SEMINAR PERSURATAN PAHANG fylenjeja!^ 'Warisan Pahang Pendokum entasian Karya-Karya Pak Sako dan Pemikiran Pembangunan Bangsa Oleh: Sdr Talib Sam at & Sdr Azhar Wahid
27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan
Jlnjuran (Bersama:
Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang
□
i ' -
\\
Kertas K erja
PENDOKUMENTASIAN KARYA-KARYA PAK SAKO DAN PEMIKIRAN PEMBANGUNAN BANGSA oleh:
Azhar bin Hj. Wahid (UPSl) dan Talib Samat (UPSI)
Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneiiti sastera ialah sumbangan A Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang dialihkan tulisaxmya daripada tulisan jawi kepada tulisan rami pada tahun 1973. Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada muianya novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jiwi. Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterhitkannya sendir menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985 Novel ini sememangnya telah lama disuarakan oleh pelbagai pihak d negara ini agar dijadikan buku teks sastera tetapi belum menjadi kenyataan sehinggalah riuh-rendah Kementerian Pendidikan Malaysia mahu memperkenalkan pengajaran sastera dalam
1
Bahasa Melayu khususnya sewaktu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menjadi Menteri Pendidikan. Pandangan jauh Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya pada era Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan kini yang mahu melaksanakan Komsas di semua aiiran sekolah yang mahu melahirkan para pelajar yang bukan sahaja berminat dalam bidang sains yang sangat diperlukan dalam kehidupan sekarang tetapi juga pelajar atau manusia yang lebih bersifat manusiawi dan berperi kemanusiaan seterusnya di antara keperluan rohani dan jasmani agar hidup lebih seimbang, ceria dan tidak rakus mengejar kebendaan yang nisbi dan fana sifatnya. Selain daripada pelajaran agama Islam, pelajaran sastera dalam Bahasa Melayulah yang boleh dimanfaatkan untuk menjadikan para pelajar lebih menghargai nilai-nilai kesenian, kebudayaan, budi, kemanusiaan dan sifat kasih-mengasihi di antara sesama manusia yang semakin kurang dan terhakis dalam masyarakat manusia moden. Dengan terpilihnya novel Putera Gunung Tahan yang asalnya diterbitkan dalam tulisan jawi yang kemudiannya dirumikan oleh A. Karim Haji Abdullah dan untuk edisi pelajar dan edisi terkini diterbitkan semula oleh anak syarikat Utusan Melayu iaitu Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. yang dicetak dengan jumlah yang banyak sesuai dengan keperluan buku teks sastera dan tergolong juga untuk buku Skim Pinjaman Buku Teks bagi kegunaan pelajar Tingkatan 5 yang sekoiahnya menggunakan novel Putera Gunung Tahan khususnya di negeri Melaka, Johor dan Kelantan. Sekiranya diteliti sejarah susur galur novel ini dan pengarangnya, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) penerbitan semula novel ini oleh Utusan Publications and
2
Distributors Sdn. Bhd. dan Pak Sako sejarah bagaikan berulang kembali.
Pak Sako
adalah pengarang pertama Utusan Melayu dan penerbitan semula novel ini oleh Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. (anak syankat Utusan Melayu) adalah bagaikan pengiktirafan terhadap sumbangan bersejarah Pak Sako dalam dunia kesusasteraan dan kewartawanan negara .ni selepas beliau dipinggirkan daripada menerima Anugerah Sastera Negara yang memperiihatkan tokoh-tokoh sastera yang lebih terkemudian daripadanya seperti Keris Mas, A. Samad Said dan sebagainya menerima anugerah sastera berprestij ,tu. Hal ini menjadi lebih bemilai lagi bila novel Putera Gunung Tahan dijadikan teks sastera Tingkatan 5 bagi pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu dan lebih 120,000 orang pelajar menggunakan novel ini sebagai teks wajib untuk lulus dalam kertas Bahasa Melayu di peringkat SPM. Hal ini ibarat sirih pulang ke gagang. Ertinya sesuatu karya yang bemilai itu wajar diletakkan di tempatnya yang hak dan abadi seperti yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako yang dirumikan oleh A. Karim Haj' Abdullah membuktikan kedua-dua orang tokoh ini diiktirafjasa dan sumbangannya walaupun kedua-duanya telah memnggal dunia. Pengarang asal Putera Gunung Tahan Ini iaitu Pak Sako telah meninggal dunia pada 7 November 1991 dan A. Karim Haji Abdullah orang yang bertanggungjawab merumikan novel ini sejak tahun 1973 atau lebih awal dari tarikh itu telah meninggal dunia pada 5 Februari 2001 lalu. Sumbangan A. Karim Haj Abdullah merumikan novel ini pada tahun 1973 dan diterbitkan semula menerusi penerbitnya sendiri, Pustaka Budaya Agency merupakan
3
suatu usaha yang besar dan tidak temilai untuk m em astikan karya besar Pak Sako yang bercorak satira ini apalagi sarat dengan perjuangan m eniupkan sem angat patriotik di kalangan pembacanya terus beredar di persada sastera bangsanya. Sebenamya A. Karim Haji Abdullah bukan sahaja berusaha merumikan novel Putera Gunung Tahan yang asalnya ditulis dalam tulisan jaw i tetapi ju g a novel-novel Pak Sako yang lain termasuklah Pengantin Baru (1975), Budak Beca (diterbitkan sem ula oleh Marwilis Publisher and Distributors Sdn. Bhd., 1992) malahan cerpen-cerpen Pak Sako sehingga berhasil menyelenggara penerbitan Cerpen-cerpen Pak Sako (1987) bersama Hashim Awang. Malahan beiiau juga merumikan siti tulisan Pak Sako dalam Utusan Zaman 5, 12, 19 dan 26 0ktoberl940 sehingga dibukukannya sendiri dalam buku kecil berudul Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura (1975). Sebelum kematiannya pada 5 Februan 2001, A. Karim Haji Abdullah juga merumikan dan menyusun cerpen-cerpen lain Pak Sako yang belum dibukukan dengan ludui Moostapir Monolog tetapi tidak sempat diterbitkannya berikutan kepulangannya ke rahmatullah.
Suatu hal menarik yang menjadi tanda apakah nasib dan masa depan
Moostapir Monolog atau manuskrip lain selenggaraan A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim) yang tidak sempat diterbitkannya itu yang beijumlah lebih 20 buah itu. Sekiranya diteliti judul-judul manuskrip yang diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah itu sebenamya tergolong karya-karya penting, besar dan berguna dalam sejarah pemikiran bahasa dan bangsa Melayu. Mungkin penerbit-penerbit besar seperti DBP, UP & D, Fajar Bakti, Karisma Publications, Thinkers Library, dan sebagainya boleh mengambil inisiatif tertentu untuk menerbitkan buku-buku selenggaraan dan susunan A.
4
Karim Haji Abdullah itu yang kini sudah berada di Perpustakaan Negara M alaysia dalam Koleksi Bung Karim.
Atau idea lain pihak Perpustakaan N egara M alaysia boleh
menerbitkannya atau memberi laluan kepada penerbit yang bermmat menerbitkannya agar 20 buku itu lebih tersebar di jiwa pembaca, dan masyarakat umum dan tidak terbiar kaku begitu sahaja agar penyebarannya lebih meluas dan merakyat sifatnya. Sumbangan A. Karim Haji Abdullah dalam menyelenggara pelbagai jenis buku sastera, tokoh, ucapan tokoh, esei budaya dan pemikiran bangsa Melayu yang beijumlah lebih 30 buah sewajamya dihargai juga oleh masyarakat Malaysia yang prihatin menerusi penerbitan sebuah buku khas misalnya membincangkan biografi, pemikiran dan pandangan pelbagai tokoh sastera dan masyarakat terhadap sumbangan Allahyarham A. Karim Haji Abdullah dalam bidang pendokumentasian, penyelenggaraan dan penerbitan buku di negara ini. Sebenamya memang ada usaha pihak-pihak tertentu khususnya kalangan kawan rapat Allahyarham A. Karim Haji Abdullah yang mengusahakan pengumpulan esei pandangan pelbagai tokoh, tulisan-tulisan tersebar Bung Karim dan pengkritik tentangnya dalam sebuah buku khas beijudul Biografi A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim) Budayawan dan Pengkhazanah Persuratan Melayu: Satu Dalam Seribu yang penulis usahakan dan telah diterbitkan oleh penerbit Altakom Enterprise, Jitra, Kedah. Bagaimanapun sekiranya jika diukur di segi nilai komersial yang dicari oleh penerbit masa kini memangnya buku ini sukar untuk dijuai kecuali ada yayasan atau korporat mahupun individu yang ingin menaja kos penerbitan, percetakan dan diedarkan secara wajar atau percuma ke perpustakaan sekolah dan awam di negei Pahang mahupun Malaysia bagi memastikan biografi dan ketokohan Allahyarham A. Karim Haji Abdullah
tetap abadi dalam lipatan sejarah bangsanya sesuai dengan sumbangannya yang besar selama ini. A. Karim Abdullah dilahirkan pada 6 September 1937 di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang Darul Makmur dan meninggal dunia pada 5 Februari 2001 di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Sekiranya diteliti Allahyarham A. Karim Haji Abdullah dan Pak Sako adalah dua orang putera Pahang yang berjasa.
Negeri Pahang harus membuat sesuatu sebagai
menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham A. Karim Haji Abdullah agar nama dan jasanya tetap abadi dalam sejarah ntelektual negeri Pahang dan Malaysia. Misalnya dengan cara yang paling mudah ‘.alah menyebarkan dengan meluas buku Biografi A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim) Budayawan dan Pengkhazanah Persuratan Melayu: Satu Dalam Seribu serta mengedarkannya secara pereuma kepada sekolah dan perpustakaan di Pahang, neger kelahiran beliau sendiri yang amat dicintainya. Mungkin ada pihak tertentu yang berasa terpanggil dengan saranan ini sama ada di Vayasan Pahang, Menteri Besar Pahang, atau institusi lainnya memang dialu-alukan untuk memasv'kan buku biografi tokoh budaya, sastera, ntelektual Pahang yang diterbitkan oleh Altakom Enterprise tersebar ke tengah masyarakat agar rakyat dan peribumi Pahang mengenang budi dan jasa beliau secara intelektual dan sistematik sebagai dorongan dan motivasi kepada generasi muda agar terdorong dan terangsang untuk melahirkan lebih ramai tokoh pendokumentasi seperti Bung Karim. Dewasa ini ribuan pelajar Tingkatan 5 yang menggunakan novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako mungkin tidak mengetahui siapakah tokoh di belakang tabir yang
6
merumikan dan menimbulkan balik novel itu dan novel-novel lain Pak Sako ke permukaan sesudah terpendam sekian lama. Sekiranya buku Biografi A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim) Budayawan dan Pengkhazanah Persuratan Melayu: Satu Dalam Seribu disebarluaskan oleh mana-mana pihak yang berwawasan jauh sekurang-kurangnya dapat membantu kefahaman pelajar atau guru-guru yang mengajar untuk mengetahui biografi dan sumbangan A. Karim Haji Abdullah dan Pak Sako secara terperinci yang termuat dalam buku itu.
-
Pelbagai buku ulasan, panduan dan bimbingan yang ditulis oleh para pengulas dan pengkritik sastera dan diterbitkan oleh penerbit-penerbit seperti Fajar Bakti, Longman, Sasbadi Sdn, Bhd., Eastview Publications Sdn. Bhd. dan sebagainya yang tumbuh seperti cendawan kini mengulas novel Putera Gunung Tahan tidak sebaris pun menyebut fakta penting ini seolah-oiah fongsi dan peranan Bung Karim tidak wujud langsung. Sesungguhnya bangsa yang berjiwa kerdil sahaja tergamak membiarkan fenomena tidak menghargai pemiktr dan pendokumentasinya berterusan walhal dalam masyarakat Malaysia yang menghargai nilai-nilai mumi, moden dan canggih hal ini tidak sepatutnya berlaku. Allahyarham A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim) bukan sahaja tokoh budaya dan pendokumentasi Pahang khasnya tetapi juga Malaysia amnya yang belum dihargai sewajamya semasa beliau masih hidup dan kewujudannya hanya satu dalam seribu wajar membuka mata banyak pihak agar dihargai pula sesudah ketiadaannya misalnya dengan menerbitkan buku-buku yang ditinggalkannya atau menerbitkan buku-buku yang menceritakan kisah hidup atau perjuangannya menyelenggara dan menyusun puluhan
7
buku bahasa, sastera, politik, budaya, tokoh dan agama daripada pelbagai perspektif van sebenamya ‘hilang tiada bergantiV
PERINTIS PERJUANGAN NASIONALISME Dalam kilat ada kilau Dalam tengkujuh ada kemarau Dalam merah ada hijau Dalam nyaring ada garau Dalam serak ada parau Ada puyuh ada pikau Burung murai pandai berkicau Dalam tebu ada teberau Dalam masjid ada surau -
(Wahba, 1991)
Pak Sako merupakan salah seorang tokoh besar tanah air kita.
Beliau bukan sahaja
terkenal dalam bidang perjuangan politik tetapi juga dalam lapangan kesusasteraan. Amat jarang kita jumpa dalam sejarah dunia, seorang tokoh yang dapat mengukir kecemerlangan namanya dalam bidang-bidang yang berlainan iaitu politik, sastera dan kewartawanan.
Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) bukan seorang sasterawan yang m en gu ta m ak a n kesenian semata-mata dan walaupun beliau suka berkelakar, pokok persoalan tulisarmya
8
amat serius. Karya-karyanya merupakan salah satu daripada beberapa jem s yang terdapat dalam sejarah kesusasteraan kebangsaan kita. Karyanya m enurut Khoo Kay Kim, berkembang dengan suburaya sebelum Perang Duma K edua dan selam a beberapa tahun sesudahnya.
Oleh sebab orang Melayu menghadapi masalah sosio-ekonomi yang berat, maka dalam suratkhabar, majalah soal itu sentiasa dibangkitkan. Pak Sako adalah di antara suatu generasi penults yang cuba menyuarakan azab sengsara dan protes zaman itu melalui sastera. Karya besamya “Anak Mat Lela Gila” dan “Putera Gunung Tahan" jelas menyalurkan cita-cita peijuangan kebangsaannya dan menyedarkan rakyat. Sebagai hasil sastera, kedua-dua novelnya ini merupakan ‘satire’ politik yang tajam dan mencerminkan pertentangan bangsa Melayu terhadap peijajahan golongan feudal yang pro-penjajah. Novel
ini merupakan sumbangan permulaan yang sangat penting dalam sejarah
perkembangan novel serta sastera Melayu moden. Karya-karya Pak Sako sebenamya ialah pengucapan cita-citanya dalam masyarakat pada masa itu. Pokok persoalannya adalah mengenai rakyat jelata dan beliau berpendapat bahawa tiap-tiap cerita mesti ada maksud dan tujuan untuk membimbing rakyat kepada kehidupan yang aman damai, bekeijasama, makmur. berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti. Oleh kerana cintanya kepada bangsa dan negara terlalu besar, maka tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa hampir keseluruhan karya-karya Pak Sako bercorak didaktif dan idealistik, bagi generasi sekarang mungkin kurang realitis.
9
Sejak mula mencebun bidang kewartawanan pada tahun 1936 sebagai penolong pengarang warta Malaya dan seterusnya berpindah ke Utusan Melayu pada tahun 1939, beliau menggunakan tulisan-tulisannye untuk meniupkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Pak Sako merupakan pengarang Utusan Melayu yang pertama sebelum Allahyarham Abdul Rahim Kajai.
Beliau juga menjadi anggota reformis Melayu yang sentiasa inginkan keadilan sosial dan menjadi teladan kepada suara generasinya.
Beliau beriwa rakyat dann
bersimpati dengan golongan bawahan, ideologinya ke arah membentuk masyarakat adil: sama rata dan sama rasa. Malah beliau juga mengkritik orang-orang Cina, India, Arab, raja-raja Melayu dan orang Melayu yang lalai, dan dikatakannya menjadi punca wujudnya ketidakadilan sosial.
Idea-ideanya yang mendahulu zaman tu sukar ditemui pada penulis-penulis lain. Sindiran tajam, radikal dan mendahului zaman itu memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat Melayu sejak zaman sebelum perang hinggalah kepada bangkitnya semangat kemerdekaan yang jelas selepas perang.
"Kalau Jebat terkenal sebagai
pengorak langkah dan mendahului kepintarannya bersenjata, Pak Sako pula terkenal sebagai seorang pengorak langkah dan mendahului zamannya menentang ketidakadilan pemerintah dan masyarakat melalui penanya, " kata Prof. Madya. Dr. Abdul Latif Abu Bakar (Zulkamain Zakaria, 1999).
10
Cintanya terhadap bidang penulisan terlalu besar. Setiap detik dan ketika sungai ideanya mengalir tanpa henti. Beliau menulis untuk rakyat dan popular di kalangan rakyat sehinggakan kana-kanak d kampung pun suka berkumpul di sekelilingnya untuk mendengar cerita dan celotehnya yang mencuit hati. Semasa bekeija di Utasan Melayu (Malayisa ) Berhad, Pak Sako menulis di ruangan-ruangan tetapi yang dikhususkan untuknya seperti "Di Simpang-Simpang Jalan" dalam Utusan Malaysia dan "Itu Ini dan Lain-lain" dalam Utusan Melayu, disamping dalam majalah Mastika, Kiblat, AlIslani, Wanita dan sebagainya (Wahba,1991).
Keruncingan pena Pak Sako yang menyentuh isu kebebasan bangsanya serta isu sosial memang mengeruhkan penjajah British sebelum perang Dunia Kedua dan tidak hairanlah setiap penulisan dan gerak laku beliau mendapat perhatian khusus daripada perisik British. Oleh kerana penjajah mencurigai seruan dan sindiran yang tajam, maka Pak Sako dan beberapa nasionalis Melayu lain telah disumbatkan ke dalam penjara sebelum bala tentera Jepun melanggar Semenanjung Tanah Melayu pada Disember 1941. Setelah tamatnya perang pasifik dan penjajah British kembali semula berkuasa pada sept. 1945, Pak sako terus menjadi buruan dan segala gerak-gerinya diperhatikan oleh risikan tentera British.
Pak Sako sentiasa menentang dan menghentam orang-orang atasan yang zalim, rasuah, sombong dan angkuh terhadap orang bawahan. Dengan kata lain, Pak sako sepanjang hidupnya benuang untuk menegakkan keadilan sosial sama ada menerusi gerakan politik atau menerusi persuratan. Beliau dipuja oleh generasi muda zaman tu
11
sebagai seorang wartawan yang berani dan tajam penanya.
K egagahan Pak Sako
mencapai kemuncaknya pada tahun-tahun 1939 - 1941 ketika dunia sedang dicengkam krisis peperangan. Pada masa itu pun Pak Sako sudah mempunyai "mitos" ^ / a yang kekal hingga ke hari ini. Perwatakannya agak unik, yang pada ramai orang dianggap ganjil dan luar biasa. Masyarakat sebelum perang berupa masyarakat yang tebal dipengaruhi oleh nilai-nilai penjajah.
Orang seperti Pak Sako yang berani menyindir penjajah, yang latar
belakang hidupnya berlainan dari cara hidup lain di zamannya, beliau dianggap manusia ganjil. Begitulah Pak sako, seorang wartawan berpendidikan Inggeris yang sanggup berhenti sebagai majistret di Kuala Lumpur untuk menjadi pengarang dan penulis telah memperlihatkan kelainan dari generasinya (A.Samad Ismail, 1987).
Pada kebanyakan anak muda, Pak Sako ialah seorang pengarang yang menjadi model atau teladan kepada mereka yang mencapai puncak kejayaan dalam usia yang begitu muda. Beliau mencapai kedudukan yang teragung di Singapura ketika bekeija di Warta Malaya dan kemudian di Utusan Melayu. Beliau aktif dalam Kesatuan Melayu Singapura iaitu satu-satunya persatuan yang paling giat memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu.
Kesatuan Melayu Singapura mencerminkan aspirasi
masyarakat Melayu Singapura untuk tegak berdiri sendiri memperjuangkan nasib bangsa Melayu terlepas bebas daripada kongkongan kepimpman elitis Arab-India Muslim. Saian satu menifestasinya ialah peijuangan takrif Melayu di mana Ishak (Pak Sako) dan Kajai berdiri menjadi iuaranya. Tetapi Ishak (Pak sako) merupakan juara generasi muda yang menyuarakan cita-cita dan kegelisahannya yang lebih luas serta menanamkan bibit-bibit nasionalisme anti British (A.Karim Abdullah, 1996).
12
Cita-cita politik Pak Sako yang jelas ialah untuk membangunkan bangsa Melayu yang besar menerusi percantuman di antara pulau-pulau dalam gugusan pulau-pulau Melayu khususnya di antara Indonesia dengan Semenanjung Tanah Melayu.
Beliau
membentuk Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1935 bersama Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Onan Hj. Siraj dan lain-lain ahli kesatuan, tetapi telah ditangkap oleh kerajaan Inggeris, dua hari sebelum tentera Jepun melanggar Tanah Melayu.. Malangnya kerajaan Dai Nippon yang melaungkan semboyan Asia untuk Orang Asia tidak ikhlas. Jepun sebenamya mahu Asia Untuk Orang Jepun, satu bentuk penjajahan yang lebih buruk dari penjajahan barat.
Sebelum Jepun menyerah diri dan British kembali berkuasa, Pak sako dan rakanrakan sepeijuangannya dalam KMM terus bergerak melaung-laungkan slogan "merdeka" yang dipengaruhi oleh perjuangan kemerdekaan Indonesia yang dipelopori oleh Presiden Sukarno.
Ketika ini ia mengambil konsep atau langkah tidak berkerjasama dengan
Inggeris tetapi tidak pula dengan cara kekerasan.
Konsep peijuangannya non
compromise but non violence . Taktik ini mirip perjuangan politik Mahatma Ghandi dan Jawarhah Nehru (Osman Abadi, 1992).
Perjuangan Pak sako dapat dilihat kepada tiga peringkat dalam tiga zaman iaitu; • peringkat sebelum perang dunia kedua, menerusi Kesatuan Melayu Muda dengan citacita politik Melayu Raya. Bekerjasama dengan Jepun untuk membebaskan Asia dari belenggu penjajahan barat.
Peringkat kedua, perjuangan selepas Inggeris kembali
13
berkuasa.
Menerusi Part Kebangsaan Melayu Malaya berjuang untuk menghalau
kolonial Inggeris dengan cita-cita Melayu Raya. Peijuangannya bersedia menerima sokongan mana-mana parti poluik berhaluan kiri sekaiipun Parti Komunis. Pada peringkat ketiga, perjuangan selepas kemerdekaan dengan menyertai Parti Buruh yang bergabung dengan Barisan Sosialis.
Dalam kesemua peringkat peijuangannya, sebahagian umumya masuk dan keluar penjara kerana politik, malah setelah negara merdekapun Pak Sako masuk penjara lagi. Pak Sako sebenamya seorang tokoh politik yang gigih, bukan hanya seorang ahli persuratan atau seniman, malah politik itulah merupakan keseiuruhan hidupnya sedangkan persuratan hanyalah alat yang digunakan untuk menyampaikan kesedaran politik dan pembangunan jiwa bangsa Melayu.
y
Sejarah penting dalam perjuangan untuk menyingkirkan penjajahan Ingge is laiah
kejayaan parti-parti berhaluan kiri membentuk Liga Majlis Tindakan Bersama yang kemudiannya dikenali dengan nama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang merupakan gabungan parti-parti berhaluan kiri Melayu dan bukan Melayu. Gabungan ini beqaya melancarkan hartal (mogok paling besar dalam sejarah Malaya) kerana menentang permainan politik kolonial.
Walaupun Parii Keabangsaan Melayu tidak menoiak
keqasama part’ kin dari parti-parti bukan Melayu termasuk komunis, tetapi Parti Kebangsaan Melayu yang dipimpin oleh Pak Sako dan Ahmad Boestamam yang memimpin Angkatan Pemuda Insaf sayap kiri parti Kebangsaan Melayu tidak berganjak dari pendirian nasionalisme Melayu.
14
PEMBANGUNAN BANGSA
Pak Sako adalah seorang penulis yang beqiwa masyarakat dan begitu simpati terhadap penderitaan.
Inilah ciri pemikiran yang sering dijadikan bahan utama
dilontarkan kepada masyarakat supaya dapat dirasai bersama jerit payahnya hidup dalam kemiskinan. Pembeiaan terhadap mereka sering dilakukannya bila saja ada kesempatan, melalui tulisan, ceramah, perjuangan politik serta sebagai seorang pentadbir yang pemah disandangnya.
.
Bagi beliau, untuk mendapat satu simpati yang benar-benar bererti bukanlah satu proses mudah melalui tulisan meja sahaja. Beliau mereiakan diri meletakkan jawataimya sebagai pegawai pentadbir Melayu kerana tidak rela diperalatkan serta terlalu ingii mendekati dan merasai sendiri kehidupan rakyat jelata Belaiu mengembara, bekeija dar satu suratkhabar ke suratkhabar yang lain, beroleh pendapatan sekadar cukup mengisi perut untuk menyumbangkan nafas hari-hari berikutnya. Beliau juga pemah menjadi guru, meresapkan pemikiran massany? ini kepada bangsanya.
Bagi Pak sako, bangsa Melayu mesti dibangunkan, Proses pembangunan itu mestilah saksama serta menguntungkan. Kaum penjajah mestilah dihalau keluar untuk mendapat kebebesan yang bererti dan teijamin. Itulah antara yang bersarang dalam diri Pak Sako sehingga ia dilontar ke dalam penjara buat beberapa ketika. Pemikirannya, selalu jauh
ke depan meninggalkan hirokras Inggeris yang mengendalikan teraju
pemerintahan masa itu.
15
Kejayaarmya menulis di tahun 1929 merangsangkannya untuk lebih bergiat terus maju di medan sastera.Fikiran bemasnya m engenai masyarakat M elayu dan hubungannya dengan penjajah Inggeris terus dicatatkannya dalam karya kreatif iaitu cerpen dan novel. Pada tahun 1938, novel sulungnya "Putera Gunung Tahan" , Pak sako telah meluahkan perasaan jijiknya terhadap tindak-tanduk jahat penjajah Inggeris. Orang Melayu yang berjiwa nasionlis, sayangkan negara yang tergadai telah mengagungagungkan novel beliau sebagai satu-satunya langkah ulung m enentang kolonialisme secara atau melalui karya kreatif.
Novel-novel Pak Sako dikategorikan sebagai karya-karya yang bersifat simbolisme kerana dalam karyanya itu ada mengandungi maksud-maksud yang tersirat. Untuk memahaminya seseorang itu perlu mengkaji dan meyelidiki hal-hal semasa yang berlaku di tanah air baik dari segi politik atau sosiobudayanya.
Dalam novel-novel
sebelum perangnya Pak Sako menggunakan sastera untuk menkgritik dan menyindir penjajag. Manakala no'vel-novelnya selepas perang, Pak Sako mengkritik dan menyindir masyarakat Melayu yang setengah-setengahnya masih belum sedar untuk memajukan din sendiri.
Bahan-bahan yang di gunakan oleh Pak Sako untuk menghasilkan novel-
novelnya memang bersifat realistik kerana ia ditimba daripada kejadian-kejadian yang dilihat, didengar dan disiasatnya sendiri dalam perjalanannya ke merata tempat.
Pak Sako dianggap sebaga: seorang socialist-realist yang tidak berjaya untuk melaksanakan cita-citanya melalui pentadbiran dan kerana itu beliau menggunakan
16
penanya untuk menyebarkan buah fikiran, sikap, nasihat dan cadangan-cadangan mengenai keadilan, kemakmuran,. keamanan, keluhuran akhlak m anusia dalam pengisian kemerdekaan dan lain-lain.
Lenih tegas lagi Pak sako menulis dengan mempunyai
mesej-mesej tertentu dan selain itu, beliau mempunyai kesedaran bahaw a "mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.'
Melalui novel "Putera Gunung Tahan", Pak sako membawa watak-watak Tuan William dan Tuan Robert sebagai lambang penjajah Inggeris yang tamakkan harta dan kekayaan. Kedatangan mereka ke Gunung Tahan adalah semata-mata untuk menyahut seruan karajaan Inggeris bagi mencari tempat-tempat peranginan.
Bangsa Inggeris
memang suka mencari tempat-tempat kediaman yang berhawa dinginterutama di atas bukit atau di lereng-lereng bukit
Dalam peijalanan ke Gunung tahan itu mereka berharap akan menemui hartaharta yang- boleh menambah kekayaan mereka seperti emas dan batu-batu permata. Robert dengan segala keegoannya banyak memperbodohkan orang Melayu. Dia yakin dapat m,eniup dan memperdayakan orang-orang Melayu untuk memilik apa yang diperlukannya. Perempuan tua yang ditemuinya dan disangkakannya mudah diperdaya untuk
menyerahkan
barang-barang
berharga
kepadanya,
akhimya
bertindak
mempertemukan Tuan robert dengan seorang gadis sakai. yang anehnya, dia jatuh cinta hati terhadap gadis itu dan mengambil keputusan untuk berkahwin.
Semasa
melangsungkan perkahwinan Tuan Robert diminta mengejar gadis itu. Kerana asyik maksyuknya kepada gadis sakai itu, perkara yang tidak pemah dibuatnya sebelum itu
17
telah dibuatnya dengan penuh kereiaan sehingga dia sanggup memanjat pokok dan teijatuh laiu mati.
Sekali imbas, mungkin setengah-tengah orang menganggapnya sebagai suatu ksah lucu semata-mata tetapi Pak sako sebenamya menggunakan kemahirannya untuk menyindir dan menghina Inggeris yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun ia adalah pertentangan dengan sosobudaya bangsanya kerana perempuan.
William pula, dalam perjaiannya, bertemu dengan orang bunian yang kemudiannya membawanya ke Gunung tahan menghadap ratu Bongsu.
Dia
mencadangkan supaya Gunung Tahan itu dijadikan tempat perlancungan tetapi ditolak oleh Ratu Bongsu. Dalam kisah ini juga, william digambarkan telah menggunakan bamboo kuning untuk meneropong isterinya yang sedang berkasih-kasihan dengan Ielaki lain
Akhir ceritanya, Pak Sako mematikan watak William akibat terkena bom. Tetapi
sebelum itu dia telah menulis sepucuk surat kepada isterinya yang dikirimkannya melalui seekor burung.
Dalam surat itu dia meminta ..sterinya menghantar dua buah kapal
terbang yang berisi bom ke tempat tersebut.
William terlah terkorban dengan cita-
citanya yang belum tercapai dan isterinya pula jatuh cinta kepada Ratu Bongsu. Jadi, kedua-dua watak Inggeris Robert dan William telah menerima nasib yang tragis akibat kebodohan dan keangkuhan mereka sendiri.
Melalui novel “Putera Gunung Tahan” mi kita dapat melihat aspek permainan politik yang hendak disampaikan atau dipeijuangkan oleh Pak Sako. Beliau melontarkan
18
sindiran yang tajam terhadap Inggeris yang sentiasa menganggap mereka sebagai bangsa yang supremacy. Antara banyak dialog yang digunakan oleh Pak Sako mengandungi makna perjuangan ataupun unsur-unsur nasionalisme;
" Saya tidak sekali-kali akan membenarkan dan menjualkan tanah air saya yang secebis ini walaupun dibayar dengan harga setinggi gunung ini walaupun diberi gelaran yang panjang-panjang dan dianugerahkan oleh kerajan tuan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir." (Putera Gunung Tahan, hlm.59)
Penanaman semangat kebangsaan bolehlah dianggap sebagai tugas terbesar Pak Sako dalam peijuangannya. Beliau menggunakan genre sastera khususnya novel dan cerpen bagi menyampaikan tujuan dan hasrat politiknya.
Walaupun begitu beliau
tidaklah sampai merosakkan nilai sasteranya.
Melalui novel “Anak Mat Lela Gila” pula memperlihatkan ketajaman protes sosial Pak sake yang lebih ketara. Sasarannya kali ini ialah masyarakat Melayu sendiri. Di antara sikap orang Melayu yang menjadi sasaran krinknya alah sikap yang suka menyerah diri kepada takdir semata-mata dan tidak berani menghadapi cabaran. Pak sako menyelar sikap orang-orang Melayu yang tidak mempunyai cita-cita besar. Hidup berpuas hati dengan apa yang ada sahaja (Wahba, 1991).
Dalam novel ini Pak Sako banyak memusatkan penceritaannya kepada watak Bulat dan Mandur Alang.
Pada tahap penyelesaiannya Pak Sako memasukkan unsur-
unsur dramtik yang dibangunkan melalui pemergian johari ke Makkah. Pak Sako sedar
19
bahawa hujung jalan bagi manusia ialah agama.
B iar b etap a ja h a t atau sesatnya
seseorang manusia itu, dia akhimya akan kembali juga
ke p an g k u a n T uhan.
Di sini
terdapat unsur-unsur agama yang dijadikan asas penyelesaian yang menunjkkan
bahawa
Pak Sako telah mula sedar bahawa Islam dapat memcahkan kebuntuan yang dialami
oleh
protagonis dan antagonis dalam novel tersebut. Oleh itu, sama ada disedari atau
tidak
Pak Sako telah menyarankan satu unsur yang harus dipaktikkan dalam sastera
bercorak
Islam, dalam erti kata lain, Pak Sako telah menggunakan aspek-aspek keislaman dalam karya-karyanya ketika itu.
Selain aspek-aspek pembinaan nasionalisme yang menjadi rencah garam penulisan Pak sako, persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kepincangan masyarakat, kehidupan di kota dan di desa, penindasan, jenayah, percintaan anak-anak muda dan sebagainya adalah di antara tema-tema dan persoalan yang digenari oleh Pak Sako.
Perubahan sosial masyarakat Melayu, baik di kota- atau di desa, hasil kemerdekaan dan pengarah-pengaruh lain menarik perhatian Pak Sako. Kehidupan kota yang penuh dengan liku-lku cabaran dan kepalsuan, serta anak-anak gadis yang mudah diperdaya dan anak-anak muda yang hampir karam di kota dapat dilihat dalam noveinovelnya seperti “Jalan ke Kota Bharu”, “Budak Beca 1” dan “Budak Beca 11", Manakala novel-novel Pak Sako yang menarik dan menggambarkan bakat dan kepekaannya terhadap isu-isu semasa, antaranya "Judi Karan”, "Mata-mata Sukarela dan “Yang Miskin dan Yang Mewah”,
20
Seiain novel, Pak Sako juga terkenal sebagai seorang penulis cerpen yang prolifik.
Keberaniannya menghadapi hidup dan menyelanu kehidupan, menonjoikan din
sebagai seorang pengarang dan juga seorang tokoh politik yang terang-terangan berorintesaikan ke arah kerakyatan (marhean) ternyata tercermin daripada penampilan dan dialog antara tokoh serta insiden-insiden dalam cerpen-cerpennya yang ditulis sekitar tahun 1936 - 1940. Beliau dianggap sebagai pelopor cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua di samping A.Rahim Kajai.
Kebanyakan cerpen Pak sako lebih berbentuk sindiran dan teguran terhadap masyarakat di seelilingnya. Waktu negara dijajah, Pak sako menyampaikan mesejnya yang menyeru orang ramai supaya bersikap patriotik.
Cerpen-cerpennya terkumpul
dalam antologi-antologi cerpen seperti antologi "Karangan Bunga dari Selatan” dan antologi "Segar".
Isu-isu semasa terutama yang mengenai masyarakat dan bangsanya sering menjadi persoalan dan tema cerpen-cerpen pak sako. Beliau menulis untuk mencurahkan suara hatinya dengan tujuan menjadi tatapan masyarakatnya bagi menimbulkan benihbenih kesedaran.
Di samping itu Pak Sako, secara sinis turut mengkritik golongan-
golongan seperti DKA (Darah Keturunan Arab) dan DKK(Darah Keturunan Keling) yang bersifat tamak tetapi kedekut. Golongan ini lebih menonjol dalam masyarakat Melayu dan kadang-kala kehadiran mereka lebih menonjol daripada orang-orang Melayu sendiri. Antara cerpennya; "Satu cerita dari kampung", "Hilang di Mata", "Jalan Hiburan", "Musim Gelora", "Istana Berembun", "Siti Muhibbah" dan "AnakDibuat Denak".
21
Sebagai seorang penulis yang beijiwa nasionalis, Pak sako mempunyai cita-cita yang ideal untuk dicapainya; iaitu beliau ingin melihat bangsanya maju dan setanding dengan bangsa-bangsa lain. Sikap sinis dan humor Pak sako sebenamya melarat hingga peringkat usia tuannya; di mana cerpen-cerpen yang diciptanya pada tahun-tahun 80-an, mengandungi unsur-unsur tersebut. hal ini dapat kita lihat dalam cerpen-cerpennya yang termuat dalam antologi "Senda Gila-Gila". Sindiran-smdiran yang dikemukakan oieh pak sako bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka orang atau untuk tujuan menghina golongan-golongan tertentu tetapi lebih bersifat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam aspek-aspek nilai kehidupan sejagat.
Dalam karyanya, terutama cerpen dan juga novel mengg amb ark an jiwa masyarakat pada zamaimya, zaman sebelum Perang Dunia Kedua dan selepas kemerdekaan, yang kebanyakannya dipenuhi iengan suara rintihan dan keluhan dalam usaha intuk mempertingkatkan perjuangan kehidupan dan pembangunan harga diri bangsa Melayu.
KESIMPULAN
Apa /m g hendak saya tegaskan dalam kontek ini, sekaiipun Pak Sako dan rakanrakannya menerima keriasama parti politik kir bukan Melayu termasuk Parti Komunis, tetapi mereka sama sekali tidak terpesong daripada menggadaikan bahasa Melayu dan
22
nama Melayu. Malahan saya rasa, Melayu dan kemelayuan mereka lebih keras, lebih unggul dari nama kerakyatan kita sekarang yang dikenali sebagai kerakyatan Malaysia.
Semua catatan sejarah menyebut Ishak seorang pejuang kemerdekaaan yang tidak mahu bekeq'asama dengan Inggeris, menentang dan berhaluan kiri. Namun, begitu lama negara mengecap kebebasan merdeka, penilaian sebahagian besar rakyat terhadap peijuangan kemerdekaan masih dilihat berdasarkan kelompok tertentu. Nama Pak Sako tidak akan dikenang lagi sekarang kalau bukan kerana rula: sejarahnya an bukan kepalang.
Beliau adalah warga yang mengorbankan dirinya untuk membina syurga
kepada anak-anak merdeka pada har ni.
Sekiranya penilaian terhadap seseorang tokoh pejuang Negara itu diperhatikan dan sudut kelompok tertentu dan majority, tentulah tersingkir nama Isahk Hj. Muhammad (Pak Sako), Ibrahim yaacob, ahmad Bostamam dan Burhanuddin Al-Helmi daripada persada politik kemerdekaan tanah air. Mereka emua umpama Mat kilau, tok Bahaman, Tok Gajah, Tok janggut, maharaja Lela dan Dil Said. Nama-nama tersebut masihsubur kerana jasanya kepada Negara. Jika, wadah politik yang mereka gunakan waktu itu meluas dan bersifat majoriti, kedudukan mereka tentulah seperti pejuangpejuang yang akhimya berjaya menjadi menteri pada zaman pasca merdeka.
Presiden Soekamo pernah menyatakan bahawa bangsa yang besar akan berasa bangga dengan sejarahnya. Sebaliknya daripada maksud kata-kata hikmat itu tentulah bangsa yang kecil berasa malu dengan sejarahnya. Bagi bangsa Melayu mempunyai
23
sejarah kegemilangannya yang tersendiri dan menjadi patukan kepada generasi m asa kirn. Jika sesuatu bangsa sudah tergusur harga dirinya, mereka akan m enulis sem u la sejarah bangsanya dengan catatan dan fakta trekaan bau ntuk bersaing
ng
aioba. Mereka sebenamya tidak mempunyai cita-cita dan extra. Bak lalai ke mana angin menderu ke sanalah lenggoknya. Kepada semua
•
/ang tinggi,
n ;rasi muda dan
mereka yang sudah memikirkan aspek sejarah tanah air dan oko -toko mempunyai maruah dan citra untuk kemajuan
bih
ter
1
hams
Bibliografi
A.Karim Abdullah. 1996. Pak Sako dari Sudut Pandangan Pak Samad. Petaling Jaya, Pustaka Budaya Agency Sdn. Bhd. A.Karim Abdullah. 1993. Pemimpin dan sasterawan. KLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. A.Karim Abdullah & Hashim Awang. 1995. Cerpen-cerpen Pak Sako. K.Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. A.Samad Ismail. 1987. Kertas Keija Pak Sako Yang Istimewa. Kuala Lumpur. Balai Budaya DBP. Koleksi Bung Karim. 2001. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Osman Abadi. 1992. Pak Sako Tokoh Politik Perhatin Pada Bangsa dan Negara. Mingguan Malaysia. TalibSamat. 2001. Biografi A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim): Budayawan dan Pengkhazanah Persuratan Melayu. Jitra, Kedah: Altakom Enterprise. UKM.1996. Memoir Pak Sako; Putera Gunung Tahan, Bangi Wahba. 1991. Pak Sako: Hidup Meniti Ranjau. K.Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
25