RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2012 telah menyenaraikan empat (4) inisiatif utama bagi mempertingkatkan penyertaan murid dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk memenuhi keperluan sumber tenaga kerja masa hadapan. Empat inisiatif utama tersebut adalah: 1) 2) 3) 4)
Memperkukuh Pendidikan STEM Memantap Kemahiran dan Keupayaan Mempopularkan Pendidikan STEM Insentif
Maka dalam merangka Resolusi dan Pelan Tindakan bagi Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM Terengganu 2016 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu pada 28 Mei 2016, semua inisiatif utama ini telah diambilkira.
Satu tindakan segera dan bersepadu perlu diambil oleh pihak penggubal dasar dan pihak-pihak berkepentingan seperti ibu bapa, sekolah, guru, komuniti setempat, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), industri/swasta dan media dalam melaksanakan pelan tindakan ini.
Teks bacaan awal dan resolusi yang dibentangkan kepada peserta semasa Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah adalah seperti di Lampiran 1. Resolusi baharu adalah seperti di Lampiran 2.
1
RESOLUSI KKPSTEM TERENGGANU 2016: INISIATIF, ISU DAN PELAN TINDAKAN
INISIATIF INISIATIF 1: Memperkukuh Pendidikan STEM
INISIATIF 2: Memantapkan Kemahiran dan Keupayaan
ISU
PERAKUAN/PELAN TINDAKAN
ISU 1: Kurikulum STEM sedia ada dikendalikan secara tidak bersepadu dan menakutkan pelajar
Menggubal kurikulum STEM baharu yang bersepadu berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada satu pendekatan merentasi disiplin dan aplikasi ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Pengajaran dan pembelajaran tidak lagi kepada Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik secara berasingan tetapi lebih kepada gabungan pelbagai disiplin untuk sesuatu topik. Penggunaan STEM dalam kehidupan seharian harus diterapkan begitu juga dalam pembentukan tenaga kerja yang mahir.
ISU 2: Pencapaian pelajar Malaysia yang rendah dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA)
Perlu diwujudkan satu badan profesional yang diberi kuasa untuk menyediakan kerangka pendidikan STEM serta mengawal kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di peringkat sekolah dan juga institusi pendidikan tinggi. Ini disebabkan kurikulum STEM sedia ada di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah agak masih terkebelakang dan tidak setara dengan kurikulum STEM di negara-negara maju.
Tambahan jam pengajaran, misalnya satu jam seminggu, perlu diberikan kepada matapelajaran STEM di sekolah terutama kepada sekolah harian, tanpa meningkatkan beban kepada guru.
ISU 3: Tiada galakan atau insentif terhadap kajian ilmiah berkenaan STEM
Satu dana penyelidikan perlu diwujudkan supaya kajian ilmiah terhadap keberkesanan STEM yang boleh dilakukan oleh pihak IPT, sekolah, industri dan juga NGO.
ISU 1: PdP Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah yang kurang menarik minat murid dalam STEM
KPM perlu meletakkan syarat yang lebih ketat terhadap guru yang mengendalikan PdP Sains dan Matematik. Misalnya perlu mendapat ijazah pertama dalam Matematik atau dalam mana-mana bidang Sains (Kimia, Biologi & Fizik).
Kurikulum STEM harus digubal secara bersepadu dari peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat menengah atas supaya minat dalam STEM dapat disemai lebih awal dalam jiwa pelajar. Kurikulum baharu ini perlu menitikberatkan konsep eksperimen, inovasi, eksplorasi serta kaitan STEM dalam kehidupan seharian mereka.
Satu jawatan baharu seperti pegawai sains (berkelulusan ijazah pertama) perlu diwujudkan di sekolah bagi membantu memperhebatkan inovasi dan pengurusan makmal serta pengendalian peralatan yang lebih cekap.
Peruntukan kewangan per capita grant (PCG) bagi pelajar sekolah perlu ditambah dan diselaras serta disemak secara berkala.
ISU 2: Makmal Sains sedia ada tidak menggalakkan proses berinovasi
2
Pihak KPM boleh mewujudkan kerjasama dengan Universiti Awam untuk mengendalikan kursus-kursus jangka pendek bagi peningkatan kemahiran guru STEM. Kursus pengendalian peralatan dan perisian terkini dalam bidang masing-masing selama 10 – 15 hari/tahun agar dapat melengkapkan kemahiran dan pengetahuan terkini.
Pihak KPM perlu mewujudkan lebih banyak biasiswa untuk guru-guru mempertingkatkan kemahiran ikhtisas mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat pasca siswazah.
Menambahkan bilangan SBP, SMK ELIT, IMTIAZ, SMT, SMKA, SABK ELIT, SEK PRIMIER/KAWALAN, MRSM di luar bandar.
Mengurangkan kelayakan memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh tersebut supaya lebih ramai yang dapat mengikuti aliran STEM.
Mempertingkat bilangan kelas sains di sekolah-sekolah Harian dan SMKA/SABK.
ISU 5: Kemahiran guru lepasan IPG diperkecilkan
Latihan kepada guru di IPG perlu dipertingkat bukan sahaja untuk sekolah rendah tetapi juga untuk sekolah menengah. Ini menyebabkan ramai pelajar cemerlang lepasan STEM SPM akan lebih berminat untuk memohon ke IPG.
ISU 6: Guru masih kurang jelas berkenaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Guru perlu dilatih dalam menggubal soalan KBAT serta menyediakan jawapan yang lebih fleksibel dan tidak terlalu rigid supaya pelajar boleh menyerlahkan kreativiti masing-masing.
Guru perlu dilatih khas untuk pedagogi STEM.
Satu garis panduan yang jelas dan tambahan peruntukan kewangan untuk menganjurkan program Perkongsian Amalan Terbaik di antara sekolah harian dan sekolah elit.
Jawatan Guru Cemerlang dalam STEM perlu ditambah terutamanya di sekolah harian.
Satu jalinan kerjasama yang lebih formal dan berstruktur perlu diwujudkan di antara sekolah dan pihak industri/media/NGO. Pihak PIBG sekolah perlu memainkan peranan dalam mengaktifkan kerjasama ini.
Pihak industri perlu menyediakan lebih peluang pekerjaan dalam bidang STEM.
Pihak media perlu menyediakan lebih ruang supaya para ilmuan dapat menyumbang lebih banyak artikel berkaitan STEM.
ISU 3: Guru STEM kurang pendedahan dengan ilmu dan teknologi terkini
ISU 4: Terdapat jurang perbezaan yang ketara bagi pencapaian peperiksaan umum dalam sains dan matematik di antara sekolah bandar dan luar bandar
INISIATIF 3: Mempopularkan Pendidikan STEM
ISU 1: Kurang penglibatan pihak industri/media/NGO dalam mempromosi kerjaya dalam STEM
3
KPT dan KPM perlu menyediakan garis panduan yang jelas serta peruntukan kewangan secukupnya bagi mewujudkan hubungan dua hala yang lebih membina.
Kepakaran ahli Majlis Profesor Negara perlu dimanfaatkan oleh masyarakat setempat seperti mengadakan program “10 minit Bersama Profesor” sewaktu perhimpunan pagi di sekolah. Julang mereka sebagai IKON STEM.
Masyarakat setempat perlu dipertingkat kesedaran tentang kepentingan STEM melalui peranan PIBG sekolah dan juga penghulu atau ketua kampung. Jawatan kuasa pendidikan STEM perlu diwujudkan di dalam PIBG serta dalam jawatan kuasa pembangunan bandar/luar bandar/kampung.
Pengetahuan tentang kepentingan STEM perlu diterapkan bukan sahaja di sekolah (semasa mesyuarat PIBG) tetapi juga dalam ceramah-ceramah keagamaan serta dalam subjek Pengetahuan Agama Islam di sekolah.
ISU 4: Peluang kerjaya yang masih terbatas bagi lepasan ijazah, diploma, sijil atau lepasan SPM STEM
Pihak kerajaan dan swasta/industri perlu menambah peluang-peluang pekerjaan bagi lulusan STEM
Pihak kerajaan bersama industri perlu menyediakan laluan alternatif atau latihan kemahiran yang lebih berstruktur untuk pelajar lepasan SPM yang gagal meneruskan pengajian. Skim latihan selama setahun, misalnya di Kolej Komuniti, dipercayai dapat membantu melatih mereka untuk menjadi usahawan. Atau sekurang-kurangnya sebagai pekerja mahir dan ini akan dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing.
ISU 5: Kekurangan maklumat STEM untuk kaunselor
Perlu ada garis panduan yang jelas dalam melatih serta membekalkan maklumat tentang STEM kepada kaunselor.
ISU 1: Tiada insentif kepada pelajar yang memilih STEM atau kepada ibu bapa
Pelajar yang memilih STEM perlu diberikan bantuan kewangan misalnya RM100/bulan supaya mereka boleh menggunakannya untuk pembelian buku dan bahan-bahan bacaan STEM.
Kadar yuran pengajian yang lebih rendah, misalnya RM800/semester, bagi pengajian di peringkat diploma dan ijazah aliran STEM.
Kadar pelepasan cukai kepada ketua keluarga yang mempunyai anak yang memilih aliran STEM di peringkat universiti, misalnya RM1,000/seorang anak.
Guru STEM perlu diberi keistimewaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca-ijazah atau lain-lain keistimewaan seperti elaun kritikal.
ISU 2: Peranan IPT perlu ditingkatkan dalam mempromosi STEM
ISU 3: Ibu bapa kurang jelas tentang kepentingan STEM dalam pembangunan Negara Bangsa
INISIATIF 4: Insentif
ISU 2: Tiada insentif kepada guruguru STEM
4
ISU 3: Tiada insentif kepada Sekolah /PIBG/Alumni yang berjaya mempertingkatkan ratio pelajar yang memilih STEM
Satu dana khas perlu diwujudkan dan dianugerahkan kepada sekolah-sekolah yang berjaya mempertingkatkan ratio pelajar yang memilih STEM bagi setiap tahun. Dana kewangan yang dianugerahkan ini hanya boleh digunakan untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam sains dan matematik dan juga untuk mempromosi STEM kepada pelajar.
ISU 4: Tiada insentif kepada pihak swasta/industri yang bekerjasama dengan sekolah dalam penggalakan STEM
Kadar rebat cukai yang munasabah perlu diberikan kepada pihak swasta/industri yang memberikan khidmat/sumbangan dalam mempromosi atau mempertingkatkan pencapaian STEM di sekolah atau IPT.
ISU 5: Tiada insentif kepada pihak media yang memberikan ruang untuk promosi STEM
Anugerah Khidmat Sosial dalam STEM perlu diwujudkan kepada pihak media yang sentiasa menyokong mempromosi STEM. Begitu juga kadar pelepasan cukai yang munasabah perlu diberikan mengikut bilangan ruang atau muka surat yang disediakan dalam setahun.
ISU 6: Tiada insentif kepada pihak penerbit buku-buku dalam memperkayakan bahan bacaan STEM
Kadar pelepasan cukai yang munasabah perlu diberikan kepada bilangan bahan cetakan/jenis bahan cetakan berunsurkan STEM yang diterbitkan dalam setahun.
5
Lampiran 1
TEKS BACAAN AWAL RESOLUSI KOLOKIUM KEBANGSAAN PENDIDIK STEM TERENGGANU 2016 Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM Terengganu 2016 yang diadakan pada hari ini iaitu pada 28 Mei 2016 telah dihadiri oleh seramai hampir 800 orang yang terdiri dari pihak-pihak penggubal dasar serta pihak-pihak berkepentingan seperti ibu bapa/PIBG, para pengetua sekolah, guru-guru, pihak industri/swasta, media dan NGO mengambil maklum bahawa kajian dari penyelidik-penyelidik dalam Negara serta Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera (2012) mendapati bahawa minat terhadap STEM dikalangan pelajar amat kritikal dan membimbangkan. Penandaarasan peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kualiti pelajar kita dalam sains dan matematik masih tidak kompetetif pada peringkat global.
Sehubungan dengan itu, maka peserta kolokium yang hadir pada hari ini menggesa supaya pihak penggubal dasar serta pihak-pihak yang berkepentingan mengambil tindakan segera dan bersepadu terhadap RESOLUSI awal yang akan diperkemaskan kemudian.
6
Mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam pembangunan Negara Bangsa. Menggubal kurikulum STEM baharu bersepadu berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada satu pendekatan merentasi disiplin dan aplikasi ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Melatih pendidik dan pembantu makmal sains dalam menerapkan kurikulum STEM baharu dan menambah baik prasarana sekolah terutama kemudahan makmal serta peralatan pengajaran STEM di seluruh Negara. Memperhebatkan usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam peperiksaan utama di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar. Mempertingkat peluang pekerjaan yang berkaitan STEM untuk lulusan ijazah, diploma, sijil, STPM dan SPM dengan menyediakan lebih banyak laluan alternatif dan latihan kemahiran. Mempertingkatkan jaringan usahasama di antara sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan industri dalam menggalakkan pembelajaran STEM secara formal dan tidak formal. Menyediakan insentif penyelidikan & pemantapan STEM secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan industri. Mewujudkan satu badan professional yang diberi kuasa untuk mengawal kualiti kurikulum STEM di institusi pendidikan dan juga memberi pengiktirafan kepada kelulusan berkemahiran tinggi.
7