PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA ‘ RESILIENT CITIES ASIA – PACIFIC 2016 ‘ Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mempelawa semua warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun untuk menyertai Pertandingan Fotografi sempena Program Resilient Cities Asia-Pacific 2016 (RCAP 2016). Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan bandar raya yang berdaya tahan meliputi isu-isu seperti peningkatan suhu bumi dan cara penyesuaiannya, pengurangan risiko bencana, jaminan makanan dan penggubalan dasar. Peraturan penyertaan pertandingan adalah seperti yang berikut:
PERATURAN PENYERTAAN 1.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
2.
Tempoh penyertaan pertandingan dibuka mulai 20 Januari 2016 hingga 20 Februari 2016.
3.
TEMA : “Ke Arah Masa Depan Bandar Raya Yang Mampan Dan Berdaya Tahan”
4.
SPESIFIKASI FOTO Karya foto hendaklah : i) sekurang-kurangnya 300 dpi dengan saiz fail foto minimum 2MB sehingga maksimum 8MB dalam format JPEG ; dan ii) dicetak dengan ukuran 8RW (8 inci X 12 inci) dan dilekatkan pada mounting board berwarna hitam.
5.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN a) Lokasi foto yang diambil adalah di dalam Malaysia sahaja.
b) Foto - foto yang diambil mestilah merupakan foto yang terkini, mempunyai mesej, nilai-nilai dan berunsurkan konsep serta menonjolkan keistimewaan konsep tersebut. c) Peserta boleh menggunakan kamera digital ‘single lens reflects’ (DSLR) atau digital kompak. Model kamera yang digunakan MESTILAH dinyatakan di dalam borang penyertaan. d) Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta. Foto yang pernah menyertai mana-mana pertandingan atau pameran fotografi akan dibatalkan penyertaan. e) Suntingan atau ubah suai seperti teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK DIBENARKAN. f) Setiap peserta boleh menghantar sehingga 5 karya foto dengan borang penyertaan yang berasingan setiap satu. Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan. g) Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.mbmb.gov.my. h) Penyertaan hendaklah dihantar melalui pos dalam bentuk : - hardcopy (cetakan berukuran 8RW (8 inci X 12 inci) dan dilekatkan pada mounting board berwarna hitam); dan - softcopy (dimasukkan ke dalam CD/DVD). i) Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri. j) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menyertai pertandingan ini.
6.
KATEGORI PERTANDINGAN a) Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu: Kategori A : Terbuka Kategori B : IPTA / IPTS
b) Butir-butir seperti nama, jantina, nombor kad pengenalan, nombor matriks (Kategori B), nombor telefon, alamat e-mel, alamat dan model kamera yang digunakan hendaklah ditulis / ditaip dengan jelas dan lengkap di dalam Borang Penyertaan.
7.
HADIAH PERTANDINGAN a) Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja. b) Hadiah bagi Kategori A: 1 x Hadiah Pertama : RM3000.00 + hamper + sijil. 1 x Hadiah Kedua : RM2500.00 + hamper + sijil. 1 x Hadiah Ketiga : RM2000.00 + hamper + sijil. 3 x Hadiah Saguhati : RM500.00 + hamper + sijil (setiap satu). c) Hadiah bagi Kategori B: 1 x Hadiah Pertama : RM2000.00 + hamper + sijil. 1 x Hadiah Kedua : RM1500.00 + hamper + sijil. 1 x Hadiah Ketiga : RM1000.00 + hamper + sijil. 3 x Hadiah Saguhati : RM500.00 + hamper + sijil (setiap satu). d) Semua peserta yang menyertai pertandingan mencipta logo akan menerima sijil penyertaan.
8.
KRITERIA PENGHAKIMAN a) Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel juri profesional yang dilantik oleh pihak penganjur. b) Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat dan peraturan pertandingan seperti yang digariskan. c) Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada ’tema’ dan ’kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah. d) Keputusan panel juri adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.
9.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN a) Penganjur akan menilai semua penyertaan yang mematuhi peraturan yang ditetapkan sahaja. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan. Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD. b) Keputusan pertandingan akan dimaklumkan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup. Hanya peserta yang berjaya sahaja yang akan dimaklumkan. Peserta yang tidak dihubungi selepas tempoh tersebut adalah dianggap tidak berjaya. c) Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel juri memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang utama. d) Penyampaian hadiah dan pameran foto-foto penyertaan akan dipamerkan semasa majlis penyampaian yang akan dimaklumkan kemudian.
10. HAK CIPTA a) Semua karya foto yang diterima oleh penganjur adalah hak milik MBMB. MBMB berhak untuk menggunakan semula, menerbit atau mempamerkan foto dalam apa jua bentuk media atau medium samada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta. b) Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau ciplak. c) Semua foto yang diterima oleh penganjur tidak akan dikembalikan.
11. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 20 Februari 2016.
12. Semua karya foto berserta borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserah atau dikirim kepada alamat seperti di bawah :Penganjur Pertandingan Fotografi RCAP 2016, Bahagian Teknologi Maklumat dan Inovasi, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Graha Makmur, No.1 Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, peserta boleh berhubung melalui: E-mel : Telefon :
[email protected] 06 - 285 9740 - Puan Salfadura / Puan Shamsuriahany 06 - 285 9738 - Puan Aimi Amirah
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA ‘RESILIENT CITIES ASIA – PACIFIC 2016’ TEMA : “Ke Arah Masa Depan Bandar Raya Yang Mampan Dan Berdaya Tahan” Perhatian :
Nama penuh
Sila gunakan satu borang untuk setiap penyertaan.
: ……………………………………………………………………………………………………………..
(seperti dalam KP)
No. KP [Baru] : ………………………………………………
Umur
: ……………………….…………
Tarikh Lahir
Jantina
: ……………………….…………
: ………………………………………………
* Ruangan ini MESTI di isi oleh peserta bagi Kategori B : IPTA / IPTS sahaja Universiti / Kolej : ………………………………………… No. Matriks : ……………………….………… Alamat surat menyurat : ………………………………………………………………………………………………………………………………………... ………………………………………………………………………………………………………………………………………... ………………………………………………………………………………………………………………………………………... Telefon [R/P] : ……………………..………………… E-mel
Tel. Bimbit : ……………………..…………………
: ……………………..…………………
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa hasil karya foto yang disertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha sendiri, asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak, atau diambil daripada mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain. Saya juga mengaku bahawa TIADA suntingan atau ubah suai seperti teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan manipulasi gambar dilakukan terhadap hasil karya ini. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat sebarang tuntutan atau apa jua bentuk tindakan daripada mana-mana pihak terhadap hasil karya ini.
Tandatangan : ……………………..…………………
Tarikh : ……………………..…………………