumnya (iaitu ibadah kepada Allah tanpa syirik) adalah berbentuk ‘athof perkara khusus ke atas perkara umum. Ini kerana ibadah mencakupi semua amalan yang disebutkan seterusnya itu (solat, zakat dan menghubung silaturrahim). 5. Menunaikan Zakat Iaitu zakat yang wajib. Buktinya, perintah ini digandingkan dengan solat. 6. Menghubung Silaturrahim Al-Qurthubi berkata: “Ar-Rahim” ialah satu kata nama bagi semua kaum keluarga, tanpa dibezakan antara yang mahram dengan yang bukan mahram. Maksudnya berbuat baik kepada kaum kerabatmu mengikut kemampuan, berdasarkan keadaanmu dan keadaan mereka seperti: Tarbiyah Made Easy!!
66
i. Memberi salam ii. Ziarah iii. Memberi sumbangan iv. Kepatuhan v. Menolong untuk mencapai hajat yang halal vi. Menolak bahaya dan seumpamanya Maksud yang mencakupi dalam pengertian Silaturrahim ialah menyampaikan apa sahaja kebaikan yang termampu (kepada kaum kerabat) dan menolak apa sahaja keburukan mengikut kemampuan (daripada mereka).
Tarbiyah Made Easy!!
67
Teks Hadis 2: Dosa Memutuskan Silaturrahim
ِ َﻋﻦ ﺟﺒـ ْﻴ ِﺮ ﺑْ ِﻦ ﻣ ِﻄ ِﻌ ٍﻢ ر ،ُﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪ َُ ْ ُ َ
Daripada Jubair bin Muth’im radhiallahu ‘anhu
ِ َﻋﻦ رﺳﻮ ِل :ﺎل اﷲ َ َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗ َ ُْ َ ْ
Daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:
ِ َﻻ ﻳ ْﺪ ُﺧﻞ اﻟْﺠﻨﱠﺔَ ﻗ. ﺎﻃ ُﻊ َرِﺣ ٍﻢ َ ُ َ َ
“Tidak memasuki jannah orang yang memutuskan silaturrahim.”
ي ي َوُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ َوأَﺑُـ ْﻮ َد ُاو َد َواﻟﺘﱢـ ْﺮِﻣ ِﺬ ﱡ َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi Tentang Periwayat Jubair bin Muth’im bin ‘Adiy radhiallahu ‘anhu merupakan salah seorang daripada pakar nasab kaum Quraisy dan bangsa Arab seluruhnya. Bapanya, Muth’im bin ‘Adiy sangat berjasa kepada Rasulullah SAW, kerana telah memberi perlindungan kepada baginda semasa pulang berdakwah dari Thoif.
Tarbiyah Made Easy!!
68
Beliau memeluk Islam dalam tempoh di antara Perjanjian Hudaibiyah dengan Fathu Makkah. Beliau merupakan seorang yang lemah lembut, penyabar, sopan dan bersifat tenang. Beliau meninggal dunia pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah radhiallahu ‘anhu.
Huraian Hadis 2:
1. Jannah Tidak akan Dimasuki Iaitu syurga yang disediakan Allah SWT buat para hamba-Nya yang soleh di akhirat kelak. 2. Pemutus Silaturrahim Iaitu pemutus kekeluargaan.
hubungan
kekerabatan
dan
Maksudnya, pemutus silaturrahim tidak akan memasuki syurga awal-awal, bersama golongan yang dahulu memasukinya. Ini sekiranya dia tidak menghalalkan perbuatan memutus silaturrahim itu. Tarbiyah Made Easy!!
69
Orang yang menganggap perbuatan itu halal, tanpa sebarang sebab dan kekeliruan, padahal dia mengetahui pengharaman perbuatan itu, maka dia berhak tidak memasuki syurga selama-lamanya. Sebabnya mengikut syarak dia dihukum murtad (keluar dari Islam), kerana telah menghalalkan sesuatu perkara agama yang diketahui tentang pengharamannya secara dhorurah (secara mudah tanpa perlu difikir dan dikaji dengan mendalam). Antara perkara-perkara agama yang diketahui tentang pengharamannya secara dhorurah adalah perbuatan memutuskan silaturrahim.
Tarbiyah Made Easy!!
70
Teks Hadis 3: Kemurahan Rezeki dengan Sebab Silaturrahim
ِﻚر ٍِ ِ ََﻋ ْﻦ أَﻧ ،ُﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪ َ ﺲ ﺑْ ِﻦ َﻣﺎﻟ
Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu,
ِ أَ ﱠن رﺳﻮ َل :ﺎل اﷲ َ َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗ َ ُْ َ
Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
ِ ِﻂ ﻟَﻪُ ﻓِﻲ ِرْزﻗ ،ﺴﺄَ ﻟَﻪُ ﻓِﻲ أَﺛَ ِﺮِﻩ ﻨ ـ ﻳ و ، ﻪ َﺴ َﺣ ﱠ ْ َ َﻣ ْﻦ أ َ َُ َ ﺐ أَ ْن ﻳُـ ْﺒ
“Sesiapa yang suka (dan ingin) dimurahkan rezeki untuknya, serta dilewatkan ajal untuknya,”
ِ ﻓَـﻠْﻴ. ﺼ ْﻞ َرِﺣ َﻤ ُﻪ َ
“…maka hendaklah dia menghubung silaturrahimnya.”
ي َوُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari dan Muslim
Tarbiyah Made Easy!!
71
Huraian Hadis 3:
1. Sesiapa yang Suka Dimurahkan Rezekinya Maksudnya sesiapa yang ingin supaya diperluaskan, dimewahkan dan dimurahkan rezekinya. 2. Dilewatkan Ajalnya Maksudnya ajalnya.
dilewatkan
atau
ditangguhkan
pada
Namun, sudah dimaklumi dengan jelas bahawa ajal tidak akan ditangguh. Firman Allah SWT:
À¿ ¾ ½ ¼ » º ¹
“Allah tidak akan menangguhkan kematian sesuatu yang bernyawa (samada manusia atau lainnya) apabila ajalnya telah sampai...” (al-Munafiqun 63: 11)
Tarbiyah Made Easy!!
72
Oleh itu, maksud ajal dilewatkan dalam hadis ini ialah sebutan dan pujian yang baik kepada orang yang menghubungkan silaturrahim itu berkekalan selepas sampai ajal dan kematiannya. Seolah-olah dia belum mati. Boleh jadi sebutan yang baik itu disebabkan oleh: i. Ilmu yang boleh dimanfaatkan, atau ii. Sedekah jariah (yang berkekalan manfaatnya, seperti wakaf dsb.), atau iii. Anak soleh yang berdoa untuknya. At-Thobrani meriwayatkan daripada Abu Darda’ radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Disebut di sisi Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang menghubung silaturrahimnya, ajalnya akan ditangguhkan untuknya. Lalu Baginda SAW bersabda: “Ia bukanlah tambahan pada umurnya, kerana Allah Taala telah berfirman:
{ z y xw v u t s r
“…Maka apabila ajal telah datang, mereka tidak akan dapat menangguhnya (walaupun) satu detik, dan tidak dapat mendahulukannya.” (al-A’raf 7: 34) Tetapi seseorang lelaki itu mempunyai zuriat yang soleh, yang berdoa untuknya selepas kematiannya. Tarbiyah Made Easy!!
73
3. Hendaklah Menghubungkan Silaturrahim Iaitu menjalin hubungan dengan kerabatnya melalui berbuat baik kepada mereka dengan harta, khidmat atau seumpamanya. Semoga dengan silaturrahim ini menjadi sebab kepada mereka mendapat taufiq untuk melakukan ketaatan dan dipelihara daripada maksiat. Ekoran daripada itu, akan lahir sebutan dan pujian yang kepadanya selepas kematiannya yang merupakan umur kedua baginya.
Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadishadis dalam ini? Hadis pertama membuktikan kelebihan menghubung silaturrahim atau hubungan kekeluargaan antara kaum kerabat. Hadis kedua merupakan bukti jelas tentang dosa orang yang memutuskan silaturrahim atau hubungan kekeluargaan. Hadis ketiga menunjukkan bahawa menghubung silaturrahim adalah satu sebab kepada rezeki dimurahkan. Tarbiyah Made Easy!!
74
Juga pujian yang baik akan mendorong orang yang masih hidup untuk memohon rahmat Allah dan doa yang baik untuk si mati.
Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Berusaha mengjaga silaturrahim.
dan
mengeratkan
hubungan
2. Menghindar sebarang sikap atau perbuatan yang boleh memutuskan silaturrahim. Wallahu a’lam. Selamat beramal!
Tarbiyah Made Easy!!
75
BAB 7:
“SILATURRAHIM (II)” Objektif Bab: Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis-hadis yang mulia ini. 2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis-hadis ini. Objektif Hadis-hadis di bahagian A, B & C: 1. Menerangkan tentang keperluan menghubung silaturrahim. 2. Menjelaskan tentang balasan terhadap orang yang menghubung & memutuskan silaturrahim. 3. Menerangkan bahawa penghubung silaturrahim bukanlah orang yang membalas layanan kerabatnya, tetapi menghubung silaturrahim dengan kerabat yang memutuskannya. 4. Menyatakan bahawa sesiapa yang menghubung silaturrahim semasa Jahiliyah, kemudian memeluk Islam, dia diberi pahala atas perbuatannya itu semasa Jahiliyah.
Bahagian A: Pemutus dan Penghubung Silaturrahim Teks Hadis A (1)
ِ َﻋﻦ أَﺑِﻲ ُﻫﺮﻳْـﺮةَ ر ،ُﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪ َ ََ ْ ْ
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,
ﺎل َ َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗ َ َﻋ ِﻦ اﻟﻨﱠﺒِﻲ
Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
،غ ِﻣ ْﻨـ ُﻬ ْﻢ َ َﺣﺘﱠﻰ إِ َذا ﻓَـ َﺮ،إِ ﱠن اﷲ َﺧﻠَ َﻖ اﻟْ َﺨﻠ ِْﻖ
Sesungguhnya Allah SWT telah mencipta makhluk sehingga apabila Dia telah selesai mencipta mereka,
ِ ﻗَﺎﻣ ﻚ ِﻣ َﻦ اﻟْ َﻘ ِﻄ ْﻴـ َﻌ ِﺔ ْ َ ﻓَـ َﻘﺎﻟ،ﺖ اﻟ ﱠﺮِﺣ ُﻢ َ ِﺎم اﻟ َْﻌﺎﺋِ ِﺬ ﺑ ُ َﻫ َﺬا َﻣ َﻘ:ﺖ َ
Rahim pun bangkit, lalu berkata: “(Keadaan berdiriku) ini adalah keadaan berdirinya orang yang berlindungan dengan-Mu daripada perbuatan memutuskan silaturrahim.”
ِ ِ ََﺻﻞ ﻣﻦ وﺻﻠ ،ﻚ َ َﻗ َ أ ََﻣﺎ ﺗَـ ْﺮ. ﻧَـ َﻌ ْﻢ:ﺎل َ َ ْ َ َ ﺿ ْﻴ َﻦ أَ ْن أ
Allah SWT pun menjawab, “Ya. Adakah kamu tidak redha Aku menyambung orang yang menghubungkan kamu…”
ِ وأَﻗْﻄَﻊ ﻣﻦ ﻗَﻄَﻌ ﻚ؟ َ َْ َ َ
“… dan Aku memutuskan orang yang memutuskan kamu?”
Tarbiyah Made Easy!!
77
ِ َ ﻓَـ ُﻬﻮ ﻟ:ﺎل ﻚ ﻳَﺎ َر ﱢ، ﺑَـﻠَﻰ:ﺖ ْ َﻗَﺎﻟ َ َ َ ﻗ. ب
Rahim pun menjawab, “Ya, (aku redha) wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Maka perkara itu adalah untuk kamu.”
ِ اِﻗْـ َﺮُؤا إِ ْن ِﺷ ْﺌﺘُ ْﻢ:ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َ َ ﻗ:ﺎل َ َﻗ َ ﺎل َر ُﺳ ْﻮ ُل اﷲ
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata lagi, seterusnya Rasulullah SAW bersabda, Jika kamu mahu, bacalah (ayat Muhammad 47: 22-23 ini):
VUT SRQPON XW
Jika kamu memegang kuasa pemerintahan (atau kamu berpaling daripada perintah Allah), maka dibimbangi kamu akan melakukan kerosakan di bumi (dengan melakukan maksiat) dan memutuskan silaturrahim antara kamu.
`_^ ] \[ZY
Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, lalu Allah menulikan telinga mereka (sehingga tidak dapat mendengar kebenaran) dan membutakan mata mereka (sehingga mereka tidak mendengar kebenaran).
ي َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari Tarbiyah Made Easy!!
78
Huraian Hadis A (1):
1. Allah Telah Menciptakan Makhluk Allah SWT mengada dan mencipta mereka daripada tiada, dengan kebijaksanaan dan kuasa-Nya. 2. Sehingga Apabila Dia telah Selesai Mencipta Mereka Ini bukan bermaksud Allah SWT sibuk dengan penciptaan makhluk, kemudian Dia selesai daripada kesibukan itu. Maha tinggi Allah SWT daripada apa yang disangka oleh golongan yang salah faham tentang sifat-Nya. Sebaliknya ini bermaksud; Allah SWT telah menyempurnakan penciptaan-Nya. Firman Allah SWT:
ÆÅ ÄÃÂÁÀ¿ ¾½ ¼
Sesungguhnya urusan dan perintah-Nya – apabila Dia mahukan sesuatu itu. “Jadilah,” lalu ia terjadi (mengikut kehendak dan kuasa-Nya).
(Yaasin 36 : 82) Tarbiyah Made Easy!!
79
3. Rahim Pun Bangkit Maksudnya, hubungan kekeluargaan pun bangun: i. ii.
Samada secara hakiki ia menjelma sebagai suatu lembaga, atau Satu malaikat bangun untuk bercakap bagi pihak Rahim itu.
Keadaan berdirinya Rahim itu adalah seperti keadaan berdirinya orang yang berlindung dengan Allah SWT daripada perbuatan memutuskan silaturrahim. 4. Soal Jawab Allah SWT dengan Rahim Allah SWT bertanya kepada Rahim, “Adakah kamu tidak redha Aku menyambung (maksudnya: berlemah lembut dan merahmati) orang yang menghubungkan kamu, dan Aku memutuskan (maksudnya: tidak merahmati) orang yang memutuskan kamu?” Rahim pun menjawab bahawa ia redha dengan hal tersebut. Lalu Allah SWT berfiman, “Maka ia adalah untuk kamu.” Maksudnya: Akan Allah laksanakan dan tunaikan hal tersebut untuk Rahim.
Tarbiyah Made Easy!!
80
5. Bukti daripada Al-Quran Rasulullah SAW bersabda bahawa jika kamu mahu bukti tentang perkara tersebut, bacalah ayat-ayat daripada surah Muhammad 47, ayat 22 & 23. Ayat 22: Jika kamu memegang kuasa pemerintahan (atau kamu berpaling daripada perintah Allah), maka dibimbangi kamu akan melakukan kerosakan di bumi (dengan melakukan maksiat) dan memutuskan silaturrahim antara kamu. Ayat 23: Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, lalu Allah menulikan telinga mereka (sehingga tidak dapat mendengar kebenaran) dan membutakan mata mereka (sehingga mereka tidak mendengar kebenaran).
Tarbiyah Made Easy!!
81
Teks Hadis A (2)
ِ َﻋﻦ َﻋﻦ أَﺑِﻲ ُﻫﺮﻳْـﺮةَ ر ،ُﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪ َ ََ ْ ْ ْ
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,
: ﺎل َ َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗ َ َﻋ ِﻦ اﻟﻨﱠﺒِﻲ
Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
،اﻟ ﱠﺮِﺣ ُﻢ ِﺷ ْﺠﻨَﺔٌ ِﻣ َﻦ اﻟ ﱠﺮ ْﺣ َﻤ ِﻦ
Rahim (hubungan kerabat) itu umpama akar pokok, daripada nama ar-Rahmaan.
ِ ﻣﻦ و:ﺎل اﷲ ،ُﺻﻠْﺘُﻪ َ ﻓَـ َﻘ َ ﺻﻠَﻚ َو َ َ َْ
Lalu Allah berfirman, “Sesiapa yang menghubungkan kamu, Aku akan menghubungnya…”
ِ وﻣﻦ ﻗَﻄَﻌ. ُﻚ ﻗَﻄَ ْﻌﺘُﻪ َ ْ ََ
“… dan sesiapa yang memutuskan kamu, aku akan memutuskannya.”
ي َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari
Tarbiyah Made Easy!!
82
Huraian Hadis A (2):
1. Rahim itu Umpama Akar Pokok Dari segi bahasa Sijnatun bererti akar-akar pokok yang saling bertaut. Maksud dalam hadis ini; Rahim adalah hubungan kerabat yang saling bertaut ibarat akar-akar pokok yang saling bermasukan dan dahan-dahan yang saling bertautan. Rahim merupakan satu daripada kesan-kesan rahmat Allah SWT. Ia juga bertaut dengan rahmat-Nya. 2. Daripada Nama Ar-Rahmaan Maksudnya; Rahim itu diambil bersempena salah satu nama Allah SWT iaitu, Ar-Rahmaan. Daripada Abdul Rahman bin ‘Auf RA, daripada Rasulullah SAW, dalam apa yang Baginda riwayatkan daripada Tuhannya; Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (yang bermaksud): “Aku adalah ar-Rahmaan (Yang Maha Pengasihani). Aku telah mencipta rahim, dan Aku ambil satu nama untuknya daripada nama-Ku…” Tarbiyah Made Easy!!
83
3. Lalu Allah Berfirman Huruf fa’ (pada faqaalallah) adalah ‘athof kepada satu ayat yang dibuang daripada percakapan, iaitu: Lalu Rahim berkata: “Keadaan berdiriku ini adalah keadaan berdirinya orang yang berlindung denganMu daripada perbuatan memutuskan silaturrahim.” 4. Sesiapa yang Memutus & Menghubungkan Silaturrahim Lalu Allah berfirman: “Sesiapa yang menghubungkan kamu, Aku akan menghubungnya (iaitu ihsan-Nya yang besar kepada hamba-Nya).” “Sesiapa yang memutuskan kamu, Aku akan memutusnya (iaitu menghalang hamba itu daripada mendapat ihsan-Nya).” Menurut Imam al-Qurthubi: Silaturrahim yang wajib dihubungkan ada (dua jenis, iaitu): Umum dan Khusus. Umum; ialah silaturrahim dihubungi melalui saling:
seagama.
Ia
perlu
i. berkasih sayang, ii. nasihat menasihati, Tarbiyah Made Easy!!
84
iii. bersifat adil & saksama iv. menunaikan hak-hak yang wajib & sunat (seperti penuhi jemputan & sampaikan salam). Khusus; ialah silaturrahim yang perlu dihubungkan dengan semua perkara di atas, di samping: i. memberi nafkah kepada saudara terdekat, ii. mengambil berat tentang mereka, dan iii. memaafkan kesalahan mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
85
Teks Hadis A (3)
ِ ﺎص ر :ﺎل َ َ ﻗ،ُﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨﻪ َ ِ َﻋ ْﻦ َﻋ ْﻤ ِﺮو ﺑْ ِﻦ اﻟ َْﻌ
Daripada ‘Amru bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
:ﻮل ُ ﻏَْﻴـ َﺮ ِﺳ ﱟﺮ ﻳَـ ُﻘ، ًﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ِﺟ َﻬﺎرا ُ َﺳ ِﻤ ْﻌ َ ﺖ اﻟﻨﱠﺒِ ﱠﻲ Aku telah mendengar Nabi SAW dengan jelas, bukan secara rahsia, bersabda:
ٍ آل أَﺑِﻲ ﻓَُﻼ ِإ ﱠ ،ﺴﻮا ﺑِﺄ َْوﻟِﻴَﺎﺋِﻲ ﻴ ﻟ ن ن َ َ ْ ُ ْ
“Sesungguhnya keluarga Abu Fulan bukanlah penolong dan kekasihku.”
ِ وﺻﺎﻟِﺢ اﻟْﻤ ْﺆِﻣﻨ،إِﻧﱠﻤﺎ وﻟِﻴﱢﻲ اﷲ ،ﻴﻦ َ ُ ُ َ َ ُ َ َ َ
“Sesungguhnya penolong dan kekasihku ialah Allah dan orang beriman yang soleh.”
أَﺑُـﻠﱡ َﻬﺎ ﺑِﺒِ َﻼﻟِ َﻬﺎ،َوﻟَ ِﻜ ْﻦ ﻟَ ُﻬ ْﻢ َرِﺣ ٌﻢ
“Tetapi keluarga Abu Fulan itu mempunyai hubungan rahim (denganku), yang aku hubungkan dengan cara yang baik.”
ي َوُﻣ ْﺴ ِﻠ ٌﻢ َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat Bukhari dan Muslim
Tarbiyah Made Easy!!
86
Periwayat Hadis:
‘Amru bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhu merupakan pemimpin bala tentera Islam yang telah berjaya membuka Mesir.
Beliau dilantik sebagai gebenor Mesir pada zaman Umar radhiallahu ‘anhu.
Huraian Hadis A (3):
1. Dengan Jelas, Bukan Secara Rahsia Beliau berkata, “Aku telah mendengar Nabi SAW dengan jelas, bukan secara rahsia.” Ini adalah untuk menguatkan percakapan, bagi menghilangkan sangkaan bahawa sesekali Nabi SAW bersabda demikian dengan jelas, dan sesekali menyembunyikannya. Maksudnya: Baginda tidak langsung bersabda demikian secara rahsia, bahkan dengan jelas dan menghebahkannya. Tarbiyah Made Easy!!
87
2. Sesungguhnya Keluarga Abu Fulan Fulan adalah kiasan kepada sesuatu nama khas. Yang dimaksudkan di sini ialah keluarga Abu Tholib, atau keluarga Abu al-‘Ash bin Umayyah, iaitu sesiapa yang tidak memeluk Islam di kalangan mereka, bukan daripada orang beriman yang soleh. Imam Nawawi berkata: “Kiasan ini dilakukan oleh sesetengah perawi hadis ini. Dia bimbang untuk menyebut nama sebenar dengan jelas, lalu mengakibatkan kesan buruk, samada kepada dirinya sendiri, atau kepada orang lain, atau kepada kedua-duanya sekali.” Sesungguhnya, keluarga mereka penolong dan kekasih Nabi SAW.
ini
bukanlah
3. Wali (Penolong & Kekasih) ku Nabi SAW menyatakan bahawa penolong dan kekasihnya dalam semua urusan adalah Allah SWT dan orang beriman yang soleh (bersifat ihsan dan beramal soleh). 4. Tetapi Mereka Punya Hubungan Rahim Denganku Iaitu keluarga Abu Fulan itu mempunyai hubungan kekerabatan dengan Baginda SAW. Tarbiyah Made Easy!!
88
5. Aku Hubungkan dengan Cara yang Baik Kalimah
ُﺑَـﻠﱠﻪ
اﻟْﺒِ َﻼ ُل- اﻟْﺒَ ﱡﻞ أَﺑُـﻠﱡ َﻬﺎ ﺑِﺒِ َﻼﻟِ َﻬﺎ
Maksud Membasahkannya. Iaitu membasahkan (menghubung) rahimnya. Sesuatu yang membasahkan kerongkong seperti air & susu. Iaitu membasahkan hubungan kekerabatan dengan cara menghubung silaturrahim. Maksudnya; “Aku hubungkan pertalian kerabat itu dengan cara yang baik.”
Nabi SAW telah membandingkan hubungan rahim dengan tanah: i.
Apabila tanah dibasahkan dengan air sebaikbaiknya; ia akan berbunga dan berbuah, serta kesan kesuburan boleh dilihat pada buahbuahannya. ii. Jika tanah itu dibiarkan tanpa disiram, ia akan menjadi kering kontang. Begitulah juga dengan silaturrahim: i.
Apabila dihubungkan, ia akan membuahkan kasih-sayang dan keheningan. ii. Jika tidak dihubungkan, ia hanya membuahkan permusuhan, pemutusan silaturrahim dan kebencian. Tarbiyah Made Easy!!
89
Dalam sebuah hadis, daripada Anas radhiallahu ‘anhu, disebutkan:
ﺴ َﻼِم َوﻟَ ْﻮ ﺑِﺎﻟ ﱠ،ﺑَـﻠﱠ ْﻮا أ َْر َﺣ َﺎﻣ ُﻜ ْﻢ
“Basahkan (jalinkan) hubungan rahim walaupun hanya dengan mengucap salam”.
kamu,
(Riwayat al-Bazzar) Pengarang kitab Syarhu al-Misykah berkata: “Makna hadis ini ialah aku tidak menjadikan seseorang sebagai penolong dan kekasih berdasarkan hubungan kerabat. Sesungguhnya aku mengasihi Allah SWT kerana Dia mempunyai hak yang wajib ke atas para hamba-Nya. Aku mengasihi orang beriman yang soleh kerana Allah semata-mata. Aku menjadikan seseorang sebagai penolong dan kekasih, berdasarkan keimanan dan kesolehan, samada dia mempunyai hubungan kerabat denganku atau tidak. Walaupun begitu, aku tetap memelihara hak kaum kerabat, dengan cara menghubungkan silaturrahim.”
Tarbiyah Made Easy!!
90
Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadishadis di dalam bahagian A ini? Hadis pertama menunjukkan betapa besarnya pahala menghubung silaturrahim, dan betapa teruknya balasan jika memutuskannya. Hadis kedua menunjukkan betapa tingginya kedudukan silaturrahim, besarnya pahala menghubungkannya dan buruknya balasan memutuskannya. Hadis ketiga menunjukkan bahawa wali (penolong & kekasih) bagi mukmin hanyalah Allah SWT dan orang beriman yang soleh. Namun, dia tidak memutuskan silaturrahim dengan kerabat yang bukan Islam.
Tarbiyah Made Easy!!
91
Bahagian B: Penghubung Silaturrahim Bukanlah Orang yang Membalas Layanan Saudaranya Teks Hadis B
ِ َﻋﻦ َﻋﺒ ِ ﺎص ر ِ ِ ِ ِ ِ ،ﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨـ ُﻬ َﻤﺎ ْﻌ ﻟ ا ﻦ ﺑ و ﺮ ﻤ ﻋ ﻦ ﺑ اﷲ ﺪ َ ْ ْ َ َ ْ ْ ْ Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru ni al-‘Ash radhiallahu ‘anhuma
: ﺎل َ َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻗ َ َﻋ ِﻦ اﻟﻨﱠﺒِﻲ
Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
ِ ﻟَْﻴﺲ اﻟْﻮ ،اﺻ ُﻞ ﺑِﺎﻟ ُْﻤ َﻜﺎﻓِ ِﺊ َ َ
“Penyambung silaturrahim itu bukanlah orang yang membalas layanan saudaranya.”
ِﺖ ر ِ ُاﺻﻞ اﻟﱠ ِﺬي إِذَا ﻗ ِ وﻟَ ِﻜ ﱠﻦ اﻟْﻮ ﺻﻠَ َﻬﺎ و ﻪ ﻤ ﺣ ﻌ ﻄ ْ ُ َ َ ُ َ َ َ َ َ
“Tetapi penyambung silaturrahim ialah orang yang apabila hubungannya diputuskan, dia akan menyambungnya.”
ِ ي وأَﺑـﻮ َداو َد واﻟﺘﱢ ِﺮِﻣ ﱠﺴﺎﺋِ ﱡﻲ ﻨ اﻟ و ي ﺬ ﱡ ْ َرَواﻩُ أ َ ُ ْ ُ َ َﺣ َﻤ ُﺪ َواﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ َ َ Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud, at-Tirmidzi & an-Nasa’I
Tarbiyah Made Easy!!
92
Huraian Hadis B:
1. Penyambung Silaturrahim Bukanlah Membalas Layanan Saudaranya
Orang
yang
Iaitu orang yang membalas saudaranya seumpama tindakan saudaranya itu kepadanya. Ini dinamakan pertukaran. Maksudnya; penghubung silaturrahim yang sempurna (bukanlah seperti itu), kerana perbuatan membalas layanan yang diterima masih merupakan satu bentuk silaturrahim (tetapi ia tidak sempurna), sekalipun ia berbentuk pertukaran. 2. Orang yang Apabila Hubungan Diputuskan, Dia akan Menyambungnya IniIah bentuk penghubung sempurna seperti yang di
Tarbiyah Made Easy!!
silaturrahim
yang
93
Oleh demikian, manusia terbahagi kepada tiga golongan dalam bersilaturrahim: Jenis-jenis
ِ و اﺻ ٌﻞ َ ُﻣ َﻜﺎﻓِ ٌﺊ ِ َﻗ ﺎﻃ ٌﻊ
Maksud Orang yang menghubungkan silaturrahim. Iaitu orang yang berbudi kepada kaum kerabat, tanpa mereka berbudi kepadanya. Orang yang membalas layanan saudaranya. Iaitu orang yang tidak memberi lebih daripada apa yang dia perolehi. Orang yang memutuskan silaturrahim. Iaitu orang yang kaum kerabatnya berbudi kepadanya, tetapi dia tidak berbudi kepada mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
94
Bahagian C: Orang yang Menghubung Silaturrahim Semasa Syirik, Kemudian Dia Memeluk Islam Teks Hadis C
ِ َﻋﻦ ﺣ ِﻜ ْﻴ ِﻢ ﺑْ ِﻦ ِﺣﺰ ٍام ر :ﺎل َ َ ﻗ،ُﺿ َﻲ اﷲُ َﻋﻨِﻪ َ ْ َ َ
Daripada Hakim bin Hizam radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata:
ِ ﱠﺚ ﺑِﻬﺎ ﻓِﻲ اﻟْﺠ ِ ﻮل ،ﺎﻫﻠِﻴﱠ ِﺔ َ ﻳَﺎ َر ُﺳ ُ ﺖ أ ُُﻣ ْﻮًرا ُﻛ ْﻨ َ ِ أ ََرأَﻳ،اﷲ َ ُ ﺖ أَﺗَ َﺤﻨ َ
“Ya Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang perkaraperkara yang pernah aku beribadah dengan melakukannya semasa Jahiliyah (sebelum Islam)…”
ِ ﻫﻞ ﻓِﻴـﻬﺎ،ﺻﻠَ ٍﺔ وﻋﺘﺎﻗَ ٍﺔ وﺻ َﺪﻗَ ٍﺔ ِ ِ َﺟ ٍﺮ؟ أ ﻦ ﻣ ﻦ ﻣ ْ ْ َْ ْ َ َ َ ََ َ ْ
“…seperti menghubung silaturrahim, memerdekakan hamba dan bersedekah. Adakah aku masih mendapat apa-apa pahala dalam semua amalan itu?”
ِ :ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َ َ ﻗ:ﺎل َﺣ ِﻜ ْﻴ ٌﻢ َ َﻗ َ ﺎل َر ُﺳ ْﻮ ُل اﷲ
Hakim berkata lagi; Rasulullah SAW pun bersabda:
.ﻒ ِﻣ ْﻦ َﺧ ْﻴ ٍﺮ َ َﺖ َﻋﻠَﻰ َﻣﺎ َﺳﻠ َ َﺳﻠَ ْﻤ ْأ
“Kamu telah memeluk Islam dalam keadaan (diterima) segala kebaikan yang telah lalu.”
ي َرَواﻩُ اﻟْﺒُ َﺨﺎ ِر ﱡ
Riwayat al-Bukhari Tarbiyah Made Easy!!
95
Periwayat Hadis:
Hakim bin Hazim al-Asadi al-Makki radhiallahu ‘anhu dilahirkan di dalam Kaabah, berdasarkan cerita oleh az-Zubair bin Bakkar.
Beliau adalah anak saudara kepada Ummu al-Mukminin, Khadijah radhiallahu ‘anha.
Beliau meninggal pada tahun 60H, setelah hidup selama 120 tahun. Separuh usianya semasa Jahiliyah, dan separuh lagi sesudah memeluk Islam.
Setelah keislamannya, beliau mengerjakan haji dengan membawa seratus ekor unta untuk dikorbankan.
Beliau juga berwuquf di ‘Arafah bersama 100 orang hamba yang di leher mereka terdapat gelung perak yang terukir: “Dimerdekakan kerana Allah oleh Hazim bin Hizam.”
Selain itu, beliau mengorbankan seribu ekor kambing pada musim haji tersebut.
Tarbiyah Made Easy!!
96
Huraian Hadis C:
1. Perkara-perkara yang Aku Melakukannya Semasa Jahiliyah
Beribadah
dengan
Hazim bin Hizam radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan perkara-perkara yang pernah dilakukannya sebagai ibadah sebelum keislamannya. Adakah beliau masih mendapat pahala daripada perbuatannya yang suka: i. ii.
menghubung silaturrahim, memerdekakan hamba (semasa sebelum Islam, beliau telah memerdekakann 100 hamba), iii. bersedekah 2. Kamu telah Memeluk Islam dalam Keadaan (Diterima) Segala Kebaikan yang Telah Lalu Jawapan Rasulullah SAW ini bermaksud; Pahala amalan-amalan yang telah lalu itu dituliskan untuknya selepas memeluk Islam, iaitu sebagai limpah kurnia daripada Allah SWT. Tarbiyah Made Easy!!
97
Hal ini diperkuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh al-Daraquthni, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Apabila seorang kafir memeluk Islam, lalu keislamannya cantik, Allah akan menuliskan untuknya setiap kebajikan yang pernah dia lakukan sebelum itu. Allah juga akan menghapuskan daripadanya setiap kejahatan yang pernah dia lakukan sebelum itu. Selepas (keislamannya) berdasarkan:
itu,
amalannya
ditulis
i. Pahala satu kebajikan diganda sebanyak 10x ganda hingga 700x ganda. ii. Satu kejahatan pula dikira satu dosa (tanpa digandakan), melainkan Allah memaafkannya.”
Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadishadis di dalam bahagian B & C ini? Hadis bahagian B menunjukkan kelebihan orang yang menghubung silaturrahim yang diputuskan. Lantaran itu, orang yang bijak dan inginkan kebaikan pasti bersungguh-sungguh mencapai kelebihan ini. Tarbiyah Made Easy!!
98
Hadis bahagian C menunjukkan bahawa sesiapa yang pernah menghubungkan silaturrahim semasa masih syirik, kemudian dia memeluk Islam, dia masih diberi pahala daripada perbuatan itu selepas memeluk Islam. Saranan Tarbawi: Daripada hadis-hadis di dalam bab ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Kita hendaklah berusaha menghubung silaturrahim. 2. Kita hendaklah menghubung silaturrahim dengan kerabat yang memutuskan hubungan dengan kita. Wallahu a’lam. Selamat beramal!
Tarbiyah Made Easy!!
99
SEKIAN Nantikan siri kedua ebook ini yang bakal membahaskan bab-bab seterusnya daripada Kitab al-Adab. Terima kasih. EbookTarbiyah.Com “Tarbiyah Made Easy!!”
Tarbiyah Made Easy!!
100
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
101
Tarbiyah Made Easy!!
102