RPS 9’s INTERNATIONAL HOCKEY TOURNAMENT 2014 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN 1.
PERATURAN AM 1.1 Semua perlawanan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam ‘The Rules of the Game of Hockey’ sebagaimana yang diputuskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (F.I.H). 1.2
2
PENYERTAAN 2.1 Pertandingan adalah terbuka kepada pasukan wanita daripada Sekolah-sekolah Kluster, SBP atau Kelab-kelab hoki seluruh Malaysia yang terdiri daripada:
2.2
3
4.
Apabila timbul sebarang kekeliruan dari segi pentafsirannya, maka peraturanperaturan permainan dalam bahasa Inggeris akan dipatuhi.
Pengurus Pasukan 1 orang Jurulatih 1 orang Peserta 12 orang ------------------14 orang ------------------Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih DUA(2) orang pemain kebangsaan.
2.3
Yuran penyertaan sebanyak RM150.00 bagi setiap pasukan boleh dibayar bersama borang pengesahan pendaftaran.
2.4
Yuran penyertaan sebanyak RM150.00 tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri.
MESYUARAT/TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 3.1
Mesyuarat/Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum perlawanan pertama dijalankan.
3.2
Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta mereka
3.3
Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
SISTEM PERTANDINGAN 4.1
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan memutuskan format atau sistem pertandingan sama ada liga atau kalah mati, tertakluk kepada bilangan penyertaan.
1
4.2
Sekiranya bilangan penyertaan kurang daripada enam pasukan, sistem liga satu pusingan akan dijalankan.
4.3
Sekiranya penyertaan adalah enam atau lebih, kejohanan akan dijalankan secara sistem liga untuk peringkat awal dan sistem kalah mati untuk pusingan kedua dan perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir.
4.4 Apabila perkara 4.3 berlaku, maka perkara-perkara berikut akan dipatuhi : 4.4.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua atau separuh akhir yang merupakan pusingan kalah mati. 5.
CARA-CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN 5.1 Pemberian mata setiap perlawanan adalah seperti berikut: 5.1.1 5.1.2 5.1.3
Menang Seri Kalah
― 3 mata ― 1 mata ― 0 mata
5.2
Kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpulkan oleh setiap pasukan.
5.3
Jika lebih satu pasukan mempunyai mata yang sama, maka kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan BILANGAN KEMENANGAN.
5.4
Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan sama, maka kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan kepada PERBEZAAN GOL (GOAL DIFFERENCE), bilangan gol yang dijaringkan gol ditolak bilangan gol yang kena jaring.
5.5
Jika kedudukan masih sama, pasukan yang menjaringkan GOL TERBANYAK akan dikira menang.
5.6
Jika kedudukan masih sama pasukan yang telah MENGALAHKAN LAWANNYA diperingkat kumpulan dikira menang.
5.7 Jika masih sama kedudukan akan diputuskan menerusi pertandingan penalty strok. 6.
PERTANDINGAN PUKULAN PENALTI 6.1
Pengadil akan menentukan pintu gol mana pukulan penalty strok hendak dijalankan.
6.2
Pengadil akan membuat undian. Pasukan menang dalam undian akan membuat pilihan sama ada memulakan pukulan penalty strok atau bertahan dahulu.
6.3
Tiga (3) orang pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan penalty strok berselang-seli terhadap penjaga goal lawan. 2
7.
6.4
Pengurus pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan mengambil pukulan penalty strok bagi pasukan masing-masing.
6.5
Jika jaringan pukulan penalti strok adalah sama selepas tiga (3) pukulan penalty strok diambil oleh kedua-dua pasukan, pukulan penalty strok ‘SUDDEN DEATH’ akan dijalankan sehingga terdapat pemenang.
6.6
Susunan kedudukan pemain yang mengambil pukulan penalti strok secara ‘SUDDEN DEATH’ tidak perlu mengikut turutan pukulan penalti strokawal tetapi diambil oleh tiga (3) pemain yang sama.
6.7
Pasukan yang tidak memulakan pukulan penalti strok pada peringkat awal akan mengambil pukulan penalti strok pertama dalam pukulan penalti strok ‘SUDDEN DEATH’.
6.8
Pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh mengambil bahagian dalam pertandingan pukulan penalti strok kecuali pemain-pemain kekal (Players of Permenant Suspension).
6.9
Penjaga Gol diwajikan memakai Pelindung Kepala semasa mempertahankan golnya semasa pukulan penalti strok.
PENGGANTIAN PEMAIN (ROLLING SUBSTITUTION) 7.1
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 pemain gantian semasa satu perlawanan.
7.2 Semua pemain yang terlibat dalam prosedur gentian haruslah dari senarai pemain yang telah didaftarkan dan disahkan. 7.3
Pemain yang digantung (suspended) tidak boleh digunakan sebagai pemain gantian.
7.4
Pasukan tidak dibenarkan menggunakan lebih daripada seorang penjaga gol dalam senarai pemain utama semasa sesuatu perlawanan dijalankan.
7.5
Gantian pemain akan hanya dibenarkan dengan persetujuan Pegawai Teknikal yang bertugas dan dilakukan selepas pemain dari pasukan yang sama telah keluar padang.
7.6
Pemain dikehendaki keluar dan masuk padang dari kawasan di hadapan meja teknikal melainkan penggantian pemain yang cedera di mana Pegawai Teknikal / Pengadil yang akan menguruskannya.
7.7
Masa tidak diberhentikan untuk melakukan penggantian melainkan untuk pemain yang cedera atau penggantian penjaga gol dimana ia ditentukan oleh pengadil perlawanan.
3
7.8
Seorang pemain yang digantung (suspended) tidak boleh digantikan dalam tempoh penggantungan.
7.9
Penggantian pemain tidak boleh dilakukan semasa pengambilan pukulan sudut penalty dan pukulan penalty strok.
8. MASA PERLAWANAN Masa perlawanan adalah 15 minit setiap satu separuh masa dengan masa rehat tidak lebih daripada 2 minit. 9.
10.
PENANGGUHAN 9.1
Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan tetapi sekiranya pada pendapat Pengarah Pertandingan keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu perlawanan atau ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan atau kerana keadaan tidak dapat dikawal oleh kedua-dua pasukan, maka perlawanan berkenaan akan dijalankan di tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Pengarah Pertandingan dalam hal ini adalah muktamad.
9.2
Jika selepas bermain selama 10 minit, perlawanan diberhentikan atas sebab-sebab tertentu (cuaca/keadaan padang yang tidak sesuai) maka perlawanan tersebut akan dianggap telah tamat dan jaringan gol jika ada, juga akan diambil kira.
9.3
Jika perlawanan dihentikan sebelum 10 minit maka perlawanan itu akan disambung dari masa hentian dengan kedudukkannya kekal sebelum perlawanan dihentikan, disuatu tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan/Pengarah Pertandingan.
TATATERTIB Tatatertib pemain dan pegawai pada amnya dibawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. Tindakan berikut boleh diambil semasa pertandingan dijalankan. 10.1. Pemain 10.1.1 Sistem mata “demerit” yang berikut akan dikuatkuasa untuk tindakan tatatertib yang diambil disepanjang pertandingan ini dijalankan. Kad Hijau Kad Kuning Kad Merah
= = =
2 mata 4 mata 8 mata
10.1.2 Tindakan-tindakan tatatertib yang berikut akan dijalankan dengan system mata ‛demerit’ 08 mata demerit :
Penggantungan 1 perlawanan
12 mata demerit:
Penggantungan 2 perlawanan 4
16 mata demerit: 20 mata demerit:
Penggantungan 3 perlawanan Penggantungan untuk pertandingan
Interpritasi : Jika seseorang pemain setelah mengumpul 08 mata demerit, menerima satu kad kuning dalam satu perlawanan lain, pemain itu akan digantung untuk SATU perlawanan. Walaupun jadual diatas menentukan penggantungan DUA perlawanan untuk 12 mata demerit, pemain ini digantung SATU perlawanan sahaja adalah kerana pemain ini sudah menjalani penggantungan SATU perlawanan setelah mengumpul 8 mata demerit. Mata demerit akan kekal sepanjang pertandingan walaupun seseorang pemain telahpun menjalani penggantungan perlawanan dilakukan. 10.1.3 JK Teknikal setelah menerima laporan pengadil diberi kuasa untuk mengantung pemain yang menerima Kad Merah untuk lebih dari 1 perlawanan tertakluk kepada seriusnya kesalahan yang dilakukan. 10.1.4 Tindakan tidak berhemah seseorang pemain sepanjang pertandingan, samada di dalam atau di luar padang, semasa pasukannya terlibat atau tidak dalam perlawanan perlu diserahkan kepada JK Teknikal untuk tindakan selanjutnya. 10.1.5 JK Teknikal diberi kuasa untuk merujuk pegawai atau pemain yang melanggar disiplin samada di dalam atau di luar padang kepada Lembaga Disiplin Persatuan Hoki Wanita Malaysia. 10.2 Pegawai Mana-mana wakil yang bertanggungjawab mengernai pasukaannya yang mempesoalkan keputusan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dan didapati mengganu perjalanan pertandinagn akan diberi amaran dan jika perlu dilaporkan kepada Lembaga Disiplin Persatuan Hoki Wanita Malaysia dan Lembaga Disiplin Persekutuan Hoki Malaysia. 11.
KELEWATAN
11.1 Setiap pasukan hendaklah berada dipadang permainan 10 minit sebelum masa yang dijadualkan bagi sesuatu perlawanan bermula. Tempoh kelewatan yang dibenarkan adalah hanya 10 minit sahaja. Walaubagaimana pun ini bergantung kepada kesalahan sebab kelewatan. 12.
KEBENARAN MEMASUKI PADANG 12.1 Hanya pemain dan pengadil yang terlibat dalam perlawanan dibenarkan masuk ke padang permainan kecuali terdapat kecederaan pada pemain dan itu pun apabila dibenarkan oleh pengadil yang bertugas dalam perlawanan tersebut. 12.2 Dua (2) orang pegawai dan tiga (3) orang pemain simpanan yang berdaftar untuk perlawanan mesti berada di Bangku Pasukan pada masa perlawanan, termasuk masa peangguhan (Time Stoppages), kecuali Pegawai Teknik atau Pengadil 5
member arahan sebaliknya atau member rawatan ke atas pemain yang cedera. Pengurus Pasukan bertanggungjawab memastikan tingkah laku pasukannya dan duduk paling hamper dengan Meja Teknikal bersama jurulatihnya. 12.2 Pegawai dan pemain yang tidak didaftarkan untuk pertandingan tidak dibenarkan duduk di bangku pemain. 12.4 Pegawai Teknik yang bertugas, selepas memberi amaran kepada Pengurus Pasukan kerana salah laku pegawai atau pemain tersebut meninggalkan Bangku Pemain. Jika pegawai atau pemain yang diarah keluar dari Bangku Pemain enggan berbuat demikian, tindakan disiplin boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Teknikal selepas perlawanan tersebut. 13.
MENARIK DIRI 13.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri dengan sengaja atau enggan bermain atau memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan, semua keputusan perlawanan yang dimatikan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang perlawanan seterusnya. 13.2 Pasukan yang meninggalkan padang sebelum tamat sesuatu perlawanan (Walk-Out) dikira telah member (Walk Over). Semua keputusan perlawanan yang dimain oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasuakn itu tidak akan dibenarkan bermain perlawanan seterusnya. Pasukan tersebut akandirujuk kepada Lembaga Disiplin Persatuan Hoki Wanita Malaysia untuk tindakan
selanjutnya. 14.
BANTAHAN 14.1 Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya ada bantahan hendak dibuat oleh sesuatu pasukan, maka bantahan hendaklah dibuat secara lisan dahulu kepada Pegawai Teknikal yang bertugas, kemudian pengurus pasukan menulis “INGIN BANTAH” semasa menandatangani Laporan Perlawanan. 14.2 Bantahan bertulis beserta wang tunai RM300.00 hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal yang bertugas dalam tempoh masa 10 minit selepas bantahan lisan. Sekiranya selepas 10 minit bantahan bertulis tidak diterima, maka dianggap bantahan tidak dibuat. 14.3 Keputusan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan dimaklumkan tidak kurang daripada 2 jam sebelum perlawanan berikutnya (yang melibatkan pasukan yang membantah) bermula. Keputusan berkenaan adalah muktamad. 14.4 Wang bantahan akan luput sekiranya bantahan itu didapati tidak wajar.
6
15 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUKAN 15.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak untuk membuat sebarang keputusan atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam ini peraturan pertandingan ini dan segala Keputusan Jawatankauasa Kejohanan adalah muktamad.
Pengetua, SMK. Raja Perempuan, ( Sekolah Kluster Kecemerlangan ), Jalan Batu Bungkal, 30250 Ipoh, Perak.
7