PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim Muhammad Zaini Yahya Muhamad Adib Samsudin Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia & Diani Mardiana Mat Zin Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Halal dan haram merupakan satu gagasan yang diperkenalkan oleh Islam kepada umatnya bagi memastikan kelangsungan hidup mereka seiring dengan tuntutan syarak. Mencari yang halal dan menjauhi yang haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana setiap makanan dan minuman akan mempengaruhi peribadi dan sahsiah bagi setiap mukmin. Justeru, prinsip amat penting sebagai batu asas dan penanda arah bagi penentuan hukum halal dan haram sesuatu barangan atau makanan. Kini, permasalahan akan timbul apabila umat Islam tidak mengetahui dan mengambil cakna atas kepentingan mendalami prinsip – prinsip makanan halal dan haram yang ditetapkan oleh Islam. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mendalami dan membincangkan prinsip – prinsip dan pembahagian makanan yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah. Kaedah yang digunakan ialah kajian kualitatif tematik iaitu kajian analisis dokumen berdasarkan tema yang dipilih iaitu prinsip dan pembahagiannya. Hasil kajian ini mendapati bahawa semua barangan, makanan atau manfaat yang diciptakan oleh Allah adalah harus hukumnya iaitu dibolehkan, kecuali terdapat nas yang sahih dan jelas menunjukkan atas pengharamannya. Kajian mengenai prinsip – prinsip dan pembahagian makanan merupakan garis panduan yang penting bagi semua umat Islam dan penyelidikan yang lebih terperinci dan fokus amat diperlukan bagi memudahkan umat Islam mengambil makanan yang ‘Halalan Tayyiban” dan mensyukuri nikmat yang diciptakan oleh Allah swt. Kata kunci: Prinsip, Halal, Haram, Makruh, Sunnah PENDAHULUAN Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah bersesuaian dengan fitrah dan jiwa manusia yang mempunyai kecenderungan kepada perkara – perkara yang baik dan bersih. Sebagaimana firman Allah swt: ْ ِِين َحنِيفًا ۚ ف َ ََّللاِ الهتِي ف ق ه ط َرتَ ه ََ اس الَ يَ ْْ َلُن ِ َّللاِ ۚ َٰذَلِكَ الدِين ْالقَيِم َو َٰلَ ِك هن أ َ ْكَث َ َر النه َ ط َر النه ِ اس َعلَ ْي َها ۚ الَ ت َ ْبدِي َل ِلخ َْل ِ فَأَقِ ْم َوجْ َهكَ ِللد (Al-Quran, Al-Rūm 30:30) Maksudnya:
422
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Allah telah mendatangkan pelbagai panduan dan peraturan dalam setiap aspek kehidupan termasuk hal – hal yang berkaitan dengan makanan dan minuman. Kesemuanya telah diperjelaskan oleh Allah SWT secara melalui al-Quran dan al-Sunnah yang merupakan sumber utama dalam menentukan status halal atau haram sesuatu makanan. Ketentuan hukum halal dan haram yang diwujudkan adalah bertujuan bagi menjaga kepentingan dan kebaikan umat manusia agar terhindar daripada kemudaratan di samping ia akan memberi kemudahan kepada umat Islam dalam urusan ibadah dan kehidupan. Setiap ketentuan yang disyariatkan oleh Allah SWT semuanya berdiri di atas prinsip “mafsadah dan maslahah”, begitu juga dalam menentukan halal haram sesuatu perkara. Maka, kajian ini adalah bertujuan mengkaji prinsip – prinsip makanan menurut perspektif Islam dan pembahagian makanan. Makanan dan minuman dibincangkan dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu makanan halal, haram, makruh dan sunnah. Kajian ini menggunakan metode menganalisis dokumen dengan melihat kepada konsep, perbezaan dan pemahaman mazhab serta penghujahan dalil yang digunakan. Prinsip – prinsip ini adalah penting dan menjadikan tunggakan asas pemilihan makanan dan minuman bagi umat Islam. Justeru, menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi setiap Muslim untuk memilih dan mengambil makanan yang dihalalkan atau yang diharamkan oleh syara’. KONSEP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Makanan dalam bahasa Arabnya adalah Ath’imah ( )أطُْةdi mana istilah athcimah bentuknya jama’ dan bentuk mufradnya adalah tha’am ()طْام. (Asy-Syarbini, 2008) Manakala minuman dalam bahasa Arabnya adalah ( )أشربةyang merupakan jama’ bagi perkataan ()شراب, iaitu sesuatu yang diminum (al-Zuhaili, 2009). Makanan dari segi bahasa pula ialah apa sahaja yang boleh dimakan seperti roti, nasi dan lain – lain (Kamus Dewan, 1994) dan menurut Mohamed bin Jusoh makanan boleh diertikan sebagai memamah atau mengunyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair (Mohamed bin Jusoh, 1986).
KAEDAH FIQH BERKAITAN HALAL DAN HARAM MAKANAN Hukum asal sesuatu ialah harus (dibolehkan). Umat Islam menetapkan dasarnya bahawa semua barangan dan kemanfaatan ialah mubah iaitu dibolehkan berdasarkan ayat al-Quran, Allah swt berfirman: ٍ ض َج ُِيًْا ِم ْنه إِ ه َ فِي ذَلِكَ آليَا .. ََ ت ِلقَ ْن ٍم يَتَ َف هكرو ِ س َُ َاوا س هخ َر لَك ْم َما فِي ال ه ْ ت َو َما فِي ِ األر َ َو (Al-Quran, Al-Jāthiah 45:13) Maksudnya:
423
“Dan dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya.” Menurut Ibn Kathir, ayat ini menunjukkan bahawa segala yang ada di langit dan bumi adalah bintang – bintang, gunung – gunung, sungai – sungai dan segala perkara yang dapat dimanfaatkan dan semua daripada Nya tanpa ada sekutu kepadanya.(Ibn Kathir, 2004). Dasar yang telah ditetapkan oleh Islam ialah asal bagi setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah sama ada barangan atau manfaat adalah halal dan boleh diguna pakai. Tiada yang haram melainkan jika ada nas yang sahih dan jelas yang menetapkan pengharamannya. Manakala, perkara itu akan kekal harus dan halal jika tiada nas yang sahih atau hadis yang daif untuk menjelaskan pengharamannya. (al-Qaradawi, 2014). Kaedah fiqah yang digunakan mengenai prinsip ini adalah: ""األصل في األشياء اإلباحة Maksudnya: “Asal setiap sesuatu itu adalah harus” ( Azzam, 2001) c
Hal ini dijelaskan lagi di dalam hadis Nabi Muhammad saw: فإ َ هللا لم يكن، فاقبلنا من هللا عافيته، وما سكت عنه فهن عفن، وما حرم فهن حرام، ما أحل هللا في كتابه فهن حالل .﴾ وتال ﴿وما كا َ ربك نسيا، لينسى شيئا Maksudnya: “ Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ia pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan – Nya, maka ia itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu dari Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak lupa walau sedikit pun. Kemudian Rasulullah membaca dari firman Allah SWT: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa”. (al-Hathimi, Nur ad-Din, Kasyful al-Astār, Kitab al-At’imah, Bab fīmā Yahillu wamā Yahrumu, No 2687, Hadis Marfu’) Kuasa halal dan haram adalah hak Allah swt semata. Islam membataskan kekuasaan menentukan halal dan haram bagi sesuatu perkara, dan kuasa menentukan adalah hak yang khusus bagi Allah swt sahaja. Justeru, sesiapa yang berani menentukan, maka dia telah melampaui batas dan melanggar hak ketuhanan dalam perundangan Allah swt terhadap manusia (al-Qaradawi, 2014). Allah swt berfirman: َِب ال ِب ۚ إِ ه َ الهذِينَ يَ ْفت َرو ََ َعلَى ه ِب َٰ َهذَا َحالَ ٌل َو َٰ َهذَا َح َرا ٌم ِلت َ ْفتَروا َعلَى ه َ َّللاِ ْال َكذ َ َّللاِ ْال َكذ َ َصف أَ ْل ِسنَتكم ْال َكذ ِ َوالَ ت َقنلنا ِل َُا ت ََ ي ْف ِلحن (Al-Quran, Al-Nahl 16:116) Maksudnya: “Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah swt. Sesungguhnya orang – orang yang berdusta terhadap Allah swt tidak akan berjaya”.
424
Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, adalah sama seperti syirik kepada Allah swt. Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi: وحرمت عليهم ما أحللت لهم وأمرتهم أ َ يشركنا، وإنهم أتتهم الشياطين فاجتالتهم عن دينهم، إني خلقت عبادي حنفاء بي ما لم ألنزل به سلطانا Maksudnya: “Aku (Allah swt) telah menciptakan hamba – hambaku itu dalam keadaan bersikap lembut dan sesungguhnya mereka telah didatangi syaitan – syaitan, lalu menyesatkan mereka dari agama mereka dan mengharamkan ke atas mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka serta menyuruh mereka supaya menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan sebarang keterangan padanya.” (Muslim bin Hujjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Qada’ wa al-Qadar Lil Baihaqi, Bab Bayān Macna Qaulihi: Khalqtu cibādī Hunafā’, No. 523, Hadis Qudsi) Imam al-Ghazali menyatakan di dalam kitab Halal dan haram dalam Islam: “ Allah swt sahaja yang berhak mengharamkan dan menghalalkan sesuatu. Oleh itu, seseorang yang melakukannya adalah sama dengan syirik, kerana di dalam sikap yang demikian itu terdapat unsur penyekutuan”. (al-Ghazali, 2000) Pengharaman membawa kepada keburukan dan bahaya. Islam adalah agama yang menjaga kebaikan kepada setiap penganutnya. Maka melalui prinsip ini, setiap pengharaman yang ditetapkan oleh Allah swt ia pasti mengandungi keburukan dan bahayanya tersendiri. Setiap sesuatu yang manfaatnya lebih besar daripada bahayanya, maka hukumnya adalah halal. (al-Qaradawi, 2014) Makanan yang haram membawa kepada keburukan dan bahaya, justeru makanan yang halal adalah makanan yang baik dan membawa manfaat kepada manusia. Sebagaimana Allah swt berfirman: َي ْسأَلننَكَ َماذَا أ ِح هل لَه ْم ق ْل أ ِح هل لَكم ال ه ... ط ِي َبات (Al-Quran, Al-Māidah 5:4) Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah makanan yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu memakan yang lazat – lazat serta baik.” Tetap pada yang halal sahaja, memadai dari yang haram. Islam tidak mengharamkan sesuatu ke atas mereka, melainkan ia digantikan dengan perkara yang lain malah ia lebih baik daripada yang diharamkan (al-Qaradawi, 2014). Ini adalah kerana, Islam bukanlah agama yang membebankan kepada setiap penganutnya. Sebagai contoh, Islam mengharamkan manusia melakukan perbuatan zina dan liwat, maka ia digantikan dengan perkahwinan secara halal. Begitu juga, Islam mengharamkan semua 425
perkara yang buruk dan tidak elok dari jenis makanan, maka Allah swt gantikannya dengan pelbagai makanan yang berkhasiat. Perkara yang membawa kepada haram, maka hukumnya adalah haram. Islam telah mengajarkan bahawa sesuatu perbuatan yang mendorong kepada perkara yang haram, maka hukumnya adalah haram (al-Ghazali, 2000). Justeru, melalui hal ini, ulama’ fiqah telah mengeluarkan kaedah fiqah iaitu: " " ما أدى إلى محرم فهن محرم Sebagai contoh dalam hal meminum arak, Rasulullah bukan sahaja melaknat orang yang meminum arak, malah orang yang melakukan perbuatan ke arah penghasilan arak juga dilaknat. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw bersabda: " عن أَن َِس بن َمالِكٍ قال لَ َْنَ رسنل ه ساقِ َي َها ِ َار َب َها َو َح َ املَ َها َو ْال َُحْ ُنلَة إليه َو ِ اص َرهَا َوم ْْت ِ َّللاِ في ْالخ َُْ ِر َع ْش َرة ً َع ِ َص َرهَا َوش .َوبَائِ َْ َها َوآ ِك َل ثَ َُنِ َها َو ْالُ ْشت َِري لها َو ْالُ ْشت ََراة له Maksudnya: “Rasulullah saw melaknat tentang arak sepuluh golongan, yang memerahnya, yang minta diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang meminta dihantar kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya, yang meminta dibelikannya”. (Ibn Majah, Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Asyribah, Bab Lacnat al Khamru cala casyrah aujah, No. 3381) Haram membuat tipu helah untuk perkara yang haram. Islam mengharamkan sebarang bentuk perbuatan yang membawa kepada haram menerusi cara yang zahir dan Islam juga mengharamkan tipu daya untuk melakukannya dengan cara tipu daya syaitan. Sebagaimana Rasulullah menyatakan bahawa Allah mengecam tindakan golongan Yahudi yang menghalalkan perkara yang haram dengan cara tipu helah. Rasulullah saw bersabda: ال ترتكبنا ما ارتكب اليهند وتستحلنا محارم هللا بأدنى الحيل Maksudnya: “Jangan kamu lakukan seperti mana yang dilakukan oleh kaum Yahudi, lalu kamu menghalalkan larangan – larangan Allah swt dengan serendah – rendah tipu helah” (Ibn Battah al-cakbari, Ibtāl al-Hail li Ibn Battah, Bab Lā Tartakibu Ma Irtakabat al-Yahūdi, No. 58 ) Menurut al-Qaradawi, di antara kegiatan tipu helah adalah dengan menamakan sesuatu yang haram itu dengan nama yang lain dan mengubah gambarannya sedangkan hukumnya masih jelas haram. Sebagai contoh dengan mengolah cara baru bagi minuman keras, maka hukumnya tetap haram kerana ia masih menyebabkan mudarat dan memabukkan. (alQaradawi, 2014) Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.
426
Bagi melaksanakan sesuatu amalan, Islam amat menitik berat soal kepentingan dan tujuan niat tersebut. Setiap niat yang baik maka sesuatu perkara yang dilakukan walaupun ia sekadar adat kebiasaan, ia akan bertukar menjadi ibadat dan boleh mendekatkan diri kepada Allah swt. Manakala, sebaliknya apabila berniat dan bertujuan untuk kebaikan, tetapi sesuatu perkara itu haram maka ia akan tetap berlaku haram walaupun niat dan tujuan pelakunya ke arah kebaikan. Sebagaimana Nabi Muhammad saw bersabda: وكا َ إصره عليه، ثم تصدق به لم يكن له فيه أجر، من جُع ماال من حرام Maksudnya: “Sesiapa yang mengumpulkan harta kekayaan dari perkara yang haram, kemudian dia bersedekah dengannya, dia tidak mendapat pahala apa pun kerana sedekah itu, malah dosanya akan tetap ditanggungnya.” (al-Naisāburi, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Hakim, al-Mustadrik cala alsahīhaini, Kitab al-Zakat, Bab Man Tasaddaqa Min Māl Haram Lam Yakun Lahu Fīhi Ajrun Wa Kāna Isruhu Alaihi, No. 541) Memelihara diri dari perkara yang syubhah, iaitu perkara yang samar – samar. Sesuatu barangan atau makanan yang halal dan haram adalah perkara yang jelas mengenai hukumnya apabila terdapat nas yang jelas mengenainya. Kecuali di dalam situasi yang darurat. Manakala, syubhah pula adalah situasi yang berada di tengah – tengah halal dan haram yang jelas, iaitu terdapat kesamaran dan manusia terkeliru akan status halal atau haramnya makanan tersebut. Islam telah mendatangkan panduan kepada orang Muslim agar kita tidak mengambil perkara yang syubhah supaya tidak terjerumus kepada perkara yang haram. Rasulullah saw bersabda: ت ا ْستَب َْرأَ ِلدِينِ ِه َ ُ فَ َُ ِن اتهقَى ْال، اس َ نر م ِ شبه َها ٌ ِش هب َهاتٌ الَ َي ْْلَُ َها َكَث ٌ َوبَ ْينَه َُا ذَلِكَ أم، ْال َحالَل بَيِ ٌن َو ْال َح َرام بَيِ ٌن ِ ير ِمنَ النه ُّ َو َم ْن َوقَ َع ِفي ال، ض ِه أَالَ ِإ ه َ ِح َُى ه، أَالَ َو ِإ ه َ ِلك ِل َملِكٍ ِح ًُى، ت ك ََراعٍ َي ْر َعى َح ْن َل ْال ِح َُى ين ِشك أ َ ْ َ ي َنا ِق َْه ِ شب َها َِّللا ِ َو ِع ْر ارمه ِ فِي أَ ْر ِ ض ِه َم َح Maksudnya: “Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan di antara keduanya itu ada beberapa yang masih samar – samar, tidak ramai orang yang mengetahuinya, adakah ia dari yang halal ataupun dari yang haram? Maka barangsiapa yang meninggalkan yang shubhah itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan barangsiapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar – samar itu, maka akan hampir – hampirlah dia terjatuh ke dalam yang haram. Sebagaimana orang yang mengembala (binatang ternakan) di tempat larangan, dia mungkin akan terjerumus ke dalamnya. Ingatlah bahawa bagi setiap raja ada tempat larangannya dan bahawa tempat larangan Allah swt adalah semua perkara yang diharamkannya”. (al-bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, kitāb al-īman, Bab Fadhli man istabra’a lidīnihi, No. 51)
427
Sesuatu yang haram itu tetap haram kepada semua. Haram di dalam syariat Islam adalah menyeluruh dan umum kepada semua bangsa, negara, pangkat dan kumpulan manusia. Tiada keistimewaan atau kebenaran secara mutlak diberikan apabila seseorang itu mempunyai kedudukan yang tinggi sama ada rahib, raja atau pemimpin negara berkenaan soal haram ke atas sesuatu makanan atau barangan. (alGhazali, 2000) Sesuatu yang dihalalkan oleh Allah swt dalam syariatnya, maka dia halal bagi sekalian manusia, begitu juga apa yang diharamkan oleh Allah, maka dia itu juga haram bagi semua penganutnya sehingga ke hari Kiamat. Darurat membolehkan sesuatu yang dilarang. Islam merupakan agama yang tidak membebankan penganutnya. Islam memerhatikan kepentingan hidup manusia serta kelemahan yang ada pada dirinya. Seorang Muslim dibenarkan untuk melakukan yang haram atau memakan sesuatu yang haram apabila berada dalam keadaan yang terpaksa atau mendesak dirinya untuk menjaga diri dari kebiasaan. Allah swt berfirman:
(Al-Quran, Al-Baqarah 2:173)
" فَ َُ ِن اضْط هر َغي َْر َباغٍ َوالَ َعا ٍد فَالَ ِإثْ َم َعلَ ْي ِه ۚ إِ ه َ ه " نر َر ِحي ٌم ٌ َّللاَ غَف
Maksudnya: “Barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja atau tidak melewati batas, maka tiada dosa atasnya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang”. Walaupun dibenarkan untuk mengambil sesuatu yang haram ketika dalam keadaan yang terpaksa, namun ayat ini menyatakan batasan terhadap pelakunya iaitu mengambil dengan tidak melampaui batas dan tidak dengan sengaja mengambil untuk tujuan mengambil kelazatan yang terdapat padanya. (al-Ghazali, 2000)
PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Terdapat tiga prinsip dalam menentukan halal atau haramnya makanan. (Mustafa al-Khin, 2011) Prinsip Pertama: Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup senang dan pada zaman Rasulullah SAW adalah halal. Antara binatang yang halal menurut prinsip ini ialah: i. Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apa pun namanya. Ini kerana ia dianggap elok oleh orang Arab. ii. Binatang ternakan ( )األنْامiaitu unta, lembu, biri – biri, kambing, kuda, seladang, keldai liar, kijang, arnab dan lain – lain yang dianggap elok oleh orang Arab. Semua binatang yang dianggap baik oleh orang Arab adalah halal, manakala yang menjijikkan dan dianggap buruk adalah haram. Binatang yang dianggap baik oleh orang Arab adalah binatang yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran, hadis, ijma’ 428
ulama dan ijma’ sahabat sama ada nas tersebut berbentuk umum atau khusus serta tidak terdapat perintah membunuhnya atau membiarkannya. Justeru hal ini dirujuk kembali kepada orang Arab. (as-Syarbini, 2008) Menurut mazhab Syafi’i, makanan orang Arab adalah diterima kerana orang Arab tidak akan memakan makanan yang diperbolehkan oleh Rasulullah untuk membunuhnya ketika ihram. Ini adalah kerana mereka menghalalkan apa yang dipandang baik, dan mengharamkan apa yang dipandang jijik. (al-Syafi’i, 1982). Penentuan halal dan haram binatang berdasarkan kebiasaan orang Arab adalah kerana (al-Khin et.al, 2011): Mereka yang mula – mula menerima syariat nabi yang diutus pula adalah di kalangan mereka. al-Quran mula – mula diturunkan kepada mereka. Prinsip Kedua: Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram. Sebagai contoh: anjing, babi, serigala, beruang, kucing dan ibn awi. Prinsip Ketiga: Semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram. Sebagai contoh ular, kala jengking, gagak, helang, tikus dan semua binatang yang memudaratkan.
MAKANAN HALAL MENURUT EMPAT MAZHAB Definisi Halal Pada Bahasa: Halal ialah suatu perkara yang diharuskan, yang telah gugur daripadanya ikatan haram dan syariat membenarkan perbuatannya. (al-Qaradawi, 2014). Halal juga merupakan hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan, diperbolehkan, diizinkan, dibenarkan dan lawannya adalah haram (Kamus Dewan, 1994). Selain itu, menurut al-Syafi’e, menetapkan halal sebagai suatu yang tidak ada dalil daripada syarak yang mengharamkannya (al-Suyuti, 1997) Jenis – jenis Makanan yang Halal Dimakan a) Haiwan Laut Haiwan laut adalah haiwan yang menetap di dasar laut dan tidak dapat hidup kecuali di dalamnya semata – mata (al-Qaradawi, 2014). Firman Allah swt: َ صيْد ْالبَحْ ِر َو ... ِهارة طَْامه َمت َاعًا لَك ْم َو ِلل ه َ سي َ أ ِح هل لَك ْم
(Al-Quran, Al – Mā’idah 5:96)
Maksudnya : “Dihalalkan bagimu haiwan buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang – orang yang dalam perjalanan. Ayat Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah yang menyatakan binatang laut adalah suci untuk dimakan. عطشنا البحر م َْنا القليل من سأل رج ٌل رسن َل هللاِ صلهى هللا عليه وسلهم فقال يا رسن َل هللاِ إنا نركَب ِ الُاء فإ َ تنضهأْنا به ِ َ البحر فقال رسنل هللاِ صلهى هللا عليه وسلهم هن ه .الح ُّل َم ْيتَته ماء ِ ،الطهنر ماؤه ِ أفنتنضهأ من ِ 429
Maksudnya: “Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang laki – laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w dengan berkata: “ Wahai Rasulullah, kami mengharungi lautan dan membawa sedikit air bersama kami. Apabila kami berwudu’ dengannya, maka kami akan kehausan. Apakah kami boleh berwudu’ dengan air laut? Rasulullah bersabda: “Laut itu suci airnya dan halal bangkainya.” (al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab at-Tahārah Rasulullah, Bab Abwābul Fitrah, No.57, Hadis Marfuc) Menurut pendapat mengenai hukum haiwan laut, para ulama empat mazhab berselisih pendapat (al-Zuhaili, 1999): Pendapat Pertama (Jumhur Ulama’): Semua bangkai haiwan laut adalah halal sama ada mati dalam keadaan terapung atau tidak melainkan ia dilihat sudah lama terapung dan berkemungkinan beracun dan boleh memudharatkan. Pendapat ini diriwayatkan oleh jumhur ulama iaitu mazhab Syafi’i (alNawawi, 2003), Hanbali (Ibn Qudamah, 1997) dan Maliki (Ibn Rushd, 2003). Semua hidupan air seperti ikan dan seumpamanya yang tidak boleh hidup kecuali dalam air seperti ketam, ular air, anjing atau babi laut adalah halal dimakan tanpa perlu disembelih kerana ia meliputi ‘ikan’ iaitu haiwan yang berada di dalam laut (al-Zuhaili, 2009) tanpa mengira cara ia mati, baik pun mati sendirian atau pun dengan sebab – sebab yang nyata seperti terlanggar batu, dipukul oleh nelayan atau terdampar disebabkan oleh air pasang atau air surut. Tetapi sekiranya ia kembung dan terapung yang berkemungkinan atau dibimbangi yang menyebabkan keracunan atau kemudharatan, maka ia adalah haram dimakan. (al-Zuhaili, 1994) Manakala, mengenai babi laut, Imam Malik berpendapat hukumnya adalah makruh kerana ia dinamakan sebagai babi (Ibn Rushd, 2003). Ulama’ jumhur berdalilkan dengan: Firman Allah SWT: َ صيْد ْالبَحْ ِر َو ... ِهارة طَْامه َمتَاعًا لَك ْم َو ِلل ه َ سي َ أ ِح هل لَك ْم
(Al-Quran, Al – Mā’idah 5:96)
Maksudnya : “Dihalalkan bagimu haiwan buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang – orang yang dalam perjalanan.” Baginda juga bersabda: . الحل ميتته، هن الطهنر ماؤه Maksudnya: Laut airnya suci dan menyucikan dan bangkainya adalah halal. Hadis Nabi Muhammad saw: .إ َ هللا ذبح ما في البحر لبني آدم Maksudnya: Bahawa Allah telah sembelihkan apa yang ada di dalam laut untuk anak Adam.
430
(al-Dārqutni, cAli bin Umar, Sunan al-Dārqutni, Kitab al-Asyribah, Bab as-Said wa alZabāih wa al-Atcimah wa ghairu zālik, No. 4627) Pendapat Kedua (Mazhab Hanafi): Pendapat ini dibawa oleh Mazhab Hanafi. Semua jenis haiwan yang hidup di dalam air adalah haram dimakan kecuali ikan sahaja. Bangkai ikan yang mengapung adalah haram, manakala bangkai yang terbawa ke pantai adalah halal. Ikan yang terapung adalah ikan yang mati apabila salah satu daripadanya terkeluar daripada air. (ar-Rabi’, 2008). Terdapat banyak dalil yang dipegang oleh mazhab Hanafi, antaranya adalah firman Allah SWT: ْ ح ِر َم ...ت َعلَيْكم ْال َُ ْيت َة (Al-Quran, Al-Māidah 5: 3) Maksudnya: “Diharamkan ke atasmu memakan bangkai…” Juga firman Allah swt:
َ َِوي َح ِرم َعلَ ْي ِهم ْال َخبَائ ...ث
(Al-Quran, al-A’rāf 7: 157) Maksudnya: “… Dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
Dalil ini menunjukkan haram dimakan ikan yang timbul terapung. Daripada hadis Jabir: . فال تأكلنه، وطفا، وما مات فيه، فكلنه، أو جزر عنه، ما القاه البحر Maksudnya: “Apa – apa yang dicampak oleh laut atau naik melalui air pasang maka makanlah. Apa – apa yang mati di dalamnya dan timbul terapung, maka janganlah kamu makan.” (al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab at-Tahārah Rasulullah, mā jā’a fi al-Bahr at-Tāhur, No. 69) Perselisihan pendapat ini disebabkan oleh adanya pertentangan di antara hadis – hadis dan ketentuan umum berkenaan masalah ini. Ketentuan umum adalah berdasarkan firman Allah swt: ْ ح ِر َم ...ت َعلَيْكم ْال َُ ْيت َة (Al-Quran, Al-Māidah 5: 3) Maksudnya: “Diharamkan ke atasmu memakan bangkai…” b) Haiwan yang Mempunyai Taring yang Lemah dan Tidak Boleh Menangkap Mangsa (Haiwan Darat dan Burung) Mazhab Syaf’i berpendapat bahawa haiwan darat yang halal dimakan adalah haiwan yang taringnya lemah dan tidak boleh menangkap mangsa (al-Khin,2011). Sebagai contoh sejenis serigala ( )الضبعdan sejenis musang. Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abi Ammar yang bertanya kepada Jabir ra berkenaan Dhubuc:
431
. نْم: أقاله رسنل هللا صلى هللا عليه وسلم ؟ قال: قال قلت له. نْم: قلت آكله ؟ قال: قال. نْم: الضبع صيد هي ؟ قال Maksudnya: “Adakah dhubuc itu binatang buruan?” Jawab Jabir: “Ya” Ibn Abi Ammar bertanya: “Bolehkah aku memakannya?” Jawab Jabir: “Ya” Ibn Abi Ammar bertanya lagi: “Adakah Rasulullah membenarkannya?” Jabir menjawabnya: “Ya”. (al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab al-Atcimah can Rasulullah saw, Bab Ma Jā’a fi Akli Al-Dhubuc, No. 1791, Hadis Sahih) Antara burung yang halal dimakan ialah burung kasawari, itik, ayam, angsa, gagak ladang ()غراب الزرع, merpati liar ()القطا, merpati berparuh merah, daripada semua jenis merpati yang minum tanpa bernafas iaitu minum seteguk lepas seteguk tanpa menghisap (( )الحجلal-Khin, 2011). c)
Binatang Ternakan
Binatang ternakan merupakan haiwan yang jinak dan ijma’ ulama berpendapat ia halal dimakan. Sebagai contoh ialah unta, lembu dan kambing. ... ََ ِف ٌء َو َمنَافِع َو ِم ْن َها ت َأْكلن ْ ام َخلَقَ َها لَك ْم فِي َها د َ ََْواأل ْن (Al-Quran, Al-Nahl 16:5) Maksudnya: “Dan binatang – binatang An’am Allah jadikan untuk kamu. Daripadanya kamu mendapatkan rasa kehangatan dan darinya juga kamu mendapatkan bahan makanan”. Selain itu, Allah juga berfirman: ... ََ ام ِلت َْركَبنا ِم ْن َها َو ِم ْن َها ت َأْكلن َ َْ اللهـه الهذِي َج َْ َل لَكم اْأل َ ْن (Al-Quran, Al-Ghafir 40: 79) Maksudnya: “Allah yang telah menjadikan untuk kamu binatang ternak untuk kamu tunggangi dan untuk menjadi makanan kamu”. Haiwan – haiwan ternak tersebut adalah halal dimakan setelah disembelih dengan menyebut nama Allah swt (al-Zuhaili, 2009). Sebagaimana Allah berfirman: س ًكا ِليَ ْذكروا اس َْم ه ...َّللاِ َعلَى َما َرزَ قَه ْم ِم ْن بَ ِهي َُ ِة األ ْنَْ ِام َ َو ِلك ِل أ هم ٍة َجَْ ْلنَا َم ْن (Al-Quran, Al-Hajj 22: 34) Maksudnya: “…Supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka.” d)
Haiwan Dua Alam (Amfibia dan Reptilia)
Hukum makan haiwan dua alam ini, ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum memakannya sama ada halal atau haram. Jenis binatang haiwan dua alam ialah katak, kura – kura, ketam, ular, buaya, anjing laut dan sebagainya. Terdapat tiga mazhab mengenainya. Mazhab Hanafi:
432
Menurut pendapat ulama’ Hanafi, semua jenis haiwan yang hidup di dalam air adalah haram dimakan kecuali ikan sahaja. Ikan halal di makan tanpa disembelih melainkan yang timbul terapung. Justeru, menurut ulama’ Mazhab Hanafi, haiwan dua alam tidak halal dimakan. Selain daripada itu, haiwan dua alam ini juga termasuk dalam kategori haiwan yang kotor dan boleh menyebabkan keracunan khususnya yang terdapat pada ular. Hal ini dikuatkan juga dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang melarang dari membunuh katak. Hadis daripada Abdul Rahman bin Uthman, beliau berkata: َ َ الرحْ َُ ِن ب ِْن عَثْ َُا ََ أ َ ه صلهى ه صلهى ه َّللا َع ْن َع ْب ِد ه ِ سله َم َع ْن َ َّللا َعلَ ْي ِه َو َ ط ِبيبًا َ ي َ ي ُّ ض ْفدَعٍ يَجْ َْل َها فِي دَ َواءٍ فَنَ َهاه النه ِب سأ َ َل النه ِب ه ْ َ ْ عن قت ِل َها َ سله َم َ َعلَ ْي ِه َو Maksudnya: “Abdurrahman bin Uthman r.a meriwayatkan bahawa seorang tabib bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang katak yang dimasukkan ke dalam ubat. Dan beliau melarangnya untuk membunuh katak.” (al-Dārimi, cAbd Allāh cAbd Rahman, Sunan al-Dārimi, Kitab al-Adāhi, Bab al-Nahyu can Qatl al-Difdac, No 1998) Larangan membunuh binatang yang hidup adalah sama ada kerana kehormatannya seperti manusia, atau kerana ia haram dimakan. Oleh kerana, katak bukan merupakan haiwan yang terhormat, maka sudah tentu larangan dari membunuhnya menunjukkan ia haram dimakan. Jika ia halal di makan, maka sudah tentu baginda tidak melarang dari membunuhnya.(alZuhaili, 1994) Manakala, ular termasuk dalam kategori haiwan dua alam yang beracun dan berbahaya. Maka, dagingnya adalah haram dimakan kerana mendatangkan mudarat kepada manusia. Mazhab Hanafi berdalilkan dengan dalil ini, katanya: “Tidak halal makannya kerana termasuk daripada الخبائثdan beracun seperti yang terdapat pada ular khususnya”. Firman Allah swt:
َ َِوي َح ِرم َعلَ ْي ِهم ْال َخبَائ ...ث
(al-Quran, al-a’rāf 7 : 157) Maksudnya: “… Dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.” Mazhab Syafi’e:
Mazhab Syafi’e sependapat dengan Mazhab Hanafi mengenai hukum memakan katak dan memeliharanya. Hukumnya adalah haram berdasarkan kepada hadis daripada Abdul Rahman bin Uthman. Mazhab Syafi’i berpendapat bahawa haiwan seperti katak adalah haram dimakan kerana ia merupakan kategori haiwan dua alam (as-Syarbini, 1997). Imam Syafie berpendapat bahawa buruan laut yang diharuskan adalah binatang yang lebih banyak hidupnya berada di dalam air. Termasuk di dalam maksud laut itu ialah sungai, perigi, lembah, air paya atau seumpamanya (al-Nawawi, t.th)
433
Binatang laut yang haram dimakan ialah binatang laut yang boleh hidup berterusan di darat dan di laut seperti katak, ketam batu, buaya, penyu, kura – kura atau binatang laut yang beracun seperti ular air (al-Syarwani, t.th) Mazhab Maliki: Mengharuskan makan dan pelihara katak. Pendapat ini dipelopori oleh Mazhab Maliki. Menurutnya, diharuskan makan katak, serangga, ketam, labi – labi atau kura – kura selama mana tanpa nas yang mengharamkannya. Hujah yang digunakan ialah melalui firman Allah SWT: ..صيْد ْالبَحْ ِر َ أ ِح هل لَك ْم (Al-Quran, Al-Māidah 5 : 96) Maksudnya: “Dihalalkan bagimu buruan laut”. Menurut Mazhab Maliki, mereka tidak mengharamkan binatang yang dianggap buruk dan menjijikkan oleh jiwa tetapi tidak ada ketegasannya oleh syara’. Maka ia di halalkan walaupun di anggap الخبائث. (Ibn Rushd, 2003) Mazhab Maliki juga berpendapat bahawa tidak ada perselisihan pendapat dalam hal haramnya tiap – tiap binatang yang membawa mudarat, maka dilarang memakan binatang melata yang membahayakan. Mengenai hal ular ini, terdapat pendapat yang mengharuskan memakannya, jika disembelih dari arah leher atau ekornya dan didapati sudah tiada racun serta tidak dianggap jijik. Manakala menurut mazhab Maliki juga, diharuskan makan katak, serangga, ketam, labi – labi atau kura – kura selama mana tanpa nas yang mengharamkannya. Pengharaman segala الخبائثiaitu apa yang dinaskan ke atas syara’ sahaja. (Ibn Rushd, 2003). Justeru, sebarang perkara yang tidak dinaskan dan dianggap jijik oleh liur dan keinginan tidaklah menjadi haram. (al-Zuhaili, 1994). Mazhab Hanbali: Menurut pendapat Hanbali, setiap binatang air yang merayap tidak halal tanpa disembelih sama seperti burung air, kura – kura, anjing laut melainkan yang tidak mempunyai darah seperti ketam maka ia halal tanpa disembelih. (al-‘Abbari, 1985) Manakala, menurutnya juga ular laut adalah haram dimakan. Menurut mazhab Hanbali dan Maliki, kedua – dua ini mengharuskan memakan kura – kura laut setelah disembelih. Sedangkan kura – kura darat menurut Hanbali haram dimakan seperti mana pendapat yang rajih menurut mereka. (al-Jazairi, 2011) Menurut Imam Ahmad, buaya adalah haram dimakan kerana merupakan binatang yang mempunyai taring dan boleh mencederakan manusia.
MAKANAN HARAM MENURUT EMPAT MAZHAB
434
Definisi Haram Pada Bahasa: Suatu perkara yang dilarang oleh syarak daripada melakukannya dengan larangan yang tegas, iaitu tidak boleh berubah sehingga mendedahkan sesiapa yang melanggar larangan itu, akan ada seksaan daripada Allah SWT di hari akhirat dan ada kalanya boleh menyebabkan dia menerima hukuman yang ditetapkan oleh syariat di dunia. (al-Qaradawi, 2014). Haram juga adalah perkara yang dituntut oleh syarak meninggalkannya secara muktamad. Sesiapa yang meninggalkannya diberikan pahala kerana menurut perintah Allah SWT, manakala sesiapa yang melakukannya akan diazab dan diseksa. (al-Khin, 2011) Jenis – jenis Makanan yang Haram di Makan a)
Bangkai
Bangkai adalah binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja disembelih menurut ketentuan agama atau dengan berburu. (al-Qaradawi, 2014). Termasuk dalam hal ini iaitu apa yang dipotong dari binatang hidup (al-Ghazali, 2000). Berdasarkan hadis Abu Waqid al-Laitsi: َوأ َ ْسنِ َُ ِة اْ ِإل ِب ِل، ت ْالغَن َِم ِ َاس َي ْْ ُِدو ََ ِإلَى أَ ْل َيا ٌ َو ِب َها ن، َسله َم ْال َُ ِد ْينَة َ صلهى هللا َعلَ ْي ِه َو َ ِ قَد َِم َرسنل هللا: َع ْن أ َ ِبي َواقِ ٍد الله ْيَثِي قَا َل ٌ.ي َم ْيت َة ٌ ْ ه َ صلهى هللا َعلَ ْي ِه َو َ ِ فَقَا َل َرسنل هللا، فَيَجبُّن َن َها َ ِي َحيهة فَ ِه َ َما ق ِط َع ِمنَ البَ ِهي َُ ِة َوه: سل َم Maksudnya: “Diterima dari Abu Waqid al-Laitsi r.a katanya: “Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, ketika itu ada orang sedang memerhatikan punggung kambing dan unta untuk dipotong, maka sabdanya: “Apa yang dipotong dari haiwan ketika masih hidup maka ia adalah bangkai.” (Abu Daud, Sunan Abu Daud, Kitab as-Said, Bab fī Shaidin Quthi’I minhu Qith’ah, No 2858) Haiwan yang haram ada yang disebabkan oleh zatnya itu sendiri, dan ada pula yang diharamkan kerana sebab – sebab yang mendatang padanya. Semua perkara ini ada yang telah disepakati dan tidak disepakati. (Ibnu Rusyd, 1995). Sebab – sebabnya ialah: 1. Bangkai 2. Haiwan yang mati tercekik (Munkhaniqah) Binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati. Hukumnya adalah haram kerana termasuk dalam kategori bangkai walaupun asalnya dari binatang yang halal. (al-Ghazali, 2000) 3. Haiwan yang mati kerana dipukul (Mauqudzah) Binatang yang mati dipukul dengan tongkat atau sebagainya. 4. Haiwan yang mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi (Mutaraddiyah) Binatang yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi, sebagai contoh binatang yang jatuh ke dalam telaga. 5. Haiwan yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain (Nathihah) 6. Haiwan yang mati kerana diterkam oleh binatang buas (Ma akalas-sabu’) 7. Haiwan yang mati disembelih tanpa memenuhi syarat-syarat sembelihan 435
8.
Haiwan yang memakan sesuatu yang kotor seperti najis
Pengharaman haiwan-haiwan tersebut adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam Al Quran: ْ ح ِر َم ير َو َما أ ِه هل ِلغَي ِْر َّللاِ بِ ِه َو ْالُ ْن َخنِقَة َو ْال َُ ْنقنذَة َو ْالُت ََر ِديَة َوالنه ِطي َحة َو َما أَ َك َل السهبع ِ ت َعلَيْكم ْال َُ ْيت َة َو ْالدهم َولَحْ م ْال ِخ ْن ِز َ ه َ ُّ .ب ص ن ال ى ل ع ح ب ذ ا م و م ْت ي ك ذ ِإاله َما ِ َ َ ِ َ َ ْ (Al-Quran, al-Ma’idah 5:3) Maksudnya: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah SWT, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.” Setelah menyebutkan lima jenis binatang ini kemudian Allah menyatakan :Kecuali binatang yang kamu sembelih,” iaitu apabila binatang – binatang tersebut kamu dapati masih hidup, maka sembelihlah. Jadi binatang tersebut menjadi halal sekiranya kamu sembelih. (al-Ghazali, 2000) Menurut Imam Ghazali, masih terdapat binatang yang dikecualikan daripada kategori bangkai dan ia masih halal dimakan, iaitu (al-Ghazali, 2000): 1. Bangkai ikan, Berdasarkan firman Allah swt: َ صيْد ْال َبحْ ِر َو … هار ِة ط َْامه َمتَاعًا لَك ْم َو ِلل ه َ سي َ أ ِح هل لَك ْم
(Al-Quran, Al-Ma’idah : 96) Maksudnya: “Dihalalkan bagimu haiwan buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang – orang yang dalam perjalanan.” 2. Bangkai belalang. (al-Qaradawi, 2014)
ٍ س ْب َع غَزَ َوا ت أ َ ْو ِستًّا كنها نَأْكل َم َْه َ سله َم َ صلهى هللا َعلَ ْي ِه َو ِ َع ْن اب ِْن أ َ ِبي أ َ ْوفَى َر َ ِ "غَزَ ْونَا َم َع النه ِبي: قَا َل، ي هللا َع ْنه َُا َ ض "َْال َج َراد Diterima dari Ibnu Abi Aufa r.a katanya : “ Kami berperang bersama Rasulullah s.a.w sebanyak tujuh atau enam kali peperangan, di mana kami makan belalang bersamanya.” (al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, Kitab az-zabāih wa as-said, Bab akli al-jarād, No 5176) 3. Bangkai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti semut, lebah dan lain – lain, maka ia adalah suci. Justeru, jika ia jatuh ke dalam sesuatu dan mati di sana, maka tidaklah menyebabkan najis. 4. Bahagian lain dari bangkai iaitu tulang, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit serta apa yang sejenis dengannya itu. Maka hukumnya adalah suci kerana asal baginya suci dan tidak ada dalil yang mengatakannya najis. Az-Zuhri berkata mengenai tulang belulang bangkai, misalnya gajah dan lain – lain: “Saya dapati orang – orang dari ulama – ulama Salaf mengambilnya sebagai sisir dan menjadi minyak, demikian itu tidak jadi apa – apa”. 436
b)
Darah
Allah swt telah menjelaskan di dalam ayat al-Quran secara umum mengenai pengharaman darah. Firman Allah swt: ْ ح ِر َم .... ت َعلَيْكم ْال َُ ْيت َة َو ْالدهم (Al-Quran, Al-Ma’idah 5:3) Maksudnya: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah (yang keluar mengalir)”. Kemudian Allah mengkhususkan ayat tersebut dengan menjelaskan kategori darah yang diharamkan melalui ayat Surah al-Ancām ayat 145: ْ َطا ِع ٍم ي َ ي م َح هر ًما َعلَ َٰى س أَ ْو فِ ْسقًا ِ ق ْل الَ أ َ ِجد فِي َما أ ٌ ْير فَإِنهه ِرج ٍ طَُْه إِاله أ َ ْ َ يَكن ََ َم ْيتَةً أ َ ْو دَ ًما َمسْفن ًحا أ َ ْو لَحْ َم ِخ ْن ِز ي إِلَ ه َ وح أ ِه هل ِلغَي ِْر ه ۚ َّللاِ بِ ِه (Al-Quran, Al-An’am 6:145) Maksudnya : “Katakanlah, Tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah.” Manakala mengenai limpa pula, Ibn Abbas pernah ditanya mengenainya dan menjelaskan bahawa ia boleh dimakan kerana jenis darah yang diharamkan adalah darah yang cair dan mengalir. Faktor pengharaman darah adalah kerana ia merupakan seolah – olah benda yang kotor dan dipandang hina oleh masyarakat dan dkhuatiri akan menimbulkan bahaya dan mudharat kepada manusia (al-Qaradawi, 2014).
c) Daging Babi dan Anjing Babi merupakan binatang yang paling jelas pengharamannya dan disebut di dalam alQuran. Firman Allah swt: ْ ح ِر َم ير ِ ت َعلَيْكم ْال َُ ْيتَة َو ْالدهم َولَحْ م ْال ِخ ْن ِز (al-Quran, al-Ma’idah 5:3) Maksudnya: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya)”. Diharamkan juga hasil haiwan yang lahir dari babi dan anjing dengan yang lainnya. (alZuhaili, 2009). Manakala, jika anak kambing yang berumur satu tahun menyusu dari anjing betina dan dipelihara dengan air susunya, maka anak kambing tersebut adalah halal dimakan. (al-Nawawi, 1980) d)
Haiwan Jallalah
Haiwan jallalah adalah haiwan yang memakan kotoran dan najis – najis. Perkiraannya tidak terletak pada banyaknya kotoran yang dimakan, akan tetapi pada bau yang tidak sedap yang ditimbulkannya atau jika berubah daging jallalah tersebut (al-Zuhaili, 2009).
437
Terdapat hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah melarang dari mengambil makanan yang kelihatan seperti haiwan jallalah. " سله َم َع ْن أَ ْك ِل ْال َجالهلَ ِة َوأ َ ْلبَانِ َها َ ، َع ْن م َجا ِه ٍد َ صلهى هللا َعلَ ْي ِه َو َ ِ " َن َهى َرسنل هللا: ع ْن اب ِْن ع َُ َر قَا َل Maksudnya: “Diterima dari Mujahid, dari Ibnu Umar, katanya: “ Rasulullah s.a.w melarang makan daging binatang Jallalah dan susunya”. Kemudian, Nabi Muhammad juga bersabda: ُّ سله َم " نَ َهى َع ِن ال ْمُ َجَث ه َُ ِة َولَبَ ِن الجْ الهلَ ِة َو َع ِن ال " اء ِ ب ِم ْن فِي ِ َالسق ٍ َع ْن اب ِْن َعب ِ ش ْر َ صلهى هللا َعلَ ْي ِه َو َ ِ أ َ ه َ النهبِي، هاس Maksudnya: “Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w melarang makan haiwan Mujatstsamah, minum susu binatang Jallalah dan minum dari muncung bekas minuman.” Terdapat perbezaan hukum memakan haiwan jallalah: Menurut Mazhab Hanafi (al-Kāsāni, 1986), Syafie (al-Syafie, 1996) dan Hanbali: haiwan al-jallālah ini tidak harus dimakan dan meletakkan hukumnya sebagai makrūh tanzīh serta beliau mensyaratkan boleh memakan haiwan tersebut apabila sudah dikuarantinkan beberapa hari dan diberi makanan selain daripada kotoran dan najis. Menurut Mazhab Maliki: Haiwan al-jallālah ini makruh untuk dimakan. Pun begitu, para ulama Maliki memberi pandangan yang berbeza dari Imam Malik sendiri iaitu harus memakan haiwan al-jallālah. Pendapat ini turut dikemukakan oleh Ḥassan al-Basrī. (Ibn Hājar al-ᶜAsqalānī, 2001). Dalam keadaan ini, ulama Maliki mensyaratkan haiwan aljallālah tersebut perlu dikuarantinkan atau dikurung terlebih dahulu dan berlaku proses perubahan terhadapnya. Proses tersebut adalah perubahan zat di dalam badan haiwan tersebut apabila elemen kekotoran atau najis yang ada bertukar semula menjadi suci dan halal untuk dimakan (Ibn Taymiyyah, 1988) e)
Baghal dan Keldai
Baghal adalah binatang hasil dari pengawanan antara keldai jantan dengan kuda betina dan keldai peliharaan ()الحرم األهلية. Pendapat pertama: Menurut Imam Syafi’i : Hukum daging keldai dan baghal (anak campuran antara keldai dan kuda) adalah haram kerana keldai jelas dinyatakan pengharamannya, manakala baghal adalah kacukan binatang halal dan binatang haram iaitu kuda dan keldai (al-Khin, 2011). Ia berdasarkan hadis Jabir bin Abdullah ra: ورخص في لحنم الخيل، نهى النبي صلى هللا عليه وسلم ينم خيبر عن لحنم الحُر Maksudnya: “Nabi saw melarang makan daging keldai semasa peperangan Khaibar, tetapi membenarkan makan daging kuda.” (al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, Kitab al-Zabāih wa al-Said, Bab Luhūm al-Khail, No 5204) Kaedah fiqh yang digunakan di atas pengharaman baghal di kalangan ulama usul (asSuyuti, 1999) ialah: "" إذا اجتُع الحالل والحرام غلب الحرام 438
Maksudnya: Jika halal dan haram berkumpul, maka yang haram dimenangkan. Justeru, baghal ini haram terdapatnya percampuran di antara dua binatang yang halal dan haram. Maka, sebagai langkah berjaga – jaga, ulama berpendapat bahawa yang haram dimenangkan dan diutamakan bagi hal ini. Menurut Imam Syafi’i di dalam kitab al-Umm menyatakan bahawa jika keldai kampung menjadi keldai hutan (kuda belang), maka hukumnya adalah haram kerana asalnya adalah haram, manakala jika keldai hutan menjadi keldai kampung maka hukumnya adalah kekal halal seperti sebelumnya. (al-Syafi’i, 1982) Apabila berlaku pengawanan di antara keldai kampung dan kuda, maka hukumnya adalah haram dan ia tidak dinilai kepada jantina haiwan tersebut kerana apabila berlaku percampuran hukumnya tetap haram. Manakala percampuran pengawanan yang berlaku di antara keldai hutan dan kuda maka hukumnya adalah halal. Ini adalah kerana hukum memakan kedua – duanya adalah halal.
Pendapat Kedua: Menurut mazhab Maliki, hukum memakan keldai dan baghal adalah makruh. Ini adalah kerana pertentangan antara ayat al-Quran surah al-an’am ayat 145 dengan hadis – hadis sahih berkenaan masalah ini dan berpendapat terdapatnya nasakh pada hadis (ibn Rushd, 2003). Firman Allah swt: ْ َطا ِع ٍم ي َ ي م َح هر ًما َعلَ َٰى س أ َ ْو فِ ْسقًا ِ ق ْل الَ أ َ ِجد فِي َما أ ٌ ْير فَإِنهه ِرج ٍ ط َُْه ِإاله أَ ْ َ يَكن ََ َم ْيتَةً أ َ ْو دَ ًما َمسْفن ًحا أ َ ْو لَحْ َم ِخ ْن ِز ي ِإلَ ه َ وح أ ِه هل ِلغَي ِْر ه َّللاِ بِ ِه (al-Quran, Al-An’am 6:145) Maksudnya : “Katakanlah, Tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah.” Dalil yang digunakan bagi mengharuskan keldai adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ishaq al-Syaibani: َ قال أصبنا حُرا مع رسنل هللا صلى هللا عليه وسلم بخيبر وطبخناها فنادى منادى رسنل هللا صلى هللا عليه وسلم ا . انُا نهى عنها النها كانت تأكل الجلة: فقال، قال ابن اسحق فذكرت ذلك لسْيد بن جبير، اكفؤا القدور بُا فيها Maksudnya: “Kami menangkap himar bersama Rasulullah saw di peperangan Khaibar dan kemudian kami memasaknya. Kemudian berserulah seorang penyeru Rasulullah saw: Balikkan kuali – kuali berikut isinya. Ibnu Ishaq berkata: Kemudian aku sebutkan hadis itu kepada Sa’id bin Jubair, maka ia pun berkata: Sesungguhnya Nabi saw melarang himar tersebut hanya kerana ia memakan kotoran (Jallalah). f) Semua Binatang Buas yang Mempunyai Taring yang Kuat untuk Menangkap Mangsa Allah swt tidak mendatangkan nama – nama haiwan buas secara khusus di dalam al-Quran, tetapi Allah menjelaskan ciri – ciri haiwan buas yang diharamkan. Haiwan buas adalah semua haiwan yang mempunyai taring, mampu menguasai dan mencederakan binatang lain 439
dan memakannya secara ganas seperti singa, harimau, serigala dan sebagainya. (alQaradawi, 2014) Manakala, kumpulan burung yang diharamkan ialah burung yang mempunyai kuku yang tajam, mampu melukakan dan mencederakan mangsa seperti burung helang, raja wali, helang pasir, burung hantu, burung gagak dan sebagainya. (al-Syarbini, 2008) Rasulullah saw bersabda: نهى رسنل هللا صلى هللا عليه وسلم عن أكل ذي ناب من السباع وكل ذي مخلب من الطير Maksudnya: “Rasulullah saw telah melarang memakan semua binatang buas yang mempunyai taring dan burung yang mempunyai kuku yang tajam”. (al-Naisābūri, Muslim bin Hujjaj. Sahih Muslim, Kitab al-Said wa al-Zabāih wamā yu’kalu min al-Hayawān. Bab Tahrīm Akli Kullu Zī Makhlab min al-Tair. No 1934. Sahih) Pendapat pertama: Jumhur mengharamkan semua haiwan buas yang mempunyai taring kuat untuk menangkap mangsa berdasarkan hadis jelas daripada Rasulullah yang mengharamkannya. Burung juga haram kerana tabiatnya yang suka makan bangkai, menangkap dan memburu mangsa. Sebab itu ia termasuk kategori haiwan yang kotor dan menjijikkan. (al-Khin, 2011) Pendapat kedua: Ibn Qasim meriwayatkan dari Imam Malik bahawa binatang buas ini hukumnya adalah makruh. Pendapat ini dipegang oleh kebanyakan pengikutnya dan merupakan yang dipertahankan oleh mereka. Berhujahkan dengan dalil ayat al-Quran surah al-ancam ayat 145. g)
Binatang yang dianjurkan dibunuh
Menurut Imam Syafi’i, binatang yang dianjurkan dibunuh, hukumnya haram dimakan seperti ular, kala jengking, burung gagak, helang, tikus, nyamuk dan kumbang. Alasan dianjurkan dibunuh adalah kerana binatang tersebut boleh menyakiti orang lain dan tidak bermanfaat. Sekiranya terdapat manfaat namun ada juga kemudharatannya, dan bahayanya lebih besar berbanding manfaat. (al-Syarbini, 2008). Menurutnya lagi haiwan tersebut dan seumpamanya adalah haram dimakan sama ada dianggap elok oleh orang Arab ataupun tidak. Ini adalah kerana hadis telah menghukumnya sunat dibunuh dan kebanyakannya pula menjijikkan orang Arab (al-Khin, 2011) Setiap haiwan yang telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk membunuhnya, maka ia menunjukkan haiwan tersebut adalah haram dimakan (al-Zuhaili, 2009). Ini berdasarkan hadis daripada Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda: والكلب الْقنر، والفأرة، والقرب، والحدأة، الغراب: يقتلن في الحرم، خُس من الدواب كلهن فاسق Maksudnya: “Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram, iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing ganas.” (al-bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, kitāb Jaza’ al-Said, Bab Mā Yuqtalu al-Muharram min al-Dawāb, No. 1732)
440
MAKANAN MAKRUH MENURUT EMPAT MAZHAB Definisi Makruh Pada Bahasa: Hukum makruh adalah apabila syarak melarang sesuatu perkara, tetapi ia tidak memberatkan larangannya kepada perkara itu. Justeru, tahap makruh adalah lebih rendah daripada haram dari segi susunannya dan pelaku pula tidak dikenakan hukuman, sebagaimana yang dikenakan kepada hukum haram.(al-Qaradawi, 2014) Makruh terbahagi kepada dua bahagian iaitu makruh tahrim ( )تحريمdan makruh tanzih ()تنزيه. (al-Khin, 2011) i. Makruh Tahrim Ialah perkara yang dituntut oleh syarak meninggalkannya secara muktamad. Tetapi tahap tuntutan tersebut kurang daripada tuntutan meninggalkan yang haram dan diberikan pahala jika ditinggalkan semata – mata kerana mematuhi perintah Allah SWT. Namun dikenakan balasan seksa jika melakukannya, tetapi tidak sama dengan balasan seksa melakukan perkara yang haram. Sebagai contoh: melakukan solat sunat Mutlaq ketika matahari terbit atau terbenam. ii. Makruh Tanzih Perkara yang dituntut oleh syarak meninggalkannya secara tidak muktamad dan diberi pahala apabila ditinggalkan kerana mematuhi perintah Allah SWT. Namun tidak dikenakan balasan azab jika dilakukan. Contohnya, berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah haji. Jenis – jenis makanan makruh a) Bawang putih dan Bawang merah صالً فَ ْليَ ْْت َِز ْلنَا أَ ْو قَا َل فَ ْليَ ْْت َِز ْل َمس ِْجدَنَا َ صلهى هللا َعلَ ْي ِه َو َ َ " َم ْن أ َ َك َل ثن ًما أ َ ْو ب: سله َم قَا َل َ ِ زَ َع َم أ َ ه َ النهبِي، َِع ْن َجابِ ِر ب ِْن َع ْب ِد هللا سأ َ َل فَأ ْخ ِب َر ِب َُا فِ ْي َها َ َ ف، ض َراتٌ ِم ْن بق ْن ٍل فَ َن َجدَ لَ َها ِر ْي ًحا ِ ي ِب ِقد ٍْر فِ ْي ِه َخ َ صلهى هللا َعلَ ْي ِه َو َ ِ َوأَ ه َ النه ِبي، َو ْل َي ْقْدْ فِي َب ْيتِ ِه َ ِسله َم أت َ َ َ َ ْ ."َاجي ْ ضأ ِ ْْ َ قَ ِربنهَا إِلَى ب: فَقَا َل، ِمنَ ْالبقن ِل ِ َاجي َم ْن الَ تن ِ ك ْل فَإِنِي أن: قَا َل، فَل هُا َرآه ك َِرهَ أكل َها، ص َحابِ ِه َكا ََ َمَْه Maksudnya: “Diterima dari Jabir bin Abdillah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa makan bawang putih atau bawang merah, hendaklah ia menjauhi kami atau menjauhi masjid kami, dan hendaklah ia tetap tinggal di rumahnya!” Dan bahawa pernah dibawa orang kepadanya sebakul sayur-sayuran dari jenis yang berumbi, maka tercium olehnya bau, lalu ditanyakannya apa isinya, lalu dijawab sayur – sayuran, maka titahnya kepada sebahagian sahabat yang hadir bersamanya: “Dekatkanlah ke sini!” Dan tatkala dilihatnya, beliau tidak mahu memakannya, sabdanya: “Makanlah olehmu, kerana saya akan berbisik-bisik dengan orang yang tidak berbisik – bisik denganmu”. (al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, Abwābul Sifat Solat, Bab Mā Ja’ā fī al-Sūm wal Basal wal Karās, No 817)
MAKANAN SUNAH Allah swt menjadikan pelbagai khazanah dan ciptaan di muka bumi ini. Ini bukan sahaja menunjukkan kepada keagungan ciptaan Allah malah ia juga dihasilkan bagi memberi 441
manfaat dan kemudahan kepada umat manusia. Allah juga tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia – sia dan tidak mempunyai kelebihan. Akan tetapi, kita harus bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah bagi menilai sesuatu makanan yang diciptakan oleh Allah swt. Segala makanan yang diambil oleh nabi Muhammad saw dianggap sebagai makanan sunnah yang membawa 1001 manfaat kepada manusia. Sebagai contoh madu, habbatus sauda, zaitun dan kurma. Firman Allah: َّللاِ َال تحْ صنهَا ۗ إِ ه َ ه َوإِ ْ َ ت َْدُّوا نِ ْْ َُةَ ه نر َر ِحي ٌم ٌ َّللاَ لَغَف Maksudnya: “Dan jika kamu menghitung – hitung nikmat Allah, keajaiban Sunnah nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar – benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Jenis – jenis Makanan Sunnah a)
Madu
Madu .memiliki banyak nama, di antaranya “al-syahd”: ertinya madu yang masih bercampur selagi belum diperah dari sarangnya. “al-dharb” pula maksudnya ialah madu putih yang kental dan keras. Nama lain bagi madu juga ialah “al-zaub” iaitu madu murni yang lama dan tidak mempunyai campuran. Manakala nama ilmiah, madu dinamakan sebagai Apis Melli Fera dari jenis Apidae. (Ahmad Mubayyad, 2014). Allah swt memuliakan lebah di dalam al-Quran sehingga Allah menjadikan satu surah khusus yang menceritakan dan menamakan sebagai al-Nahl. Di dalam surah ini Allah mendatangkan pelbagai nikmat Allah yang tidak terkira untuk menjadikan kita sebagai insan yang berfikir dan mengagungi kebesaran dan kehebatan Allah swt. Allah menceritakan perihal madu di dalam surah ini. Firman Allah: ٱلجبَا ِل بينتًا َو ِمنَ ٱل ه ت فَٱسل ِكى ِ ( ث هم ك ِلى ِمن ك ِل ٱلَثه َُ َرٲ٦٨( ََ ْرشن ِ ََوأَو َح َٰى َربُّكَ إِلَى ٱلنهح ِل أ َ ِ َ ٱت ه ِخذِى ِمن ِ َش َج ِر َو ِم هُا ي ً َ َ (٦٩( ََ نم يَتَفَ هكرو ٌ سب َل َربِ ِك ذلالً يَخرج ِمن بطننِ َها ش ََرابٌ ُّمخت َ ِل ٍ َاس ِإ ه َ فِى ذَٲلِكَ َأليَة ِلق ِ ف أ َلنٲنه ۥ فِي ِه ِشفَآ ٌء ِللنه (Al-Quran, Al-Nahl 16: 68-69) Maksudnya: “Dan Rabbmu (Tuhan kamu) mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang – sarang di bukit – bukit, di pohon – pohon kayu, dan di tempat – tempat yang dibuat manusia’. Kemudian makanlah dari tiap – tiap (macam) buah – buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar – benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan.” Madu dijadikan oleh Allah swt dengan sebaik penciptaan kerana mengandungi pelbagai manfaat yang tersembunyi. Madu merupakan syifa’ (penyembuh) bagi segala penyakit. Terdapat pelbagai manfaat dan khasiat daripada penghasilan madu. Antaranya ialah: 1. 2.
Membersihkan kotoran yang terdapat di dalam otot dan usus yang bertugas sebagai penghadaman. Menghurai zat – zat lembap dalam tubuh, baik dengan cara dimakan atau diadun dan diproses.
442
3. 4. 5.
b)
Sangat berguna bagi para warga emas, pesakit batuk berkahak, dan orang yang selera makannya rendah. Memutihkan dan menguatkan gigi dengan cara disapukan kepada gigi. Mengubati diarea, iaitu penyakit membuang air besar (najis cair) yang terlalu kerap dan berulang – ulang (cirit – birit). Kurma
Kurma adalah buah yang manis dan mempunyai banyak keistimewaan, malah ia memberikan zat – zat gizi penting bagi manusia. Kurma mengandungi sebahagian unsur protein (enzim) dan yang paling terkenal ialah “enzim invertase” yang membantu mematangkan kurma. Ia merupakan enzim terpenting yang mempengaruhi kualiti kurma kerana aktivitinya terus berlangsung setelah dipetik. Hal ini menyebabkan singkatnya masa buah kurma dalam bentuk ruthab (kurma basah). Kurma dalam al-Quran memberikan banyak kelebihan mengenai ruthab, iaitu sebagai sumber rezeki, kebaikan dan keberkatan. Sebagaimana Allah swt berfirman: ْ ِساق َ ط َعلَي ِْك ر طبًا َجنِيًّا َ َوه ِزي ِإلَي ِْك ِب ِجذْعِ النه ْخلَ ِة ت
(Al-Quran, Maryam 19:25) Maksudnya: “ Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu”. Kurma merupakan makanan utama orang Arab kerana mempunyai rasa yang manis, tahan lama dan tidak perlu dimasak malah mempunyai banyak khasiat dan menjadi makanan utama Rasulullah saw. (Faszly Rahim et.al, t.th) Kurma juga banyak disebut dalam sunah Nabawiyah: وهي شفاء من السم، الْجنة من الجنة c Maksudnya: "al- Ajwah (sejenis kurma dari bumi Madinah) itu berasal dari syurga. Ia adalah syifa’ penawar dari syurga”. (al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab al-Tibb can Rasulullah saw, Bab Ma Jā’a fi al-Kim’ah wa cajwah, No. 2068, Hadis Sahih) Khasiat dan kelebihan kurma mengikut kajian pakar pemakanan: 1. Menguatkan dan membantu otot rahim bagi wanita hamil ketika melahirkan. 2. Sumber tenaga kerana kurma mengandungi kadar gula buah yang tinggi. 3. Membantu menguatkan otot – otot kerana kurma mengandungi vitamin B. 4. Mengatasi anemia (kurang darah) kerana kurma mengandungi kadar zat besi yang tinggi. 5. Membantu mengatasi penyakit rabun senja, kerana kurma mengandungi vitamin A. c) Zaitun Sesungguhnya Zaitun merupakan pohon yang penuh berkat. Keberkatan yang tersembunyi didapati apabila Allah swt bersumpah dengan nama zaitun di dalam al-Quran. Firman Allah swt:
ين َو ه )٢( َنر ِسينِين ِ ) َوط١( َ ن ِ الزيْت ِ َِوالت (Al-Quran, Al-Tin 95:1-2) 443
Maksudnya: “Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun. Dan demi bukit Sinai.” Selain daripada itu, Allah swt juga turut memuji pohon ini di dalam firmannya: ُّ ص َباح ِفي ز َجا َج ٍة ه ي ينقَد ِم ْن ِ س َُ َاوا َّللا ننر ال ه ْ ُِ ص َبا ٌح ْال ْ نر ِه ك َُِ ْشكَا ٍة ِفي َها ِم ِ ت َو ْاأل َ ْر ٌّ الز َجا َجة َكأ َ هن َها ك َْن َكبٌ د ِر ِ ض َمَثَل ن نر يَ ْهدِي ه نر ِه َم ْن يَشَاء َ ٌ َار ن ٌ سسْه ن َ ُْ َ ضيء َولَ ْن لَ ْم ت ِ ار َك ٍة زَ يْتننَ ٍة َال ش َْرقِيه ٍة َو َال غ َْربِيه ٍة يَكَاد زَ يْت َها ي ٍ نر َعلَ َٰى ن َ َش َج َرةٍ مب ِ َّللا ِلن َ ْ َ ه اس َو ه ه ش ْيءٍ َع ِلي ٌم َ َّللا ِبك ِل ن ل ل ل ا َث م األ َّللا ب ْر ض ي َ ْ ِ ِ ِ َ َو (Al-Quran, Al-Nur: 35) Maksudnya: “Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, (iaitu) pohon Zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya (saja) hampir – hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis – lapis).” Pokok zaitun tidak khusus untuk negara di Timur dunia, sehingga disebut dengan “Syarqiyah” ertinya “timur”. Tidak pula secara khusus bagi negara Barat, sehingga disebut dengan “Gharbiyyah”, ertinya “barat”. Akan tetapi, disebut dengan kedua – duanya; iaitu syarqiyah dan gharbiyah (timur dan barat).” Ertinya Zaitun untuk masyarakat global. KESIMPULAN Allah SWT menciptakan pelbagai jenis kurniaan dan anugerah di atas muka bumi ini untuk dinikmati dan dimanfaatkan oleh manusia. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: ً ض َج ُِيْا ِ ه َن الهذِي َخلَقَ لَكم هما ِفي األ َ ْر (al-Quran, al-Baqarah 2 : 29) Maksudnya: “Dialah yang menciptakan untuk kamu segala apa yang berada di atas muka bumi ini semuanya.” Maka manusia hendaklah menjalani kehidupan duniawi dengan berpandukan kebenaran wahyu serta kebijaksanaan akal dan ilmu supaya semua ciptaan Allah SWT agar segala manfaat yang dikurniakan oleh tidak disia – siakan untuk manusia, malah ia dimudahkan untuk beribadah kepada Allah SWT. Kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh ilmuwan dan saintis Muslim mesti terus berjalan secara berterusan dan konsisten demi menghasilkan sebanyak mungkin kajian yang bermanfaat berdasarkan sumber alam secara optimum bagi mengeluarkan umat Islam dari permasalahan yang sering berlaku contohnya yang melibatkan halal dan haram suatu produk makanan. RUJUKAN al-Quran, 1968. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri
444
al-‘Abbari. 1985. Al-Muharram min al-hayawan wa bayan al-hikmah min tahrimihi. Qatar: Dar Qatar al-Fuja’ah Ahmad Mubayyad. 2014. Keajaiban Tiga Sunah Nabi (Madu, Kurma & Minyak Zaitun). Terj. Muhammad Nasir. Batu Caves: Pustaka Al-Ehsan Al-ᶜAsqalānī, Aḥmad bin ᶜAlī bin Hajr. 2001. Fath al-Bārī Syarh al-Bukhārī. Jil. 9. t.tp. t.pt c Azzam, Abd cAziz Muhammad. 2001. Al-Maqāsid Al-Syariah fi al-Qawāid al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dar al-Bayān Fazly Rahim, Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Aminah Abdullah. t.th. Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam. Shah Alam: Telaga Biru Sdn Bhd al-Ghazali. 2000. Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise al-Husaini, Taqiyuddin Abu Bakar. 2014. Kifayah al-Akhyar fī Hilli Ghayah al-Ikhtisar. Terj. Murtadho Ridwan. Johor Bahru: Percetakan Zafar Sdn Bhd Ibn Kathir. 2004. Lubab Tafsir min Ibn Kathir. Ter. M. Abdul Ghoffar. Jakarta: Pustaka Imam al-Syafi’i Ibn Rushd. 2003. Bidayah al-Mujtahid. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad. 1997. al-Mughni. Jil 13. Riyadh: Dar calim al-Kutub Ibn Taymiyyah, Aḥmad ibn ᶜAbd al-Ḥalīm. 1988. Al-Fatāwā al-Kubrā. Jil. 1. Beirut : Dār al- Maᶜrifah Kamus Dewan. 1994. Edisi ke 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Al-Kāsāni, Abu Bakar bin Mascud. 1986. Badāic al-Sanāic fī Tartīb al-Syaraic. Beirut: Dar al-Kutub al-cilmiyyah al-Khin. Mustafa et.al. 2011. Al-Fiqh al-Manhaji. Terj. Zulkifli al-Bakri. Bandar Baru Bangi: Darul Syakir Enterprise Mohamed bin Jusoh. 1986. Prinsip Utama Makanan dan Minuman dalam Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. al-Nawawi, Abi Zakaria Yahya al-Din. 1980. al-Majmu’ Syarh Muhazzab lil-Syirazi. Juz 2. Jeddah: Maktabah al-Irsyad al-Nawawi, Abi Zakaria Yahya al-Din. 2003. Raudhah al-Tholibin. Jil 2. Beirut: Dar calim al-Kutub al-Qaradawi. Yusuf 2014. Halal dan Haram dalam Islam. Terj. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Negeri Sembilan: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd al-Rabi’, Walid Khalid. 2008. Ahkām al-At’imah fī al-Fiqh al-Islāmī Dirāsah Muqāranah. Jordan: Dar an-Nafāis al-Syafi’i, Muhammad bin Idris. 1982. al-Umm. Terj. Ismail Yakub. Jakarta Selatan: C.V. Faizan al-Syarbini. 2008. Al-Iqna’. Ter. M.Mujib et.al. Thailand: Bin Halabi Press al-Suyuti. Jalaluddin Abdul Rahman. 1999. Kaedah – Kaedah Hukum Islam Mazhab Syafi’e. Terj. Mardhiya Mukhtar. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn Bhd al-Zuhaili, Muhammad. 2009. Al-Muctamad. Terj. Yusuf Sinaga & Muhammad Harun Zain. Jil 2. Selangor: Berlian Publications Sdn Bhd al-Zuhaili, Wahbah. 1999. Fiqh dan Perundangan Islam. Terj. Syed Ahmad Syed Hussain et.al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
445