Kejohanan Ping Pong IPT 2014
PERATURAN AM DAN PERMAINAN KEJOHANAN PING PONG IPT 2014 1.0
NAMA KEJOHANAN Kejohanan Ping Pong IPT 2014
2.0
PENGANJUR Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai urus setia kejohanan.
3.0
4.0
UNDANG - UNDANG 3.1
Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Ping Pong sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan terjemahan Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM).
3.2
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.
3.3
Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada undangundang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF), Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) dan keputusan adalah muktamad.
TARIKH KEJOHANAN 24 hingga 29 September 2014
5.0
TEMPAT PERTANDINGAN Dewan Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
6.0
YURAN PENYERTAAN Yuran penyertaan sebanyak RM150.00 / IPT.
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
1 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
7.0
PENYERTAAN 7.1
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemain dari institusi dibawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
7.2
Kelayakan peserta :7.2.1 Semua pelajar berdaftar sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah yang ditawarkan, IPTA, IPTS, Institut Perguruan, Politeknik dan Kolej Komuniti layak bermain di Kejohanan Ping Pong IPT. 7.2.2 Semua pelajar berdaftar dan mengikuti kursus sepenuh masa di peringkat Pasca Siswazah layak meyertai kejohanan ini dengan syarat mendapat pengesahan daripada Jabatan Pengajian Siswazah IPT masing-masing. 7.2.3 Hanya pelajar yang berdaftar kursus (tempoh 3 bulan dan lebih) dan menghadiri kursus sepenuh masa diperingkat sijil di Kolej Komuniti adalah layak menyertai kejohanan. 7.2.4 Pelajar tahun akhir yang telah menamatkan pengajian hanya layak menyertai kejohanan sehingga semester baru dibuka (kecuali semester khas). 7.2.5 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan bagi mewakili institusi di mana beliau mendaftar sebagai pelajar.
8.0
KATEGORI PERTANDINGAN Kejohanan akan dijalankan mengikut ketentuan berikut :a)
Berpasukan Campuran (1 perseorangan lelaki, 1 perseorangan wanita dan 1 bergu lelaki)
b)
Perseorangan Lelaki
c)
Perseorangan Wanita
d)
Bergu Lelaki
e)
Bergu Wanita
f)
Bergu Campuran
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
2 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
9.0
PENDAFTARAN PASUKAN/INDIVIDU 9.1
Setiap pasukan hendaklah membuat pendaftaran menggunakan borang yang disediakan oleh pihak penganjur seperti berikut :a) Borang Pengesahan Penyertaan b) Borang Pendaftaran Pasukan c) Borang Keterangan Diri (Pegawai & Atlet)
- KPPIPT 01 - KPPIPT 02 - KPPIPT 03
9.2
Setiap pendaftaran pemain diwajibkan untuk disertakan satu (1) salinan Kad Pelajar/Kad Matrik yang telah disahkan.
9.3
Hanya pemain yang berdaftar sahaja layak menyertai kejohanan ini.
9.4
Setiap pemain perlu membawa kad matrik asal semasa mendaftarkan diri sebelum perlawanan bermula. Kegagalan menunjukan dokumen tersebut akan menyebabkan peserta boleh dilarang menyertai kejohanan.
9.5
Setiap pemain hanya dibenarkan menyertai 1 acara sahaja dalam kategori berpasukan dan 1 acara sahaja dalam kategori individu.
9.6
Hanya seorang (1) Pelajar didaftarkan dalam sesuatu IPT.
9.7
Pembentukan pasukan adalah seperti berikut :-
Antarabangsa
sahaja
dibenarkan
9.7.1 Kategori Berpasukan Bil.
Kategori
1.
Berpasukan Lelaki Jumlah
Lelaki
Wanita
Pegawai
4
2
2
4
2
6
Lelaki
Wanita
Pegawai
9.7.2 Kategori Individu Bil.
Kategori
1.
Perseorangan Lelaki
1
-
2
2.
Perseorangan Wanita
-
1
2
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
3 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
3.
Bergu Lelaki
2
-
2
4.
Bergu Wanita
-
2
2
5.
Bergu Campuran
1
1
2
9.7.3 Setiap pasukan boleh menyertai 2 penyertaan bagi setiap kategori. 9.8
Sebarang pertukaran pemain selepas tarikh tutup pendaftaran pasukan akan dikenakan denda seperti berikut:a) RM30.00 bagi setiap nama dalam kategori pasukan. b) RM20.00 bagi setiap nama dalam kategori individu.
10.0
9.9
Semua bayaran adalah secara tunai kepada pihak Seketeriat dan setiap pembayaran akan diberikan resit sebagai bukti pembayaran.
9.10
Tarikh akhir pertukaran pemain adalah semasa majlis Taklimat Pengurus Pasukan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.
SISTEM PERTANDINGAN 10.1
Kategori Berpasukan akan dijalankan secara liga di peringkat awal dan kalah mati (knock out) untuk pusingan kedua dan peringkat seterusnya.
10.2
Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak memasuki peringkat pusingan kedua dan seterusnya.
10.3
Semua pemain yang disenaraikan perlu menamatkan permainan di peringkat liga bagi menentukan Johan dan Naib Johan kumpulan.
10.4
Kategori individu akan bermain secara kalah mati (knock out) bermula pusingan pertama dan peringkat seterusnya.
10.5
Semua perlawanan akan dijalankan secara 5 permainan terbaik daripada lima (5) permainan (best of five (5) games) dengan kiraan 11 mata bagi setiap set mengikut ketentuan seperti berikut : a) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-2 b) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-1 c) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-0
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
4 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
11.0 PENENTUAN KEMENANGAN 11.0
Sistem Liga (Kategori Berpasukan) : a) Setiap pemain yang mendapat 3 set terbaik seperti berikut :i. Setiap individu yang mendapat keputusan ii. Setiap individu yang mendapat keputusan iii. Setiap individu yang mendapat keputusan
dikira pemenang 3-0 3-1 3-2
b) Setiap pasukan yang mendapat 2 perlawanan terbaik dikira pemenang seperti berikut : i. Setiap pasukan yang mendapat keputusan 2-0 ii. Setiap pasukan yang mendapat keputusan 2-1 c) Setiap pasukan perlu menghabiskan semua perlawanan dalam peringkat kumpulan semasa dalam pusingan liga dijalankan. d) Setiap pasukan yang menang akan mendapat mata seperti berikut: i. Menang = 2 mata ii. Kalah = 0 mata e) Sekiranya terdapat pasukan yang mendapat mata yang sama dalam kumpulan, sistem berikut akan digunakan iaitu : i. Jumlah set menang tolak jumlah set yang kalah ii. Sekiranya seri, Jumlah mata yang menang tolak jumlah mata yang kalah iii. Sekiranya seri, Keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan akan digunakan (head to head) iv. Sekiranya seri, pihak penganjur berhak menentukan sistem yang akan digunakan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad. 11.1
Sistem Kalah Mati (Kategori Individu): a) Setiap pemain yang mendapat 3 set terbaik dikira pemenang seperti berikut :i. ii. iii.
Setiap individu yang mendapat keputusan 3-0 Setiap individu yang mendapat keputusan 3-1 Setiap individu yang mendapat keputusan 3-2
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
5 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
b) Perlawanan tidak akan diteruskan sekiranya pemain telah mendapat 3 set terbaik (3-0) dan pemain tersebut akan mara keperingkat seterusnya. 12.0 KELEWATAN DAN MENARIK DIRI 12.1
Pasukan atau pemain dikehendaki melaporkan diri kepada pengadil yang bertugas lima belas (15) minit sebelum perlawanan dimulakan.
12.2
Pasukan atau peserta yang terlewat lima (5) minit daripada masa yang telah dijadualkan itu, adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya itu 11 – 0, 11 – 0, 11 – 0.
12.3
Menarik diri (walk-over) tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, maka pasukan atau peserta yang berkenaan akan dihukum sebagai menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.
13.0 PAKAIAN 13.1
Sila rujuk undang – undang ITTF.
13.2
Pakaian (T-shirt dan Seluar) tidak boleh sama warna dengan bola ping pong dan pasukan perlu memakai pakaian seragam pasukan masingmasing.
14.0 ALATAN PERTANDINGAN 14.1
Peralatan pertandingan yang diguna pakai semasa pertandingan adalah mengikut Undang-undang Permainan Ping Pong seperti yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF).
14.2
Para peserta hanya perlu membawa bad ping pong sendiri semasa kejohanan.
14.3
Tidak dibenarkan menggunakan getah yang diubahsuai dan sekiranya terdapat aduan pemain tersebut boleh disingkirkan daripada kejohanan.
14.3
Bola Nittaku 3-star berwarna putih sahaja digunakan pada kejohanan ini.
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
6 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
15.0 PROSEDUR BANTAHAN 15.1
Semua bantahan mesti dibuat oleh Pengurus Pasukan sahaja dengan menggunakan borang bantahan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
15.2
Sebarang bantahan perlu dikemukakan bersama dengan bukti-bukti yang yang kukuh dan wang pertaruhan RM300.00 tunai. Jika tidak lengkap, bantahan tidak akan dilayan.
15.3
Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati gagal atau tidak berjaya. Jika berjaya, hanya RM250.00 sahaja dipulangkan, RM50.00 dikenakan bayaran proses.
15.4
Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah Kejohanan atau wakil dalam masa tiga puluh (30) minit selepas sesuatu pertandingan tamat.
15.5
Bantahan akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib yang telah dilantik.
16.0 JAWATANKUASA BANTAHAN DAN TATATERTIB 16.1
Perlantikan Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib serta prosedur mesyuarat yang digunakan oleh Persatuan Ping Pong Malaysia seperti berikut :a) Pengarah Kejohanan (selaku Pengerusi) b) Setiausaha Jawatankuasa Kerja (selaku Setiausaha) c) Seorang wakil Persatuan Sukan Kebangsaan atau Negeri. d) Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang berkecuali.
16.2
Jawatankuasa akan bersidang dalam tempoh masa satu (1) jam setelah menerima bantahan tersebut.
16.3
Jawatankuasa berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuat sesuatu keputusan.
16.4
Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib adalah muktamad.
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
7 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
17.0 HADIAH-HADIAH 17.1
Hadiah kemenangan bagi setiap kategori adalah seperti berikut :a) Acara Berpasukan Campuran i.
Johan
: RM1,500.00 + Piala Iringan + Medal + Sijil
ii.
Naib Johan
: RM1,000.00 + Medal + Sijil
iii.
Tempat Ke-3 : RM700.00 + Medal + Sijil
iv.
Tempat Ke-4 : RM500.00 + Medal + Sijil
b) Acara Perseorangan Lelaki dan Wanita i.
Johan
: RM400.00 + Medal + Sijil
ii.
Naib Johan
: RM300.00 + Medal + Sijil
iii.
Tempat Ke-3 : RM200.00 + Medal + Sijil
iv.
Tempat Ke-4 : RM100.00 + Medal + Sijil
c) Acara Bergu Lelaki, Wanita dan Campuran v.
Johan
: RM500.00 + Medal + Sijil
vi.
Naib Johan
: RM400.00 + Medal + Sijil
vii.
Tempat Ke-3 : RM300.00 + Medal + Sijil
viii.
Tempat Ke-4 : RM200.00 + Medal + Sijil
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
8 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
18.0 JUMLAH PINGAT
BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.
ACARA
EMAS
PERAK
GANGSA
Berpasukan Campuran
6
6
6
Perseorangan Lelaki
1
1
1
Perseorangan Wanita
1
1
1
Bergu Lelaki
2
2
2
Bergu Wanita
2
2
2
Bergu Campuran
2
2
2
14
14
14
JUMLAH KESELURUHAN
GANGSA 6 1 1 2 2 2 14
19.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Pihak penganjur berhak meminda, mengubah mana-mana peraturan demi memastikan kelancaran penganjuran tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada pasukan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad. 20.0 PEGAWAI RUJUKAN Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai berikut : Ketua Urus setia
:
En. Mohd Fairuz Azwad bin Mohd Zauwawi No Tel : 06 – 555 2386 No Faks : 06 – 555 2189 No Hp : 012 – 396 1984 Email :
[email protected]
Teknikal
:
En. Mohd Yusri bin Misron No Tel : 06 – 555 2196 No Faks : 06 – 555 2189 No HP : 019 – 684 6772 Email :
[email protected]
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
9 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
ORGANISASI TEKNIKAL PERLAWANAN (OTP) BIL 1
MASA 1 hari sebelum
PERKARA Semakan urusan perlawanan sehari sebelum
BIL 1 2 3
2
90 minit sebelum
4 Hari Pertandingan 1 Tiba di dewan kejohanan 2
60 minit sebelum
Lapor kepada Urusetia Teknikal
1 2
15 minit sebelum
Bersedia untuk masuk gelanggang (meja)
10 Minit sebelum
Masuk gelanggang
ke
1
1
2
5 minit sebelum
Semakan Pengadil
1 2
3
3 minit sebelum 2 minit sebelum 0 minit
Undian oleh pengadil untuk memilih pemain yang akan memulakan perlawanan dan gelanggang Sesi memanaskan badan oleh pemain selama 2 minit Perlawanan dimulakan
1
1 1 2
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
TINDAKAN PASUKAN Semak semua peraturan dan patuhi Semakan Jadual Perlawanan Semakan Kad Matrik dan Kad Pengenalan Semakan peralatan permainan Pegawai dan atlit pasukan Persiapan latihan memanaskan badan di meja yang telah disediakan. Bawa bersama kad matrik dan kad pengenalan Hantar senarai susunan nama pemain (kategori berpasukan) Peagawai pasukan dan atlit bersedia untuk masuk gelanggang apabila nama di panggil. Hanya pemain yang terlibat masuk ke gelanggang dan pegawai pasukan diminta berada di tempat yang telah disediakan. Pemain yang terlibat perlu masukan baju dalam seluar (tuck in) sebelum masuk gelanggang Pemain bersalaman dengan pengadil dan pemain lawan Semakan getah dan raket pihak lawan Pemain perlu memilih servis atau gelanggang Pemain memanaskan badan dan penyesuaian gelanggang. Bermain mengikut undangundang dan peraturan Dibenarkan untuk mengesat peluh dengan tuala ditempat yang telah disediakan dimata campuran 6, 12, 18 dan dius
10 drpd 11
Kejohanan Ping Pong IPT 2014
3 4
5 1 4
-
Rehat 2
3
5
-
Selepas Tamat Perlawanan
1 2 3
Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan
Dibenarkan untuk mengambil timeout (1 minit) sekali sahaja sepanjang perlawanan Pegawai pasukan diminta tidak membuat bising dan sebarang isyarat sepanjang perlawanan (no side coaching) Pegawai dan pemain simpanan hendaklah sentiasa duduk sepanjang perlawanan berjalan Pemain perlu mematuhi peraturan pertukaran gelanggang dan arahan pengadil. Pemain dibenarkan minum air dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan gelanggang dengan izin pengadil. Bersedia memasuki meja perlawanan sekiranya dipanggil oleh pengadil Pemain perlu menandatangani Pada borang keputusan perlawanan Pemain bersalaman dengan pengadil dan pemain lawan. Pemain bersalaman dengan pegawai pasukan pihak lawan
11 drpd 11