PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM •
perbincangan aspek jumlah perbelanjaan harus ditentukan oleh pihak kerajaan terhadap penyediaan barang dan perkhidmatan awam serta aspek agihan peruntukan perbelanjaan antara berbagai-bagai projek awam.
Peraturan Membuat Keputusan Perbelanjaan Awam •
•
Secara umum, prinsip membuat keputusan perbelanjaan awam ialah belanjawan yang ada hendaklah diperuntukkan antara berbagai-bagai projek awam sehingga faedah bersih (jumlah faedah tolak jumlah kos) mencapai tingkat maksimum. Kerajaan hendaklah memilih pelbagai projek awam yang dapat menghasilkan jumlah faedah yang terbesar.
1. Projek Boleh Bahagi dan Saiz Belanjawan Tetap • • • •
Andaikan terdapat dua projek awam sahaja iaitu projek T (taman teknologi) dan projek J (jalan raya), dan jumlah belanjawan ialah RMK. peraturan keputusan, kerajaan hendaklah terus memperuntukkan RMK antara projek T dengan projek J sehingga jumlah faedah daripada kedua-dua projek tersebut dapat dimaksimumkan. dicapai apabila faedah sut daripada ringgit terakhir perbelanjaan terhadap projek T sama dengan faedah sut daripada ringgit terakhir perbelanjaan terhadap projek J, Pada keadaan optimum ini, 0F1 = 0F2 dan RMK1 + RMKj = RMK, jumlah faedah maksimum ialah 0Ft Et Kt bagi projek T dan 0Fj Ej Kj bagi projek J. Feadah Sut T
Feadah Sut J
F1
F1 E1
F2
Ej F2
K1 Perbelanjaan terhadap T Projek T
Ej Perbelanjaan terhadap J Projek J
Rajah 8.1 Peruntukan Perbelanjaan Apabila Belanjawan Tetap
1
2. Projek Boleh Bahagi dan Saiz Belanjawan Berubah • • • • •
Andaikan projek T dinamakan sebagai projek awam, dan projek J sebagai projek swasta faedah bersih yang maksimun apabila faedah sut daripada perbelanjaan seringgit terakhir projek awam, dan projek swasta, adalah sama. pengembangan projek awam, T dan penguncupan projek swasta J akan terus berlaku sehingga faedah daripada perbelanjaan seringgit terakhir dalam projek awam dan projek swasta adalah sama. perbelanjaan kedua-dua projek tersebut hendaklah diteruskan sehingga perbelanjaan seringgit terakhir juga menghasilkan faedah bernilai seringgit. pada keadaan kecekapan peruntukan, faedah sut projek awam 0F1 dan faedah projek swasta 0F2 bernilai RM1, iaitu 0F1 = 0F2 = RM1, dan saiz belanjawan negara ialah RMKt untuk projek awam dan RMKj untuk projek swasta.
3. Projek Tak Boleh Bahagi dan Saiz Belanjawan Tetap • • •
peruntukan belanjawan yang tetap antara projek-projek yang besar, yang tidak boleh dibahagikan kepada saiz yang kecil, yang memerlukan belanjawan sekali gus yang besar, dan tidak boleh ditambah secara sedikit-sedikit. andaikan kerajaan mempunyai kekangan belanjawan sebanyak RM1.4 juta untuk membiayai tujuh projek landasan kereta api. Nilai faedah projek merupakan semua faedah yang diperoleh daripada peruntukan kos projek tersebut. Misalnya, nilai faedah projek T bagi peruntukan kos Kt ialah semua kawasan 0Kt Et Ft.. Nilai kos merupakan jumlah belanjawan yang diperlukan untuk melaksanakan suatu projek. Jadual 8.1
Jenis Projek
Kos (K)
Pilihan Projek Tak Boleh Bahagi Dengan Saiz Belanjawan Tetap
Faedah (F)
Faedah Bersih (F-K)
A 400 800 400 B 290 350 60 C 160 208 48 D 100 250 150 E 600 840 240 F 610 660 50 G 250 200 -50 Nota: Nilai kos dan faedah dalam ribu RM •
Nisbah Faedah Kos (F/K)
Pemeringkatan F/K
2.0 1.2 1.3 2.5 1.4 1.1 0.8
2 5 4 1 3 6 7
Terdapat berbagai-bagai peraturan keputusan untuk memilih projek jenis ini supaya memenuhi jumlah belanjawan yang ditetapkan. o peraturan memaksimumkan faedah bersih, projek yang dapat dipilih ialah projek A, E, D, dan B. Jumlah perbelanjaan semua projek ini ialah RM1.39 juta, jumlah faedah ialah RM2.24 juta. faedah bersih yang dapat dimaksimumkan ialah RM850,000.
2
•
• •
• •
Jumlah dana yang tidak dibelanjakan ialah RM10,000. o peraturan nisbah faedah-kos yang tertinggi, projek yang patut dipilih ialah projek D, A, E, dan C kerana projek ini menghasilkan nisbah faedah-kos yang terbaik dan dapat memenuhi kekangan belanjawan yang ditetapkan. jumlah faedah daripada semua projek ini ialah RM2.098 juta jumlah kos RM 1.26 juta. faedah bersih RM838 000, baki dana tidak dibelanjakan ialah RM140 000 o peraturan meminimumkan baki belanjawan. tertakluk kepada nisbah faedah-kos melebihi satu, projek yang patut dipilih ialah projek A, B, D, dan F. Jumlah faedah yang diperolehi ialah RM2.060 juta, jumlah kos ialah RM1.4 juta. faedah bersih RM660 000, baki wang yang tidak dibelanjakan ialah sifar. Berdasarkan keputusan di atas, peraturan pertama dan kedua lebih baik daripada peraturan ketiga, o kerana faedah bersih yang diperoleh lebih besar dan kos yang ditanggung lebih kecil. o Namun begitu, pilihan antara peraturan pertama dengan peraturan kedua menimbulkan sedikit kesukaran. kekurangan faedah bersih sebanyak RM12 000 dalam peraturan kedua berbanding dengan peraturan pertama disebabkan oleh peraturan kedua memilih projek C dan tidak memilih projek B. Pemilihan projek C oleh peraturan kedua disebabkan projek itu menghasilkan nilai nisbah faedah-kos (1.3) yang lebih besar daripada projek B (1.2), walaupun faedah bersih projek B (RM60 000) lebih besar daripada projek C (RM48.000). peraturan kedua boleh menimbulkan keputusan yang terpesong apabila saiz belanjawan ditetapkan. umumnya, peraturan pertama, iaitu memaksimumkan faedah bersih lebih cekap daripada peraturan lain.
4. Projek Tak Boleh Bahagi dan Saiz Belanjawan Berubah • prinsip peraturan keputusan yang sering digunakan ialah memilih semua projek awam yang menghasilkan faedah bersih yang sama atau lebih besar daripada sifar. • Peraturan ini selaras dengan peraturan yang mencadangkan pemilihan semua projek yang mempunyai nisbah faedah-kos yang sama atau lebih besar daripada satu. • Kedua-dua peraturan ini akan dapat memaksimumkan faedah bersih. • kecuali projek G, semua projek patut dilaksanakan sekiranya tidak wujud kekangan belanjawan. Implikasi • Bagi projek boleh bahagi dan saiz belanjawan berubah, kerajaan hendaklah memperuntukkan belanjawan negara sehingga faedah sut sama dengan satu, iaitu sehingga faedah bersih menjadi sifar.
3
• • •
Bagi projek boleh bahagi dan saiz belanjawan tetap, kerajaan hendaklah memperuntukkan belanjawan negara antara berbagai-bagai projek awam sehingga faedah sut semua projek adalah sama. Bagi projek tak boleh bahagi dan saiz belanjawan berubah, kerajaan hendaklah memilih semua projek yang menghasilkan faedah bersih yang positif. Bagi projek tak boleh bahagi dan saiz belanjawan tetap, kerajaan hendaklah memilih berbagai-bagai projek awam yang memaksimumkan faedah bersih, tertakluk kepada konstren belanjawan.
Pengenalpastian Faedah Dan Kos Konsep Faedah Bersih • dikaitkan dengan konsep lebihan pengguna • Keluk PT ialah keluk permintaan terhadap suatu barang awam. • Menurut teori pengguna, kecekapan atau keseimbangan penggunaan akan wujud apabila pembelian mencapai tingkat output yang menghasilkan utiliti sut atau faedah sut sama dengan kos sut (harga yang mesti dibayar). • lebihan pengguna ialah KPE, iaitu 0PEA6 - 0KEA6. • sebenarnya juga merupakan faedah bersih. • Sekiranya barang awam tidak dikenakan bayaran, maka pengguna akan menggunakan barang tersebut hingga kepada tingkat 0T, iaitu utiliti sut penggunaan pada unit terakhir itu sama dengan sifar. • Oleh sebab kosnya sifar, maka jumlah utiliti atau faedah yang diperoleh adalah sama dengan lebihan pengguna dan sama dengan faedah bersih, iaitu keseluruhan kawasan 0PT. • merujuk barang awam yang boleh bahagi. • barang awam tak boleh bahagi, hubungan lebihan pengguna dengan faedah bersih adalah seperti yang berikut. Katakan saiz barang awam itu 0A4 dan kos seunit 0K. • Dengan yang demikian, jumlah utiliti atau faedah ialah 0PRA4 , manakala jumlah kos ialah 0KWA4 - lebihan pengguna ialah KPRW. Oleh sebab KPRW sama dengan jumlah faedah (0PRA4 ) yang ditolak jumlah kos (0KWA4, maka lebihan pengguna sama juga dengan faedah bersih. Harga A
H H
P
x
y
z R E
S
T 0
A A2
Rajah 8.2
A
4
A6
Kuantiti barang A
Faedah Projek Awam dan Lebihan Pengguna
4
Jenis Faedah dan Kos • • • 1. 2. 3. 4.
Faedah sebenar dikelaskan kepada dua kategori, o faedah benar o faedah kewangan. kos sebenar, o kos benar o kos kewangan. Faedah benar dan kos benar pula bersifat seperti yang berikut: Langsung atau tak langsung. Ketara atau tak ketara. Akhir atau pertengahan. Dalaman atau luaran.
Faedah Benar dengan Faedah Kewangan dan Kos Benar dengan Kos Kewangan • Faedah benar merupakan faedah yang dinikmati oleh pengguna akhir daripada suatu projek awam. o Kesan daripada faedah ini ialah meningkatkan kebajikan masyarakat. • Kos benar merupakan kos melepas benar. • Faedah kewangan dan kos kewangan pula ialah faedah dan kos yang wujud daripada kesan perubahan harga relatif yang berlaku dalam pasaran peringkat kedua apabila ekonomi bergerak balas terhadap penawaran perkhidmatan awam. Langsung atau Tak Langsung • Faedah dan kos langsung ialah faedah dan kos yang berkait rapat dengan objektif utama projek awam itu, • faedah dan kos tak langsung merupakan faedah dan kos sampingan daripada projek tersebut. Jadual 8.2
Pengelasan Faedah Dan Kos Sesuatau Projek Awam
Jenis Benar Langsung Tak Langsung
Ketara Tak ketara Ketara Tak ketara
Kewangan Benar Langsung Tak Langsung
Ketara Tak ketara Ketara Tak Ketara
Kewangan
Contoh Faedah Projek Pengairan Peningkatan output petani
Contoh Kos
Keindahan Kawasan Pengurangan Hakisan Tanah Pengekalan masyarakat desa Pembaikan relatif dalam industri peralatan petani Projek Pendidikan Meningkatkan pendapatan masa depan
Pemupusan Hutan Pengalihan arah laluan air Pemupusan hidupan liar
Mengayakan kehidupan Mengurangkan kos mencegah jenayah Pengundian yang lebih bijaksana Pertambahan relatif dalam pendapatan guru.
Pemasangan Paip
Gaji guru, kos bangunan dan kehilangan perolehan pelajar Kehilangan masa lapang
5
Ketara dan Tak Ketara • dirujuk kepada faedah dan kos yang dapat dinilai dalam pasaran, manakala faedah dan kos tak ketara sebaliknya, iaitu tidak boleh dinilai dalam pasaran. • faedah dan kos ketara dan tidak ketara mesti dimasukkan dalam pengiraan penilaian sesuatu projek awam. Akhir dan Perantaraan • Faedah akhir ialah faedah yang dinikmati secara langsung daripada penggunaan barang dan perkhidmatan akhir daripada sesuatu projek awam • faedah yang diperoleh daripada menyediakan barang akhir dalam projek awam. • faedah perantaraan ialah faedah yang diperoleh daripada penglibatan pengeluaran barang perantaraan untuk dijadikan sebagai input dalam pengeluaran barang akhir. • diambil kira dalam penilaian suatu projek awam. Dalaman dan Luaran • berdasarkan taburan faedah dan kos mengikut lokasi. • faedah dan kos itu melibatkan unit ekonomi dalam kawasan perundangan tempat projek awam itu dilaksanakan, maka faedah dan kos itu disifatkan sebagai faedah dan kos dalaman. • faedah dan kos sesuatu projek awam itu melimpah ke luar kawasan perundangan-faedah dan kos luaran atau lebih dikenali sebagai limpahan faedah dan kos. Pengukuran Faedah dan Kos Penilaian Faedah dan Kos Ketara • diukur mengikut harga barang dan perkhidmatan awam yang dijual dalam pasaran atau harga barang dan perkhidmatan yang serupa yang dijual oleh pengeluar swasta. • Nilai kos ketara pula dihitung berdasarkan jumlah perbelanjaan terhadap faktor pengeluaran dan bahan mentah yang terlibat dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan awam yang diusahakan sendiri oleh kerajaan atau harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh kerajaan daripada pengeluar swasta. • Kos yang dihitung itu akan mengukur kos melepas sumber ekonomi yang tidak digunakan untuk projek swasta. • Penilaian faedah dan kos ketara menjadi sukar apabila o wujud ketaksempurnaan pasaran, seperti pasaran monopoli, o pengenaan cukai oleh kerajaan sendiri, o pengangguran sumber dalam ekonomi, o ekonomi negara membangun, o kadar pertukaran asing. • harga dan kos pasaran tidak lagi menggambarkan nilai sosial yang sebenar. • pelarasan nilai diperlukan.
6
Penilaian Faedah dan Kos Tak Ketara • Kesukaran anggarannya disebabkan oleh ketiadaan nilai pasaran, iaitu masalah utama penilaian barang awam. • Untuk mengatasi masalah kesukaran ini, beberapa cara dapat digunakan, iaitu melalui proses politik, kaedah penilaian tak langsung, tatacara ujikaji, analisis keberkesanan kos, dan pendekatan pasaran dan lebihan pengguna. Pendiskaunan Nilai Faedah Dan Kos • nilai seringgit masa depan lebih kecil daripada nilai seringgit kini akibat wujudnya inflasi dan kadar bunga positif. Nilai Kini Terdiskaun NK = - K0 + •
•
n Fj − K j ( F1 − K1 ) ( F2 + K 2 ) ( Fn + K n ) ... + + + = ∑ 2 n 1+ i (1 + i ) (1 + i ) (1 + i ) n j =0
NK ialah jumlah nilai kini faedah bersih, F nilai faedah, K nilai kos, i kadar diskaun, dan n hayat projek dalam tahun. Formula di atas menunjukkan aliran faedah bersih tahunan yang didiskaunkan pada kadar i untuk mendapatkan jumlah nilai kini faedah bersih untuk projek yang mempunyai hayat n tahun. Pada nilai faedah, kos dan tempoh hayat yang diberi, nilai kini sangat bergantung pada kadar diskaun yang digunakan. Pemilihan kadar diskaun sangatlah penting dari segi mempengaruhi penilaian dan pemeringkatan projek. Jadual 8.3 Projek Kos Bilangan tahun Faedah tahunan
Kadar diskaun (peratus) 3 5 8 3 5 8 3 5 8
• • •
Nilai Kini dan Kadar Diskaun R
S
T
RM20 760 5 4 794 Jumlah nilai kini faedah
RM20 760 15 2 000
RM20 760 25 1 472
RM21 956 20 760 19 142 Jumlah nilai kini faedah bersih RM1 196 0 -1 618 Nilai kini nisbah faedah kos RM1.057 1.000 0.922
RM23 876 20 760 17 118
RM25 632 20 760 15 714
RM3 116 0 -3 642
RM4 872 0 -5 046
RM1.150 1.000 0.825
RM1.235 1.000 0.757
menunjukkan tiga projek awam R, S, dan T. Semua projek itu memerlukan jumlah kos yang sama pada pemulaan tahun, bernilai RM20 760. Tempoh hayat setiap projek berbeza, iaitu 5 tahun bagi projek R, 15 tahun bagi projek S dan 25 tahun bagi projek T.
7
• • • • •
Nilai faedah setahun diandaikan sama sepanjang hayat masing-masing, iaitu RM4794 bagi projek R, RM2000 bagi projek S, dan RM1472 bagi projek T. dapati bahawa nilai kini setiap projek semakin berkurangan apabila kadar diskaun meningkat daripada 3 peratus kepada 5 peratus dan 8 peratus. Kadar pengurangan nilai tersebut berbeza mengikut tempoh hayat dan aliran faedah sesuatu projek. Ini seterusnya akan mengubah kedudukan pangkat projek tersebut. Kedudukan penilaian projek di atas berubah apabila kadar diskaun dinaikkan e.g kepada 8 peratus, Kesimpulannya, kadar diskaun yang dipilih akan mempengaruhi penilaian dan pemeringkatan sesuatu projek.
Pemilihan Kadar Diskaun Swasta • • •
apakah kadar diskaun yang patut digunakan? terdapat dua pilihan utama yang boleh dipertimbangkan, iaitu kadar diskaun swasta dan kadar diskaun sosial. penyelesaian yang mudah dirumitkan oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah ketaksempurnaan pasaran, ketakpastian, risiko, cukai pendapatan syarikat dan dasar makro. o Ketaksempurnaan Pasaran Faktor ini berpunca daripada perbezaan kemudahan mendapatkan kredit daripada institusi kewangan dan halangan institusi terhadap usaha pelaburan. Kesannya menyebabkan berbagai-bagai individu akan berhadapan dengan berbagai-bagai kos dan pulangan peminjaman, pelaburan, dan tabungan mereka. Satu kadar diskaun swasta untuk semua pihak tidak wujud dalam pasaran. Penyelesaian yang biasa digunakan oleh kerajaan ialah mendapatkan kadar diskaun purata. Biasanya, pengiraan kadar ini melibatkan wajaran yang menggambarkan kedudukan pembayar cukai yang membiayai projek awam. Dalam kes ini, kadar diskaun yang betul bergantung pada cara projek awam dibiayai. o Ketakpastian Faktor ini dikaitkan dengan keadaan tingkat kadar bunga pada masa depan. Kita ketahui bahawa kadar bunga jangka pendek selalunya berbeza dengan kadar bunga jangka panjang. Kadar bunga untuk satu tahun tabungan tidak sama dengan kadar untuk dua atau lima tahun. kadar hasil bon jangka pendek yang tidak sama dengan kadar untuk bon jangka panjang. sukar untuk memilih dan menentukan satu kadar bunga untuk keseluruhan tempoh hayat projek awam itu. Kadar yang terpilih pastilah tidak terlepas daripada masalah ketakpastian yang memerlukan pelarasan dari semasa ke semasa. o Risiko Semua projek pelaburan, sama ada swasta atau awam, tidak terlepas daripada sesuatu risiko.
8
Kesulitan yang berkaitan ialah saiz risiko tidak sama antara satu projek dengan projek yang lain. Oleh itu, kadar pulangan kasar mestilah berbeza mengikut jumlah premium risiko. Untuk mendapatkan satu kadar diskaun yang sesuai yang menggambarkan kadar keutamaan masa atau kadar kos melepas, selalunya kadar hasil pelaburan yang disifatkan selamat digunakan, seperti kadar bunga bon Kerajaan Persekutuan, yang pada umumnya mempunyai risiko yang sangat rendah. o Cukai Pendapatan Syarikat Faktor cukai ini akan menyebabkan kadar pulangan bersih sahaja yang sesuai untuk mengukur kadar keutamaan masa atau kadar kos melepas, bukannya kadar pulangan kasar atau kadar pulangan pasaran. Jika pengguna meminjamkan modalnya pada kadar bunga ia,, maka kadar pulangan bersihnya sama dengan (1-t) ia dengan t ialah kadar cukai dan ia ialah kadar pulangan kasar. o Dasar Makro Penentuan kadar diskaun swasta bertambah sulit apabila terdapat pengangguran dan inflasi yang berpunca daripada sesuatu sisten makroekonomi. penggunaan dasar diskaun swasta berdasarkan hakikat bahawa kadar tersebut sentiasa menjamin peruntukan penggunaan yang cekap, kadar bunga yang ada lebih berfungsi sebagai dasar penstabilan, dan bukannya menggambarkan kadar keutamaan masa pengguna atau kadar kos melepas projek pelaburan. •
kadar purata wajaran perlu digunakan atau kadar lain yang disebut kadar diskaun sosial.
Pemilihan kadar Diskaun Sosial • •
•
•
Kadar diskaun sosial merupakan suatu pendekatan harga bayangan terhadap persoalan pemilihan kadar diskaun yang sesuai. Pada umumnya, kadar ini ditentukan dengan berdasarkan kadar hasil sekuriti jangka panjang Karajaan Persekutuan. Ini kerana kadar tersebut merupakan kadar kos peminjaman kerajaan dan dianggap sebagai penunjuk terbaik tentang kos keutamaan masa bagi individu terhadap pendapatan semasa berbanding dengan pendapatan masa depan. nilai kadar diskaun sosial tidaklah terlalu tinggi, seperti kadar diskaun swasta yang boleh menolak projek yang diutamakan oleh orang ramai, dan tidak pula terlalu rendah hingga boleh menerima projek yang dinilai rendah oleh orang ramai. pembangunan ekonomi yang berkekalan perlu menggunakan kadar diskaun sosial, dan bukannya kadar diskaun swasta untuk menilai projek pelaburan awam. 9
•
Ini kerana terdapat beberapa alasan sokongan yang munasabah. o banyak individu berfikiran singkat kerana mereka lebih mengutamakan penggunaan kini daripada penggunaan masa depan. Ini menyebabkan tabungan pelaburan berkurangan. o Kadar keutamaan masa pengguna adalah tinggi. Oleh itu, projek yang menghasilkan pulangan yang sangat tinggi sahaja akan dilabur. o Keadaan ini perlu diperbaiki oleh kerajaan dengan menggunakan kadar yang lebih rendah supaya projek yang sangat diutamakan oleh orang ramai, tetapi pulangannya kecil, dapat dilaksanakan. o Banyak individu tidak memikirkan kebajikan generasi masa depan. o Mereka sangat ghairah dengan penggunaan semasa hingga mengabaikan tabungan yang akan membanyakkan stok modal untuk generasi masa depan. o Kerajaan sebagai penjaga generasi masa depan dan perancang ekonomi perlu mengimbangi kelakuan individu dengan menggunakan kadar diskaun sosial yang bersifat sangat menggalakkan projek awam.
Implikasi • Dalam kes apabila terdapat individu yang mementingkan kebajikan generasi masa depan, kadar diskaun swasta yang tinggi masih menyebabkan kurang pelaburan, terutama projek yang mewujudkan eksternaliti faedah dan penunggang percuma. Keadaan ini perlu diperbaiki oleh kerajaan dengan menggunakan kadar diskaun sosial yang rendah dan seterusnya memperbanyakkan lagi projek awam yang berfaedah. • Persoalan kebajikan generasi masa depan juga lebih merupakan persoalan agihan dan ekuiti antara generasi. Jika matlamat ekuiti ini ialah menyamakan dan memaksimumkan penggunaan perkapita bagi semua generasi, maka setiap generasi mesti sama-sama berkorban untuk generasi yang lain, seperti mereka berkorban untuk diri mereka sendiri. Mereka mesti berusaha mencapai titik kesejahteraan, iaitu satu keseimbangan yang dicapai apabaila kadar pulangan modal sama dengan kadar pertumbuhan ekonomi dan seterusnya sama dengan kadar pertumbuhan penduduk. Kadar pulangan ini akan menyediakan kadar diskaun yang betul untuk digunakan dalam penilaian projek. Kesimpulannya, • kadar diskaun sosial hendaklah lebih rendah daripada kadar diskaun pasaran supaya lebih banyak pelaburan awam dapat diwujudkan. • kadar diskaun sosial yang rendah akan menghasilkan nilai yang lebih tinggi untuk nilai kini aliran faedah projek awam. • Kadar diskaun ini juga akan menggalakkan kerajaan membuat pilihan pelaburan terhadap projek yang lebih panjang hayatnya. Penggunaan Kadar Pulangan Dalaman •
Kadar pulangan dalaman merupakan kadar yang mendiskaunkan aliran faedah bersih masa depan supaya nilai kini faedah bersih menjadi sifar. Secara formula. NK =
n ∑ j=o
Fj - Kj = 0 (1+i)j 10
• • •
•
•
pendekatan kadar pulangan dalaman ialah mencari nilai i yang menjadikan nilai kini bersamaan sifar. Secara umumnya, pendekatan ini dapat mengatasi masalah pemilihan kadar diskaun yang dibincangkan di atas. Pemilihan projek awam akan ditentukan berdasarkan perbandingan kadar ini dengan kadar diskaun sosial, iaitu semua projek awam akan dipilih sekiranya kadar pulangan dalaman melebihi kadar diskaun sosial. kadar ini juga mempunyai beberapa masalah. Antaranya ialah mungkin terdapat lebih daripada satu kadar pulangan dalaman bagi sesuatu projek. Keadaan ini terjadi apabila nilai faedah bersih tahunan bertukar ganti antara positif dengan negatif. Untuk memuaskan persamaan di atas, lebih daripada satu kadar pulangan diperlukan. Kadang-kadang terdapat keadaan apabila projek yang berbeza tempoh hayatnya mungkin mempunyai kadar pulangan dalaman yang sama, Keputusan penilaian semakin rumit apabila pemeringkatan projek agihan kadar pulangan dalaman berbeza dengan apa yang dinilai oleh kadar diskaun swasta. Ini berlaku apabila terdapat tempoh hayat projek yang berbeza. Jika kadar diskaun swasta lebih besar daripada kadar pulangan dalaman, maka projek pelaburan yang lebih pendek hayatnya akan mendapat pangkat pertama. Sebaliknya, apabila kadar diskaun swasta lebih rendah daripada kadar pulangan dalaman, maka projek yang lebih panjang hayatnya akan mendapat pangkat pertama. Kadar pulangan dalaman sukar dijadikan penunjuk apabila projek awam mempunyai tempoh hayat yang sangat panjang sehingga menyulitkan peramalan tentang faedah, kos, dan kadar bunga pada masa depan. Berdasarkan masalah di atas, pendekatan kadar pulangan dalaman jarangjarang digunakan, walaupun kadar ini dapat memberi penilaian yang baik dalam pemeringkatan projek.
Batasan Analisis Faedah-Kos • • • • • • •
Kekurangan Maklumat Keputusan Yang Bercanggah Tempoh Hayat Yang Panjang Ketakpastian dan Ketaktepatan Inflasi Perubahan Dinamik dan Penangguhan Projek Ekuiti
11