Siri Rujukan Cepat Tarbiyah
Diringkas & disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKIDAH Siri #3
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
2
KATA PENGANTAR
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian. Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Iman kepada Rasul: Para Rasul, Nabi Muahmmad SAW & Mukjizat Kerasulan” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca. Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Ketiga daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid az-Zindani. Kitab Tauhid Az-Zindani Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani ini memang sesuai dijadikan bahan asas dalam memahami ilmu tauhid (merangkumi akidah dan Rukun Iman) di tahap pemulaan Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah Made Easy!!
3
Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid: • Jilid 1 terdapat 16 Fasal • Jilid 2 terdapat 17 Fasal • Jilid 3 terdapat 14 Fasal Pendekatan Kitab ini. Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan dalam mengarang Kitab ini: • Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab dalam membahaskan topik-topiknya. • Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir dan merenung penciptaan alam dan diri manusia (dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah (dalil naqli). • Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim (pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing untuk memahami kaedah-kaedah ke arah kesimpulan tersebut. Contoh; Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran atau Hadis. Tarbiyah Made Easy!!
4
Ini selari dengan firman Allah SWT:
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fushilat 41: 53) Kenapa Ebook ini Ditulis? Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan. Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.
Tarbiyah Made Easy!!
5
Konsep Istimewa Ebook Ini Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini: • Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja. • Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran. • Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu, kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasalfasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu Tauhid, Ma’rifatullah dll. • Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal. Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah: Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.”
Tarbiyah Made Easy!!
6
• Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi setiap tajuk. • Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor. • Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya. • Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam. Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda dengan gambar-gambar yang sesuai. Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca. Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Disember 2014
Tarbiyah Made Easy!!
7
ISI KANDUNGAN Akad Pembelian (#2) Kata Pengantar (#3) Isi Kandungan (#8)
IMAN KEPADA RASUL: (#9)
1. Manusia Perlukan Rasul (#11) 2. Beriman kepada Rasul (#26) 3. Ringkasan Mujizat Nabi Muhammad SAW (#39) 4. Lampiran Mukjizat Nabi Muhammad SAW: (#53) i. ii. iii. iv. v.
Berita Gembira dalam Kitab Terdahulu (#54) Pertolongan Allah (#72) Mengetahui Kisah Orang Terdahulu (#90) Mengetahui Rahsia & Bisikan Mereka (#101) Mengetahui Perkara yang Bakal Berlaku (#113)
Sekian (#127) Akad Pembelian (#128) p/s: # ialah mukasurat
Tarbiyah Made Easy!!
8
IMAN KEPADA RASUL TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
MANUSIA PERLUKAN RASUL Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i. ii.
2.
Menyatakan persoalan-persoalan yang tidak mampu dijawab sendiri oleh manusia Menjelaskan hikmah-hikmah pengutusan Rasul kepada manusia
BERIMAN KEPADA RASUL Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan bahawa semua umat manusia telah diutuskan Rasul ii. Menyatakan hukum beriman kepada para Nabi dan Rasul iii. Menerangkan maksud Nabi Muhammad sebagai Khatamul Anbiya’ iv. Menjelaskan peranan mukjizat sebagai bukti kerasulan
Tarbiyah Made Easy!!
9
3.
RINGKASAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan secara ringkas beberapa mukjizat Nabi Muhammad SAW ii. Menyatakan kesan mukjizat-mukjizat tersebut terhadap orang kafir 4.
LAMPIRAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menjelaskan secara lebih mendalam lima (5) daripada mukjizat Nabi Muhammad SAW iaitu: • • • • •
Berita Gembira dalam Kitab Terdahulu Pertolongan Allah Mengetahui Kisah Orang Terdahulu Mengetahui Rahsia & Bisikan Manusia Mengetahui Perkara yang Bakal Berlaku
Tarbiyah Made Easy!!
10
“MANUSIA PERLUKAN RASUL”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. PERSOALAN YANG GAGAL DIJAWAB
2. HIKMAH PENGUTUSAN RASUL KEPADA MANUSIA
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Sembilan (9); Jilid 2: Fasal Sepuluh (10) Tarbiyah Made Easy!!
11
1. PERSOALAN-PERSOALAN YANG GAGAL DIJAWAB Secara fitrahnya, manusia mempunyai beberapa persoalan yang sering bermain di pemikiran mereka, namun gagal untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Antara persoalan tersebut adalah i.
Siapakah Pencipta manusia? Apakah perkara-perkara yang menyebabkan keredhaan-Nya? Apa pula yang mengundangkan kemurkaan-Nya?
ii.
Kenapa manusia dihidupkan? Apakah hikmah kewujudannya? Apakah manusia hidup untuk makan minum dan memenuhkan syahwat semata-mata?
iii. Kenapa manusia mesti mati? Dan apakah yang menanti selepas kematiannya kelak? iv. Apakah sistem terbaik untuk memperbaiki keadaan hidup manusia? Apakah yang akan menyelamatkan umat manusia daripada kebinasaan? Manusia cuba berfikir dan mencaricari sendiri jawapan bagi setiap persoalan di atas, namun berakhir dengan kebuntuan dan ketidakpastian.
Tarbiyah Made Easy!!
12
2. HIKMAH PENGUTUSAN RASUL KEPADA MANUSIA Soalan: Apakah hikmah pengutusan para Rasul? Allah Taala mengutuskan para Rasul AS kepada manusia sebagai penunjuk jalan yang menuntun mereka mengerti persoalan-persoalan berikut:
KENALI ALLAH
SISTEM TERBAIK
HIDAYAH RASUL
HIKMAH KEWUJUDAN MANUSIA
HAKIKAT KEMATIAN & KEHIDUPAN AKHIRAT
Baiklah, mari kita lihat bagaimana para Rasul AS utusan Allah ini memberikan jawapan kepada manusia terhadap persoalan-persoalan tersebut.
Tarbiyah Made Easy!!
13
i.
Mengenali Allah Taala, Tuhan dan Pencipta alam ini serta menyeru mereka supaya menyembah-Nya. Hal ini sangat penting dalam membentuk hala tuju kehidupan dan tingkahlaku seseorang. Dengan mengenal Pencipta, dia mengetahui hakikat bahwa dirinya dicipta dan dipunyai oleh Allah Taala. Dengan mengenal Tuhan juga dia akan mengetahui apakah perkara yang diredhai dan dimurkai-Nya. Firman Allah Taala:
+ * ) ( '&% $ #"! 0/ .- ,
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadahlah kamu kepadaKu”. (Al-Anbiya’ 21: 25)
“Maha suci Tuhan Yang Maha Tinggi & segala pujian bagi-Nya.”
Tarbiyah Made Easy!!
14
ii
Mengetahui hikmah kewujudan manusia di dunia ini. Seperti kita mengetahui bahawa setiap anggota badan, tangan, kaki, mata, hidung, mulut dan telinga mempunyai tujuan tertentu, maka begitulah juga kehidupan ini. Mustahil manusia sekompleks ini diciptakan dengan siasia tanpa ada hikmahnya. Maka, ketika itulah Rasul menerangkannya kepada kita. Firman Allah Taala:
§¦¥¤ £¢¡~ﮯ
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
³ ² ± ° ¯ ® ¬« ª © ¨ µ´
Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang mulia. (Al-Mukminun 23: 115-116)
Tarbiyah Made Easy!!
15
Manusia tidak mampu mengetahui kenapa dia datang ke dunia ini kecuali melalui ajaran daripada Penciptanya. Pencipta yang menciptanya daripada tiada kepada ada. Allah Taala amat mengetahui bagaimana keadaan diri manusia dapat ditingkatkan, diperbaiki dan disucikan. Maka, Dia menunjukkan kita jalan yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat melalui perantaraan para Rasul-Nya.
Firman Allah Taala:
¯®¬ «ª©¨§ ´ ³ ²±° º¹¸¶µ
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah 2: 151)
Tarbiyah Made Easy!!
16
iii. Menjawab segala persoalan tentang hakikat kematian dan kehidupan selepasnya, kerana persoalan ini sangat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan manusia di dunia. Mari kita renungi bersama: Dirasakan seperti baru semalam zaman kanak-kanak berlalu, tapi hari ini kita telah menjadi seorang dewasa. Tidak lama selepas itu, kita pasti akan mati dan berpisah dengan keluarga, sahabat handai, harta, serta pangkat di dunia. Lebih 100 tahun lepas, kita di alam ghaib (tidak wujud di dunia ini). Dan selepas lebih 100 tahun kelak, kita akan kembali ke alam ghaib (selepas kematian).
Apakah pula yang menanti kita selepas kematian? Hakikat sebenar hal ini tidak mungkin mampu diketahui secara pasti oleh manusia, melainkan melalui pengkhabaran Tuhan yang menghantar kita ke dunia ini dan mengeluarkan kita daripadanya.
Tarbiyah Made Easy!!
17
Maka, datanglah para Rasul AS untuk memberikan khabar gembira tentang nikmat berkekalan yang disediakan kepada orang mukmin sebagai balasan terhadap ketaatan mereka di dunia. Begitu juga untuk memberi amaran tentang azab yang pedih kepada orang kafir sebagai balasan terhadap kekufuran mereka di dunia. Firman Allah Taala:
UTS RQPON ^ ] \ [ Z YX W V
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Firman Allah Taala juga:
(An-Nisa’ 4: 165)
ìëê éèç æåäãâ á àß õôóòñ ðï îí Tarbiyah Made Easy!!
18
Dan apabila dikatakan (kepada kamu): “Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya”, kamu berkata: “kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya”.”
,+ *)('&%$#"!
Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu! (Al-Jathiyyah 45: 32-33) Firman Allah Taala lagi:
ÌËÊÉÈ ÇÆÅÄ ÃÂ ÕÔÓÒÑ ÐÏÎÍ
Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya Rasul Kami membawa AlQuran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat: “Wahai Tuhan kami! Mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi hina (dengan azab di dunia), dan mendapat malu (dengan azab di akhirat?”.
Tarbiyah Made Easy!!
19
Ý Ü Û ÚÙ Ø × Ö âáàßÞ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kami, Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat pertunjuk” (Toha 20: 134-135)
Tarbiyah Made Easy!!
20
iv.
Memperkenalkan sistem (manhaj) terbaik yang akan memperbaiki keadaan manusia dan menyelamatkan mereka dari kebinasaan. Manusia berada dalam pertikaian yang berterusan dalam menentukan apakah manhaj yang terbaik untuk mereka. Setiap orang mendakwa manhaj mereka yang paling betul dan terbaik.
Kita tidak dapat mengetahui hal ini secara pasti, kecuali dengan petunjuk daripada Pencipta kita yang mengetahui apa yang membawa kebaikan dan keburukan kepada makhluk-Nya Firman Allah Taala:
ÚÙ Ø×ÖÕÔÓÒ á à ß Þ Ý ÜÛ
Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi pertunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (An-Nahl 16: 64) Tarbiyah Made Easy!!
21
Hanya dengan mengikut segala petunjuk Tuhan dan ajaran Pencipta manusia dan alam ini, segala urusan kita dapat diperbaiki. Firman Allah Taala:
T S R Q P O NM
…Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
[ Z Y X W V U a `_^]\ g fedcb
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maidah 5: 15-16) Para Rasul AS seterusnya menjadi teladan terbaik bagi manusia dalam mencapai cara hidup yang lurus, akhlak yang mulia, ibadah yang benar dan supaya sentiasa mengikut petunjuk Allah ini. Tarbiyah Made Easy!!
22
Firman Allah Taala:
Ì Ë Ê É È Ç Æ ÅÄ ÃÂ Á Ò ÑÐÏ ÎÍ
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzab 33: 21) Kemudian, manusia diperintah agar menegakkan sistem ini dan memeliharanya di muka bumi. Begitu juga mereka dilarang berpecah dalam urusan agama, dan hanya berhukum dengan wahyu Ilahi yang dibawa oleh Rasul. Firman Allah Taala:
SRQPONMLKJ ] \ [Z Y X W V U T ba ` _ ^ Tarbiyah Made Easy!!
23
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadaMu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya…” (Asy-Syura 42: 13)
Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
24
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Pengutusan Rasul yang menjawab persoalan-persoalan manusia adalah penyempurnaan bagi fitrah manusia. Apakah fitrah-fitrah yang disempurnakan tersebut? (Fitrah mengaku wujudnya Tuhan; fitrah ingin beribadah untuk mendapatkan redha Tuhan; fitrah inginkan kehidupan yang teratur serta harmoni)
ii.
Hari ini para Rasulullah SAW telah tiada, apakah jaminan bahawa hidayah yang dibawa oleh Baginda terus membimbing ummah dan masyarakat? (Tugas umat Islam sebagai “Ummatan Wasathan”; melaksanakan Syahadatul Haq; Al-Baqarah 2: 143)
Tarbiyah Made Easy!!
25
“BERIMAN KEPADA RASUL”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. SEMUA UMAT MANUSIA DIUTUSKAN RASUL
4. MUKJIZAT: BUKTI KEBENARAN PARA RASUL
2. HUKUM BERIMAN DENGAN PARA NABI & RASUL
3. NABI MUHAMMAD KHATAMUL ANBIYA’
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Sembilan (9); Jilid 2: Fasal Lima Belas (15)
Tarbiyah Made Easy!!
26
1. SEMUA UMAT MANUSIA DIUTUSKAN RASUL Soalan: Adakah semua umat manusia diutuskan Rasul oleh Allah Taala? Ya. Allah Taala telah mengutuskan para Rasul-Nya kepada semua umat untuk memberitahu berita gembira, menyampaikan amaran dan memberi petunjuk kepada mereka di jalan-Nya.
Firman Allah Taala.
UTSR QP ON
…dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran. (Faathir 35: 24) Firman Allah Taala.
I HGF
…dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar. (Ar-Ra’d 13: 7) Tarbiyah Made Easy!!
27
Soalan: Adakah Al-Quran menyebut kesemua Rasul ini? Tidak, Al-Quran hanya menceritakan kepada kita beberapa contoh kehidupan Rasul sahaja. Ini dilakukan untuk memberi pengajaran, bukan untuk menghadkan. Jumlah sebenar bilangan para Rasul hanya Allah Taala yang mengetahuinya. Namun, jumlah yang diceritakan di dalam Al-Quran adalah 25 orang. Firman Allah Taala:
,+ * ) ( ' & % $ # " 210/.98 7 6 5 4 3 =<;:
Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabinabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishaq, dan Nabi Yaqub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.
Tarbiyah Made Easy!!
28
E D CBA @ ? > M L K J I HG F
Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (An-Nisa’ 4: 163-164)
Tarbiyah Made Easy!!
29
2. HUKUM BERIMAN KEPADA PARA NABI & RASUL Soalan: Apakah hukum beriman kepada para Nabi dan Rasul ini? Kita wajib beriman bahawa Allah Taala mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia, sepertimana yang diberitahu oleh Al-Quran.
Firman Allah Taala.
p on m l k j i h g zyxwvu tsrq |{
…dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat- malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-RasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-RasulNya”. (Al-Baqarah 2: 285)
Tarbiyah Made Easy!!
30
3. NABI MUHAMMAD: KHATAMUL ANBIYA’ Soalan: Apakah maksud Nabi Muhammad SAW adalah penutup segala Rasul? Allah Taala mengutus para Rasul sebelum Nabi Muhammad SAW hanya kepada kaum mereka sahaja. Namun, apabila Nabi Muhammad SAW dibangkitkan sebagai Nabi dan Rasul terakhir, risalah baginda adalah untuk seluruh manusia. Firman Allah Taala.
yxwvuts r { | } ~ﮯz
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi… (Al-A’raf 7: 158) Ini bermaksud, Allah Taala telah menyempurnakan agama Islam dan nikmat-Nya kepada semua manusia serta memelihara Kitab-Nya daripada sebarang tokok tambah dan pengubahan. Oleh itu, manusia tidak lagi memerlukan Nabi atau Rasul yang lain sehingga hari Kiamat. Dan Nabi Muhammad adalah penyudah segala Nabi dan Rasul.
Tarbiyah Made Easy!!
31
Firman Allah Taala.
ÂÁ À¿¾½¼»º¹ Ë Ê É È Ç Æ ÅÄ Ã
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (Ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Ahzab 33: 40)
Tarbiyah Made Easy!!
32
4. MUKJIZAT: BUKTI KEBENARAN PARA RASUL Soalan: Apakah bukti kebenaran yang dibekalkan oleh Allah Taala kepada para Rasul-Nya. Al-Quran menamakan dalil dan bukti kebenaran para Rasul ini sebagai ayat, iaitu tanda-tanda, dalil dan bukti. Manusia pula menamakannya sebagai mukjizat. Mukjizat (juga dikenali sebagai bayyinah, burhan atau ayat) ialah perkara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa. Ia dikurniakan kepada para Rasul untuk menjadi bukti kebenaran pengakuan kenabian dan mensabitkan kerasulannya. Seolah-olah para Rasul mengumumkan kepada manusia:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah mengutuskanku kepada kamu dan memberikan aku tandatanda kekuasaan-Nya bagi membenarkan apa yang aku katakan. Tanda-tanda (mukjizat) ini tidak mampu dilakukan oleh sesiapa kecuali Allah Taala sahaja. Jadi, tiada sesiapapun yang mampu menirunya sehingga ada yang akan menyangka aku berdusta terhadap Allah.” Tarbiyah Made Easy!!
33
Soalan: Apakah contoh mukjizat yang dikurniakan Allah Taala kepada Rasul-Nya? Berikut adalah antara contoh mukjizat para Rasul yang disebutkan dalam Al-Quran: i. Nabi Ibrahim ‘alaihissalam: Firman Allah Taala.
¦¥ ¤£¢¡~ﮯ ¯®¬« ª ©¨§
(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Bakarlah dia dan belalah tuhantuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!” Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.” (Al-Anbiya’ 21: 68-69)
Dengan izin Allah, api menjadi sejuk dan tidak dapat membakar Nabi Ibrahim. Tarbiyah Made Easy!!
34
ii. Nabi Musa ‘alaihissalam: Firman Allah Taala.
Ì Ë ÊÉ È Ç Æ Å Ä Ã Â Á Ö Õ Ô Ó Ò ÑÐ Ï Î Í
“Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka”. (An-Naml 27: 12 Termasuk daripada sembilan mukjizat Nabi Musa ini ialah azab yang menimpa kaum Firaun sebagai balasan kepada kesombongan dan kekufuran mereka. Firman Allah Taala.
MLKJI HG TSRQP ON (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (Al-A’raf 7: 133) Tarbiyah Made Easy!!
35
Gambaran azab terhadap rakyat Mesir sebagai salah satu mukjizat Nabi Musa. ii. Nabi Isa ‘alaihissalam: Firman Allah Taala.
=<;: 987654 ED CB A@ ?> L K J I HG F U T S R Q P ON M ^ ] \[ Z Y X W V Tarbiyah Made Easy!!
36
g fe d c b a` _ nm lkjih xw v ut sr qpo (Ingatlah) tatkala Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam, kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkatakata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian, dan sesudah dewasa; dan ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu jadilah ia seekor burung dengan izinKu; dan engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinKu; dan ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keteranganketerangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang”. (Al-Maidah 5: 110) Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
37
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Tadabbur ayat Al-Quran di bawah dan keluarkan pengajaran daripadanya. Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’ 4: 165)
ii.
Sebagai Khatamul Anbiya’, apakah kedudukan Nabi Muhammad SAW kepada kita umat manusia? (Menjadi teladan terbaik dalam segenap aspek; sunnah dalam ibadah khusus, kehidupan seharian, sumber hukum & perundangan; Sirah Nabawiyah menjadi pedoman kepada Manhaj & Fiqh Dakwah)
Tarbiyah Made Easy!!
38
“RINGKASAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW” TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. RINGKASAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW
2. KESAN MUKJIZAT TERSEBUT KEPADA ORANG KAFIR
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Sepuluh (10)
Tarbiyah Made Easy!!
39
1. RINGKASAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW Soalan: Apakah mukjizat yang dikurniakan Allah Taala kepada Nabi Muhammad SAW? Terdapat banyak mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW antaranya ialah:
AL-QURAN AL-KARIM
BERITA GEMBIRA DALAM KITAB TERDAHULU
PERTOLONGAN ALLAH TAALA
DOA YANG MAKBUL MUKJIZAT NABI MUHAMMAD
i. Berita Gembira dalam Kitab Terdahulu: Kitab-kitab samawi yang diturunkan sebelum ini telah membawa berita gembira tentang kemunculan Nabi Muhammad SAW sebelum kelahirannya lagi. Ciri-ciri diri baginda, negeri, kaum dan masa kemunculan Nabi Muhammad SAW telah diceritakan. Tarbiyah Made Easy!!
40
Firman Allah Taala.
J IH G F E D NM LK
Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka… (Al-A’raf 7: 157) Para pendeta Yahudi dan Nasrani juga telah menyampaikan berita gembira tentang kemunculan Nabi Muhammad SAW sebelum baginda diutuskan lagi.
Allah Taala berfirman untuk berhujah kepada orang Arab musyrik yang sebelum ini pernah mendengar berita itu daripada Yahudi dan Nasrani.
£ ¢¡ {|}~ ﮯzyxw ¦¥ ¤
Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajaran nya) di dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu. (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidaklah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendeta-pendeta agama Bani Israil mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu? (As-Syu’araa’ 26: 196-197) Tarbiyah Made Easy!!
41
Apabila Allah Taala mengutuskan Nabi Muhammad SAW, sebahagian daripada mereka beriman dan sebahagian lagi enggan. Pendorong terbesar keimanan sebahagian daripada mereka adalah apabila didapati tanda dan berita gembira dari kitab-kitab terdahulu ada pada baginda. Firman Allah Taala.
3210 /.-,+* ) ?> =<;: 9 8 765 4 A@
Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya AlQuran, mereka beriman kepadanya. Dan apabila AlQuran itu dibacakan kepada mereka, mereka berkata: “Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya” (Al-Qasas 28: 52-53) Sehingga ke hari ini, orang Nasrani dan Yahudi masih berterusan memeluk Islam, terutamanya di kalangan cerdik pandai yang benar-benar jujur.
Tarbiyah Made Easy!!
42
ii. Mukjizat Al-Quran: Allah Taala telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dan mengurniakan kepada baginda sebuah kitab yang mengandungi mukjizat dan dalil yang nyata serta tanda ketuhanan yang banyak. Semua ini menjadi cop mohor ketuhanan membenarkan kerasulan baginda SAW.
yang
Mukjizat Al-Quran ini terdapat dalam beberapa bentuk: 1. DALIL YANG NYATA & MUKJIZAT DALAM KEFASIHAN LAFAZ, USLUB & SUSUNANNYA. 2. MENGANDUNGI BERITA-BERITA TENTANG PERKARA YANG GHAIB
3. MUKJIZAT YANG MENGESANI JIWA
4. MENGANDUNGI PETUNJUK & HUKUM-HAKAM DALAM MEMBENTUK UMMAH TERBAIK 5. MUKJIZAT YANG MENGANDUNGI ILMU & FAKTA DALAM PELBAGAI BIDANG
Tarbiyah Made Easy!!
43
Pertama, Al-Quran adalah dalil yang nyata dan mukjizat dalam kefasihan lafaz, uslub dan susunannya. Al-Quran telah mencabar jin dan manusia supaya mendatangkan sesuatu yang menyerupai Al-Quran. Firman Allah Taala.
543210/.- , >=< ;:987 6
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu, sesama sendiri”. (Al-Isra’ 17: 88) Kedua, Al-Quran adalah mukjizat yang mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib yang telah berlaku pada masa lampau dan masih diingati oleh manusia pada waktu pengutusan Nabi Muhammad SAW. Al-Quran juga mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib yang akan berlaku pada masa akan datang. Banyak daripada berita ini telah terbukti berlaku dan ia akan sentiasa berlaku apabila tiba masanya. Tarbiyah Made Easy!!
44
Firman Allah Taala.
p o n m l kj i h g f e z y x wv ut s r q
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Hud 11: 49) Ketiga, Al-Quran adalah mukjizat yang mengesani jiwa manusia. Ketika membacanya, diri kita akan merasai kesan yang besar dan kita akan merasakan bahawa yang berkata-kata kepada kita adalah Allah Taala. Implikasi daripada pembacaan kitab Allah ini akan bertambah apabila kita meningkatkan tadabbur (penghayatan dan penelitian) pada ayat-ayatnya. Firman Allah Taala.
@?>= <;:98 HGFEDCBA U TS R Q P O N M LK J I \[ZYXWV Tarbiyah Made Easy!!
45
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya) yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah; Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya. (Az-Zumar 39: 23) Keempat, Al-Quran adalah mukjizat kerana petunjuk dan hukum-hakam yang terdapat di dalamnya telah berjaya menghasilkan umat yang terbaik. Adalah mustahil seorang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis) dari padang pasir, mampu menghasilkan sistem perundangan, hukum-hakam dan manhaj yang berjaya melahirkan sebaik-baik umat buat manusia. Tanpa syariat dan manhaj Allah Taala, adalah mustahil bagi seorang manusia ummi untuk membina ummah & memerintah negara ke tahap tamadun yang tertinggi. Tarbiyah Made Easy!!
46
Firman Allah Taala.
43210/. :9 8 7 6 5
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)… (Ali Imran 3: 110) Kelima, Al-Quran adalah mukjizat yang mengandungi ilmu dan fakta dalam pelbagai bidang. Dengan peredaran zaman, kebenaran dan ketepatan kandungannya ini telah berjaya ditemui dan dibuktikan. Firman Allah Taala.
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À ËÊ É È
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa AlQuran adalah benar… (Fussilat 41: 53) Tarbiyah Made Easy!!
47
Sungguh mustahil Rasulullah SAW membaca ilmu dan fakta dalam pelbagai bidang ini daripada kitab-kitab lain, bukankan baginda seorang yang ummi? Allah Taala berfirman menceritakan tentang sifat ummi itu di dalam Al-Quran:
^] \ [ Z Y X W V U T b a`_
Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya AlQuran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orangorang kafir yang menentangmu - akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu). (Al-Ankabut 29: 48)
Tarbiyah Made Easy!!
48
ii. Pertolongan Allah Taala: Pada peringkat awal dakwah, orang yang beriman kepada Rasulullah SAW hanyalah sedikit. Orang musyrikin pula sering menyakiti dan menyeksa mereka meninggalkan Islam. Mereka diperangi di medan Badar, lalu Allah Taala menghantar para malaikat untuk menolong dan memenangkan Rasulullah SAW dan orang Islam ketika berhadapan musuh yang lebih ramai. Dalam perang Badar juga, Allah telah menurunkan rasa mengantuk yang memberi keamanan dan ketenangan kepada tentera muslim. Allah Taala juga telah menghantar ribut yang mengalahkan tentera orang Kafir dalam perang Ahzab sehingga orang-orang kafir yang jujur berkata, “Semua ini hanya mampu dihantar oleh Allah.”
Pertolongan Allah Taala kepada Rasulullah SAW terserlah dengan kemenangan umat Islam dalam peperangan menghadapi musuh yang lebih ramai. Tarbiyah Made Easy!!
49
Allah Taala menolong Rasulullah SAW dengan memancutkan air melalui celah-celah jari baginda sehingga semua orang yang hadir dapat meminumnya. Juga dengan memperbanyakkan makanan yang sedikit sehingga mencukupi orang ramai. Allah Taala menjadikan pokok berkata-kata dan menjadi saksi kenabian baginda, serta pelbagai peristiwa yang menakjubkan lagi sebagai mukjizat baginda. iii. Doa yang Makbul: Kesemua doa Rasulullah SAW akan dimakbulkan dan ditunaikan oleh Allah Taala. Seperti penyakit para sahabat yang sembuh apabila didoakan oleh baginda dan lain-lain doa.
Tarbiyah Made Easy!!
50
2. KESAN MUKJIZAT TERSEBUT KEPADA ORANG KAFIR Soalan: Apakah kesan mukjizat-mukjizat ini terhadap orang-orang kafir? Apabila baginda menzahirkan tanda-tanda dan bukti-bukti di atas, orang kafir yang memusuhi baginda akhirnya berubah menjadi orang Islam yang beriman dan sedia berjihad dengan harta dan diri mereka demi menegakkan kalimah Allah. Namun, ada orang yang sombong dan tertipu tetap mengengkarinya, lalu mereka mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. Firman Allah Taala.
¤ £ ¢ ¡ { | } ~ﮯz ¦¥
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Al-Baqarah 2: 99) Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
51
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Mukjizat Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada mukjizat Hissi (dapat dicerap oleh pancaindera manusia) dan mukjizat Ma’nawi. Berikan contoh untuk kedua-dua mukjizat. (Mukjizat hissi – keluar air dari jari-jemari hingga sahabat dapat minum, makanan sedikit menjadi banyak, pohon bersaksi kerasulannya, kayu kurma (yang dijadikan mimbar lama) menangis dan sebagainya. Mukjizat ma’nawi – Al-Quran Al-Karim)
ii.
Mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW adalah AlQuran. Apakah kelebihan mukjizat ma’nawi berbanding mukjizat hissi? (Mukjizat hissi hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang berada pada ketika berlakunya mukjizat. Mukjizat ma’nawi dapat terus dirasai, dihayati, menjadi hujah & memberi petunjuk sepanjang zaman; sesuai dengan status baginda sebagai Khatamul Anbiya’ & Rasul untuk sekalian manusia)
Tarbiyah Made Easy!!
52
“LAMPIRAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW” TOPIK PERBAHASAN 1. BERITA GEMBIRA DALAM KITAB TERDAHULU
2. PERTOLONGAN ALLAH
MENGETAHUI PERKARA YANG BAKAL BERLAKU
MENGETAHUI KISAH ORANG TERDAHULU
MENGETAHUI RAHSIA & BISIKAN MANUSIA
*Tajuk ini merupakan gabungan lima fasal daripada Kitab Tauhid Az-Zindani. Lampiran-lampiran ini boleh dibentangkan sebagai nadwah atau dibaca sendiri oleh mutarabbi. Tarbiyah Made Easy!!
53
LAMPIRAN 1: “BERITA GEMBIRA DALAM KITAB TERDAHULU”
DALAM KITAB INJIL DALAM KITAB TAURAT
DALAM KITABKITAB LAIN
BERITA GEMBIRA
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Sebelas (11)
Tarbiyah Made Easy!!
54
1. AL-BISYARAH: BERITA GEMBIRA • Berita gembira (al-Bisyarah) yang dimaksudkan ialah berita gembira yang dibawa oleh para Rasul AS terdahulu tentang Nabi Muhammad SAW. • Berita tersebut memberitahu tentang kemunculan Nabi Muhammad SAW serta menceritakan sifat, keadaan zaman dan negeri baginda. Soalan: Adakah berita gembira ini masih kekal dalam kitabkitab tersebut? • Semua kitab terdahulu yang diturunkan oleh Allah telah ditokoh tambah dan ditukar sehingga tidak terdapat naskhah yang sahih. • Pengikut para Rasul tersebut telah menulis sendiri kitab yang dinamakan kitab suci (kutub muqaddasah) seperti Taurat dan Injil. • Mereka menulis sebahagian ucapan yang mereka dengar daripada para Rasul, kemudian menambah dan mengubah dengan tulisan mereka sendiri.
Gambaran penulisan kitab oleh pengikut para Rasul. Tarbiyah Made Easy!!
55
• Namun, antara berita yang masih kekal dalam kitabkitab tersebut ialah berita gembira tentang ketibaan Nabi Muhammad SAW. • Ia menjadi dalil bagi kita bahawa kedatangan baginda sebagai Rasul, Utusan Allah telah disebutkan oleh para Rasul terdahulu. Firman Allah Taala.
TS R Q P O N M
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan Kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri. (Al-An’am 6: 20)
Tarbiyah Made Easy!!
56
2. BERITA GEMBIRA DALAM TAURAT
Kitab ‘Taurat’ • Ciri-ciri Rasul yang akan dibangkitkan ini disebut dalam Juzuk Ulangan (Deuteronomy) seperti berikut: “Dan kalam Tuhan diletakkan di mulutnya.” [ Maksudnya Al-Quran diturunkan melalui perantaraan Nabi Muhammad SAW. ] • Ciri-ciri Rasul yang akan disebut dalam Juzuk Yesaya (Isaiah) seperti berikut: “Di suatu padang pasir yang didiami oleh Qaidar terdengar suara menyebut namanya.” [ Qaidar ialah salah seorang datuk Nabi SAW dalam salasilah antara baginda dan Nabi Ismail AS. Tempat tersebut adalah sebuah negara Arab seperti yang disebut oleh Taurat sendiri dalam Juzuk Kejadian (Genesis). ] Tarbiyah Made Easy!!
57
“Sesungguhnya terdapat tanda kekuasaan (kenabian) di atas bahunya sebesar telur burung merpati.” [ Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis menceritakan tentang tanda tersebut dalam sahihnya. ] Begitu juga baginda disifatkan sebagai seorang “penunggang unta.” [ Ini menunjukkan bahawa baginda berasal dari kawasan padang pasir, demikianlah halnya Nabi Muhammad SAW. ] Para pengikutnya pula disifatkan sebagai “musuh mereka lari apabila melihat pedang dan anak panah serta peperangan yang amat dahsyat.” [ Telah diketahui bahawa tidak terdapat nabi lain dengan ciri-ciri ini kecuali Nabi Muhammad SAW, iaitu pada zaman pedang dan panah. ] • Ciri-ciri Rasul yang akan disebut dalam Juzuk Mazmur (Psalm) seperti berikut: “Raja-raja Yaman datang menemuinya dengan barangbarang hadiah.” [ Sehingga berakhir kerajaan Yaman, tiada Rasul selain Nabi Muhammad SAW yang mereka tunduk kepadanya. ]
Tarbiyah Made Easy!!
58
“Dia didoakan pada setiap hari.” [ Demikianlah keadaan Nabi Muhammad SAW, pada setiap hari umat Islam berdoa dan berselawat kepada baginda dalam solat mereka. ] “Dia membawa pedang di bahunya.” [ Tidak terdapat Rasul lain yang membawa pedang selepas Nabi Musa AS kecuali Nabi Muhammad SAW. ] • Apa yang pasti, walaupun kaum Yahudi telah mengubah kitab Taurat dan sentiasa melakukan pengubahan terhadapnya, tapi masih terdapat tanda-tanda tersebut di dalamnya. • Sebelum kemunculan Nabi Muhammad SAW, orang Yahudi menanti-nanti kemunculan nabi akhir zaman. Begitu juga paderi Kristian. • Orang Yahudi percaya bahawa nabi tersebut adalah daripada kalangan mereka. Mereka sentiasa menggertak penduduk Madinah dalam sebarang pertelingkahan bahawa nabi baru akan muncul. Mereka berkata, “Telah telah tiba masa kemunculan nabi dan kami akan mengikutnya. Kami akan membunuh kamu semua seperti pembunuhan kaum Aad dan Iram.” • Kemudian Al-Quran diturunkan kepada Nabi Akhir Zaman, dan ternyata baginda bukan dari kalangan bangsa Yahudi. Tarbiyah Made Easy!!
59
Firman Allah Taala.
*)('&%$ #"! 3 21 0/.-,+ < ; : 9 8 76 5 4
Dan tatkala datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al-Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad & Al-Quran), mereka mengingkarinya; maka, laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.
E DCBA@?>= R QP O N M L K J I H G F Z Y X W VU T S
Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orangorang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan. (Al-Baqarah 2: 89-90) Tarbiyah Made Easy!!
60
• Sebenarnya berita gembira mengenai kemunculan Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh orang Yahudi telah memberi kesan yang besar dalam pengislaman penduduk Madinah sebelum Islam. • Kumpulan awal penduduk Madinah yang memeluk Islam berkata ketika mereka melihat Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya demi Allah, bagindalah nabi yang dijanjikan kepada kamu oleh Yahudi, janganlah biarkan mereka mendahului kamu.”
Tarbiyah Made Easy!!
61
3. BERITA GEMBIRA DALAM INJIL
Kitab ‘Injil’ (Gospel) • Kitab Injil asli yang diturunkan kepada Nabi Isa AS sudah tidak wujud lagi di tangan orang Nasrani. • Orang Nasrani mempunyai empat buah kitab yang dipanggil Injil Lukas, Injil Yohanes, Injil Markus dan Injil Matius. Injil-injil ini menyerupai kitab sirah yang ditulis oleh Lukas (Luke), Yohanes (John), Markus (Mark) dan Matius (Matthew). • Kitab-kitab ini adalah ringkasan kepada 70 buah kitab Injil yang semuanya telah dimusnahkan. Ia dibakar dalam satu Muktamar Nasrani pada zaman Raja Konstantin, iaitu sebelum pengutusan Nabi Muhammad SAW. • Di celah-celah kitab Injil yang dibakar ini, lahirlah Injil Barnabas, iaitu kitab yang mengandungi keterangan dan petunjuk yang mempunyai banyak persamaan dengan isi kandungan Al-Quran Al-Karim. Tarbiyah Made Easy!!
62
• Berita Gembira dalam Injil Matius Jesus (panggilan Nasrani terhadap Nabi Isa AS) berkata, “Oleh itu, aku ingin memberitahu kamu bahawa petunjuk Allah akan dicabut daripada kamu dan akan diberikan kepada umat lain untuk membajak hasilnya.” [ Memang benar, hidayah itu telah dicabut daripada Bani Israil dan diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. ] •
Berita gembira dalam Injil Yohanes: Jesus berkata, “Sesungguhnya aku mempunyai banyak urusan. Aku tidak berkata, kamu semua tidak mampu menanggungnya pada masa ini. Apabila muncul Roh Kebenaran, dia akan menunjukkan kepada semua kebenaran. Ini kerana dia tidak bercakap mengikut hawa nafsunya, bahkah semua perkara yang dia dengar, cakap dan beritahu kamu adalah perkara yang akan berlaku.” [ Semua ini terbukti ada pada Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah penyempurna semua risalah terdahulu. Baginda berkata-kata dengan menyebut kalam Allah, iaitu Al-Quran. Baginda juga memberitahu manusia tentang perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Semua perkara yang diucapkan baginda, kemudiannya benar-benar berlaku dan dibuktikan oleh peredaran masa. ]
Tarbiyah Made Easy!!
63
• Seorang bekas paderi Koptik Mesir yang kini memeluk Islam dengan nama Ibrahim Khalil Ahmad dalam bukunya “Muhammad SAW dalam Taurat, Injil dan Al-Quran” mengatakan: Wahai ahli kitab, cukuplah bagi kamu semua berpusing mengeliling bukit ini. Bersegeralah kamu ke jalan yang lurus (Islam). Tatkala seorang perempuan Samiriyyah yang datang menemui Jesus sambil berkata, “Sesungguhnya datuk nenek kami melakukan ibadat di bukit ini. Manakala kamu semua berkata tempat yang sepatutnya dilakukan ibadat adalah di Ursyilim (Baitul Maqdis).” Lalu Jesus menjawab “Wahai perempuan, percayalah daku. Pada suatu masa nanti orang akan sujud kepada Allah bukan di bukit ini dan bukan di Ursyilim… Allah adalah Ruh dan orang sujud kepada-Nya. Oleh itu, hanya Ruh dan Al-Haq yang layak disujud dan disembah.” (Dipetik dari Kitab Injil Yohanes 4: 20-24) [ Kisah ini mengkhabarkan bahawa akan berlaku pula pertukaran arah Kiblat dari Baitul Maqdis di tangan Rasul Allah yang lain. ]
Tarbiyah Made Easy!!
64
Firman Allah Taala.
o n ml k j i h gf e d rqp
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah… (Al-Baqarah 2: 115) Firman Allah Taala.
{| } ~ ﮯz y x w © ¨ § ¦ ¥ ¤£ ¢ ¡ µ ´ ³ ² ± ° ¯® ¬ « ª
…Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid AlHaraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (Al-Baqarah 2: 144)
Tarbiyah Made Easy!!
65
• Berita Gembira dalam Injil Barnabas
Injil Barnabas berusia 1500 tahun yang ditemui di kawasan Laut Mati. Kitab Injil Barnabas ini disebut oleh Paderi Dr Charles Francis Buto dalam bukunya “Pendedahan Tahun-tahun Kehilangan Jesus”, katanya: “Sesungguhnya kitab Injil yang dinamakan Injil Barnabas ini tidak dipedulikan oleh golongan gereja pada zaman awalnya. Namun, dengan penemuan beberapa manuskrip di kawasan Laut Mati baru-baru ini, menguatkan kitab Injil ini.” Disebut melalui lisan Nabi Isa AS: “Apabila manusia memanggil aku sebagai Tuhan dan anak Tuhan, sedangkan aku tidak sebagaimana didakwakan, Allah mahu mengejek manusia melalui kematian Yahuza…
Tarbiyah Made Easy!!
66
Ketika itu, orang ramai menganggap aku telah mati disalib supaya syaitan tidak mengejek aku pada hari Kiamat. Tanggapan salah ini akan kekal sehinggalah kedatangan Muhammad Rasulullah yang akan mendedahkan segala pembohongan tersebut kepada orang yang beriman kepada syariat Allah.” (Injil Barnabas: Bab 220) Mengenai beberapa manuskrip Laut Mati, Profesor Powell Difz, iaitu ketua Gereja Puak Sejati di Washington dalam bukunya Manuskrip Laut Mati mengatakan: “Sesungguhnya Jesus adalah seorang ‘masiyyan’ (bahasa Aramaic bermaksud Rasul). Namun begitu, terdapat ‘masiyyan’ yang lain.”
Tarbiyah Made Easy!!
67
4. BERITA GEMBIRA DALAM KITAB-KITAB LAIN • Selain kitab Taurat dan Injil, terdapat juga berita gembira tentang Nabi Muhammad SAW dalam sebahagian kitab yang dianggap suci oleh agama lain. • Semuanya menyebutkan tentang kemunculan baginda, namun golongan jahat telah mengubah fakta asalnya dan mencampur adukkannya dengan tafsiran yang salah. i. Kitab Sama Veda, iaitu salah sebuah kitab suci milik penganut agama Brahmin menyebutkan dalam perenggan keenam dan kelapan, juzuk kedua: “Ahmad menyebarkan syariat daripada Tuhannya. Dia dipenuhi dengan hikmah. Dia memancarkan cahaya (petunjuk) sepertimana cahaya matahari.” ii. Kitab Nada Afista, salah sebuah kitab suci Majusi menyebut mengenai kedatangan seorang Rasul yang disifatkan sebagai memberi rahmat kepada sekalian alam (Susyianat). “Dia mempunyai musuh yang dipanggil dalam bahasa Parsi lama “Abu Lahab.” Dia menyeru kepada Tuhan Yang Esa yang tidak mempunyai sekutu (Hij jizbau nimar). Tuhan yang tidak mempunyai awal dan akhir, tandingan, cawangan, sahabat, ayah, ibu, anak, tempat tinggal, jasad, bentuk, warna dan bau.” [Kebanyakan sifat ini adalah sifat ketuhanan yang diseru dan diajar oleh Nabi Muhammad SAW.] Tarbiyah Made Easy!!
68
iii. Professor Abdul Haq, pengarang buku “Muhammad dalam Kitab-kitab Dunia” menterjemahkan satu petikan daripada kitab agama Zoroaster: Ketika kaum Zoroaster meninggalkan dan meruntuhkan agama mereka, seorang lelaki bangkit di negara Arab. Para pengikutnya akan mengalahkan Parsi dan orang Parsi yang sombong akan tunduk. Daripada menyembah api di tempat ibadat, mereka berpaling ke arah Kaabah Nabi Ibrahim yang telah dibersihkan daripada semua berhala. Pada hari itu, mereka adalah pengikut Nabi yang membawa rahmat ke seluruh alam, pemimpin kepada negara Parsi, Madyan, Tus dan Balkh iaitu tempattempat suci bagi orang Zoroaster dan jiran mereka. Manakala Nabi mereka adalah seorang yang fasih menyampaikan mukjizat. (mukasurat 47) Zoraoster ialah seorang lelaki yang dilahirkan di negeri Madi, sekitar 660-583 SM. Beliau adalah pemulih agama lama di Iran dan pengembang agama Majusi. v.
Kitab Adharva Vaidam, kitab suci agama Hindu telah menyebutkan ciri-ciri Rasul yang akan muncul dan disebut namanya sekali:
Tarbiyah Made Easy!!
69
Wahai sekalian manusia! Dengar dan perhatikanlah kamu tentang kebangkitan al-Muhammad daripada kalangan manusia… keagungannya dipuji sehingga ke dalam syurga dan semua akan tunduk kepadanya. Dia adalah al-Muhammid (Nabi Muhammad SAW). (Juzuk 20, Fasal 127, Perenggan 70, Rangkai kata 1-3) vi. Kitab Bahusyia Branam, juga salah sebuah kitab suci agama Hindu telah menyebutkan: Pada ketika itu dibangkitkan seorang ajnabi bersama para pengikutnya. Dia dipanggil Mahamid (maksudnya Nabi Muhammad SAW). Dia dikenali sebagai utusan kepada alam. Tuhan menyucikannya melalui lima penyucian (yakni solat 5 waktu yang menghapuskan dosa-dosa orang Islam). (Juzuk 2, Fasal 3, Rangkai kata 3 dan selepasnya) Dalam kitab ini juga disebutkan mengenai ciri-ciri pengikut Rasulullah SAW: Mereka semua berkhitan, tidak menyimpan jambul tetapi menyimpan janggut. Mereka adalah para mujahid. Mereka menyeru manusia dengan suara yang kuat seperti berdoa (yakni seruan mendirikan solat; solat adalah doa).
Tarbiyah Made Easy!!
70
Mereka memakan kebanyakan binatang kecuali babi. Mereka tidak menggunakan Dirba (tumbuhan yang digunakan orang Hindu dalam menghapuskan dosa) untuk proses penyucian. Bahkan mereka adalah para syuhada’ dan orang yang sukakan kebersihan. Mereka dinamakan Musli (maksudnya Muslim) dengan sebab mereka memerangi orang yang mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan. Agama mereka ini keluar daripada Aku dan Aku adalah Pencipta. (Juzuk 3, Fasal 3, Rangkai kata 27-28) Selepas umat Islam berjaya menakluk negara mereka, ramai orang Parsi dan India kemudiannya menerima Islam. Ini mungkin disebabkan berita-berita gembira yang telah tertulis di dalam kitab-kitab suci mereka tersebut. Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
71
LAMPIRAN 2: “PERTOLONGAN ALLAH”
PERANG BADAR
KETIKA HIJRAH
PERANG AHZAB
PERTOLONGAN ALLAH
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Dua Belas (12)
Tarbiyah Made Easy!!
72
1. MAKNA PERTOLONGAN ALLAH • Analogi mudah: Sebuah kerajaan menghantar wakilnya ke tempat tertentu untuk suatu perintah. Apabila terdapat halangan, wakil tersebut akan meminta bantuan kerajaannya. Kerajaan itu pula dengan segera menghantar bantuan dan sokongan kepada wakil tersebut. Maka, hal ini menjadi bukti bahawa orang tersebut benar-benar wakil sah pihak kerajaan tadi… Begitu jugalah dengan Nabi Muhammad SAW, terdapat banyak pertolongan Allah yang dikurniakan kepada baginda dalam menyebarkan risalah Islam. Di sini, kita akan lihat beberapa daripadanya.
Seorang utusan yang diiktiraf semestinya disokong dengan pertolongan dan bantuan oleh pengutusnya. Tarbiyah Made Easy!!
73
2. PERTOLONGAN ALLAH KETIKA HIJRAH • Orang kafir Quraisy berazam membunuh Rasulullah SAW selepas mendapati tindakan memulau baginda tidak berkesan. • Lalu mereka mengutus para pemuda daripada setiap puak Quraisy untuk mengepung rumah baginda untuk membunuhnya. Firman Allah Taala.
ji h g f e d c b a ` r q p o nm l k
Dan ingatlah, (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaikbaik yang menggagalkan tipu daya. (Al-Anfal 8: 30) • Allah Taala memberitahu rancangan jahat tersebut kepada Rasulullah SAW dan membenarkan baginda berhijrah ke Madinah. Selepas itu, baginda berazam keluar dari Makkah dalam sambil mengulang-ulang kalam Tuhannya.
Tarbiyah Made Easy!!
74
Firman Allah Taala.
a`_^]\ [Z hgfe dcb
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku, Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”. (Al-Isra’ 17: 80) • Allah Taala menolong Rasulullah SAW dengan mengalahkan kepungan pemuda Quraisy sepanjang malam dengan mengaburkan pandangan mereka. Firman Allah Taala.
qpon mlkji utsr
Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat. (Yaasin 36: 9)
Tarbiyah Made Easy!!
75
• Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA menuju ke gua Thur untuk menyembunyikan diri daripada buruan puak Quraisy. • Orang musyrik Makkah pula berusaha mengesan jejak baginda. Mereka memeriksa setiap tempat sehinggalah tiba di depan pintu gua Thur. • Abu Bakar RA berbisik kepada Rasulullah SAW, “Sekiranya salah seorang daripada mereka melihat ke bawah tapak kakinya, dia akan dapat melihat kita.” • Tetapi baginda yang tenang dan yakin dengan pertolongan Allah bersabda, “Wahai Abu Bakar, kamu menyangka kita berdua sahaja, tetapi Allah Taala bersama kita.” • Allah Taala telah menghantar tenteranya yang berupa dua ekor merpati yang membuat sarang dan bertelur di muka gua Thur, tumbuh-tumbuhan subur dan labah-labah membuat sarang di pintu gua. • Orang kafir berkata ketika mereka sampai di pintu gua, “Sekiranya seseorang telah memasuki gua ini, sarang labah-labah ini tentu tidak akan wujud lagi di sini.” • Mereka pun beredar dengan keadaan hampa. Walhal jarak mereka dengan Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA hanya beberapa langkah. Tarbiyah Made Easy!!
76
Mengenai hal itu, Allah Taala berfirman:
| {zyxwvu ¥¤£¢¡}~ﮯ ¯ ®¬ « ª © ¨ § ¦ ¶µ´³²±° ½¼ » º ¹ ¸ Æ Å Ä Ã ÂÁ À ¿ ¾
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9: 40)
Tarbiyah Made Easy!!
77
• Selepas peristiwa itu, Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA pun memulakan perjalanan mereka ke Madinah. Tanpa disedari, Suraqah bin Malik, seorang penunggang kuda Quraisy berjaya menjejaki mereka. • Tatkala dia menghampiri mereka berdua, tiba-tiba kudanya enggan menurut arahan dan menjatuhkan Suraqah sebanyak dua kali, sedangkan dia adalah seorang penunggang terlatih. • Dengan itu, terdetik di hatinya bahawa dia sebenarnya sedang menghalang seorang Nabi. Lalu dia bangun sambil mengimbas debu pada badannya. Beliau kemudiannya meminta jaminan keamanan dan kemaafan kepada Rasulullah SAW. • Suraqah menawarkan bekalan dan peralatan kepada Rasulullah SAW, tapi jawab baginda, “Kami tidak memerlukannya, tetapi kamu hendaklah memesongkan usaha menjejaki kami.” • Begitulah keadaan Suraqah, pada waktu pagi dia adalah pemburu Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA. Tetapi pada waktu petang bertukar menjadi pengawal mereka. Bukankah semua ini adalah bukti bantuan dan pertolongan Allah Taala? Tarbiyah Made Easy!!
78
2. PERTOLONGAN ALLAH KETIKA PERANG BADAR Firman Allah Taala mengenai Perang Badar:
8 7 6 54 3 2 1 0 / :9
Dan sungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ali Imran 3: 123) • Orang Islam keluar dengan hanya membawa 70 ekor unta dengan bilangan lebih kurang 300 orang. Mereka keluar untuk merampas satu kafilah dagang Quraisy. • Walau bagaimanapun, kafilah tersebut berjaya meminta bantuan daripada Quraisy di Makkah. Semangat orang kafir Quraisy membara, mereka keluar dengan 900 hingga 1000 orang tentera. 200 daripadanya adalah tentera berkuda. • Rasulullah SAW bersyura bersama para sahabat RA mengenai tindakan untuk menghadapi kemaraan tentera Quraisy tersebut. Majoriti sahabat menyerahkan keputusan kepada baginda dan mengikut dengan taat.
Tarbiyah Made Easy!!
79
• Namun, terdapat sekumpulan yang enggan berperang kerana mereka tidak bersedia menghadapi musuh yang lebih ramai dan lengkap persenjataannya. Mereka merasa peperangan tersebut hanya akan menempah maut. Kepada mereka Allah Taala berfirman:
fedcba` _^] onmlkji hg uts r qp
Sebagaimana (harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, maka) Tuhanmu mengeluarkanmu dari rumahmu (untuk pergi berperang) dengan kebenaran juga, sedang sebahagian dari orangorang yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang). Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebabsebabnya). (Al-Anfal 8: 5-6) • Rasulullah SAW tetap berazam untuk berperang, maka baginda pun bersaba kepada para Sahabatnya: “Mara dan bergembiralah kamu semua! Allah Taala telah menjanjikan untuk mempertemukan aku dengan salah satu daripada dua angkatan (rombongan dagang atau tentera Quraisy). Demi Allah, seolah-olah aku melihat tempat kekalahan mereka…” Tarbiyah Made Easy!!
80
Berkenaan kisah ini, Allah Taala berfirman:
~}| {z yx wv ¨§¦¥ ¤£¢¡ﮯ ¯ ®¬« ª©
Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan KalimahkalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya. (Al-Anfal 8: 7) • Ketika itu turunlah petanda pertolongan Allah kepada orang Islam; yakni rasa mengantuk yang memberikan keamanan dan ketenangan. • Allah juga menurunkan hujan yang menyegarkan udara sekeliling dan memantapkan pasir tempat berpijak untuk memudahkan mereka mara ke tempat musuh. • Allah juga telah menukar rasa gentar menghadapi musuh kepada keyakinan, tetap pendirian dan kekuatan. Semua ini dikurniakan kepada umat Islam pada malam peperangan. Tarbiyah Made Easy!!
81
Ia dirakam dalam Al-Quran, firman Allah Taala:
JIH GFED CB RQ P ONMLK XW VUTS
(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak perdirian (kamu di medan perjuangan). (Al-Anfal 8: 11) • Apabila kedua pasukan memasuki medan pertempuran, Allah Taala menampakkan pada pandangan tentera Islam bahawa jumlah tentera musyrikin hanya sedikit. Manakala jumlah tentera Islam kelihatan lebih ramai dari jumlah asal.
Gambaran muslimin di medan Badar. Tarbiyah Made Easy!!
82
Firman Allah Taala:
«ª©¨§ ¦¥ ¤ ¶ µ ´³ ² ± ° ¯ ® ¬ º¹¸
Dan (ingatlah) ketika Dia memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Al-Anfal 8: 44) Ibnu Mas’ud RA berkata, “Pada mulanya kami melihat bilangan tentera musyrik berkali ganda melebihi jumlah kami. Apabila kami melihat mereka sekali lagi, jumlah mereka tidak melebihi kami walaupun seorang.”
Tarbiyah Made Easy!!
83
3. PERTOLONGAN ALLAH KETIKA PERANG AHZAB •
Allah Taala telah merakamkan peristiwa peperangan ini dalam surah ke-33 dalam Al-Quran, iaitu surah Al-Ahzab.
•
Latarbelakangnya ialah apabila pihak Yahudi telah mengumpul semua musuh Islam untuk menghancurkan Islam buat selama-lamanya.
•
Mereka telah mengumpulkan tentera-tentera bersekutu (al-Ahzab) yang jumlahnya memenuhi bukit bukau.
•
Tiada cara lain untuk mengatasi serangan mereka kecuali dengan menggali parit mengelilingi Madinah.
Tarbiyah Made Easy!!
84
Allah Taala berfirman menggambarkan perasaan umat Islam ketika itu:
^ ] \ [ Z Y X VU edcb a`_
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.
lkj i hgf
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncang perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (Al-Ahzab 33: 10-11) •
Untuk mententeramkan hati umat Islam, Rasulullah SAW bersabda: “Demi nyawa aku dalam gengaman-Nya, kamu semua akan dibebaskan daripada belenggu kesusahan yang menimpa kamu. Sesungguhnya aku berharap dapat melakukan tawaf di Baitul Atiq dengan aman dan Allah Taala akan memusnahkan Kisrah (Parsi) dan Kaisar (Rom). Manakala harta mereka pula akan dibelanjakan di jalan Allah.” Tarbiyah Made Easy!!
85
•
Namun begitu, orang munafiq mengejek dan memandang pelik berita kemenangan yang disampaikan oleh baginda. Mereka menganggapnya sebagai anganangan dan tipuan. Mereka berusaha lari dari medan perang. Allah Taala mendedahkan hal ini dalam firman-Nya:
vut s rqp onm zy xw
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”.
¦¥ ¤ £ ¢ ¡ { | } ~ ﮯ ±° ¯®¬«ª© ¨§ ¹ ¸ ¶ µ ´ ³²
Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib (Madinah), tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang), oleh itu baliklah”. Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: “Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan”, padahal dia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan… Tarbiyah Made Easy!!
86
hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam). (Al-Ahzab 33: 12-13) •
Sesungguhnya Allah Taala pasti tidak memungkiri janji-Nya, maka Dia telah menghantar tentera-Nya berupa ribut taufan yang memporak perandakan tentera-tentera Ahzab.
•
Setelah keadaan menjadi reda, Rasulullah SAW mengutuskan Huzaifah bin al-Yamani RA menyelidik keadaan kem tentera musuh. Waktu itu, malam begitu gelap dan cuaca sangat sejuk. Huzaifah RA bercerita: Lalu aku pergi. Aku berada bersama-sama kaum tersebut. Ketika itu ribut dan tentera Allah telah melaksanakan tugasnya. Periuk tunggang langgang, api menyala dan khemah runtuh. Lalu Abu Sufyan bangun dan berkata, “Wahai sekalian orang Quraisy, setiap orang hendaklah memastikan siapa di sebelahnya.” Lalu aku memegang tangan lelaki di sebelahku, sambil bertanya, “Siapa kamu?” Lelaki tersebut menjawab, “Fulan bin fulan.” Tarbiyah Made Easy!!
87
Kemudian Abu Sufyan berkata: “Wahai sekalian orang Quraisy, demi Allah kamu semua tidak lagi mempunyai tempat tinggal. Kuda telah mati, harta benda telah musnah dan kita pula telah ditinggalkan oleh Bani Quraizhoh. Kita mendapat berita yang menyakitkan hati mengenai mereka dan kita pula ditimpa bencana ribut yang tidak pernah kita lihat. Kita sekarang tidak mempunyai makanan, bahan api dan tempat tinggal. Oleh itu tinggalkanlah semua tempat ini dan aku juga akan meninggalkannya.” Kemudian dia menuju ke arah untanya yang diikat lalu naik ke atasnya dan memukulnya sebanyak tiga kali. Demi Allah, talinya tidak terungkai kecuali ketika ia berdiri. Allah Taala berfirman:
vut s rqp onm zy xw
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. (Al-Ahzab 33: 9) Tarbiyah Made Easy!!
88
•
Pada waktu pagi, Rasulullah SAW dan para sahabat RA keluar untuk melihat nikmat yang diberikan oleh Allah sambil memuji dan bersyukur kepada-Nya: “Segala puji hanya bagi Allah Taala sahaja, Yang telah menepati janji-Nya, Yang telah menolong hamba-Nya, Yang telah memuliakan tentera-Nya, Yang telah menghancurkan pakatan tentera bersekutu (Ahzab). Maka tidak ada sesuatu selepas-Nya.” Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
89
LAMPIRAN 3: “MENGETAHUI KISAH ORANGORANG TERDAHULU”
MENGAPA IA DIANGGAP MUKJIZAT? KEPENTINGAN MENGETAHUI KISAH ORANG TERDAHULU
BUKTI DARIPADA ALQURAN
TAHU KISAH ORANG TERDAHULU
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Sebelas (11)
Tarbiyah Made Easy!!
90
1. KEPENTINGAN MENGETAHUI KISAH ORANGORANG TERDAHULU • Antara bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW adalah baginda diutuskan kepada kita dengan membawa cerita mengenai umat sebelum kita, dan kisah mereka dengan Rasul mereka. • Perkara ini mempunya dua kepentingan iaitu: i.
Kisah umat terdahulu memberikan pengajaran dan menjelaskan sunnatullah terhadap makhluk-Nya bagi memantapkan hati Rasulullah SAW dan orang beriman di atas kebenaran. Firman Allah Taala:
IH G F E D C B A @ ? QPONM LKJ
Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Hud 11: 120)
Tarbiyah Made Easy!!
91
ii.
Pengkisahan Rasulullah SAW tentang perkara ghaib yang tidak diketahui manusia mahupun para pendeta Yahudi dan paderi Kristian menunjukkan bahawa kisah tersebut diberitahu oleh Yang Maha Meliputi Ilmu-Nya ke atas semua perkara iaitu Allah. Firman Allah Taala:
o n m l kj i h g f e z y x wv ut s r q p {
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Hud 11: 49)
Tarbiyah Made Easy!!
92
2. MENGAPAKAH IA DIANGGAP MUKJIZAT? • Soalan: Mengapakah mengetahui terdahulu dianggap suatu mukjizat?
kisah
orang-orang
• Analogi mudah: Ahli sejarah India dan ahli sejarah China berselisih berkenaan sejarah negara mereka sebelum 1000 tahun lalu. Ahli sejarah dari kedua negara ini saling berbeza pendapat tentang sejarah dan hubungan negera mereka. Oleh itu, berlakulah perbincangan, pertelingkahan dan perdebatan tentang sejarah tersebut. Tiba-tiba, seorang lelaki yang buta huruf dan tidak mengetahui apa-apa datang menceritakan sejarah sebenarnya tentang China dan India dengan terperinci dan mejelaskan segala perbezaan, kesilapan dan kebatilan mereka.
Tarbiyah Made Easy!!
93
Lebih pelik lagi, ada pula ahli sejarah India dan China yang jujur dan insaf sama-sama mengumumkan persetujuan mereka dengan lelaki buta huruf tadi dan membenarkan kata-katanya… Dari mana lelaki itu mendapatkan pengetahuan tersebut? Logikkah jika dikatakan bahawa Tuhan yang telah mewahyukan perkara tersebut kepadanya?
• Kita lihat pula situasi di zaman Nabi Muhammad SAW: i.
Nabi Muhammad SAW adalah seorang lelaki ummi (buta huruf) yang hidup pada zaman yang mundur. Zaman yang tiada surat khabar, buku, majalah, percetakan, penyiaran, internet dan sekolah.
ii.
Sejarah yang menjadi perselisihan adalah sejarah umat terdahulu, para Rasul yang diutuskan kepada mereka, serta agama yang dibawa.
iii. Cendekiawan yang berselisih pendapat pula ialah pendeta Yahudi dan paderi Kristian, yang mengawal segala ilmu berkenaan agama pada waktu itu. Tarbiyah Made Easy!!
94
• Allah Taala mengutuskan Nabi SAW yang buta huruf, tidak pernah membaca dan menulis ini kepada umat jahiliyah, badawi, primitif, tidak mempunyai ilmu dan tamadun. • Kemudian, diwahyukan kepada Baginda kisah-kisah umat terdahulu, para Rasul, bersama perkara yang terselindung di dalam hati mereka. • Baginda pun berkata kepada golongan pendeta dan paderi: “Allah Taala telah mengutuskan aku untuk membawa ilmu sebenar yang kamu berbeza pendapat mengenainya. Aku membawa kepada kamu agama sebenar yang kamu telah tukar dan ubah.” • Lalu ulama ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani yang jujur dan insaf bersaksi dengan kebenaran dan berkata, “Kami bersaksi bahawa kamu wahai Muhammad, telah datang dengan kata-kata yang benar, kamu menghapuskan segala perselisihan dan menghilangkan segala keraguan. Kami bersaksi bahawa kamu adalah Rasulullah.” • Maka, akhirnya mereka pun beriman kepada Baginda SAW dan memeluk Islam.
Tarbiyah Made Easy!!
95
Firman Allah Taala mengenai golongan ini:
10 /.-,+* )
Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.
> =<;: 9 8 765 4 32 A@?
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka, mereka berkata: “Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul, benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya.” (Al-Qasas 28: 52-53) Al-Quran juga telah berhujah dengan golongan Arab mengenai keislaman Ahli Kitab ini, firman Allah Taala:
¦¥ ¤£ ¢¡|}~ ﮯ
(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidaklah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendeta-pendeta agama Bani Israil mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu? (As-Syu’ara’ 26: 197)
Tarbiyah Made Easy!!
96
3. BUKTI DARIPADA AL-QURAN • Al-Quran yang datang daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala perkara lalu, telah menyatakan dengan jelas dan terperinci bahawa semua pengetahuan ini adalah wahyu dari Allah Taala. Firman Allah Taala sebelum menyebutkan kisah Nabi Yusuf AS:
©¨§¦ ¥¤£¢¡ ²±° ¯®¬«ª
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindahindah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu AlQuran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya. (Yusuf 12: 3)
[ Maksudnya, Allah Taala yang menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah SAW. Iaitu kisah-kisah terbaik sebagai bukti, pengajaran dan suatu uslub dalam Al-Quran. Ini kerana Al-Quran adalah wahyu Allah, dan Rasulullah SAW sendiri tidak mampu mengetahui ilmu dan sejarah ghaib serta kisah-kisah hebat tersebut. Baginda sebelum ini tidak mengetahui tentangnya, kecualilah setelah Al-Quran diturunkan. ] Tarbiyah Made Easy!!
97
Firman Allah Taala:
Ó Ò Ñ Ð ÏÎ Í Ì Ë Ê É Ø ×ÖÕÔ
(Kisah Nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi), dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk membinasakannya) (Yusuf 12: 102) •
Begitu apabila Al-Quran menceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang lain: Firman Allah Taala:
+* )( '&%$ # "! .-,
Dan engkau (Wahai Muhammad) tidak ada disebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya, dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu.
Tarbiyah Made Easy!!
98
7 6 54 3 2 1 0 / @?> =<;:98 BA
Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah agama yang mereka anuti). Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu).
KJIHGF EDC TS RQPO N ML WVU
Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina tatkala Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi diturunkan rahmat (AlQuran) dari Tuhanmu (menerangkan kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaummu yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya). (Al-Qasas 28: 44-46) Tarbiyah Made Easy!!
99
[ Maksudnya, Rasulullah SAW telah menceritakan kisah umat terdahulu seolah-olah baginda berada pada zaman tersebut bersama mereka. Sedangkan baginda tidak bersama mereka. Ia adalah wahyu daripada Tuhan yang melihat semua perkara yang telah berlaku. Hal ini diketahui oleh ulama ahli kitab yang jujur. ] Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
100
LAMPIRAN 4: “MENGETAHUI RAHSIA & BISIKAN MANUSIA”
PERISTIWA TO’MAH MENGETAHUI APA YANG TERKANDUNG DALAM HATI
KISAH HATIB BIN ABI BALTA’AH RA
TAHU RAHSIA & BISIKAN MANUSIA
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Dua Belas (12)
Tarbiyah Made Easy!!
101
1. MENGETAHUI APA YANG TERKANDUNG DALAM HATI • Allah Taala telah memberitahu Nabi Muhammad SAW perkara yang dirahsiakan oleh manusia di dalam hati mereka. Lalu baginda dedahkan kepada mereka. • Dengan itu, mereka mengetahui bahawa baginda adalah seorang Rasulullah, dan Allah Taala telah mengajar dan memberitahu baginda akan rahsia dan bisikan mereka. Firman Allah Taala:
³²±°¯® ¬« ¸¶ µ´
Tidakkah mereka mengetahui, bahawa Allah sentiasa mengetahui akan apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib? (At-Taubah 9: 78)
Salah satu mukjizat Rasulullah SAW adalah diberitahu Allah Taala akan rahsia dan apa yang dibisikkan oleh manusia.
Tarbiyah Made Easy!!
102
Firman Allah Taala:
X WV U T S R Q P O N M \ [ZY
Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
(At-Taghabun 64: 4) •
Perkara ini dianggap sebagai tanda, bukti dan mukjizat kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana hanya Allah Taala sahaja yang mengetahui rahsia hati seseorang.
•
Tetapi, apabila Rasulullah SAW memberitahu perkara tersebut, ia menunjukkan kepada semua yang dapat berfikir bahawa baginda adalah seorang Rasul.
Tarbiyah Made Easy!!
103
2. PERISTIWA TO’MAH •
To’mah adalah seorang lelaki Islam yang lemah imannya. Dia hidup di zaman Rasulullah SAW di Madinah.
•
Dia telah mencuri baju perisai jirannya dan menyembunyikannya di rumah seorang Yahudi. Dia meminta Yahudi tersebut menjaganya.
•
Kemudian, jirannya mencari baju perisai yang dicuri itu dan didapati ada pada seorang Yahudi. Namun, beberapa orang Yahudi bersaksi bahawa rakan mereka tidak bersalah dan menuduh To’mah.
•
Dengan sebab itu, semangat kabilah dan asobiyah timbul dalam kaum To’mah. Mereka menganggap tuduhan tersebut sebagai tuduhan liar dan mereka wajib mempertahankannya dengan apa cara sekalipun.
•
To’mah bersumpah tidak mencuri baju perisai tersebut dan tidak tahu menahu tentangnya. Kaum To’mah berusaha membebasnya daripada tuduhan tersebut dan melemparkan tuduhan balas kepada Yahudi. Tarbiyah Made Easy!!
104
• Lalu kaum To’mah pun berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan berkata, “Sesungguhnya ini adalah rancangan jahat orang Yahudi terhadap Islam.” • Mereka meminta Rasulullah SAW membela dan mempertahankan To’mah. Mereka bersaksi bahawa kawan mereka tidak bersalah dan menuduh orang Yahudi itu yang mencuri. • Akhirnya, Allah Taala menurunkan wahyu yang mendedahkan perilaku To’mah dan kaumnya. Seterusnya menyelamatkan orang Yahudi daripada tuduhan tersebut. • Tiada seorang pun yang engkar tentang perkara itu selepas penurunan wahyu. Allah Taala berfirman menerangkan tentang peristiwa ini di dalam (An-Nisa’ 4: 105-113):
À¿ ¾ ½¼» º¹¸ È Ç Æ Å Ä Ã Á
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
Tarbiyah Made Easy!!
105
) ( ' & % $ #" !
Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
3 2 1 0/ . - , + * 987 654
Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orangorang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.
BA@? >=<;: N M L K JI H G F E D C PO
Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
XWVUT SRQ a`_^] \[ZY cb Tarbiyah Made Easy!!
106
Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi perlindungan mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)?
mlkjihgf ed qp on
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
{ z yx w v u t s r ~}|
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
ª©¨§¦¥ ¤ £¢¡ﮯ ¯®¬« Tarbiyah Made Easy!!
107
Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian dia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.
¸¶µ´³²± ° Á À ¿¾ ½ ¼ » º ¹ Ê É È Ç Æ Å ÄÃ Â Õ Ô Ó Ò Ñ Ð ÏÎ Í Ì Ë
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat kepadamu (wahai Muhammad) nescaya berhasillah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar. (An-Nisa’ 4: 105-113)
Tarbiyah Made Easy!!
108
3. KISAH HATIB BIN ABI BALTA’AH • Apabila Rasulullah SAW bercadang untuk membuka kota Makkah selepas musyrikin Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah, baginda menyuruh umat Islam bersiap sedia dengan segala kelengkapan. • Hatib merasa bimbang rancangan tersebut akan gagal dan orang kafir akan kembali membunuh orang Islam yang berada di Makkah, termasuklah kaum keluarganya. • Hatib mengambil keputusan untuk mendekati pihak Quraisy dan berbaik dengan mereka. Dia cuba memberitahu tentang persediaan orang Islam ini, agar jika pembukaan tersebut gagal, keselamatan keluarganya terjamin. • Bagi tujuan tersebut, Hatib mengutus surat melalui perantaraan seorang perempuan. Tetapi, Allah Taala telah mendedahkan perkara itu kepada Rasul-Nya.
Tarbiyah Made Easy!!
109
•
Ali bin Abi Tolib RA bercerita: Rasulullah SAW telah mengutuskan aku, Az-Zubair dan Al-Miqdad. Baginda bersabda: “Bertolaklah kamu sehingga sampai di suatu tempat bernama Raudah Khaakh. Di tempat tersebut kamu akan berjumpa dengan seorang pengembara perempuan, bersamanya sepucuk surat, rampaslah surat tersebut.” Kami segera bertolak ke tempat tersebut dengan menunggang kuda sehingga kami sampai di Raudah. Apabila kami menemui pengembara perempuan itu, kami berkata, “Serahkan surat yang kamu bawa kepada kami.” Perempuan itu menjawab, “Surat itu tiada bersama aku.” Kemudian kami berkata, “Keluarkan surat tersebut atau kami tanggalkan pakaian kamu!” Perempuan itu lantas mengeluarkan surat dari sanggulnya, dan kami membawa surat itu kepada Rasulullah SAW.
•
Tercatat dalam surat tersebut bahawa penulisnya adalah Hatib bin Abi Balta’ah kepada beberapa orang musyrik. Isinya memberitahu mereka tentang rancangan Rasulullah SAW membuka kota Makkah.
Tarbiyah Made Easy!!
110
Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Hatib, apa yang kamu lakukan ini?” Hatib menjawab, “Wahai Rasulullah, janganlah engkau cepat-cepat menghukum aku. Aku bukan berasal daripada keturunan Quraisy. Aku hanyalah sekutu mereka dan bukan salah seorang daripada mereka. Orang muhajirin yang bersama kamu mempunyai sanak saudara yang menjaga ahli keluarga dan harta mereka. Oleh kerana aku tiada hubungan keturunan di kalangan mereka, aku ingin mendapat orang yang dapat menjaga sanak saudara aku di sana. Aku tidak melakukan perkara tersebut untuk keluar dari agamaku dan bukan meredhai kekufuran selepas aku beriman.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Dia telah bercakap benar kepada kamu semua.” Kemudian Umar RA berkata, “Biarlah aku pancung kepala si munafik ini!” Baginda bersabda, “Sesungguhnya dia (Hatib) turut serta dalam peperangan Badar. Kamu tidak mengetahui, moga-moga Allah melihat-lihat kepada orang yang turut serta dalam perang Badar, lalu berfirman: Buatlah apa yang kamu mahu, sesungguhnya Aku telah mengampuni dosa kamu. ”
Tarbiyah Made Easy!!
111
Firman Allah Taala:
)('&%$#"! 3210/. -,+ * ? > = < ; : 9 8 7 6 54 I H G F E D C BA @ T S R Q P O N M LK J
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil seteruKu dan seteru kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredhaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguh telah sesatlah dia dari jalan yang betul. (Al-Mumtahanah 60: 1) Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
112
LAMPIRAN 5: “MENGETAHUI PERKARA YANG BAKAL BERLAKU”
PENGISLAMAN PENDUDUK YAMAN
JANJI KEMENANGAN BAGI GOLONGAN YANG SEDIKIT & TERTINDAS
AZAB APABILA BERLAKU
KEMENANGAN KERAJAAN ROM TAHU PERKARA YANG BAKAL BERLAKU
PENYELEWENGAN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Tiga Belas (13)
Tarbiyah Made Easy!!
113
1. MENGETAHUI PERKARA YANG BAKAL BERLAKU • Terdapat banyak pengkhabaran Allah Taala kepada Rasulullah SAW tentang perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. • Ada di antara perkara tersebut tidak dapat diketahui kecuali pada zaman kita ini. Ada juga yang belum diketahui sehingga hari ini dan akan diketahui dengan berlalunya masa. • Perkara ini merupakan dalil yang jelas dan bukti yang terang bagi orang-orang yang berakal. Apabila melihat perkara yang berlaku di dunia seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW. • Dia juga akan menyedari bahawa hanya Allah Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan zahir yang telah memberitahu Rasulullah SAW perkara tersebut. • Kita juga mengetahui banyak perkara yang diberitahu oleh baginda tentang hari Akhirat dan perkara yang berlaku selepas kematian yang tidak diragui lagi. • Ini kerana ia pasti akan berlaku seperti berlakunya perkara yang dikhabarkan Rasulullah SAW di dunia. Kita akan melihat beberapa berita ghaib sahaja dalam kesempatan ini.
Tarbiyah Made Easy!!
114
2. KEMENANGAN KERAJAAN ROM •
Orang kafir bergembira atas kemenangan tentera Parsi, iaitu penyembah berhala (api) terhadap tentera Rom, iaitu Ahli Kitab.
Tentera Parsi mengalahkan tentera Rom •
Sedangkan orang Islam mahu kemenangan berpihak kepada Rom kerana mereka melihat bahawa Ahli Kitab lebih dekat kepada orang Islam berbanding orang musyrik. Maka, Allah Taala pun menurunkan wahyunya:
{|}~ﮯ
Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan.
©¨§ ¦¥¤£¢¡
Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya;
Tarbiyah Made Easy!!
115
¶ µ´ ³ ² ± ° ¯ ®¬ « ª º¹ ¸
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira;
Å Ä Ã Â ÁÀ ¿ ¾ ½¼ »
Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Ar-Ruum 30: 1-5) • Surah yang mengandungi berita ghaib ini dinamakan surah Ar-Ruum. Apabila ayat-ayat ini diturunkan, orang musyrik ketawa dan mengejek-ejek ayat tersebut. • Lalu mereka berbual dengan Abu Bakar RA. Mereka berkata, “Wahai Abu Bakar, sahabat kamu ada menyebut: Sesungguhnya Rom akan mengalahkan Parsi dalam tempoh beberapa tahun yang terdekat.” Beliau menjawab, “Benar.”
Tarbiyah Made Easy!!
116
•
Mereka berkata, “Adakah kamu mahu bertaruh dengan kami?” Maka Abu Bakar bersetuju untuk bertaruh (sebelum diharamkan) dan taruhannya ialah beberapa ekor unta betina muda.
•
Selepas itu, kemenangan kerajaan Rom dengan mengalahkan Parsi berlaku sebelum tamat tempoh sembilan tahun, dan Parsi dihalau dari Baitul Maqdis. Ia adalah sepertimana yang disebut dalam Al-Quran sembilan tahun sebelumnya.
•
Daripada peristiwa ini, kita dapat melihat kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para Sahabatnya tentang berita ghaib yang disebut dalam Al-Quran.
Seorang pelukis Itali menggambarkan peperangan di antara tentera Rom yang dipimpin Heraclius mengalahkan tentera Parsi yang dipimpin Khosrau II. Tarbiyah Made Easy!!
117
3. PENGISLAMAN PENDUDUK YAMAN • Kisra (gelaran raja Parsi) telah mengoyak surat Nabi Muhammad SAW apabila surat itu sampai ke tangannya melalui utusan Rasulullah SAW.
• Kisra memerintahkan gebenornya di Yaman untuk membawa Nabi Muhammad SAW menemuinya. Dia berbangga dengan kekuatan kerajaan Parsi dan memandang rendah kepada orang Arab. • Lalu Bazan, iaitu gebenor Yaman yang berdarah Parsi menghantarkan dua orang utusan dari Sana’a ke Madinah untuk membawa Rasulullah SAW kepada Kisra. • Tiba di Madinah, mereka berbicara dengan Rasulullah SAW. Ketika itu baginda melihat kedua-dua utusan itu menyimpan misai dan mencukur janggutnya. Lalu baginda bertanya, “Siapakah yang menyuruh kamu berdua melakukan sedemikian?” • Mereka menjawab, “Tuhan kami!” (Kisra memerintah rakyat Parsi memanggil dan menyembahnya sebagai Tuhan). Tarbiyah Made Easy!!
118
• Maka Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepada orang yang mengutus kamu berdua bahawa Tuhanku telah membunuh tuhannya (iaitu Kisra) semalam. Jadi aku tidak perlu pergi bersama kamu berdua. Sesungguhnya Tuhanku telah menuntut bela bagi pihakku dan Dia telah membunuh orang yang memerintahkan Bazan untuk membawa aku menemuinya. Ini telah diwahyukan kepadaku. Orang yang mahu memerangi aku telah dibunuh oleh Tuhanku.” •
Setelah itu, kedua utusan Bazan kembali ke Yaman dengan membawa bersamanya surat yang ringkas: “Sesungguhnya Tuhanku telah membunuh tuhannya (raja Parsi) semalam.”
•
Kedua utusan itu memberitahu apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada Bazan. Lalu beliau berkata: “Sesungguhnya perkara tersebut amat nyata. Kita hendaklah menunggu berita dari Parsi untuk membuktikan kebenaran apa yang dikata oleh Muhammad. Jika tiba berita yang menegaskan bahawa raja kita telah dibunuh pada malam tersebut, Muhammad adalah benar-benar seorang Rasul Allah. Jika berita yang tiba membuktikan kata-kata itu dusta, kita ada urusan lain dengannya.” Tarbiyah Made Easy!!
119
• Tatkala datang berita dari Parsi yang mengesahkan kebenaran yang diberitahu oleh Rasulullah SAW: i.
Bazan dan tenteranya memeluk Islam. Dia meminta Rasulullah SAW untuk melantiknya menjadi gabenor Yaman, dan baginda pun melantiknya.
ii.
Majoriti penduduk Yaman memeluk Islam, kecuali orang Yahudi.
iii. Wakil penduduk Yaman telah meminta Rasulullah SAW menghantar beberapa orang guru yang dapat mengajar mereka tentang Islam. Lalu diutuskanlah Muaz bin Jabal RA yang membina Masjid Muaz di al-Janad. Juga diutuskan Wabr bin Yakhnas Al-Ansori RA yang membina al-Jamik al-Kabir di Sana’a. Ia terletak dalam kebun Bazan pada waktu itu.
Al-Jamik al-Kabir di Sana’a
Baginda mengutuskan beberapa sahabat lain juga untuk mengajarkan Islam kepada penduduk Yaman, ada disebut antaranya ialah Ali RA. Tarbiyah Made Easy!!
120
4. JANJI KEMENANGAN BAGI GOLONGAN SEDIKIT & TERTINDAS •
Terdapat berita ghaib yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya adalah tentang orang Islam yang ketika itu sedikit jumlahnya dan tertindas, akan berperang dengan orang kafir.
•
Kemudian, Allah Taala akan menolong mereka dan memberikan mereka kuasa pemerintahan di bumi. Mereka ketika itu menjadi orang yang benar-benar beriman. Firman Allah Taala:
* ) ( ' &% $ # " ! ,+
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
65 4 32 10/.A @ ? > = < ; : 9 87 IH G F E D C B S R Q P O NM L K J Tarbiyah Made Easy!!
121
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gerejagereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyakbanyak padanya; dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;
[ ZYXWV UT c ba ` _ ^ ] \ f ed
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj 22: 39-41)
Tarbiyah Made Easy!!
122
•
Dalam ayat-ayat ini, Allah Taala menyatakan bahawa: i.
Peperangan akan berlaku di antara orang Islam dan orang Kafir. Abu Bakar As-Siddiq RA berkata selepas penurunan ayat ke-39 ini, “Aku tahu peperangan pasti akan berlaku.”
ii.
Kemenangan dalam peperangan itu akan berpihak kepada orang Islam. Dan ternyata kemenangan berpihak kepada orang Islam di medan Badar, dan peperangan seterusnya.
iii. Allah Taala akan memberikan kekuasaan di timur, barat, utara dan selatan kepada orang Islam yang sebelumnya minoriti dan terusir dari kampung halaman. Terbukti selepas kewafatan Rasulullah SAW, tercatat sejarah bahawa dua pertiga dunia ini pernah berada di bawah taklukan umat Islam. iv. Semasa mereka mendapatkan kemenangan dan kekuasaan, mereka akan mendirikan solat, menyeru ke arah kebaikan serta mencegah segala kemungkaran. Dan inilah keadaan yang telah dibuktikan oleh umat Islam terdahulu.
Tarbiyah Made Easy!!
123
Uthman bin Affan RA berkata, “Allah telah menurunkan ayat berkenaan kami.” Beliau membaca ayat ke-41 di atas, kemudian beliau menyambung: “Kami dihalau keluar dari tempat tinggal kami tanpa hak, hanya kerana kami berkata: Sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah Taala. Kemudian Allah memberikan kami kekuasaan di muka bumi dan kami mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran. Allah jualah penentu sesuatu perkara. Penentuan yang baik ini adalah bagiku dan sahabat-sahabatku.”
Tarbiyah Made Easy!!
124
5. AZAB APABILA BERLAKU PENYELEWENGAN Firman Allah Taala:
¤£¢¡{|}~ ﮯzyxw ± ° ¯ ®¬ « ª © ¨ § ¦ ¥ µ´³²
Katakanlah: “Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Dia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah berpuak-puak, dan Dia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. (Al-An’am 6: 65) •
Tatkala ditanya tentang bila perkara dalam ayat ini akan berlaku, Rasulullah SAW menjawab, “Ia akan berlaku, tetapi takwilnya belum datang lagi.” [ Maksudnya, perkara yang disebutkan itu pasti akan berlaku, tetapi pentafsiran dan masa berlakunya bukan pada zaman itu. Ia akan berlaku pada masa hadapan, iaitu akan menimpa generasi yang banyak menyeleweng daripada kebenaran. ]
Tarbiyah Made Easy!!
125
•
Pada zaman ini, kita sudah dapat melihat bayangan azab ini. Jet-jet pemusnah, kapal perang, torpedo dan bom semuanya adalah bencana yang mengancam umat Islam dari atas dan bawah.
•
Peredaran zaman akan kebenaran berita ghaib ini. Islam kepada pelbagai puak, yang sentiasa berbalah dan sama lain.
•
Azab dan bencana ini hanya akan dihapuskan dengan taubat yang sebenar-benarnya, serta kembali kepada kebenaran.
sentiasa mendedahkan Lihatlah pepecahan umat parti, negara dan jemaah bertembung antara satu
Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
126
SEKIAN Nantikan siri keempat ebook ini yang bakal membicarakan perihal Iman kepada Kitab, dan mukjizatnya Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Terima kasih. EbookTarbiyah.Com “Tarbiyah Made Easy!!”
Tarbiyah Made Easy!!
127
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
128