Topikȱ3X Bahasa Melayu Sebelum dan Selepas Merdeka
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
X
1.
Menerangkan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka;
2.
Menghuraikan kemajuan bahasa Melayu selepas merdeka; dan
3.
Membincangkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.
PENGENALAN
Kenalkah anda dengan O.T. Dusseck (lihat Rajah 3.1)? Pada tahun 1935, beliau memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,
„...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Rajah 3.1 : O.T.Dusseck Sumber: Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya hlm. 123
38 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu‰. (The Straits Times, 1935.) Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. Bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.
3.1
BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA
Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarangpengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka. Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil
Rajah 3.2: Usman Awang
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
39
Sarkam, Asraf dan Hamzah. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah untuk: (a)
Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu;
(b)
Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang; dan
(c)
Mengadakan pembaharuan dalam sastera.
Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada umumnya, tema cerpen dan sajak ASAS 50 bersifat kritik masyarakat. Oleh itu, banyak daripada cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. 2Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Asas 50 juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden, iaitu selepas Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan, 2002). Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Bentuk bahasa ini belum dipawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara sistematik. Malah dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu dipengaruhi oleh tatabahasa ZaÊba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan ZaÊba dan Ejaan Kongres (1956-1957). Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan 'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada wartawan dan berkhidmat di Utusan Melayu, Berita Harian dan juga beberapa majalah. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen, sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka kendalikan. Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu. Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera. Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu
40 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM, tujuan penubuhannya adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1269): (i)
Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan menghidupkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup;
(ii)
Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga;
(iii) Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman; (iv) Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan seumpamanya; dan (v)
Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.
Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan bahasa Melayu, tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa bahasa Melayu. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran bahasa Melayu pada tahun 1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Antaranya ialah ‰Ilmu Mengarang Melayu‰ dan ‰Pelita Bahasa Melayu‰ tulisan ZaÊba. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Butir-butir piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260): Ć
Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli bahasa Melayu;
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
41
Ć
Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu; dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut; dan
Ć
Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres; pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.
Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban mengusulkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat; menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun; menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi; pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu; dan melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem. Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1261). Dalam kongres ini telah diputuskan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah
42 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres tersebut juga telah membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan. Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Rajah 3.3) telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan langkah pertama, iaitu mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka, maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap. Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut: x
Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
x
Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
x
Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; dan
x
Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Rajah 3.3: Dewan Bahasa dan Pustaka Sumber: http://images.google.com/images
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
43
Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat Rajah 3.3). Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini. Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819), iaitu sekolah Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Sebelum tahun 1956 kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran. Gagasan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah 3.4). Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Rajah 3.4: Laporan Razak 1956 Sumber: http://hids.arkib.gov.my/doc/ jilidi/mac/07_03_1957_1980.htm
44 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Penyata Razak (lihat Rajah 3.4) merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. (Penyata jawatankuasa Pelajaran 1956, m.s. 1 & 21). Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut: Ć
Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah;
Ć
Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan; dan
Ć
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.
untuk
Perbincangan tentang Laporan Razak akan diperkatakan dalam subtopik bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.
AKTIVITI 3.1 Huraikan dengan perinci peranan yang dimainkan oleh ASAS 50 dalam memperjuangkan Bahasa Melayu.
SEMAK KENDIRI 3.1 (a)
Terangkan peranan Lembaga Bahasa Melayu memperjuangkan bahasa Melayu era pramerdeka.
dalam
(b)
Huraikan peranan pendukung bahasa Melayu melalui tiga kongres bahasa yang telah diadakan.
TOPIK 3
3.2
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
45
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA
Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia 1.
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa: (a)
Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b)
Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.
2.
Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
3.
Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih:
4.
(a)
Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan
(b)
Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi keduadua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.
46 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan bahasa Melayu. Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu, kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina merupakan 37.1 peratus, dan kaum India 11.0 peratus (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260). Faktor kedua, ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Oleh itu, bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhirnya, keempat ialah bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undangundang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta. Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.). Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini dinamakan Laporan Razak 1956. (Kita akan bincangkan perkara ini dalam subtopik 3.3). Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi ini membolehkannya menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
47
pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961. (lihat Rajah 3.5).
Rajah 3.5: Pelancaran Pertama Minggu Bahasa Kebangsaan pada 30 Januari 1960 Sumber: Arkib Negara http://hids.arkib.gov.my/doc
Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari; menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan; untuk menyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan; memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang; dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa
48 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan hingga sekarang, dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan. Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk: „pertama, acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan; dan yang kedua, ialah melalui peraduanperaduan untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada peringkat-peringkat, iaitu peringkat daerah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.‰ (Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960) Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara penerangan seperti mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat cogan kata, kain-kain cogan kata, iklan-iklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan Melayu. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduanperaduan syarahan yang dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah-pensyarah yang menang dalam bahagian-bahagian yang tertentu bertanding untuk mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Di peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan bahas, peraduan melukis poster, peraduan mengarang rencana dan sebagainya. Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan jabatan-jabatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri. Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah, akhbar-akhbar, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancanganrancangan penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan.
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
49
Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini mencakupi masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera ă Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan, 2008). Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967). Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3.6) satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.
Rajah 3.6: Pengisytiharan Sistem Ejaan Indonesia Malaysia Sumber: Arkib Negaravhttp://hids.arkib.gov.my/doc/jilidii/jun/27_06_~1.htm
50 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam suasana kekeluargaan serta ramah tamah. Dalam rundingan itu tanggapan masing-masing pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967, maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008). Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam semua urusan rasmi negara menggantikan tempat bahasa Inggeris. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
51
Rajah 3.7: Pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sumber: Utusan Malaysia, 1 September 1967, m.s. 10.
YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama (lihat Rajah 3.7) pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960. Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan Bahasa Kebangsaan, perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu. Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu, pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu sahaja
52 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran seharihari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau Bahasa Kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. 4 Akta tersebut. Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan korpus bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju, bahasa kegiatan intelektual dan budaya, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains dan teknologi. Perbincangan tentang perkara ini akan dilanjutkan dalam Topik 4 (Pemodenan dan Perancangan Bahasa Melayu) dan Topik 5 (Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu).
AKTIVITI 3.2 Huraikan peranan DBP dalam hubungan kerjasama kebahasaan antara negara Indonesia-Malaysia dalam memperkukuhkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa pada zaman selepas merdeka.
SEMAK KENDIRI 3.2 (a)
Bincangkan akta-akta yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan implikasinya terhadap kedudukan Bahasa Melayu selepas merdeka.
(b)
Bincangkan peristiwa penting yang berlaku sepanjang era selepas merdeka yang berkaitan dengan perjuangan Bahasa Melayu.
3.3
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900. Siri buku tulisan ZaÊba dalam bentuk tiga jilid, iaitu
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
53
Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).
Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut: 1.
Laporan Barnes 1951 ă menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu
2.
Laporan Fenn-Wu 1951 ă menyemak pendidikan kaum Cina
3.
Ordinan Pelajaran 1952 ă mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan
4.
Laporan Razak 1956 ă meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Laporan Barnes 1951 Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah: Ć
Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam bahasa Inggeris
Ć
Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian; dan
Ć
Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama.
Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan
54 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.
Laporan Fenn-Wu 1951 Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini mencadang agar usaha merapatkan jurang perbezaan lakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan FennWu dikatakan memperkecil keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan.
Ordinan Pelajaran 1952 Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah: (i)
Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.
(ii)
Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
(iii) Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum. Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu:
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
55
1.
Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.
2.
Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.
3.
Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.
Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan "vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).
Laporan Razak 1956 Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008): 1.
Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju.
2.
Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Selain daripada itu, Jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guruguru dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh
56 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik. Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.
Zaman Pascamerdeka (1957-1970) Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006, ms. 17).
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
57
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Zaman Kemas Kini Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Mereka ialah : 1) Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi, 2) Menteri Kehakiman, 3) Tun Leong Yew Koh, 4) Menteri Perdagangan dan Perusahaan, 5) Encik Mohd. Khir Johari, 6) Penolong Menteri Pelajaran, 7) Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan, 8) Penolong Menteri Buruh, 9) Encik V. Manickavasagam, 10) Senator Koh Kim Leong, 11) Encik Mohd. Dahari Ali, 12) Ketua Menteri Pulau Pinang, 13) Datuk Wong Pow Nee dan 14) Encik Abdul Ghani bin Ishak. Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah : 1) untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956; 2) mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma; dan 3) mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar
58 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992 (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010, 2006, ms. 17).
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini telah: Ć
Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis dan mengira
Ć
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
Ć
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
Ć
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
Ć
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmnai, emosi, rohani dan intelek. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun 1980, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata kursus; kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya.
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
59
Penggunaan bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam bahasa Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan ă baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti ă terlaksana dengan lancar.
AKTIV ITI 3.3 (a)
Bincangkan perkembangan Bahasa Melayu dalam pendidikan persekolahan Melayu sebelum merdeka.
sistem
(b)
Terangkan kedudukan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan Cina dan Tamil selepas merdeka.
SEMAK KENDIRI 3.3 (a)
Bincangkan kedudukan Bahasa Melayu sebelum merdeka.
(b)
Huraikan perkembangan Bahasa Melayu pendidikan dalam era selepas tahun 1957.
dalam
sistem
Ć
Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (ditubuhkan pada 6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957.
Ć
Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah di tubuhkan di Singapura.
Ć
Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan bahasa Melayu pada era
60 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
ini lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Ć
Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951.
Ć
Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahliahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa, dan kesusasteraan Melayu.
Ć
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Ć
Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak.
Ć
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 diadakan di Sekolah King George, Seremban.
Ć
Pada bulan Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954.
Ć
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara.
Ć
Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor.
Ć
Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
W
61
merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ć
Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Ć
Faktor pemilihan bahasa Melayu ialah: pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini; kedua, ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini; ketiga, ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum; dan akhirnya, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.
Ć
Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ć
Gerakan penggunaan bahasa bahasa dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961.
Ć
Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ć
Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).
Ć
Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.
Ć
Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967.
62 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Ć
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (seblum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).
Ć
Laporan Barnes 1951 ă menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
Ć
Laporan Fenn-Wu 1951 ă menyemak pendidikan kaum Cina
Ć
Ordinan Pelajaran 1952 ă mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan
Ć
Laporan Razak 1956 ă meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran kebangsaan untuk semua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Ć
Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Ć
Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil, dan Inggeris sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.
Ć
Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan.
Ć
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan.
Ć
Pada tahun 1980, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982.
Ć
Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu.
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Akta Bahasa Kebangsaan 1963 ASAS 50 Dewan Bahasa dan Pustaka Kongres Bahasa dan Persuratan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia Laporan Barnes 1951 Laporan Fen-Wu 1951
W
63
Laporan Rahman Talib 1960 Laporan Razak 1956 Lembaga Bahasa Melayu Bahasa Melayu pramerdeka Bahasa Melayu pascamerdeka Bahasa Melayu selepas Zaman Dasar Ekonomi Baru
x
ASAS 50 dipetik http://hids.arkib.gov.my/doc/2002/ogos/ 06_08_1950_2002. htm pada 20 Januari 2008.
x
Asmah Haji Omar. 2004. Muafakat bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
x
Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan Khas (30 April 1981). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
x
Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
x
Mahfudz bin Abdul Hamid (Setiausaha Jawatankuasa Kerja Minggu Bahasa Kebangsaan, Persekutuan Tanah Melayu), "Keteranganketerangan tentang MINGGU BAHASA KEBANGSAAN, Apa tujuannya dan bagaimana hendak menyertainya," Dewan Bahasa Jilid IV Bil. 1 - Januari 1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m.s. 668-669.
x
Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran 2007.
x
Penubuhan Balai Pustaka, Arkib Negara http://hids.arkib.gov.my/doc/ 1998/ jun/22_06_1956_1998.htm dipetik pada 20 Januari 2008
x
Penyata jawatankuasa Pelajaran 1956, Caxton Press Ltd, Kuala Lumpur, m.s. 1 & 21
x
Penubuhan Balai Pustaka, Arkib Negara http://hids.arkib.gov.my/doc/ 1998/jun/22_06_1956_1998.htm pada 20 Januari 2008
dipetik
64 X
TOPIK 3
BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
x
Penyata Pelajaran 1952 Dipetik daripada http://hids.arkib.gov.my/doc/2002/november/21_11_1952_2002.htm pada 20 Januari 2008.
x
Penyata Razak 1956 Dipetik daripada http://hids.arkib.gov.my/doc/ 2000/mei/06_05_1956_2000.htm pada 20 Januari 2008
x
Seminar Bahasa dan Sastera - Ke arah meninggikan mutu bahasa dan kesusasteraan kebangsaan dipetik daripada http://hids.arkib.gov.my/ doc/ 2001/april/15_04_1988_2001.htm pada 20 Januari 2008.
x
Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia Dipetik daripada http://hids.arkib.gov. my/ doc/jilidii/jun/27_06_~1.htm pada 20 Januari 2008
x
Ucapan O.T. Dusseck, (Terjemahan) dilaporkan dalam The Straits Times 23 November 1935.
x
Undang-Undang Pelajaran 1957 http://hids.arkib.gov.my/doc/jilidi/ mac/ 07_03_1957_1980.htm dipetik pada 20 Januari 2008.