Pendidikan Khas
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Strategi untuk Mengembangkan Kanak-kanak
Kemahiran Berkomunikasi
Berkeperluan Khas
Mohd Zuri Ghani Aznan Che Ahmad
Pendahuluan Murid dengan keperluan khas berbeza daripada murid normal dari segi kebolehan mental, keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial, keupayaan emosi, dan keupa~aan berkomunikasi. Ketidakupayaan berkomunikasi secara tidak langsung menghalang kejayaan pembelajaran dan sosialisasi. Justeru, domain yang sangat penting kepada kanak-kanak adalah komunikasi dan bahasa kerana dengan komunikasi setiap individu dapat menjalinkan persefahaman, keseronokan, perubahan sikap, perhubungan baik dan tindakan dengan orang lain. Secara tidak langsung, komunikasi dapat meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak itu. Makalah ini membincangkan jenis-jenis komunikasi, halangan dan gangguan dalam komunikasi, masalah perkembangan dalam komunikasi, cara untuk memperkembang komunikasi dan strategi untuk mengembangkan kemahiran berkomunikasi.
Definisi Komunikasi ialah suatu proses yang membabitkan penyampai dan penerima maklumat dan menghasilkan kesan. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2002), berkomunikasi ialah proses guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya. Komunikasi dapat dirumuskan sebagai pertukaran maklumat dan idea antara penyampai dengan penerima. Komunikasi berkesan dapat merangsang satu tindak balas dan pad a masa yang sarna mampu menghasilkan perubahan tindak balas yang diharapkan. Berikut adalah proses komunikasi berkesan yang dapat digambarkan dalam bentuk rajah.
Penghantaran mesej (enkod)
Menyatakan mesej
Penerima mesej
(express message)
(dekod-menterjemah)
Rajah I: Proses Komunikasi Berkesan
5
Pendidikan Khas
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Jenis-Jenis Komunikasi Terdapat dua jenis komunikasi yang digunakan, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
J.
Komunikasi Lisan Komunikasi lisan ialah proses mendengar mesej yang disampaikan oleh orang lain secara lisan. Komunikasi ini melibatkan dua individu atau lebih secara bersemuka dikenali sebagai komunikasi dua hala, iaitu proses menyampai dan menerima maklumat.
2.
Komunikasi bukan lisan Komunikasi bukan lisan ialah isyarat tanpa lisan dengan menggunakan mimik muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan dan Komunikasi ini boleh digunakan sebagai:
nada suara, sebagainya.
a.
pelengkap kepada komunikasi lisan atau tulisan.
b.
isyarat tanpa lisan seperti air muka, nada suara lebih menggambarkan individu dan lazirnnya menunjukkan perasaan yang sebenar.
c.
komunikasi lisan lebih berkesan jika diiringini oleh komunikasi tanpa lisan.
emosi
Gangguan dalam Komunikasi Dalam perkembangan komunikasi terdapat beberapa gangguan yang menghalang komunikasi yang berkesan. Gangguan-gangguan yang dimaksudkan ialah:
J.
terjadinya
Kebisingan Kelas yang bising secara tidak langsung akan mengganggu komunikasi yang berkesan. Akibatnya, murid-murid mungkin sukar mengikuti proses pengajaran dengan berkesan dan seterusnya memahami kemah iran yang disampaikan oleh guru.
2.
Anggapan umum terhadap guru Sekiranya murid-murid berpendapat bahawa seseorang guru itu adalah baru atau kurang berpengalaman, maka mereka mungkin tidak akan memberikan tumpuan yang teliti. Oleh hal yang demikian, komunikasi berkesan tidak mungkin berlaku.
3. Emosi guru atau murid Emosi guru atau murid yang kurang stabil akan menjejaskan penumpuan. Tumpuan yang kurang teliti akan menjejaskan komunikasi antara guru dengan murid. 4. Kekurangan tumpuan Sekiranya murid-murid kurang memberikan komunikasi berkesan tetap akan terjejas,
6
perhatian terhadap penerangan
guru maka
Pendidikan Khas
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
5. Pemikiran tertutup Guru dan murid yang mempunyai pemikiran tertutup akan menjejaskan komunikasi. Sebagai contoh, murid-murid yang tidak gemar akan sesuatu topik mungkin enggan mendengar penjelasan guru. Sebaliknya guru yang tidak bersedia menerima pendapat murid sebenamya tidak menggalakkan komunikasi terbuka. 6. Melabel murid Melabel murid dengan pelbagai nama seperti 'si malas', 'bodoh', 'kaki ponteng' dan sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi. Murid-rnurid akan berasa lebih selamatjika mereka tidak bercakap. 7. Ancaman Guru yang mengancam murid-rnurid dengan memberikan berbagai-bagai amaran jika satu-satu tugasan tidak disiapkan. Ancaman seperti ini tidak menggalakkan komunikasi terbuka. 8. Mimik muka Mimik muka yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid-rnurid untuk menyoal atau memberikan jawapan. Oleh hal yang demikian, guru yang sentiasa berrnasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik. 9. Penyampaian Guru yang hanya menyampaikan maklumat dan tidak gemar jika murid-rnurid mengemukakan soalan merupakan komunikasi sehala. Komunikasi jenis ini akan menghalang interaksi antara guru dengan murid. Penggunaan bahasa yang sukar difahami oleh rnurid-murid serta contoh-contoh yang hanya dipetik daripada buku teks adakalanya kurang sesuai. Guru yang bertutur dengan kadar yang laju juga akan menyebabkan muridmuridnya sukar mengikuti pengajaran.
Masalah Perkembangan
Komunikasi
Kanak-kanak berrnasalah pembelajaran biasanya menghadapi empat masalah yang besar dalam komunikasi iaitu input, integrasi, mengingat dan output. Mereka yang menghadapi masalah input tergolong dalam kalangan kanak-kanak yang menghadapi aphasia iaitu sukar memahami bahasa, kesukaran mendiskriminasikan pendengaran atau sukar membezakan bunyi yang sarna ataupun berbeza, disleksia atau kesukaran membaca. Kanak-kanak ini nampak huruf dan nombor dalam keadaan terbalik dan diskalkulia iaitu kesukaran memperoleh konsep matematik. Masalah integrasi pula digolongkan bagi kanak-kanak dyssemia iaitu kesukaran menterjemah lawak, suara, gerak badan yang dilihat, masalah penaakulan atau kesukaran dalam berfikir secara logik, turutan dan berfikir secara kritikal dan masalah ruang iaitu kesukaran melihat dan memahami dimensi.
7
Pendidikan Khas
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Masalah mengingat pula digolongkan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah kesukaran mengingat jangka masa pendek dan panjang. Mereka menghadapi kesukaran mengingat maklumat dan menghafal, manakala kanak-kanak apraxia iaitu kesukaran mengingat pergerakan otot. Masalah output pula ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah dysgraphia iaitu kesukaran menulis dan dysnomia atau kesukaran mengeluarkan pendapat. Kesemua masalah di atas menjurus kepada masalah komunikasi. Strategi komunikasi berkesan murid-rnurid memerlukan bentuk komunikasi yang baik dan jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ketidaktentuan sewaktu berkomunikasi sekali gus mewujudkan ketidakberkesanan dalam hubungan sosial. Guru perlu mengambil kira dalam komunikasi, setiap mesej yang hendak disampaikan memerlukan tindakan yang sesuai dengan kehendak murid.
Corak Komunikasi
yang Berkesan
Bagi mempertingkatkan perkembangan komunikasi kanak-kanak berkeperluan komunikasi corak berikut dapat diwujudkan di dalam kelas bermasalah pembelajaran: I.
khas,
Komunikasi antara perseorangan Komunikasi an tara perseorangan melibatkan dua orang yang berinteraksi secara bersemuka seperti guru dengan murid. Keunikan komunikasi ini terletak pada tahap kemesraan yang wujud dan penglibatan bermakna antara dua pihak yang berinteraksi. Antara ciri-ciri komunikasi jenis ini ialah kedua-dua pihak berinteraksi secara dekat, kedua-dua pihak memberikan maklumat dan menerima maklumat dalam bentuk lisan dan bukan lisan.
2.
Komunikasi dalam kumpulan kecil Komunikasi kumpulan kecil bermaksud himpunan individu yang berinteraksi antara satu dengan yang lain secara langsung ataupun tidak langsung. Komunikasi kumpulan kecil melibatkan tiga ataupun lebih anggota sesuatu kumpulan bertukar-tukar pendapat di dalam kelas.
3. Komunikasi umum Komunikasi umum melibatkan kumpulan besar terutama dalam satu-satu perhimpunan kecil di dalam kelas ataupun kumpulan besar. Guru perlu berkemampuan menarik perhatian pelajar dengan nada suara yang menarik, bijak menyusun kata, tegas dan mempengaruhi. 4. Komunikasi massa Komunikasi massa ban yak melibatkan penggunaan alat-alat komunikasi televisyen, radio, internet, akhbar, majalah dan lain-lain di dalam bilik darjah.
8
seperti
Pendidikan Khas
DP. )i/id 8, Bil. 2/2008
5. Komunikasi bercirikan kekeluargaan Komunikasi bercirikan kekeluargaan juga dapat dilakukan di dalam bilik darjah, Satu model dikenal pasti dalam struktur komunikasi jenis ini iaitu: a.
Corak sosio Dalam struktur menjauhi sesuatu menjauhkan diri Semuanya adalah
b.
ini murid-murid digalakkan beralah dalam sesuatu pertikaian, yang boleh menimbulkan kontroversi, menahan rasa marah dan mereka daripada sesuatu yang dapat menimbulkan kesusahan. untuk mewujudkan hubungan yang harrnoni.
Corak konseptual Struktur ini menggalakkan murid-murid melahirkan idea mereka dan mencabar pendapat orang lain. Mereka didedahkan kepada isu-isu yang kontroversi dan melibatkan diri dalam membincangkan isu seumpama itu dengan guru. Dalam konteks ini, guru bebas menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang diperlukan. Para guru perlu meletakkan diri sebagai penghibur dan penyampai. Diperrnudah, sekiranya guru itu pandai bersajak, mereka mesti bersajak, guru yang pandai bersyair, mereka mesti bersyair, guru yang pandai bercerita, mereka mesti bercerita dan guru yang pandai berjenaka, mereka mesti berjenaka.
6.
Teknik komunikasi di dalam bilik darjah a.
Bilik darjah jenis acuh tak acuh Komunikasi berlaku secara be bas dan tidak menekankan mana-mana corak ataupun jenis hubungan. Murid dilarang daripada mencabar pendapat guru dan tidak didedahkan kepada maklumat-maklumat berkaitan dengan penyataan idea-idea secara bebas.
b.
Bilik darjah jenis perlindungan Mengutamakan komunikasi bercorak sosio iaitu dengan menggalakkan murid-murid menyesuaikan diri dan berkawan baik dengan orang lain serta menjauhkan diri daripada sebarang idea yang kontroversi dan bercanggah.
c.
Bilik darjah kepelbagaian Murid-murid digalakkan mencari idea-idea baru dan kerap didedahkan kepada bahanbahan yang kontroversi. Hal ini membantu murid membuat keputusan sendiri tanpa bimbang berlakunya sebarang percanggahan pendapat.
d.
Bilik darjah jenis kesetujuan Menekankan murid-murid
kedua-dua corak komunikasi (kepelbagaian & perlindungan). Ketika terdedah kepada isu-isu kontroversi, mereka dikehendaki membentuk
9
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Pendidikan Khas
konsep yang dipadu dengan bentuk komunikasi sosio tetapi dilarang pendapat guru supaya tidak menjejaskan hubungan guru-murid. Strategi untuk Memperkembang
Kemahiran
melawan
Komunikasi
Komunikasi yang berkualiti ialah hasil daripada interaksi yang berkesan antara guru dengan murid. Komunikasi yang baik dapat mendorong ke arah kecemerlangan dalam proses pembelajaran. Antara strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru bagi meningkatkan perkembangan komunikasi murid adalah seperti yang berikut:
I.
Penggunaan bahasa yang baik dan mudah difahami Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka. Kanakkanak yang lewat bercakap berkemungkinan berpunca daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia keci!. Akibatnya, kanak-kanak ini akan belajar berbahasa dengan rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui programprogram TV. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemah iran berbahasa malah akan menyebabkan berlakunya kurang keyakinan diri apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Penggunaan bahasa yang mudah difahami perlu diberi penekanan bagi menjamin kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan apabila guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid.
2.
Menggalakkan pelajar memberikan idea atau pandangan Pelajar perlu diberi peluang mengemukakan idea mereka ketika proses pembelajaran. Idea atau pandangan murid yang diterima oleh guru memberikan kepuasan dan perasaan ingin terus mencuba dalam kalangan murid. Hal ini, secara tidak langsung akan berjaya memupuk sikap berani untuk berkomunikasi dan meningkatkan kebolehan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru. Guru juga tidak digalakkan untuk membuat penilaian terlalu awal sebelum mendengar dan meneliti pendapat atau idea pelajar. Tunjukkan penghorrnatan dan kasih sayang dengan bercakap secara lemah lembut, memberi jawapan apabila ditanya.
3.
Arahan yangjelas
danjitu
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan efektif apabila sesuatu arahan yang diberikan jelas dan jitu, supaya pelajar dapat memahami dan melakukan aktiviti yang dikehendaki dengan tepat dan berkesan. Penyampaian arahan hendaklah secara khusus dan teguran diberi serta merta. 4.
Memberikan rangsangan yang sesuai a.
Berrnain perrnainan yang mendidik
10
Pendidikan Khas
OP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Ibu bapa yang penyayang sering membelikan pelbagai jenis permainan kepada anakanak mereka. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka. Biasanya, pistol dan senapang dibeli kepada anak lelaki, manakala anak patung dihadiahkan kepada anak perempuan. Jarang sekali ibu bapa membeli permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata dan tangan anak-anak mereka. Kemahiran koordinasi mata-tangan dan memberi tumpuan, sangat berguna untuk membantu kanak-kanak belajar membaca. b.
Mewujudkan budaya membaca di rumah Budaya membaca di rumah dapat merangsang minat membaca dalam kalangan anakanak. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran. Idea mewujudkan perpustakaan mini di rumah adalah satu idea yang amat baik. Selain membaca surat khabar, majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai perkara-perkara yang menarik. Hal ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui perkara yang berlaku dan secara tidak langsung dapat membantu menimbulkan perasaan ingin membaca mengenai gambar atau tajuk berita.
5.
Suasana dan iklim bilik darjah Guru menjadi penganjur dan pelopor kepada murid-murid dalam meningkatkan strategi komunikasi yang berkesan. Bilik darjah yang diuruskan dengan cekap akan menyediakan peluang maksimun untuk proses pengajaran dan komunikasi. Antara modifikasi fizikal yang boleh dilakukan dalam meningkatkan komunikasi ialah dengan melakukan pengubahsuaian seperti penyusunan meja dan kerusi secara berkumpulan untuk memupuk kemahiran berkomunikasi antara rakan-rakan.
Teknik Komunikasi
1.
Berkesan
Bercerita Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat membaca. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita. Aktiviti bercerita hendaklah dimulakan dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik grafiknya. Sambil bercerita, pastikan jari menunjuk kepada tulisan yang dibaca. Melalui aktiviti bercerita, minat untuk membaca akan dapat dipupuk. Oleh hal demikian, tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang minat membacanya dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia tiga tahun.
2.
Melukis sebagai medium komunikasi
11
Pendidikan Khas
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan pendapat mereka. Guru juga boleh meminta murid bercerita berdasarkan lukisan telah mereka hasilkan. Cara ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid itu untuk meluahkan perasaan. 3.
Main peranan Main peranan bermaksud melakonkan situasi atau penstrwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.. Melalui main peranan, murid dapat meningkatkan lagi kemahiran komunikasi mereka.
4.
Terapi Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007), terapi bermaksud rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat dan pembedahan. Terapi boleh digunakan bagi meningkatkan perkembangan komunikasi kanak-kanak. Sebagai contoh, terapi muzik. Muzik merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh kanak-kanak. Justeru, melalui muzik dan nyanyian, kanak-kanak mampu membentuk komunikasi. Di samping itu juga terapi pertuturan juga boleh digunakan dalam meningkatkan kemah iran berkomunikasi kanak-kanak itu.
5.
Penggunaan teknologi
acr,
Sofwer permainan seperti Main Leader dan Predictive, Adaptive and Lexicon (PAL) mampu membantu kanak-kanak bermasalah komunikasi. Sofwer-sofwer permainan ini dapat membaiki tahap bacaan dan penulisan kanak-kanak. Kemudahan spell checker yang ada boleh membantu kanak-kanak bermasalah komunikasi untuk menulis dengan cara betul manakala kuiz dan ujian silang kata boleh mengayakan perbendaharaan kata kanak-kanak berkenaan.
Cadangan untuk Membantu Anak Bercakap Terdapat beberapa cadangan untuk ibu bapa, penjaga serta guru untuk membantu kanak-kanak bercakap. 1.
Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.
2.
Apabila bercakap dengan anak-anak, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas.
3.
Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan atau ayat.
4.
Selalu bacakan buku atau bercerita kepada anak.
12
dari usia
sesuatu maksud perkataan
Pendidikan Khas
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
5.
Dedahkan anak kepada interaksi so sial sebanyak mungkin.
6.
Banyakkan aktiviti seharian seperti mengemukakan memperkenalkan perkataan-perkataan baru dan berbual.
7.
Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh anak mereka .. Jika perkara yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak
8.
Wujudkan aktiviti menyanyi bersama anak.
soalan,
memberi
arahan,
Kesimpulan Untuk mengelakkan berlakunya masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan tahap pertuturan yang digunakan oleh mereka adalah bersesuaian dengan umur anak mereka. Peluang untuk mereka mendengar bahasa dan menggunakannya perlulah mencakupi persekitaran mereka. Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak seimbang dengan kebolehan kanak-kanak, mereka akan memberikan kesan yang negatif kepada pertuturan kanak-kanak berkenaan. Penggunaan bahasa adalah untuk keperluan intelek setiap kanak-kanak. Perkembangan intelek dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Seandainya kanak-kanak lambat bercakap, pembelajaran mereka pada mas a depan juga akan akan terjejas. Persekitaran yang penuh dengan stimulasi perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa mereka yang optimum.
Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Kemahiran PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
interpersonal
untuk
guru. Pahang:
Safani Bari, Mohd Mokhtar Tahar, & Adullah Yusof. (2006). Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
13