SISTEM e-KNSTP Manual Pengguna
A.
Pengenalan Objektif utama sistem ialah untuk membolehkan urusan-urusan tertentu dikendalikan secara “web-browser” melalui capaian Internet oleh ahli-ahli dari keselesaan rumah atau tempat kerja mereka sendiri. Antaranya ialah mencapai maklumat : peribadi, keahlian, profil caruman bulanan, kedudukan terkini caruman-caruman modal, simpanan dan Barakah, dan kedudukan dan perkembangan terkini skim-skim. Kemudahankemudahan lain seperti permohonan pembiayaan secara “on-line” sedang diusahakan. Ahli perlu log on ke halaman web Koperasi sehingga dipaparkan :
Rajah 1. Laman Web Koperasi Kemudian klik Jemput Masuk, dan Menu Utama akan dipaparkan seperti berikut :
Rajah 2 : Menu Utama Laman Wen Koperasi
Klik pilihan menu E-KNSTP, dan anda akan disajikan dengan paparan Laman Utama eKNSTP seperti berikut :
Rajah 3 : Laman Utama e-KNSTP
Laman Utama e-KNSTP menyajikan tiga(3) pilihan di sebelah kiri paparan : • • •
Log Masuk Daftar Aktifkan Pin
2
B.
Menggunakan Sistem Sebelum boleh menggunakan sistem, anda perlu mendaftar sebagai ahli e-KNSTP. Satu Nombor Pin akan dijana untuk ahli tersebut, dan ahli perlu mengaktifkan Nombor Pin tersebut sebelum boleh Log Masuk ke sistem.
1.
Daftar Klik pada menu Daftar di sebelah kiri, dan anda akan disajikan dengan paparan Daftar seperti dalam Rajah 4 berikut :
Rajah 4 : Paparan Daftar
Masukkan maklumat No Ahli, No KP Baru dan No KP Lama dan klik butang Teruskan. Jika ada maklumat yang silap, pesanan–pesanan yang berkaitan akan muncul dan perlu klik OK untuk mencuba semula. Jika tiada kesilapan, anda akan disajikan dengan paparan berikut :
3
Rajah 5: Paparan Daftar Ahli e-KNSTP – Pastikan Pilihan Penghantaran Nombor Pin Pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul. Tentukan pilihan penghantaran Nombor Pin, samada : 1. 2.
Ambil sendiri di Pejabat Koperasi, atau Poskan ke alamat berikut ( alamat boleh diubah, jika perlu )
Klik butang Teruskan, dan anda akan disajikan dengan paparan berikut :
Rajah 6 : Paparan Daftar Ahli e-KNSTP – Minta Katalaluan Memasukkan katalaluan, dan mempastikannya dengan menginputnya kali kedua. Paparan berikut akan muncul :
4
Rajah 7 : Paparan Daftar Ahli e-KNSTP – Membuat Kepastian
Jika anda memilih supaya Nombor Pin dihantar melalui Pos, alamat di mana surat pemberitahuan Nombor Pin akan dihantar akan paparkan semula. Klik butang Teruskan dan pesanan berikut akan muncul :
“Terima kasih kerana mendaftar … “
Klik OK dan anda akan kembali ke Laman Utama e-KNSTP. Koperasi akan mengeluarkan surat pemberitahuan Nombor Pin dan bergantung kepada pilihan penghantaran Nombor Pin : samada ahli akan ambil sendiri surat pemberitahuan tersebut di Koperasi atau akan diposkan kepada ahli.
5
2.
Aktifkan Pin Apabila ahli dapat surat pemberitahuan Nombor Pin tersebut, ahli perlu mengaktifkan Nombor Pin tersebut. Langkah ini perlu dibuat sekali sahaja. Klik pada pilihan Aktifkan Pin pada menu di sebelah kiri, dan anda akan disajikan dengan paparan Aktifkan Pin, seperti berikut :
Rajah 8 : Paparan Aktifkan Pin Masukkan maklumat No Ahli, Katalaluan dan Nombor Pin anda. Jika langkah Aktifkan Pin dibuat pada hari yang sama pendaftaran dibuat, bila klik butang Teruskan, pesanan berikut akan muncul :
Jika langkah Aktifkan Pin dibuat selepas 24 jam dari hari pendaftaran, paparan Maklumat Peribadi akan terus dipaparkan. 6
3.
Log Masuk Selepas melaksanakan langkah Aktifkan Pin, ahli hanya perlu klik pilihan Log Masuk, dan akan disajikan dengan paparan Log Masuk seperti berikut :
Rajah 9 : Paparan Log Masuk
Dalam paparan Log Masuk, masukkan No Ahli dan Katalaluan, klik butang Teruskan, ahli akan disajikan dengan paparan Maklumat Ahli seperti dalam Rajah 10 berikut :
7
4.
Maklumat Keahlian
Rajah 10 : Maklumat Keahlian Perhatikan menu sebelah kiri sudah berubah. Maklumat ini boleh juga dipaparkan dengan memilih ( klik ) pilihan Maklumat Peribadi di menu sebelah kiri. Guna “scroll down” untuk memaparkan keseluruhan maklumat peribadi ahli seperti berikut :
Rajah 11 : Maklumat Peribadi – “Scroll Down” 8
5.
Caruman Dan Skim Klik pilihan Caruman dan Skim pada menu di sebelah kiri dan anda akan disajikan dengan paparan berikut :
Rajah 12 : Paparan Caruman Dan Skim
Maklumat Kod Caruman / Skim, Perihalan Caruman / Skim dan Baki akan dipaparkan dalam bentuk jadual. Baki yang ditunjukkan ialah yang terkini sehingga hari bekerja sebelumnya ( pada kebiasaannya ). Untuk memaparkan perincian satu-satu caruman / skim, klik pada Perihalan Caruman / Skim tersebut. Contohnya, untuk melihat perincian 2403 Skim Kecemasan, klik pada perkataan : Skim Kecemasan dan semua urusniaga yang bersabit dengan Caruman / Skim tersebut akan dipaparkan di bahagian bawahnya seperti berikut :
9
Rajah 13 : Paparan Caruman / Skim Secara Terperinci Dari Mula
Maklumat yang dipaparkan termasuklah Tarikh, No Rujukan, No Pinjaman, Debit, Kredit dan Baki. Sedikit penerangan tentang No Rujukan diberikan di bawah ini : No Rujukan PG/kkkk/tttt/bb PV/tttt/9999 DV/tttt/99999 RR/99999
Perihalan Potongan Gaji Untuk Kod Caruman / Skim kkkk Untuk Tahun tttt dan Bulan bb Baucer Pada Tahun tttt No Baucer 9999 Dividen Pada Tahun tttt Untuk Ahli No 99999 Resit Rasmi No 99999
Perhatikan ada pilihan tarikh mula paparan urusniaga di sebelah atas kanan paparan. Ubah maklumat : Hari, Bulan, dan Tahun, contohnya kepada : Hari 1
Bulan Tahun 1 2004
dan klik butang Cari. Ahli akan disajikan dengan paparan terperinci Caruman / Skim bermula dari tarikh tersebut : 01 Jan 2004, seperti paparan Rajah 14 berikut ini. Ini boleh dilaksanakan berulang kali dan untuk mana-mana Caruman / Skim.
10
Rajah 14 : Paparan Caruman / Skim Secara Terperinci Mula Dari Tarikh Tertentu
Paparan urusniaga adalah dalam bentuk penyata “runing balance”, di mana amaun debit akan menambah pinjaman ( hutang ) ahli, manakala amaun kredit merupakan bayaran yang akan mengurangkan hutang ahli. Baki pula dikira berdasarkan : Baki = Baki Sebelum + Debit - Kredit
6.
Maklumat Skim Klik pilihan Makluman Skim pada menu di sebelah kiri dan paparan akan memapar maklumat ringkas semua skim-skim yang diambil oleh ahli yang masih aktif, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15 di muka berikut. Maklumat yang dipaparkan termasuklah : Kod Skim, Perihalan Skim, Amaun Pembiayaan, Ansuran Bulanan ( Pokok dan Caj ), Tempoh Pembiayaan, Bulan Mula dan Bulan Akhir pembayaran balik.
7.
Kelayakan Skim Klik pilihan Kelayakan Skim pada menu di sebelah kiri dan paparan akan menyajikan maklumat ringkas kelayakan semua skim-skim yang boleh diambil oleh ahli tersebut, seperti dalam Rajah 16 di muka berikut.
11
Rajah 15 : Paparan Maklumat Skim
Rajah 16 : Paparan Kelayakan Skim 12
Jadual yang dipaparkan akan memberi gambaran sepintas lalu mengenai skim-skim yang layak ( atau tidak ) dipohon oleh ahli. Jika layak, berapa amaun yang ianya layak pohon untuk skim tersebut ( jika berkenaan ). Skim-skim yang masih aktif akan dipaparkan maklumat : Amaun Pinjaman, Bayaran Pinjaman, dan Baki Pinjaman “Scroll down” untuk melihat kesemua skim-skim yang terlibat, seperti dalam Rajah 17 berikut.
Rajah 17 : Paparan Kelayakan Skim
8.
Skim-skim Yang Ditawarkan Klik pilihan Kelayakan Skim pada menu di sebelah kiri dan paparan akan menyajikan maklumat ringkas kelayakan semua skim-skim yang boleh diambil oleh ahli tersebut, seperti dalam Rajah-rajah 18, 19 dan 20 di muka berikut. Klik pada sel Perihalan Caruman / Skim untuk memaparkan Syarat-syarat Kelayakan Skim tersebut.
13
Rajah 18 : Paparan Skim-skim Yang Ditawarkan
Rajah 19 : Skim-skim Yang Ditawarkan
14
Rajah 20 : Skim-skim Yang Ditawarkan – Syarat-syarat Kelayakan
9.
Log Keluar Apabila selesai melayari e-KNSTP, klik pada pilihan Log Keluar di menu sebelah kiri dan anda akan dipaparkan dengan paparan Log Masuk semula.
C.
Sokongan Sistem Sistem akan diperkemas dari masa ke semasa untuk memperbaiki antaramuka dan persembahan paparan serta maklumat yang dipaparkan. Jika ada sebarang cadangan atau maklumbalas, sila hubungi : Idwal Systems Sdn Bhd Nor Hashim Idris Siti Jamaliyah Jais
Tel : Faks : HP : HP :
03-82100155 03-82100156 012-3791440 012-3763423
[email protected] [email protected] [email protected]
Semoga sistem ini dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi. “MAJU KOPERASI ANGGOTA BAHAGIA”
15