Siri Rujukan Cepat Tarbiyah
Diringkas & disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKIDAH Siri #4
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
2
KATA PENGANTAR
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian. Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Iman kepada Kitab: Mengenal Kitab-kitab Ilahi & Mukjizatnya Al-Quran” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca. Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Keempat daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid az-Zindani. Kitab Tauhid Az-Zindani Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani ini memang sesuai dijadikan bahan asas dalam memahami ilmu tauhid (merangkumi akidah dan Rukun Iman) di tahap pemulaan Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah Made Easy!!
3
Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid: • Jilid 1 terdapat 16 Fasal • Jilid 2 terdapat 17 Fasal • Jilid 3 terdapat 14 Fasal Pendekatan Kitab ini. Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan dalam mengarang Kitab ini: • Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab dalam membahaskan topik-topiknya. • Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir dan merenung penciptaan alam dan diri manusia (dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah (dalil naqli). • Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim (pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing untuk memahami kaedah-kaedah ke arah kesimpulan tersebut. Contoh; Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran atau Hadis. Tarbiyah Made Easy!!
4
Ini selari dengan firman Allah SWT:
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fushilat 41: 53) Kenapa Ebook ini Ditulis? Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan. Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.
Tarbiyah Made Easy!!
5
Konsep Istimewa Ebook Ini Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini: • Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja. • Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran. • Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu, kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasalfasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu Tauhid, Ma’rifatullah dll. • Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal. Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah: Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.”
Tarbiyah Made Easy!!
6
• Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi setiap tajuk. • Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor. • Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya. • Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam. Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda dengan gambar-gambar yang sesuai. Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca. Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Disember 2014
Tarbiyah Made Easy!!
7
ISI KANDUNGAN Akad Pembelian (#2) Kata Pengantar (#3) Isi Kandungan (#8)
IMAN KEPADA KITAB: (#9) 1. Beriman kepada Kitab (#11) 2. Al-Quran Kalamullah (#22) 3. Al-Quran Mendahului Ilmu Moden (#36) 4. Lampiran Keajaiban Al-Quran pada Zaman Ini (#40) Sekian (#73) Akad Pembelian (#74) p/s: # ialah mukasurat
Tarbiyah Made Easy!!
8
IMAN KEPADA KITAB TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS: 1.
BERIMAN KEPADA KITAB Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menyebutkan kitab-kitab Ilahi terdahulu dan para Rasul yang menerimanya. ii. Menjelaskan penyelewengan terhadap kitab-kitab terdahulu dan Al-Quran sebagai kitab suci yang terjaga daripada penyelewengan. iii. Menyatakan pendirian umat Islam terhadap kitabkitab terdahulu. iv. Menjelaskan kepentingan beriman kepada kitabkitab terdahulu. 2.
AL-QURAN KALAMULLAH Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menyebutkan penyaksian Al-Quran terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW. ii. Menjelaskan sifat dan ciri Al-Quran yang berbeza daripada kata-kata manusia. iii. Menyebutkan pandangan para pengkaji Eropah terhadap kebenaran Al-Quran. iv. Menyatakan cabaran Allah Taala terhadap pihak yang tidak mempercayai Al-Quran. Tarbiyah Made Easy!!
9
3.
AL-QURAN MENDAHULUI ILMU MODEN Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat: i.
Menyatakan sebab Allah Taala menurunkan AlQuran. ii. Menjelaskan bagaimana Al-Quran mendahului ilmu moden dan kemajuan sains. iii. Membaca secara kendiri lampiran beberapa contoh fakta-fakta sains di dalam Al-Quran dan berbincang mengenainya.
Tarbiyah Made Easy!!
10
“BERIMAN KEPADA KITAB”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. KITAB-KITAB ILAHI
TAMAT
2. KEASLIAN KITABKITAB ILAHI TERDAHULU
3. KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB TERDAHULU
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Lima Belas (15); Jilid 2: Fasal Kedua (2) Tarbiyah Made Easy!!
11
1. KITAB-KITAB ILAHI Soalan: Kepada siapakah kitab-kitab Ilahi diturunkan? •
Allah Taala telah menurunkan kitab-kitab kepada para Nabi dan Rasul-Nya. Firman Allah Taala:
XWV UTSR a` _ ^ ] \ [ Z Y
…maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan… (Al-Baqarah 2: 213)
Tarbiyah Made Easy!!
12
Soalan: Adakah semua kitab ini ditulis & dibukukan? •
Kitab-kitab yang telah dibukukan adalah:
Suhuf
• Helaian yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS
Taurat
• Diturunkan kepada Nabi Musa AS
Zabur
• Diturunkan kepada Nabi Daud AS
Injil
• Diturunkan kepada Nabi Isa AS
Al-Quran
• Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
Tarbiyah Made Easy!!
13
2. KEASLIAN KITAB-KITAB ASLI TERDAHULU Soalan: Adakah kitab-kitab tersebut masih kekal isinya seperti ketika awal diturunkan? •
Tidak lagi, kitab-kitab ini telah diubah dan ditokok tambah, kecuali Al-Quran Al-Karim yang dipelihara oleh Allah Taala. Oleh itu, Taurat yang dipakai oleh orang Yahudi berlainan daripada Taurat yang digunakan oleh orang Nasrani. Masing-masing tiada bukti yang kukuh bahawa Taurat yang ada pada mereka adalah asli sepertimana yang diturunkan kepada Nabi Musa AS.
Gambar Hiasan
•
Injil telah diubah dan ditokok tambah sehingga orang Kristian mempunyai empat versi Injil. Kesemua versi ini adalah ringkasan daripada 70 buah kitab Injil. Kemudian, lahir pula Injil yang kelima iaitu Injil Barnabas yang amat berbeza dengan kitab Injil yang lain. Dalam buku Manuskrip Laut Mati, ramai cendekiawan Kristian menyatakan keraguan mereka terhadap kebenaran kitab-kitab Injil mereka. Tarbiyah Made Easy!!
14
•
Suhuf Nabi Ibrahim AS dan Zabur Nabi Daud AS pula telah diubah dan ditokok tambah sehingga sudah hampir pupus.
•
Al-Quran Al-Karim mengandungi semua petunjuk yang terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu. Ia membenarkan kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya, memelihara serta mengawasinya. Firman Allah Taala:
WVUTSR Q PO [Z Y X
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya… (Al-Maidah 5: 48)
Tarbiyah Made Easy!!
15
3. KEPENTINGAN BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB TERDAHULU Soalan: Bagaimanakah pendirian umat Islam terhadap kitab-kitab Ilahi terdahulu? •
Setiap muslim wajib beriman kepada semua kitab Ilahi yang terdahulu; samada dibukukan ataupun tidak, sepertimana yang diturunkan oleh Allah. Kita wajib mempercayai penurunannya.
•
Kita mestilah percaya dan beriman bahawa Allah telah memberi petunjuk kepada Rasulullah SAW dengan menurunkan Al-Quran yang mengandungi petunjuk.
•
Kita juga wajib mempercayai bahawa Al-Quran dipelihara dari sebarang tokok tambah dan perubahan seperti yang dilakukan oleh manusia terhadap kitabkitab terdahulu.
•
Sesiapa yang tidak beriman dengan mana-mana kitab yang diturunkan oleh Allah, dia telah meruntuhkan salah satu Rukun Iman dan telah mendustai Al-Quran yang menceritakan perkara tersebut.
Allah Taala menurunkan Al-Quran yang mengandungi petuntuk kepada orang beriman.
Tarbiyah Made Easy!!
16
Soalan: Apakah kepentingan beriman dengan kitab-kitab Ilahi yang terdahulu? •
Beriman kepada kitab-kitab Ilahi terdahulu: i.
Merupakan salah satu daripada Rukun Iman. Iman seseorang tidak akan sempurna tanpanya.
ii.
Merupakan ciri umat yang beriman, umat yang mewarisi akidah samawi dan pewaris peninggalan para Nabi semenjak Nabi Adam AS. Juga merupakan ciri pemelihara segala warisan akidah, warisan kenabian dan pemimpin gerakan Iman di dunia hingga ke akhir zaman. Keimanan ini juga akan menimbulkan rasa perpaduan antara manusia, rasa bahawa agama samawi berasal dari sumber yang sama, para Rasul juga menyampaikan perkara yang sama dan Tuhan yang disembah juga adalah sama. (Ini memudahkan proses dakwah berlaku kepada mereka).
Kesatuan di medan Tahrir, Mesir
Tarbiyah Made Easy!!
17
iii. Menghindarkan orang beriman daripada sifat taksub yang dicela ketika berhadapan dengan agama-agama terdahulu dan ketika berhadapan dengan pengikut agama tersebut selagi mereka berada di jalan yang benar. (Lebih-lebih lagi di awal dakwah Rasulullah SAW, masih terdapat golongan yang berpegang dengan kitab-kitab agama hanif terdahulu). iv. Mengukuh dan membuktikan kepada manusia bahawa agama Allah adalah satu dan Islam adalah kesinambungan kepada semua agama samawi. Orang Islam pula adalah orang yang paling layak memimpin manusia mengikut cara Islam. Oleh itu, orang yang beriman percaya bahawa manamana kumpulan Ahli Kitab mempunyai asas dan sumber rujukan bagi agama mereka. Inilah yang menjadikan mereka lebih hampir kepada Islam dan orang Islam sekiranya mereka bersifat adil dan insaf. Firman Allah Taala:
SRQPONMLKJ ] \ [Z Y X W V U T ba ` _ ^ Tarbiyah Made Easy!!
18
Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadaMu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya…” (As-Syura 42: 13)
v.
Merupakan sebahagian daripada keimanan kepada Al-Quran. Juga sebahagian daripada keimanan bahawa Allah Taala adalah Pemberi Hidayah dan hidayah Allah sentiasa dibekalkan kepada manusia. Tidak ada umat manusia yang tidak diturunkan petunjuk daripada Allah Taala.
Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
19
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Apakah hujah logik mengatakan Al-Quran tidak pernah diselewengkan oleh sesiapa? (Al-Quran disampaikan kepada umat Islam pada hari ini secara Tawatur - iaitu dipindahkan oleh satu kaum kepada satu kaum lain yang tidak mungkin bersepakat melakukan penyelewengan)
ii.
Jelaskan lebih lanjut tentang Tawatur. (Rasulullah SAW mendapat wahyu dari Allah SWT melalui Jibril AS - segera sampaikannya kepada para sahabat, antaranya Ali bin Abi Thalib, Mu’awiyah, Ubai ibn Ka’ab dan Zaid bin Tsabit RA yang dikhususkan menulis wahyu di atas pelepah kurma, tulang-tulang, kulit haiwan dsb - Rasulullah SAW melarang ditulis hadis-hadis agar tidak bercampur dengan Al-Quran – para Sahabat segera menghafaz. Selepas Perang Yamamah, ramai huffaz syahid - Umar RA cadangkan agar Al-Quran dikumpulkan dalam satu mushaf agar tidak hilang - Khalifah Abu Bakar RA tugaskan Zaid bin Tsabit RA mengetuai pengumpulan dan penulisan mushaf, dibantu para huffaz dengan piawai yang ketat. Setelah siap, mushaf ini dipegang Khalifah Abu Bakar RA - kemudian pindah ke Khalifah Umar bin RA – seterusnya ke tangan Hafshah binti Umar RHA – sehingga kepada Khalifah Uthman bin Affan RA. Tarbiyah Made Easy!!
20
Di zaman Khalifah Uthman RA, umat Islam semakin ramai dan kerajaan Islam semakin luas - berlaku perselisihan pendapat yang meruncing mengenai qiraat (cara bacaan) Al-Qur’an – dikhuatiri berlaku perpecahan. Para sahabat RA sepakat untuk menyalin Mushaf Abu Bakar dengan qiraat yang tetap pada satu tulisan Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Sa’ad bin ‘Ash & Abdul Rahman bin Harits bin Hisyam RA diamanahkan untuk menyalin dan memperbanyakkan mushaf - Jika terjadi perbezaan antara mereka, diputuskan dengan dialek Quraisy, sebagai dialek asli penurunan Al-Quran. Selesai penulisan Al-Quran dalam beberapa mushaf dikirimkan ke setiap daerah satu mushaf – mushaf selainnya dibakar - satu mushaf tetap disimpan di Madinah, dikenali sebagai Mushaf Imam - Mushaf Abu Bakar yang asli dikembalikan kepada Hafsah RHA – Jadilah Al-Quran “Rasm Uthmani” sebagai satu-satunya mushaf yang digunakan oleh umat Islam seluruh dunia. Hari ini, jutaan para huffaz berada di seluruh dunia – jika berlaku usaha pengubahan walau pada satu titik atau baris, nescaya akan dikesan oleh para Huffaz ini.)
Tarbiyah Made Easy!!
21
“AL-QURAN KALAMULLAH”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. KALAM ALLAH BUKTI KERASULAN
4. CABARAN BUAT ORANG YANG MASIH TIDAK PERCAYA
2. AL-QURAN VS KATA-KATA MANUSIA
3. PANDANGAN PENGKAJI BUKAN ISLAM
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Sebelas (11) Tarbiyah Made Easy!!
22
1. KALAM ALLAH BUKTI KERASULAN Soalan: Adakah kalam Allah menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW? •
Ya, Kalam Allah, yakni Al-Quran Al-Karim menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah (Utusan Allah Taala). Firman Allah Taala:
,+ * ) ( ' & % $# " !
Nabi Muhammad (SAW) ialah Rasul Allah; dan orangorang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)… (Al-Fath 48: 29) Soalan: Bagaimana pula bagi mereka yang tidak percaya? •
Penyataan di atas dapat diterima oleh orang Islam kerana mereka beriman bahawa Al-Quran adalah kalam Allah. Tetapi, bagaimana pula dengan orang kafir yang langsung tidak beriman bahawa Al-Quran merupakan kalam Allah Taala? Tarbiyah Made Easy!!
23
•
Kalam (kata-kata) Pencipta sudah pasti berbeza dengan kata-kata manusia. Apabila kita memerhatikan katakata manusia dan kalam Allah dalam Al-Quran dengan jujur dan insaf, pasti akan terserlah ciri-ciri kalam Allah yang terang dan nyata.
•
Kita juga akan dapati perbezaan besar antara kata-kata manusia dengan kalam Allah Taala. Ketika itu, manusia akan mengetahui bahawa Al-Quran yang memperakui kerasulan Nabi Muhammad SAW bukanlah perakuan yang bohong. Firman Allah Taala:
/.- ,+
Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
54 3 210
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-Najm 53: 3-4)
Tarbiyah Made Easy!!
24
2. AL-QURAN vs KATA-KATA MANUSIA Soalan: Apakah ciri dan sifat yang membezakan antara Al-Quran dengan kata-kata manusia? •
Terdapat banyak ciri dan sifat yang membezakan ayat Al-Quran daripada kata-kata manusia, antaranya ialah: i.
Nilai balaghah dan kefasihan Al-Quran yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pada zaman dahulu atau pada masa hadapan. Ayat-ayat Al-Quran ini apabila didengari sahaja oleh seorang pakar bahasa Arab pada zaman Rasulullah SAW, hatinya memperakui kebenaran Islam dan mengetahui bahawa Al-Quran adalah kalam Allah. Tiada seorang pun yang mampu meniru kalam yang terkandung dalam Al-Quran, walau betapa alim dan tinggi kefasihan yang dimilikinya. Dengan itu, tidak mungkin kalam ini keluar daripada seorang yang ummi, pasti ia datang daripada Allah Taala!
Terdapat banyak perbezaan di antara kalam Allah & kalam manusia
Tarbiyah Made Easy!!
25
Disebabkan itulah, orang-orang Kafir Quraisy berkumpul dan berbincang sesama mereka bagaimana menghalang diri daripada terkesan dengan bacaan Al-Quran. Lantas mereka berpakat untuk menganggap ketinggian balaghah dan kefasihan Al-Quran itu sebagai sihir yang akan menyihir sesiapa yang mendengarnya. Allah Taala berfirman menceritakan kata-kata seorang pemuka orang Kafir, Al-Walid bin AlMughirah, dalam hal ini:
8 7 65
Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
? > = <; :9
Serta dia berkata: “(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
“Ini
tidak manusia!”
lain
E DC BA@
hanyalah
kata-kata
(rekaan)
(Al-Mudaththir 74: 23-25)
Tarbiyah Made Easy!!
26
Selepas menganggap Al-Quran sebagai sihir, seterusnya mereka melarang sesiapa sahaja di kalangan mereka daripada mendengar Al-Quran. Firman Allah Taala:
§ ¦ ¥ ¤£¢¡ ~} ©¨
Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya).” (Fussilat 41: 26) Orang Kafir bertindak sedemikian kerana bimbang kaum Arab akan mengetahui mukjizat Al-Quran yang nyata dalam ketinggian balaghah, seterusnya akan mengesani jiwa dan akal sehingga mereka beriman bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul. Orang kafir Quraisy cuba menghalang kaum mereka daripada mendengar Al-Quran agar tidak terpengaruh dengan mukjizatnya Tarbiyah Made Easy!!
27
Walaupun begitu, masih ramai orang musyrik yang memeluk Islam tatkala mendengar ayat Al-Quran. Manakala, orang-orang yang tetap kekal dalam kekufuran pun tidak menafikan ketinggian balaghah dan kefasihan Al-Quran. Oleh itu, bagi setiap muslim hari ini yang ingin merasai sendiri ketinggian kalam Allah dalam AlQuran ini, hendaklah mempelajari bahasa Arab yang fushah (betul). Ini kerana kita tidak akan mampu memahami banyak kalimah Al-Quran kecuali dengan kesungguhan yang tinggi.
Untuk memahami Al-Quran, marilah kita belajar Bahasa Arab!
ii.
Al-Quran sentiasa berkeadaan baru dan tidak menjemukan sekalipun dibaca dan kerapkali diulang. Hal ini tidak memerlukan seorang yang alim dan pakar bahasa untuk mengetahuinya. Seorang yang jahil dan tidak memahami bahasa Arab juga akan menyedari hakikat ini. Tarbiyah Made Easy!!
28
Sebarang kata-kata atau syair yang diungkapkan, akan segera menjemukan dan membosankan pendengarnya jika diulang-ulang sebanyak dua atau tiga kali sehari selama sebulan. Ini termasuklah juga lagu-lagu yang diminati ramai. Para artis dan ahli muzik menyedari hal ini, lalu mereka mensyaratkan kepada stesen radio supaya tidak terlalu kerap menyiarkan lagu mereka supaya tidak basi dan membosankan.
Sebuah lagu yang dimainkan sekalisekala lebih sedap dan asyik untuk didengari
Cuba kita bandingkan pula dengan kalam Allah. Walaupun kalam-Nya terdiri daripada huruf-huruf yang sama seperti digunakan manusia, namun orang Islam membaca dan mengulang-ulang surah AlFatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu sepanjang hayatnya tanpa rasa bosan dan jemu!
Tarbiyah Made Easy!!
29
Tidak seorang muslim pun hari ini yang merasakan surah Al-Fatihah sudah basi, menjemukan dan lapuk. Begitu juga surah-surah pendek dan panjang dalam Al-Quran yang kerapkali diulang oleh umat Islam. Kita tidak pernah merasakan ayat-ayat Al-Quran tersebut telah basi dan menjemukan, bahkan kalam Allah sentiasa terasa segar dan baru. Apatah lagi jika didendangkan dengan tajwid, makhraj huruf yang benar, bersama kefahaman & tadabbur, seseorang yang tidak begitu pakar dengan Bahasa Arab sekalipun boleh mengalirkan air mata.
Tarbiyah Made Easy!!
30
3. PANDANGAN PENGKAJI BUKAN ISLAM Soalan: Apakah pendangan pengkaji bukan Islam terhadap Al-Quran? •
Sesiapa yang mengkaji Al-Quran akan mengetahui dan melihat tanda kebesaran Tuhan dalam kitab-Nya.
•
Terdapat ramai orientalis yang mengkaji dan mempelajari Al-Quran untuk menimbulkan keraguan terhadap kesahihannya. Mereka mendapat bantuan kewangan daripada negera mereka yang suka menjajah.
•
Namun begitu, golongan yang jujur di kalangan mereka kemudiannya tidak mengambil masa yang lama untuk meninggalkan agama mereka dan memasuki agama Allah selepas mengetahui bahawa Islam adalah agama yang benar.
•
Berikut dinyatakan sebahagian daripada pendapat orang Eropah yang jujur tentang Al-Quran: Sorang orientalis, Saille berkata: “Sesungguhnya gaya bahasa Al-Quran sangat indah dan penuh bermakna. Yang menakjubkan lagi ialah gaya bahasa Al-Quran itu dapat menawan hati orang Kristian. Dengan itu, ia berjaya menarik mereka untuk membacanya sama ada ketika mereka beriman dengannya atau tidak beriman dan menentangnya.” Tarbiyah Made Easy!!
31
Harsyfield pula berkata: “Tidak ada sesuatupun yang menyamai Al-Quran dari segi kekuatannya meyakinkan manusia, balaghah dan susunannya. Ia juga merupakan punca perkembangan ilmu dalam semua bidang di dunia Islam.” Dr. Maurice Bucaille, seorang warga Perancis berkata: “Al-Quran adalah kitab yang paling mulia diturunkan dari Yang Azali kepada umat manusia. Ia adalah sebuah kitab yang tidak mempunyai sebarang keraguan.” Menurut orientalis, Lyon: “Al-Quran dianggap sebuah kitab yang mulia dan tinggi kerana selama 14 kurun ia diturunkan, kita tidak berupaya mencari kecacatan gaya bahasanya yang sentiasa segar walaupun sedikit dan seolah-olah ia diturunkan semalam.”
Dr Maurice, penulis buku “The Bible, The Qur’an and Science.”
Tarbiyah Made Easy!!
32
4. CABARAN BUAT ORANG YANG MASIH TIDAK PERCAYA Soalan: Apakah cabaran Allah Taala kepada golongan yang masih tidak mempercayai Al-Quran? •
Allah Taala telah mencabar orang-orang yang masih ragu dan keliru, dengan mencabar mereka supaya mencipta satu surah yang menyamai mana-mana surah dalam AlQuran Al-Karim.
•
Mereka boleh meminta sesiapa sahaja hatta penyokong mereka sendiri untuk mengadilinya. Sekiranya mereka mampu menciptanya, maka sahlah Al-Quran itu datang daripada manusia bernama Muhammad.
•
Namun, jika tidak mampu (pastinya mereka tidak mampu), mereka akan mengetahui bahawa Al-Quran ini datang daripada Allah Taala yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Maka, berhati-hatilah dengan azab-Nya.
Tarbiyah Made Easy!!
33
Firman Allah Taala:
¾ ½¼ »º¹¸¶µ´³ Ç ÆÅ ÄÃÂÁÀ¿ È
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang akan percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
ÒÑÐ Ï ÎÍÌËÊÉ × Ö Õ ÔÓ
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahanbahan bakarannya; manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (Al-Baqarah 2: 23-24) •
Orang-orang kafir tersebut menjadi lemah dan tidak berupaya menyahut cabaran Allah Taala ini. Akhirnya, mereka tidak mempunyai jalan lain kecuali memerangi Rasulullah SAW di medan perang. Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
34
DISKUSI TARBAWI & DAKWI i.
Bagaimanakah kalamullah (Al-Quran) dipermudahkan oleh Allah SWT untuk menjadi panduan umat manusia? (Allah SWT berkehendakkan agar kalam-Nya tersebar dan sampai kepada setiap hati dan pendengaran manusia – lantaran itu kalamullah ini datang dengan sifat yang mudah untuk dihafaz serta difahami pengajaran daripadanya, rujuk Al-Qamar:17 – konsep tadabbur dan khawatir Qur’aniyah – Al-Quran mampu dihafaz oleh segenap lapisan umur dan status dalam masyarakat)
ii.
Tugasan yang boleh diberikan kepada Mutarabbi: Menyediakan artikel atau memberi tazkirah tentang: • •
Keutamaan Membaca dan Menghafaz Al-Quran Adab-adab Tilawatul Quran
Tarbiyah Made Easy!!
35
“AL-QURAN MENDAHULUI ILMU MODEN” TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. AL-QURAN KITAB HIDAYAH
2. AL-QURAN MENDAHULUI ILMU MODEN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Dua Belas (12) Tarbiyah Made Easy!!
36
1. AL-QURAN KITAB HIDAYAH Soalan: Kenapakah Allah Taala menurunkan Al-Quran? •
Allah Taala menurunkan Al-Quran untuk memberi petunjuk (hidayah) kepada manusia. Firman-Nya:
, + * )( '& % $ #
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang sempurnanya dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (Al-Baqarah 2: 2) •
Oleh itu, Al-Quran bukannya sebuah kitab perubatan, kejuruteraan, astronomi atau kimia yang menghimpun dan merekodkan fakta-fakta ilmu tersebut.
•
Tetapi, Al-Quran adalah kitab hidayah dari Ilahi untuk menunjukkan cara hidup dan tugas sebenar manusia.
Hidayah Al-Quran menunjukki manusia ke jalan yang lurus.
Tarbiyah Made Easy!!
37
2. AL-QURAN MENDAHULUI ILMU MODEN Soalan: Adakah Al-Quran mendahului ilmu moden dan kemajuan sains? •
Al-Quran ini diturunkan berdasarkan ilmu Allah Taala, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu dan Yang Menciptakan alam ini.
•
Oleh itu, ketika membincangkan tentang manusia atau mana-mana makhluk ciptaan-Nya, Al-Quran menjelaskan fakta sebenar perkara tersebut. Tetapi, ilmu manusia, belum dapat memahaminya.
•
Dengan bantuan ilmu sains dan penemuan berterusan menggunakan peralatan dan perkakas moden, barulah manusia berjaya menemui fakta tersebut. Hasil pertemuan itu didapati sama dengan fakta yang terdapat dalam Al-Quran.
•
Dengan ini, kita dapat memahami bahawa Al-Quran telah mendahului ilmu moden. Ia menjadi bukti baru atau mukjizat baru yang membuktikan kebenaran AlQuran pada zaman kemajuan ilmu pengetahuan ini.
Tarbiyah Made Easy!!
38
Firman Allah SWT:
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fushilat 41: 53) •
Benarlah sabda Rasulullah SAW mengenai Al-Quran, “Sesungguhnya keajaibannya tidak akan berkurangan.” Soalan: Apakah contoh fakta-fakta sains tersebut?
•
Terdapat banyak fakta-fakta yang disebut dalam AlQuran, kemudiannya disahkan oleh penemuan ilmu moden. Fakta-fakta ini meliputi pelbagai bidang seperti ilmu astronomi, biologi, entomologi, geologi, botani dan sebagainya.
•
Sila baca lampiran yang disediakan berkenaan contohcontoh fakta sains dalam Al-Quran dan bincangkan bersama rakan-rakan anda. Tarbiyah Made Easy!!
39
LAMPIRAN: “KEAJAIBAN AL-QURAN PADA ZAMAN INI”
Astronomi
Botani
Entomologi
Geologi
Biologi
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal 12; Jilid 2: Fasal 14; Jilid 3: Fasal 11
Tarbiyah Made Easy!!
40
1. SESAK NAFAS KETIKA TERBANG TINGGI •
Semakin tinggi seorang juruterbang naik ke langit, dia akan mengalami kesesakan nafas. Ini disebabkan oksigen semakin berkurangan apabila manusia naik semakin tinggi ke langit.
•
Fakta ini tidak diketahui oleh manusia sebelum zaman sains dan teknologi. Sebelum ini, manusia menganggap keadaan udara adalah sama; samada di bumi, di planet atau di mana-mana bintang.
•
Namun, Al-Quran telah pun menyebutkan perkara ini sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Firman Allah Taala:
, + * )( ' & % $ # " ! 4 3210/.= < ; : 9 8 7 65 ?> Tarbiyah Made Easy!!
41
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An’am 6: 125) Ayat ini menerangkan bahawa: [Sesiapa yang disesatkan oleh Allah Taala kerana perbuatan jahat dan penentangannya terhadap agama, Allah menjadikan dadanya sesak apabila mendengar peringatan atau penjelasan Islam, seperti sesaknya dada manusia apabila naik ke langit.] •
Fakta ini hanya diketahui selepas manusia berjaya terbang lebih tinggi menggunakan kapal terbang. Jadi, adakah Nabi Muhammad SAW mempunyai kapal terbang untuk mengetahui fakta ini?
•
Atau adakah ia sebenarnya wahyu yang diturunkan berdasarkan ilmu Allah Taala?
Tarbiyah Made Easy!!
42
2. PUSAT DERIA RASA TERLETAK DI KULIT •
Sebelum ini, manusia menyangka bahawa keseluruhan tubuh adalah anggota deria dan tahap deria tersebut adalah sama pada setiap bahagian.
•
Namun begitu, ilmu anatomi moden telah menjumpai fakta baru bahawa pusat deria rasa bagi rasa sakit dan selainnya tertumpu dengan banyaknya pada kulit. Oleh itu, manusia hanya rasa sakit cucukan jarum jika ia dicucuk melalui kulit.
•
Sebenarnya hal ini telah didedahkan oleh Al-Quran sebelum ia dijumpai oleh penyelidik pada kurun ke-20. Firman Allah Taala:
b a`_^]\[Z k j ih g f e d c onml Tarbiyah Made Easy!!
43
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’ 4: 56) Ayat ini menerangkan bahawa: [Deria yang merasakan kesakitan dan keperitan berpusat pada kulit. Jadi, apabila kulit tersebut telah masak hangus, azab neraka akan kurang dirasai. Tetapi Allah Yang Maha Mengetahui lagi Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan menggantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya azab seksa lebih dirasai.] •
Adakah Nabi Muhammad SAW telah mempunyai alatan penyelidikan tertentu untuk menyelidiki perkara ini? Jika tidak, pastilah ia merupakan kalam Allaah yang diturunkan berdasarkan ilmu-Nya.
Tarbiyah Made Easy!!
44
3. PENEROKAAN ANGKASA LEPAS •
Adalah mustahil manusia dapat terbang ke langit 1400 tahun dulu, lebih-lebih lagi untuk melepasi atmosfera bumi dan meneroka angkasa lepas. Mereka masih belum mempunyai kepakaran dan peralatan yang mampu melaksanakannya.
•
Perkara ini juga berlaku kepada golongan jin yang berusaha untuk mencuri dengar kalam dari tempat alMala’ul A’la. Di kawasan itu mereka akan dihalang dengan api-api yang menjulang sehingga mereka gagal dan mendapat kecelakaan. Firman Allah Taala:
¤£¢¡ {|}~ﮯ ® ¬ « ª © ¨§ ¦ ¥
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Tarbiyah Made Easy!!
45
…Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
³²±°¯
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
½¼»º¹¸¶ µ´
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); (Ar-Rahman 55: 33-35) Firman Allah Taala lagi melalui lisan Jin:
uts rqponm
Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
Tarbiyah Made Easy!!
46
¢ ¡ {| } ~ ﮯz y x w v ¥¤£
Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya. (Al-Jinn 72: 8-9) Kedua-dua ayat di atas menerangkan: i.
Terdapat pemberitahuan bahawa manusia dan jin akan berusaha untuk naik ke ruang angkasa. Mereka akan cuba melepasi lapisan bumi dan langit.
ii.
Mereka akan berjaya apabila telah mempunyai kelengkapannya.
iii. Allah akan memerangi mereka menggunakan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair yang membakar untuk menghancurkan mereka ketika cuba mencuri dengar berita daripada alMala’ul A’la. iv. Jin telah mendahului manusia dalam bidang ini. Mereka telah sampai ke tempat yang membolehkan mereka mencuri dengar dan mereka mendapati: “maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.” Tarbiyah Made Easy!!
47
•
Apa yang tinggal adalah usaha manusia untuk naik ke langit. Hari ini, pelbagai usaha dilakukan oleh manusia telah membuktikan kebenaran kenyataan AlQuran 14 kurun lalu. Tetapi semua usaha ini hanyalah sekitar menembusi ruang angkasa antara bumi dan langit, bukannya menembusi langit itu sendiri.
•
Para penyelidik berusaha bersungguh-sungguh untuk mendengar gelombang suara di ruang angkasa. Namun, sebahagian mereka mengaku bahawa kita tidak mampu mengetahui makna suara tersebut kecuali apabila manusia keluar dari zon cakrawala.
•
Kemungkinan, ini ada kaitan yang menyebabkan manusia cuba mencuri dengar, kemudian direjam sepertimana jin direjam sebelum ini.
Tarbiyah Made Easy!!
48
4. ASAL BAHAN API DARIPADA TUMBUHAN HIJAU •
Pakar kimia telah mendedahkan bahawa semua sumber bahan api berasal daripada titik-titik hijau yang wujud dalam tumbuhan.
•
Titik-titik hijau tersebut dapat menyimpan tenaga bakar matahari dalam bahagian-bahagian tumbuhan. Kemudian mengubahnya menjadi unsur-unsur tumbuhan yang memudahkan kita memakan, membakar dan mengeluarkan bahan api yang terkandung dalam bahagian tumbuhan tersebut.
•
Pakar kaji bumi juga mendedahkan bahawa petroleum dan semua bahan asli seperti benzin dan kerosin berasal daripada tumbuhan yang terbenam dalam tanah dan batu, kemudian bertukar bentuknya.
•
Ataupun berasal daripada haiwan yang memakan tumbuhan dan mengambil bahan api daripada tumbuhan. Dengan ini, kita mengetahui bahawa semua jenis bahan api yang digunakan berasal daripada tumbuhan hijau.
Tarbiyah Made Easy!!
49
Firman Allah Taala tentang hakikat ini:
§ ¦¥¤ £ ¢ ¡}~ﮯ ©¨
Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohonpohon itu. (Yaasin 36: 80)
Tarbiyah Made Easy!!
50
5. GELOMBANG OMBAK DI DASAR LAUTAN •
Pada awal 1900-an, para pengkaji laut Scandinavian memerhatikan kewujudan gelombang ombak di bawah permukaan air. Ia menghempap kapal selam sepertimana gelombang ombak di permukaan air menghempap kapal.
•
Hal ini berlaku di dasar lautan dan tempat yang paling dalam. Maka, manusia sebelum tahun 1900-an tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ini.
•
Walaupun begitu, Al-Quran telahpun menceritakan kepada kita mengenai kewujudan dua jenis gelombang ombak di lautan dalam. Firman Allah Taala:
hgfedcba` _ ^ kj i
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis… (An-Nur 24: 40)
Tarbiyah Made Easy!!
51
•
Bagaimana pula Rasulullah SAW mengetahui tentang hal laut dalam ini? Sedangkan baginda tidak pernah pergi belayar di laut, apatah lagi menyelam ke laut dalam.
Tarbiyah Made Easy!!
52
6. ALAT PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN BARU •
Ketika Allah Taala menyebut satu persatu nikmat-Nya iaitu alat pengangkutan dan perhubungan seperti kuda, keldai dan unta, Dia juga menggambarkan akan berlaku pertambahan alat pengangkutan lain dan lebih maju. Firman Allah Taala:
9 8 7 65 4 3 2 1 ;:
Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Dia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (An-Nahl 16: 8) •
Perkara ini dapat dilihat pada ayat “dan Dia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” Iaitu sebarang pengangkutan yang belum wujud di zaman tersebut. Firman Allah Taala:
) ('&%$#"!
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat; Tarbiyah Made Easy!!
53
0/.-,+ *
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. (Yaasin 36: 41-42) •
Maksud “dalam bahtera yang penuh sarat” dan “jenisjenis kenderaan yang sama dengannya” ialah alat pengangkutan dan perhubungan yang sama seperti kapal yang sarat tersebut. Contohnya keretapi, kenderaan menggunakan enjin stim dan kenderaankenderan yang besar.
•
Tidak mustahil juga akan wujud lagi pertambahan dalam jenis-jenis pengangkutan ini nanti. Manusia di zaman Rasulullah SAW hanya kenal kuda, unta, keldai dan kapal, kemudian tiba zaman tenaga wap, enjin, elektrik dan atom
Tarbiyah Made Easy!!
54
•
Walaupun secara zahirnya manusia yang mencipta segala teknologi pengangkutan dan perhubungan yang baru ini, tapi bukankah Allah yang mencipta manusia, memberikan akal dan ilmu pengetahuan?
•
Kemudian, manusia menggunakan kekuatan dan kemampuan berserta hasil bumi ciptaan Allah untuk mecipta teknologi baru. Maka, hakikatnya semua hasil ciptaan itu juga adalah ciptaan Allah Taala. Firman Allah Taala:
©¨§¦¥
Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! (As-Soffat 37: 96)
Tarbiyah Made Easy!!
55
7. BULAN MENYALA, KEMUDIAN PADAM Firman Allah Taala:
] \ [ Z Y XW V U T _^
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang… (Al-Isra’ 17: 12) •
Tanda malam ialah bulan dan tanda siang matahari. Maka “kami hapuskan tanda malam” bermaksud kami padam dan hilangkan cahayanya. Perbuatan al-mahau (padam) dan at-tomas (hapus) hanya berlaku selepas ia bercahaya.
•
Abdullah bin Abbas RA berkata, “Bulan bercahaya sepertimana matahari bercahaya. Bulan merupakan tanda malam dan matahari merupakan tanda siang.”
•
As-Syaukani menyebutkan dalam tafsirnya, “Maka kami hapuskan tanda malam: bermaksud kami padamkan cahayanya. Sebenarnya bulan bercahaya seperti matahari.”
Tarbiyah Made Easy!!
56
•
Dengan itu, kita dapat mengetahui bahawa asalnya bulan itu bercahaya, kemudian cahayanya dipadamkan.
•
Perkara ini hanya diketahui pada masa kini dan setelah peralatan moden dicipta. Benarlah firman Allah Taala:
\[ Z Y X W V U T
Katakanlah (wahai Muhammad): “Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi… (Al-Furqan 25: 6)
Tarbiyah Made Easy!!
57
8. LALAT LEBIH HEBAT DARIPADA KITA •
Para penyelidik ilmu entomologi (kajian tentang serangga) telah mendedahkan bahawa lalat dibekalkan kelenjar air liur yang panjang dan mempunyai air liur yang amat banyak.
•
Apabila lalat mengambil sesuatu makanan, air liurnya dirembeskan dengan cepat bagi menukarkannya segera kepada bahan yang lain. Oleh itu, kita tidak akan mampu mengambil semula makanan asal yang telah diambil oleh seekor lalat.
Benarlah firman Allah Taala:
) ( '& % $ # " ! 43 2 1 0 / . - , + * = <; : 9 8 7 6 5 @?> Tarbiyah Made Easy!!
58
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekalikali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (Al-Hajj 22: 73-74)
Tarbiyah Made Easy!!
59
9. SEMUT DAPAT MENDENGAR DAN BERCAKAP •
Al-Quran merupakan kitab pertama yang menyebutkan bahawa semut dibekalkan organ pendengaran dan percakapan. Setelah ilmu entomologi berkembang, barulah kebolehan semut berkomunikasi secara kompleks ini diketahui. Firman Allah Taala:
k ji hgfed q p onml
…berkatalah seekor semut, “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.” (An-Naml 27: 18)
Tarbiyah Made Easy!!
60
10. BUMI & LANGIT ASALNYA BERSATU •
Kemajuan dalam bidang astronomi dan geologi telah mendedahkan bahawa bumi adalah sebahagian daripada matahari atau bintang yang berada di langit.
•
Kedua-dua matahari dan bintang berasal daripada nebula (kepulan gas yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur pada waktu malam). Kemudian bintang, matahari, dan planet-planet termasuklah bumi tercerai daripada nebula ini.
•
Memang amat sukar untuk kita gambarkan bahawa bumi dengan bukit bukau, lembah dan lautan adalah sebahagian daripada apa yang ada di langit. Namun, itulah kesepakatan para ahli astrologi dan geologi masakini.
Tarbiyah Made Easy!!
61
Firman Allah Taala:
jihg fe dc u ts r q p o n ml k wv
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Al-Anbiya’ 21: 30) •
Hakikat kedua dalam ayat ini dapat dilihat daripada aspek biologi pula. Iaitu “Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup.”
•
Pakar biologi dan kimia telah mendedahkan terdapat makhluk lain seperti sesetengah bakteria yang masih boleh hidup tanpa udara. Namun, tiada kehidupan tanpa air.
•
Air adalah satu-satunya unsur yang menjadikan perantaraan yang sesuai untuk kehidupan diteruskan. Sekiranya makhluk hidup tidak diberikan air, ia akan mati.
Tarbiyah Made Easy!!
62
11. KEDUDUKAN ANTARA PLANET YANG TERATUR •
Fakta sains mendedahkan bahawa penceraian bintang dan planet berlaku secara teratur, bersistem, berneraca dan ditentukan.
•
Oleh itu setiap bintang dan planet ditempatkan di tempat yang sesuai, dalam orbit yang tepat dan kelajuan yang seimbang. Semuanya diatur secara tepat, harmoni dan seimbang.
Firman Allah Taala:
^ ]\[Z
Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca. (Ar-Rahman 55: 7)
Tarbiyah Made Easy!!
63
Firman Allah Taala:
a ` _ ^] \ [ Z Y X gfedc b
Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintahperintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Yunus 10: 101)
Tarbiyah Made Easy!!
64
12. ALAM INI SENTIASA BERKEMBANG •
Kemajuan sains juga mendedahkan bahawa alam semesta ini sentiasa mengembang. Ini kerana semua galaksi sentiasa bergerak menjauhi kita.
•
Begitu juga didedahkan bahawa terdapat kelompok bintang yang sedang terbentuk daripada nebula (kepulan gas yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur pada waktu malam) di langit.
Firman Allah Taala:
ÇÆÅ ÄÃÂ
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Adz-Dzariyat 51: 47)
Tarbiyah Made Easy!!
65
13. MATAHARI SENTIASA BERGERAK •
•
Sebelum 70 tahun yang lalu, sebahagian manusia menyangka matahari tidak bergerak. Namun, sebenarnya kajian sains menunjukkan bahawa matahari mempunyai dua gerakan: i.
Matahari berputar dalam keadaan ia tetap pada paksinya.
ii.
Matahari berputar bersama galaksi sepertimana pengisar berpusing pada tempatnya.
Di samping itu, kita di bumi melihat bulan berubah bentuk (daripada anak bulan hingga bulan purnama) adalah disebabkan peredarannya mengelilingi bumi.
Tarbiyah Made Easy!!
66
Allah Taala menyebutkan dua hakikat ini dalam firman-Nya:
» º ¹ ¸¶ µ ´ ³ ½¼
Dan (sebahagian daripada dalil tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
ÅÄ ÃÂ Á À ¿¾
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
Ï ÎÍ Ì ËÊÉ È ÇÆ Ö Õ Ô Ó Ò ÑÐ
(Dengan ketentuan sedemikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masingmasing. (Yasiin 36: 38-40)
Tarbiyah Made Easy!!
67
14. NEBULA MEMBENTUK BINTANG & PLANET •
Sains mendedahkan bahawa asal jirim bintang-bintang dan planet ialah kepulan asap-asap yang dipanggil nebula. Bintang-bintang sentiasa terbentuk daripada bahan tersebut sehinggalah pada hari ini
•
Nebula ini terbentuk daripada gas-gas halus yang bercampur dengan habuk-habuk halus daripada bahan keras yang berwarna gelap. Sifat ini tidak jauh daripada sifat asap.
Allah Taala telah menyebutkan hakikat ini dalam firman-Nya:
½¼»º¹ ¸¶µ ´³² ÃÂÁÀ ¿ ¾
Kemudian Dia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi; “Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, samada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya (menjawab): “Kami berdua sedia menurut (patuh dengan sukarela).” (Fusshilat 41: 11) Tarbiyah Made Easy!!
68
15. BUKIT BUKAU & GUNUNG GANANG SEBAGAI PASAK BUMI •
Para pengkaji mendedahkan pada bahawa terdapat pasak bumi di bawah setiap bukit-bukau dan gunungganang yang memegangnya. Ia tertanam dalam lapisan yang keras di bawah lapisan batu-batu.
•
Allah Taala telah menjadikan pasak bumi ini di bawah setiap bukit-bukau dan gunung-ganang untuk memegang benua-benua daripada berpusing ketika bumi berputar. Pasak bumi yang tertanam dalam bahagian keras di bawah benua-benua ini akan mengukuhkan kedudukannya.
•
Ia adalah seperti pasak yang memegang khemah apabila dipakukan ke dalam tanah. Inilah penemuan oleh Dr Farouk al-Baz, seorang pakar ilmu geologi dan ruang angkasa pada tahun 1956.
Tarbiyah Made Easy!!
69
Rahsia ini telah disebutkan dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu dalam firman Allah Taala:
;:9
(Dia menjadikan) bukit-bukau sebagai pasak (kepada bumi ini). (An-Naba’ 78: 7)
tsrqponmlk w vu
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), - Dia mengeluarkan dari bumi itu; airnya dan tumbuh-tumbuhannya; Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapinya). (An-Naba’ 79: 30-32)
)('&%$#"! ,+*
Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang (sebagai pasak) yang menetapnya supaya ia tidak menghayunhayunkan kamu. (An-Nahl 16: 15)
Tarbiyah Made Easy!!
70
16. TUMBUHAN BERSENYAWA & MEMBIAK •
Kajian sains mendedahkan bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai proses persenyawaan dan pembiakan (proses pendebungaan) sebagaimana yang berlaku dalam kehidupan haiwan.
•
Bunga adalah tempat berlaku proses pencantuman tersebut. Ia mempunyai stamen yang mengeluarkan serbuk debunga jantan. Serbuk debunga ini akan berpindah melalui tiupan angin atau sebagainya.
•
Kemudian ia akan melekat pada stigma dan turun ke pangkalnya sehingga sampai ke telur-telur untuk proses pendebungaan.
•
Sebelum penemuan tersebut, tiada seorangpun yang mengetahui tentang kewujudan debunga jantan dan betina berpasangan pada tumbuhan.
Tarbiyah Made Easy!!
71
Firman Allah Taala:
¡ {|}~ﮯzy §¦ ¥¤ £¢
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau diri mereka; ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yasiin 36: 36)
Tarbiyah Made Easy!!
72
SEKIAN Nantikan siri kelima ebook ini yang bakal membicarakan pula perihal Iman kepada Malaikat, Hari Akhirat dan Takdir. Terima kasih. EbookTarbiyah.Com “Tarbiyah Made Easy!!”
Tarbiyah Made Easy!!
73
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
74
Tarbiyah Made Easy!!
75