SINOPSIS SURAH AL-KAHFI Surah Al-Kahfi adalah Surah ke 18, di dalam Al-Qur’an, juzuk yang ke 15, yang diturunkan di Mekah dan mengandungi 110 ayat. Oleh kerana ianya diturunkan di Mekah, maka kebanyakkan isikandungannya menerangkan tentang KEBENARAN Al-Qur’an, menegaskan dasar tauhid kepada Allah dan iman, menggariskan kesesatan yang perlu dijauhi, dan menekankan konsep amal soleh serta kesannya kepada individu dan keluarganya. Konsep RAHMAT Allah mendominasi seluruh cerita-cerita yang diperkenalkan dalam surah ini. Cerita pertama ialah mengenai ‘Ashabul Kahfi’, yang mana pendekatannya ialah ke arah keimanan dan penyerahan diri pada Allah. Cerita yang kedua melibatkan sebuah kebun dan dua orang individu; seorang darinya beriman dengan Allah dan seorang lagi tidak beriman. Cerita ketiga pula mengisahkan Nabi Musa as dengan seorang individu soleh dari kalangan wali Allah, yang ditemuinya di pinggir laut, dan perjalanan mereka itu dikaitkan dengan iman kepada Allah. Dan cerita terakhir yang dibentangkan di dalam surah ini ialah mengenai perjalanan Zulqarnain dan penaklukan empayarnya di timur dan barat. Kesemua cerita-cerita ini mengundang penelitian kita kepada amal soleh dan iman pada Allah serta Rahmat Nya. Surah ini diakhiri dengan menjelaskan konsep keluasan KUASA Allah, dan perintah Nya kepada Nabi Muhammad saw agar beliau memperakui bahawa baginda HANYALAH seorang manusia dan TIDAK LEBIH dari itu, yang menanggung tugas-tugasan tertentu dari Allah untuk kebajikan manusia. “Sesiapa yang ingin menemui Allah, maka perbanyakkanlah membuat amal soleh dan JAUHKAN diri dari syirik dalam beribadah kepada Nya”. 1
Sebuah Hadith dibentangkan di sini bagi menjelaskan sebab-sebab turunnya Surah Al-Kahfi ini: Muhammad bin Ishak telah menceritakan tentang sebab turunnya (Asbab Nuzul) Surah Al-Kahfi ini dengan memetik periwayat dari Ekramah yang meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berkata: “Orang-orang Quraisy telah menghantar wakil-wakil mereka, termasuk An-Nadr bin Harith, Uqbah bin Abi Muit, untuk bertemu orang alim Yahudi bagi mendapatkan maklumat tentang kenabian Rasulullah saw, kerana mereka itu adalah Ahlil Kitab. Kumpulan ini telah pergi ke Madinah dan bertanyakan hal Muhammad kepada alim Yahudi itu, dan alim Yahudi meminta mereka menanyakan 3 perkara kepada Muhammad dan berkata: “Jika Muhammad dapat menjawab ketiga-tiga perkara itu, maka beliau adalah seorang nabi”. Wakil-wakil Quraisy itu pun balik dan menanyakan 3 perkara kepada Rasulullah saw iaitu; tentang Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), tentang Zulqarnain yang menguasai Timur dan Barat, dan akhir sekali tentang ROH. Rasulullah telah meminta untuk menangguh memberi jawapan kepada soalan-soalan tersebut pada keesokan harinya. Tetapi di dalam kata-katanya itu, baginda terlupa untuk mengucapkan “Insya-Allah”. Masing-masing menunggu jawapan dari Rasulullah, namun wahyu kepada Rasulullah telah terputus sehingga masuknya hari yang ke 15. Ketika itu, orang-orang Islam sudah merasa cemas dan Rasulullah sendiri terpaksa bermurung. Pada hari ke 15 itulah, barulah Jibril datang menurunkan surah Al-Kahfi, sekali gus menjawab ketiga-tiga persoalan untuk membuktikan kenabian Rasulullah itu”. 2
SURAH AL-KAHFI
PENGERTIAN SURAH AL-KAHFI
Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di Dunia ini dan RAHIM Nya di Akhirat nanti.
Syukur hanya kepada Allah, Yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur’an) ke atas hambanya (Nabi Muhammad saw). Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan Kitab itu terpesong dari landasan sebenar. (1)
(Bahkan Kitab itu) sebagai panduan dan pengawasan bagi memberi amaran dengan azab seksaan yang perit terus darinya (kepada yang kufur) dan sebaliknya menyampaikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal dengan amal soleh yang mereka akan mendapat balasan yang terbaik. (2)
Mereka (yang beriman dan beramal soleh itu) akan kekal menerima balasan baik untuk selama-lamanya. (3)
1
Dan (Kitab ini) memberi amaran keras kepada pemfitnah-pemfitnah (kufur) yang menjaja bahawa Allah itu memiliki anak. (4)
Sebenarnya mereka tidak mempunyai ilmu (tentang ketuhanan ini) dan kurang diajar oleh datuk nenek mereka. Sungguh menjijikkan dan pembohongan yang besar apa yang keluar dari mulut mereka itu. Mereka hanya bercakap perkara yang bohong. (5)
Maka jangan-janganlah pula engkau (wahai Muhammad), di atas sebab-sebab (perbuatan dan) keengganan mereka beriman dengan Al-Qur’an ini membinasakan dirimu, kerana terasa amat dukacita dan murung! (6)
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa-apa yang berada di atas mukabumi ini sebagai perhiasan. Matlamat kami ialah untuk menguji bagi menentukan siapakah di antara mereka yang benar-benar melaksanakan amal terbaik (di atasnya). (7) 2
Dan kemudiannya, Kami akan jadikan apa-apa yang berada di atas bumi itu musnah, tandus dan gersang (di akhir dunia nanti). (8)
Adakah Engkau menyangkakan yang kisah ‘Penghuni Gua’ Ashabul Kahfi) dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)
Peristiwa (penghuni gua itu) bermula apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri (dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata: “Ya Allah, Pembimbing kami! Cucurkanlah Rahmat Mu terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10)
Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nyenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11)
3
(Kemudian Kami kejutkan mereka dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu), siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul, berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu (atau mengenai kemungkinan kebangkitan semula selepas mati). (12)
Kami menceritakan pada engkau perihal mereka dengan penuh kebenaran! Sesungguhnya mereka itu adalah remaja-remaja yang kuat beriman dengan Allah, Tuhan mereka. Dan Kami telah membantu menambahkan Hidayah ke atas mereka. (13)
Dan Kami telah memperkuatkan hati-hati mereka dengan keberanian dan kesabaran semasa mereka terus beristiqomah (dengan Tauhid dalam diri mereka, dan menegaskan): “Tuhan kami (ialah Allah), Dialah Tuhan Pencipta dan Pentadbir langit dan bumi, dan kami semua! Bahawa kami memperakui tidak sekali-kali akan kami menyembah selain dariNya, dan jika kami menyembah selain dariNya, bererti kami mengucapkan sesuatu yang membohongi kenyataan kebenaran.” (14)
4
(Sambil bercakap-cakap sesama sendiri, mereka berhujjah dengan berkata): “Tengoklah kaum kita semua tu! Mereka menyembah Tuhan-tuhan selain dari Allah. Sepatutnya (dalam mencari kebenaran), mereka hendaklah mengemukakan bukti-bukti tentang ketuhanan sembahan mereka itu! (Tetapi mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya mereka berdusta terhadap Allah) Maka tidak ada yang lebih zalim, dari orang-orang yang mendustakan Allah!” (15)
Dan oleh kerana kamu telah memutuskan untuk memisahkan diri kamu dari orang-orang yang kufur itu, dan mengasingkan diri kamu dari apa yang mereka sembah, maka pergilah kamu bersembunyi dan berlindung di dalam gua itu, supaya Allah, Tuhan kamu, akan melimpahkan RahmatNya ke atas kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan cita-cita urusan kamu itu dengan bantuan-bantuan yang berguna. (16)
5
Dan engkau akan dapat gambarkan keadaan mereka, apabila matahari terbit, ianya akan cenderung ke kanan gua itu, dan apabila matahari terbenam pula, ia akan meninggalkan mereka ke arah kiri; sedang pada masa itu mereka semua berada dalam satu ruang yang lapang di dalam gua itu. Semuanya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah. Sesiapa yang telah Allah berikan hidayahNya, maka orang itu akan berjaya mencapai kebahagiaan, dan sebaliknya sesiapa yang telah Allah sesatkan, maka tidak sekali-kali akan ianya dapat mencari pembimbing yang boleh menunjukkan jalan kepadaNya. (17)
Mungkin juga engkau dapat jangkakan yang mereka itu dalam keadaan sedar! Sedangkan mereka sebenarnya dalam keadaan tidur, dan Kami balik-balikkan badan mereka ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri dalam tidur itu. Manakala anjing mereka pula tidur dengan keadaan kedua-dua kaki hadapannya menghulur ke arah pintu gua. Jika engkau melihat mereka dalam keadaan itu, tentulah engkau akan berpaling lari dari mereka dan diselubungi perasaan takut dan gerun yang teramat sangat. (18) 6
Dan begitulah keadaan mereka, sehingga Kami membangkitkan mereka semula dari tidur mereka, semata-mata untuk mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang dari mereka bertanya: “Dah berapa lama kita tidur ni?” Jawab seorang dari mereka: “Mungkin kita dah tertidur seharian atau separuh hari!” Sebahagian besar dari mereka berkata: “Allah sahaja yang tahu tentang berapa lama masanya kamu tertidur! Sekarang utuskanlah salah seorang dari kamu, dengan membawa wang perak kamu itu ke bandar, dan biarlah dia memilih apa-apa jua makanan yang ada, yang baik dan halal! Dan biarlah dia membawa balik sedikit habuan daripadanya (untuk kita sama-sama makan); dan hendaklah kamu bersifat lemah-lembut dan elakkanlah dari disedari oleh kaum itu, tentang siapa kamu! (19)
7
Sesungguhnya, jika mereka mengetahui hal kamu dan kamu tertangkap, tentulah kamu akan direjam, dibunuh atau dikembalikan kepada agama asal mereka secara paksa, dan pada masa itu kamu akan terperangkap selama-lamanya!” (20)
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka ini kepada semua, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah ‘menghidupkan’ semula yang mati adalah BENAR, dan sesungguhnya Hari Kiamat itu tidak syak lagi akan kemunculannya; pendedahan ini berlaku semasa kumpulan orang-orang (penduduk negeri itu) sedang berbantahan sesama sendiri mengenai perkara manusia dibangkitkan semula selepas mati. Setelah muncul peristiwa ini maka sebahagian dari mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua itu, Allah sahajalah yang mengetahui akan ehwal mereka.” Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (iaitu pihak raja pemerintah negeri itu) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka ini.” (21) 8
Sebahagian dari ahlil Kitab akan berkata: “Bilangan penghuni gua itu terdiri dari TIGA orang saja dan yang keempatnya ialah anjing mereka.” Sementara sesetengah mereka yang lain akan meneka dan berkata: “Bilangan mereka itu hanyalah LIMA orang sahaja dan yang keenamnya ialah anjing mereka.” Semua tekaan mereka ini adalah ibarat ‘meraba-raba dalam gelap’ tentang sesuatu yang tidak mereka ketahui. Sesetengah dari mereka (yang diberi petunjuk) akan berkata jumlah mereka adalah TUJUH orang dan yang kedelapan ialah anjing mereka. Apa pun wahai Muhammad, katakanlah pada mereka: “Hanya Allah, Tuhanku, yang Maha Mengetahui bilangan sebenarnya mereka itu, dan hanya sedikit sekali orang yang benar-benar tahu bilangan mereka itu.” Oleh itu janganlah engkau, (wahai Muhammad) berbahas dengan sesiapa pun mengenai ‘penghuni gua’ ini melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata, dengan panduan Al-Qur’an. Janganlah engkau (wahai Muhammad) meminta penjelasan mengenai hal-hal ‘penghuni gua ini’ dari mana-mana orang dalam kumpulan yang membincangkannya. (22)
Wahai Muhammad, janganlah Engkau berkata tentang sesuatu (yang hendak dikerjakan itu) dengan perkataan begini: “Bahawa aku pasti akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti.” (23) 9
Melainkan engkau lapikkan kata-katamu itu dengan perkataan ‘INSYAALLAH’. Dan ingat serta sebutlah akan Tuhanmu itu jika engkau lupa dan selalulah berkata dengan perkataan: “MUDAH-MUDAHAN, Allah Tuhanku itu akan memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan terang dari ini.” (24)
Dan mereka (Ashabul Kahfi) terus ditidurkan dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (mengikut tahun Syamsiah) dan ditambah sembilan tahun lagi (iaitu 309 tahun), (jika dikira mengikut tahun Qamariah). (25)
Beritahu mereka (wahai Muhammad): “Allah sahajalah yang mengetahui tentang jangkamasa mereka ditidurkan itu, kerana hanya Dia (Allah) memiliki ilmu segala rahsia di langit dan di bumi; terang sekali penglihatan dan pendengaranNya. Hanya Dia yang mengurus di bumi dan di langit, dan sekaligus tiada sesiapa pun yang turut campur dalam urustadbirNya.” (26)
10
Dan bacalah serta amalkanlah apa yang telah diwahyukan ke atas kamu, wahai Muhammad, dari kitab Tuhanmu (Al-Qur’an); (kerana) tiada sesiapa pun yang berupaya mengubah kalimah-kalimahNya; dan (kerana dari bacaan, penghayatan serta pegangan kamu dengan Al-Qur’an itu) engkau, wahai Muhammad, tidak akan sekali-kali mempunyai tempat perlindungan mutlak selain berlindung denganNya. (27)
Dan jadikanlah dirimu, wahai Muhammad, senantiasa berdamping rapat dengan mereka-mereka yang kuat beribadah kepada Allah, Tuhan mereka, di waktu-waktu pagi dan petang, mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah sekali-kali memalingkan matamu dari mereka hanya kerana engkau inginkan kesenangan hidup dunia ini; dan janganlah sekali-kali engkau patuhi orang-orang yang Kami tahu hati-hati mereka itu lalai dari mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Qur’an, yang sering mengikut telunjuk hawa nafsu mereka dan tingkah laku mereka pula melampaui kebenaran. (28) 11
Dan katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): KEBENARAN (Al-Haq) itu datangnya dari Allah, Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman denganNya, berimanlah! Dan sesiapa yang mahu terus kufur dan ingkar denganNya, biarlah dia ingkar dan kufur!” Kerana Kami telah menyediakan bagi mereka yang zalim ini dengan api Neraka, yang akan menyelimuti mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka akan dihulurkan dengan air seperti tembaga cair, yang pasti akan membakar muka mereka. Sungguh buruknya minuman sedemikian, dan lebih buruk lagi Neraka itu sebagai tempat mereka berpulang. (29)
Manakala orang-orang yang beriman dan beramal soleh pula, sudah pastinya Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. (30)
12
Mereka itu disediakan Syurga yang kekal, yang mengalir di dalamnya beberapa anak-anak sungai; mereka dihias di dalamnya dengan gelang-gelang emas, dan memakai pakaian berwarna hijau dari sutera yang bersulam emas dan perak; mereka berehat di dalamnya sambil berbaring di atas pelamin-pelamin yang berhias. Yang demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan Syurga adalah tempat berehat yang semolek-moleknya. (31)
Bawalah kepada mereka satu misal perbandingan: Dua sahabat lelaki, Kami kurniakan bagi salah seorang dari mereka dua buah kebun anggur, dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, dengan jenis-jenis tanaman yang berlainan. (32)
13
Kedua-dua kebun tersebut mengeluarkan hasilnya, dan Kami tidak mengurangkan sedikit pun dari hasil itu, dan juga Kami mengalirkan di antara keduanya dengan sebatang sungai. (33)
Di samping kebun tersebut, sahabat ini juga mempunyai harta lain, lalu berkatalah ia kepada sahabatnya itu sewaktu berbincang dengannya: “Aku mempunyai lebih banyak harta daripadamu, wahai sahabat! Dan aku lebih berpengaruh dengan anak-anakku yang ramai.” (34)
Dan sambil dia masuk ke dalam dua kebunnya itu bersama sahabatnya, dengan rasa angkuh (sebenarnya dia menzalimi dirinya sendiri) dan berkata: “Aku tak fikir kebun-kebunku ini akan binasa selama hidupku ini! (35)
14
Dan aku tak fikir akan berlakunya Kiamat, dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (mengikut kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat ‘tempat kembali’ yang lebih baik daripada ini!” (36)
Sahabat yang mendengar kata-katanya itu pun menjawab: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah, (sebenarnya Dialah) yang telah menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air mani, dan kemudian membentukmu dengan sempurnanya sebagai seorang lelaki? (37)
Tetapi aku sendiri percaya dan yakin sepenuhnya bahawa Dialah Allah Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku Allah itu. (38)
15
Dan sepatutnya sewaktu engkau masuk ke dalam kedua-dua kebunmu itu, ucaplah dengan perkataan (segala-galanya akan terjadi dengan kehendak Allah), (kekuatan yang ada hanya dengan pertolongan Allah; semuga engkau mendapat barakah dariNya), kalaupun engkau memandang aku ini miskin, kurang harta dan anak, berbanding dengan engkau yang kaya. (39)
Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan aku nanti dengan yang lebih baik daripada kebun-kebunmu itu, dan aku bimbang (dengan lagak dan kufurmu itu) engkau akan ditimpa dengan bala bencana dari langit (Allah) sehingga terbinasalah semua kebun-kebunmu itu menjadi tandus dan licin. (40)
Ataupun, segala air yang menyuburkan kebun itu akan kering ditelan bumi, maka pada masa itu nanti tiada apa yang dapat engkau perolehi.” (41)
16
Dengan kuasa Allah, segala tanaman serta harta benda sahabat itu dibinasakan, lalu pada masa itu dia menyesal, dengan membalik-balikkan kedua-dua tapak tangannya (kehairanan dan sedih) di atas kehilangan hasil pelaburannya pada kebun-kebun itu, di mana kebun-kebun itu mengalami kematian pucuk-pucuk, dan dia berkata: “Alangkah baiknya jika aku tidak sekutukan sesuatu dengan Tuhanku.” (42)
Dan tiada sesiapa yang boleh menolongnya selain dari Allah, dan pada yang sama dia tidak dapat membela dirinya sendiri. (43)
Pada saat-saat demikian, semua kekuasaan yang memberi pertolongan hanya terletak di tangan Allah sahaja; iaitu dari Tuhan yang sebenar-benarnya. Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang bahagia kepada hamba-hambaNya yang taat. (44)
17
Wahai Muhammad, dan kemukakanlah kepada mereka satu lagi misal perbandingan iaitu: KEHIDUPAN DUNIA ini samalah seperti air hujan yang telah Kami turunkan dari langit; ia turun dan kemudian bercampur baur dengan tanah-tanih (menyebabkan kesuburan tanah dan hasil yang hijau). Kemudian bila berlaku kekeringan air itu, maka semuanya akan kering hancur dan terbang ditiup angin. Ingatlah! Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (45)
Harta benda dunia, dan anak-pinak hanya sekadar perhiasan hidup; dan AMAL-AMAL SOLEH yang kekal faedahnya kepada hidup ini dan paling berkebajikan di sisi Allah dari segi pahala balasannya, itulah sebaik-baik asas yang memberi harapan. (46)
Iaitu, ingatlah pada satu hari nanti (hari Kiamat), akan Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang, dan pada masa itu engkau akan dapat melihat bumi ini rata dan terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka semua (di Padang Mahsyar), dan tidak seorang pun yang ketinggalan. (47) 18
Mereka tetap akan dibawa menghadap Tuhanmu, Allah, berbaris-baris seraya dikatakan: “Kamu semua sekarang ini telah datang menemui Kami dalam bentuk ciptaan sepertimana kamu dijadikan mula-mula dulu, bahkan kamu dahulu menyangka yang Kami tidak akan mengadakan waktu sedemikian rupa (untuk dihimpunkan kamu semua) seperti yang dijanjikan.” (48)
Dan ‘Kitab-kitab Amal’ dibentangkan, engkau akan dapat melihat bahawa orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya, dan mereka akan berkata: “Aduhai, celakanya kami ini! Mengapa Kitab ini sedemikian rupa? Catitannya tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, semua dihitung!” Dan mereka mendapati segala amal yang telah mereka lakukan itu telah ‘sedia tertulis’. (Ingatlah) Allah, Tuhanmu itu tidak zalim kepada seseorang pun. (49)
19
Dan ingatkanlah peristiwa tatkala Kami berfirman kepada Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka sekelian mereka itu sujud kepadanya, kecuali IBLIS. Iblis itu berasal dari golongan Jin, mereka derhaka terhadap perintah Allah, Tuhannya. Patutkah kamu (Wahai yang kufur ingkar!) mengambil dan menjadikan Iblis serta keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang memimpin kamu selain dari Ku? Sedangkan mereka itu musuh-musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim ini; mengambil pengganti yang mereka pilih itu. (50)
Aku tidak pernah memanggil mereka menyaksi atau membantu Ku mencipta langit dan bumi, dan tidak juga pernah Aku meminta bantuan sesetengahnya untuk mencipta sesetengah yang lain; dan pasti TIDAK sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan ini sebagai pembantu Ku. (51)
20
Dan ingatkanlah pada masa Allah menyeru (dengan perkataan berikut kepada orang-orang yang sedang diazab): “Panggillah sekutu-sekutu Ku (Iblis dan Syaitan yang mempengaruhi mereka yang sedang diazab itu), yang pernah kamu bersekutu dengan mereka, untuk menolong kamu!” Pada masa itu sekutu-sekutu tersebut dipanggil, tetapi sia-sia saja kerana sekutu-sekutu itu tidak menyahut seruan mereka yang sedang diazab itu. Kami telah jadikan untuk mereka tempat azab yang membinasakan. (52)
Dan orang-orang Musyrikin yang berdosa itu tetap akan melihat Neraka (yang berada di sekitar mereka pada masa itu), maka yakinlah mereka bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tiada jalan untuk mengelak dari masuk ke dalam Neraka itu. (53)
Dan Kami telah huraikan di dalam Al-Qur’an dengan berbagai cara untuk umat manusia; dengan segala macam contoh bandingan; tetapi sememangnya manusia itu sejenis makhluk yang suka membantah. (54) 21
Yang menghalang manusia itu daripada beriman dan beristighfar pada Allah atas dosa-dosa mereka, walaupun telah mendapat petunjuk dari Al-Qur’an, ialah mereka mahu melihat dan menghadapinya dahulu (untuk beriman), sambil menunggu didatangi azab yang memusnahkan, sepertimana yang telah menimpa orang-orang terdahulu atau diturunkan azab itu terus ke atas mereka (sebagai bukti kebenaran). (55)
Kami mengutuskan Rasul-rasul adalah dengan tugas-tugas penyampai khabar gembira kepada yang beriman dan penyampai berita amaran kepada yang kufur. Dan orang-orang kafir itu membantah dengan alasan yang salah demi untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan semua ayat-ayat Ku termasuk amaran-amaran yang disampaikan pada mereka itu sebagai ejekan. (56)
22
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang telah diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhannya; lalu ia berpaling tadah daripadaNya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua-dua tangannya; sesungguhnya (disebabkan sikap mereka yang buruk itu) Kami litupkan hati-hati mereka dengan lapisan-lapisan, yang menghalang mereka daripada memahami hidayah, dan Kami juga menjadikan penyumbat yang menjadikan telinga mereka pekak kepada hidayah. Sehingga, jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk hidayah Allah, mereka tidak sekali-kali mendapat petunjuk itu selama-lamanya. (57)
Dan Tuhanmu Maha Pengampun, melimpah-limpah RahmatNya. Jika Dia mahu menyeksa mereka di dunia ini, atas sebab kekufuran mereka itu, tentulah Dia akan menyegerakan azab itu dan pasti akan menimpa mereka; TETAPI Dia tidak berbuat demikian, bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang tidak akan sekali-kali dapat sebarang tempat perlindungan (iaitu di hari Kiamat). (58) 23
Dan terdapat beberapa bandar-bandar yang telah Kami musnahkan penduduknya kerana mereka melakukan kezaliman, dan kami telah tetapkan satu masa tertentu bagi kebinasaan mereka. (59)
Dan kenangkanlah wahai Muhammad, tatkala Musa telah memberitahu kepada pembantunya dengan kata-katanya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua lautan itu, atau aku akan terus berjalan bertahun-tahun (mencari Khidir).” (60)
Apabila mereka sampai ke tempat pertemuan dua lautan itu mereka lupa akan hal ikan (bekalan musafir) yang mereka bawa itu. Lalu ikan itu menggelupur dan mencari jalannya masuk semula ke dalam laut dengan penuh menakjubkan. (61)
24
Setelah mereka berjalan pergi dari tempat itu, tiba-tiba Musa meminta pada pembantunya: “Sila bawakan makanan tengahari kita sekarang, sesungguhnya kita sudah kepenatan dalam perjalanan kita ini.” (62)
Jawab pembantunya: “Tahukah tuan apa yang telah terjadi sewaktu kita berehat di batu besar itu tadi? Ikan yang kita bawa itu telah menggelupur dan mencari jalan balik semula ke dalam laut. Aku telah lupa untuk memberitahumu tentang hal ikan itu, dan lupa itu disebabkan oleh gangguan syaitan atasku untuk mengingatinya.” (63)
Kata Musa: “Itulah tempatnya yang kita cari!” Maka kedua-dua mereka pun berpatah balik ke tempat itu mengikut jejak mereka. (64)
25
(Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, ang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami, dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami (dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65)
Musa pun bertanya padanya: “Boleh tak aku mengikuti perjalananmu dengan syarat engkau mengajarkan aku ilmu yang telah diajar oleh Allah padamu itu?” (66)
(Khidir) menjawab: “Sesungguhnya (wahai Musa) engkau tidak sekali-kali dapat bersabar bersamaku! (67)
(Logiknya) Dan bagaimana engkau akan bersabar dalam satu-satu perkara (peristiwa/kejadian) yang engkau tidak punya ilmu yang meliputi mengenainya?” (68)
26
Jawab (Musa): “Insyallah! Engkau akan mendapati aku ini bersifat sabar, dan aku berjanji tidak akan membantah sebarang arahanmu itu”. (69)
Kata (Khidir) lagi: “Sekiranya engkau masih mahu mengikut aku lagi, maka jangan engkau kemukakan apa-apa pertanyaan padaku tentang apa yang akan berlaku, sehingga aku menjelaskannya kemudian”. (70)
Maka bergeraklah kedua-dua mereka, (dalam perjalanan itu) sehinggalah mereka menaiki sebuah bahtera, dan tiba-tiba dicacatkan dindingnya dan dikhuatiri akan membocorkan bahtera itu. (Lantas secara spontan) Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkan bahtera ini, kerana ia akan menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Engkau telah melakukan sesuatu yang tak senonoh!” (71)
Bantah Khidir: “Kan aku dah katakan yang engkau memang tak dapat bersabar dengan aku (dalam perjalanan ini)?” (72) 27
(Terkejut dengan bantahan itu) Musa berkata: “Usahlah engkau marah padaku ini, aku terlupa pada syarat kita itu; dan janganlah engkau memberatkan aku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (untuk mempelajari ilmu darimu itu).” (73)
Perjalanan kedua-duanya diteruskan, sehinga kedua-duanya menemui seorang kanak-kanak lelaki, dan (Khidir) membunuhnya! (Spontan Musa mengkritik): “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang tidak berdosa, yang tidak membunuh sesiapa pun? Engkau telah melakukan satu kerja yang durjana!” (74)
Tegur Khidir (sekali lagi): “Kan aku dah katakan yang engkau tidak akan dapat bersabar dengan aku?” (75)
Akur Musa (atas pelanggaran syarat itu) dengan berkata: “Jika aku terus menyoal engkau tentang sesuatu selepas ini, maka engkau tak usah lagi mendampingiku, sesungguhnya engkau telah banyak menerima bantahanku selama ini.” (76) 28
Kedua-dua mereka terus berjalan, sehingga menemui penduduk sebuah perkampungan, lalu mereka meminta diberi makanan. Tetapi penduduk enggan menjamu mereka, dan tidak mahu menerima mereka sebagai tamu. Spontan dengan itu mereka terlihat sebuah tembok yang menyenget (dipinggiran kampung itu) dan (Khidir) pantas sekali menegakkannya semula. (Menyindir dengan perbuatan itu) Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mendapat upahnya!” (77)
Khidir menjawab: “Sampailah masanya, untuk kita berpisah. Apa pun aku akan jelaskan pada engkau perkara-perkara tadi yang engkau tidak boleh bersabar dengannya itu.” (78)
Mengenai bahtera (yang dicacatkan itu), ianya dimiliki oleh sekumpulan nelayan miskin, yang mencari makan dalam laut. Aku bertindak mencacatkan bahtera mereka, kerana jauh di belakang sana terdapat seorang raja yang (hobinya) suka merampas semua bahtera cantik yang sempurna. (79) 29
Mengenai kanak-kanak (yang dibunuh), ianya mempunyai ibubapa yang kuat beriman dengan Allah. Aku khuatir budak lelaki itu (setelah besar) akan menderhaka dengan mendesak kedua-dua ibubapanya melakukan perbuatan zalim dan kufur pada Allah. (80)
Maka aku berharap agar Allah, Tuhan kedua-dua ibu bapanya, akan menggantikannya dengan seorang anak yang lebih baik dari segi kebersihan jiwa dan penuh mesra kasih sayangnya. (81)
Mengenai tembok (yang telah ditegakkan semula), ianya dimiliki oleh dua orang anak yatim di kampung itu. Di bawah tembok itu terdapat harta kepunyaan kedua-dua anak yatim itu yang ditanam oleh bapa mereka, seorang yang soleh. Maka Tuhanmu, mahukan sehingga mereka berdua mencapai umur balighnya, dapatlah kedua-duanya mengeluarkan harta tersebut sebagai satu Rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya (wahai Musa), aku tidak buat semuanya itu mengikut kehendakku! Begitulah peneranganku atas semua perkara yang engkau tidak boleh bersabar dengannya!” (82) 30
Dan mereka pernah bertanya denganmu tentang Zulqarnain! Jawablah pada mereka: “Aku akan bacakan pada kamu (dari wahyu yang menjelaskannya) sedikit tentang perihalnya.” (83)
Sesungguhnya, Kami telah mengizinkan beliau dengan kekuasaan memerintah di bumi ini, dan juga membenarkan kepadanya jalan-jalan yang boleh mencapai segala kehendaknya. (84)
Lantas dia akan mengikut jalan-jalan yang menyampaikannya pada kehendaknya itu. (85)
(Perjalanannya bermula) hingga dia sampai ke kawasan matahari terbenam. Beliau melihat matahari itu terbenam di sebuah bulatan matair hitam yang berlumpur. Di sisi kawasan itu terdapat sebuah penempatan satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman kepadanya: “Wahai Zulqarnain! Pilihlah samada engkau hendak azabkan mereka (yang kufur) atau berbuat baik pada mereka!” (86) 31
Jawab Zulqarnain: “Orang-orang yang zalim itu (yang terus kufur dan zalim selepas didakwahkan pada mereka) akan diazab, dan kemudian akan dikembalikan mereka pada Tuhannya (di Akhirat) untuk menerima azab kedua yang sangat perit. (87)
Manakala orang-orang yang beriman dan beramal soleh, di kalangan mereka, akan diberi balasan yang sebaiknya dan akan diperintahkan mereka dengan perintah yang tidak memberatkan mereka.” (88)
Kemudian dia berpatah balik mengikut jalan lain. (89)
(Perjalanan diteruskan) sehingga beliau sampai di kawasan matahari terbit, beliau mendapati di sana terdapat satu kaum yang terlalu primitif, yang tidak ada apa-apa yang melindungi badan mereka dari matahari itu. (90) 32
Begitulah, dan sesungguhnya Allah bantu memberi secara perkhabaran meliputi segala yang ada padanya. (91)
Kemudian beliau berpatah balik mengikut jalan yang lain pula. (92)
(Beliau meneruskan perjalanannya) sehingga beliau sampai ke satu kawasan di antara dua gunung, dan didapati terdapat suku kaum, yang percakapan mereka hampir-hampir tidak dapat difahami. (93)
Suku kaum itu berkata: “Wahai Zulqarnain! Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu sentiasa melakukan kerosakan di atas mukabumi ini, maka boleh tak kami membayar sedikit upah untuk engkau membina benteng penghadang bagi memisahkan kami dengan mereka.” (94)
33
Jawab Zulqarnain: “Sesungguhnya kekuasaan dan kekayaan anugerah Allah padaku lebih baik dari upah yang nak kamu berikan padaku. (Bagi memulakan projek pembinaan benteng itu, maka Zulqarnain pun memerintah mereka dengan berkata) Maka sekarang bantulah aku dengan segala kekuatan yang ada pada kamu semua (tenaga, modal dan bahan) untuk aku bina sebuah ‘tembok penutup yang kukuh’ (Radman) yang akan memisahkan di antara kamu dengan mereka. (95)
Bawa padaku ketulan-ketulan bijih besi” - sehingga apabila terkumpul menjadi separas tingginya yang dapat menutup lapangan di antara dua belah tempat tembok itu, dan selepas itu Zulqarnain memerintah supaya: “Nyala dan tiupkan api ke dalam campuran bahan itu sehingga semuanya merah menyala seperti api." Selepas itu, katanya: “Bawalah padaku tembaga cair supaya aku curahkan ke dalam ruang-ruang bahan besi itu.” (Maka terbinalah ‘Radman’ (benteng) yang kukuh itu dengan pertolongan Zulqarnain). (96)
Maka mereka tidak akan dapat memanjat benteng itu dan juga tidak berupaya menebuk lubang untuk tembus masuk ke dalam kawasan. (97) 34
Setelah selesai pembinaan benteng itu, Zulqarnain berkata: “Ini adalah satu Rahmat dari Allah, Tuhanku! (Ingatlah! Dalam pada itu) apabila telah sampai semua janji-janji Allah (berlakunya Kiamat) maka benteng sekuat ini pun akan menjadi hancur lebur, dan janji-janji Allah itu adalah BENAR.” (98)
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (iaitu hari-hari sebelum hampir Kiamat) keluar beramai-ramai bercampur-baur antara satu sama lain dan kemudiannya ditiupkan sangkala kedua, lalu Kami himpunkan mereka seluruhnya (di Padang Mahsyar). (99)
Kami perlihatkan kepada mereka pada hari itu akan Neraka Jahannam dengan sejelas-jelasnya. (100)
Khususnya, pada orang-orang yang kufur, yang mana mata-mata mereka telah tertutup daripada melihat kebesaran kekuasaan Ku (yang boleh membawa mereka kepada mengingati Ku di dunia dahulu), dan mereka itu pula tidak pernah mendengar ayat-ayat Ku. (101) 35
Adakah orang-orang kafir engkar itu menyangka yang mereka telah memilih makhluk ciptaan Ku yang disembah menyengutui Ku itu boleh menolong mereka nanti? Sesungguhnya, Kami telah menyediakan kepada mereka Neraka Jahannam sebagai tempat berpulangnya mereka nanti. (102)
Katakan pada mereka (wahai Muhammad): “Mahukah kamu untuk aku beritahu tentang orang yang paling rugi dalam semua amalan mereka (di dunia ini)? (103)
Mereka ialah orang-orang yang telah mensia-siakan semua amalan mereka di dunia ini, sedangkan dalam sangkaan mereka, merekalah orang yang paling betul dan paling baik atas apa yang telah mereka lakukan.” (104)
36
Mereka adalah orang-orang yang kufur ingkar terhadap semua ayat-ayat Allah, yang juga ingkar bahawa mereka akan bertemu dengan Tuhan mereka (setelah mati). (Dengan penolakan ini) maka gugurlah segala amal baik mereka, dan semua amalan itu tidak menjanjikan apa-apa nilai di hari Kiamat. (105)
Itulah balasan ke atas mereka, iaitu Neraka Jahannam. Iaitu balasan ke atas kekufuran mereka, dan ke atas perbuatan mereka yang menjadikan ayat-ayat Ku dan Rasul-rasul Ku sebagai bahan ejekan. (106)
Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh, mereka akan disediakan dengan Jannatul Firdaus sebagai tempat berpulangnya mereka. (107)
37
Mereka akan kekal di dalamnya dan mereka tidak mahu berpindah darinya. (108)
Katakanlah pada mereka (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi dakwat untuk menulis dan merakam semua KALIMAH Allah, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis menulis kalimah-kalimah Allah, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan setanding dengannya sebagai bantuan.” (109)
Katakanlah pada mereka (Wahai Muhammad):“Sesungguhnya, Aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, diberikan wahyu kepadaku (menyeru kepada penetapan iman) bahawa Allah itu Tuhan kamu yang Maha Esa. Maka sesiapa yang mahu dan berharap untuk menemui Allah, Tuhannya, maka hendaklah dia banyak beramal soleh (di dunia ini) dan jangan sekali-kali syirik menyengutui Dia dalam ibadahnya (dengan yang lain). (110) 38
TAFSIRAN SURAH AL-KAHFI Panduan membaca tafsiran Surah Al-Kahfi ini ialah untuk menyenangkan pemahaman dan memboleh kita menguasai keseluruhan kandungan surah. Surah ini dipecahkan perbincangannya kepada ENAM bahagian: Pertama:
Ayat-ayat 1-8 Pengenalan kepada Surah Al-Kahfi yang menekan konsep Tauhid dan Akidah.
Kedua:
Ayat-ayat 9-31 Penjelasan mengenai Penghuni Gua (Ashabul Kahfi) dan sedikit mengenai Syurga.
Ketiga:
Ayat-ayat 32-44 Penjelasan kisah pemilik dua kebun dan seorang soleh; Isu Akidah.
Keempat:
Ayat-ayat 45-59 Pengenalan kepada konsep kemanusiaan, kehidupan dan alam Akhiratnya.
Kelima:
Ayat-ayat 60-82 Kisah pertemuan dan perjalanan Musa dengan hamba Allah yang soleh (Khidir).
Keenam:
Ayat-ayat 83-110 Kisah Zulqarnain dan pengembaraannya.
1
Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8
MAFHUMNYA:
Syukur hanya kepada Allah, Yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur’an) ke atas hambanya (Nabi Muhammad saw). Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan Kitab itu terpesong dari landasan sebenar. (1) (Bahkan Kitab itu) sebagai panduan dan pengawasan bagi memberi amaran dengan azab seksaan yang perit terus darinya (kepada yang kufur) dan sebaliknya menyampaikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal dengan amal soleh yang mereka akan mendapat balasan yang terbaik. (2) 1
Mereka (yang beriman dan beramal soleh itu) akan kekal menerima balasan baik untuk selama-lamanya. (3) Dan (Kitab ini) memberi amaran keras Kepada pemfitnah-pemfitnah (kufur) yang menjaja bahawa Allah itu memiliki anak. (4) Sebenarnya mereka tidak mempunyai ilmu (tentang ketuhanan ini) dan kurang diajar oleh datuk nenek mereka. Sungguh menjijikkan dan pembohongan yang besar apa yang keluar dari mulut mereka itu. Mereka hanya bercakap perkara yang bohong. (5) Tafsiran: KONSEP
:
‘Alhamdulillah’, yang membawa erti syukur, puji, puja kerana sesuatu anugerah, HANYA LAYAK diberi kepada Allah sahaja. Ini bererti bahawa Allah sahajalah yang berhak disyukuri, dipuji dan dipuja sebagai Penganugerah segala-galanya kepada kita, yang semua datangnya dari Dia. Ini kerana setiap sesuatu yang wujud itu adalah sebagai nikmat dari nikmat-nikmat kurniaanNya, dan HANYA Dia sahaja yang menganugerahkan semuanya itu. ‘Alhamdulillah’ itu dibahagikan kepada 3 kategori iaitu PERKATAAN, PERBUATAN dan HAL KEADAAN. Perkataan: Bererti lidah kitalah yang menyatakan pujian dan pujaan ke atasnya, kerana Allah telah memuji diriNya sendiri atas lidah-lidah nabi dan rasul-rasulNya. Dalam surah ini Allah memulakannya dengan mensyukuri diriNya sendiri yang telah menurunkan Al-Qur’an ke atas Muhammad saw sebagai nikmat agungNya kepada manusia. Perbuatan: Jika kita bersyukur, bererti kita akan ikuti kesyukuran itu dengan amalan yang melibatkan anggota 2
badan kita dalam beribadah, berkebajikan dan dengan niat semata-mata KERANA Allah. Tujahan kita ialah Allah. Syukur ini akan membawa kita kepada ikhlas. Ikhlas bererti kita mengharapkan Rahmat Allah dalam semua amalan baik kita. Hal Keadaan Bersyukur: Bererti ianya melibatkan aspek roh dan hati kita. Iaitu apabila kita mengucapkan syukur, pujian dan pujaan kepada Allah, maka kita harus sekali bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna dari segi ilmu dan amal, dan berakhlak dengan akhlak yang diredhai oleh Yang Kita Puja itu, iaitu Allah.
Aku bersyukur, dan hanya Allah sahaja yang layak disyukuri KERANA Dialah yang telah menurunkan Al-Qur’an ke atas hambaNya, Rasulullah saw. Al-Qur’an adalah sehebat-hebat nikmat Allah dan yang TERBESAR, yang menyebabkan kita memuji dan memujaNya serta mengutarakan syukur kita kepadaNya. Allah sahaja yang layak dipuji kerana telah menurunkan Al-Qur’an ke atas Rasulullah saw untuk semua umat manusia dan penurunannya adalah sebesar-besar nikmat dari semua nikmat-nikmatNya, kerana bimbingan Al-Qur’an itu kepada manusia ke arah kebahagiaan dunia dan Akhirat.
Dan Dia tidak menjadikannya sebagai Kitab yang songsang menentang kebenaran, yang membawa kepada kebatilan. Jadi ke arah mana? 3
Allah menjadikan Al-Qur’an itu memandu kita ke arah jalan yang lurus (Siratul Mustaqim). Iaitu jalan yang tidak melampaui batas, tiada berlebih-lebihan, dan bernilai untuk maslahah ugama Allah (Islam) dan dunia, maka sesungguhnya Al-Qur’an itu akan bersifat sempurna dan bersifat terus-kekal membimbing kepada keimanan dan amal baik.
Tujuan Al-Qur’an itu sekali lagi untuk memberi khabar amaran kepada mereka-mereka yang kufur pada Allah dengan penyediaan azab yang sangat pedih ke atas mereka dan yang didatangkan sendiri oleh Allah. Iaitu untuk menghukum mereka yang tidak mahu berterima kasih atau bersyukur pada Allah dan menolak Allah walaupun pada hakikatnya mereka adalah ciptaan Allah. Ianya meliputi azab di dunia dan di Akhirat nanti atau kedua-duanya sekali.
Dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) Mereka tinggal tetap dalam balasan yang baik itu selama-lamanya. (3)
4
Tujuan kedua ialah untuk memberi khabar gembira kepada orang yang BERIMAN dan yang melakukan amal soleh, iaitu semua amal baiknya, untuk keredhaan Allah sahaja. Sebagai ganjaran kepada keimanan dan amal soleh mereka, mereka disediakan dengan syurga dan segala nikmat yang ada di dalamnya. Ganjaran ini akan KEKAL selama-lamanya kepada mereka.
Dan juga Al-Qur’an itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata “Allah mempunyai anak”. (4) Sebenarnya mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan tidak juga oleh datuk nenek mereka. Tujuan ke tiga ialah untuk memberi AMARAN KERAS kepada pembuat-pembuat fitnah yang menyatakan bahawa Allah mempunyai anak. Mereka ialah dari kumpulan Quraisy yang mendakwa mereka menyembah malaikat, yang dikatakan sebagai anak-anak perempuan Allah. Mereka sebenarnya mewarisi dakwaan ini dari datuk nenek mereka yang juga JAHIL tentang Allah. Mustahil bagi Allah memiliki anak.
Besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka, mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5)
5
Begitu besar sekali PEMBOHONGAN mereka itu, dan apa yang terkeluar dari mulut mereka semuanya bohong. Di antara perkataan mereka ialah mengenai kekufuran mereka, penyamaan Allah dengan yang lain dan mereka menyatakan seolah-olah Allah perlu kepada anak. Disimpulkan dari ayat-ayat di atas: 1.
Al-Qur’an adalah sebesar-besar nikmat Allah yang pernah dikurniakan kepada hamba-hambanya; menjelaskan Akidah Tauhid pada manusia.
2.
Al-Qur’an sekali-kali tidak menampilkan perkara-perkara karut yang tidak berasas, TETAPI membimbing manusia ke arah Siratul Mustaqim, dunia dan Akhirat. Ini akan menjelaskan kepada minda kita, memberi ingatan kepada yang kufur dan memberi khabar gembira kepada yang beriman.
3.
Al-Qur’an menganjurkan supaya kita banyak membaca, berpegang dan beramal dengan ajaran-ajarannya, di samping beramal soleh selama kita berada di dunia ini.
Ayat-ayat 6-8:
Maka jangan-janganlah pula engkau (wahai Muhammad), di atas sebab-sebab (perbuatan dan) keengganan mereka beriman dengan Al-Qur’an ini membinasakan dirimu, kerana terasa amat dukacita dan murung! (6) 6
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa-apa yang berada di atas mukabumi ini sebagai perhiasan. Matlamat kami ialah untuk menguji bagi menentukan siapakah di antara mereka yang benar-benar melaksanakan amal terbaik (di atasnya). (7) Dan kemudiannya, Kami akan jadikan apa-apa yang berada di atas bumi itu musnah, tandus dan gersang (di akhir dunia nanti). (8) Tafsiran: Ibnu Kathir mencatitkan tafsiran Ayat 6 dengan berkata: “Rasulullah sangat sedih dengan Musyrikin Mekah yang didakwahnya itu kerana mereka tidak mahu beriman pada Allah dan menjauhkan diri mereka dari Al-Qur’an dan keimanan. Kesedihan yang digambarkan ini seolah-olah boleh memusnahkan diri baginda sendiri.” Mujahid, pentafsir agung, dalam mentafsirkan Ayat 6 ini berkata: “Seolah-olah Allah mengatakan pada Rasulullah: ‘Janganlah kamu wahai Muhammad, terlalu sedih ke atas mereka itu, tetapi teruskanlah menyampaikan risalah tauhid Aku kepada mereka. Sesiapa yang diberi hidayah, maka ianya adalah untuk diri mereka, dan sesiapa yang tidak diberi hidayah, itu adalah pilihan mereka.’” Jika orang-orang musyrikin Mekah ini terlalu cintakan dunia dan keindahannya, maka ketahuilah bahawa Allah ciptakan dunia dengan hiasannya itu, bukan untuk mereka kekal menikmatinya. TETAPI matlamat sebenarNya ialah untuk MENGUJI mereka dengan ujian-ujianNya, sehingga hasil ujian ini akan menyerlahkan siapa di antara mereka yang banyak berbuat amal soleh dan beriman padaNya. Inilah pengertian Ayat 7. 7
Allah yang mencipta bumi ini, akan menjadikannya tandus dan gersang, yang akhirnya akan dihancurkan apabila Kiamat berlaku. Pada masa itu, apalah ertinya keduniaan pada mereka yang terlalu bergantung pada dunia ini? Inilah sisipan pengertian Ayat ke 8. Muhammad bin Ishak sewaktu mentafsirkan ayat ini berkata: “Bumi dan apa yang berada di atas dan di dalamnya akan musnah hancur, tempat kembali ialah kepada Allah. Oleh itu wahai Muhammad, janganlah engkau berputus asa dan janganlah engkau berdukacita di atas apa yang engkau dengar dan lihat dari kaum Musyrikin itu.” Disimpulkan dari pengertian 3 ayat di atas: 1. Rasulullah rasa KECEWA dan dukacita yang teramat sangat atas keengganan Musyrikin Mekah beriman dengan Al-Qur’an. Ertinya tanpa Al-Qur’an, dakwah itu tidak akan dapat mengetuk hati mereka untuk tunduk pada Allah. Bagaimana pula dengan kita yang tidak membaca, tidak menghayati dan was-was tentang Al-Qur’an ini? 2. Rasulullah rasa terlalu kecewa dalam dakwahnya itu kerana: a) Perbuatan menolak Al-Qur’an bererti menolak Iman dan Islam. b) Rahmat yang ada di dalam diri Rasulullah tidak sanggup untuk melihat keingkaran yang mereka lakukan itu, yang menjauhkan mereka dari kehidupan sebenar. c) Tidak sempurnalah peranan Rasulullah dalam menjalankan dakwahnya dan dalam menyatakan persediaan ubudiah, kepada mereka. d) Kesungguhan Rasulullah dalam berdakwah tercalar dengan penolakan Al-Qur’an ini. 8
3. Apabila mereka menolak Al-Qur’an, bererti mereka menolak Iman. Maka hiduplah mereka dalam dunia yang fana ini, mengharapkan ianya kekal. Ingatlah, bahawa dunia dan bumi ialah tempat untuk Allah menguji dan melihat Iman dan amal kita. Ia telah dijadikan untuk dimusnahkan nanti, atau berlakulah kemusnahan dari masa ke masa, lantas manusia itu pasti akan rugi jika terus beriman dengan bumi tetapi tidak beriman dengan PENCIPTA bumi itu sendiri.
9
Bahagian Kedua: Tafsiran Ayat-ayat 9-31 Ayat-ayat 9-12: Kisah Penghuni Gua (Ashabul Kahfi), yang dikaitkan dengan Isu Akidah.
MAFHUMNYA:
Adakah Engkau menyangkakan yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi) dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) Peristiwa (penghuni gua itu) bermula apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri (dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata: “Ya Allah, Pembimbing kami! Cucurkanlah RahmatMu terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10) Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11) 1
(Kemudian Kami kejutkan mereka dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu), siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul, berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu (atau mengenai kemungkinan kebangkitan semula selepas mati). (12) Tafsiran: Adakah Engkau menyangkakan yang kisah ‘Penghuni Gua’ (Ashabul Kahfi) dan Anjing mereka (Ar-Raqiim) itu sahaja yang lebih menakjubkan, dari semua tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) Tujuannya ialah, untuk membandingkan apa yang diminta oleh kaum Quraisy dan Yahudi itu tidaklah begitu penting jika dinilaikan dengan keimanan, Al-Qur’an dan Islam. Ismail Haqqi mentafsirkan pengertian ayat ini sebagai: “Sepatutnya, apa yang mereka mahu itu tidak perlu dianggap penting dan tidak perlu engkau merasa ianya penting.” Ibnu Jarih pula mentafsirnya: “Terdapat tanda-tanda lain yang menghairankan dari kisah ini!”
lebih
ajaib
dan
Ibnu Kathir pula menjelaskan ayat sebagai: “Tanda-tanda Allah mencipta bumi dan langit, pergerakan siang dan malam, perjalanan bintang, bulan dan matahari, dan bintang-bintang lain adalah tanda-tanda agung tentang kekuasaan Allah, dan Allah berbuat apa yang Dia mahu. Oleh itu sepatutnya cerita penghuni gua ini tidaklah sebesar-besar keajaiban dari tanda-tanda Allah.” 2
Syed Qutub pula berkata: “4 ayat ini hanya menonjolkan kisah penghuni Gua dari segi penceritaan Allah kepada umat Muhammad. Dan kisah ini walaupun penuh keajaiban, tetapi bukanlah ianya dari sebesar-besar keajaiban Allah.” Ayat-ayat 9-12 ini menceritakan: a)
Sekumpulan remaja, bersembunyi di dalam gua dengan penuh iman pada Allah.
b)
Allah telah menidurkan mereka semua beratus-ratus tahun, kemudian dibangkitkan mereka semula.
c)
Terdapat 2 kumpulan yang bertelagah tentang lamanya masa mereka berada di dalam gua itu atau bertelagah samada Allah berkuasa menghidupkan semula manusia yang telah mati. Inilah buktinya.
d)
Riwayat Ibnu Abbas, tentang 2 kumpulan ini ialah: Pertama: remaja-remaja itu sendiri yang mempertikaikan lamanya masa mereka ditidurkan dan berada di dalam gua itu, dan Kedua:
e)
Raja yang memerintah negeri itu sendiri yang menunggu kehadiran pemuda ini, dan dia juga mempertikai tentang lamanya masa mereka berada di dalam gua itu.
Walaupun kisah ini luar biasa, ianya bukanlah luar biasa sangat berbanding dengan tanda-tanda keagungan Allah yang lain.
Dalam Tafsiran Ruhul Bayan, diceritakan bahawa kumpulan remaja-remaja yang beriman itu adalah dari kumpulan beriman pada zaman Nabi Isa as, dan mereka adalah dari golongan bangsawan Rome. Raja mereka bernama ‘Diqyanus’ dan dia sangat membenci orang-orang yang beriman. 3
Tekanan demi tekanan membuatkan mereka melarikan diri dari Raja itu dan bersembunyi di dalam gua. Diqyanus telah menutup pintu gua itu, dan kaumnya rata-rata tidak percaya tentang adanya konsep kebangkitan semula ini. Jadi di sinilah adanya pertelingkahan di antara kumpulan pertama yang percaya adanya kebangkitan semula dan kumpulan kedua pula tidak mempercayai adanya kebangkitan semula. Dengan kemunculan kumpulan ini dari dalam gua itu, maka ia membantu keimanan orang yang percaya pada Allah dan beriman pada hari kebangkitan semula. Seorang raja yang memerintah negeri itu, yang beriman pada Allah, telah memohon pada Allah agar Allah menunjukkan yang kebangkitan semula itu benar. Allah telah memilih seorang rakyatnya, dan dia telah berjaya membuka pintu gua yang telah ditutup oleh raja Rome itu, dan membenarkan kambing-kambingnya berteduh dalam gua tersebut. Pada masa itu, kesemua penghuni gua yang telah ditidurkan selam 300 tahun itu dibangkitkan semula. Apabila berita itu tersibar luas maka semua penduduk negeri itu, lelaki dan perempuan, muslim dan kufur, berpusu-pusu datang dan berbual dengan mereka dan benarlah apa yang didakwah oleh raja itu yang manusia akan dibangkitkan semula dan Allah berkuasa berbuat demikian. Setelah semua remaja-remaja itu menemui raja dan pulang semula ke gua itu, mereka semuanya dimatikan mengikut ajal mereka masing-masing. Dan orang-orang yang beriman mencadangkan supaya sebuah masjid dibina di atas kawasan gua itu sebagai tanda. (Petikan dari Ruhul Bayan, Juzuk 5, m/s 224)
4
Peristiwa (penghuni gua itu) bermula apabila sekumpulan remaja lelaki yang telah melarikan diri (dari kezaliman kekufuran raja) dan kemudian bersembunyi di dalam gua, lalu mereka terus berdoa dengan berkata: “Ya Rabb, Tuhan kami! Cucurkanlah RahmatMu terus ke atas kami, dan atasilah semua urusan-urusan kami dengan membimbing kami ke arah petunjuk Hidayah Mu!” (10) Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan berkata: “Remaja-remaja mukmin yang melarikan diri itu, melarikan ugama mereka dari kaum mereka agar mereka tidak difitnahkan, dan tempat persembunyian mereka ialah di dalam gua di kawasan bukit. Apabila mereka masuk sahaja ke dalamnya, mereka semua berdoa memohon supaya Allah menurunkan rahmat terus dari sisiNya ke atas mereka, menjaga matlamat mereka dan memberikan mereka petunjuk.” Syed Qutub pula merakamkan bahawa kisah Ashabul Kahfi ini menggambarkan tauladan bagaimanakah kesan iman ke atas kecelaruan dan kekusutan hidup, dan bagaimana mereka yang menghadapi masalah besar ini, demi mempertahankan iman dan akidah mereka, sanggup berlindung di dalam gua dan memohon RAHMAT Allah. Rahmat yang diharapkan ialah perlindungan dengan rahmat itu dari semua kecelaruan ini. Ismail Haqqi pula menghubungkan keimanan kumpulan remaja ini bagai besi, dan ianya dikenali dengan nama Ilmu Ladunni, iaitu ilmu terus dari Allah. Mereka menanggalkan dari dalam diri mereka semua unsur-unsur keduniaan, wang, pangkat, dan menerapkan kalimah Lailahailallahu, dengan penafian adanya lain Tuhan dari Allah, sehingga hati-hati mereka dipenuhi Nur Iman, dan terpancarlah Ilmu Ladunni itu.
5
Lalu mereka semua ‘ditidurkan’ dengan nenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (11) (Kemudian Kami kejutkan mereka dari tidur itu, semata-mata) untuk kami menguji dengan kemunculan mereka (supaya Kami tahu), siapakah di antara dua kumpulan yang berbalahan itu meneka betul, berapa lamakah mereka telah berada di dalam gua itu (atau mengenai kemungkinan kebangkitan semula selepas mati). (12) Mengikut Ibnu Kathir, Allah telah menidurkan mereka selepas mereka berdoa dan masuk ke dalam gua itu, dan lamanya masa itu digambarkan sebagai ‘bertahun-tahun’ lamanya. Ismail Haqqi pula mentafsirkan bahawa Allah melucutkan semua pancaindera, pendengaran dan lain-lainnya dan menjadikan mereka terus nyenyak tidur tanpa gangguan atau terjaga. Apabila sampai masa 300 tahun lamanya, maka Allah membangkitkan mereka dari tidur mereka itu. Mengapakah mereka dibangunkan semula, disimpulkan oleh Allah sebagai: “Tujuannya untuk Kami mengetahui siapakah di antara dua kumpulan di kalangan mereka, yang tepat meneka berapa lamakah mereka berada di dalam gua itu.” Apabila mereka dibangunkan semula, mereka sesama mereka mempersoalkan lamanya mereka sudah berada di dalam gua itu. Sekumpulan dari mereka berkata baru sehari, sekumpulan lain pula berkata baru separuh hari, sedangkan mereka telah tertidur di situ selama 300 tahun lamanya.
6
Kesimpulan yang boleh kita turunkan di sini ialah: 1.
Mempertahankan iman dan akidah adalah tanggungjawab individu itu sendiri. Pertahankanlah iman dan amal anda dari kekufuran dan kecelaruan.
2.
Setakat mempertahankan saja? Tidak! Kita bersandarkan kepada Allah, pohon Rahmat Allah, dan bertawakkal padaNya. Lihat saja pengertian doa yang dilafazkan oleh Ashabul Kahfi itu: a) Menggunakan perkataan ‘Rabb’, yang bererti Penyayang dan Pembimbing, untuk berkomunikasi dengan Allah. b) Memohon rahmat terus dariNya, dan meyakini rahmat Allah itu terlalu luas. Luas untuk membantu kita dari sebarang urusan yang sulit, luas sekali hingga boleh mencakupi beratus-ratus tahun kesannya. Itulah Iman dan tawakkal pada Allah. c) Memohon agar Allah memastikan matlamat keimanan dan akidah mereka menjadi sasarannya, bukan harta dunia dan kemewahan. d) Yakinkanlah dalam diri sendiri yang kita akan mati dan akan dibangkitkan semula. Beribu-ribu tahun dalam barzakh itu hanyalah kelmarin atau baru tadi sahaja. Kuasa Allah tidak terhad.
7
Ayat-ayat 13-16:
Kami menceritakan pada engkau perihal mereka dengan penuh kebenaran! Sesungguhnya mereka itu adalah remaja-remaja yang kuat beriman dengan Allah, Tuhan mereka. Dan Kami telah membantu menambahkan Hidayah ke atas mereka. (13) Dan Kami telah memperkuatkan hati-hati mereka dengan keberanian dan kesabaran semasa mereka terus beristiqomah (dengan Tauhid dalam diri mereka, dan menegaskan): “Tuhan kami (ialah Allah), Dialah Tuhan Pencipta dan Pentadbir langit dan bumi, dan kami semua! Bahawa kami memperakui tidak sekali-kali akan kami menyembah selain dariNya, dan jika kami menyembah selain dariNya, bererti kami mengucapkan sesuatu yang membohongi kenyataan kebenaran.” (14) 8
(Sambil bercakap-cakap sesama sendiri, mereka berhujjah dengan berkata): “Tengoklah kaum kita semua tu! Mereka menyembah Tuhan-tuhan selain dari Allah. Sepatutnya (dalam mencari kebenaran), mereka hendaklah mengemukakan bukti-bukti tentang ketuhanan sembahan mereka itu! (Tetapi mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya mereka berdusta terhadap Allah) Maka tidak ada yang lebih zalim, dari orang-orang yang mendustakan Allah!” (15) Dan oleh kerana kamu telah memutuskan untuk memisahkan diri kamu dari orang-orang yang kufur itu, dan mengasingkan diri kamu dari apa yang mereka sembah, maka pergilah kamu bersembunyi dan berlindung di dalam gua itu, supaya Allah, Tuhan kamu, akan melimpahkan RahmatNya ke atas kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan cita-cita urusan kamu itu dengan bantuan-bantuan yang berguna. (16) Tafsiran: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat-ayat 13-16 dengan menyifatkan ianya sebagai permulaan sebuah cerita sejarah yang mengisahkan sekumpulan remaja yang kuat iman mereka. Mereka adalah remaja-remaja yang telah menerima kebenaran dari Allah dan beriman denganNya. Mereka hidup berbekalkan hidayah dari Allah, menolak segala kebatilan dan kekufuran menyembah selain dari Allah, menguatkan ketaqwaan mereka dengan bersyahadah menyembah hanya Allah yang Maha Esa sahaja, bersabar dengan penuh berani menentang kaum mereka yang kufur, serta sanggup berpisah dengan kemewahan hidup (kebanyakannya mereka adalah anak raja Rom).
9
Ini adalah semata-mata kerana mereka tidak mahu sujud kepada patung-patung yang disembah oleh kaum mereka. Hati-hati mereka telah Allah ikatkan menjadi satu ikatan yang sekata dan mereka boleh saling percaya mempercayai, sehingga ianya menyuburkan tauhid dalam hati-hati mereka. Mereka meninggalkan fitnah-fitnah itu dan diarah oleh Allah untuk bersembunyi di dalam sebuah Gua yang dikenali sebagai ‘Al-Kahfi’ (kerana janji Allah mencucurkan rahmatNya ke atas mereka dan menguruskan semua urusan mereka). (Rujukan Ibnu Kathir, Jilid 3, m/s 75/76)
Ismail Haqqi Rusawi dalam Tafsir Ruhul Bayan pula mentafsirkan ayat-ayat di atas menekan bahawa cerita yang diminta oleh orang Quraisy supaya disampaikan oleh Rasulullah ini sebagai satu cerita yang BENAR dan ianya dari Allah. Di antara sebab-sebab kumpulan remaja ini beriman pada Allah ialah adanya paksaan dari Raja Rom supaya penghuni negeri itu sujud kepada patung dan menyembah selain dari Allah. Mereka memutuskan untuk melarikan diri dari fitnah itu. Allah telah menetapkan ugama yang Haq kepada mereka dan amalan ‘taqarrub’ mereka pada Allah adalah mengikut naluri hati mereka dan ditambah hidayah itu oleh Allah. Sebuah Hadith:
تقربت اله ذرعا, من تقرب الى شبرا Maksudnya: “Sesiapa yang berusaha dengan mendekatkan dirinya pada Ku pada kadar sejengkal, maka Aku akan mendekatinya pada kadar satu hasta.” (Rujukan Tafsir Ruhul Bayan, Jilid 5, m/s 222/3). Kumpulan remaja ini berusaha mendapatkan hidayah terus dari Allah, hidayah kepada beriman dengan ajaran-ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi tentang kebangkitan 10
semula dan mempercayai yang ghaib. Allah telah menerima niat mereka apabila mereka semua ditidurkan selama 309 tahun dan niat asal mereka itu terhasil setelah mereka dibangunkan semula dari tidur, dan iman tersebut menebal dan terus meyakinkan mereka. Mereka memberanikan diri dengan memasyhurkan pendirian mereka kepada yang berwajib, bersatu hati bersama rakan-rakan mereka dan tidak berganjak untuk balik semula kepada agama yang kufur itu. Mereka menerima ugama Allah yang mencipta langit dan bumi ini, serta tidak syirik lagi pada Allah. Mereka mengisytiharkan bahawa menyembah patung itu adalah berlawanan dengan batas-batas kebenaran. “Jika kami terus menyembah selain dari Allah, maka perbuatan kami itu adalah terkeluar dari akal sempurna dan mengarah kepada kezaliman.” Mereka mengkritik kaum mereka yang menyembah patung itu dengan kata-kata: “Mereka perlu kepada hujjah-hujjah yang jelas mengapa mereka menyembah patung-patung, demi mencari kebenaran. Segala ibadah yang tidak diperkenalkan oleh wahyu dan samawi adalah ikutan hawa nafsu semata-mata.” Pada prinsipnya: Orang yang paling zalim ialah mereka yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah dan pasti dikenakan azab yang sangat pedih. Ikatan hati di antara mereka menjadikan mereka sekata tidak akan balik pada agama raja mereka, dan mereka akan terus berpegang kepada iman dan Allah. Mereka perlu menyembunyikan diri mereka demi untuk memperkuatkan ibadah mereka kepada Allah. Tempat yang dicadangkan oleh Allah ialah di dalam sebuah gua. Di sana akan 11
terserlahlah kepada mereka rahmat-rahmat dari Allah, diterima doa-doa dan dipermudahkan semua urusan dan permasalahan mereka. Sudah tentu ianya mendatangkan faedah yang besar kepada mereka. Inilah kebenaran yang memberikan mereka keyakinan bahawa doa mereka telah diterima Allah. Syed Qutub dalam Tafsir Fi Zilalil Qur’an turut mentafsirkan ayat di atas dengan menganggap ayat-ayat 13-16 ini sebagai permulaan cerita tentang Penghuni Gua seperti yang diminta oleh kaum Quraisy untuk dijawab oleh Rasulullah. Terdapat dua isu di sini: Remaja-remaja dan kaum mereka. Pertama ialah sifat-sifat remaja itu. Di antaranya: a) b) c) d) e)
Mereka adalah remaja-remaja yang beriman dengan Allah. Ditambahkan hidayah oleh Allah atas iman mereka. Hubungan di antara mereka adalah erat ke arah Al-Haqq dan dilindungi oleh iman yang mereka yakini. Mempunyai ‘harakah’ dan azam yang kuat untuk Allah yang mereka sebut sebagai ‘Rabb’. Tidak beriman pada Allah adalah sebesar-besar kezaliman.
Kedua, kaum mereka: a) b) c) d)
Penyembah patung dan ingkar pada Allah. Ingkar kepada matlamat hidup dan pegangan mereka. Kaum ini perlu kepada dalil ‘naqli dan aqli’ yang kuat untuk mencari kebenaran. Mereka cintakan kebendaan, menyembah patung dan zalim.
12
Gambaran di atas adalah di antara remaja yang beriman dengan kaum mereka yang kufur. Pasti hal ini tidak menemukan mereka. Remaja-remaja ini berada di tengahtengah kekufuran kaum mereka yang zalim dan mereka mengisytihar keluar dari kekufuran dan beriman pada Allah. Mereka terpaksa menyembunyikan diri demi menjaga akidah dan berkesudahan di dalam gua sebagai tempat persembunyian mereka. Respon dari Allah atas tindakan mereka ialah mereka diberi perlindungan dan Rahmat terus dari Allah. (Rujukan Syed Qutub, Fi Zilalil Qur’an, Jilid 4, m/s 2261/62)
Ayat-ayat 17-18:
Dan engkau akan dapat gambarkan keadaan mereka, apabila matahari terbit, ianya akan cenderung ke kanan gua itu, dan apabila matahari terbenam pula, ia akan meninggalkan mereka ke arah kiri; sedang pada masa itu mereka semua berada dalam satu ruang yang lapang di dalam gua itu. Semuanya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah. Sesiapa yang telah Allah berikan hidayahNya, 13
maka orang itu akan berjaya mencapai kebahagiaan, dan sebaliknya sesiapa yang telah Allah sesatkan, maka tidak sekali-kali akan ianya dapat mencari pembimbing yang boleh menunjukkan jalan kepadaNya. (17) Mungkin juga engkau dapat jangkakan yang mereka itu dalam keadaan sedar! Sedangkan mereka sebenarnya dalam keadaan tidur, dan Kami balik-balikkan badan mereka ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri dalam tidur itu. Manakala anjing mereka pula tidur dengan keadaan kedua-dua kaki hadapannya menghulur ke arah pintu gua. Jika engkau melihat mereka dalam keadaan itu, tentulah engkau akan berpaling lari dari mereka dan diselubungi perasaan takut dan gerun yang teramat sangat. (18) Tafsiran:
Dan engkau akan dapat gambarkan keadaan mereka, apabila matahari terbit, ianya akan cenderung ke kanan gua itu, dan apabila matahari terbenam pula, ia akan meninggalkan mereka ke arah kiri; sedang pada masa itu mereka semua berada dalam satu ruang yang lapang di dalam gua itu. Ayat ini menggambarkan posisi mereka sewaktu mereka tidur dalam gua itu. Kesemua mereka tidur dalam satu kawasan lapang dan posisi mereka dalam gua itu dijelaskan dari bayang cahaya naik dan turunnya matahari. Sewaktu matahari naik, cahayanya akan mengenai gua itu ke arah kanan, dan apabila matahari terbenam, maka cahayanya akan cenderung ke sebelah kiri. 14
Mengapa dijelaskan begini? Ibnu Kathir berpendapat, Allah mahukan kita memahaminya sahaja dan tidak mahu kita mengetahui di mana Gua itu. Kerana mengetahui tempatnya tidak mempunyai apa-apa kepentingan syara’. Ismail Rusawi pula berpendapat, keadaan ini menggambarkan mereka tidak dibakar oleh panas matahari selama masa mereka tidur, khususnya sewaktu matahari naik. Ini bererti, mereka terselamat dari bakaran matahari, maka selamat dan sejahteralah tidur mereka.
Semuanya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah. Sesiapa yang telah Allah berikan hidayahNya, maka orang itu akan berjaya mencapai kebahagiaan, dan sebaliknya sesiapa yang telah Allah sesatkan, maka tidak sekali-kali akan ianya dapat mencari pembimbing yang boleh menunjukkan jalan kepadaNya. (17) Semuanya, iaitu tunjuk ajar kepada mereka untuk ke gua dan bersembunyi, takdir mereka berdoa, kedudukan tempat mereka tidur, pergerakan matahari, dan adanya ruang-ruang pemusingan udara agar badan-badan mereka boleh bertahan selamat beratus-ratus tahun lamanya itu, adalah petunjuk-petunjuk Allah yang menggambarkan kekuasaanNya. Yang beriman dengan Allah akan memperolehi hidayah dariNya untuk ceria dan bahagia di dunia dan Akhirat, tetapi yang ingkar dan menolak iman kepada Allah serta menjadi kufur, maka tiadalah hidayah bagi mereka. Orang yang tidak mendapat hidayah Allah tidak akan menemui sama sekali pembimbing lain yang boleh membawa mereka ke arah kebahgiaan. 15
Begitulah Allah membandingkan kumpulan remaja yang memperolehi hidayahNya berbanding dengan kaum mereka yang terus berada di dalam kekufuran itu. Orang yang sudah mendapat hidayah, tiada sesiapa pun yang boleh menghalangnya daripada mendapat kebahgiaan dunia dan Akhirat. Ismail Rusawi, mentafsirkan bahawa mereka yang disesatkan itu adalah berpunca dari pilihan mereka untuk sesat dan mereka itu akan terus berada di dalam kesesatan, kerana sesungguhnya kesesatan dan keimanan tidak boleh bersekali dalam satu diri itu.
Mungkin juga engkau dapat jangkakan yang mereka itu dalam keadaan sedar! Sedangkan mereka sebenarnya dalam keadaan tidur, dan Kami balik-balikkan badan mereka ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri dalam tidur itu. Manakala anjing mereka pula tidur dengan keadaan kedua-dua kaki hadapannya menghulur ke arah pintu gua. Ayat ini menceritakan keunikan tidur mereka. Mereka tak nampak seperti tidur kerana mata mereka katanya terbuka, tetapi mereka sebenarnya tidur. Bagi menjaga pergerakan darah mereka, mereka dibalik-balikkan ke kanan dan ke kiri bagi memastikan badan dan daging mereka tidak dimakan dek tanah dalam proses tidur yang lama itu. Kata Abu Hurairah, Allah membalik-balik mereka dua kali dalam setahun.
16
Jika engkau melihat mereka dalam keadaan itu, tentulah engkau akan berpaling lari dari mereka dan diselubungi perasaan takut dan gerun yang teramat sangat. (18) Ibnu Kathir mentafsirkan rasa takut dan melarikan diri dalam ayat ini lantaran apabila kita melihat keadaan mereka begitu, ianya menggambarkan satu KEHEBATAN ( )المهابةyang telah Allah kurniakan kepada mereka hinggakan sesiapa saja yang melihat keadaan mereka akan terasa gerun yang amat sangat, semata-mata kerana tiada yang boleh mendekati mereka, apatah lagi untuk memegang agar mereka terjaga. Dan juga, untuk memastikan tercapainya kehendak Allah supaya mereka dapat ditidurkan sekian lama masanya. Inilah hikmah dari perasaan takut itu. Ismail Rusawi pula mentafsirkan, perasaan takut yang teramat sangat yang akan dialami oleh seseorang apabila melihat mereka itu, yang akan menyebabkan dia melarikan diri, adalah sebagai PENGHALANG kepada sesiapa yang lain yang ingin masuk ke dalam gua dan mensia-siakan kehendak Allah. Syed Qutub pula mentafsirkan ayat-ayat di atas sebagai gambaran yang ajaib yang dipersembahkan oleh Allah semata-mata. Setiap hati itu akan memberi tumpuan atas satu kisah Al-Qur’an ini kerana ianya adalah di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gambaran-gambaran bagaimana sang matahari dengan cahayanya yang tidak sedikit pun merosakkan badan yang tidur itu baik waktu ia naik mahupun waktu ia turun, badan yang terjaga di bawah 17
keadaan hidup biasa dan hidayah yang Allah berikan kepada mereka yang mencari Allah dan beriman denganNya. Sesiapa yang tidak ambil peduli, maka ia menolak hidayah Allah dan mereka akan sesat dan kesesatan ini sebenarnya seolah-olah mereka itu disesatkan oleh Allah. Tiada hidayah lagi untuk mereka. Petunjuk kepada kita: Fokus kita bukanlah pada cerita itu, tetapi pada apa-apa yang tersirat. Kita perlu mencari hidayah Allah, kerana tanpa hidayahNya kita akan sesat dan tiada lagi mendapat petunjuk. Iman pada Allah adalah jawapannya. هللا أعلم. Ayat-ayat 19-20:
18
Dan begitulah keadaan mereka, sehingga Kami membangkitkan mereka semula dari tidur mereka, semata-mata untuk mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang dari mereka bertanya: “Dah berapa lama kita tidur ni?” Jawab seorang dari mereka: “Mungkin kita dah tertidur seharian atau separuh hari!” Sebahagian besar dari mereka berkata: “Allah sahaja yang tahu tentang berapa lama masanya kamu tertidur! Sekarang utuskanlah salah seorang dari kamu, dengan membawa wang perak kamu itu ke bandar, dan biarlah dia memilih apa-apa jua makanan yang ada, yang baik dan halal! Dan biarlah dia membawa balik sedikit habuan daripadanya (untuk kita sama-sama makan); dan hendaklah kamu bersifat lemah-lembut dan elakkanlah dari disedari oleh kaum itu, tentang siapa kamu! (19) Sesungguhnya, jika mereka mengetahui hal kamu dan kamu tertangkap, tentulah kamu akan direjam, dibunuh atau dikembalikan kepada agama asal mereka secara paksa, dan pada masa itu kamu akan terperangkap selama-lamanya!” (20) Tafsiran:
Dan begitulah keadaan mereka, sehingga Kami membangkitkan mereka semula dari tidur mereka, semata-mata untuk mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang dari mereka bertanya: “Dah berapa lama kita tidur ni?” Jawab seorang dari mereka: “Mungkin kita dah tertidur seharian atau separuh hari!” 19
Setelah mereka ditidurkan selama 309 tahun, mereka dibangkitkan semula dari tidur panjang itu, tanpa reput daging badan mereka, tanpa sakit-sakit atau tanpa kehilangan rambut mereka. Mereka dinyatakan sihat walafiat. Apabila mereka bertengkar kecil sesama mereka bertanyakan lama masa mereka tertidur itu, ia menggambarkan mereka tidak hilang keperibadian mereka sedikit pun. Mereka masih menggunakan lojik mereka, apabila menjawab baru SATU hari atau SETENGAH HARI, berdasarkan kemasukkan mereka pada awal pagi dan terbangun selepas petang hari ke dalam gua itu. Apa yang boleh kita pastikan ialah firman Allah dalam cerita ini yang membandingkan 309 tahun itu dengan sehari atau setengah hari saja, sangat menarik perhatian kita. Ini bererti, jika kita mati dan berada dalam barzakh selama beratus-ratus tahun dan jika kita ditidurkan berdasarkan amal soleh kita, maka kita dibangkitkan semula seolah-olah baru sehari atau setengah hari saja. Inilah kuasa Allah.
Sebahagian besar dari mereka berkata: “Allah sahaja yang tahu tentang berapa lama masanya kamu tertidur! Sekarang utuskanlah salah seorang dari kamu, dengan membawa wang perak kamu itu ke bandar, 20
dan biarlah dia memilih apa-apa jua makanan yang ada, yang baik dan halal! Dan biarlah dia membawa balik sedikit habuan daripadanya (untuk kita sama-sama makan); dan hendaklah kamu bersifat lemah-lembut dan elakkanlah dari disedari oleh kaum itu, tentang siapa kamu! (19) Ayat di atas menunjukkan bahawa sebahagian besar di kalangan mereka sangsi dengan jawapan sehari atau setengah hari mereka tertidur itu. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa lama mereka sebenarnya ditidurkan. Jawapan itu menggambarkan betapa mereka menyerahkan persoalan ini kepada Allah. Inilah benteng iman mereka itu. Katanya nama remaja-remaja itu adalah seperti berikut (berdasarkan tempat mereka tidur): - Kumpulan 3 orang di sebelah kanan ialah: Yamlikha, Maksyalina dan Masylina. - dan kumpulan 3 sebelah kiri ialah: Marnushin, Dabarnushin dan Syazanushin. - dan seorang pengembala bernama Kafasytotyushin. - Nama anjing mereka ialah Qitmirin. Pesanan yang diberi oleh Maksyalina kepada Yamlikha yang akan ke Bandar ialah: “Ambillah duit perak itu untuk membeli makanan, dan pastikan makanan yang dibeli itu dari jenis halal-baik, dan pastikan ia berlembut dalam bergaul dengan penduduk kota itu, berselindung dari dikenali sebagai orang yang telah melarikan diri, dan kalau boleh sehingga tiada yang sedar mereka itu adalah orang yang pernah menyembunyikan diri dari raja”. (Rujuk Tafsir Al-Bayan, oleh Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi) 21
Pesannya lagi: “Sesungguhnya jika kamu diketahui mereka sebagai pelarian itu, maka mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan memaksa kamu balik semula kepada agama patung mereka itu, dan jika ini terjadi, maka kamu semua akan terperangkap selama-lamanya.” Sambungan ayat di atas menyambung pesanan Maksyalina kepada Yamlikha yang membawa wang perak untuk membeli makanan di kota itu. Beliau meminta utusan itu menyamar sehingga tidak diketahui identitinya oleh penduduk kota itu dan berlembut dalam tutur katanya sewaktu berurusan. Jika utusan itu tertangkap, dan di ketahui identitinya maka padahnya ialah mereka akan direjam dengan zalimnya hingga terbunuh, atau mereka semua akan dipaksa berbalik kepada agama patung mereka itu. Jika ini terjadi, maka peluang mereka mempertahankan iman dan amal mereka akan tersekat selama-lamanya. Kata Syed Qutub, apa yang kita faham ialah penduduk negeri itu pada masa itu telah beriman pada Allah, dan mereka mempunyai ilmu tentang cerita penghuni gua yang terdiri dari sekumpulan remaja yang telah melarikan diri. Dengan penemuan salah seorang daripada mereka yang muncul dengan wang perak klasik itu untuk membeli makanan, bererti mereka sedar tentang perubahan yang ada dan yang sudah berlaku. Bahawa dunia telah bertukar rupa, yang klasik telah berlalu dan sekurang-kurangnya mereka YAKIN kuasa Allah boleh membangkitkan kita semula setelah dimatikan dan konsep hari Kiamat adalah benar. 22
Begitulah halnya hujjah tentang kebangkitan semula, iaitu sesuatu yang tidak mustahil boleh terjadi, ianya akan terjadi dan hampir sekali. 309 tahun mungkin sebanding dengan sehari atau separuh hari saja. Ayat 21:
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka ini kepada semua, supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah ‘menghidupkan’ semula yang mati adalah BENAR, dan sesungguhnya Hari Kiamat itu tidak syak lagi akan kemunculannya; pendedahan ini berlaku semasa kumpulan orang-orang (penduduk negeri itu) sedang berbantahan sesama sendiri mengenai perkara manusia dibangkitkan semula selepas mati. Setelah muncul peristiwa ini maka sebahagian dari mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua itu, Allah sahajalah yang mengetahui akan ehwal mereka.” Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (iaitu pihak raja pemerintah negeri itu) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka ini.” (21) Tafsiran: Dengan munculnya semua Ashabul Kahfi ini, mereka akan ditontoni dengan tujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai yang syak tentang kebangkitan semula dan 23
hari Kiamat agar mereka berfikir semula tentang penentangan mereka terhadap kebangkitan semula dan hari Kiamat. Atau ada yang berkata bahawa, kebangkitan semula itu hanya berlaku dalam keadaan dibangkitkan roh sahaja dan tidak dengan dengan jasad. Dengan kemunculan Ashabul Kahfi ini, maka roh dan jasad bersekali akan dibangkitkan semula dan hari Kiamat adalah benar dan pasti terjadi. Pekan yang dimaksudkan dalam ayat ini masih wujud, tetapi orangnya telah berubah dan tidak lagi dikenali mereka. Setelah berurusan membeli barang dengan wang perak klasik itu maka penjual itu mengesyaki beliau telah menemui harta karun. Hal ini telah disampaikan kepada raja dalam negeri itu dan berita ini telah membawa semua orang dalam negeri itu kepada kawan-kawannya di dalam gua. Setelah berbual dengan semua orang, kemunculan mereka itu seolah–olah memberitahu kepada semua yang kebangkitan semula dan Kiamat adalah benar dan berita ini telah tersebar luas. Ashabul Kahfi ini kemudiannya dimatikan semula oleh Allah. Setelah mereka dimatikan semula, persoalannya apakah yang perlu diperlakukan kepada mereka, untuk mengenangkan peristiwa aneh ini. Di sini katanya, telah berlaku salah faham di antara yang mahu membina sesuatu di permukaan gua agar perkuburan mereka tidak dicerobohi dan dibiarkan terus berada dalam gua itu, manakala sekumpulan yang lain pula mahukan sebuah masjid dibina untuk menjadi tempat sembahyang kepada yang berugama Islam. (Rujukan Tafsir Al-Bayan) Syed Qutub berkata bahawa petemuan ini membawa kita kepada hujjah bahawa manusia akan dibangkitkan semula dan Kiamat adalah benar. Oleh kerana ianya akan menjadi sejarah maka bagi mengingati peristiwa ini, sebuah mesjid perlu diadakan untuk mengingati mereka. 24
Ayat 22:
Sebahagian dari ahlil Kitab akan berkata: “Bilangan penghuni gua itu terdiri dari TIGA orang saja dan yang keempatnya ialah anjing mereka.”, sementara sesetengah mereka yang lain akan meneka dan berkata: Bilangan mereka itu hanyalah LIMA orang sahaja dan yang keenamnya ialah anjing mereka.” Semua tekaan mereka ini adalah ibarat ‘meraba-raba dalam gelap’ tentang sesuatu yang tidak mereka ketahui. Sesetengah dari mereka (yang diberi petunjuk) akan berkata jumlah mereka adalah TUJUH orang dan yang kedelapan ialah anjing mereka. Apa pun wahai Muhammad, katakanlah pada mereka: “Hanya Allah, Tuhanku, yang Maha Mengetahui bilangan sebenarnya mereka itu, dan hanya sedikit sekali orang yang benar-benar tahu bilangan mereka itu.” Oleh itu janganlah engkau, (wahai Muhammad) berbahas dengan sesiapa pun mengenai ‘penghuni gua’ ini melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata, dengan panduan Al-Qur’an. Janganlah engkau (wahai Muhammad) meminta penjelasan mengenai hal-hal ‘penghuni gua ini’ dari mana-mana orang dalam kumpulan yang membincangkannya. (22)
25
Tafsiran:
Orang-orang Yahudi akan meneka yang bilangan penghuni gua itu berjumlah 3 orang semuanya dan yang keempat ialah anjing mereka.
Orang-orang Nasrani pula berpendapat bilangan penghuni gua itu berjumlah 5 orang semuanya dan yang keenamnya ialah anjing mereka. Orang Yahudi dan Nasrani yang meneka-neka inilah yang dikatakan Allah sebagai meraba-raba dalam gelap, kerana sebenarnya mereka tidak ada ilmu tentangnya. Tekaan bilangan 5 orang jumlah penghuni gua ini juga disangkal Allah sebagai tidak benar dan tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Golongan yang membesarkan isu jumlah penghuni gua ini sebenarnya membangkitkan isu yang tidak berfaedah langsung yang hanya ‘membuka pekung di dada’ mereka sendiri, sebagai orang-orang yang tiada berilmu dan meraba-raba di dalam gelap.
Dan berkata pula sekumpulan yang lain (mungkin dari golongan yang diberi ilmu oleh Allah), Yang jumlah penghuni gua itu adalah 7 orang semuanya dan yang kelapannya ialah anjing mereka. Ayat di atas ini seolah-olah menggambarkan jumlah sebenarnya penghuni gua itu. Mungkin kumpulan ini adalah kecil jumlahnya dan mendapat ilmu dari Allah. 26
Wahai Muhammad, katakanlah pada mereka: “Allah, Tuhanku sahaja yang lebih mengetahui tentang bilangan sebenar mereka, dan hanya sedikit sekali orang-orang yang tahu bilangan sebenarnya mereka.” Ayat ini menjelaskan agar kita jangan bergantung kepada pendapat-pendapat, tetapi kepada kebenaran. Yang perlu kita rujukkan benda yang ghaib begini ialah kepada Allah sahaja kerana Dia lebih mengetahuinya. Atau yang mengetahuinya juga adalah daripada orang-orang yang diberitahu oleh Allah dan jumlahnya kecil sahaja. Dalam kata lain, serahlah isu bilangan ini kepada Allah.
Oleh itu wahai Muhammad, tak payahlah engkau berbahas mengenai bilangan itu dengan mereka, KECUALI dengan perbahasan yang sederhana dan nyata, iaitu melalui Al-Qur’an dan wahyu Allah. Dan jangan juga engkau meminta fatwa dari mereka tentang penghuni itu, kerana mereka itu adalah orang-orang yang tidak berilmu. (22) Inilah prinsip Islam yang tidak mahu kita membuang masa berbahas tentang sesuatu yang tidak pasti kerana ianya tidak memberi apa-apa faedah, apa lagi kalau kita hendak meminta fatwa tentang sesuatu yang tidak pasti pada mereka yang tiada ilmu itu. Ini hanya membuang masa maka rujuklah kepada Al-Qur’an dan Allah sahaja. 27
Pengajaran yang penting dari ayat ke 22 di atas ialah kita tidak perlu membuang masa membincangkan sesuatu isu yang tiada berkesudahan tanpa ilmu Allah. Rujukan pada Allah dalam sesuatu isu yang ghaib itu adalah lebih baik dari berbohong tanpa ilmu atau meraba-raba dalam gelap. Asasnya ialah Allah dan Al-Qur’an. Ayat-ayat 23-24:
Wahai Muhammad, janganlah Engkau berkata tentang sesuatu (yang hendak dikerjakan itu) dengan perkataan begini: “Bahawa aku pasti akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti.” (23) Melainkan engkau lapikkan kata-katamu itu dengan perkataan ‘INSYAALLAH’. Dan ingat serta sebutlah akan Tuhanmu itu jika engkau lupa dan selalulah berkata dengan perkataan: “MUDAH-MUDAHAN, Allah Tuhanku itu akan memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan terang dari ini.” (24) Tafsiran:
Dan jangan sekali-kali engkau wahai Muhammad, mendahulukan jawapan bagi sesuatu yang hendak engkau kerjakan itu dengan berkata: “Aku pasti lakukan perkara itu esok nanti!” 28
Ayat ini lebih kepada mengajar kita bagaimana kita harus menjawab kepada sesuatu yang melibatkan masa depan. Misalnya, apabila kita disoal tentang sesuatu, maka kita terlalu yakin yang kita boleh lakukannya esok TANPA menyandarkan kata-kata kita pada ‘kehendak Allah’. Pengertian ayat: Dan jangan sekali-kali engkau wahai Muhammad, mendahulukan jawapan bagi sesuatu yang hendak engkau kerjakan itu dengan berkata: “Aku pasti lakukan perkara itu esok nanti!” bermakna kita perlulah melapikkan kata-kata kita itu dengan perkataan: “InsyaAllah, mudah-mudahan direstui Allah.” Ayat ini diturunkan apabila orang-orang Yahudi yang menyuruh orang Quraisy menyoal Rasulullah tentang Penghuni Gua (Ashabul Kahfi) dan Zulqarnain. Rasulullah terus menjawab tanpa melapikkan kata-kata beliau dengan InsyaAllah dan berkata: “Aku akan beri penjelasan pada kamu semua besok hari!” Malangnya wahyu ke atas Rasulullah terhenti hampir 15 hari dan ini telah menyusahkan Rasulullah untuk menunaikan janjinya itu kepada orang-orang Quraisy. Kelewatan ini telah mengajar Rasulullah agar di masa hadapan melapikkan kata-kata beliau dengan ‘InsyaAllah’. Konsep ‘InsyaAllah’ menyatakan bahawa ikhtiar seseorang itu hendaklah sentiasa digandingkan dengan kehendak Allah untuk kejayaannya kerana semua perbuatan hamba Allah diasaskan kepada kehendak dan taufik Allah.
29
Firman Allah dari surah Al-Insaan, Ayat 30:
Dan apa saja yang kamu mahu lakukan, hanya akan terjadi jika digandingkan dengan kehendak Allah. Implikasi kepada kita untuk ajaran ini ialah: Dalam semua pekerjaan kita yang melibatkan perancangan masa hadapan, hendaklah kita gandingkan usaha kita itu dengan keyakinan wujudnya ‘kehendak Allah’ atas usaha itu. Ini boleh dilakukan dengan menyebut ‘InsyaAllah’. Kita dapat belajar dari peristiwa Nabi Sulaiman as seperti tercatit dalam Hadith Sahih dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah yang bersabda, mafhumnya: Suatu hari Sulaiman bin Daud as berkata: “Akan aku setubuhi 70 isteri-isteriku dan aku harap tiap-tiap mereka akan melahirkan anak lelaki, yang akan aku ajarkan berperang, dan yang akan berperang di jalan Allah!” Jawab Malaikat kepada beliau: “Ucapkanlah wahai Sulaiman perkataan ‘InsyaAllah!’” Dan Nabi Sulaiman tidak mengucapkan perkataan itu dan setelah beliau meniduri semua isteri-isterinya itu, seorang pun tidak melahirkan anak lelaki seperti yang diharapkan kecuali seorang isterinya yang melahirkan anak yang separuh lelaki. (Ibnu Kahtir, m/s 80, Juz 3)
30
Bagaimana kalau kita lupa menyebutkan perkataan itu? Allah mengesyorkan kepada Rasulullah dengan firman berikut:
Jika kamu lupa menyatakan InsyaAllah tersebut maka sebutlah nama Rabb, Tuhanmu, dan ucapkanlah perkataan begini: “Mudah-mudahan Allah, Tuhanku ini akan membimbing aku ke arah PETUNJUK yang mendekatkan aku denganNya dan ke arah jalan yang lebih terang.” Ayat di atas ini sekali lagi meminta kita mengulangi perkataan ‘InsyaAllah’ sebagai gandingan atas kerja-kerja yang hendak kita lakukan, untuk kita lebih mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Dan supaya dengan ucapan serta ingatan kita kepadaNya itu, kita akan ditaufiqkan dengan kejayaan dan kepada sesuatu yang boleh mendekatkan diri kita kepada hidayahNya. Perkataan ‘InsyaAllah’ yang kita sebutkan itu dan ingatan kita kepada Allah melalui ikhtiar kita dalam kehidupan seharian, yang kita gandingkan dengan TAUFIQ dariNya itu akan: - mendorong kita ke arah iman dan amal. - seharusnya membawa kita menuju kepada sesuatu yang lebih baik dan yang lebih jelas, dan - menjadi petunjuk dalam hidup ini. Dua ayat di atas menggambarkan bagaimana Allah mendidik Rasulullah saw untuk lebih berwibawa dalam memimpin umatnya ke arah iman dan amal yang bertunjangkan taqwa dan ikhtiar. 31
Ayat-ayat 25-26:
Dan mereka (Ashabul Kahfi) terus ditidurkan dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (mengikut tahun Syamsiah) dan ditambah sembilan tahun lagi (iaitu 309 tahun), (jika dikira mengikut tahun Qamariah). (25) Beritahu mereka (wahai Muhammad): “Allah sahajalah yang mengetahui tentang jangkamasa mereka ditidurkan itu, kerana hanya Dia (Allah) memiliki ilmu segala rahsia di langit dan di bumi; terang sekali penglihatan dan pendengaranNya. Hanya Dia yang mengurus di bumi dan di langit, dan sekaligus tiada sesiapa pun yang turut campur dalam urustadbirNya”. (26) Tafsiran:
Dan mereka (Ashabul Kahfi) terus ditidurkan dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (mengikut tahun Syamsiah) dan ditambah sembilan tahun lagi (iaitu 309 tahun), (jika dikira mengikut tahun Qamariah). (25)
32
Ayat ini ialah penjelasan Allah tentang lamanya masa kumpulan 7 orang Ashabul Kahfi ini ditidur-hidupkan dalam gua tempat persembunyian mereka. Lamanya mengikut tahun berdasarkan pusingan matahari (Syamsiah) ialah 300 tahun, atau 309 tahun mengikut perkiraan berdasarkan bulan (Qamariah). Inilah kenyataan yang tepat yang dijawab oleh Allah kepada Rasulullah. Ini bererti: Jika engkau ditanya oleh mereka, wahai Muhammad, dan pastinya engkau tidak tahu jawapannya, maka jangan sekali-kali mendahului Allah, tetapi katakan pada mereka dengan perkataan berikut:
Katakanlah: “HANYA Allah yang tahu tentang lama masa mereka tidur di dalam Gua itu, kerana HANYA Allah sahaja yang tahu sesuatu yang ghaib, samada di langit atau di bumi.”
Begitu hebat sekali penglihatan Allah tentang sesuatu yang wujud itu dan juga betapa hebatnya pendengarannya atas segala sesuatu. Ayat ini menggambarkan betapa hanya Allah sahaja yang punyai kehebatan melihat sesuatu yang ghaib dan mendengar setiap sesuatu yang berlaku, walaupun ianya telah berlalu sejak 300-309 tahun lalu.
Sesungguhnya, tidak ada di kalangan penghuni bumi dan langit selain dari Allah, yang dapat mentadbir semua urusan mereka dan membantu kepentingan mereka, dan Allah tidak menjadikan selain dariNya yang boleh berkongsi kuasa dalam melaksanakan Qada’Nya. 33
Ayat di atas adalah kemuncak cerita Ashabul Kahfi, dan ianya sangat ‘mengejutkan’ kerana: a)
b)
c)
Lamanya masa mereka ditidurkan dalam gua itu adalah di luar kemampuan manusia biasa, iaitu selama 300-309 tahun lamanya. Tidak ada makhluk Allah yang mengetahui jangkamasa ini kecuali Allah. Sebarang jawapan selain dari yang ditunjukkan oleh Allah adalah tidak tepat. Dakwaan pada masa kini yang mereka tahu di mana gua tersebut juga adalah tekaan dan khayalan manusia sahaja. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Ayat-ayat 27-28:
Dan bacalah serta amalkanlah apa yang telah diwahyukan ke atas kamu, wahai Muhammad, dari kitab Tuhanmu (Al-Qur’an); (kerana) tiada sesiapa pun yang berupaya mengubah kalimah-kalimahNya; dan (kerana dari bacaan, penghayatan serta pegangan kamu dengan Al-Qur’an itu) 34
engkau, wahai Muhammad, tidak akan sekali-kali mempunyai tempat perlindungan mutlak selain berlindung denganNya. (27) Dan jadikanlah dirimu, wahai Muhammad, senantiasa berdamping rapat dengan mereka-mereka yang kuat beribadah kepada Allah, Tuhan mereka, di waktu-waktu pagi dan petang, mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah sekali-kali memalingkan matamu dari mereka hanya kerana engkau inginkan kesenangan hidup dunia ini; dan janganlah sekali-kali engkau patuhi orang-orang yang Kami tahu hati-hati mereka itu lalai dari mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Qur’an, yang sering mengikut telunjuk hawa nafsu mereka dan tingkah laku mereka pula melampaui kebenaran. (28) Tafsiran: Ayat 28 di atas diturunkan atas sebab ketua-ketua Quraisy yang datang menziarahi Rasulullah meminta supaya Rasulullah menghalau keluar semua sahabat-sahabatnya seperti Bilal, Syu’aib, Ammar, Khubab dan Ibnu Mas’uud ra dari majlis pertemuan mereka jika ia mahukan semua ketua-ketua Quraisy ini memeluk Islam, atau mengadakan majlis tanpa sahabat-sahabat ini kerana ditakuti menyentuh kewibawaan ketua-ketua Quraisy. (Syed Qutub, Fi Zilalil Qur’an, Jilid 4, m/s 2268)
Bacalah dan beramal lah mengikut wahyu kepada Mu, (wahai Muhammad), dari Al-Qur’an, Kitab Tuhanmu itu. Allah menyuruh Rasulullah membaca Al-Qur’an, untuk menghampirkan dirinya pada Allah (taqarrub) di samping beramal dengan apa-apa ajaran yang diwajibkan di dalamnya serta memperdalamkan ilmunya dengan cara mengorek rahsia-rahsia yang terdapat pada ayat-ayatnya. 35
Dalam kata lain, Allah mahukan Rasulullah supaya jangan sama sekali mendengar perkataan-perkataan mereka yang kufur yang mahukan sebuah kitab selain dari Al-Qur’an atau sesatu yang boleh ditukargantikan dengan ajaran Jahiliah yang lain. Mengapa kita perlu kepada bacaan Kitab Al-Qur’an? Di antaranya ialah: 1)
Mewujudkan kepimpinan yang berilmu dengan ajaran Allah.
2)
Al-Qur’an tidak sekali-kali boleh menerima perubahan dan tidak ada sebarang kuasa yang boleh menukar ayat-ayatnya, kecuali hanya oleh Allah sahaja. Ini bersesuaian dengan firman Allah:
Sesungguhnya Kami yang telah menurunkan Al-Qur’an itu dan Kami jualah yang menjaganya. (Al-Hijr, Ayat 9) 3)
Al-Qur’an menganjurkan kita untuk bergantung pada Allah secara mutlak. Ibnu Jarir merakamkan sebuah hadith mafhumnya: Jika engkau, wahai Muhammad, tidak membaca Al-Qur’an, maka sesungguhnya engkau tidak bergantung pada Allah. (Ibnu Kathir, juz 3) dan firman Allah:
36
Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah kami turunkan kepada Engkau dari Tuhanmu, Rabb, dan jika engkau tidak menyampaikannya, maka engkau telah gagal melaksanakan risalahmu, Allah jualah yang akan menjagamu dari sebarang kejahatan manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Maidah ayat 67). Kedua-dua sebab di atas ini dicatitkan dalam ayat berikut:
Tiada sesiapa pun yang berupaya mengubah kalimah-kalimahNya; Dan engkau, wahai Muhammad, tidak akan sekali-kali mempunyai tempat perlindungan mutlak selain berlindung denganNya. (27) Nasihat utama Allah kepada Muhammad sebagai pemimpin ialah supaya berpegang kepada Al-Qur’an dengan meneliti ayat-ayat serta rahsia-rahsianya, untuk menentukan ‘halatuju’ kepimpinannya. Pergantungan kepada Al-Qur’an adalah berbaloi kerana Al-Qur’an tidak berubah, tidak boleh diubah kandungan dan ayat-ayatnya selama-lamanya, dan Al-Qur’an menganjurkan kita supaya berlindung dengan Allah apabila kita menghadapi tekanan-tekanan dalam perjalanan kepimpinan kita. Inilah nilai kepimpinan yang dikehendaki Allah pada Rasulnya, Muhammad saw.
37
Dan jadikanlah dirimu, wahai Muhammad, senantiasa berdamping rapat dengan mereka-mereka yang kuat beribadah kepada Allah, Tuhan mereka, di waktu-waktu pagi dan petang, mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah sekali-kali memalingkan matamu dari mereka hanya kerana engkau inginkan kesenangan hidup dunia ini; Ayat ini menjawab persoalan siapakah kawan-kawan seperjuangan kita dalam kepimpinan kita. Allah menasihatkan Rasulullah supaya bersabar dalam berugama bersesama rakan-rakan, kuat berdoa pagi dan petang serta memohon keredhaan Allah ke atas mereka. Orang-orang inilah kawan-kawan kita dan kita harus bersabar bersama-sama mereka. Jangan rasa rendah diri ketika bersesama mereka disebabkan doa-doa dan hatihati mereka yang sentiasa bertaut dengan Allah. Inilah contoh rakan-rakan yang ikhlas dalam persahabatan mereka. Jangan kita rasa rendah diri dan kita singkirkan mereka apabila berhadapan dengan orang-orang kenamaan yang memandang leceh pada mereka, demi untuk mengambil hati orang kenamaan itu, atau atas sesuatu kepentingan tertentu.
Dan janganlah sekali-kali engkau patuhi orang-orang yang Kami tahu hati-hati mereka itu lalai dari mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Qur’an, yang sering mengikut telunjuk hawa nafsu mereka dan tingkah laku mereka pula melampaui kebenaran. (28) Proses kepimpinan bukan hanya setakat memimpin, tetapi kita tidak boleh patuh kepada mereka yang lalai hatinya dari mengingati Allah, yang hidup bermotifkan nafsu syahwat dan tingkah laku yang melampaui batas-batas syariat. 38
Inilah ciri-ciri orang-orang yang TIDAK HARUS ADA di sekeliling kita dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Syed Qutub pula mentafsir ayat di atas dengan berkata: “Bahawa Islam telah menyamakan semua ketua-ketua manusia di hadapan Allah, tiada beza di antara mereka, samada yang banyak wang, dari keluarga yang terkenal atau berpangkat tinggi. Yang membezakan mereka ialah ketaqwaan mereka kepada Allah. Kayu pengukur ini digunakan oleh Islam dalam mengukur nilai dakwah mereka, selain dari hawa nafsu dan kebatilan. Seterusnya, mereka yang lalai disifatkan sebagai orang-orang yang menumpukan halatuju mereka kepada kepentingan diri, harta, anak-anak, kekayaan, keselesaan dan kehendak yang tidak terbatas. Hati yang tertumpu kepada perkara-perkara ini akan menyebabkan kurangnya kita mengingati Allah dan menjadikan kita lalai.” (Syed Qutub, Fi Zilalil Qur’an, Jilid 4, m/s 2268)
Ayat 29:
Dan katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): “KEBENARAN (Al-Haqq) itu datangnya dari Allah, Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman denganNya, berimanlah! Dan sesiapa yang mahu terus kufur dan ingkar denganNya, biarlah dia ingkar dan kufur!”. 39
Kerana Kami telah menyediakan bagi mereka yang zalim ini dengan api Neraka, yang akan menyelimuti mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka akan dihulurkan dengan air seperti tembaga cair, yang pasti akan membakar muka mereka; sungguh buruknya minuman sedemikian; dan lebih buruk lagi Neraka itu sebagai tempat mereka berpulang. (29) Tafsiran: Allah mengarahkan Muhammad saw dengan perkataan: “Wahai Muhammad! Beritahu pada semua umat manusia, bahawa apa yang engkau bawa ini, iaitu Al-Qur’an dan Syariat, adalah sesuatu yang ‘tersangat benar’ (Al-Haqq). Satu ajaran yang unggul yang tidak patut dipertikai atau disyakkan tentang kebenarannya.” Selaras dengan itu Allah mencadangkan pilihan pada mereka: “Sesiapa yang mempercayai kebenaran itu dan yakin dengannya maka hendaklah mereka beriman dengannya; dan sesiapa yang tidak yakin, tak mahu yakin, rasa syak, dan ingkar dan masih suka pada kekufuran maka tak usahlah beriman dengannya.” Pilihan ada ditangan mereka! Walaupun ada kebebasan memilih tersebut, Allah memberi amaran keras kepada yang terus ingkar dan yang memilih kekufuran dengan cadangannya: “Kami telah menyediakan api Neraka bagi orang-orang yang telah menzalimi diri mereka itu dengan kekufuran mereka. Api yang melitupi mereka itu seperti litupan sebuah khemah pada penghuninya; ianya terlalu panas. 40
Dan sekiranya mereka terlalu dahaga dan meminta tolong diberikan air, air yang ada hanya air panas yang menggelegak seperti tembaga cair, yang pasti membakar mulut dan muka mereka apabila diminum.” Atau air itu adalah dari lelehan air-air bisa dan nanah yang berbau busuk, yang terjadi akibat bakaran daging-daging manusia di dalam Neraka itu. Itulah seburuk-buruk minuman yang disediakan bagi orang yang memilih untuk terus kufur dan ingkar pada Allah. Mungkin amaran azab ini sebagai panduan pilihan kepada manusia semua. Syed Qutub pula menjelaskan jika Al-Haqq itu merupakan kebenaran dari Allah, ianya unggul dan mewakili Syariat Allah dan budaya hidup beriman, tidak menyeleweng dan tiada bengkang-bengkok tetapi kuat berwawasan, jelas dan teratur, sememangnya menjadi pilihan kita. Mahukan IMAN dan menerima Allah ATAU mengingkari Allah dan terus hidup dalam kekufuran? Inilah pilihan yang ada. Jika kita memilih kekufuran dan keingkaran, bagaimana kita hendak menghadapi mahkamah Allah di Akhirat nanti? Seandainya kekufuran menjadi pilihan, maka kita tidak perlu lagi pada akidah dan panduan Al-Qur’an! Pilihan ada di tangan anda! Anda yang menentukan Syurga atau Neraka anda! Akidah adalah milik Allah dan tidak memberi kesan apa-apa pada Allah jika mereka tidak memilih Allah. Akidah yang Al-Haqq itu mungkin pilihan kepada jiwa yang mahukan iman dengan Allah, mendekati Allah siang dan malam, ikhlas dalam amalan mereka kepada Islam dan kepada muslimin. (Syed Qutub, Juz 4, m/s 2269) Yang memilih akidah dan iman dari Al-Haqq ini ialah mereka yang beriman dengan Allah. Yang beriman itu hendaklah menjauhkan diri dari kezaliman, dari maksiat yang berterusan, selalu beristigfar, melahirkan rasa kesal 41
dan sentiasa memperkuatkan tauhidnya kepada Allah melalui zikrullah. Jika tidak, kita bakal merasai panas Neraka Allah, yang dahaga hanya boleh dihilangkan dengan cecair dari air bisa dan nanah yang terjadi dari bakaran daging-daging manusia. Itu saja yang ada dan itulah tempat yang paling buruk yang bakal dihuni oleh manusia yang zalim kufur. Sebuah Hadith yang diriwayatkan dari Yazid Ar-Riqasyi, yang berkata, mafhumnya: Pada satu hari muncul Jibril as dihadapan Rasulullah dan mukanya ‘kecut dan berubah’. Tanya Rasulullah padanya mengapa beliau datang dengan keadaan muka tersebut. Jawab Jibril: “Aku datang kepadamu ini ketika Allah memerintahkan aku supaya menyalakan api Neraka!” Kata Rasulullah lagi: “Cuba kamu terangkan bagaimana Neraka itu?” Jawab Jibril: “Ianya mempunyai tujuh lapisan dan salah satu lapisan yang terbaik terdapat ribuan bukit-bukit api, dan setiap satunya mempunyai beribu-ribu wadi atau saliran dari api. Terdapat berbagai-bagai azab, agar Allah melindungi kita semua darinya.” (Begitulah yang dijelaskan dalam Kitab Misykatil Anwar oleh Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi, Juzuk 5, m/s 242).
42
Ayat 30-31:
Manakala orang-orang yang beriman dan beramal soleh pula, sudah pastinya Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. (30) Mereka itu disediakan Syurga yang kekal, yang mengalir di dalamnya beberapa anak-anak sungai; mereka dihias di dalamnya dengan gelang-gelang emas, dan memakai pakaian berwarna hijau dari sutera yang bersulam emas dan perak; mereka berehat di dalamnya sambil berbaring di atas pelamin-pelamin yang berhias. Yang demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan Syurga adalah tempat berehat yang semolek-moleknya. (31) Tafsiran: Orang-orang yang memilih untuk beriman, yang melengkapkan diri dengan amalan hati dan fizikal, yang sentiasa beramal untuk mendekatkan diri dengan Allah, akan diberikan ganjaran pahala dan segala amalan mereka itu diambil kira dan tidak akan disia-siakan oleh Allah; iaitu semua amalan mereka itu akan dibayar ‘upah’. 43
Sewajarnyalah upah dibayar dari amalan-amalan yang dikerjakan itu. Dan sewajarnyalah amalan-amalan itu meningkatkan darjatnya serta meninggikan kemuliaan dan mertabatnya disisi Allah. Sebuah Hadith Qudsi berbunyi:
Masuklah kalian semua ke dalam Syurga dengan restu Ku, dan berbahagialah dengan upah-upah Ku di atas semua amalan-amalan baik kamu itu. Dalam hadith ini, Rasulullah menjelaskan bahawa terdapat dua kelasifikasi, iaitu orang yang beriman dengan Allah dan orang yang menambahkan kualiti imannya itu dengan ‘amal-amal soleh’. Beriman maksudnya mempercayai Allah sebagai Tuhan Penciptanya, dan berucap dengannya dengan ‘tasdiq’ hatinya (kepercayaan yang jitu) bahawa Allah itu Maha Esa, hanya Dia saja yang disembah. Lantas dengan itu dia meninggalkan apa yang ditegah Allah dan melakukan apa yang diwajibkan ke atasnya oleh Syariat. Beramal soleh pula melakukan amalan tambahan yang mendatangkan ‘value-added’ (nilai tambah) kepada iman tersebut dan sekecil-kecil amal soleh ialah membuangkan duri di jalanan. Amal soleh lebih ditekankan kepada berbuat sesuatu yang baik untuk kepentingan orang lain, iaitu dalam siri-siri hubungan antara manusia dengan Allah Tuhannya, sesama manusia dan dengan dirinya. Dalam hubungan sesama manusia di alam maya ini, beramal soleh adalah dengan senantiasa memikirkan pembaikan kepada perjalanan hidup manusia, supaya mendapat keredhaan Allah di dunia dan Akhirat. Contoh yang terdekat ialah segala amal soleh yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah, iaitu Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Omar ibnu Khattab, Sayyidina Othman ibni Affan dan Sayyidina Ali ibnu Abi Tolib ra. 44
Di samping iman mereka pada Allah yang kental, melakukan apa yang diwajibkan atas mereka dan meninggalkan apa yang ditegah, mereka adalah pejuang bersesama Rasulullah yang mengorbankan harta, tenaga, masa dan berbuat soleh membangunkan ugama Allah, sehingga ke hari ini Islam berkembang pesat atas kesan amal soleh mereka itu. Disebabkan amal soleh tersebut, Rasulullah pernah berkata dalam sebuah Hadith, mafhumnya seperti berikut: Diriwayat dari Al-Barra’ bin Azib ra, yang berkata: Telah datang pada Rasulullah seorang Badwi, dan pada masa itu Rasulullah mengerjakan Haj bersesama semua 4 sahabatnya itu, dan sedang berada di atas tunggangannya. Kata Badwi itu pada beliau: “Perjelaskanlah kepadaku tentang ayat ini:”
Jawab Rasulullah, mafhumnya: “Wahai sahabat, mereka itu tidak jauh dari kamu dan kamu tidak jauh dari mereka. Mereka itu ialah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali ra yang sedang wukuf bersesamaku ini. Beritahulah kepada semua orang bahawa ayat ini diturunkan menjelaskan amalan EMPAT orang ini” (Imam Suhaili menerangkan dalam Kitabnya Attarif wal I’klam, m/s 243; Juzuk 5, Tafsirul Bayan oleh Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi).
45
Di antara penyaksian hari Kiamat melalui Al-Qur’an bagi orang yang beriman dan bermal soleh ialah: a)
Ditempatkan dalam selama-lamanya.
Jannah
Adnin
untuk
b)
Kawasan penempatan ini disediakan larian anak sungai yang mengalir dan membahagiakan mata.
c)
Kawasan penempatan disediakan dengan penuh kemewahan, iaitu dengan adanya tempat rehat untuk mereka berteleku yang dihiasi dengan sutera.
d)
Adanya nikmat-nikmat lain yang diberi sebagai upah atas amal soleh tersebut.
e)
Tempat berpulang yang terbaik.
f)
Allah berjanji bahawa setiap amal soleh itu tidak akan disia-siakan.
Suasana begini digambarkan bagi mendekatkan minda kita kepada nikmat-nikmat pemberian Allah pada hari Kiamat tersebut. Secara khususnya, Allah Maha Mengetahui dan kita hanya diperdengarkan mengenainya melalui ayat-ayat Al-Qur’an di atas. Dalam kata lain, pilihlah beriman kepada Allah. Lakukanlah amal soleh bagai seorang wira yang aktif memperbaiki hidup di atas muka bumi ini, bersesama dengan orang-orang beriman yang lain untuk menegakkan ugama Allah dan iman. Beristiqomahlah dengan zikrullah, perkuatkanlah semua amalan baik agar Islam berkembang, berterusan dan dijiwai oleh manusia dalam menuju kebahgiaan di dunia dan Akhirat.
46
Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44 Selepas penceritaan kisah Ashabul Kahfi dan amal soleh, maka Allah memperkenalkan kepada kita cerita dua sahabat yang memperlihatkan nilai-nilai yang kekal atas nama Iman dan amal, dengan nilai-nilai keduniaan yang ‘hilang’ dan sia-sia atas kehendak Allah. Ayat-Ayat 32-44:
1
Bawalah kepada mereka satu misal perbandingan: Dua sahabat lelaki, Kami kurniakan bagi salah seorang dari mereka dua buah kebun anggur, dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, dengan jenis-jenis tanaman yang berlainan. (32) Kedua-dua kebun tersebut mengeluarkan hasilnya, dan Kami tidak mengurangkan sedikit pun dari hasil itu, dan juga Kami mengalirkan di antara keduanya dengan sebatang sungai. (33) Di samping kebun tersebut, sahabat ini juga mempunyai harta lain, lalu berkatalah ia kepada sahabatnya itu sewaktu berbincang dengannya: “Aku mempunyai lebih banyak harta daripadamu, wahai sahabat! Dan aku lebih berpengaruh dengan anak-anakku yang ramai.” (34) 2
Dan sambil dia masuk ke dalam dua kebunnya itu bersama sahabatnya, dengan rasa angkuh (sebenarnya dia menzalimi dirinya sendiri) dan berkata: “Aku tak fikir kebun-kebunku ini akan binasa selama hidupku ini! (35) Dan aku tak fikir akan berlakunya Kiamat, dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (mengikut kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat ‘tempat kembali’ yang lebih baik daripada ini!” (36) Sahabat yang mendengar kata-katanya itu pun menjawab: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah, (sebenarnya Dialah) yang telah menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air mani,dan kemudian membentukmu dengan sempurnanya sebagai seorang lelaki? (37) Tetapi aku sendiri percaya dan yakin sepenuhnya Bahawa Dialah Allah Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku Allah itu. (38) Dan sepatutnya sewaktu engkau masuk ke dalam kedua-dua kebunmu itu, ucaplah dengan perkataan (segala-galanya akan terjadi dengan kehendak Allah), (kekuatan yang ada hanya dengan pertolongan Allah; semuga engkau mendapat barakah dariNya), kalaupun engkau memandang aku ini miskin, kurang harta dan anak, berbanding dengan engkau yang kaya. (39) Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan aku nanti dengan yang lebih baik daripada kebun-kebunmu itu, dan aku bimbang (dengan lagak dan kufurmu itu) engkau akan ditimpa dengan bala bencana dari langit (Allah) sehingga terbinasalah semua kebun-kebunmu itu menjadi tandus dan licin. (40)
3
Ataupun, segala air yang menyuburkan kebun itu akan kering ditelan bumi, maka pada masa itu nanti tiada apa yang dapat engkau perolehi.” (41) Dengan kuasa Allah, segala tanaman serta harta benda sahabat itu dibinasakan, lalu pada masa itu dia menyesal, dengan membalik-balikkan kedua-dua tapak tangannya (kehairanan dan sedih) di atas kehilangan hasil pelaburannya pada kebun-kebun itu, di mana kebun-kebun itu mengalami kematian pucuk-pucuk, dan dia berkata: “Alangkah baiknya jika aku tidak sekutukan sesuatu dengan Tuhanku.” (42) Dan tiada sesiapa yang boleh menolongnya selain dari Allah, dan pada yang sama dia tidak dapat membela dirinya sendiri. (43) Pada saat-saat demikian, semua kekuasaan yang memberi pertolongan hanya terletak di tangan Allah sahaja; iaitu dari Tuhan yang sebenar-benarnya. Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang bahagia kepada hamba-hambaNya yang taat. (44) Tafsiran: Kisah dua sahabat ini menggambarkan perbedaan di antara nilai yang akan menghilang, dengan nilai yang kekal; isunya ialah Tauhid dan keimanan pada Allah. Jiwa yang hanya menekan kekayaan dunia dan mengabaikan Allah dan Akhirat, ialah jiwa kosong yang berakhir dengan kekecewaan, berbanding dengan jiwa yang diisi dengan iman dan amal soleh, yang meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah, tidak akan kecewa menghadapi dunia dan Akhirat. Kita boleh melihat dan membandingkan misalan ini dengan apa yang berlaku di sekitar kita hari ini.
4
Kisah benar ini berlaku dalam zaman Bani Israil, di antara 2 sahabat; seorang sahabat itu dikurniakan dua buah kebun dan beliau melabur dalam kebun itu. Hasil dari pelaburan itu, beliau telah memiliki sejumlah harta yang besar dan ditambah pula dengan pulangan hasil yang besar dari pelaburan kebun anggurnya itu. Dari gambaran yang diberi dari ayat di atas, beliau merancang pelaburannya dengan baik sekali dengan sistem penanaman yang moden dan berproduktiviti tinggi. Tetapi sayang, dia mempunyai sikap suka membelakangkan Allah, takbur dan was-was tentang pertolongan dariNya, tentang hari Kiamat dan kekuasaanNya,serta suka merendahkan orang-orang yang beriman. Sikap ini menjerumuskan beliau ke dalam kerugian, rugi di dunia dan di Akhirat nanti. Sedangkan yang beriman, dijauhkan dari kekecewaan dan kerugian, baik di dunia mahupun di Akhirat. Tuan punya kebun ini juga dikatakan memiliki kekayaan lain yang menunjukkan dia adalah seorang yang kaya dengan harta dan pendapatannya. Inilah pengertian dari ayat berikut:
5
Bawalah kepada mereka satu misal perbandingan: Dua sahabat lelaki, Kami kurniakan bagi salah seorang dari mereka dua buah kebun anggur, dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, dengan jenis-jenis tanaman yang berlainan. (32) Kedua-dua kebun tersebut mengeluarkan hasilnya, dan Kami tidak mengurangkan sedikit pun dari hasil itu, dan juga Kami mengalirkan di antara keduanya dengan sebatang sungai. (33) Kekayaan sahabat ini membuatkan dia merasa bongkak dan besar diri, dan beliau secara berseloroh menyatakan pada sahabatnya yang miskin itu yang dia seorang yang kaya, banyak harta, pengaruh yang besar (kerana ramai kenalannya) dan ramai anak-anaklelaki. Cara dia memasuki kawasan kebunnya diperlihatkan pada kawannya itu dengan lagak yang menunjuk-nunjuk, dengan perasaan ‘ujub’ dan angkuh. Perbuatan menonjolkan diri serta bangga itulah sebenarnya yang dikatakan bahawa dia telah menzalimi dirinya sendiri. Lebih-lebih lagi dia mengulangi cakapnya: “Aku rasa tak habis untuk aku makan hasil kebun ini, yang akan kekal untuk ku.” Perkataan yang berbentuk kufur pada nikmat Allah ini, yang dicatitkan dalam ayatdi atas ialah: “Dan aku tak fikir akan berlakunya Kiamat, dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (mengikut kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat ‘tempat kembali’ yang lebih baik daripada ini!” (36)
6
Inilah dia sifat-sifat orang yang menidakkan kuasa Allah dan menganggap apa yang dia lakukan itu tidak kena mengena dengan Allah, tetapi dari hasil usahanya. Kerana keterlaluan kepada harta benda, beliau berasa apa yang didapatinya itu akan terus kekal, dan tak perlu dikaitkan dengan Kiamat dan hari Akhirat. Kalaupun ada Kiamat dan dibangkit semula, dia rasa dia akan mendapat tempat yang lebih baik dari dunia itu, kerana dia adalah seorang yang berpengaruh besar dan kaya pula di dunia ini. Inilah maksud ayat-ayat berikut:
Di samping kebun tersebut, sahabat ini juga mempunyai harta lain, lalu berkatalah ia kepada sahabatnya itu sewaktu berbincang dengannya: “Aku mempunyai lebih banyak harta daripadamu, wahai sahabat! Dan aku lebih berpengaruh dengan anak-anakku yang ramai.” (34) Dan sambil dia masuk ke dalam dua kebunnya itu bersama sahabatnya, dengan rasa angkuh (sebenarnya dia menzalimi dirinya sendiri) dan berkata: “Aku tak fikir kebun-kebunku ini akan binasa selama hidupku ini! (35) Dan aku tak fikir akan berlakunya Kiamat, dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (mengikut kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat ‘tempat kembali’ yang lebih baik daripada ini!” (36)
7
Imam Fakhrurrazi, mentafsirkan ayat di atas dengan menyatakan yang mereka berdua berbincang, yang miskin beriman telah menasihatkannya jangan terlalu angkuh dan kufur, dan meminta beliau berhati-hati, bersyukur pada Allah, yakin yang kita semua akan dibangkitkan semula apabila mati dan segala amal soleh kita akan dipersoalkan. Namun si kaya ini tetap memperlekehkannya. Jadi bagi memperlihatkan kemewahan dan keceriaannya, maka beliau menunjukkan kebun-kebun itu untuk menonjolkan kehebatannya. Amalan begini dikatakan oleh Allah sebagai ‘menzalimi dirinya sendiri’, dan dijelaskan yang beliau menzalimi dirinya sendiri dengan kufur kepada Allah dalam kata-katanya kepada rakan miskin berimannya itu: “Aku tak fikir kebun-kebunku ini akan binasa dalam masa terdekat ini.” sambil mempersendakannya pula dengan kata-kata: “Aku tak fikir hari Kiamat itu akan berlaku, dan kalaupun berlaku, seperti kepercayaanmu itu, aku rasa aku akan diberi penghormatan oleh Tuhanku dengan mendapat tempat yang terlebih baik dari ini, setelah aku dikembalikan kepadanya.” Dari dialog-dialog di atas, ternyatalah pemilik dua kebun yang kaya itu kufur pada Allah dan telah menzalimi dirinya sendiri dengan tidak beriman kepada Allah, pada kuasaNya, dan pada hidup kembali setelah mati. Inilah kelibat orang-orang yang kaya dan mencintai dunia, yang membawa nilai keduniaan pada hidupnya serta lupa pada nilai Allah dan ciptaanNya. Seterusnya, sahabat yang beriman terus berkata, untuk mengingatkan beliau tentang keterlanjurannya itu: 8
“Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah, (sebenarnya Dialah) yang telah menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air mani, dan kemudian membentukmu dengan sempurnanya sebagai seorang lelaki?” Pertama: yang terlanjur perlu disedarkan, bahawa apa yang telah Allah anugerahkan padanya di dunia ini bukan kerana ‘haknya’ atau dia berhak atas semua titik peluhnya, dan kerana ianya dari Allah bukan dari usahanya. Kedua: ternyata sahabat ini merasa SYAK tentang adanya bangkit semula selepas mati dan dia perlu diingatkan bahawa dia sendiri telah dicipta Allah dari tanah (dan akan pulang kepada tanah) dan air mani, dan sudah pasti Allah dapat menghidupkan dia semula selepas mati untuk menghitung amal solehnya. Lantas sahabat yang miskin itu memberitahu beliau yang dia beriman dengan Allah, dengan kata-katanya: “Engkau kufur pada Allah sedangkan aku ini beriman kepadaNya dan aku tidak syirik padanya sedikit pun. Miskin dan kaya itu adalah dariNya. Aku bersyukur padaNya jika aku diberi rezeki, dan jika aku susah aku bersabar. Aku tidak takbur atas rezeki yang dianugerahNya! Aku juga percaya bahawa kita semua akan dibangkitkan dan dihisab atas segala amal soleh kita!” Jadi beliau mencadangkan kepada pemilik dua kebun itu supaya mengucapkan dua perkara berikut untuk mengembalikan imannya kepada Allah: 1.
Sewaktu beliau masuk ke dalam kebunnya itu, ia harus mengucapkan perkataan terjadi dengan kehendak Allah) dan
2.
(semuanya
Mengucapkan perkataan (tiada ada daya atau kekuatan KECUALI dengan pertolongan Allah). 9
Kedua-dua perkataan tersebut adalah pemulih akidah kepada Allah dan iman, yang meletakkan segala-galanya pada kehendak dan pertolongan dariNya atas segala apa yang kita dapat di dunia ini. Inilah dia pengertian dari ayat-ayat seterusnya: (Rujukan Tafsir Fakhrurrazi, Juzuk 21, m/s126)
Sahabat yang mendengar kata-katanya itu pun menjawab: “Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah, (sebenarnya Dialah) yang telah menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air mani, dan kemudian membentukmu dengan sempurnanya sebagai seorang lelaki? (37) Tetapi aku sendiri percaya dan yakin sepenuhnya bahawa Dialah Allah Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku Allah itu. (38) Dan sepatutnya sewaktu engkau masuk ke dalam kedua-dua kebunmu itu, ucaplah dengan perkataan (segala-galanya akan terjadi dengan kehendak Allah), (kekuatan yang ada hanya dengan pertolongan Allah; semuga engkau mendapat barakah dariNya).
10
Syed Qutub pula menyatakan bahawa sahabat yang beriman dan miskin itu adalah contoh seorang yang memulihkan secara adab, agar seseorang yang telah mendapat nikmat Allah bersikap bersyukur, dan mengingatkannya akan akibat buruk dari sifat takbur dan besar diri atas nikmat anugerah Allah. Letakkanlah semua kurniaan Allah kepada nikmatNya dan kehendakNya. Begitulah keperluan iman dalam diri orang-orang yang beriman, yang tidak menjadikan harta dan wang sebagai segala-galanya, dan bertanggungjawab memandu yang syak itu kepada jalan Allah agar tidak tertipu dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya. Beliau memandu yang bersikap tamak pada hidup ini kepada iman dan bertawakkal pada Allah, dan dari bersikap takbur dan syak kepada rasa berdosa dan mahu bertaubat. Malah dia mendorong pelabur itu ke arah pelaburan yang diredhai Allah untuk dunia dan Akhirat. Kita teruskan dengan mendengar kata-katanya kepada sahabatnya itu dalam ayat yang berikut:
Kalaupun engkau memandang aku ini miskin, kurang harta dan anak, berbanding dengan engkau yang kaya. (39)
11
Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan aku nanti dengan yang lebih baik daripada kebun-kebunmu itu, dan aku bimbang (dengan lagak dan kufurmu itu) engkau akan ditimpa dengan bala bencana dari langit (Allah) sehingga terbinasalah semua kebun-kebunmu itu menjadi tandus dan licin. (40) Ataupun, segala air yang menyuburkan kebun itu akan kering ditelan bumi, maka pada masa itu nanti tiada apa yang dapat engkau perolehi.” (41) Apakah kesudahannya pada pemilik kebun-kebun ini? Dia terus dengan keingkarannya, walaupun telah didakwah sebegitu rupa. Kebun-kebunnya menjadi kering, buah-buahannya keguguran, tanahnya kering kontang dan beliau didapati kesal dan kerugian atas pelaburannya itu. Pada masa itu semuanya sudah terlewat. Tetapi Allah telah mencatit pengakuan kesalahan dari kata-katanya: “Alangkah baiknya, jika aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku!” Penjelasan ayat-ayat selanjutnya adalah seperti berikut:
Dengan kuasa Allah, segala tanaman serta harta benda sahabat itu dibinasakan, lalu pada masa itu dia menyesal, dengan membalik-balikkan kedua-dua tapak tangannya (kehairanan dan sedih) di atas kehilangan hasil pelaburannya pada kebun-kebun itu, di mana kebun-kebun itu mengalami kematian pucuk-pucuk, dan dia berkata: “Alangkah baiknya jika aku tidak sekutukan sesuatu dengan Tuhanku.” (42) 12
Lihatlah kepada dialog di atas dalam ayat ini. Apakah yang dibimbangkan oleh si miskin beriman itu memang masuk akal. Beliau bimbang pelaburan yang membelakangkan Allah dan penuh dengan rasa takbur serta tamakkan dunia itu, akan memakan diri tuannya. Jika pelaburannya di atas tanah, maka tanah itu akan menjadi gersang. Jika ianya melibatkan wang, mungkin wang itu akan tersalah ‘placement’ dan rugi keesokannya, dan dalam semua pelaburan pasti ada risikonya. Oleh itu beliau meminta sahabatnya supaya bertawakal pada Allah, jangan ingkar kufur atas nikmatNya, bersyukur dan menggunakan jalan yang halal untuk mendekati Allah dan harapkan pertolongan dari Allah, atas semua risiko yang mungkin terjadi. Apabila terjadi malapetaka yang disebabkan oleh kesombongan kita, kekufuran kita, kerana tamak, takbur dan rasa was-was pada pembalasan Allah dan hari bangkit semula, maka pada masa itu ‘kekesalan’ tidak lagi memberi apa-apa kepada kita. Kisah Bani Israel di atas berakhir dengan kerugian pelaburan dan kehilangan semua harta bendanya. Sekurang-kurangnya dia tahu kekesalan dan kerugiannya itu adalah kerana syiriknya kepada Allah. Setelah semua pelaburannya musnah, beliau sedar kepada siapakah dia harus pohon pertolongan? Dan siapakah yang boleh memberinya pertolongan? Ayat-ayat yang berikut menerangkan bahawa hanya Allah sahaja yang boleh memberi pertolongan dan membelanya dari terus musnah di dunia dan Akhirat. Allah adalah sebaik-baik pemberi pahala dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahgia.
13
Firman Allah:
Dan tiada sesiapa yang boleh menolongnya selain dari Allah, dan pada yang sama dia tidak dapat membela dirinya sendiri. (43) Pada saat-saat demikian, semua kekuasaan yang memberi pertolongan hanya terletak di tangan Allah sahaja; iaitu dari Tuhan yang sebenar-benarnya. Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang bahagia kepada hamba-hambaNya yang taat. (44) Mengakhiri cerita dua sahabat, seorang pelabur yang syak tentang akidah dan seorang miskin yang beriman, Allah telah menyisipkan satu prinsip akidah yang sangat penting iaitu: “YANG BOLEH MENOLONG HANYA ALLAH, Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya, Pemberi pahala yang terbaik, Dan Pemberi kesudahan yang berbahagia.” Bagaimanakah cerita di atas?
ini
boleh
berlaku
dalam
konteks
Terfikir apakah pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini yang berkait dengan pengajaran Surah Al-Kahfi keseluruhannya? Setelah meneliti beberapa tafsir-tafsir besar, ianya tidak mencatitkan pengajaran selain daripada ‘kemenangan yang beriman ke atas yang kufur ingkar’.
14
Jika diteliti cerita ini secara keseluruhan, perkara-perkara berikut dapat dirumuskan: a)
Allah menjelaskan adanya konsep pelaburan pertanian, iaitu dua buah kebun milik seorang sahabat yang was-was terhadap kuasa Allah dan juga was-was tentang adanya hari bangkit semula.
b)
Tuan punya dua kebun anggur ini, telah merancang pengeluaran kebun-kebunnya secara terancang atau ‘berekonomi mengikut skala’ yang menjanjikan ‘produktiviti’ yang tinggi. Dia merancang pengeluaran yang boleh menguntungkan pelaburannya. Pada zaman kini, ianya dikenali sebagai Pembangunan Pertanian (Agriculutural Development).
c)
Kawalan ke atas kebun-kebunnya juga dijelaskan dengan cara dia memperlihatkan kebun-kebun itu kepada sahabatnya dan menyakini pengeluaran kebun-kebunnya akan berterusan. Semuanya ini menggambarkan adanya perancangan pengeluaran pertanian yang moden dengan pelaburan yang mencukupi dari seorang pelabur. Akibat perancangan pelaburan dan penjagaan kebun-kebun ini, maka dijangka ianya akan menguntungkan, lebih-lebih lagi apabila tuan kebun dikatakan sebagai seorang yang mempunyai harta sampingan yang lain. Ini menggambarkan struktur modal yang baik.
d)
Dari segi kerohanian dan ugama, beliau agak kurang beriman, kurang percaya pada kuasa Allah melalui usaha-usahanya, dan was-was terhadap konsep ‘amal-soleh’ dan tentang bangkit semula selepas mati. Walau bagaimanapun, beliau dinasihati oleh seorang sahabat yang kuat imannya pada Allah, percaya pada kuasa Allah, bertawakkal atas segala kehendak Allah, yakin atas usaha amal soleh dan percaya bahawa manusia akan dibangkitkan semula untuk dihisab amal baik dan jahatnya di hadapan mahkamah Allah. 15
e)
Tuan punya kebun itu yang kurang memberi perhatian pada Allah dan kuasaNya, akhirnya berhadapan dengan kuasa Allah. Beliau gagal dalam pelaburannya akibat cuaca dan semua pelaburannya rugi. Kerugian seorang pelabur yang was-was tentang Allah dan kuasaNya menyebabkan beliau rasa kesal dan mengakui ‘sepatutnya beliau tidak syirik pada Allah’ dan membawanya balik kepada Allah.
f)
Saranan ayat seterusnya ialah: “Yang boleh menolong HANYA Allah, Allah adalah sebenar-benarnya Tuhan, Dialah sebaik-baik pemberi pahala Dan Dialah sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahgia kepada manusia”.
Ini termasuklah kepada penerusan pelaburan pembangunan yang diusahakan oleh pelabur tadi.
dan
Cerita ini melibatkan seorang pelabur yang tidak kuat imannya, dengan seorang penasihat ugama yang kuat imannya pada Allah. Gabungan kedua-dua manusia ini menjelaskan bagaimana satu-satu pelaburan itu boleh mendapat barakah dan kejayaan, atas pertolongan dari Allah. Di antara nasihat yang diberi oleh sahabat yang kuat imannya itu ialah: 1.
Mulakan semua kerja-kerja pelaburan dengan menyakini semua ketentuan adalah di bawah kuasa Allah dan dengan berdoa mengharapkan penjagaan dari Allah.
16
Firman Allah atas lidah sahabat yang menasihat itu:
Sepatutnya sewaktu engkau memasuki kebun-kebun engkau itu katakanlah: “Semua yang akan berlaku hanya dengan kehendak Allah dan tidak ada daya dan kekuatan selain dari bergantung pada kekuatan Allah.” 2.
Dalam melaksanakan perancangan pelaburan itu jangan kufur pada Allah dan jangan ucapkan sesuatu yang jelas menentang Allah.
Sahabat itu berkata padanya dalam perbincangan mereka: “Adakah patut kamu kufur dan ingkar pada Allah yang telah mencipta kamu dari tanah, kemudian dari air mani, dan kemudian Dia membentuk engkau menjadi seorang lelaki? Aku sendiri sangat percaya dan yakin pada Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutu sesuatu pun dengan Tuhanku itu.” Ertinya, janganlah kita menzalimi diri kita sendiri, sebaliknya hendaklah kita beriman pada Allah dan memohon keberkatanNya untuk kita berjaya. 3.
Gunakan segala kepakaran kita dalam merancang, mengurus, mengawal dan mengatur semua faktor-faktor modal, manusia dan keusahawanan, dan bertawakkallah pada Allah.
17
Firman Allah:
(Akibat perancangan yang baik) kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan sedikit pun tidak kurang hasilnya dari biasa, dan terdapat saliran air, iaitu sungai yang berada di antara kedua-duanya (perancangan pengairan), dan disamping itu dia juga mempunyai harta yang lain (sumber modal yang teguh). 4.
Rancangkan pengeluaran hasil yang baik dan beramal soleh dengannya untuk memberkati hasil dan keuntungan darinya. Beramal soleh dalam pengeluaran bererti menuaikan hasil, menjualnya di pasaran dan tidak menipu, demi mengumpul untung yang berlipat ganda. Amal soleh begini tidak akan disia-siakan oleh Allah.
Sesungguhnya orang yang beriman dengan Allah, dan melakukan amal soleh (kerana Allah), maka sesungguhnya Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya itu. (Surah Al-Kahfi, Ayat 30) Justeru itu sahabatnya menekankan kosep iman pada Allah dalam mendakwah kawannya yang was-was itu, supaya usaha gigihnya disaluti iman dan amal soleh agar dia tidak kerugian, baik di dunia dan di Akhirat. 18
Kesimpulannya: Ayat-ayat Surah Al-Kahfi bermula dari ayat 32 hingga 44 menjelaskan amal soleh dalam pelaburan, pengeluaran dan perniagaan yang boleh dijadikan panduan kepada yang mahukan iman dan bimbingan Allah, agar tidak kerugian di dunia dan di Akhirat. Jika anda lalai dari beberapa prinsip yang disebutkan dalam ayat-ayat itu, maka hasilnya ialah kerugian di dunia dan di Akhirat. Renungkanlah maksud dari ayat berikut:
(Akibat kerugian pelaburannya) jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya penuh kekesalan terhadap semua pelaburannya pada kebun-kebunnya itu.
19
Bahagian Keempat: Tafsiran Ayat-ayat 45-59 Konsep Hidup dan Kiamat Mengapa kita mahukan Allah dan iman dalam hidup kita ini? Dan mengapa kita mahukan Allah dan iman dalam pergerakan amal harian kita? Allah menjelaskan bandingan ini di dalam ayat-ayat 45 hingga 59 seterusnya untuk renungan kita. Pertama: Hidup di dunia ini seperti air yang membasahi bumi, yang menyuburkan tanah, tetapi akhirnya bila datang kemarau, jadilah ia kering. Maka semua yang telah hidup itu akan menjadi kering dan hancur, terbang ditiup angin. Yang tinggal hanyalah kekuasaan Allah. Bagi yang beriman, iman itulah yang menjadi temannya, dan bagi yang tidak beriman, tiada sesiapa akan bersamanya. Antara anak yang ramai dan harta benda yang banyak, jika tidak diikuti oleh amal soleh, maka tiadalah tinggalan soleh yang boleh dijadikan hasil yang baik di sisi Allah. Kedua: Tinggalan amal soleh yang terbaik, mempunyai kebajikan yang tinggi di sisi Allah dan menjadi cita-cita kepada yang beriman. Untuk apa amal soleh itu perlu menjadi tinggalan kita? Jawabnya, kerana pada akhirnya apabila berlaku Kiamat, gunung-ganang akan hancur berterbangan dan semua manusia di waktu itu akan dihimpunkan di Padang Mahsyar, untuk menghadap Allah di hadapan mahkamahNya, diperiksa semua amal baik dan jahat mereka, dan yang beramal soleh akan mendapat pahala yang besar.
1
Inilah maksud ayat-ayat berikut:
Wahai Muhammad, dan kemukakanlah kepada mereka satu lagi misal perbandingan iaitu: KEHIDUPAN DUNIA ini samalah seperti air hujan yang telah Kami turunkan dari langit; ia turun dan kemudian bercampur baur dengan tanah-tanih (menyebabkan kesuburan tanah dan hasil yang hijau). Kemudian bila berlaku kekeringan air itu, maka semuanya akan kering hancur dan terbang ditiup angin. Ingatlah! Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (45) Harta benda dunia, dan anak-pinak hanya sekadar perhiasan hidup; dan AMAL-AMAL SOLEH yang kekal faedahnya kepada hidup ini dan paling berkebajikan di sisi Allah dari segi pahala balasannya, itulah sebaik-baik asas yang memberi harapan. (46) 2
Iaitu, ingatlah pada satu hari nanti (hari Kiamat), akan Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang, dan pada masa itu engkau akan dapat melihat bumi ini rata dan terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka semua (di Padang Mahsyar), dan tidak seorang pun yang ketinggalan. (47) Mereka tetap akan dibawa menghadap Tuhanmu, Allah, berbaris-baris seraya dikatakan: “Kamu semua sekarang ini telah datang menemui Kami dalam bentuk ciptaan sepertimana kamu dijadikan mula-mula dulu, bahkan kamu dahulu menyangka yang Kami tidak akan mengadakan waktu sedemikian rupa (untuk dihimpunkan kamu semua) seperti yang dijanjikan.” (48) Tafsiran: Ibnu Kathir mencatitkan bahawa banyak ayat-ayat di dalam Al-Qur’an yang membandingkan manusia dengan air hujan. Adanya air hujan memberi nilai kepada kehidupan dan menghijaukan tanaman. Apabila kering, maka kekeringanlah daun-daun dan tumbuh-tumbuhan itu dan menjadi ringan diterbangkan angin. Di antaranya: a)
Dalam Surah Yunus, Ayat 24. Firman Allah:
3
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya tanaman-tanaman di bumi yang terdiri dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang; bercampur-baur, berpaut-pautan disebabkan oleh adanya air itu, hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan terhias cantik, dan penduduknya pun menyangka mereka telah dapat menguasai dan mengambil hasil dari tanaman itu (kerana semua itu adalah hasil kerja mereka). Maka datanglah perintah Kami di waktu malam atau pada siang hari, menimpa mereka dengan bencana, lalu Kami jadikannya hancur-lebur, seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir dan mengambil iktibar darinya. (Yunus (10): Ayat 24) b)
Dalam Surah Az-Zumar (39), Ayat 21. Firman Allah:
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkannya dan menjadi matair-matair di bumi, kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu akan tanam-tanaman yang berbagai jenis dan berbagai warnanya, dan kemudian tanaman itu tumbuh dengan segar menghijau (hingga ke satu masa tertentu). Selepas itu engkau melihatnya berubah warna menjadi kekuning-kuningan, kemudian menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya, segala yang disebutkan itu menjadi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar (39): Ayat 21) 4
c)
Dalam Surah Al-Hadid (57), Ayat 20. Firman Allah:
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu hanyalah bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan yang melalaikan, serta perhiasan, juga bertujuan untuk bermegah-megah di antara kamu, serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak; semuanya ini dibandingkan seperti air hujan yang menumbuhkan tanaman menjadi hijau subur, memberikan keceriaan pada penanamnya yang tertarik hati pada kesuburan itu; yang terus bergerak segar (hingga ke suatu masa), tiba-tiba dilihat kekuningan dan akhirnya hancur bersepai. Ketahuilah bahawa azab Akhirat adalah berat (disediakan kepada yang terlalu utamakan keduniaan), tetapi tetap ada pula keampunan serta keredhaan dari Allah (bagi yang mengutamakan Akhirat ). Kehidupan di dunia ini hanyalah tempat kesenangan bagi orang-orang yang ‘TERPEDAYA’. (Al-Hadid (57): Ayat 20) Ketiga-tiga ayat ini menguatkan kefahaman kita bahawa hidup di dunia ibaratkan hujan (tidak lebih dari itu) yang menyuburkan tanah-tanih seketika sebelum menjadi kuning dan kering. Sikap terlalu tumpukan dunia dan kemewahannya akan memperdayakan hidup kita, jalan terbaik ialah dengan mengutamakan tumpuan di Akhirat 5
Ayat kemudiannya membandingkan bahawa harta benda dunia dan anak-pinak yang ramai hanyalah perhiasan sementara hidup ini, TETAPI amal soleh di dunia dan tinggalan amal soleh itu adalah sebaik-baik kebajikan di sisi Allah dan menjadi impian dan cita-cita yang diberi tumpuan.
Harta benda dunia, dan anak-pinak hanyalah sekadar perhiasan hidup: DAN AMAL SOLEH akan kekal faedahnya kepada hidup ini dan paling berkebajikan di sisi Allah dilihat dari segi pahalanya, itulah sebaik-baik asas yang memberi harapan. (46) Tafsiran: Tinggalan ‘amal soleh’ kita ditekankan oleh Allah dalam ayat ini dan bukan anak pinak yang ramai atau harta benda yang terkumpul. Apakah dia amal soleh itu? Ar-Razi mendefinasikannya sebagai: “Setiap amalan dan pertuturan dalam hidup manusia ini yang dilakukan kerana Allah, dan cita-cita pengamal kebajikan kerana Allah itu ialah mendapatkan keredhaan Allah dan pahala untuk menentukan nasibnya di Akhirat nanti. Amalan dan pertuturannya itu akan meninggalkan kesan faedahnya yang boleh diwarisi oleh orang yang terkemudian. Itulah citacitanya.” Seterusnya, Allah membawa minda kita kepada keadaan hari kita dibangkitkan semula, di mana telah dicatitkan keadaan huru-haranya, memberi keinsafan kepada kita.
6
Firman Allah:
Iaitu, ingatlah pada satu hari nanti (hari Kiamat), akan Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang, dan pada masa itu engkau akan dapat melihat bumi ini rata dan terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka semua (di Padang Mahsyar), dan tidak seorang pun yang ketinggalan. (47) Gambaran Hari Kiamat dalam ayat di atas merangkumi: a) b) c) d)
e) f)
Segala bukit bukau, dan gunung-ganang, bangunan, akan habis diterbangkan seperti kapas. Keadaan bumi ini hanya mendatar dan dipenuhi manusia yang dihimpunkan. Manusia dihimpunkan untuk menghadapi mahkamah Allah di Padang Mahsyar Tidak ada yang terlepas dari himpunan ini walau seorang pun. Ini bererti terkumpullah semua manusia sejak dari zaman Adam as hingga pada akhir hayat hidup dunia. Sesaknya dunia ini tidak dapat digambarkan! Semua manusia berbaris-baris mengikut kehendak Allah. Manusia dibangkitkan semula dalam bentuk semulajadi, sepertimana mereka dicipta dahulu.
Ini berdasarkan fahaman Ayat 48 berikut:
7
Mereka tetap akan dibawa menghadap Tuhanmu, Allah, berbaris-baris seraya dikatakan: “Kamu semua sekarang ini telah datang menemui Kami dalam bentuk ciptaan sepertimana kamu dijadikan mula-mula dulu, bahkan kamu dahulu menyangka yang Kami tidak akan mengadakan waktu sedemikian rupa (untuk dihimpunkan kamu semua) seperti yang dijanjikan.” (48) Semua gambaran Kiamat ini hanya kita dengar dari Al-Qur’an sahaja dan tidak tergambar bagaimana keadaan yang sebenar. Ianya diperdengarkan kepada kita untuk menambahkan iman kita pada Allah bahawa hari Kiamat itu BENAR dan akan berlaku; WALAUPUN sesetengah orang yang kufur menolak akan adanya hari Kiamat ini. Hari Kiamat dan keadaannya dijelaskan dalam ayat berikutnya:
Dan ‘Kitab-kitab Amal’ dibentangkan, engkau akan dapat melihat bahawa orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya, dan mereka akan berkata: “Aduhai, celakanya kami ini! Mengapa Kitab ini sedemikian rupa? Catitannya tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, semua dihitung!”. Dan mereka mendapati segala amal yang telah mereka lakukan itu telah ‘sedia tertulis’. (Ingatlah) Allah, Tuhanmu itu tidak zalim kepada seseorang pun. (49)
8
Keseluruhan, ayat-ayat di atas menggambarkan huru-hara di hari Kiamat, antaranya: a)
Setiap individu itu akan dibekalkan dengan Kitabnya (buku catitan amalnya semasa di dunia dulu); samada diterima dengan tangan kanannya atau tangan kirinya.
b)
Orang yang kufur akan berubah wajah mereka kerana ketakutan, takut terbongkar segala kejahatan mereka kepada semua yang ada atau takut kepada azab yang bakal menunggu mereka dihadapan.
c)
Gelagat pembaca buku catitan yang terkejut kerana catitan tersebut terlalu terperinci, walau sekecil mana sekalipun, amalan itu dicatitkan.
d)
Terdapat catitan dosanya.
e)
Pengakuan Allah, semua catitan itu adalah benar dan Allah tidak menzalimi sesiapa pun.
amal
bersekali
dengan
pahala
Syed Qutub berkata, ayat-ayat di atas memperlihatkan kepada kita akan huru-hara hari Kiamat yang pasti akan tiba. Kawasan bumi yang terhampar luas, dipenuhi manusia untuk dihisab amal baik dan jahat mereka. Yang menggemparkan mereka ialah segala amalan jahat mereka tertulis, dilihat, dibaca dan terdapat perincian segala amalan mereka yang lalu. Luahan kata-kata mereka menggambarkan mereka terperangkap kerana kekufuran mereka. Dalam keadaan takut, kesal, tertekan dan kelam-kabut, huru-hara yang menekankan persekitaran hari itu menambahkan lagi tekanan atas mereka. Ke mana hendak mereka melarikan diri? Segala amalan maksiat mereka terdedah. Yang pasti pada mereka ialah mereka tidak pernah percaya akan adanya hari seperti ini, iaitu hari mereka dibangkitkan semula!
9
Penyaksian hari Kiamat di atas dan keadaan yang menakutkan kepada orang-orang kufur ingkar sebenarnya berlaku kerana mereka selama ini menyembah mengikut telunjuk Syaitan. Mereka tahu bahawa Syaitan dan zuriatnya adalah seteru kepada manusia, tetapi malangnya mereka menjadi pengikut setia Syaitan ini, dan Syaitanlah yang mengajak mereka kufur pada Allah, tidak percaya adanya hari bangkit semula, tiada amal soleh, tiada Allah dan petunjukNya. Ayat seterusnya menjelaskan perlakuan Syaitan dan pengaruhnya ke atas mereka. Fiman Allah:
Dan ingatkanlah peristiwa tatkala Kami berfirman kepada Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka sekelian mereka itu sujud kepadanya, kecuali IBLIS. Iblis itu berasal dari golongan Jin, mereka derhaka terhadap perintah Allah, Tuhannya. Patutkah kamu (Wahai yang kufur ingkar!) mengambil dan menjadikan Iblis serta keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang memimpin kamu selain dari Ku? Sedangkan mereka itu musuh-musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim ini; mengambil pengganti yang mereka pilih itu. (50)
10
Tafsiran: Para kafir ingkar ini sebenarnya telah dipengaruhi oleh Syaitan dalam hidup mereka. Misalnya, Syaitan mengajar mereka merasa megah dan sombong dengan kekayaan dunia mereka, menafikan amal soleh sebagai kebaikan, dan menyesat anak Adam supaya syirik pada Allah serta tidak percaya adanya hari Kiamat dan bangkit semula. Di atas sebab itulah Allah meminta orang-orang yang syirik padaNya itu supaya memanggil dan menggunakan ‘syirik’ mereka itu (iaitu Iblis), untuk menolong mereka di dalam Neraka dari azab Allah. Iblis dan Syaitan adalah dari bangsa Jin yang telah fasik dan ingkar perintah Allah, khususnya di saat Allah memerintahkan mereka untuk sujud kepada Adam as. Iblis dan Syaitan ini tidak mahu sujud pada Adam atau perintah Allah, dan tidak mengaku pada kenabian Adam dan menganggap Adam dan anak-anak Adam adalah seteru mereka. Jadi mengapakah orang-orang yang syirik itu, setelah tahu yang Iblis menganggap mereka seteru, MASIH memilih Syaitan dan Iblis ini sebagai sahabat dan pemimpin? Mereka bersekongkol dengan Iblis di dunia ini hingga sanggup menjadi syirik atas pengaruh mereka? Satu pilihan yang tidak masuk akal! Para pengikut Iblis dan Syaitan terlalu ketara dalam masyarakat, meninggalkan perkara wajib dan membuat perkara yang ditegah, dan mereka adalah contoh yang menyebabkan fasiknya umat Muhammad. Pengikut Iblis ini mencipta budaya Iblis dalam hidup ini, dan Iblis pula meniupkan syirik ke dalam diri kita pada Allah. Apakah yang ada pada Iblis sehingga ramai pengikutnya? Dalam ayat seterusnya, Allah menyangkal yang Iblis itu mempunyai keupayaan sama sekali, atau telah dipanggil Allah untuk membantuNya untuk mencipta bumi dan langit, atau pernah diminta menolong Allah untuk mencipta diri 11
mereka sendiri. Begitulah, tidak sepatutnya Allah mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantuNya. Jadi mengapakah kamu memilihnya sebagai Tuhan selain dari Allah? Iblis dan Syaitan ini tidak mampu membantu pengikut-pengikut yang dipengaruhi mereka yang dikenakan seksaan azab Allah di hari Akhirat, walaupun dicabar Allah supaya membantu ‘sahabat-sahabat’ mereka itu. Malah mereka sendiri pun sedang diazab Allah. Jadi apalah yang ada pada si PENYESAT ini sehingga mereka dapat menarik ramai pengikut-pengikut? Inilah pengertian keseluruhan ayat berikut (Ayat 51-53):
Aku tidak pernah memanggil mereka menyaksi atau membantu Ku mencipta langit dan bumi, dan tidak juga pernah Aku meminta bantuan sesetengahnya untuk mencipta sesetengah yang lain; dan pasti TIDAK sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan ini sebagai pembantu Ku. (51)
12
Dan ingatkanlah pada masa Allah menyeru (dengan perkataan berikut kepada orang-orang yang sedang diazab): “Panggillah sekutu-sekutu Ku (Iblis dan Syaitan yang mempengaruhi mereka yang sedang diazab itu), yang pernah kamu bersekutu dengan mereka, untuk menolong kamu!” Pada masa itu sekutu-sekutu tersebut dipanggil, tetapi sia-sia saja kerana sekutu-sekutu itu tidak menyahut seruan mereka yang sedang diazab itu. Kami telah jadikan untuk mereka tempat azab yang membinasakan. (52) Dan orang-orang Musyrikin yang berdosa itu tetap akan melihat Neraka (yang berada di sekitar mereka pada masa itu), maka yakinlah mereka bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tiada jalan untuk mengelak dari masuk ke dalam Neraka itu. (53) Tafsiran: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas sebagai: “Mereka-mereka yang telah kamu lantik sebagai pemimpin kamu, ikutan kamu itu, selain dari Ku, adalah hamba-hamba Ku seperti kamu juga, tak memiliki apa-apa keistimewaan pun. Dan Aku tak pernah memanggil mereka untuk membantu Ku mencipta langit dan bumi ini: TETAPI Aku sebagai Tuhan yang disembah; berdikari dalam mencipta sesuatu itu secara keseluruhannya, Akulah yang mentadbirkannya semua, dan Aku juga mentaqdirkannya semua. TIADA sesiapa yang lain bersama-sama Ku, samada sekutu Ku, menteri Ku, tukang tunjuk Ku, atau nazir penasihat Ku.” Sebab itulah Allah mengatakan, mafhumnya: “Tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.”
13
Ibnu Kathir memetik Hassan Basri dalam mentafsirkan ayat seterusnya dengan berkata: “Bahawa Allah swt menjelaskan bahawa tiada cara untuk mereka yang kufur itu untuk bertemu dengan sekutu mereka yang dahulu, yang menjadi Tuhan sembahan mereka, dan mereka semua terpisah, dan mustahil untuk bertemu. Malah di antara kedua-dua mereka, terdapat pemisah yang bersifat huru-hara besarnya yang menghalang mereka.” Jadi, bagaimanakah mereka boleh mendapat pertolongan dari Tuhan sembahan mereka itu? Inilah sindiran dan ‘pulang paku buah keras’ pada mereka, yang disebut oleh Allah dalam ayat di atas. Imam Ar-Razi pula mentafsirkan ayat seterusnya dengan berkata: “Orang-orang kufur ini melihat api Neraka dari jauh sewaktu di Padang Mahsyar lagi. Pada masa itu mereka terasa yang mereka akan disumbatkan ke dalamnya waktu itu juga (maklumlah, atas kekufuran mereka). Walaupun mereka tidak disumbat waktu itu, namun para malaikat telah mengheret mereka ke sana dan mereka tidak dapat melarikan diri. Akhirnya mereka itu dicampakkan juga ke dalam Neraka.” Inilah tafsiran-tafsiran yang telah dikemukakan oleh pentafsir-pentafsir yang agung untuk kita ambil iktibar, iaitu ‘kekufuran akan dibalas dengan api Neraka’, dan dari segi saikologi ianya sangat menekankan kita, lebih-lebih lagi ianya berlaku di Mahsyar. Semuga Allah menjauhkan kita dari semua kesudahan yang dijelaskan oleh ayat-ayat tersebut di atas. Persoalannya, bagimanakah kita boleh menjauhkan diri dari kukufuran yang akan dibalas dengan api Neraka ini?
14
Al-Qur’an adalah jawapannya. Firman Allah dalam Ayat 54:
Dan Kami telah huraikan di dalam Al-Qur’an dengan berbagai cara untuk umat manusia; dengan segala macam contoh bandingan; tetapi sememangnya manusia itu sejenis makhluk yang suka membantah. (54) Tafsiran: Imam Ar-Razi sekali lagi mentafsirkan maknanya: “Orang-orang kafir, yang hidup mereka berbangga dengan harta benda mereka, bertahan melalui banyak penyokong. Telah dijelaskan tentang iman mereka melalui beberapa kriteria, di antaranya: a) Segala perkataan mereka itu tidak betul. b)
Dijelaskan beberapa perbandingan untuk mereka fikirkan.
c)
Segala syubhah mereka itu tidak benar.
d)
Memberi penjelasan dan mengulang-ulangkan perbahasan itu.
e)
Mengemukakan jawapan yang mencukupi untuk mereka beriman, tetapi mereka tetap membantah, berdegil dan tidak mahu menerima kebenaran.
Inilah sifat orang-orang yang kufur pada Allah.” Bagi kita yang mahukan iman, Al-Qur’an adalah penjelas, pendorong, dan pembawa kepada Al-Haq, iaitu tidak sesat, tidak terkeluar dari jalan hidayah Allah, dan kita perlu menjauhkan diri dari sifat suka bertekak dan membantah 15
satu-satu kebenaran Al-Qur’an kerana ianya adalah kitab Allah yang diturunkan. Malangnya, walaupun mereka yang kufur boleh mendapat hidayah dengan meneliti Al-Qur’an, tetapi mereka masih berdegil? Ini disebabkan mereka hanya akan percaya jika segala penjelasan itu dapat dilihat, dirasa dan dialami sendiri. Contohnya, ayat-ayat berikut menjelaskan mereka ini mahukan bukti seperti yang berlaku pada orang-orang yang terdahulu: a)
Pernah orang kafir memohon pada nabi mereka supaya:
Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul batu yang membinasakan kami dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!" (Asy-Syu’araa’ (26): Ayat 187) b)
Terdapat orang yang kafir berkata:
Mereka berkata sambil mengejek "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar". (Al-’Ankabuut (29): Ayat 29) c)
Orang Quraisy pernah berkata kepada Rasulullah:
16
Dan ingatlah ketika kaum Musyrikin Mekah berkata: "Wahai Tuhan kami! Jika betul Al-Qur’an itu ialah yang benar dari sisi Mu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Al-Anfal (8): Ayat 32) d)
Perkataan orang Quraisy kepada Rasulullah untuk menjadi saksi tentang kerasulan baginda, yang mahu melihat untuk dipercayai (“seeing is believing”), firman Allah:
Dan mereka yang ingkar kufur berkata kepada Rasulullah: "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Qur’an, sesungguhnya engkau adalah orang gila. Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami untuk menjadi saksi atas kerasulanmu, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!" Dalam kata lain mereka mahukan apa yang pernah terjadi pada kaum-kaum terdahulu, di mana didatangkan azab ke atas mereka barulah mereka akan percaya, ataupun mereka hanya akan percaya jika azab yang diturunkan itu dilihat dengan mata kepala mereka atau dihadapi. Inilah dia maksud ayat seterusnya:
17
Yang menghalang manusia itu daripada beriman dan beristighfar pada Allah atas dosa-dosa mereka, walaupun telah mendapat petunjuk dari Al-Qur’an, ialah mereka mahu melihat dan menghadapinya dahulu (untuk beriman), sambil menunggu didatangi azab yang memusnahkan, sepertimana yang telah menimpa orang-orang terdahulu atau diturunkan azab itu terus ke atas mereka (sebagai bukti kebenaran). (55) Tafsiran: Mereka mendesak mahu melihat sesuatu, barulah mereka mahu beriman. Inilah kedegilan mereka, walaupun Al-Qur’an telah menggariskan beberapa petunjuk yang jelas. Mereka mahu merasa azab itu sendiri barulah mahu beriman. Rupa-rupanya Al-Qur’an saja masih tidak cukup untuk mereka beriman. Mahu melihat sendiri Jibril membawa Al-Qur’an itu pada Rasulullah? Ini berlaku dalam semua zaman dan masa, sehingga pada masa ini pun masih terpakai konsep “seeing is believing”. Fahamkah mereka bahawa tugas Rasul bukanlah untuk mempersembahkan semua itu sebagai sokongan kepada dakwahnya. Tugas Rasul hanya menyampaikan khabar gembira kepada yang beriman dan khabar duka kepada yang kufur dengan jenis-jenis azab yang menanti mereka. Malangnya permintaan supaya Rasulullah membawa kuasa luarbiasa untuk dipertontonkan kepada mereka untuk menunjukkan kerasulannya, akan diputarbelitkan untuk tujuan mengejek dan menolak iman. Mereka mahu menunjukkan yang benar menjadi perkara yang batil. Dan kemudian menggunakan ayat-ayat Allah bagi tujuan menghina dan mengejek. Ini akan melemahkan dakwah Rasulullah! Kebenaran Al-Qur’an adalah jelas dan terang, niat mereka dengan meminta itu dan ini hanyalah kerana mahu memanipulasikan kebenaran dan membatalkannya. 18
Segala apa yang mereka minta itu bukanlah benar mereka mahukannya tetapi untuk ejekan dan manipulasi. Inilah pengertian dari ayat seterusnya. Firman Allah:
Kami mengutuskan Rasul-rasul adalah dengan tugas-tugas penyampai khabar gembira kepada yang beriman dan penyampai berita amaran kepada yang kufur. Dan orang-orang kafir itu membantah dengan alasan yang salah demi untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan semua ayat-ayat Ku termasuk amaran-amaran yang disampaikan pada mereka itu sebagai ejekan. (56) Tafsiran: Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan katanya: “Rasul-rasul menyampaikan kabar berita baik kepada yang beriman atas kepercayaan mereka pada Allah dan iman mereka kepadanya; sebaliknya menyampaikan khabar amaran dikenakan azab kepada yang kufur kerana kekufuran mereka dan ‘paling-tadah’ mereka pada kebenaran yang Haq. Pada masa yang sama, sikap orang yang kufur ini sebagai pembelit; memutar-belitkan satu-satu kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah itu sehingga yang benar menjadi lemah pada pandangan orang. Caranya ialah mengambil balik hujjah-hujjah, dalil-dalil dan perkara luar biasa yang dikemukakan oleh Rasul itu sebagai perkara yang menggelikan hati pendengar dan sebagai ejekan. Inilah dia pembohongan besar ke atas ayat-ayat Allah.” 19
Setelah kita mengenal pasti sifat-sifat orang yang kufur pada Allah sebagai suka ‘berbantah-bantah’ atas perkara-perkara benar; suka ‘memutar-belitkan’ fakta kebenaran dengan cuba melemahkan kebenaran itu, dan menjadikannya bahan ejekkan, maka Allah telah memberitahu kita yang orang-orang kufur ini pernah diperdengarkan dengan kebenaran melalui ayat-ayat Al-Qur’an yang diselitkan hujjah-hujjah tertentu, NAMUN mereka tetap kufur. Pada Allah, orang yang paling zalim ialah mereka-mereka yang telah diberi ingatan dengan ayat-ayatnya, tetapi berpaling tadah dan melupakan segala yang pernah dilakukan oleh kedua-dua tangannya tanpa muhasabah diri, tidak merasa takut langsung atas kekufuran mereka, atas maksiat mereka dan tidak terasa adanya azab yang menunggu mereka. Kezaliman besar ini dibalas dengan ‘ditutup hati-hati mereka dari hidayah Allah’ dan dihalang mereka dari memahami kebenaran. Hati-hati mereka tidak akan terbuka lagi untuk meneliti dan memahami segala keterangan yang ada. Maka mereka akan terus berada dalam kegelapan iman selama-lamanya. Apabila mereka diajak kepada ugama Allah dan Islam, tidak terdapat Nur Hidayah dalam hati mereka untuk itu, dan mereka terus berada di dalam gelap. Ini kerana Allah telah menutup hati-hati dan amalan mereka dengan mewujudkan rasa benci mereka kepada kebenaran. Begitu juga dipekakkan pendengaran mereka dari hidayah Allah, bererti mereka tidak suka mendengar sesuatu pun dari ayat-ayat Allah. Namun dengan kekufuran itu pun, Allah tidak menurunkan azab yang spontan ke atas kekufuran mereka itu sebagai balasan, TETAPI segala balasan itu ditangguhkan kerana semuanya akan dibalas mengikut masanya; iaitu di hari Kiamat, hari segalanya dihisab nanti.
20
Inilah dia kemurahan Allah dan RahmatNya, tidak membalas azab secara tiba-tiba atas mereka yang zalim ini tetapi tunggu sehingga hari Kiamat, hari yang dijanjikan. Inilah keseluruhan fahaman ayat berikut:
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang telah diberi ingatan dengan ayat-ayat Tuhannya; lalu ia berpaling tadah daripadaNya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua-dua tangannya; sesungguhnya (disebabkan sikap mereka yang buruk itu) Kami litupkan hati-hati mereka dengan lapisan-lapisan, yang menghalang mereka daripada memahami hidayah, dan Kami juga menjadikan penyumbat yang menjadikan telinga mereka pekak kepada hidayah. Sehingga, jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk hidayah Allah, mereka tidak sekali-kali mendapat petunjuk itu selama-lamanya. (57) Dan Tuhanmu Maha Pengampun, melimpah-limpah RahmatNya. Jika Dia mahu menyeksa mereka di dunia ini, atas sebab kekufuran mereka itu, tentulah Dia akan menyegerakan azab itu dan pasti akan menimpa mereka; TETAPI Dia tidak berbuat demikian, bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang tidak akan sekali-kali dapat sebarang tempat perlindungan (iaitu dihari Kiamat). (58) 21
Tafsiran: Orang yang dianggap zalim melampau oleh Allah ialah orang yang apabila melihat ayat-ayat Allah, tidak pernah mengambil iktibar darinya, atau bila melihat jalan yang terbaik untuk ikutan, dia berpaling tadah dengannya, tetapi apabila dia terserempak dengan jalan yang tidak baik, dia jatuh cinta dengannya dan tidak mengambil apa-apa usaha untuk menjauhkan dirinya dari kejahatan itu. Ibnu Kathir berkata: “Mana-mana hamba Allah, yang telah diingatkan kepadanya dengan ayat-ayat Allah, kemudian ia buat-buat lupa sehingga dia lupa kepadanya, dia menolaknya dan cuba tidak mahu mengerti maksudnya, dan tidak memberi sedikit pun kesan pada hatinya, dan pada masa yang sama dia lupa adanya amalan-amalan buruk dan jahat yang pernah dilakukannya sebelum ini; maka hati-hati mereka akan ditutup dari hidayah Allah, supaya mereka tidak minat memahami Al-Qur’an dan penjelasannya; dan menutup telinga mereka dari sebarang petunjuk. Samada diseru kepada hidayah atau tidak, mereka tidak akan mendapat hidayah selama-lamanya. Wahai Muhammad, Tuhanmu itu Maha Pengampun, punyai Rahmat yang luas. Di antara keluasan RahmatNya ialah menangguhkan kepada mereka akan azab yang sepatutnya diterima dengan segera; mungkin dengan keperihatinan Allah, dan Dia menutup serta mengampunkan, dan yang terus dengan maksiatnya akan menemui azab mereka pada hari Kiamat. Pada hari itu mereka tidak boleh melolos dari azab Allah, tiada yang menolong, kerana hari itu ialah hari di mana hanya amalan yang diambil kira.” Walaupun ayat di atas seolah-olah azab yang ditangguhkan itu akan dibawa kepada hari Kiamat tetapi ada kes-kes kezaliman dibalas oleh Allah secara tunai, mungkin sewaktu bermulanya kezaliman hingga berakhirnya kezaliman itu, 22
atau dibalas pada masa kezaliman itu berlaku. Untuk menjadi iktibar kepada semua, ayat berikut membawa contoh pelaksanaan azab Allah kepada kezaliman yang dibuat pada masa itu atau dimasa yang terdekat dengannya. Firman Allah:
Dan terdapat beberapa bandar-bandar yang telah Kami musnahkan penduduknya kerana mereka melakukan kezaliman, dan kami telah tetapkan satu masa tertentu bagi kebinasaan mereka. (59) Tafsiran: Ayat ini memberi contoh tentang penduduk-penduduk derhaka terawal dari kaum Thamud, Kaum ’Aad dan Kaum Luth, dan semua yang bersama dengan mereka telah dibinasakan pada masa kezaliman itu sedang berlaku. Begitu juga di zaman Rasulullah, kebinasaan yang berlaku dalam peperangan Badar. Iaitu dalam hal-hal ini, Allah menyegerakan kebinasaan mereka, sehingga tidak lagi diberi tangguh waktu untuk mereka bertaubat. Kata Ibnu Kathir: “Waktu kebinasaan itu telah ditentukan pada waktu tertentu, diketahui dan boleh dirasai, begitulah juga ianya boleh berlaku pada kamu semua. Berwaspadalah wahai yang syirik, takut-takut terkena pada kamu apa yang telah pernah berlaku pada kaum-kaum terdahulu, kerana kamu membohongi Rasulullah yang termulia, teragung sebagai nabi dan kamu semua tidaklah kuat sangat mempertahankan kebinasaan ini, dan takutilah azab Kami ini.” 23
Begitulah tafsiran ayat-ayat 45-59, yang begitu telus pengajarannya dan yang membacanya akan berhati-hati dalam hidup ini agar tidak tersasar keluar dari beriman pada Allah. Bermula dengan perbandingan ‘hidup’ ini dengan air hujan yang membasahi dan menghijaukan bumi, dan selepas melalui proses ini, berlakulah kekeringan dan segala yang hijau tadi berubah menjadi kuning, kemudian kering dan ringan di hembus angin. Satu perbandingan yang menakjubkan dan mengetuk jiwa orang yang terlalu keduniaan, supaya menstabilkan dunianya dengan Akhiratnya; iaitu hidup di bumi ini hendaklah berpandukan iman dan amal soleh. Harta yang dicari, anak yang dianugerahi hendaklah kita syukuri dan gunakan semua itu ke arah amal soleh, dan tinggalan soleh itu adalah yang terbaik di sisi Allah. Seterusnya, dalam ayat tersebut juga ditekankan perkara Akhirat, dan pertemuan di hari Mahsyar, hari yang penuh huru-hara dan yang terselamat ialah orang yang beramal soleh, beriman dan ikhlas pada Allah. Semua catitan amal kita didedahkan dan berdasarkan catitan itulah kita akan ditentukan samada ke Syurga atau ke Neraka Allah. Allah tidak menzalimi kita, tetapi kitalah yang menzalimi diri sendiri. Peranan yang dimainkan oleh Syaitan yang boleh mempengaruhi iman kita harus diambil perhatian. Syaitan akan mewas-waskan kita, takut-takut kita akan menjadi sasarannya untuk diselewengkan akidah kita kepada Allah. Jangan sembah Syaitan, sembahlah Allah. Syaitan tidak ada apa-apa kekuatan, kerjanya hanya membisik supaya kita lari dari jalan yang benar. Syaitan adalah seteru manusia, mengapa harus kita menjadikannya sebagai Tuhan dan mensyirik diri dengan Allah? Penyembah Syaitan yang syririk pada Allah diperlihatkan Neraka dan bayangkanlah bagaimana itu akan menjadi tempat tinggalnya? 24
Allah meminta kita meneliti Al-Qur’an, dan hayati ajarannya kerana Al-Qur’an adalah dari Allah, yang digunakan oleh Rasulullah dalam dakwah beliau. Kurangkan membantah perkara yang benar, terima dengan hati yang terbuka dan penuh iman. Usahlah ikut gelagat orang yang kufur yang hanya mahu beriman jika mereka dipersaksikan dengan kehadiran perkara-perkara luarbiasa seperti yang pernah ditunjukkan pada kaum-kaum yang terdahulu. Terimalah Allah dengan seadaNya. Seperkara penting, jangan kita menjadi musuh Allah yang berusaha memutar-belitkan yang benar itu sehingga dipandang lemah. Ini berlaku dengan cara mengambil ayat-ayat Allah, dalil-dalil dan hujjah-hujjahNya, dijadikan ejekan. Apabila Al-Qur’an menjadi rujukan kita, kita membaca dan menghayatinya dan dijadikan ‘imam’ kita dalam hidup ini. Maka itulah yang dikehendaki Allah. Penzalim yang paling jahat ialah orang yang telah membaca, menilai dan memahaminya kemudian dia menolak dan ingkar dengannya. Hukum Allah ke atasnya mungkin secara tunai di dunia ini lagi, atau akan ditangguhkan sehingga dia berhadapan dengan mahkamah Allah di Akhirat nanti. Pada hari itu tiada sesiapa yang boleh membantu atau meloloskan diri dari segala azab yang disediakan. Semuga kita sentiasa berada di bawah RAHMAT Allah.
25
Bahagian Kelima: Tafsiran Ayat-ayat 60-82 Kisah pertama dalam Surah Al-Kahfi ialah penjelasan kumpulan yang menghuni gua dikenali sebagai Kisah ‘Ashabul Kahfi’. Kisah Kedua dalam siri surah ini ialah ‘Dua Lelaki dan Pemilik Kebun Anggur Yang Berjaya’, dan Kisah Ketiga ialah ‘Pertembungan Dua Manusia Agung’ iaitu di antara Musa dan Seorang Hamba Allah yang berilmu. Apakah ‘kewajaran’nya kisah ketiga ini kepada dua kisah-kisah yang terdahulu? Imam Fakrurrazi mempunyai jawapannya. Kata Imam Ar-Razi: “Dalam siri kisah dua lelaki, di mana salah seorangnya kufur pada Allah, dan telah dikurniakan kepadanya ladang anggur yang di tanam secara sistematik dengan sistem perancangan yang baik, saliran yang termoden, menghasilkan pulangan yang baik. Dia seorang yang berbangga dengan kekayaan dunianya, dan berbangga dengan adanya sekutunya yang berpengaruh. Beliau tidak percayakan Akhirat dan kemungkinan dibangkit semula; sedangkan yang miskin itu dari kalangan yang beriman pada Allah. Si kafir itu berbangga kerana kekayaannya, pengaruhnya, dan kebanggaan ini ditunjukkan pada si yang beriman.” Kisah Musa bertemu hamba Allah menggambarkan sebaliknya, kerendahan hati Musa as YANG KAYA DENGAN ILMU, TINGGI TARAFNYA SEBAGAI RASUL, sanggup merendahkan diri pada seorang hamba Allah, yang dikenali sebagai Khidir demi ilmu Allah dan demi meningkatkan keimanannya pada Allah.
1
Kewajaran kisah ketiga ini dengan kisah Ashabul Kahfi juga dinyatakan oleh Imam Ar-Razi sebegini: “Orang-orang Yahudi berkata pada kafir Makkah: ‘Jika Muhammad dapat menjelaskan kisah ini pada kamu, maka dialah sebenarnya seorang Nabi! Jika tidak, dia bukan Nabi!’” Kata Ar-Razi: “Tak semestinya Nabi itu tahu semua ke semua kisah yang berlaku untuk melayakkannya menjadi Nabi. Nabi itu tetap Nabi, seperti Musa as, walaupun seorang Nabi, beliau juga tidak tahu tentang Khidir, hanya setelah Allah mengarahkan beliau pergi menemuinya di persisiran pantai laut, barulah Musa mengetahui Khidir itu untuk mempelajari ilmu tertentu dengannya.’” Siapakah yang terlibat dalam Kisah ketiga ini? Kebanyakkan ulama tafsir menyatakan Musa yang disebutkan dalam ayat ini ialah Nabi Musa bin Imran, Nabi yang diturunkan At-Tahurat kepadanya. Lelaki yang bersama Musa dikenali sebagai Yusyak bin Nun, iaitu cucu kepada Nabi Yusuf as. Kebanyakan ulama berkata bahawa orang yang hendak diketemukan oleh Musa dan pembantunya Yusyak itu dikenali sebagai KHIDIR, seorang pemilik ILMU LADUNNI; iaitu ilmu terus dari Allah. Pertemuan Musa serta pembantunya dengan Khidir ini mewujudkan satu kisah perjalanan mempelajari ilmu oleh Musa daripada Khidir.
2
Firman Allah memulakan penceritaan ini seperti berikut: Ayat-ayat 60-64:
Dan kenangkanlah wahai Muhammad, tatkala Musa telah memberitahu kepada pembantunya dengan kata-katanya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua lautan itu, atau aku akan terus berjalan bertahun-tahun (mencari Khidir).” (60) Apabila mereka sampai ke tempat pertemuan dua lautan itu mereka lupa akan hal ikan (bekalan musafir) yang mereka bawa itu. Lalu ikan itu menggelupur dan mencari jalannya masuk semula ke dalam laut dengan penuh menakjubkan. (61)
3
Setelah mereka berjalan pergi dari tempat itu, tiba-tiba Musa meminta pada pembantunya: “Sila bawakan makanan tengahari kita sekarang, sesungguhnya kita sudah kepenatan dalam perjalanan kita ini.” (62) Jawab pembantunya: “Tahukah tuan apa yang telah terjadi sewaktu kita berehat di batu besar itu tadi? Ikan yang kita bawa itu telah menggelupur dan mencari jalan balik semula ke dalam laut. Aku telah lupa untuk memberitahumu tentang hal ikan itu, dan lupa itu disebabkan oleh gangguan syaitan atasku untuk mengingatinya.” (63) Kata Musa: “Itulah tempatnya yang kita cari!” Maka kedua-dua mereka pun berpatah balik ke tempat itu mengikut jejak mereka. (64) (Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami, dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami (dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65) Tafsiran Ayat-ayat: Allah memulakan penceritaan tentang Musa dan Khidir ini apabila Musa memberitahu pembantunya tentang niatnya untuk musafir. Mengapa Musa hendak musafir? Ibnu Kathir berkata: “Di antara sebab Musa berkata demikian pada pambantunya ialah kerana beliau telah diberitahu oleh Allah bahawa di pertemuan dua lautan itu terdapat seorang hamba Allah yang memiliki ilmu yang tidak ada pada Musa dan ini mendorong Musa membuat keputusan untuk musafir mencari tempat tersebut.” Tekad Musa bergerak mencari tempat itu dengan menyatakan beliau akan terus berjalan sehingga bertemu dengan kawasan pertembungan dua lautan tersebut atau dia akan terus berjalan walaupun lamanya bertahun-tahun. 4
Inilah pengertian dari ayat 60:
Dan kenangkanlah wahai Muhammad, tatkala Musa telah memberitahu kepada pembantunya dengan kata-katanya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua lautan itu, atau aku akan terus berjalan bertahun-tahun (mencari Khidir).” (60) Tempat yang nak dituju Musa itu ialah di pertemuan dua lautan, di mana? Ianya tidak disebut di mana. Pentafsir meneka mungkin ianya di cabang Laut Merah iaitu di antara Teluk Aqabah dengan Teluk Suez. Maka berjalanlah Musa dan pembantunya itu dan apabila sampai ke satu kawasan batu besar di persisiran pantai, tertidurlah mereka. Pada ketika itu menggelupurlah ikan yang dibawa dari dalam bakul mereka, mencari jalan menuju ke laut dan hilang. Peristiwa ini dilihat oleh pembantunya. Setelah mereka bangun, terlupa pembantunya itu tentang hal ikan yang dibawanya, dan tidak pula ditanya oleh Musa. Ikan tersebut telah dimasak dan dibawa sebagai bekalan musafir. Mereka pun terus berjalan pergi dari batu besar itu. Inilah pengertian dari ayat berikut:
Apabila mereka sampai ke tempat pertemuan dua lautan itu mereka lupa akan hal ikan (bekalan musafir) yang mereka bawa itu. Lalu ikan itu menggelupur dan mencari jalannya masuk semula ke dalam laut dengan penuh menakjubkan. (61) 5
Mereka berdua pun terus berjalan sepanjang hari dan malamnya dari tempat itu, mungkin kepenatan dan kelaparan perjalanan itu maka Musa pun meminta pembantunya mengeluarkan bekalan makanan tengahari itu untuk menjamu selera. Dengan permintaan Musa supaya disediakan makan tengahari itu, barulah pembantunya itu memberitahu hal ikan yang hidup semula dan masuk ke dalam laut. Kehadiran peristiwa di luar adat ini, iaitu ikan yang dah mati dan menjadi makanan itu tiba-tiba menggelupur dan mencari jalannya balik semula ke laut menjadi alamat kepada Musa tentang tempat yang dicari itu. Pembantunya mengaku terlupa untuk memberitahu Musa tentang peristiwa itu dan menganggap bahwa Syaitanlah yang melupakannya dari memberitahu Musa hal tersebut. Jawab Musa: “Itulah sebenarnya tempat pertemuan dua laut yang hendak dicari.” Inilah pengertian ayat berikut:
6
Setelah mereka berjalan pergi dari tempat itu, tiba-tiba Musa meminta pada pembantunya: “Sila bawakan makanan tengahari kita sekarang, sesungguhnya kita sudah kepenatan dalam perjalanan kita ini.” (62) Jawab pembantunya: “Tahukah tuan apa yang telah terjadi sewaktu kita berehat di batu besar itu tadi? Ikan yang kita bawa itu telah menggelupur dan mencari jalan balik semula ke dalam laut. Aku telah lupa untuk memberitahumu tentang hal ikan itu, dan lupa itu disebabkan oleh gangguan syaitan atasku untuk mengingatinya.” (63) Kata Musa: “Itulah tempatnya yang kita cari!” Maka kedua-dua mereka pun berpatah balik ke tempat itu mengikut jejak mereka. (64) (Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami, dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami (dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65) Tafsiran: Inilah keterangan Al-Qur’an tentang kedua-dua Musa dan pembantunya Yusyak bin Nun, telah bertemu dengan seorang hamba Allah yang dikatakan mempunyai Ilmu Ladunni (iaitu ilmu terus dari sisi Allah). Pertemuan kedua-duanya dengan Hamba Allah itu yang dikenali sebagai Khidir, telah membuka sebuah cerita tentang seorang Nabi besar mempelajari Ilmu dari seorang hamba Allah yang tidak begitu masyhur. Khidir hanya dikenalkan oleh Allah kepada kita sebagai ‘salah seorang dari hamba-hamba Ku, yang telah aku ajarkan dia dengan sejenis ilmu yang terus dari Ku’.
7
Peristiwa ini dicatit oleh ayat berikut:
(Setelah sampai) lalu kedua-dua mereka bertemu dengan salah seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat Kami, dan Kami telah mengajarnya dengan sejenis ilmu, yang terus datang dari sisi Kami (dikenali sebagai Ilmu Ladunni). (65) Ibnu Kathir menjelaskan: “Apabila kedua-duanya telah berpatah balik dan bertemu semula batu besar yang pernah mereka berehat, di mana ikan dalam simpanan pembantunya itu menggelupur dan mencari jalannya balik ke laut itu, lantas mereka ternampak seorang yang diliputi oleh selimut dan Musa terus menyampaikan salam dan salamnya itu dibalas, dan orang tersebut memperakui dirinya sebagai Khidir. Musa pun memberitahu beliau tentang tujuannya mencari beliau ialah untuk mempelajari ilmu yang pernah diajar oleh Allah kepadanya. Khidir tidak percaya yang Musa boleh bersabar untuk mempelajari ilmu itu, tetapi Musa menyatakan yang beliau, insyaAllah, akan bersabar sebagai orang yang akan mempelajari ilmu dari gurunya. Sikap tawaduk dan rendah diri ini penting dalam menerima ilmu dari seseorang guru. Apapun, disyaratkan kepada Musa dalam perjalanan beliau dengan Khidir hendaklah jangan ditanya apa yang telah dilakukan oleh Khidir sehinggalah diberitahu kepadanya. Musa bersetuju dengan syarat itu dan Musa serta Khidir pun memulakan perjalanan mereka dan dalam perjalanan itu Khidir akan mengajar Musa tentang ilmu Ladunni itu.” 8
Inilah penjelasan Al-Qur’an tentang perkara ini:
Musa pun bertanya padanya: “Boleh tak aku mengikuti perjalananmu dengan syarat engkau mengajarkan aku ilmu yang telah diajar oleh Allah padamu itu?” (66) (Khidir) menjawab: “Sesungguhnya (wahai Musa) engkau tidak sekali-kali dapat bersabar bersamaku! (67) (Logiknya) Dan bagaimana engkau akan bersabar dalam satu-satu perkara (peristiwa/kejadian) ang engkau tidak punya ilmu yang meliputi mengenainya?” (68) Jawab (Musa): “Insyallah! Engkau akan mendapati aku ini bersifat sabar, dan aku berjanji tidak akan membantah sebarang arahanmu itu”. (69) Kata (Khidir) lagi: “Sekiranya engkau masih mahu mengikut aku lagi, maka jangan engkau kemukakan apa-apa pertanyaan padaku tentang apa yang akan berlaku, sehingga aku menjelaskannya kemudian”. (70) Tafsiran: Begitulah pertemuan kedua-dua hamba Allah ini, Musa dan Khidir. Ibnu Kathir mentafsirkan ayat-ayat 67 dan 68 di atas sebagai: 9
“Sesungguhnya engkau tak terdaya untuk bersahabat dengan aku dengan cara apa yang akan engkau lihat, perbuatanku yang menyalahi syariat engkau, kerana aku diajar oleh Allah ilmu yang tidak diajar pada engkau, dan engkau pula tidak diajar ilmu yang diajar pada aku, kita sama-sama tertakluk pada urusan Allah. Dan aku tahu engkau wahai Musa akan menentang aku atas perkara yang engkau nampak sebagai ‘tak patut’.” Akhirnya Musa bersetuju untuk mengikut Khidir dan Khidir pun bersetuju mengajar Musa dengan satu syarat iaitu: ‘jangan tanya apa-apa dari perbuatan yang dilakukan Khidir sepanjang perjalanan ini!’ Pergerakan kedua-dua hamba Allah ini, Musa dan Khidir, dicatitkan dalam ayat-ayat berikutnya. Pergerakan pertama, Firman Allah:
Maka bergeraklah kedua-dua mereka, (dalam perjalanan itu) sehinggalah mereka menaiki sebuah bahtera, dan tiba-tiba dicacatkan dindingnya dan dikhuatiri akan membocorkan bahtera itu. (Lantas secara spontan) Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkan bahtera ini, kerana ia akan menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Engkau telah melakukan sesuatu yang tak senonoh!” (71) Bantah Khidir: “Kan aku dah katakan yang engkau memang tak dapat bersabar dengan aku (dalam perjalanan ini)?” (72)
10
(Terkejut dengan bantahan itu) Musa berkata: “Usahlah engkau marah padaku ini, aku terlupa pada syarat kita itu; dan janganlah engkau memberatkan aku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (untuk mempelajari ilmu darimu itu).” (73) Tafsiran: Peristiwa pertama perjalanan Musa Khidir ini telah menunjukkan bahawa Musa TERLUPA syarat Khidir agar jangan bertanya sebarang perbuatan itu sebelum dijelaskan nanti. Apabila dia mencacatkan perahu yang ditumpangi mereka, logika Musa menyatakan bahawa perbuatan ini agak melampau dan tidak beretika, lantas secara spontan dia mengkritik Khidir. Apa pun menyedari pelanggaran syarat itu, Musa memohon maaf dan meminta janganlah diberatkan lagi urusannya agar dia dapat meneruskan perjalanan pembelajarannya seperti yang dirancangkan itu. Khidir menerima permintaan Musa. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan dan seterusnya dicatitkan oleh Al-Qur’an seperti berikut:
Perjalanan kedua-duanya diteruskan, sehingga kedua-duanya menemui seorang kanak-kanak lelaki, dan (Khidir) membunuhnya! (Spontan Musa mengkritik): “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang tidak berdosa, yang tidak membunuh sesiapa pun? Engkau telah melakukan satu kerja yang durjana!” (74) 11
Tegur Khidir (sekali lagi): “Kan aku dah katakan yang engkau tidak akan dapat bersabar dengan aku?” (75) Akur Musa (atas pelanggaran syarat itu) dengan berkata: “Jika aku terus menyoal engkau tentang sesuatu selepas ini, maka engkau tak usah lagi mendampingiku, sesungguhnya engkau telah banyak menerima bantahanku selama ini.” (76) Tafsiran: Begitulah berlakunya peristiwa kedua di mana Khidir telah membunuh seorang budak lelaki tanpa apa-apa bukti dia sebagai pembunuh, dan ini mengejutkan Musa yang terus mencabar Khidir dan menanggap perbuatan Khidir itu terkutuk dan mungkar. Apabila menyedari dia telah melanggar janji ‘tidak bertanya apa-apa sebelum di jelaskan’ maka Musa telah membuat cadangan jika dia bertanya lagi selepas ini maka akibatnya terputuslah urusan belajar ilmu itu dengan Khidir. Justeru itu Khidir bersetuju dan mereka meneruskan perjalanan mereka ke destinasi lain yang dijelaskan dalam ayat berikut ini:
Kedua-dua mereka terus berjalan, sehingga menemui penduduk sebuah perkampungan, lalu mereka meminta diberi makanan. Tetapi penduduk enggan menjamu mereka, dan tidak mahu menerima mereka sebagai tamu. 12
Spontan dengan itu mereka terlihat sebuah tembok yang menyenget (dipinggiran kampung itu) dan (Khidir) pantas sekali menegakkannya semula. (Menyindir dengan perbuatan itu) Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mendapat upahnya!” (77) Khidir menjawab: “Sampailah masanya, untuk kita berpisah. Apa pun aku akan jelaskan pada engkau perkara-perkara tadi yang engkau tidak boleh bersabar dengannya itu.” (78) Tafsiran: Kemudian kedua-dua mereka terus berjalan sehingga mereka berada di satu perbandaran dan memohon menjadi tamu dengan meminta makan, tetapi enggan diterima sebagai tamu oleh penduduk, dan penduduk itu dikenali sebagai kedekut. Kedua mereka pun berehat di bawah sebuah kota batu dan terlihat kepada satu temboknya yang mula senget dan hampir rebah ke bumi. Tanpa memikirkan upah, Khidir telah menggunakan tenaganya membetulkan dan menegakkannya semula. Ini bererti, jika diminta menjadi tamu tidak dilayan, maka khidmat membetulkan balik tembok itu harus mendapat upahnya. Musa pun mengeluarkan kenyataannya ini pada Khidir supaya meminta upah dari penduduk di situ atas khidmatnya itu. Di sinilah kemuncaknya di mana Khidir dengan tegasnya melaksanakan janji Musa agar berpisah. Maka berpisah antara guru dengan murid kerana sudah tiga kali murid melanggar syarat dan janji pada gurunya. Walau bagaimanapun, sebelum berpisah Khidir mahu menjelaskan hikmah-hikmah dan sebab-sebab mengapa beliau melakukan tiga perkara tersebut, yang tidak boleh Musa bersabar dengannya. Ayat berikut menjelaskan sebab-sebab mengapa Khidir melakukan 3 perkara tersebut: 13
Mengenai bahtera (yang dicacatkan itu), ianya dimiliki oleh sekumpulan nelayan miskin, yang mencari makan dalam laut. Aku bertindak mencacatkan bahtera mereka, kerana jauh di belakang sana terdapat seorang raja yang (hobinya) suka merampas semua bahtera cantik yang sempurna. (79) Tafsiran: Inilah hikmahnya mengapa Khidir telah mencacatkan perahu yang diukir cantik itu agar ianya cacat dan boleh tenggelam jika dirampas. Rupanya di hadapan sana terdapat seorang Raja yang berminat merampas setiap perahu yang sempurna bentuk dan ukirannya sebagai hobinya, untuk dijadikan milik mereka. Dengan ilmu yang ada pada Khidir dia mengetahui akan berlakunya rampasan ini dan dia terus mencacatkan perahu itu agar tidak akan diusik dan dirampas. Inilah ilmu yang ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa. Sebab dan hikmah kedua dijelaskan oleh ayat berikut:
Mengenai kanak-kanak (yang dibunuh), ianya mempunyai ibubapa yang kuat beriman dengan Allah. Aku khuatir budak lelaki itu (setelah besar) akan menderhaka dengan mendesak kedua-dua ibubapanya melakukan perbuatan zalim dan kufur pada Allah. (80) 14
Maka aku berharap agar Allah, Tuhan kedua-dua ibu bapanya, akan menggantikannya dengan seorang anak yang lebih baik dari segi kebersihan jiwa dan penuh mesra kasih sayangnya. (81) Tafsiran: Begitulah dalam ilmu Khidir, sudah jelas pemuda yang ditemui mereka mempunyai petunjuk yang boleh memberi kesan kepada keimanan ibubapa mereka yang beriman pada Allah, justeru itu ia perlu dihapuskan. Sebagai gantinya, Allah memilih seorang anak yang lebih soleh dan lebih mesra. Ilmu ini ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa dan menjadikan Musa terkejut besar atas tindakan Khidir itu. Ertinya, bukanlah pembunuhan itu disengajakan oleh Khidir, tetapi ianya dari Allah untuk satu maslahah dan kebaikan pada kedua-dua ibu bapa yang beriman. Seterusnya peristiwa ke 3 dan hikmahnya dijelaskan dalam ayat berikut:
Mengenai tembok (yang telah ditegakkan semula), ianya dimiliki oleh dua orang anak yatim di kampung itu. Di bawah tembok itu terdapat harta kepunyaan kedua-dua anak yatim itu yang ditanam oleh bapa mereka, seorang yang soleh. 15
Maka Tuhanmu, mahukan sehingga mereka berdua mencapai umur balighnya, dapatlah kedua-duanya mengeluarkan harta tersebut sebagai satu Rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya (wahai Musa), aku tidak buat semuanya itu mengikut kehendakku! Begitulah peneranganku atas semua perkara yang engkau tidak boleh bersabar dengannya!” (82) Tafsiran: Begitulah halnya dengan tembok yang terdapat dibawahnya harta tersimpan untuk kedua-dua anak yatim yang bapa mereka adalah seorang yang soleh. Rahmat Allah mengundang Khidir untuk membetulkan semula tembok tersebut agar harta itu terus tersembunyi, sehingga kanak-kanak itu cukup umur mereka dan boleh mengambil sendiri harta yang disimpan untuk mereka. Inilah ilmu yang ada pada Khidir dan tidak ada pada Musa sehingga dia sanggup mengejek Khidir yang membetulkan semula tembok yang senget itu. Catatan ayat ini juga menyatakan pengakuan Khidir, bahawa semua yang dilakukannya itu bukanlah dari nafsunya tetapi dari Allah, dari Ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya. Justeru itu, ilmu ini adalah Ilmu Ladunni dan terlalu batin sehingga Musa tidak dapat melihatnya dengan mata zahirnya. Begitulah penjelasan Khidir kepada Musa mengenai 3 perkara yang ditunjuk kepada Musa agar ianya menjadi perhatian padanya. Selaras dengan itu Apakah ‘KEWAJARAN’nya cerita ini kepada kita dan umat Muhammad? Mengikut Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi (Jilid 5, m/s 281) beliau memberi beberapa kewajaran cerita ini kepada kita. 16
Di antaranya: a)
Mengikut pandangan Ibnu Habban dan kebanyakan ulama tafsir, bahawa Khidir adalah seorang nabi dan ilmunya adalah menepati semua urusan batin yang diwahyukan kepadanya untuk beramal dengannya. Nabi Musa pula dikurniakan ilmu yang melibatkan pekara-perkara zahir dan keterangan yang nyata sahaja. Sedangkan Rasulullah dikurniakan kedua-dua ilmu ini, iaitu ilmu zahir dan batin. Dalam banyak urusan kepimpinannya, Rasulullah banyak menggunakan ilmu zahirnya dan menggunakan ilmu batin untuk beberapa urusan yang lain. Ini meletakkan Rasulullah sebagai Rasul zahir dan batin yang tidak ada pada Rasul-rasul yang lain.
b)
Mengikut fahaman orang-orang Sufi, sebarang ilmu yang menghasilkan ‘pembukaan alam ghaib’ (KASYAF) dikenali sebagi Ilmu Ladunni (ilmu yang terus dari Allah). Ianya dianugerahkan oleh Allah tanpa mencarinya atau mempelajarinya tetapi kebanyakannya melalui pembukaan Allah kepadanya. Jenis Kasyaf yang tertinggi sekali ialah penelitian mengenai rahsia-rahsia Allah, termasuk zatNya, nur sifat-sifatNya, kesan semua perbuatanNya. Ilmu ini ialah ilmu Allah, dan ilmu hakikat, iaitu ilmu yang berkaitan dengan hakikat Subnahu Wa Ta’ala, dan ia mempunyai kaitan dengan makhluk dan kebenaran penguasaan ilmu ini pada manusia adalah berdasarkan kebolehannya menerima ilmu ini sendiri. Ilmu ini berdasarkan pada kasyaf Allah padanya dan penjelasannya. Sedangkan ilmu selain dari itu adalah lahir dari pemikiran menggunakan otak dan fikiran, dan yang terbaik berlandaskan cara bertaqwa dan amal soleh. Ilmu Ladunni ini digandingkan dengan RAHMAT Allah di dalamnya yang merangkumi ibadah pembelajaran, zahir dan syariat, iaitu berdasarkan juga pada ilmu yang umum. 17
c)
Ilmu ini tidak dapat dipastikan hujung pangkalnya, kerana rahsia-rahsianya, dan yang mengetahuinya ialah pemilik ilmu itu sendiri. Jadi adakah pemiliknya akan menyepikan diri dari semua orang untuk beramal dengannya? Jawabnya, mungkin keempat-empat imam terbesar iaitu Imam Hanafi, Imam Syafiee, Imam Malik dan Imam Hambali adalah pemilik ilmu ini dan mereka membimbing muslimin ke arah syariat dan hakikat, dan mereka adalah pewaris Rasulullah. Allahua’lam (m/s 73, Tafsirul Bayan).
Imam Ar-Razi pula memberi kita satu kewajaran dari cerita ini di mana seorang murid yang mahu mempelajari ilmu dari gurunya hendaklah mempunyai sifat-sifat berikut: a)
Beradab dengan cara menjadi pengikut gurunya.
b)
Memohon izin untuk mengikut untuk belajar ilmu dari gurunya.
c)
Berikrar yang kita ini jahil dan mahu mempelajari ilmu dari guru.
d)
Memohon mempelajari sesuatu yang telah diajar oleh Allah padanya.
e)
Mengiktiraf ilmu mengajarnya.
f)
Berkomunikasi dengan guru sebagaimana Allah berkomunikasi dengannya.
g)
Menjadi pengikut guru itu kerana Allah, bukan kerana guru.
h)
Ikut tanpa syarat, tetapi ikhlas pada Allah untuk berilmu.
i)
Jauhkan diri dari merasa angkuh.
j)
Berkhidmat untk mempelajari ilmu.
k)
Belajar dan mengajar tanpa upah. (Ar-Razi, m/s. 153
guru
Juzuk 21) 18
itu
yang
Allah
telah
Dari segi pembentukan iman, Ar-Razi membuat kesimpulan, bahawa ada perkara-perkara dalam ilmu Allah yang kita tidak tahu langsung dan ia ada kena mengena dengan kita. Contoh-contoh dari 3 peristiwa di atas: 1.
Peristiwa adanya raja yang suka merampas perahu yang sempurna di laut, sedangkan kita berada dalam perahu itu.
2.
Peristiwa anak durhaka yang boleh membawa kita kepada zalim dan kufur pada Allah atas tindakan anak itu, dan
3.
Peristiwa harta tersembunyi kepunyaan anak yang bapanya seorang soleh.
Dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tersembunyi dari kita. Bagaimanakah cara kita mengatasinya setelah kita percaya semuanya dalam ilmu Allah? Caranya ialah: a)
Bersabar tentang sesuatu yang manusia belum mengetahui hakikatnya dan berserah pada Allah.
b)
Dalam hidup harian kita ada perkara-perkara yang terjadi tanpa kita mengetahui hakikatnya. Hendaklah kita bersabar dengannya samada kita mengetahui hakikatnya kemudian atau tidak.
c)
Jangan sekali-kali mencabar dan melakukan maksiat atas perkara-perkara yang belum lagi kita ketahui hakikatnya.
d)
Rasa rendah diri yang berlebihan diperlukan dan melahirkan rasa boleh menanggung sesuatu, kerana ilmu Allah terlalu luas.
19
e)
Menginsafi bahawa ada perkara-perkara dalam ilmu Allah yang kita tidak tahu hakikatnya, (tetapi berdasarkan hakikat dan iman kita pada Allah) yang kita boleh bergantung kepada RahmatNya, samada perkara tersebut sesuatu yang biasa, yang mengejutkan dan yang melibatkan masa depan yang tidak jelas.
Kesimpulannya Iktibar dari cerita di atas ialah kita perlu mengimbangkan iman dengan hidup kita, atas tiap-tiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita itu, melalui penyerahan diri dan tawakkal kepada Allah. Tidak semua perkara kita tahu akan hakikatnya. Ilmu Allah terlalu luas! Hanya dengan penyerahan diri dan dengan memperkuatkan iman kita kepadaNya sahajalah yang akan dapat menjamin kita untuk mendapat RAHMAT Allah dalam hidup kita di dunia dan di Akhirat.
20
Bahagian Keenam: Tafsiran Ayat-ayat 83-110 Kisah keempat dalam siri kisah-kisah Surah Al-Kahfi menceritakan: Pengembaraan Zulqarnain, Yakjuj Makjuj dan Pembinaan Ar-Radm (Benteng Pertahanan). Ayat-ayat 83 hingga 98 menjelaskan kisah perjalanan Zulqarnain ke timur, barat dan ke kawasan tengah, serta kisah pembinaan benteng pertahanan (Ar-Radm) dari serangan Yakjuj dan Makjuj. Ia adalah satu-satunya kisah yang menarik yang dicadangkan oleh orang-orang Yahudi kepada kaum Quraisy di Mekah untuk minta dijelaskan oleh Rasulullah. Cerita yang lengkap ini tidak menceritakan siapakah Zulqarnain itu, di mana tempat-tempatnya, dan bila ianya berlaku. Apa yang penting ialah falsafah yang diambil dari pergerakan pengembaraan beliau ini untuk panduan kita. Di antaranya ialah: “Ini adalah satu Rahmat dari Allah, Tuhanku! (Ingatlah! Dalam pada itu) apabila telah sampai semua janji-janji Allah (berlakunya Kiamat) maka bentang sekuat ini pun akan menjadi hancur dan lebur, dan janji-janji Allah itu adalah BENAR.” (Al-Kahfi (18):98) Tafsiran: Sekali lagi saya mencatitkan Hadith Rasulullah mengenai sebab turunnya ayat ini, seperti yang digariskan oleh Muhammad bin Ishak ra yang berkata, ia diriwayatkan dari Akramah, dari Ibnu Abbas ra yang berkata: “Orang Quraisy telah melantik dan menghantar Nadhir bin Harith, dan Uqbah bin Ubai Mu’it, supaya pergi menemui pendita Yahudi di Madinah dan bertanya dengannya tentang Muhammad, melalui sifat-sifatnya, kerana mereka adalah ahlil Kitab yang mengetahui tentang ilmu nabi-nabi. 1
Kedua-dua orang Quraisy ini pun menuju ke Madinah menemui pendita Yahudi itu dan berbincang dengannya mengenai Muhammad. Pendita Yahudi itu mencadangkan kepada mereka berdua supaya bertanyakan Muhammad tentang 3 perkara, dan jika dia dapat menjawab ketigatiganya itu maka benarlah dia seorang Nabi yang diutus. Jika dia gagal dari menjawabnya, maka dia adalah tukang cerita sahaja dan bukan seorang nabi yang diutus. Ketiga-tiga soalan itu ialah: Pertama: Tentang pemuda-pemuda di abad terawal dulu. Apakah urusan mereka dan adakah mereka mempunyai cerita yang menakjubkan! Kedua: Tentang lelaki yang bergerak sehingga ke timur dan barat bumi ini. Siapakah gerangan manusia yang masyhur itu? Ketiga: Tentang roh dan apakah hakikatnya? Kedua-dua utusan itu pun pulang ke Mekah menjelaskan arahan cadangan pendita Yahudi Madinah itu untuk mengetahui siapakah Muhammad. Lantas mereka terus menemui Rasulullah dan mengemukakan cadangan tersebut dan Rasulullah berjanji akan menjelaskan semua perkara itu esok harinya, tanpa mengucapkan ‘InsyaAllah’. Wahyu telah terputus selama 15 hari dan Quraisy Mekah telah mempersendakan Nabi Muhammad disebabkan janjinya itu. Kemudian, Jibril datang membawa wahyu dan menurunkan Surah Al-Kahfi yang menjelaskan kesemua cadangan soalan pendita Yahudi itu.” Nas Al-Qur’an pula tidak menyebut siapa dia Zulqarnain itu, zamannya, atau tempatnya. Gunanya nas itu ialah untuk memberi kita faedah dari cerita ini dan mengambil iktibar darinya.
2
Ayat-Ayat 83-98, Firman Allah:
3
Dan mereka pernah bertanya denganmu tentang Zulqarnain! Jawablah pada mereka: “Aku akan bacakan pada kamu (dari wahyu yang menjelaskannya) sedikit tentang perihalnya.” (83) Sesungguhnya, Kami telah mengizinkan beliau dengan kekuasaan memerintah di bumi ini, dan juga membenarkan kepadanya jalan-jalan yang boleh mencapai segala kehendaknya. (84) Lantas dia akan mengikut jalan-jalan yang menyampaikannya pada kehendaknya itu. (85) (Perjalanannya bermula) hingga dia sampai ke kawasan matahari terbenam. Beliau melihat matahari itu terbenam di sebuah bulatan matair hitam yang berlumpur. Di sisi kawasan itu terdapat sebuah penempatan satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman kepadanya: “Wahai Zulqarnain! Pilihlah samada engkau hendak azabkan mereka (yang kufur) atau berbuat baik pada mereka!” (86) Jawab Zulqarnain: “Orang-orang yang zalim itu (yang terus kufur dan zalim selepas didakwahkan pada mereka) akan diazab, dan kemudian akan dikembalikan mereka pada Tuhannya (di Akhirat) untuk menerima azab kedua yang sangat perit. (87) Manakala orang-orang yang beriman dan beramal soleh, di kalangan mereka, akan diberi balasan yang sebaiknya dan akan diperintahkan mereka dengan perintah yang tidak memberatkan mereka.” (88) Kemudian dia berpatah balik mengikut jalan lain. (89) (Perjalanan diteruskan) sehingga beliau sampai di kawasan matahari terbit, beliau mendapati di sana terdapat satu kaum yang terlalu primitif, yang tidak ada apa-apa yang melindungi badan mereka dari matahari itu. (90) 4
Begitulah, dan sesungguhnya Allah bantu memberi secara perkhabaran meliputi segala yang ada padanya. (91) Kemudian beliau berpatah balik mengikut jalan yang lain pula. (92) (Beliau meneruskan perjalanannya) sehingga beliau sampai ke satu kawasan di antara dua gunung, dan didapati terdapat suku kaum, yang percakapan mereka hampir-hampir tidak dapat difahami. (93) Suku kaum itu berkata: “Wahai Zulqarnain! Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu sentiasa melakukan kerosakan di atas mukabumi ini, maka boleh tak kami membayar sedikit upah untuk engkau membina benteng penghadang bagi memisahkan kami dengan mereka.” (94) Jawab Zulqarnain: “Sesungguhnya kekuasaan dan kekayaan anugerah Allah padaku lebih baik dari upah yang nak kamu berikan padaku. (Bagi memulakan projek pembinaan benteng itu, maka Zulqarnain pun memerintah mereka dengan berkata) Maka sekarang bantulah aku dengan segala kekuatan yang ada pada kamu semua (tenaga, modal dan bahan) untuk aku bina sebuah ‘tembok penutup yang kukuh’ (Radman) yang akan memisahkan di antara kamu dengan mereka. (95) Bawa padaku ketulan-ketulan bijih besi” - sehingga apabila terkumpul menjadi separas tingginya yang dapat menutup lapangan di antara dua belah tempat tembok itu, dan selepas itu Zulqarnain memerintah supaya: “Nyala dan tiupkan api ke dalam campuran bahan itu sehingga semuanya merah menyala seperti api." Selepas itu, katanya: “Bawalah padaku tembaga cair supaya aku curahkan ke dalam ruang-ruang bahan besi itu.” (Maka terbinalah ‘Radman’ (benteng) yang kukuh itu dengan pertolongan Zulqarnain). (96)
5
Maka mereka tidak akan dapat memanjat benteng itu dan juga tidak berupaya menebuk lubang untuk tembus masuk ke dalam kawasan. (97) Setelah selesai pembinaan benteng itu, Zulqarnain berkata: “Ini adalah satu Rahmat dari Allah, Tuhanku! (Ingatlah! Dalam pada itu) apabila telah sampai semua janji-janji Allah (berlakunya Kiamat ) maka bentang sekuat ini pun akan menjadi hancur lebur, dan janji-janji Allah itu adalah BENAR.” (98) Tafsiran: Rujuk ayat-ayat 83-85, mafhumnya: Dan mereka pernah bertanya denganmu tentang Zulqarnain! Jawablah pada mereka: “Aku akan bacakan pada kamu (dari wahyu yang menjelaskannya) sedikit tentang perihalnya.” (83) Sesungguhnya, Kami telah mengizinkan beliau dengan kekuasaan memerintah di bumi ini, dan juga membenarkan kepadanya jalan-jalan yang boleh mencapai segala kehendaknya. (84) Lantas dia akan mengikut jalan-jalan yang menyampaikannya pada kehendaknya itu. (85) Kaum musyrik Mekah telah mengemukakan cadangan bagi menguji kebenaran kenabian Rasulullah dengan bertanya tentang satu personaliti yang masyhur dalam sejarah, iaitu Zulqarnain. Pertanyaan ini pun berlaku melalui suruhan kaum Yahudi Madinah. Siapakah sebenarnya Zulqarnain ini? Kita cuba teliti tafsiran dari beberapa ahli tafsir yang berikut untuk meluaskan fahaman kita:
6
1.
Ar-Razi bependapat Zulqarnain ialah Iskandar bin Filibus dari Yunan. Buktinya: Kerajaannya mencapai kejayaan hingga ke barat, di samping itu juga berkuasa di timur dan pernah berada di kawasan tengah, iaitu di selatan dunia. Apabila dia memerintah, semua raja-raja Rom telah bersatu dengan raja-raja dari timur dan beliau pulang ke Mesir lalu membuka kawasan Iskandariah. Kemudian beliau menjelajah masuk ke negeri Syam, juga ke Baitul Maqdis, dan seterusnya bergerak ke Armenia, Iraq, Cina dan India. Akhirnya beliau pulang ke Khurasan dan Iraq. (Tafsir Ar-Razi, Juzuk 21, m/s 163-164)
2.
Ibnu Kathir pula berpendapat ianya dari kerajaan Rom dan pernah melakukan tawaf bersama-sama dengan Nabi Ibrahim as sewaktu beliau memulakan pembinaan Kaabah. Beliau tidak menjelaskan dengan terperinci siapakah Zulqarnain itu. (Tafsir Ibnu Kathir, Juzuk 3, m/s 100)
3.
Syed Qutub pula menjelaskan bahwa nas Al-Qur’an tidak menjelaskan siapa Zulqarnain itu, bila zamannya atau di mana tempatnya. Yang pasti Iskandar dari Maqdun yang berbangsa Greek itu bukanlah Zulqarnain yang dicatit oleh Al-Qur’an, kerana Zulqarnain tersebut adalah seorang yang beriman dengan Allah dan dengan adanya hari Akhirat. Mencari fatwa dan tarikh dari Al-Qur’an dari ceritanya itu tidak tepat dan semuanya meraba-raba dalam gelap. Yang penting dari Al-Qur’an ialah perjalanannya ke barat, timur dan ke satu kawasan di antara dua gunung. (Tafsir Fi Zilalil Qur’an, Syed Qutub, Juzuk 4, m/s 2290)
4.
Hamdi bin Hamzah Abu Zaid, yang membuat kajiannya ke atas pergerakan Zulqarnain di barat, timur dan kawasan tengah dunia telah merumuskan bahawa Zulqarnain itu sebenarnya ialah ‘Akhinaton’, 7
yang pernah bersahabat dengan Nabi Musa as dalam Dinasti Firaun dari Mesir. Peristiwa perjalanan ini dikaitkan dengan hijrahnya Akhinaton dari bumi Mesir dengan isterinya Nefatiti, yang beriman dengan Allah. ( فك أسرار ذى القرنين ويأجوج ومأجوج, Hamdi bin Hamzah Abu Zaid; m/s 29, Riyadh 1425H)
5.
Hamdi menafikan Raja Maqduni, Iskandar Zulqarnain yang sampai kekuasaannya ke Afghnistan, kemudian menguasai Parsi dan India, sebagai Zulqarnain yang dijelaskan dalam Surah Al-Kahfi ini. Begitu juga, beliau menafikan yang Zulqarnian itu bersama dengan Nabi Ibrahim melawat Kaabah. Iskandar Zulqarnain dalam Al-Qur’an adalah dari kalangan orang yang beriman pada Allah, bermuamalat dengan manusia, bermatlamatkan keadilan dan keselamatan, serta membantu manusia untuk menuju ke jalan Allah yang Esa.
6.
Amal solehnya ialah beliau bergerak di atas bumi Allah ke timur dan ke barat serta di pertengahan kedua-duanya itu. Matlamat utamanya bukan untuk membalas dendam bila menyerang dan menundukkan negara-negara seterunya, tetapi untuk menyebarkan keadilan, menolak kezaliman ke atas bangsa dan umat manusia, membawa manusia kepada beribadah kepada Allah, menolong orang yang dizalimi, tanpa mengharapkan terima kasih dari mereka, tetapi untuk mencari keredhaan Allah. Contoh terdekat ialah membina Ar-Radm (benteng penghalang pencerobohan seteru) di negeri di antara dua gunung, tanpa mengambil upah (Hamdi, m/s 47). Dengan pastinya Hamdi menyatakan Zulqarnain itu ialah Akhinaton iaitu dari keturunan Raja Mesir di antara tahun-tahun 1352-1370 sebelum Masehi. 8
Mengikut Al-Qur’an, Allah menempatkan Zulqarnain di bumi ini dan dikurniakan kepadanya kesultanan, dan kepimpinan tertinggi, serta Allah memudahkan dia melaksanakan hukum dan membuat pembukaan negeri-negeri baru, mengadakan pembangunan dan memastikan kekuatan kerajaan dan pemerintahannya, sebagai pemimpin agung. Beliau adalah seorang yang beriman dengan Allah dan yakin dengan hari Akhirat. Sejarah pergerakan beliau bermula dengan perjalanannya menuju ke Barat, iaitu ke kawasan terbenamnya matahari. (Syed Qutub)
Kemudahan yang ada pada Zulqarnain ini ialah dia memiliki semua peralatan penting yang dimiliki oleh seorang raja yang besar seperti kuasa tentera dan alat-alat peperangan, dan dia memliliki kerajaan di timur, barat dan di antara kedua-duanya, dan dikatakan semua berkhidmat kepadanya. (Ibnu Kathir) Pergerakan Zulqarnain itu bermula dari Barat sampai ke pertengahan Lautan Hindi, iaitu bermula dari kawasan terbit matahari ( )مطلع الشمسdi kawasan Negara Kiribati, dan kemudian dia berpatah balik ke Timur menuju ke negeri Cina. Dan berlakukan kisah Yakjuj dan Makjuj serta kisah pembinaan penghadang (Ar-Radm) di sempadan negeri Cina. Dengan pembinaan Ar-Radm, maka terlepaslah negara tersebut dari gangguan serangan kaum perosak itu. (Hamdi Hamzah Abu Zaid)
Ar-Razi pula dalam mentafsir ayat di atas dengan berkata bahawa Allah menganugerahkan kepada Zulqarnain segala sesuatu yang membolehkan beliau mencapai apa saja yang dihajatinya. Anugerah itu adalah mengikut sebab-sebab tertentu, dan cara ini akan membantunya untuk lebih hampir kepada sesuatu yang mahu dicapainya. Inilah cara yang pernah Allah anugerahkan kepada nabi-nabiNya. Jadi mengikut Ar-Razi, Zulqarnain ini mungkin seorang nabi Allah. (Ar-Razi, Juzuk 21, m/s166) 9
Pergerakan Zulqarnain bermula dengan penjelasan ayat berikut:
(Perjalanannya bermula) hingga dia sampai ke kawasan matahari terbenam. Beliau melihat matahari itu terbenam di sebuah bulatan matair hitam yang berlumpur. Di sisi kawasan itu terdapat sebuah penempatan satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman kepadanya: “Wahai Zulqarnain! Pilihlah samada engkau hendak azabkan mereka (yang kufur) atau berbuat baik pada mereka!” (86) Jawab Zulqarnain: “Orang-orang yang zalim itu (yang terus kufur dan zalim selepas didakwahkan pada mereka) akan diazab, dan kemudian akan dikembalikan mereka pada Tuhannya (di Akhirat) untuk menerima azab kedua yang sangat perit. (87) Manakala orang-orang yang beriman dan beramal soleh, di kalangan mereka, akan diberi balasan yang sebaiknya dan akan diperintahkan mereka dengan perintah yang tidak memberatkan mereka.” (88) Tafsiran: Apabila Zulqarnain sampai ke kawasan matahari terbenam, beliau melihat seolah-olah matahari terbenam dalam air di satu kawasan bulatan di atas kawasan berlumpur hitam. Hakikatnya bukanlah matahari itu terbenam ke dalam air 10
tetapi ianya hilang dari pandangan di kawasan tersebut. Ini bererti kawasan terbenamnya matahari itu ialah di kawasan lautan, kelihatan dari jauh ianya terbenam. Berdekatan dengan kawasan tersebut terdapat satu penempatan manusia dan kaum yang kufur pada Allah. Oleh kerana Zulqarnain ini seorang nabi, maka Allah memberi kebenaran pada beliau samada untuk menyeksa yang kufur itu atau untuk mendakwahkan mereka sehingga beriman. Zulqarnain membuat cadangan, bahawa selepas diberi dakwah dan bimbingan keimanan pada mereka, maka yang masih kufur akan diseksa azab dan yang beriman akan ditadbir dan dilepaskan dengan baik melalui pemerintahannya yang tidak membebankan. (Ar-Razi, m/s 167)
Ibnu Kathir menyatakan bahawa pilihan Zulqarnain itu menggambarkan keadilannya, dengan memberi masa kepada kaum itu beriman pada Allah. Yang beriman dilayan baik dan diperintah dengan adilnya, dan yang kufur dibunuh atas kekufuran dan kezaliman mereka itu. (Ibnu Kathir, Juzuk 3, m/s104)
Syed Qutub menyatakan bahawa Zulqarnain memperkenalkan satu pendekatan ugama kepada kaum itu dengan cara membiarkan mereka taat pada Allah, yang zalim ingkar dibunuh dan yang beriman dan beramal soleh ditadbir dengan penuh keadilan. Persoalan kawasan matahari terbenam dan kawasan bulatan berlumpur hitam: Hamdi bin Hamzah Abu Zaid telah mengadakan satu kajian ilmiah mengenai rahsia Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj dalam kajiannya dan berkata:
11
“Al-Qur’an menyatakan bahawa Zulqarnain dalam perjalanannya telah melampaui satu kawasan di atas bola mukabumi ini dan ia dikenali sebagai kawasan matahari terbenam dan dalam perjalanan keduanya dalam Al-Qur’an, Allah menyatakan satu kawasan lain yang dikenali sebagai kawasan matahari terbit. Al-Qur’an juga menjelaskan bahawa selepas melampaui kedua-dua kawasan ini Zulqarnain terus berpatah-balik menuju ke kawasan di antara dua pergunungan.” Ketiga-tiga kawasan ini telah dianalisa dan dilawati oleh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid dalam menyediakan kajiannya dan kesimpulannya adalah seperti berikut: a)
Kawasan terbenamnya matahari itu terletak di kawasan berhampiran kepulauan Maldivese di Lautan Hindi.
b)
Kawasan terbitnya matahari itu terletak di kawasan kepulauan KIRIBATI, dalam Lautan Hindi juga.
c)
Kawasan berlumpur hitam dan bulat itu adalah hakisan kawasan pulau-pulau di situ yang terjadi akibat reaksi dari keadaan letupan gunung berapi yang menjadikannya bulat seperti mata dan bila dilihat dari jauh seolah-olah matahari itu terbenam ke dalam kawasan bulatan itu.
Begitulah kisah perjalanan pertama Zulqarnain yang diceritakan oleh Allah melalui Surah Al-Kahfi. Kemudian Zulqarnain berpatah balik dan menuju ke kawasan matahari terbit mengikut catitan ayat berikut:
12
Kemudian dia berpatah balik mengikut jalan lain. (89) (Perjalanan diteruskan) sehingga beliau sampai di kawasan matahari terbit, beliau mendapati di sana terdapat satu kaum yang terlalu primitif, yang tidak ada apa-apa yang melindungi badan mereka dari matahari itu. (90) Begitulah, dan sesungguhnya Allah bantu memberi secara perkhabaran meliputi segala yang ada padanya. (91) Tafsiran: Setelah berpatah balik dari kawasan matahari terbenam di sebelah barat, maka Zulqarnain pun menuju ke timur, dan apabila sampai di kawasan matahari terbit, dia mendapati penduduknya hidup secara liar, tidak berpakaian, tidak ada sebarang bangunan yang dapat mereka berlindung dari panasnya matahari dan mereka menghuni gua-gua yang ada di situ. Demikainlah halnya, sehingga Zulqarnain melakukan pemerintahannya ke atas kaum ini sebagaimana telah dilakukannya kepada kaum di kawasan matahari terbenam, iaitu dengan penuh keadilan merubah cara hidup mereka. (Tafsir pimpinan Ar-Rahman, m/s 740) Syed Qutub mentafsirkan ayat ini dengan berkata: “Kemudian, Zulqarnain berpatah balik dengan memulakan perjalanan ke arah timur untuk menuju ke kawasan matahari terbit, iaitu terbitnya matahari dari ufuk sebelah timur pada mata Zulqarnain. Tempat sebenarnya terbit matahari itu tidak dapat ditentukan dengan tepatnya di mana. Yang pentingnya cerita ini mengaitkan terjumpanya satu kaum liar yang hanya bekerja di waktu malam dan berehat pada siangnya untuk mengelak dari kepanasan matahari, kerana keadaan di situ seolah-olah di padang pasir. Matahari terbit di atas muka bumi ini dalam keadaan yang sama sahaja. Mungkin ianya berada di kawasan berhampiran lautan di kawasan Afrika. Zulqarnain pula 13
telah melakukan pemerintahannya di kawasan itu seperti mana yang pernah beliau lakukan di kawasan matahari terbenam dahulu.” Ar-Razi menjelaskan bahawa Zulqarnain telah berniat untuk bergerak ke satu kawasan yang berhampiran kawasan terbenamnya matahari. Setelah menemui kawasan tersebut dan berbuat sesuatu di sana maka beliau mula bergerak ke kawasan berhampiran matahari terbit pula. Yang dijelaskan oleh Ar-Razi ialah penduduk yang ditemui berhampiran kawasan itu. Tiada penghalang mereka dari matahari, ertinya mereka adalah penghuni gua dan tidak aktif di siang hari. Mereka mencari sumber hidupan pada malam hari. Mereka tidak berpakaian, bertelanjang dan liar. Inilah contoh kebanyakan orang-orang yang tinggal di kawasan berdekatan dengan garisan Khatulistiwa. Apa pun, Zulqarnain telah memerintah kawasan tersebut sebagaimana pernah dia lakukan pada kawasan matahari terbenam. Hamdi bin Hamzah Abu Zaid dalam bukunya:
فك أسرار ذى القرنين ويأجوج ومأجوج (Tahun 2004, Cetakan Pertama, Keluaran Riyadh, Arab Saudi)
mengatakan: “Sesuatu yang ajaib, Al-Qur’an menjelaskan pergerakan Zulqarnain adalah mengikut susur galur geografi yang menyusur di satu kawasan yang serupa iaitu di kawasan matahari terbenam di kawasan kepulauan Maldives, sebagai pergerakan awal dan menyusur kemudiannya ke kawasan kepulauan Karibati, iaitu kawasan matahari terbit dan kemudian bergerak menyusur ke negeri Cina, di mana di sana beliau diminta membina tembok penghalang pencerobohan musuh (Ar-Radm). Pergerakan yang tersusun ini berlaku, apabila Zulqarnain bertolak keluar dari bumi Mesir dengan menaiki perahu layar Firaun menyusuri Laut Merah ke Laut Arab kemudian ke Lautan 14
Pasifik dan bertemu di kawasan Khatulistiwa. Kawasan terbenamnya matahari adalah di kepulauan Maldives dan kemudian berpatah balik ke kawasan matahari terbit di Kepulauan Caribian (Republic of Kiribati), iaitu kawasan Christmas dan Milinium Islands. Dalam perjalanan seterusnya, beliau merentasi luatan Pasifik sehingga menemui Laut Cina dan menyusur masuk ke negeri Cina, iaitu negeri di antara dua gunung, di mana bermulalah cerita Yakjuj dan Makjuj. (Hamdi bin Hamzah Abu Zaid, فك وج-أسرار ذى القرنين ويأجوج ومأ, m/s 176) Mengikut kajian ilmiah yang dilakukan oleh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid, pergerakan pertama Zulqarnain adalah dari bumi Tell El-Amarna, menyusuri Laut Merah, merentasi Lautan Hindi dan menghampiri kawasan garisan Khatulistiwa dekat kepulauan Maldives. Ini melibatkan Raja Firaun yang ke18 bernama Akhinaton, dan menurut Hamdi, Akhinaton inilah Zulqarnain yang disebutkan dalam surah Al-Kahfi. Pergerakan keseluruhan Zulqarnain Tell El-Amarna ke 3 tempat.
bermula
dari
1. Pergerakan Zulqarnain dari Tell el-Amarna, menuju Laut Arab, merentasi Lautan Hindi dan menyusuri Khatulistiwa menuju ke gugusan pulau-pula Maldives. Pada Pendapatnya, inilah tempat ‘terbenamnya matahari’ yang disebut oleh Al-Qur’an sebagai ( مغرب الشمسkawasan terbenam matahari). 2. Selepas itu, Zulqarnain meneruskan penyusurannya melalui garis Khatulistiwa dan menuju ke kawasan kepulauan KARIBATI (Republic of Karibati) yang dikatakan beliau sebagai tempat ‘Terbitnya Matahari’ seperti yang disebut dalam surah Al-Kahfi sebagai ( مطلع الشمسkawasan terbit matahari).
15
3. Kemudian Zulqarnain berpatah balik dan menyusuri Lautan Pasifik dan menuju ke negeri Cina iaitu negeri ‘Di Antara Dua Gunung’ seperti yang dicatit dalam surah Al-Kahfi sebagai ( بين السدينdi antara dua pergunungan) dan beliau dikatakan berhenti di kawasan pemerintahan Dinasti Shang (tahun 1330 sebelum Masehi) di kawasan Henan dan disitulah cerita Pembinaan Ar-Radm (benteng pertahanan serangan musuh) oleh Zulqarnain bermula. Seterusnya, dari kesan-kesan sejarah Cina Kuno, Zaid bin Hamzah Abu Zaid, membuat kenyataan yang berani bahawa sesungguhnya Zulqarnain yang dicatitkan dalam surah Al-Kahfi itu ialah Akhinaton kerana ianya bertepatan dengan Dinasti Shang yang juga wujud pada masa yang sama dengan pemerintahan Firaun pada generasi yang ke18. Inilah dia catitan seterusnya Zulqarnain dalam Al-Qur’an:
tentang
perjalanan
Kemudian beliau berpatah balik mengikut jalan yang lain pula. (92) (Beliau meneruskan perjalanannya) sehingga beliau sampai ke satu kawasan di antara dua gunung, dan didapati terdapat suku kaum, yang percakapan mereka hampir-hampir tidak dapat difahami. (93)
16
Suku kaum itu berkata: “Wahai Zulqarnain! Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu sentiasa melakukan kerosakan di atas mukabumi ini, maka boleh tak kami membayar sedikit upah untuk engkau membina benteng penghadang bagi memisahkan kami dengan mereka?” (94) Tafsiran: Mengikut Imam Ar-Razi, kawasan di antara dua pergunungan itu tidak diketahui di mana, dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Apabila Zulqarnain menyusuri kawasan di antara dua pergunungan itu, dia terlihat di sudut berhampiran dengannya sebuah kawasan penempatan satu kaum, di mana bahasa mereka hanya mereka saja yang mengetahuinya dan susah untuk difahami oleh orang lain. Ianya boleh difahami tetapi dengan cara isyarat atau sebagainya. Apa pun, kaum itu meminta jasa baik Zulqarnain untuk menerima sedikit upah dan membina sebuah tembok biasa bagi menghalang dua kumpulan pengganas yang menjadi seteru mereka selama ini, iaitu Yakjuj dan Makjuj. Perkataan Yakjuj dan Makjuj bukan dari bahasa Arab, dan mereka itu adalah dari bangsa-bangsa yang tabiat mereka suka menceroboh, menyalakan api rusuhan, membuat kacau bilau, membunuh dan merosakkan kehidupan manusia. Ibnu Kathir pula mentafsirkan ayat di atas dengan mengatakan bahawa Zulqarnain telah sampai ke satu kawasan penempatan di antara dua buah bukit. Ibnu Kathir tidak komen tentang Yakjuj dan Makjuj dan merujuknya sebagai ‘hanya Allah saja yang tahu’. Syed Qutub pula menjelaskan bahawa kawasan di antara dua pergunungan yang dilalui oleh Zulqarnain itu tidak dapat ditentukan di mana, atau apakah sebenarnya dua pergunungan itu. Adakah ianya dua kawasan banjaran 17
gunung, atau mungkin dua kawasan yang berhampiran, atau mungkin satu persisiran yang dilitupi oleh dua daratan? Yang penting pada beliau ialah terdapat satu penempatan kumpulan yang bertutur dengan bahasa yang hanya mereka saja yang faham. Atas semangat mahu menolong kaum yang sentiasa diserang oleh Yakjuj dan Makjuj ini maka Zulqarnain ditawarkan upah untuk membina ‘Tembok biasa’ bagi menghalang kaum-kaum penyerang ini dari terus bermaharajalela. Setelah meneliti tafsiran ahli-tafsir tafsir yang terdahulu, maka Hamdi bin Hamzah Abu Zaid dalam tahun 2004 telah mencatitkan tafsiran di atas seperti berikut: a)
Negeri yang didatangi oleh Zulqarnain itu, yang berada di antara dua pergunungan ialah negeri Cina, yang meminta pertolongan darinya untuk membina tembok biasa bagi menghalang kemaraan Yakjuj dan Makjuj. Yang meminta kerjasama Zulqarnain untuk membina tembok biasa itu ialah Raja Cina dari Dinasti Shang yang sentiasa diserang dari utara oleh kumpulan jirannya termasuk dari Siberia (Yakjuj) dan dari selatan oleh kumpulan Mongolia (Makjuj).
b)
Tembok Kukuh (Ar-Radm) yang dibina oleh Zulqarnain itu berlaku sewaktu zaman Dinasti Shang di Bandar Zhengzhou dalam kawasan Henan, ditengah-tengah negeri Cina. Ianya dibina pada tahun 1330 sebelum Masehi, iaitu tahun berhijrahnya Raja Firaun yang dikenali sebagai Akhinaton, dari Mesir ke kawasan matahari terbenam dan matahari terbit. (m/s 256)
c)
Dua pergunungan yang disebut oleh Al-Qur’an sebagai بين السدينitu adalah dua banjaran gunung di kawasan Shanxi yang berdekatan dengan kawasan Henan dan di sebelah selatan banjaran di kawasan Songshan, yang juga berhampiran dengan kawasan 18
Henan. Di kawasan Henan inilah satu tembok kukuh telah dibangunkan oleh Zulqarnain pada zaman Dinasti Shang pada tahun 1330 sebelum Masehi. d)
Yakjuj dikenali sebagai kumpulan dari jiran negeri Cina daripada Siberia dan Asia Tengah. Mereka bersifat penceroboh dan menyerang kerajaan Dinasti Shang dari arah utara. Manakala Makjuj ialah kumpulan berkuda dari kumpulan Mogul dari Mongolia yang juga masyhur dengan keganasan mereka. Kedua-dua kumpulan ini yang disebut dalam Al-Qur’an sebagai يأجوج ومأجوجmerupakan ‘perosak’ atas mukabumi ini. Sebab itulah Raja Cina sanggup mengupah Zulqarnain untuk membina tembok biasa bagi menghalang kedua-dua kumpulan pengganas ini dari terus mengganas.
e)
Dari sejarah kuno Cina yang diteliti oleh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid ini, maka beliau membuat kesimpulan bahawa Akhinaton, Raja Mesir yang memerintah Mesir pada tahun 1330 sebelum Mesehi, yang berugama Islam dan telah menerima Islam dari Nabi Musa as, adalah Zulqarnain. Ini bersesuaian dengan kewujudan kerajaan Dinasti Shang pada tahun 1330 sebelum Masehi.
Mengikut sejarahnya, orang-orang yang berada di penempatan dua pergunungan itu akur pada kekuatan Zulqarnain setelah mereka melihat Zulqarnain mempunyai kekuatan untuk membuka negeri, serta sikapnya yang mahukan kebaikan dan memperbaiki keadaan yang buruk, dan keupayaannya untuk membangunkan negeri taklukannya. Maka mereka mempelawanya dengan cara mengupah beliau untuk membina sebuah tembok biasa bagi menghalang kemaraan kaum Yakjuj dan Makjuj itu ke kawasan mereka. Kaum Yakjuj dan Makjuj ini sentiasa menyerang mereka dari arah belakang, berada di situ dan merosakkan semua sistem yang ada. Mereka tidak terdaya untuk menahan kumpulan perosak ini dari mengganas. 19
Lantas Zulqarnain, tanpa menghiraukan upah tetapi lebih mengambil berat kepada masalah untuk memperbaiki keadaan, sanggup secara sukarela bantu membina tembok penghalang itu seperti yang dicadangkan. Ayat-ayat seterusnya menggambarkan hal ini:
Jawab Zulqarnain: “Sesungguhnya kekuasaan dan kekayaan anugerah Allah padaku lebih baik dari upah yang nak kamu berikan padaku. (Bagi memulakan projek pembinaan benteng itu, maka Zulqarnain pun memerintah mereka dengan berkata) Maka sekarang bantulah aku dengan segala kekuatan yang ada pada kamu semua (tenaga, modal dan bahan) untuk aku bina sebuah ‘tembok penutup yang kukuh’ (Radman) yang akan memisahkan di antara kamu dengan mereka. (95) Bawa padaku ketulan-ketulan bijih besi” - sehingga apabila terkumpul menjadi separas tingginya yang dapat menutup lapangan di antara dua belah tempat tembok itu, dan selepas itu Zulqarnain memerintah supaya: “Nyala dan tiupkan api ke dalam campuran bahan itu 20
sehingga semuanya merah menyala seperti api." Selepas itu, katanya: “Bawalah padaku tembaga cair supaya aku curahkan ke dalam ruang-ruang bahan besi itu.” (Maka terbinalah ‘Radman’ (benteng) yang kukuh itu dengan pertolongan Zulqarnain). (96) Maka mereka tidak akan dapat memanjat benteng itu dan juga tidak berupaya menebuk lubang untuk tembus masuk ke dalam kawasan. (97) Setelah selesai pembinaan benteng itu, Zulqarnain berkata: “Ini adalah satu Rahmat dari Allah, Tuhanku! (Ingatlah! Dalam pada itu) apabila telah sampai semua janji-janji Allah (berlakunya Kiamat) maka bentang sekuat ini pun akan menjadi hancur lebur, dan janji-janji Allah itu adalah BENAR.” (98) Tafsiran: Ar-Razi mentafsirkan ayat di atas sebagai: “Aku tidak perlu pada upah dan duit kamu jika dibandingkan dengan apa yang telah Allah, Tuhanku, kurniakan padaku. Tetapi apa yang aku perlukan dari kamu ialah tenaga kerja dan peralatan serta bahan-bahan. Dengan semuanya itu, akan aku binakan satu tembok kukuh (Radman) untuk pertahanan kamu.” Bahan yang di perlukan ialah ketulan-ketulan besi dan ianya disusun sehingga dapat menutup kedua-dua pergunungan itu, lantas dibawakan cecair dari tembaga panas untuk diturapkan ke dalamnya. Bahan-bahan besi itu dibakar sehingga menjadi merah sebelum turapan itu dilakukan. Binaan ini dianggap sebesar-besar Rahmat dari Allah kerana ia dapat menyelamatkan kawasan ini dari terus diserang oleh Yakjuj dan Makjuj. Apabila hampir kepada hari Kiamat, maka tembok yang kukuh ini akan meratakan dirinya atas bumi, dan janji Allah itu adalah benar. 21
Ibnu Kathir mencatitkan bahawa terdapat banyak cerita-cerita berbentuk ‘Israiliat’, yang tidak boleh kita berpegang dengannya. Tafsiran ayat di atas ialah kata-kata Zulqarnain yang mengaku apa yang telah Allah berikan padanya dari segi kekuatan, kerajaan dan kebolehan yang luar biasa adalah lebih baik jika digunakan untuk membuat amal soleh dengan menolong mereka yang tersepit dek Yakjuj dan Makjuj itu. Yang diperlukannya ialah tenaga kerja dan peralatan serta bahan untuk membina sabuah Radman, iaitu kembok kuat yang boleh mempertahankan mereka dari musuh. Jadi apabila siap saja tembok itu, kumpulan Yakjuj dan Makjuj ini tidak lagi berupaya untuk memanjat atau menebuknya untuk masuk ke dalam kawasan. Selepas terbinanya tembok kukuh itu, maka Zulqarnain pun berkata: “Inilah dia satu Rahmat dari Allah, Tuhanku.” kerana tembok ini akan memisahkan di antara kejahatan Yakjuj dan Makjuj dengan kumpulan yang sentiasa diserang oleh mereka itu. Namun, apabila telah hampir kepada hari Kiamat, maka tembok sekukuh itu akan meratakan dirinya menjadi sebaris dengan tanah yang lain, kerana janji Allah ini adalah benar. Syed Qutub pula mentafsirkan ayat di atas dengan menyoal siapakah Yakjuj dan Makjuj itu? Di manakah mereka sekarang? Apakah yang akan terjadi kepada dunia dengan adanya mereka ini? Semuanya ini hanya diketahui dari Al-Qur’an dan sukar untuk menentukannya. Apa pun, ayat yang membawa erti: “Maka apabila datangnya janji-janji Allah, maka tembok sekuat ini akan meratakan dirinya sebaris dengan bumi dan janji Allah itu adalah benar.”
22
Bererti Allah berjanji tembok ini akan pecah dan hancur dan ianya akan berlaku sewaktu para tentera Tatar menyerang negara sekitarnya, berlakunya pembunuhan di atas mukabumi ini, dan banyak raja-raja dari beberapa kerajaan dimusnahkan. Nas ayat ini tidak menentukan bila akan berlakunya serangan Yakjuj dan Makjuj ini. Mungkin tembok itu telah meratakan dirinya pada masa zaman Rasulullah dan masa sekarang, dan salah satu masanya ialah apabila pengganas-pengganas dari kaum Tatar dan Mongolia menakluki kawasan timur itu. Jawapannya? Hanya Allah yang tahu kebenarannya. Melihat kepada sulitnya untuk menentukan di mana tembok itu dan bagaimana ianya dibuat oleh Zulqarnain, Hamdi bin Hamzah Abu Zaid telah mengkaji dan membuat beberapa kesimpulan: a)
Negeri yang didatangi oleh Zulqarnain itu ialah negeri Cina. Tembok yang dibina oleh Zulqarnain itu ialah tembok pertama di Negeri Cina yang dijelaskan dalam Kitab Sejarah Kuno Cina, yang dibina di masa Dinasti Shang di antara tahun-tahun 1150-1330 sebelum Masehi, di bandar Zhengzhao di daerah Henan, Cina Tengah. Kesannya masih terdapat di sana hingga sekarang. (ms 256)
b)
Pada tarikh tersebut, seorang raja Mesir yang diperintah Firaun, bernama Akhinaton di katakan telah berhijrah menuju ke kawasan-kawasan terbenamnya matahari dan terbitnya matahari di kawasan Khatulistiwa. Disimpulkan bahawa Akhinaton, seorang Firaun yang menerima ugama Islam daripada Nabi Musa, adalah Zulqarnain yang disebutkan dalam surah Al-Kahfi ini.
23
c)
Dua Pergunungan yang disebut oleh Al-Qur’an sebagai ( بين السدينdi antara dua pergunungan) ialah dua banjaran gunung di kawasan-kawasan Shaanxi dan Shanxi yang melekat dengan kawasan Henan. Ketinggian banjaran ini menyamai ketinggian Bukit Songshan yang berada di kawasan Henan, iaitu di kawasan di mana tembok Ar-Radm itu dibina.
d)
Yakuj ditafsirkan dari perkataan Cina bererti kumpulan dari kejiranan Cina iaitu dari Siberia dan Asia Tengah. Makjuj juga berasal dari bahasa Cina yang bererti kumpulan berkuda dari Mongolia dan selatan Cina. Kedua-dua kumpulan ini berseteru dengan kerajaan Cina Dinasti Shang, dan kerajaan cina inilah yang meminta pertolongan dari Zulqarnain yang diupah untuk membina satu tembok biasa bagi menghalang kedua-dua kumpulan perosak ini dari terus menganggu kedaulatannya.
e)
Terdapat perbezaan tafsiran ayat di atas di antara pentafsir dulu dengan yang dilihat sendiri oleh Hamdi bin Hamzah ini. Misalnya kebanyakan pentafsir menyatakan زبر الحديدsebagai ‘ketulan-ketulan besi’ yang dibakar menjadi cecair. Hamdi berpendapat perkataan tersebut lebih bersifat kepada serbuk-serbuk simen (tampered earth method) dan pasir-pasir yang mengandungi bijih-bijih tertentu yang kemudiannya dikeraskan sehingga menjadi bertindih-tindih di antara satu sama lain dalam sarung kayu yang menjadi pengepongnya. Jadi yang kekal kuat hingga sekarang kepada tembok itu ialah adanya bijih-bijih besi yang digunakan dalam membangunkan tembok itu. Inilah dia material yang banyak digunakan oleh orang Cina sejak dahulu lagi untuk pembinan mereka. Kesimpulannya, Zulqarnain menggunakan material bijih besi yang dicampur dengan tanah liat bagi mewujudkan satu reaksi kimia untuk membentuk satu tembok. 24
f)
Hamdi mentafsirkan perkataan:
membawa erti bahawa tembok Ar-Radm itu dibina di antara dua bukit besar itu dengan menggunakan alat acuan tembok dari kayu yang dihimpit kedua-dua bukit untuk membentuk satu tembok. Perkataan افرغyang ditafsir oleh banyak pentafsir sebagai menuang cecair dari tembaga sebagai tidak ‘relevant’. Yang dituang ke dalam acuan yang mengandungi bijih-bijih besi itu ialah sesuatu yang berbentuk simen dan pasir. Inilah yang sesuai untuk kita tafsirkan ayat:
Zulqarnain berkata: “Bawalah pada aku untuk aku ‘tuangkan’ ke atasnya.”
yang cair
Iaitu material yang boleh melekat dan mengeraskan bahan-bahan dalam acuan tadi mestilah seperti simen dan pasir yang telah dibancuh, DAN BUKANnya ‘tembaga cair’ seperti tafsiran yang ada. Perkataan افرغmenggambarkan cara orang-orang Cina membancuh simen, pasir dan bahan-bahan lain untuk membuat tembok-tembok mereka. Perkataan itu diterjemahkan dalam sejarah kuno Cina sebagai ‘pour’ (tuangkan cecair) dan bertepatan dengan ayat Al-Qur’an. Bagi perkataan قطراsebagai material yang melekatkan bahan-bahan yang telah ditaruh ke dalam acuan, dan di dalam acuan itu ialah segala bijih besi yang akan dibakar sebagai penyokong pada tembok itu. Setelah besi-besi dalam acuan itu dipanaskan sehingga merah menyala, maka dituangkan ke atasnya cecair yang lebih dekat sifatnya kepada simen dan pasir. Inilah yang membuatkan tembok yang dikenali sebagai Ar-Radm itu masih utuh dan kuat setelah hampir 3000 tahun berlalu. 25
g)
Kesimpulan Hamdi ialah: Zulqarnain terpaksa menggunakan acuan kayu dan meletaknya di antara beberapa bukit, kemudian dimasukkan ke dalam acuan tembok itu dengan besi-besi yang akan dipanaskan melalui tiupan sehingga semuanya menjadi merah menyala. Kemudian barulah segala bahan ‘compressed earth’ yang menyerupai simen dan bahan-bahan tertentu dituang ke atas besi yang panas itu menjadikannya tembok yang terkuat dan tidak boleh diceroboh dan dilolos oleh musuh.
h)
Teknologi tersebut dikatakan serupa dengan teknologi yang dibuat di negeri Mesir kuno. Mengikut Hamdi, segala cubaan meneliti dan menjejak tembok itu adalah bersesuaian dengan penjelasan Al-Qur’an dalam surah Al-Kahfi.
Hamdi tidak menjelaskan ayat terakhir dalam ayat-ayat yang bermaksud: Setelah itu, Zulqarnain berkata: “Ini adalah satu Rahmat dari Tuhanku. Dia akan menjadikan tembok ini hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. (98) Tafsir Ar-Rahman: “Yakjuj dan Makjuj akan meluru keluar untuk membinasakan umat manusia dan ketenteraman dunia.” (m/s 831: Surah Al-Anbiya) Tafsiran Ayat 98 Surah Al-Kahfi di atas dikaitkan dengan ayat 96 dari surah Al-Anbiyaa’, firman Allah:
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. (Al-Anbiyaa' 21:96) 26
Dan hampirlah datangnya janji hari Kiamat yang benar itu… (Al-Anbiyaa' 21:97) Persoalan ini dijawab oleh Syed Qutub, dengan menyoal bilakah akan ‘terbuka’nya tembok yang menghalang Yakjuj dan Makjuj itu? Itulah dia kehampiran pada hari Kiamat yang dijanjikan Allah dan janji Allah itu adalah benar. Mengikut Syed Qutub, nas Al-Qur’an tidak menentukan bilakah dan zaman manakah akan berlakunya ‘terbuka’ tembok itu, yang akan menyebabkan Yakjuj dan Makjuj meluru turun dari tiap-tiap tempat tinggi dan keluar untuk membinasakan umat manusia dan ketenteraman dunia. Bila? Pernah Allah berfirman:
Telah hampir saat kedatangan hari Kiamat, dan terbelahlah bulan. (Al-Qamar (54):1) Ini bererti Kiamat akan berlaku di antara zaman Rasulullah dan masa kini dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kata Syed Qutub lagi, masa telah berlalu sejak turunnya ayat itu, kira-kita 13 abad yang lalu, di mana telah berlaku penaklukan kaum Tatar dan Mongol yang menguasai timur dan barat dengan kejamnya. Kerajaan Aram telah hancur dengan hancurnya Kerajaan Abbasiyah. Jadi perkataan ‘terbuka’ dan ‘hancur lebur’ tembok yang dibina Zulqarnain itu hanyalah simbolik kepada munculnya kejahatan dari kumpulan manusia yang mengganas dan menakluki dunia dengan cara zalim mereka.
27
Hamdi pula menyoal konsep ‘terbuka’ tembok, dan ‘hancur leburnya tembok itu’ mungkin bermaksud akan berkembangnya negara-negara di Asia Tengah dan negara yang penduduknya berkuda (Mongolia) atau lebih khusus negara-negara Ya’juj dan Makjuj di alam ini dan memulakan serangan dan kezaliman mereka ke atas penduduk dunia! Keadaan yang terlihat sekarang ialah berkembangnya kerajaan Jepun, Cina dan Korea sebagai satu kekuatan dunia. Perkembangan pasaran mereka, dan ilmu serta kepakaran mereka yang juga mempunyai pengaruh kepada dunia sekarang? Ayat 98 tersebut telah mencatitkan satu janji Allah yang tidak dimungkiriNya iaitu akan berlakulah keadaan huru-hara sebelum tiupan pertama, iaitu masa hampir pada Kiamat. Ayat seterusnya akan menjelaskan Kiamat dan tiupan kedua sangkakala di mana semua makhluk Allah dari zaman Adam as hingga ke hari dunia di ‘Kiamat’kan akan dikumpul untuk anugerah pahala dan memastikan azab atas semua perbuatan dan perlakuan manusia sewaktu hidup mereka. Firman Allah:
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (iaitu hari-hari sebelum hampir Kiamat) keluar beramairamai bercampur-baur antara satu sama lain dan kemudiannya ditiupkan sangkala kedua, lalu Kami himpunkan mereka seluruhnya (di Padang Mahsyar). (99) 28
Kami perlihatkan kepada mereka pada hari itu akan Neraka Jahannam dengan sejelas-jelasnya. (100) Khususnya, pada orang-orang yang kufur, yang mana mata-mata mereka telah tertutup daripada melihat kebesaran kekuasaan Ku (yang boleh membawa mereka kepada mengingati Ku di dunia dahulu), dan mereka itu pula tidak pernah mendengar ayat-ayat Ku. (101) Tafsiran: Ismail Haqqi Ar-Rusawi mentafsirkan ayat-ayat 98-101 seperti berikut: “Pada hari itu, iaitu hari sebelum Kiamat, dan hari yang dijanjikan oleh Allah sebagai benar, Kami jadikan sebahagian makhluk-makhluk yang tertentu itu dalam keadaan porak-peranda, bercampur baur manusia dan jin, bingung dan resah, dalam keadaan kehairanan kerana tekanan yang keterlaluan atas mereka. Mungkin ini sebelum tiupan pertama. Selepas tekanan-tekanan ini, maka berlakulah Kiamat sebenar dengan tiupan pertama Israfil, di mana semuanya dimatikan dan diikuti dengan tiupan kedua, yang terdapat padanya Hari Mahsyar. Israfil akan meniupkan tiupannya yang akan menggerakkan semua arwah-arwah sebagai persediaan untuk disatukan semula dengan badan-badan mereka. Terdapat semua jasad-jasad yang sudah siapsiaga untuk bersatu semula dengan roh mereka, dan bila roh tiba, semuanya berdiri dan melihat keliling mereka. Semuanya akan kelihatan khayal seolah-olah baru bangun dari tidur. Kemudian semua makhluk-makhluk ini dikumpulkan di atas satu kawasan untuk urusan hisab dan urusan balasan pahala atau Neraka atas amalan mereka.” Sebuah Hadith menyatakan: “Orang yang kelihatan bahagia dan ceria ialah yang dapat meletakkan jejari kaki mereka di atas tanah”. 29
Ini bererti keadaan manusia yang terlalu ramai, sesak dan berhimpit-himpit, kalau pun dapat meletakkan jari-jari kaki mereka atas tanah pun sudah dapat berpuashati. Pada masa itulah Allah memperlihatkan kepada sebahagian makhluknya itu dengan nyalaan api Neraka, termasuk mendengarkan teriakan dari dalamnya, dan kedengaran suara nyalaan api yang membakar. Para malaikat yang bertugas akan menarik dan menolak mereka dari tempat berdiri mereka dan memastikan mereka berada dibarisan yang hanya boleh dilalui untuk melalui ‘Siratul Mustaqim’. Pendedahan Neraka dan apinya serta suaranya kepada sebahagian makhluk itu sebagai sebahagian bentuk penderaan kepada mereka yang tidak mahu mendengar ayat-ayat Allah dan memahami tentang Neraka, di dunia dulu. Neraka itu jelas kelihatan pada makhluk-makhluk tadi, mata mereka melihat kepada kedahsyatannya, kerana mata itulah yang tertutup rapat dari mahu mengingati Allah dulu di dunia, sehingga membuat mereka tidak berminat mendengar kalimah-kalimath Allah. Hati mereka pada masa itu dilitupi lilitan hitam dari semua segi, khususnya dari mendengar dan menghayati ayat-ayat Allah, yang mungkin boleh membawa mereka kepada mengingati Allah. Ketulian telinga mereka menghalang mereka mendengar ayat-ayat Allah kerana telinga itu terlalu penuh sumbatannya, kerana perseteruan mereka terhadap Rasulullah terlalu membara. Syed Qutub berpendapat ajaran dari ayat di atas ialah: “Sesunguhnya orang yang kufur dan ingkar mengingati dan menghayati Allah sebagai Tuhannya adalah mereka yang ditutup pendengaran mereka, dan ini membuatkan mereka pekak, dan dengan memperlihatkan pada mereka akan Neraka Jahanam mungkin kali ini mereka tidak pekak lagi, kerana pada hari itu mereka tidak lagi boleh ingkar untuk 30
masuk ke dalam Neraka Allah, kerana pada hari itu juga, semua litupan pada muka mereka sudah terbuka dan sehingga mereka sedar balasan atas sikap mereka yang lalu. Tunggulah pembalasan Allah, iaitu Neraka JahanamNya.” (m/s 2294, Jilid 4). Ertinya, pilihan yang dibuat oleh orang yang kufur pada Allah, iaitu memilih selain dari Allah dalam hidup mereka, tidak memberi apa-apa pulangan yang baik. Sebaliknya yang menunggu mereka ialah Neraka Jahannam. Inilah maksud dari ayat seterusnya:
Adakah orang-orang kafir engkar itu menyangka yang mereka telah memilih makhluk ciptaan Ku yang disembah menyengutui Ku itu boleh menolong mereka nanti? Sesungguhnya, Kami telah menyediakan kepada mereka Neraka Jahannam sebagai tempat berpulangnya mereka nanti. (102) Tafsiran: Syed Qutub mentafsirkan ayat ini, katanya: “Adakah golongan yang kufur pada Allah dan menolak Ketuhanan Allah, tetapi memilih selain dari Allah, termasuk memperhambakan diri pada makhluk Allah demi mendapat habuan mereka di dunia ini, boleh mendapat pertolongan selain dari Allah bagi menjauhkan mereka dari Neraka Allah, atau menolak mereka dari sebarang kecelakaan di Akhirat? Pilihan sedemikian itulah membawa kesengsaran apabila disediakan Neraka Jahannam untuk mereka kelak! Inilah kerugian yang besar yang diperjudikan oleh golongan kufur ini.” 31
Yang paling merugikan individu itu dijelaskan dalam ayat berikut:
Katakan pada mereka (wahai Muhammad): “Mahukah kamu untuk aku beritahu tentang orang yang paling rugi dalam semua amalan mereka (di dunia ini)? (103) Mereka ialah orang-orang yang telah mensia-siakan semua amalan mereka di dunia ini, sedangkan dalam sangkaan mereka, merekalah orang yang paling betul dan paling baik atas apa yang telah mereka lakukan.” (104) Mereka adalah orang-orang yang kufur ingkar terhadap semua ayat-ayat Allah, yang juga ingkar bahawa mereka akan bertemu dengan Tuhan mereka (setelah mati). (Dengan penolakan ini) maka gugurlah segala amal baik mereka, dan semua amalan itu tidak menjanjikan apa-apa nilai di hari Kiamat. (105) Tafsiran: Orang yang paling rugi dari kacamata Allah, melalui surah ini ialah: 1.
Orang-orang yang amal-amal usaha mereka di dunia ini sia-sia sahaja kerana semua amalan mereka tidak membawa mereka kepada hidayah Allah dan tidak mencapai satu matlamat.
32
2.
Orang-orang yang di dalam minda mereka yang menganggap amalan mereka itulah amalan yang paling baik, paling berfaedah, dan oleh kerana mereka sedang berada di dalam kesesatan dan kelalaian, mereka tidak dapat merasai bahawa amalan mereka itu telah menyumbang kepada kesesatan dan tidak mendatangkan apa-apa pahala!
3.
Orang-orang yang terus berada dalam kesesatan dan kelalaian seluruh hidup mereka dan segala amalan yang mereka lakukan itu adalah atas kesesatan yang mereka tidak sedar!
Siapakah mereka itu? Jawabnya ialah ‘mereka yang kufur’. Yang menolak dan mengabaikan ayat-ayat Allah dalam hidup mereka, tidak meneliti Al-Qur’an dan ajarannya. Tidak mahu menemukan diri mereka dengan Penciptanya, atau memberi sedikit ruang untuk berfikir tentang Allah dan kuasaNya. Dan sebagai gantinya mereka meneruskan hidup tanpa matlamat sepanjang hidup mereka. Meneruskan kepercayaan mereka terhadap apa yang mereka percaya iaitu mencintai hidup dunia, menolak amal soleh, mengeksploitasi orang lain demi keuntungan mereka. Dan yang paling buruk, tidak percaya dan tidak mahu percaya yang mereka akan dipersoalkan di mahkamah Allah atas semua amalan mereka itu. Dalam kata lain mereka tidak percaya yang mereka akan menemui Allah setelah mati. Mereka akan terperangkap dengan kepercayaan mereka itu setelah berhadapan dengan hari Mahsyar, hari pembalasan, di mana pada masa itu tidak ada apa yang mereka bawa untuk menyelamatkan diri mereka dari Jahannam Allah itu. Ada pun sedikit-sedikit amal kebajikan mereka sudah tidak berguna lagi kerana semuanya tidak ada nilai di sisi Allah. Jadi! Apa yang ada? Semua tidak bernilai! Rugi dan rugi! 33
Apa kata Allah kepada mereka ini, dijelaskan dalam ayat berikut:
Itulah balasan ke atas mereka, iaitu Neraka Jahannam. Iaitu balasan ke atas kekufuran mereka, dan ke atas perbuatan mereka yang menjadikan ayat-ayat Ku dan Rasul-rasul Ku sebagai bahan ejekan. (106) Tafsiran: Orang-orang yang menolak ayat-ayat Allah, dengan mengemukakan dalil dan hujjah-hujjah mereka samada secara lojik atau ingkar, dan pada masa yang sama mempertikaikan adanya hari Akhirat dan dibangkit semula setelah mati, dan mereka menjadikan ayat-ayat Allah sebagai alat mempersendakan ugama Allah, dan menganggapkan Rasul Allah sebagai bahan ejekan, maka mereka-mereka ini diberi balasan Neraka Jahannam. Pastinya kita harus berwaspada, jangan menjadikan Al-Qur’an dan ayat-ayatnya sebagai sumber ejekan, kerana ia akan melemahkan akidah dan iman. Apa lagi jika kita memperlekehkan Rasulullah dan ajaran beliau, maka mereka layak diberi balasan Neraka Jahannam. Allah mengakhiri Surah Al-Kahfi ini dengan satu kesimpulan yang cukup bererti kepada yang mahukan Allah, RasulNya, dunia dan Akhirat, dan yang mahu memperkuatkan iman dan amalnya dengan cara beriman dan beramal soleh. Firman Allah:
34
Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh, mereka akan disediakan dengan Jannatul Firdaus sebagai tempat berpulangnya mereka. (107) Mereka akan kekal di dalamnya dan mereka tidak mahu berpindah darinya. (108) Tafsiran: Hamba-hamba Allah yang berbahagia di sisi Tuhannya ialah mereka yang hidup di dunia ini dengan beriman pada Allah dan RasulNya, mempercayai kerasulannya serta melakukan amal soleh kerana Allah. Dengan berpandukan amal soleh dan beriman pada Allah dan RasulNya inilah yang akan membawa mereka kepada Syurga yang dikenali sebagai Syurga Firdaus. Syurga Firdaus dikenali sebagai tempat terbaik dalam Jannah Allah dan paling sederhana di antara semua jenis-jenis Syurga lain. Mereka akan berada di situ tanpa sebarang gangguan dan mereka tidak mempunyai keinginan untuk berpindah darinya kerana kesempurnaan yang ada padanya. Ayat di atas juga menjelaskan betapa gembiranya mereka di dalam Syurga Firdaus ini sehinggakan mereka tidak akan merasa jemu, inginkan perpindahan atau bertukar angin ke tempat lain walaupun mereka sudah lama tinggal di dalamnya. Inilah hadiah Allah kepada mereka yang beriman dan beramal soleh yang dibuat ikhlas kerana Allah, sebagai satu penghormatan Allah kepada mereka. Inilah yang dikatakan dalam sebuah Hadith:
أعددت لعبادى الصالحين ما ال عين رأت وال أذن سمعت وال خطر على قلب بشر Aku telah menyediakan kepada hamba-hamba Ku yang soleh dengan sesuatu yang tidak dapat digambarkan oleh mata yang melihat dan tidak dapat digambarkan oleh telinga yang mendengar dan ianya memberi satu keasyikan kepada hati manusia itu. 35
Dalam sebuah hadith lain Rasulullah pernah bersabda:
ان هللا يغرس الفردوس بيده " ! " وعزتى وجاللى ال تدخلها مدمن خمر وال ديوث:ثم قال " " ما الديوث يا رسول هللا ؟: قيل " " الذى يرضى الفواحش ألهله ! كما فى تفسير الحدادى: قال " ! " لن يدخلها مدمن خمر وال مصر على زنى: أو قال Sesungguhnya Allah sendiri yang telah menyiapkan Syurga Firdaus itu dengan tanganNya sendiri, dan selepas itu Allah berkata (maksudNya): “Demi Kemuliaan Ku, demi Ketinggian Ku, tidak akan masuk ke dalamnya mereka yang sentiasa meminum minuman keras (arak dsbnya) dan juga mereka yang DAYUS!” Tanya sahabat: “Apakah makna ‘Dayus’ itu wahai Rasulullah?” Jawabnya: “Ianya terdiri dari mereka-mereka yang membenar dan meredhai ahli keluarga mereka melakukan maksiat-maksiat besar, ATAU” kata baginda: “Demi Kemuliaanku, Syurga ini tidak akan dimasuki oleh orang yang sentiasa terus menerus minum arak dan yang sentiasa meneruskan amalan zina.” Syurga Firdaus ini adalah tempat khusus untuk mereka-mereka yang dikenali sebagai Al-Muqarrabun, yang didefinasikan sebagai orang-orang yang terdapat dalam dirinya iman dan amal soleh, dan selalu kehadapan dalam tindakan mereka. Iaitu beriman dengan iman yang tertinggi keikhlasannya dan beramal dengan penuh keikhlasan batinnya pada Allah dengan syarat ianya menepati keperluan syariat, termasuklah memperjuangkan amal makruf dan nahi mungkar. 36
Sesungguhnya amalan yang menjurus kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran adalah antara amal-amal yang terbaik dan terkhusus untuk menjadikan ianya soleh. Syed Qutub berpendapat bahawa ayat di atas mencerminkan fitrah manusia untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Iaitu untuk membangunkan kehidupan yang sempurna, berugama bagi mencapai satu tingkatan hidup yang dirancangkan, iaitu beriman dan beramal. Setelah Allah menjanjikan kepada yang beriman dan beramal soleh dengan Syurga Firaus, maka Allah meminta Rasulullah memberitahu kepada semua bahawa ilmu manusia itu hanyalah terhad kepada apa yang mereka nampak sahaja, sedangkan ilmu Allah tidak terhad. Oleh itu janganlah kita cuba mendabik dada mempunyai ilmu yang meluas, sedangkan ianya terhad dan terlalu sedikit. Firman Allah seterusnya:
Katakanlah pada mereka (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi dakwat untuk menulis dan merakam semua KALIMAH Allah, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis menulis kalimah-kalimah Allah, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan setanding dengannya sebagai bantuan.” (109) Tafsiran: Ayat di atas ini menjelaskan bahawa bayangan yang kita buat terhadap sesuatu itu adalah terhad jika dibandingkan dengan sesuatu hakikat yang tidak terhad. 37
Syed Qutub membandingkan bayangan kita terhadap lautan sebagai luas namun dia mempunyai hadnya. Sedangkan KALIMAH-KALIMAH Allah yang menggambarkan ilmu Allah, tiada hadnya, tidak ada tepinya, malah manusia tidak boleh menjejakinya. Perkataan ‘KALIMAH-KALIMAH Allah Tuhanku’ dalam ayat di atas, diertikan sebagai tanda-tanda Allah yang mengunjurkan kita kepada ilmuNya, adalah tanpa had. Sedangkan ilmu manusia semuanya berada dalam ilmu Allah, sehingga mereka tidak dapat mentaqdirkannya dengan kuasa yang ada pada mereka. Contohnya segala nikmat dunia, awal dan akhirnya, yang membawa kita kepada ilmu Allah adalah tidak terhad, dan ini belum dimasukkan ilmu tentang nikmat-nikmat Allah di Akhirat. Apakah ‘kesesuaian’nya ayat ini setelah Allah menjelaskan yang beriman dan beramal soleh akan memperolehi Syurga Firdaus? Ayat ini mungkin bertujuan menempelak orang-orang yang kononnya mempunyai ilmu dan mahu mencabar ilmu Allah. Katakanlah manusia itu telah memperolehi beberapa rahsia yang dapat dipecahkannya, mungkin mengenai diri mereka atau mengenai dunia ini, dan mereka dianggap mempunyai ilmu dan berilmu luas atas segala-galanya. Sebenarnya kebolehan manusia mencungkil ilmu dan menguasainya dari ilmu Allah itu hanyalah sedikit dari yang sedikit. Iaitu perbandingan sesuatu yang terhad kepada sesuatu yang tiada hadnya. Mungkin ilmu yang diperolehinya ialah seluas lautan, tetapi ianya masih terhad, sehinggakan jika semua lautan itu hendak kita tuliskan ilmu Allah, nescaya lautan itu kering dan masih tidak habis untuk menulis ilmu-ilmu Allah ini, hatta, kita tambah lagi sebandingnya lautan yang lain, masih tidak habis untuk kita menulisnya. 38
Inilah konsep penghayatan Allah melalui apa yang terhad pada kita untuk terus beriman dengan Allah dan menerima Allah seadaNya. Begitu juga dengan nikmat di Firdaus yang terhad sekali untuk kita fikirkan bagaimana. Akuilah yang kita tidak berupaya mengetahui ilmu Allah kecuali apa yang diberikan kepada kita. Al-Qur’an adalah sebaik-baik ilmu Allah yang telah diperincikan kepada kita untuk kita terokai. Jadi apakah sebenarnya tugas Rasulullah dalam keadaan ilmu Allah yang tidak terhad berbanding dengan ilmu manusia yang terhad? Jawapannya ada di dalam ayat berikut:
Katakanlah pada mereka (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya, Aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, diberikan wahyu kepadaku (menyeru kepada penetapan iman) bahawa Allah itu Tuhan kamu yang Maha Esa. Maka sesiapa yang mahu dan berharap untuk menemui Allah, Tuhannya, maka hendaklah dia banyak beramal soleh (di dunia ini) dan jangan sekali-kali syirik menyengutui Dia dalam ibadahnya (dengan yang lain). (110) Tafsiran: Syed Qutub mentafsirkan ayat di atas dengan menampilkan perihal ilmu manusia yang terhad sedangkan ilmu Allah tidak terhad, maka peranan yang dimainkan oleh Rasulullah saw ialah membawa ‘Risalah Tertinggi’ untuk manusia sejagat. Risalah yang meliputi segala kesempurnaan yang melihatkan Allah sebagai puncaknya dan manusia sebagai bimbingannya. 39
Pengakuan Rasulullah di sini ialah: “Aku adalah manusia seperti kamu semua, cuma aku diberi wahyu dari Allah. Aku adalah manusia biasa yang dibekalkan oleh Allah dari Ufuqil A’la (Arash Allah), yang menyampaikan sesuatu kepada kamu. Aku adalah manusia, yang tidak melebihi hidayah yang dianugerah oleh Allah. Manusia yang belajar, mengajar dan membimbing, sehingga sesiapa yang cuba mendekatkan dirinya dengan Allah, maka ambillah menafaat dari apa yang aku sampaikan kepada kamu melalui Al-Qur’an ini, dan ambillah tanpa perantara selain terus dari Allah! Cara yang paling betul ialah: Beriman, beramal soleh dan TIDAK SEKALI-KALI MENSYIRIKKAN ALLAH dalam ibadah kamu, dengan sesiapa jua. (Syed Qutub, m/s 2297, Juz 4, Fi Zilalil Quraan) Ismail Haqqi Ar-Rusawi pula menyatakan bahawa, pengertian ‘sesiapa yang ingin bertemu dengan Allah!’ dalam ayat di atas bererti sesiapa yang inginkan kemuliaan dari Allah ke atasnya, maka hendaklah dia beramal soleh. Konsep amal soleh ialah semua jenis amal baik tanpa riya’, atau amal baik tanpa kepentingan diri sendiri dalam melakukan amalan itu, tanpa meminta upah atau ucapan terima kasih. Katanya, amal soleh yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah: ‘membuat sesuatu amalan itu semata-mata kerana Allah sahaja, dan memutuskan semua kepentingan diri dari mindanya’. Mengikutnya, konsep ‘tidak syirik kepada Allah dalam ibadah’ bererti: Janganlah kita sekutukan amalan kita ‘kerana Allah’, dengan amalan kita ‘kerana manusia lain’. Ertinya: adanya perasaan riya’ di situ. 40
Amalan yang dikongsi dengan perasaan riya’ dikatakan mengandungi unsur-unsur Syirik dalam ibadah seseorang itu. Rasulullah berkata dalam sebuah Hadith:
,ان أخوف ما أخاف على أمتى االشراك باهلل ,اما انى ال أقول يعبدون شمسا ولكن أعماال لغير هللا, وال وثنا, وال شجرا,وال قمرا “Perkara yang paling aku takut sekali yang menimpa umatku ialah syirik pada Allah. Aku tidak kata mereka menyembah matahari, atau bulan atau pokok atau patung sembahan, tetapi mereka melakukan amalan bukan kerana Allah.” Kesimpulannya: Surah Al-Kahfi ini pada keseluruhannya menganjurkan amal soleh dalam hidup kita. Perbanyakkanlah amal soleh kerana Allah, disamping memperkuatkan iman dan amal kita agar kita diberi tempat terbaik di sisi Allah dan mendapat penghormatannya. Kisah Penghuni gua itu sebenarnya menggambarkan amal soleh yang telah dilakukan oleh mereka yang beriman mempertahankan ugama Allah dari musuh mereka, dan sebagai jalan akhir mereka memohon RAHMAT Allah untuk dilindungi dari sebarang bahaya. Dengan Rahmat Allah dan barakah dari amal soleh mereka itu, semuanya ditidurkan selama 300 tahun dalam gua di bawah jagaan Allah. Kisah kedua, iaitu kisah pemilik kebun yang kaya dan pemilik iman yang berusaha membentuk keperibadian berugama dan beramal soleh, memberi ilham kepada kita yang amal soleh boleh dilakukan oleh orang-orang yang kaya, tetapi berteraskan Allah dan inayahnya. Amal soleh boleh dilakukan dengan cara berusaha mengendalikan pembangunan pertanian tetapi dirinya mesti seorang yang beriman kepada kuasa Allah dan beriman dengan hari Akhirat. 41
Kisah ketiga, memperlihatkan kita pada hidup ini sebagai air hujan yang bercampur baur dengan tanah-tanih untuk melahirkan hidup yang lebih ceria dan subur menghijau. Jika tiada amal soleh dan tiada iman dalam dada maka ianya akan menjadi kering dan hilang, terbang ditiup angin. Pengajaran dari kisah tersebut ialah: Kita mestilah mempunyai iman dan beramal soleh agar hidup ini bermatlamat. Kisah Musa as dan Khidir ra membawa kita kepada konsep beriman kepada yang ghaib, beriman pada Allah. Dalam beberapa kisah dalam cerita itu, konsep ‘beriman dan amal soleh’ ditonjolkan. Misalnya, dengan adanya amal soleh kedua-dua ibu bapa anak-anak yatim, maka Allah sendiri menjaga harta anak-anak itu dari sebarang kecurian. Dan dalam kisah pembunuhan yang dilakukan oleh Khidir ke atas budak lelaki yang ditemuinya, Allah telah mematikan anak itu yang mungkin menderhaka kepada bapanya yang soleh. Kisah keempat, menceritakan perjalanan Zulqarnain dari bumi Mesir, menyusur melalui kawasan Khatulistiwa dan menembusi negeri Cina dengan membawa slogan ‘Iman dan amal soleh’ kepada penduduk-penduduk yang dikunjunginya. Surah ini diakhiri dengan konsep ‘AMAL SOLEH akan disajikan dengan Syurga Firdaus’ kepada pengamal soleh yang beriman di Akhirat nanti, yang menjadi satu kesimpulan besar bahawa surah ini adalah surah mengenai ‘Amal Soleh’, yang menyarankan kepada kita semua untuk beramal soleh dan beriman di dalam hidup ini.
هللا أعلم
42
AMALAN-AMALAN DENGAN SURAH AL-KAHFI (Catitan dari Tafsir Ruhul Bayan) Dicatitkan beberapa hadith-hadith dan tafsirannya dari buku Tafsir Ruhul Bayan oleh Sheikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi untuk mengakhirkan tafsiran surah ini. Diriwayatkan dari Abi Darda’ ra, dari Rasulullah saw yang bersabda:
من حفظ عشر أيات من أول سورة الكهف عصم من الدجال “Sesiapa yang menghafaz 10 ayat pertama dari surah Al-Khafi, maka dia akan dilindungi dari Dajjal”. - Riwayat Muslim.
Ibnu Malik menjelaskan konsep Dajjal dalam Hadith ini sebagai orang-orang yang pembohong dan berpura-pura, berdasarkan sebuah Hadith Rasulullah yang mafhumnya: “Akan terdapat banyak Dajjal-dajjal di akhir zaman ini”.
Ini termasuklah mereka-mereka yang bertuhankan nafsu dan pembawa ilmu-ilmu bid’ah dan sesat. Rahsia perlindungan dari Dajjal seperti maksud Hadith itu dapat dilihat dengan melihat sifat 10 ayat awal surah Al-Kahfi yang memaparkan kisah Ashabul Kahfi. Ayat-ayat tersebut menceritakan tentang sekumpulan remaja lelaki yang melarikan diri ke sebuah gua setelah puas menentang seorang raja kafir bernama Diqyanus, yang memaksa mereka menjadi kufur, lalu mereka berdoa memohon perlindungan Allah melalui rahmatNya. Allah telah melepaskan mereka dari fitnah tersebut dengan menidurkan mereka selama 300 tahun di dalam sebuah gua. Begitulah juga akan Allah melindungi orang yang membaca 10 ayat awal surah tersebut. Apa yang diharap ialah agar Allah melindungi iman dan ugama mereka dari fitnah Dajjal ini. 1
Diriwayatkan dari An-Nasaii ra, Rasulullah saw pernah bersabda:
من قرأ العشر االواخر من سورة الكهف عصم فتنة الدجال “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi, maka beliau akan dilindungi dari fitnah Dajjal” - Riwayat An-Nasaii.
Dari Abi Said Khudri ra, Sabda Rasulullah saw:
:من قرأ الكهف كما أنزلت كانت له نورا يوم القيامة من مقامه الى مكة :ومت قرأ عشر أيات من أخرها ثم خرج الدجال لم يسلط عليه رواه الحاكم “Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi seluruhnya sepertimana ianya diturunkan, maka bagi pembaca itu Nur di hari Akhirat, yang jauhnya di antara tempat ia membacanya dengan Makkah, dan sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir dari surah itu, bila keluar Dajjal, sedikit pun ia tidak akan mengganggunya”. - Hadith riwayat Hakim
Dari Ibnu Umar ra, Rasulullah saw pernah bersabda:
من قرأ سورة الكهف فى يوم الجمعة سطع له نور من تحت قدميه الى عنان لسمااء يضىء له يوم القيامة وغفر له ما بين الجمعتين “Sesiapa yang membaca surah Al-Khafi pada hari Jumaat, terserlahlah padanya Nur, dari kedua-dua tapak kakinya menjurus ke langit tinggi, dan ia akan menyinarkannya di hari Kiamat nanti, dan akan terampunlah dosa-dosanya di antara dua Jumaat itu”.
Dari Abi Said Al-Khudri ra menyatakan yang Rasulullah pernah bersabda:
من قرأ سورة الكهف ليلة الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق ,رواه الدارمى فى مسنده موقوفا على أبى سعيد الحضرى .كذا فى الترغيب والترهيب “Sesiapa yang membaca surah Al-Khafi pada malam Jumaat, akan bercahayalah ke atasnya dengan Nur di antaranya dengan Baitullah”. 2
Begitulah riwayat Ad-Darimi dari sanadnya yang bergantung pada Abu Said Al-Khudri. Itulah yang ditulis dalam buku At-Tarhib dan At-Targhib. Terdapat dalam Tafsir Al-Bayan riwayat dari Abdullah bin Farudah ra yang menyatakan Rasulullah pernah berkata (mafhumnya): “Maukah kamu semua aku jelaskan, terdapat satu surah sewaktu ianya diturunkan diikuti dengan 70,000 para malaikat yang telah memenuhi ruang di antara bumi dan langit pada malamnya?”.
Jawab sahabat: “Ya, kami mau!”. Sabda Rasulullah (mafhumnya): “Ianya ialah surah Al-Khafi. Bagi sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat, akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah sehingga ke hari Jumaat akan datang. Allah akan menyinarkannya dengan Nur yang boleh menembusi ruang langit di atas dan akan menghindarkannya dari fitnah Dajjal”.
Inilah beberapa catitan yang diambil dari Kitab Tafsir Al-Bayan oleh Sheikh Imam Ismail Haqqi Ar-Rusawi, dan kita perlu mengambil perhatian atas catitan-catitan begini. Banyak penulis-penulis mempertikaikan hadith-hadith begini dan menyatakan inilah contoh Hadith Maudu’ dan tidak boleh kita berpegang dengannya. Pada pendapat saya tiada salahnya kita beramal dengan surah Al-Kahfi, lebih-lebih lagi ianya adalah dari Al-Qur’an. Beramal dengan surah Al-Khafi dengan cara membacanya, memahami setiap ayat yang kita baca, menjiwainya dan menterjemahkannya dalam amalan harian kita merupakan tuntutan dari Allah kepada umat Muhammad. Ini tidaklah berdosa.
3
Oleh yang demikian beramallah dengan surah ini dengan meneliti susunan tafsiran yang kita cuba ambil dari petikan-petikan buku-buku Tafsir yang muktabar untuk kita hayatinya. Semuga dengan menterjemahkannya dalam amalan harian, kita akan mendapat rahmat dari Allah dan semuga dengan itu terampunlah dosa-dosa kita. Diharapkan juga yang ianya boleh dan dapat mendorong kita kepada iman yang lebih kuat dan mengerjakan amalan soleh yang lebih bermakna. Inilah matlamat pentafsiran surah ini yang dibuat dengan tujuan memberi penjelasan yang secukupnya untuk memahami erti surah Al-Khafi dengan sejelas-jelasnya. Semuga kita mendapat faedah darinya.
وهللا أعلم PENYUSUN. (Berakhirnya penulisan ini pada waktu ‘Asar, 22 Sya’ban 1433H, bersamaan 12hb. Julai 2012 dengan izin Allah).
4