ISU KE - 3
JULAI - SEPTEMBER
HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3
NASIB PEKERJA SELEPAS PRU13 Pembinaan Solidariti Dan Perjuangan Kelas Pekerja Amat Perlu Untuk Perubahan Tulen!
Ravi
Barisan Nasional sekali lagi telah menubuhkan kerajaan dan kabinet baru. Manakala, parlimen sudah bersidang dan 222 wakil rakyat yang terpilih dalam PRU13 sudah mengangkat sumpah berjanji menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Majoriti pengundi yang memilih mereka adalah warga pekerja yang setiap hari perlu membanting tulang di ladang atau kilang, dan bekerja keras memberikan perkhidmatan kepada pelanggan seperti di bank, restoran dan lain-lain untuk menyara hidup mereka dan keluarga. Tetapi, adakah hasrat dan keperluan mereka akan diberikan keutamaan oleh kerajaan dan wakil-wakil rakyat tersebut? Seperti biasa, selepas pilihan
raya umum, isu-isu asas pekerja dan rakyat biasa seperti gaji yang mencukupi, perumahan selesa, kenaikan kos sara hidup, hak dan demokrasi di tempat kerja, dan hak kesatuan sekerja sentiasa dipinggirkan. Walaupun ada kala isu-isu tersebut dibincangkan, dan polisi dan undang-undang tertentu dibawa, semuanya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana tiadanya komitmen dan keseriusan untuk melaksanakan apa yang dipersetujui dengan berkesan. Salah satu contoh adalah ‘Akta Gaji Minimum’ yang diluluskan oleh kerajaan pada tahun lalu dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup pekerja. Sebelum pelaksanaan gaji minimum tersebut, Solidariti Pekerja
telah pun menjangka kegagalan akta tersebut kerana kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam memaksa majikan untuk melaksanakan polisi tersebut. Baru-baru ini Perdana Menteri Najib merungut dalam satu forum bahawa banyak syarikat masih enggan membayar gaji minimum walaupun telah mendapat keuntungan besar. Manakala Menteri Sumber Manusia yang baru, Richard Riot, yang diharapkan akan lebih bertanggungjawab daripada menteri yang sebelum ini pula memberitahu, “kira-kira 400 syarikat besar diberi kebenaran menangguhkan pelaksanaan gaji minimum sehingga 31 Disember ini”. Malahan di banyak kilang atau syarikat yang telah melak-
sanakan gaji minimum, upah sebenar yang diterima pekerja tidak berubah. Solidariti Pekerja mendapati banyak syarikat atau kilang telah memberhentikan elaun-elaun seperti syif, makanan, pengangkutan dan lainlain. Dengan menggunakan isu gaji minimum, beberapa majikan menggunakan taktik ‘pecah dan perintah’ di mana pekerja asing tidak diberikan gaji yang setara dengan pekerja tempatan, dan dipaksa kerja lebih masa. Isu yang lain adalah kenaikan harga rumah yang tidak terkawal oleh kerajaan. Walaupun berbagai-bagai-bagai dasar dibincangkan di kabinet dan parlimen untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah dan menengah dapat memiliki rumah
sendiri, tetapi isu ini masih tidak mendapat penyelesaian. Ramai lagi warga pekerja dan anak muda yang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Manakala pihak pemaju hartanah pula mengaut keuntungan besar dengan membina rumah mewah lebih RM 300,000 atau rumah dengan harga melebihi kemampuan golongan berpendapatan rendah dan menengah. Hanya golongan kaya yang sudah ada rumah atau pelabur hartanah yang mampu beli rumah yang tidak mampu dimiliki oleh warga pekerja dan rakyat biasa. bersambung di muka surat 2..
2 BERITA Mesej Dari Pengarang
Pilihan raya sudah selesai. Kabinet baru sudah terbentuk. UMNO-BN masih mendapat mandat untuk memerintah. Jika sebelum pilihan raya rakyat ibarat isteri muda dalam sebuah bahtera rumah tangga, maka setelah proses demokrasi tersebut selesai, berakhirlah masa bulan madu di antara kerajaan UMNO-BN dengan rakyat. Sebe-
lum pilihan raya rakyat dimanjakan dengan pelbagai bantuan tunai, habuan, dan janji-janji, tetapi kini yang selalu kita dengar adalah perkara yang sangat merisaukan. Kerajaan telah memberi keringanan kepada 400 buah syarikat kapitalis untuk menunda pelaksanaan gaji minimum. Harga rumah semakin tidak terjangkau. Harga ayam
SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3
dan makanan serta barangan asas yang lain semakin meningkat, lebih-lebih lagi menjelang masa perayaan ini. Pelaksanaan AES dan GST hanya menunggu masa. Ditambah dengan rencana kerajaan membuat satu perjanjian rahsia dengan kapitalis antarabangsa melalui TPPA yang pastinya akan menambah beban hidup rakyat.
Solidariti Pekerja keluaran ini cuba memberikan penjelasan dan analisis terhadap situasi pekerja di Malaysia selepas pilihanraya. Selain itu kami tetap memberitakan masalah-masalah serta aksi-aksi protes pekerja dalam mahupun luar negara supaya menjadi pembelajaran bagi kita. Mulai keluaran yang lepas, akhbar ini juga telah mula
JULAI - SEPTEMBER 2013
membuka ruangan budaya, dan akan terus ditingkatkan pemahamannya. Puisi mengenai buruh dan ulasannya kami tulis supaya mendorong pekerja untuk melakukan hal yang serupa. Akhir sekali, Solidariti Pekerja mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut hari raya bagi pekerja muslim, dan selamat membaca.
Piket NUBE Seluruh Malaysia
Yuva
Pilihanraya umum telah habis tetapi kaum pekerja tetap dipinggirkan oleh ahli-ahli Parlimen dan kerajaan masih tidak dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang jelas bagi masa depan para pekerja. Masalah gaji minimum, kehilangan kerja akibat penswastaan, penindasan terhadap hak berkesatuan, pembayaran gaji yang tidak adil dan banyak lagi masalah masih menjadi beban pekerja di Malaysia. Piket NUBE di Kuala Lumpur
dari muka hadapan..
Dalam kedua-dua isu gaji minimum dan harga rumah tersebut, ternyata kerajaan tunduk kepada kehendak majikan dan pemaju daripada membela hasrat pekerja dan rakyat biasa. Inilah sistem yang didukung oleh kerajaan yang berlandaskan kepada kapitalisme (keuntungan maksimum kepada kapital atau pemodal). Ini menunjukkan bahawa selagi kerajaan masih mengagungkan kepentingan keuntungan maksimum pemaju dan majikan daripada keperluan dan kebajikan rakyat, masalah sosial dan ekonomi rakyat akan terus bertapak di negara ini. Ketidakpuasan rakyat terhadap
Berikutan piket bersejarah anjuran NUBE dan pekerja kesatuan bank yang berlangsung pada 6 haribulan April lalu, NUBE meneruskan momentum perjuangan dengan melancarkan satu siri piket di seluruh Semenanjung Malaysia pada 16 dan 17 Mei menentang ketidakadilan pengurusan syarikat GLC ( syarikat yang berhubung dengan kerajaan ). Kecewa dengan ketiadaan apaapa tindakan oleh pihak pen-
dasar-dasar kerajaan yang tidak berpihak kepada rakyat telah ditunjukkan dalam PRU13. Kemenangan kerajaan Barisan Nasional pada PRU13 semakin merosot jika dibandingkan dengan PRU12. Manakala Pakatan Rakyat telah memenangi undi popular sebanyak 51 peratus walaupun berbagai-bagai taktik digunakan oleh BN untuk mendapatkan majoriti yang lebih tinggi. Nampaknya, sokongan daripada rakyat di kawasan bandar masih kukuh bersama Pakatan, manakala BN pula terus mempergunakan jentera kerajaan dan habuan wang untuk memenangi undi di kawasan luar bandar terutama di negeri Sabah dan Sarawak.
gurusan majikan dan kerajaan, kesatuan pekerja bank tidak ada pilihan lain selain berpiket untuk mengemukakan masalah mereka. Percubaan oleh beberapa pihak untuk membatalkan piket ini terbukti tidak berjaya apabila kepimpinan Kesatuan Pekerja Bank bersatu hati dalam memperjuangkan hak pekerja. Perlantikkan Datuk Richard Riot sebagai Menteri Sumber Manusia baru juga tidak dapat meyakinkan organisasi pekerja
Kemerosotan undi kepada BN menunjukkan semakin ramai rakyat inginkan perubahan kerajaan. Kemelesetan taraf hidup akibat kenaikan kos hidup adalah ketidakpuasan utama untuk kebanyakan rakyat yang merasakan keadaaan ekonomi tidak terjamin walaupun kerajaan sentiasa mempamerkan angka-angka ekonomi yang baik. Manakala isu demokrasi dan korupsi dalam kerajaan yang tidak terkawal pula menjadi keutamaan untuk rakyat di kawasan bandar selain daripada isu-isu sosial seperti kos perumahan dan kenaikan kos hidup. Walaupun kerajaan BN menjanjikan berbagai-bagai habuan selepas pilihan raya seperti
bahawa penindasan terhadap mereka akan berakhir. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang dikatakan mewakili lebih 30,000 ahli sedang berhadapan dengan majikan yang kejam dan seorang Menteri yang terbukti akan berpihak kepada majikan. Pada 16 dan 17 Mei sejumlah 1400 pekerja bank CIMB, Maybank dan Bank Muamalat telah menyertai piket yang berlangsung di 7 lokasi berlainan. Piket yang diadakan serentak di sebelah petang telah berlangsung dengan lancar dan para penganjur telah melakukan kerja yang memuaskan bagi menjayakan tindakan ini. Antara matlamat utama piket ini adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai akan beberapa perkara yang dianggap tidak adil bagi pekerja dan juga pelanggan. Isu-isu utama yang dibawa adalah: • - Majikan institusi kewangan dan Kementerian Sumber Manusia disyaki beker-
jasama dalam percubaan untuk memusnahkan gerakan yang melindungi pekerja-pekerja berpendapatan rendah dalam industri perbankan dengan mempengaruhi unit dasar di bawah Pejabat Perdana Menteri. • - Wang pelanggan bank sedang disalahgunakan untuk membiayai kerja-kerja anti kesatuan bagi melemahkan dan menghancurkan kesatuan pekerja. • - Pencabulan dan penipuan oleh pemilik Bank terhadap pekerja dan pelanggan bank.
BRIM 3.0 sebanyak RM1000, penurunan harga kereta dan lain-lain, tetapi perubahan tulen ke atas taraf hidup rakyat biasa tidak akan tercapai selagi kerajaan berlandaskan kepada kapitalisme. Walaupun ada beberapa wakil rakyat dalam Pakatan Rakyat mahu membawa perubahan dalam taraf hidup rakyat dan warga pekerja, tetapi ini hanyalah ‘angan-angan mat jenin’ memandangkan Pakatan juga tidak mempunyai dasar dan agenda alternatif kepada kapitalisme. Ini bermakna pembinaan solidariti dan perjuangan di kalangan pekerja harus dimulakan oleh pemimpin pekerja dan kesatuan sekerja untuk mem-
perkuatkan hak dan kebajikan pekerja. Selain itu warga pekerja juga perlu mencapai satu penyelesaian politik ke atas isu-isu sosial dan ekonomi mereka. Selagi tiada parti politik yang ingin membawa agenda dan hasrat warga pekerja dan rakyat biasa, satu perubahan tulen untuk meningkatkan keperluan dan kebajikan rakyat tidak akan tercapai. Pembinaan parti kelas pekerja yang disokong oleh anak muda dan golongan tertindas yang lain harus dimulakan sebagai alternatif kepada partiparti yang berlandaskan kepada kapitalisme.
Kejayaan piket ini telah disaksikan oleh ribuan rakyat yang telah turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan mereka dan bersorak. Tahniah kepada pihak kesatuan NUBE dan pekerja-pekerja institusi kewangan yang berani bagi menjayakan satu lagi siri piket yang bersejarah.
SOLIDARITI PEKERJA
ISU KE -3
JULAI - SEPTEMBER 2013
BERITA
3
Syarikat mengambil tindakan tatatertib kerana pekerja berpolitik Yuva
Dua syarikat DRB Hicom yang di daerah Pekan, iaitu Hicom Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd dan Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 18 pekerja yang hanya melaksanakan hak mereka (di luar waktu bekerja), sebagai rakyat , untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Pada 3 Mei, 2013, sekumpulan 18 pekerja mengemukakan sebuah memorandum kepada setiap calon-calon yang bertanding di kawasan Parlimen Pekan, yang juga merupakan kawasan Perdana Menteri Malaysia. Di atas alasan ini tindakan tatatertib telah dimulakan oleh syarikat tersebut ke atas 18 individu yang bekerja di sana. Kami menganggap tindakan yang diambil oleh kedua-dua syarikat DRB Hicom melanggar hak asasi pekerja. Ia juga merupakan pencabulan hak rakyat untuk mengambil bahagian
dalam proses demokrasi di Ma- Kesemua 18 pekerja yang terba- mereka akan turut merana. Di Manufacturers (Malaysia) Sdn laysia, terutamanya semasa pili- bit mempunyai keluarga yang antara pekerja yang mengha- Bhd dan Isuzu Hiom Malaysia han raya. Tiada majikan harus perlu disara oleh mereka. Seka- dapi masalah ini juga termasuk Sdn Bhd untuk segera memmempunyai hak untuk menen- rang mereka sedang menunggu ketua Kesatuan Sekerja Malaysia berhentikan tindakan tatatertib tukan secara langsung atau tidak keputusan majikan yang sudah bahagian Pahang. terhadap 18 pekerja tersebut. langsung pilihan politik, aktiviti- pun memberikan amaran. Jika Warga pekerja dan kesatuan Majikan perlu mengembalikan aktiviti atau tindakan pekerja 18 pekerja ini diberhentikan sekerja perlu membuat banta- status pekerja tersebut tanpa kemereka, lebih-lebih lagi di luar kerja akibat penglibatan mereka han sekeras-kerasnya terhadap hilangan apa-apa faedah secara waktu pekerjaan. Pekerja, se- di luar waktu kerja, keluarga DRB Hicom, Hicom Automotive adil. bagai rakyat, Jamuan dengan pekerja di Pekan, Pahang yang dianjurkan oleh Najib sebelum PRU 13 mesti mempunyai kebebasan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam mana-mana parti politik pilihan mereka, menawarkan diri sebagai calon jika mereka mahu, dan melibatkan diri dalam berkempen dalam pilihan raya umum.
Tuntut RENESAS Sdn Bhd Menerima Ahli Kesatuan Bekerja Semula Tanpa Syarat ! Sebanyak 87 pertubuhan masyarakat awam, Kesatuan Sekerja dan kumpulan propekerja menuntut RENESAS Semiconductor KL Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai NEC Semiconductors (Malaysia) Sdn Bhd) untuk menghormati kebebasan berkesatuan dan hak pengiktirafan kesatuan daripada majikan. Tuntutan ini merupakan tuntutan yang asas yang disarankan oleh badan gabungan pekerja Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) . Sehingga ke hari ini , setelah berjuang selama 3 tahun, RENESAS masih lagi gagal mengiktiraf Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM) yang mewakili pekerja di syarikat tersebut. Beberapa pemimpin dan ahli Kesatuan , seperti Wan Noorulazhar bin Mohd Hanafiah, Presiden Kesatuan telah diberhentikan kerja pada 26 Ogos 2011 dengan alasan yang re-
meh dan perbicaraan kes pembuangan kerja ini masih berlangsung di Mahkamah Perusahaan sehingga ke hari ini. Pada 18 Januari 2010, Kesatuan Elektronik telah menyerahkan permohonan pertama untuk pengiktirafan kepada majikan RENESAS. Tindak balas syarikat itu mengatakan bahawa terdapat sebuah jawatankuasa protem in-house union (Kesatuan Sekerja Dalaman ) lain yang juga meminta pengiktirafan. Walau bagaimanapun lebih kurang 70% (1,300) pekerja RENESAS yang layak menjadi ahli Kesatuan sudah menjadi ahli EIEUWR ( Kesatuan Elektronik Barat ) pada permohonan pertama dan balasan majikan terbukti sebagai helah untuk membatalkan pengiktirafan terhadap Kesatuan tersebut. Pada 14 March lepas , EIUWR bersama pekerja RENESAS telah sekali lagi mengadakan piket di Kementerian Sumber Manusia , Putrajaya
untuk memberi tekanan kepada kementerian tersebut agar mengambil tindakan terhadap majikan yang mengekang pekerja daripada melaksanakan hak mereka untuk berkesatuan. Ia juga bergema sebagai suatu amaran supaya pihak Kementerian tidak bersuhabat dengan pihak majikan dalam usaha menghalang dan melengah-lengahkan pengiktirafan Kesatuan Sekerja. Fungsi Kementerian
Erick
Sumber Manusia harus menjadi tikan tanpa sebarang syarat pelindung pekerja supaya tidak dan faedah-faedah pekerja dieksploitasi oleh majikan tetapi perlu dikekalkan. Pihak majiKementerian didapati bertindak kan juga perlu mengiktirafkan bertentangan dengan menyeb- sebuah Kesatuan yang sah yang elahi pihak majikan. disokong oleh 70 peratus pekerKami dari akhbar Solidariti ja RENESAS dengan serta-merta Pekerja bersama dengan 87 lagi dan tanpa lengah. organisasi pekerja menuntut kepada pihak RENESAS supaya mengambil semula para pekerja yang diberhen- Ahli-ahli Kesatuan Elektronik berdemo di Putrajaya
4 BERITA
SOLIDARITI PEKERJA
ISU KE -3
JULAI - SEPTEMBER 2013
Menteri Menunda Gaji Minimum
Pada 5 Jun lalu, kabinet baru telah diumumkan, calon menteri dan timbalan menteri telah dilantik dan telah memulakan tugas rasmi masing-masing. Tumpuan rakyat biasa dan pekerja pasti terhadap menteri Sumber Manusia (SM) baru selepas Dr Subramaniam. Menteri SM baru, Richard Riot akan
menjawat kementerian yang bertanggungjawab penuh terhadap golongan pekerja dan rakyat biasa. Richard Riot, memenangi kerusi parlimen Serian , Sarawak atas tiket Barisan Nasional (BN ), dilihat berdepan dengan beberapa isu-isu pekerja yang memerlukan penyelesaian segera Menteri Sumber Manusia baru Richard Riot secara berkesan
seperti pelaksanaan gaji minimum , kegiatan anti-kesatuan yang berleluasa dan tabung pemberhentian kerja yang tertangguh sekian lama. Harapan untuk menyaksikan pembaharuan terhadap golongan pekerja melalui perlantikan menteri Sumber Manusia baru ini ternyata hanya tinggal harapan apabila pada 22 Jun, beliau
mengumumkan sebanyak 400 syarikat besar dibenarkan menunda tarikh mula pembayaran gaji minimum RM 900 ( Semenanjung ) dan RM 800 ( Sabah & Sarawak ) dari Januari tahun ini sehingga ke Disember 2013. Tambahan lagi, beliau juga menggalakkan syarikat-syarikat kecil memohon kelonggaran untuk pelaksanaan gaji minimum pada 23 Julai, di perjumpaan Majlis Perundingan Gaji Minimum Kebangsaan bersama pemilik syarikat-syarikat kecil. Setakat ini, pihak MTUC ( Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) masih belum mengeluarkan kenyataan terhadap tindakan Menteri Sumber Manusia baru ini yang lebih mementingkan golongan kaya 1 peratus berbanding dengan tanggungjawab seorang Menteri yang sepatutnya melindungi dan mempertahankan kepentingan golongan 99 peratus iaitu rakyat biasa. Kesatuan –kesatuan sekerja di Malaysia sudah lama membawa isu gaji minimum
Erick
ini tetapi sehingga kini tempoh pelaksanaan adalah berdasarkan kepada kemahuan dan kehendak para kapitalis yang mengutamakan keuntungan yang dijanakan oleh pekerjapekerja yang bertungkus lumus 10-12 jam sehari . Bagi mempertahankan hak dan kepentingan pekerja, kesatuan-kesatuan sekerja harus bergerak ke hadapan dengan penyertaan lebih ramai ahli daripada golongan muda serta bersedia berjuang untuk isuisu pekerja. Perpaduan antara para pekerja berlainan bidang kerjanya harus menjadi titik asas dalam melangkah ke hadapan ! Dengan serangan yang berterusan terhadap kepentingan para pekerja menunjukkan betapa perlunya kesatuan sekerja yang mempertahankan dan terus memperjuangkan hak-hak & kepentingan golongan pekerja.
Birokrasi PERKESO Membebankan Pekerja
Ravi
Pak Azmi tinggal di rumah pangsa Permai di PJ telah mengalami masalah saraf di kaki ketika bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat pada tahun 2011. Semenjak itu beliau tidak dapat bekerja dan terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menampung hidup dan keluarga. Manakala isteri beliau pula terpaksa menjual kuih-muih untuk menampung perbelanjaan keluarga dan anak-anak. Semenjak kejadian tersebut, Pak Azmi yang sudah mencapai umur 50 tahun terpaksa
mengambil cuti sakit di tempat kerja beliau. Manakala, majikan pula langsung tidak mengendahkan dengan keadaannya walaupun lebih satu dekad beliau telah bekerja dengan syarikat tersebut. Pak Azmi juga sudah beberapa kali berulang-alik ke SOCSO untuk mendapatkan pencen ilat, tetapi setakat ini alasan demi alasan diberikan oleh SOCSO. Kes beliau sudah lebih dua tahun tetapi masih belum selesai. Persoalannya, SOCSO yang ditubuhkan untuk membantu pekerja untuk men-
gurangkan beban, penuh dengan birokrasi yang lebih membebankan pekerja. SOCSO yang mempunyai berbilion-billion ringgit hasil daripada sumbangan pekerja perlu ditransformasikan supaya bantuan segera diberikan kepada pekerja tatkala kemalangan atau keilatan berlaku di tempat kerja. Lebih banyak bantuan harus diperluaskan supaya merangkumi kecederaan dan keilatan di luar tempat kerja. Manakala lebih ruang demokrasi dalam pentadbiran SOCSO perlu di-
wujudkan dengan penglibatan wakil-wakil pekerja dan kesatuan sekerja untuk memastikan kebajikan pekerja terbela.
GST Akan Menekan Kelas Pekerja
Ravi
Walaupun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih dalam perancangan kerajaan, namun beberapa perkhidmatan atau barangan sudah pun mempunyai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Dengan GST kerajaan bercadang untuk meningkatkan pendapatan negara melalui cukai. Warga pekerja atau golongan berpendapatan rendah mungkin jarang mengunjungi KFC,
Pizza Hut, atau McDonald kerana tidak mampu membeli makanan dan minuman yang dijual di sana yang harganya tidak terjangkau. Perkhidmatan di restoran-restoran tersebut dikenakan SST oleh kerajaan di mana pelanggan terpaksa membayar kos cukai tersebut. Jika GST dilaksanakan, restoranrestoran mamak yang selalu dikunjungi oleh warga pekerja dan anak muda mungkin men-
genakan cukai tersebut, maka ini sekali gus akan meningkatkan lagi kos hidup warga pekerja dan rakyat biasa. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Australia, kebanyakan perkhidmatan dan barangan akan mempunyai cukai GST. Pada mulanya, peratusan cukai yang dikenakan kepada pelanggan adalah rendah, tetapi kadar cukai dinaikkan sedikit demi sedikit selepas
itu. Ini telah memberikan kesan kepada kos hidup warga pekerja di negara-negara tersebut. Situasi yang sama mungkin dihadapi oleh kelas pekerja di negara ini jika GST dilaksanakan. Seharusnya, kerajaan harus meningkatkan cukai ke atas syarikat-syarikat besar yang mengaut keuntungan besar dan golongan kaya yang mempunyai modal berbilion-billion ringgit, bukannya menekan rakyat
biasa dengan cukai seperti GST. Tetapi, kerajaan telah mengurangkan cukai syarikat dalam bajet-bajet sebelum ini untuk membolehkan syarikat-syarikat besar dan pelabur melipatgandakan keuntungan. Polisi kerajaan seperti GST yang menyebabkan ‘kaya semakin kaya, miskin semakin miskin’ hanya dapat dihentikan dengan perjuangan dan solidariti pekerja.
SOLIDARITI PEKERJA
ISU KE -3
JULAI - SEPTEMBER 2013
BERITA
Piket NUBE di Segamat, Johor, KAGUM! Dari Facebook, saya mendapat khabar bahawa Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) akan menganjurkan satu piket di Segamat, Johor pada 1 Mei 2013, bersamaan dengan Hari Pekerja. Saya jadi tertarik apabila sebelum ini saya hanya mendengar piket-piket yang dianjurkan oleh kesatuan tersebut di sekitar kawasan bandar Kuala Lumpur sahaja. Segamat, memang satu daerah yang asing dari piket, demonstransi dan sebagainya yang berkaitan dengan demokrasi. Perjalanan selama dua jam setengah ke bandar itu memang melelahkan, tetapi di akhirnya, tidak merugikan kerana pengalaman yang saya dapat.
terkejut dengan satu kumpulan berpakaian baju warna biru yang begitu hampir dengan para peserta piket NUBE. Sangkaan saya, kumpulan ini adalah orang-orang Barisan Nasional dan ia terbukti apabila mereka datang ke situ untuk melakukan provokasi terhadap piket NUBE. NUBE sebenarnya menganjurkan piket tersebut untuk menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan hati terhadap Datuk Seri Dr S.Subramaniam yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia. Ini kerana beliau telah melakukan banyak pencabulan dan hakhak pekerja di Malaysia. Maka dengan itu, NUBE tidak berkempen untuk pekerja-pekerja bank Sesampainya saya di bangunan sahaja, tetapi untuk kesemua yang terletaknya beberapa bank buruh dan pekerja di Malaysia. seperti Maybank dan CIMB, saya Berbalik kepada kumpulan pe-
nyokong BN tadi, mereka menimbulkan kekecohan kerana takut dengan kedudukan pemimpin kesayangan mereka yang akan tergugat dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13). Mereka berada di seberang jalan yang bertentangan dengan kawasan di mana para peserta piket NUBE berkumpul. Semakin lama, mereka makin menghampiri peserta-peserta NUBE. Nasib baiklah ada pihak polis yang mengawal keadaan. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa keadaan yang tenang itu sebenarnya berasal dari para peserta piket NUBE sendiri yang tidak takut dan tidak terpedaya dengan provokasi-provokasi kumpulan berpakaian baju warna biru tadi. Mereka amat berdisplin, sebelum acara lagi mereka sudah ada di situ, dan tepat jam 7 petang,
mereka terus bersurai. Saya sempat berbual-bual dengan penduduk Segamat dan mereka menyatakan sokongan mereka terhadap piket NUBE. Esoknya, laporan akhbar-akhbar menyiarkan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas bagi menghalang piket anjuran NUBE kerana dikatakan ada campur tangan parti politik dalam kes ini. Bahkan mereka terus disoal-siasat keesokan hari sejurus selepas piket tersebut. Aneh, apabila kumpulan penyokong BN tidak disoal-siasat kerana terang-terang, mereka juga ada di situ atas kapasiti parti politik. Kalau diperhatikan, apa yang cuba dilakukan ini sebenarnya adalah usaha kapitalis yang
5 Sharifah
berselindung di sebalik para pemerintah untuk mengawal dan terus mendiamkan pekerjapekerja dari menyuarakan suara dan luahan hati mereka. Maka, undang-undang digunakan untuk menekan mereka padahal pekerja-pekerja ini cuma mahu keadilan. Cukup-cukuplah penindasan yang dipaksakan terhadap mereka. Sudah-sudahlah penipuan dan pencabulan hak pekerja. Sebagai mahasiwa, saya begitu kagum dengan semangat yang dibawa oleh para peserta piket NUBE. Mereka begitu lantang memperjuangkan hak-hak mereka yang selama ini tidak diberikan dengan sebaik-baiknya. Semangat ini wajar dicontohi oleh semua buruh dan pekerja di Malaysia, harus berani bangkit untuk menuntut apa yang sepatutnya diberikan. Mahasiswa dan anak muda juga tidak terkecuali, kerana dalam hal-hal masyarakat dan perjuangan, kita harus ada kebersamaan. Piket NUBE, Segamat, Johor, KAGUM!
Aksi ahliahli NUBE di Segamat...
Pekerja Atlas Membantah Pemotongan Gaji Tidak Sah Pada tahun 2004, pekerja ATLAS (kilang membuat dan menghantar ais) di Nilai diberikan cek untuk menggantikan pembayaran tunai yang dipraktikkan sebelum itu, dan untuk perkhidmatan tersebut majikan memotong sebanyak RM 6.00 daripada gaji setiap pekerja untuk pembayaran gaji dan komisen melalui cek. Selepas itu, apabila cara pembayaran gaji dan komisen ditukar kepada kemasukan ke dalam akaun bank pekerja, ma-
jikan memotong RM3.00 daripada setiap pekerja. Pekerja hanya sedar tentang pemotongan tidak sah tersebut apabila seorang pekerja bank memaklumkan tentang tindakan pengurusan ATLAS kepada salah seorang pekerja ATLAS. Pekerja ATLAS yang marah dengan penipuan tersebut, membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja ( JTK) dan menuntut pemotongan tidak sah tersebut dipulangkan semula. JTK meny-
atakan adalah tidak sah majikan memotong gaji pekerja untuk perkhidmatan pembayaran gaji melalui bank atau cek. Atas desakan pekerja, majikan terpaksa mengaku tentang penipuan tersebut, dan berjanji untuk memulangkan semula segala pemotongan tidak sah yang telah dilakukan oleh majikan untuk perkhidmatan pembayaran gaji melalui cek dan bank mulai 2004. Ini adalah satu lagi kejayaan ke-
pada pekerja ATLAS Nilai yang telah mula bertindak secara kolektif untuk mempertahankan hak dan kebajikan mereka.
Ravi
Lori kilang ais Atlas..
6 ANALISA
SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -3
JULAI - SEPTEMBER 2013
Kisah Pemandu Lori Treler Di Nilai Temubual Bersama Pekerja pada keluaran ini berkesempatan bertemu dengan seorang pekerja muda , juga pemandu lori trailer dan bersetuju untuk kisah dan nasib pemandu lori ini ditulis dengan harapan para pembaca boleh belajar sesuatu daripada pengalaman yang dikongsi. Dengan itu, di pihak editorial Solidariti Pekerja (SP) telah mengatur suatu perjumpaan bersama Saudara Giri untuk merakamkan likuliku perjalanan hidup seorang pemandu lori . Berikut adalah hasil temubualnya :
S 2 : Sudah berapa lama berkhidmat dan apakah tugas atau jawatan yang disandang ? J 2 : Saya mula bekerja pada tahun 2006, sehingga tahun ini sudah 7 tahun saya berkhidmat di Bangi Plastics, Nilai yang mempunyai seramai 500 pekerja . Pada tahun pertama, saya cuma pekerja operator pengeluaran , bergaji asas sebanyak RM400. Kemudian pada tahun kedua hingga ke tahun kelima, saya bekerja sebagai pembantu gudang dan kelindan lori treler ( pembantu pemandu lori ). Selepas 5 tahun bekerja di syari*S = Soalan kat yang sama , saya kemudian J = Jawapan diberi peluang untuk menjadi pemandu lori treler sehingga S 1 : Boleh kah saudara kongsi- kini. kan secara ringkas tentang latar belakang atau pengenalan ten- S 3 : Boleh ceritakan rutin atau tang syarikat tempat kerja seka- tugasan harian saudara ? rang ? J 3 : Ya, tiada masalah. Kerja J 1 : Saya bekerja di syarikat saya bermula pada pukul 11 Bangi Plastics Sdn Bhd , salah malam dan tamat pada pukul satu daripada anak syarikat Tec- 11 pagi. Biasanya saya akan nic Group Berhad. Syarikat ini ditugaskan membawa muatan mempunyai kilang di Bandar barangan plastik ke tempat Baru Bangi, Selangor dan Nilai seperti Sham Alam , Petaling , Negeri Sembilan, kedua-dua Jaya dan Bangi . Pada masa kilang tersebut mengeluarkan tertentu, saya akan diarahkan produk yang berasaskan plastik membawa muatan ke sebelah seperti botol, kerangka plastik utara, Pulau Pinang. Seperti untuk permintaan barangan ele- yang semua tahu,penggunaan ktronik dan sebagainya. lori-lori besar termasuk lori
treler di lebuhraya-lebuhraya utama terutamanya waktu sesak pukul tujuh pagi sehingga ke 9 pagi adalah dilarang oleh pihak berkuasa. Maka, para pemandu terpaksa memilih bekerja waktu kerja yang berlainan untuk memastikan proses penghantaran barangan muatan sampai ke destinasi yang ditentukan. S 4 : Bagaimana dengan keadaan bekerja sepanjang berkhidmat selama 7 tahun ? J 4 : Dalam masa seminggu saya bekerja selama 6 hari berturut-turut dan 12 jam sehari . Hari Ahad adalah satu-satunya cuti yang diberikan oleh majikan. Pada cuti awam, saya masih juga bekerja dan dibayar dua kali ganda daripada gaji harian. Sepatutnya saya dibayar tiga kali ganda daripada gaji harian. Bekerja lebih masa adalah satu kemestian, jika tidak gaji saya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan. Destinasi jauh seperti Pulau Pinang , Johor dan sebagainya menjadi rebutan kerana ianya akan diberi elaun tambahan. Kenaikan gaji tahunan kami sebagai pemandu lori adalah berdasarkan hasil kerja yang ditetapkan oleh syarikat. Selain itu, pada musim perayaan utama, peluang untuk bekerja lebih masa (
OT ) akan berkurangan kerana banyak kilang memberhenti operasi pengeluaran barangan menyebabkan tiada muatan perlu dihantar atau diambil. S 5 : Pernah saudara membincang masalah-masalah masa kerja dan gaji yang berpatutan dengan rakan sekerja yang lain ? J 5 : Ya, saya memang pernah duduk dan berbincang tentang masalah-masalah di tempat kerja dengan rakan-rakan lain tetapi apabila masa untuk bertindak semuanya memberi pelbagai alasan untuk mengelak berjumpa dengan pihak pengurusan. Selain daripada itu, perpaduan dan kesepakatan tiada dalam membawa isu-isu yang ada ke hadapan pihak pengurusan sedangkan semua pekerja mempunyai hak untuk menyuara pendapat terutamanya isu-isu kebajikan pekerja sendiri. S 6 : Pernahkah pekerja-pekerja berjumpa dengan pihak pengurusan atas isu-isu pekerja sebelum ini ? J 6 : Beberapa bulan yang lepas , pekerja berasal dari Nepal seramai 100 ke 150 orang telah melancarkan mogok dengan tidak melaporkan diri un-
Erick
tuk ber tugas selama 3 hari. Mogok ini dilakukan kerana pelaksanaan gaji minimum yang lemah menyebabkan semua faedah atau elaun telah cuba diserapkan ke dalam gaji minimum RM 900 dan pekerja –pekerja asing di Bangi Plastik Sdn Bhd tidak dibenarkan bekerja lebih masa. Selama beberapa hari mogok , pekerjapekerja asing didatangi oleh 5 buah kenderaan pacuan empat roda ( 4WD ) dari Jabatan Tenaga Kerja untuk satu perbincangan dengan pekerja-pekerja Nepal dan pengurusan atasan. Selepas perundingan itu, 9 orang pemimpin-pemimpin pekerja telah dibuang kerja dan dihantar balik ke negara asal mereka pada keesokan harinya. S 7 : Akhir sekali , apakah saranan atau cadangan saudara untuk membaiki taraf dan mutu kehidupan yang sepatutnya dinikmati oleh para pekerja ? J 7 : Pertama sekali, kesedaran tentang hak-hak asas pekerja itu sangat penting. Bagi mereka yang tidak tahu , silalah rujuk kepada rakanrakan yang boleh membantu. Yang kedua , perpaduan antara pekerja tanpa mengira warganegara, kaum dan agama itu perlu dipraktikkan semasa perbincangan isu-isu di tempat kerja dan tindakan yang bakal diambil selepas duduk berbincang. Yang seterusnya , organisasi pekerja seperti kesatuan sekerja sebagai alat yang penting untuk mempertahankan dan memperjuangkan isu-isu kebajikan serta kepentingan pekerja. Bagi pekerja yang sukar atau belum menubuhkan kesatuan sekerja pastikan penubuhan jawatankuasa sementara di tempat kerja bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan pekerja dan mengambil tindakan susulan. S 8 : Terima kasih Saudara Giri kerana sudi untuk ditemubual . J 8 : Sama-sama !
SOLIDARITI PEKERJA
ISU KE -3
JULAI - SEPTEMBER 2013
ANALISA
Kadar Pengganguran Dunia Membimbangkan ! Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah memberi amaran bahawa sekitar 208 juta orang akan kehilangan pekerjaan diseluruh dunia menjelang tahun 2015. Untuk kembali ke tahap sebelum krisis 2008, Kesatuan Negara-negara Eropah perlu mewujudkan 6 juta pekerjaan dengan serta-merta. Melihat kepada ramalan para ekonomis, ekonomi dunia nampaknya terlalu lemah bagi memulihkan kadar pengganguran dunia apa lagi mewujudkan peluang pekerjaan baru. Keadaan pasaran buruh kekal suram terutamanya bagi anak muda, dengan hampir 74 juta orang seluruh dunia yang berumur 15 hingga 25 sedang menganggur. Peratus pengganguran anak muda dunia sebanyak 12.6 peratus adalah angka yang sangat membimbangkan. Kebimbangan yang terbesar adalah, lebih ramai orang muda sedang mengalami pengganguran jangka panjang. Sebanyak 35 % anak muda di negara-negara maju telah kehilangan kerja selama lebih 6 bulan. Akibatnya, semakin ramai anak muda menjadi kecewa setelah gagal mendapat sebarang peluang pekerjaan.
Eropah Dalam 19 juta penggangur di Eropah, 3.6 juta daripada mereka terdiri daripada golongan bawah umur 25. Pada situasi sekarang, seorang daripada setiap 4 orang anak muda Eropah sedang menggangur. Kadar pengganguran di Eropah telah meningkat sebanyak 1.8 juta berbanding tahun lepas dimana negara-negara yang paling teruk adalah Spain, Greece dan Portugal. Di Spain dan Greece, kadar pengganguran anak muda mencecah 55% dan pengganguran keseluruhan menghampiri 30%. Tambahan dengan kemuflisan yang berlaku di Cyprus dan kemelesetan ekonomi yang berterusan di Greece dan Spain, tidak terdapat satu cara penyelesaian bagi kerajaan-kerajaan Eropah bagi memulihkan keadaan ini. Dengan kadar pengganguran yang belum pernah berlaku di Kesatuan Negara-negara Eropah sebelum ini, pergolakkan sosial dan gerakan buruh semakin meningkat di sekitar benua ini. Amerika Syarikat Jabatan Buruh AS mengumum-
kan bahawa majikan AS menambah hanya 88,000 pekerjaan pada bulan Mac. Angka ini adalah yang paling sedikit dalam tempoh sembilan bulan lalu yang menunjukkan kegagalan dalam langkah untuk memulihkan ekonomi AS. Walaupun kadar pengangguran telah dapat dikurangkan ke 7.7 peratus, kegagalan ekonomi AS untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan telah menggugat kestabilan negara itu. Data daripada Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan bahawa sektor perniagaan telah kehilangan 24 000 pekerjaan pada bulan Mac dan pada masa yang sama, sebanyak 12 000 pekerjaan telah hilang dalam Perkhidmatan Pos AS. Situasi ekonomi dan kadar pengganguran di Amerika Syarikat semakin membimbangkan negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia yang sedang bergantung kepada ekonomi yang dijana oleh ek-
sport ke AS dan Eropah. Malaysia Walaupun kadar pengganguran di Malaysia sebanyak 3.5% boleh dikatakan kurang berbanding dengan beberapa negara maju, dasar ekonomi kita yang bergantung kepada eksport boleh memberikan kesan. Ekonomi kita amat bergantung dengan pembelian bahan mentah dan hasil industri oleh negara-negara Eropah dan Amerika yang pada masa ini sedang mengalami kemelesetan ekonomi. Produk industri dan bahan mentah yang dikeluarkan oleh Malaysia semakin berkurangan akibat kekurangan dalam permintaan global terutamanya dari
7 Yuva
negara China. Penurunan dalam pelaburan asing dan persaingan dengan negara-negara dunia ketiga lain seperti Indonesia dan Filipina boleh mengakibatkan kehilangan pekerjaan di Malaysia. Walaupun kadar pengganguran masih terkawal pada masa ini dengan pelancaran beberapa projek pembinaan domestik oleh kerajaan, keadaan ini akan berubah dengan cepat setelah ekonomi domestik tidak dapat berkembang lagi. Peningkatan dalam peratusan pengangguran di kalangan anak muda ke 10% baru-baru ini menandakan kesan jangka masa panjang yang akan dialami oleh anak muda dan pekerja di Malaysia.
Cabaran Pekerja di Bulan Puasa Kamal
Bagi masyarakat Muslim, bulan puasa adalah bulan mulia. Bagi seorang Muslim, tentulah harapan melakukan kebaikan dengan memperoleh pahala yang berlipat ganda akan menjadi motivasinya. Kalau boleh, mereka mahu masa untuk bekerja dikurangkan supaya memberi memperuntukkan lebih masa untuk beribadah. Bayangan hari raya yang akan menjelma pula sudah pasti membuat mereka teruja. Mereka terpaksa bekerja lebih keras untuk mendapatkan wang yang lebih untuk berhari raya. Tidak cukup dengan bekerja, sesetengah daripadanya terpaksa membuat pekerjaan kedua atau berniaga di pasar Ramadan untuk menambahkan pendapatan. Semakin kuat bekerja, tentu semakin penat badan. Bagi pekerja, ini merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi di musim perayaan. Puasa atau tidak, hanya empunya badan sahaja yang tahu. Tenaga yang
dipergunakan pula bergantung kepada keupayaan dan kesanggupan masing-masing, pekerja bukannya mesin. Penulis tidak mahu menjadi hakim di sini. Apa yang hendak disampaikan dalam tulisan ini ialah bagaimana dinamika pekerja bergaji rendah dalam mengharungi bulan puasa. Di sebalik teruja dan sukacita, banyak juga kisah sedihnya. Bagi majikan yang hanya berfikir tentang keuntungan, bulan puasa sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain. Sasaran pengeluaran di kilang-kilang tidak akan dikurangkan hanya kerana pekerja sedang berpuasa. Sasaran itu mesti dipenuhi bagaimanapun keadaan fizikal pekerjanya. Bagi pekerja kilang misalnya, jika pada hari biasa mereka bekerja 8-12 jam sehari, bulan puasa pun begitu juga. Bahkan ada kemungkinan rehat tengah hari akan disingkatkan kerana tidak ada makan siang. Bahkan beban
kerja kadang kala semakin bertambah pada bulan puasa akibat permintaan terhadap barangan yang semakin meningkat menjelang hari raya. Promoter jualan di Pasaraya pula selalu menjadi mangsa dipaksa bekerja lebih masa untuk meningkatkan jualan yang disasarkan oleh pemilik Pasaraya. Dua minggu menjelang hari raya, biasanya pusat-pusat perniagaan akan menambah masa perniagaan mereka sehingga lewat malam. Jangan pernah bermimpi hendak ambil cuti masa musim perayaan sebegini untuk pulang kampung lebih awal. Majikan tidak akan luluskan kerana pada masa inilah majikan ingin melipatgandakan keuntungan dengan kunjungan ramai pelanggan. Ramai pula yang dipaksa untuk bekerja sampai ke malam hari raya. Silap-silap, pada hari raya pun terpaksa datang bekerja juga. Sebagai ganti, mungkin bonus atau duit hari
raya akan diberi. Tetapi apakah itu semua berbaloi? Secara material dan fizikal, semua itu adalah beban yang terpaksa ditanggung, kadang-kadang tanpa kerelaan pekerja. Bagi sebahagian orang menganggap itu semua hanya cubaan dalam menjalankan puasa. Padahal jelas ada hak-hak pekerja yang telah dilanggar. Bagi pekerja bergaji rendah yang sudah berkeluarga, bulan puasa adalah masa yang paling mencabar. Hari raya nanti mestilah mahu disambut dengan meriah. Baju hari raya untuk diri sendiri, anak-anak dan isteri. Begitu juga dengan perabot, karpet, langsir yang mesti diganti semuanya sudah mula difikirkan seawal puasa lagi. Padahal di musim perayaan inilah banyak harga barangan asas akan naik. Pulang kampung ke rumah ibu bapa atau mertua juga tidak mungkin dengan tangan kosong sahaja. Tentulah
ada sesuatu yang perlu dibawa. Ditambah lagi selepas hari raya nanti masuk musim persekolahan anak-anak yang memerlukan persiapan kewangan yang tidak sedikit jumlahnya. Bagi mereka, satu-satunya jalan keluar hanyalah bekerja lebih masa. Kalau ada sedikit wang simpanan mungkin mereka membuat perniagaan kecilan secara sampingan. Inilah dinamika hidup pekerja di bulan puasa. Kena bekerja lebih keras daripada hari-hari biasa. Kerja Kerja Kerja untuk keuntungan majikan! Bukannya untuk kepuasan pekerja dalam menikmati keceriaan perayaan bersama keluarga dan sanak-saudara. Ini sepatutnya hak pekerja, dan pekerja berhak menuntut haknya, dan perpaduan pekerja berbagai kaum, agama dan budaya perlu untuk memperkukuhkan hakhak sebegini.
8 BERITA LUAR NEGARA
SOLIDARITI PEKERJA
ISU KE -3
JULAI - SEPTEMBER 2013
Tragedi Kilang Runtuh Di Bangladesh
Gambar kilang roboh dan usaha menyelamatkan mangsa tragedi itu di Bangladesh..
Selalu dikatakan bahawa di mana upah pekerja murah, maka nyawa mereka pun menjadi murah. Itulah yang berlaku kepada ribuan pekerja kilang tekstil di Bangladesh pada 24 April 2013. Nyawa mereka hilang sia-sia kerana kelalaian pihak majikan menjaga keselamatan persekitaran kerja. Rana Plaza, iaitu bangunan tempat mereka bekerja runtuh ketika lebih dari 5000 pekerja sedang bekerja. Sebanyak 1,127 pekerja menjadi mangsa keruntuhan bangunan tersebut, sedangkan lebih 2000 pekerja yang lain cedera teruk,
menjadikannya kejadian terburuk yang menimpa pekerja dalam sejarah Bangladesh. Meskipun rekahan bangunan tersebut telah dikenal pasti sehari sebelumnya, namun pihak majikan sama sekali tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa untuk menghentikan semua aktiviti di bangunan tersebut. Namun pihak majikan tetap meminta pekerja untuk datang pada keesokan harinya. Bahkan majikan mengancam akan menangguhkan pembayaran gaji bagi pekerja yang enggan datang bekerja. Tidak adanya sifat
lang ke negara asal. Lebih teruk lagi apabila visa yang dimiliki oleh mereka ini akan dibatalkan sekiranya mereka memutuskan untuk meninggalkan negara itu. Kebanyakan pekerja-pekerja imigran ini datang dari negaranegara Asia Selatan seperti Bangladesh, India, Pakistan dan Nepal. Mereka kerap dibayar dengan upah yang amat rendah. Tambahan lagi apabila mereka datang ke Dubai melalui orang tengah yang bertindak seperti agen pekerjaan kepada mereka. Mereka harus membayar sejumlah wang untuk mendapatkan pekerjaan di rantau itu. Namun apabila keadaan seperti ini berlaku, buruh-buruh imigran ini terpaksa berhutang banyak kerana tidak mampu untuk membayar agen-agen tadi. Semua ini disebabkan oleh upah yang sedikit, bahkan tidak cukup
untuk menampung keperluan asas mereka. Maka, mogok yang diadakan ini sebenarnya telah menggambarkan tekanan dan keperitan yang dialami oleh para pekerja tersebut, yang berpunca dari sistem yang telah mengeksploitasi mereka dengan teruk sekali. Ini kerana mereka cuma dibayar gaji sekitar $100-$300 sebulan sahaja, dengan kemudahan tempat tinggal yang sesak serta sempit dan juga penafian cuti tahunan oleh majikan mereka tersebut. Keadaan dan tuntutan kerja yang tidak berperikemanusiaan kepada
perikemanusiaan dan kerakusan untuk keuntungan pihak majikan ini telah dibayar dengan nyawa lebih seribu pekerja. Tingkat empat bangunan yang dijadikan kilang tersebut telah dibangunkan tanpa permit. Massood Reza, pereka bangunan tersebut mengatakan bahawa Rana Plaza direka untuk kedai dan pejabat sahaja, bukan kilang. Struktur bangunan itu tidak kuat untuk menampung 5000 pekerja dan mesin-mesin berat. Inilah punca sebenar berlakunya tragedi ini. Kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku di negara majoriti rakyat Muslim itu. Pada 24 November 2012, 117 pekerja tekstil telah terbunuh dalam satu kebakaran kilang di Dhaka, menjadikannya sebagai kebakaran terburuk dalam sejarah negara tersebut. Dengan nama mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan, majikan sanggup memperjudikan keselamatan malahan nyawa pekerja. Untuk merubah keadaan ini pekerja perlu diorganisasikan dalam kesatuan sekerja dengan kepimpinan yang sanggup berjuang untuk hak dan kebajikan pekerja dan menentang polisi dan kelalaian majikan dalam hal keselamatan dan kesihatan pekerja.
Gaji Rendah, Pekerja di Dubai Mogok Baru-baru ini, ribuan pekerja Arabtec, sebuah syarikat pembinaan yang terbesar serta berpangkalan di Dubai, telah melakukan aksi mogok kerja untuk menuntut kenaikan gaji dan suasana kerja yang lebih selamat. Arabtec ini merupakan syarikat pembinaan yang telah membina menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa dan sedang dalam perancangan untuk membina Dubai’s Louvre. Mengikut peraturan Emiriah Arab Bersatu (UAE), semua mogok pekerja adalah menyalahi undang-undang, dan dengan itu, mogok pekerja Arabtec yang berlangsung selama 4 hari ini cepatcepat diperangi oleh pihak pemerintah dengan menahan lebih kurang 200 orang penunjuk perasaan. Bahkan ada dalam kalangan mereka yang merupakan imigran, telah dihantar pu-
Ian
Sharifah
mereka ini adalah sesuatu yang untuk memastikan pembayaran tidak patut berlaku, lebih-lebih gaji dengan segera bagi mengulagi apabila mereka terpaksa rangkan eksploitasi, termasukbekerja selama 12 jam dalam lah garis panduan kepada macuaca yang amat panas. Selepas jikan tentang bagaimana untuk kritikan dari pelbagai kumpulan melindungi buruh, khususnya hak asasi manusia berkenaan dalam aspek keselamatan. dengan hal ini, barulah kerajaan Dubai melakukan tindakan dengan memperkenalkan peraturan-peraturan yang bertujuan Pekerja di Dubai keluar mogok
SOLIDARITI PEKERJA
ISU KE -3
JULAI - SEPTEMBER 2013
BERITA LUAR NEGARA 9
Pembinaan Parti Pekerja Massa di Afrika Selatan Pada 16 Ogos tahun lalu, tindakan polis Afrika Selatan untuk menembak mati seramai 34 pelombong kawasan Marikana yang sedang bermogok telah menyebabkan suatu pergerakkan buruh gergasi di negara itu. Tindakan pihak berkuasa untuk menahan lebih 270 pekerja berikutan kejadian itu juga telah merebakkan kemarahan pekerja di Afrika Selatan terhadap pemerintahan ANC ( Kongres Nasional Afrika ). Tambahan pula, Kesatuan Sekerja yang sepatutnya mempertahankan pekerja telah memainkan peranan untuk turut menyerang pekerja yang sedang mogok. Pekerja-pekerja lombong Marikana telah bergelut dengan pelbagai pihak selama lebih dua bulan dan akhirnya pihak majikan dan kerajaan terpaksa angkuh dengan tuntutan pekerja yang telah berani menentang pihak berkuasa apabila ditekan. Walaupun hanya 80 peratus daripada tuntutan untuk kenaikan gaji telah di persetujui oleh
pihak majikan, ini merupakan suatu kemenangan yang besar bagi kaum buruh Afrika Selatan. Perjuangan pekerja lombong di Marikana telah menjadi teladan kepada pekerja dari sektorsektor lain yang menghadapi penindasan daripada majikan dan kesatuan sekerja. Berikutan peristiwa Marikana, pekerja lombong di syarikat-syarikat lain juga telah berjaya menuntut kenaikan gaji yang ketara. Pada masa ini, banyak gerakan pekerja baru muncul di Afrika Selatan dan lebih ramai pekerja-pekerja dari industri, pengangkutan dan sebagainya sedang melihat dan menilai pelbagai cara untuk mengukuhkan kuasa pekerja. Pada masa yang sama, pekerja Afrika Selatan semakin sedar tentang kepentingan untuk mewujudkan parti kelas pekerja massa untuk melindungi hakhak pekerja dan rakyat biasa. Sebagai salah sebuah usaha untuk membina parti politik bagi pekerja, beberapa organisasi buruh telah berganding bahu
dan menubuhkan sebuah parti pekerja yang baru yang dikenali sebagai WASP ( Parti Pekerja dan Sosialis ). Lebih 50 orang delegasi yang mewakili pelbagai jawatankuasa mogok pekerja telah berkumpul untuk pada Disember lalu untuk melancarkan parti tersebut. Walaupun WASP dilahirkan dari gelombang mogok dan kebangkitan dalam industri perlombongan pada tahun 2012, ia bukan satu alat politik untuk pekerja lombong sahaja, tetapi seluruh kelas pekerja dan rakyat tertindas di Afrika Selatan. Kejadian pembunuhan beramai-ramai Marikana merupakan bukti kepada jurang yang wujud di antara pihak kapitalis yang sedang bersekutu dengan kerajaan dan rakyat biasa. Kelas pekerja tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mendapatkan kemerdekaan politik melalui parti yang mewakili mereka. “Kita memerlukan sebuah parti yang boleh menyatukan perjuangan dan usaha kita untuk
Gambar bawah : Beribu-ribu pekerja lombong di Afrika Selatan berkumpul untuk membincangkan tindakan mereka seterusnya...
Awas Bahaya TPPA Ravi
Yuva
kepentingan semua pekerja. Kita memerlukan sebuah parti yang berasaskan perjuangan pekerja melalui kerja akar umbi di tempat kerja dan di masyarakat biasa. WASP berazam untuk menjadi sebuah parti yang percaya kepada kekuatan kelas pekerja dan rakyat biasa dan berjuang untuk mempertahankan hakhak rakyat yang diwakilinya” kata seorang pengucap daripada aktivis Sosialis DSM. WASP tidak mempunyai penyokong perniagaan atau kapitalis tetapi sepenuhnya dibiayai oleh kelas pekerja melalui pembinaan keahlian massa. DSM, yang telah menganjurkan pelbagai tindakan pelombong sejak perjuangan tercetus pada bulan Ogos dan sebagai pengasas WASP, menyeru kepada kaum buruh sedunia untuk menyokong usaha mereka untuk pembinaan sebuah parti politik yang dapat mempertahankan pekerja dan rakyat biasa.
Kerajaan Malaysia sedang melakukan rundingan dengan Amerika Syarikat untuk melakukan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan memberikan lebih ruang dan fleksibiliti kepada kapitalis (pemodal) Amerika untuk melabur di negara kita. Kapitalis Amerika juga akan mempunyai kuasa untuk mengeksploitasi sumber-sumber alam dan memaksa kerajaan melonggarkan undang-undang buruh. Ini adalah langkah kerajaan untuk memperkukuhkan lagi dasar sistem pasaran bebas yang pada kenyataannya tidak bebas. Dalam sistem pasaran bebas, syarikat-syarikat yang besar akan mempergunakan kuasa monopoli dan kapasiti kewangan untuk menakluki suatu perniagaan tertentu untuk memastikan keuntungan maksimum. Dengan cara ini pemodal akan mengambil hak kepada barangan tersebut, dan menjualnya dengan harga yang tinggi. Jika TPPA dilaksanakan, kos barangan asas seperti ubat-ubatan dijangka akan meningkat dan boleh membebankan golongan berpendapatan rendah. Pelaksanaan TPPA juga akan menyebabkan hak dan kebajikan warga pekerja semakin terhakis dengan keutamaan pelabur Amerika untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. Warga pekerja dan kesatuan sekerja harus bersatu untuk mendesak kerajaan supaya tidak menandatangani TPPA yang sudah jelas mendahulukan keuntungan kapitalis daripada keperluan rakyat.
10
SUDUT EDITOR
SOLIDARITI PEKERJA
ISU KE -3
JULAI - SEPTEMBER 2013
Jerebu Dan Nasib Pekerja Persoalan jerebu dari Indonesia yang kita hadapi hampir setiap tahun mendapat perhatian yang sangat besar pada tahun ini. Sejak pertama kali isu jerebu ini melanda negara dan kawasan serantau pada tahun 1997, tahun ini jerebu paling teruk sampai ke semenanjung. Semua pihak mengeluh dengan keadaan cuaca yang dapat merosakkan kesihatan. Tidak menghairankan jika banyak yang menuding jari kepada rakyat republik itu kerana membakar hutan. Walaupun kita tahu bahawa segelintir sahaja yang melakukan perbuatan khianat itu, tetapi kerana fikiran kita telah lama dibentuk untuk melihat dalam kerangka sempit negara, maka mudah sahaja untuk menyalahkan seluruh rakyat Indonesia sebagai punca jerebu di Malaysia. Padahal, sebahagian besar rakyat negara itu, terutama di kawasan tempat berlaku pembakaran tersebut paling menderita kerana keadaan jerubu jauh lebih teruk daripada yang kita alami di sini. Mereka juga adalah mangsa salah laku segelintir pihak yang membakar hutan. Lalu, bagaimana kita hendak melihat isu jerebu ini dari kacamata pekerja? Setidaknya ada dua perkara yang penting untuk dibincangkan. Pertama, ialah motif pembakaran hutan dan impaknya kepada orang ramai. Kedua, bagaimana tanggapan orang ramai terhadap isu ini. Indonesia pada mulanya menumpukan pembangunan ekonominya kepada pertanian. Pada tahun 80-an dulu, majoriti masyarakatnya masih hidup bertani dan mereka dapat menampung keperluan rakyatnya dengan simpanan beras hasil dari pertanian sendiri. Namun dengan masuknya pelaburan dan modal asing telah merubah struktur masyarakat yang pada mulanya berasaskan pertanian telah beralih kepada masyarakat industri. Banyak masyarakat desa, terutama anak para petani tidak mahu melanjutkan tradisi bekerja sebagai petani kemudian pindah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang. Pada pertengahan tahun 1990an, ketika harga dan permintaan
terhadap minyak sawit dalam pasaran dunia semakin meningkat, banyak pihak yang melihatnya sebagai peluang perniagaan yang memiliki masa depan cerah. Mulai dari pengusaha dan syarikat besar yang melabur dalam jumlah yang besar, hinggakan individu-individu pemilik tanah kecil-kecilan teruja menanam sawit. Sesiapa yang pernah berkunjung ke Sumatera, terutama di Riau, pasti terpegun melihat pemandangan di
kat besar. Pemusnahan hutan yang terus berlaku kerana penanaman sawit semakin tidak terkawal. Impak daripada perluasan ladang sawit tidak hanya berkurangnya kawasan pertanian untuk tanaman lain, tetapi juga semakin pupusnya hutan simpanan. Di Riau terdapat dua buah syarikat pembuat kertas, iaitu RAPP dan Indah Kiat. Kedua-duanya berperanan besar dalam berkurangnya jumlah hutan di Riau kerana mereka
Pekerja terpaksa ke kerja walaupun keadaan jerebu yang parah..
kawasan luar bandarnya. Sejauh mata memandang, hanya perkebunan sawit yang terlihat. Sebahagian besar perkebunan itu dimiliki oleh syarikat-syarikat kapitalis besar, terutamanya dari Malaysia. Sime Darby, Kuala Lumpur Kepong, dan Multi Gambut Industri yang merupakan anak syarikat Tabung Haji memiliki kawasan pertanian sawit yang luas di Sumatera. Media di Indonesia melaporkan ketiga-tiga syarikat Malaysia tersebut terlibat dalam pembakaran hutan baru-baru ini, walaupun pihak syarikat menolak tuduhan tersebut. Saat ini, jumlah kawasan perkebunan sawit di Indonesia sudah jauh melebihi tanah persawahan dan pertanian tradisional sehingga untuk memenuhi keperluan beras dalam negara sahaja Indonesia harus mengimport. Sedangkan keuntungan dari hasil sawit ini sepenuhnya menjadi milik syarikat-syari-
memang memerlukan kayu sebagai bahan utama pembuatan kertas. Adanya pembakaran hutan untuk membuka ladang sawit menjadikan masalah kebotakan hutan semakin teruk. Syarikat kapitalis tidak peduli dengan persekitaran kerana hanya memikirkan keuntungan. Jika dengan membakar hutan mereka dapat mengurangkan biaya untuk membuka ladang sawit, maka itulah jalan yang menjadi pilihan mereka. Akibat jalan mudah yang diambil oleh kapitalis ini, penderitaan dan ancaman terhadap kesihatan mesti ditanggung oleh jutaan orang di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Walaupun isi jerebu ini menimbulkan sedikit ketegangan hubungan antara Indonesia dengan Malaysia dan Singapura, akhirnya presiden negara itu, Susilo Bambang Yudhoyono telah menyatakan permohonan maaf kepada pemerintah dan
penduduk kedua-dua negara tersebut. Namun hal ini telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak di Indonesia. Bukan faktor nasionalisme, harga diri, atau kebencian terhadap Malaysia yang menjadi sebab. Mereka marah kerana presiden tidak meminta maaf terhadap rakyatnya sendiri yang juga menjadi mangsa keadaan jerebu. Padahal pemerintah Indonesialah yang mesti bertanggung jawab ke atas pembakaran ini
dengan ketidaktegasan mereka dalam memperkuatkuasakan undang-undang dan melakukan pengawasan. Unsur-unsur korupsi yang telah menjadi barah bagi masyarakat di negara itu juga dikatakan menjadi penyebab longgarnya penguatkuasaan itu. Memang betul pemerintah sudah menangkap para pelaku pembakaran hutan, tetapi mereka hanya rakyat biasa. Mungkin mereka hanya orang suruhan syarikat-syarikat besar yang mahu mengelak didakwa jika terlibat langsung membakar hutan. Lalu apa relevannya isu jerebu ini dengan nasib pekerja? Pertama, sepatutnya kita tidak melihat isu ini dalam kerangka sempit negara, iaitu Indonesia yang menjadi punca dan Malaysia menjadi mangsa. Rakyat biasa di Sumatera yang terkena jerebu juga sebenarnya marah dengan pemerintah mereka. Mereka juga adalah mangsa pemerintah dan syarikat-syarikat besar pelaku pembakaran hutan yang
Ian
hanya mengutamakan keuntungan tanpa menghiraukan akibatnya. Dalam isu ini, rakyat biasa di Indonesia sepatutnya mendapat simpati dan solidariti dari pekerja di Malaysia. Kedua, keluhan yang kita dengar dari setiap orang tentang dampak kesihatan yang boleh ditimbulkan oleh jerebu sebenarnya bukan perkara baru bagi sebahagian besar pekerja. Banyak majikan tidak memperuntukkan pelindung kepada pekerja yang terdedah kepada jerebu walaupun pihak kesihatan telah memaklumkan pentingnya penggunaan pelindung. Tetapi, sesiapa sahaja yang bekerja di kilang ais, kilang cat, kilang bateri, dan kerja-kerja yang terdapat bahanbahan kimia selalu terdedah dengan masalah kesihatan. Pemandu lori jarak jauh juga berisiko mengalami sakit belakang dan pinggang. Bekerja di kilang yang tertutup dan pengap, dan terpaksa berdiri selama berjamjam juga akan menyebabkan sakit pada masa hadapan. Buruh angkat barang juga akan menghadapi masalah fizikal pada hari tua mereka. Banyak daripada mereka ini dipaksa untuk bersara awal jika mengalami gangguan kesihatan akibat persekitaran di tempat kerja. Masalah ini mesti dihadapi oleh pekerja setiap hari, bukan setahun sekali seperti datangnya jerebu. Namun terhadap mereka ini, tidak ada siapa pun yang memberikan perhatian kerana sudah dianggap sebagai perkara biasa. Di situ terlihat jelas bagaimana tidak pekanya kerajaan terhadap masalah kesihatan dan persekitaran tempat kerja pekerja yang terdedah kepada berbagai-bagai bahan kimia dan gas beracun. Sama ada di Indonesia atau Malaysia, warga pekerja menghadapi nasib yang sama. Untuk memecahkan rantai-rantai penindasan terhadap warga pekerja dan memelihara alam persekitaran daripada dicabuli terus oleh syarikat yang mementingkan keuntungan semata-mata, solidariti pekerja harus dibina tanpa batas sempadan negara.
SOLIDARITI PEKERJA
ISU KE -3 JULAI - SEPTEMBER 2013
SUDUT EDITOR 11
Ulasan Puisi Nasib Buruh Sajak Nasib Buruh (1950) – Usman Awang Melarat di sepanjang jalan hidup Tidak kira, tubuh perit dipanggang suria Tidak hirau, dingin hujan menyiram muka Terus bekerja… terus pula menderita. Di rumah anak-anak dan isteri muram durja Apa untuk dimakan segalanya tiada Pakaian compang-camping Namun…hidup diteruskan juga
Sajak Nasib Buruh (1950) oleh Usman Awang ini menunjukkan betapa puisi dapat dijadikan sebagai alat untuk menyedarkan masyarakat tentang realiti kehidupan, bukan sekadar ingin memperlihatkan lenggok bahasanya yang indah sahaja. Sajak Usman Awang ini cukup ringkas dan bersahaja, tetapi membawa makna yang amat besar kepada mereka yang faham. Menelusuri kehidupan awal beliau, Usman Awang hidup dalam keadaan
yang miskin. Ayahnya cuma nelayan yang sesekali akan mencari rotan ketika musim tengkujuh melanda. Ibunya pula telah meninggal dunia sewaktu beliau masih anak kecil lagi. Ini membuatkan beliau sempat menghabiskan pelajaran di Darjah Enam sahaja. Tidak lama selepas Jepun menjajah Malaya, Usman Awang menjadi buruh paksa di Singapura selama 6 bulan tetapi berjaya melepaskan diri balik ke Segamat. Beliau juga pernah
menjadi ‘office boy’ di Pejabat Taliair Segamat. Seterusnya, beliau bekerja pula sebagai anggota polis namun Usman Awang sebenarnya lebih selesa dengan mata pena berbanding senjata berpeluru. Maka dengan itu, beliau meninggalkan pekerjaan tersebut dan berhijrah ke Singapura untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan Dari situ, Usman Awang mula berkarya dalam bentuk sajak.
yang kita alami sekarang. Ia menyedarkan kita tentang keadilan, dan pemerkosaan hak-hak pekerja. Kepedulian terhadap nasib kaum buruh menerusi puisi-puisi serta seumpamanya ini harus kita hargai. Ia adalah semangat bagi kita untuk berani melawan ketidakadilan dan kezaliman yang diberikan oleh mereka-mereka yang hanya mahukan keuntungan semata-mata
Sharifah
tanpa memikirkan kebajikan kita. Sesekali, puisi ini harus didengarkan serta semoga kita juga akan mula mengangkat mata pena dan menulis bait-bait tentang kenyataan hidup sang pekerja. Mudah-mudahan makin ramai yang bangun berdiri berjuang. Kaum buruh, bersatulah!
Berbalik kepada sajak ‘Nasib Buruh’ tadi, beliau cuba untuk menerangkan keperitan hidup para pekerja yang ditindas oleh majikannya, dan hanya bergantung kepada gaji yang cuma cukupcukup makan buat anak-anak dan isteri. Bak kata pepatah, ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, begitulah nasib buruh yang akhirnya terpaksa terus mengabdikan diri pada pekerjaan dan majikan yang menekan. Mereka sudah susahsusah bekerja, mengharungi panas dan hujan, tetapi tetap sahaja ditindas. Tiada siapa yang menghiraukan mereka, kecualilah mereka sendiri. Sajak-sajak sebegini benar-benar menyentuh perasaan kita, lagi-lagi sekiranya ia sama dengan apa
Bersatulah Pekerja! Yuva
Bangun awal sebelum senja, Mandi-manda bergegas ke kerja,
Kaya sungguh Negara saya, Kekayaan yang tak melimpah ke rakyat jelata,
Akur menurut arahan majikan, Rajin memikul beban yang disediakan, Mengumpul harta bagi yang berada, Walaupun maksudnya merompak yang tiada,
Itulah hakikat system yang dipilih, Rakyat yang rajin sering disisih, Segelintir yang kecil mengawal jentera kapitalisma, Rakyat biasa menjadi buah caturnya dan hamba,
Keperitan hidup tidak dihiraukan, Asal ada kuli walaupun yang disederhanakan,
Itulah hakikat system yang dipilih, Perhambaan terhadap manusia yang disisih,
Kepenatan petang dirasa di badan, Kepenatan pagi dirasa di hati,
Apa perbezaan awak dan saya, Perbezaan warna hanya dimata,
Satu-satunya risau pekerja, Dapatkah suap anak dan keluarga,
Saya dan awak hamba sama hamba, Hamba kepada golongan berada,
Mungkinkah hari esok akan bahagia, Walaupun hari ini tidak memiliki apa-apa.
Perbezaan kaum hanya dimata, Persaudaraan kelas adalah satu-satunya yang nyata,
Yang kaya semakin kaya, Yang miskin semakin merana, Itulah hakikat system yang dipilih, Sistem yang mengampu pada golongan elit,
Bersatulah pekerja tanpa mengira bangsa dan agama, Untuk menuntut sistem yang saksama.
ISU KE - 3
Menyelamatkan mangsa kilang runtuh di Bangladesh
JULAI - SEPTEMBER
Laporan di halaman 8...
HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3
NUBE meneruskan momentum perjuangan
Laporan di halaman 2...
Pendirian Gabungan Pekerja dan Anak Muda
Pendidikan
• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN. • Menuntut autonomi sepenuhnya kepada universiti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kreatif untuk pembanggunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis. • Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiyaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan. • Menyokong hak pekerja awam di bidang pendidikan, guru dan pensyarah untuk mempertahankan hak mereka dan autonomi pendidikan. • Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar. • Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pendidikan sosialis.
Pekerjaan dan Kebajikan
• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan. • Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua. • Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau penghambaan pekerja, dengan mewujudkan gaji minimum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.
• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kontrak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja. • Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan. • Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang mengancam penutupan, di bawah kawalan demokratik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja. • Majikan harus memperuntukkan elaun perumahan, penganggutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja. • Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau campurtangan majikan. • Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kerajaan dengan faedah yang rendah harus diperluaskan kepada warga pekerja di sektor swasta. • Membina tempat-tempat rekreasi awam percuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.
Hak dan demokrasi
• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti. • Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa. • Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan semua bentuk diskriminasi. • Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina . • Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita. • Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan di setiap daerah.
Adakah anda mempunyai berita tentang pekerja untuk kami ? Adakah anda ingin berkerjasama dengan kami? Adakah anda ingin tahu dengan lebih mendalam tentang organisasi kami ? Hubungi kami di
• Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa. • Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.
Untuk Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme
• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia. • Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin. • Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq. • Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hormati hak pembentukan negara Palestin. • Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memusnahkan alam. • Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri. • Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengeluaran yang tidak akan memusnahkan planet ini. • Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam dipergunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.
http://www.facebook.com/solidaritipekerja
[email protected] 01112859623 ( yuva )