SURAH AL MUMTAHANAH
1
2
3
TERJEMAHAN SURAH AL MUMTAHANAH
Mafhum nya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan sekali-kali kamu mengambil seteru Ku dan juga seteru kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita rahsia orang mukmin), kerana sebab ‘hubungan baik’ dan ‘kasih mesra’ yang ada di antara kamu dengan mereka; sedang mereka itu telah kufur ingkar terhadap al Haq (kebenaran) yang telah sampai pada kamu; mereka telah mengeluarkan Rasulullah dan juga kamu semua dari Kota Mekah kerana semata-mata kamu beriman dengan Allah, Tuhan kamu. Jangan lah kamu berbuat demikian jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalan Ku dan demi mendapat keredhaan Ku. Tidak ada faedahnya kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia (sebagaimana dilakukan oleh Hatib bin Balta’ah), sedangkan Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan itu atau apa yang kamu zahirkan secara terang-terangan. Ingatlah ! sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara itu, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul.(1)
4
Mafhum nya: “Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang membahyakan kamu; mereka akan bebas menguasai jati-diri kamu dan menundukkan kamu melalui ’lidah’ mereka dengan kejahatan dan cacian; dan mereka sangat mengharapkan kalau lah kamu semua menjadi kafir seperti mereka”.(2)
Mafhum nya: ‘Kaum Kerabat kamu dan anak-anak kamu yang tidak mengikut kamu beriman itu, tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari Kiamat kelak; Allah akan memisahkan kamu dengan mereka pada hari itu. Ingatlah! Allah Maha melihat di atas segala yang telah kamu kerjakan.(3)
5
Mafhum nya: “ Sesungguhnya, kamu semua mempunyai satu contoh ikutan terbaik dari ‘ Karisma’ Nabi Ibrahim as dan pengikut-pengikutnya; pada satu masa pernah berkata pada kaumnya yang kufur; ‘sesungguhnya Kami tidak lagi bertanggungjawab dengan diri-diri kamu semua yang masih kufur itu yang menyembah selain dari Allah; kami tidak memperakui dan mengkufurkan kamu semua atas penyembahan kamu itu; dan dengan ini termetri lah perseteruan dan kebencian di antara kamu semua dengan kami (kerana berlainan akidah) untuk selama-lamanya; sehinggalah, kamu semua berbalik menyembah Allah sahaja’; dan satu perkara dari perkataan Nabi Ibrahim yang tidak boleh diikuti ialah katanya kepada bapanya yang masih kufur; “ Aku akan memohon kepada Tuhan ku Allah agar engkau wahai bapaku; diampuni oleh Allah akan semua dosa-dosa kamu itu!”.(4)
Mafhum nya: Wahai Tuhan Kami! Jangan lah Engkau jadikan pendirian dan pegangan kami terpesong, kerana adanya tindasan-tindasan dari orang-orang kafir, dan 6
ampunkan semua dosa-dosa kami itu; Sesunguhnya Engkau sahaja yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana”.(5)
Mafhum nya: ‘Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan (Karisma) Nabi Ibrahim dan pengikutnya itu contoh ikutan yang baik; iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat nanti. Dan sesiapa menentang (cadangan ini) kesannya akan menimpa dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji’.(6)
Mafhum nya: “ Semoga Allah akan menimbulkan perasaan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kaum kerabat kamu itu (dengan menjadikan mereka insaf dan memeluk islam). Dan Ingatlah! Allah Maha Berkuasa, atas tiap-tiap sesuatu itu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(7)
Mafhum nya: 7
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kamu kerana beriman dengan Allah; dan yang tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguh nya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.(8)
Mafhum nya: Sesungguhnya, Allah hanya lah melarang kamu daripada menjadi teman rapat dengan orang-orang yang memerangi kamu kerana kamu beriman dengan Allah; dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu serta membantu orang lain mengusir kamu. Ingatlah ! sesiapa yang menjadikan orang-orang ini sebagai teman rapatnya maka mereka adalah orang-orang yang zalim.(9)
Mafhum nya: “ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila wanita-wanita yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu (wahai Muhammad) maka ujilah iman mereka itu terlebih dahulu; Allah lebih mengetahui tentang iman mereka itu. 8
Oleh yang demikian; sekiranya kamu mengetahui yang mereka itu beriman, maka JANGAN lah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang kafir itu. (Sebabnya) Mereka itu adalah tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri) dan sebaliknya, orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka sebagai suami. Dan pulangkan lah kepada suami-suami kafir itu segala kos yang telah mereka belanjakan dulu. Pada masa yang sama, tidaklah berdosa jika kamu berkahwin dengan mereka yang berhijrah itu, apabila kamu memberi maskahwin nya pada mereka. DAN JANGANLAH KAMU TETAP BERPEGANG KEPADA AKAD PERKAHWINAN KAMU DENGAN PEREMPUANPEREMPUAN YANG KEKAL DALAM KEADAAN KAFIR; dan minta lah balik ‘maskahwin’ yang telah kamu berikan pada mereka; dan biarkan lah suamisuami mereka yang kafir itu, meminta balik apa yang telah mereka belanjakan. Demikian lah HUKUM Allah; Dia sedia menghukumkan di antara kamu semua dengan adil. Dan Ingatlah! Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(10)
Mafhum nya: “ dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu yang menjadi murtad serta melarikan diri ke pihak orangorang kafir; maka dibolehkan kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan perang maka BERIKAN LAH kepada orang-orang Islam yang isteri mereka melarikan diri itu ganti maskawin nya sebanyak mana yang sepatutnya yang telah mereka bayar. Dan Bertqwa lah kamu pada Allah yang kamu beriman kepada Nya.(11)
9
Mafhum nya: “Wahai Nabi Muhammad ! Jika wanita-wanita beriman datang kepadaMu untuk melaksana sumpah pengakuan taat setia; (iaitu memperakui yang mereka) tidak akan melakukan SYIRIK pada Allah; dengan sesuatu apa jua pun: mereka tidak akan MENCURI, mereka tidak akan berZINA, mereka tidak akan MEMBUNUH anak-anak mereka; dan mereka tidak akan melakukan satu perkara DUSTA yang sengaja mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka; dan mereka tidak akan MENDERHAKA kepada mu dalam perkara-perkara baik dan ‘makruf’: MAKA terimalah pengakuan taat-setia mereka itu dan POHON kan lah kepada Allah agar dosa-dosa mereka diampuni Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.(12)
Mafhum nya: ‘Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu menjadi teman rapat kepada mana-mana kaum yang telah dimurkai oleh Allah ke atas mereka! mereka sebenarnya telah berputus asa dan berputus arang daripada mendapat RAHMAT Allah dan kebaikan akhirat; sebagaimana berputus asa nya orang-orang kafir yang berada dalam kubur”.(13) 10
SINOPSIS SURAH Seperti surah-surah yang telah diturunkan di Madinah, kebanyakan nya menekankan pembentukan keperibadian manusia di Madinah demi mengujudkan sebuah kerajaan Islam yang anggota masyarakatnya berakidah Islam dan jiwa yang patuh pada Allah dan Rasul Nya. Di Madinah, sesetengah orang-orang Muhajirin yang telah meninggalkan Mekah, dan berhijrah ke Madinah, masih mempunyai sanak saudara yang mereka hubungi; walaupun sanak saudara ini masih kafir. Mereka masih merasa ada kasih mesra lagi dengan tinggalan mereka itu. Ini berlaku pada seorang sahabat yang bernama Hatib bin Balta’ah; beliau telah terlibat dalam peperangan Badr bersama Rasulullah; masih mempunyai anak-anak dan keluarga serta harta di Mekah. Apabila Rasulullah hendak melaksanakan perjanjian Hudaibiah; maka Rasulullah telah mengistiharkan kepada semua orang mukmin untuk pergi ke Mekah dan memerangi mereka yang masih kufur jika perlu. Hatib yang juga tahu akan hal ini, telah menulis surat kepada keluarganya untuk memberitau tentang niat Rasulullah itu kepada semua ahli Mekah, termasuk ahli keluarganya. Surat tersebut telah dikirimkan melalui seorang perempuan Musyrikin yang kebetulan berada di Madinah dan akan bertolak ke Mekah. Allah telah memberitau Rasulullah tentang surat tersebut dan melalui beberapa sahabat, pembawa surat tu dikesani dan surat ini dirampas. Setelah surat itu dirampas maka Rasulullah bertanya kepada Hatib tentang tujuan dia menghantar surat itu, dan mungkin akan menjejaskan perancangan Rasulullah dalam siri pembukaan Kota Mekah di masa hadapan. Dalam kata lain, Syidina Umar menganggap Hatib ini sebagai pengintip (‘spy’) yang boleh merosakkan strategi Rasulullah. Hatib menjawab pertanyaan Rasulullah dan berkata:
ﯾدﻓﻊ: أردت أن ﺗﻛون ﻟﻰ ﻋﻧد اﻟﻘوم ﯾد: ورﺳوﻟﮫ5" وﷲ ﻣﺎ ﺑﻰ اﻻ أن اﻛون ﻣؤﻣﻧﺎ ﺑﺎ وﻟﯾس أﺣد ﻣن أﺻﺣﺎﺑك اﻻ ﻟﮫ ھﻧﺎك ﻣن ﻋﺷﯾرﺗﮫ ﻣن ﯾدﻓﻊ ﷲ ﺑﮫ:ﷲ ﺑﮭﺎ ﻋن أھﻠﻰ وﻣﺎﻟﻰ "......ﻋن أھﻠﮫ وﻣﺎﻟﮫ 11
Mafhum nya: “Demi Allah, sebenarnya tiada niat buruk dari perbuatan ku itu; aku tetap teguh beriman dengan Allah dan Rasul Nya; Apa yang aku buat sebenarnya agar ada campurtangan ku pada kaum ku; dengannya Allah akan menolak segala kemudaratan pada keluarga dan harta-hartaku di sana: tiada sesiapa pun dari para sahabat mu yang dapat membantu kecuali Allah yang akan menjaga urusan keluargaku dan harta mereka itu’…. Setelah mendengar jawapan Hatib maka Rasulullah berkata: ! "ﺻدق ! ﻻ ﺗﻘوﻟوا اﻻ ﺧﯾرا Mafhum nya: ‘Benar apa yang engkau katakan itu! Wahai para sahabat, jangan anggap buruk perbuatannya itu; kecuali katakan ianya berniat baik! Hatib adalah dari kumpulan Muhajirin yang berpindah ke Madinah kerana Allah dan Rasul nya, seorang yang kuat imannya berperang dalam peperangan Badr bersama Rasulullah dan dikenali sebagai ahli Badr yang di ucapkan oleh Rasulullah sebagai: أو
اﻋﻣﻠوا ﻣﺎ ﺷﺋﺗم ﻓﻘد وﺟﺑت ﻟﻛم اﻟﺟﻧﺔ: ﻟﻌل ﷲ اطﻠﻊ اﻟﻰ أھل ﺑدر ﻓﻘﺎل:أﻟﯾس ﻣن أھل ﯾدر؟ ﻓﻘﺎل " ﻗد ﻏﻔرت ﻟﻛم
Mafhum nya: ‘tidakkah engkau tau yang dia tu dari kalangan ahli Badar? Kemudian Rasulullah berkata; “ semoga Allah memberi perhatian istimewa pada ahli Badr” dan berkata pada mereka; ‘buatlah apa yang kamu mau! maka sesungguhnya kamu semua telah tetap dalam syurgaku; atau sesungguhnya kamu semua telah diampuni dosa-dosa kamu;’ Perbuatan Hatib itu boleh memburukkan perancangan Rasulullah dan salah dari segi strategi perkembangan Islam. Tetapi ianya dibuat bukan bertujuan ‘khianat’ tetapi dibuat untuk adanya rasa simpati pada keluarganya yang di harap mendapat pertolongan dari Allah. Apapun, ianya tidak baik pada strategi Islam; dengan kehadiran Allah memberitau pada Rasulullah tentang surat itu maka pertembungan di antara 12
taqdir Allah dengan perbuatan tidak sengaja Hatib menyelamatkan Islam dan Hatib sendiri dari sebarang keburukan. Pembaca al Quraan akan mengerti betapa kehadiran Allah dan adanya takdir Allah menjadikan semuanya terselamat dan semua urusan berjalan dengan baik. Itulah harga keikhlasan dibantu dengan kehadiran Allah membuatkan segalanya berjalan betul. Inilah dia sahsiah keperibadian muslimin di Madinah yang ingin dibentuk untuk satu kerajaan Islam yang berwibawa.
13
TAFSIRAN SURAH AL MUMTAHANAH
Mafhum nya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan sekali-kali kamu mengambil seteru Ku dan juga seteru kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita rahsia orang mukmin), kerana sebab ‘hubungan baik’ dan ‘kasih mesra’ yang ada di antara kamu dengan mereka; sedang mereka itu telah kufur ingkar terhadap al Haq (kebenaran) yang telah sampai pada kamu; mereka telah mengeluarkan Rasulullah dan juga kamu semua dari Kota Mekah kerana semata-mata kamu beriman dengan Allah, Tuhan kamu. Jangan lah kamu berbuat demikian jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalan Ku dan demi mendapat keredhaan Ku. Tidak ada faedahnya kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia (sebagaimana dilakukan oleh Hatib bin Balta’ah), sedangkan Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan itu atau apa yang kamu zahirkan secara terang-terangan. Ingatlah ! sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara itu, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul.(1)
14
Tafsiran ayat 1: Jelas dari ayat di atas, Allah melarang orang-orang Islam menjadikan orangorang kafir, musuh Islam sebagai teman rapat; dikhuatiri dengan hubungan baik itu mereka akan dapat mengetahui rahsia pihak Islam dan membahayakan keselamatan muslimin, lebih-lebih lagi dalam zaman perang. Jangan pula, dengan hubungan baik itu, akan ada sesiapa pun dari pihak Islam yang tergamak mengkhianati umatnya sendiri dan menyampaikan berita-berita rahsia orang islam kepada musuh Islam. Ayat ini hanya melarang kasih mesra di antara orang-orang Islam dengan bukan islam yang pernah memerangi orang-orang Islam kerana ugama, dan telah pernah mengeluarkan atau menghalau keluar orang Islam dari kampung halaman mereka atau yang bersekongkol dengan orang lain untuk mengusir orang Islam. Dalam kata lain ‘jangan sekali-kali kamu, wahai orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, (yang telah sanggup keluar berjihad pada jalan Allah, yang telah mencari-cari keredhaan Allah selama ini) bersekongkol dan berkasih mesra dengan seteru-seteru Allah dan juga seteru kamu; dan semua mereka itu jangan didekati;’ Mereka itu adalah seteru-seteru kepada orang yang beriman dan bererti mereka juga seteru Allah kerana: a) Kufur nya mereka kepada al HAQ iaitu Islam dan Syariaat nya b) Telah pernah mengusir Rasulullah dan orang-orang mukmin dari kampung halaman mereka c) Melakukan keZALIMan melalui pengusiran itu atas sebab hanya orang-orang mukmin beriman dengan Allah; d) Perseteruan ini ialah perseteruan ‘akidah’ iaitu IMAN vs KUFUR. Oleh itu tidak ada tempat dihati orang-orang Islam dan yang beriman untuk berkasih mesra dengan mereka atau tidak boleh bagi seorang muslim merasa kasih sayang dengan seteru-seteru yang jelas menyeterui akidah Islam dalam hati-hati orang yang beriman. Mereka adalah seteru kepada Allah, kepada Rasul Nya dan kepada orang-orang Islam seluruhnya. Andai kata jika terdapat pertalian di antara seorang yang beriman dengan seterunya melalui talian kekeluargaan; misalnya, seperti hubungan di antara 15
Hatib bin Blata’ah dengan anak dan keluarganya di Mekah? Dalam hal ini, Allah memberi amaran; firman Nya:
Mafhum nya: “tidak ada faedahnya kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedangkan Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan atau akan apa yang kamu zahirkan”
Allah tetap mengharamkan hubungan kasih-mesra sama ada dalam bentuk hubungan secara rahsia dengan seteru Islam, walaupun ianya keluarga kita. Jika kita terus mengadakan hubungan mesra tersebut, maka Allah memberi amaran yang Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat dan yang tersurat dalam hubungan tersebut. Inilah dia konsep ‘kehadiran Allah’ dalam diri kita, agar jangan secara rahsia kita memperkukuhkan kasih mesra dengan mereka yang menjadi seteru Allah dan Rasul Nya. Allah hadir dalam diri kita, Maha mengetahui rahsia hati kita. Allah telah mendedahkan perbuatan Hatib menulis surat dan menghantarnya secara rahsia pada keluarganya di Mekah, yang dianggap oleh Allah sebagai seteru Nya dan seteru Rasul Nya an seterusnya seteru orang–orang Islam. Jika seseorang yang beriman itu meneruskan hubungan kasih mesra dengan seteru Islam maka amaran Allah ialah:
Mafhum nya: ‘sesiapa diantara kamu yang melakukan perkara demikian, maka sesungguh nya telah sesat ia dari jalan yang betul.’
Konsep sesat dari jalan yang betul bererti ‘ ianya jauh dari hidayah Allah’. MENGAPA ALLAH SANGAT MENGHALANG KITA BERKASIH MESRA DENGAN SETERU-SETERUNYA, SETERU RASUL NYA DAN SETERU KITA? 16
Alasan-alasannya dapat dimengertikan dari ayat ke2 ini:
Mafhum nya: “Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka akan menjadi musuh yang membahyakan kamu; mereka akan bebas menguasai jati-diri kamu dan menundukkan kamu melalui ’lidah’ mereka dengan kejahatan dan cacian; dan mereka sangat mengharapkan kalau lah kamu semua menjadi kafir seperti mereka”.(2) Tafsiran ayat 2: Ayat ini menjelaskan amaran Allah tentang kesan buruk nya hubungan mesra kita dengan seteru Allah; iaitu seteru AKIDAH ini; akan menyebakan 3 perkara buruk seperti berikut; a) Mereka adalah musuh akidah yang sangat berbahaya pada umat Islam; akan mencari jalan untuk menjahanam kan akidah kita b) Mereka akan bebas menguasai kita melalui ‘tangan’ mereka; iaitu melalui kuasa politik, ekonomi, sosial dan apa saja pendekatan untuk menunduk kan kan kita pada telunjuk mereka; c) Mereka tidak berputus asa jika gagal menguasai kita untuk di tunduk kan, tetapi mereka akan mencaci cerca kita; menggunakan media dan pengaruh nya untuk timbulkan rasa buruk sangka pada islam dan muslimin. d) Matlamat sebenar mereka ialah satu ; iaitu mereka mau semua orang islam menjadi kafir seperti mereka; berpaling tadah menentang Allah dan Rasul Nya, menentang syariaat Nya dan bersekongkol dengan mereka dalam kemaksiatan pada Allah.
17
Resapilah kedua-dua ayat diatas, dan muhasabah lah diri kita , betapa seorang muslim mukmin yang telah pun pernah merasai kelazatan iman , berjuang bersama Rasulallah, dan melalui kepelabagaian ilmu islam dan ajaran syariaat nya tergamak dan sanggup untuk pulang semula kepada kekufuran bersama-sama dengan seteru Allah? PULANG SEMULA PADA KEKUFURAN MELALUI BERKASIH MESRA DENGAN SETERU ALLAH DAN RASUL NYA? YANG JELAS SEKALI ‘NIAT’ MEREKA ITU? Apa lagi untuk membawa kita ke neraka Allah; kerana seteru Allah dan Rasul Nya akan mengheret kita ke Neraka Allah. Jadi kedua-dua ayat diatas mula membentuk ‘jati-diri’ seorang muslim mukmin agar terus beriman dengan Allah dan mengIkut perintah-perintah Allah dan syariaat Nya dengan cara TIDAK MENGAMBIL SETERU ALLAH SEBAGAI SAHABAT, DAN BERKASIH MESRA DENGAN MEREKA; KERANA MUSLIHAT MEREKA IALAH MEMABWA KITA KE NERAKA ALLAH. Pergantungan terus kepada keluarga yang menjadi seteru Allah dan RasulNya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada kita kerana adaya perbedaan akidah, lebih-lebih lagi kekeluargaan itu menjadi dalang kepada perkembangan Islam. Berbanding dengan faedah di Akhirat Allah memberi amaran berikut;
Mafhum nya: ‘Kaum Kerabat kamu dan anak-anak kamu yang tidak mengikut kamu beriman itu, tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari Kiamat kelak; Allah akan memisahkan kamu dengan mereka pada hari itu. Ingatlah! Allah Maha melihat di atas segala yang telah kamu kerjakan.(3) Tafsiran ayat 3:
18
Ayat ke 3 ini seolah-olah memberi nasihat kepada mereka yang mau dan masih mau berkasih mesra dengan seteru Allah dari kalangan kaum keluarga mereka yang menjadi seteru Allah, dan yang tidak mau turut sama mereka beriman dengan Allah, agar berfikir untuk memilih Akhirat kerana di hari akhirat nanti tidak ada guna nya keluarga dan anak-anak. Pada hari itu semua nya akan di pisah kan, dan semesti nya akan juga berpisah nya kasih sayang kerana perbedaan akidah. Jadi pilih lah Allah dan tinggalkan seteru Allah walaupun ia nya dari kalangan kekeluargaan kita. Kehadiran Allah dalam hidup kita akan terserlah kerana Allah sentiasa melihat atas semua amal yang kita lakukan samada yang tersurat atau yang tersirat di dalam hati kita. Jadi apakah contoh-contoh yang boleh kita berpegang dengan nya berhubung perkara seperti diatas ini. Allah menasihatkan semua orang-orang yang beriman untuk mengikuti contoh kepimpinan Nabi Ibrahim as dalam ayat berikut, Firman Allah:
Mafhum nya: “ Sesungguhnya, kamu semua mempunyai satu contoh ikutan terbaik dari ‘ Karisma’ Nabi Ibrahim as dan pengikut-pengikutnya; pada satu masa pernah berkata pada kaumnya yang kufur; ‘sesungguhnya Kami tidak lagi bertanggungjawab dengan diri-diri kamu semua yang masih kufur itu yang menyembah selain dari Allah; kami tidak memperakui dan mengkufurkan kamu semua atas penyembahan kamu itu; dan dengan ini termetri lah perseteruan 19
dan kebencian di antara kamu semua dengan kami (kerana berlainan akidah) untuk selama-lamanya; sehinggalah, kamu semua berbalik menyembah Allah sahaja’; dan satu perkara dari perkataan Nabi Ibrahim yang tidak boleh diikuti ialah katanya kepada bapanya yang masih kufur; “ Aku akan memohon kepada Tuhan ku Allah agar engkau wahai bapaku; diampuni oleh Allah akan semua dosa-dosa kamu itu!”.(4)
Tafsiran ayat 4: Perhatikan lah betapa Allah telah memperlihatkan kepada kita satu keperibadian yang lampau dan kasih mesra yang tidak di makan zaman, yang telah ditonjolkan oleh Nabi Ibrahim as; lihat pada akidahnya; dan bagaimana dia mengharungi masalah kasih mesra dengan keluarganya; iaitu bapanya sendiri yang kafir dan dengan kaumnya yang menentang Allah dan Rasul nya. Ibrahim as dicatitkan oleh Allah sebagai mempunyai KARISMA kepimpinan yang boleh memberi ‘tunjuk ajar ikutan yang baik’ ( )أﺳوة ﺣﺳﻧﺔkepada kita semua; Di antara tunjuk ajar ikutan yang baik yang dicatitkan dalam ayat di atas ialah: a) Menegaskan kepada kaumnya yang dia dan pengikutnya TIDAK SAMASEKALI akan berkasih mesra dan bersahabat dengan mereka selagi mereka tidak meninggalkan penyembahan patung, dan syirik pada Allah. b) Memutuskan hubungan kasih mesra dengan bapanya sendiri yang menjadi penyembah dan pembuat patung untuk disembah; kerana kekeluargaan tidak akan menafikan akidah. Manakala syirik pula memutuskan hubungan kekeluargaan. c) Mengisytiharkan permusuhan dan perseteruan di antara Ibrahim as dan pengikutnya dengan kaum yang kufur sehingga hari kiamat. d) Akan menjalinkan kasih mesra dan persahabatan semula dengan kaumnya itu jika mereka beriman dengan Allah kemudiannya. Beriman dengan Allah di sini bererti beriman dengan keEsaan Allah, para Malaikat Nya, Kitab-kitab Nya, Rasul-rasul Nya dan Hari Akhirat. 20
Imam Ismail ar Rusawi mencatitkan dalam mentafsirkan ayat di atas, katanya: “antara akhlak Nabi Ibrahim yang menjadi ikutan ialah beliau adalah Khailullah; iaitu hampir kepada Allah; menjauhkan diri dari bukan Allah pada akidahnya, mengikut akhlak Allah, bersedih dan meratap kerana cuba menemui Allah” Ibnu Ato’ pula mencatitkan antara sifat-sifatnya ialah:- “pemurah, tinggi akhlak; taat kepada perintah Allah walaupun ianya paling getir melibatkan nyawa beliau; ikhlas dalam semua perbuatannya, menghadapi Allah pada tiap waktu yang tetap, menafikan sebarang kekurangan pada zat Allah dan menjadi ikutan pada Rasulullah saw.” Inilah dia pengertian dari ayat di atas iaitu
(sesungguhnya terdapat contoh ikutan baik yang menjadi ikutan kamu, pada diri nabi Ibrahim as dan pengikutnya; ingat ketika dia berkata pada kaumnya: ‘kami berlepas diri dari kamu semua dan dari apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami menafi dan menolak segala penyembahan kamu itu dan dengan ini nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu semua untuk selama-lamanya’.)
Terdapat pernyataan Nabi Ibrahim yang dikatakan beliau pernah mendoakan dua ibu bapanya yang syirik pada Allah; misalnya dalam surah Ibrahim ayat 41, katanya:
(wahai Tuhan ku! Ampunkan lah diriku, dan diri kedua ibu bapa ku serta orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan di hari Akhirat;) ayat 41 Surah Ibrahim.
Bapa Nabi Ibrahim seorang yang syirik pada Allah; secara hubungan kekeluargaan, baginda telah mendoakan bapanya dan pada masa itu beliau 21
tidak jelas lagi yang bapanya dari ahli neraka; Apabila telah jelas yang bapa nya itu terus syirik pada Allah maka dia pun memutuskan hubungannya dengan bapanya itu; Ini disebut dalam surah at Taubah ayat 114
Mafhum nya: “dan bukanlah istigfar Nabi Ibrahim itu bagi bapanya dibuat melainkan kerana adanya janji yang telah dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata jelas kepada Nabi Ibrahim yang bapa nya tu musuh Allah, maka ia pun mengistihar memutuskan dirinya dari bapanya. Sesungguh nya Nabi Ibrahim itu lembut hati dan penyabar’ (ayat 114 surah AtTaubah)
Jadi di sinilah Allah meminta kita berwaspada agar tidak ikuti kata-kata doa Nabi Ibrahim pada bapanya yang telah menjadi seteru Allah, agar tidak menjadi ikutan kita. Kata Ismail ar Rusawi, ini di bolehkan kita mendoakan kepada bapa kita yang mungkin kita mengharapkan dia menjadi orang beriman kemudiannya; Inilah fahaman dari ayat di atas iaitu:
Mafhum nya: ‘kecualilah (tidak mencontohi) kata-kata Nabi Ibrahim sewaktu beliau berdoa dengan katanya: ‘Aku akan memohon kepada Tuhanku supaya mengampunkan semua dosa-dosa mu itu’.
Ertinya Allah tidak membenarkan kita mendoakan walaupun pada bapa kita yang ternyata syirik pada Allah; Apa pun, setelah jelas kepada Nabi Ibrahim yang bapanya itu seteru Allah, maka dia telah menjauhkan dirinya dari beliau; kerana Akidah mengatasi kekeluargaan. Doa Nabi Ibrahim pada bapanya sebelum dia jelas yang bapanya seteru Allah; dia hanya setakat memohon untuk diampunkan dosa bapanya saja,
22
tetapi beliau berkata ‘Aku tidak berkuasa menahan azab seksa dari Allah sedikit jua pun dari menimpamu’; ertinya; doa nabi Ibrahim hanya setakat mohon diampunkan dosa bapanya sahaja, dan beliau tidak berkuasa mempastikan yang bapanya itu tidak di azab oleh Allah jika dia terus kufur dan menjadi seteru Allah. Kemudian Allah mengajak kita berdoa dengan doa Nabi Ibrahim dan pengikutnya yang pernah berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kufur itu dengan doa berikut:
Mafhum nya: Wahai Tuhan Kami! Jangan lah Engkau jadikan pendirian dan pegangan kami terpesong, kerana adanya tindasan-tindasan dari orang-orang kafir, dan ampunkan semua dosa-dosa kami itu; Sesunguhnya Engkau sahaja yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana”.(5) Tafsiran ayat 5: Jelas dari doa nabi Ibrahim ini, beliau menyerahkan semua urusan hidupnya kepada Allah, tujahannya ialah bertawakkal pada Nya dalam hidup ini dan waktu kembali nanti; Ini adalah PENYERAHAN yang mutlak, menggambarkan kemuncak iman dan pancarannya dalam hati Nabi Ibrahim as. Dan inilah dia yang ingin disampaikan oleh al Quraan pada kita untuk kita mengikuti karisma Nabi Ibrahim.
Lafaz doa Nabi Ibrahim ialah: 23
(wahai Allah,Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian kami dan pegangan kami TERPESONG kerana adanya tindasan-tindasan dari orang kafir!”)
Dalam hal ini, Syed Qutub mentafsirkan ayat di atas begini; ‘Ya Allah jangan lah engkau benarkan mereka menguasai kami, kerana yang demikian akan menjadikan fitnah atas diri mereka; Mengapa tidaknya; kerana mereka akan berkata; ‘kalau lah benar iman orang islam dapat mempertahankan diri mereka, semestinya kami tidak dapat menguasai mereka! Inilah dia Syubhah yang tragik yang mewaswaskan kita selama ini; muslimin selalu ditindas, walaupun orang-orangnya beriman!. Hikmahnya kita tak tau, hanya Allah yang tau! Orang-orang yang beriman akan terus bersabar atas gejala ini; dan walaupun adanya keadaan begini, ia nya tidak menghalang mereka terus memohon doa di atas agar jauh dari bala yang boleh mengikis iman dari dalam dada mereka.
(dan ampun kan dosa-dosa kami!)
Istigfar ini diucapkan oleh Ibrahim as, Mengapa? Demi menstabilkan keperluan ibadat pada Tuhan nya dengan beristigfar. Dan agar ianya menjadi ikutan pada orang beriman yang lain. Beliau, mengakhiri doanya dengan berkata;
(wahai Tuhan ku Allah! Sesunguhnya Engkau Maha Berkuasa lagi Bijaksana)
iaitu memperakui Allah itu maha berkuasa dalam semua perbuatan Nya; dan memperakui Penuh dengan Hikmat-hikmat dari Nya atas semua yang di uruskanNya. Itulah nafas Nabi Ibrahim dengan Tuhan Nya, Allah. Menyerah dan mengharapkan Rahmat serta restu Nya, dan semuanya adalah ikutan yang baik untuk kita.
24
Allah seterusnya mengulang sekali lagi tentang karisma Nabi Ibrahim yang boleh kita ambil ikutan dengan nada yang baru, Firman Allah:
Mafhum nya: ‘Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada bawaan (Karisma) Nabi Ibrahim dan pengikutnya itu contoh ikutan yang baik; iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat nanti. Dan sesiapa menentang (cadangan ini) kesannya akan menimpa dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji’.(6) Tafsiran ayat 6: Karisma Nabi Ibrahim dan pengikutnya dikenal pasti oleh Allah sebagai panduan terbaik kepada muslimin yang mengharapkan rahmat Allah dan bimbingan Allah ke arah hari Akhirat yang selesa. Inilah dia satu perjalanan Nabi Ibrahim as yang diiktiraf oleh Allah yang mempunyai nilai tertinggi yang direstui Allah untuk menjadi ikutan dan panduan kita semua. Dalam kata lain pengertian ayat di atas dapat dirumuskan seperti berikut: “sesiapa saja yang maukan Allah dan hari akhirat maka jadikan lah perjalanan Nabi Ibrahim ini sebagai hidayah dan ikutan baik untuk kita contohi. Sebaliknya, sesiapa yang menolak menjadikan Ibrahim sebagai ikutan baik, atau mahukan jalan lain dari jalan ini, maka tak mengapa! Pilih lah, ianya tidak mengurangkan apa-apa dari Allah; kerana Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji. Kesimpulan nya, ikutilah cara bertindaknya Nabi Ibrahim yang memisahkan dirinya dari orag yang kafir, sehinggakan ianya melibatkan keluarganya 25
sendiri. Kemudian menyerahkan jiwa raganya dan semua urusannya kepada Allah dan memohon Alah menjauhkannya dari fitnah yang datang dari orangorang kafir ini serta memohon pengampunan atas semua dosanya dari Allah. Inilah dia contoh-contoh baik yang boleh kita ambil dari Nabi Ibrahim as dan pengikutnya. Sesiapa yang berpegang teguh dengan cara itu, maka dia adalah orang yang mahukan Allah dan Hari Akhirat. Sesiapa yang ingkar dan memilih jalan lain yang kufur pada Allah, maka ia jauh dari hidayah Allah dan tidak memberi apa-apa kesan pada Allah. Jadi, apakah kesannya kepada masyarakat yang mengikuti cara Nabi Ibrahim ini? Ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat seterusnya, Firman Allah:
Mafhum nya: “ Semoga Allah akan menimbulkan perasaan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kaum kerabat kamu itu (dengan menjadikan mereka insaf dan memeluk islam). Dan Ingatlah! Allah Maha Berkuasa, atas tiap-tiap sesuatu itu, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(7) Tafsiran ayat 7: Diwaktu peperangan, hubungan muslimin dengan seteru Allah, walaupun keluarga sendiri adalah terputus sama sekali. Dalam keadaan tiada peperangan, maka dibenarkan semula hubungan tersebut, dan ini akan menginsafkan diri yang kufur itu untuk bermuhasabah dan akhirnya membentuk satu barisan islam yang kuat. Ini berlaku, apabila pembukaan Mekah yang telah menyaksikan berduyunduyun masyarakat Mekah telah memeluk Islam dengan penuh kerelaan. Abu Sufiyan, Sahl bin Amru, Hakim bin Hizam, Harith bin Hisham dan merekamereka ini adalah seteru Islam yang fanatik berakhir dengan memeluk Islam 26
dan menjadi barisan kuat dalam mendorong yang lain menjadi muslimin mukminin. Di sinilah, peranan Allah telah membalikkan hati-hati yang kufur menjadi jinak dan mempermudahkan tersuburnya perasaan kasih sayang di antara kaum-kaum yang dulunya berseteru yang kini menjadi rakan. Inilah makna dari perkataan
Allah telah mengampunkan mereka-mereka yang menjadi Islam di Mekah pada hari Pembukaan Mekah, dan menghubungkan kembali silaturrahim di antara orang-orang islam dengan keluarga mereka di Mekah. Inilah pengertian dari ayat
(dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani) Persoalannya adakah hukum memutuskan hubungan dengan orang kafir ini meliputi semua keadaan atau adakah pengecualian lain; Firman Allah:
Mafhum nya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kamu kerana beriman dengan Allah; dan yang tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguh nya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.(8)
27
Sesungguhnya, Allah hanya lah melarang kamu daripada menjadi teman rapat dengan orang-orang yang memerangi kamu kerana kamu beriman dengan Allah; dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu serta membantu orang lain mengusir kamu. Ingatlah ! sesiapa yang menjadikan orang-orang ini sebagai teman rapatnya maka mereka adalah orang-orang yang zalim.(9) Tafsiran ayat 8-9: Allah tidak melarang sesiapa yang beriman atas nama agama, hak agama, daripada berbuat baik, dan menjalankan keadilan dalam sebuah masyarakat Islam; dengan orang-orang kafir yang tidak pernah memerangi atau mengeluarkan kita dari kampung halaman kita, atau tidak menyeterui kita atas nama agama. Ini bererti kita boleh bermuamalat dengan mereka dalam bidang perhubungan sosial, ekonomi dan politik secara adil. Tidak boleh merampas harta mereka atau memperlakukan kezaliman atas mereka. Allah menyarankan kita berbuat baik dengan mereka secara adil. Allah melarang dengan sekeras-kerasnya mengadakan hubungan kasih mesra dengan seteru-seteru yang memerangi kita atas nama agama, yang berniat dan telah mengusir kita dari kampung halaman kita dan bersedia membantu seteru-seteru kita untuk mengusir kita dari kampung halaman kita atas nama agama. Allah ‘mengklasifikasi’ orang-orang yang bersekongkol ini sebagai zalim; dan syirik zalim ini adalah seteru kita yang jahat. Inilah kaedah perhubungan muslimin dengan bukan muslimin dalam sebuah masyarkat islam, iaitu kaedah yang menepati tabiat semula jadi masyarakat yang mengikut fitrah dan berlandaskan agama dan iman. Matlamat utama ialah Iman dan amal dan bergantung pada Allah. Inilah asas kepada satu masyarakat Islam yang bertamaddun. Jelaslah dari ayat 1 hingga ayat ke 9 surah ini, bahawa pada prinsipnya kehidupan masyarakat Islam adalah berdasarkan kepada AKIDAH; Akidah menjadi teras di antara hubungan manusia dengan persekitarannya, iaitu JIHAD yang melibatkan kalimat ALLAH yang Agong dan beramal berdasarkan akidah dan tauhid. 28
Persoalannya bagaimana pula cara kawalan keseluruhan hubungan masyarakat Islam dengan masyarakat kafir, yang pada pandangan kita selalu mengkhianati pernjajian. Pengurusan, Pengawalan, Penyelarasan dan Perancangan dalam hubungan ini telah diatur oleh Allah melaui ayat-ayat 10 ,11 dan ayat ke 13; ianya bagi menentukan keadilan kepada semua. Dalam surah al Anfal ayat 59; Allah berfirman:
(jika Engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari satu kaum itu yang telah mengikat perjanjian dengan kamu, maka CAMPAK kanlah perjanjian Allah tidak suka pada orangorang yang khianat) ayat 59 Al Anfal
Dalam perjanjian HUDAIBIAH di antara orang Muslimin dengan orang kafir Mekah satu peruntukan perjanjian menyatakan demikian:
" وان ﻛﺎن ﻋﻠﻰ دﯾﻧك اﻻ رددﺗﮫ اﻟﯾﻧﺎ,"ﻋﻠﻰ أﻻ ﯾﺄﺗﯾﻧك ﻣﻧﺎ أﺣد Mafhum nya: “(jika ada dari orang-orang kami [penduduk Mekah] yang datang memohon perlindungan daripada kamu; walaupun ianya dari yang beragama kamu (islam) maka hendak lah kamu memulangkannya kepada kami)”
Apabila datang pada Rasulullah beberapa wanita-wanita yang beriman pada Allah, memohon perlindungan dan mau berhijrah ke Madinah, maka pihak Quraisy telah datang kepada Rasulullah menuntut agar semua wanita-wanita muslimah itu dipulangkan kepada mereka. Mungkin apabila dipulangkan mereka akan didera dan diseksa. Maka Allah telah menurunkan ayat-ayat berikut yang mencegah orang-orang Islam memulangkan perempuan yang beriman kepada kaumnya setelah meminta perlindungan kerana mereka adalah kaum yang lemah dan akan menjadi fitnah kepada Islam dan perkembangan nya. Ayat 10 memperkenalkan HUKUM 1
29
Mafhum nya: “ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila wanita-wanita yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu (wahai Muhammad) maka ujilah iman mereka itu terlebih dahulu; Allah lebih mengetahui tentang iman mereka itu. Oleh yang demikian; sekiranya kamu mengetahui yang mereka itu beriman, maka JANGAN lah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang kafir itu. (Sebabnya) Mereka itu adalah tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri) dan sebaliknya, orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka sebagai suami. Dan pulangkan lah kepada suami-suami kafir itu segala kos yang telah mereka belanjakan dulu. Pada masa yang sama, tidaklah berdosa jika kamu berkahwin dengan mereka yang berhijrah itu, apabila kamu memberi maskahwin nya pada mereka. DAN JANGANLAH KAMU TETAP BERPEGANG KEPADA AKAD PERKAHWINAN KAMU DENGAN PEREMPUANPEREMPUAN YANG KEKAL DALAM KEADAAN KAFIR; dan minta lah balik ‘maskahwin’ yang telah kamu berikan pada mereka; dan biarkan lah suamisuami mereka yang kafir itu, meminta balik apa yang telah mereka belanjakan. Demikian lah HUKUM Allah; Dia sedia menghukumkan di antara kamu semua dengan adil. Dan Ingatlah! Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(10) Tafsiran ayat 10: Hukum pertama ialah MENGUJI kesahihan iman wanita yang mengaku beriman itu; untuk mengethaui sebab-sebab mereka berhijrah supaya tidak 30
termasuk kepada sebab melarikan diri dari suami yang tidak disukai; dari mencari suaka untuk lebih tenteram; dari hanya mohon perlindungan di bawah naungan Islam; Apa yang boleh diterima melalui sumpah zahir ialah mereka beriman pada Allah dan Rasul Nya. Zahirnya mereka bersumpah yang mereka beriman pada Allah dan batinnya diketahui oleh Allah. Jika ternyata keimanan wanita-wanita ini pada Rasulullah, maka TIDAK BOLEH dipulangkan wanita-wanita itu kepada bekas suami kafirnya; kerana dengan IMAN dan Akidah tersebut maka dia sudah tidak halal lagi pada suaminya yang kafir, dan suami kafirnya juga tidak halal lagi untuknya. Ini bererti terputuslah hubungan perkahwinan kafir itu dengan adanya Iman isterinya itu. Dengan perpisahan itu, maka demi keadilan dan kesaksamaan maka, si isteri yang terpisah itu HENDAK lah memulangkan maskahwin yang telah diberi oleh suami kafir itu kepadanya semula; dan sebaliknya si suami yang beriman hendaklah memulangkan semua perbelanjaan yang telah dibuat kepada isterinya yang kafir itu. Allah membenarkan wanita-wanita beriman yang telah terpisah dengan suami-suami kafir mereka itu untuk dikahwin oleh suami baru yang beriman; dengan cara menyediakan maskawin kepada mereka. Bagi wanita-wanita yang berhijrah dan diuji yang mereka masih kafir dan bukan kerana iman dengan Allah dan Rasul nya maka mereka hendaklah di pulangkan kepada orang-orang yang menuntutnya. Sheikh Abdullah Basmeh dalam mentafsirkan ayat:
(dan janganlah kamu (wahai orang yang beriman) tetap berpegang pada akad perkahwinan kamu dengan perempuan yang kekal dalam keadaan kafir mereka; dan minta lah maskawin yang telah kamu berikan itu; dan biarkan lah mereka iaitu suami-suami kafir meminta balik apa yang telah mereka belanjakan)
Abdullah Basmeh menjelas bahawa dalam ayat ini ada dua persoalan;
31
1. Apabila suami memeluk islam dan isterinya kekal dalam keadaan kufur sehingga habis iddah nya iaitu 3 kali bersih maka PUTUS lah tali perkahwinan di antara keduanya; dan begitu juga jika isterinya menjadi kafir murtad sehingga habis iddah nya maka terputuslah tali perkahwinan itu. Suami yang islam tadi boleh lah meminta balik maskawin yang telah diberikan pada isteri kafir itu. 2. Apabila isteri memeluk Islam dan suaminya tetap kafir sehingga habis iddah nya, maka boleh lah si suami itu meminta balik apa yang telah di belanjakan kepada isterinya yang memeluk islam itu. Semua hukum ini dijamin terikat dengan konsep taqwa dan iman kepada Allah. Inilah jaminan yang mengikat diri seseorang itu dengan kehadiran Allah dalam hidup nya; iaitu meyakini bahawa Allah itu Maha Melihat segala gerakhati seseorang itu dalam tindakannya. Menyakini Hukum-hukum Allah itu penuh dengan Hikmah dan panduan untuk dunia dan akhirat. Bagaimana, dari segi jika pelaksanaan hukum itu tidak dipatuhi oleh orang yang kafir? Dalam kata lain; jika isteri-isteri kafir yang melarikan diri mereka dan enggan membayar sebarang bayaran kepada suami-suami mereka yang beriman dan menentang cara hukum yang dianjurkan Islam itu? Untuk itu Allah telah menurunkan ayat 11 berikut:
Mafhum nya: “ dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari maskahwin isteri-isteri kamu yang menjadi murtad serta melarikan diri ke pihak orangorang kafir; maka dibolehkan kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan perang maka BERIKAN LAH kepada orang-orang Islam yang isteri mereka melarikan diri itu ganti maskawin nya sebanyak mana yang sepatutnya yang telah mereka bayar. Dan Bertqwa lah kamu pada Allah yang kamu beriman kepada Nya.(11)
32
Tafsiran ayat 11: Jika hak-hak suami-suami muslimin yang isteri-isteri mereka yang terus kafir dan sepatutnya segala perbelanjaan itu dipulangkan pada suami-suami mereka, yang telah memeluk islam dan berhijrah, maka satu hukum telah diperkenalkan; Suami ini boleh menuntutnya dari pihak ketua kumpulan orang-orang kafir itu. Atau jika tidak ada satu sistem bayaran, maka mereka yang diserang oleh orang Islam dalam peperangan dan mendapat harta rampasan perang maka dari rampasan itu hendaklah diambil dan diagihkan kepada suami-suami yang tidak dibayar perbelanjaan yang sepatutnya itu. Walau bagaimana pun, pengambilan dan tuntutan itu hendaklah didasarkan kepada taqwa kita pada Allah dan tidak mengikut hawa nafsu. Inilah pengertian dari mafhum ayat di atas; ‘ dan bertaqwa lah pada Allah yang kamu beriman itu ‘. Seterusnya dalam ayat-ayat 12 dan 13, Allah menggariskan beberapa syaratsyarat kepada wanita-wanita khususnya yang berkehendakan membuat PENGAKUAN TAAT SETIA mereka pada Rasulullah bagi MENGUJI ‘kredibiliti’ mereka sebagai orang-orang beriman yang berpendirian Islam. Ini berlaku setelah diturunkan pada hari Al Fath di mana kumpulan lelaki telah melakukan pengakuan taat setia mereka pada Rasulullah; iaitu pada Hari Hudaibiyah; di mana selepas itu Rasulullah pula didatangi oleh perempuan-perempuan yang beriman untuk melakukan sumpah taat setia mereka pada Rasulullah; Orang yang melakukan sumpah setia ini membeli diri mereka dengan Syurga Allah; di mana dengan sumpah setia ini mereka akan: a) beriltizam mentaati Rasulullah sebagai pemimpin mereka b) berkeadaan terbuka untuk melaksanakan semua arahan Rasulullah, hukum-hukumnya, dan berkerjasama membantu Rasulullah dalam kepimpinan nya. c) Bersumpah setia bererti menjanjikan mereka dengan pahala d) Menerima Rasulullah dalam mentadbir semua urusan mereka 33
e) Menerima Rasulullah dalam melaksanakan semua kebajikan mereka khususnya dalam menghadapi seteru-seteru mereka yang zahir dan yang batin f) Menerima janji Allah untuk mereka mendapat syafaat Rasulullah ke atas mereka di hari mereka dihisabkan; jika mereka patuh taat pada semua syarat sumpah-setia itu. g) Menerima dan taat untuk ditadbirkan semua urusan politik, sosial ekonomi dan agama mereka pada kepimpinan Rasulullah sebagai satu kerajaan yang memerintah mereka. Di antara syarat-syarat memperkasakan sumpah taat-setia ini dicatitkan dalam ayat ini:
Mafhum nya: “Wahai Nabi Muhammad ! Jika wanita-wanita beriman datang kepadaMu untuk melaksana sumpah pengakuan taat setia; (iaitu memperakui yang mereka) tidak akan melakukan SYIRIK pada Allah; dengan sesuatu apa jua pun: mereka tidak akan MENCURI, mereka tidak akan berZINA, mereka tidak akan MEMBUNUH anak-anak mereka; dan mereka tidak akan melakukan satu perkara DUSTA yang sengaja mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka; dan mereka tidak akan MENDERHAKA kepada mu dalam perkara-perkara baik dan ‘makruf’: MAKA terimalah pengakuan taat-setia mereka itu dan POHON kan lah kepada Allah agar dosa-dosa mereka diampuni Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.(12) 34
Ayat di atas mengariskan asas-asas Ujian dan Penelitian kepada wanitawanita muslimat yang ingin menyatakan sumpah taat-setia mereka kepada Rasulullah: Jika semua syarat-syarat ini diterima dan dinyatakan dalam sumpah itu maka Rasulullah boleh lah menerima sumpah tersebut; Di antara nya: a) Tidak syirik pada Allah dan tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa jua pun; Inilah dia kekuatan akidah yang diterapkan ke dalam sanubari wanita-wanita ini yang akan menjadi ‘srikandi’ kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. b) Melibatkan amanah kerana mereka pemilik Rahim dan zuriat: Tidak melanggar hukum hudud Allah; iaitu tidak berzina; tidak mencuri dan tidak membunuh anak-anak; inilah tanggungjawab asasi wanita mukmin dalam hidup mereka dalam menjaga zuriat dan mempastikan pemilik Rahim ini benar-benar ber’kredibliti’. c) Tidak melakukan sesutau dusta yang mereka sengaja ada-adakan kerana mengikut nafsu mereka; contohnya yang berkaitan dengan kesahihan anak dalam kandungan dari bapa sebenar: (Abdullah Basmish) d) Ibnu Abbas mentafsirkan ayat di atas sebagai: ‘tidak bersuami lebih dari satu; menjauhkan kaedah amalan kaum jahiliah yang mempunyai banyak suami; dan jika terdapat anak lelaki, mereka hanya melihat mukanya dan muka mirip pada seorang itu akan dikatakan bapanya dan dia tahu siapa sebenar bapanya’ atau ayat ini ianya merangkumi semua jenis dusta yang menyalahi syariaat. e) Tidak menderhaka pada Rasul nya dalam semua perkara-perkara makruf dan kebajikan kepada maslahat hidup masyarakat mereka, sebagai rakyat yang mematuhi dasar negara dan pemerintahan Rasul. Komen:- ‘Inilah dia asas-asas ibu-ibu dalam masyarakat Islam yang akan membimbing satu masyarakat baru Islam yang beriman pada Allah, lebihlebih lagi pada awal pembentukan satu kerajaan Islam di Madinah. Ibu-ibu dan wanita-wanita mukmin yang jelas peranan mereka pada Allah, pada diri, dan pada masyarakat seingga terbentuk lah generasi yang menggalaskan kalimat Allah ke-arah iman dan amal.’ 35
Jika mereka semua berikrar atas semua sumpah taat-setia ini maka Allah membenarkan Rasulullah menerima sumpah taat-setia mereka itu. Pastinya mereka semua hendaklah patuh juga kepada syariaat-syariat Allah yang lain seperti bersyahadah, solat, berzakat, berpuasa, haj dan mandi wajib. Apakah kesannya penerimaan sumpah setia ini kepada diri mereka? Penerimaan Sumpah setia itu bererti jaminan Allah dengan pahala yang berganda dari Nya atas mereka jika mereka mematuhi apa yang telah mereka sumpahkan itu; dan dijamin pengampunan dari Allah ke atas semua dosa-dosa mereka dan ditutup dari sebarang aib mereka. Anugerah ini diberi kepada mukminat yang bersumpah setia ini kerana Allah itu Maha Pengampun atas orang-orang yang bersumpah dan berpegang pada sumpah setianya itu. Ampun semua dosa-dosa mereka dan pastinya disertai dengan limpahan Rahmat Nya. Diriwayatkan, selepas Rasulullah menerima sumpah setia dari lelaki, di Mekah, maka beliau pun berehat di bukit Safa dan mula hendak menerima sumpah setia dari wanita-wanita yang beriman; Pada masa itu datanglah kepada Rasulullah Hindun bt Atabah, isteri pada Abu Sufian menutup mukanya takut Rasulullah mengenalinya dan marah atas apa yang pernah beliau lakukan pada Hamzah saudara sesusu Rasulullah dulu dalam peperangan Uhud. Rasulullah pun memulakan upacara sumpah setia itu dan berkata: ‘Aku menerima sumpahan taat setia kamu semua; dengan pernyataan yang kamu semua tidak syirik pada Allah walau pun sedikit !’, maka pada masa itu Hindun mengangkat kepalanya yang menjawab kata-kata Rasulullah dengan katanya: “Demi Allah aku pernah menyembah patung-patung: dan aku nampak yang Engkau menyatakan sumpah setia yang pernah Engkau letakkan atas bahu lelaki supaya menjadi Islam dan berjihat! “ Apabila Rasulullah berkata; Kamu bersumpah setia tidak akan mencuri’! maka Hindun terus menjawab: Katanya: Abu Sufiyan, suami ku, seorang yang lokek bakhil! Aku pernah mencuri sedikit wangnya untuk keperluan, aku tak 36
tau sama ada perbuatan itu halal atau haram! Pada masa itu Abu Sufiyan berada di sisi Rasulullah dan berkata: ’Apa yang telah Engkau curi selama itu aku halalkan !. Rasulullah tersenyum dan berkata: “Adakah engkau Hindun? Jawabnya; “Ya, aku Hidun!” Ampunkan aku tentang perkara lalu yang telah terjadi; wahai Nabi Allah! Jawab Rasulullah; Allah ampunkan semua dosadosa kau itu” Apabila Rasulullah menyebut perkataan ‘Engkau bersumpah setia tidak berzina’ maka jawab Hindun; Bolehkah seorang yang bebas ini berzina? Di masa itu Syidina Umar membuat komen; Jika hati perempuan semua seperti hati Hindun, maka tiada perempuan arab yang berzina! Syidina Umar terpegun kerana Hindun tidak mengerti zina. Aapabia Rasulullah berkata: ‘Engkau bersumpah setia tidak membunuh anakanak engkau!’ maka Hindun menjawab; Aku telah membesarkan anak-anak aku tetapi kamu yang membunuhnya (anaknya Hanzolah terbunuh dalam peperangan Badr; maka ketawalah Umar atas tuduhannya itu. Apabila Rasulullah membaca pernyataan sumpah setia “Kamu tidak berpurapura berdusta tentang satu-satu kenyataan, khususnya anak dalam kandungan kamu” maka jawab Hindun: “Demi Allah pendustaan begitu sangat buruk , kami diseru berbuat baik dan ikhlas, serta akhlak yang mulia”. Apabila Rasulullah menyatakan bahawa ‘ Engkau tidak akan menderhakakan aku dalam semua urusan yang makruf, maka jawab Hindun; ‘ sesungguh kami berada dalam majlis ini dan telah menjadi keyakinan kami tidak akan melakukan penderhakaan tersebut’. Begitulah contohnya Rasulullah melakukan upacara sumpah taat setia kepada Hindun b Atabah isteri kepada Abu Sufian dengan penuh hikmah dan panduan yang baik. Ayah akhir surah ini mengulang secara umum gambaran hubungan muslimin dengan orang-orang kafir:
37
Mafhum nya: ‘Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu menjadi teman rapat kepada mana-mana kaum yang telah dimurkai oleh Allah ke atas mereka! mereka sebenarnya telah berputus asa dan berputus arang daripada mendapat RAHMAT Allah dan kebaikan akhirat; sebagaimana berputus asa nya orang-orang kafir yang berada dalam kubur”.(13) Tafsiran ayat 13: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menunjuk rasa kasih mesra dan berhubung akrab dengan jenis orang-orang kafir yang dilaknat dan dimurkai Allah; Siapakah mereka itu? Mereka ialah orang-orang Yahudi dan sama seperti Yahudi; orang-orang Nasrani dan orang-orang seperti mereka!. Orang-orang musyrikin yang menjadi seteru Allah, dan bekerja keras untuk menjahnamkan orang-orang yang beriman dengan Allah. Mereka ini telah disumpah oleh Allah sebagai orang-orang yang dimurkai Allah; iaitu tiada rahmat Allah atas mereka di akhirat nanti. Tujahan seruan ini kepada orang-orang yang beriman, dan atas nama Iman, dan sifat mereka yang berbeda dari semua kaum lain, demi mengelak mereka dari terperangkap dengan seteru Allah. Di antara sifat utama kaum-kaum ini adalah mereka telah berputus arang, berputus asa, tiada harapan lagi untuk mendapat rahmat Allah. Mereka menganggap mati itu adalah untuk akhir segala-galanya; namun akan terkejut bahawa mati tidak berakhir di situ sahaja, tetapi masih mempunyai kehidupan selepas mati; kehidupan yang akan membongkar segala amal laku kufur mereka dan diberi pembalasan yang setimpal. Mereka berputus asa kerana adanya Hisab dan dibangkitkan semula.
38
Ismail Haqqi ar Rusawi menjelaskan putus asa orang-orang kafir ini seperti berikut: “ Apabila seorang yang kafir itu mati dan dikuburkan, maka 2 malaikat akan datang menyoal mereka; siapa tuhan kamu, apa agama kamu, dan siapa nabi kamu? Maka dia menjawab “ AKU TAK TAU! Malaikat akan berkata pada mereka; ‘ Allah menjauhkan kamu semua dari Rahmat nya! Lihat lah sekarang tempat kamu dalam neraka, dan mereka dapat melihat neraka Wail, dan Malaikat mengatakan, rasalah kamu akan azab nya!. Kemudian Terbuka lah pintu jannah maka berkata lah malaikat it ; Untuk siapakah ini? Jawabnya: ini untuk mereka-mereka yang beriman dengan Allah! Di waktu itu, kata yang mati itu, kalau lah aku beriman dengan Allah mesti dapat aku rasai Jannah ini; Segala harapan utuk jannah tertutup dan mereka hanya akan menggigit jari penuh putus asa; mereka putus asa dari mendapat Jannah Allah. Akhirnya, pembaca tafsiran diseru membaca surah ini dan tafsirannya dengan menilai sendiri keseluruhan surah ini yang sedang membentuk satu perancangan pembangunanan sebuah kerajaan Islam yang benar-benar berwibawa. Rasulullah adalah sebenarnya PENCETUS UMMAH yang ulung membentuk, mendorong dan mentadbir ummah. وﷲ أﻋﻠم
39