SEMINAR PERSURATAN PAHANG jMenjejal^ 'Warisan (pafang Zakaria Ariffin : Tokoh Drama Kontemporari Oleh:
Tn Hj Hamzah Ismail
27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan
Jlnjuran (Bersama:
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) (Dengan %trjasama
Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang
TA-Jj^.vrt
T*-rwrct
Z A K A R IA A R IF F IN : T O K O H D R A M A M E L A Y U M U T A K H IR
Oleh Hamzah Ismail Universiti Pendidikan Sultan Idris
P e n d a h u lu a n
Dunia sastera, khususnya masyarakat drama/teater, pasti mengenali Zakaria Ariffm (ZA), tokoh drama Melayu yang berasai dari negeri Pahang Darul Makmur. Dilahirkan di Kuantan 49 tahun yang lalu, beliau mendapat pendidikan awal di daerah kelahirannya sebelum menjadi kerani sementara di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
Anak muda yang sejak di sekolah rendah lagi bercita-cita ingin menjadi dramatis ini meninggalkan tugas kerani sementaranya dan memohon-memasate-Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjong Malim pada tahun 1975. Namun MPSI tidak memadai untuk mencapai cita-cita tingginya itu. Walaupun kehadirannya hanya lima bulan di maktab tersebut, pendidikan yang diterimanya dapat membina asas keyakinan untuk memenuhi cita-citanya. Ini adalah disebabkan kehadiran Cikgu Nordin Hassan (kini Sasterawan Negara, Datuk) sebagai tenaga pengajar yang cukup berketerampilan dalam bidang drama. Dalam tempoh lima bulan itu, beliau sempat bersama-sama berkecimpung dalam menjayakan persembahan drama Pintu karya Nordin Hassan sendiri.
Peperiksaan STPM yang didudukinya sebelum memasuki MPSI menghasilkan keputusan yang baik dan meiayakkanya memasuki menara gading. ZA memilih Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang sebagai tempat yang dapat merealisaikan cita-citi muminya itu. Di sanalah bermulanya sejarah pembinaan Tokoh Drama Melayu Mutakhir ini.
Iltizam menanjak wawasan
Pendidikan formal dan juga penimbaan pengalaman dalam bidang drama secara mendalam telah diperolehi ZA di USM. Di sanalah beliau dididik dan diasuh oleh tokohtokoh terbilang dalam bidang drama seperti Kala Dewata (Mustapha Kamil Yasin), Ghulam Sarwar, Ghouse Nasaruddin, Krishen Jit, Zainal Latif dan juga rakan pelajar senioumya yang cukup beriltizam ketika itu, Hatta Azad Khan. Di sanalah juga beliau mula berkecimpung secara serious dalam dunia drama dengan menganggotai kumpulan teater Angkatan Sasaran atdfP^r^pcasaran.
-
.
Setelah menamatkan pengajiannya di USM, ZA memulakan kariemya sebagai pegawai penyeiidik sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala lumpur. Di pusat penyelidikan dan gedung ilmu itu beliau mendapat peluang yang cukup baik untuk mempraktikan ilmu yang diperolehinya di USM, sekaligus menimba pengalaman luas daripada tokoh-tokoh veteran seperti Usman Awang, Othman Hj. Zainuddin, Johan Jaafar Atondra, Malina Man]a dan lain-lain lagi yang berkhidmat di DBP.
3
Peluang keemasan ini dipergunakan sepenuhnya oleh ZA. Sementelahan pula sikap dan perawakan beliau yang sederhana dan mudah mesra itu memudahkan rakan-rakan sekeliling memberikan keqasama dan sedia membantunya. Prinsip inilah yang membuahkan kejayaan dan menjulang beliau menjadi dramatis terkenal tanah air.
Setelah berkhidmat selama hampir 20 tahun di DBP beliau membuat keputusan untuk besara pilihan pada tahun 1996. ZA yang mendarah daging dalam bidang drama/teater telah memasuki Akademi Seni Kebangsaan, di Hulu Kelang sebagai pensyarah sambilan. Tidak berapa lama selepas itu beliau mengisi jawatan Ketua Bahagian Teater di Akademi Seni Kebangsaan yang kini berpindah ke Tingkat 33, Empire Towers, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Apabila kampus ASK yang sedang dibina di Jalan Merbuk siap nanti, program teatar ASK akan diperbesarkan, manakala kemudahan studio yang dilengkapkan sepenuhnya akan memberi peluang kepada ZA mengenadlikan kursusnya dengan lebih berkesan lagi. ZA telah pun merencang untuk melakukan beberapa eksperimen untuk meningkatkan drama/teater Melayu di kampus baru itu nanti.
,
Kematangan ZA dalam menguruskan aktivit: teater memberi kepercayaan kepada kementerian Kebudayaan
dan Pelancungan Malaysia sehingga beliau beijaya
menghasilkan projek besar teater yang menelan belanja beratus ribu seperti Pentas Opera, Raja lawak dan Siti Zubaidah. Kini ( 27 Oktober hingga 3 November 2001) ZA sedang menganjurkan “Festival Wayang Nusantara” yang di adakan di Balai Seni Lukis Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
4
Membina sahsiah Teater
Ketokohan bukan boleh dibina sekelip mata. Setelah kita mengenali latar belakang ZA, mungkin kita mahu meneliti beberapa kejayaan dan hasil karya beliau yang boleh melabeikan beliau sebagai tokoh besar teater tanah air. Harus difahami bahawa ZA bukan sahaja bergerak disekitar Dewan bahasa dan pustaka, atau sekadar di kota metropolitin Kuala Lumpur, malah beliau sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh akedemik dan pusat-pusat pengajian tinggi di seluruh negara, hatta ke seluruh dunia.
Selain daripada bekas-bekas mahagurunya di USM, beliau juga begitu rapat dengan tokoh akedemision drama/teater seperti Dr. Rahman Napiah (Mana Sikana), dan Dr. Solehah Ishak dari UKM, Dr. Rahmah Bujang dan Dr. Anuar Nor Arai dari UM . Manakala dalam aktiviti pementasan beliau berdampingan dengan Sasterawan Negara Datuk Nordin Hassan, Hatta Azad Khan, dan selumnya pastilah dengan Dinsman, Syed Alwi dan lain-lain lagi Kalau dah Ajal skrip drama TV ZA yang pertama terhasil dalam tahun 1973 disiarkan oleh RTM melalui siri drama mingguan Potret Pekerti. Kejayaan ini membuat beliau terus mengukuhkan azamnya untuk berkecimpung dalam dunia drama/teater.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ZA mendapat bimbingan awal daripada tokoh drama/teater Nordin Hassan ketika beliau berada di MPSI. Di situlah bermulanya alam teater sebenamya dengan menjadi tenaga produksi dalam pementasan drama Pintu karya dan arahan Nordin Hassan sendiri. Pintu merupakan sebuah drama surealisme atau diketogarikan oleh Mana Sikana sebagai drama absurd. Manakala selepas itu ZA sendiri menggelarkannya drama kontemporari (istilah yang dipakai oleh ZA). ZA senang sekali bertugas bersama Nordin Hassan. Ini disahnya sendiri apabila beliau
membantu
Sasterawan Negara itu mementaskan Malam Ini Penyu Menangis pada tahun 1994 (kerjasama Panggung Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka).
Bakat sedia ada pada diri ZA diasah dengan cukup tajam oleh tokoh-tokoh drama di USM terutamanya Kala Dewata dan Zainal Latif. Minat dan kesungguhan membawa beliau ke mercu kejayaan. Bersama dengan Angkatan Sasaran atau Angkasaran beliau terus berkecimpung dalam aktiviti drama di USM. Drama pertama beliau turut berlakon beijudul Bujur Lalu melintang Patah karya Kala Dewata yang dirah oleh Zainal Latif.
Dalam temubual penulis dengan ZA di pejabatnya pada 22 Oktober 2001, beliau menjelaskan bahawa Zainal Latif dan Hatta Azad Khan merupakan tenaga-tenaga aktif dalam. kumpulan teater Angkasaran banyak memberi bimbingan kepada beliau tentang selok belok pementasan drama/teater.khalayak. Ketika itu Bujur Lalu Melintang patah dan Patung-Patung dipersembahkan sebagai tetater keliling di beberapa buah negeri di Semenanjung. Di sinilah Zakaria menimba .lmu dan pengalaman serta membina sahsiahnya sebagai tokoh dtama/tetater yang dedikasi dan berdisiplin.
6
Bergelumang dalam dunia teater
Dalam beberapa hal, Zakaria Ariffln menurut jejak langkah tokoh yang membimbingnya terutama Zainal latif dan Nordin Hassan. Beliau menguasai keempat-empat bidang kemahiran sen: drama/tetater iaitu, berlakon, mengarah, menulis skrip dan kritikan drama.
Sebagai Pelakon
ZA mula-mula berlakon dalam drama/teater ketika menjadi mahasiswa d USM pada tahun 1976. Beliau memegang watak Datuk Mengkota, tokoh adat Perpatih dalam drama berlatarkan masyarakat Minangkabau beijudul Bujur Lalu Melintang Patah karya Kala dewata itu arahan Dr. Zainal Latif. Dr. Zainal Latif memang banyak membimbing ZA dalam teknik berlakon. Namun dalam pengalamannya bersama Hatta Azad Khan dan juga Krishen Jit menjadikan beliau semakin matang.
Sambil berlakon ZA juga menjadi tenaga produksi. Hal ini memang terpaksa dilakukan oleh beliau sebagai pelajar Program Seni Lakon. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM. Pengalaman awal sebagai pelakon ini memudahkan beliau menyertai akt; iti teater menerusi kumpulan Teater DBP bersama Johan Jaafar dan tokoh-tokoh lain. Peluang ZA berlakon dalam drama-drama pelbagai aliran sperti Si Bangkok Tanjong Puteri karya Shahrom Husein (Sandiwara), Tamu Di Bukit Kenny karya Usman Awang (Realisme),
Mayat dan Patung-patung karya Hatta
A z ad
Khan
(surealism e)
dan Di mana Bulan
Selalu Retak karya A.Samad Said ( neorealisme) menjadikan ZA seorang tokoh pelakon yang mantap dan berwibawa. Berkurangannya ZA memegang watak kebelakangan ini, bukan kerana kelemahannya memainkan peranan tetapi kerana tenaga beliau diperlukan sebagai pengarah atau pengurus produksi,
Sebagai Pengarah
Dalam pementasan drama, “title” pengarah dianggap paling hebat. ZA tidak akan digelar tokoh kalau tidak menjadi pengarah produks: drama/teater.Beliau mula-mula mengarah teater adalah dari skrip karyanya sendiri iaitu Penunggu Pusaka semasa beliau menuntut di USM pada tahun 1977. Kemudian baharulah diikuti dengan drama-drama lain semasa beliau bertugas di DBP, Kuala Lumpur. Sebagai pengarah beliau adalah, seorang yang teliti dalam menganalisis skrip drama yang ingin dipentaskannya. Biasanya beliau memilih cerita yang dapat memperlxhatkan aksi dan dialog dengan berkesan.
Skrip yang dipilih oleh ZA selalunya membawa mesej dan persoalan yang universal. Ini terbukti drama Bangsawan Siti Zubaidah yang menonjolkan sikap pedagang (Cina) yang mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan prinsip kemanusian (yang dipegang oleh Melayu) yang setia pada janji/peraturan akhimya mencetus kepada permusuhan dan peperangan.
Beliau juga seorang pengarah teatar yang dapat merealisasikan penggunaan prop dan ruang pentas yang baik. Siti Zubaidah yang dipentaskan di Istana Budaya pada tahun lalu (2000) adalah contoh pengunaan Prop yang cukup mengkagumkan. Walaupun Istana Budaya sebuah panggung yang serba canggih, namun jika tidak ditangani oleh ZA mungkin tidak begitu terserlah prop dan settingnya. Manakala pemilihan watak pula ZA mempastikan watak-watak itu benar-benar dapat menghidupkan cerita. Pemilihan Jalil Hamid untuk watak “Osman Bombay” dalam pementasan Raja Lawak adalah contoh ketelitian beliau melakukannya.
Antara drama yang pemah diarah oleh ZA ialah:
(i) (ii)
Penunggu Pusaka, 1977 (karya Zakaria Ariffin) Syajar, 1980 (karya Ismail Kassan)
(iii) Mayat, 1981 (karya Hatta Azad Khan) (iv).
Pelayaran Inderapura II, 1982 (Karya Ismail Kassan)
(v)
Tok Selampit, 1988 (karya Anwar Nor Arai)
(vi)
Pentas Opera, (1989 (karya Zakaria Axiffin)
(vii) Mitos, 1992 (karya Othman Hj. Zainuddin) (viii) Raja Lawak, 1992 (karya Zakaria Ariffin) (ix)
Matinya seorang Pahlawan, 1992 ( karya Usman Awang)
(x)
Teman, 1993 (karya Kobo Abe / teijemahan Zakaria Ariffin)
(xi)
Perempuan seorang Leftenan Inggeris, 1995 (karya Zakaria Ariffin)
(xii) Belaum Selesai, 1996 (karya Zakaria Ariffin)
9
(xiii)
Teja, 1997 (karya adaptasi Zakaria Ariffin)
(xiv)
Imam, 1998 (karya adaptasi Zakaria Iriffin)
(xv)
Bangsawan Siti Zubaidah, 2000 (karya adaptasi Zakaria Ariffin)
Sebagai penulis/dramatis
Sebagai mahasiswa program seni lakon di USM sudah pastilah ZA mengikuti kursus serta dibimbing dengan teliti untuk menulis skrip drama/teater. Asuhan penulisan skrip di bawah Mahagurunya Kala Dewata (Mustapha Kamil Yasin) dan pensyarah yang lain menjadikan beliau seorang dramatis yang mantap. Maka terhasilah karya sulungnya Penunggu Pusaka sebuah drama remaja Kebanyakan karyanya terhasil ketika beliau berkhidmat di DBP dan juga di Akaden: Seni Kebangsaan. Berikut adalah senarai skrip yang dihasijkannya:
(i)
Anak, 1978 (belum terbit)
(ii)
Putera Si Amang, 1978 (belum terbit)
(iii)
Si Tanggang Anak derhaka,
(iv)
Penunggu Pusaka, 1986
v)
Kembara Raja Gondang, 1986
(vi)
Pentas Opera, 1978
(vii)
Raja Lawak, 1993
(viii) Jangan Bunuh Sam, 1994
1983
10
(ix)
Perempuan Seorang Leftencin Inggeris, 1995
(x)
Belum Selesai, 1996
(xi)
Teja, 1997
(xii)
Badut Raja, 1997
(xiii) Sungai Mengalir Lesu, 1997 (xiv)
Pemburu Pelangi, 1998
(xv)
Imam, 1998
(xvi) Suluh Peraba, 1998 (xvii) Bangsawan Siti Zubaidah, 2000
Untuk mengenali aliran pemikiran tokoh drama ini, elok disorot sepintas lalu beberapa karyanya yang utama seperti Pentas Opera, Perempuan Seorang Leftenan Inggeris, Raja Lawak dan Jangan Bunuh Sam. Pentas Opera terhasil daripada pertandingan menulis skrip tetater anjuran Esso-Gapena pada tahun 1988/89. Karya ini adalah reaksi beliau terhadap drama Amongst Barbarians iaitu sebuah drama yang menyindir kerajaan Malaysia yang menjatuhkan hukuman gantung kepada dua orang rakyat British yang mengedar dadah di negara ini.
Protes ZA terhadap sikap Barat (penjajah) ini diperkuatkan lagi melalui dramanya Perempuan seorang Leftenan Inggeris. Kebaculan pegawai tentera Inggeris yang lari pulang ke negerinya kerana meletusnya perang Dunai Kedua menyedarkan Miss Tijah (anak negeri Malaysia) bahawa Inggeris (Barat) bukanlah satu bangsa yang unggu! kerana mereka dapat dikalahkan oleh Jepun (kuasa Timur). Lantaran itu Miss Tijah
mengaiih pandangan
kepada totoh pejuang
tempatan, disam ping sifatnya sebagai
perempuan penghibur, M iss T ijah ju g a berm esra dengan pegawai Jepun.
Raja Lawak mengisahkan disebalik kehidupan watak pelawak yang kelihatannya sentiasa ketawa dan riang tetapi sebenamya mereka juga dilanda kesedihan seperti manusia lain. Malah, kadang-kadang penderitaan itu lebih teruk lagi. ZA mahu memberi tahu khalayak apa yang brlaku di sebelik pentas seperti yang dapat diintai daripada pemeparan Pentas Opera. Manakala Jangan Bunuh Sam merupakan protes ZA terhadap komen akhbar yang mengkritik watak “Ielaki lembut” (Sam) yang dibawakan oleh Imuda dalam siri drama komedi 2 + 1. Bagi beliau Ielaki berpakaian wanita dan membawakan aksi watak wanita lebih dayus daripada Ielaki lembut.
Sebagai pengkritik
Untuk memperlengkapkan peranan seorang tokoh, aspek keritikan dilihat sebagai bidang yang dapat mengukur kewibawaan seseorang dalam bidangnya. Dalam hal ini, ZA telah menghasilkan Buku Drama Melayu Moden Dalam Esei pada tahun 1981. Buku yang mengandungi 19 judul esei. hasil tulisan pelbagai tokoh pengkritik drama yang memperkatakan drama Melayu tanah air, adalah usaha pertama beliau sebagai pegawai penyelidik sastera di DBP.
12
Melihat kepada kepelbagaian judul yang dikelas oleh beliau kepada esei umum, Sejarah dan perkembangan, konsep dan aliran, penulisan, pementasan dan kritikan itu menunjukkan betapa perihatin dan telitinya beliau mengikuti. perkembangan dan menangai permasalahan drama Melayu di Malaysia.
Buku seterusnya ialah Drama Tiga Zaman telah beijaya diselenggarakannya dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1984 dan menjadi buku teks bagi calon sastera di peringkat SPM ketika itu. Selaras dengan judulnya, buku ini memperkatakan drama Melayu Moden dalam tiga zaman iaitu zaman sandiwara yang ditanda oleh drama-darama karya Syed Alwi Alhady, Shahrom Hussein dan Kalam Hamidy. Dalam buku ini drama Si Bangkok Tanjong Puteri karya Shahrom Hussein dan drama Anak Nazar Tujuh Keramat karya Kalam Hamidy diangkat sebagai wakilnya,
Zaman realisme yang dipelopori oleh Kala Dewata diwakili oleh drama Jalan yang Benar (Kala Dewata), Menyerahnya Seorang Perempuan (Usman Awang) dan Anna (Kemala). Manakala zaman kontemporari yang dikatakan kemunculan aliran surealisme atau absurd diwakil oleh karya Nordin Hassan, Jangan Bunuh Rama-Rama, Di Pulau Sadandi (Dinsman), Pasrah (Johan Jaafar), Paku Alam (Hashim Yassin) dan Jebat (Hatta Azad Khan)
13
Pemilihan drama-drama tersebut membuktikan ZA seorang pengkritik yang mahir dan mengikuti perkembangan drama tanah air dengan teliti. Perdampingan beliau dengan Mana Sikana, tokoh aakedemik yang cukup berwibawa dalam teori dan kritikan drama, mengangkat beliau ke tahap yang ada sekarang. Antaranya beliau menyelengarakan
Drama Hikmah, sebuah
antologi drama
yang memuatkan 10 buah drama yang
diselenggarakan bersama Mana Sikana.
Penutup bicara
Dengan kepakaran yang dibuktikan oleh ZA dalam keempat-empat bidang kemahiran ini (pelakon, pengarah, penulis dan pengkritik) jelaslah beliau merupakan tokoh drama Melayu mutakhir yang cukup menyerlah dan berwibawa. Beliau mempunya harapan yang besar kepada dunia sastera, khususnya drama tanah air dan diiankgakan tokoh ini akan menghan ikan lebih banyak lagi khidmat dan karya yang akan mendapat pengiktirafan danpada badan-badan penulis antarabangasa yang bukan sahaja setakat Anugerah Penulis ASEAN yang diperolehinya tetapi tidak disangsikan sama sekali beliau layak menerima anugerah yang lebih tinggi lagi memandangkan kesungguhan dan kecekalannya dalam mengangkat martabat drama/teater negara dalam usianya belum mencapai 50 tahun.
Sekian,