SEMINAR PERSURATAN PAHANG M enjeja^ ‘Warisan (Pahang Hala Tuju Program Kebudayaan & Kesenian Negeri Pahang Oleh: Abdul Hamid Hj Muhamad
27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan
Jlnjuran (Bersama:
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Meiayu Pahang (DPMP)
Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang
P
TA'JTs.UV
HALA TUJU PROGRAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI PAHANG. Oleh : En. Abdul Hamid bin Haji Muhamad Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang
PENGENALAN.
Kertas ini merupakan suatu imbasan atau "Reflection" yang akan cuba mengaitkan aspek pentadbiran atau pengurusan kebudayaan dalam konteks professionalisme
serta
kaitan
dengan
halatuju
merangka
sesuatu program
pembangunan kebudayaan yang "Comprehensive" di awal abad ke 21 ini. ■
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, makmur, berdaulat, diketahui umum tentang Iatarbelakang sejarah, politik, ekonomi, sosiol dan kebudayaan, akan memberi jawapan tersendir kenapa struktur dan sistemnya yang ada berlatarkan kepelbagaian kaum, peringkat hiraki kuasa dalam sesebuah persekutuan (federalism) suatu gerakan yang perlu sekarang selepas kemerdekaan sejak 1957, adalah kesediaan masyarakat yang berbilang kaum, berbiiang kepercayaan, adat resam, bahasa pertuturan, mengembelingkan tenaga menunaikan ikrar dan janjisetia sewaktu negara mencapai kemerdekaan.
0)
KEBUDAYAAN.
Perkataan budaya berasal dari kata Sanskrit, ’budhldaya'. BudhI bermaksud asas-hikmah dan hikmah ialah kebijaksanaan yang penuh dengan persoalan ilmu
pengetahuan, tetapi penekanan yang diberikan disini ialah kepada persoalan alam jiwa, atau keupayaan alam akal-fikir manusia. Sedangkan daya ialah tenaga fizikal, atau gerak-laku fizikal, jasmani manusia yang mengguna segala macam sumber alam.
Justeru itu adalah wajar jika budaya atau kebudayaan difahami sebagai satu proses aktif dan dinamik untuk manusia menggerakkan daya cipta dan tenaga fikir untuk mengguna segala macam sumber alam di dalam sekitar maupun di luar sekitamya. Keupayaan daya fikir dan daya cipta manusia mencipta keperluan hidup yang asasi maupun melengkapi dengan mengguna sumber alam adalah suatu proses penyesuaian (adaptif) dan juga pengeluaran (produktif).
Kebudayaan dalam pengertian yang luas berkisar kepada manusia sebagai faktor utama dan central, maka dapat dirumuskan bahawa : a)
Kebudayaan mencakup segala perkembangan serta kemajuan manusia dan masyarakat, tidak sahaja meliputi seni dan sastera, juga konomi, teknologi, sosiol, politik, hukum dan undang-undang, ide dan ilmu pengetahuan serta sistem nilai yang terdapat di dalam diri manusia dan masyarakat.
b)
Kebudayaan adalah hasil bersama. Setiap individu dibentuk dan berkembang untuk memiliki peribadi didalam kebudayaan masyarakat. 01.. ’
itu
kebudayaan
melibatkan
ramai
pendukung
dan
pengembangannya.
c)
Kebudayaan pada hakikatnya ialah persoalan kemanusiaan, iaitu proses peningkatan hidup yang lebih baik dalam masyarakat dan yang memiliki nilai kemanusiaan. Oleh kerana nilai-nilai
kemanusiaan
menjadi dasar dan ukuran yang meliputi nilai-nilai kemanusiaan menjadi dasar dan ukuran yang meliputi nilai-nilai etika dan agama, maka menjadi sumber serta landasan bagi norma masyarakat.
ASAS
a.
PEMIKIRAN.
Kebudayaan merupakan aspek yang integral dalam kehidupan bermasyarakat. Ia menjadi wahana segala pemikiran dan lahir dl kalangan masyarakat "manusia" bagi memenuhi keperluan "material" dan "non-material".
b.
Kebudayaan berubah, ia tidak bersifat beku (stagnant). Mempunyai ciri-ciri dinamika,
progresif
serta
anjaL
Perubahan
pola
kehidupan
akibat
perkembangan dan pertumbuhan ekonomi memberi kesan langsung apa yang membentuk penafsiran yang melahirkan pelbagai "schools of thought".
(3)
Kebudayaan
c.
mempunyai
peranan
yang
sangat
"dominance"
dan
"preferences" harus diberi setiap dan sepanjang masa. Ledakan pembangunan
serta pertumbuhan ekonomi yang menggalakan ditambah dengan gelombang ketiga (third waves) mungkin menyebabkan kebudayaan "terpinggir" kalau "kita alpa".
d.
Kebudayaan masyarakat di Malaysia berada di kedudukan cukup baik dan mantap. Dengan sistem sosial dan nilai yang berasaskan keagamaan dan kepercayaan "no religion teaches the badH-negara maju beracuankan Malaysia adalah impian yang wajib menjadi intipat falsafah pembangunan negara yang berterusan.
e.
Kedudukan ekonomi yang kukuh, klim politik yang stabil serta sistem nilai yang mulia, kebudayaan haras menjadi unsur utama yang didokong dan dikongsi
bersama
ke
arah
melahirkan
masyarakat
Malaysia
yang
berketrampilan, tersohor, budiman serta patriotik
PERNYATAAN Mi1:SALAH
a.
Era 2000 menyaksikan periode ledakan dan limpahan maklumat yang mengerikan serta dunia tanpa batas sempadan dalam "global village" seperti (4)
gambaran Marshall Macluhan, Paul Kennedy, Alvin Tofler atau John Naisbitt adalah pemyataan-pemyataan yang
harus menjadi titik tolak kegawatan
masyarakat dan kebudayaan pada tahun mendatang.
b.
Tamatnya Perang Dingin serta robohnya tembok kornunisme serta penyatuan semula German memulakan era baru serta kesan langsung kemajuan tamaddun serta kebudayaan manusia. Sistem nilai ’’universalisme" berada di mana-mana akibat sistem telekomunikasi - melalui tv, satelit, sistem kabel, e-mail, internet dan lain-lain. Pola nilai serta sistem manusia berubah dengan pantas.
c.
Kebudayaan manusia mengalami perubahan yang mendadak, lantas kita harus bertanya apakah kebudayaan masih releven dalam dunia tanpa b&tasan ini ? Adakah ’’universalisme" dan ’’uniformity” akan menjadi mercu tanda masyarakat berkebudayaan di masa hadapan ?
d.
Kebudayaan atas sifat dinamiknya harus melihat lebih jauh visi dan misi masa hadapan. Cabaran, halangan serta sistem yang cepat berubah memerlukan kepakaran
dan
professionalisme
yang
bukan
kecil.
Mcmbangunkan
kebudayaan merupakan tanggungjawab serta amanah pembangunan insan yang saling melengkapi.
(5)
KE MANA KEBUDAYAAN PADA ABAD KE 21?
a.
Paksi pembangunan dan perkembangan dunia pada abad ke 21 pasti akan berubah ke Asia (rujuk ramalan Naisbitt, Toffler dll). Perubahan akan terasa di mana-mana dan dalam semua aspek kehidupan. Perubahan pola kehidupan dalam sistem pasaran bebas dan "langit terbuka" menyaksikan perubahan demi perubahan dan robohnya tradisi.
b.
Kebudayaan manusia juga tidak dapat xnengelakkan diri dari tempias perubahan. Lantas kita bertanya bagaimana bentuk kebudayaan pada abad ke 21, bagaimana peranan kebudayaan itu kelak atau ke mana halatuju kebudayaan pada tahun akan datang nanti.
c.
Kebudayaan di Malaysia adalah bukan sahaja cara hidup yang menentukan pola sistem, malah di Malaysia, secara peribadi, kebudayaan ialah "ideologi" yang akan menjadi mekanisme membentuk citra masyarakat Malaysia - baik identiti, bahasa, budaya, nilai dan norma atau patriotisme. Kebudayaan akan menjadi acuan "seumur hidup” membentuk warga yang kesetiaannya tidak dipetikai dan pada masa yang sama mempunyai nilai estetika yang tinggi.
d.
Kebudayaan abad ke 21 adalah wadah keseluruhan pemikiran rakyat Malaysia - tanpa mengira asal usul, wama kulit, kefahaman, sistem nilai dll. Kebudayaan (6)
itu sistem pendidikan, doktrin pertahanan, perpaduan kesatuan, sistem sahsiah, tv, radio, filem dll segala macam yang mempunyai citra Malaysia, falsafah Malaysia, semangat Malaysia dll.
SEMUANYA BERMULA HARI INI.
a.
Penubuhan kementerian (1987) serta usaha-usaha awal semenjak 1960an dengan pengwujudan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan beberapa agensi yang langsung dan tidak langsung membantu gerakan perkembangan kebudayaan menandakan komitmen Kerajaan dalam usaha pembangunan kebudayaan di Malaysia.
b.
Perubahan adalah sifat lazim dalam pembangunan dan tidak terkecuali pembangunan kebudayaan. Sekurang-kurang mengalami perubahan-perubahan berikut - struktur pentadbiran/pengurusan yang dimantapkan dari semasa ke semasa mengikut perubahan dan keperluan, priorit dalam struktur program menyaksikan peralihan dari sudut pengembangan kesenian sahaja kepada struktur
program yang lebih mantap, berwawasan dan menyeluruh dan
perubahan dar aspek kepegawaian - yang terlatih dan mempunyai latar belakang akademik.
c.
Pembangunan kebudayaan kini telah mengalami proses transformasi yang
(7)
tidak memungkinkan kita mengambil sikap pesimistik semata-mata. Sekadar menjadi penunggu dan menonton sahaja.
Perancangan pembangunan
kebudayaan masa kini menampakkan komitmen pemerintahan yang serius, pelbagai kemudahan (fizikal dan bukan fizikal, peruntukan kewangan, tenaga pegawai, kursus dan latihan dll) diadakan bagi menjadikan professionalisme kebudayaan sesuatu yang dihormati.
GERAKAN PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI PAHANG.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang telah merancang Program Pembangunan Kebudayaan yang akan menekankan kepada usaha-usaha memupuk masyarakat berbudaya yang bermoral tinggi, berilmu dan berkeperibadian Malaysia dengan mengamalkan nilai-nilai mumi yang unggul.
Dalam membentuk suatu cara hidup Malaysia, Jabatan telah merancang Program Pembangunan Kebudayaan yang akan terus menekankan kepada aspek kehidupan yang menjurus kepada matlamat memupuk identiti serta jat diri kita serta perpaduan bangsa, nilai-nilai kemanusiaan serta kerohanian yang seimbang dengan pembangunan ekonomi,
(8)
Untuk mencapai kecemerlangan dalam pembangunan Kebudayaan dan Kesenian, saya berpendapat bahawa ia seharusnya digerakkan melalui kesedaran di semua peringkat khalayak khususnya di peringkat akar umbi. Oleh itu, perhatian dalam soal prasarana, kelengkapan alat serta aktiviti atau projek yang akan dijalankan perlu diberi perhatian, Melalui aktiviti yang terancang penggiat dan penggerak akan terlibat secara lebih berkesan.
O B J E K T I F PERANCANGAN GERAKAN.
Program pembangunan Seni dan Budaya yang dirancang mempunyai objektif berikut:
a.
Memberi dan memperkukuhkan kefahaman mengenai kebudayaan sebagai sebahagian dari aktiviti kesenian dan cara hidup.
b.
Memngkatkan penyertaan masyarakat ten tang kegiatan Kebudayaan dan Kesenian.
c.
Menvemai kesedaran serta menghargai seni bangsa di dalam masyarakat.
d.
Menanam nilai-nilai moral dan rohaniah yang kukuh sebagai cir utama masyarakat berbudaya sekaligus mengatasi keburukan budaya massa, gejala negatif dan pengaruh-pengaruh budaya asing yang boleh membawa kesan negatif.
(9)
e.
Memupuk budaya dan mutu seni yang tinggi melalui Industri Budaya yang sihat.
f.
Melahirkan lebih ramai ahli penggiat dan karyawan seni yang berilmu dan sekaligus meningkatkan khalayak, peminat dan pengamal seni.
g.
Memulih dan mengaktifkan Pertubuhan Sukarela Kebudayaan.
h.
Peneroka khazanah warisan budaya tempatan bagi memmbulkan kecintaan dan memperkayakan warisan sejarah budaya negeri.
i.
Kesenian dapat memberikan "Input" pelancongan serta nilai ekonomi, seperti senibina, kraf, permainan tradisional, kostium, senimuzik, industri tekstil, seramik, seni lakon serta seni persembahan.
STRATEGI PELAKSANAAN.
Kerajaan Negeri melalu Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang telah menggariskan beberapa strategi yang akan menjadi garis panduan dalam pelaksanaan program dan aktiviti Pembangunan Seni dan Budaya tersebut iaitu :
a.
Menanam semangat kesedaran dan penghayatan yang lebih meluas terhadap nilai-nilai budaya melalui program dan aktiviti yang akan dilaksanakan
(10)
b.
disemua peringkat yang dikenal pasti.
c.
Tumpuan akan diberi dalam raelahirkan fasilitator dan tenaga mahir penggerak budaya melalui seminar, kursus, bengkel program yang diatur,
d.
Mexungkatkan peranan Pertubuhan-Pertubuhan Sukarela Kebudayaan serta penyeiarasan bersama dengan agensi-agensi Kerajaan serta penglibatan oleh pihak swasta dalam majlis-majlis dan program kebudayaan secara bersepadu.
e.
Memperbanyakkan hasil karya seni serta mempertingkatkan daya cipta seni bertaraf tinggi.
f.
Meningkatkan program pembelajaran dan latihan secara formal dan sistematik di bidang seni bagi melahirkan ahli seni yang berilmu dan berkebolehan ke arah pencapaian kecemerlangan.
g.
Memberi
perhatian
terhadap
mengadakan
prasarana
budaya
untuk
meningkatkan aktiviti dan penglibatan masyarakat.
h.
Memperbanyakkan penubuhan kumpulan seni serta memantapkan kumpulan yang sedia ada.
(11)
PROGRAM DAN AKTIVITI.
Dalam usaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang untuk meningkatkan aktiviti ke arah pembangunan kebudayaan ini adalah dikenal pasti bahawa sasaran pencapaian akan diperolehi melalui 5 program pembangunan iaitu
1.
Pengembangan dan Pendidikan Kesenian
2.
Pembangunan Sumber Manusia
3.
Kecemerlangan Seni
4
Pemuliharaan Kebudayaan dan Kesenian
5.
Pembangunan Seni tampak.
-
KESIMPULAN.
Kebudayaan sebenamya rnenanamkan semangat dan cita-cita, lambang dan harapan, nilai dan res am yang'mempengarulii seluruh sistem kehidupan yang lain dan. bersama dengan politik, ekonomi dan sosial akan menggambarkan pencapaian tahap sesuatu tamaddun bagi sesuatu bangsa.
Peranan pembangunan kebudayaan menuntut kita membangunkan :
a.
Fikiran yang meliputi tahap pencapaian ilmu pengetahuan tunggi, falsafah dan kesusasteraan. (12)
b.
Membina lambang-lambang atau imej kebendaan yang menjadi sebahagiaan kemodenan dan sebagainya.
c.
Memupuk kesenian dengan penyertaan dan penghayatan yang mengeratkan perpaduan, melalui seni tarnpa seperti seni ukir, seni luMs, seni fotor, seni area, tekat menekat, membatik, menyongkit dan sebagainya
d.
Memupuk adat resam atau nilai dan norma bangsa sendiri supaya dalam situasi politik-ekonomi dan sosial yang berubah, identiti bangsa dan maruah kita sentiasa terpelihara melalui perundangan, peraturan-peraturan dan nilai-nilas sejagat yang boleh diamalkan oleh semua masyarakat tetapi mpnunjukkan mereka itu sebagai hak milik sebuah negara sebagai satu bangsa tersendiri.
Akhir kata, kita memerlukan masyarakat yang bertindak sebagai, " Lubuk akal lautan budi; Lautan akal gedung bicara; Yang sentiasa melangkah dengan pukal, berjalan dengan tawakkal dan bercakap dengan akal"
Seperti kata perbilang adat, "Mencari kata muafakat, Menokok barang yang kurang, Menguias mana yang senteng, Menghubung yang pendek."
Sekian, Wassalam (13)