TAFSIRAN SURAH AS-SAFF
1
2
TERJEMAHAN SURAH AS-SAFF
“Dengan nama Allah yang menganugerahkan Rahmat nya di dunia dan Rahmat Nya di akhirat; segala yang berada di langit dan yang berada di bumi tetap mengucap TASBIH memuji memuja Allah, dan Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.(1)
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu bersikap ‘cakap tidak serupa bikin’ ? Berkata sesuatu dan kamu sendiri mengingkarinya!.(2)
Amat besar kebencian Allah jika kamu bersikap ‘berkata sesuatu dan kamu sendiri tidak mengamalkannya’!.(3)
Sesungguhnya Allah sangat suka dan mengasihi orang-orang yang bersedia berperang membela ugamanya, bagaikan satu barisan yang teratur rapi; seolah-olah sebuah bangunan yang tertegak kuat dari rumpunan batu-batanya yang tersusun rapi.(4) 3
“Dan ingatlah! Satu peristiwa ketika Nabi Musa pernah berkata pada kaum nya, dengan perkataan ini: “Wahai kaum ku! Mengapa kamu semua suka menyakiti diriku, sedangkan kamu semua mengetahui yang aku ini adalah Rasul dan Pesuruh Allah kepada kamu?” Maka tatkala mereka menyeleweng dari kebenaran, Allah telah bertindak mengselewengkan hati mereka dari mendapat sebarang hidayah; dan sememangnya lah Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik itu.(5)
Dan ingatlah satu lagi peristiwa ketika Nabi Isa bin Maryam berkata pada kaum nya: “Wahai Bani Israel ! Sesungguhnya aku ini adalah Rasul dan Pesuruh Allah kepada kamu semua, aku ini, mengesahkan kebenaran Kitab yang pernah diturunkan sebelum ku; iaitu Kitab Taurat, dan memberikan satu berita gembira dengan akan kedatangannya seorang Rasul selepasku yang diberi nama AHMAD”. Maka tatkala datang Rasul itu kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka pun menuduh ‘Inilah satu sihir yang sangat nyata!”.(6)
4
Dan tidak ada yang lebih zalim dan jahat daripada orang yang mengadaadakan perkara dusta terhadap Allah sedang mereka ini pernah diajak kepada Islam dan ingatlah, Allah sekali-kali tidak akan memberi hidayah petunjuk Nya kepada orang-orang yang zalim.(7)
Mereka-mereka ini (Yahudi dan Nasrani) akan sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan hembusan tiupan dari mulut mereka; sedangkan Allah TETAP akan menyempurnakan cahaya Nya itu; sekalipun dengan itu orang-orang kafir membencinya.(8)
Dialah yang telah mengutus Rasul Nya (Nabi Muhammad saw) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang maha benar (agama islam) supaya ia lebih menang dan lebih tinggi dari agama-agama lainnya; walaupun orang yang syirik pada Allah itu membenci nya (9).
Wahai orang-orang yang beriman! Mau kah kau tunjukkan kepada semua tentang satu ‘pelaburan’ yang boleh menyelamatkan kamu semua dari azab seksa yang sangat pedih kesakitannya? (di akhirat).(10)
5
iaitu: kamu beriman dengan Allah dan Rasul Nya; kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan hartabenda dan nyawa kamu; yang demikian itulah yang terbaik bagi kamu; jika kamu hendak mengetahui hakikatnya.(11)
Dengan itu; Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa kamu, dan menyediakan kamu syurga dari taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa anak-anak sungai; menempatkan kamu ditempat-tempat terpilih dalam syurga ADNIN; Itulah sebenarnya ‘perlepasan’ yang paling bermakna pada kamu.(12)
dan lagi, terdapat limpah kurnia dari Allah yang kamu pasti sukakan nya; iaitu ‘pertolongan dari Allah ke atas kamu semua; dan penentuan kemenangan yang cepat. Sampaikan lah berita yang menggembirakan ini kepada orangoang yang beriman.(13)
6
“ Wahai orang-orang yang beriman! Jadikan lah diri-diri kamu itu sebagai PEMBELA kepada agama Allah sebagaimana contohnya penyokong-penyokong kepada Nabi Isa bin Maryam, semasa dia mengingatkan penyokongpenyokongnya itu, Katanya: “Siapakah yang akan membantu aku berjihad bersama ku dalam perjalanan ku kepada Allah untuk menegakkan agamanya?” Jawab penyokong-penyokongnya; Kamilah sebenarnya pembelapembela Allah. Setelah nabi Isa as tidak bersama mereka, maka satu puak dari kaum Bani Israel itu beriman dengan Allah dan terdapat juga satu puak lain yang terus tidak beriman. Lalu Allah memberikan pertolongan kepada orangorang yang beriman untuk mengalahkan musuh mereka, dan akhirnya orangorang yang beriman beroleh kemenangan.(14)
7
SINOPSIS SURAH AS-SAFF Surah as-Saaf ini diturunkan di Madinah, mengandungi 14 ayat-ayat. As-Saaf di sini dirujukkan kepada ‘barisan yang teratur rapi’ yang dipadankan pada ayat 4 surah ini. Ini berlaku dalam peperangan menentang orang-orang kafir dan ianya merupakan displin tebaik bagi mempastikan kemenangan. Surah ini diturunkan bagi memenuhi dua matlamat besar: Matlamat Pertama Menegaskan bahawa bagi seorang muslim atau Jemaah muslim dalam memilih untuk melakukan sesuatu amanah Allah HENDAK lah dengan niat untuk Allah, agama, iman dan Rasul nya TANPA waswas di antara percakapan dengan perbuatannya. Sikap ’cakap tak serupa bikin’ hendaklah disisihkan dan dibuang jauh-jauh. Perjuangan menegakkan Islam hendaklah dibuat dengan penuh ‘komitment’ kerana Allah dan Rasul Nya. BERJIHAD di jalan Allah hendaklah dibuat sebagai satu barisan kukuh dan kuat yang bersatu sokong menyokong di antara satu sama lain dalam menghadapi musuh kita. Inilah dia satu ‘perniagaan’ yang sangat menguntungkan kepada muslimin dan muslimat yang berjuang untuk dunia dan akhiratnya. Beriman pada Allah dan Rasul Nya, berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawanya. Kebajikan yang diperolehi oleh muslim yang penuh ‘komited’ ini adalah sangat besar; di antaranya dia mendapat pengampunan dari Allah atas semua dosa-dosa nya, dijanjikan syurga untuknya di akhirat nanti dan dunia dia akan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah. Matlamat Kedua Menegaskan pada ‘dhomir’ atau jatidiri muslimin yang agama Islam itu adalah dari Allah, diwarisi dari satu nabi dan Rasul ke-satu nabi dan Rasul yang lain dalam hidup berjemaah dan beragama; semuanya adalah agama yang satu, dan akidah yang satu; Akhirnya agama itu diwarisi oleh Rasulullah saw dan disebarkan kepada seluruh manusia di alam ini. Misalnya Nabi Musa as telah dijelaskan pernah mendakwah kaumnya dengan dakwah yang satu iaitu menyeru mereka kepada Allah dan Rasul Nya 8
dengan akidah tauhid. Kemudian Allah mengemukakan nabi Isa as yang juga menyeru kaumnya kepada agama Allah yang satu. Allah menjelaskan kepada Isa as, akan wujudnya seorang Rasul selepasnya yang bernama AHMAD, yang akan menyusuli tugas berat kerasulan untuk menyeru manusia kejalan Allah.. Itulah dia agama yang dibawa oleh Muhammad saw. Ianya yang satu, dan dalam surah ini Allah menekankan agar orang-orang Islam di Madinah berjuang di jalan Allah dengan penuh ‘komitment’ dan berkesungguhan. Jihad yang akan menghapuskan seteru-seteru Allah dari terus menjadi penghalang kepada perkembangan Islam. Berjuang seperti para pembantu nabi Isa as menentang Bani Israel dan pembohongan mereka. Berjuanglah dengan akidah yang betul dan tanpa was-was. Jihad ini sangat di sukai Allah, dan ditentukan ganjaran yang besar; iaitu pengampunan dari Allah atas segala dosa-dosa mereka dan di akhirat nanti mereka akan diberi syurga. Seterusnya bagi kita yang membaca surah ini hendaklah mengamalkan sikap IKHLAS dalam semua keputusan kita kerana Allah, dan apa yang dicakap hendaklah dilakukan demi Allah dan Rasul nya. Inilah prinsip kemenangan dalam Islam, menang di dunia dan di akhirat. Jagan sekali-kali bersikap ‘cakap tak serupa bikin’ yang akan menghalang kita menjadi orang yang Berjaya.وﷲ أﻋﻠم
9
TAFSIRAN SURAH AS SAFF
Mafhum nya: segala yang berada di langit dan yang berada di bumi tetap mengucap TASBIH memuji memuja Allah, dan Dialah yang Maha Berkuasa lagi maha Bijaksana. (1) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu bersikap ‘cakap tidak serupa bikin’? Berkata sesuatu dan kamu sendiri mengingkari nya!.(2) Amat besar kebencian Allah jika kamu bersikap ‘berkata sesuatu dan kamu sendiri tidak megamalkan nya’!.(3) Sesungguhnya Allah sangat suka dan mengasihi orang-orang yang bersedia berperang membela agamanya, bagaikan satu barisan yang teratur rapi; seolah-olah sebuah bangunan yang tertegak kuat dari rumpunan batu-batanya yang tersusun rapi.(4)
Tafsiran ayat 1-4: Datangnya tasbih memuji dan memuja Allah dari segala-gala yang wujud di langit dan di bumi semata-mata kepada Allah saja yang bersifat Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.
10
Ini menggambarkan bahawa agama kepada orang yang beriman ialah dari Allah, dan agama Allah, dan orang-orang yang beriman adalah penanggung amanah ke atas agama suci ini yang mentauhidkan Allah dan mengkufur orang yang mensyirikkan Nya. Dialah yang menyeru kepada yang beriman untuk berjihad mempertahankan agama suci ini. Jihad mempertahankan agama Allah adalah akidah dari semuanya yang wujud di langit dan di bumi; kerana kelahiran agama ini adalah memperkasakan semua yang bermatlamat Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Ayat 2,3 dan 4: Ayat-ayat ini memberi tujahan kepada orang-orang yang beriman; yang di sindir Allah kerana ‘cakap tak serupa bikin’ dan Allah melahirkan kebencian yang tersangat kepada mereka ini serta murkanya pada mereka ini yang bersikap demikian. Dengan jelasnya Allah menyukai orang-orang yang sanggup berjihad ke jalan Allah dengan jiwa raganya dan berdispilin mewujudkan pasukan pertahanan Allah yang berdiri tegak sebagai barisan bertahan yang strategik; seperti contoh batu batan sebuah bangunan kukuh yang diperkasakan oleh susunan batu yang teratur. Kemenangan hanya akan terjamin kepada mereka yang berdisplin mengujud kan batas pertahanan yang lengkap dan berstrategik serta terancang. Ini lebih kepada ‘komitment’ berbentuk Jemaah muslimin. Diriwayat dari Ali bin Tolhah, yang memetik Ibnu Abbas yang berkata; ‘terdapat sejumlah orang yang beriman sebelum diturunkan hukum wajib berjihad, yang berkata: “Kami sangat bersyukur jika Allah memberitahu kami tetang sebaik-baik amalan untuk kami lakukannya” Maka Allah pun memberitau Rasulullah bahawa sebaik-baik amalan itu ialah; ‘beriman pada Allah tanpa was-was dan syak, dan seorang yang pernah melakukan maksiat itu hendaklah berjihad ke jalan Allah’
11
Sebaik saja kenyataan itu dikeluarkan maka orang-orang ini tidak suka dan mengundurkan diri dari berjihad. Jadi, di sini lah Allah bertanya kepada puak yang beriman ini, mengapa mereka membenci pada apa yang terbaik untuk mereka amalkan!. Mereka benci berjihad ke jalan Allah dengan wang dan nyawa mereka!. Ini sungguh dibenci oleh Allah, dan Allah murka kepada golongan ini.’ Syed Qutub menyatakan:- “ Nas-nas al Quraan, walaupun diturunkan atas sebab-sebab tertentu, tetapi ianya merangkumi ajaran kepada semua melibatkan banyak keadaan Misal nya dalam ayat-ayat di atas; Pertamanya Allah memulakan surah ini dengan mengeji golongan yang ’cakap tak serupa bikin’; sama ada dari zaman surah ini diturunkan, mau pun sehingga ke hari ini; Allah tetap mengeji golongan yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak pernah beramal dengan cakapan nya itu. Ayat kedua pula menekankan bahawa, kemurkaan Allah kepada golongan ini sangat besar; cukup marah dan dianggap paling menjijikkan. Jadi sebagai seorang mukmin muslim, maka ianya akan menyentuh perasaan mereka. Orang yang beriman sepatutnya tidak jijik dalam hidup mereka, kecualilah mereka terus bercakap dan tidak beramal dengan cakapan mereka.. Perkara Ketiga melibatkan apakah yang paling Allah suka jika dibuat oleh manusia yang beriman; iaitu Berjihad ke Jalan Allah; beperang sambil menegakkan agama Allah; pergerakan peperangan ini melibatkan kumpulan dan Jemaah muslimin yang berganding bahu sebagai satu barisan yang kuat sokong menyokong antara satu sama lain guna menentang kekufuran.” (Syed Qutub; Jilid 6: Fi Zilail Quraan ms 3552) Al Quraan melalui ayat di atas cuba membina ummah; iaitu ummah yang di bina di atas rasa beramanah kepada agamanya di atas muka bumi ini. Menjadikannya sebagai matlamat utama perjalanan mereka. Pembinaan Jemaah yang beriman, melakukan perbuatan mengikut acuan Islam menjadikan muslimin satu kumpulan yang kuat dari dalam dan luaran nya, punyai displin yang baik dan matlamat umum kumpulan yang diresapi
12
oleh semua. Jadilah jemaah Islam ini bergerak, hidup, dan menepati segala yang dikehendaki Allah. KERASULAN Muhammad saw dan risalah baginda itu bukanlah bermula dari Muhammad saw, tetapi ianya bertali arus dari risalah yang diturunkan dari nabi Adam as lagi. Dalam ayat-ayat 5 dan 6 jelas sekali, bahawa Risalah Muhammad saw itu adalah warisan dari nabi-nabi lalu; khususnya Nabi Musa as dan Nabi Isa as. Firman Allah:
Mafhum nya: “Dan ingatlah! Satu pristiwa ketika Nabi Musa pernah berkata pada kaumnya, dengan perkataan ini: “Wahai kaum ku! Mengapa kamu semua suka menyakiti diriku, sedangkan kamu semua mengetahui yang aku ini adalah Rasul dan Pesuruh Allah kepada kamu?” Maka tatkala mereka menyeleweng dari kebenaran, Allah telah bertindak menyelewengkan hati mereka dari mendapat sebarang hidayah; dan sememangnya lah Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik itu.(5) Dan ingatlah satu lagi peristiwa ketika Nabi Isa bin Maryam berkata pada kaumnya: “Wahai Bani Israel! Sesungguhnya aku ini adalah Rasul dan Pesuruh Allah kepada kamu semua, aku ini, mengesahkan kebenaran Kitab yang pernah diturunkan sebelumku; iaitu Kitab Taurat, dan memberikan satu berita gembira dengan tentang kedatangannya seorang Rasul selepasku yang diberi nama 13
AHMAD”. Maka tatkala datang Rasul itu kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka pun menuduh: ‘Inilah satu sihir yang sangat nyata!’.(6) Tafsiran ayat 5-6: Kedua-dua ayat di atas cuba menjelaskan pertalian di antara matlamat ajaran Allah melalui Rasul-rasul yang lalu sehingga pada akhirnya sampai kedatangan Rasulullah. Ini bererti matlamat semua Rasul-rasul yang diutus adalah sama saja; iaitu mengajak manusia semuanya beriman dengan Allah yang satu; seikhlas dan kepada Nya lah sahaja Agama yang direstui, mengajar mendirikan sembahyang dan mengikhlas tauhid pada Allah dan mengeluarkan zakat; seperti dijelaskan dalam ayat 5 surah al Baiyinah:
Mafhum nya: (mereka diperintahkan hanya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada Nya; lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat. Dan itulah dia Agama Allah yang benar” ayat 5 Al Baiyinah)
Mesejnya di sini ditujukkan pada mereka yang beriman tetapi bersifat ‘cakap tak serupa bikin’ dalam ayat-ayat di atas agar mereka faham bahawa agama itu bukan bermula dengan Nabi Muhammad saja tetapi ianya diwarisi dari nabi-nabi yang terdahulu; di antaranya ialah dari Nabi Musa dan dari Nabi Isa as. Nabi Musa pernah menyampaikan dakwah yang sama menepati matlamat dakwah kepada kaumnya; malangnya kaum Nabi Musa menolaknya dan Allah telah memadamkan hidayah Nya dari dalam hati mereka, dan jauh lah mereka dari hidayah Allah; Jadi adakah ‘orang-orang yang beriman’ ini, iaitu yang ‘cakap tak serupa bikin ini’ mau menjadi seperti kaum nabi Musa as?
14
Kemudian nabi Isa as pula disebutkan sebagai pernah menyeru kaumnya dan menjelaskan bahawa dia adalah seorang Rasul Pesuruh Allah yang di datangkan kepada kaumnya Bani Israel dan membuktikan kebenaran kitabkitab yang terdahulu iaitu khususnya Kitab Taurat yang telah diturunkan ke atas nabi Musa as. Nabi Isa sendiri memperingatkan kaumnya yang selepas beliau, akan muncul seorang Nabi terakhir dan Rasul yang diberi nama Ahmad. Jadi bagi ’orang-orang yang beriman’ yang disindir oleh Allah yang ‘cakap tak serupa bikin’ itu hendaklah berfikir bahawa segala dakwah Rasulullah itu adalah warisan dari semua nabi-nabi terdahulu. Dengan itu mereka hendak lah jangan ‘bercakap tak serupa bikin’ lagi dan was-was untuk BERJIHAD ke jalan Allah. Imam Ismail Haqqi Arrusawi dalam mentafsir ayat ini menyatakan: “wahai Muhammad peringatkanlah kepada mereka yang beriman yang memilih untuk tidak mahu berjuang ke jalan Allah itu; sewaktu Nabi Musa pernah berkata pada kaumnya supaya memasuki negeri Palestin, yang telah Allah peruntukkan kepada mereka; dan jangan membantah arahan Rasul itu; TETAPI mereka tidak patuh suruhannya, malah mereka melakukan penderhakaan kepada Musa as”. Catit Imam itu lagi: “Apabila kaum Nabi Musa telah menyeleweng dari kebenaran yang dibawa oleh Musa as dan berterusan maksiat pada Allah, maka Allah memadamkan hati-hati mereka dari Kebenaran al Haq dan mereka mirip ke arah sesat dan syirik”. Allah tidak memberi hidayah kepada orang yang keluar dari Ketaatan pada Rasul dan dan prinsip-prinsip al Haq”. Orang yang terkeluar dari hidayah Allah dikenali sebagai orang-orang fasik’. Kesimpulan nya ialah ‘berhati-hati lah, wahai orang-orang yang beriman, jangan melanggar arahan Rasul kamu, takut-takut akan terjadi seperti yang terjadi pada kaum nabi Musa as itu’ Imam Ismai Haqqi ar Rusawi dalam mentafsir ayat 6, mengenai nabi Isa as, berkata:- 15
“Kata Isa as kepada kaum nya; ‘aku membaca kepada kamu Kitab Injil yang menepati Kitab Taurat yang diturunkan ke atas nabi Musa, dari segi Tauhid dan akidah, dan beberapa syariaat-syariaat yang ada di dalamnya”. Dan aku diutuskan kepada kamu semua dalam keadaan aku mempercayai kebenaran semua Kitab-kitab yang diturunkan sebelum ku, khususnya Kitab Taurat, dan aku memberi tau kepada kamu semua satu khabar gembira bahawa selepas aku, akan diutuskan Allah seorang Rasul bernama AHMAD; dan kedatangan nya itu, maka akan beriman lah kaum yang ada bersamanya, dan sebagai mukjizat dari aku untuk Isa as; dan sesungguhnya khabar gembira juga bererti akan diturunkan al Quraan kepada nabi tu”. Sayangnya setelah dilantik rasul yang bernama Ahmad itu (Rasulullah) dan bersamanya ialah mukjizat yang nyata; seperti al Quraan, maka kaumnya pula menuduhnya sebagai sihir dan nabi itu digelar sebagai tukang sihir. Kesimpulan nya; adakah kamu semua wahai orang-orang yang beriman yang menolak berjihad ke jalan Allah mau mengikut langkah-langkah kaum–kaum terdahulu itu yang menjadi kaum yang ingkar kepada Rasul-rasul mereka seperti nabi Musa as dan Nabi Isa as? Kedua-dua kaum dalam ayat 5 dan 6 di atas mewakili kaum Yahudi (kaum nabi Musa as) dan kaum Nasrani yang mewakili Nabi Isa as; Ayat seterusnya menjelaskan bagaimana kumpulan berperanan mengingkari rasul-rasul mereka dan apa kata Allah pada mereka, Firman Allah:
16
Mafhum nya: Dan tidak ada yang lebih zalim dan jahat daripada orang yang mengadaadakan perkara dusta terhadap Allah sedang mereka ini pernah diajak kepada Islam; dan ingatlah, Allah sekali-kali tidak akan memberi hidayah petunjuk Nya kepada orang-orang yang zalim.(7) Mereka-mereka ini (Yahudi dan Nasrani) akan sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan hembusan tiupan dari mulut mereka; sedangkan Allah TETAP akan menyempurnakan cahaya Nya itu; sekalipun dengan itu orang-orang kafir membencinya.(8) Dialah yang telah mengutus Rasul Nya (Nabi Muhammad saw) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang maha benar (agama islam) supaya ia lebih menang dan lebih tinggi dari agama-agama lain nya, walaupun orang yang syirik pada Allah itu membencinya.(9) Tafsiran ayat 7-9: Ketiga-tiga ayat di atas menekankan kaum Yahudi dan Nasrani yang berhadapan dengan nabi Muhammad saw yang telah dicatit dalam Kita-kitab Taurat dan Injil akan kedatangannya selepas Nabi Isa as. Apakah tipu helah mereka kepada agama Islam yang telah ditaqdirkan oleh Allah kelahirannya di bawah kepimpinan Rasulullah saw; dan merupakan agama yang terakhir kerana selepas Nabi Muhammad saw tidak akan ada nabi lain. Orang-orang Yahudi dan Nasrani menghadapi Islam; iaitu agama dibawa oleh Rasulullah saw dengan pendirian perseteruan yang nyata, mencuba mengucar-kacirkan nya dan menyesatkan penganutnya; Orang-orang islam di perangi dengan berbagai cara di antara cara-cara yang disebut dalam ayat di atas ialah: a) Dituduh sebagai satu sihir yang nyata Ini termasuk lah pertuduhan berupa fitnah di antara Muhajirin dan Ansar di Madinah; di antara Aus dan Khazraj dari kalangan orang-orang Ansar;
17
mengadu-dumba di antara orang-orang munafik dan orang musyrikin di Madinah, menyiarkan pembohongan dalam tuduhan kepada Syidina Aisyah oleh Abdullah bin Ubai, pembuhunan syidina Othman dalam tangan Abdullah bin Sabak, mempengaruhi madia dan sirah Tarikh islam dengan cerita-cerita ‘Israiliyat’ yang cuba membohongi al Quraan. B ) Melancar peperangan menentang kemaraan Islam Sejarah menunjukan Israel dan Nasrani menentang Islam dalam peperangan Salib; peperangan di Andalusia, dan semua dibuat di bawah naungan persatuan Yahudi sedunia dan persatuan Kristian sedunia. Penjajahan dengan membawa pergerakan kristian yang memasuki semua negara-negara Islam dan dijajahi dangan jajahan yang mengongkong ekonomi, sosial dan agama penduduk. Menghapuskan al Quraan melalui beberapa cara; membudayakan sekularisma. Gerakan-gerakan Islam dalam negara yang dijajahi mereka di anggap sebagai penggganas dan harus dihancurkan dan memecahkan ketaksuban orang islam pada agama Islam itu. Nas al Quraan melalui ayat-ayat di atas memaparkan perkara benar tentang kemaraan kedua-dua agama ini yang terus memusuhi Islam. Inilah yang Allah katakan yang mereka cuba meniupkan cahaya Islam melalui tiupan mulut mereka agar Islam itu padam. Inilah sejarah perseteruan Yahudi dan Nasrani pada Islam dan apa yang terjadi sekarang pada Islam dan muslimin? Mereka mencuba, tetapi Allah mau menyempurnakan cahaya Islam itu walaupun mereka terus membenci dan berusaha menaburkan fitnah pada akidah dan amalan orang-orang muslimin. Orang-orang islam terus menikmati agama mereka, berjihad ke jalan Allah dengan wang dan nyawa mereka; malah mereka redha dicampak ke dalam api dari berbalik menjadi kufur. Yahudi dan Nasrani terus menguasai media, menghamburkan fitnah, tetapi mereka hanya boleh berbuat setakat itu saja. Allah tidak membenarkan mereka meniup padamkan cahaya Islam dengan kekuatan mereka, kerana
18
Allah berjanji akan mempertahankan nya walaupun akan mengundang kemarahan dan kebencian orang yang kafir itu. Syed Qutb dalam mentafsirkan ayat:- mafhum nya: ‘sedangkan Allah tetap akan menyempurnakan cahaya Nya’ sekali pun orang-orang kafir tidak menyukainya.(8 Saf)
adalah sangat benar atas firman Allah ini, kerana a) Allah telah pun menyempurnakan Nur dan agama Islam sewaktu Rasulullah masih hidup dan mengistiharkan bahawa ‘Allah telah menyempurnakan agama Islam seagai agama yang diredhai Allah untuk manusia semua’. b) Islam kemudiannya terus berkembang dengan menonjolkan ciri-ciri keunggulan nya sebagai ADDin dengan penuh tersusun syariat nya; dan ianya bukan teori-teori kosong, tetapi ia merupakan kenyataan amalan yang akan menyempunakan seseorang itu dalam dunia dan akhirat. c) Muslimin telah mula berjihad ke jalan Allah sehingga terjelmalah Islam sebagai AdDin dalam hati-hati penganut Islam dan bukan Islam dan bersatu dalam satu SAF dan barisan yang kuat. Ini secara jelas menolak semua jenis tipu helah Yahudi dan Nasrani serta perancangan mereka untuk memadamkan Islam dari dunia ini. d) Jelaslah kepada semua bahawa usaha-usaha seteru islam telah gagal, dan gagal menghapuskan Islam dan muslimin. Mereka sebenarnya tidak berjaya memadamkan kemaraan Islam melalui tiupan mulut mereka, kerana perancangan Allah mengatasi perancangan golongan kafir ini. Rahsia kecemerlangan Islam dan kegagalan seteru-seteru Islam ini terletak pada fahaman ayat ini:- ( ﻟﯾظﮭره ﻋﻠﻰ اﻟدﯾن ﻛﻠﮫ وﻟو ﻛره اﻟﻛﺎﻓرون: )ھو اﻟذى أرﺳل رﺳوﻟﮫ ﺑﺎﻟﮭدى ودﯾن اﻟﺣقayat 9 Saff) 19
mafhum nya: ‘Dialah Allah yang telah mengutuskan Rasul Nya (Nabi Muhammad saw) dengan membawa Al HUDA (iaitu hidayah) dan SATU UGAMA YANG BENAR; supaya ia menyinar dan meninggi atas segala agama yang lain’, walaupun orang kafir umumnya sangat membencinya) ayat 9 Saff.
Syed Qutub sekali lagi mentafsirkan ayat di atas dengan katanya:- “ Di antara rahsia kejayaan Islam dan kemaraannya sehingga ke hari ini dapat disimpulkan dari ayat di atas; a) Allah menggelarkan Islam itu sebagai AL HUDA; iaitu satu agama yang mengetuk jantung seseorang itu dengan satu kebenaran yang unggul dan tak dapat tidak mesti diterima hakikatnya. b) Agama Islam dikatakan sebagai ADDIN al Haq; ‘agama yang Maha Benar’. Lahirnya agama Islam menyinarkan dirinya ke atas agamaagama dari langit yang lain seperti agama Yahudi, Nasrani, di mana agama–agama ini telah diubah suai dan sudah tidak berdaya saing lagi dengan islam. c) Agama-agama Yahudi dan Nasrani yang diwakili oleh Taurat yang sudah diubah-ubah dan Injil yang juga diubahsuai telah menjadi celaru dan sudah tidak ‘origin’ lagi untuk dipegang sebagai AdDin. Bagi agama-agama karut yang bukan dari langit pula dicemuh dan anggap sesat dan menyesatkan dan tidak boleh bersaing dengan Islam. d) Walaupun penuh dengan fitnah, benci dan penipuan serta helah orang Yahudi dan Nasrani, serta musyrikin lain, termasuk memerangi Islam dan muslimin, serta tekanan-tekanan yang kuat dilalui oleh muslim dan Islam di setiap negara islam, tarikh perkembangan Islam terus menghijau dan segar bergerak, dan lahir dari dukungan al Quraan, akidah dan syariat nya, maka janji-janji Allah di atas yang tidak akan memadamkan Islam dan syariaat nya di atas muka bumi ini telah menjadi kenyataan. Islam tidak pernah terkubur, walaupun serangan ke atasnya sangat dahsyat dengan tipu helah yang berbagai-bagai. Kesimpulan nya, Kita hendaklah menyakini tentang janji-janji Allah, untuk terus kita memikul agama Islam ini sebagai amanah dari Allah tanpa waswas. Ini kerana agama yang kita pikulkan ini adalah agama yang merentasi
20
kebodohan, kejahilan dan kebatilan dan hanya agama yang BENAR dari Allah kepada manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat. Inilah dia ‘tangan yang tak nampak’ yang terus membimbing kita dan menjaga agama ini dari sebarang pengkhianatan. Yakin lah kata-kata Allah dalam ayat di atas. Setelah Allah menjelaskan perkara-perkara akidah dalam ayat-ayat 1-9 di atas, maka sekali lagi Allah memperingatkan kepada orang-orang yang beriman pada Allah, iaitu penanggung agama Allah yang terakhir ini di janjikan dengan satu pelaburan yang boleh menyelamatkan mereka di akhirat nanti. Iaitu pelaburan Iman dengan Allah dan BERJIHAD di jalan Allah dengan harta benda dan nyawa. Inilah dia satu pelaburan kerana dalam jangkamasa hayat kita di dunia ini, kita mungkin mendapat ganjaran keselesaan di akhirat yang jangkaan masa nya hanya diketahui Allah. Firman Allah:
Mafhum nya: Wahai orang-orang yang beriman! Mau kah Aku tunjukkan kepada kamu semua satu ‘pelaburan’ yang boleh menyelamatkan kamu semua dari azab seksa yang sangat pedih kesakitannya? (di akhirat).(10)
21
Iaitu; kamu beriman dengan Allah dan Rasul Nya; kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan nyawa kamu yang demikian itulah yang terbaik bagi kamu; jika kamu hendak mengetahui hakikatnya.(11) Dengan itu; Allah akan mengampunkan semua dosa-dosa kamu, dan menyediakan kamu syurga dari taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa anak-anak sungai; menempatkan kamu di tempat-tempat terpilih dalam syurga ADDIN; Itulah sebenarnya ‘pelepasan’yang paling bermakna pada kamu.(12) dan lagi, terdapat limpah kurnia dari Allah yang kamu pasti sukakan nya; iaitu ‘pertolongan dari Allah ke atas kamu semua; dan penentuan kemenangan yang cepat’. Sampaikan lah berita yang menggembirakan ini kepada orangorang yang beriman.(13) Tafsiran ayat 10-13: Ayat 10 menterjemahkan satu tawaran dari Allah kepada orang yang beriman, khususnya orang-orang muda di zaman yang memerlukan pengorbanan mereka kepada agama. Tawaran dari Allah itu ialah; Mau tak kamu membuat satu pelaburan yang menjauhkan kamu semua dari azab Allah di akhirat nanti? Tawaran dari Allah! Hebatnya. Pelaburan dari segi perniagaan bererti kita melaburkan sejumlah wang untuk satu-satu perniagaan dan mengharapkan keuntungan yang ‘besar’ darinya. Pelabuaran dalam ayat ini bererti mempersembahkan diri sendiri dalam jangkamasa hayat kita yang pendek di dunia ini untuk mendapat keuntungan pulangan yang besar di akhirat nanti. Wah! Pulangan dari pelabuaran ini sangat berbaloi, besar dan boleh di percayai; iaitu ianya satu cadangan dari Allah. Ayat 11 menggariskan apakah cirri-ciri atau perkara-perkara yang diperlukan untuk melaksanakan pelaburan itu?. Di antaranya ialah; BERIMAN PADA ALLAH dengan sepenuh ikhlas, BERJIHAD DI JALAN ALLAH, DENGAN HARTABENDA DAN NYAWA; iaitu sanggup
22
berperang mempertahankan agama Allah, dan membelanjakan wang untuk tujuan itu; malah nyawa pun boleh menjadi ‘taruhan’. Beriman dengan Allah dengan sepenuh ikhlas! Ia membawa erti bahawa pelabur itu hendaklah seorang yang beriman dengan Allah sebagai Rabb nya dan Muhammad saw sebagai Rasul nya. Dengan cadangan dari Allah yang menjadikan syarat iman, maka mereka yang beriman itu merasakan dirinya layak untuk melakukan pelaburan tersebut. Berjihad ke jalan Allah dengan HARTA BENDA dan NYAWA mereka! Inilah syarat kedua pelaburan yang menjadi tajuk dalam surah ini, di ulangkan sekali lagi bagi membuka minda pelabur itu, dan dengan mengulangi perkara kedua ini akan mengetuk sekali lagi hati-hati yang beriman untuk terus menerima cadangan pelaburan itu. Pelaburan di sini diertikan sebagai mengadakan penggantian harta benda dan nyawa dengan mengharapkan keuntungan IMAN dan mendapat keredaan Allah dan terlepas dari azab Allah. Bahawa Iman dan Jihad tersebut adalah lebih baik dari harta benda kamu dan nyawa kamu! (Iman dan Jihad tersebut itulah yang lebih baik bagi kamu) Jika kamu semua tahu hakikatnya (jika kamu tahu akan hakikat sebenarnya) Iaitu jika kamu tahu akan hakikatnya dan percaya semuanya ini arahan dari Rasulullah dan dari Allah, maka keyakinan kamu itu membawa kamu kepada berjuang di jalan Allah guna menegakkan agama Allah; maka kamu lebih menyukai berjihad dari menyayangi diri kamu sendiri dan dari harta benda kamu itu. Kamu sanggup menggantikan sesuatu yang mungkin hancur punah, dengan sesuatu yang kekal abadi di akhirat nanti.
23
Inilah yang dikenali sebagai berjuang di jalan Allah yang akan menerima keuntungan hidupnya yang selesa di akhirat nanti. Sesungguhnya; berjihad ke jalan Allah dengan harta benda dan nyawa kita memerlukan keyakinan yang tinggi. Dalam ayat ke 12, pula Allah menjelaskan KEBAIKAN dari berjihad dengan hartabenda dan nyawa kita demi menegakkan agama Allah, sama ada ianya berbaloi atau tidak. Di antara kebaikannya ialah: a) Allah Mengampunkan semua dosa-dosanya di dunia ini (Allah akan mengampukan semua dosa-dosa kamu di dunia ini)
b) Dan menempatkan kamu di Jannah Nya yang khusus untuknya (Allah akan memasukkan kamu ke dalam Jannah Nya yang khusus)
c) Dan menyediakan kamu tempat khusus yang terbaik dalam Jannatu Adnin dan kekal di dalamnya
(ditempatkan kamu dipenempatan yang terbaik
dalam Janntu Adnin)
Berbaloikah pelaburan tersebut dengan janji keuntungan dari Allah; iaitu mengampunkan semua dosa-dosanya; mempastikan dia diberi tempat dalam Syurga Allah; andaikan kata dia meninggal dalam perjuangan itu dan dipasti kan tempatnya dalam Jannatu Adnin dan dalam penempatan yang terbaik yang pernah diberi kepada orang yang berjuang ke jalan Allah ini?. Keuntungannya besar sekali, Sebab itu, Allah mengakhirkan ayat 12 ini dengah perkataan (Itulah dia keuntungan kemenangan yang terbesar)
24
yang bererti berbaloi sekali jika kita memilih untuk berjuang ke jalan Allah dengan harta benda dan nyawa kita. Yakinkan lah dan jangan waswas atau bercakap ‘tak serupa bikin’. Syed Qutub memberi komen:- “bahawa pelaburan ini adalah yang terbaik pernah dibuat oleh Allah kepada yang berjihad ke jalan Nya; Keuntungannya yang paling besar diberi kepada orang yang beriman yang memilih akhirat dari dunia ini. Orang yang membuat pelaburan dengan wang mereka yang mendapat pulangan 10 kali ganda di dunia ini, sudah berasa megah dalam pasaran; inikan pula orang yang berjihad dalam hidupnya yang terpendek di dunia ini dengan harta benda yang terhad jumlahnya, akan mendapat pulangan keuntungan iaitu kekal selesa selama-lamanya dalam akhirat yang kita tak tau lama masanya; dan mendapat segala kelebihan yang tidak terputus tanpa ada yang menghalang. BERJIHAD lah ke jalan Allah wahai orang-orang yang beriman, walaupun ia melibatkan harta benda kamu dan nyawa kamu sekali pun’. Ayat 13 pula menjelaskan; disamping janji-janji Allah kepada mereka yang sanggup berjuang ke jalan Allah dengan harta benda dan nyawa mereka; terdapat suatu janji masa depan yang akan terjadi; “iaitu orang-orang Islam akan memenangi sebarang peperangan dengan orang-orang Quraish dan selepas itu ialah Pembukaan Negeri Mekah” yang menjadi sebuah negara Islam di bawah pimpinan Rasulullah saw. Inilah nikmat yang cemerlang yang akan berlaku dan inilah kemenangan yang diharap-harapkan oleh orang-orang Islam; Nikmat kedua yang berikut ialah: satu nikmat yang segera terjadi dan ianya sangat disukai oleh semua orang yang beriman; inilah tafsiran ayat 13 di atas yang mafhum nya: (dan ada lagi nikmat limpah kurnia Allah selain dari janji janji itu; yang akan menyukai hati-hati kamu; wahai orang-orang yang beriman!) dan ia akan berlaku dengan kadar segera iaitu: PERTOLONGAN TERUS DARI ALLAH ke atas seteru-seteru kamu; iaitu ke atas orang-orang Quraish dan orang-orang kafir yang lain, mafhum nya: 25
(pertolongan terus dari Allah ke atas seteru-seteru kamu Quraish dan kafir yang lain) iaitu dalam peperangan menentang mereka dengan janji kemenangan yang nyata dari Allah. Nikmat kedua yang akan disukai oleh orang-orang yang beriman ialah PEMBUKAAN NEGERI MEKAH; Mafhum dari ayat 13 di atas ialah: (dan kemenangan dengan pembukaan negeri Mekah dalam kadar masa yang terdekat). Seterusnya Allah memesan kepada Rasulullah supaya memberitahu berita ini kepada orang-orang yang beriman tentang kemenangan yang akan berlaku kepada Islam dan perkembangannya bermula dengan pembukaan negeri Mekah dan Muslimin akan menguasai Mekah dan Madinah sebagai permulaan berkembangnya negara Islam. Firman Allah; mafhum nya: (dan sampaikanlah berita yang mengembirakan ini kepada semua orang yang beriman) Mengikut tafsiran Ismail Haqqi ar Rusawi; bagi ayat di atas ertinya ialah: “maka sebarkan lah berita gembira kemenangan ini kepada semua orang yang beriman; berita akan berlaku kemenangan yang berterusan kepada pejuang-pejuang orang-orang Islam untuk mengembangkan islam di masa hadapan” Ini ternyata benar berlaku setelah wafatnya Rasulullah dan berkembangnya negara Islam dan berlaku kemenangan ke atas kerajaan Rom dan Parsi sehingga berkembanglah Islam dan Syariaat Islam ke seluruh pelusuk alam. Oleh itu jangan lah was-was untuk berjihad kejalan Allah dan jangan was-was dalam membuat keputusan berjihad itu’. Allah mengakhirkan surah Saff ini dengan memberi tiupan berjihad dengan membawa sebuah contoh klasik yang dimainkan oleh para murid kepada
26
Nabi Isa as yang terus berjihad menghadapi seterunya iaitu bani Israel. Firman Allah:
Mafhum nya: “ Wahai orang-orang yang beriman! Jadikan lah diri diri kamu itu sebagai PEMBELA kepada agama Allah sebagaimana contohnya penyokong-penyokong kepada Nabi Isa bin Maryam, semasa dia mengingatkan penyokongpenyokongnya itu; Katanya: “Siapakah yang akan membantu aku berjihad bersamaku dalam perjalananku kepada Allah untuk menegakkan agamanya?” Jawab penyokong-penyokongnya; Kamilah sebenarnya pembela-pembela Allah. Setelah nabi Isa as tidak bersama mereka, maka satu puak dari kaum Bani Israel itu beriman dengan Allah dan terdapat juga satu puak lain yang terus tidak beriman. Lalu Allah memberikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuh mereka, dan akhirnya orang-orang yang beriman beroleh kemenangan.(14) Tafsiran ayat 14: Seruan Allah kepada berjihad ke jalan Nya dengan harta-benda dan nyawa ditekankan dalam surah SAFF ini dan diulang-ulang. Pertama: Allah menyatakan yang berjihad itu adalah perkara yang disukai oleh Allah; Allah SUKA kepada orang-orang yang berperang untuk membela agamanya; dalam barisan yang rapi; seolah-olah sebuah bangunan yang sokong menyokong membentuk satu barisan pertahanan yang kuat (ayat4 Saff).
27
Ulangan kedua pula dijanjikan kepada yang berjihat ke jalan Allah dengan pengampunan terhadap semua dosa-dosa mereka, menempatkan mereka dalam jannah, dan ditempat khas dan redhai oleh Allah pada mereka. Bagi yang beriman dan yakin pada Allah, ini tidak menjejaskan keyakinan mereka dan mereka akan berjihad menegakkan agama Allah buat selamalama nya. Oleh kerana ini melibatkan yang imannya di antara yakin dan sayangkan diri dan harta maka sekali lagi Allah mengulangi seruan supaya berjihad ke jalan Allah denagn membawa contoh utama dari para pembantu Nabi Isa as; yang jumlahnya 12 orang yang berjihat ke jalan Allah membantu Isa as dan kemudian setelah Isa diangkat naik oleh Allah, mereka meneruskan jihad ini sehingga ke zaman perlantikan Rasulullah sebagai Rasul dan berlaku kemenangan kepada Islam dan agamanya. ........ ﯾﺎ أﯾﮭﺎ اﻟﻠذﯾن أﻣﻧوا ﻛوﻧوا أﻧﺻﺎر ﷲ (Wahai orang-orang yang beriman! Ikuti lah contoh-contoh yang dilakukan oleh pembelapembela agama Allah seperti ditunjukkan oleh penyokong-penyokon nabi Isa as)
Terdapat 2 perkara disebut dalam ayat 14 ini; Pertama ialah: Pembelapembela agama Allah; kedua ialah: kumpulan penyokong dan sahabat karib kepada Nabi Isa as. Pertama: Allah menyeru kita supaya berjihad dengan harta benda dan nyawa dengan menjadikan diri kita sebagai pembela-pembela agama Allah. Kedua: contoh terdekat sebagai pembela kepada agama Allah ialah sekumpulan 12 orang pembantu; sahabat baik dan penyokong ikhlas kepada Nabi Isa as. Siapakah Penolong kepada Nabi Isa as ini? Mereka dikenali sebagai Pembantu Khas ( ) اﻟﺣوارﯾونiaitu ‘kawan rapat’ kawan-kawan yang ikhlas [patuh kepada Allah; mengikut kepimpinan Rasulnya; Isa bin Maryam]. Mereka adalah orang-orang yang mula beriman dengan Isa as; dan jumlah mereka ialah 12 orang semuanya.
28
Akidah mereka tidak ada unsur was-was; tidak berdolak dalik; menyeru manusia kepada agama yang dibawa oleh Isa as serta syariaatnya dan mendorong kepada akidah yang betul. Mereka juga dikatakan akan memanjangkan semua wasiat dari Isa as setelah beliau diangkat oleh Allah. Mereka lah yang mempelopori jihad ke jalan Allah sehingga diwarisi oleh penjihad-jihad lain sehingga kebangkitan Rasulullah saw. (Ikutlah contoh ini; tatkala Isa bin Maryam bertanya pada penyokongpenyokongnya: Siapakah menjadi pembantu-penyokong aku dalam pergerakan dakwah ku pada Allah demi menegakkan agama Allah itu? Jawab mereka; Kamilah pembela-pembela kepada agama Allah!) Saksikan lah betapa ‘komited’ nya penyokong pembantu Nabi Isa as itu sewaktu menjawab pertanyaan dari Nabi Isa as. Mereka tidak was-was dan sanggup berjihad ke jalan Allah dengan hartabenda dan nyawa mereka untuk menegakkan agama yang dibawa Isa as itu. Mereka mengatakan yang mereka adalah pembela-pembela agama Allah; iaitu akan membantu dan meneruskan dakwah yang dibawa oleh Nabi Isa as. Dengan jihad dan pengorbanan harta dan jiwa raga mereka, maka kaum Bani Israel didakwah mengikut syariaat yang dibawa oleh Nabi Isa as. Hasilnya terdapat 3 golongan kaum bani Israel; iaitu yang menganggap Isa sebagai Tuhan; Yang menganggap Isa sebagai anak Tuhan dan YANG BERIMAN; bahawa Isa as itu sebagai Rasul yag diutus Allah kepada Bani Israel yang menyeru mereka kepada Allah dan syariaat Nya. Mereka terus berjuang dan bertaliarus perjuangan mereka dengan kekuatan yang ada dan akhirnya sehingga timbulnya kebangkitan Rasulullah saw. Mereka lah juga yang terus membawa kenyataan yang menyatakan bahawa akan wujud seorang nabi selepas Isa as yang bernama Ahmad yang akan mewarisi kerasulan selepas Isa as. Apakah BANTUAN dan pertolongan Allah ke atas kumpulan Berjihad ini? Firman Allah mengakhirkan surah ini dan menjanjikan kepada yang mau berjihad ke jalan Allah untuk memperkasakan agama Allah:
29
(Setelah Nabi Isa as sudah di angkat; lalu Kami berikan pertolongan kepada oang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuh-musuh mereka, maka hasilnya orang-orang yang beriman itu menang dalam jihad mereka)
Bantuan dari Allah telah dijanjikan kepada orang yang beriman yang berjihad ke jalan Allah untuk memperkasakan agama Allah dengan harta benda dan jiwa mereka. Ismail haqqi ar Rusawi dalam mentafsirkan ayat ini, menyatakan “bahawa selepas ketiadaan nabi Isa as, maka terjadilah 3 puak terbesar Bani Israel; iaitu puak yang menanggap yang Isa as itu sagai Tuhan; puak yang menuduh Isa as itu sebagai anak lelaki Allah dan puak ketiga yang beriman yang Isa as itu seorang Rasul utusan Allah untuk mewarisi para nabi dan rasul yang lalu untuk membawa manusia kepada beriman dengan Allah. Puak ke-3 inilah yang berjihad terus dengan harta benda mereka dan jiwa raga memperjuangkan agama yang dibawa oleh Isa as dan telah mendapat bantuan dari Allah. Kesimpulan nya, BerjIhad menegakkan agama Allah dengan hartabenda dan nyawa adalah sebaik-baik cara untuk kita meneruskan hidup di atas muka bumi ini. Jihad oleh mereka yang beriman pada Allah akan berterusan sehingga hari Kiamat; Jadikan diri kita sebagai orang yang mau berjihad menegakkan agama Allah dan mendapat keredaan Allah untuk dunia dan akhirat. وﷲ أﻋﻠم
30