TASAWWUR KEPIMPINAN ISLAM
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus* Abstrak Kekaburan tentang tasawwur kepimpinan Islam adalah sesuatu yang amat malang terutamanya kepada masyarakat Islam. Ini adalah kerana sistem pemerintahan tersebut telah berjaya melahirkan masyarakat yang cemerlang dan kecemerlangannya telah diakui oleh para sarjana termasuklah para sarjana Barat sendiri. Kejayaan tersebut telah direalisasikan oleh baginda Nabi Muhammad SAW apabila terbentuknya negara Madinah. Setelah itu corak pemerintahan tersebut telah diimplimentasikan oleh para Khulafa alRashidin, para pemerintah zaman Umaiyah dan zaman Abbasiah. Namun begitu, sistem ini telah runtuh di tangan orang Islam sendiri apabila Kamal Atartuk tidak lagi menerimapakai sistem pemerintahan Khalifah di negara Turki. Bermula dari detik tersebut umat Islam mula tertanyatanya apakah bentuk kepimpinan yang diasaskan oleh Islam yang diistilah sebagai kepimpinan Islam. Oleh itu, kertas ini cuba menyelesaikan kekaburan mengenai tasawwur kepimpinan Islam. KEPIMPINAN MENURUT ISLAM
-
Kepimpinan menurut perspektif Islam merupakan suatu proses yang dapat menggerakkan sekumpulan manusia untuk memenuhi kehendak Islam bagi jangka masa pendek dan panjang yang mampu menghasilkan suatu wawasan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. E-mail:
[email protected] 3
`1_115m Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004) untuk menuju matlamat Islam'. Ini bermaksud kepimpinan Islam itu bermaksud sebagai kepimpinan yang menurut cara-cara Islam seperti yang diasaskan oleh Rasulullah SAW untuk mewujudkan masyarakat yang menuju ke arah al-falah (mendapat kejayaan di dunia dan akhirat). Menurut Muhammad Tahyir Rahbar 2 pemimpin yang membawa dasar-dasar kepimpinan Islam itu disebut sebagai pemimpin yang menjalankan politik "siasah" ketuhanan, manakala pemimpin yang tidak membawa asas-asas kepimpinan Islam dikatakan sebagai pemimpin yang menjalankan politik "siasah" syaitan. Pembahagian ini amat jelas kerana politik yang tidak diasaskan kepada Islam, is merupakan politik yang dipandu oleh akal. Akal yang tidak dipandu oleh wahyu, adalah akal yang dipandu oleh nafsu semata-mata. Nafsu Pula dipandu oleh syaitan. Maka, terbentuklah politik yang diwujudkan adalah politik kesyaitanan. Bertunjangkan kepada konsep alfalahlah, maka tujuan kepimpinan Islam ditegakkan adalah untuk menggerakkan jemaah ke arah memenuhi ruang lingkup perjuangan para Anbiya'. Dilihat secara keseluruhannya sifat-sifat perjuangan para Anbiya'ialah ke arah3: a.
Mencetuskan revolusi pemikiran dan pandangan hidup manusia kepada tuntutan Islam agar Islam itu dijiwai pemikiran, tujuan serta matlamat hidup, akhlak dan peradaban manusia.
b. Pembentukan jemaah yang terdiri daripada Muslim dengan menegakkan kekuasaan Islam dengan menggunakan kekuasaan secara halal.
Bcrhanundin Abdullah. Antal Jamaie adapt Organisasi Islam. Besut: Zabib Enterprise. 1997. Hlm. 98 Muhammad Tagyir Rahbar. Sistem Poliiik Di Dalam al- ran. Kuala Lumpur. Pustaka al-Alami. 1986. Hlm. 13. 3
Zawawi Ali & Mohammad Kamil Abd. Mated. Gerakan Is/am- Kepimpinan-SytraTarbipah. Get. 1, Shah Alam: Dewan Pustaka ['ajar. 1983. Hlm. 6-7. 4
Tasawwur Kcpimpinan Islam
c. Menegakkan negara Islam, mengatur urusan dunia atas dasar Islam, memperluaskan pengaruh Islam ke seluruh dunia serta pendidikan moral dan intelek melalui contoh dan tauladan kepada seluruh manusia. Untuk mencapai tujuan tersebut, umat Islam dituntut menjadikan kehidupan mereka bagi mendapat keberkatan, rahmat dan keredhaan Allah SWT. Ini bermaksud segala amal yang dilakukan adalah semata-mata keranaNya dalam semua perbuatan. Oleh itu, dalam menuju kepada pengabadian diri kepada Allah SWT, keikhlasan, ketakwaan dan ketaatan adalah perkara penting yang perlu diambil kira dan justeru itu sebagai seorang pemimpin, selain menyeru mereka yang di bawah pimpinannya kepada amar makruf dan nahi mungkar, dia haruslah menjadi contoh tauladan untuk membawa kepercayaan kepada orang yang dipimpinnya. Dalam erti kata yang lain, pemimpin juga berperanan sebagai membentuk akhlak yang sejahtera di kalangan masyarakatnya. Di samping itu, sistem kepimpinan ini juga berfungsi untuk menyatupadukan masyarakat dan masyarakat hidup dalam keadaan aman damai di bawah naungan pemerintahan seseorang pemimpin dan ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mewujudkan sebuah negara yang mendapat keampunan dari Allah SWT. KEPIMPINAN RASULULLAH SAW Menurut catatan sejarah, kepimpinan Islam telah tertegak di Madinah semasa di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW, di mana baginda telah membentuk sebuah negara Islam yang berteraskan perlembagaannya kepada perintah Allah SWT. Baginda telah menyusun masyarakat berasaskan siasah Islamiah dalam urusan keduniaan dan keagamaan yang meletakkan segala asasasas hukum syarak sehingga tiada satupun yang ditinggalkan oleh baginda4. Di antara tugas baginda di Madinah dalam membentuk masyarakat Islam ialah mengatur sistem pertahanan negara, menjaga keselamatan umat di samping memperlengkapkan struktur pentadbiran negara agar urusan negara dapat dijalankan dengan adil, menyebarkan dakwah Islamiah secara lebih meluas, mengikat beberapa perjanjian dan menghantar duta-duta negara ke negara Mahmud Hilmi. Nizam al-Hukm Alugaranan N al-Nuzum al-Mu asarah. Qahirah: Dar al-Fikr al-`Arabi. 1975. Him. 31. 5
Ulum Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
jiran. Sebagai langkah awal pembentukan negara Madinah di bawah kepimpinan Islam diwujudkan tiga perkara asas berikut: Membina masjid
Masjid adalah institusi yang pertama sekali dibina oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja baginda sampai di Madinah. Di situlah menjadi ibu pejabat kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda sendiri yang dikenali sebagai Masjid Nabawi. Fungsi masjid terlalu luas seperti tempat bersembahyang, pusat pemerintahan, pentadbiran, perhubungan awam, mahkamah dan sebagainya. Lebih jauh dari itu, masjid telah dijadikan sebagai pusat untuk membentuk masyarakat Islam pada waktu itu bagi memperkukuhkan lagi ikatan roh keislaman di jiwa masyarakat Madinah sama ada dari sudut adab pergaulan dan persoalan aqidah mereka5. Mengadakan hubungan persaudaran sesama umat Islam
Oleh kerana umat Islam yang terdapat di Madinah pada waktu itu mempunyai dua kelompok besar yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar yang menggambarkan kewujudan masyarakat majmuk, maka baginda telah mengadakan sistem persaudaraan bagi menjamin kekukuhan umat Islam. Ini adalah sate cara ke arah penyatuan barisan umat Islam dan untuk mengikis perasaan permusuhan yang selama ini bertapak di jiwa mereka kerana sebelum ini mereka (terutamanya kaum Ansar) dihantui dengan pelbagai peristiwa peperangan sesama mereka. Sebagai langkah ke arah tersebut Nabi telah mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin dengan ikatan Ukhuwah Islamiah. Dengan ikatan sedemikian telah wujud suatu perasaan persaudaraan dan kekeluargaan antara mereka. Ini bererti, terciptalah persaudaraan yang baru, iaitu persaudaraan berdasarkan agama menggantikan persaudaraan berdasarkan darah.
Al - Bud, Muhammad Said Ramadhan. Fiqb Sirab. Get. 7. Damsyiq: Dar al-Fikr. 1978. Film. 152. 6
Tasawwur Kcpimpinan Islam Membentuk satu ikatan perjanjian
I katan perjanjian ini meliputi seluruh penduduk Madinah termasuk kaum Yahudi dari Banu Quraizah, Nandir dan Qainucia'. Secara umumnya perjanjian bertulis ini memberi kefahaman bahawa Islam mengajar umatnya supaya bergaul dan mengadakan perjanjian dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan melakukan keadilan walaupun dengan orang yang berlainan agama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri dengan orang-orang Yahudi. Dalam ikatan perjanjian tersebut mestilah terjamin kedudukan mereka (seluruh penduduk) dari segala pengkhianatan serta mereka sama-sama mempertahankan tanah air dari sebarang pencerobohan. Ikatan perjanjian yang direncanakan oleh Rasulullah SAW itu berakhir dengan tergubalnya sebuah Perlembagaan Madinah. Tujuan utama perlembagaan ini adalah untuk menyatupadukan sebuah masyarakat pelbagai kaum yang berada di Madinah. Perlembagaan tersebut menjadi dasar pemerintahan di Madinah. Perlembagaan ini juga mempunyai beberapa fasal yang terpenting dan is dapat dirumuskan seperti berikut: a.
Nabi Muhammad SAW diakui menjadi Ketua Negara bagi semua penduduk. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada baginda untuk penyelesaian.
b. Semua penduduk Madinah bebas beragama dan bebas melakukan adat istiadat serta upacara masing-masing. c.
Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi.
d.
Semua penduduk Madinah mestilah mempertahankan kota Madinah dari di serang oleh musuh.
e.
Orang-orang Yahudi hendaklah membayar perbelanjaan peperangan bersama-sama dengan orang Islam. Mereka tidak boleh berperang melainkan mendapat keizinan dari Rasulullah SAW.
f.
Semua penduduk Madinah tidak boleh bermusuhan atau dengki mendengki sesama sendiri. Mereka hendaklah hidup sebagai satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
7
`Ulam Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004) g.
Keselamatan orang Yahudi termasuklah nyawa dan harta benda adalah terjamin selagi mereka taat kepada syaratsyarat perjanjian dalam perlembagaan.
PEMBAHAGIAN PEMIMPIN DALAM KEPIMPINAN ISLAM Di dalam Islam, kepimpinan dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti berikut: Kepimpinan Did Merupakan peringkat kepimpinan yang pertama bagi seseorang sebelum memimpin orang lain. Memimpin diri adalah kewajipan yang utama bagi individu muslim. Setiap orang mesti memimpin dirinya sendiri ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka mesti berusaha ke arah jalan ini di camping memohon pertolongan daripada Allah SWT. Hal ini terkandung dalam firman Allah SWT: Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggulah kaum itu sendiri yang, mengubah dirt mereka sendiri (Surah al-Racdu 13: 11). Dalam erti kata yang lain, tanggungjawab yang lebih penting adalah bagaimana seseorang hamba itu dapat memimpin dirinya ke arah pengabdian yang hakiki kepada Allah SWT. Bagi menuju ke arah tersebut, setiap insan perlu menjadikan al-Quran sebagai panduan dan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah dalam kehidupan mereka. Al-Quran dan Sunnah dengan tegasnya menyuruh setiap insan Muslim menunaikan hak-hak kemanusiaan yang perlu ada pada dirinya iaitu melakukan amar makruf sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dan RasulNya. Seterusnya nahi mungkar iaitu meninggalkan sebarang perkara yang terlarang oleh syarak. Ia dilihat sebagai tanggungjawab yang tertinggi yang dituntut terhadap hamba oleh Pencipta-Nya. Dengan ini akan melahirkan individu yang cintakan Islam, sekaligus mencintai Allah dan Rasul-Nya.
8
Tasawwur Kepimpinan Islam
Golongan inilah sebenarnya merupakan golongan yang sanggup memperjuangkan Islam dalam erti kata yang sebenar.
Kepimpinan Keluarga
Keluarga merupakan sebahagian asas penting kepada pembentukan masyarakat dan merupakan asas pembentukan dan perkembangan manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Oleh kerana itu, suami atau bapa sebagai ketua keluarga dipertanggungjawabkan supaya hakikat kemurnian akidah dan syariat keluarganya terjamin dan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Ini memerlukan kerjasama dalam sesebuah keluarga. Isteri pula diibaratkan sebagai naib dalam membantu suami menguruskan rumahtangga dan juga merangkap sebagai ketua semasa ketiadaan suaminya. Sebuah keluarga yang bahagia, harmoni dan kukuh hendaklah bertunjangkan kepada al-mawaddah dan al-rahmah. Tanpa kasih sayang dan kasih mengasihi sesebuah keluarga ataupun perkahwinan itu akan tergugat dan boleh membawa kehancuran. Firman Allah SWT dalam surah al-Rum 30: 2: Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialab dia menciptakan untukmu isteri-isteri darijenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dadOdikan di antaramu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tandatanda bagi kaum yang beikir. Pembentukan keluarga yang baik adalah bergantung kepada peranan yang telah dimainkan oleh Ibubapa. Keluarga yang kukuh akan melahirkan masyarakat yang kuat dan padu. Manakala masyarakat yang kuat dan padu akan membentuk negara yang aman dan mantap. Ini adalah kerana bermula dari rumahlah seseorang itu sama ada bapa atau seorang isteri boleh membuktikan kemampuannya untuk melahirkan pemimpin yang diperlukan oleh masyarakat dan negara pada asasnya. Sebab itu, kepimpinan dan pembentukan keluarga yang baik merupakan asas pembangunan masyarakat Islam seluruhnya. Kegagalan membentuk keluarga yang baik akan membawa implikasi yang buruk di dalam pembentukan masyarakat Islam dan pemimpin yang ada di dalam masyarakat itu sendiri. 9
rUlUm Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004) Kepimpinan Masyarakat
Manusia adalah makhluk sosial yang berkembang, berdaya maju, kreatif dan inovatif. Sifat negatif pada diri sendiri sering menjadikan mereka hilang pertimbangan. Oleh itu manusia memerlukan pemimpin agar dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Kepimpinan yang dikehendaki bagi membentuk masyarakat Islam berkualiti ialah kepimpinan bersepadu dan seimbang iaitu kepimpinan yang membangunkan pembangunan material dan pembangunan spiritual. Kepimpinan tersebut juga adalah kepimpinan yang mempersepadukan di antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Kepimpinan yang sedemikian dapat membimbing manusia ke arah melahirkan masyarakat yang cemerlang, bermoral, bermaruah, berhemah tinggi, berkemahiran dan berkualiti. Masyarakat tersebut telah berjaya dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW di dalam negara Islam di Madinah. Baginda bertindak sebagai pemimpin yang agung yang sentiasa menerima wahyu untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Sebagai pemimpin negara, baginda bertugas menegakkan agama Allah SWT serta memimpin masyarakat dalam batasbatas ajaran Islam'. Di samping itu, baginda juga mengatur urusan masyarakat Islam serta mencipta sistem pentadbiran yang lengkap dan kukuh yang menjadi asas kepada masyarakat Islam di negara Islam seluruhnya 7. Kepimpinan Negara
Para pemimpin negara dituntut melaksanakan atau menjalankan tugas mereka
secara adil. Imam al-Ghazali telah menggariskan dasar-dasar keadilan bagi seseorang pemimpin iaitu mengenali nilai kuasa kerana ianya adalah satu nikmat yang boleh membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, mendapat nasihat dan pandangan daripada ulama, jangan biarkan kejahatan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang langkah, menjauhkan sifat takabbur dan sombong, menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan, jangan biasakan diri
W. Montgomery Watt. Muhammad Prophet Statesman. New York: Oxford University Press. 1961. Hlm. 212. Muhammad al-Bahi. Ati)in ma baulab min Talgib al-Ouran al-Karim. Beirut: Dar allikr. 1971. Hlm. 373. 10
Tasawwur Kcpimpinan Islam
mengikut hawa nafsu, jalankan pengurusan dengan lembut dan dalam mencari keredhaan rakyat, sebarang tindakan hendaklah selaras dengan syarak. Pemimpin yang jujur akan berusaha sedaya yang mungkin untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa berusaha menggembelingkan tenaga dan fikiran untuk kesejahteraan rakyat. Rakyat juga wajib mentaati dan mematuhi segala arahan pemerintah selagimana tidak diperintahkan kepada maksiat. Secara mudah, pemimpin amat dituntut berakhlak dengan akhlak yang baik kerana sesungguhnya akhlak baik sangat berkesan dalam kehidupan siasah. Antara kewajipan akhlak yang dianjurkan oleh Islam ialah menunaikan janji, bekerja dengan ikhlas, mengingati Allah dalam setiap kerja yang dibuat, bersedia menolong semua orang dalam pekerjaan kebajikan dan takwa, sedia memberi nasihat dan dinasihati. PRINSIP ASAS DALAM KEPIMPINAN ISLAM Terdapat lima prinsip asas yang terdapat dalam kepimpinan Islam iaitu: Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah Al-Quran al-Karim merupakan sumber pertama daripada sumber-sumber perundangan Islam. Allah SWT telah memberi jaminan akan memelihara sehingga hari kebangkitan daripada dikotori oleh tangan-tangan jahat yang tuba menyeleweng dan merubahnya. Walaupun telah 14 abad berlalu, al-Quran alKarim yang ada pada kita pada hari ini adalah sama lafaz, makna, tajwid dan bacaannya dengan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Sunnah Nabawiyyah Pula merupakan sumber kedua daripada sumber-sumber syariah, bahkan is merupakan penjelasan bagi al-Quran dan sebagai pelengkap bagi sistem-sistem Islam. Allah SWT menyerahkannya kepada ulama yang tegas, muhaddithin yang berwibawa, dan orang-orang yang dipercayai. Sejarah manusia belum pernah menyaksikan kemampuan manusia seperti mereka, ketelitian mereka dalam menerangkan tingkatan sesuatu Hadith, pengetahuan tentang perihal sanad dan matan, serta asal usul 11
`Ulurn Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
riwayat dan kefahaman mengenainya sehingga sampailah ke tangan kita dalam keadaan bersih dan suci tidak dicampuri syubhat apapun, dan tidak dikenali kelemahan manapun. Semua orang ketika merujuk kepada kitab-kitab dan rujukan-rujukan Hadith yang besar, ia akan tahu darjat sesuatu Hadith yang ia ingin pastikan kesahihan atau kelemahannya dan ia dapat meneliti semua sand. Semuanya itu adalah basil daripada kerja ahli Hadith yang dipercayai, berwibawa dan kritis di sepanjang masa. Di atas fakta inilah, maka jelaslah bagi kita bahawa kita wajib mengambil al-Quran dan al-Sunnah sebagai perlembagaan. Bahkan Nabi di dalam hadisnya menegaskan bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu diva perkara yang engkau tidak akan .resat selama-lamanya selagimana engkau berpegang kepada keduanya: Kitabullah dan Sunned) Nabi-Nya. Menegakkan kebenaran
Al-Hug atau kebenaran adalah tunggak di dalam ajaran Islam yang perlu diterapkan baik di peringkat individu sehinggalah ke peringkat negara. Allah SWT berfirman dalam surah al-Fath 48: 28:
Maksudnya: (Allah SWT menyatakan kebenaran itu) Dialah yang mengutus Rasul-Nya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain: cukuplah Allah SWT menjadi saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh Rasul-Nya itu). Seorang pemimpin wajib sentiasa menyebelahi kebenaran. Kebenaran Islamlah yang mesti ditegakkan sentiasa. Ideologi-ideologi yang lain tidak boleh dijadikan dasar sehingga mempengaruhi atau mewarnai kepimpinan. Syura
Para pengkaji politik Islam pada dasarnya bersetuju mengatakan bahawa kewujudan syura merupakan satu perkara yang terpenting dalam sistem 12
Tasawwur Kepimpinan Islam
pemerintahan Islam. Syura adalah prinsip yang utama di dalam kepimpinan Islam. Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa pemimpin-pemimpin Islam wajib mengadakan syura dengan orang-orang yang mempunyai pengetahuan atau orang-orang Islam yang dapat memberi pandangan yang baik. Ini jelas dalam firman Allah SWT: Maksudnya: Dan (bagi) orang-orangyang mematuhi (menerima) seruan TuhanNya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (alSyura 42: 38). Pelaksanaan syura memungkinkan anggota organisasi Islam melibatkan diri dalam proses membuat keputusan. Pada masa yang sama syura berfungsi sebagai tempat menyelia tindak-tanduk pemimpin agar sentiasa tidak terkeluar daripada matlamat urusan jamaah. Asas musyawarah (syura) yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan Ketua Negara dan orang-orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Kemudian berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah termaktub di dalam alQuran dan al-Sunnah. Seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menentukan perkara-perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad. Tindakan pemimpin terhadap keputusan syura telah dijelaskan oleh Abu Urwah8 sebagaimana berikut: a. Jikalau keputusan itu berkenaan dengan syariah, yang berasaskan nas yang terang, pemimpin itu tiada pilihan lain melainkan menerima sahaja. b. Kalau keputusan itu berdasarkan syariah yang bersifat khilaf, pemimpin terpaksa menggunakan kebijaksanaannya untuk memilih dari pendapat yang disokong oleh dalil-dalil yang kuat yang dikemukakan oleh mujtahid-mujtahid di kalangan ahli syura. s Abu `Urwah. Sistem-Sistem Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 1989. Hlm. 130. 13
cUlum Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
c. Bagi semua persoalan mendatang seperti peperangan, politik atau perhubungan luar dan sebagainya, pemimpin boleh membuat pilihan antara pendapat terbaik dan terdekat sekali dengan yang betul dan yang paling sesuai sesudah perrnesyuaratan tanpa melihat kepada pendapat terbanyak. Rasulullah SAW merupakan contoh yang baik kepada umatnya dalam hal menghormati dan melaksanakan dasar ini. Mereka bermesyuarat dalam mengambil sesuatu keputusan dalam sesuatu perkara. Antara contoh amalan syura yang dilakukan oleh baginda dan para sahabat ialah: a. Baginda bermesyuarat dengan orang-orang Islam tentang peperangan Uhud. Apakah baik bertahan di Madinah atau keluar menyerang. Majoriti berpendapat lebih baik keluar sedang baginda dan beberapa orang sahabat lain tidak bersetuju demikian, namun baginda tetap mengikut pendapat majoriti. b. Baginda bermesyuarat dengan orang-orang Islam tentang peperangan Khandak. Baginda berpendapat lebih baik berdamai dengan musuh dengan membayar satu pertiga basil buah tamar Madinah pada tahun ini kepada mereka. Cadangan Rasulullah SAW tidak dipersetujui Saad b. Muaz dan Saad b. Ubadah. Oleh itu baginda mengikut pendapat mereka iaitu memerangi pihak musuh. c.
Di dalam peristiwa Hudaibiah baginda bermesyuarat dan baginda berpendapat lebih baik ditawan orang-orang musyrik, tetapi Abu Bakar berkata kepada baginda: Kita datang bukan untuk membunuh seseorang tetapi untuk mengambil umrah. Baginda bersetuju dengan pendapat Abu Bakar RA.
Huraian mengenai syura secara terperinci diterangkan dalam tajuk syura dalam kepimpinan Islam di halaman berikutnya.
14
Tasawwur Kepimpinan Islam
Adil
Al-Quran datang untuk mendidik umat dan mengatur masyarakatnya. Ianya juga melahirkan orang yang berilmu dan menegakkan sistem yang benar. Ia datang membawa keadilan. Oleh kerana itu, orang yang beriman tidak boleh membelakangkan keadilan semata-mata kerana kebencian terhadap seseorang individu, kaum ataupun bangsa. Bila pemimpin berlaku adil, kezaliman akan punch dan keharmonian di antara pemimpin dan golongan yang dipimpin akan terwujud. Oleh itu tidak dapat tidak, pemimpin hendaklah berurusan dengan orang ramai atau rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan atau agama. Al-Quran memerintahkan orang-orang Islam supaya berlaku adil apabila berurusan dengan orang-orang yang menentang mereka. Ini jelas dalam firman Allah SWT: Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila nenetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil (al-Nisa' 4: 58). Firman-Nya lagi: Maksudnya: Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada tagwa (al-Maidah 5: 8). Keadilan dalam kepimpinan Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, antara pasangan suami isteri dan antara ibu bapa dan anakanaknya. Oleh sebab kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem kepimpinan Islam memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspek.
15
`Ulum Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
Kebebasan mengeluarkan pendapat
Setiap individu tidak suka dikongkong dan dipaksa. Mereka mesti diberi kebebasan berfikir dan dilatih mengemukakan fikiran mereka dengan cara yang tidak mengganggu kepentingan manusia seluruhnya. Proses nasihat menasihati dalam suasana harmoni akan berlaku apabila individu diberi kebebasan. Ianya adalah jalan keluar mengatasi masalah komunikasi yang seringkali wujud di antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Kebebasan menyuarakan yang benar penting demi kerukunan manusia yang hidup secara berjemaah. Pemimpin Islam hendaklah memberikan ruang dan mengajak ahli-ahli jemaah mengemukakan pendapat yang membina. Mereka hendaklah diberi peluang mengeluarkan pandangan dan bantahan secara bebas serta menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh mereka. Praktikal ini pernah dilakukan oleh Saidina Umar yang pernah bertanya kepada masyarakat Islam di bawah pemerintahannya, apa yang akan dilakukan oleh mereka jika beliau melanggar prinsip-prinsip Islam. Seorang lelaki menyahut seruan di atas, bahawa mereka akan membetulkan beliau dengan pedang. Saidina Umar bersyukur kepada Allah SWT kerana masih terdapat orang yang akan membetulkan beliau sekiranya terdapat kesalahan yang beliau lakukan semasa memimpin rakyat.
BADAN PERUNDANGAN, EKSEKUTIF DAN KEHAKIMAN DALAM KEPIMPINAN ISLAM
Sebagaimana dalam sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat yang mempunyai badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, begitu juga ianya terdapat di dalam kepimpinan Islam: Badan Perundangan
Dalam istilah filth, badan ini dikenali sebagai ahl al-hall wa akagd. Antara peranan yang dilaksanakan oleh badan tersebut ialah 9 : ' Abu! A'la al-Maududi. Prillcippriasip il tama Neryira Islam. Ter. I nsan bin Abdul Ghani Azmi. Kuala Lumpur: Hizbi. 1987 Film. 32 16
Tasawwur Kepimpinan Islam
a.
Di mana terdapat nas-nas yang qatcie dari Allah SWT dan Rasulullah SAW, badan perundangan tidak boleh meminda atau mengubahnya. Namun badan ini sahajalah yang layak menggubalnya dalam bentuk bahagian-bahagian, merumuskan takrif-takrif dan membuat peraturan undangundang dengan bermatlamat untuk menguatkuasakannya.
b. Di mana nas al-Quran dapat ditafsirkan lebih daripada satu, badan ini akan memutuskan penafmanakah akan dicatatkan dalam buku undang-undang. Oleh itu, adalah mustahak badan ini dianggotai oleh para ulama yang berkemampuan dan berkeupayaan untuk menacwilkan nas-nas al-Quran dan apabila mereka menyimpulkan keputusan, keputusan tersebut hendaklah selari dengan ruh Islamiah atau syariah. c.
Di mana dan apabila tidak ada sedikitpun panduan yang boleh didapati di dalam al-Quran atau Sunnah atau atbar Khalifah al-Rasyidin, ini bermakna Allah SWT menyerahkan kepada manusia untuk menetapkan undang-undangnya berdasarkan keilmuan dan kearifan, dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan tabiie atau ruh syariat.
Badan Eksekutif
Kekuasaan badan ini dipegang oleh Ketua Negara. Beliau dibantu oleh jemaah menteri dan para gabenor. Mereka dibantu pula oleh ketua-ketua tentera, pegawai-pegawai keamanan, pegawai-pegawai percukaian dan kakitangan pemerintahan yang lain. Rakyat hendaklah memberi ketaatan kepada mereka, malah istilah Uli Amr dan Umara yang membawa maksud eksekutif dalam alQuran dan al-Sunnah masing-masing menyuruh para rakyat atau masyarakat memberikan ketaatan kepadanya dengan syarat ianya mematuhi segala perintah Allah SWT. Peranan badan ini ialah untuk menguatkuasakan arahan-arahan Allah SWT yang ditanzilkan melalui al-Quran dan al-Sunnah dan menjelmakan ke dalam sebuah masyarakat yang sudah bersedia untuk menerimanya dan mengamalkan arahan-arahan ini dalam penggunaan praktikal dalam kehidupan
17
Ulum Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
sehari-harian"'. Ini termasuklah menerusi kementerian, jabatan, organisasi kerajaan yang lain di dalam usaha mewujudkan satu suasana untuk tujuan menegakkan hukum Islam. Memandangkan al-Quran tidak memberikan satu bentuk yang khusus bagi susunan badan pentadbiran ini, maka Islam tidak menghalang apa sahaja bentuk yang difikirkan sesuai, asalkan badan tersebut dapat berfungsi dengan baik serta dapat menjamin kesejahteraan ummah dan kebebasan asasi mereka serta dapat Pula menikmati hak-hak kemanusiaan berasaskan prinsip-prinsip keadilan dan persamaan yang dikehendaki oleh Islam. Badan Kehakiman
Dalam istilah filth is dipanggil °cider'. Apabila tertubuhnya negara Islam yang pertama, Rasulullah SAW sendiri yang menjadi hakim dan baginda melaksanakan peranan tersebut dengan penuh teliti menurut syariat Allah SWT. Oleh itu, sesiapa yang memimpin umat Islam, tidak mempunyai pilihan lain, melainkan mengasaskan keputusan mereka berdasarkan syariat Allah SWT. Terdapat beberapa syarat yang perlu ada pada seseorang individu yang menjawat jawatan ini. Syarat-syarat tersebut ialah lelaki yang baligh, waras fikiran, bebas, beragama Islam, bersifat benar-amanah-bersih perjalanan hidupnya dan mempunyai maruah, sempurna pendengaran dan penglihatan dan berilmu - dengan erti mengetahui hukum-hukum Islam dan mampu berijtihad. Jawatan ini dilantik oleh Ketua Negara secara langsung. Namun begitu, pada zaman Abbasiah, jawatan kadi telah dilantik oleh Oudi a/TO/dab. Pada asasnya tugas seorang kadi Islam ialah menentukan hukuman serta menjalankannya dalam sebarang kes perbalahan yang dibentangkan berdasarkan kepada apa yang terdapat di dalam sumber-sumber perundangan Islam yang telah ditetapkan. Seorang kadi mempunyai kebebasan penuh di dalam bidang kehakiman. la diharuskan berijtihad untuk mendapatkan hukum dalam kes-kes tertentu. Sewaktu mengendalikan perbicaraan, seorang kadi diharuskan berbincang dengan ahli filth yang lain sebelum menjatuhkan Ibid. Hlm. 44. 18
Tasawwur Kepimpinan Islam
hukuman dalam kes yang dibentangkan kepadanya sekiranya tidak dijelaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DALAM KEPIMPINAN ISLAM
Tanggungjawab pemimpin dalam sesebuah negara kepimpinan Islam amatlah berat dan luas sesuai dengan kedudukannya yang menduduki tempat yang tertinggi dalam soal pentadbiran negara. Antara tanggungjawabnya dapatlah dijelaskan seperti berikut: Memelihara al Din dari dicemari -
Menurut pertimbangan al-Mawardi, tanggungjawab pemimpin tidak boleh lari daripada melindungi dan mempertahankan prinsip-prinsip asas agama dan tafsiran yang dibuat melalui persetujuan umat Islam. Di samping itu, hams juga membetulkan pendapat yang bercanggah dengan Islam dan mengembalikan mereka ke jalan yang betul. Ini adalah bertujuan memelihara Islam daripada dicemari. Sesungguhnya tiada agama yang paling benar melainkan Islam. Oleh kerana itulah yang benar itu perlu dilindungi agar ianya tidak dicemari dengan pelbagai elemen yang tidak sihat. Firman Allah dalam surah Ali-cImran 3: 19: Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Melaksanakan hukuman Allah/perundangan Islam
Melaksanakan undang-undang Islam atau hukum Allah adalah menjadi tanggungjawab yang paling besar kepada pemimpin Islam. Sesungguhnya umat yang berada di bawahnya perlu memberi sokongan agar tercapainya cita-cita tersebut. Ini adalah kerana undang-undang Islam merupakan undangundang yang padu dan menyeluruh yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan umat Islam. Pelaksanaannya perlu dilakukan tanpa mengira bangsa dan status. Malah pemimpin dan rakyat mempunyai status yang sama dari segi undang-undang di dalam negara Islam". Pelaksanaan undang-undang " Hazim Abdul al-Mieal al-Sa'adi. Al-Nazarigah al-Islambyah fi al-Dandah. Cairo: Dar al-Fikr. 1977. Film 131-132. 19
`UlUm Islftmiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
selain daripada undang-undang Islam adalah tahgut dan mengikuti jalan-jalan syaitan. Firman Allah dalam surah al-Nisa' 4: 60-61: Maksudnya : Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhamad) orang-orang (Munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah berirnan kepada al,Quran _yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (kitab-kitab) yang /ebb diturunkan dahulu daripadamu? Mereka sutra hendak berhakim kepada tahgut, padahal mereka telah dipetintahkan supaya kufir engkar kepada (tahgut) itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak rnenyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauhjaubnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum al-,Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah: Nescaya engkau mekhat orang-orang munafik itu betpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. Menentukan peruntukkan yang sewajarnya daripada Baitul Mal tanpa bersikap boros
Baitul Mal atau perbendaharaan negara merupakan nadi kekuatan sesebuah negara Islam. Ketua negara berkewajipan menguruskan atau mengendalikannya iaitu menguruskan pungutan hasil dalam negara seperti zakat, kharaj, jizyah dan sebagainya yang menjadi sumber kewangan negara serta mengawal perbelanjaan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara bertepatan dengan kehendak syariah. Hasil daripada itu juga menjadi tanggungjawab pemimpin menguruskan pembahagian kekayaan negara seperti membayar gaji kakitangan kerajaan, membahagikan wang zakat kepada asnaliiya, melaksanakan projek pembangunan dan seumpamanya sekaligus menjauhi daripada sikap yang boros. Ini adalah kerana manusia yang boros itu adalah saudara syaitan. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' 17: 27: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orangyang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat ktrfur kepada Tuhannya.
20
Tasawwur Kepimpinan Islam Melantik orang-orang yang cekap dan amanah dalam kerajaannya
Pemimpin juga bertanggungjawab melantik menteri-menteri, pegawai-pegawai tinggi dan penasihat-penasihatnya yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara. Ketika melantik orang untuk jawatan-jawatan tersebut, pemimpin haruslah mencari individu yang benar-benar layak, jujur, amanah agar mereka dapat menjalankan tugas/kerja dengan berkesan. Ini adalah kerana, sesuatu kerja yang diberikan kepada mereka yang tidak layak untuk menjawatnya akan menyebabkan runtuhnya sesebuah negara. Firman Allah SWT dalam surah alNisa' 4: 58: Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerima). Dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (sumbanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. Memberi nasihat kepada orang bawahan serta memerhati segala keadaan untuk membolehkan pengendalian urusan orang ramai berjalan dengan baik dan hak mereka dilindungi
Pemimpin haruslah sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan taklimat-taklimat atau kursus-kursus kepada para pekerja supaya mereka lebih berketrampilan, berkelayakan dan berakhlak mulia, sekaligus akan mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan menghasilkan produktiviti yang baik. Dengan memiliki sifat-sifat tersebut, akan menyebabkan rakyat akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kalangan kakitangan. Ini jelas sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, sabdakan oleh Rasulullah SAW: Maksudnya: Agama itu adalah nasihat. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah SAW: Bagi siapa nasihat itu? Kata baginda: Bagi Allah dan KitabNya, dan Rasul-Nya dan para pemimpin Islam dan orang ramai.
21
`tilUm Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004) Menyampaikan dakwah Islamiah
Dakwah bertujuan untuk mengislah masyarakat Islam agar mereka menghayati Islam dalam kehidupan mereka dan memperkenalkan Islam kepada nonMuslim dan menyeru mereka menganutinya. Dilihat kepada sejarah kepimpinan Rasulullah SAW, baginda telah melakukan gerakkerja dakwah walaupun baginda sebagai pemimpin tertinggi negara. Malah kedudukan tersebut boleh memberi kesan yang baik dalam penyebaran dakwah Islamiah. Penyampaian dakwah hendaklah melalui tiga metodologi dakwah sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Nahl 16: 125: Maksudnya: Serulab ke jalan Tuhanmu (wabai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasibat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara .yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua. yang lehih mengetahui akan orang yang .resat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebib mengetahui akan orang-orangyang mendapat petutyuk. Memastikan perpaduan ummah terlaksana
Tugas utama ketua negara ialah mewujudkan pengukuhan silaturrahim, tolong menolong, bekerjasama, kasih sayang dan belay kasihan antara rakyat dalam sesebuah negara. Hal ini telah dilakukan oleh Rasulullah SAW setibanya di Madinah dengan mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin. Selain itu, perpaduan umat Islam dengan orang-orang Yahudi juga diusahakan oleh Rasulullah SAW melalui perlembagaan Madinah. Ini adalah kerana perpecahan akan membawa kelemahan dalam pelbagai sektor seperti politik, ekonomi, sosial dan sekaligus menyebabkan kehancuran sesebuah masyarakat. Larangan ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Ali-'Imran 3: 103: Maksudnya: Dan berpegang teguhlab kamu sekalian dengan tali Allah (agama dan janganlah kamu bercerai-berai. Sebagai role model
Kepimpinan yang berkesan dan cemerlang adalah pemimpin yang menjadikan diri mereka sebagai role model kepada para pengikutnya. Oleh itu, para 22
Tasawwur Kepimpinan Islam
pemimpin di peringkat mana sekalipun hendaklah mempunyai keperibadian yang baik, sabar, penyantun, dapat menenangkan keadaan, takwa, dan memiliki sifat-sifat mahmudah yang lain, lebih - lebih lagi sebagai pemimpin tertinggi bagi sesebuah negara. Memiliki sikap yang sebegini bukan sahaja menyebabkan mereka dihormati malah menjadi tauladan kepada semua. Untuk menjadikan contoh tauladan kepada rakyat, pemimpin kepimpinan Islam hendaklah menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model dalam memimpin umat Islam dalam sesebuah negara. Ini dijelaskan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab 33: 21: Maksudnya: Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada dirt* Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik. Melindungi rakyat dan negara
Termasuk dalam kewajipan dan tanggungjawab pemimpin juga ialah membela rakyat yang di bawah kuasanya atas jalan yang hak dan benar, contohnya dengan melaksanakan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman yang adil berdasarkan syariat-Nya. Termasuk juga dalam agenda ini ialah membela rakyat dengan merancang serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menyediakan pelbagai prasarana yang diperlukan seperti kemudahan pendidikan, pekerjaan dan keperluan asas seperti kemudahan bekalan air, elektrik, jalanraya dan sebagainya kepada rakyat dalam sesebuah negara. Di samping itu, pemimpin juga bertanggungjawab menjamin kemerdekaan negara dart* sebarang ancaman pihak musuh. Justeru itu is bertanggungjawab membentuk satu pasukan keselamatan yang lengkap yang dapat menentang golongan pelampau dan pengganggu-gugat mata pencarian, nyawa dan harta rakyat. Ini secara tidak Iangsung akan mewujudkan sebuah negara yang aman sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah Saba' 34: 15: Maksudnya: Negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah
23
cUlum Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
SYURA DALAM KEPIMPINAN ISLAM Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam pemerintahan Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik Islam, dan atas asas ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan cacatnya pelaksanaan dalam mana-mana zaman. Sesungguhnya pemerintah akan bersama-sama rakyat dalam mencari penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan politik dan merupakan prinsip dasar negara dan masyarakat Muslim. Menurut Mustafa Hj. Daud''- perkataan syura adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa erti sebagai mesyuarat. Manakala dari sudut istilahnya, ia membawa maksud permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan. Menurut Ibn Manzur" dalam Lisan al Arab, syura adalah penyaringan madu iaitu menyaring madu dari sarangnya. Syura diadakan bertujuan untuk mewujudkan perbincangan dan perundingan antara cerdik pandai ahli agama untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Syura juga dianggap sebagai penetap hukum yang merupakan lambang asasi al-syariah dan pemimpin yang tidak melaksanakan syura wajib disingkir tanpa perselisihan pendapat Para ulama. -
Sesungguhnya bidang syura amat luas. Ia merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Syura adakalanya berkait rapat dengan kehidupan seharian seperti nikah kahwin, jualbeli, sewa, wikalah dan khilafah. Misalnya seorang Muslim meminta pandangan daripada saudaranya yang Muslim ketika hendak melaksanakan urusan aqad muamalat supaya mendapat pandangan yang terbaik. Adakalanya ia berkait rapat dengan kadi. Misalnya seseorang individu memerlukan pandangan dari ahli ilmu dan ahli filth dalam menyelesaikan sebarang kes. Syura juga diperlukan untuk seorang mufti kerana biasanya beliau dihujani pelbagai persoalan. Oleh itu beliau perlu meminta Mustafa Hj. Daud. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 1991. Hlm. 388. Ibn. Manzur. Lisan aPArab. Beirut: Dar Li al-Tibacah wa al-Nashr. 1968. Juz. 4. Hlm. 434. 24
Tasawwur Kepimpinan Islam
pandangan daripada kalangan ulama dan ahli filth di zamannya. Begitu juga dengan hakim, perlulah bermesyuarat dengan ahli syura atau ahl al-hal wa al-aqd dalam memutuskan sesuatu hukuman terhadap tertuduh. Oleh kerana itulah, Muhammad Asad" menyatakan bahawa syura sewajarnya tidak dipandang sebagai satu asas yang diterapkan pada aspek politik kita sahaja, tetapi harus dipandang sebagai sebahagian yang tidak terpisah daripada sistem pemerintahan itu sendiri. Ini bermaksud, peranan syura dalam kehidupan muslim begitu luas cakupannya. Namun begitu, asas syura yang paling penting dan utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang-orang yang menjawat. Tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Antara asas-asas syura yang seterusnya adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, juga berkenaan dengan jalanjalan bagi menentukan perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad' 5. Sebagai mematuhi perintah Ilahi, Rasulullah SAW adalah orang yang paling banyak bermesyuarat dengan sahabatnya dan tidak teragak-agak menerima pandangan dan pendapat mereka. Tuntutan mengadakan syura tidak terhenti dengan wafatnya Rasululah SAW, malah is mestilah berlangsung selagimana manusia mentati perintah Allah SWT. Ini jelas sebagaimana terdapat dalam firman Allah SWT dalam surah Ali-cImran 3: 159: Maksudnya: Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tetrad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orangyang bertawakkal kepadaNya. Firman-Nya lagi dalam surah al-Syura 42: 38: Maksudnya: Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan bermusyawarah di antara mereka. 1.1
Muhammad Asad. Sebuah Kajian Tentang Sistem Pemerintahan Islam. Selangor: Thinker's Library Sdn. Bhd. 1987. Hlm 82.
15
Abu Urwah. Sistem-sistem Islam. Selangor: Pustaka Salam. 1989. Hlm. 130. 25
cUlum Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
Al-Quran secara jelas menyuruh umat Islam melaksanakan syura. Namun demikian, al-Qurati menyebut siapakah yang layak untuk menganggotai majlis tersebut. Tetapi Para sarjana Islam dapat mengenalpasti ahli tersebut menerusi amalan yang dilakukan oleh Rasululah SAW. Setelah diselidiki, antara syarat untuk menganggotai majlis syura adalah seperti berikut: a.
Mestilah seorang yang bersifat `adalah''.
b. Tahap keilmuan yang tinggi dalam bidang tertentu. Ini mungkin merujuk kepada kepakaran seseorang dalam disiplin sesuatu ilmu. Ini adalah kerana mana mungkin manusia itu boleh menguasai semua ilmu yang begitu luas 17. c.
Mempunyai pengalaman yang luas dalam membuat sesuatu polisi atau sekurang-kurangnya pernah terlibat dengan kepentingan orang ramai. Ini merupakan kriteria yang penting kerana orang yang berpengalaman merupakan orang yang telah matang. Walau bagaimanapun peringkat kematangan seseorang individu adalah berbeza-beza, bagaimanapun melalui pengalaman manusia menunjukkan bahawa kebanyakan individu dianggap benar-benar matang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai anggota majlis syura adalah berada dalam tahap umur tiga puluhan berdasarkan keadaan lazim' 8 .
d.
Menjadi warganegara. Peruntukan ini adalah bertujuan untuk mengawasi musuh-musuh bagi sesuatu negara yang bertujuan menghancurkan Islam dan umatnya. Lagipun bagi mereka yang bukan menjadi warganegara bagi sesebuah negara, is terpaksa tunduk kepada undang-undang yang terdapat di dalam negara mereka. Oleh itu tiada kepentingan untuk mereka terhadap negara lain, lebih-lebih lagi yang melibatkan masa depan sesuatu masyarakat.
Al-Muhami Mahmud Babalilliy. yura ji al-Islam. Beirut: Dar al-Irsyad. 1976. Him 46. Ibid. in
\bdullah Muniti. 1 he Islamic Constitutional Theory. Cairo: Renaissance Publications. 1973. Hlm. 383. 26
Tasawwur Kepimpinan Islam
Kewujudan majlis syura dalam kepimpinan Islam mempunyai beberapa peranan yang penting, antaranya: Melakukan pemilihan ketua negara
Syura memainkan peranan yang penting dalam menentukan ketua sesebuah negara Islam. Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, tidak ada nas yang soreh menghuraikan tentang cara perlantikannya. Tetapi terdapat beberapa peristiwa sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW yang boleh menjadi panduan bagi melantik seorang ketua negara, contohnya perlantikan Abu Bakar dan Khulafa al-Rashidin yang lain serta perlantikan para pembesar di zaman selepasnya khususnya pada zaman Umawiah dan Abbasiah. Daripada rentetan peristiwa yang berlaku, dilihat bahawa pemilihan ketua negara dilakukan oleh golongan ahl al-hall wa al-`aqd dan mereka merupakan ahli syura yang dilantik oleh para pemerintah. Perlunya pemilihan pemimpin ini dilakukan oleh majlis syura ditegaskan oleh sebuah hadis, di mana Rasulullah SAW telah bersabda: &-7-2 ,Lr°
Maksudnya: Sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permeguaratan di kalangan orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orangyang dibaiah dan orangyang memberi baiah. Ditakuti keduaduanya akan dibunuh". Mendekatkan rakyat dengan pemerintah
Syura bukan sahaja dihadiri oleh golongan pemerintah, tetapi turut diikuti oleh golongan-golongan lain seperti ahli akademik, ahli perniagaan dan sebagainya. Sesuatu keputusan musyawarah, tidak tertakluk kepada keputusan pemerintah
19
Ibn Hajar al-Ascialani, Ahmad Ibn Ali. Shari, Fath al-Bari. Juz. 2. T.tp: Dar alKutub al-'Ilmiah. 1989. 27
Ulum Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
tetapi turut mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-orang bawahan termasuklah rakyat jelata. Kekuatan syura terletak pada kenyataan bahawa musyawarah membawa masyarakat lebih dekat antara satu sama lain dan memberi kesempatan bagi mereka untuk menyuarakan pandangan tentang permasalahan yang menyangkut masyarakat umum. Hal ini juga akan menyebabkan wujudnya keharmonian dalam soal bernegara. Menegakkan dan menyebarkan agama Islam Majlis syura juga turut berperanan dalam menegakkan agama Islam ke setiap pelusuk tanah air yang mengamalkan sistem tersebut. Oleh kerana itulah Islam memberi penekanan yang amat besar terhadap konsep syura, khususnya dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama. Dengan berlangsungnya syura, ia memberi hak kepada manusia untuk berfikir dan menggunakan kebijaksanaan mereka dengan menyiarkan berita di kalangan anggota pemimpin tentang kesedaran sesuatu perkara yang bersangkutan dengan hal-hal agama. Ini bererti orang yang mengetahui akan menyampaikan maklumat kepada mereka yang kurang mengetahui tentang sesuatu ilmu. Malah lebih jauh lagi dengan wujudnya syura, ia juga boleh menyelamatkan para pemimpin dari lembah dosa, terutamanya dalam melaksanakan sesuatu hukum. Ini adalah kerana, jika pemimpin menggunakan keputusan sendiri, ianya dibimbangi akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luar. Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam Dalam kepimpinan Islam, penasihat merupakan elemen penting yang mesti wujud, yang mana ia berperanan sebagai juru pandu sesuatu kepimpinan. Oleh yang demikian, salah satu penasihat yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah kepimpinan itu adalah syura. Syura dianggap memainkan peranan penting kerana darinya segala keputusan yang dibuat akan diteliti terlebih dahulu melalui perbincangan bersama. Maka apabila sesuatu keputusan telah dibuat, tidak akan lahir penentangan terhadap sesuatu usul yang hendak dilaksanakan kelak. Ini adalah kerana keputusan itu dicapai oleh semua ahli dengan melihat segala sudut aspek berkaitan dengannya. 28
Tasawwur Kepimpinan Islam
Oleh itu, syura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin dalam kepimpinannya. Lebih jauh daripada itu, syura bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam pentadbiran, malah sebagai medan perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah kepimpinan Islam. Membentuk akhlak mulia dalam kepimpinan
Sebagaimana diketahui, syura merupakan satu konsep permesyuaratan yang melibatkan penyertaan ramai ahli, yang mana masing-masing berhak menyuarakan atau mengemukakan pendapat tanpa sebarang sekatan. Proses syura berlangsung dalam keadaan aman, masing-masing saling menghormati pandangan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, secara tidak langsung syura berjaya membentuk akhlak mulia di kalangan ahli majlis syura di dalam sesuatu kepimpinan. Rentetannya dari hal tersebut akan lahir kalangan mereka yang berfikiran terbuka, menghormati pendapat orang lain, berpandangan positif terhadap kritikan, tidak menyakiti hati orang lain sama ada melalui perkataan dan perbuatan dan sebagainya. Dengan lahirnya nilai-nilai murni ini, maka sesebuah kepimpinan dapat dibentuk dengan cemerlang.
KESAN KEPIMPINAN ISLAM DALAM MASYARAKAT
Tidak dinafikan bahawa kepimpinan yang bercorak keislaman memberi kesan yang mendalam terhadap sesebuah masyarakat sama ada dari sudut agama, politik, social, ekonomi dan pendidikan. Unsur-unsur ini adalah agen yang penting dalam pembangunan negara. la hanya akan sempurna jika sesebuah negara itu dipimpin oleh seseorang pemimpin dan kakitangan-kakitangannya yang berjiwa Islam. Dari sudut agama
Di bawah sistem kepimpinan Islam pemimpin akan giat untuk menyebarkan dakwah Islamiah terhadap ummah. Usaha-usaha ini termasuklah mengajak manusia kepada menganuti agama Islam, menghayati nilai-nilai dan melaksanakan hukum-hukumnya. Konsep dakwah yang berteraskan kepimpinan Islam ini merangkumi dua gerakan: Pertama ialah 29
`Ularn Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004) memperkenalkan Islam kepada orang yang bukan Islam dan seterusnya menyeru mereka menganutinya. Gerakan kedua pula ialah bertujuan untuk mengembalikan orang Islam kepada melaksana dan menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Di samping pemimpin bertindak sebagai pendakwah, beliau juga akan bertindak sebagai penyedia tenaga-tenaga pendakwah yang berkebolehan dan mengirimkan mereka ke tempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan dengan dibekalkan alat kelengkapan, kemudahan-kemudahan dan keperluan untuk melakukan aktiviti dakwah. Dalam pada itu, dengan wujudnya kepimpinan Islam akan terlaksanalah syariat atau hukum-hukum Allah SWT yang diwajibkan ke atas golongan masyarakat dalam sesebuah negara Islam. Pemimpin Islam akan melaksanakan undang-undang yang sepadu dan menyeluruh yang tidak dikecai-kecaikan. Dan sudut politik Pemimpin Islam yang menjalankan segala perintah Allah SWT dan mencegah segala larangan-Nya akan mendorong rakyat untuk taat setia kepada pucuk pimpinan. Ini kerana, rakyat akan berasa selamat berada di bawah pimpinan yang diredhai oleh Allah SWT. Tanpa taat setia, negara akan menjadi kucarkacir dan huru-hara. Justeru itu, mentaati pemimpin yang berjiwa Islam samalah mentaati segala perintah yang datangnya daripada Allah SWT dan Rasul-Nya. Rakyat tidak hanya akan taat kepada perkara-perkara yang disukai pemimpin sahaja, tetapi is adalah menyeluruh sama ada perkara itu disukai atau dibenci, sama ada di masa senang atau susah. Di samping itu, pemimpin yang berteraskan keislaman akan mewujudkan majlis syura supaya setiap masalah yang dihadapi itu dapat dilihat dari pelbagai sudut. Syura akan hanya terlaksana sekiranya penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan itu tidak ada dalam al-Quran dan Sunnah. Individu juga akan berasa puas hati kerana berpeluang memberikan pendapat dan merasakan tanggungjawab terhadap setiap keputusan. Tindakan ini mendapat keredhaan Allah SWT serta memperkukuhkan sifat amanah, benar dan ikhlas.
30
Tasawwur Kcpimpinan Islam Sistem kepimpinan ini juga akan menyebabkan para pemimpinnya sentiasa mengesan kerja-kerja pegawai di bawahnya supaya mereka tidak bertindak sewenang-wenangnya dan mengambil kesempatan menggunakan segala peluang untuk kepentingan mereka. Ini kerana, pemimpin Islam sedar bahawa adalah menjadi satu kesalahan besar menyerahkan secara total segala urusan pentadbiran negara kepada pegawai-pegawainya. Di samping itu, beliau akan meluangkan masanya untuk mendengar aduan rakyat terhadap sikap, tindakan dan perkhidmatan pegawai-pegawainya yang kurang memuaskan. Jika sekiranya apa yang disampaikan padanya itu didapati benar, maka ia akan mengatasinya. Lebih penting dari itu, di bawah sistem kepimpinan Islam, para pemimpin Islam sentiasa menyemarakkan semangat jihad kepada tentera Islam melalui ucapannya supaya bersungguh-sungguh untuk menegakkan kalimah Allah termasuklah memberitahu kepada mereka bahawa orang yang berjihad dijanjikan ganjaran dan balasan syurga. Bagi melahirkan para mujahidin, pemimpin Islam akan melatih rakyat yang berminat untuk menyertai angkatan bersenjata yang rasmi sama ada dari sudut fizikal, intelektual dan kerohanian secara sepadu. Dart sudut sosial
Sistem kepimpinan Islam bakal mengajak manusia ke arah persaudaraan yang erat, padu dan melarang sebarang perpecahan dalam masyarakat. Ini bererti, pemimpin dengan secara bersungguh, mengajak rakyat bersatu padu di bawah satu akidah bagi orang-orang Islam dan bagi non-Muslim mereka hendaklah bersatu di bawah satu negara. Para pemimpin Islam akan menegakkan keadilan bagi mencetuskan suasana di atas. Oleh itu, segala hukuman dan aturan yang dijalankan hendaklah mengikut panduan al-Quran dan al-Sunnah, ijmak ulama dan Bias. Bagi melahirkan masyarakat yang padu, maka sistem pendidikan Islam diperkenalkan kepada rakyat yang menekankan pendidikan kerohanian dan kemahiran atau teknikal. Islam tidak sekali-kali akan memisahkan di antara dua aspek tersebut kerana ia saling berkaitrapat di antara kepentingan dunia dan akhirat. Islam memandang didikan agama ini penting bagi perhubungan di antara manusia dengan Allah dari segi ibadat, akhlak, muamalat dan 31
`Mum Islamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
sebagainya. Ilmu kemahiran seperti jurutera, mekanik, doktor dan sebagainya juga dipandang sebagai aspek penting oleh Islam kerana melaluinya pembangunan material sesebuah negara akan dapat dipertingkatkan. Dan sudut ekonomi
Sistem kepimpinan Islam sangat mengambil berat di atas kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh Baitulmal yang merupakan rumah simpanan harta benda dalam sesebuah negara Islam seperti zakat, jizyah, rampasan perang, hasil pajakan tanah dan lain-lain lagi menurut timbangan pemerintah dengan jalan syura. Pemimpin cedar bahawa harta adalah kepunyaan Allah SWT untuk kepentingan bersama. Dalam pada itu, pemimpin akan berusaha untuk menghapuskan riba, sebarang penipuan, rasuah, pencurian, monopoli dan perampasan. Sebaliknya akan memperkenalkan sistem ekonomi Islam untuk memberikan faedah kepada umat Islam seperti Bai al-Salam, alWadiah, Mudharabah, al-Mu.garakah, al-Murabahah, dan al-ljarah dan sebagainya yang dipersetujui oleh syarak. ICESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan bahawa tiada suatu kepimpinan yang boleh menandingi kehebatan sistem kepimpinan Islam dalam sejarah kehidupan manusia. Ini telah diakui oleh para sarjana sendiri termasuklah di kalangan sarjana Barat, di mana mereka meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin terunggul dalam sejarah kehidupan manusia. Ini adalah kerana, kecemerlangan basil dari kepimpinan tersebut bukan hanya tercerna pada pemerintah sahaja tetapi turut dapat dilihat pada rakyat jelata atau masyarakatnya. Benarlah pemimpin cemerlang melahirkan masyarakat gemilang.
32
Tasawwur Kepimpinan Islam RUJUKAN
Abdullah Munifi. 1973. The Islamic Constitutional Theory. Cairo: Renaissance Publications. Abu `Urwah. 1989. Sistem-Sistem Islam. Selangor: Pustaka Salam. Abul al-Maududi. 1987. Prinsip-pinsip Utama Negara Islam. Ter. Insan bin Abdul Ghani Azmi. Kuala Lumpur: Hizbi. Berhanundin Abdullah. 1997. Amal Jamaie Dalam Organisasi Islam. Besut: Zabib Enterprise. Al-Bahi, Muhammad. 1971. Al-Din wa Daulah min Tanjih al-Quran al-Karim. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Buti, Muhammad Said Ramadhan. 1978. Fiqh Sirah. Cet. 7. Damsyiq: Dar al-Fikr. Hilmi, Mahmud. 1975. Nizam al-Hukm al-Islami Muqaranan bi al-Nuzum alMit asarah. Qahirah: Dar al-Fikr al-`Arabi. Hasan Ibrahim Hasan. 1964. Tarikh al-Islami. Cairo: Maktabah al-Nandah. Ibn Hajar al-Asqalani, Ahmad Ibn Ali. 1989. Sharh Fath al-Bari. Juz 2. T.tp: Dar al-Kutub al-cllmiah. Ibn Manzur. 1968. Ltiran al-Arab. Juz. 4. Beirut: Dar Beirut Li al-Tibacah wa al-Nashr. Muhammad Taqyir Rahbar. 1986. Sistem Politik Di Dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka al-Alami. Mustafa Hj Daud. 1991. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Muhammad Asad. 1987. Sebuah Kajian Tentang Sistem Pemerintahan Islam. Selangor: Thinker's Library Sdn. Bhd. 33
cUlum lslamiyyah (Vol. 3 No. 1 2004)
Al-Muhami Mahmud Babalilliy. T.th. al Syura fi al Islam. Beirut: Dar al Irsyad. -
-
Al-Sacidi, Hazim Abdul al-Mitcal. 1977. Al Naaripah allslamiyyah ti al llawlah. Cairo: Dar al-Fikr. -
-
Watt, W. Montgomery. 1961. Muhammad Prophet Statesman. New York: Oxford University Press. Zawawi Ali & Mohammad Kamil Abd. Majid. 1983. Gerakan IslamKepimpinan Syura Tarbiyyah. Cet. I, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. -
-
34