PERBEZAAN SUNNI DAN SYIAH IMAMIYYAH DALAM BAB SOLAT Muhammad Bin Othman Mohammad Zaini Yahaya
ABSTRAK Isu syiah ini merupakan isu semasa yang agak serius ketika ini. Boleh dikatakan setiap hari terdapat akhbar-akhbar serta majalah-majalah yang menceritakan mengenai syiah. Walaubagaimanapun, isu Syiah ini sering dikaitkan dengan pegangan aqidah mereka tanpa mengambil berat dari aspek fiqh terutamanya dalam fiqh ibadat. Apa yang selalu dibincangkan dalam permasalahan fiqh hanya berkaitan isu nikah mut‟ah dan solat tiga waktu sahaja. Akan tetapi di dalam bab fiqh ibadat khususnya dalam bab solat tidak ada lagi kajian yang mendalam mengenainya.Oleh itu, tujuan utama kajian ini ingin melihat sejauh mana perbezaan di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah di dalam permasalahan fiqh ibadat dengan ditumpukan pada bab solat, di samping mengkaji latar belakang Sunni dan Syiah. Metodologi kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan kajian kepustakaan dalam pengumpulan data. Data-data tersebut akan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian menjangkakan terdapat banyak perbezaan dalam permasalahan bab solat di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah. PERMASALAHAN KAJIAN Isu syiah ini merupakan isu semasa yang agak serius pada ketika ini. Boleh dikatakan setiap hari terdapat akhbar-akhbar yang menceritakan mengenai isu syiah ini. Sebagai contohnya akhbar Sinar Harian yang bertarikh 24 julai 2013 edisi Kelantan. Antara tajuk-tajuk yang dimuatkan adalah Syiah Anggap Mutaah Ibadat, Syiah Di Selangor Membimbangkan dan sebagainya. Begitu juga media-media semasa seperti Tv AlHijrah yang menitikberatkan isu ini dengan mengadakan beberapa program dan temu bual mengenai bahaya syiah ini. Selain itu, isu Syiah ini juga telah mendapat perhatian dikalangan para kolumnis Majalah Al-Ustaz sehinggakan ia dijadikan isu utama yang dibincangkan dalam majalah tersebut yang bertajuk „Menyingkap Topeng Syiah‟ isu no 17 (2013). Isu syiah ini menjadi semakin hangat diperkatakan di Malaysia setelah berlakunya perang saudara di antara kumpulan Syiah dan Sunni di Syria yang amat serius, serta campur tangan negara-negara luar yang sudah lama berlangsung kira-kira tiga atau empat tahun lamanya. Walaubagaimanapun, isu Syiah ini sering dikaitkan dengan pegangan aqidah mereka. Di antara penulisan yang menceritakan tentang aqidah mereka ialah Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2011) yang mengatakan mengenai imam dua belas ini iaitu Imam adalah Maksum dan imamimam mereka juga telah ditentukan Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini menunjukkan penyelewengan dari sudut aqidah yang jelas sesatnya. Selain itu, buku ini juga menulis tentang ahli syiah yang telah mengkafirkan para sahabat dengan menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyyah sebagai empat berhala Quraisy. Perkara ini jelas membuktikan perbezaan antara syiah dah sunni dari sudut aqidah yang mana hal ini telah diketahui secara umumnya.
Akan tetapi dari sudut fiqh, masih ramai yang kabur mengenai beberapa perkara terutamanya dari aspek bab solat Syiah Imamiyyah itu sendiri yang mana solat sunat dhuha dan solat sunat tarawih itu dikatakan bid‟ah, sujud di atas batu Karbala dan sebagainya. Terdapat beberapa lagi perbezaan mengenai bab solat di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah ini yang perlu kepada kajian secara khusus untuk menerangkan kepada orang awam sejauh manakah kesesatan Syiah Imamiyyah ini yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Isu yang sering dikaitkan dengan fiqh Syiah ialah mengenai nikah mut‟ah dan solat tiga waktu mereka yang sudah terdapat banyak penulisan yang membicarakan tentang masalah ini. Akan tetapi di dalam bab solat hanya terdapat sedikit sahaja penulisan dan kajian mengenainya. Oleh itu, di samping isu nikah mut‟ah dan solat jamak yang menjadi perbualan orang awam, mungkinkah terdapat lagi beberapa isu yang boleh dianggap kontroversi dan boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan daripada ajaran syariat Islam yang sebenar dengan ditumpukan dalam bab solat. Hal ini menyebabkan terdapat beberapa kelompangan dan isu yang masih lagi boleh di buat kajian ilmiah. Oleh yang demikian, penulis ingin melakukan kajian mengenai perbezaan di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah dalam bab solat. Kajian ini ditumpukan terhadap Syiah Imamiyyah kerana ia merupakan antara aliran yang terbesar di kalangan kelompokkelompok Syiah seperti yang telah dinyatakan oleh Mohd Fauzi Hamat (2011) di dalam penulisannya yang bertajuk Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah “Umumnya, para ulama‟ telah membahagikan Syiah kepada tiga kelompok terbesar. Antara kelompok Syiah tersebut adalah Syiah yang melampau (alGhaliyah), Syiah al-Imamiyyah dan Syiah al-Zaidiyyah”. Selain itu, penulis ingin menerangkan dan mengupas dengan lebih mendalam tentang perbezaan dari sudut fiqh ibadat iaitu dalam bab solat kepada orang awam yang masih lagi tidak jelas tentangnya supaya mereka dapat menilai perbezaan di antara Syiah Imamiyyah dan Sunni bukan sahaja dari aspek akidah akan tetapi dari aspek fiqh juga yang terdapat banyak perbezaannya. PERSOALAN KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji menampilkan beberapa persoalan kajian yang ingin dilaksanakan berdasarkan tajuk kajian. Antara persoalan kajian ialah: 1. Apakah dia Syiah Imamiyyah dan latar belakangnya ? 2. Bagaimanakah pembentukan hukum fiqh menurut Syiah Imamiyyah ? 3. Apakah perbezaan di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah di dalam permasalahan bab solat ? OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif iaitu : 1. Untuk mengenal pasti Syiah Imamiyyah dan latar belakangnya. 2. Untuk mengkaji pembentukan hukum fiqh menurut Syiah Imamiyyah.
18
3. Untuk menganalisis perbezaan permasalahan bab solat di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah. METODOLOGI KAJIAN Dalam merealisasikan objektif serta menjawab segala persoalan bagi kajian ini, penulis telah mengenal pasti beberapa kaedah atau metod kajian yang boleh serta sesuai digunakan dalam pengumpulan dan penganalisisan data yang ditemui. Data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis bagi menghasilkan sebuah kajian yang berautoriti dan mencapai objektif kajian yang dikehendaki. REKABENTUK KAJIAN Penulis mengenal pasti rekabentuk bagi menjayakan kajian ini adalah dengan menggunakan kajian kualitatif iaitu kajian analisis kandungan. METODOLOGI PENGUMPULAN DATA Kajian ini mengaplikasikan tiga kaedah pengumpulan data iaitu melalui teknik pemerhatian, teknik temu bual separa berstruktur dan teknik kajian kepustakaan dengan merujuk kepada kitab-kitab tradisi, buku-buku, artikel jurnal, kajian penyelidikan dalam bentuk disertasi doktor falsafah dan sarjana serta majalahmajalah. Di dalam teknik pemerhatian, penulis telah meneliti beberapa klip video dan gambar yang menerangkan cara ahli Syiah solat yang telah dimuat naik di laman sesawang yang menjurus kepada persoalan kajian yang ditimbulkan sebelum ini. Melalui teknik temu bual separa berstruktur, penulis akan merujuk kepada pegawaipegawai yang bertanggungjawab dalam isu-isu yang berkaitan dengan syiah seperti pegawai JAKIM atau pegawai jabatan agama Islam negeri-negeri. Di samping itu, penulis juga akan menemu bual beberapa orang sarjana yang pakar dalam fiqh perbandingan. Teknik separa berstruktur ini dipilih kerana ia mungkin terdapat penambahan oleh yang ditemu bual dan itu merupakan isi yang penting yang tidak ditanyakan di dalam sesi temu bual tersebut. Selain itu, melalui kajian kepustakaan ini, dalam mendapatkan kitab-kitab dan bahanbahan tersebut penulis akan mengunjungi Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, penulis turut merujuk kepada koleksi persendirian kitab-kitab milik penulis. Selain itu juga penulis mendapatkan bahanbahan ini secara mudah di dalam laman sesawang yang menyediakan kitab-kitab dalam bentuk soft copy secara percuma. METODOLOGI ANALISIS DATA Analisis Deskriptif Tatacara penganalisisan data pula dilakukan dengan mengguna pakai teknik analisis deskriptif ke atas kesemua data-data yang diperoleh melalui pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan kajian kepustakaan. Semua data-data yang diperoleh ini dikumpulkan dalam bentuk transkipsi untuk dianalisis. Analisis ini menjelaskan bagaimana sesuatu itu dilakukan dan mengapa ia dilakukan sedemikian itu. Matlamat teknik analisis deskriptif ini digunakan ialah untuk menghuraikan data dan maklumat
19
yang diperoleh. Oleh itu, melalui metod ini, penulis akan merungkaikan sejauh mana perbezaan di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah di dalam permasalahan fiqh ibadatdengan ditumpukan pada bab solat. SKOP KAJIAN Kajian ini hanya ditumpukan terhadap aliran Syiah Imamiyyah sahaja dankajian ini juga hanya difokuskan kepada perbezaan dalam bab solat di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah. Oleh itu, kajian ini tidak meliputi bab selain dari bab solat seperti bab puasa, bab zakat dan sebagainya. TINJAUAN LITERATUR Dalam perbahasan yang berkaitan dengan Syiah ini, terdapat banyak kitab yang dikarang oleh para ilmuan Islam dalam membahaskan dan menerangkan tentang latar belakang Syiah serta pegang atau i‟tiqad mereka. Walaubagaimanapun, kajian lepas ini akan membincangkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu yang menjurus kepada persoalan kajian. Kajian lepas ini bertujuan untuk meningkatkan fahaman mengenai latar belakang isu yang telah dikemukakan dalam permasalahan kajian. Oleh demikian, di dalam bahagian kajian lepas ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu dimulai dengan sejarah, latar belakang dan pegangan Syiah. Kemudian diikuti pula dengan fiqh Syiah dan akhir sekali menyentuh perkara yang berkaitan dengan bab solat menurut Syiah. Sejarah, Latar Belakang serta Pegangan Syiah Di dalam membicarakan tentang sejarah dan latar belakang Syiah ini, terdapat beberapa artikel yang ada membahaskan mengenai hal ini. Sebuah artikel yang bertajuk Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias (2011). Artikel ini ada menerangkan dengan mendalam mengenai definisi Ahli Sunnah wal Jamaah serta latar belakang kelahiran Syiah Imamiyyah dari sudut bahasa dan istilah. Selain itu juga, ia ada membahaskan tentang pecahan golongan Syiah yang terbesar dan seterusnya membicarakan tentang perbezaan fahaman antara ahli Sunnah dan Syiah Imamiyyah di dalam beberapa perkara seperti rukun iman, konsep al-Imamah dan sebagainya. Selain itu, artikel yang bertajuk Sejarah Perkembangan Syiah dan Perkaitannya Dengan Ahli Bait oleh T.tp (2011) juga ada menceritakan tentang sejarah dan asal usul perkataan Syiah itu sendiri. Selepas itu, ia membicarakan mengenai perkembangan Syiah kepada Rafidhah serta Syiah Rafidhah tiada kaitan dengan Ahli Bait. Ini menunjukkan bahawa artikel-artikel di atas hanya menerangkan mengenai sejarah dan latar belakang Syiah sahaja tetapi tidak menyentuh berkaitan fiqh apatah lagi dalam bab solat. Antara tesis yang membincangkan mengenai pegangan Syiah pula ialah tesis yang bertajuk Syarat Perlantikan Khalifah dari Perspektif Syiah dan Sunni: Suatu Perbandingan oleh Rifanto Bin Ridwan (2004). Tesis ini membicarakan perbandingan di antara Syiah dan Sunni di dalam permasalahan syarat perlantikan khalifah. Antara yang dinyatakan di dalam tesis ini ialah mengenai konsep khilafah secara umum serta menurut perspektif Syiah, syarat-syarat seorang khalifah dipilih
20
menurut perspektif Syiah serta Ahl al-Sunnah, dan yang terakhir perbandingan dengan melihat persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Selain itu, sebuah tesis ijazah sarjana di Universiti al-Azhar yang bertajuk Mawqiif alAzhariy al-Shariif Min Shiicah ithnā cAsyariyyah oleh Taha Ali al-Sawwah (2010) di bawah seliaan Prof. Dr. „Abd Allah „Ali Samak menjelaskan pendirian al-Azhar terhadap Syiah imam dua belas. Di bawah tajuk al-Ḥukm calayhim (hukum ke atas golongan syiah imam dua belas) halaman 320 merumuskan bahawa, pertama ialah tidak syak lagi bahawa Syiah imam dua belas termasuk dalam kumpulan sesat dan agama yang rosak. Kedua pula ialah Syiah imam dua belas telah keluar dengan aqidah-aqidah mereka yang melampau dan ekstrem daripada batasan yang boleh diterima. Ketiga ialah telah sabit pendirian majoriti Salaf dan kebanyakan ulama (Khalaf) tentang kekafiran kumpulan ini dan ia dimasukkan sebagai kelompok pelampau yang terkeluar daripada Islam. Keempat ialah ketidakharusan menikahi golongan Rawafidh, oleh sebab ketiadaan kesepadanan, juga penyelewenganpenyelewengan mereka dan terkeluarnya daripada agama umat Islam. Berdasarkan kepada sejarah dan latar belakang Syiah, majoriti kitab-kitab yang dikarang, pasti serba sedikit menyentuh sejarah dan latar belakang Syiah. Antaranya ialah Icitiqād Ahl al-Sunnah wa al-jamācah oleh K.H. Sirajuddin Abbas (1983), Perbahasan Akidah Islam oleh AB. Latif Muda & DR. Rosmawati Ali @ Mat Zin (2007), Membendung Pengaruh Syiah di Malaysia oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2011), Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan (2013,Syiah dan Sunnah oleh Ehsan Elahi Zaheer (t.th). Kesemua penulisan-penulisan di atas ini hanya menerangkan tentang asal usul dan latar belakang Syiah serta sedikit menyentuh mengenai akidah dan pegangan mereka. Walaubagaimanapun, penulisan-penulisan ini tidak menyentuh berkaitan dengan fiqh Syiah iaitu dalam bab solat. Selain dari tesis-tesis di atas yang membahaskan mengenai akidah dan pegangan Syiah, terdapat beberapa kajian dan penulisan yang menyentuh mengenai akidah dan fahaman Syiah secara umum dan sebahagian penulisan yang lain menerangkan akidah dan fahaman Syiah secara khusus seperti pendapat serta pandangan mereka berkenaan dengan al-Quran, al-sunnah, ijma‟, taqiyyah, para sahabat, ahli sunnah, imamah, imam empat mazhab dan lain-lain lagi. Antara kajian yang hanya menyentuh secara umum ialah Icitiqād Ahl al-Sunnah wa al-jamācah oleh K.H. Sirajuddin Abbas (1983), Perbahasan Akidah Islam oleh AB. Latif Muda & DR. Rosmawati Ali @ Mat Zin (2007) dan lain-lain lagi. Manakala penulisan yang menerangkan secara khusus tentang akidah dan fahaman Syiah ialah seperti Asas-Asas Mazhab Syiah Imam Dua Belas (IMAMIAH) oleh Sayyid Muhibbuddin Al-Khatib (1986), Haqiiqat al-Khilāf Bayna cUlamā’ Shiicah wa Jumhūr cUlamā’ al-Muslimiinoleh Sa‟id Ismail (1991), Perbandingan Akidah Dan Fahaman Umat Islam oleh Haji Said Haji Ibrahim (1997), cAqāid Shiicah ithnā c Asyariyyah Suāl wa Jawāb oleh Abdul Rahman bin Sa‟ad bin Ali al-Tanthari (2007) yang mendatangkan penulisannya dalam bentuk soal jawab, Membendung Pengaruh Syiah di Malaysia oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2011) ini telah di ulas dengan lebih mendalam di dalam Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan (2013), Syiah dan Sunnah oleh Ehsan Elahi Zaheer (t.th), Min caqāid Shiicaholeh Abdullah Muhammad Al-Salfi (t.th),
21
MawqiifShiicah ithnā cAsyariyyah Min al-Aimmah al-Arbacah oleh Khalid bin Ahmad al-Zahrani (t.th), MawqiifShiicahMin Ahl Sunnah oleh Muhammad Malallah (t.th) dimana terkandung di dalam kitab ini mengenai hukum darah ahli sunnah, solat berimamkan ahli sunnah, nikah ahli sunnah dan sebagainya, selain itu kitab MawqiifShiicah ithnā cAsyariyyah Min al-Ṣaḥābat oleh (t.tn) (t.th) dan sebagainya. Penulisan-penulisan di atas juga tidak ada menerangkan mengenai fiqh Syiah iaitu dalam bab solat akan tetapi hanya menyebut dan membahaskan mengenai akidah serta pegangan Syiah sahaja. Fiqh Syiah Terdapat sebuah tesis yang membahaskan berkaitan Usul fiqh dan ia merupakan sebuah tesis sarjana yang bertajuk Ḥujjiyyāt al-Ijmāc: Dirāsah Muqāranah Bayna Ahl al-Sunnah wa al-Shiicahal-Imāmiyyah oleh IbdalShah (1995/1996) di bawah seliaan Prof. Dr. Yunus Wehbi Yanuz. Tesis ini membincangkan tentang al-Ijmāc di sisi ahli sunnah dan di sisi Syiah imamiyyah dari sudut definisi, hakikat, kepentingan, rukun dan jenis. Seterusnya pengkaji tesis ini menerangkan perkembangan al-Ijmāc di zaman para sahabat, para tabi‟in, para fuqaha dan zaman moden. Setelah selesai membincangkan semua ini, barulah pengkaji membuat dan mengeluarkan aspekaspek persamaan dan perbezaan antara ahli sunnah dan Syiah imamiyyah dalam permasalahan al-Ijmāc. Terdapat juga beberapa kajian dan penulisan yang membicarakan berkaitan fiqh yang diamalkan oleh Syiah. Antaranya adalah Asas-Asas Mazhab Syiah Imam Dua Belas (IMAMIAH) oleh Sayyid Muhibbuddin Al-Khatib (1986), , Perbahasan Akidah Islam oleh AB. Latif Muda & DR. Rosmawati Ali @ Mat Zin (2007), Membendung Pengaruh Syiah di Malaysia oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2011), Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan (2013), al-Iqtiṣād al-Islāmiy Bayna Fiqh al-Shiicahwa Fiqh Ahl al-Sunnah oleh Yusuf Kamal & Abu al-Majdi (t.th) dan lain-lain lagi. Sungguhpun begitu, penulisanpenulisan ini tidak menerangkan secara mendalam berkaitan bab solat tetapi hanya menerangkan secara umum fiqh Syiah seperti mengharuskan nikah mut‟ah, solat tiga waktu sehari, sewa faraj dan sebagainya. Bab Solat Terdapat beberapa kitab dan penulisan yang membincangkan mengenai bab solat yang di amalkan oleh Syiah Imamiyyah. Antara kitabnya ialah Fiqh Lima Mazhab oleh Mohd Jawad Mughniah (1985) yang mana terdapat mazhab Ja‟afariyyah di dalam kitab ini yang dikenali sebagai mazhab Imamiah yang di amalkan oleh sebahagian ahli Syiah. Di dalam kitab ini telah menerangkan kesemua perkara yang berkaitan dengan solat seperti anggota badan yang wajib ditutup ketika solat, perkara yang membatalkan solat, rukun solat, solat jumaat, azan, lupa dan syak dalam solat dan sebagainya. Sungguhpun begitu, ianya hanya menerangkan perbezaan serta persamaan antara Imamiyyah dan mazhab empat yang mana ia merupakan masalah khilaf sahaja. Kitab ini juga tidak membahaskan sama ada perbuatan Imamiyyah itu mengikut syariat Islam atau tidak sebagai contoh di dalam masalah jama‟ tiga waktu. Ini kerana, di dalam kitab ini tidak menerangkan secara terperinci mengenai Syiah Imamiyyah itu sendiri seperti contoh Syiah Imamiyyah sujud di atas batu dan hal itu tidak dikemukakan di dalam kitab ini. Oleh yang demikian, kajian yang khusus
22
menerangkan perbezaan Sunni dan Syiah Imamiyyah dalam bab solat boleh dilakukan. Seterusnya ialah penulisan yang bertajuk Macal ithnā cAsyariyyah fi al-Uṣūl wa alFurūcoleh Ustaz Doktor Ali Ahmad al-Salus (2003)ini merupakan kitab yang menerangkan secara mendalam mengenai fiqh Syiah sama ada dalam aspek usul fiqh, fiqh muamalat mahupun fiqh ibadat. Di dalam penulisan ini juga telah membuat satu bahagian yang menerengakan tentang berkaitan solat seperti jama‟ antara dua solat, azan, sujud atas batu, bercakap ketika solat, solat jumaat dan solat jenazah yang terdapat perbezaan dengan Sunni. Walaubagaimanapun, penulisan ini hanya membahaskan dari sudut pandangan Syiah dua belas sahaja dan tiada membuat perbezaan dengan Sunni dan ianya tidak merangkumi rukun solat, syarat wajib dan syarat sah solat dan sebagainya. . Oleh itu, masih lagi boleh dibuat kajian perbezaan di antara Sunni dan Syiah Imamiyyah dalam bab solat. Lain-Lain Terdapat juga beberapa penulisan yang bukan di bawah tajuk sejarah, akidah ataupun fiqh. Antaranya ialah sebuah tesis ijazah sarjana bertajuk al-Sunnah al-Nabawiyyah: Dirāsah Muqāranah Bayna Ahl al-Sunnah wa al-Jamācah wa al-Shiicahal-Imāmiyyah al-Ithnā cAshariyyah oleh Muhammad Ehsan Bin Suriyanshah Bajuri (1996) yang membicarakan berkaitan sunnah nabawiyyah di sisi ahli sunnah dan Syiah imam dua belas. Tujuan kajian ini adalah untuk menunjukkan dan memastikan kedudukan sunnah di sisi ahli sunnah dan Syiah imam dua belas. Oleh demikian, pengkaji menjelaskan defisini al-Sunnah, kedudukannya, hujahnya dan kesungguhan penyusunannya dari sudut ahli sunnah serta dari sudut Syiah imam dua belas. Selain itu, turut dikaji adalah pendapat serta pendirian Syiah imam dua belas terhadap para sahabat dan perawi hadis. Kajian seterusnya membincangkan seperti kajian di atas yang dilakukan oleh Muhammad Ehsan Bin Suriyanshah Bajuri (1996), walaubagaimanapun ia lebih menjurus kepada permasalah ilmu hadis. Kajian ijazah Ph.D ini bertajuk cUlūm alHadiith Bayna Ahl al-Sunnah wa al-Jamācah wa al-Shiicahal-Imāmiyyah al-Ithnā c Ashariyyah oleh Serdar Demirel (2005). Antara kandungan yang dibincangkan di dalam tesis ini ialah penyusunan ilmu hadis, cara periwayatan hadis, syarat-syarat perawi dan martabat al-Jarḥ wa al-Tacdiildi sisi ahli sunnah dan Syiah imam dua belas. Kedua-dua tesis di atas juga hanya menerangkan perbezaan antara Sunni dan Syiah Imamiyyah dari sudut Ulum Hadis dan Sunnah sahaja. Ia tidak ada menyentuh berkaitan dengan fiqh Syiah iaitu dalam bab solat. Kesimpulan Secara kesimpulannya, terdapat banyak penulisan dan kitab yang membicarakan berkaitan Syiah sama ada dari sudut sejarah, latar belakang, pegangan aqidah dan fiqh mereka. Hasil daripada penulisan-penulisan tersebut, menunjukkan bahawa ajaran Syiah ini telah terpesong jauh daripada ajaran Islam yang sebenar lebih-lebih lagi dari sudut akidah mereka. Walaubagaimanapun, dari sudut fiqh mereka, masih tidak terdapat kajian khusus yang membincangkan secara terperinci perbezaan antara Sunni dan Syiah Imamiyyah iaitu dalam bab solat. Ini membuatkan pengkaji ingin membuat satu kajian mengenai perbezaan Sunni dan Syiah Imamiyyah dengan ditumpukan di dalam permasalahan bab solat. Permasalahan fiqh ibadat ini amat luas untuk
23
diperbincangkan keseluruhannya, maka permasalahan bab solat dipilih kerana ia merupakan rukun Islam yang kedua wajib untuk kita kerjakan. SIGNIFIKAN KAJIAN Kajian yang bertajuk perbezaan Sunni dan Syiah Imamiyyah dalam bab solat ini amat penting untuk dijalankan bagi memberi pendedahan tentang Syiah umumnya kepada masyarakat umum dan khususnya kepada masyarakat yang terpengaruh di dalam aliran Syiah ini. Kemudiannya, ia juga amat penting bagi merungkaikan beberapa penyelewengan yang terdapat di dalam aliran Syiah ini, umumnya dalam permasalahan fiqh dan khususnya di dalam permasalahan bab solat. Kajian ini juga penting bagi pengkaji-pengkaji lain yang ingin menambah baik atau ingin mengkaji mengenai Syiah dalam bab solat subagai rujukan mereka. RUJUKAN Ab. Latif Muda & DR. Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2007. Perbahasan Akidah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd. „Abd al-Rahman Ibn Sa‟d Ibn Ali al-Tanthari. 2007.cAqāid Shiicah ithnā cAsyariyyah Suāl wa Jawāb. Al-Bahirah: Maktabah al-Ridwan al-Salafiyyah. „Abd Allah Ibn Muhammad al-Salafi. 1417H. Min caqāid Shiicah. T.tp: T.pt. „Ali Ahmad al-Salus. 2003. Macal ithnā cAsyariyyah fi al-Uṣūl wa al-Furūc. Riyadh: Dar al-Fadhiyyalah. Ehsan Elahi Zaheer. t.th. Syiah dan Sunnah, Pakistan: Idara Tarjuman Al-Sunnah. Haji Said Haji Ibrahim. 2007. Perbandingan Akidah dan Fahaman Umat Islam. Kuala Lumpur: Darul Ma‟rifah. IbdalShah. 1995/1996. Ḥujjiyyāt al-Ijmāc: Dirāsah Muqāranah Bayna Ahl al-Sunnah wa al-Shiicahal-Imāmiyyah. Tesis Sarjana, Kuliah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. K.H. Sirajuddin Abbas. 1983. Icitiqād Ahl al-Sunnah wa al-jamācah, Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Khalid Ibn Ahmad al-Zahrani. 1428H. MawqiifShiicah ithnā cAsyariyyah Min alAimmah al-Arbacah. T.tp. T.pt. Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias. 2011. Perbezaan Fahaman Syiah Imamiyyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Artikel: Jabatan Agama Islam Selangor. Mohd Jawad Mughniah. 1985. Fiqh Lima Mazhab. Jilid 1. Kelantan: Al-Ikhwan. Muhammad Ehsan Bin Suriyanshah Bajuri. 1996. al-Sunnah al-Nabawiyyah: Dirāsah Muqāranah Bayna Ahl al-Sunnah wa al-Jamācah wa al-Shiicahal-Imāmiyyah alIthnā cAshariyyah. Tesis Sarjana, Kuliah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
24
Muhammad Mal Allah. 1409H. MawqiifShiicahMin Ahl Sunnah. T.tp: Maktabah Ibn Taimiyyah. Rifanto Bin Ridwan. 2004. Syarat Perlantikan Khalifah Dari Perspektif Syiah Dan Sunni: Suatu Perbandingan. Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Said Ismail. 1991. Haqiiqat al-Khilāf Bayna cUlamā’ Shiicah wa Jumhūr cUlamā’ alMuslimiin. T.tp: Armed Forces Printing Press. Sayyid Muhibbuddin AL-Khatib. 1986. Asas-Asas Mazhab Syiah Imam Dua Belas (IMAMIAH). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Serdar Demirel. 2005. cUlūm al-Hadiith Bayna Ahl al-Sunnah wa al-Jamācah wa alShiicahal-Imāmiyyah al-Ithnā cAshariyyah. Tesis Doktor Falsafah, Kuliah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. T.tp. 2011. Membendung Pengaruh Syiah di Malaysia. T.tp: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri. T.tp. 2011. Sejarah Perkembangan Syiah dan Perkaitannya Dengan Ahli Bait. Artikel: Majlis Agama Islam Selangor. T.tp. 2013. Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah. T.tp: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. T.p. T.th. MawqiifShiicah ithnā cAsyariyyah Min al-Ṣaḥābat. T.tp: T.pt. Taha „Ali al-Sawwah. 2010. Mawqiif al-Azhariy al-Shariif Min Shiicah ithnā c Asyariyyah. Kaherah: Dar al-Yusr. Yusuf Kamal & Abu al-Majdi. T.th. Iqtiṣād al-Islāmiy Bayna Fiqh al-Shiicahwa Fiqh Ahl al-Sunnah. Kaherah: Dar Sahwah.
25