Siri Rujukan Cepat Tarbiyah
Diringkas & disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKIDAH Siri #2
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
2
KATA PENGANTAR
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian. Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Renung & Fikirkan: Kenali Allah SWT Melalui Tafakur & Tadabbur Alam” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca. Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Kedua daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid az-Zindani. Kitab Tauhid Az-Zindani Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani ini memang sesuai dijadikan bahan asas dalam memahami ilmu tauhid (merangkumi akidah dan Rukun Iman) di tahap pemulaan Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah Made Easy!!
3
Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid: • Jilid 1 terdapat 16 Fasal • Jilid 2 terdapat 17 Fasal • Jilid 3 terdapat 14 Fasal Pendekatan Kitab ini. Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan dalam mengarang Kitab ini: • Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab dalam membahaskan topik-topiknya. • Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir dan merenung penciptaan alam dan diri manusia (dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah (dalil naqli). • Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim (pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing untuk memahami kaedah-kaedah ke arah kesimpulan tersebut. Contoh; Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran atau Hadis. Tarbiyah Made Easy!!
4
Ini selari dengan firman Allah SWT:
ÇÆ ÅÄÃÂÁ À Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fushilat 41: 53) Kenapa Ebook ini Ditulis? Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan. Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.
Tarbiyah Made Easy!!
5
Konsep Istimewa Ebook Ini Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini: • Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja. • Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran. • Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu, kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasalfasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu Tauhid, Ma’rifatullah dll. • Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal. Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah: Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.”
Tarbiyah Made Easy!!
6
• Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi setiap tajuk. • Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor. • Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya. • Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam. Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda dengan gambar-gambar yang sesuai. Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca. Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Disember 2014
Tarbiyah Made Easy!!
7
ISI KANDUNGAN Akad Pembelian (#2) Kata Pengantar (#3) Isi Kandungan (#8)
RENUNG & FIKIRKAN: (#9)
1. Makanan Kita (#10) 2. Air yang Terapung (#26) 3. Lautan Udara (#39) 4. Kediaman dan Kedamaian (#47) 5. Tulang, Otot dan Sendi (#55) 6. Nikmatnya Bergerak (#63) 7. Lampu yang Terang Benderang (#73) 8. Sistem Suria Kita (#81) Penutup (#92) Sekian (#94) Akad Pembelian (#95) p/s: # ialah mukasurat
Tarbiyah Made Easy!!
8
RENUNG & FIKIRKAN OBJEKTIF UMUM BAGI TAJUK-TAJUK 1. Pendekatan yang digunakan dalam ebook ini sedikit berbeza daripada ebook pertama dalam siri ini. 2. Disebabkan setiap tajuk dalam tema “Renung & Fikir” ini mempunyai objektif umum yang sama, iaitu: Selepas berbincang tajuk-tajuk ini, mutarabbi dapat: Menjelaskan hubungan ayat-ayat kauniyah (alam & makhluk ciptaan Allah) dengan dalil-dalil Naqliyah yang membuktikan kewujudan Allah Taala & keesaan-Nya. ii. Mempraktikkan kaedah mengenal Allah Taala & sifat-sifatNya melalui tafakur & tadabbur alam. iii. Menjauhi iktikad yang salah tentang penciptaan alam ini dan meyakini kekuasaan Allah Taala. iv. Sentiasa bersyukur kepada Allah Taala di atas setiap nikmat dalam kehidupan. i.
3. Dari segi penyampaian, kami mencadangkan agar tajuktajuk ini dibincangkan secara santai dalam programprogram outdoor seperti rehlah atau jaulah. 4. Ini kerana, para peserta mampu menghubungkan secara langsung topik-topik dalam ebook ini dengan alam sekitar yang terbuka dan menyegarkan! Tarbiyah Made Easy!!
9
RENUNG & FIKIRKAN 1 “MAKANAN KITA”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. HENDAKLAH MANUSIA MELIHAT PADA MAKANANNYA
2. SIFAT-SIFAT ALLAH DARIPADA TAFAKKUR TERHADAP MAKANAN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Kelima (5) & Jilid 2: Fasal Kelapan (8) Tarbiyah Made Easy!!
10
1. HENDAKLAH MANUSIA MELIHAT PADA MAKANANNYA Allah Taala berfirman:
§¦¥¤ £
“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (‘Abasa 80: 24) Soalan: Apakah hikmah bagi suruhan ini? Sebenarnya, Allah Taala menyuruh kita merenung dan berfikir tentang semua makhluk-Nya; termasuklah makanan, agar dapat dijelaskan kepada kita akan sifatsifat-Nya yang Maha Agung. Jadi, apakah sifat-sifat Allah Taala yang boleh dikenali melalui tadabbur tentang makanan? Mari kita renungi & fikirkan bersama! “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya…”
Tarbiyah Made Easy!!
11
2. SIFAT-SIFAT ALLAH DARIPADA TAFAKUR TERHADAP MAKANAN A. YANG MAHA MEMBERI REZEKI (ق ُ )اﻟ ﱠﺮَزا
Kita mulakan dengan merenung dan berfikir tentang keadaan manusia sejak di dalam rahim ibu:
• Nutfah (embrio) terbentuk dan menempel pada dinding dalam rahim ibu di tempat yang disediakan, lalu ia membesar membentuk janin. • Ketika itu, tiada sesiapapun yang mampu menyuapkan makanan (rezeki) kepada janin di dalam kandungan. Tidak ibu bapanya, tidak pula orang lain. • Maka, Allah Yang Maha Memberi Rezeki telah mencipta tali pusat untuk menghubungkan perut bayi dengan ibunya. Melalui tali pusat itulah makanan disalurkan selama lebih kurang 9 bulan. • Kemudian, apabila bayi itu selamat dilahirkan, dan tali pusat dipotong, Allah membuka pula saluran makanan baru dan set organ penghadaman yang terdiri daripada iaitu mulut, kerongkong dan perut buatnya. Tarbiyah Made Easy!!
12
Cuba kita fikirkan: • Adakah ibubapa kita yang menutup saluran tali pusat, dan seterusnya membina saluran mulut serta anggota penghadaman selepas kita dilahirkan? • Adakah alam semulajadi (nature) atau kerajaan yang bersusah payah merancang rezeki semasa kita di dalam perut ibu? Sudah pasti tidak! Sebaliknya, Allah Yang Maha Memberi Rezeki-lah yang merancang segalanya. Baiklah, mari kita bertafakur pula perihal susu ibu:
• Bayi yang baru lahir belum mampu memakan bijirin, buah-buahan, daging atau roti. Namun, Allah tidak sekali-kali membiarkannya tanpa rezeki. • Tiba-tiba sahaja buah dada ibu yang sebelumnya tiada susu, selepas kelahiran bayi penuh dengan susu.
Tarbiyah Made Easy!!
13
• Lebih menghairankan lagi, bayi yang baru lahir itu mengerti pula bahawa bekalan makanannya sebelum ini; iaitu tali pusat telah tiada, dan dia perlu menggunakan mulut untuk meminum susu ibunya. • Siapakah yang mengilhamkan kepada bayi semua itu? Bukan ibubapanya, bukan alam semulajadi (nature) dan bukan juga kerajaan. Sebaliknya adalah Allah Yang Maha Memberi Rezeki!
Segala puji bagi Allah Yang Maha Memberi Rezeki!
Di samping itu, sedarkah kita bahawa Allah Taala telah menyediakan rezeki buat kita di mana-mana sahaja? Firman Allah Taala:
ª©¨§¦¥¤£¢¡ ±°¯®¬ «
“Dan Dia menentukan ada pada-Nya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.” (Fussilat 41: 10) Tarbiyah Made Easy!!
14
Buat makhluk-Nya, Allah Taala telah menyediakan: • Tanah yang sesuai bagi pertanian dan air untuk keperluan tumbuhan, haiwan serta manusia. Tumbuhan wujud dengan jumlah yang besar untuk menjadi makanan manusia dan haiwan.
Firman Allah Taala:
>=<; :987 HGF EDCBA@ ? K JI
“Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.” (Al-Hijr 15: 19-20) Tarbiyah Made Easy!!
15
• Allah Taala juga menyediakan gas-gas seperti Oksigen, Karbon Dioksida serta cahaya matahari untuk proses fotosintesis (iaitu proses tumbuhan hijau membuat makanannya). Daripada proses ini, jadilah buah-buahan pelbagai jenis yang bertangkai dan bertandan.
• Bagi manusia dan haiwan disediakan gigi yang dapat memutus, mencarik, mengkisar dan menghancurkan makanan. Malah, diciptakan air liur yang membasahi mulut sebagai pelincir yang memudahkan kita makan, juga mempunyai enzim yang melarutkan makanan.
Alhamdulillah, segalanya telah Allah sediakan…
Tarbiyah Made Easy!!
16
B. YANG MAHA MENGETAHUI (
)اﻟ َْﻌﻠِ ْﻴ ُﻢ
Sifat ini terbukti dengan: • Allah Taala mengetahui bahawa di suatu ketika bayi di dalam perut itu sudah perlukan makanan, maka disalurkan makanan melalui tali pusat. • Kemudian, Allah Taala mengetahui juga bahawa bayi itu telah keluar daripada perut ibunya, lalu disalurkan makanan melalui susu ibu pula. • Allah Taala mengetahui bahawa wujudnya air dan mineral di dalam tanah, maka diciptakan akar untuk tumbuhan menyedutnya. • Allah Taala mengetahui bahawa klorofil (titik-titik berwarna hijau) dalam tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari, maka disusun daun-daun sebegitu rupa agar mudah terdedah kepada cahaya matahari.
Tarbiyah Made Easy!!
17
• Allah Taala mengetahui sekiranya matahari sentiasa memancar cahayanya pastilah akan terbakar habis semua tumbuhan. Maka, dipergilirkan siang dan malam untuk memberi ruang pada tumbuhan berehat di malam hari.
Siangnya tumbuhan “bekerja” melalui fotosentesis
Malamnya tumbuhan “berehat” pula dengan berespirasi
Firman Allah Taala:
=<;:9 87 D C B A @ ?>
“Allah jualah yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Al-An’am 6: 96)
Tarbiyah Made Easy!!
18
C. YANG MAHA BIJAKSANA (
ْﺤ ِﻜ ْﻴ ُﻢ َ ) اﻟ
Sifat ini terbukti tatkala kita melihat betapa: • Telitinya penciptaan tali pusat pada tubuh bayi, diameternya membesar seiring dengan tumbesaran bayi. Tali pusat itu dihubungkan pada tubuh ibu dengan begitu kompleks. • Buah dada ibu menghasilkan susu ibu yang sangat tepat komposisi kandungannya iaitu meliputi semua zat makanan seperti kanji, lemak, protein, garam dan vitamin yang sesuai untuk tumbesaran bayi. • Halus dan telitinya pembentukan tumbuh-tumbuhan. Seperti proses pengeluaran buah dan penjagaannya. D. YANG AMAT MENDALAM PENGETAHUAN-NYA ( Lihatlah bukti sifat-Nya ini pada:
)اﻟْ َﺨﺒِْﻴـ ُﺮ
• Kepakaran untuk menyalurkan makanan ibu yang dihadamkan ke dalam tubuh bayi melalui tali pusat. • Kepakaran untuk menyalurkan makanan ibu yang dihadamkan ke buah dadanya sebagai susu. • Kepakaran untuk mengeluarkan bijirin dan buah-buahan yang pelbagai bentuk, warna dan rasa. Padahal semuanya ditanam di tanah yang sama, serta disiram air yang sama, udara dan matahari yang sama. Tarbiyah Made Easy!!
19
Firman Allah Taala:
xwv utsr qpon § ¦ ¥¤ £ ¢ ¡ { |} ~ ﮯz y ¯ ® ¬ «ª © ¨
“Dan Dia-lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugusgugus,; dan dari pokok tamar (kurma), dari mayangmayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” (Al-An’am 6: 50)
Tarbiyah Made Easy!!
20
E. YANG MAHA PENGASIHANI (
)اﻟْ ﱠﺮِﺣ ْﻴ ُﻢ
• Disebabkan ketidakupayaan janin dalam perut ibu untuk mengurus rezekinya, Allah Taala menyelamatkannya daripada kelaparan dengan disediakan tali pusat. • Allah Taala menciptakan pelbagai makanan yang sesuai kepada kita pada setiap fasa kehidupan; semasa di dalam perut, ketika bayi dan setelah dewasa. • Malah, Dia telah menyediakan segala keperluan seperti udara, cahaya matahari, air hujan, tanah dan garam mineral bagi membantu makhluk-Nya memperolehi sumber makanan untuk terus hidup. F. YANG AMAT MAHA MULIA (
)اﻟْ َﻜ ِﺮﻳْ ُﻢ
• Jika seorang manusia menanggung sara hidup sepuluh orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan, maka dia dianggap seorang yang mulia. • Sedangkan, Allah Taala telah sekian lama menjamin dan menanggung rezeki semua umat manusia dan pelbagai benda hidup lain. Maka, adakah sesiapa yang lebih mulia daripada-Nya? Subhanallah, Allah Taala telah menyediakan kepada kita semua rezeki.
Tarbiyah Made Easy!!
21
Firman Allah Taala:
*)( '&%$#"!
“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya...” (Hud 11: 6) G. YANG MAHA MEMBERI PETUNJUK (
ِ )اﻟْﻬ ﺎدي َ
Untuk sifat ini, bukankah: • Allah Taala yang memberi petunjuk agar buah dada ibu penuh dengan susu apabila bayi telah dilahirkan. • Allah Taala yang memberi petunjuk kepada bayi agar menghisap buah dada ibunya apabila lapar. • Allah Taala yang memberi petunjuk kepada tumbuhan agar akarnya mengarah ke bawah (tanah) dan daundaun mengarah ke atas (menuju cahaya matahari). • Allah Taala yang memberi petunjuk kepada dedaunan agar tumbuh teratur; supaya semua daun terkena cahaya matahari.
Tarbiyah Made Easy!!
22
Firman Allah Taala:
yxwv utsrqpo {z
“Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan dan menyempurnakan (penciptaanNya), dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk.” (Al-A’la 87: 1-3) H. YANG MAHA MENGHIDUPKAN (
)اﻟ ُْﻤ ْﺤ ِﻲ
• Tanah, udara, air dan cahaya matahari adalah benda mati yang tidak membesar, makan dan bernafas. • Namun, dengan benda-benda mati inilah, tumbuhtumbuhan hidup, bernafas, membesar, bergerak, makan dan berpasangan lalu menghasilkan buahbuahan serta bijirin. Subhanallah!
Tarbiyah Made Easy!!
23
I. YANG MAHA MEMBENTUK RUPA (
ﺼ ﱢﻮُر َ )اﻟ ُْﻤ
• Lihatlah bagaimana sebidang tanah yang rata berubah menjadi kebun pokok buah-buahan. Tanah rata itu dihidupkan dengan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai bentuk, warna dan ciri-cirinya tersendiri. • Siapa lagi yang mampu menjadikan tanah, air, udara dan cahaya matahari lalu membentuk kebun yang indah dan cantik ini? Jika bukan Allah Yang Maha Membentuk Rupa?
Subhanallah… Maha suci Allah di atas segala penciptaan & kurniaan-Nya.
Tarbiyah Made Easy!!
24
Firman Allah Taala:
®¬ «ª©¨§¦¥¤ £ º¹¸¶µ ´³²±°¯ ÃÂÁÀ¿¾½¼» ÇÆ ÅÄ
“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, Zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.” (‘Abasa 80: 24-32)
Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
25
RENUNG & FIKIRKAN 2 “AIR YANG TERAPUNG”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. AIR YANG TERAPUNG
4. YANG MAHA MEMAKBULKAN DOA
2. APAKAH ITU AWAN?
3. KETETAPAN ALLAH DALAM KEJADIAN AWAN
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Keenam (6) Tarbiyah Made Easy!!
26
1. AIR YANG TERAPUNG Mari kita mendongak pula ke atas melihat langit yang membiru. Bukankah ia dihiasi awan-awan putih yang sedang berarak? Soalan: Terlintaskah di fikiran anda bahawa itu adalah kumpulan wap-wap air yang sedang terapung di udara?
Itu adalah wap air yang terapung? Tahukah anda bagaimana proses pembentukan awan ini? Maha suci Allah Taala yang telah menjelaskan proses tersebut sejak lebih 1400 tahun lalu di dalam Al-Quran. Oleh demikian, marilah kita merenung dan berfikir tentang penciptaan awan ini! Tarbiyah Made Easy!!
27
2. APAKAH ITU AWAN? Awan ialah wap-wap air yang terapung di udara. Dalam kuantiti yang banyak, ia akan membentuk air hujan.
Air hujan turun ke bumi menjadi air telaga, mata air dan air dalam tanah yang dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan. Firman Allah Taala:
Ø×ÖÕÔÓÒÑÐ ÏÎ ßÞÝÜÛ Ú Ù
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanamtanaman yang bermacam-macam warnanya...” (Az-Zumar 39: 21) Tarbiyah Made Easy!!
28
3. KETETAPAN ALLAH DALAM KEJADIAN HUJAN Di bawah adalah gambarajah proses kejadian awan dan hujan menurut sains. Soalan: Apakah ketetapan-ketetapan Allah Taala dalam proses kejadian awan dan hujan ini?
Gambarajah proses kejadian awan dan hujan i. Allah Taala menjadikan panasnya matahari dan tiupan angin sebagai punca wap air dapat naik dari laut hingga melepasi puncak bukit. Ini supaya bukit tidak menghalang perpindahan air di kawasan sebalik bukit Firman Allah Taala:
¾½ ¼ » º ¹ ¸ ¶ µ ÈÇÆ ÅÄ Ã ÂÁ À¿ Tarbiyah Made Easy!!
29
Ò Ñ Ð ÏÎ Í Ì Ë Ê É ÕÔÓ
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudahmudahan kamu mengambil pelajaran.” (Al-A’raf 7: 57) ii. Allah Taala menaikkan wap air yang tanpa bercampur dengan garam supaya ia tidak memudaratkan manusia. Firman Allah Taala:
ª© ¨§ ¦¥¤£¢¡ﮯ ´ ³²±°¯ ®¬«
“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang minum. Kamukah yang menurunkannya dari ataukah Kami yang menurunkan? Kalau kehendaki nescaya Kami jadikan dia masin, mengapakah kamu tidak bersyukur?”
kamu awan Kami maka
(Al-Waqi’ah 56: 68 - 70) Tarbiyah Made Easy!!
30
iii. Allah Taala menjadikan udara sejuk yang wujud pada ketinggiannya 8 batu dari aras laut; sebagai sebab menghalang kenaikan wap air ke langit lepas. Secara logiknya makin dekat dengan matahari patutnya semakin panas, tapi Allah menetapkan sebaliknya agar wap air kekal di atmosfera bumi.
Seorang pendaki di puncak Everest; ketinggian 8848m. Kelihatan awan-awan terhampar di bawahnya. Firman Allah Taala:
+ * )( ' & % $ # " ! /. - ,
“Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.” (Al-Mukminun 23: 18) Tarbiyah Made Easy!!
31
iv. Wap air amat halus dan tidak dapat dilihat. Apabila mengewap, Allah Taala menghantar angin mebawa zarah-zarah lain (seperti asap dan debunga) lalu bercampur dengan wap air dan bergerak. Kumpulan wap air dan zarah-zarah lain ini berkumpul di dalam awan, lalu menjadi berat. Ini mengekalkan wap air dari melepasi lapisan udara bumi.
Debunga Zarah-zarah lain Asap
Firman Allah Taala:
ª© ¨§ ¦¥¤£¢ ³²±° ¯®¬ « ¿ ¾ ½ ¼ » º ¹ ¸ ¶ µ´ ÁÀ
“Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.” (Ar-Rum 30: 48) Tarbiyah Made Easy!!
32
v. Penciptaan angin yang kadar kelajuannya amat sesuai untuk membawa awan dan bebanannya tanpa melerai atau merosakkannya. Firman Allah Taala:
¾½ ¼ » º ¹ ¸ ¶ µ ÇÆ ÅÄ Ã ÂÁ À¿ Ñ Ð ÏÎ Í Ì Ë Ê É È ÕÔÓÒ “Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” (Al-A’raf 7: 57) Maha Suci Allah Taala yang telah menjadikan angin yang sesuai bagi membantu proses ini. Namun, tahukah anda bahawa terdapat berbagai jenis angin di aras ketinggian yang berbeza?
Tarbiyah Made Easy!!
33
• Angin puting beliung dengan kelajuan 75 batu sejam mampu musnahkan harta benda. • Kawasan 1: iaitu 5 batu daripada aras laut; adalah kawasan angin biasa yang membawa awan dan menurunkan hujan. • Kawasan 2: iaitu 3 batu di atas Kawasan 1; adalah kawasan angin kuat dengan gelombang kelajuan 200 batu sejam. • Kawasan 3: iaitu di atas Kawasan 2; merupakan kawasan yang tiada angin.
Pelbagai bentuk dan jenis awan pada tingkat ketinggian dan kadar tiupan angin yang berbeza.
Tarbiyah Made Easy!!
34
vi. Air hujan diturunkan dalam titisan halus, bukan curahan sekaligus dalam jumlah banyak seperti banjir yang boleh rosakkan harta benda. vii. Air mengalir dalam sungai ke seluruh pelusuk bumi seperti urat darah manusia. Kebanyakan dari air itu akan diserap ke dalam bumi untuk memeliharanya dari rosak dan tidak menghalang manusia berjalan di bumi. viii. Air sentiasa dipelihara agar dekat dengan permukaan bumi, menjadi mata air atau air perigi supaya manusia mendapat faedah daripadanya. Ini dilakukan oleh bekas yang Allah sediakan iaitu lapisan batu menahan air dari diserap dan lenyap ke perut bumi.
Air hujan yang turun kebanyakannya diserap ke dalam bumi, namun tidak terus ke perut bumi, sebaliknya disalurkan kembali ke sungai dan laut. Tarbiyah Made Easy!!
35
Firman Allah Taala:
X WV UTS RQ PON
Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?”
(Al-Mulk 67: 30)
Subhanallah, syukur kepada Allah yang telah mencukupkan air buat kita semua!
Tarbiyah Made Easy!!
36
4. YANG MAHA MEMAKBULKAN DOA Soalan: Apabila kita berbicara tentang hujan, apakah sifat Allah Taala yang terlintas di fikiran? “Yang Maha Makbulkan Doa” • Tanyalah orang yang benar-benar mengetahui rahmat Tuhan Yang Maha Mendengar segala doa. • Allah Taala sering memakbulkan permintaan orang yang berada dalam keadaan darurat dan menolong orang yang memerlukan-Nya. • Berapa kali bumi ini kemarau, kering kontang tanpa hujan. Lalu Rasulullah SAW mengajar umat Islam supaya keluar beramai-ramai untuk berdoa kepada Allah Taala. • Kaum yang benar-benar meminta kepada Allah, pasti akan dikabulkan doa dan akan diturunkan hujan kepada mereka. Dengan itu, dapatlah kita ketahui bahawa Pencipta air dan hujan adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan Doa. Firman Allah Taala:
à  ÁÀ ¿ ¾ ½ ¼ » Tarbiyah Made Easy!!
37
Ì Ë Ê É È ÇÆ Å Ä ÎÍ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah 2: 186)
Ya Allah, terimalah permintaan kami…
Soalan: Di samping sifat ini, keluarkan lagi sifat-sifat Allah lain mengikut kaedah yang telah dibincangkan dalam tajuk “Makanan Kita.” Selamat mentadabbur alam! Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
38
RENUNG & FIKIRKAN 3 “LAUTAN UDARA”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. KITA HIDUP DALAM LAUTAN UDARA
2. FAEDAH-FAEDAH UDARA
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Ketujuh (7) Tarbiyah Made Easy!!
39
1. KITA HIDUP DALAM LAUTAN UDARA Mari kita cuba aktiviti mudah ini: Tutup hidung dan mulut anda selama 3 minit.
..28, 29, 30 saat…31,32, 33 saat
Soalan: Apa yang terjadi? Kenapa begitu? Sudah pasti kita akan sesak nafas. Ini kerana udara mengandungi gas oksigen yang diperlukan oleh manusia untuk bernafas. Tanpanya untuk hanya beberapa minit sahaja kita akan mati. Bukankah ini merupakan nikmat Allah Taala yang wajib disyukuri?
Alhamdulillah, telah disediakan oleh Allah udara segar buat kita bernafas…
Tarbiyah Made Easy!!
40
2. APAKAH FAEDAH UDARA? i.
Udara mempunyai lapisan atmosfera yang meliputi bumi. Fungsi atmosfera ialah sebagai pelindung yang memelihara keselamatan bumi daripada berjuta meteor dan tahi bintang yang gugur setiap hari. Ketebalan atmosfera bumi ini telah ditentukan oleh Allah Taala agar mampu membakar meteor sebelum jatuh sebagai bencana ke bumi. Lapisan Ozon pula memelihara bumi daripada terkena sinaran UV yang berbahaya.
Gambarajah lapisan atmosfera bumi. Lapisan Ozon berada di Stratosfera, iaitu sekitar 7.16 km daripada paras laut.
Tarbiyah Made Easy!!
41
ii.
Angin (iaitu udara yang bergerak hasil fenomena putaran bumi & pemanasan tidak sekatanya) bertindak sebagai agen pendebungaan bagi tumbuhan. Tanpa proses ini, tumbuhan tidak akan berbuah.
Firman Allah Taala:
^ ] \ [ Z Y X dc ba`_
“Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.” (Al-Hijr 15: 22)
Tarbiyah Made Easy!!
42
iii. Kerana wujudnya aliran dan tekanan udara, burungburung, dan juga kapal terbang dapat terbang dan berpindah dari satu destinasi ke destinasi yang lain
iv. Udara adalah lautan yang kita hidup di dalamnya: • Ia memberi tekanan kepada badan dan mengimbangi tekanan cairan badan, darah dan sebagainya. • Jika tekanan tidak seimbang, urat darah akan pecah dan darah akan terburai. • Tekanan udara yang seimbang membuatkan kita tidak merasa tekanan darah dan udara.
Tarbiyah Made Easy!!
43
v.
Udara (angin) adalah agen pembawa hujan kepada kita secara percuma.
vi. Manusia mendapat manfaat daripada angin untuk melayarkan kapal sejak beberapa kurun yang lalu.
Gambaran Bahtera Admiral Cheng Ho
Firman Allah Taala:
3 2 1 0/ . - , + * ) ( <;:98 765 4 @ ?>=
“Jika Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya bagi setiap orang yang banyak bersabar dan banyak bersyukur, atau kapal-kapal itu dibinasakan-Nya kerana perbuatan mereka atau Dia memberi maaf sebagian besar (dari mereka).” (As-Syura 42: 33 - 34) Tarbiyah Made Easy!!
44
Firman Allah Taala:
3 210/.- ,+* =<;:9 8 7654 IHGFEDC BA@?> ON MLKJ
“Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman. Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini, dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal.” (Al-Jaatsiyah 45: 3-5)
Tarbiyah Made Easy!!
45
Daripada faedah-faedah tersebut, nyatalah kepada kita betapa besarnya hikmah Allah Taala menciptakan udara. Antara hikmah yang dapat kita peroleh ialah: • Allah Yang Maha Mencipta lagi Maha Mengasihani menyediakan udara di setiap tempat di muka bumi. Kita tidak perlu bersusah payah untuk kumpul dan simpan. • Oksigen tak akan habis. Allah Yang Maha Mengasihani menggantikan oksigen secara berterusan dengan perantaraan tumbuhan yang mengambil karbon dioksida dan membebaskan oksigen. • Allah Taala menciptakan buat kita organ penafasan yang tidak pernah berhenti bekerja sejak lahir. Kita telah dikurniakan sistem pernafasan yang bekerja secara automatik, tidak memenat dan tidak pula menyakitkan.
Begitulah tafakur dan tadabbur kita terhadap udara. Semoga dapat menambahkan keimanan dan rasa syukur kita kepada Allah Taala. Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
46
RENUNG & FIKIRKAN 4 “KEDIAMAN & KEDAMAIAN”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. KEDIAMAN & KEDAMAIAN
2. PERKAKAS & PERALATAN RUMAH
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 1: Fasal Kelapan (8) Tarbiyah Made Easy!!
47
1. KEDIAMAN & KEDAMAIAN Firman Allah Taala:
&%$#"!
“Dan Allah menjadikan rumah-rumahmu untuk tempat tinggal mu.” (An-Nahl 16: 80) Sesungguhnya Allah Taala telah mengurniakan begitu banyak kemudahan buat manusia Antaranya ialah kita mampu tinggal di mana sahaja tempat di muka bumi ini dan mendapat kedamaiannya di dalamnya.
Pelbagai jenis rumah mengikut persekitaran Tarbiyah Made Easy!!
48
Rumah adalah: • Tempat tinggal yang menenangkan kita • Tempat yang ditujui ketika letih untuk merehatkan diri • Tempat kita berlindung daripada hujan, panas, sejuk, binatang buas, angin kencang dan sebagainya.
Dengan rahmat Allah Taala dan takdir-Nya, kita dapati rumah adalah tempat tinggal bagi kita dan keluarga, boleh berehat dan berlindung dari segala mara bahaya. Jika Allah mahu, Dia boleh sahaja jadikan rumah kita tempat yang tidak sesuai didiami, malah Dia mampu memusnahkannya dengan gempa bumi, ribut, petir, banjir besar dan sebagainya. Tarbiyah Made Easy!!
49
Allah Taala telah mempermudahkan kita untuk membuat kediaman dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk tujuan tersebut: • Akal untuk berfikir, merancang dan merekacipta. Mata dan telinga untuk belajar dan mengumpul kepakaran. Tangan dan kaki untuk bekerja. • Bahan binaan seperti batu, pasir, pokok, tanah, besi dan lain-lain. Semuanya tunduk dan menyerah kepada manusia untuk dipergunakan dan tidak pernah menentang.
Alhamdulillah, segala keperluan untuk membina kediaman kita telah disediakan & dipermudah oleh Allah.
• Bumi yang sentiasa tetap; Allah Taala menjadikan bukit bukau sebagai pasak yang menghalang bumi daripada menelan atau bergoncang tanpa sebab.
Tarbiyah Made Easy!!
50
• Graviti bumi pula menghalang kita dan apa sahaja di permukaannya daripada tercampak ke angkasa lepas ketika ia berputar pada paksinya. Firman Allah Taala:
mlkj ih
“Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap...” (Al-Mukmin 40: 64)
Tarbiyah Made Easy!!
51
2. PERALATAN & PERKAKAS RUMAH Sebuah rumah hanya dikira sempurna setelah dilengkapi peralatan dan perkakas rumah. Maka, dengan itu Allah Taala telah menyediakan pelbagai bahan mentah untuk tujuan tersebut. • Telah tersedia untuk kegunaan kita bahan-bahan seperti kapas dan bulu-bulu binatang untuk dijadikan pakaian, selimut, sejadah, khemah dan sebagainya. • Kayu kayan juga banyak mudah diperolehi untuk dibuat menjadi kerusi, meja, almari dan sebagainya.
Tarbiyah Made Easy!!
52
Firman Allah Taala:
.-,+ *)(' 5 4 3 21 0 / ; : 9876 “...dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (khemah-khemah) dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawa)nya di waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikanNya pula) dari bulu biri-biri, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu).” (An-Nahl 16: 80) Dengan segala perkakas yang cukup, kediaman yang aman, manusia pun dapat merasa nikmat kurniaan daripada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jika kita hayati bersama nikmat-nikmat dapatlah disimpulkan bahawa Allah Taala itu: i.
tersebut,
Tuhan Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengasihani. Dia menciptakan bumi sebagai tempat tinggal yang tenang, aman dan damai buat kita.
Tarbiyah Made Easy!!
53
ii.
Tuhan Yang Maha Memberi dan Yang Maha Penyayang. Dia menganugerahkan manusia keupayaan berfikir dan mencipta yang luar biasa sehingga mampu membina bangunan mega dan pencakar langit.
iii. Tuhan Yang Maha Memerintah dan Yang Maha Berkuasa. Dia menundukkan isi bumi untuk patuh kepada manusia yang telah dijadikan khalifah-Nya. iv. Allah Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mendalam Pengetahuan-Nya telah mengurus keseimbangan daya putaran bumi dengan tarikan graviti sehingga menjadikan bumi sesuai sebagai tempat tinggal untuk manusia. Firman Allah Taala:
ÌËÊÉ È
Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. (Adz-Dzariyaat 51: 48)
Wallahu a’lam Tarbiyah Made Easy!!
54
RENUNG & FIKIRKAN 5 “TULANG, SENDI & OTOT”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
TAMAT
1. FUNGSI TULANG DALAM BADAN
4. PENCIPTAAN TULANG, SENDI & OTOT
2. HIKMAH KEWUJUDAN SENDI
3. OTOT KITA
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Keenam (6) Tarbiyah Made Easy!!
55
1. FUNGSI TULANG DALAM BADAN Setiap hari, manusia membuat pelbagai pekerjaan menggunakan tubuh badan yang dikurniakan Allah Taala. Pernahkah anda terfikir, betapa hebat dan agungnya penciptaan tubuh ini? Baiklah, mari kita merenung dan berfikir mengenainya! Soalan: Apakah fungsi tulang dalam badan manusia? Allah Taala telah mencipta tulang supaya badan manusia terbentuk (ada rangka) dan mempunyai kekuatan (tidak lembik). Ia ibarat tiang yang menjadi asas kepada sesuatu binaan.
Tanpa tulang, kita hanyalah timbunan daging
Tarbiyah Made Easy!!
56
2. HIKMAH KEWUJUDAN SENDI Soalan: Apakah pula hikmah kewujudan sendi pada rangka badan kita? Sekiranya semua tulang kita bersambungan menjadi satu tanpa bersendi, pastilah kita tidak mampu bangun dari tempat duduk, malah tidak mampu menggerakkan walau sebatang jari. Ketika itu, manusia menjadi seperti sepotong besi. Namun, Allah Yang Maha Bijaksana telah memisahkan tulang belulang manusia dengan sendi-sendi yang dicipta dengan penuh teliti. • Hujung setiap tulang sesuai dan sepadan dengan tulang yang bersambungan dengannya. Tapi, ia tidak pula sepadan dengan tulang di bahagian yang lain. • Sendi kita dibentuk oleh Allah agar sesuai dengan pergerakan yang dikehendaki. Contohnya, sendi pangkal peha yang berhubungan dengan tulang peha dan tulang punggung yang membolehkan peha bergerak dalam pelbagai arah. Sendi lutut pula dibentuk dalam keadaan betis dibenarkan bergerak dalam dua arah sahaja, iaitu ke hadapan dan ke belakang.
Tarbiyah Made Easy!!
57
Sendi yang sepadan dengan bentuk tulang & berfungsi dengan pergerakan berbeza. • Seseorang yang melapah lembu, ketika dia memotong tulang, sejenis cecair melekit akan mengalir keluar daripada sendi. Cecair tersebut berfungsi untuk memudahkan pergerakan tulang pada sendi, seperti minyak gris pada mesin. Minyak gris tidak mampu menghalang sepenuhnya mesin daripada haus dan bergeser, namun cecair dalam sendi kita dapat menghalang geseran atau kehausan pada tulang yang bergerak antara satu sama lain.
Tarbiyah Made Easy!!
58
3. OTOT KITA Soalan: Apakah yang menyebabkan tulang kita bergerak? Penggerak tulang ialah otot-otot yang meliputi dan membalutinya. Setiap tulang telah dibekalkan Allah dengan otot yang sesuai, dan dibentuk mengikut penggunaannya.
Otot-otot inilah yang menyebabkan tulang kita bergerak Tarbiyah Made Easy!!
59
4. PENCIPTAAN TULANG, SENDI & OTOT Setelah melihat kehebatan fungsi tulang, sendi dan otot, maka sedarlah kita mengapa Allah Taala menyuruh kita memerhatikan kehalusan dan keagungan penciptaan makhluk-makhluk-Nya. Firman Allah Taala:
Ê É ÈÇÆ Å Ä ÌË
“Dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian kami menyalutinya dengan daging.” (Al-Baqarah 2: 259) Lebih dari itu, terfikirkah anda bagaimana Allah Taala menjadikan semua tulang belulang, sendi dan otot-otot kita ini hanya daripada setitik air mani?
Tarbiyah Made Easy!!
60
Firman Allah Taala:
mlkji hgfe vu tsrqpon | {zyxw ¦¥ ¤ £ ¢ ¡ } ~ ﮯ «ª©¨§
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penepatan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al-Mukminun 23: 12-14)
Tarbiyah Made Easy!!
61
Akhir sekali, mari kita sama-sama renung dan fikirkan: • Siapakah Yang Menjadikan tulang yang keras dan membentuknya di dalam rahim yang gelap hasil daripada makanan berbentuk cecair yang berada dalam darah ibu? • Siapakah Yang Maha Bijaksana yang menciptakan sendi dan menjadikannya licin serta membekalkan cairan yang melekit bagi menghalang geseran dan kehausan pada tulang akibat pergerakannya? • Siapakah Yang Amat Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Amat Mengetahui yang membaluti tulang dengan daging dan menggerakkan badan dengan begitu sempurna dan bijaksana? • Apakah berhala yang pekak dan tidak berkuasa untuk bergerak sedikitpun bertanggungjawab terhadap semua perkara ini? • Atau adakah kudrat alam (nature) yang tidak memiliki keupayaan mentadbir dan memikir? Sudah pasti tidak! Hanya Allah Taala sahaja yang mampu menciptakan semua ini. Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya! Wallahu a’lam
Tarbiyah Made Easy!!
62
RENUNG & FIKIRKAN 6 “NIKMAT BERGERAK”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. NIKMATNYA BERGERAK
TAMAT
2. FAEDAH NIKMAT BERGERAK
3. ALAT-ALAT YANG MEMBANTU KITA BERGERAK
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Ketujuh (7) Tarbiyah Made Easy!!
63
1. NIKMATNYA BERGERAK Manusia bergerak ke sana ke mari di atas muka muka bumi Allah ini, untuk pelbagai urusan. Namun, jarang sekali kita bersyukur atas nikmat bergerak ini. Mungkin kerana ia sudah dianggap perkara biasa. Cuba kita lihat tumbuh-tumbuhan yang hanya terpacak di suatu tempat dan tidak mampu bergerak dan berjalan. Soalan: Apakah perasaan anda, jika Allah takdirkan kita tidak boleh berjalan dan bergerak ke sana-sini seperti itu?
Syukur kepada Allah kerana kita dapat bergerak dengan bebas, tidak seperti pokok ini…
Tarbiyah Made Easy!!
64
2. FAEDAH NIKMAT BERGERAK Soalan: Apakah faedah nikmat bergerak kepada manusia? • Dengan bergerak, kita dapat mencari rezeki, mengumpul makanan, minuman, pakaian dan membina tempat tinggal. • Dengan bergerak, kita dapat bencana tempat yang berbahaya.
mengelak
daripada
• Dengan bergerak, kita dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan, pelajaran, dan pengalaman yang hanya dapat diperolehi dengan bergerak dan berpindahrandah. • Dengan bergerak, manusia yang berbagai kaum, puak dan bangsa dapat saling berkenalan dan berinteraksi. • Dengan bergerak, kita dapat menikmati pelbagai pemandangan yang indah dan cuaca yang pelbagai. • Dengan bergerak, barulah seseorang dapat mengecapi kehidupan yang sebenar.
Tarbiyah Made Easy!!
65
Oleh itu, Allah Taala telah mencipta tapak kaki untuk kita berjalan, kedua mata untuk melihat dan memandu kita dalam perjalanan, serta menjadikan bumi ini sesuai untuk kita bergerak di atasnya. Firman Allah Taala:
=<;:98 7654 C B A @? >
Dia-lah yang menjadikan bumi bagi kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya). (Al-Mulk 67 : 15)
Berjalan… bermusafirlah melihat keindahan ciptaan Tuhan…
Tarbiyah Made Easy!!
66
3. ALAT-ALAT YANG MEMBANTU KITA BERGERAK Cuba bayangkan jika manusia terpaksa memikul semua barangannya sendiri semasa bermusafir. Bukankah ia sangat sukar dan membebankan? Tetapi, dengan limpahan rahmat Allah Taala, dipermudahkan manusia untuk menggunakan makhluk-Nya yang lebih besar daripada kita seperti unta, kuda, keldai dan himar bagi membantu tugas tersebut.
Kita dapat menunggang binatang tersebut dan membawa barang-barang di atasnya. Binatang-binatang yang dikhususkan ini pula, taat dan tunduk kepada arahan kita. Cubalah kita jinakkan dan latih kucing, anjing atau harimau. Adakah ia akan taat dan patuh untuk membawa barang-barang kita, sedangkan semua binatang ini lebih kecil daripada unta atau keldai?
Tarbiyah Made Easy!!
67
Firman Allah Taala:
)('&%$#"! 0 / . - , +*
Dan binatang-binatang itu pula membawa barangbarang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya. (An-Nahl 16 : 7) Nikmat lain yang Allah kurniakan ialah Dia telah memudahkan kita menggunakan laut dan menjadikannya sesuai untuk kita bergerak, seperti bumi yang dijadikan sesuai untuk kita bergerak di atasnya. Firman Allah Taala:
@? > = < ; :
Dia-lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan). (Yunus 10 : 22)
Tarbiyah Made Easy!!
68
Soalan: Adakah alatan lain yang membantu pergerakan kita? Ya tentu ada. Bukankah Allah Taala telah memudahkan apa yang ada di langit dan bumi untuk kegunaan manusia? Firman Allah Taala:
,+*)(' &%$#"! 6 5 4 3 21 0 / . @? >=< ; : 9 87
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang pertunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang memerangi kebenaran. (Luqman 29 : 20) Allah telah memudahkan urusan kita sebagai khalifah di bumi…
Tarbiyah Made Easy!!
69
Sepertimana Allah Taala telah memudahkan manusia menggunakan binatang, Dia juga memudahkan manusia menggunakan besi, bahan galian dan kuasa wap. Kemudian, kita dilengkapi akal supaya dapat berfikir bagaimana menggunakan segala kurniaan-Nya ini. • Dengan itu, manusia mampu menggunakan kuasa wap untuk menggerakkan kapal dan keretapi yang laju.
• Kemudian, manusia menemui gas dan petroleum yang disimpan oleh Allah Taala dengan jumlah yang besar di dalam perut bumi. Lalu, manusia mencipta kereta dan kapal terbang dengan kehendak-Nya.
• Dan hari ini pula, manusia telahpun mencipta roket dan kapal angkasa.
Tarbiyah Made Easy!!
70
Sebenarnya, Al-Quran telah mengisyaratkan tentang kemunculan alat-alat kenderaan baru ini yang tidak diketahui di zaman Rasulullah SAW. Firman Allah Taala:
8 7 65 4 3 2 1 ;:9
Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Dia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (An-Nahl 16 : 8)
*)('&%$#"! 0/.-,+
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar dari jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat. Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. (Yaasin 36 : 41-42) Apabila Allah menghendaki sesuatu, Dia akan mencipta sebabnya. Maka, dijadikan akal dan kemajuan teknologi sebagai sebab kemunculan alat pengangkutan baru seperti yang dikhabarkan oleh Al-Quran. Tarbiyah Made Easy!!
71
Rasulullah SAW telah menceritakan bahawa pelusuk bumi akan menjadi dekat antara satu sama lain pada masa akan datang, iaitu selepas zaman Baginda. Baginda bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat hinggalah masa berlalu dengan cepat dan bumi menjadi dekat antara satu tempat dengan tempat lain.” (Riwayat at-Thabrani) Maka, hari ini lihatlah pelbagai kenderaan yang bergerak cepat dan digunakan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Ia telah menjadikan seluruh pelusuk bumi ini berada dekat antara satu sama lain. Subahanallah! Wallahu a’lam.
Tarbiyah Made Easy!!
72
RENUNG & FIKIRKAN 7 “LAMPU YANG TERANG BENDERANG” TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. LAMPU YANG TERANG BENDERANG
TAMAT
2. MATAHARI & FUNGSINYA
3. MATAHARI YANG MEMBAKAR
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 2: Fasal Kesembilan (9) Tarbiyah Made Easy!!
73
1. LAMPU YANG TERANG BENDERANG Setelah malam berlalu, suasana yang tadinya gelap kian beransur cerah dan terang. Kelihatan sebuah lampu yang terang benderang di langit sana, menyinari bumi ini. Itulah matahari! Ia dinyalakan dan digerakkan dengan kebijaksaaan Allah Taala sejak awal penciptaan bumi ini lagi. Matahari kekal seperti ini mengikuti ketentuan Allah, sinarannya tidak habis dan cahayanya tidak padam. Firman Allah Taala:
KJ IH
Serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang benderang). (Nuh 71: 16)
onmlkj ihg rqp
Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya lampu (matahari) serta bulan yang menerangi. (Al-Furqan 25: 61) Tarbiyah Made Easy!!
74
2. MATAHARI & FUNGSINYA Soalan: Apakah itu matahari?
• Matahari merupakan sebiji bintang di tengah-tengah sistem suria kita. Ia mempunyai diameter sekitar 1,391,400 km dengan suhu permukaan 5500 °C dan suhu terasnya 15 juta °C. • Saiz matahari adalah 109 kali ganda lebih besar daripada bumi – diameter bumi adalah 12,756 km. Namun, kita melihatnya kecil kerana jarak yang amat jauh, iaitu lebih 149,680,000 km dari bumi. • Cahaya daripada matahari mengambil masa 8 minit untuk tiba ke bumi, dan jika dilihat secara terus cahaya terang ini boleh menyebabkan kerosakan mata yang kekal.
Tarbiyah Made Easy!!
75
Soalan: Apakah fungsi matahari? Tahukah anda bahawa matahari memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan kita? • Cahaya matahari membolehkan kita melihat dan bebas bergerak di bumi. • Sinaran matahari memanaskan permukaan bumi sehingga lenyaplah kesejukan melampau yang mampu membunuh kehidupan di bumi. • Sinaran matahari diperlukan dalam proses fotosintesis, iaitu proses pembuatan makanan oleh tumbuhan hijau. Sehingga manusia dan haiwan dapat menikmati makanan daripada tumbuh-tumbuhan tersebut. Proses ini juga amat penting, kerana ia menukar gas karbon dioksida kepada gas oksigen. Jadi, ternyata sinaran matahari berperanan aktif dalam mengatur keseimbangan sistem penafasan manusia dan haiwan.
Tarbiyah Made Easy!!
76
• Semasa proses fotosintesis, berlaku tindakbalas biokimia yang dibantu oleh klorofil - bintik hijau pada tumbuhan. Bahan kimia yang terhasil kemudiannya disimpan dalam daun, batang atau akar pokok.
Jika kita membakar bahagian-bahagian pokok tersebut, ‘kepanasan matahari’ yang tersimpan itu akan keluar.
Tarbiyah Made Easy!!
77
Apabila pokok-pokok ini tertimbus oleh lapisan tanah dan bebatuan dalam masa yang lama, akan berlaku proses yang menghasilkan arang batu atau petroleum. Semua bahan api yang kita gunakan hari ini dihasilkan daripada bahan tersebut.
Proses kejadian Arang Batu daripada tumbuhan Maka, benarlah firman Allah Taala:
§ ¦¥¤ £ ¢ ¡}~ﮯ ©¨
Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohonpohon itu. (Yaasin 36: 80)
Tarbiyah Made Easy!!
78
3. MATAHARI YANG MEMBAKAR Soalan: Apa akan terjadi jika bumi berada dekat atau lebih jauh dengan matahari? Dengan suhu yang teramat panas itu, jika bumi mendekati separuh jarak antaranya dengan matahari sahaja, semua benda yang ada di permukaannya akan hangus terbakar. Sebaliknya, jika bumi berada jauh daripada matahari sebanyak separuh jarak antara kedua-duanya sekarang, kita dan semua kehidupan akan menjadi beku.
Syukurlah Allah Yang Maha Tinggi Kekuasaan-Nya telah menetapkan peraturan bagi alam ini. Dia telah menentukan peredaran matahari dengan ketentuan yang tetap dan sistem yang sempurna; tidak tercepat atau terlambat, tidak terlepas atau terhenti daripada mengikut perintah-Nya. Tarbiyah Made Easy!!
79
Firman Allah Taala:
Ñ Ð Ï ÎÍ ÌË Ê É ÓÒ
Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
* ) ( ' &% $ # " ! 2 1 0 / . -, +
Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim 14: 33-34) Subhanallah, betapa agungnya penciptaan matahari. Dan semua nikmat ini diberikan secara percuma kepada kita. Ini membuktikan bahawa ia adalah ciptaan Tuhan Yang Maha Mencipta, Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana, Maha Tinggi, Yang Maha Membuat, Yang Amat Mendalam Pengetahuan-Nya, Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. Wallahu a’lam. Tarbiyah Made Easy!!
80
RENUNG & FIKIRKAN 8 “SISTEM SURIA KITA”
TOPIK PERBAHASAN
MULA
1. SISTEM SURIA KITA
TAMAT
2. GALAKSI
3. PEREDARAN & ORBIT
*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani; Jilid 3: Fasal Kelima (5) Tarbiyah Made Easy!!
81
1. SISTEM SURIA KITA Pandanglah ke langit di malam hari, maka akan kelihatan jutaan bintang yang berkerlipan di angkasa raya. Bintang-bintang itu memang tampak kecil, namun tahukah anda bahawa setiap satunya mewakili sebuah sistem suria? Soalan: Apakah itu Sistem Suria?
Sistem suria kita terdiri daripada matahari dan planetplanet yang mengelilinginya seperti Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh dan seumpamanya. Semua planet tersebut berputar dan beredar pada paksi dan orbit yang ditentukan. Ia tidak condong dan gelincir dari paksinya. Ia bergerak dengan kelajuan yang ditetapkan dan tersusun rapi tanpa tercepat atau terlambat walau sesaat. Tarbiyah Made Easy!!
82
Soalan: Planet-planet ini sentiasa bergerak, tapi kenapa ia tidak saling berlanggar? • Pencipta planet-planet ini ialah Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui dan Amat Mendalam Pengetahuan-Nya. Dia telah mengadakan sebuah sistem yang tepat untuk mengekalkan perjalanan alam dan sistem suria ini. • Ketika Allah Taala menciptakan planet, Dia juga telah menetapkan sistemnya. Dia menciptakan setiap planet dengan saiz dan berat tertentu, daripada bahan terpilih, dan diletakkan di atas orbit yang betul dan paksi yang sesuai dengan saiz dan beratnya. • Allah Taala juga menggerakkanya dengan kelajuan tertentu bersesuaian dengan paksi serta jaraknya daripada matahari dan planet lain. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa ia tidak dicipta dengan membuta tuli, sebaliknya dengan teratur dan mempunyai sistem yang tersendiri. Berdasarkan sistem ini, ahli astronomi mampu mengesan kedudukan Pluto sebelum ia dilihat menggunakan teleskop lagi. Mereka dapat menentukan kedudukan, kelajuan, arah dan saiznya dengan tepat. Tarbiyah Made Easy!!
83
• Sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam sistem orbit yang unik ini, maka sistem suria akan rosak dan akan berlakulah pelanggaran antara planet dan mengakibatkan kehancuran alam semesta. Firman Allah Taala:
^ ]\[Z
Dan langit dijadikan (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (Ar-Rahman 55: 7)
¢¡{|}~ ﮯz ¥¤£
Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi serta segala yang diciptakan Allah? (Al-A’raf 7: 185)
Tarbiyah Made Easy!!
84
2. GALAKSI Soalan: Apakah itu Galaksi? Galaksi ialah gugusan bintang yang amat besar. Bintang pula adalah jisim bercahaya yang biasanya kelihatan pada waktu malam. Berbanding matahari, ada bintang yang lebih kecil dan ada juga yang lebih besar, hingga sebanyak 100 juta kali ganda. Contohnya ialah bintang yang dipanggil Gemini. Matahari adalah salah sebuah bintang dalam gugusan bintang besar. Gugusan ini membentuk lingkaran besar yang bersambungan menjadi galaksi. Ahli astronomi percaya bahawa dalam galaksi kita – Milky Way sahaja terdapat lebih 100 bilion bintang. Jika kita mampu mengira bintang ini sebanyak 100 seminit, maka diperlukan 2000 tahun – siang dan malam - untuk selesaikan kiraan tersebut. Galaksi Milky Way Tarbiyah Made Easy!!
85
Soalan: Apakah terdapat galaksi selain Milky Way? Ya, terdapat banyak galaksi lain. Bilangannya mencecah lebih satu billion galaksi. Ahli astronomi juga sentiasa menemui galaksi baru setiap masa dan setiap kali berkembangnya kemajuan sains. Malah, ada juga galaksi yang baru terbentuk.
Gambaran sebahagian daripada galaksi di alam semesta ini Firman Allah Taala:
X WV UTSRQP \ [ZY
Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka, bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasnya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? (Qaf 50: 6) Tarbiyah Made Easy!!
86
3. PEREDARAN & ORBIT Dalam gugusan bintang di galaksi kita, terdapat bintang yang berpasangan iaitu dua buah bintang yang beredar seiringan mengelilingi antara satu sama lain. Jadi, kadang-kala titik yang dilihat bercahaya di langit merupakan gugusan empat atau enam buah bintang yang mengelilingi antara satu sama lain. Ahli astronomi mendapati terdapat lebih 17 000 bintang yang berpasangan. Semuanya berputar pada paksinya, namun tidak berlanggar antara satu sama lain dan tidak tergelincir dari orbitnya. Semuanya berputar pada paksinya yang tetap.
Terdapat banyak bintang yang berpasangan di galaksi kita dan alam semesta ini
Tarbiyah Made Easy!!
87
Firman Allah Taala:
ÖÕÔÓÒ
Kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (Yaasin 36: 40) Soalan: Berapakah jarak di antara bumi dengan bintangbintang lain? Jaraknya adalah terlalu jauh dan tidak dapat diukur dengan ukuran kilometer, sebaliknya dikira dalam ukuran tahun cahaya. Satu tahun cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun. Jarak yang dilalui : 300,000 km cahaya sesaat Jarak yang dilalui : 9,460,730,472,580.8 km cahaya setahun (9.46 trillion) Jarak antara bumi : 149,680,000 km dengan matahari Masa sinaran matahari : 8.3 minit untuk tiba ke bumi Kiraan 1 tahun cahaya
Tarbiyah Made Easy!!
88
Bintang paling dekat : Centaurus dengan sistem suria kita (4.25 tahun cahaya) Bintang paling terang di : Dog Star / Sirius langit (9 tahun cahaya) Bintang Capricon : 465 tahun cahaya Lebar Galaksi Milky Way 100,000 tahun cahaya Jauh Galaksi Milky Way 1 billion tahun cahaya dalam gugusan bintang Cahaya paling jauh yang 6 billion tahun cahaya dapat dicerap masa ini Subhanallah, begitu luas alam semesta ciptaan Allah ini. Namun demikian, sedarkah anda bahawa semua bintang di ruang angkasa raya ini masih berada di dalam langit dunia? Firman Allah Taala:
`_ ^ ] \ [ Z Y X e d cba
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan. (Al-Mulk 67: 5) Tarbiyah Made Easy!!
89
Õ ÔÓÒ ÑÐ ÏÎ Ø×Ö
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian dari AlQuran, Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya. (Al-Waqi’ah 56: 75-76) Mari kita renungi bersama. • Bukan mudah untuk melancarkan sebuah satelit buatan manusia dan meletakkannya di orbitnya. Ia memerlukan kemajuan dalam sains teknologi, serta kerjasama antara pelbagai golongan ilmuan, pakar dan kemampuan. • Kemudian, kita lihat pula jutaan planet, bintang dan galaksi yang masing-masing beredar di orbit yang tersusun, yang mempunyai kelajuan, saiz dan berat yang telah ditentukan secara rapi. • Siapakah yang layaknya mempunyai kekuasaan sedemikian rupa untuk mencipta, mengatur dan menetapkan peraturan sistem yang amat agung ini? • Logikkah semua ini terjadi secara kebetulan? Logikkah ia dicipta oleh patung berhala?
Tarbiyah Made Easy!!
90
Maka, bersaksilah bahawa hanya Allah Taala Yang Maha Kuat, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Perkasa, Yang Amat Mengetahui, Yang Maha Mendalam Pengetahuan-Nya dan Yang Maha Menjaga sahaja yang mampu mengadakan semua ini. Maha Suci Allah dari apa yang orang-orang kafir dustakan. Firman Allah Taala:
¿¾½ ¼»º¹¸ ÅÄ Ã Â Á À ÊÉÈÇÆ
Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepada-Nya, sedang bumi seluruhnya – pada hari Kiamat – dalam genggaman kuasa-Nya, dan langit tergulung dengan kekuasaan-Nya. Maha Sucilah Dia dan Tertinggi keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan. (Az-Zumar 39: 67) Wallahu a’lam.
Tarbiyah Made Easy!!
91
PENUTUP Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kita bertafakur dan mentaddabur penciptaan alam ini, begitu banyak sifatsifat Allah Taala yang telah kita ketahui. Soalan: Apakah faedahnya mengetahui sebahagian sifat-sifat Allah ini? Dengan mengetahui sesuatu sifat, kita akan kenal pemilik sifat itu. Maka, dengan mengetahui sifat-sifat Allah Taala ini, kita akan semakin yakin bahawa hanya Tuhan sahaja yang mampu miliki sifat-sifat tersebut. Ini menolak pandangan yang menganggap segalanya berlaku disebabkan kudrat alam (nature). Kerana, setelah kita bertafakur mengenai penciptaan diri kita, bumi dan alam semesta ini, kita dapat simpulkan bahawa kudrat alam atau patung berhala itu: i. Tidak mampu mencipta. ii. Tidak mampu mengurus rezeki. iii. Tidak mempunyai hikmah. iv. Tidak mempunyai kepakaran. v. Tidak mempunyai ilmu dan kebijaksanaan. vi. Tidak mempunyai rahmat dan kemurahan. vii. Tidak mempunyai petunjuk. viii. Tidak mempunyai kehidupan untuk diberikan kepada yang lain.
Tarbiyah Made Easy!!
92
ix. Tidak mempunyai keupayaan untuk membentuk rupa yang cantik. x. Tidak mampu mendengar dan mengabulkan pemintaan. xi. Tidak mengasihani dan sebagainya lagi… Oleh demikian, benarlah hanya Allah Taala itulah Tuhan sekalian alam ini. Semuanya, kita dapati daripada bertafakur dan mentadabbur mengenai penciptaan makhluk dan alam ini. Subhanallah!! Maha Suci Allah daripada apa yang orang kafir sekutukan!
Tarbiyah Made Easy!!
93
SEKIAN Nantikan siri ketiga ebook ini yang bakal membicarakan perihal Iman kepada Rasul, peranan mereka & bukti-bukti kerasulan yang tidak tertanding. Terima kasih. EbookTarbiyah.Com “Tarbiyah Made Easy!!”
Tarbiyah Made Easy!!
94
AKAD PEMBELIAN 1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK. 2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN: RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505 (AZRAAI BIN AHMAD)
[email protected] Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com 3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA. 4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH. 5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI. SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. Tarbiyah Made Easy!!
95
Tarbiyah Made Easy!!
96