Rujukan kami : UNIMAP/PEND/101/2-6 (10) Tarikh : 28 Mac 2013
PEKELILING PENDAFTAR _________________________________________________________________________
BILANGAN 1 TAHUN 2013 PERATURAN DAN SYARAT PEMBERIAN CUTI GANTIAN (REPLACEMENT LEAVE)
1.0
TUJUAN 1.1
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan Peraturan dan Syarat-syarat Pemberian Cuti Gantian (Replacement Leave).
2.0
LATAR BELAKANG 2.1
Berdasarkan Perintah Am BAb C, 1974, staf yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi Cuti Gantian kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.
2.2
Kelulusan pemberian Cuti Gantian adalah berdasarkan kepada kelulusan Ketua Jabatan kepada staf yang memohon atas sebab kerja-kerja lebih masa yang telah dilakukan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan atau kepentingan awam.
1
Rujukan kami : UNIMAP/PEND/101/2-6 (10) Tarikh : 28 Mac 2013
2.3
Walaubagaimanapun untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan meningkatkan produktiviti, dasar pemberian Cuti Gantian perlu diperkemas dan dikaji semula supaya staf dapat menggunakan Cuti Rehat pada tahun semasa secara maksima.
2.4
Berdasarkan kepada peraturan sedia ada, staf yang berada di Gred 41 dan ke atas tidak layak menuntut bayaran lebih masa. Walaubagaimanapun, staf berkenaan boleh dipertimbangkan Cuti Gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Bagi staf pelaksana, mereka boleh memilih salah satu samaada menuntut bayaran lebih masa atau cuti gantian
. 3.0
PELAKSANAAN 3.1
Kemudahan Cuti Gantian ini dipanjangkan kepada semua staf di Universiti yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
3.2
Staf layak dipertimbangkan Cuti Gantian bagi tempoh sebenar kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang staf, iaitu menjalankan tugas-tugas rasmi yang berkaitan dengan tugas rasmi jawatan hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya.
3.3
Cuti Gantian tidak layak dituntut bagi sebarang tugasan yang berbayar seperti menerima elaun sebagai penceramah atau menghadiri sebarang mesyuarat yang dibayar elaun.
3.4
Selari dengan Dasar Latihan Sektor Awam (DLSA), staf yang menjadi peserta program latihan yang diambil kira dalam jam kursus setahun sama ada dianjurkan oleh pihak Universiti ataupun pihak luar adalah tidak layak dipertimbangkan Cuti Gantian. Manakala staf yang dilantik sebagai urus setia adalah layak dipertimbangkan Cuti Gantian. Senarai program adalah seperti di LAMPIRAN A.
3.5
Cuti Gantian kerana menghadiri bengkel layak dituntut bagi staf yang hadir di bengkel yang bersifat mempunyai output (peserta aktif) seperti bengkel menyediakan perancangan strategik, peraturan, polisi, panduan dan/atau
2
Rujukan kami : UNIMAP/PEND/101/2-6 (10) Tarikh : 28 Mac 2013
apa-apa yang berkaitan dengan produk sesuatu jabatan/fakulti/bahagian. Bengkel yang tidak mempunyai output (peserta pasif) seperti hadir/turut serta dalam sesuatu bengkel tidak melayakkan untuk Cuti Gantian. 3.6
Cuti Gantian hendaklah dihabiskan dalam tahun semasa dan tidak boleh di bawa (carry forward) ke tahun hadapan. Baki Cuti Gantian akan luput sekiranya tidak digunakan pada tahun semasa.
3.7
Kerja lebih masa kurang daripada satu (1) jam tidak dibenarkan untuk dikumpulkan sehingga berjumlah sembilan (9) jam bagi menuntut satu (1) hari Cuti Gantian.
3.8
Staf
dikehendaki
untuk
merakamkan
waktu
keluar
dan
masuk
di
k-kedatangan sebagai bukti melakukan kerja lebih masa (kecuali staf yang bertugas di luar stesen). 3.9
Bagi aktiviti yang tidak disenaraikan dalam LAMPIRAN A, staf adalah layak dipertimbangkan
pemberian
Cuti
Gantian.
Ini
adalah
termasuk
bagi
menghadiri mesyuarat, sama ada yang dianjurkan oleh pihak Universiti ataupun pihak luar. 3.10
Cuti Gantian diberikan berdasarkan kepada tempoh sebenar kerja-kerja yang dilaksanakan menjalankan
oleh
staf
tugas
berkenaan, waktu yang tidak digunakan
rasmi
seperti
berehat/makan
(termasuk
bagi masa
sembahyang) adalah tidak layak untuk diambil kira. 3.11
Masa dalam perjalanan pergi ke tempat bertugas di luar Ibu Pejabat dan balik dari tempat bertugas ke Ibu Pejabat adalah tidak boleh diambil kira bagi maksud perkiraan tempoh masa untuk Cuti Gantian.
3.12
Pertimbangan dan kelulusan permohonan Cuti Gantian adalah dibawah kuasa Ketua Jabatan masing-masing.
3
Rujukan kami : UNIMAP/PEND/101/2-6 (10) Tarikh : 28 Mac 2013
3.13
Walau apa pun syarat yang dinyatakan di atas, Pendaftar berhak memberikan Cuti Gantian dengan pertimbangan dan kelulusan khas yang difikirkan patut dan munasabah demi kepentingan perkhidmatan.
3.14
Permohonan Cuti Gantian bagi Ketua Jabatan adalah diluluskan oleh Naib Canselor
dimana
permohonan
harus
melalui
Jabatan
Pendaftar untuk
semakan selanjutnya.
4.0
KADAR/TEMPOH MASA
4.1
Cuti Gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas, tempoh masa berkenaan hendaklah cukup 9 jam bagi 1 hari Cuti Gantian.
4.2
Tempoh masa yang layak dipertimbangkan boleh dikumpul bagi 2 bulan berturut dan diambil dalam tempoh 6 BULAN sahaja.
4.3
Tempoh 6 bulan diambil kira mulai bulan berikutnya selepas tempoh 9 jam mencukupi, bagaimanapun ini tidak akan menghalang pengambilan Cuti Gantian
pada
bulan
berikutnya.
Contoh
pengiraan
adalah
seperti
di
LAMPIRAN B. 4.4
Penjumlahan waktu bekerja lebih masa sebenar pada hari yang berlainan adalah dibenarkan untuk diambil kira sebagai tempoh masa yang layak bagi tujuan Cuti Gantian. Kerja lebih masa kurang daripada satu (1) jam tidak boleh diambil kira.
4
Rujukan kami : UNIMAP/PEND/101/2-6 (10) Tarikh : 28 Mac 2013
5.0
TANGGUNG JAWAB KETUA JABATAN 5.1
Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa hanya staf yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan benar-benar perlu melaksanakan kerja lebih masa sahaja yang diarahkan berbuat demikian atas sebab kepentingan perkhidmatan.
5.2
Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa: a)
Setiap perancangan terhadap kerja lebih masa yang akan dibuat oleh staf mengikut prosedur dan memenuhi peraturan yang ditetapkan;
b)
Hanya staf yang memenuhi syarat dan peraturan sahaja diberi kelulusan permohonan Cuti Gantian.
6.0
TARIKH KUATKUASA Surat Pekeliling Pendaftar ini berkuatkuasa dari tarikh Surat Pekeliling Pendaftar Bil 1 Tahun 2013 ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ’Amalan Bertindak, Hasilan Berimpak’ Saya yang menurut perintah, (ZUBER BIN HAJI MOHAMAD) Pemangku Pendaftar s.k
Naib Canselor Semua Timbalan Naib Canselor Bendahari Pustakawan Semua Ketua Jabatan/Dekan
5
Rujukan kami : UNIMAP/PEND/101/2-6 (10) Tarikh : 28 Mac 2013
LAMPIRAN A BIL
PROGRAM LATIHAN
1
Latihan
JENIS KURSUS
i. Kursus ii. Seminar iii. Konvensyen iv. Bengkel v. Forum vi. Simposium vii. Kolokium viii. Persidangan ix. Lawatan Rasmi/Korporat/Sambil Belajar x. Klinik kaunseling 2
Sesi Pembelajaran
3
Pembelajaran Kendiri
i. ii.
Sesi Pembelajaran PTK Sesi Pembelajaran di peringkat Kementerian/Jabatan/Bahagian/Cawangan iii. Sesi perkongsian ilmu di peringkat Kementerian/Jabatan/Bahagian/Cawangan iv. Program Executive Talk anjuran INTAN atau seumpama dengannya v. Perhimpunan bulanan Kementerian/Jabatan/Bahagian/Cawangan vi. Program Penerapan Nilai-nilai Murni dan Ceramahceramah khas pada bulan Ramadhan vii. Program sambutan/program Khas Sambutan Bulanbulan Islam/Perayaan yang mengandungi ucapan/ceramah/forum viii. Pertemuan Mentor-mentee ix. Sesi perbincangan/Perkongsian Idea Pengurusan Tertinggi/Tetamu Jemputan Khas, Pembentangan Kertas Kerja di Seminar, Konvensyen, Simposium, Persidangan x. Sesi kaunseling persidangan dan xi. Menyampaikan ceramah di dalam kursus/bengkel (Modul yang pertama kali dibentnag atas tajuk yang sama sahaja diambil kira)
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (Dasar Latihan Sektor Awam)
6
Rujukan kami : UNIMAP/PEND/101/2-6 (10) Tarikh : 28 Mac 2013
LAMPIRAN B KAEDAH PENGUMPULAN DAN PENGAMBILAN CUTI GANTIAN CONTOH 1 Butiran jam yang boleh diambil kira bagi Cuti Gantian Bulan Januari
Bulan Februari
:
:
09.01.2012
-
3jam
22.01.2012
-
3jam
06/02/2012
-
3jam
20/02/2012
-
3jam
Tarikh pengumpulan cukup 9 jam
:06/02/2012
Tarikh mula pengambilan Cuti Gantian
:07/02/2012 (sehari selepas genap 9 jam)
Tarikh akhir pengambilan Cuti Gantian
:31/08/2012(6 bulan mulai Mac hingga Ogos)
CONTOH 2 Butiran jam yang boleh diambil kira bagi Cuti Gantian Bulan Februari
Bulan Mac
Bulan April
:
:
:
06.02.2012
-
3jam (telah ambil)
20.02.2012
-
3jam
06.03.2012
-
3jam
31.03.2012
-
3jam
06.04.2012
-
3jam
20.04.2012
-
3jam
Tarikh pengumpulan cukup 9 jam
:31/03/2012
Tarikh mula pengambilan Cuti Gantian
:01/04/2012 (sehari selepas genap 9 jam)
Tarikh akhir pengambilan Cuti Gantian
:31/09/2012 (6 bulan mulai April hingga September)
Nota: Pengumpulan Bulan Februari dan April tidak dibenarkan kerana melangkau bulan. Pengumpulan hanya dibenarkan bagi 2 bulan yang berturut-turut.
7