LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI BENCANA 1
SEBELUM SEMASA
SELEPAS
BANJIR DISEDIAKAN OLEH : IBU PEJABAT JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
2
PENGENALAN
APAKAH ITU BENCANA? Bencana adalah sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut
Bersifat kompleks
Mengakibatkan kehilangan nyawa
Kemusnahan hartabenda atau alam sekitar
3
JENIS-JENIS BANJIR
4
MENGHADAPI BANJIR SECARA TERANCANG
5
SEBELUM BANJIR PERSEDIAAN AWAL • Sentiasa peka dengan persekitaran. • Dengar hebahan semasa disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta bilik-bilik gerakan banjir negeri atau daerah yang berhampiran untuk kawasan banjir dan laluan yang terjejas. • Dapatkan talian penting seperti nombor telefon Community Emergency Reponse Team (CDERT), Ketua Kampung, Bilik Gerakan Banjir dan Pasukan Keselamatan. • Mendapatkan talian Pusat Kawalan Operasi JPAM (Rujuk Laman Web JPAM / LAMPIRAN)
6
SEBELUM BANJIR PERSEDIAAN AWAL Belajar mengenali sistem amaran banjir, petunjuk alam sekitar seperti
hujan lebat, topografi, ketinggian paras bahaya banjir dan sejarah banjir di tempat anda. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. Belajar pertolongan cemas dan CPR. Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. Dapatkan maklumat laluan selamat ke tempat pemindahan.
7
SEBELUM BANJIR PERSEDIAAN AWAL Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak
semasa kecemasan di rumah. Penyertaan masyarakat adalah penting untuk bantuan bencana yang berkesan.
8
SEBELUM BANJIR BEG KECEMASAN Air minuman - Isi dalam bekas bersih. Makanan yang tidak memerlukan penyejukan atau memasak. Wang Tunai.
Ubat-ubatan dan bekalan pertolongan cemas. Pakaian, peralatan mandian. Radio berkuasa bateri. Lampu suluh. Bateri tambahan (Sel kering) dan power bank. Wisel. Pisau, tali, pemetik api dan lilin.
Dokumen penting
Dokumen Penting
PERINGATAN 1) Pastikan beg tidak terlalu berat. 2) Beg kecemasan boleh lebih dari satu tetapi jangan terlalu banyak.
Wisel
3) Beg kecemasan dicadangkan kalis air.
Wang Tunai
Lampu Suluh
4) Pastikan beg mudah di lihat dan dicapai.
Makanan Tin
5) Mesti periksa secara berkala segala barangan yang mempunyai tarikh luput (contoh ubat-ubatan, susu dan lain-lain)
Kit Perubatan Kecemasan 6) Makanan dalam tin jenis yang mudah dibuka dan boleh terus dimakan.
Air Mineral 7) Bateri untuk lampu suluh dan radio Radio Transister
transistor adalah jenis sama (cth: AA)
Tisu Basah Alat Mandian Asas
Tuala
Keperluan bayi Tuala wanita (susu, botol susu, ‘dypers’ dll. jika perlu) (jika perlu) Info lanjut sila ke http://www.civildefence.gov.my
10
SEBELUM BANJIR TINDAKAN TANDA-TANDA BANJIR Jika amaran banjir kilat dikeluarkan untuk kawasan anda. Pergi ke
kawasan tinggi dengan segera. Banjir kilat berkembang dengan cepat. Jangan tunggu sehingga air meningkat ke tahap bahaya.
11
SEBELUM BANJIR
BERSEDIA UNTUK BERPINDAH. Jika dinasihatkan untuk berpindah, berbuat demikian dengan segera. Maklumkan jiran anda dan bersedia untuk berpindah. Kenal pasti tempat-tempat untuk pergi.
Kenal pasti laluan perjalanan alternatif yang tidak terdedah kepada
banjir. Isikan tangki minyak kereta anda. Memindahkan kenderaan ke tempat selamat (tinggi).
12
SEBELUM BANJIR
MENGKAJI PELAN BENCANA KELUARGA ANDA Bincangkan rancangan banjir dengan keluarga anda. Membuat keputusan di mana anda akan bertemu jika terpisah.
Tentukan orang hubungan yang boleh dicapai jika ahli keluarga
terpisah. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai maklumat kenalan.
13
SEBELUM BANJIR MELINDUNGI HARTA ANDA (jika ada masa) Pindahkan barang-barang berharga dan perabot ke tempat yang
lebih tinggi. Pindahkan bahan-bahan berbahaya (seperti cat, minyak, racun perosak, dan bekalan pembersihan) ke lokasi yang lebih tinggi. Putuskan sambungan peralatan elektrik. Membawa masuk harta benda di luar bangunan atau ikat dengan selamat. Ini termasuk perabot, tong sampah dan objek alih lain.
14
SEMASA BANJIR TINDAKAN AWAL
15
SEMASA BANJIR PROSES PEMINDAHAN Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu. Bersedia dengan Beg Kecemasan. Jika
diarahkan pindah, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat sebelum akses terputus oleh air yang semakin meningkat. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
16
SEMASA BANJIR DI LUAR RUMAH Pergi ke tempat tinggi dan selamat dari kawasan lapang, sungai dan
longkang. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Jangan biarkan kanak-kanak bermain air di kawasan banjir, longkang, lombong, tali air dan sungai. Jangan berenang atau berjalan melalui air yang bergerak (deras). Air banjir yang bergerak melebihi paras lutut boleh membuat anda jatuh. Sekiranya anda terpaksa berjalan kaki di dalam air banjir, gunakan kayu untuk memeriksa keadaan tanah di hadapan anda.
17
SEMASA BANJIR DI LUAR RUMAH Jangan sentuh peralatan elektrik, kabel atau wayar jika anda basah
atau berdiri di dalam air. Jangan minum air banjir. Jika seseorang jatuh dalam atau terperangkap di dalam air banjir:
Jangan cuba menyelamatkan mangsa sekiranya anda tiada pengalaman, peralatan dan pengetahuan. Menggunakan peranti pengapungan. Jika boleh membuang sesuatu (seperti tiub tayar, bola besar atau tong air) untuk membantu mereka terapung. MERS999. Panggilan untuk bantuan dan memberikan maklumat serta lokasi yang betul.
18
SEMASA BANJIR DI DALAM KENDERAAN Keluarga dinasihatkan untuk menggunakan hanya satu kenderaan
bagi mengelakkan terpisah dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Jangan memandu jika tidak ada keperluan. Jika anda perlu memandu, rancang perjalanan dengan baik. Ikut laluan yang disyorkan. Elakkan kawasan bencana. Kehadiran anda mungkin menjejaskan operasi menyelamat atau kecemasan yang lain dan meletakkan anda dalam risiko. Perhatikan jalan raya rosak, tanah runtuh dan pokok-pokok atau talian kuasa yang tumbang.
19
SEMASA BANJIR DI DALAM KENDERAAN Berhati-hati pada waktu malam, kerana lebih sukar untuk mengenali
bahaya banjir. Jika kenderaan gagal berfungsi, kunci dan tinggalkannya. Jika air naik di sekeliling kereta anda, tinggalkan kenderaan itu dengan segera. Mendaki ke kawasan yang lebih tinggi secepat yang mungkin. Jangan memandu melalui jalan raya ditenggelami air. Anda boleh kehilangan kawalan kenderaan anda dalam hanya beberapa inci air. Ingat! Kereta anda boleh terapung. Kenderaan boleh dihanyutkan oleh kurang daripada 2 kaki air.
Jenis dan Jumlah Pusat Pemindahan Skala Besar; 2%
Sekolah; 44% Balai raya dan lain-lain, 54%
BIL. PUSAT PEMINDAHAN
5,161
1) Berskala besar (stadium dll.)
2) Sekolah
JUMLAH KAPASITI
1.605 Juta Sumber maklumat dari JKM
3) Balai raya/Dewan/Lain-lain
21
SEMASA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN Mendaftar diri dan keluarga untuk direkodkan.
Jika tiada petugas, bawa masuk keluarga dan diri sendiri ke dalam Pusat Pemindahan dan daftar kemudiannya. Letakkan barangan peribadi / beg kecemasan di tempat yang selamat.
22
SEMASA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN
Kenalpasti lokasi berikut: Pintu keluar / masuk Tandas dan bilik mandi Tempat agihan makanan Bilik pertolongan cemas Bilik penerangan Sumber air bersih Tong sampah
23
SEMASA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN Membantu pasukan sukarela atau petugas banjir dalam pengurusan
pusat pemindahan seperti memasak dan kerja pembersihan pusat pemindahan. Membantu dalam jawatankuasa yang akan dibentuk di Pusat Pemindahan. (Dilatih melalui program LEAD) Kenalpasti tanda-tanda penyakit keluarga dan diri dengan merujuk terus kepada Pegawai Perubatan yang bertugas. Kekalkan keharmonian dan sentiasa bertolak ansur. Jaga disiplin dan tidak berebut-rebut ketika bantuan tiba. Jaga keselamatan diri dan keluarga. Sentiasa dengar dan patuh pada arahan semasa.
24
SELEPAS BANJIR TINDAKAN AWAL Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang
berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (warga emas, kanak-kanak atau golongan istimewa). Elakkan melalui air banjir; air boleh tercemar oleh minyak, petrol, atau kumbahan mentah. Air juga boleh mengalirkan elektrik dari talian yang terdedah atau terputus.
25
SELEPAS BANJIR TINDAKAN AWAL Berhati-hati dengan kawasan di mana air banjir telah surut. Struktur
jalan raya mungkin telah lemah dan boleh runtuh disebabkan berat kereta. Mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan. Jangan mengabaikan luka kecil atau penyakit. Jangan makan makanan segar yang dihanyutkan banjir. Masak air sebelum digunakan. Bekerjasama dengan pegawai-pegawai tempatan. Bertindak balas kepada permintaan untuk bantuan daripada sukarela dan petugas banjir.
26
SELEPAS BANJIR MEMASUKI RUMAH/BANGUNAN Jangan memasuki bangunan jika ia masih ditenggelami air atau
dikelilingi oleh air banjir, berhati-hati karana banyak bahaya yang tersembunyi. Pakai kasut. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda. Periksa dinding, lantai, pintu, tingkap, dan siling untuk risiko runtuh. Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
27
SELEPAS BANJIR MEMASUKI RUMAH/BANGUNAN Buang perubatan, makanan, atau air yang tercemar dengan air banjir
(termasuk barangan dalam tin). Semua peralatan elektrik perlu diperiksa dan dikeringkan sebelum digunakan semula. Membersihkan dan membasmi segala-galanya yang mendapat basah. Laporkan kebocoran gas, elektrik dan saluran air dengan serta-merta. Tidak mengendalikan peralatan elektrik di kawasan basah.
28
SELEPAS BANJIR PERIKSA ANCAMAN BAHAYA Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor. Periksa kerosakan sistem elektrik (percikan api, wayar pecah, atau
bau penebat terbakar). Mematikan elektrik pada pemutus litar utama jika anda boleh mencapainya tanpa melangkah di dalam air. Gunakan lampu berkuasa bateri. Bahan mudah terbakar mungkin ada di persekitaran.
29
SELEPAS BANJIR PERIKSA ANCAMAN BAHAYA Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir
masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya). Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
30
LAMPIRAN
Pastikan anda mempunyai senarai panduan ini
Senarai Keperluan Asas (Keluarga) Bagi menghadapi Bencana
Senarai [24Hour Hotline] PKON/PKOD JPAM NEGERI
PUSAT KAWALAN OPERASI DAERAH
NO.TELEFON
PERLIS
KANGAR
04-9777991 / 04-9778991
KEDAH
ALOR SETAR
04-7323810 / 04-7323801
PULAU PINANG
TIMUR LAUT (GEORGETOWN)
04-2263876
PERAK
KINTA / IPOH (PUSAT KAWALAN OPERASI NEGERI)
05-5278715
SELANGOR
KLANG
03-33710820
WP KUALA LUMPUR
DANG WANGI (KUALA LUMPUR)
03-26871400 / 03-26949233
PAHANG
KUANTAN
09-5171991
TERENGGANU
KUALA TERENGGANU
09-6668246 / 09-6672991
KELANTAN
KOTA BHARU
09-7474091
NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN
06-7645755
MELAKA
MELAKA TENGAH
06-2324028
JOHOR
JOHOR BHARU
07-2349706 / 07-2349708 / 07-2349709
SABAH
KOTA KINABALU
088-232440 / 088-232453
SARAWAK
KUCHING / PETRAJAYA
082-433896 / 082-370205
TIPS MENGHADAPI BENCANA BANJIR For Media Content Dapatkan maklumat banjir dan pusat pemindahan di tempat anda. Buat persediaan awal menghadapi banjir di rumah anda.
Bersedia dengan beg kecemasan dan bersedia untuk berpindah jika diarahkan
Selamatkan nyawa dan barang penting dengan berpindah ke pusat pemindahan mengikut arahan pihak berkuasa Sentiasa memberikan kerjasama ketika berada di pusat pemindahan
Pulang ke rumah setelah diarahkan oleh pihak berkuasa Periksa sebarang ancaman bahaya di rumah sebelum selamat diduduki semula.
TIPS KETIKA DI PUSAT PEMINDAHAN For Media Content Daftar masuk maklumat diri dan keluarga di pendaftaran Pusat Pemindahan. Ambil keperluan di lokasi yang telah diberitahu.
Sentiasa bersedia untuk berkumpul jika Penyelia ingin memberikan taklimat.
Beri Kerjasama yang baik kepada semua sepanjang berada di Pusat Pemindahan Sentiasa mengikuti perkembangan maklumat terkini tentang bencana. Daftar keluar dan pulangkan barangan tertentu setelah dibenarkan pulang oleh pihak bertanggungjawab.
35