7 November 2012
PERISYTIHARAN DAN PROGRAM TINDAKAN AMMAN Persidangan Antarabangsa Kesebelas Jawatankuasa Koordinasi Antarabangsa Institusi Nasional bagi Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia telah berlangsung di Amman, Jordan pada 5-7 November 2012 dan telah dianjurkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Nasional Jordan (JNCHR), dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Mengenai Hak Asasi Manusia (OHCHR) dan Jawatankuasa Koordinasi Antarabangsa Institusi Nasional bagi Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC). Fokus bagi Persidangan ini adalah "Hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan: Mempromosi kesaksamaan gender: Peranan institusi nasional bagi hak asasi manusia ". Institusi-institusi Nasional bagi Hak Asasi Manusia (NHRI) telah menyatakan penghargaan mereka kepada JNCHR bagi penganjuran yang cemerlang serta layanan mesra yang telah diberikan. Para peserta juga berterima kasih kepada OHCHR, ICC, dan Forum Asia Pasifik Institusi Nasional bagi Hak Asasi Manusia (APF) di atas sumbangan mereka kepada penganjuran Persidangan ini. Mereka turut berterima kasih kepada HM Raja Abdullah II bin Al-Hussein di atas naungan baginda kepada Persidangan ini, yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Jordan. Mereka juga turut mengalu-alukan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Presiden Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) dan para penyampai ucaptama termasuk Ahli Jawatankuasa Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Pengerusi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa –Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Diskriminasi Terhadap Wanita di dalam Amalan dan Undang-undang serta sumbangan produktif oleh NHRI dari semua rantau. Penyertaan agensi-agensi PBB termasuk, Dana Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Tabung Kependudukan PBB (UNFPA) dan Entiti PBB bagi Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita (UN Women) juga disambut baik. Badan-badan bukan kerajaan dari seluruh dunia telah memberikan sumbangan yang berharga kepada Persidangan, termasuk Forum pra-Persidangan dan Deklarasi oleh Badan Bukan Kerajaan, yang banyak menyumbang kepada perbincangan Persidangan. Persidangan Antarabangsa Kesebelas ini telah menerima pakai Perisytiharan dan Program Tindakan Amman. Pelan-pelan tindakan serantau, yang dihuraikan oleh Page 1 of 13
kumpulan-kumpulan NHRI serantau di Persidangan ini dilampirkan bersama-bersama Perisytiharan dan Program Tindakan ini. Satu lampiran instrumen-instrumen utama yang menjamin hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan juga turut disertakan bersama-sama Perisytiharan dan Program Tindakan ini.
PERISYTIHARAN AMMAN Para peserta mengesahkan bahawa hak wanita dan kanak-kanak perempuan merupakan hak asasi manusia, yang dijamin dalam semua triti hak asasi manusia. Hak asasi manusia ini termasuk hak politik, sivil, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Meskipun terdapat komitmen ini, hak asasi bagi berbilion wanita dan kanak-kanak perempuan masih tetap dicabuli dan dinafikan. Para peserta menekankan aspek ketakterbahagikan dan salingkaitan hak asasi manusia serta mengiktiraf kesalinghubungan antara pelbagai pencabulan hak asasi wanita, serta keadaan, keperluan dan hak kanak-kanak perempuan yang berbeza. Kemiskinan dan ketidaksamaan adalah faktor penting yang meningkatkan kerentanan terhadap diskriminasi, kelaparan dan keganasan yang berdasarkan gender. Struktur yang berunsur patriarki, sistem dan pilihan makro-ekonomi mengurangkan nilai kehidupan dan sumbangan golongan wanita, yang juga mengalami ketidakseimbangan dari segi ketenteraan, peperangan, keganasan, pengangguran, dan pekerjaan yang tidak menentu. Perkara-perkara ini memberi kesan yang negatif kepada masa, kesihatan dan keselamatan wanita dan kanakkanak perempuan yang mana mereka perlu menanggung beban langkah-langkah penjimatan termasuklah pemotongan bajet dalam perkhidmatan awam, seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan sosial. Kesan terburuk di dalam krisis kewangan nasional dan global dirasai oleh golongan miskin, yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak perempuan. Selaras dengan kewajipan mereka untuk melindungi hak asasi wanita dan kanakkanak perempuan seperti yang terkandung dalam Prinsip-Prinsip Panduan PBB Mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan, negara-negara dan badan-badan berbilang pihak (multilateral) mempunyai kewajipan untuk memastikan syarikatsyarikat yang melanggar hak asasi manusia bertanggungjawab di atas kesalahan mereka. Para peserta telah mengenalpasti bahawa masih terlalu ramai kaum wanita mengalami pelbagai bentuk diskriminasi yang saling berkaitan, dan sesetengah daripada mereka lebih terdedah kepadanya dan golongan ini termasuklah: wanita daripada golongan minoriti, wanita Orang Asli, wanita berketurunan Afrika, pelarian wanita dan yang mengalami proses penyingkiran dalaman, wanita migran, wanita yang tinggal di luar bandar atau di kawasan terpencil, wanita yang hidup dalam kemiskinan tegar, wanita dalam tahanan, wanita kurang upaya, wanita warga emas, golongan janda, wanita yang berada dalam situasi konflik bersenjata dan pascakonflik, wanita yang didiskriminasi, termasuklah atas dasar status HIV, keganasan domestik dan rumah tangga, pekerja seks, wanita yang terlibat dengan seks Page 2 of 13
rambang, seksualiti, dan/atau gender, wanita yang terlibat dengan gejala dadah atau sebaliknya bergantung kepada ubat-ubatan/dadah dan wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan. Hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan jelas dinyatakan di dalam pelbagai triti antarabangsa, perisytiharan dan komitmen-komitmen politik di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. NHRI menekankan betapa pentingnya bagi kerajaan-kerajaan untuk tidak berlengah-lengah dalam melaksanakan komitmenkomitmen dan kewajipan yang telah diterima oleh mereka. NHRI yang hadir bersetuju dengan prinsip-prinsip am dan bidang kerja berikut: 1. Mengutamakan hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan dan kesaksamaan gender dalam semua perancangan strategik, proses, dasar, program dan aktiviti-aktiviti mereka dengan tujuan mewujudkan usaha-usaha mampan demi mencapai kesaksamaan gender. Ini termasuk membangunkan dan melaksanakan latihan untuk ahli dan kakitangan NHRI mengenai kesaksamaan gender dan mengkaji semula struktur dalaman mereka dengan tujuan mencapai kesaksamaan gender di semua peringkat dan aspek kerja mereka, termasuk memastikan agar tempat kerja di NHRI adalah bebas daripada gangguan seksual, keganasan dan tindakan buli. Sekiranya perlu, NHRI patut mendapatkan bantuan teknikal daripada pakar-pakar dari agensiagensi PBB, ICC, Jawatankuasa Penyelaras Serantau atau institusi-institusi lain untuk menyokong usaha ini; 2. Memperkukuh penyelarasan yang wujud antara jabatan-jabatan di NHRI yang terlibat dengan hak wanita dan kanak-kanak perempuan, atau jika berkaitan, bekerjasama dengan institusi-institusi di peringkat nasional yang secara khususnya berurusan dengan isu-isu ini yang melibatkan organisasi dan pihak berkepentingan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Ini termasuklah kesatuan sekerja, agensi-agensi PBB, aktor bukan negara, organisasi masyarakat sivil (CSO), serta organisasi serantau dan antarakerajaan bagi tujuan mempromosi dan melindungi hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan dan kesaksamaan gender; 3. Memantau perlaksanaan tanggungjawab hak asasi manusia oleh negara, dan sekiranya dibenarkan di bawah mandat NHRI, memantau pematuhan aktor bukan negara terhadap piawai hak asasi manusia, termasuk yang berkaitan dengan hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan dan kesaksamaan/kesamarataan gender. NHRI seharusnya menyokong usahausaha untuk memastikan hak de jure dan de facto wanita atau kesamarataan substantif wanita berbanding lelaki, menyedari hal ini akan memerlukan langkah-langkah khas dan pendekatan yang berbeza. Usaha-usaha ini termasuklah penyatuan hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan dan kesaksamaan/kesamarataan gender di dalam Pelan Tindakan Nasional Hak Asasi Manusia serta undang-undang dan dasar-dasar berkaitan yang lain. Platform Tindakan Beijing dan dua belas bidangnya yang diberi penekanan Page 3 of 13
kritikal harus dijadikan sebagai panduan rangka kerja untuk menilai tindakan Negara dalam menjamin hak wanita dan kanak-kanak perempuan; 4. Memberi respon, menjalankan inkuiri serta menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk semua bentuk diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, keganasan berdasarkan gender, pencabulan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, pencabulan kepada hak reproduktif dan diskriminasi dalam kehidupan awam dan berpolitik serta mengenal pasti isu-isu sistemik yang mungkin mengekalkan perlanggaran ini secara berterusan. Siasatan-siasatan dan laporan-laporan hendaklah menghasilkan syor-syor supaya Negara akan memenuhi tanggungjawab mereka untuk memastikan hak asasi bagi wanita dan kanak-kanak perempuan serta memerangi kebebasan daripada dihukum; 5. Membantu wanita dan kanak-kanak perempuan untuk mendapat akses kepada keadilan, termasuk remedi kehakiman dan bukan kehakiman, selaras dengan mandat mereka; 6. Jika NHRI mempunyai kuasa kuasi kehakiman, ia hendaklah menjalankan kuasa tersebut sepenuhnya supaya dapat memberi relief kepada mangsa wanita dan kanak-kanak perempuan serta menekankan tindakan pentadbiran atau pendakwaan jenayah terhadap pesalah; 7. Menggalakkan realisasi hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan, seperti yang terkandung di dalam CEDAW, Konvenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik, Konvenan Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan, Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya, serta norma dan piawai hak asasi manusia yang lain, ke dalam undang-undang dan dasar-dasar kebangsaan; 8. Menggalakkan penarikan balik reservasi-reservasi kepada triti-triti tersebut dengan tujuan mengukuhkan pelaksanaan semua triti hak asasi manusia; 9. Memantau dan menggalakkan pelaksanaan syor-syor badan-badan triti dan prosedur-prosedur khas, resolusi badan-badan antara-kerajaan PBB, termasuklah Perhimpunan Agung PBB, HRC, Suruhanjaya Mengenai Status Wanita (UN CSW) dan Suruhanjaya Mengenai Penduduk dan Pembangunan; serta syor-syor yang diterima oleh negara dalam konteks Penilaian Penggalan Sejagat (UPR); 10. Bekerjasama dengan pembela-pembela hak asasi manusia wanita, dan memberikan perhatian khusus kepada pencabulan berdasarkan gender yang dialami oleh pembela hak asasi manusia wanita atas sebab mereka adalah wanita atau berdasarkan sebab gender tertentu yang ingin dipertahankan, Page 4 of 13
dan menggalakkan akses mereka kepada remedi sekiranya berlaku pencabulan; 11. Menjalin perkongsian strategik dengan agensi-agensi PBB seperti UN Women, UNDP, UNICEF, UNFPA, dan OHCHR bagi mengukuhkan kerjasama dan kapasiti NHRI supaya lebih berkesan dalam mempromosi dan melindungi hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan; 12. Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan, promosi dan peningkatan kesedaran mengenai hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan, kesaksamaan/kesamarataan gender dan piawai antarabangsa yang berkaitan. Perhatian yang khusus perlu diberikan untuk menghapuskan prejudis dan kebiasaan serta semua amalan-amalan lain yang berdasarkan idea kekurangan atau kelebihan sesuatu jantina atau berdasarkan peranan stereotaip bagi golongan lelaki dan wanita. NHRI akan berusaha untuk menghapuskan stigma yang dikaitkan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan yang menyuarakan hak mereka apabila hak-hak tersebut dicabuli; 13. Membangunkan garis panduan, mana yang berkenaan, berhubung dengan hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan serta memantau pematuhan Negara kepada garis panduan tersebut; 14. Memantau dan bekerjasama dengan individu dan entiti di sektor swasta dan bukan kerajaan bagi memastikan mereka tidak mendiskriminasi wanita dan kanak-kanak perempuan; 15. Memantau aktiviti-aktiviti perniagaan, di peringkat tempatan sehingga global, serta melaporkan apa-apa kesan buruk terhadap hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan; 16. Mengutamakan dan mempromosi hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan serta kesaksamaan gender melalui penglibatan mereka dengan semua mekanisme hak asasi manusia serantau dan antarabangsa dan melalui penglibatan mereka dengan proses-proses global seperti agenda pembangunan pasca 2015, Kajian Semula Global ICPD Selepas 2014, Platform Tindakan Beijing dan Program Tindakan Vienna; 17. Menggesa negara-negara untuk mengutamakan hak asasi manusia, termasuklah hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan dalam penglibatan mereka dengan institusi kewangan dan perdagangan antarabangsa dan dalam perundingan perjanjian antarabangsa di dalam bidang tersebut.
Page 5 of 13
PROGRAM TINDAKAN AMMAN Jawatankuasa Persediaan Persidangan telah memilih tema untuk perbincangan, yang meliputi isu-isu yang relevan dengan kerja-kerja NHRI serantau. Persidangan ini telah bersetuju dengan tindakan-tindakan bagi tema-tema ini, yang mana NHRI akan memberi keutamaan untuk dekad yang akan datang, dan seterusnya: NHRI dan Penyertaan Wanita dalam Politik dan Awam 1. Menjalankan kerja-kerja advokasi bagi memansuhkan undang-undang
berbentuk diskriminasi yang menghalang keupayaan wanita mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan dan politik;
untuk
2. Mempromosi langkah-langkah termasuk melalui pendidikan dan pengubalan
undang-undang dan amalan, untuk menghapuskan tradisi dan halangan sosial dan budaya serta stereotaip yang menghalang atau mencegah wanita daripada menjalankan hak mereka untuk mengundi atau mengambil bahagian dalam proses-proses kemasyarakatan, kedamaian dan politik; 3. Menyediakan bantuan atau sokongan kepada wanita yang menghadapi
halangan dari segi sosial dan ekonomi untuk mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan dan politik, seperti buta huruf, bahasa, kemiskinan, dan sekatan terhadap hak wanita untuk bergerak bebas, dengan tujuan supaya halangan-halangan ini dapat diatasi. 4. Menggalakkan
penggunaan langkah-langkah sementara khas untuk memastikan perwakilan wanita yang mencukupi dalam jawatan-jawatan yang dipilih atau dilantik, dalam badan eksekutif, perundangan dan kehakiman, dan bekerjasama dengan parti-parti politik untuk mengguna pakai langkahlangkah afirmatif untuk menyokong lebih banyak calon wanita;
5. Mempromosi mekanisme-mekanisme untuk memastikan suara wanita
didengar dalam perkara-perkara yang menjejaskan kesejahteraan mereka; NHRI dan Hak Ekonomi dan Sosial Wanita 6. Memantau dan melaporkan status negara mengenai pematuhan dan obligasi
mereka dalam menghormati, melindungi dan memenuhi hak wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan menjamin bahawa tiada diskriminasi dalam mengamalkan hak-hak ini. Perhatian khusus perlu diberikan bagi memastikan hak-hak ini terpelihara dari segi langkah-langkah penjimatan dan tindakbalas lain untuk menangani krisis kewangan. Page 6 of 13
7. Menyokong usaha untuk menganalisis sama ada negara membelanjakan
sumber-sumber yang ada secara maksimum untuk merealisasikan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan wanita secara progresif dengan menggalakkan kerajaan menggunakan kaedah perspektif gender dan hak asasi manusia dalam proses perancangan dan belanjawan mereka. NHRI harus berkongsi dapatan mereka dengan Parlimen sebagai sumbangan kepada proses membuat keputusan dalam belanjawan dan menggalakkan penggunaan belanjawan berasaskan hak asasi manusia dan gender di Parlimen; 8. Memantau dan menilai undang-undang, dasar awam dan belanjawan,
termasuk dasar makroekonomi dan perdagangan, serta strategi pengurangan kemiskinan, strategi penduduk dan strategi lain yang bertujuan mencapai Millenium Declaration and Goals, penglibatan dengan sektor yang berkaitan, dengan matlamat untuk memansuhkan peruntukan yang mendiskriminasi atau yang mempunyai kesan diskriminasi terhadap wanita, dan mempertingkatkan tindakan pembetulan, jika ianya sesuai; 9. Membantu menjalankan latihan untuk peguam, pendakwa, hakim, ahli-ahli
parlimen, dan pegawai kerajaan berkenaan hak-hak membabitkan ekonomi, sosial dan kebudayaan;
wanita
yang
10. Menyokong dan memudahkan akses kepada remedi untuk wanita yang telah
mengalami pencabulan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan menjalankan kerja-kerja advokasi supaya hak ekonomi, sosial dan kebudayaan boleh diadili di negara-negara sekiranya perlu; 11. Menjalankan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran bersama wanita untuk
mendidik mereka berkenaan hak-hak mereka dan mekanisme-mekanisme sedia ada yang boleh digunakan untuk menuntut hak-hak ekonomi, sosial dan budaya mereka; 12. Menyokong usaha-usaha bagi memantau program bantuan pembangunan
untuk memastikan bahawa program terbabit tidak mendiskriminasi atau merugikan wanita dan juga mengutamakan pencapaian kesaksamaan gender serta hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan. 13. Memantau atau menyokong usaha untuk memantau hak wanita terhadap
kerja yang memuaskan, termasuk gaji serta akses kepada pendidikan, latihan dan pembangunan profesional yang sama rata, serta memastikan hak wanita terhadap kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan di semua tempat kerja; Page 7 of 13
14. Memantau atau menyokong usaha untuk memantau kerja-kerja yang mana
wanita tidak dibayar gaji dan menyediakan syor untuk menyokong wanita yang mempunyai tanggungjawab penjagaan terhadap keluarga seperti memastikan pusat penjagaan kanak-kanak yang mencukupi, cuti bergaji bagi urusan kekeluargaan dan waktu bekerja yang fleksibel, antara langkahlangkah lain, di samping menggalakkan pembahagian tugas yang sama rata di rumah; NHRI dan Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan 15. Menggalakkan
dan membantu pengumpulan berasaskan keterangan (contohnya, data, siasatan, penyelidikan) mengenai sifat, tahap, punca dan kesan semua bentuk keganasan berasaskan gender, dan berkenaan langkahlangkah efektif untuk mencegah dan menangani keganasan berasaskan gender;
16. Mempromosi dan menyokong penggubalan undang-undang yang menentang
keganasan rumah tangga dan keluarga, serangan seksual dan semua bentuk keganasan berasaskan gender, selaras dengan piawai hak asasi manusia antarabangsa; 17. Menyokong penerimapakaian Pelan Tindakan Kebangsaan untuk menangani
keganasan terhadap wanita yang mempunyai peruntukan khas bagi membolehkan pemantauan secara bebas dan penilaian Pelan Tindakan ini; 18. Sekiranya dibenarkan oleh mandat, menjalankan latihan untuk pegawai
penguatkuasa undang-undang dan badan kehakiman, para profesional dalam bidang perubatan, dan penjawat awam, berkenaan cara-cara memberikan maklumbalas kepada kes-kes yang membabitkan keganasan terhadap wanita, kesaksamaan gender dan hak wanita; 19. Mempromosi langkah-langkah, termasuk peruntukan keseksaan, langkah-
langkah pencegahan dan pemulihan untuk melindungi wanita dan kanakkanak perempuan yang menjadi mangsa kepada pemerdagangan manusia dan lain-lain bentuk eksploitasi seks; 20. Membantu wanita dan kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dalam
mendapatkan akses kepada prosedur aduan dan remedi, termasuk pampasan dan memastikan penggunaan kuasa kuasi kehakiman NHRI bagi menangani aduan berkenaan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan;
Page 8 of 13
21. Membangunkan program untuk mencegah dan memerangi gangguan
seksual, dan langkah-langkah untuk melindungi wanita dari gangguan seksual dan bentuk keganasan yang lain berasaskan gender di tempat kerja, sekolah, atau di institusi lain seperti tempat tahanan; 22. Menubuhkan atau menyokong perkhidmatan kritikal dengan sumber yang
secukupnya untuk mangsa keganasan rumah tangga dan keluarga, serangan seksual dan bentuk keganasan yang lain berasaskan gender, termasuk pelarian, pegawai kesihatan yang dilatih khas, pemulihan, kaunseling dan perkhidmatan undang-undang, dan memastikan perkhidmatan-perkhidmatan ini boleh diakses terutamanya oleh kaum wanita yang kurang bernasib baik; 23. Mempromosikan pelaksanaan Strategi Model dan Langkah-Langkah Praktikal
berkenaan Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita dalam Bidang Pencegahan Jenayah dan Keadilan Jenayah, serta Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Layanan terhadap Banduan Wanita dan Langkah-langkah tanpa Pemenjaraan bagi Pesalah Wanita (Peraturan Bangkok); 24. Mewujudkan dan menyokong langkah-langkah untuk menangani pencabulan
hak asasi manusia yang dialami oleh wanita dalam situasi konflik bersenjata, terutamanya keganasan seksual, dan memastikan pelaku yang melakukan pencabulan ini bertanggungjawab; NHRI dan Kesihatan Wanita serta Hak Reproduktif 25. Melindungi dan mempromosi hak reproduktif tanpa sebarang diskriminasi,
mengiktiraf hak-hak reproduktif termasuk hak terhadap standard paling tinggi yang boleh dicapai bagi kesihatan seksual dan reproduktif, hak bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas dan bertanggungjawab berkenaan bilangan anak, jarak dan masa anak-anak mereka dilahirkan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan seksualiti mereka, dan untuk mempunyai maklumat dan cara untuk berbuat demikian tanpa diskriminasi, keganasan atau paksaan, seperti yang disebutkan dalam Platform Beijing berkenaan Tindakan dan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa mengenai Penduduk dan Pembangunan. 26. Menggalakkan dan membantu dalam pengumpulan berasaskan keterangan
(contohnya, data, siasatan, penyelidikan) mengenai pelaksanaan hak reproduktif dan hak kepada kesihatan seksual dan reproduktif, termasuk tetapi tidak terhad kepada kes-kes yang berkaitan diskriminasi de jure dan de Page 9 of 13
facto dalam akses kepada maklumat dan perkhidmatan penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif, pensterilan secara paksaan, pengguguran secara paksaan, perkahwinan kanak-kanak, perkahwinan secara paksaan, pencacatan/pemotongan alat kelamin wanita, pemilihan jantina secara berat sebelah dan lain-lain amalan yang merbahaya; 27. Mengkaji
semula undang-undang negara dan peraturan-peraturan pentadbiran yang berkaitan dengan hak reproduktif seperti yang mentadbir hal-hal kesihatan keluarga, seksual dan reproduktif, termasuk undangundang yang berbentuk diskriminasi atau yang menjadikan akses kepada perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif sebagai satu jenayah, dan mencadangkan syor untuk membantu negara dalam memenuhi kewajipan mereka terhadap hak asasi manusia;
28. Menggalakkan langkah-langkah untuk memastikan akses kepada maklumat
dan perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif yang komprehensif dan memansuhkan perkara-perkara yang menghalang akses sedemikian, dan menyokong penubuhan mekanisme akauntabiliti bagi menjamin pelaksanaan undang-undang dan penyediaan remedi yang berkesan apabila tanggungjawab ini telah dilanggar; Persidangan ini juga bersetuju bahawa ICC perlu: 29. Mendedikasikan satu sesi berkenaan peranan NHRI dalam mempromosi dan
melindungi hak wanita dalam mesyuarat agung tahunannya; 30. Menggalakkan komposisi majmuk dalam NHRI seperti yang disyaratkan oleh
Prinsip-Prinsip Paris, sebagai salah satu pertimbangan dalam konteks gender, etnik atau status minoriti, termasuk dalam jawatankuasa kecil akreditasi. Ini termasuk, sebagai contoh, memastikan perwakilan dan penyertaan wanita dalam NHRI adalah sama rata; 31. Meneruskan kerja-kerja advokasi untuk memastikan penyertaan secara
bebas oleh NHRI yang berstatus A di CSW PBB, seperti yang digalakkan oleh Resolusi 20/14 Majlis Hak Asasi Manusia PBB, dan menggalakkan ICC, jawatankuasa-jawatankuasa penyelaras NHRI serantau, dan NHRI untuk melibatkan diri, bersama-sama dengan kerajaan masing-masing sekiranya sesuai, pada sesi ke-57 CSW (4 hingga 15 Mac 2013) yang memberi tumpuan kepada “Penghapusan dan pencegahan segala bentuk keganasan terhadap wanita dan kanak – kanak perempuan”;
Page 10 of 13
NHRI juga boleh mengambil tindakan-tindakan berikut: 32. Melaksanakan pelan-pelan tindakan serantau NHRI dalam mempromosi dan
melindungi hak wanita dan kanak-kanak perempuan, dengan menggunakan Perisytiharan dan Program Tindakan Amman sebagai satu rangka kerja, dan mengukuhkannya dengan tindakan dan inisiatif serantau yang khusus yang akan dilaporkan pada mesyuarat-mesyuarat serantau NHRI dan pada Persidangan ICC; 33. Menterjemahkan Perisytiharan dan Program Tindakan ini dalam bahasa
tempatan dan diedarkannya secara meluas melalui siaran akhbar, laman web, media sosial, rangkaian badan-badan bukan kerajaan dan mekanisme lain untuk memastikan kesedaran yang luas di peringkat komuniti kebangsaan berkenaan Pengisytiharan ini; 34. Menganjurkan program konsultasi kebangsaan yang membabitkan semua
pihak berkepentingan yang berkaitan untuk membincangkan hasil persidangan ini serta langkah-langkah pelaksanaan Program Tindakan Amman di peringkat kebangsaan.
Page 11 of 13
LAMPIRAN 1 INSTRUMEN-INSTRUMEN PENTING YANG BERKAITAN DENGAN HAK ASASI WANITA DAN KANAK-KANAK PEREMPUAN Triti-triti Antarabangsa Konvenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik Konvenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya Statut Rome mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa Protokol untuk Mencegah, Menahan dan Menghukum Pemerdagangan Orang Terutamanya Wanita dan Kanak-kanak, tambahan kepada Konvensyen PBB menentang Jenayah Terancang Transnational Triti-triti Hak Asasi Manusia Serantau Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Orang dan Manusia, dan Protokol mengenai Hak Asasi Wanita di Afrika (Protokol Maputo) Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia, dan Konvensyen InterAmerika mengenai Pencegahan, Hukuman dan Penghapusan Keganasan terhadap Wanita Piagam Arab mengenai Hak Asasi Manusia Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia, dan Majlis Konvensyen Eropah mengenai mencegah dan memerangi keganasan terhadap wanita dan keganasan rumah tangga Konvensyen-konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Konvensyen Saraan Samarata, 1951 (Bil. 100) Konvensyen Diskriminasi (Penggajian dan Pekerjaan), 1958 (Bil. 111) Konvensyen Pekerja yang mempunyai Tanggungjawab Keluarga, 1981 (Bil. 156) Konvensyen Orang Asal/Asli dan Suku Kaum, 1989 (Bil. 169) Konvensyen mengenai Kerja Sambilan (Bil. 175) Konvensyen Perlindungan Kaum Ibu, 2000 (Bil. 183) Konvensyen Pembantu Rumah, 2011 (Bil. 189) Perisytiharan Antarabangsa dan Komitment Politik Perisytiharan dan Program Tindakan Vienna Page 12 of 13
Perisytiharan dan Program Tindakan Cairo Perisytiharan dan Platform Tindakan Beijing Perisytiharan Millenium Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1325 mengenai wanita, keamanan dan keselamatan 1820, 1888 dan 1960 mengenai keganasan seksual dalam keadaan konflik 1889 mengenai peranan wanita selepas konflik dan pembinaan semula
Page 13 of 13