PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Tujuan 1.
Makluman ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai pemilikan dan perisytiharan harta oleh pekerja Universiti Sains Malaysia.
Definisi 2.
“harta” bermaksud harta seperti berikut: (a)
berkenaan dengan harta tak alih: (i)
tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara;
(ii)
segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium;
(iii)
bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung; dan
(b)
berkenaan dengan harta alih: (i)
apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
(ii)
syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain;
(iii)
apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;
(iv)
apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah;
(c)
“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat jabatan termasuk pusat pengajian ,pusat, institut atau unit dalam sesebuah organisasi;
(d)
“pekerja” bermaksud pekerja Universiti yang bertaraf tetap, sementara atau kontrak; 1
(e)
“pemilikan harta” bermaksud harta yang dimiliki oleh pekerja atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya;
(f)
“perisytiharan harta” bermaksud termasuklah perisytiharan harta kali pertama, hartatambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta; dan
(g)
“urus setia” bermaksud mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit
yang
bertanggungjawab
menguruskan
perisytiharan
harta
di
sesebuah pusat tanggungjawab.
Undang-Undang Berkuatkuasa 3.
Di bawah Peraturan 9, Bahagian II, Jadual Kedua Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605, semua pekerja Universiti dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.
Keperluan Membuat Perisytiharan Harta 4.
Semua pekerja dikehendaki mengisytiharkan harta apabila: (i)
dilantik ke dalam perkhidmatan Universiti;
(ii)
dikehendaki oleh Universiti/Kerajaan;
(iii)
memperolehi harta tambahan;
(iv)
melupuskan harta.
Tempoh Perisytiharan Harta 5.
Semua pekerja dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun perkhidmatan. Bagi maksud ini, „tempoh perisytiharan‟ harta dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat.
6.
Sekiranya dalam tempoh perisytiharan harta yang ditetapkan itu seseorang pekerja tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau tidak melupuskan apa2
apa harta, maka pekerja berkenaan perlu membuat pengakuan mengenainya. Borang Secara On Line Digunakan 7.
Bagi tujuan membuat perisytiharan harta,pekerja boleh melakukannya secara online melalui aplikasi e-harta, portal campus online masing-masing.
Perisytiharan Harta Kali Pertama 8.
Tiap-tiap pekerja yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan Universiti hendaklah membuat perisytiharan harta melalui portal campus online masing-masing setelah melaporkan diri tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas tarikh melapor diri. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dianggap sebagai “ingkar perintah” dan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta boleh menjejaskan proses pengesahan jawatan pekerja terbabit.
9.
Bagi pekerja yang sedang berkhidmat dan belum lagi membuat perisytiharan harta masing-masing, mereka hendaklah membuat perisytiharan tersebut melalui aplikasi e-harta, portal campus online masing-masing. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dianggap sebagai “ingkar perintah” dan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta boleh menjejaskan proses pengesahan kenaikan pangkat pekerja terbabit.
10.
Pekerja yang tidak memiliki apa-apa harta juga dikehendaki untuk membuat perisytiharan harta dengan mengesahkannya melalui aplikasi e-harta, portal campus online masing-masing.
Perisytiharan Harta Tambahan 11.
Pekerja yang memperolehi harta tambahan selepas membuat perisytiharan (kecuali wang tunai atau simpanan yang perubahan jumlahnya kurang daripada 6 bulan emolumen) juga hendaklah mengisytiharkan harta tambahan tersebut.
Perisytiharan Pelupusan Harta 12.
Pekerja yang melupuskan mana-mana harta yang telah diisytiharkan (kecuali wang tunai) hendaklah mengisytiharkannya. Sekiranya hasil pelupusan harta berkenaan dijadikan punca kewangan untuk memperoleh harta tambahan, maka 3
pelupusan harta berkenaan boleh dibuat bersekali dengan perisytiharan harta tambahan itu. Tanggungjawab Urus Setia 13.
Urus setia, setelah menerima borang perisytiharan harta daripada pekerja melalui aplikasi e-harta, portal campus online akan: (i)
menyemak borang tersebut: dan
(iii)
mengemukakan borang yang telah disahkan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib berkenaan untuk kelulusan.
Tindakan Jawatankuasa Tatatertib 14.
Jawatankuasa Tatatertib akan hendaklah mempertimbangkan perisytiharan harta pekerja dengan mengambilkira perkara berikut: (i)
pekerja mempunyai keupayaan untuk memiliki harta yang telah dilaporkannya:
(ii)
cara perolehan harta yang dilaporkan itu tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang/peraturan;
(iii)
cara perolehan harta tersebut tidak menggunakan kedudukan rasminya atau tidak bertentangan antara kepentingan rasmi dengan kepentingan persendiriannya;
(iv)
bayaran ansuran bulanan tidak membebankan; dan
(v)
faktor lain yang berkaitan dengan keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.
Jawatankuasa Tatatertib Boleh Meminta Maklumat Tambahan Jika Perlu. 15.
Sekiranya Jawatankuasa Tatatertib berpendapat bahawa pekerja memiliki sumber kewangan atau harta yang nilainya jauh melebihi dan tidak seimbang dengan emolumennya, maka Jawatankuasa Tatatertib boleh, melalui notis bertulis, meminta pekerja itu memberi penjelasan bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana dia dapat menyenggara taraf kehidupan sedemikian atau bagaimana dia telah mendapat sumber kewangan atau harta tersebut.
4
Pembelian Saham, Debentur, Bon Dan Sekuriti Lain 16.
Seseorang pekerja boleh membeli saham tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: (i)
tidak melebihi 5% daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa, yang mana lebih rendah dalam tiap-tiap satu syarikat yang diperbadankan di Malaysia;
(ii)
tidak melebihi 5% daripada modal dibayar dalam tiap-tiap syarikat permodalan dan perusahaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan; atau
(iii)
tidak melebihi had yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi tiap-tiap satu dalam Unit Amanah (Unit Trusts) anjuran Kerajaan.
17.
Pekerja yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam keadaan berikut (kerja luar/perundingan) perlu mendapat kebenaran Naib Canselor terlebih dahulu sebelum membeli/ memiliki saham daripada syarikat berkenaan. Keadaan tersebut ialah: (i)
pekerja yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan;
(ii)
pekerja yang bertanggungjawab memproses / menimbang / meluluskan lesen-lesen perniagaan syarikat;
(iii)
pekerja
yang
bertanggungjawab
memberikan
perkhidmatan
dan
kemudahan kepada syarikat untuk beroperasi; atau (iv)
pekerja yang bertanggungjawab menentukan agihan ekuiti dan urusan yang berkaitan dengan pengeluaran saham.
Pemilikan Harta Yang Dilarang 18.
Pekerja tidak dibenarkan: (i)
memiliki lesen: a)
kenderaan perniagaan; 5
(ii)
b)
kenderaan perkhidmatan awam;
c)
perniagaan hiburan; atau
memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan.
19.
Pekerja yang telah sedia memiliki jenis harta yang dinyatakan secara pusaka hendaklah mengisytiharkan perkara itu.
Keselamatan Maklumat Dalam Borang Perisytiharan Harta 20.
Maklumat yang terkandung dalam data/sistem perisytiharan harta (aplikasi eharta, portal campus online) adalah bertaraf „SULIT‟.
Kegagalan Mengisytiharkan Pemilikan Harta 21.
Pekerja yang gagal membuat perisytiharan harta, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) – Akta 605 atas kesalahan “ingkar perintah‟.
Tarikh Kuatkuasa 22.
Aplikasi e-harta, portal campus online ini berkuatkuasa 25 Januari 2012.
Pemakaian 23.
Aplikasi e-harta, portal campus online digunapakai di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan (termasuk Hospital Universiti Sains Malaysia serta Institut Perubatan dan Pergigian Termaju).
Rujukan
i.
Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
ii.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002
6
7