segala-galanya mengenai
Denggi
Apakah itu Denggi? Denggi berpunca daripada empat virus yang berkait rapat (DEN-1, DEN-2, DEN-3 atau DEN-4). Ia merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti virus denggi. Demam denggi adalah penyakit seperti selesema yang teruk, yang boleh dihidapi oleh bayi, kanakkanak dan remaja tetapi jarang sekali menyebabkan kematian. Dua bentuk denggi yang paling berbahaya adalah Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Sindrom Renjat Denggi (DSS).
Bagaimana ia berjangkit? Virus denggi berjangkit kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang dijangkiti. Nyamuk secara amnya mendapat virus tersebut semasa menghisap darah seseorang yang menghidap denggi. Sebaik sahaja dijangkiti, sepanjang hidupnya, seekor nyamuk itu boleh memindahkan virus tersebut kepada individu yang mudah dijangkiti. Virus denggi itu kemudian mengalir dalam darah manusia yang telah dijangkitinya itu selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari). Individu tersebut mungkin diserang demam secara tiba-tiba serta berbagai-bagai tanda dan simptom yang tidak khusus. Denggi tidak boleh merebak secara langsung dari seorang ke seorang yang lain.
Apakah simptomnya? Tanda dan simptom demam denggi berbeza-beza mengikut usia pesakit. Simptom-simptom utama denggi adalah demam panas, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, sakit sendi, rasa loya dan muntah, sakit mata dan ruam.
Bayi dan kanak-kanak kecil mungkin mengalami demam dan ruam. Mereka akan mengalami kesakitan yang agak kurang berbanding dengan kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.
Sakit kepala
Demam Sakit mata
Sakit otot
Sakit sendi
Ruam Contoh ruam denggi yang biasa.
Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjat Denggi Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Sindrom Renjat Denggi (DSS) boleh dikesan melalui serangan demam secara tiba-tiba, setinggi 40-41ºC. Ia akan berlanjutan selama 2 hingga 7 hari dengan tanda dan simptom demam denggi yang serupa. Ini diikuti oleh rerambut darah yang ‘bocor’, yang membolehkan komponen bendalir keluar daripada pembuluh darah, menyebabkan pendarahan renjatan dan berdarah seperti hidung atau gusi berdarah, dan kemungkinan pendarahan dalaman. Bilangan platelet akan merosot sehingga kurang daripada 100,000/mm3. Tempoh berlakunya DHF adalah 7-10 hari. Semasa dalam fasa awal serangan denggi, adalah sukar untuk membezakan DHF/ DSS daripada demam Denggi atau penyakit bervirus yang lain. Peringkat kritikal DHF/DSS berlaku paling kerap, 24 jam selepas suhu badan jatuh atau di bawah paras normal. Jika Demam Denggi Berdarah tidak dirawat, ia boleh membawa kepada Sindrom Renjat Denggi.
Untuk para pesakit yang menghidap DHF atau DSS yang teruk, demam serta tanda dan simptom yang tidak khusus akan berlaku untuk beberapa hari. Ia diikuti pula dengan keadaan pesakit yang merosot secara tibatiba. Pesakit tersebut mungkin kelihatan tidak bermaya dan menjadi resah. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah adalah seperti: • tekanan darah yang rendah • denyutan nadi yang laju tetapi lemah • sakit perut yang teramat • kulit berlengas dan sejuk serta kelihatan resah
Perdarahan subkonjunktiva Hidung berdarah Lebam kulit
Pendarahan pada usus
Perdarahan kecil pada kulit
Tanda-tanda pendarahan adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, gusi, hidung serta gastro-usus berdarah dan kadang kala aliran haid yang berlebihan. Mereka kerap mengalami sakit perut yang teruk, sejurus sebelum serangan renjatan.
Tempoh pengeraman (Masa di antara gigitan nyamuk hingga tercetusnya simptom) Tempoh pengeraman untuk Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah berlanjutan dari 3 hingga 14 hari. Tempoh purata pengeraman ialah 4-6 hari.
Bagaimana mengesahkan denggi? Jangkitan denggi didiagnosis dalam makmal dengan mengesan antibodi khusus dalam serum pesakit (ujian serologi) lima hari selepas menghidap demam. Jika perlu, ujian tersebut harus diulang selepas 2-3 minggu. Sebilangan kit ujian cepat yang berdasarkan sampel serum tunggal boleh didapatkan secara komersil tetapi mungkin kurang sensitif daripada ujian serologi yang konvensional. Semasa lima hari pertama mengalami demam, jangkitan denggi boleh didiagnosis melalui pengesanan molekul (tindak balas berantai polimerase) dan antigen denggi (antigen NS 1). Darah untuk ujian diagnostik harus diambil daripada pesakit secepat mungkin selepas tercetusnya simptom.
Apakah jenis rawatan yang terdapat untuk demam Denggi? Tiada terdapat drug antivirus untuk merawat denggi. Rawatan utamanya adalah untuk mengawal simptom dan mencegah komplikasi yang timbul daripada DHF dan DSS yang teruk. Pengawalan awal bergantung pada pemantauan harian yang rapi bagi bilangan platelet, supaya pesakit dapat menerima terapi penggantian bendalir dan pemasukan platelet jika perlu. •
Jika anda fikir anda mempunyai denggi, rujuk kepada doktor atau pergi ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan di hospital yang berdekatan. Pengesanan dan rawatan awal bagi simptom tersebut boleh menyelamatkan nyawa.
•
Jika doktor mengesyaki Demam Denggi Berdarah, anda akan dimasukkan ke hospital. Tekanan darah dan bilangan darah anda akan dipantau dengan rapi.
•
Sesiapa yang merasakan bahawa mereka menghidap denggi harus mengambil pelega sakit, contohnya Acetaminophen atau parasetamol. Mereka harus berehat, minum banyak air dan rujuk kepada doktor.
Apakah tempoh jangkitan selepas tercetusnya simptom? Individu yang dijangkiti tidak akan menjangkiti orang lain secara sentuhan langsung. Walau bagaimanapun, jika seseorang individu itu digigit oleh nyamuk semasa berada dalam peringkat awal jangkitan demam denggi, nyamuk itu mungkin akan dijangkiti juga dan boleh memindahkan virus denggi kepada orang berikutnya melalui gigitannya.
Adakah jangkitan denggi boleh berulang pada orang yang pernah dijangkiti sebelumnya? Terdapat 4 jenis virus Denggi. Jangkitan pada satu jenis tidak memberikan perlindungan jangka panjang daripada jenis-jenis yang lain. Terdapat juga bukti bahawa risiko mendapat DHF/DSS akan meningkat pada orang yang pernah dijangkiti salah satu daripada 4 jenis virus Denggi tersebut.
Soalan Lazim 1.
Bagaimana saya boleh mengelakkan diri daripada dijangkiti Denggi? Cara terbaik untuk mengelakkan Denggi adalah dengan mengelakkan daripada digigit oleh nyamuk Aedes. Pembawa virus Denggi hidup dan membiak berdekatan kawasan perumahan atau di dalam rumah. Pembiakan berlaku di tempat air bertakung, contohnya dalam bekas kecil, pasu bunga dan sebagainya.
Penularan virus denggi boleh juga disebabkan oleh individu yang mempunyai virus tersebut di dalam badannya. Warga asing atau warga Singapura yang kembali dari negara endemik Denggi, ada kemungkinan dijangkiti virus tersebut. Orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan yang berisiko tinggi. Langkah-langkah supaya tidak digigit nyamuk, seperti berada di dalam bilik yang berjaring atau berhawa dingin, menggunakan racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk serta menggunakan penghalau nyamuk yang mengandungi 20% - 30% DEET (dietiltoluamida). Sentiasa ambil tahu mengenai epidemik yang berlaku di negara yang anda kunjungi.
2.
Bolehkah saya mendapatkan vaksin melawan Denggi? Tiada vaksin yang berkesan yang dapat melawan denggi. Oleh itu adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti. Kajian penyelidikan masih dijalankan untuk mencari vaksin denggi yang berkesan.
3.
Bagaimana kita boleh mencegah dan mengawal denggi di Singapura? Orang ramai sering diingatkan untuk menjaga kawasan rumah mereka supaya bebas daripada denggi dengan mengamalkan sistem pemeriksaan rutin terhadap habitat pembiakan Aedes di dalam dan di sekeliling rumah. Mereka juga boleh membubuh racun serangga dan granul ke dalam bekas mengandungi air. Penghuni estet privet dinasihatkan agar membaiki alur bumbung yang rosak dan membubuh racun serangga pada alur bumbung dan piring pasu bunga. Bekas yang boleh menakung air hujan atau digunakan untuk menyimpan air (contohnya bekas plastik, baldi atau tayar kenderaan terpakai) harus ditutup atau dibuang dengan betul.
Perkhidmatan Internet Tanya-Jururawat-CGH Hospital Besar Changi (CGH) mempunyai Perkhidmatan Tanya-Jururawat-CGH pada laman web kami. Perkhidmatan ini memberi laluan bagi anda bertanya soalan lanjut mengenai sebarang tanda, simptom, atau kemusykilan berkaitan kesihatan. Ianya disediakan oleh pasukan jururawat yang berpengalaman, dan akan berunding dengan pakar perubatan atau kakitangan paramedik kami, jika perlu. Perkhidmatan ini bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat atau perundingan perubatan. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, sila ke laman web kami di http://www. cgh.com.sg dan klik “Tanya-Jururawat-CGH” untuk menuju soalan anda. Anda akan mendapat balasan daripada kami dalam masa tiga hari waktu kerja.
Panduan Pesakit Interaktif
www.cgh.com.sg/ipg
CGH amat berbesar hati memperkenalkan Panduan Pesakit Interaktif (IPG) – sistem pendidikan kesihatan interaktif dalam talian yang pertama di Singapura. Direka oleh pasukan pakar klinikal kami, IPG menyediakan pilihan multimedia yang menarik untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan. IPG memaparkan senarai keadaan perubatan yang biasa, rawatan, prosedur, selepas prosedur dan penjagaan selepas pembedahan melalui video dan teks yang boleh dicetak. Klip video membolehkan anda melihat bagaimana prosedur sebenar dijalankan atau perincian mengenai keadaan kesihatan. Agar lebih mudah, versi mesra pencetak juga disediakan supaya anda dapat mencetak dan membacanya bila anda mahu. Dengan IPG di Internet, anda boleh melayarinya pada bila-bila masa di rumah, malah dapat berkongsinya dengan keluarga dan rakan-rakan. Lungsuri lelaman kami hari ini!
Organisation Accredited by Joint Commission International 05/2009