Grandmother Hinckley's Blueberry Muffin Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 3 sb butter 2/3 cawan gula kaster 1 biji telur - pukul 1/2 cawan susu 1 1/2 cawan tepung gandum 2 sk baking powder 1/2 sk garam 1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries 1 sk vanilla extracts (saya tambah) Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu. Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam. Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven. Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya. Kalau tak suka, pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejukkan atas redai.
Bahan-bahan untuk membuat Blueberry Cupcakes: 250 gram butter (suhu bilik) 3 cawan tepung gandum (sila ayak) 1 sudu besar baking powder (sila ayak) 4 biji telur saiz B 1 1/2 cawan gula kastor. (suka manis -jadikan 2 cawan) 1 sudu teh esen vanilla 1 cawan susu sejat/susu segar 1 1/2 cawan blueberry. (Digaul dengan tepung gandum) Cara-cara untuk membuat Blueberry Cupcakes: Panaskan oven pada suhu 170C dan biarkan. Putar butter dengan gula sehingga warna pale kuning. Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga rata. Masukkan esen vanilla dan putar lagi. Masukkann tepung berselang seli dengan susu. (Tepung-susu-tepung-susutepung-susu). Tutup mixer.
Masukkan blueberry dan ratakan semua bahagian adunan dengan menggunakan senduk. Scoop adunan dan masukkan ke dalam oven selama 22 minit. Siap masak dan biarkan sejuk.
Resepi MuFFin Blueberry Bahan-bahannya (Untuk 12 biji) 2 cawan tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri) 3 sudu teh baking powder ½ sudu teh garam(saya tak bubuh) ¾ cawan gula 1 biji telur ( saya tambah sebiji lagi) 1 cawan susu segar ¼ cawan minyak sayuran(saya guna buttercup yang dicairkan) CARA-CARA MEMBUATNYA 1. Panaskan ketuhar pada suhu suhu 180’C. 2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya. 3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit. 4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin. 5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut. 6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.
Blueberry muffin Bahan2nya: A 150g gula kaster 120g butter 30g madu 15g susu tepung 1/2 sk esen vanilla B
2 biji telur, gred A C 300g tepung naik sendiri, diayak 165g air D Blueberry pie filling secukupnya Cara2 membuatnya: Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan acuan muffin/cupcake, susunkan papercup dalamnya. Ketepikan. Pukul bahan2 A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati. Kemudian, masukkan bahan C, berselang seli. Gaul rata guna spatula hingga sebati (jangan terlebih gaul, cukup sekadar adunan bercampur sahaja). Masukkan 1/4 penuh adunan muffin kedalam papercup yang di sediakan tadi. Kemudian, masukkan pula sedikit bahan D, agak2 dalam 1 sudu kecil banyaknya. Masukkan lagi adunan muffin hingga 3/4 penuh. Letakkan sedikit bahan D atasnya. Buat hingga habis. 6. Bakar adunan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas wire rack.
Muffin coklat Ingredients 250 gm coklat masakan 75 gm mentega 2 biji telur 50 gm gula 60 gm tepung superfine 1 sudu teh Baking Powder Instructions 1.Cairkan coklat masakan ,kemudian masukkan mentega dan kacau rata sehingga cair. 2.Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama gula hingga sebati. 3.Kemudian masukkan telur dan gula tadi ke dalam adunan coklat. Kacau biar campuran sebati.
4.Ayak campuran tepung dan baking powder ke dalam adunan, dan kacau lagi sampai sebati dan rata. 5.Panaskan oven 170C. Isikan adunan dalam bekas muffin sehingga 80% penuh. Bakar selama 20 minit. 6.Sejukksn dan siap untuk dihidang.
Muffin coklat cip Ingredients 120 gm gula pasir 125 gm mentega 3 biji telur 2 sudu besar susu tepung 250 gm tepung naik sendiri 3 sudu besar serbuk koko 100 ml air Instructions 1.Masukkan mentega serta gula ke dalam mesin pengadun kek dan pukul sehingga kembang. 2.Kemudian,masukkan telur satu persatu sebanyak 3 biji dan pukul lagi. 3.Dan diikuti pula dengan tepung naik sendiri,susu tepung,serbuk koko serta air. 4.Pukul hingga kesemua adunan sebati. 5.Sesudah itu,sudu kan acuan dan masukkan dalam cup muffin yang telah diletakkan dalam bekas acuan muffin,masukkan sehingga 80 % cup sahaja. 6.Akhir sekali,taburkan cip coklat diatas acuan muffin tadi. 7.Masukkan dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit. 8.Siap untuk dihidang 9.Selamat mencuba!
Muffin blueberry Bahan2 : 250 butter 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula perang 4 biji telur 1 tsp baking powder 1/2 tsp esen vanila Blueberry filing secukupnya
Cawan kertas Caranya : Panaskan oven 180'c selama 15 minit Pukul butter bersama gula perang hingga kembang Masukkan pula telur,pukul lagi Paipkan sedikit adunan ke dalam cawan kertas Paipkan filing blueberry,kemudian paipkan lagi adunan di atas filing Hiaskan sedikit blueberry filing di atasnya Bakar selamat 25 minit..*bergantung pada oven