Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disuntingoleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim
PENGIMARAHAN MASJID BERDASARKAN PROSES-PROSES PENGURUSAN ISLAM Zulkefli Bin Aini, Nurul Dalilah binti Yahaya (pensyarah & pembentang) Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.
[email protected]
ABSTRAK: Masjid yang dikenali sebagai rumah Allah S.W.T merupakan institusi penting bagi umat Islam. Ia seharusnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman. Namun, pada masa kini masjid seolah-olah hanya dilihat sebagai tempat untuk beribadat sahaja. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan tentang konsep pengimarahan masjid dalam konteks proses pengurusan Islam yang melibatkan elemenelemen seperti perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Kajian ini merupakan satu kajian perpustakaan, metod ini menggunakan kaedah menganalisis terhadap buku-buku, artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain. Hasil kajian mendapati pengimarahan institusi masjid akan berkembang dan menjadi utuh apabila melaksanakannya berlandaskan proses pengurusan Islam yang sebenar. Kajian ini mengusulkan penambahbaikan dari aspek pengurusan masjid berdasarkan pengurusan Islam yang mengandungi empat elemen diatas supaya masjid makin didekati oleh masyarakat dari pelbagai peringkat umur.
PENGENALAN Sejarah membuktikan bahawa masjid merupakan satu institusi yang amat penting kepada perkembangan ajaran Islam. Sesuai dengan gelaran sebagai rumah Allah, masjid merupakan tempat yang suci dan mulia serta menjadi lambang wujudnya perhubungan antara manusia dan Allah SWT. Pada zaman Rasulullah SAW, masjid bukan sahaja sebagai tempat menunaikan solat tetapi turut menjadi pusat perkembangan ilmu, pusat kemajuan ekonomi, pusat pertemuan komuniti, pusat penyebaran maklumat, tempat kegiatan sosial seterusnya sebagai tempat penyatuan ummah. Di Malaysia, setiap kawasan petempatan atau perumahan yang diduduki oleh komuniti Islam akan di bina sebuah masjid bagi memenuhi keperluan umat Islam di kawasan itu samaada di bandar atau luar bandar. Namun begitu, fungsi masjid semakin mengecil dan tertumpu untuk menunaikan solat sahaja. Menurut Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun menyebut bahawa
pengurusan masjid yang cemerlang pada zaman awal kebangkitan Islam dapat melahirkan ramai tokoh ulama yang bertebaran di seluruh dunia Islam. Sebaliknya kelemahan dan kejatuhan umat Islam kini adalah berpunca daripada kelemahan kepimpinan dalam pengurusan institusi masjid. Institusi masjid tidak berfungsi secara menyeluruh dan berkesan bagi menarik masyarakat mencintainya. Ini kerana urus tadbir masjid tidak terurus dengan baik dan kebanyakkan ditadbir secara kaedah yang kurang berkesan. Menurut Nasoha Saabin (2001) kebanyakan masjid di serata negara bukan sahaja tidak dimakmurkan, malah masjid lazimnya berkunci dan kelihatan sunyi sepi. Masjid dikebanyakkan tempat dibuka hanya pada waktu solat sahaja. Manakala, Drs. H. Yani (1999) mengatakan bahawa penglibatan Jemaah dalam aktiviti masjid dilihat masih amat rendah jika di bandingkan dengan jumlah penduduk Muslim di sekitar masjid. Kebiasaanya masjid menjadi tempat tumpuan pada masa-masa tertentu sahaja
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
seperti maulid, Isra Mi’raj dan kegiatan ibadah tertentu seperti solat sunat Aidilfitri, solat sunat Aidiladha dan pada malam-malam awal solat teraweh. Sementara kegiatan yang bersifat rutin hanya diikuti oleh sebilangan kecil Jemaah sahaja. Azhar Muhammad, Mohd Ismail Mustari & Bushrah Basiron (2013) peredaran masa turut memberikan kesan kepada peranan dan pengurusan masjid pada hari ini. Institusi masjid juga turun mengalami perubahan bukan sahaja dari aspek struktur binaan, bahkan peranan dan pengurusan dilihat turun menerima kesannya. Rata-rata jika di perhatikan struktur binaan masjid hari ini boleh dikatakan gah, bersaiz besar, menarik dan indah; tetapi peranannya menjadi semakin terhad jika di bandingkan dengan peranan institusi masjid peringkat awal.
pengarahan dan pengawalan dalam pengimarahan masjid realiti pada masa kini. KONSEP PENGIMARAHAN MASJID Definasi pengimarahan Menurut kamus dewan edisi keempat, imarah; mengimarahkan adalah menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. Ada juga sebahagian yang menggunakan perkataan memakmurkan masjid, menurut kamus dewan edisi keempat memakmurkan adalah dari kata dasar makmur yang beerti mempunyai hasil yang banyak (daerah, negeri, dll) mempunyai penduduk yang banyak dan cukup kehidupannya. Apabila perkataan tersebut ditambah awalannya imbuhan me-makmur-kan dan imbuan kan di belakang bermaksud memajukan supaya makmur. Perkataan pengimarahan lebih dikhususkan penggunaannya kepada masjid, berbanding dengan perkataan memakmurkan yang lebih luas penggunaannya.
Sementara itu, menurut Wan Mohamad Bin Abdul Aziz (2008) mengatakan bahawa fungsi masjid di Malaysia lebih tetumpu sebagai pusat beribadah dan pusat pengajian fardu ain. Sehingga kini didapati banyak seminar dan persidangan telah diadakan bagi membincangkan isu dan kepentingan umat Islam bertujuan untuk memartabatkan institusi masjid, namun kedudukan dan fungsi masjid masih belum sampai ke tahap yang memuaskan iaitu sebagaimana fungsi masjid pada zaman Rasulullah SAW. Rialiti masa kini, kita dapat lihat bahawa masjid dibina dengan perbelanjaan yang tinggi dan masjid dijadikan bangunan untuk dibanggakan kerana dihias dengan cantik. Akan tetapi kita tidak memikirkan bagaimana masjid dapat dibangunkan dan dimakmurkan seolah-olah ia dibina untuk menjadi kebanggan orang Islam dan digunakan pada waktu yang tertentu sahaja. Bahkan sesetengah kawasan masjid terbiar sepi, di tinggalkan kosong dan pasti jauh daripada rahmat Allah SWT. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan konsep pengimarah masjid yang sebenar merujuk pada peranan masjid pada zaman Rasulullah SAW serta membincangkan proses pengurusan Islam yang melibatkan perancangan, pengorganisasian,
Biarpun perkataan pengimarahan dan memakmurkan kelihatan berbeza, namun ianya mempunyai asas yang sama iaitu untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah bagi memajukan dan memartabatkan sesuatu institusi atau organisasi. Definasi masjid Menurut Sidi Gazalba (1975) Perkataan masjid berasal daripada perkataan sajada yang membawa maksud sujud; maka salah satu makna masjis ialah ‘tempat sujud’. Perkataan masjid dalam bahasa Arab bermaksud tempat beribadah kerana ia berasal dari perkataan sajada, yasjudu, sujudan yang membawa erti tempat sujud atau tempat ibadah. Dalam kamus al-Marbawi (1996) asal perkataan masjid adalah daripada bahasa arab iaitu sajada, yusjadu, sujuda yang membawa erti bersujud, tunduk dan merendahkan diri iaitu dengan meletakkan dahi ke bumi dan dilakukan dengan sengaja. Manakala, menurut Kamus Dewan (2005) masjid bermaksud bangunan khas untuk umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. ١٨َّلَّت َۡدعُواََّّ َم ََّعَّٱلِلََِّّأَ َح ٗدا َّ َ َلِلَّف َِّ ِ ََّوأَنََّّ ۡٱل َم َٰ َس ِج ََّد
2
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah. (Surah Al-Jin: 18)
sebagaimana firman Allah SWT dalam surah AlTaubah ayat 18: ََّ ٱلِلِ َّ َو ۡٱليَ ۡو َِّم َّ ۡٱۡلٓ ِخ َِّر َّ َوأَقَا ََّم َّٱلصلَوَٰ َّة َّ ِن َّب ََّ ن َّ َءا َم َّۡ إِن َما َّيَ ۡع ُم َُّر َّ َم َٰ َس ِج ََّد َّٱلِلَِّ َّ َم ٓ َٰ ُ َ ٓ ه َّن ََّ ك َّأن َّيَ ُكونُواَّ َّ ِم ََّ ِٱلِلَ َّفَ َع َسىََّٰ َّأولَئ َّ َّ َّش َّإِّل ََّ َو َءاتَى َّٱلزكَوَٰ َّةَ َّ َولَ َّۡم َّيَ ۡخ ١٨َّين ََّ ۡٱل ُم ۡهتَ ِد Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Dalam bahasa Inggeris pula, perkataan masjid didefinisikan sebagai ‘mosque’ yang diambil dari perkataan Perancis iaitu’mosquee’ yang mana ia pula diambil dari perkataan Sepanyol iaitu ‘mezquita’. Manakala dalam istilah Sepanyol itu pula adalah hasil dari terjemahan perkataan Arab ‘masjid’ yang dikatakan dari perkataan orang Aramaic iaitu ‘masgedha’. Perkataan masjid dalam loghat orang-orang Melayu di semenanjung iailah ‘mesjid’, dan orang-orang Melayu berketurunan Bugis (Sulewesi) di Johor dan Perak pula menyebut masjid sebagai ‘masigi’. Orang-orang melayu keturunan Acheh di Kedah dan Perak memanggil masjid sebagai ‘menseugit’, begitu juga orang-orang Melayu keturunan Jawa pula lebih senang menyebut ‘maesigit’. Baik apa pun panggilan dalam loghat kedaerahan, namun perkataan masjid adalah nama yang sering disebut oleh selutuh umat Islam di Malaysia khususnya di Semenanjung. (Abdul Halim Nasir, 1984) Walaupun masjid dikenali dengan panggilan yang berbeza-beza mengikut bahasa masing-masing, namun masjid merupakan suatu institusi dan bangunan yang penting sebagai tempat ibadah dan pusat pembangunan bagi umat Islam sejak dari zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini.
Yang dimaksudkan dengan memakmurkan masjid adalah membina, menjaga kebersihan, melengkapi kemudahan dan prasarananya, dan membuat penerangan. Juga termasuk kategori memakmurkan masjid adalah mendirikan solat didalamnya, banyak mengerjakan solat berjemaah di dalamnya, belajar dan mengajar ilmu-ilmu yang bermanfaat didalamnya, ilmu yang bermanfaat yang paling agung adalah belajar dan mengajar al-Quran dan melakukan ketaatanketaatan lain, seta mengikhlaskan semua bentuk ibadah hanya untuk mencari redha Allah semata. (Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahtani 2010) Pendekatan pengimarahan masjid yang dicadangkan adalah kembali kepada kefungsian dan peranan masjid pada zaman Rasulullah SAW dan disesuaikan dengan realiti masyarakat sekarang. Masjid dijadikan tempat yang menarik dengan ciri-ciri keselamatan, dari sudut kebersihan dan kekemasan serta keindahan. Selain dari itu, dilengkapi dengan aktiviti yang menyeluruh dari aspek keilmuan, keimanan dan kemahiran yang sesuai dengan semua peringkat usia dan jantina. Pihak pengurusan masjid yang telus, terbuka dan mesra, sentiasa berkhemah dan hormat serta menasihati dan mendidik jemaah qariah. Dalam pada itu, masjid juga harus dijagakemuliannya supaya bebas dari krisis dan konflik, tiada perpecahan. Kesedaran untuk mengimarahkan masjid amat penting kepada setiap individu Muslim. Kesedaran ini perlu ditanam untuk memastikan masjid sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam.
Pengimarahan masjid Menurut Nik Mohd. Rosdi Nik Ahmad (2007) asas dalam keperluan pengimarahan masjid mestilah didasari oleh keagamaan iaitu konsep memakmurkan masjid; konsep amar makruh nahi munkar iaitu menyuruh manusia melakukan amal kebajikan dan melarang manusia kearah kejahatan. Konsep keilmuan iaitu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan membenteras kejahilan. Konsep kebajikan iaitu menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan yang berbeza dalam usaha mempengaruhi orang lain. Konsep penghayatan iaitu mengamalkan ilmu yang dipelajari dan konsep universal iaitu bersifat menyeluruh dan tidak memfokuskan kepada satu aspek sahaja. Melalui konsep-konsep yang dinyatakan itu, inspirasi yang diperlukan oleh pengtadbir akan berhasil. Tanggungjawab mengimarahkan masjid ini ada disebut dalam al-Quran antaranya ialah 3
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
Matlamat pengimarahan masjid Menurut Abdul Munir Ismail (2012) matlamat pengimarahan dan keceriaan masjid dapat dibahagikan kepada tiga matlamat penting iaitu, mengajar manusia bertakwa dan menjauhkan maksiat. Kedua, meninggikan syiar Islam dan menghapuskan syirik. Ketiga membimbing golongan jahil dan memberi peringatan kepada golongan lalai supaya kembali kepada Allah.
Manakala, menurut Drs. H. Ahmad Yani (1999) peranan dan fungsi masjid pada masa Rasul adalah, Tempat perlaksanaan peribadatan, Tempat pertrmuan, Tempat bermusyawarah, Tempat perlindungan, Tempat kegiatan sosial, Tempat berubat orang sakit, Tempat latihan dan mengatur siasat perang, Tempat penerangan dan madrasah ilmu,Tempat berdakwah.
Berdasarkan penjelasan diatas dapatlah difahamkan bahawa matlamat pengimarahan masjid yang dilaksanakan kepada semua orang tidak kira lapisan masyarakat dan peingkat umur adalah bertujuan untuk mengukuhkan akidah Islam supaya makin mantap. Ia juga dapat menjaga masayarakat dari sebarang penyelewengan akidah dan memperbaiki akhlak dan melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Allah SWT.
Kesimpulannya, kita dapat lihat sebuah pengajaran penting daripada maklumat tentang peranan dan fungsi masjid pada zaman Rasulullah SAW yang boleh diambil iktibar dan panduan terhadap peranan dan kefungsian masjid pada masa kini. Pengajaran yang boleh dilihat adalah umat Islam perlu menerima bahawa potensi penggunaan masjid adalah lebih luas daripada hanya sebagai tempat sembahyang, mendengar ceramah agama dan tempat perayaan agama sekali sekala seperti solat sunat aidilfitri dan aidiladha. Sehubungan itu, masyarakat Islam masa kini perlu jelas bahawa masjid boleh berfungsi lebih daripada apa yang lazim dilakukan sekarang.
Peranan Masjid Pada Zaman Rasulullah Dalam peristiwa paling bersejarah iaitu hijrah Rasulullah SAW menuju ke Madinah, baginda telah membina sebuah masjid pada 622 M di sebuah perkampungan berhampiran oasis di Quba, antara pertengahan jalan Makkah dan Madinah yang dinamakan masjid Quba. Perkara pertama yang baginda lakukan iaitu membina masjid di atas tanah kepunyaan dua orang anak yatim yang dibeli oleh Rasulullah SWA. Masjid ini seterusnya dikenali sebagai Masjid Nabawi. (Nasoha Saabin 2001)
PROSES PENGURUSAN ISLAM DALAM PENGIMARAHAN MASJID REALITI PADA MASA KINI Proses pengurusan bermaksud apa yang perlu dilakukan oleh para pengurus pada setiap tahap pengurusan dari awal hingga akhir. (Akademi Pengurusan YPEIM).
Bagaimana masjid pada zaman Rasulullah berfungsi dan memainkan peranannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT? Menurut Sidi Gazalba (1975) peranan dan tugastugas yang dimainkan oleh institusi masjid sejak zaman Rasulullah SAW sebagai berikut,Tempat sembahyang (fardu dan sunat), iktikaf dan berdoa, Tempat berkumpul umat Islam, Institusi Ilmu dan pendidikan, Tempat mengumumkan hal-hal penting yang bersangkut paut dengan kehidupan masyarakat, Asrama dan hotel bagi pengembara, Perpustakaan, Pejabat Bait al-Mal, Tempat penyelesaian masalah masyarakat atau negara, termasuk sebuah mahkamah, Pusat pentadbiran negara termasuk tempat menerima perwakilan luar negara, Markas tentera yang strategi peperangan dibincang dimasjid, Tempat melangsungkan pernikahan dan sembahyang jenazah,Tempat kegiatan sastera, contohnya pembacaan syair.
Kebanyakkan sarjana pengurusan bersepakat bahawa elemen pengurusan melibatkan persoalan perancangan, penyusunan, pengarahan serta pengawalan. Dengan menggunakan kerangka berfikir tersebut, elemen-elemen pengurusan itu akan dilihat pula menurut perspektif Islam. (Rasid Muhamad, Mohd Yadman Saran, S.salahudin Suyurno 2008). Pandangan itu di sokong oleh Abdul Halim Haji Hasan (1994) yang mengatakan secara konsepnya kerja pengurusan dan pentadbiran masjid yang cemerlang memerlukan perancangan yang teliti, pengelolaan yang berterusan, memberi arahan yang jelas serta berkesan kepada kumpulan sokongan, penyelarasan dan pengawalantugasan rutin pegawai secara sistematik agar institusi masjid menjadi sebuah oeganisasi yang baik. Hasilnya pula dapat dilihat kepada pekerja yang boleh mengikut arahan dari semasa ke semasa dengan berkesan. Manakala para pengunjung masjid 4
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
dapat mengambil manfaat daripada sistem pengurusan dan pentadbiran berkesan. Masjid menjadi makmur dengan kedatangan Jemaah yang meningkat dari semasa ke semasa.
yang bersifat santai seperti program sukan juga boleh dianjurkan, kesemua jenis sukan seperti bola sepak, badminton, olahraga boleh dirancang di masjid. Akhir sekali, program di masjid boleh dipelbagaikan supaya dapat menarik minat semua masyarakat setempat. Seterusnya, menganalisis suasana dan status semasa melibatkan persekitaran dalamam dan luaran masjid dan hubungannya dengan matlamat yang hendak dicapai. Kesemua program yang dirancangkan mestilah melibatkan pelbagai peringkat umur dan jantina. Setiap perancangan haruslah dihebahkan kepada masyarakat sekeliling sama ada melalui pengumuman melalui poster, melalui risalah dari rumah ke rumah. Menegenalpasti kekuatan dan kelemahan masjid. Ini termasuk faktor atau cabaran yang boleh menjadi ancaman kepada pelaksanaan program. Status kewangan biasanya menjadi penghalang bagi menggerakkan sesuatu program. Pihak pengurusan masjid perlu membuat pelan tindakan bagi mengatasi masalah ini seperti memastikan keberkesanan mengutip yuran bulana atau tahunan bagi ahli qariah. Cara kedua adalah dengan mengumpul dana atau mendapatkan sponsor. Cara ketiga dengan mewujudkan dana sampingan dengan menyediakan ruang bagi ahli qariah berniaga di sekitar kawasan masjid tapi harusnya berpada-pada supaya tidak menjejaskan kemulian institusi masjid itu sendiri.
Masjid tidak akan makmur jika tidak ada usaha dibuat untuk memakmurkannya. Sebuah perniagaan tidak akan berkembang maju jika tidak ada usaha untuk memajukannya. Membuka perniagaan dan memajukan perniagaan, walaupun saling berkaitan tetapi pendekatan kedua-dua aspek tersebut berbeza. Jika kita membuka perniagaan tetapi tidak membuat usaha untuk memajukan perniagaan itu maka lama-kelamaan, perniagaan itu akan tutup. Begitu juga apabila kita membina masjid tetapi tidak membuat usaha memakmurkan masjid, maka lama-kelamaan masjid akan menjadi sunyi sepi. (Nasoha Saabin 2001) Justeru itu, satu rumusan boleh dibuat bahawa dalam usuha mengimarahkan masjid perlu didasari dengan proses-proses pengurusan yang asas seperti perancangan, pengorganisasian, pengarahan serta pengawalan bagi mencapai matlamat untuk menjadikan masjid suatu tempat yang menarik, mesra, maju dan mulia. Perancangan Proses utama dalam pengurusan adalah perancangan. Sesungguhnya didalam kehidupan perancangan amat penting. Dalam usaha mengimarahkan masjid, perancangan yang hebat adalah tahap awal bagi menjayakan matlamat yang ingin dicapai. Diatara perancangan yang boleh dilaksanakan adalah: Menentukan objektif atau matlamat yang hendak dicapai oleh pihak pengurusan masjid yang melibatkan persekitaran dalaman dan luaran sama ada matlamat jangka panjang atau jangka pendek. Dalam skop penulisan ini, matlamat yang ingin dicapai adalah pengimarahan masjid yang tinngi dengan mengatur program pembangunan ilmu seperti kuluah subuh dan magrib, kelas fardu ain, kelas pengajian agama seperti tauhid, tafsir, hadis, fiqah, tasawuf dan lain-lain. selain itu, program pembangunan masyarakat seperti bacaan Yassin dan Tahlil, kursus haji, majlis qurban, majlis sambutan Awal Muharam, Majlis sambutan Maulidur Rasul, Masjid sambutan Israk dan Mikraj, Masjlid sambutan Nisfu Syaaban, Ihya’ Ramadhan, kursus kahwin, Qiamullail, kursus jenazah, program kesihatan, forum perdana hal ehwal Islam. Tambahan lagi, program
Pengorganisasian Dalam pengertian umumnya pengorganisasian bermaksud pengacaraan (programming), penempatan sesuatu atau seseorang pada posisiposisi yang sesuai dengan tujuan agar semuanya dapat berfungsi dengan berkesan dan seterusnya membuahkan hasil (produktiviti) yang dikehendaki. . (Akademi Pengurusan YPEIM). Setelah segala aktiviti pengimarahan masjid telah dirancang, langkah seterusnya adalah dengan menubuhkan unit-unit yang difikirkan sesuai dengan gerak kerja yang ingin dilaksanakan. Pengorganisasian masjid yang mantap akan membuahkan gerak kerja yang baik sebagaimana yang dirancangkan. Dalam pengorganisasian masjid, langkah-langkah penyusunan perlu diatur supaya tidak berlaku pertindihan kerja dan melambatkan proses pelaksanaan. Di antara langkah-langkahnya adalah pertama menyenaraikan kerja atau tugas yang sudah dirancangkan. Kedua, mewujudkan unit atau biro yang berbeza-beza bagi melancanrkan gerak kerja seperti unit kewangan dan kebajikan, unit 5
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
akedemik, unit ukhwah, unit penerbitan dan pusat sumber, unit pembangunan jasmani dan keselamatan, unit aktiviti remaja serta unit aktiviti wanita. Ketiga, membahagikan anggota jawatankuasa mengikut unit yang bersesuaian mengikut kemampuan, pengalaman, keadaan fizikal dan mentalnya. Keempat penyelarasan dengan memberikan sepenuh tanggungjawab kepada setiap pimpinan unit daripada pihak atasan pengurus masjid, namaum perlu kepada pengawasan berkala. Dan yang terakhir adalah setiap unit harus menjalinkan kesepaduan diantara unit-unit lain supaya gerak kerja menjadi mantap.
Pengawalan Proses pengawalan meliputi segala sikap dan tindakan untuk mempastikan proses pencapaian matlamat dilaksanakan dengan sempurna, menepati perancangan, pengorganisasian dan pengarahan. . (Akademi Pengurusan YPEIM). Pengawalan atau pengawasan terjadi sama ada dari pihak pengurus kepada ahli dibawah pimpinannya atau pun sebaliknya untuk memastikan perancangan, pengorganisasian dan pengarahan dilaksanakan dengan baik. Jaafar Muhamad (2003) mendefinasikan pengawasan sebagai “suatu proses menentukan atau mejamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan”.
Pengarahan Pengarahan bermaksud keupayaan pengurus menggerakkan para petugas bertindak tepat menurut garis-garis yang telah ditetapkan dengan rela dan penuh iltizam terhadap tugas. . (Akademi Pengurusan YPEIM).
Secara amnya, kawalan terbahagi kepada tiga bentuk. Pertama, kawalan awal yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan segala input yang digunakan dalam proses berkenaan memenuhi keperluan tugas berkenaan. Kawalan kedua adalah kawalan selari yang dilakukan sepanjang aktiviti dilakukan. Kawalan ini bagi memastikan segala aktiviti berjalan mengikut perancangan dan yang terakhir adalah kawalan maklumbalas, kawalan ini dilakukan bagi melihat output yang diperolehi daripada sesuatu aktiviti.
Dalam pengurusan masjid, fungsi pengarahan merupakan satu upaya membimbing seluruh ahli jawatankuasa dari semua unit untuk melakukan tanggungjwab sesuai dengan skop kerja masingmasing. Pemimpin pengurus masjid harus memberikan rangsangan dan motivasi kepada semua bagi mereka menjalan tugas masingmasing dengan sempurna. Di dalam organisasi masjid amat memerlukan kepada motivasi dan kesedaran yang amat tinggi, ini kerana kebiasaanya ahli jawatankuasa masjid adalah merupakan golongan sukarela. Mereka memerlukan kepada kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan akan melahirkan keimanan yang kuat. Sehubungan itu, seorang pengurus perlu menunjukkan teladan yang baik kepada seluruh ahli jawatankuasa di bawah pimpinannya. Arahan melalui lisan sahaja tanpa menunjukkan contoh tauladan tidak memberi apa-apa makna. Selain itu, pengurus harus sentiasa berkomunikasi dengan baik dan bijaksana tanpa melebihkan mana-mana bahagian bagi menunjukkan keadilan dan mengukuhkan perpaduan di antara semua ahli jawatankauasa. Di samping itu, pengurus harus selalu meningkatkan semangat kerja ahli jawatankuasanya dengan memberikan penghargaan diatas prestasi yang dicapai seta membuat penambahbaikan segala kekurangan yang ada dengan memberi teguran secara berhikmah.
Pengawalan dapat dilakukan dengan melihat tahap pelaksanaan aktiviti masjid dengan mengukur keberhasilannya sama ada mencapai matlamat yang telah ditetapkan atau pun tidak. Seterusnya memperbaiki sebarang kekurangan yang terjadi dan memperbetulkan kesilapan supaya dapat menghindari kegagalan. KESIMPULAN Umat Islam pada zaman serba moden ini perlu seiring dalam mengimarahkan institusi masjid. Kita wajib memakmurkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang telah direncanakan dan bertepatan dengan suruhan Allah dan Rasulnya. Sehubungan itu, pihak pengurusan masjid perlu proaktif dan kreatif dalam menyediakan pelbagai aktiviti, kemudahan dan bantuan untuk menarik minat masyarakat mendekati masjid. Melalui penulisan ini, pengurusan masjid merupakan satu seni mengurus tadbir urusan masjid yang melibatkan empat proses utamanya, iaitu perancanagan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Keempat-empat proses ini harus digabungkan kerana saling mempengaruhi antara satu sama lain. Dengan pendekatan proses-proses 6
PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.
ini, pengurusan masjid akan menjadi berkualiti dan dapat mencapai matlamat sebagaimana yang telah dirancangkan.
Drs.
H. Ahmad Yani. (1999). Panduan Memakmurkan Masjid Kajian Praktis Bagi Aktivis Masjid. Jakarta: DAE PRESS
Rujukan
Jaafar Muhamad. 2003. Asas pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Abdul Halim Haji Hasan. 1994. Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Deilmu (Malaysia) Sdn Bhd
Kamus dewan. 2013. Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Qur’an
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi. 1999. Peranan, Kurikulum Dan Reka Bentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat. Johor: UTM
Abdul Munir Ismail. 2012. Urus tadbir masjid secara berkesan. Perak: UPSI Abdulhalim Nasir. 1984. Masjid-Masjid di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Punlishing Sdn. Bhd.
Nik Mohd. Rosdi Nik Ahmad. 2007. Catatan Ringkas: Perbincangan Mengenai Tamadun. Shah Alam: CITU, UITM
Akademi Pengurusan YPEIM. 2005. Pengurusan Dalam Islam Menghayati Prinsip Dan Nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan Ypeim
Sidi Gazalba. 1975. Masjid: Pusat Ibadah dan Kebudayaan Islam. Jakarta: Pustaka Antara.
Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahtani. 2010. Masjid Kemuliaan, Fadilat Dana AdabAdabnya. Terj. Sidang penterjemah. Selangor: Al-Hidayah Publication
................................................................................ ................................................................................ ..........................................................................
7