KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA PENDAFTAR USM 2014
1.
PENDAHULUAN Jabatan Pendaftar sebagai peneraju untuk memimpin perubahan khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran dalam USM mencadangkan penganjuran Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pendaftar USM 2014 sebagai satu aktiviti di bawah platform teras keutuhan pentadbiran. Program ini akan menjadi platform kepada matlamat membudayakan semangat ‘Saya Sayang USM’.
2.
OBJEKTIF 2.1
Mengeratkan hubungan silaturrahim dan membuka ruang interaksi sosial dalam kalangan warga staf USM;
2.2
Memupuk semangat kesukanan yang tinggi,semangat bekerjasama dan berpasukan antara Pusat Tanggungjawab dan Jabatan di USM;
2.3
Meningkatkan kecerdasan minda dengan seimbang dari aspek spiritual, jasmani dan mental.
3.
TEMA : ‘SAYA SAYANG USM’
4.
TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM 4.1 4.2 4.3
5.
Tarikh : Tempat : Masa :
27 Jun 2014 (Jumaat) Premium Lane Sunshine Square Bowling Center, Bayan Baru 8.00 malam hingga 11.30 malam
MAKLUMAT PERTANDINGAN 5.1
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200.00/4 orang sepasukan termasuk sewaan kasut (RM2.00/pax).
5.2
Yuran penyertaan hendaklah dibayar secara tunai bersama borang pendaftaran peserta yang lengkap sebelum 16 JUN 2014 kepada : i)
5.3
Puan Faezah Ramli Pejabat Pendaftar Jabatan Pendaftar Aras 5, Bangunan Canselori Tel: 04-653 6097
ii)
Encik Mansor Mohd Khir Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Aras 4, Bangunan Canselori Tel: 04-653 6168
Masa pendaftaran pasukan : 8.00 malam (27 Jun 2014)
1
dan tidak
6.
PENGANJUR Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia.
JAWATANKUASA PENGANJUR : Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari
7.
8.
: YBhg Prof. Dato’ Dr. Omar Osman : Pn. Siti Zubaidah A. Hamid : En. Khairul Eruwan Abdul Halim : En. Mansor Mohd Khir : Pn. Faezah Ramli
HADIAH 7.1
Juara – Wang Tunai RM1000.00, Piala Pusingan/ Medal (setiap pemain), Hamper/sepasukan
7.2
Naib Juara – Wang Tunai RM800.00, Medal (setiap pemain), Hamper/sepasukan
7.3
Ketiga – Wang Tunai RM500.00, Medal (setiap pemain), Hamper/sepasukan
7.4
Keempat sehingga kesepuluh – Hamper/sepasukan
7.5
Jatuhan Pin Tertinggi – Lelaki – Wang Tunai RM200& Hamper
7.6
Jatuhan Pin Tertinggi – Wanita – Wang Tunai RM200& Hamper
SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN 8.1.
Para peserta mestilah terdiri daripada staf sedang berkhidmat di USM dari PTJ yang sama dalam pasukan dan tidak dibenarkan bergabung diantara PTJ. Staf yang sedang bercuti (belajar/cuti tanpa gaji/sabatikal) tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini. Penyertaan ini dibuka kepada staf pentadbiran sahaja.
8.2.
Pasukan yang terdiri daripada peserta yang bukan staf USM akan dibatalkan penyertaan.
8.3.
Setiap pasukan dikehendaki untuk mendaftarkan nama pemain-pemain dengan melengkapkan borang yang disediakan dan diserahkan kepada Urusetia.
8.4.
Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur bersama bayaran penyertaan RM200.00 (tunai).
8.5.
Setiap PTJ boleh mendaftar seberapa banyak penyertaan pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang pemain dan MESTI terdiri daripada gabungan lelaki dan perempuan dari PTJ yang sama.
8.6.
Setiap pemain akan bermain sebanyak tiga (3) permainan sahaja.
8.7
Peserta yang pernah mewakili mana-mana kejohanan bowling peringkat Negeri atau Kebangsaan, tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
8.8
Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar seorang (1) pemain yang pernah mewakili Universiti dalam mana-mana kejohanan.
8.9
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas tuntutan, kerugian atau kecederaan atau kemalangan kepada pemain/ penonton sebelum,semasa dan selepas pertandingan.
2
9.
10.
11.
12.
13.
CARA PERMAINAN 9.1.
Tiap-tiap satu permainan (game) akan dilangsungkan di atas sepasang lorong. Individu atau pasukan akan mengikut susunannya bermain satu frame pada satu lorong dan frame yang berikutnya pada lorong yang di sebelahnya (cross lane). Cara permainan ini akan digunakan sehingga permainan tamat.
9.2.
Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan jatuhan pin. Sekiranya jumlah keseluruhan jatuhan pin sama maka pemenang dikira berdasarkan skor tertinggi permainan terakhir.
PERATURAN DALAM SUSUNAN PERMAINAN 10.1.
Pemain-pemain acara berpasukan mesti bermain mengikut susunan yang didaftarkan dalam permainan (game) yang pertama.
10.2.
Sekiranya didapati ada pasukan yang menukar pemain semasa pertukaran lorong, pasukan itu akan hilang kelayakan bermain tanpa amaran.
MENARIK DIRI DARI PERTANDINGAN 11.1.
Mana-mana pasukan yang menarik diri setelah permainan dimulakan, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.
11.2.
Pemain yang menarik diri atau memberikan walk over dalam suatu permainan akan hilang kelayakan untuk bermain dalam permainan seterusnya dan yuran penyertaan TIDAK akan dikembalikan.
11.3.
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan terhadap seseorang pemain semasa pertandingan dan memohon untuk menarik diri, jatuhan pin bagi game yang telah selesai akan diambilkira tetapi sekiranya permainan dihentikan pada pertengahan permainan, tiada jatuhan pin diambilkira. Bagi game yang berikutnya, pemain tersebut akan diberikan blind score sebanyak 50. Tiada pemain gantian dibenarkan.
11.4.
Mana-mana pasukan yang didapati menukar pemain setelah permainan dimulakan, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan tanpa amaran.
PENGESAHAN KEPUTUSAN 12.1.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain/ pasukan untuk mengesahkan keputusan perlawanannya dalam skor yang telah disediakan.
12.2.
Keputusan yang telah disahkan hanya boleh dibantah dengan kebenaran Pengarah Kejohanan/ penganjur (Tournament Director).
GANGGUAN PERMAINAN 13.1.
Pengarah Kejohanan/ penganjur mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan supaya permainan yang terganggu pada sepasang lorong baru sekiranya
3
lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin atau kerosakan-kerosakan lain. 14.
BERMAIN DI LORONG YANG SALAH 14.1.
15.
Bila seseorang peserta yang bermain dalam lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu akan dianggap sebagai bola mati (dead ball) dan peserta tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
MEMPERLAHANKAN PERMAINAN 15.1.
Seseorang pemain yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui hak dan tanggungjawabnya :15.1.1. Beri laluan kepada pemain di sebelah kirinya yang telah bersedia untuk membaling (right of way). 15.1.2. Semua peserta harus bersedia untuk membuat balingan bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan atau balingannya.
16.
17.
18.
19.
KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK 16.1.
Sekiranya berlaku gangguan elektrik dan skor hilang dalam monitor dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-pemain yang terlibat dikehendaki bermain semula game tersebut. Tetapi, jika skor telah dicatat semula maka pemain akan meneruskan permainan dari frame di mana ia telah berhenti/ terhenti sebelum ini.
16.2.
Permainan yang mana skornya telah dicatatkan itu akan dikekalkan.
16.3.
Pasukan atau peserta tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta supaya game itu dibatalkan atau dimainkan semula.
PAKAIAN 17.1.
Semua peserta hendaklah memakai t-shirt yang disediakan oleh Penganjur.
17.2.
Pemain hendaklah memakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata.
MARSHALL DAN PACER 18.1.
Semasa Kejohanan berlangsung, urusetia Kejohanan akan menempatkan seorang atau lebih Marshall bagi mengawasi pertandingan.
18.2.
Pacer pula akan ditempatkan bagi mengisi kekosongan pada lane tertentu.
BANTAHAN/ TATATERTIB 19.1.
Semua peserta atau pasukan dibolehkan membuat bantahan melalui Pengurus Pasukan sahaja kepada Jawatankuasa Pengadilan (berkecuali) yang dilantik oleh Urusetia untuk menyelesaikan kekeliruan/pertikaian/bantahan pasukan.
19.2.
Bantahan hendaklah dibuat dalam masa 15 minit selepas Kejohanan tamat. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang tunai RM200.00 beserta dengan surat bantahan rasmi.
19.3.
Semua keputusan Jawatankuasa Pengadilan adalah MUKTAMAD.
4
20.
SENARAI NAMA PEMAIN 20.1.
20.
21.
Senarai nama pemain setiap pasukan hendaklah disahkan dan diterima sebelum Kejohanan dimulakan. Sebarang pertukaran tidak dibenarkan selepas Kejohanan bermula.
PERATURAN LAIN 20.1.
Semua pemain adalah tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan oleh Penganjur Kejohanan dan Pengurusan Pusat Bowling selain syarat-syarat sedia ada untuk pertandingan ini.
20.2.
Semua Pemain perlu menjaga tatakelakuan dan nama baik Universiti Sains Malaysia.
MAJLIS PERASMIAN / PENUTUP 21.1.
Majlis Perasmian / Penutup akan disempurnakan oleh Pn. Siti Zubaidah A. Hamid, Pendaftar, Universiti Sains Malaysia pada 27 Jun 2014 (JUMAAT).
5
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA PENDAFTAR USM 2014
NAMA PASUKAN
:____________________________________________________________
PTJ/KELAB SUKAN
:____________________________________________________________
PENGURUS PASUKAN
:____________________________________________________________
ALAMAT EMEL
:__________________________________
BIL
NAMA PEMAIN
NO. TEL: __________________ NO. STAF
NO. TELEFON
SIZE TSHIRT
1. 2. 3. 4. ** Borang Penyertaan yang lengkap dan pembayaran yuran perlu dibuat sebelum 16 Jun 2014 kepada Pn Faezah Ramli (Pejabat Pendaftar Aras 5 Bgn Canselori, samb 6097) / En Mansor Mohd Khir (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, samb 6168) .
Disahkan oleh
:
______________________________________ (Tandatangan dan Cop Rasmi Ketua Jabatan)
_________________________________________________________________________________ Kegunaan Pejabat Pendaftar: No Pendaftaran: _________________ Yuran Pendaftaran telah diterima sebanyak RM200.00 pada ______________________. (Tarikh) ----------------------------------- Potong Di sini. Sila bawa bersama keratan dibawah pada hari pertandingan-----------------------------------NO. PENDAFTARAN
: ________________
NAMA PASUKAN
: ____________________________________________________________
PTJ/KELAB SUKAN
: ____________________________________________________________
PENGURUS PASUKAN
: ____________________________________________________________
ALAMAT EMEL
:__________________________________ NO. TEL: __________________
Yuran Pendaftaran sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS (RM200.00) telah dibayar secara tunai kepada: Tandatangan dan Cop Rasmi Penerima: Tarikh : _________________________
1