LAMPIRAN A
ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Pegawai Kadet ditaja sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia dan diberi gaji serta lain-lain bantuan seperti penginapan, sajian dan pakaian. Namun Pegawai Kadet tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972 dan dikehendaki menjalani Latihan Ketenteraan sepanjang mengikuti pengajian di UPNM. Manakala sebagai Pelajar Awam, yuran pengajian program Asasi akan ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar perlu mendapatkan pembiayaan melalui PTPTN (dengan syarat perlu memohon) atau memohon pembiayaan daripada MARA, JPA, Kerajaan Negeri dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan pembiaya tersebut bagi menampung kos semasa mengikuti pengajian. Pelajar Awam tidak menjalani Latihan Ketenteraan tetapi perlu mematuhi kehidupan berdisiplin semasa berada di UPNM dan diwajibkan mengikuti Latihan PALAPES. 2. Tempat dan Tarikh 2.1
Calon-calon dikehendaki hadir ke Pusat Temuduga di Kem Terendak,Melaka pada 25 April 2013 sebelum jam 2 petang dan sila berkumpul di perkarangan Masjid As Shuhadah berhadapan pintu masuk Kem Terendak.
3. Tapisan Peringkat Awal 3.1
Sekiranya calon didapati gagal melepasi pemeriksaan awal perubatan pada hari pertama (gagal pemeriksaan seperti TINGGI, BERAT, BMI dan MATA), calon boleh memilih untuk terus belajar di UPNM sebagai kategori Pelajar Awam. Sila maklumkan kepada urusetia di kaunter pendaftaran dan temuduga Pemilihan sebagai Pelajar Awam akan dijalankan serentak pada hari berkenaan.
4. Proses Pemilihan Pegawai Kadet 4.1
Pemilihan Pegawai Kadet UPNM akan dilaksanakan mulai 24 April 2013 sehingga 3 Mei 2013. Pemeriksaan awal perubatan akan dilaksanakan pada 24 April 2013 dan sekiranya calon didapati gagal dalam pemeriksaan tersebut (gagal pemeriksaan seperti TINGGI, BERAT, BMI
dan MATA) calon boleh terus pulang pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, calon boleh memilih untuk terus belajar di UPNM dan ditemuduga sebagai kategori Pelajar Awam. Sila maklumkan kepada urusetia di kaunter pendaftaran dan temuduga Pemilihan sebagai Pelajar Awam akan dijalankan serentak pada hari berkenaan. Hanya calon-calon yang lulus di setiap peringkat ujian Pemilihan Pegawai Kadet sahaja akan terus berada di Pusat Pemilihan sehingga tamat proses temuduga. 4.2
Ujian Pemilihan akan dijalankan mengikut jadual di bawah :
Tarikh (a)
Hari (b)
Aktiviti (c)
24 April 2013
Rabu
Calon Melapor Diri/Pemeriksaan Dokumentasi/ Pemeriksaan Awal Perubatan.
TKC Komp Perubatan Para
25 April 2013
Khamis
Pemeriksaan Perubatan dan Pergigian/Ujian Bertulis.
TKC Komp Perubatan Para/ 609 PGAT
26 April 2013
Jumaat
Pemeriksaan Perubatan dan Pergigian/Ujian Bertulis.
TKC Komp Perubatan Para/ 609 PGAT
27 April 2013
Sabtu
Ujian Larian/Ujian Kepimpinan dan Ujian Syarahan.
TKC Jurulatih Jasmani Peg Pendidikan
28 April 2013
Ahad
Lembaga Awal. Pergerakan Calon Sabah/Sarawak/UPNM dan Subang ke Kem Terendak.
TKC
29 April 2013
Isnin
Lembaga Awal.
TKC
30 April 2013
Selasa
Lembaga Awal.
TKC
1 Mei 2013
Rabu
Lembaga Awal.
TKC
2 Mei 2013
Khamis
Persiapan Lembaga No. 3 (Tiga Khidmat).
TKC
3 Mei 2013
Jumaat
Lembaga No. 3 (Tiga Khidmat).
TKC
4 Mei 2013
Sabtu
Pergerakan balik staf/calon pemilihan ke Pasukan.
Catatan (d)
4.4
Hanya calon-calon yang berjaya sahaja yang akan disokong ke Lembaga No.3 dan diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera sebelum dilantik sebagai Pegawai Kadet UPNM.
5. Syarat-Syarat Umum Calon- calon adalah dikehendaki mematuhi syarat-syarat dibawah: 5.1 Fizikal Tinggi minimum
-
1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
Berat minimum
-
47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
Ukuran dada minimum
-
76sm (Lelaki sahaja).
5.2 Body Mass Index – BMI Calon-calon mestilah mempunyai Body Mass Index (BMI) di antara 17.0 hingga 23.0. Cara pengiraan BMI adalah seperti berikut : Berat (kg) ÷ (Tinggi (m))2 Contoh : 70 kg ÷ (1.62m) 2 = 26.67 Calon-calon tidak akan dipertimbangkan sekiranya tidak memenuhi syarat BMI. 5.3 Memakai Cermin Mata atau Kanta Sentuh Penglihatan : Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna serta tidak memakai cermin mata atau kanta sentuh (skala 6/6), kecuali bagi Program Asasi Perubatan Pertahanan, pemakaian cermin mata adalah terhad sehingga skala 6/12. 6. Dokumen Anda dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang ASAL beserta satu salinan fotostat seperti berikut: Kad Pengenalan Malaysia – MyKad (Jika I/C sementara, perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara). Sijil kelahiran / Surat Beranak, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf, Surat Akuan (Testimonial) Sijil-sijil pencapaian akademik dan ko-kurikulum, Sijil Berhenti Sekolah, Dua (2) keping gambar terkini berwarna berukuran passport.
Kegagalan membawa dokumen asal menyebabkan anda tidak layak mengikuti ujian dan temuduga pemilihan. 7. Pakaian 7.1
Calon-calon dikehendaki membawa pakaian yang secukupnya untuk keperluan sepanjang pemilihan dan temuduga. Peraturan pakaian semasa melapor diri, ujian bertulis dan temuduga adalah seperti berikut : Lelaki : Baju lengan panjang (warna cerah) bertali leher, kasut hitam bertumit dan stokin gelap, seluar panjang warna gelap (seluar jeans atau kain jenis jeans tidak dibenarkan) serta berambut kemas pendek. Wanita : Bagi calon beragama Islam hendaklah berpakaian baju kurung dan bertudung manakala calon bukan islam hendaklah berpakaian yang bersesuaian serta kasut hitam bertutup dan bertumit.
7.2
Pakaian semasa Ujian Jasmani/Perubatan Baju-T putih berkolar dan seluar tracksuit (warna gelap), Kasut sukan dan stokin putih.
7.3
Calon-calon lelaki beragama Islam juga dikehendaki membawa Pakaian Kebangsaan lengkap (warna bebas) bersamping dan bersongkok untuk menunaikan solat dan keperluan harian yang lain sepanjang pemilihan dijalankan.
7.4
Calon-calon dinasihatkan membawa seterika untuk menggosok pakaian.
8. Barang-barang Berharga Keselamatan barang-barang berharga termasuk wang tunai, telefon bimbit dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Calon-calon dinasihatkan untuk membawa beg yang mempunyai kunci khas untuk menyimpan barangbarang tersebut. Calon-calon juga dinasihatkan tidak membawa wang tunai yang banyak. Mesin ATM disediakan untuk keperluan tersebut. 9. Alat Tulis Alat tulis seperti pensil, pen, pemadam, clip board dan pembaris hendaklah dibawa secukupnya. 10. Penginapan dan sajian Penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak ATM secara percuma sepanjang pemilihan dijalankan. Calon adalah diminta untuk membawa 1 sarung bantal, 1 cadar, 1 selimut, pinggan mangkuk (plastik), sudu dan garfu serta gelas untuk kegunaan semasa sajian makan.
11. Bersurai / Waran Perjalanan Pulang Calon-calon yang gagal dalam mana-mana peringkat ujian yang dilaksanakan selepas hari kedua dan seterusnya akan dihantar pulang dan Waran Perjalanan (bas/keretapi) akan diberikan. Walau bagaimanapun, calon dinasihatkan menyediakan tambang sendiri untuk pulang sebagai alternatif sekiranya Waran Perjalanan tidak dapat ditukar oleh syarikat pengangkutan. Bagi calon yang menarik diri dari pemilihan dan temuduga tidak akan diberi Waran Perjalanan. 12. Keputusan Temuduga Keputusan temuduga samada berjaya atau gagal hanya akan dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang boleh disemak melalui laman web http://www.upnm.edu.my mulai 17 Mei 2013 (Jumaat). 13. Mustahak 13.1
Semak dan baca arahan ini dengan teliti dan fahami segala kehendak yang diperlukan sebelum menghadiri temuduga pemilihan.
13.2
Calon-calon yang tidak memenuhi keperluan arahan pentadbiran ini dianggap GAGAL dan TIDAK PERLU HADIR untuk temuduga pemilihan ini.
13.3
Calon-calon perlu merujuk persiapan untuk menghadiri temuduga seperti di Lampiran B.
16. Penutup Pihak kami mendoakan agar saudara/saudari lulus semua peringkat ujian dan akan berjaya dipilih sebagai Pelajar UPNM. 16. Pertanyaan Sebarang pertanyaan mengenai temuduga pemilihan boleh dikemukakan kepada Unit Kemasukan dan Promosi Bahagian Pengurusan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kem Sg. Besi 57000 Kuala Lumpur No.Telefon : 03-9051 3453/3437/4602 Cawangan Tenaga Kerja Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur Tel : 03-2071 5120/4526/2382 atau tol bebas 1-800-88-7588 TARIKH KEMSKINI : 18 MAC 2013