GARIS PANDUAN LAMAN WEB/PORTAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
1.
TUJUAN
2.
LATAR BELAKANG
3.
TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL
4.
5.
3.1.
TAKRIFAN
3.2.
PROSES PERMOHONAN
PERANAN 4.1.
PEMBANGUN/PENTADBIR/WEBMASTER
4.2.
SEKRETARIAT PORTAL/LAMAN WEB
CIRICIRI LAMAN WEB/PORTAL 5.1.
KANDUNGAN
5.2.
REKABENTUK
5.3.
TEKNIKAL
5.4.
KESELAMATAN
6.
PENGGUNAAN TEMPLATE LAMAN WEB/PORTAL
7.
PENEMPATAN LAMAN WEB/PORTAL (HOSTING)
8.
KRITERIA PENILAIAN
9.
LAMPIRAN
10.
KESIMPULAN
1
1.0
TUJUAN 1.1
1.2
2.0
Tujuan garis panduan ini adalah untuk: 1.1.1
Memaklumkan konsep dan pelaksanaan Laman Web/Portal sebagai gerbang maklumat rasmi Universiti.
1.1.2
Menerangkan tadbir urus laman web/portal di peringkat Universiti; dan
1.1.3
Menyediakan panduan kepada semua webmaster di dalam pembangunan dan penyenggaraan laman web/portal Universiti masingmasing.
Laman Web/Portal Universiti Malaysia Pahang juga dirujuk bagi semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau lainlain peranan di bawahnya.
LATAR BELAKANG 2.1
Universiti/PTJ telah melaksanakan pelbagai usaha ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Laman web/portal merupakan di antara saluran di dalam menyampaikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Universiti/PTJ kepada orang ramai. Melalui laman web/portal, Universiti/PTJ dapat memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke arah menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan telus.
2.2
Multimedia Development Corporation (MDeC) telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menilai serta memberi penarafan kepada laman web sektor awam setiap tahun bermula tahun 2005 yang meliputi agensiagensi peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
2.3
Penilaian yang dibuat berdasarkan kriteria yang terkandung di dalam Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam serta kriteria penilaian oleh MDeC yang menggunakan kaedah Customer Relation Management (CRM).
2.4
Di samping itu, penarafan laman web/portal ini juga diambil kira dalam penilaian dan penarafan Sistem Star Rating yang dijalankan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
2
3.0
TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL 3.1
3.2
TAKRIFAN 3.1.1
Takrifan bagi sesuatu laman web dan portal adalah merujuk kepada tahap perkhidmatan yang diberikan.
3.1.2
Laman web bolehlah ditakrifkan sebagai halamanhalaman elektronik yang dipaparkan melalui komputer dengan menggunakan teknologi internet yang tertumpu kepada penyaluran maklumat asas kepada pengunjung sematamata. Komunikasi dua hala sangat kurang antara pengunjung dengan pengendali web ataupun web itu sendiri. Pengguna menerima maklumat yang telah dikarangkan oleh pengendali web yang lebih memfokuskan kepada pemberitahuan mengenai agensi serta perkhidmatan yang ditawarkan dengan disokong oleh aplikasi maklum balas yang membolehkan pengguna memberikan komen terhadap perkhidmatan yang disediakan.
3.1.3
Portal adalah anjakan daripada laman web. Portal lebih 'besar' dan menyeluruh berbanding laman web. Terdapat sistemsistem aplikasi yang menyokongnya. Portal menjadi satu pusat sehenti (one stop center) dalam rangkaian Internet yang bertujuan untuk memenuhi beberapa keperluan pengguna. Portal membantu dalam pengurusan atau membuat keputusan, hasil daripada maklumat yang dijanakan oleh aplikasi di dalamnya. Portal menyediakan komunikasi dua hala antara pelanggan/orang awam dengan agensi berkaitan seperti perkhidmatan atastalian, emel, forum, enjin carian dan lainlain.
PROSES PERMOHONAN 3.2.1
Semua permohonan Laman Web/Portal perlu mendapat kelulusan daripada Dekan/Ketua Jabatan
3.2.2
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Helpdesk PTMK
3.2.3
Setiap permohonan adalah tertakluk dibawah kelulusan Jawatankuasa Induk Laman Web/Portal Universiti
3
4.0
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 4.1
PEMBANGUN/PENTADBIR/WEBMASTER a. Bertanggungjawab terhadap portal Jabatan, Fakulti atau Unit masingmasing dengan memastikan kandungan Laman Web/Portal dikemaskini selari dengan pekembangan universiti. b. Memastikan portal dapat diakses sepanjang masa tanpa sebarang masalah seperti laman tidak dijumpai, terdapat ralat atau tidak dapat diakses langsung. c. Membuat laporan mengenai status penyelenggaraan, tahap pencapaian, perancangan, permasalahan dan keperluan semasa. d. Membantu dan memberi latihan kepada ahli Jawatankuasa Kerja Jabatan iaitu webmaster kedua untuk mengemaskini Laman Web/Portal semasa ketiadaan webmaster utama atau jika berlaku pertukaran webmaster.
4.2
SEKRETARIAT PORTAL/LAMAN WEB a. Menerima dan memproses permohonan pembangun/webmaster untuk membangunkan Web/Portal Jabatan, Fakulti atau Unit.
oleh Laman
b. Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan penyediaan bahan, template dan penempatan portal kepada Jabatan, Fakulti atau Unit setelah mendapat kelulusan dari pihak PTMK. c. Memastikan perkhidmatan rangkaian dan pelayan sentiasa dibuka dan berjalan dengan lancar 24 jam seminggu supaya tiada masalah capaian bagi Laman Web/Portal yang ditempatkan di Pusat Data, PTMK. d. Menyediakan khidmat nasihat, latihan dan bantuan teknikal kepada pembangun/webmaster dari masa ke semasa mengikut keperluan. e. Melakukan penilaian Laman Web/Portal Jabatan, Fakulti atau Unit secara tahunan dan Penganugerahan Portal Terbaik pada Hari Kualiti & Inovasi. f. Memastikan pematuhan kepada kriteria dan garis panduan yang berkaitan serta menyalurkan hasil pemantauan dan penilaian ke Mesyuarat Majlis ICT yang dipengerusikan oleh YH. Naib Canselor UMP.
4
5.0
CIRICIRI LAMAN WEB/PORTAL 5.1
KANDUNGAN 5.1.1
Kandungan utama pada laman web/portal mestilah sekurangkurangnya merangkumi perkaraperkara mandatori berikut: a. Logo Rasmi Universiti / PTJ (diletakkan pada bahagian atas sebelah kiri) b. Latar Belakang c. Misi & Visi d. Objektif e. Carta Organisasi f. Piagam Pelanggan g. Direktori Staf (Nama, No. Tel, Emel) h. Maklumat untuk dihubungi (No. Tel,Faks,Alamat,Emel) i. Maklumat Perkhidmatan j. Peta Laman k. Lokasi l. Pernyataan Penafian m. Pernyataan Dasar (Dasar Privasi, Dasar Keselamatan) n. Maklumat Resolusi Capaian Browser o. Pilihan MultiBahasa (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) p. Notis hak cipta
5.1.2
Ciriciri tambahan yang digalakkan di dalam laman web adalah seperti berikut: a. Memaparkan klip video/audio mengenai perkaraperkara yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan dan sebagainya; b. Menyediakan capaian sokongan (support link) seperti maklumat bantuan (help), troubleshooting dan panduanuntuk menggunakan laman web; dan c. Menyediakan kemudahan World Wide Web Consortium (W3C) Disability Accessibility iaitu versi capaian kepada orang yang tidak berkemampuan dan Orang Kurang Upaya (OKU). Antara contoh golongan pengguna dan kaedah penyelesaian adalah seperti berikut: i.
Pengguna buta warna Menggunakan warnawarna yang kontra dalam reka bentuk laman web. Bagi imej atau teks yang 5
ii.
iii.
5.2
menggunakan warna bagi membezakan sesuatu, penerangan tentang warna yang digunakan perlu dipaparkan. Pengguna cacat penglihatan Menyediakan penggunaan audio bagi maklumat yang bersesuaian Pengguna cacat pendengaran Menyediakan paparan grafik ataupun teks bagi maklumat yang disampaikan secara audio. Warga tua Penggunaan saiz huruf yang bersesuaian agar mudah dibaca oleh golongan ini.
5.1.3
Menyemak isu hakcipta apabila melibatkan penggunaan bahan pihak ketiga seperti imej, teks dan sebagainya.
5.1.4
Bahasa utama Laman Web/Portal ialah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau keduaduanya sebagai pilihan dan tidak boleh dicampur adukkan keduadua bahasa tersebut dalam satu kandungan/maklumat. Bahasa yang digunakan mestilah betul dari segi ejaan dan juga tatabahasanya.
5.1.5
Bahasa dialek, loghat daerah/negeri, singkatan yang keterlaluan, bahasa lucah/kesat adalah dilarang sama sekali.
5.1.6
Kandungan/maklumat pada Laman Web/Portal tidak boleh mengandungi maklumat yang menyalahi undangundang atau peraturan Universiti Malaysia Pahang, negeri dan Negara seperti maklumat yang berunsur hasutan, cacian, fitnah, sensitiviti perkauman, sensitiviti agama dan seumpamanya.
REKABENTUK 5.2.1
Rekabentuk antaramuka Laman Web/Portal mestilah kemas, tersusun, seragam dan menggunakan warna tema yang sesuai.
5.2.2
Setiap Laman Web/Portal mesti mempunyai logo rasmi UMP dan pautan ke Portal Rasmi UMP di http://www.ump.edu.my
5.2.3
Penggunaan flash dan gambar animasi adalah dibenarkan dan bahan tersebut mesti dipastikan tidak berat (loading time) serta berfungsi dengan baik dan mudah dicapai.
5.2.4
Penggunaan jenis tulisan yang seragam (penggunaan cascading style sheet (CSS) adalah kaedah terbaik). 6
5.2.5
Penggunaan imej yang sesuai dan mempunyai saiz fail yang kecil dalam format png/jpg/gif dengan resolusi 72ppi (pixel per inch).
7
5.3
5.4
TEKNIKAL 5.3.1
Laman Web/Portal mestilah boleh dilayari dan dipaparkan dengan baik menggunakan empat (4) pelayar utama iaitu; Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.
5.3.2
Setiap laman bagi kandungan/maklumat yang disediakan mesti diletakkan kata kunci untuk memudahkan carian pengguna.
5.3.3
Webmaster perlu memastikan Laman Web/Portal dibawah jagaannya sentiasa boleh dicapai oleh pengguna dan memastikan setiap pautan boleh diakses (no broken link).
5.3.4
Pada setiap bahagian bawah (footer) Laman Web/Portal, mesti dipaparkan email Webmaster bagi tujuan bantuan teknikal untuk dihubungi.
5.3.5
Laman Web/Portal mesti mempunyai peta laman (sitemap) untuk kegunaan Enjin Carian (Search Engine).
5.3.6
Laman Web/Portal mesti diletakkan skrip Google Analytic sebagai rekod analitik capaian.
KESELAMATAN 5.4.1
Setiap bahan yang dimuat naik mestilah dipastikan bukan sulit atau terperingkat dan mestilah merujuk Ketua Jabatan dahulu bagi memastikan status bahan tersebut.
5.4.2
Webmaster dilarang sama sekali mendedahkan atau berkongsi maklumat akses masuk sebagai Pentadbir Laman Web/Portal masingmasing.
5.4.3
Webmaster dilarang memuat naik fail, modul atau komponen yang membolehkan atau membuka ruang kepada pihak luar melakukan penggodaman.
5.4.4
Webmaster perlu memohon dengan Bahagian Helpdesk, PTMK jika memerlukan akses sebagai Super Admin dan perlu mematuhi syaratsyarat yang ditetapkan.
5.4.5
Webmaster perlu melapor segera kepada Unit Helpdesk, PTMK melalui Sistem ICT Complaint jika terdapat kerosakan atau tandatanda Laman Web/Portal digodam.
5.4.6
Melaporkan insiden percerobohan atau penggodaman Laman Web/Portal dengan merujuk kepada tatacara/panduan pelaporan UMP Cert. 8
6.0
PENGGUNAAN TEMPLATE LAMAN WEB/PORTAL 6.1
7.0
8.0
Penggunaan laman web/portal yang dibangunkan secara berpusat melalui template yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal atau secara berasingan menggunakan template sendiri. Ia juga merangkumi penempatan fizikal sumber Laman Web/Portal sama ada diletakkan di Pusat Data, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) atau di pelayan Jabatan, Fakulti atau Unit masingmasing.
PENEMPATAN LAMAN WEB/PORTAL (HOSTING) 7.1
Penempatan laman web/portal tidak dihadkan di Pusat Data PTMK sahaja. Jabatan, Fakulti atau Unit masingmasing dibenarkan untuk meletakkan laman web/portal di pelayan sendiri atau di pelayan pembekal pihak ketiga.
7.2
Bagi penempatan laman web/portal di pelayan sendiri atau di pelayan pembekal pihak ketiga, Jabatan, Fakulti atau Unit mesti mematuhi Garis Panduan Laman Web/Portal yang disediakan oleh JK Laman Web/Portal Universiti. Namun pihak PTMK tidak akan bertanggungjawab atas segala insiden fizikal atau aplikasi yang berlaku.
KRITERIA PENILAIAN 8.1
8.2
Seperti yang dinyatakan di para 2.2, Penilaian Portal/Laman Web Sektor Awam adalah berdasarkan kepada perkaraperkara seperti berikut: 8.1.1
Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam bertarikh 6 November 2006 yang dikeluarkan oleh MAMPU; dan
8.1.2
Kriteria yang ditetapkan oleh MDeC di mana kriteria ini akan diumumkan sebelum bulan April setiap tahun yang boleh dimuat turun dari Portal Rasmi MAMPU. (Rujukan kriteria yang dikeluarkan oleh MDeC adalah seperti di lampiran 1).
8.1.3
Kriteria Portal PTJ UMP (rujuk lampiran 2).
Penilaian yang dilaksanakan oleh MDeC dibahagikan kepada dua (2) kategori utama iaitu portal dan laman web. Penilaian dibuat berdasarkan kepada perkaraperkara berikut: 8.2.1
Pillar 1: Content – Maklumat asas laman web/portal seperti alamat emel, nombor faks, alamat, jumlah traksaksi 9
online dan sebagainya.
9.0
10.0
8.2.2
Pillar 2: Usability – Ciriciri yang menyokong dan memudahkan pengguna menggunakan laman web/portal seperti jumlah halaman laman web, fungsi carian dan lainlain lagi.
8.2.3
Pillar 3: Security – Ciriciri yang menyakinkan pengguna menggunakan perkhidmatan online seperti menyatakan polisi keselamatan di laman web.
8.2.4
Pillar 4: Participation – Ciriciri yang membolehkan pengguna memberi pendapat atau maklum balas seperti menyediakan borang maklum balas atau menyediakan kaedah lain seperti SMS.
8.2.5
Pillar 5: Services – Ciriciri yang membolehkan perkhidmatan agensi Kerajaan diautomasikan seperti eperkhidmatan.
8.3
Penilaian bagi kesemua portal PTJ dan lainlain peranan di bawahnya akan dinilai melalui panel penilaian setiap tahun yang dilantik khas mengikut bidang kepakaran sama ada lantikan dalaman / luaran dan pemakluman rasmi akan diumumkan di Majlis Hari Kualiti & Inovasi bagi kategori KPortal PTJ Terbaik.
8.4
Pemarkahan penilaian adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal Universiti berdasarkan kriteria Malaysian Development Corporation (MDeC) dan telah diubahsuai mengikut keperluan Laman Web/Portal Fakulti, Jabatan dan Unit seperti di lampiran 2.
LAMPIRAN 9.1
Lampiran 1: Kriteriakriteria MDeC
9.2
Lampiran 2: Kriteria Penilaian KPortal
KESIMPULAN Semua pengguna, pembangun, pentadbir dan lainlain peranan di bawahnya di UMP hendaklah mematuhi garis panduan ini dan sentiasa menyemak laman web/portal masingmasing serta memastikan semua kriteria penilaian dipatuhi.
10