PEKELILING JABATAN PENDAFTAR
RUJUKAN KAMI
:
UNIMAP/PEND/101/2-6 (6)
TARIKH
:
2 MAC 2012
_________________________________________________________________
PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
______________________________________________________________________ 1.0
TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan akan Garis Panduan Etika Pakaian Staf Universiti Malaysia Perlis semasa waktu bekerja.
2.0
LATAR BELAKANG 2.1
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-79 (Bil. 1/2012) meluluskan Garis Panduan Etika Pakaian Staf Universiti Malaysia Perlis yang perlu dipatuhi oleh semua staf Universiti Malaysia Perlis.
2.2
Pekeliling yang disediakan ini adalah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 – Pakaian Semasa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara
Rasmi
Bagi
Pegawai-pegawai
Awam,
Surat
Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 – Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi, dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 – Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis.
1
2.3
Pekeliling ini telah menetapkan garis panduan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara rasmi bagi penjawat awam.
2.4
Akta 605 – Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 turut menetapkan garis panduan berpakaian seperti berikut : Bahagian II - Tatakelakuan Etiket pakaian 5. (1) Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian ditentukan
dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang oleh
badan
berkanun
melalui
arahan
yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga. (2) Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara
rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang
ditentukan bagi upacara itu, dan jika etiket pakaian bagi upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian yang sesuai bagi upacara itu. 3.0
TAKRIFAN 3.1
Staf bermaksud seseorang yang dilantik untuk berkhidmat dengan Universiti sama ada dilantik secara tetap, kontrak, sementara dan/atau sambilan untuk memegang jawatan dalam kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pelaksana.
3.2
Waktu semasa bekerja bermaksud mengikut waktu bekerja pejabat iaitu hari Isnin hingga hari Khamis dari pukul 8.10 pagi hingga 1.00 petang dan 2.00 petang hingga 5.10 petang, sementara hari Jumaat dari pukul 8.10 pagi hingga 12.15 tengahari dan 2.45 petang hingga 5.10 petang.
2
4.0
PAKAIAN YANG DITETAPKAN SEMASA BEKERJA 4.1
PAKAIAN LELAKI 4.1.1 Bagi staf lelaki dalam kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan dan Profesional :i.
’Lounge suit’ atau ’bush-jacket’ dengan jenis kain dan warna yang sesuai; atau
ii.
Baju kemeja, bertali leher dan seluar panjang, sekiranya baju dipakai berlengan panjang maka tangan baju hendaklah jangan dilipat; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; dan
iii.
Pegawai
Pengurusan
dan
Profesional
(P&P),
Kumpulan
Pelaksana Gred 27-40, hendaklah sentiasa memakai tali leher yang sesuai semasa bertugas di pejabat iv.
Berpakaian kemas dan memakai jaket rasmi UniMAP sepanjang bertugas.
4.1.2 Bagi staf lelaki dalam kumpulan pelaksana dikehendaki memakai seluar panjang berserta baju kemeja berlengan panjang atau pendek dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam, sekiranya baju dipakai berlengan panjang maka tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. Staf lelaki yang bertugas di kaunter dikehendaki memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai serta bertali leher. Baju T-berkolar bulat adalah sama sekali tidak dibenarkan. 4.1.3 ’Jeans’ atau seluar pendek atau seluar panjang yang tidak kemas tidak dibenarkan. Ini termasuk juga ’slack’,’ dan ’track bottom’ 4.1.4 Staf lelaki dalam kumpulan pelaksana mesti berpakaian kemas dan memakai jaket rasmi UniMAP sepanjang bertugas dan digalakkan memakai tali leher. 4.1.5 Pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran agama Islam, staf yang beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (bukan jenis ketayap) atau baju Melayu yang seumpama bentuknya, berseluar panjang dan bersongkok. Baju
3
Melayu yang dipadankan dengan kain sarong atau seumpamanya tidak dibenarkan. 4.1.6 Staf lelaki tidak dibenarkan memakai jubah, serban dan berkopiah putih atau kopiah bercorak semasa waktu pejabat 4.1.7 Kasut kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya dan berstokin hendaklah dipakai semasa bekerja. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dan bersampin. 4.1.8 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenisnya yang tidak kemas tidak dibenarkan. Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja. 4.1.9
Rambut hendaklah pendek dan kemas serta tidak mencecah kolar Mewarna rambut adalah tidak dibenarkan sama sekali. Staf lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.
4.1.10 Staf lelaki tidak dibenarkan memakai apa jenis bentuk pakaian atau perhiasan yang melambangkan wanita contohnya berskaf, bertas tangan, bergincu dan sebagainya 4.1.11 Pakaian alternatif bagi staf lelaki : Fesyen pakaian alternatif bagi staf lelaki adalah seperti berikut : a) Baju kemeja berlengan panjang : i.
berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga, atau
ii.
berkolar baju Melayu cekak musang berbutang lima, atau
iii.
berkolar Nehru berbutang terselindung, atau
iv.
berkolar Mandarin berbutang tiga, dan
berseluar panjang. Lengan baju tidak boleh dilipat dan baju hendaklah dimasukkan ke dalam. b) Nehru Suit : i.
Berbutang hadapan, atau
ii.
Berbutang terselindung, dan
diperbuat daripada jenis kain dan warna yang sesuai.
4
4.2
PAKAIAN WANITA 4.2.1 Bagi staf wanita beragama Islam; pakaiannya hendaklah tidak menyalahi tuntutan ajaran agama Islam. 4.2.2 Pakaian
mestilah
bersopan,
tidak
jarang
hingga
menampakkan
anggota/bentuk badan dan tidak menjolok mata antaranya baju kebaya
ketat
dan
singkat,
baju
jarang
yang
menampakkan
anggota/bentuk badan, berbaju T, baju ketat, berlengan lebar, leher luas dan tidak berlengan,
skirt ketat, singkat (mini) dan berbelah.
Staf wanita digalakkan memakai baju kebangsaan semasa bekerja. 4.2.3 Memandangkan staf terdiri daripada pelbagai bangsa, maka pakaian kebangsaan dan/atau pakaian mengikut kaum masing-masing yang sesuai dan sopan boleh dipakai semasa bekerja. ’Jeans’, ’track bottom’, seluar pendek, separuh singkat, ketat dan seluar sukan dan baju-T tidak dibenarkan. Begitu juga apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja. 4.2.4 Pakaian hendaklah berimej korporat. Hiasan yang terlalu banyak dan pakaian casual* tidak dibenarkan ke pejabat. Semua bentuk pakaian hendaklah menutup paras punggung dan longgar. Kain berbelah yang menjolok mata tidak dibenarkan. Pemakaian skirt hendaklah dibawah paras lutut. 4.2.5 Kasut yang bertutup hadapan atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai, boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan semasa bekerja. Semua jenis kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja. 4.2.6 Staf wanita tidak dibenarkan memakai apa jua bentuk pakaian atau perhiasan yang menyerupai lelaki.
5
4.3
PAKAIAN SERAGAM (LELAKI DAN WANITA) 4.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi staf yang dibekalkan dengannya. Keengganan mana-mana staf yang perlu memakainya merupakan satu kesalahan tatatertib. 4.3.2 Pakaian seragam hendaklah dipakai dengan kemas. Bagi staf lelaki, baju
hendaklah
dimasukkan
ke
dalam,
sekiranya
baju
dipakai
berlengan panjang maka tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
4.4
PAKAIAN BERIMEJ KORPORAT 4.4.1 Jaket rasmi UniMAP perlu dipakai ketika menghadiri mana-mana majlis rasmi melibatkan Universiti dengan pihak luar atau acara dalaman.
4.5
PAKAIAN BATIK 4.5.1 Pada setiap hari Khamis, staf lelaki dan wanita adalah digalakkan memakai baju batik sebagai pakaian rasmi semasa bekerja dengan syarat baju batik yang dipakai adalah buatan Malaysia. Keutamaan memakai baju batik Universiti yang direka khas adalah digalakkan untuk mencerminkan imej UniMAP. 4.5.2 Bagi stafi lelaki, mereka hendaklah memakai baju batik berlengan panjang dan berkolar, manakala bagi pegawai wanita pula mereka boleh memakai pakaian batik yang bersesuaian. 4.5.3 Arahan pemakaian batik pada setiap hari Khamis ini tidak terpakai kepada staf yang dibekalkan pakaian seragam, staf yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau staf yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian yang lain.
6
4.6
PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN 4.6.1 Staf lelaki tidak dibenarkan bertindik atau memakai subang. 4.6.2 Staf tidak dibenar mewarnakan kuku melainkan atas sebab-sebab tertentu. 4.6.3 Staf tidak dibenar mewarnakan rambut melainkan atas sebab-sebab tertentu. 4.6.4 Staf yang menjalankan tugas lebih masa adalah dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan kemas dan tidak menjolok mata. 4.6.5 Staf tidak dibenarkan memakai selipar, kasut getah, kasut kanvas dan kasut sukan semasa bekerja.
4.7
PAKAIAN LAIN (STAF LELAKI DAN WANITA) 4.7.1 Pakaian-pakaian jenis lain yang berbeza dari perenggan 4.1, 4.2, 4.3, 4.4 dan 4.5 di atas termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh staf semasa
bekerja
jika
tugas-tugas
semasa
memerlukan
pakaian
sedemikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan. 4.7.2 Pakaian
korporat
Formula
1(F1)
adalah
dibenarkan
untuk
majlis/aktiviti Universiti sahaja dan pakaian ko-kurikulum adalah dibenarkan bagi staf yang memegang jawatan dalam Ko-Kurikulum dan hanya di pakai pada Hari Rabu sahaja. 4.7
PAKAIAN RIADAH DAN SENAMROBIK 4.7.1 Pada hari Universiti menjalankan aktiviti riadah/senamrobik, staf dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap, kemas dan tidak menjolok mata. 4.7.2 Selepas aktiviti riadah/senamrobik tersebut yang dijalankan pada hari kerja penuh, staf dikehendaki memakai semula pakaian pejabat selepas aktiviti senamrobik tersebut, sebelum memulakan tugas.
7
4.8
PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI 4.8.1 Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki 4.8.1.1
Seseorang staf yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui
surat
edaran
yang
dikeluarkan
oleh
Jabatan
Perkhidmatan Awam, JPA.SULIT,2578/Pt.1/35 bertarikh 8hb. Jun 1970 mengenai Pakaian Seragam Pegawai-pegawai Tadbir dan Profesional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadatistiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. 4.8.1.2 Sekiranya staf tidak mempunyai uniform, maka ‘lounge suit’ bolehlah
dipakai
kecuali
jika
peraturan
pakaian
khas
ditetapkan.
4.8.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki) 4.8.2.1 Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain seperti menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan, di mana tidak ada perwakilan daripada luar negara, maka pakaian waktu bertugas di
pejabat
seperti yang ditetapkan hendaklah
dipakai. 4.8.2.2 Untuk
upacara-upacara
peringkat
antarabangsa
,
maka
pakaian ’lounge suit’ hendaklah dipakai. 4.9
TANDA NAMA Staf adalah diwajibkan memakai kad matrik UniMAP/tanda nama sepanjang waktu bertugas bagi mencerminkan identiti staf UniMAP
8
5.0
TARIKH KUATKUASA Surat Pekeliling Pendaftar ini berkuatkuasa dari tarikh 2 Mac 2012 iaitu dari tarikh Surat Pekeliling Pendaftar Bil 2 Tahun 2012 dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ’Sedekad Gemilang,Setekad Terbilang’
Saya yang menurut perintah,
(ZUBER BIN HAJI MOHAMAD) Timbalan Pendaftar
s.k
Naib Canselor Semua Timbalan Naib Canselor Bendahari Pustakawan Semua Ketua Jabatan/Dekan
9