Memorandum untuk Memulihkan Kemerosotan Tasik Chini, Pahang
Tarikh: 10 April 2012 MEMORANDUM KEPADA: YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
______________________________________________________________________
Daripada:
1) Pengenalan Tasik Chini adalah tapak UNESCO pertama di Malaysia yang diberi status Kawasan Perlindungan Biospera (Biosphere Reserve) oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) kerana ciri-ciri menarik dan nilai-nilai intrinsiknya. Tasik Chini yang terletak di tenggara Negeri Pahang adalah sistem air tawar yang kedua terbesar di Malaysia. Ia mengandungi 12 tasik yang dikenali sebagai ‘Laut’ oleh komuniti Orang Asli. Setiap tasik mempunyai namanya tersendiri dan jumlah kawasannya ialah 202 hektar. Tasik Chini dikelilingi hutan hujan tropika semula jadi dan penghuni utamanya terdiri daripada Orang Asli Jakun dan diikuti oleh Orang Asli Semelai. Kawasan sekitar Tasik Chini dikelilingi himpunan bukit-bukau bercorakkan bentuk naga dan kecantikan Tasik ini terserlah kerana terdapatnya Gunung Chini dengan ketinggian melebihi 640 meter. Tasik Chini mempunyai kepelbagaian biologi yang kaya termasuk 200 spesis burung, 240 spesis ikan, 51 spesis tumbuhan hutan tanah pamah, beberapa spesis tanaman hutan paya air tawar dan 25 spesis tumbuhan akuatik. Bukti-bukti sejarah menyatakan bahawa Tasik Chini pernah diperintah oleh sebuah Negeri purba. Gambar-gambar dari angkasa membuktikan bahawa terdapat strukturstruktur luar biasa dan terusan-terusan di bawah tasik. Menurut lagenda pula,Tasik Chini pernah diperintah oleh raja-raja Khmer di sekitar kurun ke-5 dan ke-6. Sekitar pertengahan tahun 1990an, sebuah tebat (weir) dibina di Tasik Chini untuk mengempang dan menguruskan tahap air untuk kemudahan perjalanan bot apabila air surut kerana penggunaan bot merupakan satu-satunya cara perjalanan masyarakat tempatan. Walaubagaimanapun, tebat tersebut tidak mengandungi mekanisme untuk mengawal tahap air tasik. Akibatnya takungan air yang berlebihan telah membawa kepada kemerosotan alam sekitar Tasik Chini. Di awal tahun 2000, keadaan ini diperbaiki dengan mekanisme yang boleh mengawal paras air. Namun, paras air tidak dapat diselenggerakan untuk memulihkan kemerosotan persekitaran Tasik Chini kepada keseimbangan asalnya. Keadaan ini bertambah merosot akibat pengembangan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti skima perladangan dan perlombongan. Akibatnya, rezeki masyarakat tempatan yang bergantung pada sumber asli kaya alam Tasik Chini selama berkurun-kurun turut terjejas. Keadaan ini bertambah buruk akibat daripada kehilangan pendapatan daripada aktiviti pelancongan yang turut terjejas kerana kemerosotan alam sekitar Tasik Chini.
2
2) Latar Belakang Memorandum Memorandum ini adalah hasil daripada perbincangan Bengkel Perhatian kepada Tindakan: Pelbagai Strategi Diperlukan untuk Memulihkan Kemerosotan Tasik Chini yang dianjurkan oleh Transparency International – Malaysia’s Forest Governance Integrity Programme pada 26 November 2011. Seramai 55 orang menghadiri bengkel tersebut yang dianjurkan supaya pihak yang berkepentingan dapat bertemu untuk menangani isu kemerosotan Tasik Chini. 3) Kepentingan Memorandum Persekitaran Tasik Chini mengalami kemerosotan alam sekitar sejak pembinaan tebat pada tahun 1995. Keadaan ini bertambah buruk akibat daripada pengembangan aktiviti perlombongan di Penyor. Sisa pengeluaran daripada aktiviti perlombongan ini mencemar air Tasik Chini. Selain daripada itu, skima perladangan di Jembarau turut menyumbang kepada eutrofikasi tasik. Tambahan pula, aktiviti pembalakan sah di Bukit Tembakang serta aktiviti-aktiviti pembalakan haram merosotkan lagi persekitaran Tasik Chini. Impak-impak negative alam sekitar Tasik Chini termasuk kemusnahan hutan-hutan bermusim di sekitar tasik; pengurangan bunga teratai (Nelumbo nucifera); jumlah ikan dan spesis hutan; peningkatan spesis perosak seperti misai kucing (Cabomba caroliniana) dan Rasau (Pandanus helicopus). Jika impak-impak negatif alam sekitar Tasik Chini ini tidak diperbaiki melalui pengamalan pentadbiran yang kukuh dan lestari, keadaan Tasik Chini akan terus merosot. Ini akan membawa kepada kemerosotan masyarakat tempatan yang bergantung pada aktiviti pelancongan dan persekitaran Tasik Chini untuk terus hidup.
4) Cadangan- Cadangan untuk Memulih Kemerosotan Tasik Chini TI-M telah menyusun resolusi-resolusi yang dicadangkan oleh para peserta bengkel untuk menangani isu-isu yang membawa kepada kemerosotan alam sekitar Tasik Chini dan memulihkannya kepada keseimbangan asalnya, peningkatan populasi teratai dan ikan, pemulihan kualiti air ke tahap penggunaan, pemuliharaan hutan, penurunan spesis perosak (berlaku apabila air tasik dikawal secara semulajadi), penambahan hasil daripada hutan untuk kraf tangan, dan peningkatan bilangan pelancong dan aktiviti ekopelancongan supaya sumber pendapatan komuniti Orang Asli dapat dipertingkatkan. Rajah 1: Cadangan-Cadangan Untuk Memulihkan Kemerosotan Tasik Chini, Pahang No Cadangan 1 Orang Asli tidak patut dipindahkan. Mitos, lagenda, budaya, tradisi dan gaya hidup mereka harus dipelihara. Mengiktiraf status Orang Asli sebagai pribumi tapak Tasik Chini. Sehubungan dengan ini, hak Orang Asli untuk menduduki, mengurus dan menggunakan tanah, perairan dan wilayah adat mereka dalam kawasan Tasik Chini dan kawasan berhampiran dengannya hendaklah diiktiraf secara nyata oleh kerajaan. 3
Apa-apa tindakan pada masa depan yang kena- mengena dengan hak Orang Asli seperti yang dicadang di atas hendaklah menurut prinsip kebenaran awal, bebas dan telus dan rundingan awal seperti terkandung dalam piawai hak Orang Asal antarabangsa yang sedia-ada.
2
3
4
5
6
7 8
Taraf hidup Orang Asli harus dipertingkatkan dengan kemudahan asas seperti penyediaan bekalan air, elektrik dan kemudahan Infrastruktur. Mereka juga harus diperkenalkan kepada aktiviti pertanian lestari untuk peningkatan hasil dan dibenarkan pembukaan tanah secara kecil-kecilan untuk pengamalan pertanian secara tradisional.Aktiviti-aktiviti ini seharusnya diperkenalkan dan dilaksanakan menurut prinsip kebenaran awal, bebas dan telus seperti terkandung dalam piawai hak Orang Asal antarabangsa yang sedia-ada. Membina keupayaan Orang Asli dengan program-program latihan membina daya sistem pentadbiran kampung semasa (Tok Batin & Penghulu) dan persatuanpersatuan seperti Persatuan Perlindung Tasik Chini (PPTC). Memusnahkan empangan and memulihkan tasik. Melaksanakan Pelan Pengurusan Kawasan Tadahan (Watershed Management Plan) atau Pelan Pengurusan Bersepadu (Integrated Management Plan) untuk Tasik Chini dengan menggunakan RAMSA sebagai rujukan atau model pengurusan. Rancangan Malaysia ke-11 perlu menyediakan pembiayaan untuk Pelan Pengurusan Tasik Chini. Kerajaan Negeri harus bersetuju untuk mewartakan (1) kawasan tadahan air sebagai sempadan (mengikut kecerunan) dan (2) tanah, perairan dan wilayah adat Orang Asli yang berkenaan. Aktiviti-aktiviti perlombongan harus mengikut garis-garis panduan yang ketat supaya kualiti air yang dirawat adalah standard A seperti termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Skima perladangan harus dipindahkan jauh dari kawasan Tasik Chini. Melaksanakan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment) untuk setiap projek yang dicadangkan di Tasik Chini tanpa mengira saiz projek tersebut.
9
Melaksanakan kajian mengenai keupayaan bot, kuasa enjin, dan impak pembuangan dari enjin bot untuk mengurangkan kehakisan dan penubuhan amalan-amalan pengurusan yang terbaik.
10
Melaksanakan aktiviti-aktiviti perhutanan semula dan pemulihan hutan-hutan. Projek ini akan dilaksanakan dengan penglibatan efektif daripada Orang Asli (menurut piawai hak Orang Asal antarabangsa yang sedia-ada) dan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
11
Kecuali cadangan-cadangan yang terkandung di sini ini, dengan segera memberhentikan segala urusan dan kelulusan lanjut bekenaan tanah dan perairan di kawasan Tasik Chini
4
Pelan Tindakan Membentuk Suruhanjaya dan Jawatankuasa Tindakan untuk Penubuhan Dasar Pelan Kerja
1
Suruhajaya tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia manakala Jawatankuasa Tindakan terdiri daripada agensi-agensi kerajaan berkenaan, persatuan-persatuan awam, badan-badan bukan kerajaan, pihak akademik dan masyarakat setempat Tasik Chini (termasuk pemerhati dari Jaringan Kampong Orang Asli Semenanjung Malaysia). Fokus Jawatankuasa Tindakan adalah untuk menyediakan cadangan-cadangan untuk persetujuan Suruhanjaya.
2
Kumpulan Kerja Tindakan Sosial Ditubuhkan Untuk Bekerjasama Dengan Kerajaan Untuk Melaksanaan Dasar Pelan Kerja (Suruhanjaya dan Jawatankuasa Tindakan) Anggota-anggota Kumpulan Kerja Tindakan Sosial dicadangkan terdiri daripada peserta Bengkel Perhatian kepada Tindakan: Pelbagai Strategi Diperlukan untuk Memulihkan Kemerosotan Tasik Chini.
3
Menganjurkan lawatan lapang ke Tasik Chini untuk agensi-agensi kerajaan supaya mereka dapat memahami kemerosotan Tasik Chini.
5) Keutamaan Kami ●
Orang Asli tidak patut dipindahkan. Mitos, lagenda, budaya, tradisi dan gaya hidup mereka harus dipelihara. Mengiktiraf status Orang Asli sebagai pribumi tapak Tasik Chini. Sehubungan dengan ini, hak Orang Asli untuk menduduki, mengurus dan menggunakan tanah, perairan dan wilayah adat mereka dalam kawasan Tasik Chini dan kawasan berhampiran dengannya hendaklah diiktiraf secara nyata oleh kerajaan. Apa-apa tindakan pada masa depan yang kena- mengena dengan hak Orang Asli seperti yang dicadang di atas hendaklah menurut prinsip kebenaran awal, bebas dan telus dan rundingan awal seperti terkandung dalam piawai hak Orang Asal antarabangsa yang sedia-ada.
●
Taraf hidup Orang Asli harus dipertingkatkan dengan kemudahan asas seperti penyediaan bekalan air, elektrik dan kemudahan Infrastruktur. Mereka juga harus diperkenalkan kepada inovasi baru untuk meningkatkan hasil pertanian supaya pembukaan tanah dapat dielakkan. Inovasi baru ini seharusnya diperkenalkan dan dilaksanakan menurut prinsip kebenaran awal, bebas dan telus seperti terkandung dalam piawai hak Orang Asal antarabangsa yang sedia-ada.
●
Membina keupayaan Orang Asli dengan program-program latihan membina daya sistem pentadbiran kampung semasa (Tok Batin & Penghulu) dan persatuanpersatuan seperti Persatuan Perlindung Tasik Chini (PPTC).
●
Memusnahkan empangan and memulihkan tasik. Melaksanakan Pelan Pengurusan Kawasan Tadahan (Watershed Management Plan) atau Pelan Pengurusan Bersepadu (Integrated Management Plan) untuk Tasik Chini dengan menggunakan 5
RAMSA sebagai rujukan atau model pengurusan. Rancangan Malaysia ke-11 perlu menyediakan pembiayaan untuk Pelan Pengurusan Tasik Chini. ●
Kerajaan Negeri harus bersetuju untuk mewartakan kawasan tadahan sebagai sempadan (mengikut kecerunan) dan (2) tanah, perairan dan wilayah adat Orang Asli yang berkenaan.
●
Aktiviti-aktiviti perlombongan harus mengikut garis-garis panduan yang ketat supaya kualiti air yang dirawat adalah standard A seperti termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
●
Skima perladangan harus dipindahkan jauh dari kawasan Tasik Chini.
●
Melaksanakan aktiviti-aktiviti perhutanan semula dan pemulihan hutan-hutan. Projek ini akan dilaksanakan dengan penglibatan efektif daripada Orang Asli (menurut piawai hak Orang Asal antarabangsa yang sedia-ada) dan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
●
Menganjurkan lawatan lapang ke Tasik Chini untuk agensi-agensi kerajaan supaya mereka dapat memahami kemerosotan Tasik Chini.
●
Kecuali cadangan-cadangan yang terkandung di sini ini, dengan segera memberhentikan segala urusan dan kelulusan lanjut bekenaan tanah dan perairan di kawasan Tasik Chini.
6) Garismasa untuk Penerimaan Tindakbalas (Response) Kesan-kesan perubahan iklim dunia tidak dapat diduga dan amat merbahaya. Kebanyakan Negara mengalami kesan-kesan yang amat menjejaskan. Namun, Malaysia masih lagi menikmati persekitaran yang selamat disebabkan oleh kedudukan geografinya. Walaubagaimanapun, kita masih kekurangan komitmen dan sistem pentadbiran yang baik demi keselamatan alam sekitar. Kemerosotan alam sekitar Tasik Chini berleluasa sejak 1995, namun demikian kita gagal menangani cabaran-cabaran yang boleh dibaiki dalam jangka masa yang pendek. Kami percaya bahawa cadangan-cadangan yang dikemukakan di sini dapat dilaksanakan dan mampu memulihkan Tasik Chini kepada, sekurang-kurangnya, keadaan asalnya. Dengan keikhlasan dan kehormatan yang tertinggi, kami merayu agar cadangan-cadangan kami ini diberi perhatian yang setulusnya, dengan mengambil tindakan aktif keatas cadangan-cadangan yang dikenal pasti sebagai ‘keutamaan kami’, dalam tempoh ENAM BULAN. Dengan tujuan menghapuskan pentadbiran yang tidak membenarkan kemampanan alam sekitar, kami dengan ikhlasnya meminta agar rayuan rakyat ini mendapat tindak balas yang sewajarnya daripada pihak YAB, demi kemakmuran rakyat kita, rakyat 1 Malaysia!
Yang Ikhlas, Transparency International-Malaysia Memorandum ini disokong oleh, 6
Komuniti Tempatan Tasik Chini, Kampung Gumum Kampung Ulu Gumum Kampung Melai Kampung Cendahan Kampung Tanjung Puput Kampung Batu Gong Kampung Tasik Mentiga Kampung Tanah Merah Kampung Sri Makmur Jaringan Kampung Orang Asli SeMalaysia (JKOASM) Persatuan Pelindung Tasik Chini
Badan-Badan Bukan Kerajaan, Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Fellows of Asian Public (API) Intellectuals Environmental Protection Society Malaysia (EPSM) Treat Every Environment Special Sdn. Bhd. (TrEES) Majlis Keselamatan Makanan dan Perdagangan Adil Asia Tenggara (SEACON) Tenaganita Empower Centre for Orang Asli Concerns (COAC) PROHAM My Khatulistiwa Sdn. Bhd.
7